You are on page 1of 12

MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI KEMAHIRAN ASAS GURU DAN GURU

SEBAGAI KAUNSELOR DAN MOTIVATOR DALAM PEMBENTUKAN TINGKAH


LAKU KANAK-KANAK.

Oleh:

Nor Anisa Musa

Pendidikan Psikologi, Fakulti Pendidikan

Abstrak

Artikel penyelidikan ini mengumpulkan hasil dapatan kajian ke atas pandangan

guru terhadap kemahiran asas interpersonal dan guru sebagai kaunselor dan motivator

dalam pembentukan akhlak dan memodifikasikan tingkah laku murid. Pandangan

responden diadaptasikan dalam bentuk jadual dan graf bagi membincangkan bilangan

responden dan peratus dapatan. Terdapat juga beberapa cadangan yang dikemukakan

oleh pakar psikologi dan ahli keagamaan. Dapatan kajian menunjukkan peratus setuju

responden adalah lebih tinggi berbanding peratus tidak setuju dan tidak pasti responden.

Pengenalan

Kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman

yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan

mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan

pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007). Kesan positif dalam perubahan tingkah laku

amat penting melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang baik. Akal pula adalah

neraca dalam menentukan kebaikan dan keburukan. Keistimewaan inilah yang

menyebabkan manusia dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah Allah s.w.t. yang

1
tidak mampu dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang. Dengan panduan wahyu

daripada Allah s.w.t, manusia telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi

ini.

Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan, antara kemahiran asas interpersonal

ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya dan

penampilan. Mok Soon Sang (2004) pula menyatakan, kecerdasan interpersonal

merupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian

memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Bertepatan dengan asas-asas tersebut,

tingkah laku manusia menurut Islam itu ialah berobjektifkan mencapai akhlak yang mulia

sebagaiman Hadis (SAW): ”Aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak yang

mulia”. Oleh itu, apa sahaja kemahiran interaksi sesama manusia yang berakhlak

memerlukan latihan dan amalan yang berterusan sehinggalah sifat insanul kamil sebati

dalam diri seseorang.

Arkes (1982) menyatakan tentang definisi motivasi; ialah those processes that

influence the arousal, strength or direction of behavior. Kaunseling pula adalah

bergantung kepada kecekapan guru bimbingan menggunakan prinsip-prinsip psikologi

individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati, memahami perasaan,

kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar. Tingkah laku menurut Al-Ghazali

itu sendiri merupakan penggerak iaitu motivasi. Motivasi itu bersifat dari dalam yang

muncul dari diri manusia sendiri tetapi ia diransang dengan ransangan-ransangan luar dan

dan dalam yang terdorong untuk mengerjakan sesuatu. Selain itu, menurutnya lagi

tingkah laku mengandungi perasaan tertentu dan kesedaran akal terhadap suasana

2
tersebut. Maka wujudlah interaksi terus-menerus selari dengan prinsip-prinsip asas

psikologi dalam pembentukan akhlak yang mulia (Abdul, 2003).

Objektif

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap keperluan kemahiran generik

seorang pendidik dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku murid.

2. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap keperluan kemahiran kaunseling

dan motivator dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku murid.

Sampel

Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tengku

Mahmood Iskandar (1), Pontian. Bilangan guru yang terlibat seramai 36 orang dan dipilih

secara rawak.

Instrumen Dan Pengutipan Data

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada 14 soalan yang

dibahagikan kepada 2 komponen objektif. 7 soalan terdiri daripada keperluan kemahiran

generik seorang guru dan 7 soalan lagi untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap

keperluan kemahiran kaunseling dan motivator terhadap murid.

Kaedah Analisis Data

3
Data yang dianalisis dikumpulkan dengan menggunakan perisian SPSS version 16

dan statistik yang digunakan ialah bilangan responden dan peratus. Skala yang digunakan

ialah ”setuju” dengan skor 2, ”tidak pasti” dengan skor 1 dan ”tidak setuju” dengan skor

0.

Metodologi Kajian

Kajian yang dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan

kajian kuantitatif. Borang soal selidik yang dibina adalah untuk mengenal pasti bilangan

pandangan guru-guru terhadap kemahiran interpersonal dan guru sebagai kaunselor

dalam pembentukan akhlak dan tingkah laku kanak-kanak. Dalam konteks kajian,

pengkaji akan membuat pentaksiran secara menyeluruh berasaskan data yang diperolehi.

Maka penyelidikan ini adalah bercorak kuantitatif. Manakala teknik mengunakan borang

soal selidik merupakan instrumen yang bertepatan dalam tujuan mengumpulkan dapatan.

