You are on page 1of 8

KEPERLUAN KEMAHIRAN ASAS GURU DAN GURU SEBAGAI KAUNSELOR DAN

MOTIVATOR DALAM PERKEMBANGAN PSIKOLOGI KANAK-KANAK.

Oleh:
Nor Anisa Musa
Pendidikan Psikologi, Fakulti Pendidikan

Abstrak
Artikel penyelidikan ini mengumpulkan hasil dapatan kajian ke atas pandangan
guru terhadap kemahiran asas interpersonal dan guru sebagai kaunselor dan motivator.
Pandangan responden diadaptasikan dalam bentuk jadual dan graf bagi
membincangkan bilangan responden dan peratus dapatan. Terdapat juga beberapa
cadangan yang dikemukakan oleh pakar psikologi. Dapatan kajian menunjukkan
peratus setuju responden adalah lebih tinggi berbanding peratus tidak setuju dan tidak
pasti responden.

Pengenalan
Kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman
yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan
mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007).
Abdullah dan Ainon (2002) menyatakan, antara kemahiran asas interpersonal
ialah kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya dan
penampilan.
Mok Soon Sang (2004) menyatakan, kecerdasan interpersonal merupakan
kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta
berkomunikasi dengan berkesan. Manakala Arkes (1982) menyatakan tentang definisi
motivasi; ialah those processes that influence the arousal, strength or direction of
behavior.
Kaunseling pula adalah bergantung kepada kecekapan guru bimbingan
menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan
perasaan empati, memahami perasaan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
mendengar.
Sarina dan Yusmini (2007) menyatakan, kepentingan hubungan interpersonal
dapat membantu melahirkan persefahaman yang baik.

1
Objektif
Kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap keperluan kemahiran generik
seorang pendidik dalam perkembangan psikologi kanak-kanak.
2. Mengenalpasti pandangan guru-guru terhadap keperluan kemahiran kaunseling
dan sebagai motivator murid.

Sampel
Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Tengku
Mahmood Iskandar (1), Pontian. Bilangan guru yang terlibat seramai 36 orang dan dipilih
secara rawak.

Instrumen Dan Pengutipan Data


Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data terdiri daripada 14 soalan yang
dibahagikan kepada 2 komponen objektif. 7 soalan terdiri daripada keperluan kemahiran
generik seorang guru dan 7 soalan lagi untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap
keperluan kemahiran kaunseling dan motivator terhadap murid.

Kaedah Analisis Data


Data yang dianalisis dikumpulkan dengan menggunakan perisian SPSS version 16
dan statistik yang digunakan ialah bilangan responden dan peratus. Skala yang digunakan
ialah ”setuju” dengan skor 2, ”tidak pasti” dengan skor 1 dan ”tidak setuju” dengan skor
0.

Metodologi Kajian
Kajian yang dilaksanakan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan
kajian kuantitatif. Borang soal selidik yang dibina adalah untuk mengenal pasti bilangan
pandangan guru-guru terhadap kemahiran interpersonal dan guru sebagai kaunselor
dalam perkembangan psikologi kanak-kanak. Dalam konteks kajian, pengkaji akan
membuat pentaksiran secara menyeluruh berasaskan data yang diperolehi. Maka
penyelidikan ini adalah bercorak kuantitatif. Manakala teknik mengunakan borang soal
selidik merupakan instrumen yang bertepatan dalam tujuan mengumpulkan dapatan.

2
Dapatan Kajian Keperluan Kemahiran Interpersonal
Tidak
Bil Item Tidak pasti Setuju
setuju
Guru perlu menggunakan bahasa yang mudah 8.3% 91.7%
1. 0%
untuk murid memahami pengajaran. (3 orang) (33 orang)
Guru perlu menggunakan bahasa yang baik 2.8%
97.2%
2. supaya tingkah laku murid juga akan menjadi 0% (seorang)
baik. (35 orang)
Guru perlu meminta penjelasan murid terlebih
8.3% 91.7%
3. dahulu jika murid mendatangkan apa sahaja 0%
permasalahan di dalam mahupun di luar kelas. (3 orang) (33 orang)
Guru perlu ada kemahiran memuji terhadap murid
2.8% 97.2%
4. apabila mereka berketrampilan dan menarik 0%
perhatian. (seorang) (35 orang)
Guru perlu memberi salam terlebih dahulu atau
5.6% 25.0% 69.4%
5. senyum apabila bertemu dengan murid di mana-
mana. (2 orang) (9 orang) (25 orang)
Murid akan lebih aktif dan bersemangat dalam
2.8% 25.0% 72.2%
6. pembelajaran jika guru berpenampilan menarik
pada hari-hari tertentu. (seorang) (9 orang) (26 orang)
Murid seringkali bertanya guru berkenaan
2.8% 13.9% 83.3%
7. pengetahuan am dan menganggap guru sebagai
pakar dalam mana-mana bidang. (seorang) (5 orang) (30 orang)
Jadual 1: Pandangan Guru Terhadap Kemahiran Interpersonal

