You are on page 1of 18

Masalah Pendidikan, 31(1)

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI
SEKOLAH MENENGAH
PLANNING AND READINESS OF TEACHERS IN IMPLEMENTATION OF
TEACHING AND LEARNING OF PHYSICAL EDUCATION IN
SECONDARY SCHOOLS
Syed Kamaruzaman Syed All
Julismah Jani
Shabeshan Rengasamy
Zawawi Ismail
Universiti Malaya
Physical education is a core subject at secondary school level. Hence
an obligation to perform an effective curriculum should be conveyed
in a meaningful role for those involved in the field, especially the
physical educators. This article discusses various aspects of
preparation and planning in relation to the teacher's role in dealing
with physical education. Planning and readiness in handling the
smoothness of teaching physical education when implementing the
subject are also illustrated.
Perancangan adalah langkah awal proses pengajaran sebelum sesuatu program
pengajaran dilaksanakan. Bagi memastikan perancangan dapat dibuat dengan lebih
teliti, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang kandungan program pengajaran
terlebih dahulu. Begitu juga dalam merancang pengajaran Pendidikan Jasmani. Guru
Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu mengenal pasti aspek-aspek tertentu yang
akan digunakan dalam membuat persediaan untuk melaksanakan pengajaran
Pendidikan Jasmani. Dengan demikian guru Pendidikan Jasmani dapat membuat satu
rancangan kerja dengan teliti dan sempuma. Menurut Mok (2008), dengan adanya
rancangan kerja ini, guru boleh melaksanakan program pengajaran dan
pembelajarannya berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik serta mengikut
pemeringkatan yang sesuai. Oleh itu guru Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu
memahami tentang peranan mereka sebagai guru Pendidikan Jasmani dan seterusnya
diikuti proses perancangan dan penyediaan yang perlu dilakukan bagi memastikan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan.
Peranan Guru Pendidikan Jasmani
Guru Pendidikan Jasmani sama ada yang opsyen ataupun bukan opsyen memainkan
peranan yang penting dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah. Sebelum melaksana kurikulum Pendidikan Jasmani, mereka terlebih
23
Masalah Pendidikan, 31(1)
dahulu perlu merujuk kepada aspek-aspek yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini kerana, falsafah dapat membantu manusia berfikir secara
cermat, teliti dan penuh dengan kejujuran (Abu Bakar Nordin & Ikhsan, 2003).
Falsafah juga dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmuilmu
lain (Abu Bakar Nordin & Ikhsan, 2003).
Stillwell dan Willgoose (1997) telah membuktikan bahawa dalam pembentukan
kurikulum Pendidikan Jasmani terdapat hubungan antara Falsafah Pendidikan dengan
Kurikulum seperti dalam Rajah 1. Berdasarkan kepada rajah tersebut, didapati
Falsafah Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Jasmani merupakan dua komponen
utama yang perlu dirujuk sebelum membentuk matlamat dan objektif kurikulum
Pendidikan Jasmani. Selepas terbentuknya matlamat dan objektif kurikulum
Pendidikan Jasmani yang selaras dengan falsafah pendidikan atau falsafah pendidikan
Jasmani, barulah wujudnya kurikulum Pendidikan Jasmani. Ini menunjukkan bahawa
aspek Falsafah merupakan aspek yang penting dalam pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani yang ditugaskan untuk mengajar
Pendidikan Jasmani perlu memastikan segala aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani
dapat dijalankan selaras dengan elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di negara ini. Oleh yang demikian adalah wajar bagi guru
Pendidikan Jasmani untuk merujuk dan memahami tentang elemen-elemen yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terlebih dahulu sebelum
memasuki proses merancang dan menyediakan segala maklumat pengajaran dalam
kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah menengah.
Falsafah
Pendidikan
Falsafah Pendidikan
Jasmani
Matlamat/Objektif
Pendidikan Jasmani
KURIKULUM
Sumber-sumber
pengajaran
Penilaian
Rajah 1. Hubungan antara falsafah pendidikan dengan kurikulum.
Sumber. Stillwell, J. L., & Willgoose, C. E. (1997). The Physical education
curriculum (5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
24
Masalah Pendidikan, 31(1)
Di samping itu, guru Pendidikan Jasmani perlu juga mengenal pasti dan memahami
tentang matlamat dan objektif dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Ini kerana
kedua-dua matlamat dan objektif tersebut perlu disesuaikan dengan situasi pengajaran
di lapangan (Rink, 2002). Objektif yang hendak dicapai pula perlu ada kaitan dengan
potensi yang ada pada pelajar (Stillwell & Willgoose, 1997). Dengan demikian ini
akan dapat membantu guru Pendidikan Jasmani melaksanakan pengajaran Pendidikan
Jasmani dengan lebih sistematik. Menurut Stillwell dan Willgoose (1997) juga, setiap
guru perlu memikirkan tentang hubungan antara matlamat dengan aktiviti yang
hendak dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Misalnya, memastikan agar aktiviti yang akan dijalankan dapat mencapai matlamat
yang telah ditetapkan dalam program Pendidikan Jasmani, iaitu menjadikan pelajar
sihat dan cergas.
Selain itu, guru Pendidikan Jasmani hendaklah menguasai kandungan yang
terdapat di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Rink (2002), kandungan
adalah bahagian yang penting dalam kurikulum, iaitu apa yang akan dipelajari oleh
pelajar. Mengenal pasti dan menguasai sesuatu kandungan kurikulum akan
memudahkan guru Pendidikan Jasmani merancang pengajaran sesuai dengan
kumpulan pelajar tertentu. Dalam Kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah
Menengah tiga tunjang utama yang perlu didedahkan kepada pelajar ialah tunjang
kecergasan, tunjang kemahiran, dan tunjang kesukanan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1999). Seharusnya guru Pendidikan Jasmani sudah dapat mengenal pasti
dan memahami ketiga-tiga tunjang tersebut sebelum melaksanakan pengajaran
Pendidikan Jasmani secara teori mahupun amali.
Setelah memahami dan mengenal pasti tentang elemen yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat, objektif dan kandungan kurikulum
Pendidikan Jasmani, guru Pendidikan Jasmani juga perlu mengetahui tentang proses
penilaian dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Penilaian merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan di
dalam kurikulum Pendidikan Jasmani (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999).
Melalui pelaksanaan penilaian dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, guru Pendidikan
Jasmani akan dapat mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian
murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999). Selain itu, penilaian juga digunakan
untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
pengajaran guru Pendidikan Jasmani (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999). Bagi
melaksanakan penilaian dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, guru Pendidikan
Jasmani dikehendaki menjalankan ujian ataupun peperiksaan yang berbentuk amali
dan teori. Kedua-dua bentuk jenis ujian atau peperiksaan itu dijalankan bagi
menentukan pencapaian pelajar dalam domain psikomotor, kognitif, dan afekif.
