You are on page 1of 18

SEJARAH JOHOR : 1641 DAN 1699

MOHAMAD RIDZUAN BIN ABD RAHMAN


2008

1.0 Pendahuluan

Tahun 1641 dan 1699 adalah titik tolak yang paling penting dalam perkembangan

sejarah Johor. Oleh sebab kemunculan Kerajaan Johor boleh dikatakan daripada kejatuhan

Kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada 1511. Apabila Sultan Mahmud Shah

mangkat dalam tahun 1528, gantinya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah I yang berpindah ke

Pekan Tua di hulu Sungai Johor.1 Bagindalah raja pertama daripada dinasti Melaka yang

bertakhta di Kerajaan Johor.2 Selama dua abad berikutnya kerajaan pewaris Melaka berkisar di

kawasan Johor dan Riau.3 Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka di tanagan Portugis tidak

bermakna kegemilangan kesultanan Melayu akan berkubur begitu sahaja. Apabila Sultan

Mahmud Shah berundur ke Bentan dan mendirikan sebuah kerajaan di Bentan. Selepas

kemangkatan ayahandanya, Sultan Alauddin Riayat Shah I telah ditabalkan sebagai sultan Johor

yang kedua.4

Kemunculan kerajaan Johor bukan secara tiba-tiba, kemunculan kerajaan ini

merupakan suatu manefestasi kepada adat Melayu yang menyebut “ Tanah dan rakyat boleh

1
A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 161.
2
Ibid., hlm 161-162.
3
Ibid., hlm 162.
4
Ibid., hlm 165.

1
dicari, tetapi tidak begitu halnya dengan raja yang mempunyai keturunan yang paling mulia”5.

Oleh sebab itu, kemunculan kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada Kesultanan Melayu

Melaka. pemerintah Melayu keatas ketewasan mereka di Melaka. Oleh itu, penubuhan kerajaan

ini adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan

kerajaan Johor telah membuktikan bahawa walaupun kota Melaka telah ditawan oleh Portugis,

namun kekuasaan Sultan Mahmud Syah tidak terjejas. Namun begitu, perbincangan dalam esei

adalah berkaitan dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 1641 dan 1699 serta kepentingan

peristiwa ini keatas perkembangan sejarah Johor.

2.0 Sebelum Peristiwa Tahun 1641

Sebelum 1641, berlaku beberapa peristiwa yang penting khususnya kepada Johor.

Peristiwa ini merupakan pemangkin kepada kemunculan Johor sebagai suatu kuasa maritim yang

disegani di rantau ini. Johor muncul pada tahun 1641 sebagai sebuah kuasa yang menyerlah

walaupun wilayah kekuasaannya semakin berkurangan dan kewibawaannya semakin merosot,

namun ia masih tetap memikul matlamat ekonomi dan politik serta kepentingan kuasa

sebelumnya iaitu Kesultanan Melayu Melaka.6 Penabalan Sultan Alauddin Riayat Shah I iaitu

putera Sultan Mahmud Shah telah membuktikan bahawa kerajaan Johor merupakan suatu

kesinambungan daripada kerajaan Melaka dan boleh diiktiraf sebagai pewaris kerajaan Melayu

Melaka.

Namun begitu, kekuasaan kerajaan ini tidaklah sehebat kerajaan Melaka kerana banyak

kawasan takluk kerajaan Melaka telah mengisytiharkan kemerdekaan sejak penghujung kurun

5
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm 53.
6
Ibid., hlm 44.

2
kelima belas lagi.7Antara kawasan takluk yang masih mengakui ketuanan kerajaan Johor adalah

terdiri daripada Sungai Kelang, Sungai Penagie (Kuala Linggi), Sungai Siak, Sungai Kampar,

Bengkalis, Ungaran, Pulau-pulau Karimun, Bulang, Bentan, Lingga dan pulau-pulau

sekelilingnya, pulau Singapura, Rio Formosa (Batu Pahat) dan Muar.8 Kawasan-kawasan inilah

yang telah membentuk sebuah kerajaan diketuai oleh pewaris Melaka ataupun kerajaan yang

diperintah oleh Dinasti Melaka.

