You are on page 1of 36

PENGENALAN

PERTOLONGAN
CEMAS
PENGENALAN
PERTOLONGAN CEMAS
Disusun oleh:

YUSNIZAM BIN
YUSOFF
PEMBANTU PERUBATAN
AMBULAN (UNIT KECEMASAN
BERMOTOSIKAL)

IBU PEJABAT KEBANGSAAN


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Muka
ISI KANDUNGAN Surat

Skop Pertolongan Cemas 2

Luka & Pendarahan 10

Patah 17

Kecederaan Sendi dan Otot-otot 23

Terbakar dan Melecur 27

Pitam dan Tidak Sedarkan Diri 33

Pengenalan Pertolongan Cemas 1


SKOP
PERTOLONGAN
CEMAS

Pengenalan Pertolongan Cemas 2


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit.

Konsep Pertolongan Cemas


Pertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal yang
diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara
mengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS


1. Selamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti
pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.

2. Mengelakkan dari bertambah buruk


Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau
keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3. Mengurangkan kesakitan
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN


• Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera

• Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba.

MENILAI SITUASI MANGSA (PRIMARY SURVEY)


Bertindak D R A B C
D = Danger (Bahaya)
R = Response (Tindak balas/Reaksi)
A = Airway (Saluran pernafasan)
B = Breathing (Pernafasan)
C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah)

RESPONSE (TINDAKBALAS / REAKSI)

Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa.

Jika sedar : Jika tidak sedar :


• Tanya mangsa keadaannya • Pastikan saluran pernafasan terbuka dan
• Pastikan kecederaan atau kesan lain tiada halangan
• Berikan rawatan yang sewajarnya • Periksa samada mangsa bernafas atau tidak.
• Dapatkan bantuan jika perlu • Periksa pengaliran darah dengan merasa
denyutan nadi di leher (karotid)

Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:


1) A - Alert (sedar sepenuhnya)
2) V - Verbal (respon terhadap suara)
3) P – Pain (respon terhadap kesakitan/sentuhan)
4) U – Unconcious (tiada apa-apa respon)

Pengenalan Pertolongan Cemas 3


SECONDARY SURVEY (MEMERIKSA MANGSA)
Pemeriksaan tubuh badan mangsa untuk membuat penilaian bolehlah diringkaskan seperti berikut:
Bahagian Tindakan
Pemeriksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian
a) Kepala
kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya.
b) Leher Periksa belakang tengkuk dan nadi.
c) Belakang Periksa ruas-ruas tulang belakang.
d) Badan Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya.
e) Tangan Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya.
f) Kaki Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya.

Untuk mangsa yang mengalami kecederaan bolehlah


diperiksa seperti berikut:
S Sign / Symptom (Tanda dan gejala)
D - Deformity
A Alergic (Alahan)
C - Concussion
M Medication (Ubatan yang diambil)
A - Abrasion wound
P Past History (Penyakit yang sedia ada)
P - Punctured wound
L Last Meal (Makanan terakhir)
B - Burn
E Event (Punca kejadian)
T - Tenderness ( sakit bila disentuh)
L - Laceration wound
S - Swelling

VITAL ORGAN
Adalah organ-organ yang penting di dalam tubuh badan.

Keutamaan (Priority)

1. Otak
Respon, saiz anak mata
2. Jantung
Nadi (Pulse)
3. Paru-paru
Pernafasan (breathing)
4. Hati
Kulit Kelihatan Kekuningan
5. Buah Pinggang
5.1. Bengkak-bengkak pada kulit
5.2. Masalah kencing.

NADI
Nadi ialah tindakbalas pengepaman jantung yang boleh dikesan di seluruh
arteri yang selari dengan tulang

Tempat mudah untuk merasai nadi ialah:

1. Pergelangan Tangan - Radial


2. Pangkal Lengan - Brachial
3. Leher - Karotid

Pengenalan Pertolongan Cemas 4


Semasa merasa nadi perkara yang perlu diambil
perhatian adalah:

1. Bilangan denyutan nadi


Dewasa (60 – 80 kali seminit)
Kanak-kanak (80 - 120 seminit)
Bayi (120 -160 kali seminit)

