P. 1
Akhlak Rasulullah s.a.w. Dalam Kekeluargaan

Akhlak Rasulullah s.a.w. Dalam Kekeluargaan

|Views: 372|Likes:
Published by darulkautsar
Akhlak merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, keperibadian, gaya hidup individu atau kumpulan tertentu. Akhlak diperolehi sama dengan tabiat atau fitrah asal atau dicapaikan dengan latihan individu itu sendiri. Rasulullah s.a.w. disifatkan oleh al-Qur`an sebagai berada di atas akhlak yang agung. Ini kerana baginda telah dididik sendiri oleh Allah s.w.t. dan al-Qur`an itu cerminan kepada akhlak Rasulullah s.a.w.
Akhlak merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, keperibadian, gaya hidup individu atau kumpulan tertentu. Akhlak diperolehi sama dengan tabiat atau fitrah asal atau dicapaikan dengan latihan individu itu sendiri. Rasulullah s.a.w. disifatkan oleh al-Qur`an sebagai berada di atas akhlak yang agung. Ini kerana baginda telah dididik sendiri oleh Allah s.w.t. dan al-Qur`an itu cerminan kepada akhlak Rasulullah s.a.w.

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: darulkautsar on Mar 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/13/2011

pdf

text

original

AKHLAK RASULULLAH S.A.W.

DALAM KEKELUARGAAN: Satu Tinjauan Ringkas
Oleh: Ust. Muhammad Hanief Awang Yahaya

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Pendahuluan Akhlak merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, keperibadian, gaya hidup individu atau kumpulan tertentu. Akhlak diperolehi sama dengan tabiat atau fitrah asal atau dicapaikan dengan latihan individu itu sendiri. Rasulullah s.a.w. disifatkan oleh al-Qur`an sebagai berada di atas akhlak yang agung. Ini kerana baginda telah dididik sendiri oleh Allah s.w.t. dan al-Qur`an itu cerminan kepada akhlak Rasulullah s.a.w.

ُ َ َ َ ِ ٍ ‫وَإ ِن ّك لعَلى خلق عَظيم‬ ٍ ُ
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (alQalam:4)

ُ ْ ِ ً ُ َ َ ّ ّ ْ ‫هُوَ ال ّذي ب َعَث في ال ُميين رسول من ْهُم ي َت ْلو عَل َي ْهِم آ َيات ِهِ وَي ُزكيهِم وَي ُعَل ّمهُم‬ ِ َ ِ َ ْ ُ ُ ْ ّ َ َ ‫ال ْك ِتاب وال ْحك ْمة وَإ ِن كانوا من قَب ْل ل َفي ضلل مبين‬ َ َ ِ َ َ َ ِ ُ ُ َ ْ ْ ِ ٍ ِ ُ ٍ َ
Dia-lah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syara’). dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu’ah: 2)

1

Allah s.w.t. menjadikan tugas Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tazkiah kepada ummatnya dan ia tidak akan tercapai dengan perintah semata-mata bahkan baginda diperintahkan untuk mengamalkan dan melaksanakan ajaran-ajaran wahyu dalam kehidupan supaya baginda menjadi contoh yang sempurna bagi seruan baginda kepada ummatnya. Sesuatu ajaran itu dikatakan sebagai terlalu ideal jika tidak ada sesiapapun yang dapat mempraktikkannya. Tetapi dengan adanya Rasulullah s.a.w. di kalangan umat dan segala berita dan riwayat tentang segala aspek kehidupan baginda telah dirakamkan dalam hadis-hadis, maka umat Islam mendapati satu contoh yang tidak hanya ideal tetapi realistik untuk diikuti. Atas sebab inilah Rasul-rasul Allah itu didatangkan sebagai manusia dan mereka itu mempunyai zuriat keturunan.

‫وَل َقد ْ أ َرسل ْنا رسل من قَب ْل ِك وَجعَل ْنا ل َهُم أ َزواجا وَذ ُري ّة‬ َ ً ّ َ َ َ ً َ ْ ْ ْ ِ ً ُ ُ َ َ ْ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. (al-Ra’d: 38)

‫ل َقد ْ كان ل َك ُم في رسول الل ّهِ أ ُسوَةٌ حسن َة ل ِمن كان ي َرجو الل ّه وال ْي َوْم ال َخر‬ ِ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ٌ َ َ َ َ َ ْ َ ِ ْ َ َ َ ِ ُ َ ‫وَذ َك َر الل ّه ك َثيرا‬ ً ِ َ َ
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21) Akhlak Rasulullah s.a.w. secara umum meliputi semua aspek kehidupan, masa dan tempat. Manakala akhlak Rasulullah s.a.w. dalam kekeluargaan merangkumi perkahwinan, persemendaan, kaum kerabat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti anak angkat dan keluarga susuan.

Kepentingan Mengetahui dan menghayati Akhlak Rasulullah S.A.W. Dalam Kekeluargaan?

2

Akhlak merupakan buah atau hasil daripada keimanan kepada Allah s.w.t. Keimanan sempurna kepada Allah dan Hari Akhirat terpancar dalam kehidupan berakhlak terutamanya dengan orang yang paling hampir dengan diri sendiri.

ّ َ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ ‫عَن أ َبي هُري ْرةَ قال قال رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم أ َك ْمل ال ْمؤْمنين‬ َ َ ُ ِ ْ َ ِ ِ ُ ‫إيمانا أ َحسن ُهُم خل ُقا وَخيارك ُم خيارك ُم ل ِن ِسائ ِهِم خل ُقا‬ ً ُ ْ ً ُ ْ َ ْ ً َ ِ َ ْ ُ َ ِ ْ ُ َ ِ
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mu`min yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik ahklaknya. Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling akhlaknya kepada isterinya.” (al-Tirmizi) Oleh kerana isterilah peribadi yang paling hampir dengan seseorang dan paling banyak bergaul dengannya, maka Rasulullah s.a.w. telah meletakkan satu standard bagi mu’min yang mempunyai akhlak mulia, iaitu hubungan baik dengan keluarga. Kesempurnaan akhlak diukur dengan melihat sejauh mana suami itu berakhlak dengan isterinya. Seseorang mungkin boleh berpura-pura di hadapan orang ramai tetapi dia tidak akan dapat menyembunyikan perangai buruknya di hadapan isteri. Tujuan untuk mempelajari ilmu akhlak terutamanya akhlak kekeluargaan ialah untuk mengetahui kebaikan lalu melaksanakannya dan keburukan lalu dijauhi dan matlamat akhir sekali ialah untuk mencapai kebahagiaan. Kebahagian merupakan matlamat yang terpenting dicari oleh manusia. Pentafsiran kebahagiaan berbezabeza mengikut kepelbagaian akidah dan pandangan alam yang dianuti seseorang. Sebagai seorang muslim pandangan alamnya itu pasti terarah kepada kebahagiaan yang sempurna merangkumi dunia dan akhirat. Ini berma’na, tujuan mengkaji sirah dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah dalam kekeluargaan ialah untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga.

Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam mengemukakan contoh kepada ummat melalui kehidupan berkeluarga yang dibentuknya, bermula dengan perkahwinannya dengan Khadijah sehingga baginda wafat. Keluarga yang dibentuk oleh baginda merupakan tapak tanaman bagi menumbuhkan nilai-nilai mulia. Kekeluargaan Islam dibina di atas paksi yang teguh dan kemas. Sesebuah masyarakat akan kuat apabila setiap keluarga yang berada di dalamnya itu berdiri di

3

atas prinsip-prinsip akhlak yang mulia di samping mempunyai pertalian yang erat antara satu sama lain. Sesetengah pihak seperti orientalis dan orang-orang Islam yang terpengaruh dengan mereka memahami dan mentafsirkan kehidupan keluarga Rasulullah berdasarkan kepada pengalaman mereka yang penuh tragedi. Pada Zaman Kegelapan, wanita Barat telah melalui ranjau yang berduri akibat daripada dominasi kaum lelaki yang keterlaluan. Adalah satu kesalahan besar dan kejahilan yang jelek jika poligami yang dipraktikkan oleh baginda difahami sebagai memenuhi tuntutan syahwah haiwaniyyah sematamata. Sedangkan pada hakikatnya, ada matlamat yang lebih besar dan utama yang hanya difahami oleh mereka yang memahami nas-nas al-Qur`an dan hadis serta realiti konteks da’wah baginda. Secara umumnya, kehidupan kekeluargaan Rasulullah s.a.w. dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat: 1. Zaman bujang sehinggalah baginda berkahwin dengan Khadijah.

2. Hidup dengan seorang isteri, Khadijah, antara umur 25 tahun hingga 53
tahun.

3. Berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri, antara umur 55 tahun
hingga 60 tahun.

4. Mengekalkan bilangan isteri yang ada iaitu ketika berumur 60 tahun sehingga
menemui Allah s.w.t. Poligami di zaman baginda merupakan sesuatu yang biasa diamalkan. Sekiranya baginda berkahwin semata-mata untuk memenuhi nafsu tentu di zaman muda lagi baginda berpoligami. Sebaliknya baginda hanya berpoligami setelah menjangkau usia 55, iaitu tidak lebih daripada sepuluh tahun daripada baki hayatnya. Peranan baginda ialah menentukan sifat poligami yang adil dan mendatangkan kemaslahatan kepada semua pihak. Ini dapat dilihat kepada tujuan perkahwinan baginda dengan setiap isterinya. Hikmat Rasulullah S.A.W. Beristeri Ramai

4

Satu-satunya gadis yang dinikahi Rasulullah s.a.w. ialah ‘A`ishah. Perkahwinan baginda dengan ‘A`ishah bukan semata-mata keputusan baginda sendiri tetapi perintah daripada Allah s.w.t.

َ ُ ّ ّ َ ّ ُ ُ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ‫َ ّ َ ُِ ِ ن‬ َ ْ ِ ‫عَن عائ ِشة قالت قال رسول اللهِ صلى الله عَلي ْهِ وَسلم أريت ُك فِ ني المننَنام‬ َ َ ْ ُ ُ َ ‫مرت َي ْن إ ِذا رجل ي َحمل ُك في سرقَةِ حريرٍ فَي َقول هَذِهِ امرأ َت ُك فَأ َك ْش نفها فَ نإ ِذا‬ ِ ِ ِ ْ ٌ ُ َ َ ِ ّ َ َ ُ ِ َ َ ِ َ َ َ ِ ْ ِ َ ْ ِ‫هِي أن ْت فَأقول إ ِن ي َك ُن هَذا من عن ْدِ الل ّهِ ي ُمضه‬ ِ ْ ِ ْ ُ ُ َ
Daripada ‘A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya telah bermimpi melihat kamu sebanyak dua kali, seorang lelaki membawa kamu dalam pakaian sutera lalu dia berkata, ini adalah isteri kamu, oleh itu singkapkan lah. (Apabila aku menyingkap) Rupa-rupanya kamu. Lalu saya pun berkata, jika ianya daripada Allah pasti Dia akan merealisasikannya.” (al-Bukhari, Muslim) Faedah daripada perkahwinan ini dapat dilihat pada tugas dan tanggungjawabnya menerima ilmu secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Beliau memainkan peranan penting dalam penyebaran hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan mengajar kaum wanita. Malah beliau merupakan rujukan utama dalam fatwa di kalangan sahabat. Hal ini tentu sekali bersesuaian dengan beliau yang masih lagi anak muda ketika berkahwin dengan baginda dan tidak mempunyai anak. Sementara Hafsah pula amat berperanan dalam penjagaan al-Qur`an. Oleh kerana itu, ketika penyalinan semula mushaf, Sayyidina ‘Uthman meminjam mushaf yang dimiliki Hafsah sebagai pegangan dalam melaksanakan tugas yang berat itu. Perkahwinan dengan Ummu Habibah mempunyai implikasi yang besar dalam da’wah Rasulullah kepada bapanya, Abu Sufyan, seorang pemimpin Quraisy yang terkemuka. Beliau memimpin dan mengangkat panji peperangan menentang Rasulullah di peperangan Uhud dan Ahzab. Tetapi setelah perkahwinan baginda dengan anaknya, beliau tidak lagi memimpin kaumnya memerangi Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak lama selepas itu, beliau pula berada di bawah panji Islam. (Sulaiman al-Mansufuri, Rahmatan Li al-‘Alamin, hal. 386) Lihat pula perkahwinan baginda dengan Juwairiyyah binti al-Harith. Bapanya seorang pemimpin Bani Mustaliq dan mempunyai permusuhan yang kuat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau dan kaumnya telah melakukan pakatan dengan Musyrikin

5

Mekah dalam peprangan Ahzab. Juwairiyyah merupakan salah seorang tawanan yang ditahan sebagai hamba kemudian dimerdekakan sehingga menjadi isteri baginda. Dengan perkahwinan yang diberkati ini, sahabat telah memerdekakan kaum keluarga Juwairiyyah lain yang juga menjadi tahanan kerana tidak mahu melihat sanak saudara isteri Rasulullah s.a.w. menjadi hamba sahaya. Menurut satu riwayat, seratus orang ahli keluarga Juwairiyyah telah dimerdekakan selepas itu. (lihat Dr. Munir Ghadhaban, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah, hal. 669) Ulama menyimpulkan bahawa tujuan perkahwinan baginda itu mempunyai hikmat yang besar yang merangkumi sudut-sudut keilmuan, kemasyarakatan dan da’wah bukan kerana mahu berfoya-foya dengan wanita-wanita. Oleh kerana itulah, kebanyakan isteri baginda adalah anak-anak pemimpin dan anak-anak orang yang berpengaruh. Calon Isteri Dan Menantu Bagi menjamin keutuhan rumah tangga, kesejahteraan masyarakat dan

kelangsungan perjuangan, pemilihan isteri atau menantu merupakan faktor yang amat penting. Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam pembentukan keluarga dapat dilihat dengan jelas ketika baginda berkahwin dan juga mencari suami untuk anak-anaknya.