Perancangan dan Persediaan untuk Pengajaran yang Berkesan
Pengajaran merupakan sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan
menguasainya dengan berkesan (Mok, 2006). Proses pengajaran melibatkan tiga
aspek, iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian (Mok, 2006). Perancangan
merupakan perkara utama sebelum melaksana dan menilai pengajaran. Oleh yang
demikian guru Pendidikan Jasmani perlu membuat perancangan yang lebih rapi
sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini
25
Masalah Pendidikan, 31(1)
kerana perancangan adalah kunci kepada pembentukan pengajaran yang baik
(Schempp, 2003). Terdapat beberapa perkara yang perlu dirancang sebelum
melaksanakan pengajaran, antaranya ialah berkaitan dengan kandungan pelajaran,
peruntukan waktu pengajaran, rancangan strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan
dan sumber pengajaran, kemudahan dan peralatan, hasil pembelajaran dan objektif
kandungan.
Kandungan Pelajaran
Kandungan merujuk kepada pengenalpastian terhadap pengetahuan, pemahaman, dan
kemahiran yang akan dikembangkan dalam pengajaran (Bailey & Macfadyen, 2000).
Kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah dibahagikan kepada
tunjang kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Bagi tunjang kecergasan is meliputi
topik kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan kemahiran.
Manakala tunjang kemahiran pula meliputi jenis-jenis permainan seperti bola sepak,
bola tampar, hoki, bola baling, bola jaring, dan sebagainya. Seterusnya tunjang
kesukanan. Melalui kandungan pelajaran itu, guru Pendidikan Jasmani botch
mengenalpasti dan menyusun kandungan pengajaran pula untuk dilaksanakan di
dalam kelas mahupun di padang dengan lebih sistematik. Komponen kandungan
pengajaran adalah idea utama merancang untuk mengajar (Jacobsen, Eggen, &
Kauchak 2002). Menurut Bailey dan Macfadyen (2000), di dalam merancang tentang
kandungan, guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menjawab beberapa soalan
asas seperti berikut:
Apa yang akan dicapai di akhir pengajaran?
Apakah aktiviti yang akan dilaksanakan untuk menjayakan objektif?
Apakah tahap kepayahan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan murid?
Bagaimana saya botch meningkat dari objektif kepada objektif yang lain?
e. Bagaimana murid patut segera ditingkatkan melalui aktiviti?
Melalui soalan-soalan tersebut guru Pendidikan Jasmani akan dapat mengenal pasti
elemen-elemen yang perlu dirancang ketika membuat persediaan mengajar.
Berdasarkan kepada soalan-soalan itu, guru terlebih dahulu perlu mengenal pasti basil
pembelajaran yang akan di capai oleh pelajar. Setelah mengenal pasti basil
pembelajaran tersebut, guru perlu merancang aktiviti selaras dengan basil
pembelajaran. Di sallying itu, guru perlu memastikan tahap aktiviti pengajaran adalah
sesuai dengan kemampuan pelajar. Selain itu guru juga perlu memastikan adanya
kesinambungan antara hasil pembelajaran dengan hasil pembelajaran yang lain. Akhir
sekali, mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi memastikan pelajar dapat menguasai
hasil pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang berkesan. Dengan cara yang dcmikian
proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan efektif.
Peruntukan Waktu Pengajaran
Perancangan yang baik akan memaksimumkan penggunaan masa yang diperuntukkan
(Shahabuddin, Rohizani, & Mohd Zohir, 2003). Olch itu, waktu yang diperuntukkan
perlu digunakan sepenuhnya dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani
dengan lebih berkesan. Penggunaan masa secara efisien merupakan salah satu
daripada aspek pedagogi yang botch menyumbang kepada keberkesanan pengajaran
(Collier & Matanin, 2003). Semasa membuat persediaan pengajaran, guru hendaklah
26
Masalah Pendidikan, 31(1)
bijak merancang pengurusan tentang masa supaya bilangan waktu yang diperuntukkan
sesuai dengan sub-tajuk dan isi-isi penting yang hendak disampaikan kepada murid.
Ini perlu bagi memastikan tidak terlalu banyak kandungan atau sedikit sahaja
maklumat yang disampaikan dalam waktu pengajaran. Misalnya guru perlu bijak
menentukan isi kandungan antara satu waktu pengajaran 40 minit dan satu waktu
pengajaran untuk 80 minit. Ini kerana dalam jumlah masa tersebut ada masa untuk sesi
pengenalan, pemanasan badan, demonstrasi guru, demontrasi pelajar, gerak kerja
kelas, gerak kerja kumpulan, permainan kecil, pengenduran, dan penutup. Kesemua
sesi itu merupakan komponen utama dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah menengah.
Stillwell dan Willgoose (1997) turut menegaskan supaya masa yang
diperuntukkan kepada semua aktiviti semasa merancang kandungan kurikulum
Pendidikan Jasmani patut dikekalkan dalam kerangka pengajaran guru. Jumlah masa
yang diperuntukkan untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan secara langsung
akan mempengaruhi apa yang ingin dicapai dalam program Pendidikan Jasmani
(Pangrazi, 1997). Di samping itu, sebagaimana yang diketahui di dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani lebih banyak masa melibatkan aktiviti latihan. Aktiviti latihan
sangat perlu dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani. Dengan adanya
pelbagai aktiviti latihan, pelajar akan lebih tertarik dengan program Pendidikan
Jasmani (Coelho, 2000). Oleh yang demikian, masa yang mencukupi adalah
diperlukan untuk semua pelajar melakukan latihan dalam Pendidikan Jasmani
(Rink, 2002).
Rancangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran ialah satu proses yang komplcks yang memerlukan pelbagai aktiviti jika
ingin sesuatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya (Siti Hawa,
Mazlen, Norasmah, & Zamri, 2006). Menurut Joyce, Weil, dan Calhoun (2000),
istilah pengajaran selalunya tidak dapat dipisahkan daripada pembelajaran kerana
pengajaran dalam erti kata sebenar bermaksud mengajar pelajar untuk belajar.
Mengikut perinsip-prinsip pengajaran, guru perlu merancang pengajaran mereka
terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran (Zaidatol Akmaliah & Habibah,
2000). Pengajaran merujuk kepada apa yang guru lakukan. Ini termasuk semua kaedah
dan strategi yang digunakan guru untuk melaksanakan pengajaran (Gentzler, 2005).
Pembelajaran pula ialah perubahan yang berlaku terhadap kelakuan hasil daripada
pengalaman dan latihan serta tindak balas hasil daripada faktor biologi (Rink, 2002).
Dalam membuat perancangan, guru perlu memikirkan apa yang patut murid pelajari.
