You are on page 1of 19

PENGENALAN

Banyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman


pertengahan. Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan
bermula dan berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli
sejarawan telah meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M.
dan berakhir pada tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropah
dikenali pula sebagai zaman moden.1

Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,


iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan
kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9
memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal)
yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi
perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan
keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga
dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah.
Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan
bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure,tetapi secara keseluruhannya berkesan,
pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan undang-
undang dan peraturan.2

Selain itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yang
dirancang. Dalam mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancang
adalah lebih baik daripada anarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanya
masyarakat Eropah akan mengalami keadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau.3 Di
samping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep yang
terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan berlanjutan
sehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakat feudal.
1
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm. 154.
2
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 8.
3
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm. 172.
Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch, beliau mentakrifkan istilah feudal
digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan
wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi
perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.4

Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid. 5
Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atas
sekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawab
menjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut
bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu
hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang
raja. Kehidupan sosial masyarakat Eropah pada Zaman Gelap yang berasaskan kepada
sistem feudal ini diwakili oleh golongan pemerintah dan golongan yang diperintah seperti
rajah yang telah disediakan di bawah ini:

Dalam masyarakat feudal, golongan pemerintah terdiri daripada raja dan di bawah raja
terdapat golongan bangsawan yang menjadi pengikut setia raja. Jika dilihat daripada
pelbagai aspek, bangsawan lapisan pertama lebih rapat dengan golongan raja manakala
bangsawan lapisan kedua lebih rapat dengan bangsawan lapisan pertama.

Raja

4
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor : Prentice Hall. Hlm. 49
5
Ibid. Hlm. 49.
Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadap
rakyat dan Negara.6 Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,
idea tentang kerajaan yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yang
diperintah secara langsung oleh kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjang
zaman feudal, negara dapat mengekalkan kewujudannya dan raja masih terus memerintah
walaupun kuasa mereka semakin berkurangan. Pada masa itu, tidak terdapat sistem
percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera kebangsaan.

Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara


dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,
golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan
berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya.
Oleh itu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanah
tersebut iaitu daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahulu
dikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada raja dan harus
menjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalah
terdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepada
golongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan
atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun, sebagai
balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuk tujuan
peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah amat
penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut.7

Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang
didorong oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja
kebajikan supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan. 8 Sebagai contoh, Henry II
(contoh raja yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim
Pengadilan di England, mengadakan mahkamah penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak
berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan

6
Ibid. Hlm. 52.
7
Ibid.
8
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm. 169.
peraturan. Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yang telah dilakukan oleh
datuknya dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkan kuasa Kepausan
ke atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan dengan Paus.
Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran Perancis
tetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara raja-raja yang ada pada
zaman pertengahan.9

Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu
mencari kaedah untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran
kepada golongan bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak
langsung, golongan bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan
terikat dengan pemerintah pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja dan
mereka akan melindungi raja daripada sebarang ancaman baik secara luaran mahu pun
dalaman. Selain itu, mereka juga akan memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata
kepada pemerintah. Golongan raja juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada
cukai-cukai yang dikenakan kepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah
mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk
mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan kemenangan bagi
pihaknya.10

Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua Lord dan
pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar raja mutlak
atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai feudal overlord iaitu golongan
bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah dan hamba-hambanya.
Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatan daripada
tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal.11 Selain itu juga,
beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil
hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba mereka
yang lain.12 Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang

9
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 9-10.
10
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm.52.
11
Ibid.
12
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Hlm. 171.
megikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya dan
mengeluarkan peraturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akan
menyampaikan kepada orang yang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja
juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh
mengadakan mahkamah feudal untuk membicarakan hambanya yang terdekat dan
tanggungannya. 13

Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakan
tugas mereka hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hamba
mereka bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awal
zaman feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Walau
bagaimanapun, raja mempunyai faedah yang dapat mengatasi tuan besar feudal yang lain
berasaskan teori keagungan keutuhan yang biasa diiktiraf sebagai sah apabila diketepikan
secara praktis. Dengan peredaran masa, raja-raja di England dan kemudiannya di
Perancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu sebagai satu realiti. Manakala, di
Jerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan beraja telah dirumitkan dengan masalah yang
luar biasa yang telah menyekat proses itu daripada menjadi sempurna. 14

Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada pemerintahan
beraja feudal adalah pergantungannya kepada watak raja.15 Organisasi seluruhnya adalah
diasaskan kepada kecekapan pertuanan. Jika baginda gagal menguatkuasakan tanggungan
yang harus dijelaskan oleh ketua penyewa, maka keadaan akan menjadi tidak terkawal.
Contohnya, pemerintahan Stephen di England telahpun menunjukkan bagaimana dengan
cepat sekali seluruh sistem kerajaan berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat
orang yang lemah menduduki takhta dan ini adalah merupakan penyebab utama
wujudnya keadaan huru hara di Jerman dan di bahagian tenggara Eropah melainkan
empayar Byzantine, dari kurun ketiga belas dan seterusnya. 16 Di barat, iaitu di Perancis

13
Ibid.
14
Ibid. Hlm. 171-172.
15
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 9.
16
Ibid.
dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampuk kuasa namun
akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang lemah.17

Bangsawan/ Baron

Kelas-kelas tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan


ekonomi. Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasa
dan pengaruhnya tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau
bagaimanapun, perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yang
menjejaskan status dan gaya hidup mereka.18

Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golongan


ini turut memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zaman
tersebut. Terdapat banyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke, Baron
(Lord), Count dan Vassal. Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat Count
dan Duke telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut
menjadi mudah kepada golongan Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh
kerana dikatakan mereka mempunyai kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripada
golongan raja. Golongan bangsawan juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja
dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang
diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun temurun oleh keluarga
bangsawan. 19

Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan


pentadbiran sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah
bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggal
dan hiburan. Di samping itu juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diri
seandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat
dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti terlibat dalam peperangan, sebagai

17
Ibid.
18
??????????
19
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah . Hlm. 53.
penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis. Selain itu, golongan
bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalam
membuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama
pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang
berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan politik
kerajaan.20

Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal di
suatu kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,
rumah yang besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan
bangsawan tersebut. Mereka mencari kawasan yang luas dan selamat kerana bimbang
akan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal ini, golongan pahlawan atau knight
bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan. Kebiasannya, rumah
golongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan bilik tidur yang
cantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri daripada
ruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba-hamba
mereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan pembantu
mereka, vassal dan para petani. Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk
membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa
menjadi hamba. Selain itu, semua penghuni istana tersebut akan makan di meja yang
diperbuat daripada kayu panjang manakala para tetamunya akan duduk di tempat yang
agak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari pula, semua ahli keluarga
golongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala golongan hamba mereka
akan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk berehat bagi seisi
keluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan bangsawan
untuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut disediakan
sebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan upacara
keagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.21

20
Ibid.
21
Ibid.
Di sebalik teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yang
feudalisme adalah berbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusat
adalah berada di dalam tangan golongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalah
setakat kepada hambanya sendiri sahaja. Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap
bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan menjalankan semua kuasa-kuasa
kerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abad ke-13, “ Setiap baron
merupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau boleh mengadakan
mahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatan serta
boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugas
22
yang diarahkan oleh baron-baron tersebut. Sebagai contoh, Wencesles II, yang
23
meninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai kedua-dua Hungary dan Poland.
Namun, tidak ada seorang pun yang telah berjaya menguasai ketiga-tiga kerajaan dalam
masa yang lama dan kematian setiap raja bermakna perang baru akan meletus dalam
percubaan untuk membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaan yang
telah dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates telah
menjadi begitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga dan
menaiki takhta melalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan pemerintahan
beraja yang dipilih dengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan dan hak untuk
memilih raja mereka supaya mereka dapat melemahkan lagi kerajaan pusat serta berusaha
untuk memanjangkan anarki kurun ketiga belas selama tiga ratus tahun.24

