P. 1
Terjemahan Quran

Terjemahan Quran

|Views: 415|Likes:
Published by Agnostika
Garis panduan menterjemah tafsiran Quran
Garis panduan menterjemah tafsiran Quran

More info:

Categories:Types, Research, Law
Published by: Agnostika on Mar 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/13/2012

pdf

text

original

www.scribd.

com/agnostika

PENTERJEMAHAN TAFSIR : PRASYARAT DAN PERMASALAHAN
Oleh: Hj. Abdul Ghani Samsudin Pengerusi SHURA

PENDAHULUAN Penterjemahan merupakan bidang kerjaya yang khusus dan prestij. Ia bukan sekadar kegiatan sambilan yang murah atau mudah. Ia memerlukan banyak pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam berbagai disiplin ilmu yang berkaitan. lebih–lebih lagi jika bahan penterjemahan itu merangkum pelbagai jenis bahan seperti buku, manual teknikal, dokumen rang undang-undang, laporan tahunan, keterangan perniagaan, prospektus, bahan promosi dan iklan, kertas persidangan dan seminar, dokumen rasmi, buku panduan kerja dan sebagainya. Penterjemah yang baik lumrahnya lahir dari latihan dan penghayatan penterjemahan yang lama serta keupayaan semula jadi sebagai penterjemah. Setiap penterjemah perlulah melakukan penterjemahannya secara teliti dengan menitikberatkan nahu dan laras yang digunakan sekaligus menghasilkan bahasa penyampaian yang cantik, halus dan tersusun. Menterjemahkan teks Arab kepada susuk teks bahasa Melayu – umpamanya - bukanlah suatu kerja yang mudah. Bidang (disiplin) ini memerlukan bukan sahaja kemahiran dalam dua bahasa berkenaan tetapi juga perlu menguasai teori, prinsip, teknik, dan panduan menterjemah sepertimana yang telah dicerakinkan oleh khalayak yang pakar mengenai bidang penterjemahan ini. SYARAT PENTERJEMAH: Selain dari pengalaman, penterjemah teks Arab ke Bahasa Melayu perlu mempunyai ciri-ciri atau syarat berikut. 1. Mengetahui Bahasa Sumber Asal Teks Yang Diterjemah. Bahasa Arab mesti dikuasai secara mendalam dan luas. Penterjemah perlu memahami selok belok, method, majaz (metafora), ibarat, pengungkapan, perumpamaan, simili dan sebagainya. Dengan kefahaman yang mendalam penterjemah dapat membezakan dan mengasingkan makna yang tersirat di dalam teks asal. Oleh itu penterjemahannya akan dapat dibuat dengan betul dan jitu. 2. Menguasai Bahasa Penerima Atau Bahasa Kedua Bahasa Melayu sebagai bahasa penerima - dalam konteks ini – perlulah dikuasai dengan baik atau sekurang-kurangnya sama tahap penguasaannya dengan bahasa asal. Penterjemah yang 1

