You are on page 1of 13

LATAR BELAKANG PENDUDUK DI SABAH

PENDAHULUAN

Sejarah negeri Sabah hingga ke tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era, iaitu Sejarah Zaman

Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan

Jepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dan kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963,

dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam Malaysia) hingga kini. Kursus ini meliputi bahagian zaman awal

hingga zaman kemerdekaan sahaja. Dalam meneliti perkembangan sejarah negeri Sabah , susur galur sejarah

Kesultanan Brunei Darussalam harus dirujuk kerana kedua-dua negeri tersebut merupakan sebahagian wilayah

de facto Kesultanan Brunei sebelum kurun masehi Kesembilan belas. Sabah juga pernah menerima kuasa de

facto daripada Kesultanan Sulu. Kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Brunei, dan Sulu adalah implikasi daripada

dasar perluasan kuasa penjajah Barat. Sejarah zaman penjajahan kuasa Barat bermula dalam masa yang

berbeza di kedua-dua wilayah ini, iaitu pada tahun 1878 di North Borneo (Sabah). Dalam Meneliti sejarah wilayah

tersebut, sejarah Kesultanan Brunei Darussalam wajib dirujuk terlebih dahulu sebagai asas kepada

perkembangan sejarah yang berlaku seterusnya di kedua-dua wilayah politik yang kini dikenali juga sebagai

Malaysia Timur. Hal ini diakui oleh sarjana Barat, seperti mana kata L.W. Jones (1966), bahawa;

Here [sic. merujuk kepada Brunei] lies the key to the island's early history. The whole island was subject to the

dominion of the Sultanate of Brunei. Dalam pada itu, Jones juga menyokong fakta bahawa 'Borneo' and 'Brunei'

are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as 'Borneo Proper'.

Namun, tinjauan secara khusus terhadap sejarah Kesultanan Brunei Darussalam hanya dilakukan sekadar

sepintas lalu sahaja. Seterusnya, penelitian diberikan terhadap sejarah dasar pemerintahan kuasa-kuasa

penjajah Barat, termasuk sejarah perang dan pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua secara terperinci,

termasuk meninjau implikasi pendudukan Jepun ke atas penduduk di rantau ini. Perkembangan sejarah

selanjutnya memfokus kepada perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk, khususnya cabaran

yang mereka hadapi dalam memperjuangkan gagasan Malaysia sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun

1963.

KEDUDUKAN GEOGRAFI

Malaysia Timur terletak di bahagian utara pulau Borneo, iaitu merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia

selepas New Guinea dan Greenland. BORNEO, atau panggilan aslinya, Pulo Kalamantan atau Kalimantan, dengan

keluasan 740,000 kilometer persegi. Pengklasifikasian 'Borneo' untuk pulau tersebut adalah timbul daripada

salah faham penulis-penulis Barat untuk perkataan asalnya, iaitu Burni. Sebelum kedatangan orang Barat ke

rantau ini, Burni atau Borneo telah pun dikenali oleh orang China berdasarkan rekod awal dinasti-dinasti yang

memerintah negara mereka. Ramai di kalangan sarjana percaya bahawa istilah Burni pada asalnya merupakan

satu rujukan kepada sebuah kerajaan dan bandar yang terletak di sebelah pantai barat-laut pulau Borneo, iaitu

merujuk kepada negara Brunei Darussalam pada hari ini. Istilah ini memang agak popular di kalangan penduduk

Tanah Melayu ketika penjajahan orang Portugis berlaku dalam tahun masehi 1511. Dalam hal ini Hugh Low

(1988) sendiri mempercayai satu hakikat ketika itu, berkata …it being rarely the custom of the natives [peribumi
Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and collectively, but to designate each part by the

name of the most powerful kingdom situated in it. Misalnya istilah Tanah Melayu ada kaitannya dengan

keagungan kerajaan Melayu-Jambi di Sumatra suatu ketika dahulu kala. Justeru itu, Tanah Burni atau the land of

Burni lahir sebagai nama kerajaan yang terkuat di pulau Borneo dalam di antara kurun masehi Kelima belas dan

Keenam belas. Di samping itu, satu persamaan di sini boleh kaitkan dengan istilah Tanah Banjarmasin yang

digunakan oleh Jawa untuk wilayah kerajaan Banjarmasin di bahagian selatan pulau Borneo. Pendek kata,

menurut kenyataan Hunt pada tahun 1812 bahawa Pulo Kalimantan [atau Burni] merupakan nama sebuah ibu

kota bagi tiga buah kerajaan (Brunei, Sambas dan Kutai) yang berasingan di pulau Borneo ketika itu.

Borneo dibahagikan kepada tiga wilayah politik antarabangsa. Dua daripadanya adalah bekas tanah kolonial dan

satu lagi berstatus protectorate (naungan). Wilayah terbesar dengan keluasan 340,000 kilometer persegi yang

meliputi sebahagian besar kawasan di timur, selatan dan barat pulau Borneo merupakan wilayah Kalimantan.

