You are on page 1of 16

CERITA RAKYAT IBAN : ANALISIS DARI ASPEK SEJARAH

MOHAMAD RIDZUAN BIN ABD RAHMAN


2010

Pengenalan

Masyarakat peribumi Sarawak khususnya masyarakat Iban mempunyai banyak

cerita-cerita yang mencerminkan nilai-nilai budaya mereka. Masyarakat ini amat kaya

dengan cerita-cerita rakyat sehingga mampu menarik ramai pengkaji untuk mengkaji

sejarah budaya masyarakat Iban. Walaupun cerita rakyat selalu juga disebut sebagai

cerita dongeng, namun tidaklah sama kalau kita menganggapnya sebagai dongeng

semata-mata, sebaliknya kita harus memandang cerita itu dari kaca mata golongan yang

melahirkan cerita itu.1 Ini disebabkan kesusasteraan rakyat adalah cetusan daya sastera

manusia yang spontan dan pancaran fikiran yang spontan juga, selain itu bagi mereka

seni sastera adalah sesuatu yang harmoni dengan kehidupan mereka.2 Sastera rakyat

merupakan cerminan kehidupan masyarakat Iban iaitu tentang kepercayaan adat dan

pandangan hidup mereka.3

George Leferve menggunakan istilah sejarah dari bawah bagi merujuk penulisan

mengenai orang yang tiada nama, tiada kepentingan dalam politik dan kumpulan yang

tiada nama. Kenyataan beliau sebenarnya merujuk kepada masyarakat Iban kerana

mereka bukanlah suku bangsa yang melahirkan cerita-cerita untuk kepentingan tertentu,

1
Mohd. Taib Osman, 1988, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 181.
2
Ibid.
3
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm xxvi.

1
malahan cerita-cerita rakyat mereka boleh dijadikan sebagi sumber sejarah yang utama

yakni mengenai kehidupan mereka. Masyarakat ini pada asasnya merupakan penduduk di

kawasan pedalaman yang berpindah-randah, tetapi tinggal berdekatan dengan sungai

yang merupakan nadi pengangkutan dan sumber perikanan yang penting.4 Masyarakat

Iban tidak meninggalkan sumber sejarah konvesional seperti sumber bertulis,

bagaimanapun mereka telah menzahirkan pemikiran dalam bentuk cerita-cerita rakyat.

Oleh itu, sejarah budaya mereka dapat dikaji menerusi cerita-cerita rakyat. Malahan,

cerita rakyat juga boleh dijadikan bahan untuk mengkaji budaya dan masyarakatnya.5

Cerita rakyat Iban

Cerita rakyat Iban boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu cerita

berhubung dengan penjelmaan binatang kepada manusia, hubungan manusia dengan

orang mati, hubungan manusia dengan roh mahupun hantu, dan cerita-cerita lain

termasuklah cerita asal-usul.6 Kesemua cerita ini boleh dihubungkan dengan sistem

kepercayaan mahupun agama masyarakat Iban.7 Setiap cerita menerangkan tentang adat-

istiadat, kegiatan ekonomi, kepercayaan, pemikiran dan world view mereka.

Perkara pertama yang harus dikaji tentang masyarakat ini adalah tentang

kehidupan mereka. Mereka merupakan masyarakat yang tinggal di rumah panjang seperti

yang dijelaskan dalam cerita Meludai iaitu rumah yang diketuai oleh Meludai itu

mempunyai lima puluh pintu ataupun lima puluh keluarga yang tinggal di rumah itu.8

4
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 49.
5
Mohd. Taib Osman (peny.), 1991, Pengkajian Satera Rakyat Bercorak Cerita, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm 8-9.
6
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif, hlm
49.
7
Ibid.
8
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 138.

