You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

HARI IKATAN UKHUWWAH


TENAGA PENGAJAR PUSAT PENGAJIAN
AL-QURAN & MOTIVASI (xxxxxx)
KALI PERTAMA

PADA: 03 APRIL 2010


HARI : SABTU
TEMPAT : AIR TERJUN
SUNGAI TEKALA, SEMENYIH

DISEDIAKAN OLEH:
xxxxxxxx

1. PENGENALAN
Hari Ikatan Ukhuwwah Tenaga Pengajar Pusat Pengajian Al-Quran & Motivasi (xxxxxxxxx) merupakan salah
satu aktiviti rasmi xxxxxxxxx bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan
kekeluargaan antara semua guru-guru di xxxxxx. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam
pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang
harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari lkatan Ukhuwwah ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk
menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan dan guru-guru xxxxxx.
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari lkatan Ukhuwwah ini adalah dirancang bagi menghasilkan
satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga xxxxxxxxx. Antara pengisian dalam Hari
Ikatan Ukhuwwah ini meliputi aspek kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga xxxxxxxx
agar sambutan Hari Ikatan Ukhuwwah kali pertama ini meriah, berjalan lancar dan berjaya mencapai
objektifnya.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada staff dan guru-guru xxxxx untuk melakukan aktiviti bersama dalam
pengisian masa yang terluang.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan


silaturahim di kalangan staf dan guru-guru xxxxx.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam


nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf


dan guru-guru xxxxx sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.

3. TEMA

Cadangan tema hari keluarga ialah “UKHUWWAH DIBINA KEJAYAAN DIJANA”

4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh : 03 April 2010 (Sabtu)


4.2 Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih
4.3 Anggaran Bil Peserta : 16 orang (Berdasarkan bil. Pekerja xxxxxxx)

5. PESERTA

5.I Semua kakitangan dan guru-guru xxxxx.

6. TENTATIF PROGRAM

Sila lihat LAMPIRAN 1

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 2

8. KEMUDAHAN PERSEKITARAN

Sila lihat LAMPIRAN 3


9. AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 4

10. PENGISIAN PROGRAM

10.1 Acara pertandingan untuk warga kakitangan xxxxx (Rujuk Lampiran 1)

10.2 Senarai hadiah Cabutan Bertuah (anggaran) (Rujuk Lampiran 2)

11. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Ikatan Ukhuwwah xxxxx kali pertama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan staf dan guru xxxxx di samping dapat mewujudkan
persefahaman dan semangatkerja berpasukan di kalangan staf xxxxx sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan
produktivitikerja dan mencapai objektif xxxxx 2010.

LAMPIRAN 1

TANTATIF PROGRAM

09.00 pagi : Ketibaan

09.30 pagi : Mesyuarat

10.30 pagi : Minum pagi

11.00 pagi : Acara sukaneka individu

- Musical chair
- Mencari gula-gula dalam tepung
- Gelek bola dalam gelung rotan
- Lari dalam guni
- Bawa bola pingpong dalam sudu
- Lari kepit belon
- Makan epal dengan tangan terikat
- Bowling kelapa

1.30 pagi: Solat zohor

2.00 petang : Makan tengahari

2.30 petang : Acara sukaneka berkumpulan


' Treasure game'-
- Bawa bola pimpong dalam sudu (kumpulan) ·
- Isi air dalam botol (kumpulan)
- Permainan berpasangan (ikat kaki dan berlari)
- Jalan guna tempurung (kumpulan)
- Makan epal dengan tangan terikat
- Treasure hunt/explore race (kumpulan)
- Jalan guna batu bata (kumpulan)
- Lari dalam guni
- Tarik Tali
- Lambung & tangkap belon berisi air (berpasangan))
- Bowling kelapa (berpasangan)
- Rebut gula-gula
- Cabutan Bertuah

4.00 petang : Penyampaian hadiah

4.20 petang : Penutup

4.30 petang : Minum petang

4.45 petang : Solat asar

4.55 petang : Sessi Fotografi

5.00 petang : Bersurai

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

MENU PILIHAN
Nasi Minyak (2 lauk : daging & ayam) + dalca.
Satay (Ayam & daging) + nasi impit + kuah kacang.
Buah-buahan – 2 jenis (tembikai & limau sunkist)
Air : Sejuk (jus) & panas (Teh O')
Kuih – muih : 2 jenis.
Pembersih mulut
BBQ
Ayam & ikan (
Sosej & daging burger

ANGGARAN KOS

RM 400.00

LAMPIRAN 3

KEMUDAHAN PERSEKITARAN

Tempat parkir

Meja dan bangku

Kawasan lapang untuk aktiviti

Tong sampah
Tempat BBQ

Tandas

Surau

LAMPIRAN 4

AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Ustaz. Mohd Hisham

Penasihat : Ustaz Mohd Ali

Pengerusi : Ustaz Jalaluddin

Setiausaha : Ustazah Syuhada

Bendahari : Ustazah Mardhiiah

JK Persiapan & Khemah : Ustaz Muhamad Alif

JK Sukan & Rekreasi, sukaneka : Ustaz Mohd Irwam


JK Sumbangan, Hadiah
& Cenderahati : Ustazah Hilaliah

JK Jamuan : Ustazah Ros Juliana

JK Logistik, Teknikal & Peralatan : Ustaz Mohd Fakhrullah

JK Keselamatan :

JK Pengacara Majlis/
Aturcara Majlis /Bacaan Do’a :

Pegawai Tugas-Tugas Khas : Ustazah Rahani

You might also like