Wilayah ini merupakan bekas jajahan Belanda dan memperolehi kemerdekaannya pada tahun 1949 dalam

Republik Indonesia. Ia dibahagikan kepada empat kawasan pentadbiran utama; Kalimantan Barat, Kalimantan

Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur. Lebih kurang satu pertiga keluasan pulau Borneo di bahagian

barat-laut dan utara meliputi wilayah Sarawak, Brunei dan Sabah. Wilayah Brunei yang terletak di antara Sabah

dan Sarawak terpecah kepada dua wilayah oleh Bahagian Limbang, Sarawak.

Wilayah Politik yang kedua besar dengan keluasan 200,000 kilometer persegi disebut sebagai Malaysia Timur

yang merujuk kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini pada mulanya menjadi negeri

naungan British sejak tahun 1888. Dalam tahun 1946 kedua negeri ini diletak dibawah pentadbiran Kerajaan

Kolonial British. Dalam tahun 1957, kedua-duanya memperolehi kemerdekaan bersama-sama dengan

Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Dalam tahun 1963 negeri Sabah dan Sarawak menyertai gabungan

negeri-negeri Melayu yang lain kecuali Brunei dan Sngapura untuk penubuhan Persekutuan Malaysia.

Wilayah politik yang ketiga dengan keluasan 5,765 kilometer persegi di sebelah barat-laut Borneo ialah negara

Kesultanan Brunei Darussalam. Brunei juga merupakan bekas wilayah naungan British sejak tahun 1888

bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Brunei mencapai kemerdekaannya pada 1 Janurari 1984.

Negeri Sabah dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan manusia di masa

lampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur.

Terutamanya, Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Di

samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada penduduk

Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan Sumatra.

SABAH

terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke utara dan garis bujur di antara

1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-

kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri

Sarawak di sebelah barat-daya. Negeri Sabah dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo [Borneo
Utara].

Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian tertentu di

pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena penganugerahan

gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North

Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85). Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk

kepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di

pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878,

kawasan-kawasan tersebut telah disewakan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul Momin

Brunei, Pengiran Temenggung Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secara

beransur-ansur digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara

rasmi sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia.

Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan

Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu sejumlah 23 buah

daerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17,594

kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometer

persegi.

MASYARAKAT PENDUDUK: PERMASALAHAN ASAL-USUL

Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan etnik di

Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang

disampaikan turun temurun hingga ke hari ini.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mula

sekali menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa

siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku

di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar ke

kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman

adalah berlaku akibat daripada desakan daripada kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada

ke-15. Justeru itu, wujud tanggapan bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasan

pedalaman Borneo adalah ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpun

demikian, hakikat keadaan taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan seumpama. Misalnya,

proses migrasi yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau telah menjadikan negeri Sabah sebuah

masyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat dan kepercayaan.

Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah mengutarakan satu rumusan yang

jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya yang telah

ditemuinya di wilayah Sarawak, bahawa;

…natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive tribal organization and
are divided among distinct ethnological groups called Punans, Penans, Kayans, Kenyahs, Ibans, Land Dayaks,

Muruts, and various others. They are the real 'wild men of Borneo'.

Kenyataan tersebut telah menjadi asas pemikiran kepada pengkaji-pengkaji asing, khususnya para sarjana Barat

dalam usaha mereka membina semula sejarah masyarakat peribumi asli di wiliayah negeri Sabah malah hingga

akhir ini pun. Pandangan yang seumpama seharusnya dikemaskinikan di kalangan para sarjana luar dan juga

tempatan, memandangkan kemajuan hidup yang telah dicapai oleh masyarakat penduduk peribumi di kawasan-

kawasan pedalaman Borneo amnya jelas sekali tidak tepat dengan penggunaan istilah "tribe" atau 'tribal" dalam

penulisan-penulisan ilmiah kini dan di masa hadapan.

Manakala bagi wilayah Sabah, menurut andaian setakat ini menyebut bahawa masyarakat manusia di Sabah

pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi asli yang kemudiannya telah berubah

menjadi sebuah masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula berlaku seawal-

awalnya pada kurun masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India, Kepulauan Philipina dan Sulu,

Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain. Mengikut bancian rasmi tahun 1980, penduduk negeri

Sabah berjumlah kira-kira 1,002,698 orang. Masyarakat negeri ini terdiri 29 kumpulan suku etnik yang

dikelaskan sebagai Bumiputra, 12 kumpulan etnik bukan Bumiputra; termasuk 6 kumpulan suku etnik Cina dan

selebihnya adalah berketurunan Pakistan, India, Eropah, dan lain-lain. Pada amnya kumpulan-kumpulan etnik

dan suku etnik tersebut biasanya digolongkan ke dalam tiga kumpulan etnik utama, iaitu Bumiputra Melayu-

Islam, Bumiputra bukan Melayu, dan Cina. Tegasnya, sehingga kini masih tidak ada bukti secara nyata tentang

kewujudan satu etnik asli di Sabah.

Penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam

Borneo Utara terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau,

Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar

bilangannya. Mereka mewaikili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi

ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk Borneo

Utara ketika itu. Namun peratusan ini mula merosot sekitar akhir kurun masehi ke-19, khususnya setelah

kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887. Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-

pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian,

terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina. Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan

tembakau sekitar tahun 1900 dan 1910 dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut,

keluasan tanaman tembakau ialah kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira 128,680 ekar.

Perkembangan penduduk dan pengakutan dari ladang-ladang dan perlombongan telah meningkatkan proses

perbandaran. Terdapat 5 pusat bandar uyang berkembang dengan pesat dan menjadi tumpuan perdagangan dan

pentadbiran ketika itu, iaiti Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau, Kudat, Lahad Datu dan Sandakan. Kegiatan

perlombongan oleh pedatang Cina berlaku sejak penemuan emas di Sungai Segama pada tahun 1880. Di

samping itu pekan Tawau dan Sandakan merupakan tempat pengeluaran arang batu dari tahun 1890 hingga

tahun 1905.
Taburan Penduduk Sabah Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999Penduduk Sabah pada hari ini

dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.7 juta orang (1991). Terdapat lebih kurang 34 kumpulan suku kaum di

Sabah. Pada amnya struktur masyarakat Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu Bumiputra

Melayu-Islam, Bumiputra bukan Islam, dan Bukan Bumiputra.

Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Brunei, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idahan, Banjar,

Tidong, Orang Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Kadazan-

Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau, Mangka'ak,

dan termasuk Sino-Filipina. Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan lain-lain.

Permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua penduduk

pribumi di Sabah berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang kewujudan satu kaum

asli di Sabah.

Jumlah [929 ribu, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.7 juta (900 ribu lelaki / 825 ribu perempuan) Taburan -

22.33 % dalam luas kawasan seluruh Sabah 73, 620 km. persegi Kepadatan - 25 orang km. persegi (1991)

berbanding 14 orang km. persgi (1980)Terdapat 23 daerah - Daerah paling ramai - Tawau (244 ribu orang),

Sandakan (222 ribu orang) dan KK (209 ribu orang)Daerah paling kurang - Kuala Penyu (14 ribu orang)

Bilangan kaum etnik - lebih 34 kumpulan pribumi + lain-lain.Bumiputera (937 ribu)Cina (200 ribu)Indonesia (139

ribu)Lain-lain (32 ribu)Bukan warganegara (425 ribu)

Dusun (216 ribu), Kadazan (104 ribu), Bajau (203 ribu), Melayu (106 ribu) Murut (50 ribu), lain-lain Bumiputera

(255 ribu)

Secara umumnya, masyarakat di Sabah dari segi konseptual dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Sebelum

kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan-kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di

antara penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan

kaum masing-masing. Ini dapat dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang berasingan. Keadaan ini

telah diwarisi turun temurun, terutamanya di kalangan masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-

nama (klasifikasi) kaum (etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu

mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki. Misalnya,

sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan. Sungguhpun ramai

yang telah memeluk agama Islam dan Kristen, tetapi masih ada segelintir yang berada di pedalaman yang belum

beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal sistem kepercayaan animisme.

Kelambatan proses pembangunan di Sabah juga mengakibatkan dasar integrasi nasional gagal mencapai

matlamatnya di kawasan pedalaman berbanding dengan penduduk di kawasan pantai. Tambahan kewujudan

perbezaan yang ketara dari segi bahasa, adat dan kepercayaan juga menyukarkan usaha untuk mengadakan

satu hubungan yang harmoni di kalangan masyarakat ini. Namun begitu, dewasa ini masyarakat di Sabah banyak

mengalami perubahan dan pembangunan dalam aspek sosio-ekonomi. Lebih ramai anak-anak penduduk dari

pedalaman yang berjaya mendapat pendidikan tinggi ataupun sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat sekolah

menengah.
PERMASALAHAN KEADAAN MASYARAKAT TRADISIONAL

Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi, tetapi kerana

perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia Tenggara, maka ini

telah menggalakkan proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang India, Cina, Bugis, Jawa,

Melayu, dan Filipina. Proses migrasi yang telahpun sejak awal lagi itu telah membentuk masyarakat yang

berbilang keturunan dan agama di Sabah, dan proses migrasi dari luar ke Borneo bertambah pesat akibat

daripada dasar penjajahan-ekonomi orang Inggeris dalam kurun ke-19.

Sabah merupakan wilayah-wilayah de facto Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sebelum penjajahan Inggeris

dalam kurun ke-19. Oleh kerana itu, apabila hendak membicarakan tentang sejarah masyarakat awal di kedua-

dua negeri tersebut, para sarjana cenderung merujuk kepada Brunei untuk melihat atau menggambarkan

keadaan dan ciri-ciri masyarakat di Sabah. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan rekod-rekod sejarah awal di

negeri tersebut. Namun begitu, para sarjana telah lupa akan kewujudan dan peranan tradisi lisan di kalangan

masyarakat pribumi. Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk pribumi

sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Memang benar pegangan ini, namun

sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan dengan baik.

