P. 1
GESTALT SEBAGAI EJEN REPRESENTASI DALAM SENI TAMPAK: APA ITU GESTALT

GESTALT SEBAGAI EJEN REPRESENTASI DALAM SENI TAMPAK: APA ITU GESTALT

|Views: 676|Likes:
Apabila konsep Gestalt berkembang dalam seni, ia membangkitkan rangsangan untuk mencari kualiti-kualiti dalam olahan bentuk, mengharmonikan persepsi dan menyeimbangkan ruang. Latar belakang yang serba ringkas bersama sejarah Gestalt diimbas supaya dapat diketahui asal-usul dan matlamat ia muncul dalam seni kira-kira satu abad yang lalu. Kejayaannya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan seni terutamanya dalam komunikasi visual yang merangkumi seni tampak seperti lukisan, seni grafik, seni foto dan seni perfileman.

Apabila konsep Gestalt berkembang dalam seni, ia membangkitkan rangsangan untuk mencari kualiti-kualiti dalam olahan bentuk, mengharmonikan persepsi dan menyeimbangkan ruang. Latar belakang yang serba ringkas bersama sejarah Gestalt diimbas supaya dapat diketahui asal-usul dan matlamat ia muncul dalam seni kira-kira satu abad yang lalu. Kejayaannya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan seni terutamanya dalam komunikasi visual yang merangkumi seni tampak seperti lukisan, seni grafik, seni foto dan seni perfileman.

More info:

Published by: Mohamed Noor bin Othman on Mar 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

GESTALT SEBAGAI EJEN REPRESENTASI DALAM SENI TAMPAK Pengenalan Sebilangan seniman, sejarawan seni, ahli falsafah cuba

mencari jawapan kenapa dan bagaimana seni visual itu berkomunikasi dalam sempadannya yang tersendiri. Diakui sebahagian besarnya percaya makna komunikasi visual telah ditemui oleh psikologi Gestalt. Suatu pendekatan yang memberi keutamaan kepada prinsip-prinsip organisasi pengamatan yang melibatkan proses membina setiap bahagian yang ada secara keseluruhan. Gestalt meletakkan tekanan ke atas komposisi melalui olahan bentuk yang menampakkan pengaruh menekan, melonjak, menindih antara satu dengan lain supaya timbul kesan tarikan. Maka cara ia menyampai matlamat keharmoniannya ialah menimbulkan tarikan dari segi pengulangan, pergerakan, irama yang menampakkan ada pertautan untuk menyimbangkan komposisi yang diolah itu. Kesan keseimbangan bentuk, dengan elemen-elemen seni yang lain seperti warna, garisan diperolehi melalui persepsi. Visual yang kuat memberi signifikannya ke atas bahagian-bahagian lain dan Gestalt menekankan secara keseluruhan bukannya sebahagian demi sebahagian. Kekuatan Gestalt melalui olahan. Pemikiran dalam Gestalt lebih menawarkan sesuatu secara keseluruhan dan menarik kekuatan bahagian-bahagian lain. Ia disempurnakan pada pemerhatian audien melalui penyusunan semula ke dalam bentuk keseluruhan. Tidak ada satu pun unit-unit yang boleh diubah tanpa pengubahsuaian secara keseluruhan. Perkataaan Gestalt berasal dari perkataan Jerman dengan maksud khusus kepada tatarajah paten-paten. Gestalt menjelaskan maksud bentuk secara keseluruhan yang tidak dapat diterang melalui bahagian-bahagian yang terasing. Gestalt akan lenyap jika ianya dipecah-pecahkan ke dalam komponen-komponen lain.1 Apabila konsep Gestalt berkembang dalam seni, ia membangkitkan rangsangan untuk mencari kualiti-kualiti dalam olahan bentuk, mengharmonikan persepsi dan menyeimbangkan ruang. Latar belakang yang serba ringkas bersama sejarah Gestalt diimbas supaya dapat diketahui asal-usul dan matlamat ia muncul dalam seni kira-kira satu abad yang lalu. Kejayaannya sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan seni terutamanya dalam komunikasi visual yang merangkumi seni tampak seperti lukisan, seni grafik, seni foto dan seni perfileman. Dari awal perkembangannya, Gestalt memberi tumpuan pada eksprimen dan teori kerana asas pengukuhannya bertitik tolak dari ilmu sains. Ia disalurkan kemudiannya ke dalam disiplin ilmu psikologi dan berkembang ke dalam seni. Isu tentang kedudukan Gestalt dalam seni tampak, memperlihatkan bahawa kedudukan seni begitu luas dan
1

Edmund Fantino & George S. Reynolds, Introduction to Contemporary Psychology, San Francisco: W.H. Freeman and Company, 1975 (hlm: 58)

