You are on page 1of 13

1.

0 Zaman Kerajaan Sriwijaya

Zaman Sriwijaya yang bermula pada abad ke-7 merupakan permulaan


kegemilangan Bahasa Melayu. Ini kerana terdapat beberapa bukti yang
menyokong kewujudan Bahasa Melayu telah mula digunakan pada zaman
tersebut.

1.1 Batu bersurat

Pada akhir abad ke-7, batu bersurat telah dijadikan tempat untuk menulis
perkataan dalam Bahasa Melayu bersama dengan Bahasa Sanskrit. Batu-batu
bersurat tersebut telah dijumpai di Palembang, Pulau Bangka dan Daerah Hulu
Jambi. Batu bersurat yang dijumpai di Palembang ialah Batu Bersurat Kedukan
Bukit yang bertarikh 683 Masihi serta Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh
684 Masihi. Seterusnya di Kota Kapur, Pulau Bangka yang bertarikh 686 Masihi
manakala Batu Bersurat Karang Brahi, Meringin telah dijumpai di daerah Hulu
Jambi juga bertarikh 686 Masihi. Batu bersurat lain ialah seperti Batu Bersurat
Gandasuli yang bertarikh 832 Masihi dan Bengkulu yang bertarikh 1000 Masihi.

1.2 Fungsi Bahasa Melayu pada zaman Sriwijaya

Di Sriwijaya pada masa itu, Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa


pentadbiran, perdagangan dan perhubungan umum. Dalam meluaskan daerah
takluk Kerajaan Sriwijaya, Bahasa Melayu juga digunakan. Di samping itu,
Bahasa Melayu juga menjadi bahasa Lingua Franca yang turut digunakan secara
meluas di Nusantara. Penduduk Jawa yang berada di bawah kekuasaan
Kerajaan Majapahit juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan.

1
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan dan pentadbiran
di Sumatera khususnya Jambi. Ini kerana negeri-negeri Melayu di Sumatera
masih mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan melayu walaupun ditakluk
kerajaaan Majapahit.

1.3 Sastera

Dalam bidang sastera, terdapat Panji Melayu yang merupakan cerita


saduran yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Panji-panji ini
sebenarnya berasal daripada Pulau Jawa. Antara panji-panji tersebut ialah Kuda
Deraspati, Kelana Wira Asmara, Panji Jawa Perara, Panji Taman Jayeng
Kusuma dan Panji Kuda Semirang.

1.4 Bukti

Kewujudan Bahasa Melayu pada masa itu disokong oleh satu catatan
pengembara Cina yang singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India.
Berdasarkan catatan tersebut, A. Teeuw pada 1952, berpendapat bahawa
Bahasa Melayu sudah digunakan sejak berabad lamanya sebagai bahasa
pengantar kebudayaan di daerah-daerah lain yang bukan termasuk dalam
Kepulauan Melayu.

Bukti-bukti konkrit yang lain ialah penemuan dua buah patung iaitu di
Padang Lawas yang bertarikh 1029 Masihi dan di Padang Roco, Batanghari
yang terdapat perkataan ’Malaya’ di belakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.

2
2.0 Zaman Kerajaan Melaka

Zaman Melaka adalah di antara tahun 1400 hingga 1511. Zaman ini
merupakan zaman kegemilangan bahasa Melayu. Pada zaman tersebut,
pengaruh agama Islam amat kuat dalam mempengaruhi perkembangan bahasa
Melayu. Terdapat hikayat dan batu bersurat yang menjadi bukti kewujudan dan
kegemilangan bahasa Melayu pada zaman tersebut.

2.1 Hikayat

Hikayat yang terkenal pada masa itu seperti Hikayat Raja Pasai yang
merupakan karya yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan
bahasa Arab. Hikayat ini ditulis berdasarkan tradisi istana kerajaan Melayu.

Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan


Hikayat Amir Hamzah merupakan terjemahan bahasa Parsi ke bahasa Melayu.
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah telah menjadi
inspirasi hulubalang Melayu dalam menentang Portugis pada tahun 1511.