2. Rentak nadi (rhythm)

3. Kekuatan (strength)

RENJATAN (SHOCK)
Suatu keadaan dimana peredaran darah terganggu disebabkan oleh penurunan tekanan saluran darah
menyebabkan organ – organ penting tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebab-Sebab renjatan

1. Kehilangan bendalir badan (hypovolumic


shock)

a) Kehilangan Darah (haemorrhagic shock)


Pendarahan yang banyak

b) Kehilangan Cecair (haemotegenic shock)


Terbakar – kehilangan plasma
Muntah-Muntah
Cirit-birit

2. Keadaan emosi (neurogenic shock)


Terlampau takut
Terkejut
Berita buruk

3. Saraf (Anaphylitic shock)


Terlampau sakit
Alahan / allergi

Tanda-Tanda & Gejala APA YANG HARUS DILAKUKAN

• Kulit kelihatan pucat • Terlentangkan pesakit, tinggikan kedua-dua kaki untuk


• Kulit sejuk dan berpeluh / menggalakkan pengaliran darah ke otak.
melekit • Longgarkan pakaian yang ketat terutama di bahagian leher dan
• Loya, lemah dan pening pinggang.
• Nadi cepat dan lemah • Tentukan keadaan sekeliling selesa dan dapatkan seberapa
• Nafas cepat dan sesak banyak udara yang bersih.
• Tekanan darah rendah • Selimutkan mangsa agar sentiasa panas, tetapi jangan biarkan
• Dahaga badannya terlalu panas.
• Resah gelisah • JANGAN beri sebarang makanan atau minuman kepada pesakit
• Pandangan kabur kerana ini boleh menyebabkan muntah.
• Tidak sedarkan diri • Berikan keselesaan dan keyakinan kepada pesakit, kenal pasti
kecederaan-kecederaan yang ada dan berikan bantuan
kecemasan yang sewajarnya.
• Dapatkan bantuan lanjutan.

Pengenalan Pertolongan Cemas 5


• Perhatikan pernafasan dan denyutan jantung (nadi).

1. TIDAK BERNAFAS – Bantuan pernafasan.

2. TIADA DENYUTAN NADI – CPR

3. BERNAFAS – Baringan pemulihan (recovery


position).

• Dapatkan bantuan ambulans dengan segera.

TERCEKIK
Gejala utama menyebabkan asfiksia adalah apabila berlaku TERSEKAT SALURAN PERNAFASAN disebabkan
oleh benda-benda asing atau makanan. Ini akan menyebabkan kegagalan oksigen untuk sampai kepada sel-sel
badan.

Rawatan Kaedah HEIMLICH MANUEVER (ABDOMINAL


THRUST) dan CHEST THRUST
1. Mengeluarkan benda asing dengan
teknik `abdominal thrust’ atau
`Heimlich manuever’
HEIMLICH
2. Membuka saluran pernafasan MANUEVER /
ABDOMINAL
3. Periksa pernafasan dan denyutan THRUST
nadi Tekanan Abdomen

4. Lakukan CPR jika tiada pernafasan


dan denyutan nadi

5. Apabila denyutan nadi dan


pernafasan pulih, baringkan mangsa
dalam kedudukan pemulihan
CHEST THRUST
6. Periksa pernafasan dan tahap
Tekanan Dada
kesedaran.

Tercekik: Mangsa dewasa menjadi tidak sedar

Terlentangkan mangsa dengan mengawal kepala dan lehernya. Jerit “Tolong!” dan hubungi ambulan.

Pengenalan Pertolongan Cemas 6


Angkat dagu dan lidah dengan satu tangan sementara tangan yang lain digunakan untuk mengeluarkan objek
asing dalam mulut dan tekak dengan menggunakan jari.

Dongakkan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan. Berikan bantuan pernafasan.

Sekiranya tersekat, lakukan tekanan abdomen (Abdominal Thrust).

Untuk melakukan tekanan abdomen, melutut dan


duduk pada paras lututnya serta mengadap mangsa.

Letak tumit tapak tangan di tengah abdomen dan


letakkan tapak tangan kedua di atas yang pertama.

Tekan sebanyak 6-10 kali dengan satu pergerakan


yang kemas dan cepat.

Sentiasa periksa sekiranya objek asing telah keluar.