ّ َ ّ َ ‫َ َ ن‬ ‫عَن أ َبي هُري ْرةَ رضي الل ّه عَن ْه عَن الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَس نل ّم قَ نال ت ُن ْك َنح‬ ُ ُ ُ ُ ِ ْ ْ َ ِ َ َ َ ‫ال ْمرأ َةُ ل َرب َع ل ِمال ِها وَل ِحسنب ِها وَجمال ِهَنا وَل ِندين ِها فَناظ ْفر ب ِنذات الندين ت َرِب َنت‬ ‫ِ َ ن‬ ‫َ َ ن‬ ِ َ ْ َ َ َ َ َ ٍ ْ ِ ْ َ ْ َ ِ ّ َ َ ‫ي َداك‬
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agama. Maka pilih yang beragama pasti kamu memperolehi keuntungan yang besar.” (al-Bukhari, Muslim)

Abu Al-‘Ash Bin Al-Rabi’ Menantu Pertama Rasulullah S.A.W. Beliau merupakan isteri kepada Zainab binti Rasulullah s.a.w. Ibu beliau Halah binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah. Oleh kerana terkenal dengan sifat amanah, jujur dan pemurah, beliau juga digelar dengan al-amin seperti mana gelaran yang

6

diberikan kepada mertuanya. Baginda memujinya kerana kesetiannya kepada isterinya walaupun terpisah daripada Zainab, beliau tidak pernah berkahwin dengan mana-mana wanita. Apabila beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w. mengembalikan Zainab kepadanya dengan perkahwinan yang terdahulu. Diriwayatkan daripada Miswar bin Makhramah katanya,

َ ّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ِ ُ ِ َ ُ ‫فَقام رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم فَسمعْت ُه حين ت َشهّد َ ي َقول أما ب َعْد‬ ّ ُ ُ َ َ ُ ‫أ َن ْك َحت أ َبا ال ْعاص ب ْن الربيع فَحد ّث َني وَصد َقَني‬ ِ َ ِ َ َ ُ ْ ِ ِ ّ َ ِ َ
Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri dan saya mendengar baginda bersabda setelah membaca syahadah: Amma ba’d, saya telah mengahwinkan Abu al-‘Ash bin alRabi’, beliau telah berjanji dengan saya dan menunaikan janjinya. (al-Bukhari, Muslim) Bagaimana Rasulullah Meminang Untuk Orang Kesayangannya, Usamah Bin Zaid? Allah s.w.t. berfirman berhubungan tentang peminangan perempuan masih dalam idah:

‫وَل جناح عَل َي ْك ُم فيما عَرضت ُم ب ِهِ من خط ْب َةِ الن ّس ناء أ َوْ أ َك ْن َن ْت ُنم فِ ني أ َن ْفس نك ُم‬ ‫ْ ن‬ ِ ‫َن‬ ِ ْ ِ ِ ُ َ َ ُ َ ْ ْ ْ ّ َ ِ ْ ً ‫عَل ِم الل ّنه أ َن ّك ُنم س نت َذ ْك ُرون َهُن وَل َك ِنن ل ت ُواع ندوهُن سنرا إ ِل أ َن ت َقول ُنوا قَنوْل‬ ‫ّ ِ ّ ّ ْ ُ ن‬ ُ ِ َ َ ْ َ ْ ُ َ ّ ُ

َ ً ُ َ ‫معْروفا وَل ت َعْزِموا عُقد َةَ الن ّكاح حتنّنى ي َب ْل ُنغَ ال ْك ِتنَناب أ َجل َنه واعْل َم نوا أ َن الل ّنه‬ ‫ُن‬ ْ ّ َ ِ َ َ ُ َ ُ َ ُ ‫ي َعْل َم ما في أ َن ْفسك ُم فاحذ َروهُ واعْل َموا أ َن الل ّه غَفور حليم‬ ِ َ ُ ّ ٌ ِ َ ٌ ُ َ ُ َ ُ ْ َ ْ ِ ُ
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguhsungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu,

7

maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 235) Perintah yang terkandung dalam ayat ini dapat dilihat perlaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w., apabila baginda sendiri secara kiasan melamar isteri untuk anak kepada anak angkat baginda, iaitu Usamah bin Zaid bin Harithah. Ketika Fatimah binti Qais diceraikan tiga talak oleh suaminya, Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan peminangannya untuk Usamah secara sindiran. Imam Muslim meriwayatkan bahawa:

َ ْ َ َ ْ ‫وَأ َرسل إ ِل َي ْها أ َن ل ت َسب ِقيني ب ِن َفسك‬ ِ ِ ْ ِ ِ ْ َ
Rasulullah s.a.w. telah menghantar seseorang kepadanya untuk menyampaikan pesanannya dengan sabdanya, janganlah kamu mendahuluiku dalam keputusanmu.

ُ ّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ِ ْ َ َ ّ ِ‫فَل َما مضت عد ّت ُها أن ْك َحها رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم أسامة ب ْن زي ْد‬ َ َ َ َ َ َ َ ُ ‫ب ْن حارِث َة‬ َ َ ِ
Setelah habis iddahnya Rasulullah s.a.w. mengahwinkannya dengan Usamah bin Zaid bin Harithah. (Muslim)

Rasulullah Melamar Hafsah

‫سال ِم ب ْن عَب ْدِ الل ّهِ أ َن ّه سمعَ عَب ْد َ الل ّهِ ب ْن عُمر رضني الل ّنه عَن ْهُمنا ي ُحند ّث أ َن‬ ‫َن‬ ِ َ ُ ّ ُ َ ُ َ ِ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ‫َ ْ َ ْ َ ُ ن‬ ‫عُمر ب ْن ال ْخطاب حين ت َأ َي ّمت حفص نة قَنال عُم نر ل َقي نت أ َبنَنا ب َك ْنرٍ فَقل ْنت إ ِن‬ ْ ُ ُ ُ ِ ُ َ َ ِ ِ ّ َ َ َ َ ّ َ ُ ‫ن َ ُن‬ ‫شئ ْت أ َن ْك َحت ُك حفصة ب ِن ْت عُمر فَل َب ِث ْت ل َيال ِي ث ُم خط َب َهَ نا رس نول الل ّنهِ ص نلى‬ َ ّ َ َ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ِ َ َ ‫الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم فَل َقي َني أ َبو ب َك ْرٍ فَقال إ ِن ّه ل َنم ي َمن َعْننِني أ َن أ َرج نعَ إ ِل َي ْنك فيمنا‬ ‫َ ِ َن‬ ِ ِ ُ ِ ْ ْ ْ ْ ُ َ َ َ َ ُ ّ َ َ ُ َ ّ ُ ْ ‫عَرضت إ ِل أ َني قَد ْ عَل ِمت أ َن رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسنل ّم قَند ْ ذ َك َرهَنا‬ ‫َ ن‬ ّ ّ َ ْ َ َ َ ُ ّ َ ‫فَل َم أ َك ُن ل ُفْشي سر رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم وَل َوْ ت َرك َها ل َقب ِل ْت ُها‬ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ِ ُ َ ّ ِ َ ِ ِ ْ
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa ketika Hafsah menjadi janda, ‘Umar bin alKhattab berkata: “Saya bertemu dengan Abu Bakar dan saya berkata kepadanya,

8

jika kamu mahu saya kahwinkan kamu dengan Hafsah. Kemudian saya tunggu beberapa hari kemudian Rasulullah s.a.w. meminangnya. Selepas itu Abu Bakar menemui saya lantas berkata: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangku daripada memberi jawapan kepada tawaran kamu kepadaku melainkan saya telahpun mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan tentang Hafsah dan saya sekali-kali tidak akan membuka rahsia Rasulullah s.a.w. Kalau baginda tidak meminangnya pasti saya akan menerimanya. (al-Bukhari) Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hasratnya untuk melamar Hafsah kepada Abu Bakar yang merupakan mertuanya.

