You are on page 1of 32

PROJEK KHIDMAT SOSIAL

MORB 212
CABUT DAN TANAM

KUMPULAN : 12

SEKSYEN : 02/04

SEMESTER : II, 2009/2010

PENSYARAH : PN. HAIZAN BTE. MOHD TAHA

AHLI KUMPULAN :

ALVIN SUURAJ GEORGE ME081966


ARRENVALAGAN A/L KANESAN EP081634
HARVINDER SINGH
KAAJENTHIRAN A/L SEPULOH MANIAM ME081817
KALAAI SELVAN A/L MUTHIAH EE081546
MADUHARAN A/L SANKARAN EE081563
NAVAAMSINI A/P BOOPALAN EE081580
PAUL DAVID ABISHEGHAM EE081603
PRAGARAJ A/L JAGANATHAN ME081850
THANARAJ EE081617
UGENDRAVARMAN A/L P/INTHIRAN EE081621
ZARRIN
BAB PERKARA MUKASURAT

1. PENGHARGAAN 2

2. PENGENALAN 3

2. METODOLOGI 5

3. LATAR BELAKANG TEMPAT 7

4. CARTA ORGANISASI 9

5. LAPORAN AKTIVITI 10

6. PENYATA KEWANGAN 15

7. MINIT-MINIT MESYUARAT 16

8. KESIMPULAN 31

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 1


PENGHARGAAN

Salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan projek
yang telah diusahakan selama ini. Projek yang ini amat penting buat kami memandangkan
perkara ini merupakan sebahagian daripada penilaian subjek.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali kepada Pensyarah MORB212, Puan
Haizan bt.Mohd Taha kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada
semua pelajar serta memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini.

Seterusya, kami berterima kasih kepada Sri Satya Sai Baba Centre, SS3 yang merupakan pusat
projek kami. Kami juga memberikan penghargaan kepada En.Pratab, pengarah projek tersebut.
Beliau telah menjadi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang masa kami melakukan projek tersebut.

Kami tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
kami maklumat tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 2


PENGENALAN
Hutan memberi khidmat yang tidak ternilai kepada manusia. Hutan tropika meliputi
kawasan seluas dua ribu juta hektar, iaitu kira-kira empat belas peratus daripada permukaan
bumi. Hutan paya bakau pula merangkumi empat ratus tiga puluh enam juta hektar daripada
permukaan bumi. Namun, kini hampir setengah daripada keluasan hutan itu dimusnahkan dan
manusia pula mula lupa akan kepentingan hutan terhadap alam sekitar.

Sejak kebelakangan ini manusia mengambil mudah tentang peranan mereka sebagai
“penjaga” alam sekitar. Disebabkan hal ini, kami pelajar MORB 212 Section 02 daripada
kumpulan 12 dengan sebulat suara bersetuju untuk melakukan aktiviti penanaman pokok di
kawasan paya bakau ini. Kami mendapat banyak cadangan lain daripada ahli-ahli kumpulan
kami seperti melawat SPCA, melawat rumah anak yatim dan orang tua dan mengadakan kempen
kesihatan dan motivasi di sekolah, tetapi akhirnya memilih projek ini kerana kami sedar akan
kepentingan hutan kepada bumi ini.

Objektif program ini ialah untuk memupuk kesedaran dalam setiap jiwa tentang
pentingnya menjaga hutan kita. Kepentingan hutan dan tumbuhan hijau tidak dititik beratkan
kerana tumbuhan hijau ada di mana sahaja. Oleh itu, manusia tidak mengendahkannya dengan
alasan hutan sentiasa tersebar luas di bumi ini. Ini tidak bermakna hutan tidak perlu dipelihara.
Pokok ditebang setiap hari untuk kegunaan harian kita. Pokok yang ditebang harus diganti bagi
meneruskan kitaran hidup. Manusia harus sedar bahawas hutan juga merupakan benda hidup dan
kita saling bergantungan antara satu sama lain. Cuba anda bayangkan bumi ini tanpa tumbuhan
hijau?

Kami memilih projek ini untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, kami juga
memilih projek ini kerana berpendapat bahawa projek ini sangat unik. Hal ini adalah kerana
projek sebegini kurang diminati oleh kumpulan lain dan memberi ruang kepada kami untuk
mengunakan projek ini dengan sepenuhnya. Projek ini juga telah mengajar kami tentang
bagaimana untuk bekerja dalam sebuah kumpulan dan cara untuk mengatasi masalah-masalah

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 3


kecil yang kami tempuhi sepanjang proses tersebut. Projek ini juga telah merapakan jurang
persefahaman antara satu sama lain.

Secara ringkasnya, projek ini bermula dengan mengambil tunas pokok dan menanam
tunas-tunas tersebut di dalam beg plastik. Apabila tunas-tunas tersebut cukup besar untuk hidup
sendiri, tunas-tunas tersebut dipindahkan ke kawasan yang sesuai. Projek ini dijalankan secara
sukarela oleh Sri Sathya Sai Baba Centre SS3. Kerajaan telah memberikan tanah paya bakau
yang terbiar yang boleh memuatkan hampir seratus ribu batang pokok di Kuala Selangor bagi
projrk ini. Tunas-tunas kami diambil daripada salah satu hutan di Tanjung Malim yang sesuai
untuk hidup di kawasan paya bakau tersebut. Tunas-tunas tersebut dipotong mengikut cara
tertentu dan dibawa balik ke SS3 untuk ditanam di dalam plastik hitam.