Dapatan Kajian Keperluan Kemahiran Intrapersonal Guru dalam Pembentukan


Akhlak Kanak-Kanak.

4
Tidak
Bil Item Tidak pasti Setuju
setuju
Guru perlu menunjukkan akhlak yang baik
8.3% 91.7%
1. kepada murid ketika mengajar atau mana-mana 0%
(3 orang) (33 orang)
tempat.
Guru perlu menggunakan bahasa yang baik 2.8%
97.2%
2. supaya tingkah laku murid juga akan menjadi 0% (seorang)
baik. (35 orang)
Guru perlu meminta penjelasan murid terlebih
dahulu jika murid mendatangkan apa sahaja 8.3% 91.7%
3. 0%
permasalahan tingkah laku di dalam mahupun di (3 orang) (33 orang)
luar kelas.
Guru perlu ada kemahiran memuji terhadap murid
2.8% 97.2%
4. apabila mereka berakhlak mulia untuk peneguhan 0%
positif kepadanya. (seorang) (35 orang)
Guru perlu memberi salam terlebih dahulu atau
5.6% 25.0% 69.4%
5. senyum apabila bertemu dengan murid di mana-
mana. (2 orang) (9 orang) (25 orang)
Murid akan lebih aktif dan bersemangat dalam
2.8% 25.0% 72.2%
6. pembelajaran jika guru sentiasa memberi nasihat
dan motivasi. (seorang) (9 orang) (26 orang)
Murid seringkali bertanya guru berkenaan
pengetahuan am dan kaitannya dengan agama 2.8% 13.9% 83.3%
7.
kerana menganggap guru sebagai pakar dalam (seorang) (5 orang) (30 orang)
mana-mana bidang.

Jadual 1: Pandangan Guru Terhadap Kemahiran Interpersonal Guru dalam pembentukan Akhlak

120
100
80 Tidak Setuju
60 Tidak Pasti
40 Setuju
20
0
Guru perlu Guru perlu Guru perlu Guru perlu ada Guru perlu Murid akan Murid seringkali
menunjukkan menggunakan meminta kemahiran memberi salam lebih aktif dan bertanya guru
akhlak yang bahasa yang penjelasan memuji terlebih dahulu bersemangat berkenaan
Baik kepada baik supaya murid terlebih terhadap murid atau senyum dalam pengetahuan
murid tingkah laku dahulu jika apabila mereka apabila bertemu pembelajaran am dan
murid juga akan murid berakhlak dengan murid di jika guru dan kaitannya dengan agama
menjadi baik. mendatangkan mana-mana. sentiasa guru sebagai
apa sahaja beri nasihat pakar dalam
permasalahan dan motivasi mana-mana

Graf 1: Keperluan Kemahiran Interpersonal

5
Jadual 1 dan Graf 1, menunjukkan peratus pandangan responden setuju adalah

tinggi berbanding peratus tidak pasti dan tidak setuju. Keseluruhan peratus setuju adalah

melebihi 60% dan keseluruhan peratus tidak setuju responden adalah kurang dari 6%.

Bilangan responden yang tidak pasti dengan kenyataan item pula menunjukkan hanya

kurang daripada 10 orang.

Dapatan Kajian Keperluan Guru Sebagai Kaunselor dalam pembentukan Akhlak

Tidak
Item Tidak pasti Setuju
Bil setuju
Seorang guru perlu kerap membaca buku-buku ilmiah 5.6% 94.4%
8. 0%
dan buku-buku berkaitan keagamaan. (2 orang) (34 orang)
Guru perlu sering memberi inspirasi dan panduan
kepada murid dalam pembentukan akhlak dalam apa 100%
9. 0% 0%
sahaja bidang tugasan di dalam aktiviti kurikulum, (36 orang)
kokurikulum mahupun hal-hal lain.
Guru perlu sentiasa menyediakan insentif (ganjaran) 8.3 33.3% 58.3%
10.
untuk peneguhan dalam pembentukan akhlak murid. (3 orang) (12 orang) (21 orang)
Guru perlu menggunakan kaedah kaunseling ketika
5.6% 94.4%
11. menasihati murid yang bermasalah tingkah laku dan 0%
pembelajaran. (2 orang) (34 orang)
Kesabaran dan semangat guru sentiasa teguh untuk 19.4% 80.6%
12. 0%
membina akhlak dan sikap murid. (7 orang) (29 orang)
Bagi murid yang mempunyai masalah tingkah laku
dan pembelajaran, motivasi intrinsik dan extrinsik 16.7% 16.7% 66.7%
13.
untuk menjadi insanul kamil perlu datang daripada (6 orang) (6 orang) (24 orang)
sekolah.
Kemahiran interpersonal guru boleh mempengaruhi 11.1% 88.9%
14. 0%
tingkah laku dan sifat baik murid. (4 orang) (32 orang)

Jadual 2: Pandangan Guru Terhadap Guru Sebagai Kaunselor dan Motivator

Jadual 2 dan Graf 2 juga menunjukkan peratus responden setuju adalah lebih

tinggi berbanding peratus responden tidak pasti dan tidak setuju iaitu hampir kepada 60%

responden. Bilangan responden tidak setuju pula tidak melebihi 10 orang, manakala

responden yang tidak pasti dengan item yang dikemukakan tidak lebih dari 12 orang.