Kedudukan kaum wanita

Kedudukan wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalam


masyarakat. Peranan mereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun dan
menjahit sahaja. Wanita pada zaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti
22
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia Sejarah. Hlm 172.
23
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981. Sejarah Dunia Jilid. Hlm 6-7
24
Ibid.
seorang isteri, seorang anak, seorang bangsawan, seorang petani, seorang janda, seorang
hamba mahupun seorang rahib. Rahib wanita dikenali sebagai golongan yang zuhud
kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja. Rahib wanita pada zaman
pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gereja seperti melakukan
upacara keagamaan dan menyampaikan sermon. Hanya bishop berkuasa penuh dalam
gereja dan dibantu oleh rahib lelaki. Walaupun wanita berada pada kedudukan status
yang berbeza namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai satu persamaan
iaitu hak-hak mereka sering dihadkan di bawah kekuasaan lelaki. Mereka juga turut
dinafikan hak dan sering dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar iaitu
aktiviti-aktiviti yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,
kerajaan, falsafah, sains, perundangan dan keagamaan.25

Selain itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkan
adalah dianggap sebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja berat
tanpa upah.26 Petani-petani sering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di ladang
dan ia menjadi satu amalan yang masih wujud sehingga hari ini. Sedangkan dalam
kalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberi kebebasan yang sedikit dalam tindakan
dan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan dalam pemerintahan
dan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidak mempunyai hak untuk bersuara
dalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakim dan peguam
sebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan. 27 Namun demikian,
bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna sebagai alat
perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin yang tinggi dia adalah
dianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan tanah. Apabila berkahwin, tugas
mereka ini ialah menjadi isteri yang patuh kepada perintah dan melahirkan waris.
Manakala sekiranya seseorang wanita itu tidak berkahwin mereka akan menghilangkan
diri ke biara.28
25
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Selangor : Prentice Hall. Hlm. 61
26
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 44.
27
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm. 63.
28
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 44.
Golongan wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan dan
bertanggungjawab menjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar rumah untuk
29
berdagang, ke bandar atau memburu di hutan. Mereka turut membawa bayi semasa
mereka bekerja ataupun membiarkan anak-anak mereka berlatih berjalan sementara anak
mereka yang agak dewasa memerhatikan kambing biri-biri atau memberi makanan
kepada binatang ternakan.30 Wanita atasan bagi keluarga yang kaya dan mempunyai
ramai hamba ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di ladang ternakan. Dalam situasi
seperti ini seorang isteri bertanggungjawab terhadap hamba dan juga ladang ketika
ketiadaan suami mereka.31 Zaman keperwiraan telah banyak mengubah status wanita,
wanita menjadi objek pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebat dalam
pantun. 32

Di samping itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambang
atau pengaruh dan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin besar
pengaruhnya. Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak mempunyai sebarang hak
kerana dirinya boleh dibeli dan dijual kepada pemilik hamba yang lain. Seorang wanita
yang menjadi hamba tidak mendapat keadilan yang sepatutnya kerana jika mereka
dibunuh oleh pemiliknya maka pemilik itu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.
Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap hamba yang dimiliknya dan harga seorang
hamba boleh disamakan dengan harga sebidang ladang ternakan. Sekiranya hamba
wanita itu mempunyai anak, secara automatik anak itu adalah milik tuannya.33
Pada zaman pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam
pertempuran. Antaranya ialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan pada
tanggal 16 Januari 1412 M di Domremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d’Arc dan
ibunya Isabelle Romee. Seperti kanak-kanak perempuan yang lain pada masa itu, Jeanne
tidak bersekolah dan tidak dapat membaca dan menulis. Dia lebih dikenali dengan nama
Joan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti Joan “si dara” atau “si

29
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm. 63
30
Ibid
31
Ibid
32
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm. 44
33
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm. 63
perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula mendapat visi mengenai Malaikat Mikail
serta Santa Catherine dan Santa Margaret yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris. 34
Dia percaya yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah suasana
padang di mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali mendesaknya
menyelamatkan Perancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas tahun dan buta
huruf, dia telah pergi ke istana Perancis untuk menaikkan semangat pemimpin tentera
dengan wahyu yang diterimanya dari St.Michael.35

Institusi Gereja

Pada zaman pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umum
hanyalah untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk
menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak sanggup untuk
menjalani kehidupan sebagai paderi dan hidup di rahib-rahib untuk membuat amal ibadat
dan menyucikan diri dari dosa.36 Pada zaman masa zaman pertengahan ini gereja
mengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.37Gereja secara realitinya dikawal
oleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja sebagai alat untuk
memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialah sebuah badan
bebas dan mempunyai kuasa yang luas.38 Hilang ketaatan kepada gereja atau
mempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gereja dan
boleh dihukum mati.39

Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur


kuasa antara gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting pada
zaman Pertengahan. 40 Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbangan
ahli-ahlinya. Gereja memperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang

34
Ibid.Hlm 102.
35
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm.14
36
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm:175.
37
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm 68.
38
Ibid.
39
Ibid.
40
Ibid.
luas, pelbagai bayaran yang besar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe.
Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan
biara.41 Fungsi gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem
perundangan yang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi tersendiri. Pope sebagai
ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman Pertengahan
Eropah.42 Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik.43

Gereja Katholik di Eropah semasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapa


tingkat hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,
archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar dan paling bawah ialah nuns.44
Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Jawatan Pope wujud dalam institusi
agama Roman Khatolik dengan penyenaraian Saint Peter sebagai Pope pertama dalam
45
Annurio Pontificio ( buku tahunan rasmi Vatican). Pengaruh dan kekuasaan Pope
adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah kuasa Pope ialah hal-hal yang
berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot di mana Pope berkuasa
dalam melantik archbishop, bishops dan abbot.46 Cardinal ialah jawatan kedua tertinggi
dalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gereja
Roman Khatolik yang kanan di bawah Pope dan mewakili Golongan paderi Roman.
Tugas cardinal ialah membantu Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu, cardinal
juga turut membantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia. Tugas cardinal
yang paling besar ialah dalam memilih Pope.47

Selepas cardinal ialah archbishop. Archbishop merupakan orang yang berada atau
orang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. 48
Antara tugas lain archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara
pertabalan raja. Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya

41
Ibid.
42
Ibid.
43
Ibid.
44
Ibid. Hlm.70.
45
Ibid.
46
Ibid.
47
Ibid.
48
Ibid. Hlm.71.
dan juga berkuasa ke atas semua wilayah bishop.49 Seterusnya adalah jawatan bishop iaitu
orang yang memegang jawatan bishop adalah dilarang untuk berkahwin. Sama seperti
archbishop bishop juga merupakan orang yang berada ataupun kaya serta berpengaruh
dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti
kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengan
kekuasaan tuhan.50 Bishop mewakili gereja Sedunia dalam daerah masing-masing. Adalah
menjadi tanggungjawab bishop untuk mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya.
Bishop mempunyai kuasa yang besar ke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yang
lain dalam daerah mereka.51 Kuasa Bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan
paling penting ialah kerohanian. Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankan
tanggungjawab dalam gerejanya iaitu penyelamatan jiwa. Bishop merupakan pusaka
kepada saint tempatan dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang
diperlukan oleh saint.52 Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga yang
berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop Tours ( 573-594)
datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama beberapa
generasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir sebagai hak milik
kekeluargaan.53
Seterusnya di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi atau
pendeta. Tugas yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinya
serta mengurus gereja di bawah pengendalianya.54 Latar belakang antara priest bandar
dengan priest luar bandar adalah berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripada
keluarga yang penting dan menikmati pendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal
daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya dan tidak mampu membaca kitab dan
mengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik.55 Deacons merupakan
jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang paling rendah dalam hierarki
atasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggara hal-hal duniawi

49
Ibid.
50
Ibid.
51
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm 72.
52
Ibid.
53
Ibid.
54
Ibid. Hlm.73.
55
Ibid.
dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja.56 Deacon juga menjalankan kewajipan
penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma kepada
golongan miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau langkah
permulaan ke arah kepaderian.57