Mahar Rasulullah S.A.W. Kepada Isteri-Isterinya Mahar merupakan pemberian wajib kepada isteri sebagai tanda komitmen suami untuk hidup dengan isterinya. Rasulullah s.a.w. memberi contoh bagaimana mahar sepatutnya diberikan kepada isteri. Tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu rendah.

ّ َ ّ ‫عَن أ َبي سل َمة ب ْن عَب ْدِ الرحمن أ َن ّه قال سأ َل ْت عائ ِشة زوْج الن ّب ِي صلى الل ّه‬ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ُ ِ ْ ِ َ ْ ّ ِ َ َ َ ّ َ ‫عَل َي ْهِ وَسل ّم ك َم كان صداقُ رسول الل ّهِ صلى الل ّنه عَل َي ْنهِ وَسنل ّم قَنال َت كنَنان‬ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ‫َ َ ن‬ ُ ِ ُ َ ُ َ ُ َ ‫ّ ن‬ ‫صداقُه ل َزواجهِ ث ِن ْت َي عَشرةَ أوقِي ّة وَن َشا قال َت أ َت َد ْري ما الن ّش قَنال قُل ْنت ل‬ ً َ ْ َ ّ ِ َ ْ ِ ُ َ َ َ ْ ْ ِ ُ ُ ّ َ ‫قال َت ن ِصف أوقِي ّةٍ فَت ِل ْك خمس مائ َةِ دِرهَم ٍ فَهَذا ص نداقُ رس نول الل ّنهِ ص نلى‬ ِ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ َ ْ ِ ‫َ ُن‬ ْ ‫الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ل َزواجه‬ ِ ِ َ ْ ِ َ َ ُ
Dari Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa katanya saya bertanya ‘A`ishah, isteri Rasulullah: “Berapakah mahar yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.?” ‘A`ishah menjawab: “Mahar yang diberikan kepada isteri-isterinya adalah 12 uqiyah dan satu nasy.” ‘A`ishah bertanya: “Tahukah kamu apakah nasy.” Saya berkata: “Tidak.” Beliau berkata: “Separuh uqiyah. Itulah 500 dirham. Inilah mahar yang diberikan baginda kepada isteri-isterinya.” (Muslim)

Begitu juga dengan mahar yang diberikan kepada anak baginda.

9

ّ َ ّ ُ َ ّ ‫عَن اب ْن عَباس قال ل َما ت َزوّج عَل ِي فاط ِمة قال لنه رسنول اللنهِ صنلى اللنه‬ َ َ ّ َ َ ٍ ّ ِ ُ َ ُ َ َ َ َ َ ُ ّ ْ َ‫عَل َيه وسل ّم أ َعْطها شيئا قال ما عندي شيء قال أي‬ َ ْ َ ‫َ ْ ٌ َ َ ْن دِرعُك ال ْحط َمي ّة‬ ُ ِ ُ ِ ْ ِ َ َ َ ًْ َ َِ َ َ َ ِ ْ
Daripada Ibn ‘Abbas katanya ketika ‘Ali mengahwini Fatimah, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Berikanlah kepada Fatimah sesuatu.” ‘Ali menjawab: “Tidak ada apa-apa pada saya untuk diberikan. Baginda bersabda: “Di manakah baju besi kamu al-Hutamiyyah? (Abu Daud, al-Nasa`i)

Rasulullah s.a.w. tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan mahar yang tinggi. Malah untuk anaknya sendiri baginda memberikan peluang kepada ‘Ali untuk memberikan mahar mengikut kemampuannya. Malah Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya berlapang dada dalam soal mahar dan memberi jaminan bahawa keberkatan perkahwinan itu bergantung kepada kemudahan yang diberikan kepada suami untuk menyerahkan mahar mengikut apa yang mudah kepadanya.

ّ َ َ ُ َ ّ َ َ َ ْ ‫عَن عائ ِشة أ َن رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم قال إ ِن من ي ُمن ال ْمرأ َة‬ ِ ْ َ ُ ِ ْ ْ ِ ّ َ َ َ َ ‫ت َي ْسير خط ْب َت ِها وَت َي ْسير صداقِها وَت َي ْسير رحمها‬ ِ َ ِ َ ِ ِ َ َ ِ َ َ َ َ ِ َ
Daripada ‘A`ishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara keberkatan perempuan ialah mudah peminangannya, mudah maharnya dan mudah rahimnya.” (Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi)

Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam memberikan mahar dengan kadar yang mudah kemudiannya ditekankan ‘Umar bin al-Khattab di zaman pemerintahannya.

ُ ‫ُ َن َ َ َ ن‬ ‫عَن أ َبي ال ْعَجفاء السل َمي قال خط َب َننَنا عُم نر رحم نه الل ّنه فَق نال أ َل ل ت ُغَ نالوا‬ ِ َ ْ َ َ َ ّ ِ ّ ُ َ ِ َ ُ َ ِ ْ ‫ب ِصد ُق الن ّساء فَإ ِن ّها ل َوْ كنَنان َت مك ْرمنة فِني الند ّن ْيا أ َوْ ت َقنوى عن ْند َ الل ّنهِ ل َكنَنان‬ ‫ْ َ ُ َ ً ن‬ ِ َ ِ َ َ َ َ ْ ِ ُ ّ َ ّ َ ّ ُ ‫َ ُن‬ ‫أ َوْلك ُم ب ِها الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم م نا أ َص ند َقَ رس نول الل ّنهِ ص نلى الل ّنه‬ ‫َ َ َن‬ ُ ُ ْ َ ْ َ َ ‫عَل َي ْهِ وَسل ّم امرأ َةً من ن ِسائ ِهِ وَل أ ُصندِقَت امنرأ َةٌ منن ب َننات ِهِ أ َك ْثنر منن ث ِن ْتني‬ َ ْ ِ َ ْ ِ ْ ْ َ ْ ِ َ َ َ ْ ْ َ ْ َ َ ُ ‫عَشرةَ أوقِي ّة‬ ً َ ْ

10

Daripada Abi al-‘Ajfa` katanya, ‘Umar bin al-Khattab telah berkhutbah di hadapan kami, beliau berkata: “Janganlah kamu meletakkan mahar yang tinggi. Sesungguhnya jika itu satu kemulian di dunia atau ketaqwaan kepada Allah tentu Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu meletakan mas kahwin yang mahal. Baginda tidak memberi mahar kepada seorang pun daripada isterinya lebih daripada 12 uqiah.” (alNasa`i, Abu Daud)

Doa Untuk Pengantin Rasulullah s.a.w. juga berdoa untuk pengantin supaya mereka perolehi keberkatan dan kebahagian.