www.scribd.com/agnostika

kurang arif dan kurang mahir dengan Bahasa Melayu tentu akan menghasilkan terjemahan yang kurang bermutu dan sukar difahami maksud terjemahannya. 3. Mempunyai Pengetahuan Dalam Bidang Atau Disiplin Ilmu Yang Hendak Diterjemah Seandainya bidang yang digarap adalah bidang tafsiran umpamanya, maka penterjemah perlulah mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai tafsir agama. Ia dapat memindahkan teks berkenaan ke dalam bahasa kedua dengan tepat. Sebaliknya kalau teks yang diterjemahkan itu dalam bidang falsafah, undang-undang, sains, teknologi, politik dan sebagainya, penterjemah juga perlu mengetahui sedikit sebanyak selok-belok bidang yang berkenaan. 4. Memahami Teori Dan Amalan Terjemahan. Menterjemah bukan sejadar mencari perkataan-perkataan padanan untuk menggantikan teks asal ke dalam bahasa kedua. Sebaliknya ia adalah usaha memindahkan idea, maklumat, semangat dan kesan gaya teks yang diterjemahkan. Ini bererti penterjemah perlu memiliki ilmu pengetahuan secukupnya mengenai teori, konsep, prinsip dan kaedah penterjemahan semasa menggarap tugas-tugas berkenaan. 5. Objektif Dan Tidak Merubah Makna Asal Teks. Seorang penterjemah terlepas daripada pandangan peribadinya; baik akur atau kontra terhadap idea pengarang yang diterjemahkannya, tidak boleh meminda dan merubah pandangan asas pengarang terhadap sesuatu topik atau isu. Penterjemah tidak boleh memutarbelitkan terjemahan sehingga sesuai dengan pemikiran dan pandangan peribadinya. Akan tetapi ini tidak bermakna mengekang penterjemah untuk membuat ‘touch up’ yang memperelok lagi teks terjemahannya dalam bahasa kedua tanpa merombak atau meminda pendirian asal penulis. 6. Menyedari Dan Tidak Salah Tanggapan Tentang Tugas, Peranan Dan Matlamat Penterjemahan. Bukanlah tanggungjawab penterjemah untuk mengekalkan bentuk-bentuk dan struktur ayat yang terdapat dalam teks asal, justeru itu memang sifat teks asal. Tetapi apa yang penting ialah memindahkan makna, mesej, kesan dan semangat teks asal dalam teks bahasa kedua dengan meninggalkan kesan psikologi yang paling maksima dalam pemaparan teks terjemahan dalam bahasa kedua. Kendatipun sebahagian penterjemah sedar hal ini, namun dalam realiti tugas mereka kadangkadang mereka terperangkap dengan sikap stereotype di atas. Hal ini menyebabkan terhakisnya mutu hasil terjemahan mereka. 7. Bebas Dari Sangkar “Translationese”. Kadang-kadang gaya bahasa yang pelik, berbelit-belit, kabur, aneh kita temui dalam teks terjemahan. Gaya ini sering dijustifikasikan kerana kesukaran ilmu atau disiplin yang dipelajari. Tetapi ia sebenarnya terbit dari kaedah penterjemahan lentral dan harfiah yang tidak disedari oleh penterjemah berkenaan; sebagai hasil faktor keadaan yang terdesak atau kelalaian. Oleh itu, 2

www.scribd.com/agnostika

penterjemah yang baik perlu akur pada penterjemahan yang menggunakan bentuk-bentuk persamaan asli dan natural dalam bahasanya sendiri. 8. Bersikap Seimbang Dalam Meyakini Kelebihan Dan Kekurangan Bahasa Sendiri Penterjemah yang terlalu terpesona dengan teks bahasa asal akan bersungguh-sungguh mengekalkan perkataan atau frasa dalam bentuk bahasa asal tanpa terjemah. Manakala yang terlalu yakin dengan bahasa kedua akan berusaha untuk menterjemah semua perkataan walaupun mungkin menghasilkan kekaburan. Sikap yang terbaik ialah sikap yang sederhana dan seimbang. Apabila perkataan tertentu dirasakan perlu dikekalkan maka ia wajar dikekalkan dan demikianlah sebaliknya. 9. Tidak Terpesona Dengan Prestij Bahasa Asing Penterjemah yang baik bersikap bijak dan seimbang dalam menghargai bahasa asing dan keperluan melindungi jati diri bahasa sendiri. Mereka tidak mudah merasa infeoriti rendah diri dengan bahasa ibundanya. Sebaliknya tidak pula rigid untuk menerima pakai perkataan atau istilah asing yang telah di melayukan. Kendatipun demikian dalam konteks memperkaya khazanah bahasa Melayu, kecenderungan memelayukan istilah-istilah agama atau Arab dalam penterjemahan tafsir barangkali tetap relevan dengan kehendak pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun dunia. 10. Penumpuan Terjemahan Lebih Kepada Perenggan Dan Keseluruhan Wacana. Umumnya khalayak penterjemah yang baik berpendapat bahawa perkataan bukanlah unit bahasa yang baik untuk dijadikan asas terjemahan. Malah ayat pun kadang-kadang tidaklah menjadi unit yang paling baik untuk dijadikan asas terjemahan. Apa yang lebih wajar menjadi asas ialah perenggan teks dan wacana keseluruhannya. Sebab kalau penterjemah terlalu menumpukan analisis kepada ayat ia mungkin terlupa tentang adanya unsur-unsur peralihan antara satu ayat dengan ayat berikutnya. Malah ia mungkin juga lupa tentang cara-cara unik bagaimana tiap bahasa mengatur ayat-ayat sehingga menghasilkan wacana. Sebab itulah khalayak penterjemah yang pakar memberikan tumpuan kepada struktur seluruh teks atau karangan supaya semua isi yang terkandung di dalamnya dapat dipaparkan secara bersepadu dan merangkumi keseluruhan makna dalam teks asal. PENTERJEMAHAN DAN PENJABARAN MAKNA Penterjemah umumnya akan menghadapi beberapa bentuk cabaran yang perlu diatasi, antaranya ialah kekaburan bahasa yang terbit dari beberapa kategori makna dalam leksiko-budaya teks asal. Antara kategori tersebut ialah : 1- Makna denotif atau kognitif yang difahami bersama oleh khalayak penutur bahasa asalnya. 2- Makna konotatif yang bersifat ungkapan subjektif atau afektif yang mempunyai impak emosi. 3- Makna figuratif, yang terhasil dari pengucapan bersifat figuratif. Biasanya ia lahir dari ungkapan seperti metafora atau hiperbola yang menggunakan maksud bukan literal atau harfiah dari sesuatu perkataan untuk memaparkan imej atau kesan dramatik yang lebih impresif. Dalam ilmu balaghah ia disebut sebagai tasybih, kinayah atau majaz dan sebagainya. 3