2
Cerita ini menjadi bukti terpenting tentang kehidupan masyarakat ini yang tinggal di

rumah panjang, khususnya tentang bilangan isi rumah. Rumah panjang boleh disamakan

dengan konsep kampung kerana mempunyai bilangan isi rumah yang ramai. Malahan

kehidupan mereka amat bergantung kepada sumber alam semulajadi yakni hutan. Perkara

ini di sebut dalam cerita Meludai yakni apabila Meludai bercadang hendak pergi berburu

supaya ada daging untuk dijadikan sebagai bekalan semasa mereka sedang menuai padi

nanti.9 Perkara ini mengambarkan bahawa hutan merupakan suatu sumber terpenting bagi

masyarakat ini khususnya sumber protein. Hutan merupakan nadi kepada kehidupan

masyarakat ini kerana hutan membekalkan sumber makanan kepada masyarakat ini.

Selain itu, dalam masyarakat ini terdapat organisasi sosial, ketua masyarakat ini

adalah tuai rumah. Tuai rumah bertanggungjawab terhadap pentadbiran undang-undang,

sosial dan adat sesebuah rumah panjang.10 Tuai rumah ini bertanggungjawab keatas

pelawat, ini dibuktikan dalam cerita Meludai apabila Meludai berkeras juga hendak

berhuma kerana beliau bertanggungjawab untuk melayan tetamu khususnya yang

berkaitan dengan makanan.11 Tuai rumah orang yang paling penting dalam rumah

panjang yakni berkuasa dalam rumah panjang. Misalannya, dalam cerita ini, Meludai

bersama dengan anak-anak buahnya telah pergi mengayau12 untuk membalas dendam

atas kematian isteri dan anak-anaknya.13 Ini menunjukkan bahawa tuai rumah merupakan

individu yang terpenting dalam hieraki sosial masyarakat Iban dan tanggungjawabnya

adalah untuk menjaga keselamatan kaumnya. Tuai rumah boleh disamakan dengan

9
Ibid., hlm 142.
10
Ibid., hlm x.
11
Ibid., hlm 141.
12
Adat memenggal kepala.
13
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 143.

3
jawatan penghulu dalam masyarakat Melayu tradisional kerana fungsi mereka hampir

sama terutama sekali dalam konteks pentadbiran yakni menjaga kebajikan anak buah.

Masyarakat Iban amat mempercayai alamat-alamat mahupun petanda-petanda

tertentu daripada binatang. Menurut Benedict Sandin, orang Iban sangat yakin dengan

tilikan yang dikatakan sebagai tanda daripada tuhan mereka.14 Peranan ini didokong oleh

tuai burung yang akan melakukan upacara beburung.15 Misalnya dalam cerita Meludai,

peranan seorang tua yang bernama Aki Angum Gua dalam mentafsir alamat-alamat

daripada binatang amat penting kerana tafsirannya bakal menentukan masa depan

Meludai.16 Masyarakat Iban amat mempercayai setiap tafsiran alamat yang dibuat oleh

tuai burung kerana tafsiran itu bakal mempengaruhi kehidupan mereka pada masa

hadapan. Jikalau mereka ingkar dengan tafsiran tersebut, mereka akan menerima nasib

seperti Meludai apabila meninggalkan keluarganya di rumah telah menyebabkan

kematian isteri dan dua orang anaknya.17 Kepercayaan mereka terhadap alamat atau

petanda daripada burung dan binatang tertentu amat penting khususnya semasa membuka

ladang atau berhuma. Ini disebabkan kehidupan mereka dikelilingi oleh binatang buas

mahupun musuh, oleh sebab ingin mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,

mereka perlu patuh kepada tafsiran tuai burung.

Kehidupan masyarakat ini amat bergantung kepada pertanian khususnya

penanaman padi huma. Padi huma merupakan sumber penghidupan bagi mereka, perkara

ini dibuktikan melalui cerita Bandan Berpindah ke Sebayan. Bandan terpaksa pergi

14
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , hlm 50.
15
Mentafsirkan alamat-alamat daripada binatang atau burung.
16
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 140.
17
Ibid., hlm 142.

