You are on page 1of 6

ULASAN ARTIKEL JURNAL

Oleh : Rauzan bin Mat

No. Matriks : D 2003 20 17251

Tajuk Artikel : Hujan Asid dan Implikasinya Terhadap Kesihatan

Penulis Artikel : Zailina Hashim, Shairah Zakaria, Azman Zainal Abidin dan

Lim Sze Fook. (Julai, 1997)

Bahan Ulasan : Jurnal

Penerbit : Universiti Kebangsaan Malaysia.

1. Pengenalan / Latarbelakang : Konteks


Artikel ini yang bertajuk “Hujan Asid dan Implikasinya Terhadap Kesihatan” oleh
Zailina et. al (1997) telah diterbitkan di dalam ‘Akademika’ iaitu jurnal Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini telah
mengambil kawsan perindustrian Petaling Jaya sebagai sampel dan juga kawasan Tanah
Rata sebagai perbandingan untuk mengetahui tahap keasidan air hujan.

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji keasidan air hujan sebagai
penunjuk kandungan hidrogen (H+) di atmosfera dan mengkaji korelasi di antara pH air
hujan dengan kandungan plumbum di dalamnya. Daripada kajian yang dijalankan ini juga
pengkaji ingin melihat implikasi dari hujan asid ini terhadap persekitaran dan kesihatan
masyarakat secara langsung sekiranya air hujan dijadikan sebagai sumber air minuman.

Pengkaji telah mengambil masa selama setahun iaitu pada tahun 1994 untuk
mendapatkan hasil kajian yang jitu. Sebanyak 32 sampel komposit air hujan telah
dikumpul setiap minggu sepanjang tahun 1994 untuk diuji dan dianalisis.

1
2. Sasaran Pembaca
Artikel ini amat berguna kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi yang
mengikuti program atau bidang geografi dan alam sekitar. Ia juga sesuai kepada orang
ramai sebagai bahan bacaan tambahan mereka. Selain itu artikel ini juga berguna kepada
pihak berkuasa khususnya Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar sebagai
penunjuk kepada tahap pencemaran yang udara yang berlaku di kawasan kajian.

3. Penilaian
a) Tema
Tema kajian ini ialah berkaitan dengan hujan asid yang berlaku di bandar-bandar
kesan daripada udara yang tercemar yang disebabkan pembebasan gas-gas
pencemar oleh industri dan juga kenderaan.

b) Tesis
Beberapa tesis boleh dikenalpasti dalam kajian ini iaitu;
i. Aktiviti industri dan pembangunan perbandaran yang pesat telah
menyebabkan kualiti udara di Petaling Jaya dan juga Lembah Kelang
merosot.

ii. Pembebasan gas-gas pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen


dioksida ke atmosfera telah menyebabakan berlakunya fenomena hujan
asid kesan dari aktiviti industri yang mengeluarkan asap tanpa kawalan.

iii. Hujan asid dapat memberikan kesan negatif iaitu mengancam dan
memusnahkan alam sekitar dan mengancam kesihatan manusia.

c) Adakah artikel tersebut menarik, menyeronokkan, spekulatif, analitikal atau


preskriptif?
Aktikel ini mudah difahami walaupun ia diselitkan dengan laras bahasa sains
untuk menerangkan bagaimana proses kejadian hujan asid dan kaitannya dengan gas-gas

2
pencemar yang dihasilkan oleh kilang-kilang dan juga aktiviti perbandaran khususnya
kenderaan. Penulis cuba memberikan penerangan yang ringkas tetapi penyampainannya
tersusun serta padat. Penulis juga telah membuat kajian ilmiah yang baik daripada
pengkaji-pengkaji lain selain teori-teori yang berkaitan untuk menyokong hasil kajiannya.

Penulis telah mempersembahkan kajiannya secara analitikal menggunakan data


primer dengan menjalankan kajian lapangan selama setahun di kawasan perindustrian
Petaling Jaya dan di buat perbandingan dengan kawasan dalaman di Tanah Rata,
Cameron Highland.. Sampel-sampel air hujan telah diambil untuk dianalisis. Pengkaji
telah mengambil sebanyak 32 sampel komposit yang dikumpul setiap minggu sepanjang
tahun 1994 menarik minat pembaca kerana kajian ini telah dijalankan secara
bersistematik.

Selain itu penulis juga telah mendapatkan data sekunder daripada hasil kajian
yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO), Agensi Perlindungan
Persekitaran Amerika (EPA) dan juga Japan International Cooperation Agency (JICA)
untuk melengkapkan lagi kajian ini. Penulis juga menggunakan penunjuk dari agensi-
agensi ini untuk mengukur tahap keasidan air hujan dan juga jumlah pengeluaran bahan
kimia di kawasan Lembah Kelang.