www.scribd.com/agnostika

4- Makna idiomatik atau makna istilahi. Makna ini bertentangan dengan makna yang ditunjukkan oleh perkataan-perkataan yang membentuk makna secara berasingan. Perkataan “yadhribu `ardha al-haa’it” umpamanya bermakna “tidak ambil peduli” dan bukan “memukul sepanjang dinding”. 5- Makna bahasa kolokial yang bercapah kepada penggunaan bahasa pasar Arab Saudi, Mesir,Morocco, Iraq, Syria dan lain-lain. Memandangkan kepelbagaian makna di atas para penterjemah kerap buntu dalam memilih makna alternatif yang lebih relevan dengan teks yang hendak diterjemah. Namun menyedari bahawa penterjemahan adalah proses akulturasi budaya maka dalam memilih jalan keluar yang terbaik penterjemah perlu: iMenyelesaikan masalah makna melalui pendekatan mengintegrasikan pelbagai ilmu pengetahuan, keupayaan dan pengetahuan yang berkaitan dengan linguistik, sejarah kesusasteraan, nahu, sharaf, balaghah dan ma’ani, fiqh dan usul fiqh, ilmu tafsir dan sebagainya boleh membantu penterjemah dalam hal ini. Merujuk kepada makna dalam rangka konteks ayat sama ada konteks sejarah, bentuk pengucapan dan lain-lain. Melihat teks dari perspektif makro kepada mikro. Daripada budaya kepada teks. Daripada struktur teks kepada perenggan, baris, frasa dan perkataan. Menguasai pemahaman wacana teks asal dengan sedalam-dalamnya dan menjalankan proses akulturasi budaya supaya makna yang terdapat dalam teks asal dapat dialirkan sebaik-baiknya dalam teks terjemahan.

iiiiiiv-

PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN Pakar-pakar penterjemah telah menampilkan berbagai prinsip. Antaranya ialah apa yang diketengahkan oleh Etienne Dolet (1509-1546). Beliau mengemukakan prinsip-prinsip tersebut : 1. Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal. 2. Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu. 3. Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan, justeru kaedah terjemahan sebegini akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah lagi apabila dibaca, padahal teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah diobaca. 4. Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya. 5. Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal. Alexander Fraser Tyter (1790) dalam bukunya The Principles of Translation, mengemukakan tiga prinsip terjemahan : 1. Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam teks asal. 2. Stail dan gaya bahasa terjemahan itu mestilah sama sifatnya dengan stail dan gaya teks asal. 3. Terjemahan itu mestilah dirasakan seolah-olah ia adalah karya asli.

