You are on page 1of 31

Al-Quran Dan Sains Moden Bercanggah Atau Tidak

  

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net


 
Penulis asal:
DR. ZAKIR NAIK
 
ISLAMIC RESEARCH FOUNDATION
56/58 Tandel Street (North), Dongri, Mumbai - 400 009 (India)
Tel: 3736875 (6 lines) • Fax 91-22-3730689
•e-mailislam@irf.net 'www.irf.net
 
 
Diterjemahkan oleh:
 
HANIFAH BTE HAYDAR ALI TAJUDDIN
DR. HAYDAR ALI TAJUDDIN BIN
FATEH MOHAMED
 
Madrasatul-Quran, Batu 6, Kedai Mulong, Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bharu, Kelantan Darul Nairn.
No.Telefon : 09-7255896, 09-7126970
 
 
Klik untuk ke laman Bahasa Inggeris
 

ISI KANDUNGAN
 
1. MUQADDIMAH
 
2. CABARAN AL QURAN
 
3. ASTRONOMI
 
4. FIZIK
 
5. GEOGRAFI
 
6. GEOLOGI
 
7. KAJIAN LAUTAN
 
8. BIOLOGI
 
9. BOTANI
 
10. ZOOLOGI
 
11. PERUBATAN
 
12. FISIOLOGI
 
13. EMBRIOLOGI
 
14. SAINS TERAS
 
15. PENUTUP
 
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Pengasihani
 
 
MUQADIMAH
 
Semenjak kewujudan manusia di dunia, manusia berusaha untuk memahami alam ini dan maksud
kehidupan di dunia ini. Dalam usaha mencarinya yang mengambil masa yang begitu lama dan tamadun-
tamadun yang dibentuk serta agama yang lengkap memainkan peranan yang sangat besar dalam
membentuk kehidupan manusia. Sesetengah agama mempunyai kitab-kitab suci yang dipercayai diturunkan
oleh Tuhan, manakala sesetengah penganut agama lain hanya bergantung kepada pengalaman hidup
masing-masing.
 
Al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam agama Islam. la dipercayai oleh orang Islam sebagai wahyu
Ilahi. Orang Islam juga berkeyakinan bahawa Al-Quran diturunkan untuk memimpin seluruh umat
manusia. Memandangkan Al-Quran dipercayai sebagai sumber rujukan sepanjang zaman, maka pastinya ia
bersesuaian untuk itu. Adakah dapat Al-Quran membuktikannya? Dalam buku kecil ini, saya akan berusaha
untuk menganalisa sumber rujukan orang Islam ini (Al-Quran), dengan bandingan fakta sains pada masa
sekarang.
 
Pada suatu masa dahulu, dalam sejarah tamadun manusia, mukjizat atau apa yang dianggap sebagai
mukjizat, dianggap sebagai perkara yang paling utama tanpa mengira akal serta logik fikiran manusia.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita menjelaskan erti sebenar "mukjizat"? Mukjizat ialah sesuatu yang
berlaku tanpa mengikut tabi'i alam dan kita perlu berhati-hati sebelum menerima sesuatu sebagai satu
mukjizat. Satu risalah yang diterbitkan dalam "The Times Of India" di Mumbai, India pada tahun 1993,
melaporkan bahawa terdapat seorang sami yang bernama, Baba Pilot yang mengaku bahawa dia dapat
hidup dalam tangki air berterusan selama 3 hari dan 3 malam. Tetapi, apabila para wartawan ingin
memeriksa tangki air tersebut, sami itu enggan membenarkan mereka untuk berbuat demikian. Sami
tersebut menyatakan bahawa bagaimanakah seseorang itu dapat memeriksa rahim seorang ibu yang
melahirkan anaknya. Sebenarnya, sami itu menyembunyikan sesuatu. la sebenarnya satu gimik untuk
menarik perhatian umum. Pastinya, orang zaman sekarang tidak akan menerima kejadian seperti itu sebagai
mukjizat. Jika kita boleh menerimanya sebagai suatu tanda mukjizat Ilahi, maka tentunya kita akan dapat
menerima Mr. PC. Sorcar, ahli sihir yang masyhur sebagai nabi Allah.
 
Sebuah kitab yang dikatakan sebagai wahyu dari Tuhan patutlah diuji terlebih dahulu isi kandungannya.
Orang Islam percaya bahawa Al-Quran adalah wahyu akhir diturunkan oleh Allah kepada pesuruh-Nya,
Nabi Muhammad (S.A.W.) untuk menyelamatkan umat manusia. Marilah kita menganalisanya dengan
membandingkannya dengan fakta sains moden.
 
 
CABARAN AL-QURAN
 
Karangan dan syair adalah bahan-bahan yang digunakan untuk melahirkan perasaan dan fikiran manusia
sepanjang zaman dalam semua jenis kebudayaan manusia. Pada zaman dahulu, karangan, syair serta pantun
ciptaan penulis-penulis masyhur menjadi kebanggaan manusia pada masa itu, sebagaimana kebanggaan
manusia sekarang terhadap sains dan teknologi moden.
 
Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahasa Arab dalam Al-Quran dianggap oleh para cendikiawan sekarang
sebagai sebuah karangan yang paling indah di dunia ini. Al-Quran mencabar manusia dengan ayat-ayat di
bawah:
 
(Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami
(Muhammad), buatlah satu surat (sahaja) yang sama dengan Al-Quran itu dan ajaklah penolong-
penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat mambuat(nya),
peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang
kafir)) (Surah Al-Baqarah : 23-24)
 
Cabaran Al-Quran ialah untuk menerbitkan satu surah seperti yang terdapat dalam Al-Quran, dari segi
keindahan bahasa serta maksud ayat. Cabaran tersebut tidak terjawab hingga sekarang. Cabaran yang sama
diulang dalam surah-surah lain dalam Al-Quran.
 
Seseorang manusia moden tidak akan menerima satu kitab agama yang mengatakan bahawa dunia ini
mendatar, walaupun bahasa yang digunakan untuk menyatakannya sangat indah. Ini kerana, zaman
sekarang manusia lebih mengutamakan akal, logik dan sains.
 
Menurut seorang saintis terkenal, Albert Einstein yang juga pemenang anugerah "Noble", sains tanpa
agama adalah 'cacat', manakala agama tanpa sains adalah 'buta'. Marilah kita menganalisa Al-Quran, untuk
mengetahui samada isi kandungannya bertentangan atau sebaliknya dengan fakta sains moden!
 
Al-Quran bukanlah sebuah buku sains, tetapi ia merupakan satu 'petunjuk'; tanda-tanda. Al-Quran
mempunyai lebih daripada 6,000 petunjuk, dan dari jumlah itu terdapat lebih daripada 1,000 petunjuk yang
berkaitan dengan sains. Dalam risalah ini, saya akan berusaha untuk membandingkan ayat-ay at Al-Quran
dengan fakta-fakta sains yang diterima-pakai sekarang dan bukan dengan teori-teori dan pendapat umum
dari ahli sains.
 
 
I. ASTRONOMI
 
CIPTAAN ALAM SEMULAJADI: FENOMENA "BIG BANG"
 
Konsep penciptaan alam yang diterangkan oleh para saintis (astrofizik) diterima oleh umum, dan ia
dinamakan sebagai fenomena "Big Bang". la pula disokong oleh hasil-hasil pemerhatian yang logik dan
eksperimen-eksperimen tertentu yang dilakukan oleh para saintis (pakar astronomi dan astrofizik) sejak
berkurun yang lalu. Menurut fenomena tersebut (Big Bang), seluruh alam ini duluny a berasal dari satu
kumpulan jisim (Primary Nebula). Kemudian berlaku pecahan padanya (Secondary Separation) yang
menyebabkan kejadian seluruh galaksi ini. Kejadian ini menyebabkan terbentuknya bintang-bintang,
planet-planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal kejadian alam ini sangatlah unik dan kebarangkalian
alam ini terjadi dengan sendirinya adalah ternafi (dengan sendirinya). Terdapat dalam Al-Quran beberapa
ayat yang menceritakan asal kejadian alam ini, antaranya;
 
(Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu
adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya)
( Surah Al-Anbiyaa ' : 30)
 
Sekali lagi, persamaan antara maksud ayat Al-Quran di atas dan fenomena "Big Bang" adalah sangat jelas
dan tidak dapat dinafikan lagi! Fikirkan ; bagaimanakah satu kitab yang muncul (diturunkan) di padang
pasir di Arab pada 1,400 tahun dahulu, mengandungi fakta saintifik yang begitu hebat!!
 