Selain itu, rentetan peristiwa sebelum 1641 adalah berkaitan dengan persaingan antara

kerajaan Aceh, Portugis dan Johor dalam menegakkan kekuasaan di Selat Melaka. Peperangan

ini lebih dikenali sebagai perang tiga segi. Aceh berusaha untuk menjadi kuasa maritim yang

utama di Selat Melaka, manakala Johor pula berusaha untuk mengembalikan kegemilangan

Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, Portugis yang bertapak di Melaka berusaha untuk

mengukuhkan kedudukan mereka dalam monopoli perdagangan di rantau ini, disamping

mengurangkan persaingan daripada kuasa Melayu yang lain.

Pada tahun 6 Jun 1613, Sultan Aceh iaitu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah

memusnahkan Batu Sawar di Sungai Johor dan membawa Sultan Alauddin Riayat Syah II dan

adinda baginda (Raja Abdullah) serta beberapa orang pembesar, sebagai tawanan ke Aceh.9 Aceh

telah menakluk Kedah, Perak, Pahang dan buat sementara waktu Johor.10 Portugis pula telah

menyerang secara bertubi-tubi pada tahun 1518, 1520, 1521. 1523, 1524, 1526, 1535, 1536 dan

7
Ibid.
8
Ibid.
9
A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 166.
10
Ibid.

3
1587.11 Kekerapan serangan-serangan ini membuktikan bahawa Kerajaan Johor mampu untuk

bangkit sebagai sebuah kuasa yang kuat dan mampu menyusun kembali kekuatan angkatan

perangnya serta sekali lagi menjadi pengancam kepada Portugis dan Aceh.

Selain daripada peristiwa ini, kita juga wajar melihat kepada hubungan antara Johor

dengan Belanda. Pada 3 Mei 1604, Laksamana Wijbrand Vann Warwijck tiba di Sungai Johor

dan telah memberi kepada sultan gun powder and ball.12 Pada 1605, hanya dengan kunjungan

kapal-kapal Belanda telah menyelamatkan Johor daripada diserang oleh Furtado de Mendoca (

Gabenor Melaka). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Ma‟ayat Shah yang telah berutus

surat secara sulit dengan Belanda dan baginda menawarkan tempat untuk membina loji atau kota

di Johor jika dapat menghalau Aceh dari Johor.13 Walaupun pihak Belanda tidak menghiraukan

permintaan Johor, namun begitu pada tahun 1637, Sultan Abdul Jalil III, Sultan Johor telah

membuat perjanjian dengan Belanda hendak menolong melawan Portugis di Melaka dan

sebagai balasan Belanda akan membantu baginda mendirikan sebuah kota di Batu Sawar.14

Hubungan yang baik dengan Belanda ini merupakan satu bonus kepada Johor kerana hubungan

baik dengan Belanda akan mengurangkan sebarang ketegangan dengan Portugis dan Aceh.

3.0 Peristiwa tahun 1641.

Peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1641 berkisar tentang kekalahan Portugis

ditangan Belanda. Hubungan antara Belanda dengan Johor berkaitan dengan usaha untuk
11
Ibid., hlm 162.
12
R.O. Winstedt, (1932), A History of Johore, Kuala Lumpur: MBRAS, hlm31.
13
A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, hlm 166.
14
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 69.