Buka mulut, angkat dagu dan lidah dan periksa mulut.
Sekiranya terdapat gigi palsu bolehlah ditanggalkan
jika perlu untuk memudahkan pemeriksaan mulut.

Dongakkan kepala mangsa dan beri bantuan


pernafasan. Sekiranya masih tersekat, ulang semula
perkara-perkara di atas dengan cepat.
- Tekan abdomen
- Periksa mulut
- Beri bantuan pernafasan

Ulang sehingga bantuan pernafasan tidak tersekat.

Tercekik: Mangsa dewasa yang tidak sedar

Tentukan tahap kesedaran mangsa dengan menepuk bahu dan memanggil. Sekiranya tiada respon, jerit
“Tolong!” dan hubungi ambulan. Terlentangkan mangsa.

Pengenalan Pertolongan Cemas 7


Buka saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa dan periksa pernafasan (melihat, mendengar,
merasa).
- Melihat dada turun naik
- Mendengar pernafasan
- Merasa haba pernafasan dengan pipi

Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan, berikan bantuan pernafasan. Sekiranya tersekat, dongakkan kepala
sekali lagi dan beri bentuan pernafasan.

Sekiranya masih tersekat, mangsa mungkin tercekik. Lakukan tekanan abdomen sebanyak 6-10 kali. Periksa
mulut mangsa sekiranya ada objek asing yang terkeluar. Sekiranya ada, keluarkan objek tersebut dengan
membuka mulut serta mengangkat dagu dan lidah mangsa dan korek menggunakan jari.

Dongakkan semula kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. Sekiranya masih tersekat ulang semula tindakan
di atas dengan cepat.

Sekiranya mangsa terlalu gemuk atau mengandung, tekan di atas dada seperti kedudukan CPR.

Rawatan bayi tercekik

Pastikan tahap kesedaran bayi dengan menepuk bahunya perlahan-lahan. Jika tiada respon, jerit “Tolong!” dan
hubungi ambulan. Terlentangkan bayi dan buka saluran pernafasan. Pastikan jangan di dongak secara
berlebihan.

Periksa pernafasan dengan teknik melihat, mendengar dan merasa.

Pengenalan Pertolongan Cemas 8


Sekiranya tiada tanda-tanda pernafasan beri bantuan
pernafasan dengan cara melekapkan mulut anda di
sekeliling mulut dan hidung bayi. Jika tersekat,
dongakkan semula kepala bayi dan beri bantuan
pernafasan lagi. Jika masih tersekat lakukan Back
thrust dan Chest thrust.

Tiarapkan bayi dengan mengampunya menggunakan tapak tangan serta lengan.

Letakkan bayi di bahagian paha dengan kedudukan kepala bayi rendah dari paras badannya.

Tepuk 5 kali di antara tulang belikat bayi dengan menggunakan tumit tapak tangan.

Kemudian terlentangkan bayi dan ampu leher serta badan bayi dengan kedudukan kepala rendah dari badannya.

Tekan 5 kali di atas dadanya seperti melakukan CPR.

Kemudian buka mulut bayi dengan teknik angkat dagu


dan lidah serta periksa sekiranya ada objek asing.

Sekiranya ada, korek objek tersebut dengan


menggunakan jari kelingking.

Cuba buat hembusan semula. Jika masih tersekat ulang


semula teknik di atas sehingga objek dapat dikeluarkan
dan bantuan pernafasan berjaya.

Pengenalan Pertolongan Cemas 9


LUKA
&
PENDARAHAN

(Wounds & Bleeding)

Pengenalan Pertolongan Cemas 10


LUKA
Kecederaan kepada tisu disebabkan oleh benda-benda Luka boleh diklasifikasikan kepada dua sifat iaitu:
tajam atau tumpul. 1. Luka Tertutup
2. Luka Terbuka

1. Luka Tertutup Contoh Luka Tertutup

Kecederaan kepada tisu di bawah kulit dimana


kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak
dapat dilihat dari luar. Darah juga tidak keluar ke
permukaan kulit.

Contoh Luka Tertutup:

a. Kontuse
Akibat daripada terkena pukulan kuat.
Pendarahan berlaku di bawah kulit. Pendarahan di otak

b. Haematoma
Pendarahan yang menjadi beku dan kelihatan
biru kehitaman.

