You are on page 1of 13

KERTAS 2 942/2 STPM 2010

Masa : 3 jam 6 RENDAH 2009

1.a Terangkan maksud kualiti peduduk .

Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan , taraf kemahiran , taraf kesihatan dan sikap di

kalangan penduduk sesebuah negara .

b Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di sesebuah negara


Yang telah anda kaji .

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di sebuah Negara iaitu

di Malaysia . Antaranya faktor ekonomi . kawasan yang mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi akan

menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan itu . Antara aktiviti

ekonomi yang dijalankan ialah aktiviti perindustrian dan perniagaan yang giat seperti di Shah Alam dan

Bayan Lepas .

Faktor pembandaran juga mempengaruhi taburan penduduk . Sesebuah kawasan yang

mengalami proses pembandaran akan berubah fumgsi . Kawasan Bandar yang mempunyai pelbagai

kemudahan seperti Hospital , Klinik , Kedai Makan , Bank dan lain-lain akan menyebabkan penduduk

bertumpu . Kawasan pedalaman berpenduduk jarang kerana kekurangan kemudahan infrastuktur dan

social . Faktor dasar kerajaan turut mempengaruhi Pembangunan Wilayah melalui skim FELDA dan

FELCRA , DARA , KEJORA ,KESEDAR dan lain-lain lagi .penduduk dari pelbagai kawasan di seluruh

negara ditempatkan di kawasan ini untuk bergiat dalam aktiviti pertanian seperti penanaman getah dan

kelapa sawit secara ladang . Kawasan asalnya yang berpenduduk jarang akhirnya menjadi kawasan yang
padat .

1
Faktor sumber alam turut mempengaruhi taburan penduduk . Kawasan yang mempunyai

banyak sumber alam akan menjadi tumpuan penduduk untuk meneroka sumber alam tersebut . Lembah

Klang dan Lembah Kinta kaya dengan sumber bijih timah suatu ketika dahulu mempunyai penduduk

ramai yang bekerja dalam sektor perlombongan . Kawasan Paka dan Kerteh juga menjadi tumpuan kerana

terdapatnya sumber petroleum dan gas asli . Faktor bentuk muka bumi juga mempengaruhi taburan

penduduk . Kawasan tanah pamah yang ssubur menjadi tumpuan penduduk . Kawasan tanah pamah

aluvium amat sesuai untuk tanaman padi telah menjadi tumpuan penduduk seperti di Dataran Kedah-Perlis

dan Delta Kelantan . Manakala kawasan pedalaman yang dipenuhi hutan tebal dan berpaya berpenduduk

jarang seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak . Faktor saiz sesebuah kawasan juga mempengaruhi

taburan penduduk . Dengan jumlah penduduk yang sama tetapi saiz negeri yang berbeza maka taburan

penduduk juga berbeza . Di negeri Pahang , Taburan penduduknya kurang padat berbanding dengan

Melaka kerana keluasan Pahang jauh lebih besar daripada keluasan Melaka .

2.a Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai agen perubahan kepada alam sekitar
manusia

Penduduk sebagai agen perubahan kepada alam sekitar manusia manusia sebagai penghuni

permukaan bumi berinteraksi antara manusia dan alam sekitar fizikal untuk menyara dan memajukan

kehidupan mereka . Penyeraan dan kemajuan kehidupan di dunia ini boleh di panggil proses pembangunan

sosioekonomi manusia .Untuk menjayakan proses ini , manusia secara aktif telah mengubahsuai bukan

sahaja alam sekitar fizikal tetapi juga alam sekitar manusia .

b. Jelaskan bagaimana kualiti penduduk penting dalam pembangunan sesebuah Negara

Kualiti penduduk penting dalam pembangunan kerana keperluan penduduk tenaga buruh

yang mahir dan juga separuh mahir . Selain itu , tenaga buruh sihat tanpa gangguan penyakit dan cergas

bertenaga . tambahan pula adanya pasaran kepada barangan serta kerja-kerja pengurusan menengah dan

2
tinggi dan akhir sekali menghasilkan produktiviti yang tinggi .

c.jadual 2 menunjukkan taburan penduduk dunia mengikut negara pada tahun 2000 . lukiskan
graf bar untuk menunjukkan taburan penduduk tersebut .