4
memerangi orang Portugis ini berlangsung pada tahun 1637 apabila Sultan Abdul Jalil III, Sultan

Johor telah membuat perjanjian dengan Belanda hendak menolong melawan Portugis di

Melaka dan sebagai balasan Belanda akan membantu baginda mendirikan sebuah kota di Batu

Sawar.15 Ekoran itu, pada bulan Jun 1640, Gabenor Jeneral Antonio van Dieman di Betawi telah

mengarahkan kapal-kapal perang Belanda untuk mengepung pelabuhan Melaka.16 Pada bulan

berikutnya, Sultan Abdul Jalil dari Johor telah menghantar angkatan perang sebanyak 40 buah

perahu perang membawa 1500 askar-askar Melayu dibawah perintah Laksamana Tun Abdul

Jamil pergi membantu mengepung dan memerangi orang-orang Portugis di Melaka.17 Setelah

lebih kurang enam bulan mengepung Kota Melaka dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu

oleh askar-askar Johor, akhirnya pada 14 Januari 1641 Belanda berjaya menakluk Melaka.18

Kerajaan Johor dengan bantuan Belanda telah berjaya menewaskan Portugis dan ini telah

menamatkan persengketaan yang berlarutan selama 130 tahun. Walaupun, Melaka diperintah

oleh Belanda dan bukannya Johor, namun begitu pengarang Hikayat Hang Tuah ketika

mengenang kembali ke zaman pertengahan kurun ketujuh belas merasa bangga dan merasa wajar

dengan kedudukan Johor di Alam Melayu.19 Dia menggambarkan Johor mempunyai taraf yang

sama dengan Belanda dan sama-sama memerintah Melaka (diperintah oleh Belanda).20

Walaupun pada mulanya, Johor berperang dengan Portugis adalah untuk mengambil semula

Melaka, namun begitu apabila pakatan Johor-Belanda berjaya menewaskan Portugis, pentadbiran

15
Ibid.
16
Ibid.
17
Ibid.
18
Ibid.
19
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm
49.
20
Ibid.

5
Melaka diserahkan kepada Belanda. Ini disebabkan Johor telah mengandaikan bahawa jika

Melaka diberikan kepada Belanda dan Johor diberi keistimewaan sebagai sahabat Belanda, maka

kemakmuran Johor akan meningkat maju. Oleh sebab itu, pakatan antara Johor dengan Belanda

menguntungkan kedua-dua pihak kerana selepas tahun 164, barulah Johor dapat merasai nikmat

kemerdekaan daripada peperangan dan dapat menyusun kembali kekuatan politik dan ekonomi.

Lantas menjadi peneraju kepada kerajaan-kerajaan di Alam Melayu.

Walaupun selepas peperangan tersebut, Sultan Abdul Jalil III berasa sakit hati kepada

Laksamana Tun Abdul Jamil disebabkan Johor tidak mendapat apa-apa faedah setelah menolong

Belanda mengambil Melaka, akan tetapi tiada pula melarat kerana persahabatan dengan Belanda

bertambah baik, malahan baginda turut menerima hadiah daripada Belanda dan baginda tidak

perlu risau lagi dengan ancaman Portugis dan Aceh.21 Perang tiga segi ini telah melemahkan

kedudukan Johor kerana setiap kali berlaku serangan Aceh mahupun Portugis, pasti ibu negeri

akan berpindah. Misalannya, Aceh telah memusnahkan ibu negeri Johor di Lingga pada tahun

1623.22 Apabila pihak Aceh dan Portugis tidak lagi mengancam Johor, maka Johor mampu

membangunkan semula perdagangan enterpotnya yang sering kali tergganggu dengan ancaman

Aceh dan Porugis.

Sebenarnya, walaupun Johor kehilangan banyak daripada kuasanya sebelum ini, namun

Johor menyedari sepenuhnya tentang kemungkinan masa depannya, apatah lagi dengan

ketiadaan ancaman dari Portugis dan Orang Kaya Aceh di istana begitu sibuk berusaha utuk

mengekalkan kekuasaan mereka ke atas mahkota Aceh sendiri daripada berusaha untuk

21
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 70.
22
A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, hlm 166.

6
memperluaskan lagi sempadan kekuasaan Aceh.23 Keadaan ini telah mewujudkan suatu keadaan

yang pastinya berbeza daripada sebelumnya, kedaulatan dan kekuatan Johor semakin menonjol

tanpa perbalahan dengan Aceh mahupun Portugis. Walaupun Belanda berkuasa di Melaka,

namun menganggap Johor sebagai sahabat kerana telah membantu menewaskan Portugis. Johor

telah mempergunakan kedudukan istimewa iaitu sebagai sahabat kepada Belanda untuk

mengukuhkan kerajaannya.