Terdapat juga item yang kesemua 36 responden setuju iaitu item 9 yang menyatakan

6
Guru perlu sering memberi inspirasi dan panduan kepada murid dalam pembentukan

akhlak dalam apa sahaja bidang tugasan di dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum

mahupun hal-hal lain.

Cadangan

Sebagai guru yang bijak berkomunikasi dan mempunyai kemahiran mendengar

yang baik ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar dari bercakap.

Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualan kosong

mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Melalui sumbang saran dan memberi

laluan giliran mereka bercakap hendaklah ditunjukkan rasa minat kepada apa yang

sedang dipercakapkan (Fadzilah dan Ahmad, 2007). Hadis (SAW) menyatakan:

”Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutkanlah kejahatan dengan

kebaikan supaya ia menghapuskannya dan layanilah manusia dengan akhlak yang baik”.

Oleh itu, untuk mewujudkan interaksi yang memenuhi keperluan psikologi,

gunakanlah gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan, teguran, nasihat dan

jangan sekali-kali suka membuktikan kesalahan (Habibah dan Noran, 2002).

Menurut Sarina dan Yusmini (2007), kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri

dianggap dapat memberi ruang kepada pelajar bagi meluahkan perasaan, emosi dan

pemikiran. Kaedah ini juga memudahkan murid memperolehi maklumat. Masa dan

pengalaman mereka haruslah selari (Mc Farland, 1965). Oleh itu, kanak-kanak

memerlukan waktu panjang dan tidak boleh digesa-gesa untuk melakukan perubahan

tingkah laku baik yang berterusan melalui pendedahan sifat-sifat dan contoh tauladan

7
daripada guru. Berikan waktu untuk melihat segala kemungkinan, berpindah dari sikap

dan sifat yang baik kepada yang lebih baik untuk menjana akhlak mereka.

Kanak-kanak biasanya sukar mempunyai jati diri tanpa inspirasi yang konkrit.

Justeru itu, menurut Azhar et. al (2006), pendidik berupaya memupuk dan

memperkayakan kebolehan dan kemampuan orang yang dididiknya. Contoh tauladan

yang baik daripada murid akan jadi lebih cemerlang dan mudah dijangkakan melalui

persiapan dan provokasi orang dewasa. Oleh itu, perspektif yang berbeza harus

diperkenalkan. Budaya, adat, kepercayaan, nilai, norma, institusi dan produk-produk

komuniti yang diturunkan dan diwarisi oleh generasi-generasi memberi impak ke atas

pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang itu (Rahil dan Habibah, 2007).

Menurut Mansur dan Nordinar (2003) pula, keaslian seorang kaunselor boleh

dilihat daripada keadaan spontan dan bersahaja. Justeru itu kaunselor digalakkan

menampilkan nilai diri yang sebenar, tulen dan cara yang disenangi walau pun baru di

peringkat permulaan dalam pembentukan tingkah laku anak muridnya. Kemahiran diri

yang ditonjolkan perlu menarik perhatian, mudah dan senang diterima oleh murid.

Sebagai guru yang mampu beranggapan diri mereka sebagai kaunselor dalam

menangani permasalahan anak murid perlulah mengambil kira panduan mengendalikan

sesi tolong bantu anak-anak. Menurut Mansur dan Nordinar (2003), terdapat peringkat-

peringkat proses kaunseling yang telah dirumuskan, disimpulkan dan diadaptasikan

secara Islam seperti berikut:

8
4.1 Keseluruhan proses kaunseling mempunyai kekuatan keagamaan dan psikologi

tersendiri yang boleh memecahkan benteng-benteng permasalahan. Agenda pertama

iaitu menerima klien seadanya seterusnya kepada pembinaan hubungan merupakan

suatu pendekatan awal untuk memulakan sesi pernyataan masalah.

4.2 Seterusnya, di peringkat meneroka masalah sekaligus mencari puncanya memerlukan

kemahiran-kemahiran asas dalam mengajukan soalan dengan bahasa yang sopan,

memahami serta empati oleh kaunselor dan ia merupakan suatu usaha ke arah

menyelesaikan masalah klien dalam menentukan rawatan yang perlu mereka jalani.