4
‘madi’18 apabila mereka tidak mendapat padi yang cukup untuk dimakan selama

setahun.19 Selain itu, kepentingan padi huma turut dipaparkan dalam cerita Puteri Rusa

iaitu padi huma yang ditanam telah dimakan oleh rusa.20 Apabila padi huma dimakan

oleh rusa, maka hasil untuk tahun itu berkurangan, seterusnya menyebabkan mereka

kekurangan padi pada tahun itu. Penanaman padi huma merupakan nadi penggerak

kepada kehidupan masyarakat ini, penanaman padi huma sebenarnya mempunyai kaitan

dengan kehidupan mereka yang sering berpindah-randah. Ini disebabkan oleh penanaman

padi huma dilakukan secara berulang kali di tempat yang sama telah menyebabkan

kesuburan tanah tersebut merosot sehingga memaksa masyarakat ini berpindah mencari

kawasan baru yang lebih subur. Perkara ini menjelaskan tentang sebab utama masyarakat

ini mengamalkan pertanian pindah.

Seterusnya adalah tentang sistem kepercayaan masyarakat Iban. Mereka

mengamalkan amalan animisme dan setiap kepercayaan mereka dipengaruhi oleh alam

semulajadi. Mereka mendiami kawasan hutan rimba yang keadaan keselamatannya tidak

menentu, memang wajarlah jika terdapat kepercayaan yang boleh memberikan suasana

harmonis dengan alam dan roh.21 Keadaan persekitaran seperti inilah yang telah

membentuk kepercayaan masyarakat Iban, kebanyakan dewa mereka dikaitkan dengan

kehidupan seharian terutama sekali kegiatan harian mereka. Misalnya, kepercayaan

mereka kepada Pulang Gana.22 Mereka akan melakukan upacara pemujaan yang

ditujukan kepada roh kesuburan, jika upacara ini tidak dilakukan maka padi tidak akan

18
Mencari padi daripada orang lain dan menukarkannya dengan sesuatu.
19
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, hlm 94.
20
Ibid., hlm 1.
21
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 50.
22
Roh Kesuburan.

5
menjadi dan masyarakat ini akan kebuluran.23 Hari Gawai merupakan upacara adat bagi

tujuan ini. Ini menjelaskan tentang kepentingan upacara ini khususnya dalam meneruskan

survival masyarakat ini, pemujaan ini dilakukan demi kepentingan lahiriah yakni

memperolehi makanan. Kepercayaan ini bukanlah suatu bentuk keagamaan kerana bagi

masyarakat Iban tidak terdapat bentuk pemujaan yang berkonsepkan rohaniah. Ini

disebabkan kesemua pemujaan berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana semasa

hari Gawai.

Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul Nyakai atau Singgalang Burung

iaitu dewa yang paling berkuasa yang merupakan dewa perang dan asas kepada semua

adat.24 Sebanyak tujuh jenis burung ( menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir
25
dalam semua upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh orang Iban.

Burung ini melambangkan penghormatan masyarakat Iban terhadap alam semulajadi.

Oleh sebab itu, mereka selalu mengaitkan burung dengan petanda ataupun alamat. Tuai

burung yakni Aki Angum Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang

dijelaskan oleh Meludai.26 Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik atau

buruk kepada orang Iban. Mereka mempercayai tafsiran tuai burung kerana beranggapan

kehidupan mereka dipenuhi dengan kekaburan khususnya yang berkaitan dengan masa

hadapan. Oleh itu, tafsiran ini amat penting dalam menentukan masa hadapan seseorang

khususnya berkaitan dengan pertanian mahupun kehidupan mereka. Jika tafsiran itu

23
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif, ,
hlm 51.
24
Ibid., hlm 50.
25
Ibid.
26
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 140.