Hutan memberi banyak kepentingan kepada bumi ini. Salah satu kepentingan hutan ialah
hutan berfungsi sebagai habitat pelbagai jenis flora dan fauna. Apabila hutan dipelihara, kita
dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna bagi kepentingan generasi akan datang. Hutan
juga berfungsi sebagai pembekal oksigen dan penyerap karbon dioksida. Karbon dioksida yang
berlebihan dalam udara menghalang pembebasan haba dari permukaan bumi dan dikenali
sebagai kesan rumah hijau. Hutan juga mengelakkan hakisan tanah kerana cengkaman akarnya.
Malaysia merupakan negara yang sangat mementingkan bidang pelancongan. Apabila hutan
dilindungi, pelancong asing akan mengunjungi negara kita kerana kebanyakkan negara
khususnya negara-negara barat tidak mempunyai hutan yang luas untuk diterokai. Hal ini secara
langsung meningkatkan taraf ekonomi negara.

Secara keseluruhanya, hutan memberi banyak kepentingan kepada bumi ini. Melalui
projek ini kami telah lebih mengenali tentang kepentingan alam sekitar. Selain itu, kami sedar
bahawa bukan sahaja manusia memerlukan bantuan kita, tetapi alam sekeliling juga
memerlukannya. Kami berharap projek ini akan memupuk kesedaran kepada kumpulan lain juga.
Memandangkan banyak peranan hutan terhadap keseimbangan alam sekitar, adalah
tanggungjawab penting setiap insan bumi ini untuk mengekalkan keadaan semula jadinya supaya
dapat dinikmati generasi akan datang.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 4


METODOLOGI

Sebelum membuat sebarang keputusan, kami telah mengadakan beberapa mesyuarat di


mana kami telah berbincang tentang projek khidmat masyarakat. Setelah beberapa mesyuarat,
kami mengambil keputusan untuk menolong dalam projek penanaman pokok sebagai projek
khidmat masyarakat..

Pada hari pertama, kami bangun awal dan telah bertolak pada pukul 4 pagi untuk sampai
ke destinasi kami, iatu di Subang Jaya, di mana kami diberi taklimat dan serba sedikit tentang
projek penanaman pokok ini. Kami, seramai dua belas orang telah bertolak dengan 2 motosikal
dan juga 2 kereta. Tiba sahaja di destinasi, kami makan di sebuah restoran untuk sarapan pagi.

Setelah, sedikit perbincangan dengan ahli- ahli lain, kami memulakan projek dengan
mengisi tanah di dalam beg- beg plastik. Cara kami membuatnya ialah dengan megasingkan
tanah( yang digunakan untuk tanam pokok) dengan batu- batu besar, supaya pokok yang ditanam
dapat tumbuh tanpa sebarang pengangguan. Selepas itu kami telah mencampurkan tanah dengan
pasir tanah sebelum mengisi dalam beg plastik sebagai persediaan untuk menanam pokok.
Setelah beberapa jam berkerja lumus menyiapkan beg- beg tersebut. Kami pulang kembali ke
Uniten pada pukul lima.

Pada hari kedua projek, sekali lagi kami bangun awal dan bertolak kira kira pukul 6 dari
Uniten dan telah berkumpul di Subang Jaya. Kali ini kami dibawa ke hutan untuk mencari
keratan- keratan batang untuk menanam pokok. Kami bertolak dari Subang Jaya dengan
menaikki van yang telah disediakan untuk kami. Mengikuti kami ialah dua orang dewasa yang
merupakan orang penting dalam projek penanaman pokok ini. Sampai sahaja di Subang, kami
bersarapan di restoran. Kemudian kami telah berkumpul dan diberi sedikit taklimat. Setelah
beberapa jam, kami akhirnya sampai ke destinasi kami di situ dengan menggunakan pemotong
kami mula memotong keratan- keratan yang sudah matang. Ahli- ahli lain telah mengumpul dan
mengangkat keratan- keratan tersebut untuk dipotong kepada keratan- keratan yang pendek.
Kami memotong serong pada akhir batang untuk proses penanaman. Selepas itu keratan- keratan
MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 5
tersebut dimasukkan ke dalam satu besen yang diisi dengan bahan kimia untuk keratan- keratan
tidak layu dan mati. Bahan kimia tersebut ialah POLYECHRONOMITE. Bahan kimia ini
berfungsi sebagai ‘pampers’ kepada keratan pokok kerana ia akan memberi kelembapan kepada
keratan tersebut. Selepas itu, keratan tersebut diikat dan kami pulang ke Subang. Setelah makan
makanan tengah hari, kami kembali mengisi beg- beg dengan tanah dan juga menanam pokok
yang telah dipotong ke dalam beg- beg yang disediakan. Pada pukul 4 lebih kami telah bertolak
dan sampai ke Uniten pada pukul 5.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 6


LATAR BELAKANG
Lokasi kajian bertempat di Kawasan Perhutanan Tanjung Malim, Perak. Kawasan
Perhutanan ini berhampiran dengan kawasan Felda Sungai Tenggi, Perak. Terdapat beberapa
kawasan perkampungan berhampiran seperti Kampung Soeharto, Kampung Sg.Tengi dengan
lokasi kajian.

Pada mulanya, kawasan perhutanan ini merupakan hutan terbiar. Pelbagai jenis hidupan
hutan semakin pupus. Oleh itu, pihak perhutanan Tanjung Malim mengambil langkah untuk
mengawasi hutan ini. Kawasan Perhutanan ini mempunyai keluasan sebanyak 300 hektar dan
terdiri daripada 100,000 pokok. Hutan ini diliputi dengan pelbagai jenis pokok hutan. Pokok-
pokok tersebut terdiri daripada pokok balak, pokok cengal, pokok bakau dan sebagainya. Pokok
yang diambil untuk tujuan kajian ialah pokok bakau iaitu Macaranga Pruinosa dalam nama
saintifiknya.

Jabatan Perhutanan Neger Selangor telah member beberapa hektar tanah kepada badan-
badan sukarelawan seperti Sri Sathya Sai Baba Centre, GEC, Toyota dan sebagainya untuk
memajukan tanah sebagai hutan simpanan. Kami dibawa Sri Sathya Sai Baba Centre telah
diberikan taklimat dan informasi sebelum memulakan projek.

