You are on page 1of 32

TEKNIK MENGINGAT

KEHEBATAN CIPTAAN
OTAK MANUSIA
• Berat: 1.3kg
• Otak kiri dan kanan
• Serembrum: Mengawal
memori
• Yang rajin berfikir 1 trilion sel
• Yang jarang berfikir 10 bilion
sel
• Mampu menampung 120
kemahiran
BAGAIMANA OTAK
MENGINGAT
1. TUMPUAN 100%
• ‘Tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa
yang anda mahu anda ingat.
• Walaupun banyak perkara yang berlaku,
minda anda hanya boleh fokuskan kepada
satu perkara sahaja pada satu masa.
CONTOH
• Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci
rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?
• Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut?
Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak
menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda
meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya, semasa
anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam
peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus kepada perkara
lain seperti rancangan di televisyen atau masakan
tengahari.Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru anda
ajarkan, semasa guru mengajar:
2. TUKARKAN MAKLUMAT KEPADA GAMBAR

• Bahasa memori anda ialah ‘gambar‘? Ini


bermaksud, anda berfikir dan mengingat
dengan cara bergambar. Jika sesoerang
menyebut perkataan ‘asap’, anda akan
terbayangkan gambar asap yang berkepul-
kepul, bukan tulisan ‘a.s.a.p’. Dengan
mengetahui bahasa memori ini, anda boleh
mengingati sesuatu dengan lebih mudah.
CONTOH

Kuala Lumpur

Basikal
LATIHAN

Living thing

Unseen living thing


3.ULANG DAN ULANG
• untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda
perlu ulang dan latih semula apa yang anda
ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa
selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada
90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini
boleh dielakkan jika anda mengulang semula
apa yang telah anda pelajari atau apa yang
ingin anda ingat.
CONTOH
• “Nama saya Ahmad.” “Oh..Ahmad…..Ahmad dari
mana….” Ahmad ke sini ada urusan apa?”Apabila
anda mengulang nama itu beberapa kali dalam
perbualan anda, anda jadi lebih mudah ingat nama
itu.
• Di dalam pelajaran pula, satu teknik terbaik untuk
ingat apa yang guru anda ajarkan ialah pada waktu
malam sebelum anda tidur, anda buka semula buku
dan nota yang anda tulis dalam kelas bersama guru
anda siang tadi.
4. MENJAGA MASA TIDUR ANDA
• Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih
mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam
keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda
selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu
di waktu pagi.
5. MEMPRAKTIKKAN APA YANG DIPELAJARI
DENGAN SERTA MERTA

• Seperti yang pernah saya terangkan sebelum ini,


jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh
48 jam, mereka akan lupa lebih daripada 90%
apa yang mereka pelajari itu.Setelah anda
pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba
dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana,
dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa
apa yang guru anda telah ajarkan.
CONTOHNYA
• Jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam
subjek matematik, anda perlu segera cuba
menyelesaikan masalah atau latihan matematik
dalam TOPIK tersebut.
• Supaya anda akan cepat dapat menguasainya.
Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek,
’SUSAH’ hanyalah pada peringkat permulaan.
Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu,
semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa. Sama
seperti anda belajar menunggang basikal.
6. CATAT
• Dengan mencatat atau menulis apa yang
baru kita pelajari, kita boleh merujuk
kepadanya pada bila-bila masa sahaja. 
• Kedua, apabila anda menulis apa yang anda
pelajari, fikiran anda akan FOKUS kepada apa
yang anda tuliskan itu. Jadi, anda tidak akan
leka. Minda yang FOKUS kepada sesuatu
yang dipelajari akan lebih mudah
mengingatinya. 
BAGAIMANA PUN
• Anda perlu ingat, antara menulis nota dan
mendengar penjelasan cikgu, yang kedua
adalah lebih penting. Ini bermaksud, jika
guru anda sedang menerangkan tentang
sesuatu, berhenti menulis dan dengar
penjelasannya dengan teliti. Tulisan anda
tidak akan bermakna jika anda tidak faham
apa yang guru anda terangkan
7. KAITKAN
• Mengaitkan sesuatu
yang dipelajari itu
kepada sesuatu yang
sedia ada diketahui’
CONTOH
• Katakan anda sedang menghafal subjek Sains,
organ dalaman telinga contohnya. Ada satu
bahagian dalam telinga namanya Cochlea.
Mungkin sukar untuk anda ingat nama ini
kerana anda jarang mendengarnya. tetapi, apa
kata jika anda tukarkan Cochlea ini kepada
perkataan ‘Kak Lia’ dan bayangkan seorang
perempuan berpangkat kakak yang anda
panggil Kak Lia? Ia lebih mudah diingat bukan.
MAKANAN UNTUK MENGUATKAN DAYA
INGATAN
• makanan merupakan faktor paling penting
bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan
malah lebih utama kepada kecerdasan otak.
Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah
makanan yang boleh membantu menguatkan
daya ingatan dan menjadikan minda serta
fikiran kita lebih cerdas.
MADU
–Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
– Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh
kebanyakan penyakit.
– Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan
mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik,
dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu.
– Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan
belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
– Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit
mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak
bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan
bermesyuarat.
MAN
MINU

BE
AS RKH
IAT
MAKAN
AN
JAGA ADAB MAKAN
• Duduk dengan tertib dan bersopan mengadap
hidangan.
• Basuh tangan sebelum makan.Kebersihan
adalah sebahagian daripada iman.
• Makan makanan yang baik dan halal.
• Sebelum makan dan selepas makan bacalah
doa
• Makan dengan tangan kanan
• Makan dengan sopan jangan gopoh dan
gelojoh.
• Makan jangan terlalu banyak sehingga perut
merasa senak dan susah berjalan.
• Selepas makan basuh tangan dan sebutlah
Alhamdulillah.
Sekian, terima kasih

You might also like