Professional Documents
Culture Documents
5 Injap-injap
7.5.1 Am
Injap-injap adalah peralatan penting dalam sistem saluran paip. Fungsi injap-
injap adalah:-
- Mengawal kadar aliran air.
- Memberhentikan aliran air.
- Menyekat hala aliran air.
- Melepaskan udara daridalam paip dan membolehkan udara
masuk ke dalam paip bila paip dikosongkan.
- Melegakan tekanan daripada dalam paip.
- Mengurangkan tekanan air.
- Membuang kotoran dari dalam paip air.
- Memberikan sambungan ke hose bomba.
Injap sluice adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3a dan injap sluice
adlah untuk memberhentikan pengaliran air. Injap jenis ini boleh didapati dalam saiz 1 ½”
henigga ke 48”. Besi tuang digunakan untuk membuat badan injap itu dan gun-metal untuk
pintu injap yang berbentuk baji.
Injap sluice boleh didapati dengan hujungnya berbenang, bebibir, bersoket atau
licin. Injap hujung llicin Cuma boleh diperoleh hingga saiz 12”. Injap yang besar-besar biasanya
dikekalkan dengan hujung berbibir. (flanged ends)
Injap udara adalah bertujuan melepaskan udara dari dalam paip semasa mengisi
air kedalam paip kosong dan melepaskan gelembong-gelembong udara yang terperangkap
dalam paip semasa dalam bertugas. Ia juga bertujuan membolehkan udara masuk kedalam
paip bila bila paip dikosongkan dan ini bertujuan mengelakkan paip dari pecah sebab jika ianya
tiada hampagus (vacum) boleh wujud dalam paip. Injap udara selalunya ditempatkan di puncak
sesuatu seksyen paip atau bila-bila gradient paip berubah dengan banyaknya secara tiba-tiba.
Ada dua jenis injap udara yang kedapatan. Injap udara tunggal (single Air Valve)
dan injap udara kembar (double air valve). Injap udara tunggal boleh didapati dalam liang kecil
(small orifice) atau liang besar (large orifice). Injap udara liang kecil ini gunanya untuk
melepaskan udara dalam tekanan air semasa bertugas dan injap udara liang besar, pula
membolehkan udara keluar semasa paip diisi dan masuk semasa paip dikosongkan.
Injap udara kembar mengandungi liang besar beserta liang kecil dan oleh tu ianya
menggabungkan fungsi-fungsi injap tunggal liang kecil dan liang besar tadi. Rajah 3.b (i) dan
3.b(ii) menunjukkan rajah injap-injap udara.
Injap ini digunakan untuk mengawal air masuk kedalam tangki atau kolam dan
ianya dipasang dibahagian atas, hujung paip air masuk ke tangki. Injap ini digerakkan oleh satu
pelampung atau bola yang terapung di permukaan air. Bila paras air turun, pelampung ini turun
bersama dan injap ini terbuka. Bila paras air naik dan menutup injap air masuk secara
automatik. Contoh injap ini boleh dilihat dalam rajah 3d
OUTLET KE DAPUR
METER BERASINGAN
PAIP AWAM
SISTEM GRAVITI
SAMPLING POINT
SUB METER
METER BESAR
PAM
PAIP AWAM
SISTEM PAM
SISTEM ELEKTROD
METER BESAR
PAM
PAM PNEUMATIC
PAIP AWAM
SAMPLING POINT S
SISTEM PAM
(AIR MINUMAN BERASINGAN MENGGUNAKAN PAM ‘PNEUMATIC’)