Bahasa yang digunakan difahami dan mempunyai kesinambungan di antara satu


topik dengan topik yang seterusnya. Penulis juga menerangkan bagaimana kejadian hujan
asid telah menyebabkan kesihatan penduduk di kawasan yang terlibat terjejas jika ia
diminum dan apabila ia meresap ke dalam tanah sehingga mempengaruhi kandungan
plumbum yang berbahaya kepada hidupan. Pembaca juga dapat memahami apa yang
ingin disampaikan oleh penulis melalui huraian, jadual dan rajah yang terdapat di dalam
artikel ini.

d) Kesinambungan Teori dan Amalan


Terdapat teori-teori yang dimasukkan oleh penulis di dalam artikel ini. Teori-teori
yang dikemukakan adalah sebagai sokongan kepada dapatan kajian yang diperolehi oleh

3
pengkaji seperti proses pembentukan hujan asid oleh Roth et al. (1985). Tokoh-tokoh
pengkaji lain adalah seperti Nordberg et a.l (1985), Spengler et al. (1990), Gerhardson et
al. (1994) dan Sham Sani (1982) yang mana penulis telah memetik pandangan-
pandangan dan teori mereka. Selain itu amalan yang dirujuk untuk membuat
perbandingan dari data primer yang diperolehi adalah melalui perbandingan yang dibuat
dengan tahap keasidan pH air hujan normal iaitu 5.6 oleh Agensi Perlindungan
Persekitaran, Amerika (EPA).

e) Kandungan: Penting dan Terkini


Secara keseluruhannya, kandungan artikel ini penting sebagai pengetahuan dan
dan boleh memberi kesedaran kepada pembaca betapa besarnya kesan hujan asid kepada
alam sekitar san juga manusia. Apa yang dapat diperhatikan ialah daripada data dan hasil
kajian yang dikemukan ini agak lama sedikit iaitu awal 1990-an. Namun begitu data-data
kajian ini masih relevan dan boleh digunakan sebgai rujukan. Ia juga boleh digunakan
sebagai perbandingan untuk melihat perubahan tahap keasidan yang telah berlaku di
Petaling Jaya sama ada bertambah atau berkurangan jika ada kajian-kajian baru yang
dijalankan.

f) Fakta Utama
Kajian ini menunjukkan berlakunya masalah pencemaran udara yang disebabkan
oleh proses pembangunan dan perindustrian seperti pembakaran bahan api fosil,
peleburan logam dan aktiviti manusia yang merupakan punca gas-gas beracun seperti
sulfur dioksoda (SO2) dan nitrogen dioksida (NO2) dalam udara. Ia telah dibuktikan oleh
pengkaji melalui kajian lapangan yang telah dijalankan di Petaling Jaya.

g) Gaya Penulisan.
Penulisan dalam artikel ini jelas dan mudah untuk difahami walaupun
sebahagaiannya di dalam laras bahasa sains.yang merangkan tindakbalas-tindakbalas
kimia yang berlaku di antara gas-gas dan air dan juga simbol-simbol seperti SO 2 (sulfur
dioksoda), NO2 (nitrogen dioksida), NH4HSO4 (ammonia bisulfit) dan sebaginya.

4
h) Kredibiliti kandungan: meneroka isu-isu yang dikemukakan.
Artikel ini adalah sahih dan dihasilkan melalui kajian yang mendalam melalui
kerja lapangan yang dijalankanoleh ahli kademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kajian ini penting kerana ia telah dapat mendedahkan tentang sesuatu isu yang berlaku
iaitu berkaitan hujan asid yang kurang diberi perhatian memandangkan ia kurang ketara
berlaku di Malaysia.

i) Kekuatan ; Apakah Isu-isu yang dibangkitkan.


Kekuatan artikel ini dapat ditonjolkan melalui isu-isu yang dikemukakan seperti
berikut:
i) Proses pembangunan dan perindutrian di Petaling Jaya seperti pembakaran
bahan api fosil, peleburan logam dan beberpa aktiviti manusia merupakan
punca gas-gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida di
udara.

ii) Hujan asid yang berlaku membri kesan terhadap persekitaran dan masyarakat
secara langsung berpunca sekiranya air hujan ini dijadikan sebagai sumber air
minuman.

j) Kelemahan : Perkara yangtidak disentuh.


Penulis hanya menyatakan secara umum kesan udara yang tercemar dan hujan
asid ke atas manusia dan persekitaran tanpa memberikan dimana kejadian tersebut telah
berlaku dan juga statistik yang menunjukkan jumlah pesakit yang terlibat. Selain itu
penulis juga hanya membincangkan secara umum sahaja langkah-langkah untuk
mengatasi atau mengurangkan penghasilan bahan pencemar di udara.

4. Kesimpulan
Secar keseluruhannya artikel ini telah menerangkan secara jelas berkaitan dengan
kajian tentang hujan asid di Petaling Jaya. Penulis juga telah menerangkan dengan
terperinci bermula dari bagaimana pembentukannya, sebab-sebab berlakunya hujan asid,

5
gas-gas yang terlibat, proses-proses yang berlaku dan kesannya kepada alam sekitar dan
juga kesan kepada manusia khususnya dari segi kesihatan. Kajian ini juga dijalankan
secara bersistematik iaitu melalui kerja lapangan yang dijalankan selama setahun untuk
mendapatkan hasil yang baik. Penulis telah mengemukakan bukti yang kukuh di dalam
kajian ini berdasarkan data primer dan sekunder yang diperlehi. Artikel ini bagus kepada
orang ramai kerana ia dapat menjelaskan bagaimana hujan asid boleh membahayakan
hidupan khususnya manusia di dalam jangka masa panjang. Oleh itu ia boleh
menyedarkan khalayak pembaca agar bersama-sama bertanggungjawab untuk
mengelakkan dari berlakunya hujan asid ini agar alam sekitar kita terpelihara dan
kesihatan manusia terjamin.

You might also like