2. Luka Terbuka

Kecederaan kepada tisu kulit dimana kesinambungan


kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan
terdapat pendarahan yang keluar ke kulit.
Lebam

Contoh Luka Terbuka


Jenis Sebab Contoh
a. Luka Terhiris Benda-benda tajam & nipis Pisau
b. Luka Calar Balar Tersagat Permukaan yang kasar
c. Luka Tikaman Benda-benda tajam &runcing Paku / pisau
d. Luka Terkoyak Cakaran Cakaran kuku binatang / kawat duri
e. Luka Tembakan Tembakan Peluru pistol
f. Amputasi / kudung Kemalangan Putus Tangan / Kaki

Luka Geseran Luka Terhiris

Luka Terkoyak Luka Tikaman

Pengenalan Pertolongan Cemas 11


LAPISAN KULIT

LUKA TERTUTUP Luka calar-balar

Luka terhiris Luka terkoyak

Pengenalan Pertolongan Cemas 12


Luka tembakan Luka tikaman

Rawatan untuk luka

Luka terbuka
Untuk luka terbuka yang tidak banyak pendarahan, lakukan teknik 2 C iaitu:
1. Clean (bersihkan) Bersihkan luka dari sebarang kekotoran.
2. Cover (tutup) Tutup luka dengan gauze atau kain yang bersih.

Teknik 2 C ini dilakukan adalah untuk menghalang


1. Pencemaran luka
2. Jangkitan kuman
3. Pembiakan kuman

Untuk luka terbuka yang mempunyai banyak pendarahan lakukan teknik D.I.E. Teknik ini akan diterangkan
dengan lebih lanjut di dalam topik pendarahan.

Luka tertutup
Untuk luka tertutup, berikan tuaman sejuk untuk menghentikan pendarahan yang berlaku di bawah kulit.
Luka tertutup yang serius ialah yang menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman seperti di otak, paru-paru,
perut dan lain-lain lagi.

Pengenalan Pertolongan Cemas 13


KUDUNG (Amputasi)
(Putus Anggota badan)

Apa Perlu Dilakukan ?

Langkah Pertama

Jika ada balutkan anggota yang terpisah dengan


kain bebat yang bersih
Jika tiada lakukan Langkah Kedua

Langkah Kedua Langkah Ketiga

i. Dapatkan sebuah lagi beg plastik atau bekas


Masukkan anggota yang terputus ke dalam sebuah beg yang bersesuaian
plastik atau bekas yang bersesuaian ii. Masukkan ais Jika ada atau air sejuk.
iii. Masukkan beg plastik yang berisi anggota
yang terputus ke dalam bekas yang
mengandungi ais/air sejuk
BAWA KE HOSPITAL DENGAN KADAR
SEGERA BERSAMA DENGAN MANGSA

PENDARAHAN
Pendarahan boleh didefinisikan sebagai:

Terkeluarnya darah daripada sistem peredarannya.

Atau

Tercederanya sistem edaran.

Pendarahan boleh berlaku melalui:

1. Pendarahan Arteri (salurnadi)


Darah keluar berwarna merah cerah / terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut
mengikut denyutan jantung.

Pengenalan Pertolongan Cemas 14


2. Pendarahan Vena (Pembuluh)
Darahnya berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar perlahan-
lahan.

3. Pendarahan Kapilari (Rerambut)


Darahnya keluar secara meleleh.

Pendarahan boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu:

1. Pendarahan Luaran (External)


Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada / melalui lapisan kulit.

2. Pendarahan Dalaman (Internal)


Pendarahan dalaman boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda atau keadaan berikut:
a) Adanya tanda-tanda bengkak pada kulit
b) Kulit pucat dan berpeluh sejuk / melekit
c) Kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku
d) Denyutan nadi cepat tetapi lemah.
e) Pernafasan cepat dan cetek
f) Darah mungkin keluar dari rongga yang terbuka
g) Muntah darah atau najis bercampur darah
h) Ada tanda-tanda renjatan
i) Tahap kesedaran semakin menurun

Rawatan pendarahan

D – DIRECT PRESSURE
(Tekanan Langsung)

I – INDIRECT PRESSURE
(Tekanan tak langsung)

E – ELEVATE
(Tinggikan)