Kerap kali unsur metos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan fikiran logik manusia enggan

menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi

pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata,

bahawa sumber lisan itu adalah merupakan 'tulisan atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu

kala, dan hari ini menjadi khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus

teknologi hari ini.

Keadaan masyarakat Sabah sebelum zaman penjajahan Inggeris tidaklah dapat digambarkan melalui kacamata

masyarakat Brunei. Masyarakat Brunei adalah didominasi oleh kaum Melayu, sama ada dari Jawa, Sumatra,

Sulawesi, Tanah Melayu dan Johor-Riau/Lingga. Walhal, boleh dikatakan masyarakat Melayu di Sabah adalah

cuma kumpulan minoriti saja. Hinggi ke hari ini, masyarakat Melayu yang sebenar sukar dikenali dan bilangannya

cuma kecil di Sabah. Namun proses Islamisasi yang terus pesat berlaku di Sabah telah mewujudkan masyarakat

Melayu-Islam yang besar bilangannya. Ini adalah kerana kecenderungan pemeluk-pemeluk yang baru untuk

meninggalkan identiti asal mereka, ataupun tindakan ini biasanya disebut 'masuk Melayu', iaitu pada mulanya

hanya diertikan sebagai 'masuk Islam', tetapi beransur-ansur berubah menjadi 'orang Melayu' setelah mengamal

cara hidup orang Melayu, serta meninggalkan cara hidup yang asalnya.

Masyarakat Sabah sebelum zaman keagungan Kesultanan Brunei pada kurum masehi ke-16 digambarkan

sebagai masyarakat 'pagan' oleh para pentadbir dan juga para sarjana. Keadaan ini dirujuk kepada kerajaan

Brunei [Tua] yang ketika itu mula popular sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang aktif di rantau Asia

Tenggara. Wujudnya hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar dirantau ini terutamanya

negara China, Melaka dan Majapahit telah menyumbang kemakmuran kepada kerajaan Brunei. Dengan adanya
hubungan baik ini juga memberi jaminan keselamatan kepada Brunei untuk memperluaskan kuasa politiknya ke

atas Borneo dan Filipina. Menjelang akhir kurun Masehi ke-15, kuasa empayar Majapahit dan Melaka telah

lemah, sementara negara China pula sibuk dengan urusan masalah dinastinya [masalah dalam negara] hingga

tidak menghiraukan lagi hubungannya dengan negeri-negeri di luar. Terutamannya semasa zaman pemerintahan

Sultan yang kelima, Sultan Bolkiah (1485-1524), Brunei dikisahkan berjaya memperluaskan kuasa politiknya ke

atas seluruh Pulau Borneo hingga ke bahagian selatan Kepulauan Filipina. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat

diketahui dengan jelas tentang keadaan [ciri-ciri] dan kedudukan sebenar masyarakat Sabah ketika itu. Rekod-

rekod bertulis awal yang ditemui setakat ini cuma membicarakan tentang masyarakat di Brunei.

Di Sabah, terdapat maklumat tentang kedatangan orang Cina ke Sungai Kinabatangan atau dikisahkan dalam

sumber lisan sebagai 'China Batangan'. Kononnya seorang pembesar dihantar oleh Maharaja Yung Lo untuk

meninjau gunung [kini sebagai Kinabalu] yang terkenal di kalangan saudagar-saudagar Arab yang membawa

bekalan Kapur Barus berkualiti tinggi untuk diniagakan di China. Manakala menurut sumber lisan mengisahkan

bagaimana seorang pembesar China membina petempatannya di 'China Batangan' dan kemudian anak

perempuannya telah dikahwinkan dengan Sultan Brunei yang kedua, Sultan Ahmad [nama asalnya menurut

sumber lisan ialah Pateh Berbai].

Sehingga ke hari ini tidak terdapat sumber-sumber sejarah yang dapat dirujukkan tentang asal-usul masyarakat

kaum pribumi asli di Sarawak. Kebanyakan kumpulan masyarakat pribumi di Sarawak merujuk asal-usul mereka

dari bahagian selatan Borneo [Kalimantan]. Misalnya, kaum Iban dan Bidayuh dikatakan datang daripada lembah

Sungai Kapuas. Manakala kaum Kayan dan Kenyah pula berasal dari Lembah Sungai Batang Kayan. Daripada

hasil penyelidikan yang lepas menunjukkan proses migrasi masyarakat daripada bahagian Kalimantan ke

bahagian Sarawak berlaku seawal-awalnya selepas kurun masehi ke-18. Pandangan-pandangan yang

dikemukakan sebagai punca migrasi tersebut adalah tertumpu kepada faktor mobilisasi perekonomian, yakni

mencari kawasan pertanian yang subur. Sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan migrasi

tersebut, dan bukannya semata-mata kerana keperluan ekonomi. Misalnya, faktor persaingan sosial, faktor

peperangan, dan faktor budaya 'merantau'. Seperti juga dengan orang Cina dan India dahulu, mereka datang ke

Asia Tenggara untuk mencari kekayaan dengan harapan membawa balik segala perolehan mereka ke negara

asal. Tetapi apa yang berlaku kemudian ialah mereka tidak balik ke tanahair tetapi terus menetap di luar negeri.