2.2 Pengaruh Islam

Pengaruh Agama Islam yang amat kuat pada masa itu telah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa penyebaran agama Islam dalam bentuk tulisan
Jawi. Antara kitab yang terkenal pada zaman itu ialah Darul Manzum. Para
ulama pula memainkan peranan penting dalam menulis karya yang berbahasa
Melayu hasil terjemahahan bahasa Arab dan Parsi ke dalam bahasa Melayu.
Antara tokoh ulama yang terkenal pada masa itu ialah Syeikh Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar dan Kadi Yusuf.

3
2.3 Fungsi

Bahasa Melayu juga telah menjadi sumber perundangan yang ditulis


dalam bahasa Arab oleh Kerajaan Melaka pada masa tersebut. Contohnya ialah
Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka.

Pada zaman Melaka juga, bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua
franca, bahasa kesusasteraan, kebudayaan dan bahasa rasmi di istana.

2.4 Batu bersurat

Bukti lain pula adalah seperti batu-batu bersurat. Batu bersurat pertama
telah dijumpai di Pagar Ruyung, Minangkabau yang bertarikh 1356 Masihi
manakala batu bersurat Kuala Berang, Terengganu adalah dipercayai bertarikh
pada tahun1303 hingga 1387. Batu nisan yang ditemui di Menye Tujuh, Aceh
adalah bertarikh 1308. Batu-batu bersurat tersebut telah menjadi bukti
perkembangan bahasa Melayu pada masa itu walaupun dipengaruhi sedikit oleh
bahasa Sanskrit dan Arab kecuali batu bersurat Kuala Berang, Terengganu yang
berbahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

3.0 Zaman selepas kejatuhan Kerajaan Melaka

Pada tahun 1511, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Meskipun


begitu, kedudukan bahasa Melayu tetap kekal teguh sebagai bahasa
kesusasteraan, lingua franca, bahasa keagamaan, bahasa persuratan, bahasa
ilmu dan juga bahasa perantaraan atau komunikasi setempat.

4
3.1 Reaksi orang barat terhadap Bahasa Melayu

Pada zaman penjajahan Portugis di Melaka, penjajah Portugis ada


menyimpan hasil-hasil kesusasteraan Melayu. Ini dapat menggambarkan
bahawa betapa pentingnya bahasa Melayu pada masa itu.

Pigafetta, seorang kelasi Itali telah menyusun daftar kata Melayu-


Eropah(Itali) pada tahun 1521. Daftar kata tersebut digunakan oleh orang-orang
di pelabuhan Pulau Tidore sebagai bahasa komunikasi. Pada masa itu biarpun
jauh bahasa Melayu tetap tersebar dengan luasnya sehingga ke benua Eropah.

Seorang Belanda yang bernama Van Linschotten yabg pernah tinggal di


Indonesia sebagai pegawai pemerintah Portugis da antara tahun 1586 sehingga
1592 menyatakan bahawa bahasa Melayu bukan sahaja harum namanya malah
dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Francois Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah Belanda menulis


tentang Kepulauan Melayu dan menyatakan bahawa bahasa Melayu bukan
sahaja dituturkan di pinggir laut tetapi seluruh Kepulauan Melayu dan negeri-
negeri timur sebagai bahasa yang difahami. Orang yang tidak memahami
bahasa Melayu sebagai lingua franca akan kehilangan jejak kerana bahasa itu
digunakan di seluruh Kepulauan Melayu hingga Filipina.

Dalam bidang perkamusan pada abad ke-17, para sarjana eropah telah
berusaha menyusun kamus dan daftar kata dalam bahasa Melayu. Pada tahun
1613 kamus Arthus cetakan kedua telah diterbitkan manakala tahun 1623 kamus
Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda oleh Casper Wittens dan Sebastian
Danckaerts diterbitkan di The Hauge.

5
3.2 Bahasa Melayu di Nusantara

Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa persuratan di


antara pentadbir dan raja-raja. Di Kepulauan Melayu Sultan Allaudin di Aceh
telah menulis surat kepada Harry Middleton pada tahun 1602.