Di bawah hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk
mementingkan aktiviti pemujaan.58 Selain itu tugas yang dilakukan oleh monk juga
termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca. 59 Seterusnya ialah jawatan
Abbot yang juga dikenali sebagai ‘father of the monastery’. Jawatan abbot adalah bersifat
tradisional, kekuasaan yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan ini bersifat
kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa.60 Jawatan vicar wujud dalam
hierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada di bawah abbot. Tugas utama vicar
adalah pembantu kepada abbot. Dengan kata lain vicar bertindak sebagai pembantu atau
pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika abbot tidak ada.61 Dalam
hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Seperti
monk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan.62
Namun semasa kemerosotan moral gereja berlaku, telah wujud rasa tidak puas
hati yang menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan yang dipunyai oleh rahib dan
golongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan dalam syair seperti Piers
Plowman oleh Langland dan Canterbury Tales oleh Chaucer.63 Langland melahirkan
penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asa mengharapkan belas
kasihan biskop kaya dan paderi yang menerima rasuah. 64 Beliau bukanlah seorang
revolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia mendapati semua kelas dalam kalangan
golongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Biskop membenarkan cap mohar mereka digunakan dalam “Pengampunan” yang
dijualkan kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli
56
Ibid.
57
Ibid.
58
Ibid. Hlm.74.
59
Ibid.
60
Mohamad Kamal Kamaruddin. 2009. Sejarah Eropah. Hlm 75.
61
Ibid.
62
Ibid.
63
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm 25.
64
Ibid.
pengampunan dosa yang mereka lakukan.65 Manakala Chaucer menulis dalam masa yang
sama , memberi gambaran yang serupa walaupun dari kacamata berlainan. Chaucer lebih
merupakan seorang ahli satire, seorang penyair istana yang bijak dan tidak sibuk dengan
pemulihan, tetapi berpuas hati melukiskan kepada para pembacanya mengenai jenis
golongan gereja lelaki dan perempuan yang sedang mengalami kemerosotan akhlak iaitu
rahib yang ghairah pergi memburu, pengampun yang menjual tulang babi sebagai bahan
suci, paderi perempuan yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjing kecil dan
akhirnya yang boleh disanjung hanyalah seorang paderi.66

Manakala John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifat


sederhana dan beliau merupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpin
kebangsaan yang agung selain daripada menjadi seorang pemulih agama.67 Dia
mengecam gereja sama seperti golongan Lollard, menyebut tentang keburukan upacara
yang berlebih-lebihan dan menunjukkan bahawa tiada kuasa boleh didapati dalam kitab
Injil Baru mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasan yang dinikmati oleh
golongan paderi.68 Huss mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernah
dilakukan oleh Wycliffe dan mengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlu
mematuhi kewibawaan agama orang yang membiarkan diri mereka hidup dalam dosa
besar iaitu ajaran paderi yang melakukan dosa dan maksiat tidak patut dipatuhi bila
mereka sendiri sudah pasti dilaknati.69 Dan ini akhirnya membawa dia lebih jauh
merumuskan dari segi logik menolak kuatkuasa pemerintah sekular, raja dan menteri
mengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu jelas melemahkan semua undang-undang
dan peraturan sama ada golongan awam atau gereja dan menentang setiap institusi yang
teratur sama ada di pihak gereja atau kerajaan. Ini membangkitkan tentangan serta merta
dari pihak gereja dan maharaja serta golongan Huss ini merebak dengan cepat ke seluruh
Bohemia menjadikanya satu lagi skandal yang mengancam untuk melemahkan kesatuan
dan prestij gereja.70

65
Ibid.
66
Ibid.
67
Ibid. Hlm.28.
68
Ibid.
69
Ibid.
70
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm 28.
Gerakan untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja
melalui usaha bersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat biasa,
peguam dan saudagar juga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381 Universiti Paris
mula mengemukakan idea Majlis Am Gereja yang membuat keputusan antara Paus yang
berseteru dan mengembalikan perpaduan dan peraturan.71 Pada zaman akhir Empayar
Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam Gereja Kristian. Biskop-biskop
yang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan Constatine telah merumuskan
Akidah-Kristian.72 Dalam masa lima abad berikutnya,terdapat banyak perhimpunan
seperti itu yang bertujuan memberi pengertian baru kepada doktrin Kristian dan
membasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya Majlis ini mendapat inspirasi dari
Makhluk Suci luar biasa dan telah mengiktiraf keputusannya yang meliputi juga Paus
dan Kuasabaka.73 Sejak pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barat
tetapi ini dijalankan oleh Paus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan dianggap
olehnya sebagai majlis perundingan di mana perintah yang dikeluarkan tiada sah
melainkan diakui dan dikeluarkan olehnya sendiri.74 Dakwaan Paus sebagai hakim
tertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yang boleh mewakili
kehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan Huss telah pun
menolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati kebenaran dalam
Kitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim gereja yang taat dan
jujur mahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja terdahulu.75