Situasi yang serupa juga berlaku di kalangan penduduk pribumi Borneo. Orang Iban pada mulanya migrasi ke

Bahagian Kedua, namun semasa zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula tersebar luas di seluruh negeri

Sarawak hingga ke negeri Sabah.

Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei menyebut bahawa terdapat lima buah negeri di bawah takluk kerajaan

Brunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas, Samarahan, dan Sarawak [kini kawasan Kuching]. Sebenarnya sehingga

kini tidak terdapat fakta sejarah yang dapat menunjukkan tarikh yang tepat bila wujudnya keberkesannya

pemerintahan Brunei di kelima-lima negeri tersebut. Ahli-ahli sejarah percaya bahawa peristiwa penaklukan

kelima-lima negeri tersebut berlaku sekitar di antara pertengahan kurun masehi ke-14 dan awal kurun masehi

ke-15.
Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku bila hendak menghuraikan

ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya. Pada dasarnya satu kesimpulan umum boleh diberikan bahawa

daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-unsur persamaan sosial dan ekonomi

yang ketara tetapi juga tidak dapat dinafikan akan terbentuknya variasi ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan

etnik tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada sejarah dan pengalaman, pengaruh persekitaran,

peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik.

CIRI-CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH

Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang kita lihat pada hari ini

kebanyakkan sistem masyarakat telah mengalami banyak pembahan. Ini merupakan satu kemajuan dan

ketamadunan yang dicapai ekoran dan pembahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah sistem

masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini, terutamanya dalam aspek

kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah.

Perubahan sistem masyarakat ekoran campurtangan orang luar terutamanya penjajah yang meninggalkan sistem

masyarakatnya ke atas negeri jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi. Penduduk tempatan akan

meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang datang ke Borneo. Namun, tidak

semua perubahan sistem masyarakat ini mendatangkan kesan negatif. Sesetengah perkara memberikan kesan

positif contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik. Masyarakat dapat menyusun sistem politik dengan lebih

teratur, serta memajukan sektor ekanomi. Masyarakat di Sabah wak juga akan hidup bersatu padu dan tidak

terikat dengan satu kaum sahaja.

Dalam penulisan ini akan cuba perihalkan sistem masyarakat tradisional di Sabah sebelum campur tangan

penjajah Barat pada kurun ke-19. Terlebih dahulu akan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan

masyarakat tradisional. Menurut, Kamus Dewan menyatakan bahawa 'masyarakat' membawa maksud kumpulan

manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturcara hidup tertentu. Manakala tradisional memberi

erti sifat atau mengikut tradisi yang menjadi kebiasaan turun temurun. Jadi, dapat disimpulkan bahawa

masyarakat tradisional ialah golongan manusia yang mendiami sesuatu kawasan dan mengamalkan corak

kehidupan berdasarkan peninggalan nenek moyang mereka. Dalam memperihalkan sistem ini saya menyentuh

aspek petempatan, politik, sosial, kepercayaan, ekonomi dan agama.

Petempatan merupakan perkara paling asas. Tanpa petempatan yang tetap masyarakat di Sabah sudah tentu

tidak dapat menjalankan sistem masyarakatnya dengan baik. Melalui petempatan yang tetap dapat memberi

kemudahan kepada masyarakat itu sendiri menjalankan setiap aktiviti dan tugasan secara teratur serta

berkerjasama. Di Sabah mempunyai petempatan yang tersendiri.

Sabah merupakan sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia. la terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Di

sebelah barat Sabah dipisahkan dengan semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Manakala di utaranya

terdapat Laut Sulu dan dibahagian timur ialah Laut Sulawesi. Kedudukan Sabah yang dikelilingi oleh laut ini
memberikan kemudahan perhubungan bagi negeri ini dengan negeri-negeri sekitarnya. Ibu negeri Sabah ialah

Kota Kinabalu. Bandar utama yang lain ialah Sandakan dan Tawau.

Bentuk muka bumi di Sabah bergunung-ganang dengan Banjaran Crocker di sebelah barat dan Banjaran Brassey

di sebelah timur. Tanah pamahnya terletak berhampiran dengan pantai. Sebab itulah, kebanyakan petempatan

awal di Sabah terletak sepanjang pantai dan keadaan mi masih kekal hingga kini. Pantainya berteluk-teluk,

mempunyai banyak pulau, tanjung dan pelabuhan yang teriindung serta beriklim khatulistiwa.