Tindakan yang perlu diambil ialah:

1. Bersihkan luka dari kotoran.

2. Tekan di tempat luka supaya darah tidak mengalir keluar (tiada benda asing).
Jika ada benda asing, buat balutan cincin

3. Tahan darah secara tidak langsung – tahan pada urat nadi.

4. Tinggikan anggota yang luka untuk mengurangkan darah mengalir keluar.

Pengenalan Pertolongan Cemas 15


5. Periksa Nadi/Pernafasan untuk menentukan tanda-tanda renjatan.

6. Jika ada tanda-tanda renjatan, beri rawatan renjatan.

7. Rehatkan mangsa dan hantar ke hospital dengan kadar segera.

Merasa nadi karotid (leher)

Pengenalan Pertolongan Cemas 16


PATAH

(Fracture)

Pengenalan Pertolongan Cemas 17


PATAH
PATAH bermaksud terputusnya kesinambungan tulang.

Rangka tubuh adalah terdiri dari susunan tulang yang memberikan bentuk dan sokongan kepada tubuh. Terdapat
206 ruas tulang pada anggota badan kita dan dibahagian kepad 4 jenis:

1. Tulang Panjang - lengan / paha


2. Tulang Pendek - pergelangan tangan
3. Tulang Leper - bahu/punggung
4. Tulang Berbagai Bentuk - tulang belakang

Anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai struktur tuland dalam pelajaran Pertolongan Cemas Asas.

Patah berlaku pada tulang. Oleh kerana tulang terletak di dalam tubuh badan, adalah amat sukar untuk kita
kenalpasti secara tepat.

Patah disebabkan oleh:

1. Hentaman langsung
Tulang patah / retak di bahagian di mana tekanan berlaku.

2. Hentaman tidak langsung


Tulang patah / retak di bahagian tempat yang jauh dari tempat ekanan berlaku.

Sebab-sebab lain

3. Penyakit tibi tulang di mana tulang menjadi rapuh.

4. Tarikan otot yang kuat seperti patah pada tempurung lutut disebabkan oleh tarikan mengejut
otot-otot.

5. Usia

Patah terbahagi kepada 2 iaitu:

Patah Terbuka Patah Tertutup


Tulang yang patah keluar menembusi kulit dan Tulang yang patah tidak keluar dan boleh
menyebabkan luka dan pendarahan. menyebabkan pendarahan dalaman.

Pengenalan Pertolongan Cemas 18


Patah terbuka (tibia dan fibula)

Patah melarat

TANDA-TANDA PATAH TINDAKAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN


Patah tulang hanya dapat disahkan dengan tepat Tindakan Utama ( D – R – I )
melalui x-ray tetapi di dalam pertolongan cemas 1. D – Don’t move – Kurangkan pergerakan
patah tulang boleh disyaki sekiranya terdapat tanda- anggota yang patah
tanda berikut: 2. R – Rest – Mangsa hendaklah dipastikan tidak
membuat banyak pergerakan ( berehat)
1. Rasa sakit pada bahagian yang cedera. 3. I – Immobilize – Mencegah pergerakan anggota
2. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. yang patah dengan menggunakan tuap (splint)
3. Lebam.
4. Berubah bentuk. Tindakan Lain
5. Hilang upaya. 1. Buat penilaian keadaan mangsa dan pastikan
6. Penggeseran tulang apabila digerakkan tahap kecederaan yang dialami.
(crepitus). 2. Pulihkan pernafasan mangsa jika perlu.
7. Nampak tulang jika patah terbuka. 3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau
8. Ada tanda renjatan. patah terbuka.
4. Pastikan pergerakan yang paling MINIMA
sahaja kepada bahagian anggota yang cedera.
5. Tenangkan mangsa.
6. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan
renjatan.
7. Hantar mangsa ke hospital dengan kadar segera.

XX
Patah tulang tibia / fibula Patah tulang femur

Pengenalan Pertolongan Cemas 19


TUAP (SPLINT) & ANDUH

Anduh Besar

Anduh Tigasegi

Anduh Kecil

Anduh Tigasegi Anduh Tigasegi dan Pengikat Anduh Kecil

Pengenalan Pertolongan Cemas 20


Patah tulang belakang (back bone)
Kecederaan pada tulang belakang boleh mengakibatkan saraf tunjang (spinal cord) yang terdapat di dalamnya
tercedera. Kecederaan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian dan rawatan yang teliti untuk mengelakkan
kecederaan menjadi bertambah buruk yang boleh mengakibatkan lumpuh atau mati.