Oleh yang demikian guru hendaklah memastikan bahawa strategi pengajaran dan
aktiviti yang dipilih untuk kumpulan murid tertentu mestilah konsisten dengan apa
yang ingin dicapai (Gentzler, 2005). Aktiviti pengajaran yang akan dijalankan
mestilah dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar (Schempp, 2003). Selain itu,
aktiviti pembelajaran pelajar juga perlu diberi perhatian agar aktiviti tersebut boleh
dilakukan oleh pelajar (Zulkilli Abdullah & Mohd Sofian Omar Fauzee, 2006).
Perancangan pengajaran yang balk dalam Pendidikan Jasmani seharusnya mempunyai
perkara-perkara seperti objektif, persediaan pelajar, penerapan nilai, persediaan guru,
dan butiran pengajaran yang mengandungi langkah/masa pengajaran, isi pelajaran,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan catatan (Mohd Sofian, 2006). Selain itu,
guru Pendidikan Jasmani boleh gunakan pelbagai strategi bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
27
Masalah Pendidikan, 31( I )
Strategi demonstrasi merupakan cara yang paling sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini kerana sebahagian besar
objektif Pendidikan Jasmani boleh dicapai melalui aktiviti fizikal. Oleh yang demikian
guru Pendidikan Jasmani perlu membuat demonstrasi dengan cara betul dan selamat
tentang sesuatu pergerakan fizikal agar pelajar dapat mengikuti dan memahami setiap
kemahiran fizikal yang diberikan. Misalnya kemahiran fizikal seperti melakukan
tendangan bola sepak, memukul bola hoki, menjaring bola dalam bola jaring dan
sebagainya. Dalam pada itu, guru hendaklah memastikan setiap pelajar diberi peluang
untuk bertanya dan melakukan latihan pengukuhan. Ini kerana tahap kemampuan
pelajar dalam sesuatu kumpulan berkemungkinan tidak sama. Latihan pengukuhan ini
melibatkan sesi latihan yang berulang dalam kelas Pendidikan Jasmani. Melalui
latihan yang berulang, lama kelamaan pelajar akan dapat menguasai kemahiran yang
diajarkan. Bagi memastikan pelajar benar-benar telah dapat menguasai sesuatu
kemahiran tersebut, guru boleh mengadakan aktiviti permainan kecil yang diubah suai
dari segi peraturan permainan yang sebenarnya. Misalnya mengadakan pertandingan
menendang dalam permainan bola sepak, memukul bola dalam permainan hoki,
menjaring dalam permainan bola jaring dan sebagainya. Aktivi-aktiviti seperti ini,
selain daripada dapat mengukuhkan sesuatu kemahiran, ia juga akan dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk terus terlibat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan strategi pengajaran secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Pengajaran secara
langsung (direct teaching) boleh dikenali sebagai pengajaran ekspositori (expository
teaching) yang dikaitkan dengan pengajaran berpusatkan guru (teacher-centered) dan
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi pengajaran seseorang guru
(Cruickshank, Jenkins, & Metcalf, 2003). Teknik ini boleh digunakan oleh guru
Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani. Menumt
Cruickshank et al. (2003), dalam mengamalkan teknik pengajaran berpusatkan guru
biasanya kelas akan dikawal sepenuhnya oleh guru. Dalam situasi ini, guru akan
membuat pilihan tentang apa, bila, dan bagaimana untuk mengajar. Guru yang
menggunakan teknik ini juga cenderung melaksanakan perkara-perkara seperti
menentukan matlamat pelajaran, menyusun urutan bahan pengajaran, menggariskan
apa yang pelajar akan buat dan bagaimana pelajar akan buat, memantau
perkembangan pelajar dan memberikan maklum balas yang positif, dan membenarkan
menggunakan masa dengan secukupnya untuk belajar tentang bahan yang disediakan.
Walau bagaimanapun claim satu kajian yang pernah dijalankan oleh Odom,
Stoddard, dan LaNasa (2007), teknik pengajaran berpusatkan guru ini mempunyai
hubungan yang negatif dengan teknik pengajaran berpusatkan pelajar (p<.01;
menyalin nota) tetapi dengan pengajaran berpusatkan pelajar ia mempunyai hubungan
yang positif dengan pencapaian pelajar. Berdasarkan kepada perbincangan di atas
didapati teknik pengajaran berpusatkan pelajar adalah lebih baik berbanding dengan
teknik pengajaran berpusatkan guru.
Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan
pelbagai teknik pengajaran asalkan mencpati objektif pelajaran (Mohd Zohir & Hazri,
2004). Guru yang berkesan adalah guru yang menggunakan pelbagai pendekatan
dalam pengajaran (Cruickshank et al., 2003). Ciri-ciri guru yang istimewa juga adalah
guru yang pandai mempelbagaikan kaedah mengajar dan menyesuaikannya dengan
tahap pencapaian pelajar (Hamidah, Siti Salina, & Farah, 2004). Oleh itu guru
seharusnya tidak terikat dengan hanya satu atau dua kaedah dan teknik sahaja,
28
Masalah Pendidikan, 31(1)
sebaliknya perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan pelajar dan cara
pembelajaran mereka adalah berbeza (Mohd Zohir & Hazri, 2004).
Sekiranya terdapat kekurangan pelbagai corak dalam pengajaran guru, is boleh
memberi kesan yang negatif kepada pembelajaran pelajar (Cruickshank et al., 2003).
Tambahan pula jangka masa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah
di antara 35 hingga 40 minit bagi setiap satu waktu dan ini botch membosankan murid
jika guru hanya menggunakan satu atau dua kaedah sahaja (Mohd Zohir & Hazri,
2004). Cruickshank et al. (2003) telah menjelaskan bahawa guru yang menggunakan
pelbagai corak dalam pengajaran akan dapat mencegah kebosanan dan sebaliknya
pelajar akan menjadi lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru perlu
peka dengan masa yang dirancang supaya tiada aktiviti yang tertinggal atau
dipendekkan daripada masa yang dirancang (Shahabuddin et al., 2003). Selain
daripada menggunakan teknik-teknik tertentu dalam pengajaran, guru juga perlu
memberi peluang kepada pelajar melakukan latihan dan menggalakkan mereka
melaksanakan latihan dengan menggunakan kemudahan dan peralatan yang sesuai
dengan topik pengajaran (Shahabuddin et al., 2003). Semasa di dalam kelas, guru
perlu sentiasa memantau dan fokus kepada langkah-langkah pelajaran dan pastikan
kemajuan pelajar selaras dengan matlamat pembelajaran (Schempp, 2003).
Bahan atau Sumber Pengajaran
Bahan atau sumber pengajaran merupakan salah satu faktor yang dapat membantu
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan balk. Menurut
Shahabuddin et al. (2003), gangguan di dalam kelas boleh dielakkan dengan
melaksanakan pengajaran dengan menggunakan bahan atau sumber yang menarik.