Setelah mengetahui tentang petempatan di Sabah barulah menyentuh tentang aspek-aspek lain. Ini kerana

setiap sistem yang diperihalkan selepas ini mempunyai kaitan dengan petempatan. Tanpa petempatan segala

aktiviti tidak dapat dijalankan. Jadi aspek ini sangat penting sama ada secara langsung atau tidak langsung.

SISTEM POLITIK

Bila menyentuh mengenai politik di Sabah tidak akan ketinggalan. Ini kerana keadaan petempatan mereka

berdekatan. Sabah berada di bawah pemerintahan sultan Brunei yang kelima. Nama sultan tersebut ialah Sultan

Bulkiah. Kenaikan baginda ke atas takhta kerajaan Brunai padaawal kurun ke-16. Sultan Bulkiah dikenali dengan

nama Nahkoda Ragam. Baginda seorang ahli pelayaran yang cekap dan handal. Semasa pemerintahan beliau

ramai saudagar berkunjung ke Brunei dan Borneo amnya. Brunei muncul sebagai pelabuhan terpenting di Asia

Tenggara. Sultan Brunei mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja-raja Islam di Indonesia dan China.

Memandangkan Sabah terletak di bawah kerajaan Brunei, semestinya sistem politik mereka dipengaruhi oleh

corak pemerintahan Sultan Brunei . Sultan mempunyai empat orang menteri utama yang bertugas sebagai

pembantu beliau. Pembantu utama ialah Pengeran Bendahara menyamai tugas Perdana Menteri. Pembantu

kedua ialah Pengeran Pemanca yang bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan yang ketiga Pengeran di

gudang dan serta yang terakhir ialah Temenggung yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negeri

dan sultan.

Di Sabah terdapat juga ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat Sabah mempunyai sistem politik peribumi

sebelum kedatangan pemerintahan Syarikat Berpiagam. Sistem politik Sabah dapat dibahagikan kepada tiga

kategori iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan ketua bebas.

Sistem politik kesukuan biasanya diamalkan oleh kaum Dusun, Murut, orang sungai dan kaum lain yang tinggal

di daerah pendalaman. Biasanya mereka hidup berkelompok kecil serta berpisah dari kumpulan lain disebabkan

oleh bentuk alam seperti, banjaran gunung, sungai dan lembah-lembah.Susunan politik mereka berkaitan

dengan ikatan kekeluargaan. Orang paling tua dalam komuniti, dipanggil orang tua dan dipilih sebagai ketua

kampung. Ketua kampung biasanya peneroka awal kawasan tersebut. Mereka mempunyai sifat berani, bijaksana

dan mengetahui tentang adat-istiadat.

Ketua kampung mempunyai tugas yang berat. Mereka berperanan untuk memelihara keamanan awam,

memimpin kampungnya dalam peperangan, sebagai hakim, hal-hal adat dan sebagainya yang berkaitan dengan

masyarakat setempat. Dalam masyarakat Dusun ketua kampung bertanggungjawab ke atas semua aktiviti

termasuklah perkahwinan, pembahagian harta pusaka, masalahjenayah dan ekonomi.


Selain ketua kampung wujud institusi secara tidak rasmi dipanggil Majlis Kampung. Majlis Kampung berperanan

memilih ketua kampung serta menasihati ketua kampung dalam semua aspek. Majlis penting kepada masyarakat

untuk menjadi orang perantaraan diantara ketua dan masyarakat serta dapat menolong mereka menyelesaikan

masalahsebelum, berjumpa dengan ketua kampung.

Institusi ketua kampung dan Majlis kampung biasanya terdapat dalam masyarakat peribumi bukan Islam.

Menurut kajian, pemimpin-pemimpin ini pemah membentuk gabungan dalam menghadapi ancaman luar.

Perikatan yang khusus ini adalah bentuk organisasi politik yang tertinggi ditemui dalam masyarakat Dusun.

Sistem ini berkekalan di daerah pedalaman. Walaupun Sabah diperintah oleh sultan Brunei dan Sulu , sistem

politik kesukuan ini bebas diamalkan sehingga kedatangan Inggeris yang membawa perubahan baru.

Manakala sistem politik kesultanan pula wujud di bahagian persisiran pantai barat dan pantai timur Sabah.

Bahagian ini diperintah oleh Datu-datu Sulu. Sementara daerah pantai barat terletak di tangan wakil kesultanan

Brunei. Di bawah sistem Brunei penduduk dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama penduduk disifat sebagai

'hamba kerajaan' dan menjadi hak milik sultan. Keduanya dimiliki oleh empat wazir digelar 'sungai kuripan ' dan

yang ketiga menjadi hak milik sultan yang di panggil 'sungai tulen\ Dari segi teorinya pembahagian ini untuk

memudahkan kerajaan Bmnei memungut cukai dan mengekalkan kewibawaannya.

