You are on page 1of 6

TEKNIK IKAT CELUP

“ Lampu Tidur “

Teknik Ikatan dan Celupan

Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)

Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk

menghasilkan corak pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan

kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi,

yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.

Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini

merupakan satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu


dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut,

terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan

menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu

digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan. Corak yang

akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak

yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain

tersebut. Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana

sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar,

sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan terhasil adalah kecil.

Sejarah corak ikatan dan celupan

Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk

primitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara

China dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh

dan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini mula

diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan

Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah

diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula

diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan

perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B.

Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota

Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah

menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”.

Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara

itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna

kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.


Tokoh

Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan.

Beliau dilahirkan dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada

tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau

adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok

yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.

Teknik corak ikatan dan celupan

Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai

batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya

membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan

mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilakan adalah menarik

dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi

diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti

pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.

Contoh Corak ikatan dan Celupan

Jenis ikatan

1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek

3. Lipatan dan ikatan

4. Simpulan

Jenis Ikatan yang digunakan

Bahan dan alatan

Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan

celupan ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas

2. Tali, benang, gelang getah

3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya

4. Warna, dye

5. Garam,

6. Sudu, kayu pengacau

7. Apron

8. Sarung tangan

9. Lain lap

10. Bekas untuk pewarnaan

11. Sodium silikat


Kepelbagian teknik ikatan dan celupan

Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan.

Maksudnya teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang

menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah :


Contoh-contoh baju yang menggunakan teknik ikatan dan celupan

You might also like