3.a – i . Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk .

Pertumbuhan penduduk sesuatu kawasan berlaku antara dua tahun contohnya , pada tahun

1980 dan 1990 kerana terdapat pertambahan bilangan berpunca daripada kelahiran dan migrasi masuk

setelah ditolak bilangan yang mati dan berpindah keluar ( migrasi keluar ) kawasan . Bilangan

penduduk yang bertambah itu boleh dikira dala bentuk peratus setahun menggunakan formula

pertambahan atau pertumbuhan penduduk . Angka peratus setahun atau tahunan itu merupakan kadar

pertumbuhan penduduk yang berbeza tinggi rendahnya dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain

dan satu tahun ke satu tahun yang lain .

ii . Terangkan peringkat-peringkat dalam peralihan demografi .

Peringkat-peringkat demografi ialah tahp 1 iaitu tahap tinggi yang tidak bergerak dicirikan

oleh oleh kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang tinggi dan turun naik . Kadar kematian

yang tinggi disebabkan oleh kurangnya ketersampaian kepada teknologi perubatan moden . Manakala ,

tahap dua pula ialah tahap pertumbuhan awal dicirikan oleh kadar kematianpesat menurun dan kadar

kelahiran yang tinggi dan stabil . Kemerosotan dan kadar kematian disebabkan oleh factor-faktor seperti

peningkatan bekalan makanan berterusan , penggiatan pengeluaran pertanian , penyebaran dan

penggunaan teknologi .adanya bekalan makanan dan air , penambah pembaikan system sanitasi ,dan

peningkatan akses kepada perubatan moden untuk mengawal jangkitan penyakit . Tahap tiga pula ialah

tahap pertumbuhan lewat ini dicirikan oleh kemerosotan kadar kelahiran secara perlahan-lahan dan

3
kestabilan kadar kematian pada tahap yang habis rendah . penurunan kadar kelahiran dan kesuburan

disebabkan oleh peningkatan akses kepada penjagaan kesihatan pendidikan dan perancangan keluarga .

iii. Jelaskan masalah kependudukan yang dihadapi oleh sesebuah Negara yang
sedang membangun.

Sesebuah Negara yang sedang membangun menghadapi pelbagai masalah kependudukan

seperti mengurangkan kadar kelahiran , menanggung beban penduduk muda yang tidak produktif dari segi

ekonomi , memenuhi kehendak penduduk muda yang ramai seperti kemudahan pendidikan , kesihatan dan

peluang pekerjaan yang banyak . Dalam kebanyakan Negara , dasar mengawal pertambahan penduduk

sukar dicapai kerana sebab-sebab tertentu seperti adapt resam dan amalan sosial seperti menggalakkan

kahwin muda dan mempunyai seramai anak yang boleh . Keadaan begini biasanya berlaku di Negara-

negara miskin yang tidak mampu menyediakan kemudahan pendidikan yang menyeluruh kepada semua

penduduk yang memerlukan . Biasanya kanak-kanak perempuan yang tertinggal daripada arus kemajuan

social melalui pendidikan . Oleh itu , mereka akan kahwin pada usia yang masih muda dan mempunyai

kadar kesuburan yang tinggi .

Negara sedang membangun yang miskin tidak mampu menanggung beban penduduk

muda yang tidak produktif dari segi ekonomi . Penduduk muda yang ramai perlu diberi pendidikan ,

dirawat jika sakit , diberi kemudahan riadah dan bersukan serta dilatih untuk bekerja dalam bidang-bidang

tertentu . Keperluan itu semua dibiayai dengan sumber kewangan yang besar . Tanpa sumber kewangan

yang cukup , kemudahan tidak boleh disediakan dengan sempurna .

Penduduk muda yang ramai dan yang bertambah dengan pesat memerlukan peluang

pekerjaan yang banyak . Biasanya peluang pekerjaan dicipta melalui perkembangan ekonomi yang

biasanya digerakkan oleh pelaburan yang besar dalam bidang perindustrian , perkhidmatan dan
4
pengeluaran primer .

3.b - i . Nyatakan perbezaan antara migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa .

Perbezaan antara migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa ialah sempadan yang dilintasi

oleh migran . Migrasi dalaman sesebuah negara melibatkan sempadan dalaman negara berkenaan sahaja

seperti sempadan dalaman negari dan daerah . Migrasi antarabangsa merentasi sempadan antarabangsa

seperti sempadan antara Malaysia dan Indonesia . Migrasi antarabangsa yang melibatkan jarak jauh

melibatkan sempadan banyak negara , misalnya , migran dari filipina ke negara-negara di Asia Barat

seperti Mesir . Ada migrasi dalaman yang tidak menyeberangi sebarang sempadan , misalnya , berpindah

dari sebuah kampung ke sebuah kampung yang lain dalam mukim yang sama .

ii . Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa .

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi antarabangsa . Antaranya ialah

factor ekonomi , sosial , politik , sumber dan bencana alam . Faktor ekonomi berkait rapat dengan peluang

pekerjaan yang banyak dan kadar upah yang tinggi di negara-negara Destinasi . Faktor ini membawa

ramai migran dari negara-negara miskin di Afrika , Asia , dan Amerika Selatan ke negara-negara maju di

Eropah dan Amerika utara . Faktor ini juga membawa migran dari negara-negara miskin tertentu seperti

Filipina , Indonesia , Pakistan dan Bangladesh ke negara-negara sedang membangun seperti Arab Saudi ,

Kuwait , UAE , Malaysia , Singapura dan Hong Kong . Peluang pekerjaan terdapat dalam bidang-bidang

pembinaan , perkhidmatan domestik dan perniagaan terutama yang memerlikan buruh yang tidak

mahir .Selain itu , kadar upah yang tinggi di negara destinasi menggalakkan migrasi beramai-ramai untuk

lari daripada tekanan hidup kerana upah murah dan tiada peluang pekerjaan untuk penduduk yang ramai .

5
Faktor sosial dan politik seperti peperangan saudara dan kesengsaraan hidup di negara

sendiri kerana keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan ramai penduduk dari negara-negara Afrika ,

Asia dan Amerika Latin berhijrah ke negara-negara lain yang lebih aman dan tenteram . Misalnya , kesan

peperangan saudara dalam tahun 1970-an , ramai rakyat Angola lari ke negara Afrika Selatan yang lebih

aman . Begitu juga peperangan vietnam dalam tahun 1960-an dan 1970-an menyebabkan ramai pelarian

mencari pelindungan dan tempat tinggal yang lebih selesa di negara-negara kedua dan ketiga . Selain itu ,

pembukaan negara Israel dalam tahun 1948 telah menyebabkan ramai orang yahudi terutama dari Rusia

berhijrah ke Israel .

Faktor sumber alam juga menyebabkan orang berhijrah merentasi sempadan negara .

Contohnya , penjajah Inggeris dalam abad ke-18 dan 19 telah membawa masuk orang India dan

menggalakkan orang China masuk ke Malaysia masing-masing untuk membuka ladang getah

iii. Berdasarkan jadual 3 , lukiskan satu peta aliran untuk menunjukkan bilangan
migran yang berpindah ke selangor dan wilayah persekutuan kuala lumpur
mengikut negeri asal pada tahun 1990 .

4. a . Apakah yang dimaksudkan dengan piramid penduduk .

Piramid penduduk bermaksud transformasi daripada data statistik penduduk yang

menggambarkan struktur mengikut umur dan jantina sesebuah Negara . Pengkajian tentang struktur umur

penduduk di sesebuah Negara itu membolehkan seseorang pengkaji mengetahui sikap dan perlakuan

individu . Data umur membolehkan pihak perancang meramal tahap kesuburan dan kematian penduduk .

6
b . Pilih satu jenis pyramid penduduk .

Piramid progresif . Antaranya ialah mempunyai tapak yang lebar , puncak yang tajam , dan

cerun tepi cekung . Tapak yang lebar menggambarkan bilangan penduduk muda yang banyak hasil

daripada kadar kelahiran yang tinggi . Manakala , kadar kematian yang kurang . Selain itu , puncak yang

tajam menggambarkan bahawa jangkaan hidup penduduk di Negara mundur rendah kerana kadar

kematian di kalangan penduduk tua tinggi . sebab utama jangkaan hidup rendah ialah kurangnya

kemudahan perubatan yang menyebabkan perubatan yang yang menyebabkan banyak orang mati kerana

menghidapi penyakit yang boleh membawa maut seperti malaria , taun , kepialu , denggi dan sebagainya .