4

www.scribd.com/agnostika

Tyler memperkenalkan teknik-teknik yang sangat moden dan dapat digunakan hingga ke saat ini. Menurut beliau; 1. Penterjemah boleh membuat tambahan-tambahan sekiranya hal itu penting bagi mengekalkan makna asal, ataupun apabila dengan memberikan tambahan itu ia dapat menjelaskan lagi hal tersebut. 2. Jumlah perkataan boleh dikurangkan apabila perkataan-perkataan itu tidak ada fungsi penting, iaitu dengan mengurangkan jumlah itu ia tidak mengurangkan ataupun mencacatkan makna asal, malah membuat makna asal itu lebih jelas lagi. 3. Apabila makna teks asal itu kabur, penterjemah mesti membuat keputusan sendiri dan memilih makna yang paling secocok dengan konteks, ataupun ia paling selesa dengan jalan pemikiran penulisnya. Penterjemah tidak patut mengekalkan kekaburan makna pada teks asal. Perbuatan penterjemah mengekalkan kekaburan ataupun keragaman makna teks asal ialah suatu kesalahan. Kesalahan yang lebih besar lagi ialah apabila makna yang jelas dalam teks asal menjadi kabur dalam terjemahannya. PRINSIP TERJEMAHAN DINAMIS Eugene A. Nida mengajukan prinsip yang lebih terperinci seperti berikut ; 1. Penyalinan semula maklumat Nida menyatakan tugas penterjemah yang paling penting ialah menyalin semula maklumat yang terkandung dalam teks asal ke dalam bahasa penerima. Kalau penterjemah melakukan apa-apa selain itu, maka dia melakukan kesilapan dalam tugasnya. Demi menjalankan tugas menyalin maklumat, tidak dapat tidak penyesuaian semula pada tatabahasa dan perkataan-perkataan terpaksa dibuat oleh penterjemah. 2. Persamaan lawan keserupaan Semasa menjalankan tugasnya, penterjemah juga dikehendaki mencari bentuk-bentuk yang sama, bukan yang serupa. Dengan kata lain, tugasnya adalah untuk menyalin semula maklumat, bukan menyalin bagaimana maklumat itu diungkapkan. Sebagai contoh, ungkapan “empat kepala kambing” dalam bahasa Arab hendaklah diterjemah menjadi “empat ekor kambing” dalam bahasa Melayu, dengan itu barulah kedua-dua ungkapan itu menjadi seerti. 3. Persamaan yang bersahaja Dari sudut bahasanya, terjemahan yang baik ialah terjemahan yang tidak “berbau” terjemahan langsung apabila dibaca, malah ia terasa seolah-olah sebuah karya asli yang ditulis oelh seorang pengarang tempatan. Terjemahan hendaklah dibuat dengan menggunakan ciri-ciri asli dipunyai oleh bahasa Melayu, dan jangan sekali-kali memaksa bahasa Melayu mengambil bentuk-bentuk tatabahas Arab. 4. Persamaan terdekat Tidak ada dua perkataan yang betul-betul serupa maknanya diantara dua bahasa yang berlainan. Oleh itu kita tidak dapat menterjemah dengan menggunakan persamaan yang tepat. Ini bererti kita hanya boleh menterjemah menggunakan persamaan yang peling dekat maknanya. 5. Keutamaan makna 5