َ َ َ ّ َ ّ ‫ن‬ ِ‫عَن أن َس رضي الل ّه عَن ْه أن الن ّب ِي ص نلى الل ّنه عَل َي ْنهِ وَس نل ّم رأى عَل َنى عَب ْند‬ ّ ُ ُ ُ َ َ َ َ ِ َ ٍ ْ َ ‫الرحمن ب ْن عَوْف أ َث َر صفرةٍ قال ما هَذا قال إ ِني ت َزوّجت امنرأ َةً عَلنى وَزن‬ ّ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ ٍ ِ ْ َ ْ ُ ْ َ ِ ِ َ ْ ّ َ َ َ َ َ َ َ ٍ َ ٍ‫ن َواةٍ من ذ َهَب قال بارك الل ّه ل َك أوْل ِم وَل َوْ ب ِشاة‬ ْ ُ ْ ِ َ
Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat pada ‘Abdul Rahman kesan kekuningan. Baginda bersabda, apakah ini? ‘Abdul Rahman menjawab: Saya telahpun berkahwin dengan seorang perempuan dengan mahar seberat nuwah emas. Rasulullah s.a.w. bersabda: Semoga Allah memberkati kamu. Buatlah walimah walaupun dengan seekor kambing. (al-Bukhari, Muslim)

ّ َ ّ َ َ َ ْ ‫عَن أ َبي هُري ْرةَ أ َن الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم كان إ ِذا رفّأ َ ال ِن ْسان إ ِذا‬ ّ ُ ِ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ ‫ت َزوّج قال بارك الل ّه ل َك وَبارك عَل َي ْك وَجمعَ ب َي ْن َك ُما في خي ْر‬ ِ َ َ َ َ ٍ َ
Daripada Abu Hurairah bahawa apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan taniah kepada seseorang yang berkahwin baginda mendoakan: “Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kamu dan keberkatan yang melimpah ke atas kamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Abu Daud, Ibn Majah)

Perhubungan Yang Baik Dan Mesra

11

ً َ َ ْ ‫فَعَسى أ َن ت َك ْرهوا شي ْئا وَي َجعَل الل ّه‬ ُ َ ْ َ ُ ‫ك َثيرا‬ ً ِ

‫وَعاشروهُن بال ْمعْروف فَإ ِن ك َرِهْت ُموهُن‬ ْ ِ ُ َ ِ ّ ُ ّ ُ ِ َ ‫فيهِ خي ْرا‬ ِ ً َ

Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (al-Nisa`: 19)

ّ َ ‫صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ل ي َفرك مؤْمن‬ ُ ٌ ِ ُ ْ َ ْ َ َ َ ‫خل ُقا رضي من ْها آخر‬ َ َ َ ِ َ ِ َ ً ُ

َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ ِ‫عَن أبي هُري ْرةَ قال قال رسول الل ّه‬ ِ ْ ‫مؤْمن َة إ ِن ك َرِهَ من ْها‬ ْ ً ِ ُ َ ِ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seorang mu`min itu membenci perempuan mu`min (isterinya). Jika dia membenci sesuatu perilaku padanya maka dia akan redha dengan perilaku yang lain padanya.” (Muslim) Hadis ini melarang kita membenci isteri secara mutlak. Sebaliknya sebagai suami, kita hendaklah sentiasa mengingati kebaikan isteri agar kita memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan padanya. Selain itu, Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada ummatnya bahawa ibadat kepada Allah s.w.t. tidaklah menghalang seseorang daripada bermesraan dengan isteri.

ّ َ َ َ ُ َ ّ َ َ َ ْ ‫عَن عُروَةَ ب ْن الزب َي ْرِ عَن عائ ِشة أ َن رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسنل ّم قَب ّنل‬ ّ ِ َ َ ُ ْ ْ ْ ‫بعض نسائه ث ُم خرج إلى الصلة ول َم يتوضأ‬ ّ َ َِ َ َ َ ّ ِ ِ َ ِ َ ْ َ ‫ّ َ ِ َ ْ َ َ َ ّ قُل ْت ما هِي إ ِل أ َن ْت فَضحك َت‬ ِ ْ ِ َ َ ُ
Daripada ‘Urwah daripada ‘A`isyah bahawa Rasulullah s.a.w. mencium salah seorang isterinya kemudian baginda keluar untuk menunaikan sembahyang tanpa mengambil wudu`. Saya berkata: “Siapa lagi dia kalau bukan mak cik?” Kata ‘Urwah: “ ‘A`isyah pun ketawa.” (Ibn Majah)

ّ َ ُ َ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ‫أ َن ّه سأ َل رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْنهِ وَس نل ّم أ َي ُقب ّنل‬ ُ ّ َ ْ َ َ َ ‫الل ّهِ صنلى الل ّنه عَل َينهِ وَسنل ّم سنل هَنذِهِ ل ُم سنل َمة‬ َ َ َ ّ ِ ْ ُ ّ َ َ ‫صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ي َصن َعُ ذ َل ِك‬ َ َ ُ ْ

‫عَن عُمر ب ْن أ َبي سل َمة‬ َ َ َ ِ ِ َ َ ْ ُ ُ َ ُ َ َ ُ ّ ‫الصائ ِم فَقال ل َه رسول‬ َ ُ َ ّ َ ُ َ ْ َ ِ‫فَأخب َرت ْه أن رسول الل ّه‬

12

Daripada ‘Umar bin Abi Salamah bahawa dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w.: “Adakah seseorang yang berpuasa itu boleh berkucupan. Baginda bersabda kepadanya: “Tanyalah perkara ini kepada Ummu Salamah.” Maka Ummu Salamah menceritakan bahawa Rasulullah melakukan demikian. (Muslim) Hadis ini menunjukkan bahawa kemesraan antara suami isteri tetap ada walaupun dalam keadaan berpuasa.

ّ َ ّ ‫عَن عائ ِشة قال َت ك ُن ْت أ َشرب وَأ َنا حائ ِض ث ُم أ ُناوِل ُه الن ّب ِني ص نلى الل ّنه عَل َي ْنه‬ ِ َ ّ ٌ َ َ ُ َ ْ ُ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ ‫وَسل ّم فَي َضعُ فاهُ عَلى موْضع فِي فَي َشرب وَأ َت َعَ نرقُ ال ْعَ نرقَ وَأ َننَنا ح نائ ِض ث ُنم‬ ‫َن‬ ُ َ ْ ّ َ َ ٌ ْ ّ ّ ِ ِ َ َ ّ َ ّ َ َ ‫أ ُناوِل ُه الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم فَي َضعُ فاهُ عَلى موْضع فِي‬ َ َ َ ُ ُ ّ ِ ِ َ
Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya sedang minum air, pada ketika itu saya mengalami haidh. Saya menghulurkan kepada baginda (bekas air) lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat bekas mulut saya. Saya menggigit tulang yang berdaging, pada ketika itu saya juga mengalami haidh. Saya menghulurkan kepada baginda (tulang yang berdaging itu) lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat bekas mulut saya.” (Muslim, al-Nasa`i)

ّ َ ّ ٍ َ ْ ِ َ َ ‫عَن عائ ِشة قال َت ك ُن ْت أ َغْت َسل أ َنا والن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم من إ ِناء‬ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ِ ‫واحدٍ من قَد َح ي ُقال ل َه ال ْفرق‬ ُ َ َ ُ ُ َ ٍ ْ ِ ِ َ
Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya mandi bersama-sama Rasulullah dari bekas yang sama yang dipanggil al-faraq.” (al-Bukhari, Muslim)

Makan minum, tidak cerewet

ّ َ ّ ‫عَن أ َبي هُري ْرةَ رضي الل ّه عَن ْه قال ما عاب الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم‬ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ُ ِ ْ َ ِ َ َ َ ‫ط َعاما قَط إ ِن اشت َهاهُ أ َك َل َه وَإ ِل ت َرك َه‬ ُ َ ّ ُ ً َ َ ْ ْ ّ