Di Aceh dan kepulauan Nusantara termasuk Brunei dan Palembang


kegiatan keintelektualan yang berbahasa Melayu telah tersebar luas. Selain itu,
kegiatan penulisan berasaskan agama Islam khususnya juga tersebar luas.
Tokoh-tokoh seperti Sheikh Nurrudin al-Raniri, Hamzah Fanasuri, dan
Shamsuddin al-Sumatrani turut memberikan sumbangan dalam bidang penulisan
Melayu Islam. Kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu juga banyak dihasilkan.

Bukti penyebaran bahasa Melayu yang lain adalah seperti tulisan arab
telah diterima sebagai tulisan orang Melayu dan penggunaannya tersebar.
Beberapa perubahan dan penyesuaian telah dibuat terhadap kaligrafi Arab itu
supaya sesuai dengan masyarakat di rantau ini.

6
4.0 Zaman pemerintahan Belanda dan Inggeris

Di Tanah Melayu, Belanda telah mula bertapak pada tahun 1641


manakala Inggeris bermula pada tahun 1824. Zaman pemerintahan Inggeris
telah berakhir pada tahun 1957 iaitu ketika negara kita merdeka.

4.1 Bahasa Melayu bermula pada tahun 1700

Pada tahun 1700 hingga 1874, Pulau Penyengat merupakan tempat


berkembangnya bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Selain itu, di
Pattani dan Pelembang kegiatan persuratan dari aspek keagamaan juga
berkembang. Antara tahun-tahun inilah penulisan dalam bahasa Melayu yang
aktif dan kreatif menjadi asas untuk penulisan di abad yang akan datang. Antara
tokoh yang terkenal pada masa itu ialah Abdul Samad Palembang, Muhammad
Kemas Palembang dan Syeikh Daud al-Fatani.

4.2 Bahasa Melayu tahun 1824-1900

Tanah Melayu telah mula mendapat pengaruh Pendidikan Inggeris


terutamanya di Negeri Selat di antara tahun 1824 sehingga 1900. Raffles telah
mengumpul banyak naskah penulisan Melayu lama dengan bantuan Munsyi
Abdullah untuk dihantar ke London tetapi malangnya naskah-naskah tersebut
telah telah musnah dalam kebakaran Kapal ’The Fame’ pada tahun 1826 di Laut
Bengkahulu. Namun begitu masih terdapat naskah Melayu yang dibawa ke barat
seperti Britan dan Jerman. Menurut anggaran Profesor Ismail Husein, terdapat
lebih kurang 7000 naskah terdapat di seluruh dunia terutamanya barat. Terdapat
juga penglibatan orang bukan Melayu dalam penulisan surat khabar pada masa
itu. Seorang cina telah menulis karya yang bertajuk Lawah-lawah Merah dalam
bahasa Melayu pasar manakala Belanda dan Indonesia menulis syair yang
bertajuk Sinyor Costa. Penulisan orang bukan Melayu dalam penulisan Melayu

7
adalah kurang bermutu dan tidak wajar diketengahkan ke dalam bahasa Melayu
tetapi penglibatan mereka juga penting dalam perkembangan bahasa Melayu.

Antara tahun 1874 dan 1900, di Negeri Selat telah muncul akhbar
hindustan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Karya-karya
tersebut adalah seperti Hikayat Gul Bakawali dan Hikayat Kamarulzaman.
Pegawai Belanda dan Inggeris tidak jemu belajar, menyelidik dan menulis
mengenai masyarakat Melayu. Mereka telah melihat dari aspek sastera lisan,
kepercayaan, kebudayaaan dan linguistik. Mereka juga berpendapat bahawa
persuratan dan kesusasteraan bahasa Melayu bayak dipengaruhi unsur luar
seperti Hindu, Arab dan Parsi.