Oleh yang demikian, guru perlu merancang dengan menentukan dan menyediakan
bahan atau sumber yang sesuai untuk pengajaran. Orlich (2001, dalam Wandberg &
Rohwer, 2003) ada menyatakan bahawa salah satu daripada teknik guru yang
berkesan
dalam proses merancang ialah mengumpul pelbagai bahan pengajaran. Bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani khususnya bagi
tunjang kecergasan, guru Pendidikan Jasmani boleh menggunakan bahan-bahan
seperti rajah otot, jantung, sistem pernafasan, contoh aktiviti latihan kecergasan,
majalah kesihatan atau kecergasan, dan contoh jadual latihan kecergasan. Manakala
bagi tunjang kemahiran, guru botch menggunakan bahan-bahan seperti video yang
menayangkan secara sistematik cara-cara melakukan pergerakan yang betul, rajah
strategi permainan, dan rajah gelanggang permainan; untuk tunjang kesukanan pula,
guru botch menggunakan bahan-bahan seperti buku-buku rujukan berkaitan dengan
sesuatu pertandingan, etika dalam bersukan, kerjaya dalam sukan, dan artiket-artikel
yang berkaitan dengan isu-isu dalam sukan.
Penyediaan bahan atau sumber pengajaran itu membolehkan guru menyediakan
alat bantu mengajar yang sesuai ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(Mok, 2006). Ketika membuat persediaan sumber pengajaran, sebaik-baiknya guru
hendaklah mengenal pasti bahan atau sumber yang diperlukan dan berbincang dengan
guru-guru lain yang berkenaan dengan bahan tersebut. Bahan pelajaran juga perlu
dianalisis selepas mengkaji sesuatu kandungan pelajaran (Mok, 2006). Siti Hawa et al.
(2006) mencadangkan agar perlu dibuat pemilihan dan pengadaptasian bahan
pengajaran tersebut mengikut tahap perkembangan pelajar. Ini kerana tahap
kemampuan dalam kalangan pelajar adalah berbeza. Sekiranya guru tidak mengambil
29
Masalah Pendidikan, 31(1)
kira tentang tahap kemampuan pelajar, kemungkinan ada di antara pelajar yang
ketinggalan dari segi penguasaan sesuatu pengetahuan ataupun kemahiran. Selain
daripada itu minat pelajar terhadap kelas Pendidikan Jasmani juga akan menurun.
Kemudahan dan Peralatan
Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepada kemudahan dan peralatan yang
sedia ada (Stillwell & Willgoose, 1997). Sekolah sebagai tempat pelaksanaan
kurikulum bertanggungjawab ke atas kemudahan dan peralatan untuk kegunaan kelas
pengajaran dan juga untuk aktiviti-aktiviti bukan pengajaran (Darst & Pangrazi,
2006). Ini menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu
aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum
Pendidikan Jasmani.
Penglibatan pelajar akan menjadi lebih aktif sekiranya peralatan yang digunakan
adalah mencukupi (Mohd Sofian, 2006). Bucher dan Krotte (2002) juga ada
menegaskan bahawa pengendalian program yang berkualiti dalam Pendidikan Jasmani
memerlukan kemudahan. Seterusnya, pengajaran akan dipermudahkan sekiranya
terdapat banyak peralatan yang boleh digunakan. Pendidikan Jasmani tidak dapat
dijalankan tanpa peralatan yang lengkap. Mengajar Pendidikan Jasmani tanpa
peralatan samalah seperti mengajar subjek akademik tanpa buku dan bahan-bahan
sokongan yang lain (Pangrazi, 1997).
Kemudahan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani meliputi padang, gelanggang
permainan, kolam renang, dewan serbaguna, gimnasium dan balapan. Manakala
peralatan pula ialah kayu hoki, bola sepak, raket badminton dan sebagainya. Untuk
tajuk kecergasan, peralatan yang disarankan ialah seperti portable treadmill,
lightweight dumbbells, gym balls, chairs, benches, desks, mats, rowing machine and
computer (Bucher & Krotte, 2002). Peralatan-peralatan kecergasan seperti ini adalah
agak mahal dan sukar diperolehi oleh sekolah. Oleh yang demikian guru Pendidikan
Jasmani boleh juga mereka bentuk alatan yang sesuai ba gi menjalankan aktiviti
kecergasan dalam kalangan pelajar di sekolah.
Guru Pendidikan Jasmani perlu merancang dan rnenyediakan kemudahan dan
peralatan dengan baik bagi memastikan kurikulum Pendidikan .lasmani dilaksanakan
dengan sempurna. Perancangan tentang peralatan biasanya dibuat sebelum kelas
bermula (Schempp, 2003). Sebelum memulakan kelas, guru perlu tahu jenis peralatan
yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran. Dengan demikian guru akan dapat
menyusun pengajaran dan membentuk kumpulan dalam kalangan pelajar (Pangrazi,
1997). Misalnya, jika alatan sukan hanya ada 16 unit dan pelajar terdiri dari 30 orang,
maka alat boleh digunakan secara berkongsi ataupun digunakan dalam bentuk station
(Pangrazi, 1997). Kaedah ini boleh diaplikasikan dalam permainan hoki, bola sepak,
bola jaring dan sebagainya. Jika dalam permainan hoki alatan seperti kayu hoki tidak
mencukupi, guru Pendidikan Jasmani boleh membentuk pelajar kepada beberapa
kumpulan kecil seramai tiga hingga empat orang. Setiap kumpulan seterusnya boleh
menggunakan satu kayu hoki secara bergilir-gilir untuk memukul bola. Dengan
demikian masalah kekurangan alatan seperti kayu hoki secara tidak langsung dapat di
atasi. Walau bagaimanapun kaedah ini boleh dilakukan sekiranya ada kemudahan
seperti padang yang luas. Sekiranya kawasan padang adalah kecil, agak sukar untuk
pelajar melakukan latihan memukul bola hoki.
30
Masalah Pendidikan, 31(1)
Dalam membuat perancangan berkaitan dengan peralatan, pertimbangan perlu
dibuat tentang lokasi dan kawasan aktiviti yang akan digunakan (Schempp, 2003).
Lokasi dan kawasan aktiviti yang tidak jauh akan menjimatkan masa seterusnya
pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan sempurna (Schempp, 2003). Ini kerana
ketika mengendalikan aktiviti pengajaran, is akan dapat mengurangkan masa
peralihan kelas (Schempp, 2003). Oleh yang demikian, sekiranya lokasi kelas pelajar
jauh daripada kawasan aktiviti seperti padang, guru Pendidikan Jasmani perlu
memastikan peralatan yang akan digunakan disediakan lebih awal di padang ataupun
menempatkan peralatan yang sering digunakan dalam aktiviti Pendidikan Jasmani
berhampiran dengan padang.
Oleh itu setiap sekolah perlu ada stor untuk menyimpan peralatan sukan.