 
TERDAPAT KUMPULAN ASAP SEBELUM TERCIPTANYA GALAKSI INI
 
Para saintis mengatakan bahawa sebelum terciptanya galaksi dan alam ini, objek-objek angkasa berada
dalam bentuk kempulan asap. Pendeknya, kepulan-kepulan asap yang terdapat di ruang angkasa adalah
sangat besar. Dalam ayat Al-Quran di bawah perkataan Arab yang digunakan memberi maksud asap ialah
((Dukhan)).
 
((Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan bumi itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata
kepadanya (langit) dan kepada bumi " Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati
atau terpaksa". Keduanya menjawab : "Kami datang dengan suka hati".))
(Surah Fushshilat: 11)
 
Untuk perhatian, fenomena ini (Big Bang) tidak diketahui oleh orang Arab pada zaman Nabi Muhammad
(S.A.W.) dan zaman sebelum Baginda. Perkara ini juga tidak pernah terfikir oleh mereka. Maka, dari
manakah datangnya satu fakta sains (dalam Al-Quran) yang hanya dapat diketahui melalui bantuan alatan
moden ciptaan terkini?
 
 
BENTUK BUMI YANG SFERA
 
Pada zaman dahulu, manusia percaya bahawa bumi adalah rata. . Ini menyebabkan manusia takut untuk
belayar jauh ; takut kalau terjatuh di hujung dunia! Orang pertama yang membuktikan alam ini berbentuk
sfera ialah Sir Francis Drake apabila beliau belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597.
 
Cuba perhatikan ayat Al-Quran di bawah yang menceritakan tentang pertukaran malam dan siang yang
bersilih ganti.
 
Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam kedalam siang dan
memasukkan siang ke dalam malam. (Surah Luqman : 29)
 
"Memasukkan" di sini bermaksud Allah S.W.T. menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam
secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia
ini rata, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba..
 
Ayat Al-Quran di bawah juga menceritakan tentang dunia yang berbentuk sfera.
 
Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar ; Dia menutupkan malam atas siang dan
menutupkan siang atas malam. (Surah Az-Zumar: 5)
 
Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban
menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini
berbentuk sfera.
 
Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub
Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah;
 
((Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya))(Surah An-Naazi 'aat: 30)
 
Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. la juga bermaksud sesuatu yang luas
terbentang ( seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi,
iaitu bentuk "Geo-Spherical".
 
Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menjelaskan bentuk sebenar bumi, walaupun manusia pada masa Al-
Quran diturunkan mempercayai bahawa dunia ini berbentuk datar.
 
 
CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA YANG DIPANTULKAN
 
Pada zaman dahulu, manusia mempercayai bulan mempunyai cahayanya yang tersendiri. Tetapi, fakta sains
moden mengatakan bahawa cahaya bulan sebenarnya cahaya yang dipantulkan. Dan ini menyamai fakta
yang terdapat dalam Al-Quran yang diturunkan pada 1,400 tahun dahulu. Ayat Al-Quran yang
menceritakan tentang perkara ini ialah:
 
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya
matahari dan bulan yang bercahaya. (Surah Al-Furqan : 61)
 
Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas yang membawa maksud matahari ialah "shams". la juga
dirujuk sebagai "siraaj" yang bermaksud obor dan "wahhaaj" yang bermaksud lampu yang bernyala serta
"diyaa" yang bermaksud sinaran (shinning glory). Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sesuai untuk
menggambarkan matahari, memandangkan ia (matahari) menghasilkan haba dan cahaya melalui "Internal
Combustion"-pembakaran dalaman.
 
Manakala, perkataan Arab bagi menunjukkan makna bulan ialah "qamar" dan dihuraikan dalam Al-Quran
sebagai "Muneer", yang bermaksud sesuatu yang diberikan cahaya (nur). Sekali lagi huraian Al-Quran
menunjukkan kesesuaiannya dengan fakta sains-cahaya bulan adalah cahaya yang dipantulkan.
Sehinggakan dalam Al-Quran bulan tidak pernah disebut sebagai "siraaj", "wahhaaj" ataupun "diyaa" atau
matahari sebagai "nur" dan "muneer". Ini membuktikan bahawa Al-Quran dapat membezakan sifat
matahari dan bulan. laitu matahari menghasilkan cahayanya sendiri dan bulan menerimanya.
 
Perhatikan ayat di bawah yang membezakan sifat antara matahari dan bulan.
 
((Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya.)) (Surah Yunus:5)
 
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? #Dan Allah
menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita ? (Surah Nuh : 15-16)
 
 
MATAHARI BERPUTAR (DIATAS PAKSINYA)
 
Pada zaman dahulu, ahli falsafah dan saintis barat percaya bahawa, bumi terletak di tengah (pusat) alam
dan setiap objek angkasa termasuklah matahari berputar mengelilingi bumi. Di Barat, kepercayaan ini
( konsep Geocentric) telah diterima-pakai semenjak zaman Ptolemy ( 200 B.C ). Pada 1512, Nicholas
Copernicus telah membentangkan teorinya (Heliocentric Theory of Planetary Motion), dan beliau
menegaskan bahawa-matahari terletak di tengah-tengah sistem solar dan planet-planet lain mengelilinginya.
 
Pada 1609, seorang saintis Jerman, Yohannus Keppler telah memperkenalkan "Astronomia Nova" yang
mengatakan bahawa planet-planet bukan sahaja bergerak di atas orbit masing-masing mengelilingi
matahari, malah mereka juga berputar di atas paksi masing-masing dengan kelajuan yang luar biasa. Maka
dengan fahaman ini (Astronomia Nova), para saintis Eropah dapat memberi huraian yang betul tentang
mekanisma-mekanisma sistem solar, termasuklah mengenai pergantian malam dan siang yang silih
berganti.
 
Walaubagaimanapun selepas penemuan-penemuan ini, para saintis masih lagi mempercayai bahawa
matahari tidak berputar di atas paksinya seperti bumi. Saya masih lagi ingat semasa saya masih bersekolah
dahulu, fahaman salah ini masih lagi di ajar.
 
Mari kita fahami ayat al-Quran di bawah;
 
((Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya
itu beredar di dalam garis edarnya)) • (Surah Al-Anbiyaa: 33)
 
Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah "Yasbahuun". Perkataan ini asalnya dari perkataan
"sabaha" yang bermaksud pergerakan yang datang dari objek yang bergerak. Kalau ia digunakan untuk
seorang manusia di darat - ini bermakna manusia itu sedang berlari / berjalan. Manakala, jika ia digunakan
untuk seorang manusia dalam air, ia bererti manusia itu sedang berenang.
 
Begitulah juga, jika perkataan "Yasbah" digunakan untuk objek-objek angkasa, contohnya matahari, ia
memberi 2 makna iaitu ; objek tersebut bukan sahaja bergerak di ruang angkasa, tetapi ia juga berputar atau
berpusing (di atas orbitnya). Kenyatan bahawa matahari berputar di atas paksinya boleh dibuktikan dengan
suatu alat yang boleh memancarkan cahaya matahari apabila alat tersebut diletakkan di atas meja. Alat ini
akan memudahkan manusia mengkaji matahari tanpa merosakkan mata. Melalui alat ini, didapati matahari
mengambil masa 25 hari untuk melakukan satu putaran lengkap di atas paksinya.
 
Tambahan lagi, matahari bergerak dalam orbitnya dengan kelajuan lebih kurang 150 batu sesaat dan akan
mengambil masa selama 200 juta tahun untuk melengkapkan satu pusingan dalam "Milky Way Galaxy"
 
 ((Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang.Dan
masing-masing beredar pada garis edarnya)) (Surah Yaasin : 40)
KEWUJUDAN OBJEK-OBJEK ANTARA BINTANG-BINTANG (INTERSTELLAR
MATTERS)
 
Ruang angkasa selain daripada bintang-bintang dan lain-lain, dulunya dipercayai sebagai ruang vakum.
Tetapi ahli saintis ( ahli astrofizik) kemudiannya mengesan kewujudan objek-objek antara
 
bintang-bintang (bridges of matter). Objek-objek antara bintang-bintang dikenali sebagai plasma. Plasma
ialah gas ion yang mengandungi elektron bebas dan ion positif. la (plasma) juga dikenali sebagai objek /
bahan keempat, selain daripada pepejal, cecair dan gas. Al-Quran ada menyebutkan tentang kewujudan
plasma.
 