www.scribd.com/agnostika

Di dalam terjemahan yang diutamakan ialah isi atau maklumat yang terkandung dalam teks asal. Prinsip ini bermakna ada masanya penterjemah wajib membuat perubahan-perubahan yang radikal semata-mata supaya maklumat itu dapat dikekalkan dalam bahasa penerima. 6. Kepentingan Gaya Walaupun makna adalah lebih utama daripada stail, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa aspek stail mempunyai unsur kepentingan sendiri. Bukti bahawa stail mempunyai unsur penting ialah kesan negatif yang timbul apabila unsur stail yang baik tidak ada pada sesuatu teks. Dengan itu sesuatu teks puisi tidak sepatutnya diterjemahkan seolah-olah teks tersebut ialah karya prosa, ataupun teks dedahan diterjemahkan seolah-olah ia adalah teks penjelasan. Terjemahan dinamis mementingkan kesan. Yang dimaksudkan dengan kesan ialah kesan yang dialami orang yang membaca terjemahan itu. Jadi, penterjemah memberikan keutamaan kepada reaksi pembaca terhadap terjemahan tersebut. Mengikut terjemahan cara baru, reaksi yang dialami oleh pembaca terjemahan mestilah serupa dengan reaksi yang dialami oleh pembaca teks asal. Kalau pembaca teks asal berasa apa yang dibacanya itu mudah difahami, maka pembaca teks terjemahan juga mesti berasa teks terjemahan itu mudah difahami. Kalau pembaca teks asal itu yakin itu adalah karya asli dalam bahasa Arab maka pembaca terjemahan mesti yakin teks terjemahan itu sebenarnya adalah teks asli dalam bahasa Melayu, bukan teks terjemahan. Prosedur kawalan mutu yang ketat dan pengurusan projek penterjemahan secara profesional wajar dijadikan amalan khalayak penterjemah dengan setiap terjemahan disemak dan disunting dengan teliti sebelum diserahkan kepada penerbit Penterjemahan tafsir Menterjemah kitab tafsir bukanlah setara menterjemah al Quran. Namun ia melibatkan juga menterjemah ayat-ayat al Quran. Oleh itu martabatnya tidak kurang dari al Quran itu sendiri. Bezanya penterjemah akan berinteraksi dengan pelbagai bentuk pengucapan atau penulisan pengarang tafsir berkenaan. Oleh sebab itu penterjemah tafsir sewajarnya memiliki beberapa pengetahuan mengenai ilmu tafsir. Bahkan lebih baik lagi jika ia sendiri bekelayakan untuk menjadi penafsir al Quran; dilihat dari sudut keilmuan, pengalaman dan penghayatannya. Syarat menjadi penafsir al-Quran menurut Dr Fauzi Deraman (dan rakan) seseorang itu perlulah mempunyai syarat-syarat berikut : 1. Akidah yang benar. Syarat yang pertama ini adalah terlalu penting kerana akidah memainkan peranan yang besar kepada setiap mufassir dan menjadi faktor pendorong kepada seseorang mufassir untuk melakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan juga penipuan dalam periwayatan. 2. Bersih daripada hawa nafsu kerana ia akan mendorong dirinya membela dan menegakkan kepentingan dan keperluan mazhabnya semata-mata sehingga ia berupaya menipu manusia lain dengan ucapan-ucapan lembut dan keterangan-keterangan yang menarik minat seseorang seperti yang dilakukan oleh golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam. 3. Mempunyai keahlian dalam bidang hadith: riwayat dan dirayah, kerana hadith-hadith nabi merupakan penjelasan dalam menafsirkan ayat-ayat mujmal dan mubham dan seterusnya hadith6

www.scribd.com/agnostika

hadith Rasulullah s.`a.w. akan membantu pentafsir dalam menerangkan segala kemusykilan yang timbul berhubung dengan perkara ini. 4. Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan memandangkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an berkait rapat dengan i`rab perkataan dan tatabahasa. Oleh itu ilmu pengetahuan yang sedikit tidak dapat membantu seseorang mentafsir alQur’an dengan baik. Mujahid bin Jabr berkata:”Tidak wajar bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat memperkatakan mengenai kitab Allah sedangkan dia tidak mengetahui dialek-dialek bahasa Arab. 5. Berpengetahuan dalam ilmu qiraat kerana denganya seseorang itu dapat mengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz al-Qur’an dan dapat pula memilih bacaan yang lebih kuat di antara pelbagai ragam bacaan yang ada, malah qiraat juga dapat mempastikan maksud yang sebenar apabila berlakunya perselisihan. 6. Mengetahui dalam ilmu Nahu dan Sarf kerana pemahaman sesuatu ayat kebanyakannya memerlukan kepada kebolehan mengi`rab seseuatu perkataan dan seseorang yang tidak memiliki dua ilmu ini akan mendedahkan pentafsiran al-Qur’an kepada penyelewengan. Contohnya { ‫ﯾﻮم‬ ‫ } ﻧﺪﻋﻮ ﻛﻞ أﻧﺎس ﺑﺈﻣﺎﻣﮭﻢ‬ada yang berpendapat perkataan { ‫ } اﻹﻣﺎم‬adalah kata jama` dari perkataan { ‫ .} اﻷم‬Dengan itu ayat di atas bermaksud “pada hari kiamat setiap seseorang akan dipanggil dengan ibu-ibu mereka dan bukannya dengan bapa-bapa". Pentafsiran ini adalah salah menurut pandangan al-Zamakhsyari disebabkan mereka kurang mendalam dalam bidang ilmu Sarf.