Menurut Pangrazi (1997), selain daripada mempunyai alat yang lengkap, sekolah juga
perlu ada kemudahan stor Pendidikan Jasmani yang sesuai untuk menyimpan
peralatan tersebut. Di dalam stor tersebut peralatan hendaklah diletakkan dengan
betul. Semua guru perlu tahu cara meminjam dan memulangkan peralatan yang
diambil dari stor; jika tidak, sukar untuk mendapatkan semula peralatan yang akan
digunakan untuk pengajaran. Bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran Pendidikan
Jasmani juga, kemudahan seperti dewan serbaguna perlu disediakan. Majoriti aktiviti
pengajaran Pendidikan Jasmani lebih baik dilaksanakan di dalam dewan serbaguna
(Pangrazi,1997). Sekiranya aktiviti dijalankan di dalam dewan serbaguna, faktor
kebisingan dapat dikurangkan dan peralatan yang digunakan tidak perlu dibawa
masuk dan keluar dari stor ke tempat aktiviti (dewan serbaguna). Peralatan tersebut
boleh disimpan di dalam dewan serbaguna tersebut. Selain itu, sekiranya keadaan
cuaca di luar tidak balk, aktiviti pengajaran boleh dijalankan atau diteruskan di dalam
dewan serbaguna (Pangrazi, 1997). Oleh yang demikian, menurut Pangrazi (1997),
bagi menjayakan program Pendidikan Jasmani, kemudahan dan peralatan perlu
mempunyai kepentingannya kepada setiap aktiviti dan mencukupi seperti
sumbersumber
lain di sekolah.
Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam program Pendidikan Jasmani
juga mesti selamat digunakan (Darst & Pangrazi, 2006). Guru Pendidikan Jasmani
perlu memastikan kemudahan seperti padang dan gelanggang permainan tidak
berlubang dan tidak mempunyai objek-objek yang merbahaya yang boleh
mencederakan anggota badan pelajar. Sebaik-baiknya, pemeriksaan perlu dijalankan
terlebih dahulu sebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Begitti juga dengan peralatan yang akan digunakan di dalam
aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani. Seharusnya guru Pendidikan Jasmani
membuat pemeriksaan dan memastikan tidak ada alat sukan yang sudah rosak dan
boleh mendatangkan risiko jika digunakan. Alatan seperti kayu hoki pecah atau patah,
bola sepak bocor, tilam yang rosak, dan scbagainya sebenarnya boleh mendatangkan
kecederaan kepada pelajar sekiranya digunakan di dalam aktiviti pengajaran
Pendidikan Jasmani.
Hasil Pembelajaran
Hasil atau "outcomes" ialah suatu perkara yang menjelaskan tentang apa yang pelajar
akan tahu dan mampu lakukan setelah menyertai aktiviti dalam satu program
(Siedentop & Tannehill, 2000). Hasil pembelajaran pula adalah pernyataan tentang
pengetahuan, kemahiran, dan kemampuan pelajar dan dapat dilihat selepas melalui
satu pengalaman pembelajaran (Barr, McCabe, & Sifferlen, 2001). Hasil pembelajaran
31
Masalah Pendidikan, 31(1)
juga merupakan pernyataan yang khusus tentang apa yang pelajar akan tahu atau
mampu lakukan selepas mengikuti sesuatu aktiviti (Writing Learning Outcomes,
2008). Berdasarkan kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, basil pembelajaran
perlu disediakan di dalam Rancangan Kerja Tahunan yang dipecahkan mengikut
penggal, atau men gikut bulan (Shahabuddin et al., 2003). Menyediakan basil
pembelajaran adalah satu langkah yang baik di dalam amalan pendidikan, kerana
dapat menjelaskan apa yang akan cuba dicapai dan apa yang mereka patut jangka
dapat dari sesuatu topik pelajaran (Writing Learning Outcomes, 2008).
Di dalam merangka sesuatu kursus atau pengajaran, hasil pembelajaran didapati
disusun dan diletakkan sebelurn objektif pengajaran (Determining Learning
Objectives, 2008). Ini adalah kerana objektif dibentuk berdasarkan kepada hasil yang
telah ditetapkan terlebih dahulu (Siedentop & Tannehill, 2000). Secara tidak langsung
hasil pembelajaran memainkan peranan penting dalam membentuk sesuatu objektif
dalam merancang pengajaran Pendidikan Jasmani.
Dengan adanya hasil pembelajaran juga, guru akan dapat mereka bentuk
pengajaran berdasarkan topik yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian guru
Pendidikan Jasmani perlu mengenal pasti terlebih dahulu topik-topik yang telah sedia
ada di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Mengenal pasti topik yang lebih khusus
terlebih dahulu akan dapat membantu guru merancang pengajaran (Jacobsen et al.,
2002). Selain itu, basil pembelajaran juga dapat dijadikan sebagai panduan dalam
merancang sesuatu aktiviti, misalnya a) mengenal pasti perubahan tingkah laku yang
akan berlaku kepada pelajar, b) sebagai panduan untuk menentukan kandungan
pelajaran, pengajaran, dan penilaian; c) mengenal pasti secara lebih khusus apa yang
patut diajar, dan d) menjelaskan kepada pelajar apa yang boleh dicapai (Writing
Learning Outcomes, 2008). Disamping itu guru juga boleh menggunakan basil
pembelajaran untuk menjelaskan kepada pelajar apa yang mereka akan pelajari (Aims
and Learning Outcomes, 2008).
Tajuk di dalam tunjang kecergasan, kemahiran dan kesukanan mempunyai
hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Misalnya, bagi tajuk daya tahan
kardiovaskular, hasil pembelajarannya ialah pelajar dapat menyatakan maksud atau
konsep tentang daya tahan kardiovaskular, mengenal pasti aktiviti daya tahan
kardiovaskular, menyatakan kaitan antara sistem peredaran darah dan sistem jantung,
melakukan sekurang-kurangnya dua aktiviti daya tahan kardiovaskular, memilih
alatan yang sesuai untuk digunakan semasa aktiviti daya tahan kardiovaskular,
menjelaskan kepentingan aktiviti daya tahan kardiovaskular, dan menghuraikan kesan
fisiologi hasil daripada latihan daya tahan kardiovaskular (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2001).
Manakala basil pembelajaran daya tahan otot ialah pelajar dapat menyatakan
konsep daya tahan otot, melakukan aktiviti daya tahan otot dengan cara yang betul dan
selamat, menyatakan aktiviti penguncupan isometrik, melakukan sekurang-kurangnya
tiga aktiviti penguncupan isometrik, menyenaraikan dua faedah latihan daya tahan
otot, menjelaskan maksud penguncupan isometrik, dapat menyatakan otot-otot utama
yang terlibat dalam aktiviti daya tahan otot, mengenal pasti kesan latihan
penguncupan isometrik ke atas atlit, dan dapat menghuraikan kepentingan latihan
isometrik claim permainan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).
Selanjutnya basil pembelajaran kekuatan otot pula ialah pelajar dapat
menyatakan maksud kekuatan otot, melaksanakan langkah-langkah keselamatan
semasa menjalankan aktiviti kekuatan, melakukan sekurang-kurangnya tiga aktiviti
kekuatan otot dengan cara yang betul dan selamat, menghuraikan kesan latihan
32
Masalah Pendidikan, 31(1)
kekuatan otot, menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam aktiviti kekuatan otot
dan menghuraikan kepentingan latihan kekuatan otot dalam permainan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2001).