120
100
80 Tidak Setuju
60 Tidak Pasti
40 Setuju
20
0
Guru perlu Guru perlu Guru perlu Guru perlu ada Guru perlu Murid akan Murid seringkali
menggunakan menggunakan meminta kemahiran memberi salam lebih aktif dan bertanya guru
bahasa yang bahasa yang penjelasan memuji terlebih dahulu bersemangat berkenaan
mudah untuk baik supaya murid terlebih terhadap murid atau senyum dalam pengetahuan
murid tingkah laku dahulu jika apabila mereka apabila bertemu pembelajaran am dan
memahami murid juga akan murid berketrampilan dengan murid di jika guru menganggap
pengajaran. menjadi baik. mendatangkan dan menarik mana-mana. berpenampilan guru sebagai
apa sahaja perhatian. menarik pada pakar dalam
permasalahan hari-hari mana-mana

Graf 1: Keperluan Kemahiran Interpersonal


Jadual 1 dan Graf 1, menunjukkan peratus pandangan responden setuju adalah
tinggi berbanding peratus tidak pasti dan tidak setuju. Keseluruhan peratus setuju adalah
melebihi 60% dan keseluruhan peratus tidak setuju responden adalah kurang dari 6%.
Bilangan responden yang tidak pasti dengan kenyataan item pula menunjukkan hanya
kurang daripada 10 orang.

3
Dapatan Kajian Keperluan Guru Sebagai Kaunselor
Tidak
Item Tidak pasti Setuju
Bil setuju
Seorang guru perlu kerap membaca buku-buku ilmiah 5.6% 94.4%
8. 0%
dan buku-buku motivasi. (2 orang) (34 orang)
Guru perlu sering memberi inspirasi dan panduan
kepada murid dalam apa sahaja bidang tugasan di 100%
9. 0% 0%
dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum mahupun hal- (36 orang)
hal lain.
Guru perlu sentiasa menyediakan insentif (ganjaran) 8.3 33.3% 58.3%
10.
untuk peneguhan dalam pembelajaran murid. (3 orang) (12 orang) (21 orang)
Guru perlu menggunakan kaedah kaunseling ketika
5.6% 94.4%
11. menasihati murid yang bermasalah tingkah laku dan 0%
pembelajaran. (2 orang) (34 orang)
Guru yang mengajar mata pelajaran yang sukar atau
telah dikenalpasti kebosanannya perlu mempunya 19.4% 80.6%
12. 0%
trade mark tersendiri supaya murid berminat dengan (7 orang) (29 orang)
mata pelajaran tersebut.
Bagi murid yang mempunyai masalah tingkah laku
16.7% 16.7% 66.7%
13. dan pembelajaran, motivasi intrinsik dan extrinsik
mereka perlu datang daripada sekolah. (6 orang) (6 orang) (24 orang)

Kemahiran interpersonal guru boleh mempengaruhi 11.1% 88.9%


14. 0%
tingkah laku dan pembelajaran murid. (4 orang) (32 orang)
Jadual 2: Pandangan Guru Terhadap Guru Sebagai Kaunselor dan Motivator

120
100
80 Tidak Setuju
60 Tidak Pasti
40 Setuju
20
0
Seorang guru Guru perlu Guru perlu Guru perlu Bagi murid yang Bagi murid yang Kemahiran
perlu kerap sering memberi sentiasa menggunakan mempunyai mempunyai interpersonal
membaca buku- inspirasi dan menyediakan kaedah masalah masalah guru boleh
buku ilmiah dan panduan insentif kaunseling tingkah laku tingkah laku mempengaruhi
buku-buku kepada murid (ganjaran) untuk ketika dan dan tingkah laku
motivasi. dalam apa peneguhan menasihati pembelajaran, pembelajaran, dan
sahaja bidang dalam murid yang motivasi motivasi pembelajaran
tugasan di pembelajaran bermasalah intrinsik dan intrinsik dan murid.
dalam aktiviti murid. tingkah laku extrinsik extrinsik

Graf 2: Guru Sebagai Kaunselor dan Motivator


Jadual 2 dan Graf 2 juga menunjukkan peratus responden setuju adalah lebih
tinggi berbanding peratus responden tidak pasti dan tidak setuju iaitu hampir kepada 60%
responden. Bilangan responden tidak setuju pula tidak melebihi 10 orang, manakala
responden yang tidak pasti dengan item yang dikemukakan tidak lebih dari 12 orang.
Terdapat juga item yang kesemua 36 responden setuju iaitu item 9 yang menyatakan
bahawa guru perlu sering memberi inspirasi dan panduan kepada murid dalam apa sahaja bidang
tugasan di dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum mahupun hal-hal lain.