((Yang menciptakan langit dan burni dan apa yang terdapat antara keduanya)) (Surah Al-Furqaan ; 59)
 
Kita semua mengetahui bahawa kewujudan plasma adalah penemuan sains moden, dan pada 1,400 tahun
dahulu (semasa Al-Quran diturunkan) tiada seorangpun yang terfikir mengenainya, maka dari manakah
datangnya maklumat mengenai kewujudan plasma dalam Al-Quran ?
 

ALAM YANG SENTIASA BERKEMBANG


 
Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi, bernama Edwin Hubble, telah dapat membuktikan (melalui kajian
sains) iaitu galaksi 'menjauhkan' antara satu sama lain. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa alam
sentiasa berkembang. Sekarang, sains moden telah menerima-pakai konsep ini. Allah S.W.T. ada menyebut
tentang fenomena ini dalam Al-Quran.
 
((Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa))
 
(Surah Adz-Dzaariyaat: 47)
 
Perkataan Arab "muusi'uun" diterjemahkan sebagai "sedang berkembang" dan ia merujuk kepada konsep
kejadian dan perkembangan alam ini. Tetapi jika diperhatikan kepada tafsir ayat
 
di atas, pentafsir tidak menyebut tentang alam yang sedang berkembang kerana ini adalah fenomena yang
baru diketahui.
 
Dalam buku "A Brief History of Time" (karangan Stephen Hawking) mengatakan bahawa "penemuan
konsep ini (perkembangan alam) membawa kepada perubahan besar terhadap cara pemikiran manusia pada
abad ke-20. Walau apapun, apa yang paling menakjubkan ialah Al-Quran telah menyebutkan tentang
konsep perkembangan alam sebelum manusia dapat mencipta teleskop!
 
Sesetengah orang akan membuat alasan bahawa perkara ini tidaklah menakjubkan kerana orang Arab
sememangnya mahir dalam bidang astronomi. Walau bagaimanapun, golongan manusia ini lupa/jahil
tentang satu perkara yang amat penting iaitu orang Arab maju dalam bidang astronomi selepas mereka
beriman kepada Al-Quran dan bukan sebelum itu.
 
 
II. FIZIK
 
KEWUJUDAN ZARAH-ZARAH SUB- ATOM
 
Pada zaman dahulu, teori "atominisme" yang telah diketengahkan oleh seorang Greek bernama Democritus
(hidup pada 2300 tahun dahulu) telah diterima pakai oleh manusia. Mereka percaya unit yang paling kecil
ialah atom. Teori ini juga dipercayai oleh orang Arab pada masa itu, sehinggakan terdapat perkataan Arab
"zarah" yang bermaksud atom. Walaubagaimanapun, para saintis moden mengatakan bahawa satu zarah
atom boleh dipecahkan / dibahagikan. Ini adalah hasil penemuan sains abad yang ke-20 . Pada abad yang
ke-14, penemuan ini tentunya dianggap sebagai suatu yang pelik walaupun kepada penduduk Arab pada
ketika itu. Ini kerana, mereka percaya bahawa unit yang paling kecil ialah atom (zarah) dan tidak mungkin
dapat memecahkannya / membahagikannya. Tetapi, Al-Quran tidak menerima konsep yang mengatakan
bahwa atom tidak boleh dipecahkan / dibahagikan.
 
((Dan orang-orang yang kafir berkata: "Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami".Katakanlah :
"Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui yang ghaib, sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang
kepadamu. Tidak ada tersembunyi daripadaNya seberat zarahpun yang ada di langit dan yang ada di bumi
dan tidak ada (pula) yang lebih kecil dari itu dan yang lebih besar, melainkan tersebut dalam Kitab yang
nyata (LauhMahfuz).)) (Surah Saba": 3)
 
Ayat Al-Quran ini menerangkan tentang Kekuasaan Allah, dan ditegaskan dalam ayat ini bahawasanya
Allah mengetahui segala-galanya ; sama ada benda tersebut dapat dilihat atau tersembunyi, dan sama ada
sesuatu benda itu lebih besar atau lebih kecil daripada satu zarah atom. Oleh itu, ayat ini dengan jelas
menyebutkan tentang adanya unit yang lebih kecil daripada atom (zarah), satu fakta yang hanya dapat
diketahui melalui kajian sains moden. Selain itu, Allah menceritakan perkara yang sama dalam surah
Yunus, ayat 61.
 
 
III. GEOGRAFI
 
KITARAN AIR
 
Pada tahun 1580, Bernard Plissy iaitu orang yang pertama memberikan huraian tentang kitaran air, huraian
beliau telah diterima pakai hingga ke hari ini. Beliau menjelaskan tentang bagaimana air tersejat dari lautan
ke udara, lalu membentuk awan. Awan-awan kemudiannya bergerak menuju ke kawasan pedalaman, dan
turun sebagai hujan. Seterusnya, air yang turun sebagai hujan akan membentuk menjadi tasik-tasik dan
anak-anak sungai, dan ia akan mengalir ke lautan dan kitaran ini akan berterusan.
 
Pada kurun yang ke-7 sebelum masihi, "Thales of Melitus" mempercayai bahawa air di permukaan laut
dibawa oleh angin ke kawasan pedalaman, dan turun sebagai hujan. Pada zaman dahulu, manusia tidak
mengetahui punca sebenar air di bawah tanah. Sebaliknya, mereka percaya air di permukaan lautan
'ditekan' oleh angin ke kawasan pedalaman dan air ini kembali ke laut melalui 'satu jalan rahsia' yang
dikenali sebagai 'Great Abyss'. 'Jalan rahsia' ini juga dikenali sebagai 'Tartarus' semenjak zaman Plato.
Descartes, seorang ahli fikir yang hidup pada abad ke-18, juga menerima pendapat ini. Fahaman ini
digunakan hingga abad yang ke-19. Walaubagaimanapun, melalui penemuan sains moden pada hari ini,
kita dapat mengetahui bahawa air hujan yang memasuki rekahan-rekahan pada permukaan bumilah yang
menyebabkan wujudnya air di bawah tanah. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan tentang kitaran air
ialah :
 
((Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka
diaturnya menjadi sumber-sumber di burnt kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanaman-tanaman
yang bermacam-macam warnanya..)) (Surah Az-Zumar: 21)
 
((..dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi sesudah matinya. Sesungguhnya
pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berakal)) (Surah Ruum : 24)
 
((dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran ; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi dan
sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.)) (Surah Al-Mu'minuun : 18)
 
Perlu diingat di sini bahawa, pada masa itu (pada tahun 1400 semasa Al-Quran diturunkan) tidak ada
penerangan yang begitu jelas tentang kitaran air sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran.
 
 
ANGIN MENCANTUMKAN AWAN
 
((Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan
dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu..)) (Surah Al-Hijr: 22)
 
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menerangkan bahawa angin sebagai pencantum awan, dan ia juga
penyebab kepada hujan dan petir. Dalam ayat ini, perkataan "lawaaqih" digunakan. Perkataan asalnya ialah
"laqaha" dan perkataan jama'nya ialah "laqih". la bermaksud bercantum. Dalam ayat Al-Quran di bawah,
Allah S.W.T. menceritakan tentang perkara yang sama.
 
((Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di
langit menurut yang dikehendaki-Nyadan menjadikannya bergumpal-
gumpal;lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya
tiba-tiba mereka menjadigembira.)) (Surah Ar ruum : 48)
 
Sekarang, dengan bantuan alatan teknologi canggih, manusia dapat membuktikan kebenaran Al-Quran. Ini
kerana, proses kitaran air yang diceritakan dalam Al-Quran adalah menyamai fakta sains moden. Proses
kitaran air juga diceritakan dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain antaranya ; surah Ali-'Imran : 9, surah
Al-'Araaf : 57, Surah Ar-Ra'du : 17, Surah Al-Furqaan: 48-49, Surah Yaasin : 34, Surah Qaaf : 9-11, Surah
Al-Waaqi'ah : 68-70, Surah Al-Mulk : 30 dan Surah Ath-Thariq : 11.
 
Kesimpulannya, sains moden menerima 100% huraian yang terdapat dalam Al-Quran mengenai kitaran air.
 