Selain itu, tahun 1641 juga menandakan kemunculan pengaruh Laksamana Tun Abdul

Jamil. Pengaruh Laksamana melebihi pengaruh orang besar-besar yang lain. Diceritakan bahawa

pada 1642, dua orang pegawai Belanda iaitu Pieter Willemsz dan Jan Meine sewaktu berkunjung

ke Johor mengatakan bahawa Sultan amat mengasihi Laksamana. 24 Kemunculan pengaruh

Laksamana yang akan mencorakkan pentadbiran dan memacu perkembangan perdagangan

Johor.

Saya amat bersetuju bahawa tahun 1641 merupakan titik tolak kepada perkembagan

sejarah Johor disebabkan selapas tahun inilah Johor mampu mencorakkan kembali sistem politik

dan ekonomi tanpa gangguan daripada Aceh atau Portugis. Ini disebabkan tanpa halangan-

halangan ini kerajaan Johor mula dapat berfungsi dengan lebih cekap seperti zaman sebelumnya

dan mula memulihkan perdagangan antarabangsa di pelabuhan-pelabuhannya.25

23
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm
50.
24
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 71.
25
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, hlm 50.

7
4.0 Peristiwa Antara Tahun 1641 sehingga 1699.

Setelah Portugis dikalahkan oleh Belanda dan kerajaan Aceh berajakan perempuan , pada

tahun 1641 baru Sultan Abdul Jalil III datang ke tanah besar negeri Johor mendirikan tempat

bersemayam dan pusat pemerintahan di Makam Tauhid.26 Laksamana Tun Abdul Jamil

dititahkan supaya pergi membuka negeri di Sungai Charang (Pulau Bentan) dan tempat itu

dinamakan Riau.27 Mengikut keterangan orang Belanda iaitu Pieter Willemsz dan Jan Meine

pada tahun 1642, pada masa itu Laksamana merupakan orang besar Johor yang sangat dikasihi

oleh Sultan.28 Laksamana merupakan panglima perang yang pergi membantu Belanda

menewaskan Portugis di Melaka. Laksamana telah diberikan kuasa oleh Sultan untuk

memerintah dan segala keputusan berhubung dengan wilayah jajahan terletan pada tangan

Laksamana.

Selepas kejatuhan Portugis, Keluarga Laksamana semakin berpengaruh dalam

pemerintahan Johor. Ini disebabkan perdagangan yang dijalankan pada masa ini bersifat

naungan. Seorang pedagang asing atau orang Johor sendiri perlu mendapatkan naungan

daripada seorang individu yang berkuasa di dalam negeri seperti Bendahara, Raja Indera

Bongsu, Temenggung, Laksamana atau Kadi.29 Pada tahun 1687, duta Belanda ke Riau pernah

26
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, hlm 70.
27
Ibid., hlm 71.
28
Ibid.
29
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm
51.

8
mendedahkan bahawa berdasarkan pemerhatian mereka tentang bagaimana perdagangan

dijalankan dibawah Laksamana (Paduka Raja), mereka mengatakan dalam kalangan pedagang-

pedagang disini, wakil dagang Paduka Raja ( Tun Abdu Jamil) adalah yang paling ramai

bilangannya dan yang terpenting antara mereka terlibat dengan menjual dan membeli barang-

barang.30 Cara sistem naungan telah diberi komen oleh Belanda yang menyatakan bahawa “

setiap orang melakukan sesuka hatinya seolah-olah tiada raja atau kerajaan”.31

Ini membuktikan bahawa pada tahun-tahun selepas 1641, perdagangan di pelabuhan

Johor kemabli rancak. Para pedagang itu tertarik kepada Johor disebabkan oleh kemampuan

Johor yang dapat menyediakan peluang dan pasaran yang baik disamping dapat mengadakan

kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan perdagangan dengan cekap.

