You are on page 1of 1

GAMBAR LAYANG-LAYANG/WAU

Jenis permainan yang di tunjukkan adalah permainan layang-layang atau permainan wau ,terdapat
pelbagai jenis layang-layang tradisonal diantaranya adalah wau bulan,wau merak,wau jala.Permainan ini
dahulunya dimainkan oleh orang-orang kampong selepas musim menuai padi.Terutamanya di negeri
Kelantan,Terengganu,Kedah,dan Perlis.

Permainan ini juga berfaedah untuk memupuk semangat persaudaraan dan merapatkan
hubungan di dalam masyarakat.Selain itu,Permainan ini juga dapat mengembirakan dan boleh
menghilangkan tekanan.Permainan ini juga dapat menyihatkan tubuh badan kerana pemain sentiasa
bergerak dan menarik benang untuk menaikkan layang-layang dan menjaga supaya ia tidak terjatuh.

Permainan wau ini boleh di popularkan oleh masyarakat pada masa kini menerusi pertandingan
yang lebih meluas seperti acara sukan yang diadakan untuk peringkat negeri dan negeri dan
nasional.Guru-guru perlu menceritakan tentang keseronokkan dan faedah bermain wau kepada pelajar-
pelajar.Selain itu, pihak kerajaan perlu membuat kempen-kempen tentang “Keseronokkan Bermain
Layang-Layang kepada masyarakat di Bandar mahupun luar Bandar bagi mempopularkan permainan
tradisional ini.

You might also like