6
berkaitan dengan sesuatu bencana, maka mereka akan lebih berhati-hati supaya tidak

menjadi seperti Meludai yang mengingkari pesanan Aki Angum Gua.

Selain itu, corak kehidupan masyarakat ini yang sering berpindah-randah

sebenarnya berkaitan dengan satu lagi kepercayaan iaitu legaran burung. Semua

perlakuan burung ini seperti bunyi, cara legaran penerbangan, dan pergerakan-pergerakan

lain yang dianggap membawa petanda yang mesti dihormati kerana tindakan orang di

rumah panjang ditentukan oleh tanda-tanda ini.27 Dalam cerita Uging telah disebutkan

tentang perbuatan orang Iban meninggalkan rumah panjang kerana burung telah

memasuki rumah mereka.28 Perbuatan mereka meninggalkan rumah panjang telah

membuktikan bahawa burung merupakan alamat yang amat berpengaruh dalam kalangan

masyarakat ini kerana mereka tidak mahu ditimpa bencana. Selain itu, kepercayaan

kepada burung sebenarnya merupakan antara beberapa sebab masyarakat ini asyik

berpindah-randah. Legaran burung akan ditafsir oleh tuai burung, jika legaran tersebut

memberi tanda mereka perlu berpindah, maka mereka perlu berpindah. Perkara inilah

yang menyebabkan berlakunya konsep pindah dalam masyarakat ini.

Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai terdapat kepercayaan tentang

Menoa Sebayan.29 Mereka mempercayai bahawa manusia yang berada di Sebayan akan

melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan di dunia, misalannya dalam cerita

ini terdapat peristiwa lelaki sedang bertikam dan jatuh dari pokok kerana mereka mati

disebabkan melakukan perkara tersebut.30 Ini menjadi bukti bahawa masyarakat ini

27
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 50.
28
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 126.
29
Dunia orang mati.
30
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, , hlm 80.

7
mempercayai kehidupan selepas mati. Selain itu, mereka beranggapan kehidupan selepas

mati menyerupai kehidupan di dunia. Walaupun begitu, mereka mempercayai kehidupan

di Sebayan mempunyai beberapa perbezaan dengan kehidupan di dunia misalnya tidur

pada waktu siang. Cerita ini merupakan pemikiran kreatif masyarakat Iban tentang

konsep kehidupan selepas mati dan mencerminkan kepercayan tentang adanya kehidupan

selepas mati.

Selain itu, mereka mempercayai manusia yang hidup hanya dapat melihat atau

bertemu dengan semangat dan roh hanya melalui mimpi.31 Orang Iban percaya bahawa

sebelum semua upacara berhubung dengan kematian disempurnakan, semangat orang

mati sentiasa berkeliaran dan kembali rumah tempat tinggalnya dahulu, sebelum

kematian (bagi yang sakit kuat) semangatnya dapat dipanggil pulang dan dimasukkan

kembali kedalam tubuhnya.32 Kepercayaan mereka kepada semangat dan alam kematian

merupakan suatu interpretasi kepada kematian kerana kewujudan cerita seperti

Ngumbang dan Berenai adalah untuk mengurangkan perasaan takut masyarakat Iban

kepada kematian. Mereka turut mempercayai bahawa manusia itu boleh hidup kembali

seperti dalam cerita Ngumbang dan Berenai yakni Berenai yang telah mati dapat

dihidupkan semula dengan upacara belian.33 Kehidupan selepas kematian merupakan

suatu perkara yang sangat penting bagi masyarakat ini kerana kewujudan cerita ini

memberi gambaran kepada anggota masyarakat tentang corak kehidupan di Sebayan.

31
Ibid., hlm xx.
32
Ibid., hlm xxii.
33
Upacara mengubati orang sakit dengan cara memanggil semangatnya supaya kembali ke dalam
tubuhnya.