Bahagian tepi cerun cekung pula adalah cekung . Ianya menggambarkan bilangan penduduk dewasa muda

tidak seimbang kerana bilangannya tinggi . selain itu , penduduk dewasa yang aktifdi Negara mundur

terpaksa menanggung beban yang tinggi kerana bilangan penduduk muda yang banyak atau keluarga

terpaksa menanggung beban yang kerana mempunyai bilangan anak yang banyak .

5. a . Takrifkan konsep sumber alam yang boleh diperbaharui .

Konsep sumber alam yang boleh diperbaharui ditakrifkan sebagai bahan iaitu hidup atau

sebaliknya yang wujud di ala mini secara berterusan iaitu membiak . Contohnya ialah udara bersih ,

bahangan matahari dan pemandangan yang cantik , tanah pertanian , perikanan iaitu sungai , tasik dan

laut , air bersih , hutan dan padang ragut atau rumput .

b . Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui perlu di pelihara dan
dipulihara .

Sumber alam yang boleh diperbaharui perlu di pelihara dan dipulihara keranabekalan boleh

merosot , pupus , atau habis seperti hutan , oleh itu perlu dipelihara .manakala , tanah pertanian pula

boleh musnah misalnya , proses perlombongan , oleh ituperlu dipulihara . Sumber seperti air , udara ,
7
pantai yang bersih , dan cantik boleh diancam oleh pelbagai sumber pencemaran , oleh itu perlu dipelihara

dan dipulihara . Tujuan melaksanakan pembangunan berterusan untuk manfaat generasi kini dan masa

akan datang dan mengekalkan keseimbangan alam atau ekosistem .

c . Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Pihak berkuasa Malaysia untuk


mengawal pencemaran alam sekitar akibat eksploitasi sumber alam .

Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengawal

pencemaran alam sekitar akibat eksploitasi sumber alam ialah perundangan dan peraturan . Antaranya

ialah kaedah kawalan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 , Pindaan 1985 . Akta-akta lain ialah garis

panduan penempatan dan pengezonan industri , garis panduan pengurusan sisa dan pepejal , kawalan dan

pencegahan , hakisan tanah dan kelodak , buku panduan bagi prosedur penilaian kesan alam sekitar .

Manakala ,penguatkuasaan iaitu JAS melalui kaedah kawalan , pihak berkuasa tempatan , pemantauan

keadaan alam sekitar serta denda atau kompaun , dan tarik lesen . Seterusnya , pengurusan pula adalah

rawatan , kitar semula , pembaikan teknologi , pelupusan bersistem .dan pendidikan pula adalah secara

formal di sekolah atau kolej atau universiti . Manakala , secara tidak formal pula ialah anjuran agensi

tertentu seperti pameran , ceramah , dan perayaan dan juga kempen kesedaran .

6. a . Nyatakan satu contoh sumber alam yang terdapat dalam setiap satu komponen alam
Biosfera , litosfera , hidrosfera , dan atmosfera .

Terdapat beberapa contoh bagi setiap komponen alam sekitar biosfera , litosfera ,

hidrosfera , dan atmosfera . Antaranya ialah biosfera merangkumi tumbuhan , litosfera merangkumi

tanah ,hidrosfera merangkumi air , dan atmosfera merangkumi udara .

b . Huraikan mengapa sumber air permukaan yang bersih penting kepada kehidupan
manusia