13

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanan. Sekiranya baginda berselera baginda makan, jika tidak baginda tidak memakannya. (al-Bukhari, Muslim)

Jika seseorang itu mencela makanan yang dihidangkan kepadanya maka tentu sekali itu akan menyakiti tuannya yang mendengar. Ini jika dilihat dari sudut orang membawa makanan. Tetapi sebenarnya pemberi rezki yang mutlak ialah Allah s.w.t. Ini berma’na mencela makanan termasuk dalam kebiadapan terhadap Allah s.w.t. (Lihat Ibn al-Battal, Syarh al-Bukhari, jil. 9, hal. 478)

ّ َ ُ ‫َ ُن‬ ‫عَن عائ ِشة أ ُم ال ْمؤْمنين رضي الل ّه عَن ْها قال َت قال ل ِني رس نول الل ّنهِ ص نلى‬ ‫َ َ ْ َ َ ن‬ ّ َ َ َ ْ ُ َ ِ َ َ ِ ِ ُ َ ُ َ َ ُ ُ ‫الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ذات ي َوْم ٍ يا عائ ِشة هَل عن ْد َك ُم شيء قال َت فَقل ْت يا رسول‬ ِ ْ ُ َ َ َ ْ َ ٌ ْ َ ْ َ َ َ َ ُ َ َ ٌ ْ َ َ ِ َ ‫الل ّهِ ما عن ْد َنا شيء قال فَإ ِني صائ ِم‬ ّ ٌ َ
Daripada ‘A`ishah katanya, pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada saya, wahai ‘A`ishah, adakah ada sesuatu pada kamu (untuk dimakan)? Beliau berkata, saya menjawab, wahai Rasulullah s.a.w. tidak ada sesuatupun pada kami. Baginda bersabda: Kalau begitu, saya berpuasa. (Muslim)

Menjaga kebersihan diri

‫عَن ال ْمقدام ِ ب ْن شري ْح عَن أ َبيهِ قال سأ َل ْت عائ ِشة قُل ْنت ب ِنأ َيّ ش نيء كنَنان‬ ٍ ْ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ْ ِ ُ ِ ْ ْ ٍ َ ُ ِ ّ َ ّ َ َ َ َ َ ‫ي َب ْد َأ ُ الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم إ ِذا د َخل ب َي ْت َه قال َت بالسواك‬ ِ َ ّ ِ ْ َ ُ ُ
Daripada al-Miqdam bin Syuraih daripada ayahnya, katanya, saya bertanya ‘A`ishah: “Apakah yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. apabila memasuki rumahnya? Beliau menjawab: “Menggosok gigi.” (Muslim)

Oleh kerana komunikasi antara suami isteri dalam jarak yang dekat maka wajarlah mereka berdua menjaga kebersihan diri terutamanya mulut yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

14

Begitu juga pada waktu malam baginda mengambil berat tentang kebersihan mulut ya’ni apabila bangun untuk bertahajjud.

ّ َ ّ ُ ِ ‫عَن حذ َي ْفة قال كان الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم إ ِذا قام من الل ّي ْل ي َشوص‬ َ َ َ َ َ َ ُ ْ ُ ُ ْ ِ َ َ َ َ َ َ ‫فاهُ بالسواك‬ ِ َ ّ ِ
Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. apabila bangun pada waktu malam maka baginda akan menggosok gigiknya dengan siwak. (al-Bukhari, Muslim)

Membantu Keluarga Tugas kerasulan dan mentadbir negara tidaklah menghalang baginda daripada membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah. Pertolongan seperti ini tentu sekali akan mendatang banyak faedah kepada suami isteri.

ُ ‫َ َ ُن‬ ْ َ ‫عَن هِشام ِ ب ْن عُروَةَ عَن أ َبيهِ قال سأ َل رجل عائ ِشة هَنل كنَنان رسنول الل ّنه‬ َ َ َ ٌ ُ َ َ َ َ َ ِ ِ ْ ْ ِ ْ ّ َ ّ َ ُ ُ َ َ َ ْ ‫صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ي َعْمل في ب َي ْت ِهِ شي ْئا قال َت ن َعَم كان رسول الل ّهِ ص نلى‬ ِ ُ َ ْ َ ً َ َ َ ُ ُ ِ ‫الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ي َخصف ن َعْل َه وَي َخيط ث َوْب َه وَي َعْمل في ب َي ْت ِهِ ك َما ي َعْمل أ َحد ُك ُم‬ ُ ِ ْ َ َ ِ ُ َ َ ُ َ ْ َ ُ ُ ُ ‫في ب َي ْت ِه‬ ِ ِ
Daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada ayahnya, katanya seorang lelaki bertanya ‘A`ishah: :Adakah Rasulullah s.a.w. mengerjakan sesuatu di rumahnya?” ‘A`ishah menjawab: “Ya. Rasulullah s.a.w. membaiki kasutnya, menjahit pakaiannya, membuat kerja di rumah sebagaimana seorang daripada kamu membuat kerja.” (Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)

ّ َ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ ُ ُ ْ َ َ َ َ ْ ‫عَن عائ ِشة قال َت سئ ِل ْت ما كان رسول الل ّهِ صلى الل ّنه عَل َي ْنهِ وَس نل ّم ي َعْم نل‬ َ َ ُ َ ‫في ب َي ْت ِهِ قال َت كان ب َشرا من ال ْب َشرِ ي َفلي ث َوْب َه وَي َحل ُب شات َه وَي َخد ُم ن َفسه‬ ِ ْ ِ ُ َ ْ ُ ْ ُ َ ُ ْ ُ ْ ِ ً َ َ َ ْ َ

15

Daripada ‘A`ishah katanya, saya ditanya adakah Rasulullah s.a.w. melakukan kerja di rumahnya? Beliau menjawab: “Baginda manusia biasa, baginda mencuci pakaiannya, memerah susu kambing dan melakukan khidmat diri.” (Ahmad)

Bersama Anak: Azan Untuk Bayi

ّ َ َ ُ َ ُ َ َ َ ‫عَن عُب َي ْدِ الل ّهِ ب ْن أ َبي رافِع عَن أ َبيهِ قال رأ َي ْت رسول الل ّهِ صنلى الل ّنه عَل َي ْنه‬ ِ ُ ِ ْ ْ ٍ َ ِ ِ َ ُ ‫وَسل ّم أ َذ ّن في أ ُذ ُن ال ْحسن ب ْن عَل ِي حين وَل َد َت ْه فاط ِمة بالصلة‬ ِ َ ّ ِ ُ َ ِ َ َ َ َ ِ ّ ِ ِ ِ َ َ
Daripada ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya katanya, saya melihat Rasulullah s.a.w. mengazankan pada telinga Hasan bin ‘Ali ketika Fatimah melahirkannya. (Abu Daud, al-Tirmizi) Ibn al-Qayyim berkata: “Rahsia azan dan iqamat ialah hendaklah perkara pertama yang mengetuk pendengaran manusia ialah kalimah-kalimah seruan azan yang tinggi yang mengandungi kebesaran Allah s.w.t. dan keagungan-Nya, dan persaksian dengan dua kalimah syahadah yang merupakan perkara pertama apabila memeluk Islam. Maka pengajaran itu merupakan syiar Islam ketika dia masuk ke alam dunia sebagaimana ditalqinkan kalimah tauhid ketika keluarnya dia dari dunia ini. Dan tidak dinafikan sampainya kesan azan pada hatinya dan hati itu menerima kesannya, sekalipun tidak dirasai.” (Ibn al-Qayyim,Tuhfah al-Wadud, hal. 31) Memang diketahui berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih bahawa syaitan lari apabila mendengar azan. Ini berma’na, syaitan juga lari mendengar azan apabila ia dialunkan di awal kedatangan manusia ke dunia. Ini menunjukkan betapa Rasulullah s.a.w. menekankan ajaran tauhid dan mengusir syaitan pada permulaan kehidupan bayi yang baru dilahirkan.