7. Berpengetahuan yang luas dalam bidang `Ulum al-Qur’an dapat membantu memahami ayatayat al-Qur’an dengan betul dan mendalam. Contohnya Asbab al-Nuzul akan menolong mufassir dalam memahami maksud ayat berdasarkan latar belakang penurunan ayat. Begitu juga mengetahui Makki dan Madani dapat menyelesaikan kekaburan ini. Contohnya penelitian kepada ayat-ayat jihad akan menyebabkan mufassir dapat menggambarkan kewajipan jihad dengan maksud yang sebenar. 8. Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannya seseorang mufassir diharapkan dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul serta tidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau melampau batas. 9. Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassir bagaimana hendak membuat kesimpualan dari ayat-ayat al-Qur’an dan berdalil dengannya. Begitu juga mengenai ayat-ayat mujmal dan mubayyan, umum dan khusus, mutlak dan muqayyad, amar dan nahy dan perkara-perkara yang berkaitan. 10. Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan maklumat umum seperti sejarah, geografi, saikologi dan sebagainya. Semunya dapat membantu dalam mentafsirkan al-Qur’an selaras dengan tuntutan kehidupan. 11. Memulakan tafsir al-Qur’an dengan al-Qur’an itu sendiri, di mana perkara yang diterangkan secara ringkas di satu tempat dijelaskan secara terperinci di tempat yang lain. 7

www.scribd.com/agnostika

12. Mentafsirkan al-Qur’an dengan al-Sunnah kerana akl-Sunnah adalah penjelas kepada alQur’an. 13. Sekiranya tidak terdapat tafsiran al-Qur’an dari al-Sunnah, maka hendaklah dirujuk kepada pandangan para sahabat kerana mereka lebih memahami perkara tersebut disebabkan mereka telah menyaksikan penurunan wahyu dan latar belakangnya. 14. Merujuk kepada pendapat tabi`in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat dengan syarat terdapat pada riwayat yang sahih. Sebenarnya penterjemah kitab tafsir tidak semestinya pakar dalam ilmu tafsir. Akan tetapi beliau mesti mampu menterjemah al-Quran dengan mengimbaukan kehebatan dan kebesaran ayat-ayat Allah melalui pemadanan makna yang sesuai dengan ketepatan dan kehebatan al Quran. Apabila berhadapan dengan ganti nama merujuk kepada Allah atau Rasul –umpamanya - maka perkataan’kamu’ umpamanya tidaklah sesuai untuk digunakan sebagai ganti nama. Perkataan yang lebih sopan dan halus sewajarnya dimanfaatkan dalam hubungan ini; sesuai dengan martabat Allah dan RasulNya Selanjutnya membentuk terjemahan dalam susuk bahasa Melayu mungkin bermakna menghilangkan’wau al-ataf’ dengan menggantikannya dengan koma di antara perkataan-perkataan yang disebutkan. Frasa ayat yang panjang mungkin boleh dipendekkan dan dijadikan dua ayat pendek. Makna yang ‘mahzuf’ mungkin perlu ditampilkan dengan jelas dan terang untuk kesesuaian ayat yang diterjemah. Ganti nama diubah kepada nama asal. Ayat pasif boleh diubah kepada ayat aktif. Ayat teks asal yang berjela-jela boleh diringkaskan dan sebagainya. Pendek kata terjemahan bukan hanya memindahkan makna atau gaya, tetapi juga semangat, roh, dan impak afektif dan psikomotornya. Penterjemah yang baik boleh menghasilkan teks yang sama baik atau lebih baik dari teks asal. Penterjemah perlu memahami wacana dalam keseluruhan perenggan teks yang hendak diterjemahkan. Setelah mencerna pelbagai makna dan menghayati semangat wacana berkenaan ia mula memindahkannya secara keseluruhan dalam daya ta’akul untuk meraih perkataan padanan dan bentuk ayat yang lebih hampir untuk memindahkan makna dan semangat ayat. Setelah itu, ia baru melakukan terjemahannya dengan kepekaan seorang ilmuan, seniman, sasterawan atau penulis yang berhemat tinggi dan matang. Contoh Terjemahan Yang Salah Dan Betul Teks asal Juz 27 surah al Waqiah

