You are on page 1of 13

4.

0 KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN


BAHASA MELAYU

4.1 Pengenalan 

            “Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”- Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

            Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam
sektor  pendidikan  di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan
yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.
Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang
bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan
modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilah
penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa
dilakukan.

            Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan
kurikulum pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun
1988. Dalam KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara wadah
merealisasikan matlamat FPK  memang tidak dapat dinafikan. Bersandarkan peranan
tersebutlah maka sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu digubal
dengan menekankan pelbagai aspek yang diambil kira bagi mewujudkan modal insan
yang tidak hanya unggul dalam aspek intelek malahan juga dalam aspek rohani,
jasmani dan emosinya.

            Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan
pada tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah  melengkapkan
program pendidikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata
pelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek
kemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran Bahasa
Melayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sastera
didapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputi
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam
pendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan
bahasa pelajar, di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilai
kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.

            Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara
mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang
sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat
dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu
yang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.

4.2 Fungsi Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera
yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan
bahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan
tentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong
mengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis. Dalam
konteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan penggunaan bahan
sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sastera yang
ditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama.
Perkataan drama berasal daripada perkataan ‘dran’ (bahasa Greek Kuno) yang
bermaksud ‘melakukan’ atau ‘melakonkan’. Drama juga dapat didefinisikan sebagai
karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupan
dengan gerak. Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan
realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek) berpendapat bahawa drama ialah
peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran.  Menurut
The American Colledge Dictionary dalam kertas kerja seminar Bengkel Penggunaan
Bahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM,
drama merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim
atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang
sastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik,
seni bina, seni busana dan seni tari).

  Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk
dibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan.
Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang dipanggil skrip,
dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam sesebuah naskhah
drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu
situasi atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini disebabkan sifat
sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang menyampaikan pemikiran
atau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku (watak-watak) yang berinteraksi
dalam sesebuah drama.

Menurut Omar Mamat (1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai


kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan
aktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara
menyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar
merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaran
pelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa.
Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepada
kehidupan yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individu
menjadi berani. Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh
gurunya melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka
melakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh  kebanyakan kanak-kanak. Dengan
melakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak akan menjadi
lebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa biasa sahaja ketika berada di hadapan
orang ramai.

Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan


teknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam pengajaran
bahasa, antaranya:

i)          Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk meletuskan
bentuk pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat. Hal ini sering
menjadi masalah kepada pelajar yang sukar menyatakan sesuatu
penyebutan yang baik.

ii)         Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang menekankan


beberapa aspek laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan yang betul dan
sesuai dengan latar situasi dalam kandungan sesuatu dialog itu. Contohnya,
situasi orang marah, situasi emak memberikan nasihat kepada anak, dan
lain-lain lagi.

iii)       Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar untuk


melahirkan pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka. Sebagai
contoh, mimik muka orang yang riang, berduka, bersedih dan pelbagai mimik
muka yang lain. Pelajar dapat meramal atau meneka mimik tertentu dan
membayangkan bagaimana pertuturan atau bahasa yang akan diucapkan
oleh orang yang berada dalam situasi atau keadaan tertentu.
Menurut beliau lagi, melalui drama pelajar akan didedahkan kepada pemelajaran
secara tidak langsung iaitu melalui aksi. Pelajar diberi peluang bermain dengan gerak
badan yang bermakna. Misalnya, melalui lakonan bisu, pelakon akan menggayakan
tangan mereka untuk makan, pelajar akan menyebut perlakuan pelakon itu. Melalui
drama juga, pelajar dapat mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni muzik, seni
lukis, seni reka cipta dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini dapat diterapkan
melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang semuanya menjurus kepada
kemahiran berbahasa. Melalui teknik berdrama juga, pelajar didedahkan kepada cara
berkomunikasi yang berkesan dan bermakna dan mengikut situasi yang tertentu.

Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti
yang berikut :

1. Memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu
adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang
aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus
menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.

2. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut
peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat
kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa
Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang
digunakan.

Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera


dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat
membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui
kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, mereka akan
membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di
perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan
menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.
Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;

i)        Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan membina
prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan
membawa pembaca menghayati watak  dalam sesebuah karya sastera.

ii)       Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan


mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca
memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya
sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang.

iii)       Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan kebolehan


empetik dan kreatif.

iv)        Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi


yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.

v)        Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan,


menenteramkan keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan
mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh seperti
yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), yang
menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan bahan
sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah
amat bersesuaian.
4.3  Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal    

Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), bidang


interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa
dengan menggunakan kata, frasa, rangka kata, ungkapan dan ayat yang betul dan
tepat secara bertatasusila. Penggunaan bahasa dalam bidang ini juga bertujuan untuk
mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui melalui
perkongsian idea semasa berinteraksi sosial      atau berurus bagi tujuan komersial.
Hasil pembelajaran ini boleh diperoleh melalui cara berinteraksi, memberikan pendapat,
berunding, membuat pertimbangan memujuk dan berurus untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan.

Menurut Omar Mamat (1995), melalui penggunaan teknik drama dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa, proses interaksi antara pelajar berlaku. Menurut
beliau, bagi sebahagian pelajar proses interaksi adalah satu hal yang sukar dan jarang
dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dengan rakan karib mereka sahaja. 
Melalui teknik drama, suasana interaksi antara satu dengan yang lain dapat
diwujudkan. Mereka akan berdialog dan melontarkan suara dengan teratur. Apabila
telah wujud kebiasaan untuk berinteraksi antara satu dengan lain, pelajar mungkin tidak
menghadapi masalah sekiranya mereka ingin berinteraksi dengan kumpulan yang lebih
besar.

Selain itu, penggunaan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran 


bahasa ini mampu melatih setiap murid bekerja dalam satu kumpulan yang lebih besar.
Bagi menjayakan satu persembahan drama misalnya, bilangan pelajar yang terlibat
agak besar. Mereka akan diberi pendedahan bekerja secara berkumpulan , misalnya
ketika proses menghafal skrip, menghayati watak ataupun penggunaan ‘back drop’
ataupun penggunaan sesuatu kostum jika lakonan drama itu memerlukan pementasan
di depan khalayak yang ramai. Melalui kerja secara berkumpulan ini, mereka akan lebih
mudah bertukar idea, pengalaman dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

 
Menurut Samat Buang (1996), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan 
Bahasa Melayu mampu menjadikan pelajar:

i)      Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa.

ii)     Menghayati karya sastera

iii)    Menghayati keindahan bahasa dalam karya sastera dan menggunakannya dalam


penulisan

iv)    Menerap dan mengamalkan pengajaran atau nilai positif dalam kehidupan.

v)     Menghasilkan karya sastera sesuai dengan kebolehan masing-masing

vi)    Membina dan memupuk budaya membaca.

 Ismail Ahmad (1982:23), pula menegaskan bahawa penggunaan bahan sastera


dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka
ruang kepada pelajar untuk melihat  dunia yang lebih luas yang bermula dari
pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan
masyarakat dan budayanya.

Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran


bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan penggunaannya
dalam pelbagai konteks dan situasi, membolehkan pelajar memahami, mengenal, dan
menggunakan intonasi yang betul dan jelas mengikut pola ayat yang tertentu bagi
menghasilkan sebutan baku dan melatih pelajar menggunakan kata dan ayat dalam
pelbagai situasi.

Selain itu, penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu ini juga berkait rapat dengan Kemahiran Bernilai Tambah
(KMT) yang ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
(semakan 2003). Dalam KMT terkandung Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu setiap
individu pelajar tersebut perlu dilatih dengan menggunakan pelbagai kecerdasan yang
memang terdapat di dalam dirinya. Jika  dilihat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diketengahkan oleh Howard Gadner  terdapat lapan kecerdasan yang tedapat dalam
diri individu pelajar itu sendiri, iaitu kecerdasan verbal-lingusitik, kecerdasan logik-
matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik,
kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.