Mencium Anak-Anak

ّ َ ّ ‫عَن عائ ِشة رضي الل ّه عَن ْها قال َت جاء أ َعْراب ِي إ ِل َنى الن ّب ِني ص نلى الل ّنه عَل َي ْنه‬ ‫َ ّ ن‬ َ َ ْ َ َ ِ ُ ُ َ ِ َ َ َ َ ْ ّ َ ّ َ َ ْ ‫وَسل ّم فَقال ت ُقب ّلون الصب ْيان فَما ن ُقب ّل ُهُم فَقال الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َينهِ وَسنل ّم‬ َ َ َ َ ّ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ ُ

‫أ َوَأ َمل ِك ل َك أ َن ن َزعَ الل ّه من قَل ْب ِك الرحمة‬ َ َ ْ ّ َ َ ْ َ ُ ْ ْ ِ ُ
16

Daripada ‘A`ishah katanya seorang badwi datang menemui Rasulullah s.a.w. seraya bertanya: “Kamu mencium anak-anak? Kami tidak mencium mereka.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah aku akan dapat menolong kamu jika Allah mencabut daripada hati kamu sifat rahmat?” (al-Bukhari, Muslim) Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak berkenan kepada orang yang kasar dan tidak menunjukkan sifat sayang dan mesra kepada anak-anak. Berdasarkan kepada hadis ini, baginda mahu mengubah kebiasaan orang badwi yang tidak begitu mesra dengan anak-anak.

Mendidik Anak Dengan Nilai Akhirat Rasulullah s.a.w. memberi pendidikan dengan sebaik-baik pelajaran iaitu tidak mementingkan kesenangan dunia malah mengutamakan kehidupan akhirat. Ini dapat dilihat kepada sikap baginda ketika anak kesayangannya meminta seorang pembantu rumah.

ّ َ ّ َ ّ ُ ْ َ َ َ ّ ّ َ ْ ‫عَن علي أ َن فاط ِمة عَل َي ْهِما السلم أ َت َت الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم ت َشننكو‬ َ َ ُ ْ َ ‫إ ِل َي ْهِ ما ت َل ْقى فني يندِها منن الرحنى وَب َل َغَهَنا أ َننه جناءهُ رقينقٌ فَلنم ت ُصنادِفْه‬ ‫َن‬ َ ِ َ َ َ ُ ّ ‫ن‬ ِ َ ّ ْ ِ َ َ ُ ْ َ َ ‫فَنذ َك َرت ذ َل ِنك ل ِعائ ِشنة فَل َمنا جناء أ َخب َرت ْنه عائ ِشنة قَنال فَجاءننَنا وَقَند ْ أ َخنذ ْنا‬ َ َ َ ‫ّن َ ن َ ْ َ ُ َ َ ُ ن‬ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ّ َ َ َ ِ َ َ َ ‫مضاجعَنا فَذ َهَب ْنا ن َقوم فَقال عَلى مكان ِك ُما فَجاء فَقعَد َ ب َي ْن َنا حتى وَجد ْت بننرد‬ َ ْ َ ُ َ َ َ ‫َن‬ ‫قَ ند َمي ْهِ عَل َنى ب َط ْننِني فَق نال أ َل أ َد ُل ّك ُم نا عَل َنى خي ْنرٍ مم نا س نأ َل ْت ُما إ ِذا أ َخ نذ ْت ُما‬ ‫ن‬ ‫َن‬ ‫ن‬ َ َ َ َ َ ‫ِ ّن‬ َ َ َ َ ً َ َ َ ْ َ َ ِ َ ً َ َ َ ‫مضاجعَك ُما أ َوْ أ َوَي ْت ُما إ ِلى فِراشك ُما فَسب ّحا ث َلثا وَث َلثين واحمدا ث َلثا وَث َلثيننن‬ َ ِ َ َ ِ َ َ َ ِ َ َ َ ْ ِ َ َ ٌ َ ً ْ َ َ ِ َ ٍ ‫وَك َب ّرا أرب َعا وَث َلثين فَهُوَ خي ْر لك ُما من خادِم‬
Daripada Sayyidina ‘Ali bahawa Fatimah telah datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu tentang tangannya akibat kisaran yang digunakannya dan beliau mendapat tahu sampai kepada baginda seorang hamba. Pada waktu itu, Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah s.a.w. lalu Fatimah menyebutkan perkara itu kepada ‘A`ishah. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang ‘A`ishah menceritakan kepada baginda lalu baginda datang menemui ketika kami hampir masuk tidur. Kamu mahu bangun tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berdua berada di tempat masing-masing.” Bagindapun duduk di antara kami berdua sehingga saya

17

merasakan sejuk pada dua tapak kakinya pada perut saya seraya bersabda: “Tidakkah kamu berdua mahu jika aku menunjukkan kepada kamu berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Apabila kamu berdua pergi ke tempat tidur atau tempat pembaringan maka bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik kepada kamu berdua daripada seorang khadam.” (al-Bukhari, Muslim)

Liku-Liku Rumah Tangga Perasaan cemburu tidak dapat dielakkan kehidupan rumahtangga terutama apabila mempunyai isteri lebih dari seorang. Ia merupakan sifat semula jadi yang ada pada setiap orang dan sangat diperlukan dengan kadar yang sewajarnya tetapi tidak boleh keterlaluan bagi menjamin kerukunan rumahtangga.

ّ َ ّ ‫عَن أ َن َس قال كان الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم عن ْد َ ب َعْنض ن ِسنائ ِهِ فَأ َرسنل َت‬ ‫ِ َن‬ ِ َ َ َ َ َ َ ٍ ْ َ ْ ُ ْ ُ ‫إحدى أ‬ ّ َ ّ ‫ِ ْ َ مهات ال ْمؤْمنين ب ِصحفةٍ فيها ط َعام فَضرب َت ال ّتنِني الن ّب ِني صنلى الل ّنه‬ ِ َ ّ ٌ َ ُ ْ َ َ َ ِ َ ْ َ َ ِ ِ ُ ‫عَل َي ْهِ وَسل ّم في ب َي ْت ِها ي َد َ ال ْخادِم ِ فَسنقط َت الصنحفة فَنان ْفل َقت فَجم نعَ الن ّب ِني‬ َ َ َ ِ َ َ َ َ ْ َ َ ‫ّ ْ َ ُ ن‬ ْ َ ّ ّ َ ‫صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم فِل َقَ الصحفةِ ث ُم جعَل ي َجمعُ فيها الط ّعَنام ال ّنذي كنَنان‬ َ ْ ّ ِ َ َ ‫ن‬ َ َ ُ َ ِ َ ْ َ َ ّ ُ َ ْ ّ ِ ْ ِ َ ْ َ َ ُ ّ َ َ َ ِ‫في الصحفةِ وَي َقول غارت أمك ُم ث ُم حب َس ال ْخادِم حتى أت ِي ب ِصحفةٍ من عن ْد‬ ِ َ ّ ْ ّ ْ َ َ ُ ُ َ َ َ ‫ال ّتي هُنوَ فِني ب َي ْت ِهنا فند َفَعَ الصنحفة الصنحيحة إ ِل َنى ال ّتني ك ُسنرت صنحفت ُها‬ ‫ّ ِ َ َ ن‬ ‫ن‬ ِ َ َ ْ ّ ِ َ َ ْ َ ْ َ ِ َ َ ْ ‫وَأ َمسك ال ْمك ْسورةَ في ب َي ْت ال ّتي ك َسرت‬ ِ ِ ِ َ ُ َ ْ َ َ

Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. berada di salah sebuah rumah isterinya (ya’ni pada gilirannya), kemudian salah seorang Ummul mu`minin telah menghantar sepinggan makanan lalu isteri yang giliran Rasulullah s.a.w. di rumahnya memukul tangan pembantu maka pinggan itu jatuh terbelah. Rasulullah s.a.w. mengutip pecahan dan mula mengumpulkan makanan yang ada pada pinggan itu sambil bersabda: (Tidak mengapa) “Ibu kamu telah cemburu.” Kemudian baginda menahan pembantu itu sehingga diberikan pinggan kepunyaan isterinya yang memiliki giliran pada hari itu lalu menyerahkan pinggan yang elok kepada tuan punya pinggan yang telah dipecahkan dan menyimpan pinggan yang pecah di rumah isterinya yang memecahkannya. (al-Bukhari)

18

Rasulullah s.a.w. memohon maaf bagi pihak isterinya supaya tidak timbul prasangka buruk terhadap isteri baginda bahkan itu berlaku sebagai asam garam kehidupan orang yang bermadu yang tidak sunyi daripada sifat cemburu. Sebagai suami baginda menunjukkan kesabarannya dan tidak timbul tanda-tanda kemarahan di wajah baginda.

Bilakah Dan Bagaimana Harus Memukul Isteri Walaupun memukul isteri itu harus dengan syaratnya namun Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengangkat tangannya untuk memukul isterinya.

ّ ّ َ ً َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ‫ما ضرب رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم شي ْئا قَط‬ ُ ‫امرأ َةً وَل خادِما إ ِل أ َن ي ُجاهِد َ في سبيل الل ّه‬ ِ ِ َ ْ ّ ً َ َ ِ ِ َ َ ْ

‫عَن عائ ِشة قال َت‬ ْ َ َ َ َ ْ َ ‫ب ِي َدِهِ وَل‬

Daripada ‘A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul sesuatupun dengan tangannya, tidak juga perempuan dan tidak juga pembantunya kecuali berjihad di jalan Allah. (Muslim) Oleh sebab itu, baginda melarang seseorang itu memukul isteri sehingga mencederakannya. Amatlah tercela jika di siang hari suami membelesah isterinya tiba-tiba di malam hari, dia datang mencari isterinya di tempat tidur. Memukul isteri bukan usaha yang pertama untuk membaiki akhlak isteri. Ia hanyalah dibenarkan setelah nasihat dan pengasingan tempat tidur tidak berkesan. Pukulan yang dibenarkan ialah pukulan yang tidak mencederakan dan hendak dijauhi pukulan pada wajah.

ّ َ ّ ‫عَن عَب ْدِ الل ّهِ ب ْن زمعَة عَن الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم قال ل ي َجل ِد ُ أ َحد ُك ُم‬ َ ْ َ ِ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ُ ْ ْ ْ ْ ْ َ ُ َ َ ْ ِ ِ َ ِ َ ّ ِ ‫امرأت َه جلد َ العَب ْدِ ث ُم ي ُجامعُها في آخرِ الي َوْم‬
Daripada ‘Abdullah bin Zam’ah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seseorang itu memukul isterinya seperti dia memukul hambanya kemudian menyetubuhinya pula di akhir hari.” (al-Bukhari, Muslim)

Cinta Kepada Isteri Tetap Ditunjukkan Walaupun Setelah Ketiadaannya

19

ّ َ ّ َ ‫عَن عائ ِشة قال َت ما غرت عَلى ن ِساء الن ّب ِي صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَس نل ّم إ ِل عَل َنى‬ ‫َ َ ّ ن‬ ِ َ ُ ُ ْ ِ َ ْ َ َ َ َ ْ ّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ‫خديجة وَإ ِني ل َم أ ُد ْرِك ْها قال َت وَكان رسول الل ّهِ ص نلى الل ّنه عَل َي ْنهِ وَس نل ّم إ ِذا‬ ّ َ َ ِ َ ُ ْ َ َ ْ ُ ِ ْ ُ ُ ّ ‫ذ َب َح الشاةَ فَي َقول أ َرس نلوا ب ِهَنا إ ِل َنى أ َص ندِقاء خديج نة قَنال َت فَأ َغْض نب ْت ُه ي َوْمنا‬ ‫ًن‬ ‫ن ن‬ َ ُ َ ْ ‫ْ َ ِ َ ِ َ َ ن‬ ّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ ِ َ ُ ُ ‫فَقل ْت خديجة فَقال رسول الل ّهِ صلى الل ّه عَل َي ْهِ وَسل ّم إ ِني قَد ْ رزِقْت حب ّها‬ ّ َ َ ُ َ ُ ُ ُ
Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya tidak pernah berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah s.a.w. seperti yang saya cemburu kepada Khadijah walaupun saya tidak sempat betrtemu dengannya.” Kata ‘A`ishah lagi: “Rasulullah s.a.w. apabila menyembelih kambing maka baginda bersabda, hantarkanlah kepada sahabatsahabat Khadijah. Pada suatu hari saya marah kepada baginda lalu saya berkata, Khadijah? Baginda bersabda: “Sesungguhnya saya telah dikurniakan dengan cintanya.” (Muslim) Rasulullah s.a.w. amat menyintai Khadijah. Walaupun beliau telah lama meninggal dunia, baginda menghantarkan makanan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Ini menunjukkan bahawa baginda sangat berbudi kepada orang yang ada kaitan dengan isterinya.

Kesimpulan Kehidupan Rasulullah s.a.w. menjadi contoh kepada kita dalam pelabagai lapangan kehidupan dan apa jua pekerjaan. Baginda menjadi suri teladan dan ikutan yang mulia lagi sempurna. Setiap aspek sirah dan perjalanan hidup baginda menggabungkan antara akhlak yang mulia, adat yang baik, keperibadian yang teguh, emosi yang sederhana dan kecenderungan yang seimbang dan tidak melencong daripada fitrah manusia. Tidak kira siapa diri kita, status sosial kita, pekerjaan kita, di zaman mana kita hidup, di waktu mana kita berada, pagi atau petang, siang mahupun malam, di rumah atau di luar, pada perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. terdapat petunjuk yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat, cahaya yang menerangi kehidupan, dorongan yang sentiasa menyuntik semangat, peraturan yang meluruskan arah

20

tujuan dan nasihat yang menenangkan gelora kebimbangan akan kehidupan duniawi.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?page=1&ArticleID=1561

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->