‫ذﻛﺮ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻓﻲ ﺳﻮرة "اﻟﺮﺣﻤﻦ" اﻧﺸﻘﺎق اﻟﺴﻤﺎء )ﺗﺼﺪﻋﮭﺎ( وذﻛﺮ ھﻨﺎ ر ّ اﻷرض ﻓﻜﺄن اﻟﺴﻮرﺗﯿﻦ‬ ‫ج‬ ‫ﻟﺘﻼزﻣﮭﻤﺎ واﺗﺤﺎدھﻤﺎ ﻓﻲ اﻟﻤﻮﺿﻮع ﺳﻮرة واﺣﺪة ، وﻟﻜﻦ ﻣﻊ ﻋﻜﺲ اﻟﺘﺮﺗﯿﺐ ، ﻓﺬﻛﺮ ﻓﻲ أول ھﺬه‬ ‫اﻟﺴﻮرة ﻣﺎ ذﻛﺮه ﻓﻲ آﺧﺮ ﺗﻠﻚ ، وﻓﻲ آﺧﺮ ھﺬه ﻣﺎ ﻓﻲ أول ﺗﻠﻚ‬
Terjemahan yang salah Allah SWT ada menyebut tentang surah (ar-Rahman) mengenai terbelahnya langit dan kegoncangan bumi maka kedua-dua surah ini macam sepatutnya bersatu dalam tajuk surah yang 8

www.scribd.com/agnostika

sama. Akan tetapi sebaliknya berlaku pada susunannya, di mana apa yang disebutkan dalam surah al Rahman pada awal surah disebutkan dalam surah al Waqiah pada akhir surah, begitulah sebaliknya. Teks terjemahan yang betul Dalam surah al-Rahman, Allah gambarkan mengenai langit yang terbelah. Manakala dalam surah al Waqiah ini. Allah menceritakan tentang keberantakan (porak peranda) bumi. Kedua-dua surah ini seolah-olah satu surah dilihat dari sudut ini. Cuma susunannya agak berbeda. Apa yang diungkapkan dipermulaan surah ini diungkapkan di akhir surah yang kedua. Begitu juga sebaliknya. Teks ayat 13 -36 al Waqiah :

‫"ﯾﻄﻮف ﻋﻠﯿﮭﻢ وﻟﺪان ﻣﺨﻠﺪون" أي ﯾﺪور ﻋﻠﯿﮭﻢ ﻟﻠﺨﺪﻣﺔ ﻏﻠﻤﺎن أو ﺻﺒﯿﺎن أو ﺧﺪم ﻟﮭﻢ ، ﻣﺨﻠﺪون ﻋﻠﻰ‬ ‫ﺻﻔﺔ واﺣﺪة ، ﻻ ﯾﮭﺮﻣﻮن وﻻ ﯾﺘﻐﯿﺮون ، وﻻﯾﺒﻌﺪ أن ﯾﻜﻮﻧﻮا ﻛﺎﻟﺤﻮر اﻟﻌﯿﻦ ﻣﺨﻠﻮﻗﯿﻦ ﻓﻲ اﻟﺠﻨﺔ ، ﻟﻠﻘﯿﺎم‬ .‫ﺑﮭﺬه اﻟﺨﺪﻣﺔ‬ ‫"ﺑﺄﻛﻮاب وأﺑﺎرﯾﻖ وﻛﺄس ﻣﻦ ﻣﻌﯿﻦ ، ﻻ ﯾﺼﺪﻋﻮن ﻋﻨﮭﺎ وﻻ ﯾﻨﺰﻓﻮن" أي ﯾﻄﻮﻓﻮن ﻋﻠﯿﮭﻢ ﺑﺄﻗﺪاح‬ ‫ﻣﺴﺘﺪﯾﺮة اﻷﻓﻮاه ﻻ آذان ﻟﮭﺎ وﻻ ﻋﺮى وﻻ ﺧﺮاﻃﯿﻢ ، وأﺑﺎرﯾﻖ ذات ﻋﺮى وﺧﺮاﻃﯿﻢ ، وﻛﺆوس ﻣﺘﺮﻋﺔ‬ ‫ﻣﻦ ﺧﻤﺮ اﻟﺠﻨﺔ اﻟﺠﺎرﯾﺔ ﻣﻦ اﻟﯿﻨﺎﺑﯿﻊ واﻟﻌﯿﻮن ، وﻻ ﺗﻌﺼﺮ ﻋﺼﺮا ﻛﺨﻤﺮ اﻟﺪﻧﯿﺎ ، ﻓﮭﻲ ﺻﺎﻓﯿﺔ ﻧﻘﯿﺔ ، ﻻ‬ ‫ﺗﺘﺼﺪع رؤوﺳﮭﻢ ﻣﻦ ﺷﺮﺑﮭﺎ وﻻ ﯾﺴﻜﺮون ﻣﻨﮭﺎ ، ﻓﺘﺬھﺐ ﻋﻘﻮﻟﮭﻢ‬
Terjemahan yang salah “Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka”. Maksudnya muqarrabun di kelilingi oleh hamba, kanak-kanak lelaki untuk berkhidmat kepada mereka, kanak-kanak ini kekal tidak berubah dan tidak tua dan mereka tidak akan binasa seperti bidadari yang bermata cantik iaitu makhluk di syurga terus kekal dengan perkhidmatannya. “Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya”. Maksudnya mereka dikelilingi dengan mangkuk yang meleleh mulutnya tidak mempunyai telinga, tidak gondol dan tidak mempunyai belalai, cerek-cerek berkilat dan memiliki belalai (‫ )ﺧﺮاﻃﯿﻢ‬gelas-gelas berisikan air arak syurga yang mengalir dari sungai dan mata air syurga tidak diperah seperti perahan arak di dunia ia bersih hening tidak memeningkan kepala dan tidak memabukkan serta tidak menghilangkan akal. Teks terjemahan yang betul “Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya) mengitari mereka.” (al-Waqia’ah, 56:17 ). Maksudnya, golongan muqarrabun tersebut di kelilingi oleh para pelayan, dari kalangan remaja lelaki untuk berkhidmat kepada mereka. Para pelayan muda ini kekal tidak berubah dan tidak tua serta tidak pula mati. Mereka mungkin dari jenis seperti bidadari makhluk syurga yang terus kekal dengan perkidmatannya. 9

