P. 1
Rumusan & Pengenalan

Rumusan & Pengenalan

4.0

|Views: 9,089|Likes:
Published by anaft

More info:

Published by: anaft on May 02, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/27/2013

pdf

text

original

Rumusan Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek keunikan dan kepelbagaian

budaya yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional melayu. Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

Pengenalan Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. WAU antara permainan orang Melayu berunsur seni untuk masa lapang, sekitar kurun ke-15, sangat popular di kalangan rakyat biasa dan golongan istana. permainan wau dikatakan ada kaitan dengan semangat angin,langit dan padi. Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur.Permainan wau juga diadakan unutk pertandingan.Pertandingan diukur dari segi keindahannya kepada bentuk,ciptaan,warna,keaslian ciptaan dan ukurannya. Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->