Tebal kerak bumi adalah berbeza-beza mengikut tempat-tempat tertentu ; di dasar lautan (5km), di pinggir
pantai (35km) dan di bawah gunung (80km). Ini menujukkan asas binaan gunung-ganang yang sangat tebal
dan kukuh. Allah menerangkan tentang perkara tersebut dalam ayat Al-Quran di bawah.
 
((Dan gunung-ganang dipancangkan-Nya dengan teguh)) (Surah An-Naazi'aat: 32)
 
 
IV.GEOLOGI
 
GUNUNG-GANANG SEBAGAI PASAK
 
Dalam ilmu geologi, istilah fenomena "Folding" merupakan satu penemuan terbaru. Fenomena ini
meyebabkan terbentuknya gunung-ganang. Kerak bumi, iaitu bahagian yang keras terletak di permukaan
bumi adalah tempat yang sesuai untuk semua kehidupan, berbanding dengan bahagian dalaman bumi
(mantel) yang panas dan cair yang tidak sesuai untuk semua jenis kehidupan. Fenomena ini juga (fenomena
"Folding") menyebabkan bumi stabil.
 
Pakar-pakar geologi mengatakan panjang lilitan bumi ialah 3750 batu. Manakala, tebal kerak  bumi (tempat
tinggal semua benda hidup) adalah sangat nipis yang bezanya (dari segi ketebalan) ialah 1 hingga 30 batu.
Disebabkan olek kerak bumi ini nipis, menyebabkan ia boleh mengalami kegoncangan. Tetapi, dengan
adanya gunung-ganang yang bertindak sebagai pasak, bumi menjadi stabil (tidak bergoncang). Fenomena
ini adalah perkara baru dalam sains, walaubagaimanapun, Al-Quran sudah menjelaskan perkara tersebut.
 
 ((Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak ?))
(Surah An-Naba': 6-7)
 
Dalam ayat Al-Quran tersebut, perkataan "Awtad" digunakan untuk menunjukkan makna pasak
(sebagaimana tiang/batang yang digunakan untuk mendirikan khemah).
 
Dalam sebuah buku yang bertajuk "Earth", penulisnya telah menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai
apa yang diceritakan dalam Al-Quran (berkenaan dengan bidang geologi). Buku ini digunakan oleh
kebanyakan universiti di dunia sebagai rujukan dalam bidang geologi. Salah seorang daripada penulis buku
tersebut, Frank Press merupakan seorang bekas presiden di Akademi Sains di U.S selama 12 tahun dan juga
seorang bekas Penasihat Sains kepada bekas Presiden U.S, Jimmy Carter. Dalam buku ini, beliau
menceritakan tentang fungsi gunung yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan kerak bumi.
 
Dalam ayat Al-Quran di bawah, Allah menerangkan fungsi bumi dengan begitu jelas.
 
((Dan telah Kami jadikan bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama
mereka..))
(Surah Al-Anbiyaa': 31)
 
Daripada ayat Al-Quran tersebut, kita dapat mengetahui bahawa huraian yang diberikan dalam Al-Quran
adalah menyamai data ilmu geologi moden.
 
 
GUNUNG-GANANG YANG TEGUH
 
Kerak bumi / permukaan bumi adalah permukaan yang berpecah-pecah dan tebal setiap satunya adalah
lebih kurang 100 km. Kepingan-kepingan keras ini terapung di atas bahan cecair yang panas yang
dinamakan sebagai, "aesthenosphere".
 
Tebal kerak bumi adalah berbeza-beza mengikut tempat-tempat tertentu ; di dasar lautan (5km), di pinggir
pantai (35km) dan di bawah gunung (80km). Ini menujukkan asas binaan gunung-ganang yang sangat tebal
dan kukuh. Allah menerangkan tentang perkara tersebut dalam ayat Al-Quran di bawah.
 
((Dan gunung-ganang dipancangkan-Nya dengan teguh)) (Surah An-Naazi'aat: 32)
 
 
V. KAJIAN LAUTAN
 
PEMISAH ANTARA AIR TAWAR (SUNGAI) DAN AIR MASIN (LAUT)
 
Perhatikan ayat Al-Quran di bawah.
 
((Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu . Antara keduanya ada batas
yang tidak dilampaui oleh masing-masing.)) (Surah Ar-Rahmaan : 19-20)
 
Dalam ayat Al-Quran di atas, perkataan " Barzaakh" digunakan untuk menunjukkan makna pemisah atau
pengasing antara dua benda, tetapi bukan dalam bentuk jisim. Selain itu, perkataan "maraja" juga
digunakan dalam ayat ini. Perkataan "maraja" bermaksud, berjumpa atau bergaul. Penggunaan dua
perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza ini telah meyukarkan ahli-ahli tafsir pada zaman dahulu
membuat tafsiran tentang kedua-duanya ; iaitu ia berjumpa dan bergaul, tetapi pada masa yang sama
terdapat penghalang / pemisah di antara kedua-duanya. Walaubagaimanapun, sains moden juga telah
menjumpai satu fenomena di mana apabila air tawar (sungai) dan air masin (laut) berjumpa dan bergaul,
terdapat pemisah atau penghalang di antara kedua-duanya untuk bercampur. Ini menyebabkan terdapat
perbezaan antara 2 jenis air ini, dari segi suhu, kemasinan dan kepekatan. (Sila rujuk buku Principles of
Oceanography, Davis m/s 92-93)
 
Sains moden sekarang dapat memberi penjelasan tentang fenomena ini (terdapat pemisah antara kedua-dua
jenis air). Pada peringkat awal, memang terdapat pemisah antara dua jenis air ini apabila mereka bertemu
(di kuala sungai). Walaupun begitu, apabila air tawar (sungai) memasuki kawasan lautan, ia dengan
sendirinya menjadi air masin. Fenomena yang terdapat dalam Al-Quran dijelaskan oleh Dr. William Hay,
Seorang saintis marin dan Profesor Sains Geologi di Universiti Colorado, U.S.A.
 
Fenomena ini juga diceritakan dalam ayat Al-Quran di bawah ini.
 
((. . dan menjadikan suatu pemisah antara dua laut ?..)) (Surah An-Naml : 61)
 
Fenomena ini berlaku di beberapa buah tempat contohnya : pemisah di antara Lautan Mediteranean dan
Lautan Atlantik di Giblartar.
 
Walaubagaimanapun, apabila Al-Quran menyebut tentang pembahagi di antara dua jenis air ini, disebut
juga tentang kewujudan "Dinding dan batas" bersama-sama pembahagi tersebut.
 
((DanDialah yangmembiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain
masin lagi pahit; Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalanginya)) (Surah Al-
Furqan : 53)
 
Sains moden telah menemui bahawa di kuala-kuala sungai, iaitu suatu tempat di mana kedua-dua jenis air
tadi bertemu, berlaku keadaan yang berbeza daripada apa yang berlaku di tempat dua lautan bertemu. Sains
moden juga menemui bahawa bahan yang menyebabkan penukaran air sungai menjadi air masin apabila
memasuki kawasan lautan di kuala-kuala sungai dikenali sebagai "Pycnocline Zone with a marked density
discontinuity separating the two layers".
 
Fenomena ini juga hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja ; antaranya di Mesir, di mana sungai Nil
bertemu dengan Lautan Mediteranean.
 
 
KEGELAPAN DI DASAR LAUTAN
 
Profesor Durga Rao ialah seorang yang pakar dalam bidang geologi marin di Universiti King Abdul Aziz di
Jeddah. Beliau telah diminta untuk memberi komen mengenai ayat Al-Quran di bawah.
 
((Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula),
di atasnya (lagi) awan; gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia
dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia
mempunyai cahaya sedikitpun)) (Surah An-Nur: 40)
 
Profesor Rao mengatakan bahawa para saintis hanya boleh memastikan dengan menggunakan alatan
teknologi moden bahawa, terdapat kegelapan di dasar lautan. Manusia tidak boleh menyelam ke dalam
lautan yang mana kedalamannya melebihi 20-30 meter tanpa menggunakan kelengkapan menyelam, dan
manusia juga tidak boleh hidup di dasar lautan yang melebihi 200 meter ke dalamannya. Ayat ini tidak
merujuk kepada semua lautan, tetapi hanya sesetengah lautan dalam. Punca fenomena ini adalah kerana dua
sebab:
 
1. Pancaran cahaya dibahagikan kepada 7 warna ; Violet, Indigo, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah
(VIBGYOR). Pada peringkat awal, cahaya merah akan diserap pada kedalaman 10-12 meter, dan jika
seorang penyelam berada di dasar lautan pada kedalaman 25 meter, dia tidak akan dapat melihat merah
darahnya, sekiranya dia terluka. Ini kerana, cahaya merah telah diserap pada kedalaman itu. Begitu juga
bagi cahaya oren yang diserap cahayanya pada kedalaman 30-50 meter, cahaya kuning : 50-100 meter,
cahaya hijau : 100-200 meter dan cahaya biru pada kedalaman kurang daripada 200 meter. Bagi cahaya
violet dan indigo pula, cahayanya diserap pada kedalaman melebihi 200 meter. Akibat daripada fenomena
inilah (resapan cahaya), menyebabkan semakin dalam sesebuah lautan, makin gelap dasarnya, Maka,
apabila tahap kedalamannya pada 1000 meter, dasar lautan menjadi gelap-gelita!
 