Terdapat juga pihak sukarelawan yang mengambil langkah positif untuk mengawal dan
menjaga kawasan perhutanan ini. Salah satu badan yang mengambil tugasan ini secara
sukarelawan ialah Sri Satya Sai Baba Centre,SS3. Pengangkutan untuk ke kawasan perhutanan
ini disediakan oleh badan sukarelawan tersebut. Jarak lokasi tersebut dari Uniten ialah kira-kira
120km. Perjalanan ke lokasi tersebut mengambil masa lebih daripada sejam dari Uniten.

Pokok bakau iaitu Macaranga Pruinosa ini merupakan antara pokok yang semakin pupus
di kawasan tersebut. Oleh itu, pokok tersebut dijadikan keutamaan untuk dipelihara dan dijaga.
Anak pokok yang berumur 1-2 tahun dipilih untuk ditanam dalam poli bag (plastic hitam). Hal
ini kerana anak pokok yang berumur 1-2 tahun mempunyai batang pokok yang keras dan boleh
hidup ketika pemindahan pokok tersebut ke tempat lain.
MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 7
Keratan batang pokok yang ditanam dalam poli bag (plastik hitam) akan ditanam balik di
dalam hutan tersebut selepas tunas-tunas baru tumbuh. Ini merupakan salah satu cara yang
terbaik untuk mengekalkan ekosistem alam semulajadi.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 8


CARTA ORGANISASI

PENASIHAT:
PN HAIZAN BT TAHA

KETUA KUMPULAN :
MADUHARAN

PENOLONG KETUA:
ZARRIN

SETIAUSAHA: BENDAHARI:
ARRENVALAGAN NAVAAMSINI
AJK

PENOLONG SETIAUSAHA: PENOLONG BENDAHARI:


KALAAI SELVAN PAUL DAVID ABISHEGAM

PERHUBUNGAN: PENGURUS PROGRAM: PENCETAKAN: PENGANGKUTAN:


ALVIN SURAAJ GEORGE KAAJENTHIRAN THANARAJ HARVINDER SINGH
UGENDRAVARMAN PRAGARAJ

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 9


LAPORAN AKTIVITI
Aktiviti kami ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua.
Aktiviti di bahagian pertama ialah mengisi tanah kedalam polibeg dan mencabut pokok pada
15/08/09. Manakala aktiviti di bahagian kedua ialah mengambil keratan pokok dari Hutan
Simpanan Tanjung Malim pada 29/08/09.

Laporan Bahagian Pertama

6.00 a.m. – Semua 12 ahli telah berkumpul di hadapan Bangunan IKAL berdekatan dengan
‘bus stop’ ATM. Sebanyak 2 buah kereta dan 2 buah motorsikal telah
disediakan untuk membawa para ahli ke destinasi yang dituju iaitu SS3,Petaling
Jaya. Sebuah mesyuarat telah diadakan untuk memberitahu ahli tentang aktiviti
yang akan dilakukan di sana.Kami turut berdoa kepada Tuhan agar kami tidak
menghadapi sebarang masalah dalam perjalanan kami.

6.30 a.m. – Kami memulakan perjalanan kami ke SS3, Petaling Jaya. Kami diminta untuk
berhenti di sebuah perhentian bas yang terletak berhampiran simpang ke
Petaling Jaya.

8.30 a.m. – Setelah kami berkumpul di perhentian bas tersebut, kami dijemput oleh Pn.
Shamini. Beliau kemudiannya membawa kami ke sebuah restoran makanan
untuk bersarapan pagi. Kami menggunakan peluang keemasan ini untuk
mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai projek ini.

9.30 a.m. – Setelah makan, kami dibawa ke Sri Sathya Sai Baba, SS3, Petaling Jaya.
Kemudian, kami diberitahu bahawa perjalanan kami ke kawasan Hutan
Simpanan Tanjung Malim terpaksa dibatalkan kerana pengankutan yang mereka
sediakan menghadapi masalah yang tidak dijangka. Kami dicadangkan untuk
membuat persiapan untuk menanam pokok seperti mengisi beg- beg plastik
hitam dengan tanah agar kami tidak akan membazirkan masa kami begitu
sahaja. Kami juga diminta pertolongan untuk mencabut pokok- pokok
MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 10
berhampiran jalan agar mereka dapat menanam tanaman herbal seperti “gin
seng”. Mereka ingin membina sebuah taman herba di sekitar kawasan
tersebut.Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk memudahkankan tugas
kami.

10.00 a.m. – Kumpulan pertama diamanahkan untuk mencabut pokok- pokok tersebut.
Kumpulan kedua pula diamanahkan untuk mengisikan beg- beg plastik hitam
dengan tanah. Terdapat 18 batang pokok untuk dicabut.

1.00 p.m - Kumpulan pertama telah berjaya mencabut kesemua 18 batang pokok. Kumpulan
kedua pula telah mengisi tanah untuk lebih kurang 400 beg plastik. Kami
berhenti sementara waktu untuk makan.

2.00 p.m. – Setelah makan, kami kembali untuk meneruskan tugas kami. Kini, Kumpulan A
menolong Kumpulan B untuk mengisi tanah ke dalam beg- beg plastik.

4.30 p.m. – Kami berjaya menyediakan sebanyak 1000 beg plastic hitam berisikan tanah.
Setelah menyiapkan tugas, kami membersihkan tempat tersebut.

5.00 p.m . – Kami bertolak dari Sri Sathya Sai Baba, SS3, Petaling Jaya ke UNITEN.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 11


Laporan Bahagian Kedua

6.30 am - Semua 12 ahli telah berkumpul di hadapan Bangunan IKAL berdekatan dengan
‘bus stop’ ATM. Sebanyak 2 buah kereta dan 2 buah motorsikal telah
disediakan untuk membawa para ahli ke destinasi yang dituju iaitu SS3,Petaling
Jaya. Sebuah mesyuarat telah diadakan untuk memberitahu ahli tentang aktiviti
yang akan dilakukan di sana.