 Jika diperhatikan kelapan-lapan jenis kecerdasan ini mampu dimanipulasi oleh


pelajar melalui penggunaan bahan drama dalam pembelajaran bahasa. Kecerdasan
verbal-lingusitik misalnya mampu dikuasai oleh pelajar melalui pengucapan dialog
drama yang dilakonkan, ini kerana kecerdasan ini merupakan kebolehan menggunakan
kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan
mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.
Selain itu, melalui kecerdasan kinestetik pula, iaitu kebolehan menggunakan badan
untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran
fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Ini amatlah
menepati ketika sesuatu situasi pementasan dan lakonan drama itu dilakukan,
kebolehan ini mampu dilakuakan dan ketengahkan oleh pelajar. Demikian jugalah
halnya dengan kecerdasan muzik, interpersonal, intrapersonal naturalis dan logik
matematik.

4.4 Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003) ada menyatakan


bahawa bidang maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan
menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat
didapati melalui aktiviti mendengar, berbual, membaca serta mengakses maklumat
daripada multimedia. Berdasarkan pengertian di atas, penggunaan bahan sastera
seperti drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah amat bersesuaian.

Dalam satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan drama,


murid dilatih menggunakan kemahiran berfikir dalam memahami sesuatu tajuk sebelum
suatu drama itu dilakonkan. Misalnya, murid diminta meneliti skrip yang diberikan
sebelum cuba mendalami dan memahami segala perkara yang ingin disampaikan oleh
pengarang kepada audien dan agar perkara yang ingin disampaikan itu berjaya sampai
kepada sasaran khalayaknya, murid tadi perlu mendalami dan berusaha mencari
segala bentuk maklumat yang berkaitan dengan watak yang dibawanya.

Menurut Omar Mamat (ibid), cara pengajaran Bahasa Melayu dengan


menggunakan teknik drama dapat melatih pelajar mengembangkan idea, iaitu menerusi
jalan cerita atau berdasarkan gerak laku sesuatu watak. Teknik mimos, improvisasi,
main peranan dan beberapa teknik lagi memberi peluang kepada pelajar untuk
menghasilkan sebuah cerita melalui karangan atau pembinaan ayat.

 Di samping dapat mengalami dan menghayati setiap watak atau peranan yang
dibawa apabila seseorang murid itu terlibat dalam melakonkan sesuatu watak drama,
pelajar yang hanya terlibat sebagai penonton juga berupaya mengenal pasti setiap idea
atau gagasan yang ingin disampaikan dan mampu menilai pengajaran atau nilai murni
yang ingin disampaikan sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Hal ini secara tidak
langsung dapat menyatakan yang bahan sastera tersebut bukan sahaja berperanan
sebagai hiburan malahan juga sebagai pendidik.

Abdul Ghalib Yunus (1996), menyatakan dalam sastera yang berbentuk prosa
moden dan klasik banyak terdapat gambaran tentang adat istiadat, “world view” dan
kebudayaan masyarakat Melayu. Jadi penggunaan bahan tersebut  dalam pengajaran
Bahasa Melayu secara tidak langsung akan mendekatkan pelajar bukan Melayu
dengan kebudayaan orang-orang Melayu. Begitu juga, bahan sastera yang ditulis
dalam dan mempunyai hubungan dengan masyarakat Cina atau India jika didedahkan
kepada pelajar Melayu, akan membolehkan mereka mengenali dan memahami
kebudayaan kaum-kaum tersebut.                                                             

Oleh yang demikian,  penggunaan bahan sastera seperti drama dalam


pengajaran dan pembelajaran bahasa mampu mendedahkan pelajar kepada pelbagai
maklumat berkaitan dengan segala yang berlaku di dunia sebenar.
4.5  Hasil Pembelajaran Estetik