2. Cahaya matahari diserap oleh awan dan ini menyebabkan terdapat kegelapan di bawah awan. Ini
merupakan lapisan pertama. Apabila pancaran cahaya bertembung dengan permukaan laut, berlaku
fenomena refleksi (fenomena yang menyebabkan permukaan laut bersinar-sinar). Akibatnya, cahaya
dipantul dan menyebabkan tiada cahaya di lapisan bawah permukaan laut. Sebahagian cahaya yang tidak
terpantul pula, akan Berjaya menembusi permukaan laut. Oleh itu, ada dua bahagian laut;
 
i) Permukaan lautan yang cerah dan panas, dasar lautnya pula adalah gelap.
 
ii) Permukaan lautan yang jauh terpisah daripada bahagian dalaman yang disebabkan oleh ombak.
 
"Internal waves" ialah pemisah antara laut bahagian atas dan laut bahagian bawah. la penyebab kepada
kegelapan yang bermula pada ombak ini (Internal waves). Sehinggakan, pada paras ini ikan-ikan tidak
dapat melihat (kerana kegelapan). Satu-satunya sumber cahaya bagi mereka ialah cahaya yang dihasilkan
sendiri (oleh badan mereka).
 
Oleh itu, Al-Quran dengan tepatnya menyebutkan tentang perkara ini dalam surah An-Nuur, ayat 40
(seperti di atas).
 
 ((Atau seperti gelap gelita di lautan dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula)..))
 
Fenomena di atas, menurut Profesor Durga Rao adalah suatu fenomena yang tidak pernah terfikir dan
diketahui oleh manusia pada 1,400 tahun dahulu. Ini adalah satu bukti bahawa Al-Quran bukan dari
manusia, tetapi dari Allah Taala.
 
 
VI. BIOLOGI
 
SETIAP BENDA HIDUP DIJADIKAN DARIPADA AIR
 
Perhatikan ayat Al-Quran di bawah.
 
((Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu
adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala
yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman)) (Surah Al-Anbiyaa': 30)
 
Hanya selepas sains mencapai kemajuan, kita dapat mengetahui bahawa sitoplasma yang menjadi asas
setiap sel mengandungi 80% air. Selain itu, kita juga dapat mengetahui bahawa kebanyakan organisma
mempunyai 50% hingga 90% air. Ini membuktikan bahawa setiap benda hidup memerlukan air untuk
hidup.
 
Pada kurun ke-14 dahulu, pastinya manusia tidak pernah terfikir tentang perkara sebegini, lebih-lebih lagi
manusia yang tinggal di padang-padang pasir; golongan manusia yang jarang bertemu air!
 
Ayat Al-Quran di bawah menceritakan tentang kejadian haiwan-haiwan daripada air.
 
((Dan Allah menjadikan semua jenis haiwan dari air..)) (Surah An-Nur : 45)
 
Ayat Al-Quran di bawah pula menceritakan tentang kejadian manusia daripada air.
 
((Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air,lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan
mushaharah* dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa.))(Surah Al-Furqaan : 54)
 
*"Mushaharah : hubungan kekeluargaan yang terjalin melalui ikatan perkahwinan ; menantu, ipar dan lain-
lain.
 
 
VII. BOTANI
 
TUMBUH-TUMBUHAN DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN (JANTAN & BETINA)
 
Pada masa dahulu, manusia tidak mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai perbezaan
jantina, iaitu ia terdiri daripada jantan dan betina. Walaupun sesetengah tumbuhan adalah uniseks, tetapi
masih terdapat padanya elemen-elemen yang membezakan jantina mereka (jantan & betina).
 
((..dan menurunkan dari langit air hujan. Maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari
tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam.)) (Surah Thaahaa : 53)

BUAH-BUAHAN DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN (JANTAN & BETINA)


 
((...Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasang.)(SurahAl-Ra'd: 3)
 
Buah adalah hasil terakhir bagi proses yang berlaku pada pokok-pokok yang matang. Bunga pada pokok
merupakan 'alat' untuk menghasilkan buah. Bunga terdiri daripada 2 bahagian ; jantan (stamen) dan betina
(ovul). Apabila debu bunga diterbangkan ke bunga yang lain, ia akan menjalani proses untuk menghasilkan
buah dan apabila buah tersebut ranum, ia akan menggugurkan biji benihnya pula. Walau apapun, kejadian
buah-buahan ini menunjukkan kewujudan organ jantan dan betina bagi sesuatu tumbuh-tumbuhan ; fakta
yang terkandung dalam Al-Quran.
 
Bagi sesetengah spesis pokok pula, penghasilan buah adalah melalui bunga-bunga pokok yang uniseks.
Antara contoh spesis-spesis pokok uniseks ialah ; pokok pisang, beberapa jenis nenas, limau dan lain-lain.
Walaupun begitu, pokok-pokok ini juga mempunyai karektor-karektor jantina yang jelas.
 
 
SETIAP MAKHLUK DIJADIKAN BERPASANG-PASANGAN
 
(( Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasang ))
(Surah Adz-Dzaariyaat : 49)
 
Ini merujuk kepada makhluk selain daripada manusia, haiwan-haiwan, tumbuhan-tumbuhan dan buah-
buahan. Sebagai contoh, ia merujuk kepada fenomena penghasilan arus elektrik yang terdiri daripada atom
negative dan atom positif iaitu elektron dan proton.
 
((Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasang-pasangansemuanya baik dari apa yang ditumbuhkan
oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui)) ( surah Yaasin : 36)
 
Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah S.W.T. menceritakan bahawa semua makhluk ciptaan-Nya adalah
berpasang-pasangan, termasuklah juga makhluk yang tidak diketahui oleh manusia sekarang.
 
 
VII. ZOOLOGI
 
HAIWAN-HAIWAN & BURUNG-BURUNG HIDUP DALAM KOMUNITI
 
((Dan tiadalah haiwan-haiwan yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua-dua
sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu..)) (Surah Al-An 'aam : 38)
 
Kajian menunjukkan haiwan-haiwan dan burung-burung hidup berkomuniti.
 
 
KUMPULAN BURUNG-BURUNG YANG BERTERBANGAN
 
Berkenaan dengan perkara di atas, Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran.:
 
((Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada
yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-
tanda (Kebesaran Allah) bagi orang-orang yang beriman.)) (Surah An-Nahl : 79)
 
Perkara yang sama telah diulang dalam ayat Al-Quran yang lain.
 
((Dan apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan
sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah.
Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.)) (Surah Al-Mulk: 19)
 
Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat Al-Quran di atas ialah "amsaka", yang bermaksud memegang,
menyambar atau menahan. Penggunaan perkataan ini membuktikan Allah 'menerbangkan' burung-burung
dengan kuasa-Nya. Kedua-dua ayat di atas menekankan tentang pergantungan burung-burung kepada kuasa
Allah untuk terbang di langit. Data sains menunjukkan darjah kesempurnaan yang dimiliki oleh sesetengah
spesis burung dalam cara mereka bergerak dan terbang. Jika kita melihat kepada penerbangan burung-
burung yang kecil, yang berupaya untuk terbang jauh dan menempuhi kesusahan sepanjang perjalanan
tersebut dan ini menunjukkan makhluk ini dikuasai oleh kuasa yang kuat, iaitu kuasa Ilahi. Di samping itu,
mereka juga dapat terbang ke tempat lain, tetapi dapat kembali ke tempat yang hampir sama ; seakan-akan
mereka diprogramkan oleh Allah S.W.T.
 