Kategori ketiga sistem politik peribumi Sabah ialah ketua bebas. Mereka tergolong atau mempunyai pertalian

keluarga dengan sultan Brunei dan Sulu. Ketua bebas ini biasanya lahir dari keberanian, kewiraan dan

ketangkasan seseorang tokoh mencabar kewibawaan sultan di daerah-daerah persisiran pantai. Mereka

mempunyai undang-undang tersendiri serta tidak mengiktiraf kedaulatan kuasa lain. Contohnya,ketua bebas

yang dikenali ialah ketua lanun Sharif Osman yang memerintah daerah Marudu antara tahun 1830-1840 serta

Datu Kerunding yang memerintah daerah Tunku pada akhir kurun ke-19. Sistem politik ini lebih ketara pada

kurun ke-19 semasa pemerintahan Inggeris.

Setelah meneliti keadaan politik di Sabah jelas bahawa Sabah tidak mempunyai sistem pemerintahan yang

tersendiri. Sistem politik bagi kedua-dua negeri ini dipengaruhi oleh kuasa pemerintah luar yang menaklukinya.

Jika ada sistem politik peribumi pun, ianya hanya berkuasa secara tidak rasmi di kawasan setempat dan ke atas

suku atau kaum sahaja.

SISTEM SOSIAL

Sebelum penjajahan kuasa Barat, tidak wujud tulisan tentang etnik yang terdapat di Sabah. Kisah mengenai

kemunculan dan kehidupan masyarakat di Sabah hanyalah melalui sumber lisan. Jadi tidak dapat dipastikan bila

dan bagaimana penduduk peribumi asli yang mula menduduki Pulau Borneo amnya. Kebanyakan peribumi di

Sabah mengalami banyak perubahan migrasi yang beriaku beribu-ribu tahun dahulu. Petempatan awal kaum

migrasi ini ialah di pinggir pantai kemudian barulah ke kawasan pedalaman.

Di Sabah pengkaji sejarah telah menggolongkan kaum peribumi Sabah kepada tiga kumpulan etnik iaitu

bumiputera Melayu Islam, bumiputera bukan Melayu dan Cina. Kumpulan Melayu Islam terdiri daripada kaum

Brunei, Bisaya, Suluk, Bugis, Bajau dan sebagainya. Kumpulan bumiputera bukan Islam pula ialah Kadazan,

Murut, Dumpas, Minokok, Maragang dan kumpulan kecil Filipina. Cina pula terbahagi kepada beberapa kumpulan
mengikut diaiek masing-masing.

Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari

selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari

kawasan sekitamya. Jadi, amalan sosial mereka seperti amalan harian tentulah berbeza-beza mengikut kaum

masing-masing. Namun, begitu amalan yang baik seperti menghormati orang tua, tolong-menolong dan

berpegang teguh kepada adat-istiadat menjadi pegangan utama setiap kaum.

Sistem sosial di Sabah memang sukar untuk dikaji. Di negeri ini mempunyai banyak kaum yang berpegang teguh

kepada amalan nenek moyang mereka masing-masing. Jadi, amalan sosial mereka bergantung kepada peraturan

kaum itu sendiri yang telah diwarisi dari tempat asal mereka.

ADAT DAN KEPERCAYAAN

Masyarakat peribumi di Sabah memang patuh kepada adat dan mempercayai sesuatu itu dengan mendalam.

Setiap kaum mempunyai adat masing-masing. Di Sabah contohnya kaum Dusun masih patuh kepada adat

pemujaan tengkorak secara besar-besaran. Bagi kaum Bisayah kaum mereka mengamalkan adat-istiadat

Melayu.

AGAMA

Agama merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu masyarakat. Agama dijadikan sebagai panduan dan

pegangan hidup. Dalam kehidupan harian agama dijadikan peraturan supaya tidak melakukan kesilapan.

Terdapat pelbagai jenis agama di Sabah dan Sarawak kerana mempunyai kaum yang berbeza.

Di Sabah agama Islam sudah diamalkan. Agama Islam telah di bawa masuk oleh pemerintah dan pedagang-

pedagang yang beragama Islam seperti dari India, China, Melaka dan kawasan sekitamya yang lebih dahulu

mengamalkan ajaran Islam. Sebelum kedatangan Islam ada yang menganuti agama lain yang berasal dari

tempat masing-masing. Sehingga sekarang pun agama tersebut masih kekal diamalkan.

Bagi kaum Bisayah mereka percaya kepada animisme seperti memyembah pokok, gunung, bukit, sungai dan

sebagainya yang dianggap mempunyai roh. Ada juga yang tidak mempunyai agama. Walaupun agama asal

masih kekal di kedua-dua negeri ini namun, pada kurun ke 15 semakin ramai penduduk memeluk agama Islam.

Jadi jelas di sini, agama Islam telah berkembang ekoran penjajahan Brunei.

EKONOMI

Bagi meneruskan kehidupan, kegiatan ekonomi sangat penting. Bagi sesebuah masyarakat. di Sabah

mengamalkan ekonomi tradisional seperti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.

Perdaganganjuga telah berlaku bagi kedua-dua negeri ini dengan negeri sekitarnya.