menjadi sama taraf dengan bidang ilmu yang lain. Justeru itu idea Gestalt dan bagaimana pengaruhnya boleh sampai ke dalam seni tampak perlu dilihat dari sudut sejarah seni dan perkembangannya. Sejauhmana kehadirannya disedari dapat membantu pengkritik, sejarawan malah seniman itu sendiri sedar bahawa seni itu sudah pun menjadi bahan uji kaji. Dengan itu seni menjadi sebahagian daripada sains, Cuma di kalangan kita tidak harus memandang ringan hingga seni itu ditafsir oleh orang lain. Barangkali uji kaji sains ke atas seni dilakukan dalam makmal, manakala kita mentafsir seni itu dalam prosesnya di studio dan galeri. Unsur seni yang tersembunyi diiktiraf bangkit semula menerusi gabungan pancaindera mata dan otak. Peranan Gestalt dikatakan cuba memaksimumkan penggunaan otak kiri dan kanan pada diri seniman. Apabila contoh-contoh kejayaan Gestalt dihimpunkan, kesimpulan yang dapat diambil ialah Gestalt lebih menyerlah dari segi olahan bentuk. Dengan kesedaran ini, boleh meletakkan pendekatan Gestalt sebagai sebahagian daripada pendekatan dalam kritikan dan apresiasi seni. Pendekatan Gestalt sebagai jalan penyelesaian masalah ruang dalam komposisi, caranya melalui penstrukturan imej yang disusun gubah menjadi struktur baru. Sejarah dan Latarbelakang Gestalt Gestalt yang berasal dari perkataan Jerman membawa maksud “keseluruhan” atau “keseluruhan jumlah bentuk”.2 Pergerakan awalnya dikesan pada sekitar tahun 1912 dengan kemunculan konsep persepsi. Perkembangan awalnya didominasikan oleh ahliahli psikologi Jerman, antaranya Kurt Koffka, Wolfgang Kohler dan Wertheimer yang menonjolkan Gestalt di bidang kreativiti individu. Mereka lebih memberi tumpuan pada permasalahan di dalam proses berkreatif. Intipati teori ini melihat secara keseluruhan signifikan jumlah imej dalam mempengaruhi persepsi yang kebanyakan pelukis, pengarca, penulis, pemuisi dan pemuzik dapat menerima sebagai suatu kebenaran dan ada hubungannya dengan elemen-elemen seni. Mereka cuba mengenalpasti signifikan dari elemen-elemen yang menonjolkan daya tarikan dalam aktiviti kreativiti.3 Pendekatan Gestalt berada pada statusnya yang tersendiri kerana olahan dan susunan objek mengikut Gestalt akan memberi kesan persepsi bergantung pada kemampuan intelektual individu. Ideologi revolusi kognetif yang mengangkat seni abstrak telah membawa Gestalt ke dalam seni sebagai salah satu cabang sains. Gestalt di awal perkembangannya merupakan seni psikologi dilihat boleh diterapkan ke dalam seni sebagai kekuatan bercirikan kreativiti. Kedudukan Gestalt dalam seni tampak adalah bertujuan meneroka sesuatu yang baru. Jika dilihat perkembangan seni di abad moden, contohnya
2

Helen Graham, The Human Face of Psychology, Philadelphia: Open University Press, 1986 (hlm: 59) 3 John Hosper, Artistic Expression, New York: Appleton-Century-Crofts, Meredith Corporation, 1971 (hlm: 264)

Ekspresionisme adalah satu penerokaan idea-idea paradigma psikologi. Secara tidak langsung seni dijadikan uji kaji dan para seniman menggunakan kreativiti, kognetif dan psikologi untuk membuktikan dapatan baru dalam imej seni tampak. Nyata di sini teori Gestalt meletakkan peranannya dalam pengaruh seni abstrak dan memasukkan sains dan matematik bersamanya. Seperti yang dinyatakan oleh Reid Hastie dan Christian Schmidt, bahawa dari zaman Aristotle sudah pun dibicarakan seni dalam sains bersama matematik. Keunggulan bentuk-bentuk yang terikat dalam hukum keseimbangan fizik dan seni itu dikaitkan dengan matematik dalam arahtuju untuk menerapkan kadar banding bentuk-bentuk dalam ilusi.4 Ketika zaman ilmu falsafah Greek memuncak, sudah ada pencarian idea-idea seni dalam menimbulkan kesan harmoni dalam komunikasi visual. Bentuk-bentuk dalam seni telah bermula awal sebelum Gestalt yang dianggap sudah bertapak kira-kira 1,000 tahun dahulu bagi membantu menjadikan elemen bentuk sebagai elemen seni. Gestalt muncul sebagai merevolusikan bentuk dalam seni yang melahirkan elemen baru berasaskan kreativiti.5 Dalam proses kreativiti, Gestalt mencari keseimbangan sebagai daya tarikan. Proses kreativiti yang seimbang berlaku dengan melalui tindak balas secara aktif dengan elemen-elemen seni menolak dan menarik antara satu sama lain untuk mendapatkan keseimbangan. Apabila keseimbangan antara satu sama lain sudah berlaku maka satu “kerehatan” yang menunjukkan ketenangan diwujudkan. Penemuan psikologi Gestalt adalah satu cetusan revolusi kognetif yang sangat berharga. Bermula dengan satu jangkaan dalam penyelesaian masalah berhubungkait dengan tingkahlaku dan kewujudan ingatan telah beralih kepada hal yang lebih luas. Ia dilihat sebagai suatu aspek dalam pengalaman manusia secara sedar bahawa isu penting tentang imej visual dianggap utama dalam komunikasi visual. Dari buku Kohler Gestalt Psychology (1929) hingga kepada Wertheimer Productive Thinking (1945) telah menjelaskan bahawa pemikiran tentang imej penting dalam kehidupan.6 Kesimpulannya, konsep Gestalt telah diterima dan berkembang secara revolusi pada sekitar tahun 1956, ketika era psikologi muncul mendadak sehingga mendominasikan banyak bidang sains, sosial dan seni. Pada asalnya berkembang di Jerman, akhirnya menjadi kajian konsep ke atas objek-objek seni tampak yang menimbulkan keharmonian.7
4

Reid Hastie & Christian Schmidt, Encounter With Art, New York: Mc Graw-Hill, Book Company (Tanpa Tahun) (hlm: 14-15) 5 Hans Kreitler & Skulamith Kreitler, Psychology of Arts, N.C: Duke University Press, Durham, 1972 (hlm: 101-103) 6 David J. Murray, Gestalt Psychology and the Cognitive Revolution, London: Harverster Wheatsheaf, 1995 (hlm: 15-17) 7 Ibid., (hlm: 25).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->