8
Sumber air permukaan yang bersih penting dalam kehidupan manusia untuk aktiviti

domestik seperti mandi , membasuh pakaian dan sebagainya . Sumber air yang bersih juga penting sebagai

minuman dan memasak bagi mengelakkan penyakit taun , cirit birit dan sebagainya . Badan manusia amat

memerlukan air untuk mengelakkan berlakunya dihidrasi . Sumber air yang bersih juga penting untuk

aktiviti-aktiviti pertanian . Contohnya , untuk pengairan kawasan tanaman padi , sayur-sayuran dan

sebagainya . Sumber air yang bersih juga penting dalam sektor penternakan untuk sumber minuman

ternakan . Selain itu , penternakan ikan air tawar dan udang harimau juga amat memerlukan sumber air

yang bersih . Jika sumber air tercemar hidupan akuatik ini akan mati .Sumber air yang bersih juga

digunakan di kilang-kilang . Jentera-jentera kilang perlu disejukkan menggunakan air . Selain itu , industri

pembuatan batik juga memerlukan sumber air yang bersih dalam proses mencuci kain –kain batik yang

dihasilkan . Sumber air bersih juga penting dalam industri membuat air minuman seperti pembuatan air

mineral .

c . Jelaskan bagaimana pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah Negara boleh


menjejaskan bekalan sumber air bersih di kawasan berkenaan

Pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah kawasan boleh menjejaskan sumber air

yang bersih melalui peningkatan jumlah pembuangan sampah domestik ke dalam sistem perparitan

seperti longkang dan sungai . Peniaga-peniaga gerai juga membuang sampah sisa makanan ke dalam

longkang . Kesannya membawa kepada masalah pencemaran air yang teruk seperti di Sungai Klang dan

Sungai Juru . Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan terhadap petempatan juga

meningkat . Lebih banyak kawasan yang akan diteroka untuk membina kawasan perumahan

menyebabkan lebih banyak pokok dan hutan akan dimusnahkan . Ini menyebabkan berlaku hakisan dan

tanah runtuh yang membawa kelodak bersamanya ke dalam sungai . Akhirnya air sungai akan menjadi

kotor dan berkeladak .

Pertumbuhan penduduk yang pesat juga menggalakkan permintaan terhadap makanan . Permintaan

9
yang tinggi terhadap ayam dan daging menyebabkan aktiviti penternakan bertambah . Pembuangan

najis-najis haiwan dari ladang ternakan ke dalam longkang atau sungai menyebabkan air tercemar .

Selain itu , pertumbuhan penduduk pesat memerlukan peluang pekerjaan yang banyak terutama dalam

sektor industri . Pembukaan lebih banyak kawasan industri mendedahkan sisa-sisa industri kepada alam

sekitar . Pembuangan sisa pepejal mengandungi bahan kimia beracun ke dalam sungai akan

menyebabkan air sungai tercemar . Pertumbuhan penduduk yang pesat di kawasan pertanian yang subur

seperti di Delta Kelantan , Dataran Kedah-Perlis , dan Delta Kerian menyebabkan penggunaan racun

serangga dan baja kimia meningkat . Racun serangga dan baja kimia ini akan meresap ke dalam tanah

yang akhirnya masuk ke dalam sungai bersama-sama air yang mengalir di kawasan itu . Hal ini

menyebabkan air sungai menjadi kotor dan tercemar . Pertumbuhan penduduk yang pesat juga akan

menyebabkan permintaan terhadap sumber air bersih meningkat dan menyebabkan masalah kekurangan

air seperti yang berlaku di Lembah Klang pada tahun 1998 .

7.a . Apakah yang dimaksudkan dengan konsep daya tampung sumber alam .

Konsep daya tampung sumber alam ialah untuk memenuhi keperluan kehidupan dan

pembangunan seterusnya , manusia terus-menerus meneroka , mengambil , dan menggunakan sumber

alam . Selagi manusia manusia hidup di dunia selagi itulah sumberalam diperlukan . Sampai bila alam

sekitar fizikal yang menghasilkan sumber alam boleh menanpung keperluan manusia . Semakin banyak

sumber alam yang diperlukan untuk menampung . Antaranya ialah pertumbuhan penduduk yang pesat

terutamanya di dunia yang sedang membangun , taraf hidup yang sudah tinggi di dunia maju , peningkatan

taraf dan perubahan gaya hidup yang sedang berlakunya berlaku di negara membangunan .

b . Jelaskan bagaimana aktiviti manusia menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan


ekosistem .