Perdagangan di pelabuhan semakin bertambah dengan pegenalan sistem naungan yang akan

menguntungkan kantung Paduka Raja. Walaupun, sistem perdagangan berasaskan naungan,

namun perdagangan tetap berkembang dengan pesat ekoran keperihatinan Laksamana yang

sentiasa peka kepada keperluan pedagang. Disamping menyedari tentang ancaman sebuah lagi

pelabuhan iaitu Melaka. Gabenor Thomas Slicher dari Melaka telah menulis surat yang

mengatakan bahawa pedagang-pedagan tertarik ke Riau kerana di sini pedagang timah dibayar

dengan setengah duit ( content) dan setengah lagi dengan lagi dengan kain; sedangkan di

Melaka mereka diberikan apa sahaja jenis kain yang ada dan bukannya jenis kain dengan corak

yang terbaharu seperti di Riau.32

30
Ibid.
31
Ibid.
32
Ibid.

9
Pada tahun 1642, Belanda telah membuat perjanjian dengan Sultan Johor iatu semua

kapal-kapal dari Johor yang hendak berlayar ke tempat di sebelah Barat daripada Melaka

hendaklah singgah di Melaka untuk mengambil passport daripada orang Belanda. 33 Apabila

sistem ini dikuatkuasakan oleh Belanda di Selat Melaka, kebanyakan kapal yang tidak

mempunyai passport akan dirampas segala isi kargo. Justeru, untuk mengelakkan rampasan

barangan oleh Belanda, para pedagang mempunyai dua piliha sama ada berkunjung ke pelabuhan

Melaka ataupun Johor. Jika berkunjung ke Melaka pasti akan dikenakan dengan cukai yang

melampau. Oleh itu, kebanyakan pedagang akan singgah di pelabuhan Johor untuk memohon

pas.

Melaka telah diarahkan oleh Betawi supaya memberikan pas-pas kebenaran kepada

Orang Kaya Johor sebagai tanda penghormatan; demikianlah kapal-kapal dari berbagai-bagai

negeri dapat berdagang dikawasan itu dibawah lindungan cop mohor penaung mereka dan

dengan adanya kebenaran Belanda.34 Melalui kaedah ini, perdagangan Johor dapat berkembang

dengan pesat, disamping orang kaya dan pemimpin dapat hasil yang banyak melalui pemberian

pas-pas kebenaran ini. Persahaban dengan Belanda khususnya dalam pemberian kebenaran

untuk mengeluarkan pas-pas kebenaran untuk berlayar tanpa gangguan daripada kapal peronda

Belanda telah berjaya meningkatkan martabat kerajaan Johor setanding dengan Belanda

khususnya dalam bidang perdagangan.

Duta-duta Belanda yang dihantar ke Istana Johor pada bahagian kedua kurun ketujuh

belas dan bahagian pertama kurun kelapan belas begitu tertarik dengan kemudahan-kemudahan

33
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, hlm 70.
34
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, hlm 53.

10
yang ada di pelabuhan Johor.35 Kecekapan Johor mengendalikan barang dagangan dan

kemampuannya untuk membekalkan semula kapal-kapal dengan cepat dan murah adalah faktor

utama yang disebut dan dikagumi oleh Belanda sebagai suatu tarikan yang penting kepada

pedagang asing.36 Apabila Sultan Abdul Jalil III mengarahkan Laksamana membuka negeri di

Riau, maka kemakmuran Johor terus bertambah maju kerana Riau sangat strategik khususnya

dalam laluan perdagangan di rantau ini.

Kepesatan perdagangan di Riau telah digambarkan oleh Gabenor Thomas Slicher telah

menulis surat ke Betawi pada bulan Mei 1687 yang mengatakan bahawa bilangan kapal yang

berlayar ke Riau ( pada masa itu merupakan ibu negeri Johor) begitu besar sehinggakan sungai

itu sukar untuk dilalui akibat terlalu banyaknya kapal-kapal dagang.37 Ini menjadi bukti bahawa

tahun-tahun selepas 1641 merupakan era kegemilangan Johor kerana kepesatan perkembangan

perdagangan dan ini telah mengembalikan semula martabat Johor selaku pewaris Kesultanan

Melayu Melaka yang sememangnya handal dalam bidang perdagangan sehinggakan dikenali

sebagai pelabuhan entrepot terbesar didunia.