8
Masyarakat Iban merupakan masyarakat yang kaya dengan adat. Antara adat yang

boleh dikaji daripada cerita rakyat ini adalah seperti adat mengayau, adat mengayap34,

dan adat ngetas ulit35. Adat mengayau merupakan simbol kepahlawan bagi seseorang

lelaki Iban. Sasaran ‘ngayau’ adalah musuh mereka.36 Setiap kepala yang berjaya

dipenggal akan menambahkan semangat dalam diri seseorang, semakin banyak kepala

yang dipenggal semakin kuat orang tersebut. Adanya roh ini akan membawa tuah bukan

sahaja kepada orang tersebut malah kepada keluarga dan kelompoknya.37 Adat ini telah

dinyatakan dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu, mengikut

ceritanya Tedung bersama kawannya iaitu Kumpang merupakan orang yang berani dan

bercadang hendak mengayau ke negeri Kantu.38 Selain itu dalam cerita Meludai terdapat

juga aktiviti mengayau.39 Aktiviti mengayau bukanlah suatu bentuk keganasan seperti

yang diutarakan oleh keluarga Brooke,40 adapt ini merupakan manefetasi kepada sifat

kepahlawan masyarakat Iban. Masyarakat Iban melakukan adat mengayau adalah

bersandarkan kepada penghormatan yang bakal diterima kerana orang yang paling gagah

adalah orang yang paling banyak memenggal kepala musuh. Kepala musuh menurut

mastarakat ini merupakan semangat, jika seseorang memenggal banyak kepala maka dia

mempunyai banyak semangat dalam dirinya.

34
Menemui gadis yang ingin dijadikan isteri di biliknya pada malam hari untuk meminta persetujuannya.
35
Upacara tamat berkabung.
36
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 51.
37
Ibid.
38
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 26.
39
Ibid., hlm 143.
40
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 51..

9
Selain itu, masyarakat ini mempercayai masyarakat binatang hidup seperti

manusia Iban juga.41 Binatang itu boleh bertukar rupa menjadi manusia jika mereka

berhubung dengan manusia dan dengan mudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan

manusia. Contoh ini boleh dilihat dalam cerita Puteri Rusa yakni seekor rusa boleh

menjelma menjadi seorang puteri yang jelita.42 Selain itu, dalam cerita Tedung

Berkahwin dengan Puteri Bongsu yang menyatakan kenyalang telah menjelma menjadi

seorang perempuan yang cantik.43 Bagi mereka, jika berkahwin dengan binatang

bukanlah suatu keganjilan.44 Kepercayaan ini bersangkutan dengan kehidupan mereka

yang tinggal di kawasan hutan belantera, jadi tidak mustahil jika cerita-cerita ini adalah

usaha untuk mengharmonikan hubungan antara masyarakat Iban dengan alam semulajadi.

Binatang seperti burung kenyalang, rusa, ikan belida, dan babi dianggap sebagai suci dan

mempunyai kesaktian yakni menjelma menjadi perempuan yang cantik. Selain itu, cerita

Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat larangan membunuh atau

memakan burung kenyalang.45 Perkara ini menjadi suatu tradisi hingga ke hari ini iaitu

masyarakat Iban tidak akan memakan binatang tertentu misalnya burung kenyalang.

Masyarakat Iban amat mementingkan zuriat khususnya anak lelaki. Terdapat

beberapa cerita yang memaparkan tentang wira Iban berkahwin dengan binatang dan

memperoleh anak lelaki. Misalnya, dalam cerita Medang Gila Mengail iaitu Medang

dikurniakan seorang anak lelaki setealah mengahwini Bongsu Ikan Belida.46 Selain itu,

dalam cerita Meludai dikisahkan tentang anak Meludai yang melahirkan seorang anak

41
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, hlm xviii.
42
Ibid., hlm 3.
43
Ibid., hlm 28.
44
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 49.
45
Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm 39.
46
Ibid., hlm 13.