Kebanyakkan kaum peribumi Sabah menjalankan kegiatan pertanian. Bagi kaum Dusun di Sabah mereka

mengamalkan pertanian padi huma, padi sawah, tanam ubi kayn dan tembakau. Kaum Lun Dayeh menanam padi

huma, padi sawah, kopi, tebu sertajagung. Orang Bajau lebih memberi tumpuan kepada pentemakan kerbau dan

kuda serta menanam padi.

Ada juga sesetengah kaum menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ini bersesuaian dengan kehidupan mereka
yang berhampiran dengan pantai. Contohnya, kaum Bajau yang bergantung hidup kepada sumber laut. Bagi

yang tinggal di kawasan pedalaman terutama di kawasan hutan mereka memburu binatang dan memungut hasil

hutan. Kebanyakkan kegiatan ini bagi memenuhi keperluan keluarga. Sabah juga telah terlibat dengan kegiatan

perdagangan. Ini ekoran peranan pemerintah terutamanya berkaitan dengan Brunei. Brunei mempunyai

hubungan dangan Cina dan India . Jadi secara tidak langsung ia mempunyai hubungan dengan negeri jajahan

Brunei. Maka tidak hairanlah pada kurun ke-15 Sabah telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di

kalangan negeri Cina, India dan semua bandar utama dunia Melayu termasuklah Sumatara, Melaka dan Manila.

Pedagang-pedagang ini membawa masuk tembikar, sutera dan barang perhiasan ke Sabah . Dari Sabah awak

mereka membawa keluar hasil hutan, kapur barns, sarang burung, rotan dan sebagainya yang terdapat di negeri

tersebut. Bukti perdagangan di Sarawak melalui penemuan wang-wang logam Cina dari wangsa Hsin dan Han di

kuala Sungai Sarawak . Ekonomi perdagangan ini maju disebabkan kemajuan Brunei kerana Brunei telah menjadi

sebuah pelabuhan yang penting di Asia Tenggara dan ini secara tidak langsung negeri Sabah dan Sarawak

menjadi tumpuan para pedagang tadi.

RUMUSAN

Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sabah sebelum penjajahan kuasa barat, pada kurun ke

19 jelas menunjukkan negeri tersebut mengamalkan sistem masyarakat yang dibawa dari negara asal mereka.

Ada juga disebabkan oleh penjajahan Brunei contohnya ekonomi perdagangan dan juga agama Islam. Sistem

masyarakat ini ada yang masih diamalkan dan ada yang tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami

oleh masyarakat tersebut.

Jika dahulu masyarakat di Sabah mengamalkan kehidupan pindah randah, sekarang mereka mula tinggal secara

menetap bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih teratur. Dan masyarakat ini tidak lagi

melakukan migrasi ke negara lain seperti yang dipercayai penduduk asal Sabah adalah kaum migrasi, kononnya

dari tanah besar Asia dan Kepulauan Melayu.

Dari segi ekonomi, pada mulanya Sabah mengamalkan perdagangan sistem barter dan pertanian berbentuk sara

diri. Setelah beberapa kurun telah berlalu, maka berlaku perubahan ke atas sektor ekonomi terutamanya dengan

adanya campurtangan Brunei serta negera-negara yang berdekatan dengan wilayah Sabah , yakni mula

menjalankan ekonomi perdagangan yang lebih berbentuk komersial dan menguntungkan. Kemajuan ekonomi ini

disebabkan Sabah mempunyai pelabuhan dan dikatakan orang Brunei telah menjadi orang tengah kerana negara

Brunei menjadi tumpuan utama perdagangan pada masa itu.

Kepercayaan dan agama juga mengalami perubahan. Pada mulanya masyarakat mengamalkan agama yang

dibawa oleh mereka dari tempat asal berdasarkan keturunan nenek moyang masing-masing seperti kepercayaan

anamisme. Tetapi pada kurun ke -15 sudah ramai penduduk Sabah telah menganuti agama Islam. Ini mungkin

disebabkan oleh sebaran negeri Brunei dan pedagang-pedagang yang beragama Islam.

Jadi jelaslah di sini sistem masyarakat tradisional di Sabah telah mengalami banyak perubahan. Sehingga

sekarang Sabah telah muncul sebagai sebuah negeri yang maju dalam sektor ekonomi terutama pertanian

sehingga muncul sebagai pengeksport utama lada hitam dan kayu balak. Politik juga telah mantap dan
mempunyai pemerintahan yang tersendiri.

Pustaka.Buyong Adil (Haji). 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Yusof. 1997.

Politik dan Agama di Sabah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Lee Yong Leng. 1982. Sabah,

Satu Kajian Geografi Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah

Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan PublicationHeyward, Nigel 1963. Sarawak, Brunei and North Borneo.

Singapura: Easten Universities Press LTD.Zakiah Hanun. 1989. Asal Usul Negeri di Malaysia. Singapura: Times

Books.

posted by cocolesss at 6:55 PM

You might also like