Hubungan antara Belanda dan Johor kadang-kala menimbulkan sengketa khususnya

berkaita dengan perdagangan. Pada tahun 1685, apabila satu lagi misi Belanda dihantar ke Riau,

Paduka Raja telah membuat aduan tentang tindakan Belanda mendirikan gudang di Siak.38

Namun, peristiwa ini wajar diperhalusi kerana perbalahan antara Johor dengan Belanda

berhubung dengan soal perdagangan, telah muncul satu lagi kuasa yang dominan di Tanah Besar

35
Ibid., hlm 50.
36
Ibid.
37
Ibid., hlm 51.
38
Ibid., hlm 195.

11
Asia Tenggara iaitu Siam. Paduka Raja telah memutuskan cara yang paling baik untuk

mempertahankan kepentingan Johor adalah dengan mendapatkan sokongan daripada rakan

sekutunya yang kuat iaitu Siam.39 Siam telah menghantar dutanya ke Betawi untuk membantu

menyelesaikan perbalahan ini dan pihak Belanda telah meminta penjelasa daripada Paduka Raja.

Dalam soal ini, kebijaksanan Paduka Raja dalam memanipulasi keadaan dan menjadi kuasa lain

sebagai rakan yang boleh membantu sekiranya kepentingan Johor terancam.

Kegemilangan Johor selepas 1641 wajar dikaitkan dengan kesetian tidak berbelah bagi

Orang Laut kepada pemerintah Johor. Pada kurun ketujuh belas, mereka telah menunjukkan

kesetiaan yang tidak ada tolok bandinnya kepada pemerintah yang mengutamakan kepentingan

mereka dalam kerajaan Johor. Walaupun terdapat berpeti-peti emas dan wang rial yang dimiliki

oleh Laksamana (Paduka Raja) Tun Abdul Jamil, namun dia tidak berjaya mendapat kesetiaan

Orang Laut daripada seorang pemerintah yang masih kecil (Sultan Mahmud Shah II) pada tahun

1688.40 Walaupun pada 1688, Laksamana begitu berpengaruh sehinggakan pembesar yang lain

terpaksa tunduk di bawak pengaruh Laksamana. Namun pengaruh tersebut tidak mampu

menanggani kesetiaan Orang Laut kepada keturunan Bukit Siguntang.

Sultan Abdullah Ma‟ayat Shah pernah berkata baginda lebih sedia mempertahankan

kerajaannya berlandaskan kekuatan Orang Laut yang taat setia di Kepulauan Riau-Lingga

daripada menjadi raja boneka dan simbol semata-mata dan lari ke hulu sungai apabila diserang

musuh.41 Ini menggambarkan bahawa Orang Laut merupakan simbol kepada kekuatan kerajaan

Johor. Tanpa Orang Laut, pasti kekuasaan para pembesar dan pemerintah tidak dapat

39
Ibid.
40
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 64.
41
A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 166.

12
dikuatkuasakan dalam wilayah. Hanya beberpa bulan sahaja selepas Belanda melaporkan

tentang „ kemusnahan seluruhnya‟ Johor Lama pada tahun 1673 apabila banyak harta benda

dirampas dan ramai orang menjadi tawanan, sebuah angkatan perang Johor muncul di Kuala

