You are on page 1of 18

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi

dalam susunan tatabahasa dan mengandungi


makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan


atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dengan
kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan
serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan
kepada empat jenis seperti yang berikut, iaitu:

     (a) Ayat penyata


     (b) Ayat tanya
     (c) Ayat perintah
     (d) Ayat seruan
(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan


maksud membuat satu penyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau


memberikan keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau


ayat keterangan.
Yang berikut ialah contoh-contohnya:

•Nadia jurutaip.
•Dia wartawan.
•Abdullah sedang tidur.
•Penjual ikan itu sentiasa tersenyum.
•Guru mengajar murid.
•Norlia membeli pakaian dari kedai itu.
•Pesakit itu berada di hospital.
•Musa menjadi pegawai polis.
•Bunga cempaka itu wangi.
•Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.
(Nahu Melayu Moden)

Ayat berita ialah ayat yang menceritakan suatu


kejadian / peristiwa, pandangan atau perasaan
seseorang.
Di bawah ini diberikan beberapa contoh lagi.

•Datuk Penghulu itu bapa saudara saya.


•Ini buku saya.
•Hujan pagi ini lebat.
•Badan saya terlampau gemuk.
•Dia suka makan durian.
•Semua orang tahu hal itu.

Ayat berita sebenarnya boleh dibahagikan menjadi ayat ya


dan ayat tidak.

Ayat ya ialah ayat yang menyungguhkan sesuatu berita


atau pernyataan.
Ayat tidak ialah ayat yang menafikan sesuatu berita atau
pernyataan.
Contoh contoh ayat di atas ialah ayat ya.

Ayat ya boleh dijadikan ayat tidak dengan menyisipkan


kata nafi tidak atau bukan antara subjek dengan predikat,
misalnya ayat ya yang diberi sebelum ini boleh dijadikan
ayat tidak seperti berikut:

Berikut ialah contoh-contoh ayat tidak yang wujud sebagai


ayat penyata:

•Datuk Penghulu itu bukan bapa saudara saya.


•Ini bukan buku saya.
•Hujan pagi ini tidak lebat.
•Badan saya tidak terlampau gemuk.
•Dia tidak suka makan durian.
•Semua orang tidak tahu hal itu.
(Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat)

Ayat berita ialah ayat yang tujuannya menyampaikan berita dan


tidak mensyaratkan adanya gerak balas, baik yang bersifat
kebahasaan mahupun yang bersifat perbuatan fizikal.

Ayat berita dalam bahasa Melayu ditandai oleh intonasi yang


tersendiri, yakni yang mempunyai nada yang menurun sebelum
kesenyapan.

Ayat jenis ini boleh dibahagikan kepada jenis-jenis menurut


sistem-sistem yang berlaku dalam strukturnya. Di samping itu,
ayat berita boleh dijeniskan menurut judul dan fokus, dan juga
menurut jumlah klausa.
Maklumat yang Pernyataan yang
disampaikan melalui ayat menghuraikan sesuatu konsep
berita, tentang apa sahaja, dengan memberi ciri-ciri atau
baik konkrit mahupun sifat -sifat khusus yang dimiliki
abstrak. Pernyataan jenis oleh konsep itu, yang dengan
ini boleh mempunyai apa sendirinya membezakan
sahaja sistem. konsep itu dari konsep lain.

•Kerbau ialah sejenis binatang. •Orang itu guru saya


•Padi ialah sejenis tanaman kawasan •Dia adik saya
tropika.
Berdasarkan cerita pemenang tempat pertama
bagi setiap kategori:

a)Kategori Sekolah Rendah


b)Kategori Sekolah Menengah
c)Kategori Guru-guru

You might also like