Profesor Hamburger dalam bukunya "Power and Fragility" menceritakan tentang sejenis spesis burung;
Burung 'Mutton'. Burung ini tinggal di Lautan Pasifik. Beliau menceritakan bahawa burung ini dapat
terbang hampir 15,000 batu dalam bentuk ‘8’ yang mengambil masa 6 bulan. Ajaibnya, burung ini dapat
terbang dan pulang ke tempat yang sama! Sudah tentu seekor haiwan yang lemah tidak dapat
melakukannya tanpa di’program’kan oleh Allah Taala.
 
((Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu,
dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan
dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)..)) (Surah An-Nahl: 68-69)
 
Von-Frish menerima hadiah 'Noble" pada tahun 1973, kerana kajian beliau yang mendalam tentang lebah.
Hasil daripada kajian itu mendapati lebah dapat berkomunikasi dan dapat memberitahu dengan tepat
kepada lebah-lebah yang lain jika ia terjumpa bunga atau kebun baru. Cara lebah ini memberitahu lebah-
lebah lain ialah melalui gerakannya ; 'Bee Dance' . Dengan menggunakan peralatan fotografi, maksud
sebenar 'Bee Dance' cara lebah berkomunikasi telah dapat dipastikan secara saintifik.
 
Lebah pekerja atau askar lebah terdiri daripada lebah betina. Ini dapat dibuktikan dalam ayat al-Quran di
atas (Surah An-Nahl:68-69). Ini kerana, dalam ayat tersebut perkataan ‘fasluki’ dan ‘kuli’ (kedua-dua
perkataan ini menggunakan kata ganti nama bagi perempuan). Sedangkan pada zaman dahulu manusia
beranggapan bahawa lebah yang bekerja (mencari madu dan lain-lain) adalah lebah jantan. Tambahan lagi,
tanggapan salah ini ada disebut oleh Shakespeare dalam dramanya “Henry The Fourh”
 
Walaubagaimanapun, manusia hanya menyedari tentangnya lebih kurang 300 tahun dahulu melalui kajian-
kajian moden. Oleh itu, jelaslah bahawa lebah yang bekerja (Worker Bee) dan menyelaraskan sarang
(Queen Bee) adalah lebah betina.
 
 
SARANG LABAH-LABAH / TEMPAT TINGGAL YANG TIDAK KUKUH
 
Al-Quran menyebutkan tentang perkara ini dalam ayat di bawah.
 
((Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah, seperti labah-labah
yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumahlabah-labah kalau mereka
mengetahui.))(Surah AlAnkabuut: 41)
 
Ayat ini menjelaskan betapa lemahnya sarang labah-labah dan ia juga menjelaskan bahawasanya hubungan
kekeluargaan labah-labah adalah lemah; labah-labah betina memakan pasangannya, labah-labah jantan.
 
 
CARA HIDUP & CARA KOMUNIKASI SEMUT
 
Perhatikan ayat Al-Quran di bawah.
 
((Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur
dengan tertib (dalam barisan) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut :
"Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan
tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.")) (Surah An-Naml: 17-18)
 
Pada masa dahulu, mereka yang membaca ayat ini akan mempersendakannya, dan mengatakan bahawa Al-
Quran adalah sebuah cerita dongeng kerana ia menceritakan perihal semut bercakap antara satu sama lain.
Bagaimanapun, sains moden telah membuktikan bahawa corak kehidupan sejenis serangga yang hampir
sama dengan corak kehidupan manusia ialah semut. Ini boleh dilihat dalam aspek-aspek tertentu seperti di
bawah :
 
1) Semut akan menanam semut lain yang mati, dan ini menyamai manusia.
 
2) Mereka mengamalkan sistem yang sama seperti manusia dalam melakukan kerja ;terdapat pekerja-
pekerja dan ketua-ketua dalam melakukan sesuatu kerja.
 
3) Mereka ber'cakap' pada waktu-waktu tertentu.
 
4) Mereka menggunakan sistem yang canggih untuk berkomunikasi.
 
5) Mereka menukar barang-barang mereka dalam 'pasar harian'.
 
6) Mereka dapat menyimpan biji-bijian dengan lama pada musim sejuk. Apabila biji-bijian itu bercambah,
mereka akan memotongnya untuk mengelakkannya daripada rosak. Jika, biji-bijian tersebut terkena air,
mereka akan mengeluarkan-nya untuk dijemur di bawah panas matahari.
 
 
IX. PERUBATAN
 
MADU LEBAH SEBAGAI PENYEMBUH (UBAT)
 
Madu lebah dihasilkan daripada jus dari pelbagai jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, yang
kemudiannya disimpan dalam setiap ruang dalam sarangnya. Cuma beberapa kurun yang lalu, manusia
baru menyedari bagaimana madu boleh terbentuk dalam badan lebah. Walaubagaimanapun, perkara ini
telah terlebih dahulu disebut dalam Al-Quran.
 
((..dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macamwarnanya, didalamnya terdapat ubat
yang menyembuhkan bagi manusia..))(Surah An-Nahl: 69)
 
Sekarang, kita mengetahui bahawa madu mengandungi bahan-bahan penyembuh dan juga cecair antiseptik.
Pada perang dunia ke-2, orang Rusia menggunakan madu untuk merawat luka mereka. Ini kerana, madu
boleh menyembuhkan luka dan hanya meninggalkan sedikit kesan calar (pada luka mereka). Di samping
itu, ia juga boleh mengelakkan pertumbuhan kulat / bakteria (di atas luka).
 
Selain itu, seseorang yang mempunyai alahan kepada sesetengah pokok dapat disembuh dengan madu (dari
pokok tersebut). Madu lebah juga diperkaya dengan fruktosa (gula daripada buah) dan vitamin K.
 
Apapun, pengetahuan tentang madu lebah baru sahaja kita ketahui melalui kajian-kajian yang dilakukan,
sedangkan Al-Quran telah menyebut tentangnya ketika ia diturunkan pada 1400 tahun dahulu.
 

X. FISIOLOGI
 
KITARAN DARAH DAN PENGHASILAN SUSU
 
Al-Quran diturunkan 600 tahun sebelum pakar sains, Ibnu Nafees menghuraikan tentang kitaran darah dan
1,000 tahun sebelum William Harwey memperkenalkan konsep ini kepada dunia barat. Pada 1,400 tahun
dahulu, semasa Al-Quran diturunkan, manusia tidak mengetahui bagaimanakah terbentuknya susu (dalam
badan). Walaubagaimanapun, Al-Quran telah menyebut tentangnya terlebih dahulu.
 
Huraian dalam Al-Quran tentang penghasilan susu (dalam badan) amatlah bertepatan dengan penemuan
fisiologi moden. (Rujukan buku "The Bible, the Qur'an, and Science", Dr.Maurice Bucaille).
 
(( Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu
minum daripada apa yang terdapat dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang
mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.)) (Surah An Nahl: 66)
 
((Dan sesungguhnya pada haiwan-haiwan ternak; benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu,
Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada haiwan-haiwan ternak
itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu makan.)) (Surah Al-
Mukminuun: 21)
 
 
EMBRIOLOGI
 
MANUSIA DICIPTA DARIPADA ' ALAQ (SEPERTI LINTAH)
 
Beberapa tahun dahulu, sekumpulan pelajar Arab telah mengumpul data tentang embriologi daripada Al-
Quran. Mereka juga mengikut setiap arahan mengenainya (embriologi) yang terdapat dalam Al-Quran.
 
((..maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.)) (Surah
An-Nahl : 43, Surah Al-Anbiyaa' : 7) .......
 
Kumpulan pelajar tadi mengumpul maklumat (mengenai embriologi) daripada Al-Quran, dan
menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Mereka kemudiannya berjumpa Profesor (Dr) Keith Moore
untuk mendapatkan keterangan terperinci tentang apa yang disebut dalam Al-Quran mengenai embriologi.
Prof.Keith Moore merupakan seorang Profesor Embriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti
Toronto, Kanada dan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang ini.
 
Selepas membuat kajian terperinci mengenai tafsiran ayat-ayat Al-Quran, beliau mengatakan bahawa fakta
yang terkandung dalam Al-Quran mengenai embriologi adalah amat bertepatan dengan fakta sains moden.
Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat memberi penjelasan bagi beberapa ayat Al-Quran, disebabkan
beliau tidak mempunyai fakta mengenainya.
 
((Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari
segumpal darah.)) (Surah Al-'Alaq: 1-2)
 
Perkataan `alaq' di samping bermakna seketul darah, ia juga bermaksud sesuatu yang bersifat seperti lintah
(cara makannya dan kedudukannya yang ber'gantung').
 