10
lelaki yang bernama Sampar yang gagah sehingga tidak pernah tewas semasa pergi

mengayau.47 Cerita ini telah membuktikan pemikiran masyarakat Iban amat

mementingkan anak lelaki yang digambarkan sebagi pahlawan yang gagah. Oleh sebab

itu, kebanyakan cerita ini terutama sekali apabila wira Iban berkahwin dengan binatang

akan melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki merupakan pewaris kepada adat ‘ngayau’.

Oleh sebab itu, anak lelaki merupakan lambang kepahlawanan masyarakat Iban.

Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang alat perhiasan perempuan.

Cerita ini menjadi sumber rujukan untuk mengetahui alat yang digunakan oleh kaum

hawa. Misalnya, dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat

cerita tentang ‘rawai’ yakni alat perhiasan untuk wanita, biasanya diperbuat daripada

perak atau rotan dan dipakai di bahagian dada hingga ke pinggang. 48 Manakala, dalam

cerita Ngumbang dan Berenai diceritakan tentang ‘lampit’ iaitu tali pinggang yang

diperbuat daripada perak dan digunakan oleh kaum wanita.49 Budaya masyarakat Iban

dapat dikaji hanya melalui cerita rakyat khususnya berkaitan dengan perhiasan wanita.

Perhiasan yang dihasilkan membuktikan masyarakat ini mempunyai tahap kesenian yang

boleh dibanggakan kerana mampu menghasilkan perhiasan untuk wanita terutama sekali

daripada perak.

MASALAH PENGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER SEJARAH

Masyarakat Iban pada masa ini merupakan masyarakat yang belum mencapai

tamadun yang tinggi atau masih buta huruf, sememangnya sasteranya dalam bentuk

47
Ibid., hlm 144.
48
Ibid., hlm 35.
49
Ibid., hlm 86.

11
lisan.50 Sumber lisan merupakan sumber utama bagi sejarah dari bawah. Hal ini berbeza

dengan sejarah konvesional yang bersumberkan dokumen. Sumber yang digunakan

sering kali menjadi perbahasan kerana sumber lisan kemungkinannya mempunyai

beberapa versi sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengkaji. Misalnya,

cerita tentang binatang pergi menuba ikan mempunyai tiga versi yang berbeza yakni

masyarakat Bidayuh mempunyai dua versi dan masyarakat Iban mempunyai satu versi.51

Keadaan seperti ini akan menimbulkan pentafsiran yang berbeza disebabkan terdapat

berbagai-bagai versi mengenai sesebuah sastera rakyat.

Masalah kedua iaitu sumber naratif rakyat. Kebanyakan sumber sastera rakyat

adalah berbentuk sumber naratif, untuk mentafsirkan nilai-nilai budaya dalam perspektif

sejarah, seorang sejarawan budaya perlu bantuan daripada disiplin ilmu yang lain.52

Sebenarnya, sumber naratif rakyat sukar untuk dibuktikan kebenarannya terutama fakta-

fakta yang terkandung dalam cerita rakyat. Fakta yang ditafsirkan adalah berdasarkan

sumber lisan, ini menyukarkan sejarawan budaya untuk menapis fakta yang sebenarnya.

Ia tidak sama dengan pandangan Leopold Von Ranke bahawa sejarah itu harus dikaji

seperti yang sebenarnya yang berlaku.53 Fakta-fakta sejarah sepatutnya adalah jelas dan

diketahui sumbernya, selain itu sumber sejarah perlu menggunakan sumber bertulis.

Perkara inilah yang telah membingungkan para sejarawan budaya kerana sastera rakyat

adalah berbentuk naratif yang diceritakan secara lisan. Antara keraguan yang timbul

adalah tokok tambah dalam sesebuah cerita yang ditambah oleh pencerita, penambahan

50
Mohd.Taib Osman (peny.), 1991, Pengkajian Sastera Rakyat Bercorak Cerita, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm 2.
51
Zaini Ozea, 1988 ,Analisis Isi Cerita-Cerita Rakyat di Sarawak, dalam Hamzah Hamdani (peny), Wajah
Sastera Sarawak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 24.
52
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 44.
53
Mohd. Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm 213.