6.55 am - Semua ahli mula bergerak dengan kereta dan motorsikal ke destinasi.

7.40 am - Kami telah sampai di SS3,Petaling Jaya. Kami telah ke sebuah kedai untuk
makan pagi.
8.10am - Kami telah berkumpul di hadapan Sri Satya Sai Baba Centre. Seperti yang
dijanjikan , kami telah disediakan sebuah van untuk membawa kami ke
Tanjung Malim.

8.20am - Van telah mula bergerak ke Tanjung Malim. Sepanjang perjalanan kami telah
dibentangkan tentang projek penanaman pokok supaya kami dapat gambaran
tentang projek ini. Para ahli juga telah menanya beberapa soalan kepada
sukarelawan tentang projek ini.

9.55 am - Kami telah sampai di tol Batang Berjuntai. Kami masih belum sampai
di destinasi iaitu hutan di Tanjung Malim. Kami diberitahu masih ada berpuluh
kilometer untuk sampai ke hutan. Kami telah melalu banyak perkampungan
sepanjang perjalanan. Antara perkampungan yang dilalui ialah Sungai Tengi,
Kampung Soeharto dan sebagainya. Sepanjang perjalanan kami hanya dapat
melihat hutan di kedua-dua belah jalan.

10.25 am - Kami telah sampai di Kawasan Hutan Simpanan Tanjung Malim. Kami telah
diberi penerangan tentang Hutan Simpanan Tanjung Malim.

10.35 am - Kami telah membahagikan ahli-ahli kami kepada 3 buah kumpulan. Kumpulan
pertama terdiri daripada 5 orang ahli yang diberi tugas untuk memotong batang
anak pokok. Kumulan kedua pula terdiri daripada 3 orang ahli yang diberi
tugas untuk mengangkut batang-batang pokok ke seberang jalan. Manakala
MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 12
kumpulan ketiga pula dikehendaki untuk memotong batang pokok untuk
penanaman dalam polibeg.

10.45 am - Setelah tugas telah dibahagikan, kami mula membuat tugas kami dalam keadaan
cuaca tengahari yang panas.

Kumpulan Pertama telah memulakan tugas mereka untuk memotong batang


pokok. Batang pokok yang dihendak dipotong haruslah tidak terlalu muda iaitu
berwarna hijau. Batang pokok yang hendak dipotong harus berwarna coklat.
Para ahli kumpulan tersebut mengalami masalah untuk memotong batang
pokok yang tebal.

Kumpulan kedua telah membuat persiapan untuk menyimpan batang-batang


pokok di dalam sebuah baldi yang dipenuhi dengan gel-gel. Nama kimia gel
tersebut adalah POLYECHRONOMOMITE yang bersifat untuk member
keadaan yang lembap kepada batang pokok yang baru dipotong. Gel tersebut
berfungsi untuk memberi kelembapan kepada batang pokok seperti proses
osmosis. Ahli kumpulan ini juga telah mengangkut batang pokok yang yang
dipotong ke seberang jalan untuk diberi kepada kumpulan ketiga.

Kumplan ketiga pula bertanggungjawab untuk membuang daun-daun pada


batang pokok yang dipotong dan mengerat batang kepada berapa batang kecil.
Pengeratan juga mempunyai kaedah tertentu iaitu memotong serong pada
bahagian bawah keratin batang supaya memberi permukaan yang luas kepada
batang utuk menyerap air. Manakala bahagian atas pula harus dipotong tegak.

11.50 am - Kami hampir menyediakan hampir seribu keratan dan kami telah menyimpan
semua keratan dalam baldi yang dipenuhkan dengan gel sebelum ini. Dan
semua ini disimpan dalam van.

12.00 pm - Setelah mengambil gambar kumpulan, kami telah bersedia untuk pulang ke
tapak penanaman ke dalam polibeg di SS3,Petaling Jaya.

1.30 pm - Kami telah sampai ke Tapak Penanaman dan diberi masa untuk makan tengah
hari di sebuah kedai berdekatan.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 13


2.00 pm - Setelah makan, kami kembali ke tapak penanaman. Di sini, kami dibahagikan
kepada 3 buah kumpulan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 3 orang ahli telah diberi tugas untuk
memenuhkan polibeg dengan tanah yang dibawa dari Hutan Simpanan Tanjung
Malim. Ini kerana , ia dapat memberi keadaan lempab seperti yang dahulu
kepada keratan.

Kumpulan kedua pula bertanggungjawab untuk menanam keratan ke dalam


polibeg yang berisi tanah. Ahli kumpulan ini harus berhati-hati semasa
menanam pokok, kerana bahagian keratan yang dipotong serong sahaja harus
ditanam dalam tanah. Jikalau tidak, ia mungkin menyebabkan keratan itu tidak
membesar.

Kumpulan ketiga pula bertanggungjawab untuk menyusun polibeg secara


teratur supaya menyenangkan proses penyiraman air kepada batang pokok.

4.10 pm - Kami telah menanam hampir seribu keratan dalam polibeg. Para ahli kumpulan
kenampakan sangat letih.

