You are on page 1of 5

Tajuk Jurnal:

MOTIVASI GURU DAN PENGURUSAN BUDAYA KOLABORATIF


PENGURUS PENDIDIKAN WANITA

Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang(2006)

Pendahuluan:

Jurnal ini bertujuan mengenal pasti amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh
pengurus pendidikan wanita (pengetua) dan pengaruhnya terhadap motivasi guru.
Penemuan penulis berdasarkan kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan
secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik The Leader Behavior
Description Questionnaire (LBDQ) dan A Questionnaire Measure of Individual
Differences in Achieving Tendency (QMAT) adalah seperti berikut:

 Amalan pengurusan budaya kolaboratif oleh pengurus pendidikan wanita


(pengetua) diamalkan, tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan
mengekalkan dimensi kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja;

 Wujud perhubungan yang signifikan antara budaya kolaboratif dengan motivasi


guru; dan

 Hubungan budaya pengurusan kolaboratif kejelekitan dan keperluan bersatu


mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru.

Cabaran Pengurus Pendidikan:

Penulis mendapati cabaran pengurus pendidikan pada akhir-akhir ini adalah


lebih bertambah rumit. Harapan masyarakat dan tuntutan tanggungjawab pengetua
semakin meningkat dan pengurus harus menggerakkan pengamalan budaya cemerlang
dalam pengurusan agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai dan prestasi kerja
warga organisasi (sekolah).

Kepentingan budaya kerja berpasukan (Kolaboratif):

Di dalam kajian ini, penulis juga menyentuh tentang dapatan kajian yang
diperolehi daripada penyelidik luar yang mana sekolah yang mengamalkan budaya
kolaboratif menunjukkan:

 Ciri sebuah organisasi yang sihat.

 Kuasa yang hebat dalam membentuk dan menterjemah corak pemikiran


dan tindakan warga organisasi (Barth 2002).

 Menyuburkan amalan pedagogi guru-guru (Gable 2004).

 Meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson 2003).

 Meningkatkan keakraban hubungan yang seterusnya menyebabkan guru


mengalami kepuasan bekerja yang tinggi dan meningkatkan produktiviti
(Cheng 1993).

 Kesan yang sangat besar terhadap fungsi dan keberkesanan sekolah


(Beare, Caldwell & Milikin 1989; Cheng 1993; Sergiovanni 1984).

 Membantu sekolah menghadapi cabaran dan kesulitan secara bersama


(Deal & Kennedy 1982, Schein 1992).

Kajian literator hubungan budaya kolaboratif dengan budaya kerja guru:

1. Wan Mohd Zahid (1994: 84):


 Guru atau pendidik adalah tunjang dan pelaksana yang paling utama
menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 Oleh itu, guru sepatutnya didedahkan dengan budaya sekolah yang positif
dan kolaboratif supaya dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan
motivasi yang tinggi.

2. Che Asiah (1998):

 Tingkah laku kepimpinan sekolah yang menghala kepada gaya kerja


kolaboratif mempengaruhi kesan positif dengan motivasi guru.

3. Ishak (1993) dan Noor Hashimah (2000):

 Guru lebih bermotivasi apabila mereka mengamati pengetua yang


mengamalkan budaya kolaboratif.

Dapatan Kajian:

1. Dapatan Deskriptif pengkaji:

 Pengurusan budaya kolaboratif memang diamalkan oleh pengurus wanita,


tetapi fokusnya lebih tertumpu kepada menjana dan mengekalkan dimensi
kolaboratif guru dan kepimpinan sahaja.

 Ada hubungan antara kepimpinan dengan guru dan staf, menghargai idea
guru, melibatkan staf dalam membuat keputusan dan percaya terhadap
guru serta dilibatkan dalam perancangan sekolah, pemantauan dan
perbincangan.

 Kurang memberi penekanan dalam membina budaya kolaboratif antara


guru-guru, ibubapa dan pelajar.

2. Anilisis Kolerasi:
 Wujudnya perhubungan yang signifikan, kukuh dan positif antara
pengurusan budaya kolaboratif guru dengan motivasi guru.

 Selari dengan dapatan kajian lepas seperti Che Asiah (1998), Ishak
(1993) dan Noor Hashimah (2000).

3. Dapatan Regresi:

 Pengurusan budaya kolaboratif kejelekitan berterusan dan keperluan


bersatu mempunyai pengaruh terhadap motivasi guru.

 Tetapi pengaruh tersebut berbeza berdasarkan tahap motivasi guru. Ini


bermakna kolaboratif guru lebih mantap apabila tahap motivasi guru
tinggi.

Perbandingan antara journal:

Dapatan Kajian Luar oleh Norhannan Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid
melalui journal kajian mereka bertajuk Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan
Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah Tahun 2006
mendapati ada hubungan signifikan terhadap budaya kerja pengurus atau pengetua
wanita terhadap tahap motivasi guru di sekolah.

Mereka mendapati pengurus wanita menumpukan hampir 85% kerja-kerja


pengurusan di sekolah berdasarkan struktur tugas semata-mata. Iaitu lebih
mementingkan masalah disiplin guru-guru dan kepatuhan kepada arahan serta undang-
undang penjawat awam. Manakala kurang memberi penumpuan dalam soal
Pengajaran dan pembelajaran, Pemantauan di kelas dan tidak mengajar subjek beliau.

Keadaan ini ternyata menyebabkan budaya kolaborasi dan motivasi guru-guru di


sekolah beliau kurang peningkatannya. Keadaan ini jika berterusan boleh
menyebabkan budaya kolaboratif dan iklim pengajaran dan pembelajaran yang sihat di
skeolah akan terabai dan berkurangan.

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian ini ianya memberikan gambaran bahawa:

 Pengurus wanita mengamalkan budaya kolaboratif di sekolah tetapi,


fokusnya lebih kepada kolaboratif antara guru dan kepimpinan sahaja.

 Wujudnya hubungan yang signifikan dan kukuh antara pengurusan


kolaboratif dengan motivasi guru.

 Pengurusan kolaboratif lebih bermakna sekiranya tahap motivasi guru tinggi.

You might also like