Objektif Pelajaran
Objektif boleh dikenali juga sebagai objektif pelajaran, objektif pengajaranpembelajaran,
dan objektif pengajaran. Bagi Shahabuddin et al. (2003) objektif
pengajaran ialah suatu keterangan mengenai prestasi yang perlu ditunjukkan oleh
pelajar sebelum dianggap berupaya (competent). Menurut Mok (2006), objektif
pelajaran ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran pelajaran supaya
pelajar dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Abdul
Ghafar (2003) pula menjelaskan objcktif pengajaran - pembelajaran merupakan suatu
perkara yang hendak dicapai setelah tamat sesi pengajaran. Berdasarkan kepada
maksud yang dihuraikan oleh Mok (2006) dan Abdul Ghafar (2003), kedua-duanya
melibatkan basil daripada proses pengajaran yang diikuti oleh pelajar. Maka, guru
Pendidikan Jasmani perlu merancang aspek yang berkaitan dengan objektif pelajaran
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Jacobsen et al. (2002), membentuk objektif adalah perkara utama
dalam merancang pengajaran dan terdapat 3 fungsi dalam menyediakan objektif.
Pertama, dapat mengembangkan matlamat setiap unit dengan menjelaskan secara
lebih terperinci. Kedua, dapat mengkhususkan apa yang pelajar patut tahu dan mampu
lakukan di akhir pengajaran. Ketiga, menterjemahkan setiap unit kandungan ke dalam
hasil yang boleh diukur. Selain itu, objektif juga dapat membantu guru merancang
aktiviti pengajaran dengan teliti. Objektif ini juga perlu bagi seseorang guru dalam
menentukan kandungan dan prosedur pengajaran; menyusun strategi dan aktiviti; dan
menilai serta mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Shahabuddin et
al., 2003).
Abdul Ghafar (2003) pula, menghuraikan tujuan menulis objektif seperti berikut:
Memberi panduan bagi menentukan teknik atau kaedah pengajaran.
Sesuatu bahan pengajaran yang hendak disampaikan perlu menggunakan
teknik atau kaedah yang sesuai. Berdasarkan objektif pengajaran, guru boleh
mengenal pasti kaedah yang paling relevan. Misalnya, sekiranya antara
objektif pengajaran adalah untuk menunjukkan kepada pclajar cara-cara atau
teknik menendang bola, kaedah yang paling sesuai ialah kaedah demonstrasi
atau tunjuk cara.
Membantu guru mengenal pasti bahan atau alat bantu mengajar.
Berdasarkan objektif pengajaran, guru boleh menyediakan bahan atau alat bantu
mengajar yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran untuk mencapai
objektif tersebut. Misalnya, untuk mengajar pelajar menendang bola dengan
betul, tentulah guru perlu menyediakan bahan seperti bola sepak dan kon.
c) Memberi panduan untuk membina ujian.
Soalan ujian boleh dibina berdasarkan objektif pengajaran-pembelajaran.
Soalan yang dibina berdasarkan objektif pengajaran akan menentukan kesahan
dan kebolehpercayaan ujian tersebut.
Mok (2006) pula menjelaskan 6 kepentingan objektif pengajaran dan pembelajaran.
a) Objektif pengajaran-pembelajaran adalah ditentukan berdasarkan objektif
Sukatan Pelajaran. Oleh itu, is menjadi panduan asas untuk menentukan segala
33
Masalah Pendidikan, 31(1)
proses pengajaran-pembelajaran, supaya tidak menyeleweng daripada tujuan
yang sebenar.
Berdasarkan kepada objektif pengajaran-pembelajaran, pengajar akan
memahami tugas-tugas yang sebenar semasa merancang persediaan mengajar
dan melaksanakannya di dalam kelas.
Dengan adanya objektif tersebut, pengajar boleh memilih sumber pelajaran
serta isi pelajaran yang sesuai.
Objektif pengajaran-pembelajaran juga membolehkan pengajar menentukan
jenis penilaian yang akan digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Di samping itu, ia juga membolehkan pengajar mengukur prestasi
pengajarannya. Kesimpulan yang diperolehi daripada penilaian ini akan
digunakan untuk membaiki pengajaran selanjutnya.
f) Selain itu, ia membolehkan pengajar menentukan strategi pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti susulan yang berkesan.
Penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat berdasarkan
kepada tiga domain iaitu domain kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor
(Shahabuddin et al., 2003).
Domain Kognitif
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain kognitif menegaskan hasil
intelek seperti pengetahuan dan pemahaman sesuatu istilah, fakta, konsep,
prinsip, hukum, kaedah, cara dan prosedur serta kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Hasil Pembelajaran yang diharapkan boleh dikategorikan
kepada enam kategori Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Domain Afektif
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain afektif merupakan objektif yang
menegaskan aspek rohani dan emosi seperti sikap, nilai dan perasaan.
c) Domain Psikomotor
Objektif pengajaran dan pembelajaran domain psikomotor pula menegaskan
tingkah laku atau kemahiran pergerakan seperti menulis, melukis, bermain,
dan berenang.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa merancang dan
menyediakan objektif pengajaran-pembelajaran. Dengan mematuhi cara yang betul
menulis objektif pengajaran-pembelajaran, objektif tersebut akan lebih tersusun dan
berfungsi (Abdul Ghafar, 2003). Antara perkara penting yang boleh dijadikan panduan
semasa menulis objektif pengajaran-pembelajaran adalah seperti berikut:
Perlakuan pelajar
Menulis objektif hendaklah dari segi perlakuan pelajar: iaitu perlakuan yang
perlu mereka tunjuk atau hasilkan. Suatu ketika dahulu, perlakuan guru yang
diberi perhatian semasa proses pengajaran-pembelajaran. Tetapi kini dirasakan
perlakuan pelajar yang lebih relevan dan penting. Guru boleh membuat
berbagai-bagai aktiviti, tetapi sekiranya pelajar pasif, proses pembelajaran
tidak akan berkesan.
Perlakuan yang jelas
Perlakuan yang diharapkan pelajar lakukan hendaklah perlakuan yang nyata
dilihat dan mudah diukur. Perlakuan yang subjektif atau abstrak sukar untuk
dilihat dan dinilai. Perlakuan seperti membaca, menyebut, mengeja, dan
34
Masalah Pendidikan, 31( 1)
mengira adalah perlakuan-perlakuan yang jelas dan boleh diukur. Tetapi
perlakuan seperti membayangkan, menghayati, mengandaikan, dan
menjangkakan adalah contoh-contoh perlakuan yang kabur, abstrak, dan sukar
untuk dinilai.