Kecederaan tulang belakang biasanya berlaku disebabkan oleh trauma (kemalangan) samada kemalangan
jalanraya, jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.

Tanda-tanda.
1. Pergerakan anggota badan tertentu akan menjadi lemah atau langsung tidak dapat digerakkan.
2. Deria rasa pada kulit berkurangan atau langsung tiada.
3. Tidak dapat mengawal kencing dan berak.
4. Sesak nafas dan sakit di bahagian dada
5. Tidak sedarkan diri.

Pengenalan Pertolongan Cemas 21


LOG ROLL Mengusung pesakit di atas “ spine board”

CONTOH-CONTOH PATAH

Pengenalan Pertolongan Cemas 22


KECEDERAAN
SENDI
DAN
OTOT-OTOT

Pengenalan Pertolongan Cemas 23


KECEDERAAN SENDI DAN OTOT
Sendi adalah tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi
boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen samada boleh
meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.

Terdapat 4 jenis sendi:

1. Sendi Lesung (Ball and socket)


2. Sendi Engsel (Hinge joint)
3. Sendi Gelungsur (Slightly movable joint)
4. Sendi Tetap (Fixed joint)

Pada sendi terdapat tulang rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen atau penyerap gegaran dan terdapat
juga sendi yang mempunyai cecair ‘synovial’. Sendi ini juga disebut sebagai ‘Hidro suspension joint’.

Sendi Gelungsur Sendi Lesung

Sendi Engsel Otot-otot Bisep dan Trisep

Jenis Kecederaan sendi.

1. Terkehel (Dislocation)
Pergerakan sendi yang melebihi had menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan struktur
ligamen.

Tanda-tanda
1. Sakit (bergantung pada tahap kecederaan).
2. Bengkak
3. Sendi berubah rupa.
4. Bertambah sakit bila bergerak atau hilang upaya.
5. Kemungkinan berasa kebas.

Pengenalan Pertolongan Cemas 24


2. Terseliuh (Sprain)
Pergerakan sendi yang melebihi had dan menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari kedudukan asal.

Tanda-tanda
1. Sakit
2. Bengkak
3. Bertambah sakit bila bergerak
4. Pergerakan yang terhad

Terkehel

Gambarajah sendi lutut Terseliuh

Otot-otot adalah tisu yang membantu dalam melakukan pergerakan tubuh badan. Tindakbalas luarbiasa otot-
otot atau penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan berlaku kecederaan.
Jenis kecederaan otot.

1.Kekejangan (cramp)
Kesakitan yang mendadak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba.

Tanda-tanda.
• Sakit
• Hilang upaya
• Otot menjadi kejang dan keras

2.Keregangan (strain)
Kecederaan kepada otot-otot disebabkan bebanan atau regangan yang berlebihan.

Tanda-tanda
• Sakit
• Bengkak
• Bertambah sakit bila bergerak

Pengenalan Pertolongan Cemas 25


RAWATAN
R. I. C. E.

1. REST - Rehatkan mangsa


2. ICE - Tuaman ais
3. COMPRESSION - Balutan tekanan
4. ELEVATE - Tinggikan anggota yang cedera

Tindakan untuk Kekejangan Otot


1. Rehatkan mangsa.
2. Beri tuaman sejuk (ais) pada bahagian tersebut.
3. Jika kejang berlaku pada betis atau paha, ampu kaki, tolak
hujung jari-jari kaki ke arah mukanya secara perlahan.

R - Rest injured area

I - Ice area for 15 min @ 2-3 hrs for first 24-48 hrs

C - Compress area for 24-48 hrs

E - Elevate area for first 24-48 hrs

Pengenalan Pertolongan Cemas 26


TERBAKAR
DAN
MELECUR
KECEDERAAN TISU KERANA HABA
PANAS, TERLALU SEJUK, BAHAN
KIMIA DAN RADIASI

Pengenalan Pertolongan Cemas 27


Terbakar ialah kecederaan kepada kulit dan lain-lain tisu badan, disebabkan terkena haba kering. Terbakar boleh
disebabkan oleh api yang menyala, bahan api (flame), objek-objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.