5.15 pm - Kami telah pulang ke UNITEN secara selamat.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 14


PENYATA KEWANGAN PROJEK KHIMAT SOSIAL
KUMPULAN 12

Debit Kredit
Perkara Amoun Bil Jumlah Perkara Amoun Bil Jumlah
Sumbangan dari ahli kumpulan 7.40 12 88.80 Pembayaraan tol
1.1. Pergi
1.1.1 Kereta x 2 1.60 4 6.40
1.1.2 Motorsikal x 2 0.00 4 0.00
1.2 Balik
1.2.1 Kereta x 2 1.60 4 6.40
1.2.2 Motorsikal x 2 0.00 4 0.00

Perbelanjaan petrol
1.2. Pergi
2.1.1 Kereta x 2 6.00 4 24.00
2.1.2 Motorsikal x 2 2.50 4 10.00
2.2 Balik
2.2.1 Kereta x 2 6.00 4 24.00
2.2.2 Motorsikal x 2 2.50 4 10.00

Perbelanjaan Percetakan 8.00 8.00

88.80 88.80

Disahkan Oleh, Disediakan Oleh,

…………………………………. ………………………………
(MADUHARAN A/L SANKARAN) (NAVAAMSHINI A/P BOOPALAN)
PENGERUSI BENDAHARI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 15


MINIT MESYUARAT (1) MORB 212

SECTION : 02/04
KUMPULAN : 12
TARIKH : 17/07/2009
MASA : 1500 – 1600
KEHADIRAN : Alvin Suuraj George
(12/12) Arrenvalagan
Harvinder Singh
Kaajenthiran
Kalaai Selvan
Maduharan
Navaamsini
Paul David Abishegham
Pragaraj
Thanaraj
Ugendravarman
Zarrin

BIL Perkara Tindakan/Cadangan


1 1.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman

Mesyuarat diadakan bagi memilh carta organisasi kumpulan.

2 2.1 Ucapan Pengerusi Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta


semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

3 3.1 Perkara Berbangkit Semua Ahli

- Maduharan telah meminta semua ahli untuk memilih jawatan yang disukai
untuk megelakan perselisihan faham sesame ahli.

-Semua ahli telah memberi pendapat tentang jawatan yang ingin dipilh dan
juga telah mencadangkan beberapa nama untuk jawatan seperti
pengerusi, setiausaha, bendahari dan sebagainya.

-Semua ahli telah bersetuju dengan ahli jawatan kuasa kumpulan.

-Semua ahli diminta untuk mencadangkan tempat untuk membuat projek


pada mesyuarat akan datang.
3 3.1Laporan AJK
Setiausaha
Ahli Jawatankuasa baru telah dipersetujui oleh semua ahli.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 16


4 4.1 Lain-lain Hal
Makluman
-Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 p.m. dan akan disambungkan
pada tarikh 24 Julai 2009 selepas kuliah moral.

Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... .….……………………....…
(ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)
SETIAUSAHA PENGERUSI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 17


MINIT MESYUARAT (2) MORB 212

SECTION : 02/04
KUMPULAN : 12
TARIKH : 24/07/2009
MASA : 1200 – 1300
KEHADIRAN : Alvin Suuraj George
(12/12) Arrenvalagan
Harvinder Singh
Kaajenthiran
Kalaai Selvan
Maduharan
Navaamsini
Paul David Abishegham
Pragaraj
Thanaraj
Ugendravarman
Zarrin

BIL Perkara Tindakan/Cadangan


1 1.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman

Mesyuarat diadakan bagi memberi cadangan untuk membuat projek.

2 2.1 Ucapan Pengerusi Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta


semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

3 3.1 Perkara Berbangkit Semua Ahli

- Isu menanam pokok dicadangkan oleh Maduharan. Isu ini masih dalam
perbincangan.

- Isu melawat asrama dan rumah anak – anak yatim dicadangkan oleh Paul.
Isu ini dibatalkan.

- Isu melawat Pusat Serenti dan Penjara dicadangkan oleh Ugen. Isu ini
terpaksa dibatalkan atas aspek keselamatan yang timbul.

- Isu melawat Kampung Asli dicadangkan oleh Paul. Isu ini dibatalkan kerana
golongan ini telah mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

- Isu membersihkan FRIM dicadangkan oleh Kalaai Selvan. Isu ini turut
dibatalkan.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 18


- Isu mengadakan tuisyen secara percuma dicadangkan oleh Ugen namun
dibantah oleh Kalaai Selvan.
- Isu SPC dicadangkan oleh Zarrine dan masih dalam perbincangan.
- Isu untuk melawat ke beberapa tempat bagi mempelajari aspek
kebudayaan dicadangkan oleh Ugen tetapi telah dibantah.

- Isu menanam teh di Cameron Highland dicadangkan ole Paul. Isu ini telah
dibatalkan.

- Isu mengadakan ceramah motivasi di salah sebuah sekolah dicadangkan


oleh Thana Raj. Isu ini masih dalam perbincangan.

- Isu mengadakan khidmat perubatan secara percuma di salah satu kawasan


perkampungan dicadangkan oleh Zarrine. Khidmat ini diadakan dengan
bantuan daripada pihak hospital kerajaan. Isu ini masih dalam
perbincangan.

3 3.1Laporan AJK
Setiausaha
Perbincangan tentang tempat projek masih belum diselesaikan.

4 4.1 Lain-lain Hal


Makluman
-Tiada hal-hal lain.

Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... .….……………………....…
(ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)
SETIAUSAHA PENGERUSI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 19


MINIT MESYUARAT (3) MORB 212

SECTION : 02/04
KUMPULAN : 12
TARIKH : 31/07/2009
MASA : 1500 – 1600
KEHADIRAN : Alvin Suuraj George
(12/12) Arrenvalagan
Harvinder Singh
Kaajenthiran
Kalaai Selvan
Maduharan
Navaamsini
Paul David Abishegham
Pragaraj
Thanaraj
Ugendravarman
Zarrin

BIL Perkara Tindakan/Cadangan


1 1.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman

Mesyuarat diadakan bagi membuat pilihan tetap daripada 3 buah tempat


yang dicadangkan dalam mesyuarat yang lepas.

2 2.1 Ucapan Pengerusi Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta


semua ahli untuk membuat pilihan bagi Kerja Khidmat Sosial.