Sungai Jambi dan mengancam Jambi yang baru menempa „kemenangan‟ itu.42

Pemerintah Johor sangat menghargai bakat khusus Orang Laut ini dalam menggalakkan

para pedagang mendatangi pelabuhan-pelabuhan di Johor dan dalam usaha untuk menyekat para

pesaing ekonomi dan baginda dengan tabah dan hati-hati telah menggunakan mereka untuk

menentang pencabar utama Johor iaitu Belanda di Selat Melaka.43 Kapal-kapal orang Laut

diperintahkan untuk meronda perairan bukan untuk menguatkuasakan sistem member kebenaran

seperti sistem kawalan Belanda tetapi hanya untuk menunjukkan kemampuan Johor

menimpakan hukuman kepada mereka yang menjalankan perniagaan dengan pesaing Johor dan

juga memberi perlindungan pedagang yang singgah di pelabuhan Johor.44

Tindakan Orang Laut ini amat berkesan terutamannya ketika ibu negeri Johor terletak di

Riau di Pulau Bentan .45 Tugas mereka sama sahaja seperti zaman Srivijaya dan Kerajaan

Melayu Melaka. Mereka akan melindungi atau menyerang kapal-kapal yang melalui Selat

Melaka. Orang Laut merupakan askar yang boleh dipercayai dan diharap sekiranya berlaku

peperangan khususnya setelah Johor dikalahkan oleh Jambi pada tahun 1669.46

42
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm
67.
43
Ibid.
44
Ibid.
45
Ibid.
46
A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm74.

13
5.0 Peristiwa tahun 1699

Tahun 1699 dikatakan sebagai satu turning point yang sangat penting dalam sejarah

Johor. Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699 yang menandakan berakhirnya

keturunan Melaka yang memerintah Johor. Hikayat Siak menceritakan bahawa:

Penghulu Istana pun datang, membawah akan nangka, memberi bini Megat Seri Rama,

kerana ia mengidam hendah makan nangka.47Maka setelah baginda mendengar sembah

Penghulu Istana, maka baginda pun tertawah.48 Titah baginda, “Suruhlah panggil bini Megat

Serama itu, aku hendak melihat anaknya, iakah yang makan nangka itu”.49 Maka dibelah

perutnya dan anak yang didalam perut itu menghisap nangka itu, maka bini Megat Serama pun

mati.50

Justeru, selepas peristiwa tersebut, Megat Seri Rama telah bertindak membalas dendam

diatas perbuatan rajanya. Megat Seri Rama telah membunuh Sultan Mahmud Syah semasa

baginda hendak menunaikan solat Jumaat.51 Kemangkatan baginda dikenali sebagai marhum

mangkat dijulang. Setelah mangkatnya Sultan Mahmud Shah II, putuslah zuriat keturunan

daripada Sultan-sultan Melayu Melaka yang memerintah negeri Johor.52 Berakhirnya keturunan

Dinasti Melaka telah menandakan kemunculan satu lagi dinasti iaitu Dinasti Bendahara.

47
Muhammad Yusof Hashim (peny), (1992), Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 108.
48
Ibid.
49
Ibid.
50
Ibid.
51
Virginia Matheson, (1992), Tuhfat Al-Nahfis, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm 45.
52
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 87.

14
Kemangkatan baginda telah meninggalkan seribu persoalan kerana kononnya baginda

dikatakan mempunyai bini peri daripada bangsa jin dan tidak suka bersekedudukan dengan

isterinya bangsa manusia.53 Keadaan ini amat sukar kerana baginda dikatakan tidak mempunyai

zuriat sah untuk mewarisi takhta kerajaan. Walaupun begitu, diceritakan bahawa sebelum

kemangkatan Sultan Mahmud Shah, baginda sempat berpesan kepada Encik Pong supaya

menelan mahnikam baginda supaya zuriat keturunan Raja Iskandar Zulkarnain tidak putus.54

Kemangkatan baginda telah menyebabkan kerajaan Johor tidak bersultan. Oleh sebab itu,

Pada awal September 1699, orang Besar-Besar Johor telah melantik Bendahara Paduka Tun

Abdul Jalil menjadi Sutan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. 55 Kebiasaannya

pemerintahan diterajui oleh Sultan, tetapi Bendaharalah yang akan menjalankan pemerintahan

kerajaan atas nama Sultan. Hanya pada awal kurun ketujuh belas pengaruh Laksamana melebihi

Bendahara. Seperti yang tercatat dalam Hikayat Siak yang menyatakan bahawa “Maka

diperintah akan Bendahara seperti yang telah sudah”. 56

Kemangkatan Sultan Mahmud Shah III telah menandakan permulaan baru bagi kerajaan

Johor kerana gelaran pewaris telah terhapus dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah III.