www.scribd.com/agnostika

Firman Allah (bermaksud) : “Sambil membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta gelas yang berisi arak yang mengalir. Mereka tidak pening kepala dan tidak pula mabuk (kerana menikmatinya)” (al-Waqiah, 56: 18-19). Mereka dikelilingi para pelayan yang membawa piala yang corongnya bundar dan khusus untuk minuman. Mereka juga membawa cerek-cerek yang bermuncung indah. Gelas-gelasnya penuh berisi arak syurga yang mengalir dari mata air syurga. Arak-arak tersebut tidak perlu diperah seperti halnya arak di dunia. Arak yang sangat bermutu dan bersih. Ia tidak memeningkan kepala dan tidak memabukkan serta tidak menghilangkan akal. PENUTUP Menterjemah teks tafsir memang berat dan penuh tanggungjawab. Penterjemah perlu merujuk terjemahan tafsir yang pelbagai yang pernah dibuat dalam bahasa Melayu, Indonesia, dan lain-lain untuk meraih makna dan padanan yang lebih jitu dan membawa semangat dan roh ayat al-Quran. Mereka perlu berani mengadakan sedikit pengubahsuaian bagi frasa yang mungkin sukar mencari padanan asli dalam bahasa kedua. Mereka sewajarnya kaya dengan pelbagai kata, bidalan bahasa dan kaedah pengucapan yang baik untuk memindahkan makna dalam teks asal. Mereka perlu memiliki keupayaan mengarang dalam bahasa kedua atau bahasa sasaran yang hendak dialih makna kepadanya. Keupayaan mengarang yang baik dalam bahasa Melayu umpamanya menghalang hasil terjemahan menjadi seperti ungkapan dalam bahasa Arab yang pelik dan mengaburkan maksud. Hanya pengarang yang baik dapat menghasilkan terjemahan yang bermutu.

RUJUKAN 1. Al-Quran Al-Karim 2. Yayasan Penyelenggaraan, 1971, Al-Quran dan Terjemahan, Kerajaan Arab Saudi, Saudi Arabia 3. Ainon Mohd, Abdullah Hassan. 2000. Teori dan teknik Terjemahan. Kuala Lumpur. Persatuan Penterjemah Malaysia 4. Persatuan Penterjemah Malaysia, 1999, Prosiding Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. 5. Fauzi Deraman, 2001, Pengantar Usul Tafsir, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur 6. Persatuan Ulama’ Malaysia, 2001, Tafsir al-Munir Juz’ Amma, Intel Multimedia And Publication, Petaling Jaya 7. Persatuan Ulama’ Malaysia, 2002, Tafsir al-Munir Juz’ 27, Intel Multimedia And Publication, Petaling Jaya. 8. Dr. Zulkifli Hj. Mohd Yusof, 2002, A Study of Tafsir ‘Abr al-Athir and Sonhadji’s Methodolgy in Tafsir al-Quran, Rangkaian Pelangi Sdn. Bhd. Johor Bahru

10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->