4.3 `Bahasa Melayu tahun 1900-1957

Pada tahun 1900 hingga 1957 bahasa Melayu dilihat semakin


berkembang. Pegawai-pegawai Inggeris seperti R.O. Winstedt, Wilkinson dan
Crawford telah mengumpul bahan kesusasteraan bahasa Melayu untuk sekolah
dan maktab dalam bentuk rakaman seperti Cerita Jenaka, Hikayat Awang
Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. R.O. Winstedt juga ada menulis
karya dalam bahasa Melayu seperti Jaya Waras dan Tarikh Melayu pada tahun
1918 sebagai bahan penulisan yang bercorak pengetahuan untuk murid di
sekolah Melayu. Karya beliau yang lainnya ialah Kamus Melayu-Inggeris yang
beliau susun antara tahun 1901-03. Selepas tahun 1928, rakyat Indonesia telah
mengiktiraf bahasa Melayu-Riau sebagai bahasa Indonesia disamping unsur
sukuan untuk memperkayakan bahasa Indonesia. Jabatan Karang Mengarang
MPSI telah ditubuhkan pada tahun 1924 untuk menerbitkan bahan bacaan dalam
bahasa Melayu. Antara buku yang terkenal keluaran MPSI ialah seperti Salah
Asuhan, Kerana Mentua dan hasil terjemahan mereka yang terkenal seperti
Robinson Crusoe. Tokoh MPSI yang terkenal ialah Za’ba yang memegang
jawatan sebagai ketua pengarang dan penterjemahan Kanan. Secara
keseluruhannya, MPSI terlibat dalam bidan penulisan, penterjemahan dan

8
penerbitan. Akhbar al-Imam pula telah mula dikeluarkan pada tahun 1926.
Akhbar ini mengandungi bahan bacaan seperti cerita, dan juga terjemahan novel
Mesir seperti Hikayat Faridah Hanum. Al-Imam talah ditubuhkan oleh seorang
tokoh yang bernama Syed Syeikh al-Hadi.

Tokoh bahasa Melayu yang lain pula adalah seperti Ishak Haji
Muhammad yang telah memperjuangkan ilmu persuratan Melayu. Karya-karya
beliau adalah seperti Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Za’ba pula
merupakan tokoh bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan Melayu yang
terkenal. Beliau telah menulis pelbagai buku sebagai bahan bacaan di peringkat
sekolah dan maktab. Karya beliau yang terkenala adalah seperti Ilmu Mengarang
Melayu, Daftar Ejaan Melayu-Jawi Rumi serta Pelita Bahasa Melayu l,ll dan lll.

Sebelum Perang Dunia ke-2, bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi
di 5 buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Contohnya ialah di pejabat polis dengan pegawai-pegawai yang berbilang
bangsa.

Pada zaman Jepun iaitu di antara tahun 1941 hingga 1945, orang Melayu
masih berani memperkembangkan bangsa, bahasa, kesusasteraan dan dan
kebudayaan tetapi dalam akhbar dan majalah Jepun khususnya golongan
nasionalisme. Pemikiran golongan intelektual pada zaman tersebut dapat
digambarkan melalui sajak-sajak Jepun, memoir dan antologi yang ditulis oleh
tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail
dan Mahsuri S.N.

Selepas Perang Dunia ke-2, bahasa Melayu berada pada kedudukan


yang terancam. Ini kerana kemasaukan pegawai-pegawai Inggeris yang baru
dan jahil dalam bahasa Melayu telah mengenepikan kedudukan bahasa Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu dan meningkatkan kedudukan bahasa Inggeris.
Pada masa itu, bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam

9
bidang pendidikan, urusan rasmi dan pentadbiran terutamanya di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. Walaupun begitu, kesusasteraan bahasa Melayu terus
dihasilkan oleh golongan cendekiawan yang bukan berpendidikan barat tetapi
berpendidikan Melayu dan Arab

A.S.A.S 50 pula berjuang dalam mendaulatkan bahasa Melayu disamping


kemerdekaan dalam bidang penulisan. Antara tokoh A.S.A.S 50 ialah Mohd Arif
Ahmad, Hamzah, Rosmera dan Keris Mas.

Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan bahasa


kebangsaan dari aspek bakat penulisan, perkamusan, ejaan dan penerbitan.