3 Kerja Khidmat Sosial disenaraipendekkan dalam perjumpaan lepas, iaitu :-


- Penanaman Pokok dicadangkan oleh Maduharan
- Ceramah Motivasi di Sekolah dicadangkan oleh Ugendravaraman
- Khidmat Perubatan Secara Percuma dicadangkan oleh Zarrin

3 3.1 Perkara Berbangkit Semua Ahli

- Maduharan telah memberi penjelasan tentang projek penanaman pokok di


sekitar Kuala Selangor. Projek ini adalah dibawah sebuah organisasi swasta
yang mengumpul benih pokok dari hutan dan menanam di Kuala Selangor.
Targetnya adalah sebanyak 95000 pokok. Sebagai sumbangan, Maduharan
mencadangkan untuk menanam sebanyak 1000 pokok.

- Ugendravaraman telah membentangkan tentang idea ceramah motivasi di


sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. Dia telah menghubungi
salah seorang guru di sekolah tersebut untuk memohon izin untuk

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 20


mengadakan ceramah tersebut.

- Zarrin pula telah menjelaskan tentang projek khidmat peubatan secara


percuma. Contoh aktiviti yang dilakukan dalam projek ini ialah membuat
pemeriksaan darah tinggi, mengukur berat badan dan ketinggian dan
membantu doktor.

- Idea Zarrin telah dibantah oleh Paul dengan sebab projek tersebut hanya
melibatkan ahli secara tidak langsung kerana kami hanya diperlukan untuk
membantu doktor dan jururawat.

-Idea Ugendravaraman dibantah oleh Kaajenthiran kerana ia mengambil


masa yang lama untuk mendapatkan persetujuan pihak sekolah,
menyediakan modul ceramah dan sebagainya. Dia telah disokong oleh
Harvinder Singh dan Kalaai Selvan.

-Navaamshini pula menyatakan projek yang dicadangkan oleh Ugen dan


Zarrin mengambil beberapa minggu dimana projek perlu dilaksanakan
sebelum minggu ke-7.

-Zarrin pula bimbang terhadap masalah sosial dalam kalangan pelajar


sekolah kerana ia melibatkan pelajar lelaki dan perempuan dan disokong
oleh Alvin Suraaj. Dan mungkin pihak sekolah akan menolak permohonan
kami kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman menjalankan motivasi
atau ceramah. Selain itu, keselamatan pelajar juga menjadi halangan pada
projek ini.

-Pragaraj pula menyatakan bahawan projek khidmat perubatan sosial


adalah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar dan mencadangkan
projek penanaman pokok kerana kita mampu menceriakan alam disamping
melindungi alam sekitar seperti yang dipelajari dalam moral. Dia telah
disokong oleh Arrenvalagan.

-Arrenvalagan pula menyatakan kita perlu mendapatkan alat-alat medical


seperti pengukur berat badan,ketinggian, darah tinggi dan sebagainya.
Kalaai pula menambah bahawa kita akan menghadapi masalah untuk
mendapatkan alat-alat tersebut kerana kita tidak mempuyai sebarang
perhubungan dengan mana-mana hospital atau pakar perubatan untuk
mendapatkan alat-alat tersebut. Dan kemungkinan besar permohonan kita
akan ditolak kerana kita tidak mempuyai pengalaman untuk membuat
pemeriksaan perubatan.

-Akhirnya Thanaraj meminta semua ahli untuk membuat pilihan.Dan semua


ahli telah bersetuju dengan Projek Penanaman Pokok.

-Maduharan diminta memberi penjelasan yang detail dalam mesyuarat


yang akan datang.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 21


3 3.1Laporan AJK
Setiausaha
Projek Penanaman Pokok telah dipilih dan dipersetujui oleh semua ahli
dalan kumpulan dan maklumat lanjut tentang projek ini akan dibentangkan
oleh Maduharan pada mesyuarat akan dating.

4 4.1 Lain-lain Hal


Makluman
-Mesyuarat terpaksa ditunda kerana terdapat ahli yang mempunyai kelas.

-Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 p.m. dan akan disambungkan


pada tarikh 07 Julai 2009 selepas kuliah moral.

Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... .….……………………....…
(ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)
SETIAUSAHA PENGERUSI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 22


MINIT MESYUARAT (4) MORB 212

SECTION : 02/04
KUMPULAN : 12
TARIKH : 06/08/2009
MASA : 1200 – 1300
KEHADIRAN : Alvin Suuraj George
(12/12) Arrenvalagan
Harvinder Singh
Kaajenthiran
Kalaai Selvan
Maduharan
Navaamsini
Paul David Abishegham
Pragaraj
Thanaraj
Ugendravarman
Zarrin

BIL Perkara Tindakan/Cadangan


1 1.3 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman

Mesyuarat diadakan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Projek


Penanaman Pokok di sekitar Kuala Selangor dan menetapkan tarik untuk
melaksanakan projek.
2 2.1 Ucapan Pengerusi Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta


semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

3 3.1 Perkara Berbangkit Semua Ahli

- Maduharan telah memberi penjelasan tentang projek penanaman pokok di


sekitar Kuala Selangor. Projek ini adalah dibawah sebuah organisasi swasta
yang mengumpul benih pokok dari hutan dan menanam di Kuala Selangor.
Menurut seorang anggota daripada organisasi tersebut, kerajaan telah
memberikan mereka tanah seluas beberapa hektar untuk ditanamkan
pokok.

-Tujuan penanaman pokok adalah untuk melindungi alam sekitar dan


mengekalkan keseimbangan ekosistem. Maklumlah bahawa pada zaman,
hutan dihapuskan demi pembangunan dan hutan semakin kurang.
Terdapat banyak kesan akibat tersebut. Contohnya kesan rumah hijau dan
sebagainya. Dengan menanam pokok kita dapat mengekalkan
keseimbangan alam sekitar dan hutan juga menjadi habitat hidupan. Ia
juga menjadi kawasan tadahan air. Oleh itu, projek ini adalah satu projek

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 23


yang bolen member manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.

-Maduharan juga telah menyatakan bahawa target organisasi adalah


menanam sebanyak 95000 pokok dan sumbangan kami adalah sebayak
1000 pokok.