Aktiviti manusia menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem antaranya ialah

kehilangan kepelbagaian biologi ( biodiversiti ) , pemanasan global , jerebu , banjir , kemerosotan sumber
10
air , kerosakan tanah pertanian dan padang ragut , kekurangan sumber perikanan , dan kehabisan sumber

mineral . Selain itu , proses perindustrian dan pembandaran turut mencemar udara , air dan tanah tempat

kediaman melalui pembuangan sisa toksik dan merbahaya dan sampah sarap yang banyak .

c . Huraikan kepentingan sumber alam kepada kehidupan manusia

Sumber alam penting bagi aktiviti ekonomi manusia sebagai sumber alam membekalkan

bahan binaan bangunan untuk kegunaan manusia . Mineral bukan logam dan logam diperlukan sebagai

bahan mentah untuk menghasilkan barangan keluaran kilang . Minyak , gas asli , dan arang batu

diperlukan dengan banyaknya untuk bukan sahaja tenaga elektrik tetapi juga menggerakkan jentera kilang

dan pengangkutan . Sumber bahan bakar fosil ini amat berharga dan tinggi permintaan terhadapnya . Air

dan udara bersih diperlukan oleh manusia selain daripada makanan . Sumber makanan ialah daripada

tumbuhan , tanaman , haiwan liar dan dijinakkan atau diternak .

8. Berdasarkan kajian luar yang anda telah jalankan di mana-mana satu kawasan :

a . Nyatakan nama dan lokasi kawasan tersebut

Sungai Kinabatangan terletak dalam Daerah Kinabatangan di Sabah

b . Nyatakan tujuan dan kaedah kajian itu dilakukan

Kajian luar bertujuan mengkaji aktiviti ekonomi dalam kawasan berkenaan iaitu Sungai Kinabatangan .

Kajian luar dijalankan dengan kaedah berikut :

 Memerhati aktiviti ekonomi utama penduduk kawasan itu ( Sungai Kinabatangan )

 Mengumpul data tentang aktiviti itu seperti berapa ramai penduduk yang terlibat , luas kawasan ,
kuantiti pengeluaran hasil , pasaran hasil dan pendapatan penduduk .

 Melakar peta untuk menunjukkan taburan atau lokasi aktiviti itu .

11
c . Pilih satu aktiviti ekonomi kawasan itu dan huraikan sumbangannya kepada penduduk dan
ekonomi kawasan tersebut .

Aktiviti ekonomi utama di Sungai Kinabatangan ialah penanaman padi . Sumbangan

aktiviti ini ialah pekerjaan kepada majoriti penduduk iaitu peratus penduduk tanam padi . sumber utama

pendapatan isi rumah . Makanan asasi , iaitu beras atau nasi . Kemajuan perkilangan padi iaitu bilangan

kilangan , kuantiti padi yang dikilang setahun atau sebulan atau seminggu atau sehari . Manakala

pembinaan infrastruktur amat penting contohnya jalan raya , sistem pengairan , dan perhubungan .

Kemajuan aktiviti perkhidmatan seperti pemasaran iaitu BERNAS , pendidikan terutama menengah dan

tinggi , perniagaan runcit ( bilangan pintu kedai , dan jenis-jenis perniagaan runcit )dan pertumbuhan

pekan atau bandar dikawasan berkenaan iatu Sungai Kinabatangan .

d . Jelaskan kesan aktiviti itu terhadap alam sekitar fizikal di kawsan tersebut .

Kesan aktiviti ekonomi utama terhadap alam sekitar fizikal di kawasan kajian misalnya ,

penanaman padi di kawasan Sungai Kinabatangan ,sabah . Antaranya ialah pencemaran air melalui baja ,

racun serangga dan rumpai yang digunakan oleh petani masuk ke dalam aliran air dan mencemar parit dan

sungai , menjejaskan hidupan akuatik seperti ikan sawah dan sungai . Pencemaran udara berlaku berpunca

daripada kilang padi melalui pelepasan asap kilang dan sekam padi yang bertimbun-timbun di sekitar

kawasan kilang . Mankala , perubahan habitat haiwan kerana kawasan hujan paya berubah menjadi

kawasan padi lengkap dengan sistem pengairan yang canggih dan penggunaan input pertanian padi juga

telah mengubah habitat haiwan .

12
13

You might also like