Melecur ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih, wap atau minyak panas.

Terbakar dan melecur biasanya adalah serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius selepas
kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.

Ketenatan mangsa bergantung kepada:


1. Luas permukaan yang cedera
2. Tempat yang terbakar atau melecur
3. Tahap terbakar
4. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa

Jenis terbakar
Luar - Terbakar pada bahagian kulit
Dalam - Terbakar dalam rongga atau perut

SEBAB-SEBAB TERBAKAR
JENIS SEBAB-SEBAB
Bahan api / api.
Panas
Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung rokok.
kering
Geseran.
Panas Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak panas.
lembab
Bahan Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet).
Radiasi
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah.
Kilat dan petir.
Elektrik
*TERBAKAR DISEBABKAN ARUS ELEKTRIK AKAN MELIBATKAN DUA TEMPAT
LUKA SAHAJA.

Terbakar dan melecur


berlaku pada kulit tubuh.

Tubuh badan kita


mempunyai tiga lapisan
kulit iaitu:

1. Epidermis
2. Dermis
3. Subcutaneous /
Hypodermis

Lapisan Kulit

Pengenalan Pertolongan Cemas 28


TAHAP KECEDERAAN
Tahap Pertama (Superficial Burn)

Kecederaan Terbakar / Melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ianya


melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan
kemerahan.

Tahap Kedua (Intermidiate Burn)

Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.

Tahap Ketiga (Deep Burn)

Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih
kering.Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

Pengenalan Pertolongan Cemas 29


TANDA-TANDA
• Sakit yang amat sangat bagi tahap
pertama dan kedua.

• Bahagian anggota yang terlibat bewarna


kemerahan pada tahap awal, merah gelap,
lepuh dan mengelembung pada tahap
kedua, kehitaman seperti arang atau putih
pada tahap ketiga.

• Pengaliran keluar plasma

• Renjatan

Tindakan
Adult – rule of nines 3B 3C

1. Burning Stop 1. Cool


Padamkan Sejukkan

2. Breathing 2. Cover
Maintain Tutup
Periksa bahagian yang
Pernafasan terbakar

3. Body 3.Carry
Examine Bawa ke
Periksa tahap tempat selamat.
terbakar Hantar ke
hospital.

Pengendalian Am
1. Hentikan kebakaran – air.
2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa
dari punca (mengikut keadaan).
3. Tentukan ia bernafas.
4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama
dan ke dua selama 20 minit atau sehingga
kesakitan berkurangan.
5. Periksa A,B,C dan tentukan tahap
terbakar.
6. Tenangkan mangsa dan pastikan
kecederaan tidak merebak supaya tidak
berlaku renjatan.
7. Selimutkan dengan kain yang telah
dibasahkan.
8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan
hantar ke hospital dengan segera.

Pengenalan Pertolongan Cemas 30


LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
PERLU JANGAN
Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai
Tanggalkan pakaian yang terlekat pada kulit.
sarung tangan jika ada.
Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. Pecahkan gelembong.
Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat
dan barang kemas sebelum bahagian yang tercedera Guntingkan kulit yang terkoyak.
membengkak.
Guna dressing bersih dan basah untuk menutup
Beri makanan / minuman.
bahagian yang tercedera.
Periksa pernafasan / nadi setiap 5 minit. Letak atau sapu marjerin, kicap, ubat gigi dan lain-lain.
CPR jika perlu. Membuang masa untuk memberi rawatan.

TERBAKAR KIMIA / ASID


PENGENDALIAN TERBAKAR KIMIA
• Gunakan air mengalir untuk mencuci bahan-
bahan kimia dari kulit.
• Tanggalkan kain dan barang kemas semasa
mencuci dengan air yang mengalir.
• Buang bahan kimia (pepejal) yang terlekat
pada kulit sebelum mengalirkan air.
• Hubungi hospital / hantar dengan segera.

Ingat

• Jika bahagian mata terbakar oleh bahan


kimia, perlu dibawa pada cucuran air selama
15 minit atau sehingga bantuan tiba.