Situasi Pembelajaran
Di samping menentukan perlakuan pelajar yang perlu mereka lakukan, guru
juga perlu menyatakan situasi dalam mana perlakuan itu dipraktikkan. Situasi
pembelajaran yang sesuai akan membantu pelajar dalam proses pembelajaran.
Kriteria Pencapaian
Sesuatu objektif pengajaran-pembelajaran perlu menentukan kriteria yang
setara bagi menilai pencapaian perlakuan tersebut. Fungsi utama kriteria yang
disediakan ini adalah untuk mengukur atau menilai perlakuan pelajar.
Pencapaian seseorang pelajar, sama ada baik, sederhana, atau Iemah, dapat
ditentukan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
e) Pencapaian minimum
Ada baiknya sekiranya guru menetapkan apakah pencapaian minimum yang
perlu diperolehi oleh pelajar dalam objektif pengajaran-pembelajaran. Dengan
menyatakan tahap minimum yang perlu dicapai, pelajar akan dapat mengetahui
kebolehan atau keupayaan mereka.
t) Objektif yang munasabah
Guru perlu memikirkan objektif pengajaran-pembelajaran yang boleh dicapai
dalam satu atau dua waktu pelajaran. Guru tidak sepatutnya mcnyediakan
objektif yang terlalu ideal dan tinggi sehingga tidak memadai dengan masa
yang ada.
Guru juga boleh membina objektif pengajaran-pembelajaran berdasarkan
soalan-soalan panduan seperti berikut:
Adakah objektif ini relevan dengan kurikulum yang perlu pelajar ketahui?
Bolehkah pelajar ini mencapai objektif tersebut?
Adakah objektif ini bersesuaian dengan kesediaan dan tahap kebolehan
pelajar?
Adakah objektif ini mengambil kira perbezaan individu?
e) Adakah objektif ini melibatkan pembelajaran ketiga-tiga domain (kognitif,
afektif, psikomotor)?
t) Adakah objektif ini ditulis berdasarkan apa yang pelajar patut ketahui atau
lakukan, dan ditulis dengan jelas agar pelajar benar-benar faham apa yang
patut mereka ketahui dan lakukan?
Sebaik-baiknya guru Pendidikan Jasmani perlu menjawab terlebih dahulu
soalan-soalan seperti di atas sebelum merancang tentang objektif pengajaran dalam
kurikulum Pendidikan Jasmani. Ini kerana pelajar yang akan mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak semuanya mempunyai
kemampuan dan kebolehan yang sama. Kemungkinan ada di antara mereka
mempunyai tahap kemahiran atau kecergasan yang tinggi dan sebaliknya. Di samping
itu kemungkinan ada di antara mereka yang tidak pernah mengikuti sebarang aktiviti
fizikal sebelum kelas Pendidikan Jasmani. Oleh yang demikian guru Pendidikan
Jasmani perlu membuat tinjauan terlebih dahulu ke atas kemampuan dan kebolehan
pelajar sebelum merancang tentang objektif pengajaran Pendidikan Jasmani. Dengan
35
Masalah Pendidikan, 31(1)
demikian guru Pendidikan Jasmani akan dapat mengenal pasti objektif yang sesuai
untuk dilaksanakan.
Terdapat dua jenis objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu ada semasa
merancang pengajaran iaitu objektif umum dan ohjektif khusus (Shahabuddin et al.,
2003). Objektif umum ialah objektif yang hendak dihasilkan secara keseluruhan bagi
pelajaran yang berbentuk implisit pada hari tersebut. Ia menggunakan kata kerja bagi
menerangkan pencapaian murid yang dihasratkan dari segi kognitif, alektif, dan
psikomotor di samping memberikan skop bidang kajian (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1999). Kata kerja yang sering digunakan bagi menyatakan/menulis objektif
am ialah mengetahui, memahami. mentafsir, menggunakan/mengaplikasi,
menyelesaikan masalah, hertutur/berucap, menulis, merancang dan menilai (kognitif);
menyedari, menerima dan menghargai (afektif); dan bermain, melakar, memasang,
membina, mereka cipta, melukis, membaiki dan menghasilkan (psikomotor). Contoh
objektif umum dalam pengajaran Pendidikan Jasmani ialah di akhir pengajaran pelajar
akan dapat melakukan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar.
Objektif khusus pula ialah objektif yang dinyatakan secara khusus, berbentuk
eksplisit. Objektif ini memperincikan objektif umum, ditulis dalam bentuk perlakuan
yang boleh dicerap atau diukur yang menggambarkan kedalaman bidang kajian
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999). Kata kerja yamg digunakan perlu
menampakkan sifat eksplisit dan boleh diukur misalnya melabel, mendefinisi,
menyenarai, menerang, memberi contoh, mengira, menggunakan, membandingkan,
memilih, mengelaskan, merumus, mengkritik dan menyokong (kognitif) dan
membuat, menimbang (psikomotor).
Sebaik-baiknya dalam satu pelajaran perlu ada lebih daripada satu ohjektif
khusus dan dibuat mengikut nombor. Contoh objektif khusus dalam pengajaran
Pendidikan Jasmani dapat dibahagikan kepada domain psikomotor, kognitif, dan
afektif. Contoh objektif khusus bagi domain psikomotor ialah pelajar dapat melakukan
teknik menyangga dengan betul, objektif khusus bagi domain kognitif pula ialah
pelajar dapat mengenalpasti otot-otot tangan yang terlibat claim aktiviti menyangga.
Seterusnya objektif khusus bagi domain afektif ialah mewujudkan kerjasama antara
satu sama lain dalam kumpulan.
Dalam menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran. Abdul Ghafar (2003)
menyarankan empat perkara penting yang perlu disebut atau ditulis, iaitu:
Pelajar
Ketika menulis objektif pengajaran-pembelajaran, guru hendaklah memastikan
siapakah pelakunya. Dalam contoh di atas, pelakunya ialah pelajar.
Setelah melihat peta
Kenyataan ini adalah contoh situasi pembelajaran; iaitu keadaan yang
disediakan oleh guru untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran.
Menyebut dan menulis
Kenyataan ini adalah contoh perlakuan pelajar yang boleh dilihat dan diukur.
Guru boleh memerhatikan perlakuan yang akan dilakukan oleh pelajar dan
botch menentukan sama ada pelajar itu boleh melakukannya atau tidak.
Sekurang-kurangnya tiga daripada lima
Ini adalah kenyataan yang menentukan kriteria untuk menilai pencapaian dan
juga peringkat pencapaian yang minimum. Pelajar boleh dianggap berjaya
sekiranya dia dapat mencapai tahap pencapaian minimum yang ditetapkan.