-Untuk menjalankan projek tersebut kami perlu ke hutan untuk mengumpul


anak-anak pokok yang kecil .Kemudian anak-anak pokok tersebut akan
ditanam dalam sebuah beg plastic hitam yang digunakan dalam bidang
pertanian dan pokok tersebut akan diawasi perkembagan.Selepas pokok
tersebut menujukkan perkembagan yang positif ia akan ditanam di tanah
yang diberi tersebut.

-Semua ahli berpuas-hati dengan penjelasan yang telah diberikan.

-Kemudian semua ahli telah diminta member tarikh untuk melaksanakan


projek dan projek harus dilaksanakan sebelum minggu ke-7. Dan kami
hanya mempunyai 3 lagi minggu.

-Ugendravaraman telah mencadangkan 15/08/09 sebagai tarikh projek dan


semua ahli telah bersetuju. Dan kami terpaksa mengorbankan cuti
semester ini untuk melakukan projek tersebut.

-Tugas mula dibahagikan kepada semua ahli.

Biro Pengangkutan
-Sebanyak tiga buah kereta telah disediakan untuk membawa ahli dari
kampus ke kawasan penanaman pokok.

Biro Program
-Kaajenthiran telah meminta semua ahli untuk berkumpul di kelompok
masing-masing pada pukul 5.30 pagi pada hari tersebut kerana kami perlu
berada di kawasan tersebut pada 7.30pagi.

-Dia meminta semua ahli untuk memakai pakaian sukan dan kasut. Semua
ahli juga dinasihati untuk membawa air, cap dan sebagainya.

3 3.1Laporan AJK
Setiausaha
Projek Penanaman Pokok akan diadakan pada 15hb Ogos 2009.

Semua ahli harus berkumpul pada pukul 5.30pagi di setiap kelompok


masing-masing. Dan sebuah mesyuarat akan diadakan sebelum bertolak ke
destinasi.

4 4.1 Lain-lain Hal


Makluman

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 24


-Mesyuarat terpaksa ditunda kerana Universiti telah ditutup untuk
keselamatan wabak AH1N1.

Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... .….……………………....…
(ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)
SETIAUSAHA PENGERUSI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 25


MINIT MESYUARAT (5) MORB 212

SECTION : 02/04
KUMPULAN : 12
TARIKH : 21/08/2009
MASA : 1200 – 1300
KEHADIRAN : Alvin Suuraj George
(12/12) Arrenvalagan
Harvinder Singh
Kaajenthiran
Kalaai Selvan
Maduharan
Navaamsini
Paul David Abishegham
Pragaraj
Thanaraj
Ugendravarman
Zarrin

BIL Perkara Tindakan/Cadangan


1 1.4 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman

Mesyuarat diadakan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut bahagian kedua


projek.
2 2.1 Ucapan Pengerusi Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta


semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

3 3.1 Perkara Berbangkit Semua Ahli

- Maduharan telah memberi penjelasan tentang projek penanaman pokok di


sekitar Kuala Selangor. Projek ini adalah dibawah sebuah organisasi swasta
yang mengumpul benih pokok dari hutan dan menanam di Kuala Selangor.
Menurut seorang anggota daripada organisasi tersebut, kerajaan telah
memberikan mereka tanah seluas beberapa hektar untuk ditanamkan
pokok.

-Kali in adalah kali kedua, kami hendak ke tapak penanaman pokok kerana
kami menghadapi masalah pengangkutan pada hari pertama kerana pihak
penganjur tidak dapat menyediakan pengangkutan kepada kami untuk
meuju ke Tanjung Malim.

-Beberapa ahli telah menimbulkan persoalan kenapa mereka perlu ke tapak


tersebut dua kali dan penjelasan telah diberikan oleh Pengerusi.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 26


-Semua ahli telah bersetuju untuk menghadiri aktiviti bahagian kedua
dimana kami akan dibawa ke Hutan Simpanan Tanjung Malim,Perak.
Di situ, kami dikehendaki untuk mengerat batang pokok yang matang
untuk ditanamkan.

Biro Pengangkutan
-Sebanyak tiga buah kereta telah disediakan untuk membawa ahli dari
kampus ke kawasan penanaman pokok.

Biro Program
-Kaajenthiran telah meminta semua ahli untuk berkumpul di kelompok
masing-masing pada pukul 5.30 pagi pada hari tersebut kerana kami perlu
berada di kawasan tersebut pada 7.30pagi.

-Dia meminta semua ahli untuk memakai pakaian sukan dan kasut. Semua
ahli juga dinasihati untuk membawa air, cap dan sebagainya.

3 3.1Laporan AJK
Setiausaha
Projek Penanaman Pokok bahagian II akan diadakan pada 29hb Ogos 2009.

Semua ahli harus berkumpul pada pukul 6.30pagi di setiap kelompok


masing-masing. Dan sebuah mesyuarat akan diadakan sebelum bertolak ke
destinasi.

4 4.1 Lain-lain Hal


Makluman
- Tiada hal-hal lain

Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... .….……………………....…
(ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)
SETIAUSAHA PENGERUSI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 27


MINIT MESYUARAT (6) MORB 212

SECTION : 02/04
KUMPULAN : 12
TARIKH : 13/09/2009
MASA : 1930 – 2130
KEHADIRAN : Alvin Suuraj George
(12/12) Arrenvalagan
Harvinder Singh
Kaajenthiran
Kalaai Selvan
Maduharan
Navaamsini
Paul David Abishegham
Pragaraj
Thanaraj
Ugendravarman
Zarrin

BIL Perkara Tindakan/Cadangan


1 1.5 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman

Mesyuarat kali ini diadakan untuk membahagikan tugas membuat laporan


kepada semu ahli dan membentangkan design t-shirt yang disediakan untuk
dipakai pada hari persembahan[PRESENTATION].

2 2.1 Ucapan Pengerusi Pengerusi

Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta


semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

3 3.1 Perkara Berbangkit Semua Ahli

- Paul David dan Maduharan telah membentangkan tentang design t-shirt


yang hendak dipakai pada hari presentation.