10
Rumusan

Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Menurut beberapa


sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria)
menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia,
iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang
kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia
dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, yang
berasal daripada keluarga bahasa Austris.
Pada zaman Sriwijaya pada abad ke-7, terdapat bukti penggunaan baasa
melayu dengan penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Palembang,
Pulau Bangka dan Daerah Hulu Jambi. Bahasa melayu digunakan sebagai
bahasa pentadbiran, perdagangan dan perhubungan umum. Kewujudan Bahasa
Melayu pada masa itu juga disokong oleh satu catatan pengembara Cina yang
singgah di Sriwijaya dalam perjalanan ke India. Bukti-bukti konkrit yang lain ialah
penemuan dua buah patung iaitu di Padang Lawas yang bertarikh 1029 Masihi
dan di Padang Roco, Batanghari yang terdapat perkataan ’Malaya’ di
belakangnya dan bertarikh 1286 Masihi.
Pada zaman Melaka di antara tahun 1400 hingga 1511 merupakan zaman
kegemilangan bahasa melayu. Pada zaman tersebut, pengaruh agama Islam
amat kuat dalam mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu. Terdapat
hikayat dan batu bersurat yang menjadi bukti kewujudan dan kegemilangan
bahasa Melayu pada zaman tersebut.
Pengaruh Agama Islam yang amat kuat pada masa itu telah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa penyebaran agama Islam dalam bentuk tulisan
Jawi. Antara tokoh ulama yang terkenal pada masa itu ialah Syeikh Abdul Aziz,
Maulana Abu Bakar dan Kadi Yusuf. Bahasa Melayu juga telah menjadi sumber
perundangan yang ditulis dalam bahasa Arab oleh Kerajaan Melaka pada masa
tersebut. Contohnya ialah Undang-undang Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
Pada zaman Melaka juga, bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua
franca, bahasa kesusasteraan, kebudayaan dan bahasa rasmi di istana dengan
11
penemuan batu-batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau yang bertarikh
1356 Masihi manakala batu bersurat Kuala Berang, Terengganu adalah
dipercayai bertarikh pada tahun1303 hingga 1387.

Pada tahun 1511, Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Meskipun


begitu, kedudukan bahasa Melayu tetap kekal teguh sebagai bahasa
kesusasteraan, lingua franca, bahasa keagamaan, bahasa persuratan, bahasa
ilmu dan juga bahasa perantaraan atau komunikasi setempat.
Pada zaman penjajahan Portugis di Melaka, penjajah Portugis ada
menyimpan hasil-hasil kesusasteraan Melayu. Ini dapat menggambarkan
bahawa betapa pentingnya bahasa Melayu pada masa itu. Pigafetta, seorang
kelasi Itali telah menyusun daftar kata Melayu-Eropah(Itali) pada tahun 1521
yang kemudiannya digunakan oleh orang-orang di pelabuhan Pulau Tidore
sebagai bahasa komunikasi. Francois Valentijn, seorang pendeta dan ahli
sejarah Belanda menulis tentang Kepulauan Melayu dan menyatakan bahawa
bahasa Melayu bukan sahaja dituturkan di pinggir laut tetapi seluruh Kepulauan
Melayu dan negeri-negeri timur.
Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa persuratan di antara
pentadbir dan raja-raja sebagai contoh, Sultan Allaudin di Aceh telah menulis
surat kepada Harry Middleton pada tahun 1602. Di Aceh dan kepulauan
Nusantara termasuk Brunei dan Palembang kegiatan keintelektualan yang
berbahasa Melayu telah tersebar luas. Bukti penyebaran bahasa Melayu yang
lain adalah seperti tulisan arab telah diterima sebagai tulisan orang Melayu dan
penggunaannya tersebar.

12
RUJUKAN

1. Hj. Alias Hj. Zaidi, Kursus Lengkap Bahasa Melayu STPM Kertas 1
Bahagian 1 1992

2. Nik Kafiyah Karim a.d, Tatabahasa Dewan edisi baharu, 2002

3. Raminah Hj. Sabran a.d, Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan,
1986
4. Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain

5. http://www.scribd.com/doc/20408364/b-Sejarah-Pertumbuhan-Bahasa-
Melayu

6. http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-
usul.html

7. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=STPM&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=NOTA

8. http://staff.iiu.edu.my/mascitah/sejarahawal.doc

9. http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/ASAL%20USUL
%20BAHASA%20MELAYU.doc

13

You might also like