4.3 Membina matlamat bersama merupakan suatu peringkat yang menunjukkan klien

hampir berubah dari segi kepercayaan, keyakinan dan tingkah lakunya bahkan

semakin matang dalam perancangan hidupnya. Bantuan kaunselor juga memberi

ruang lebih luas untuk klien melihat peluang-peluang kejayaan dengan sikap, minda

dan emosi yang bermotivasi. Pendedahan kepada tokoh-tokoh Islam mahupun bukan

Islam yang pernah kecundang merupakan suatu langkah alternatif yang boleh

memupuk semangat mereka.

4.4 Di peringkat alternatif-alternatif yang disarankan, klien akan belajar bagaimana

membuat keputusan yang sesuai dan terbaik tentang dirinya demi masa hadapan.

Segala buruk baik diberi renungan bersama yang mendalam serta penilaian dalam apa

sahaja pilihan klien berkenaan alternatif yang disenaraikan. Muhasabah diri amat

penting dalam tindakan yang pernah mereka ambil dahulu.

9
4.5 Strategi dan langkah-langkah yang dikendalikan oleh kaunselor merupakan jenis

rawatan yang hendak dipilih bersesuaian dengan masalah klien. Apa sahaja strategi

yang dilakukan hendaklah memberi penekanan dalam perubahan tingkah lakunya

berdasarkan kehendak-kehendak yang tidak dilarang oleh Islam. Kaunselor juga akan

mewujudkan beberapa unsur kritikal jika terdapat risiko yang perlu dihadapi oleh

klien dan bagaimana cara mereka mengatasinya.

4.6 Penilaian dalam pelan tindakan yang dibina oleh kaunselor dan dilaksanakan oleh

klien perlu dibuat dan melihat sejauh mana maklum balas yang diterima sama ada ia

berkesan atau pun tidak. Di peringkat terakhir dalam sesi kaunseling ini

pengubahsuaian dalam tindakan boleh dilakukan jika keadaan sedemikian

memerlukan.

Oleh itu, kesungguhan, usaha dan penguasaan kemahiran kaunseling

mengendalikan sesi kaunseling untuk mencapai objektif bergantung kepada kemampuan

guru. Melalui pengalaman, latihan, pembacaan dan pendedahan berkenaan kaunseling

serta tatacara dan pendekatan Islam juga dapat membantu sesebuah kejayaan dalam

proses kaunseling dan membantu perkembangan psikologi kanak-kanak di sekolah.

Kesimpulan

Keseluruhan pandangan respon terhadap keperluan kemahiran interpersonal serta

guru sebagai kaunselor dan motivator menyatakan bilangan yang positif dan dinilai

secara kuantitatif dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak yang berakhlak. Peratus

setuju adalah tinggi berbanding kenyataan tidak pasti dan tidak setuju. Ini menunjukkan

10
responden berpotensi melakukan sebagaimana pernyataan-pernyataan soal selidik yang

dikemukakan. Andaian bahawa, pandangan respon tentang keperluan-keperluan tersebut

adalah dari pengetahuan agama, common sense, secara semula jadi, melalui kursus-

kursus yang mereka sertai atau merupakan kurikulum yang mereka pelajari di institut-

institut perguruan. Bagaimana pun, terdapat juga kemungkinan amalan tidak selari

dengan sesetengah kenyataan, yang masih belum dikaji kerana sifat dan sikap individu

sukar dieksperimentasi dan dinilai kerana menurut teori Bandura berhubungan dengan

tingkah laku individu adalah dipengaruhi dan bergantung kepada kehendak individu itu

sendiri untuk melakukannya (Arkes, 1982).

Rujukan

Abdul Salam Yussof. 2003. Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Guru. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.

Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California:


Wadworth.

Fadzilah Kamsah Dan Ahmad Naim Jaafar. 2007. Tip Menjadi Individu Menarik. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub. 2002. Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Jas Laile Suzanna Jaafar. 2002. Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
11
Mc Farland. 1965. Psychology And Teaching Second Edition. George G. Harrap & Co.
LTD. London.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim. 2006. Permainan
Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah Edisi Ketiga.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin. 2003. Proses Kaunseling Edisi
Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Rahil Mahyuddin Dan Habibah Elias. 2007. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan
Edisi Kedua. Karisma Publications Sdn.Bhd. Shah Alam.

Robiah K. Hamzah. 2003. Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Berbudaya Positif.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Shukri Abdullah. (2006). Anakku Bijak Belajar. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Setapak, Kuala Lumpur.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2007). Kaedah Mengajar Dan
Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur.

12

You might also like