- Semua ahli telah member pendapat mereka dan beberapa perubahan


telah dibuat ke atas design tersebut dan mendapat persetujuan semua
ahli.

- Setiausaha telah memaklumkan tentang Format laporan Keja kHidmat


Sosial MORB212.

- Pengerusi meminta semua ahli untuk bekerjasama untuk membuat


laporan supaya tidak akan mengambil masa yang banyak. Semua ahli
berjanji akan bekerjasama dalam membuat laporan.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 28


- Berikut adalh tugas/ bahagian yang diberi kepada semua ahli :-

i)Laporan

Pengenalan/ Objektif – Maduharan


Pendahuluan - Paul David
Metodologi - Zarrin
Latar Belakang - Pragaraj
Laporan Aktiviti - Arren/Kalaai Selvan
Penyata Kewangan - Navaamshini/Paul
Minit Mesyuarat - Arren/Kalaai Selvan
Kesimpulan - Alvin Suraaj George

ii)Presentation

Powerpoint - Kaajenthiran
Photos/Videos - Thanaraj/Harvinder

iii) Speakers
-Maduharan
-Paul David
-Ugendravarman

- Semua ahli telah diberikan tugas dengan sama tanpa berat sebelah dan
tarikh akhir untuk menghantar bahagian mereka adalah 21/09/09 iaitu
pada hari raya kedua.

- Paul David telah mencadangkan supaya menubuhkan sebuah group di


dalam yahoo untuk mempermudahkan komunikasi dalam kumpulan dan
untuk menghantar bahagian-bahagian yang diberi. Dengan itu, semua ahli
dapat mengetahui perkembagan laporan kami.

3 3.1Laporan AJK
Setiausaha
Design t-shirt diubahsuai megikut pilihan semua ahli.

Kerja membuat laporan telah dibahagikan sesama ahli kumpulan.

Penubuhan yahoo groups untuk memprmudahakan komunikasi sesama


ahli dan mengethui perkembagan laporan.
4 4.1 Lain-lain Hal
Makluman
-Tiada lain-lain hal.

Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………... .….……………………....…
(ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)
SETIAUSAHA PENGERUSI

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 29


KESIMPULAN

Kumpulan kami iaitu kumpulan 12 terdiri daripada 12 orang telah menyempurnakan


projek MORB 212 dengan berjaya dan sempurna.Walaupun kumpulan kami menghadapi
pelbagai rintangan dan dugaan untuk menyiapkan projek moral ini, dengan hati yang tabah dan
berani, kami membuat persediaan yang cukup mantap dan sistematik untuk menjayakan projek
ini. Kumpulan kami juga telah menerima banyak bantuan daripada banyak pihak. Antara pihak-
pihak yang terlibat adalah pensyarah kami iaitu Pn Haizan, ibu bapa, pihak Sri Satya Sai Baba
Centre dan juga rakan seperjuangan kami.Setiap ahli di dalam kumpulan 12 telah
menyumbangkan idea dan juga telah memberi cadangan dan sokongan kepada kumpulan 12
untuk menghasilkan projek yang berkualiti,kreatif dan menarik perhatian.

Dengan menyiapkan projek MORB 212 ini, kumpulan kami telah mempelajari banyak
perkara yang telah meluaskan pengetahuan dan pemikiran kami. Antara perkara yang kami
pelajari menerusi projek ini adalah kepentingan fauna atau tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan
kita. Kami juga telah sedar bahawa tumbuh-tumbuhan ini memainkan peranan yang sangat
penting dalam kehidupan kita. Kami juga difahamkan bahawa projek cabut dan tanam yang
dilaksanakan oleh kumpulan kami dapat membendung atau mengurangkan bencana alam yang
akan datang pada masa hadapan. Selain itu, kami juga telah mengetahui cara-cara dan prosedur
yang cekap,sistematik dan berkesan untuk menanam pokok. Kami telah mempelajari banyak
teknik dan kemahiran untuk mencabut, menanam, menjaga serta menyuburkan tanam-tanaman.

Kumpulan kami bukan sahaja telah memantapkan pengetahuan kami tetapi telah
mempelajari banyak nilai moral yang dapat menolong kami pada masa hadapan.Antara nilai
moral yang kami pelajari ialah menyayangi dan menghargai alam sekitar,Kami telah menyedari
bahawa alam sekeliling harus dipelihara dan dipulihara untuk mengekalkan keseimbangan
ekosistem. Selain itu, kami juga memahami bahawa kualiti kehidupan manusia dan alam
sekeliling dapat dipelihara jika hubungan antara manusia dengan alam sekeliling adalah
hubungan yang harmonis. Kami juga telah faham bahawa kita haruslah peka terhadap isu-isu
alam sekitar dan berusaha menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 30


Kerajinan,hemah tinggi,toleransi,rasional,berdikari dan bertanggungjawab juga merupakan
antara nilai-nilai moral yang kami pelajari menerusi projek kami.

Secara kesimpulannya, walaupun setiap ahli dalam kumpulan kami terdiri daripada
agama,jantina dan kursus yang berbeza, kami telah berkerjasama dan bertolak-ansur serta telah
memberikan peluang kepada ahli untuk memberikan cadangan serta pendapat mereka dalam
menjayakan projek MORB 212 ini. Kumpulan kami juga mendapati bahawa projek merupakan
suatu pengalaman yang menarik yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila masa.Kami juga
berharap pihak universiti dapat menganjurkan projek ini secara besar-besaran supaya semua
pelajar dapat menimba pengalaman dan pengajaran seperti yang dialami oleh kumpulan kami.
Pada amnya, kami telah mencapai objektif moral kami iaitu memelihara dan memulihara hutan.
Projek kami tidak akan berhenti di sini sahaja malah akan disambungkan dengan kerja
sukarelawan untuk memeihara tumbuhan alam semulajadi.

MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 31

You might also like