KEJUTAN ELEKTRIK TERBAKAR ELEKTRIK

Pengenalan Pertolongan Cemas 31


Terbakar / kejutan elektrik
(Electrocution)
Boleh berlaku melalui dua cara, iaitu secara pancaran (arcing) dan sentuhan (contact).

Pancaran berlaku dalam kemalangan arus voltan tinggi (melebihi 1000 voltan). Arus elektrik memancar
daripada punca elektrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar.

Kemalangan Pancaran

Tindakan anda adalah:


1. JANGAN bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum disahkan selamat.
2. Hubungi penguasa elektrik tempatan supaya bekalan elektrik diputuskan.
3. Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas. Jika tiada, lakukan CPR.
4. Rawat mangsa untuk terbakar dan juga renjatan.
5. Bawa mangsa kehospital dengan segera.

Sentuhan biasanya berlaku dalam kemalangan elektrik dalam bangunan (220-240 voltan). Mangsa tersentuh
punca elektrik menyebabkan elektrik mengalir dalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan
organ dalaman.

Kemalangan Sentuhan

Tindakan anda adalah:


1. Matikan suis utama.
2. Jika ini tidak boleh dilakukan, lepaskan mangsa dari sentuhan punca elektrik dengan menggunakan
bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya.
3. Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR.
4. Rawat kecederaan luka terbakar di dua tempat iaitu bahagian arus masuk dan keluar.
5. Rawat untuk renjatan.
6. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

Pengenalan Pertolongan Cemas 32


PITAM
DAN
TIDAK SEDARKAN
DIRI

Pengenalan Pertolongan Cemas 33


PITAM
DEFINISI : Kekurangan bekalan darah ke otak untuk seketika waktu

SEBAB-SEBAB TANDA-TANDA PENGURUSAN

1. Berdiri tegak terlalu lama 1. Muka pucat 1. Baringkan di tempat teduh


dalam cuaca panas 2. Berpeluh sejuk dan berudara bersih
2. Terlalu letih, kelaparan 3. Denyutan nadi cepat 2. Longgarkan pakaian yang
3. Tindakbalas saraf tetapi lemah ketat
terhadap kesakitan 4. Rasa loya 3. Tinggikan bahagian kaki
4. Persekitaran yang sesak 5. Pening 4. Tenangkan dan beri
5. Emosi 6. Pandangan kabur keselesaan
5. Galakkan tarik nafas
6. Rawat semua kecederaan

TIDAK SEDARKAN DIRI


Penerangan Antara sebab-sebab Pengurusan untuk pesakit yang tidak
sedarkan diri
- Tidak sedarkan diri adalah A - Alkohol
satu keadaan dimana E - Epilepsi a. TIDAK BERNAFAS
tindakbalas saraf daripada I - Injury / insulin - pemulihan pernafasan
otak ke badan dan sebaliknya O - Opium - candu (12 kali hembusan seminit)
tidak sampai. U - Uranium - buah
pinggang b. TIADA DENYUTAN NADI
- Seseorang yang akan tidak D - Diabetis - CPR
sedar diri nampak resah M - Malaria (15 kali tekanan dan 2 kali
seperti orang mabuk. Dia H - Hysteria hembusan)
akan mengantuk dan tidak
boleh disedarkan walaupun c. BERNAFAS & ADA NADI
dicubit. Pesakit mungkin - Kedudukan pemulihan
boleh pulih atau terus tidak
sedar diri. Periksa kecederaan-kecederaan lain dan
beri rawatan pertolongan cemas yang
sewajarnya.

Serangan Sakit Jantung

• Penyakit ini melibatkan kerosakan saluran darah arteri


koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.
• Kerosakan biasanya berlaku disebabkan oleh proses
‘arterosklerosis’.
• Akibat proses ini, jantung akan mengalami kekurangan
oksigen.

Arterosklerosis

• Proses penimbunan beransur-ansur bahan lemak


kebanyakkannya kolestrol di bahagian dinding dalam
pembuluh darah.
• Bermula daripada umur muda.
• Lemak, kalsium dan bahan-bahan lain turut bergabung
membentuk timbunan yang menyempitkan dan megeraskan
pembuluh darah.

Pengenalan Pertolongan Cemas 34


Pengenalan Pertolongan Cemas 35

You might also like