4
Cadangan
Sebagai guru yang bijak berkomunikasi dan mempunyai kemahiran mendengar
yang baik ketika mendekati muridnya, guru perlu lebih banyak mendengar dari bercakap.
Minta pendapat murid dan sumbangan idea daripadanya berkenaan perbualan kosong
mahupun perkara yang sedang diperbincangkan. Melalui sumbang saran dan memberi
laluan giliran mereka bercakap hendaklah ditunjukkan rasa minat kepada apa yang
sedang dipercakapkan (Fadzilah dan Ahmad, 2007).
Untuk mewujudkan interaksi yang memenuhi keperluan psikologi, gunakanlah
gaya bahasa yang positif, memberi lebih pengiktirafan, teguran, nasihat dan jangan
sekali-kali suka membuktikan kesalahan (Habibah dan Noran, 2002).
Menurut Sarina dan Yusmini (2007), kaedah pengalaman atau pendedahan kendiri
dianggap dapat memberi ruang kepada pelajar bagi meluahkan perasaan, emosi dan
pemikiran. Kaedah ini juga memudahkan murid memperolehi maklumat. Masa dan
pengalaman mereka haruslah selari (Mc Farland, 1965). Oleh itu, kanak-kanak
memerlukan waktu panjang dan tidak boleh digesa-gesa untuk melakukan penerokaan.
Berikan waktu untuk melihat segala kemungkinan, berpindah dari idea popular kepada
idea yang lebih unik dan asli untuk menjana pemikiran positif mereka.
Kanak-kanak biasanya sukar menjadi kreatif tanpa inspirasi yang konkrit. Justeru
itu, menurut Azhar et. al (2006), pendidik berupaya memupuk dan memperkayakan
kebolehan dan bakat kreativiti orang yang dididiknya. Selain daripada itu, murid lebih
senang menggambarkan sesuatu secara langsung menurut rasa atau memori mereka.
Seperti yang digambarkan oleh Bruner berkenaan faktor kesediaan belajar murid adalah
dari kemahiran asas, pengalaman, minat dan sikap murid yang dipupuk oleh guru dalam
set induksi yang menarik perhatiannya (Mok Soon Sang, 2004). Memori ini akan jadi
lebih cemerlang dan mudah dijangkakan melalui persiapan dan provokasi orang dewasa.
Oleh itu, perspektif yang berbeza harus diperkenalkan. Budaya, adat,
kepercayaan, nilai, norma, institusi dan produk-produk komuniti yang diturunkan dan
diwarisi oleh generasi-generasi memberi impak ke atas pemikiran, perasaan dan tingkah
laku seseorang itu (Rahil dan Habibah, 2007).
Menurut Mansur dan Nordinar (2003) pula, keaslian seorang kaunselor boleh
dilihat daripada keadaan spontan dan bersahaja. Justeru itu kaunselor digalakkan