36
Masalah Pendidikan, 31( 1 )
Berdasarkan kepada penjelasan tentang panduan dan kepentingan menyediakan
objektif tersebut, guru Pendidikan Jasmani sebaik-baiknya sudah mendapat
pendedahan lebih awal tentang cara menyediakan objektif pengajaran Pendidikan
Jasmani semasa menjalani kursus sama ada di maktab ataupun di universiti. Ini kerana
apabila guru Pendidikan Jasmani ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Jasmani di
sekolah, mereka akan terus diberi tanggungjawab untuk mengajar Pendidikan
Jasmani. Masa untuk belajar bagaimana merancang tentang objektif pelajaran tidak
sesuai lagi pada waktu tersebut.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa untuk menjadi seorang guru Pendidikan
Jasmani yang berkesan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat pclbagai aspek yang perlu diperhatikan
sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. la
memerlukan perancangan pengajaran yang rani dan teratur. Perancangan akan
memastikan bahawa guru tidak mensia-siakan waktu pengajaran dengan hal-hal yang
tidak berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan. Melalui perancangan juga,
guru dapat menentukan setiap topik dapat dihabiskan sebelum tamat persekolahan
pada tahun berkenaan (Mohd Zohir & Hazri, 2004). Seterusnya menurut Noraini
(2001), perancangan pengajaran yang dibuat dengan teratur dan sesuai dengan
peringkat pencapaian pelajar juga akan menghasilkan kejayaan dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik dadah. Oleh yang demikian perancan gan pengajaran sebelum
melaksanakan pengajaran perlu ditekankan oleh guru Pendidikan Jasmani sekiranya
mahu memastikan proses pengajaran Pendidikan Jasmani dapat dilaksanakan dengan
berkesan di sekolah menengah.
37
Masalah Pendidikan, 31(1)
Rujukan
Abdul Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Abu Bakar Nordin, & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah pendidikan dan kurikulum.
Tanjong Malim: Quantum Books.
Aims and Learning Outcomes. (2008). Dimuat turun pada 2 February, 2008, daripada
http://www.flinders.edu.au/teach/t41/eur_des/aims.php
Bailey, R., & Macfadyen, T. (2000). Teaching physical education 5-11. London:
Continuum.
Barr, R., McCabe, R., & Sifferlen, N. (2001). Defining and teaching learning
outcomes. Dimuat turun pada 12 February, 2008, daripada
http://www.league.org/league/projects/1cp3/Leaming Outcome.htm.
Bucher, C. A., & Krotte, M. L. (2002). Management of physical education and sport
(I2th ed.). New York: McGraw-Hill.
Coelho, J. D. (2000). Students perceptions of physical education in a mandatory
college program. Journal of Teaching in Physical Education, 19, 222-245.
Collier, C., & Matanin, M. (2003). Longitudinal analysis of preservice teachers'
beliefs about teaching physical education. Journal of Teaching in Physical
Education, 22, 153-168.
Cruickshank, D. R., Jenkins, D. B., & Metcalf, K. K. (2003). The act of teaching (3rd
ed.). New York: McGraw-Hill.
Darst, P. W., & Pangrazi, R. P. (2006). Dynamic physical education for secondary
school students (5th ed.). San Francisco: Pearson.
Determining Learning Objectives. (2008). Dimuat turun pada 12 February, 2008,
daripada http://learningforlife.fsu.edu/cl/explore/onlineresources/docs/chptr2.
pdf.12.2.2008.
Gentzler, Y. (2005). A new teacher's guide to best practices. New York: Corwin
Press.
Hamidah binti Sulaiman, Siti Salina Abdullah, & Farrah Dina Yusop. (2004). Peranan
ibu bapa dan guru dalam membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
pencapaian akademik. Masalah Pendidikan, 27, 75-86.
Jacobsen, D. A., Eggen, P., & Kauchak, D. (2002). Methods for teaching: Promoting
student learning (6th ed.). Columbus, OH: Prentice Hall.
Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2000). Models of teaching. Boston: Allyn &
Bacon.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1999). Kemahiran berfikir dan strategi berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran SUMS. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1999). Sukatan pelajaran rendah dan menengah:
Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Huraian sukatan pelajaran hersepadu
sekolah menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
38
Masalah Pendidikan, 31(1)
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Laporan kajian penilaian pelaksanaan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Unit Penilaian dan Pengesanan Dasar, Bahagian Perancangan &
Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Mohd Sofian Omar Fauzee. (2006). Kaedah mengajar Pendidikan Jasmani. Shah
Alam: Karisma.
Mohd Zohir Ahmad, & Hazri Jamil. (2004). Kaedah perbincangan. Dalam Hazri
Jamil, Hashim Othman, & Rohizani Yaakub, Pengantar kaedah mengajar mata
pelajaran kemanusiaan. Shah Alam: Karisma.
Mok Soon Sang. (1995). Asas pendidikan 3. Kurikulum dan praktikum. Kuala
Lumpur: Budiman.
Mok Soon Sang. (2006). Pengurusan pengajaran pembelajaran untuk
pensyarahpensyarah
institut perguruan, matrikulasi, politeknik dan kolej komuniti.
Selangor: Multimedia.
Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan kurikulum. Ipoh: Multimedia.
Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Selangor: Utusan
Publications.
Odom, A. L., Stoddard, E. R., & LaNasa, S. (2007). Teacher practices and middleschool
science achievements. International Journal of Science Education,
29(11), 1329-1346.
Pangrazi, R. P. (1997). Teaching elementary physical education: A handbook for the
classroom teacher. Boston: Allyn & Bacon.
Rink, J. E. (2002). Teaching physical education for learning (4th ed.). Dubuque: Mc
Graw-l-lill.
Schempp, P. G. (2003). Teaching sport and physical activity: Insights on the road to
excellence. Champaign, IL: Human Kinetics.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi:
Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Shah Alam: PTS.
Siedentop, D., & Tannehill, D. (2000). Developing teaching skills in physical
education (4th ed.). Mountain View, CA: Mayfield.
Siti Hawa Othman, Mazlen Arepin, Norasmah Othman, & Zamri Mahamod. (2006).
Strategi guru novis dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam Norasmah
Othman, Zamri Mahamod, & Mohammed Sani (Sid. Ed.), Kesediaan
projesionalisme guru novis: Cadangan model latihan. Bangi: UKM.
Stillwell, J. L., & Willgoose, C. E. (1997). The Physical Education curriculum (5th
ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 25/1998: Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Wandberg, R., & Rohwer, J. (2003). Teaching to standards of effective practice: A
guide to becoming a successful teacher. Boston: Allyn & Bacon.
Writing Learning Outcomes. (2008). Dimuat turun pada 2 February, 2008, daripada
http://www.aallnet.org/prodev/outcomes.asp
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, & Habibah Elias. (2000). Pengajaran dan
pembelajaran perdagangan, keusahawanan dan ekonoini asas. Serdang:
Penerbit UPM.
Zulkifli Abdullah, & Mohd Sofian Omar Fauzee. (2006). Merekabentuk pengalaman
pembelajaran dan aktiviti. Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed.), Kaedah
mengajar Pendidikan Jasmani (hlm. 43-57). Shah Alam: Karisma.

You might also like