Setelah itu pada awal kurun kelapan belas, kerajaan Johor dikejutkan dengan kemunculan

seorang putera Minangkabau yang mengakui dirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah III dan

menuntut haknya sebagai pewaris sah takhta kerajaan Johor. Kemunculan Raja Kecil telah

menyebabkan Orang Laut berpaling tadah dan menyokong Raja kecil kerana pemerintah Johor

53
Virginia Matheson, (1992), Tuhfat Al-Nahfis, hlm 44.
54
Ibid. Lihat juga Muhammad Yusof Hashim (peny), (1992), Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 112.
55
Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 87.
56
Muhammad Yusof Hashim (peny), (1992), Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 107.

15
bukan lagi keturuna bukit Siguntang. Apabila Raja kecil mengatakan bahawa baginda merupakan

keturunan Sultan Mahmud Shah dengan Encik Pong, maka Raja Kecil dianggap sebagai pewaris

Raja Iskandar Zulkarnain.

Kemangkatan Sultan Mahmud Shah III telah memberikan implikasi yang pelbagai

kepada kerajaan ini. Sebelum ini, kerajaan ini dianggap sebagai pewaris Melaka dan sumber

kekuatan orang Melayu. Tetapi dengan kemangkatan Sultan Mahmud Shah III, penghormatan

yang diberikan sebelum ini berkurangan. Selain itu, kemunculan Raja Kecil di Johor akan

mengheret opu lima bersaudara kedalam kancah politik Johor. Penglibatan orang Bugis dalam

kancah politik Johor akan mencorakkan perkembangan politik dan ekonomi di rantau ini.

Disamping merupakan faktor kebangkita dan kejatuhan kegemilangan Kerajaan Johor.

16
6.0 Kesimpulan

Kegemilangan Johor pada era 1641 sehingga 1699 boleh diletakkan atas bahu seorang

tokoh iaitu Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang terbukti gigi dalam dalam menjadikan kerajaan

Johor sebuah kuasa konomi dan ketenteraan yang disegani di alam Melayu dalam kurun ketujuh

belas.57 Peristiwa yang berlaku pada era ini seperti kejatuhan kuasa Portugis di Melaka, Aceh

yang semakin menjauhka diri daripada sengketa dengan Johor, disamping hubungan baik antara

Johor dengan Belanda telah membantu proses perkembangan Johor sebagai kuasa yang tidak ada

tandingannya di alam Melayu. Sehinggakan, Johor pernah memberi amaran kepada Belanda

supaya tidak mencampuri pertelingkahannya dengan Jambi pada tahun 1669.

Selain itu, peristiwa kemangkatan Sultan Mamud Shah III pada tahun 1699 telah

meninggalkan kesan yang mendalam kepada keutuhan kerajaan Johor. Ini disebabkan selepas

tahun tersebut muncul campur tangan Siak dan Bugis dalam politik Johor, disamping beberapa

negeri yang mengakui ketuanan Johor mula menjauhkan diri. Tahun 1641 dan 1699 merupakan

satu turning point dalam perkembangan sejarah Johor.

57
Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm
215.

17
Bibliografi

A. Samad Ahmad (1985), Kerajaan Johor-Riau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Andaya, L.Y, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

Andaya, B.W dan Andaya, L.Y, (1983), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan
Publishers (M) Sdn Bhd.

Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Matheson, Virginia (1992), Tuhfat Al-Nahfis, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Muhammad Yusof Hashim (peny), (1992), Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Hawa (peny), (1992), Bustan al-Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suwannathat-Pian, Kobkua (1997), Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt, R.O. (1932), A History of Johore, Kuala Lumpur: MBRAS.

18

You might also like