Bidang Estetik dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003),


berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan
kehalusan  bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang
indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi dan  penghayatan. Hasil pembelajaran
yang perlu dikuasai dalam bidang ini ialah memahami, menguasai dan menghasilkan
penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Berdasarkan pernyataan di atas, penggunaan drama dalam aktiviti pengajaran


dan pembelajaran Bahasa Melayu amatlah bersesuaian. Melalui penggunaan drama
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar didedahkan dengan
aspek penghayatan dan keindahan sesuatu karya drama itu. Hal ini dapat kita lihat
secara jelas apabila kita melibatkan pelajar sepenuhnya dalam pementasan sesebuah
drama. Para pelakon yang memegang sesuatu watak itu perlulah menghayati peranan
yang dibawanya, menikmati perjalanan pemikiran yang ingin disampaikan oleh drama
tersebut agar segala lakonan yang mereka bawa mampu pula dihayati dan dinikmati
dan dirasai oleh para audien. Hal yang demikian secara tidak langsung para pelajar
yang terbabit mampu menghayati dan mengarap setiap nilai dan pengajaran yang
mereka peroleh dalam drama dan mengaplikasikan dengan dunia sebenar.

 Selain itu, Menurut Omar Mamat melalui pengunaan drama dalam pengajaran dan
pembelajaran ini juga, pelajar berupaya mempelajari gabungan pelbagai seni seperti
seni muzik, seni lukis, seni reka cipta, dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini
dapat diterapkan kepada pelajar melalui melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair
yang semuanya menjurus kepada kemahiran berbahasa. Pelajar dapat melakonkan
sesuatu peristiwa juga berdasarkan lakonan atau reka cipta yang dicipta sendiri atau
bahan sedia ada. Selain berlakon dengan skrip yang disediakan, pelajar turut diajar
mencipta atau menulis skrip sendiri.

Menurut beliau lagi, drama adalah cerita yang dilakonkan. Cerita ini mungkin
peristiwa benar yang dilihat, atau dialami oleh manusia. Ketika menjalankan aktiviti
drama, pelajar dilatih menggunakan kemahiran berfikir, menyusun ayat atau dialog, dan
menyampaikannya dalam lakonan berdasarkan situasi sebenar. Latihan bermain
dengan bahasa ini adalah satu proses yang pemelajaran yang menarik minat pelajar
terhadap pelajaran mereka, di sinilah timbulnya unsur keindahan atau estiteka ataupun
keseronokan dalam diri pelajar.

Melalui penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Bahasa Melayu ini juga, pelajar didedahkan dengan keindahan bahasa yang
digunakan. Hal ini dapat kita perhatikan melalui penggunaan puisi dan kata-kata indah
yang sering kali digunakan dalam drama. Misalnya penggunaan sajak, syair, nazam,
pantun dalam drama mampu mendedahkan pelajar tentang unsur- unsur keindahan
dalam sesebuah karya itu dan mampu menambahkan lagi penghayatan pelajar dalam
sesebuah karya drama.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2004), penggunaan bahan sastera (KOMSAS)


dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan manifestasi kesenian
melalui media bahan yang kreatif dan indah. Melaluinya , pelajar berpeluang menikmati
kehalusan dan keindahan penciptaan hasil karya yang terpilih, seterusnya membantu
pelajar meningkatkan kemahiran berfikir mereka terhadap persoalan kehidupan sejagat.
Kenyataan ini amat bersesuaian dengan penggunaan drama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana pelajar perlu mengalami dan menghayati setiap
pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui penghayatan bahan drama.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan penggunaan bahan drama dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu melahirkan unsur estetika dalam
diri pelajar itu sendiri dan ini  secara tidak langsung membuktikan sifat sastera itu
sendiri yang mempunyai unsur keindahan yang mampu dinikmati dan dihayati di
samping peranan sastera itu sebagai penghibur.
4.6 Rumusan       

Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan


bahawa penggunaan unsur sastera terutama genre drama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu mampu meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan
pelajar. Kesan ini tidak hanya mampu kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor 
pelajar tersebut tetapi mampu juga meninggalkan kesan yang positif dalam
perkembangan kognitif pelajar tersebut.

  Di samping itu, sastera juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu


ke dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh yang
demikian, hal ini akan mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua
aspek tidak kira jasmani, rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Keseluruhannya , dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan sastera dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah sememangnya meninggalkan
kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang
mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan
datang.

You might also like