12
ini telah menyebabkan cerita itu mempunyai pelbagai versi, seterusnya menimbulkan

keraguan kepada sejarawan budaya untuk memilih cerita yang paling tepat.

Masalah ketiga iaitu pemikiran rakyat dalam budaya mereka. Persoalan yang

kerap menghantui para sejarawan adalah tentang pemikiran rakyat yang hidup dalam

tahap tertentu dapat dinilai, sedangkan ia tidak mempunyai criteria ukuran tertentu.54

Pemikiran adalah bersifat subjektif. Kebenaran dalam sejarah subjektif sifatnya. 55

Tafsiran sejarawan budaya kebiasaanya bersifat subjektif kerana sumber sastera rakyat

adalah dalam bentuk cerita yang mengandungi pemkiran masyarakat. Tafsiran terhadap

pemikiran merupakan suatu usaha yang sukar kerana memerlukan sejarawan untuk

menguasai budaya masyarakat itu. Sejarawan perlu memahami budaya sesebuah

masyarakat sebelum mengkaji pemikiran mereka.

KESIMPULAN

Masyarakat Iban merupakan kelompok masyarakat yang mengabadikan

pemikiran mereka dalam bentuk cerita rakyat. Walaupun, nilai-nilai budaya mereka

berfungsi sebagai pedoman hidup, konsep dan sifatnya adalah sangat umum, memiliki

ruang lingkup yang sangat luas, dan biasanya sukar untuk diterangkan secara rasional dan

nyata.56 Ini membawa maksud pemikiran masyarakat Iban merupakan sejarah budaya

masyarakat tersebut yakni segala yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat ini

mencerminkan pegangan dan kepercayaan mereka.

54
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif, hlm
43.
55
Ibid., hlm 46.
56
Koentrjaraningrat, 1996, Pengantar Antropologi 1, Jakarta: PT Rineka Cipta, hlm 76.

13
Sejarah budaya merupakan pandangan hidup sekelompok orang. 57 Sejarah

masyarakat Iban juga merupakan sejarah budaya dan pemikiran. Bagi seorang Pengkaji

yang paling penting adalah legenda dan memerate menjadi petunjuk yang zahir tentang

aspek-aspek budaya yang penting seperti kepercayaan, pengetahuan, world view, dan

nilai-nilai budaya.58 Jikalau cerita rakyat tidak wujud, maka tiadalah sumber sejarah yang

boleh dirujuk khususnya dalam aspek masyarakat Iban. Cerita rakyat mereka merupakan

sumber inspirasi yang ditujukan kepada masyarakat itu sendiri. Sejarah bawahan sangat

penting khususnya dalam menerangkan kisah-kisah masyarakat yang dipinggirkan oleh

sejarah konvesional seperti masyarakat Iban.

57
John W.Berry, 1999, Psikologi Lintas-Budaya: Riset dan Aplikasi ( Edi Suhardono, Terjemah), Jakarta:
PT Gramedia Pustaka Utama, hlm 2.
58
Mohd. Taib Osman, 1988, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 257.

14
BIBLIOGRAFI

Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai

Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xxvi.

John W.Berry, 1999, Psikologi Lintas-Budaya: Riset dan Aplikasi ( Edi Suhardono,

Terjemah), Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Koentrjaraningrat, 1996, Pengantar Antropologi 1, Jakarta: PT Rineka Cipta.

Mohd. Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 213.

Mohd. Taib Osman, 1988, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman (peny.), 1991, Pengkajian Satera Rakyat Bercorak Cerita, Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaini Ozea, 1988 ,Analisis Isi Cerita-Cerita Rakyat di Sarawak, dalam Hamzah Hamdani

(peny), Wajah Sastera Sarawak, (hlm 15-29), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. .

15
16

You might also like