Profesor Keith Moore, pada permulaanya tidak mengetahui sama ada janin (embrio) mempunyai sifat
seperti lintah. Selepas membuat kajian dengan terperinci dengan menggunakan mikroskop yang kuat,
beliau terkejut apabila mendapati bahawa 'alaq benar-benar menyerupai seekor lintah! Oleh itu, dengan
menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan embriologi, beliau berjaya mendapatkan lebih
banyak maklumat mengenai bidang ini.
 
Dr. Keith Moore dapat menjawab sebanyak 80 soalan yang diutarakan kepada beliau dalam bidang
embriologi yang dipetik daripada Al-Quran dan hadis. Menurut Dr. Keith Moore jika soalan-soalan ini
diajukan kepada beliau 30 tahun yang lalu, beliau sudah tentu tidak dapat menjawabnya kerana kekurangan
fakta-fakta saintifik dalam bidang ini. Tetapi, sekarang Alhamdulillah, dengan bantuan alatan yang
canggih, Prof. Keith Moore dapat membuktikan kebenaran fakta-fakta yang terkandung dalam Al-Quran
mengenai embriologi.
 
Sebelum ini, Prof. Keith Moore telah menulis sebuah buku "The Developing Human".
Walaubagaimanapun, selepas mendapat maklumat yang banyak mengenai embriologi daripada ayat-ayat
Al-Quran, beliau sekali lagi berjaya menulis edisi ke-3 bagi buku tersebut pada tahun 1982. Melalui buku
tersebut, beliau telah berjaya memenangi Anugerah Buku Perubatan Terbaik yang hanya ditulis oleh
seorang saintis. Buku ini juga diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa utama di dunia dan ia menjadi buku
rujukan dalam bidang embriologi bagi pelajar-pelajar perubatan tahun pertama.
 
Pada tahun 1981, semasa Persidangan Perubatan ke-7 di Dammam, Arab Saudi, Dr. Moore menegaskan
bahawa ayat Al-Quran tentang embriologi pastinya datang daripada Allah kepada Nabi Muhammad
(S.A.W.). Ini kerana, manusia pada zarnan itu, setentunya tidak pernah terfikir tentang perkara ini dan ini
jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (S.A.W.) pastinya seorang Rasul-Allah (*rujukan daripada
pita video "This is the Truth").
 
Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Sakit Puan di Kolej Perubatan Baylor, U.S.A., mengatakan
bahawa Perkataan Nabi Muhammad S.A.W. (Hadis) pastinya bukan berdasarkan kepada fakta sains yang
ada pada zaman Baginda (pada abad ke-7), kerana perkara begini tentunya tidak pernah terlintas di fikiran
manusia pada masa itu.
 
 
MANUSIA DICIPTA DARIPADA SETITIK AIR MANI YANG TERHASIL DI ANTARA
TULANG BELAKANG DAN TULANG RUSUK
 
((Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apakah dia dijadikan ?# Dia diciptakan daripada air yang
terpancar # Yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.))(Surah Ath-
Thaariq : 5-7)
 
Dalam peringkat janin (embrio), organ reproduksi bagi lelaki & perempuan iaitu, testis dan ovari
memulakan pembesarannya berhampiran dengan buah pinggang yang terletak di antara tulang belakang
dan tulang rusuk yang ke- 1 1 dan ke- 12. Kemudian organ reproduksi (testis & ovari) 'turun ke bawah'.
Ovari berhenti di dalam pelvis, manakala testis terus turun ke skrotum. Semasa dewasa, organ reproduksi
masih lagi menerima saraf dan bekalan darah aorta abdomen yang terletak antara tulang belakang dan
tulang rusuk. Begitu juga dengan salur Limfa dan salur darah venul yang berulang-alik ke tempat yang
sama.
 
 
MANUSIA DICIPTA DARIPADA NUTFAH (CECAIR YANG SEDIKIT)
 
Al-Quran yang mulia menyebut tidak kurang daripada 11 kali mengenai manusia dicipta daripada 'nutfah'.
Ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah; 16:4, 18:37, 22:5, 23:13, 35:11, 36:77, 40:67, 53:46, 75:37, 76:2 dan 80:
19.
 
Fakta yang tersebut dalam Al-Quran diakui oleh sains moden, iaitu; hanya satu sperma (lelaki) yang
diperlukan untuk proses persenyawaan dengan ovum (perempuan). Ini bererti, 1 daripada 3 juta / 0.00003
% daripada sperma yang diperlukan untuk proses tersebut.
 
 
MANUSIA DICIPTA DARIPADA SULALAH (SARIPATI AIR MANI)
 
((Kemudian Dia menjadikan keturunannnya dari saripati air yang hina (air mani).)) (Surah As-Sajdah : 8)
 
Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah 'sulalah' yang bererti saripati air mani.
Sebagaimana yang kita ketahui, hanya satu sperma (lelaki) yang diperlukan untuk tujuan persenyawaan
(dengan ovum), oleh itu perkataan 'sulalah' digunakan untuk merujuk kepada sperma tersebut.

MANUSIA DICIPTA DARIPADA NUTFATUN AMSHAAJ (CECAIR YANG


BERCAMPUR)
 
Perhatikan ayat Al-Quran di bawah.
 
((Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur..)) (Surah Al-
Insaan : 2)
 
Perkataan Arab dalam ayat di atas ialah 'nutfatin amshaaj" yang bermaksud cecair yang bercampur, iaitu
cecair dari pihak lelaki dan perempuan.
 
 
PENENTUAN JANTINA
 
Penentuan jantina pada janin ditentukan oleh sperma (lelaki) dan bukan ovum (perempuan). Jantina
seorang bayi sama ada lelaki atau perempuan bergantung kepada pasangan 23 kromosom (sama
adaXX/XY).
 
Pendeknya, jika sperma X disenyawakan dengan ovum, maka jantina bayi adalah perempuan. Manakala,
jika sperma Y disenyawakan dengan ovum, maka jantina bayi adalah lelaki.
 
((Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan # Dari air
mani, apabila dipancarkan.)) (Surah An-Najm : 45-46)
 
Perkataan Arab 'nutfah' dalam ayat Al-Quran di atas bermaksud, cecair yang sedikit, dan perkataan 'tumnaa'
pula bermaksud yang terpancar. Oleh itu, perkataan 'nutfah' dalam ayat ini sememangnya dikhususkan
kepada sperma, kerana ia 'terpancar'.
 
((Bukankah dia dahulu setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim) # Kemudian mani itu menjadi
segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya # Lalu Allah menjadikan
daripadanya sepasang :laki-laki dan perempuan )) (Surah Al-Qiyaamah; 37-39). .
 
Dalam ayat di atas juga disebut 'nutfatan min maniyyin' yang bererti cecair yang sedikit (sperma). Ini jelas
membuktikan bahawa lelaki yang bertanggungjawab menentukan jantina janin.
 
Ibu-ibu mertua di negara-negara Asia ;India, Malaysia, China dan sebagainya biasanya inginkan cucu
lelaki, dan mereka akan menyalahkan menantu-menantu perempuan jika mereka melahirkan bayi
perempuan. Tetapi, mereka (ibu-ibu mertua) tidak mengetahui bahawa sebenarnya anak-anak lelaki mereka
yang bertanggungjawab menentukan jantina bakal cucu mereka!!
 
 
JANIN DISELAPUTI OLEH TIGA KEGELAPAN
 
((...Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalamtiga kegelapan...)) ( Surah Az-
Zumar : 6)
 
Menurut Profesor Keith Moore, selaput kegelapan yang disebut dalam Al-Quran ialah :
 
i) Perut ibu yang hadapan
 
ii) Binding uterus
 
iii) Kulit 'amnio-chorionic'
 
 
PERINGKAT-PERINGKAT JANIN
 
((Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah # Kemudian
Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim) # Kemudian air mani
itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal
daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian
Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik.))
(Surah Al-Mukminuun: 12-14)
 
Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa manusia dicipta daripada cecair yang sedikit, yang diletakkan di
tempat yang kukuh (qararin makiin). Uterus dilindungi dengan baik dari arah belakang, melalui tulang
belakang dan otot-ototnya, Janin tersebut juga dilindungi lagi oleh kulit yang mengandungi cecair amnion
(amniotic fluid).
 
Kemudian cecair yang sedikit ini dijadikan 'alaqah yang bererti sesuatu yang bergantung (lintah). 'Alaqah
juga bermaksud segumpal darah. Ini berlaku semasa minggu ketiga dan keempat mengandung.
 
