You are on page 1of 3

Apsek-aspek sesebuah komsas

1. Tema – Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung atau tidak langsung. Dianggap sebagai
gagasan, fikiran atau persoalan utama yang mendasari sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialah
penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan
jiwa.
2. Persoalan – Hal-hal yang dibangkitkan dalam sesuatu cereka untuk memantapkan tema dan mengembangkan
cereka. Contoh persoalan dalam novel Azfa Hanani ialah Berani mengambil risiko. Azfa bernai menyamar sebagai
Tengku Murni walaupun dia tahu risiko yang ditanggungnya.
3. Watak – Pelakon yang menggerakkan sesuatu cereka. Ada watak utama (watak penting yang menggerakkan cerita),
dan sampingan (watak yang membantu watak utama). Contoh watak utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa
Hanani. Watak sampingan ialah Tengku Murni, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz.
4. Perwatakan – Gambaran keseluruhan watak yang ditonjolkan dalam sesuatu cereka. Perwatakan termasuk
pelakuan, perasaan, cara berfikir, cara bercakap dan sebagainya. Contoh perwatakan Azfa Hanani ialah seorang
gadis berusia 17 tahun, taat kepada pak long dan maklongnya, buktinya telah meminta izin lebih dahulu sebelum
bersetuju mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.
5. Plot– Rentetan peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab dan akibat, dijalin dengan melibatkan
konflik atau pertikaian yang akhirnya menemukan peleraian. Contoh dalam novel Azfa Hanani terdapat permulaan
cerita, contohnya dikatakan wajah Azfa Hanani seiras dengan Tengku Murni. Setelah itu, pengembangan cerita,
perumitan cerita, klimaks dan peleraian cerita.
6. Latar – Terbahagi kepada 3, iaitu latar tempat (tempat berlakunya sesuatu peristiwa), latar masa (masa/zaman
peristiwa berlaku) dan latar masyarakat (golongan yang diwujudkan dalam cereka contoh bangsa/etnik,jantina,
kampung/bandar/kota dan sebagainya. Contoh Latar Tempat dalam Novel Azfa Hanani ialah di Makmal Kimia. Di
sinilah Azfa Hanani Bimbang kerana perbuatannya “mencuri” buku disyaki oleh rakan-rakannya.
7. Gaya Bahasa – rentetan kata yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan cara yang lebih indah contoh, pepatah,
kata-kata kalimat, peribahasa, pantun, dialek daerah, bahasa asing, inversi, hiperbola, perulangan/repitisi,
personafikasi, perlambangan/ simbolik, metafora, imej alam dan sinis.

Simile – unsur-unsur yang menggunakan kata perbandingan seperti, macam, umpama, bak dll.
Inversi – pembalikan kata, frasa atau ayat.
Hiperbola – sesuatu perkara dinyatakan secara berlebih-lebihan.

Disediakan oleh cikgu Asrul


Perulangan/repitisi
- Anafora = perulangan di awal ayat/baris
- Responsi = perulangan di tengah ayat/baris
- Epifora = perulangan di akhir ayat/baris
Personifikasi – memberi sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda.
Metafora – unsur perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi menerbitkan makna lain daripada
makna tersurat. Gabungan unsur konkrit dan abstrak.
Imej alam –penggunaan unsur alam.
Sinis – kata-kata yang diungkapkan dengan tujuan menyindir.

8. Unsur Bunyi –
- Asonasi = perulangan huruf-huruf vokal
(A,E,I,O, dan U)
- Aliterasi = Perulangan Huruf-huruf konsonan
(selain daripada huruf vokal)
- Jeda = pemberhentian di tengah baris semasa
dideklasmasikan (biasanya sajak)
- Rima akhir = pengulangan bunyi yang sama
pada akhir baris puisi (Biasanya pantun)

9. Teknik Plot – teknik-teknik tertentu yang digunakan oleh pegarang untuk menyampaikan ceritanya supaya keihatan
lebih menarik. Antara teknik:
a) Dialog – pertuturan antara dua atau lebih watak. Biasanya ada “ ”.
b) Monolog - pengucapan seseorang sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau orang lain.
c) Monolog dalaman – berupa pengucapan dalam hati atau fikiran seseorang.
d) Imbas Kembali – peristiwa yang digambarkan semula melalui mimpi, kenangan atau penceritaan.
e) Imbas Muka – ramalan atau jangkaan oleh watak.
f) Pemerian/pengisahan - penceritaan secara langsung oleh pengarang, misalnya untuk menggambarkan
seseorang atau sesuatu tempat.

Disediakan oleh cikgu Asrul


g) Kejutan – perubahan yang berlaku secara tiba-tiba atau tanpa diduga yang bertujuan untuk menjadikan plot
lebih menarik dan berkesan.
h) Saspens – teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan kegelisahan dan rasa ingin tahu atau
membuatkan watak atau pembaca tertanya-tanya insiden yang bakal berlaku.

10.Nilai – sifat ketinggian dari segi pemikiran agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Terdapat 16 nilai murni yang
wajar diserapkan dalam pengajaran iaitu, baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,
kesyukuran, rasional dan semangat kemasyarakataan.
11.Pengajaran – Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman sebagai inti
fikirannya yang terungkap daripada sesuatu cereka secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa dan watak-
wataknya.
Contoh dalam novel Azfa Hanani
Nilai – Pengorbanan = Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk
menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi penyakit lumpuhnya.
Pengajaran – Kadangkala pengorbanan itu perlu demi membahagiakan orang lain. Azfa Hanani sanggup
menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak
mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa seterusnya menggangu kesihatannya.

Disediakan oleh cikgu Asrul

You might also like