Kesatuan Petukang dan Pedagang

Perubahan sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan ini
bukanlah khusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan industri pada awal
zaman pertengahan bergantung seluruhnya atas kesatuan tukang tiap-tiap pekerja di
bandar terpaksa menjadi aprantis kepada seorang yang mahir dan belajar segala

71
Ibid.
72
Ibid.
73
Ibid.
74
Ibid.
75
Ibid.
kemahiran.76 Setelah tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jika
dia cermat dan rajin dia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapan
dengan pertukanganya sendiri dan tukang-tukang yang bekerja denganya.77

Keseluruhan sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batas
tertentu. Ini adalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar dan
industri atau prinsip yang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah. Perubahan
sosial yang paling utama ialah pertumbuhan kelas pertengahan di bandar-bandar. Kelas
ini dikenali sebagai burghers.78 Mereka digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar
yang bertembok atau dinamakan burgs dan mereka ini merupakan kelas baru dalam
masyarakat feudalisme. Pada asalnya mereka terdiri daripada orang bebas dan bukan
orang bangsawan atau golongan knights. Mereka telah berjaya dalam kehidupanya
sebagai pedagang dan peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadi kaya hasil
daripada usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada di tanganya,
pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial feudal lama yang
masih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.79
Kesatuan pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuan
kesemua kelas burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan
perniagaan barang. Mereka ini termasuklah juga para artisan yang membuat dan menjual
barang-barang pembuatan kepada pembeli. Satu ikatan yang kuat dan tanggungjawab
korporat wujud dalam kalangan ahli persatuan. Ini amat penting kerana untuk menjamin
kebebasan hak dan mengelakkan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pedagang.
Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang ini jualah yang menentukan dan mengawal
harga barang, gaji dan masa bekerja.80

Kesatuan petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan dan
industri dan pada masa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah para
artisan yang membuat barangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya

76
W. N. Weech, terjemahan Abdullah Karim Abdullah et al. 1981.Sejarah Dunia Jilid 2. Hlm 39.
77
Ibid.
78
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.Hlm. 180.
79
Ibid.
80
Ibid.
para petukang kasut. Mereka yang hendak menjadi anggota kesatuan petukang mestilah
mempunyai kemahiran dan kepandaian membuat sesuatu barang dan mesti terlebih
dahulu menjalani latihan tertentu yang dikenali sebagai apprentice. Jangka masa
apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluh hingga dua belas tahun.
Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya mereka dinaikkan ke taraf
journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah pekerja bebas yang dibayar upah
secara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana tuan yang inginkan perkhidmatan
mereka.81

Pada masa itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman
dan kecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memiliki
sebuah kedai sendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi ahli
penuh dalam kesatuan petukang. Selain itu, mereka juga mesti menjalani ujian dan
peperiksaan di hadapan ketua petukang dengan menghantar sebuah hasil rekaan aslinya
dan juga mesti mempunyai kelakuan yang baik.82 Setelah journeymen ini berjaya melalui
halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadi ketua petukang. Tujuan diadakan
kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli daripada membuat sesuatu yang akan
menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di samping itu kesatuan ini juga menjaga
keselamatan dan kebajikan para ahlinya jika ia ditimpa kesusahan atau kemalangan.

“Each guild enacted specific rules governing prices to be charged, trading


practices to be observed and the conditions under which trade could be conducted. The
craft guilds similarly imposed regulations on their members concerning prices, quality of
goods, conditions of labor and quantity of production. They also controlled the
conditions for entering a trade. Boys began as apprentice to a master, working from two
to seven years under his guidance and living in his household. The apprentice then
became a journeymen who worked for hire until he saved sufficient money and developed
adequate skill to open his own shop and become a master.”83

81
Wan Abdul Rahman Latif et al. 2001.Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia.Hlm. 183.
82
Ibid.
83
John B.Harrison et al. A Short History Of Western Civilization. New York: Library of Congress
Cataloging in Publication Data. Hlm. 235.

You might also like