You are on page 1of 3

Pantun Jenaka dan Sindiran Maksud

Apa guna berkain batik, ………………………………………………………………………………


Kalau tidak memakai capal, ………………………………………………………………………………
Apa guna beristeri cantik, ………………………………………………………………………………
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa, ...........................................................................................................................


Naik sigai ke atas atap, ...........................................................................................................................
Ikan kering lagi ketawa, ...........................................................................................................................
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga, ...........................................................................................................................


Suruh diambil mari diurut, ...........................................................................................................................
Duduk termenung harimau tua, ...........................................................................................................................
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,


Hinggap menghisap bunga layu, Keupayaan seseorang yang biasanya dianggap hanya layak berada di bawah
Hati di dalam menaruh bimbang, akan menimbulkan kebimbangan kepada orang atasan.
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,


Kayu tumbang tepi pangkalan, Apabila orang bawahan mendapat kuasa dan berjaya menjatuhkan orang
Hairan sekali hati saya, yang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh, tentulah akan
Burung terbang disambar ikan. menimbulkan kehairanan pada pandangan umum.

Tema – ………………………………………………………………………………………………………………………………….
Persoalan – i) Kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita
ii) Sesuatu yang luar biasa itu akan membawa petanda buruk dan memberi kebimbangan kepada orang yang melihatnya
iii) .......................................................................................................................................................................................
iv)........................................................................................................................................................................................

Asonasi – Pengulangan huruf vokal (A, E,I,O,U)


Aliterasi – Pengulangan huruf konsonan (selain daripada huruf vokal)
Jeda – Pemberhentian di tengah baris semasa membaca.
Bahasa kiasan / perlambangan – Simbol yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara
Pengulangan kata / Repetisi – Pengulangan perkatan dalam rangkap atau baris yang sama.

Unsur Keindahan –
i) Repetisi = ......................................................................................................................................................................
ii) Jeda = Ambil segulung / rotan saga, Suruh diambil / mari diurut, Duduk termenung / harimau tua...
iii) Bahasa kiasan = ..........................................................................................................................................................
iv) Asonasi = .....................................................................................................................................................................
v) Aliterasi = ....................................................................................................................................................................

Nilai – i) Nilai nasihat-menasihati - ...........................................................................................................................................................


ii) Nilai merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada mereka yang lebih
arif.
iii) Nilai keyakinan diri – membuktikan kebolehan diri supaya tanggapan negatif orang lain terhadap keupayaan kita dapat
dihapuskan.

Pengajaran – i) Kaum wanita hendaklah belajar tentang urusan-urusan di dapur.


ii) .........................................................................................................................................................................................
iii) Janganlah memperoleh kuasa melalui saluran yang salah

Soalan Pengukuhan (Kendiri):


(i) Apakah sindiran yang terdapat dalam rangkap pertama dan rangkap ke dua dalam pantun “Pantun Empat Kerat” (3 Markah)
(ii) Kemukakan pandangan anda tentang tiga cara orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka (3 Markah)
(iii) Berikan 3 pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. (3 Markah)
Komsas : Pantun Jenaka dan Sindiran Disediakan oleh Cikgu Hasrul
Pantun Jenaka dan Sindiran Maksud

Apa guna berkain batik, Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna jika dia tahu melakukan kerja-
Kalau tidak memakai capal, kerja dapur.
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Kitab selalunya dibaca oleh orang yang berpengetahuan. Oleh sebab itu,
Naik sigai ke atas atap, jika orang yang dianggap tidak berilmu menunjukkan kemahirannya, pihak
Ikan kering lagi ketawa, lain pasti akan ketawa kerana tidak percaya.
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga, Orang yang pernah berkuasa tidak akan berbuat apa-apa kepada rakyat
Suruh diambil mari diurut, biasa apabila kuasanya telah hilang,
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,


Hinggap menghisap bunga layu, Keupayaan seseorang yang biasanya dianggap hanya layak berada di bawah
Hati di dalam menaruh bimbang, akan menimbulkan kebimbangan kepada orang atasan.
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,


Kayu tumbang tepi pangkalan, Apabila orang bawahan mendapat kuasa dan berjaya menjatuhkan orang
Hairan sekali hati saya, yang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh, tentulah akan
Burung terbang disambar ikan. menimbulkan kehairanan pada pandangan umum.

Tema – menyampaikan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita.


Persoalan – i) Kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita
ii) Sesuatu yang luar biasa itu akan membawa petanda buruk dan memberi kebimbangan kepada orang yang melihatnya
iii) kekuasaan yang tidak akan kekal kuasanya
iv) keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah, tetapi mampu melakukan perkara yang mengagumkan.

Asonasi – Pengulangan huruf vokal (A, E,I,O,U)


Aliterasi – Pengulangan huruf konsonan (selain daripada huruf vokal)
Jeda – Pemberhentian di tengah baris semasa membaca.
Bahasa kiasan / perlambangan – Simbol yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara
Pengulangan kata / Repetisi – Pengulangan perkatan dalam rangkap atau baris yang sama.

Unsur Keindahan –
i) Repetisi = Apa guna berkain batik, kalau tidak memakai capal, apalah guna beristeri cantik, kalau tak pandai...
ii) Jeda = Ambil segulung / rotan saga, Suruh diambil / mari diurut, Duduk termenung / harimau tua...
iii) Bahasa kiasan = Apalah guna beristeri cantik, kalau tak pandai menumbuk sambal – menumbuk sambal
menggambarkan wanita itu tidak sempurna.
iv) Asonasi = Hairan sekali hati saya. (a)
v) Aliterasi = Ikan kering lagi ketawa (k)

Nilai – i) Nilai nasihat-menasihati – golongan wanita mestilah mahir dalam urusan masak memasak.
ii) Nilai merendah diri. Sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada mereka yang lebih
arif.
iii) Nilai keyakinan diri – membuktikan kebolehan diri supaya tanggapan negatif orang lain terhadap keupayaan kita dapat
dihapuskan.

Pengajaran – i) Kaum wanita hendaklah belajar tentang urusan-urusan di dapur.


ii) Seseorang itu perlulah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
iii) Janganlah memperoleh kuasa melalui saluran yang salah

Komsas : Pantun Jenaka dan Sindiran Disediakan oleh Cikgu Hasrul


Soalan Pengukuhan (Kendiri):
(i) Apakah sindiran yang terdapat dalam rangkap pertama dan rangkap ke dua dalam pantun “Pantun Empat Kerat” (3 Markah)
(ii) Kemukakan pandangan anda tentang tiga cara orang bawahan dapat membuktikan kemampuan mereka (3 Markah)
(iii) Berikan 3 pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. (3 Markah)

Jawapan:
(i) – Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
- Orang yang tidak berilmu tetapi menunjukkan kepandaiannya akan diketawakan oleh orang lain.

(ii) - mahu mendengar nasihat dan tunjuk ajar daripada orang atasan.
- mengambil inisiatif untuk memajukan diri/mempelajari bidang-bidang di luar tugasan.
- Berdisiplin dalam menjalankan tugas.

(iii) - Para isteri hendaklah bijak mengurus rumah tangga


- Seseorang itu perlu rajin belajar supaya dia dapat membaca.
- Setiap orang hendaklah gigir berusaha untuk berjaya.

Komsas : Pantun Jenaka dan Sindiran Disediakan oleh Cikgu Hasrul

You might also like