5
menampilkan nilai diri yang sebenar atau tulen walau pun baru di peringkat permulaan.
Kemahiran diri yang ditonjolkan mudah dan senang diterima oleh klien.
Sebagai guru yang mampu beranggapan diri mereka sebagai kaunselor perlulah
mengambil kira panduan mengendalikan sesi tolong bantu anak-anak. Menurut Mansur
dan Nordinar (2003), terdapat peringkat-peringkat proses kaunseling yang telah
dirumuskan dan disimpulkan secara ringkas seperti berikut:
4.1 Keseluruhan proses kaunseling mempunyai kekuatan psikologi tersendiri yang boleh
memecahkan benteng-benteng permasalahan. Agenda pertama iaitu menerima klien
seadanya seterusnya kepada pembinaan hubungan merupakan suatu pendekatan awal
untuk memulakan sesi pernyataan masalah.
4.2 Seterusnya, di peringkat meneroka masalah sekaligus mencari puncanya memerlukan
kemahiran-kemahiran asas dalam mengajukan soalan dan memahami serta empati
oleh kaunselor dan ia merupakan suatu usaha ke arah menyelesaikan masalah klien
dalam menentukan rawatan yang perlu mereka jalani.
4.3 Membina matlamat bersama merupakan suatu peringkat yang menunjukkan klien
hampir berubah dari segi kepercayaan, keyakinan dan tingkah lakunya bahkan
semakin matang dalam perancangan hidupnya. Bantuan kaunselor juga memberi
ruang lebih luas untuk klien melihat peluang-peluang kejayaan dengan sikap, minda
dan emosi yang bermotivasi.
4.4 Di peringkat alternatif-alternatif yang disarankan, klien akan belajar bagaimana
membuat keputusan yang sesuai dan terbaik tentang dirinya demi masa hadapan.
Segala buruk baik diberi renungan bersama yang mendalam serta penilaian dalam apa
sahaja pilihan klien berkenaan alternatif yang disenaraikan.
4.5 Strategi dan langkah-langkah yang dikendalikan oleh kaunselor merupakan jenis
rawatan yang hendak dipilih bersesuaian dengan masalah klien. Apa sahaja strategi
yang dilakukan hendaklah memberi penekanan dalam perubahan tingkah lakunya.
Kaunselor juga akan mewujudkan beberapa unsur kritikal jika terdapat risiko yang
perlu dihadapi oleh klien dan bagaimana cara mereka mengatasinya.
4.6 Penilaian dalam pelan tindakan yang dibina oleh kaunselor dan dilaksanakan oleh
klien perlu dibuat dan melihat sejauh mana maklum balas yang diterima sama ada ia
berkesan atau pun tidak. Di peringkat terakhir dalam sesi kaunseling ini

6
pengubahsuaian dalam tindakan boleh dilakukan jika keadaan sedemikian
memerlukan.
Oleh itu, kesungguhan, usaha dan penguasaan kemahiran kaunseling
mengendalikan sesi kaunseling untuk mencapai objektif bergantung kepada kemampuan
guru. Melalui pengalaman, latihan, pembacaan dan pendedahan berkenaan kaunseling
juga dapat membantu sesebuah kejayaan dalam proses kaunseling dan membantu
perkembangan psikologi kanak-kanak di sekolah.

Kesimpulan
Keseluruhan pandangan respon terhadap keperluan kemahiran interpersonal serta
guru sebagai kaunselor dan motivator menyatakan bilangan yang positif dan dinilai
secara kuantitatif. Peratus setuju adalah tinggi berbanding kenyataan tidak pasti dan tidak
setuju. Ini menunjukkan responden berpotensi melakukan sebagaimana pernyataan-
pernyataan soal selidik yang dikemukakan. Andaian bahawa, pandangan respon tentang
keperluan-keperluan tersebut adalah dari pengetahuan, common sense, secara semula jadi,
melalui kursus-kursus yang mereka sertai atau merupakan kurikulum yang mereka
pelajari di institut-institut perguruan. Bagaimana pun, terdapat juga kemungkinan amalan
tidak selari dengan sesetengah kenyataan, yang masih belum dikaji kerana sifat dan sikap
individu sukar dieksperimentasi dan dinilai kerana menurut teori Bandura berhubungan
dengan tingkah laku individu adalah dipengaruhi dan bergantung kepada kehendak
individu itu sendiri untuk melakukannya (Arkes, 1982).

7
Rujukan

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd. 2002. Kemahiran Interpersonal Guru. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.

Arkes, H.A. 1982. Psychological Theories Of Motivation. Belmont, California:


Wadworth.

Fadzilah Kamsah Dan Ahmad Naim Jaafar. 2007. Tip Menjadi Individu Menarik. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Habibah Elias Dan Noran Fauziah Yaakub. 2002. Psikologi Personaliti. Dewan Bahasa
Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Jas Laile Suzanna Jaafar. 2002. Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Mc Farland. 1965. Psychology And Teaching Second Edition. George G. Harrap & Co.
LTD. London.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim. 2006. Permainan
Kreatif Untuk Guru Dan Jurulatih. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah Edisi Ketiga.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin. 2003. Proses Kaunseling Edisi
Kedua. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Rahil Mahyuddin Dan Habibah Elias. 2007. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan
Edisi Kedua. Karisma Publications Sdn.Bhd. Shah Alam.

Robiah K. Hamzah. 2003. Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Berbudaya Positif.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Shukri Abdullah. (2006). Anakku Bijak Belajar. Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
Setapak, Kuala Lumpur.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2007). Kaedah Mengajar Dan
Kemahiran Interpersonal Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Wangsa
Melawati, Kuala Lumpur.

You might also like