Pada 1677, Hamm dan Leeuwenhoek adalah dua orang saintis yang pertama yang telah berjaya mengkaji
sperma manusia dengan menggunakan mikroskop. Mereka beranggapan bahawa satu sperma mengandungi
manusia yang kecil tetapi lengkap beranggota yang akan membesar dalam rahim ibu dan membentuk
seorang bayi. Anggapan ini dikenali sebagai "teori Perforation". Walaubagaimanapun, apabila para saintis
menemui bahawa ovum (perempuan) sebenarnya lebih besar saiznya daripada sperma, seorang saintis, De
Graf dan saintis lain berpendapat bahawa 'manusia kecil' yang dikatakan terdapat dalam sperma sebenarnya
terdapat dalam ovum. Kemudiannya, pada abad ke-18 Maupertuis telah mengetengahkan teori 'Biparental
Inheritance' yang bermaksud gabungan sperma dan ovum bertanggungjawab dalam pembentukan bayi yang
sempurna.
 
'Alaqah ini kemudiannya bertukar menjadi Mudghah yang bermaksud segumpal daging (seperti ayat di
atas).Mudghah ini pula bertukar menjadi tulang-belulang (izaam). Tulang- belulang ini dibungkus dengan
otot/daging (Lahm). Kemudian, Allah jadikannya makhluk lain.
 
Profesor Marshall Johnson mengetuai kumpulan saintis di U.S juga merupakan ketua Jabatan Anatomi dan
Pengarah Institut Daniel di Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia di U.S. Beliau telah diminta
memberikan komen beliau mengenai embriologi yang dihuraikan di dalam Al-Quran. Beliau amat kagum
dengan ketepatan huraian Al-Quran mengenai peringkat-peringkat janin. Beliau mengatakan bahawa Nabi
Muhammad s.a.w pastinya mempunyai alatan mikroskop yang canggih sehingga dapat mengkaji dan
memberi huraian yang tepat mengenainya.Namun begitu, beliau diingatkan bahawa pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, mikroskop masih belum dicipta. Akhirnya, beliau mengakui bahawa mikroskop yang
mula-mula dicipta tidak dapat membesarkan imej sesuatu objek seni lebih daripada 10 kali dan imejnya
tidak jelas. Profesor Johnson terpaksa menerima bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Tuhan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Profesor Keith Moore, cara moden peringkat-peringkat embnologi
diklasifikasikan sebagai tidak jelas tetapi cara pengklasifikasian embriologi dalam Al-Quran sangat mudah
difahami.
 
((Bukankah dia dahulu setitis air maniyang ditumpahkan (ke dalam rahim) # Kemudian mani itu menjadi
segumpal darah lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya # Lalu Allah menjadikan
daripadanya sepasang iaitu lelaki dan perempuan)) (Surah Al-Qiyamaah : 37-39)
 
((Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian-mu dan menjadikan susunan tubuhmu
yang seimbang # Dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu)) (Surah Al-
Infithaar: 7-8)
 
 
PERTUMBUHAN JANIN; SEBAHAGIAN SEMPURNA DAN SEBAHAGIAN TIDAK
SEMPURNA
 
Pada peringkat 'mudghah', jika janin dibedah, kita akan dapat melihat bahawa pertumbuhan sesetengah
organ janin adalah sempurna dan selebihnya adalah tidak sempurna. Inilah yang dihuraikan dalam Al-
Quran dan menurut Prof. Johnson, inilah huraian yang tepat.
 
((..Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal daging yang
sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu...)) (Surah Al-Haj: 5)
 
 
DERIA PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN
 
Deria pertama yang dijadikan pada janin (embrio) ialah deria pendengaran. Oleh itu, janin yang berumur 24
minggu sudah mampu mendengar bunyi-bunyian. Manakala, pada minggu yang ke-28 pula, deria
penglihatan terbentuk pada janin.
 
Perhatikan ayat-ayat Al-Quran di bawah yang menghuraikan tentang proses-proses di atas.
 
((Dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati..)) (Surah As-Sajdah : 9)
((Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak
mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami adikan dia mendengar dan melihat.)) (Surah
Al-Insaan : 2)
 
((Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekelian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat
sedikitlah kamu (yang bersyukur).)) (Surah Al-Mukminuun : 78)
 
Dalam semua ayat Al-Quran di atas, deria pendengaran disebut dahulu sebelum deria penglihatan. Ini jelas
membuktikan huraian dalam Al-Quran adalah bertepatan dengan fakta sains mengenai embriologi.
 
 
XL. SAINS TERAS
 
CAP JARI
 
((Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Bukan
demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna))(Surah Al-
Qiyaamah : 3-4)
 
Satu daripada sebab-sebab yang menyebabkan orang-orang kafir menafikan kewujudan alam akhirat
selepas mati ialah kerana bagi mereka adalah mustahil untuk mencantumkan semula tulang belulang
manusia yang telah mati dan tambahan lagi dengan jumlah manusia yang besar. Allah menempelak mereka
dengan mengatakan bahawa bukan sahaja Dia mampu untuk mencantumkan tulang-belulang manusia,
tetapi Dia juga boleh mengaturkan semula jari-jemari kita dengan sempurna.
 
Kenapakah Al-Quran menekankan tentang jari-jemari apabila ia menyentuh tentang pengenalan seseorang
manusia ?. Pada tahun 1880, cap jari digunakan sebagai alat untuk mengesan atau alat pengenalan bagi
seseorang individu dan ini berlaku selepas kajian yang dilakukan oleh Sir Francis Golt. Ini kerana, tidak
terdapat 2 orang manusia yang memiliki cap jari yang sama di dalam dunia ini. Ini juga menyebabkan
pasukan polis menggunakan cap jari untuk mengenal-pasti penjenayah.
 
Walaubagaimanapun, pada 1400 tahun dahulu, pastinya tiada seorang pun yang terfikir tentang perkara
sebegini, tetapi Allah
 
S.W.T, pencipta alam semesta ini telah menyebutkan tentangnya dalam Al-Quran.
 
 
WUJUDNYA RANSANGAN SAKIT (PAIN RECEPTORS) DI BAWAH LAPISAN KULIT
MANUSIA
 
Pada masa dahulu, manusia beranggapan bahawa rasa sakit cuma dirasai di otak. Tetapi, anggapan ini
ditolak dengan penemuan sains moden yang mengatakan bahawa sebenarnya ransangan sakit bawah
lapisan kulit (pain receptors), menyebabkan manusia berasa sakit.
 
Sebagai coutoh, seorang pesakit yang terkena api akan mengalami 2 jenis kebakaran. laitu, kebakaran yang
hanya berlaku di bahagian atas kulit yang tidak akan merosakkan ransangan sakit (pain reseptors) di bawah
kulitnya, tetapi jenis kedua iaitu kebakaran dalaman yang berlaku di bawah lapisan kulit yang akan
merosakkan ransangan sakit (di bawah kulitnya). Ini bermakna, seseorang yang mengalami kebakaran jenis
kedua ini adalah lebih bahaya keadaannya berbanding dengan yang mengalami kebakaran jenis pertama
tadi. Ini kerana, ia tentunya tidak mampu untuk merasai sebarang ransangan lagi.
 
((Sesungguhnya orang-orang yang kaflr kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke
dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya
mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.)) (Surah An-Nisaa': 56)
 
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan tentang kewujudan ransangan sakit.
 
Prof. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Anatomi di Universiti Chiang Mai di Thailand, merupakan
seorang saintis yang membuat banyak kajian tentang ransangan sakit. Pada mulanya, beliau tidak percaya
mengenai fakta yang tersebut dalam Al-Quran tentang ransangan sakit. Ini kerana, bagi beliau tidak
mungkin perkara yang bertepatan dengan penemuan sains moden terkandung dalam Al-Quran yang
diturunkan pada 1,400 tahun dahulu. Selepas membuat beberapa kajian dan kepastian, beliau amat tertarik
dengan ayat Al-Quran tersebut. Oleh itu, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang berlangsung di
Riyadh yang membincangkan tentang fakta-fakta sains yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah (hadis),
beliau telah melafazkan kalimah syahadah.
 
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya)
 
 
PENUTUP
 
Kita tidak boleh mengatakan bahawa kewujudan fakta-fakta sains dalam Al-Quran adalah secara kebetulan.
Ini kerana, bukan satu tetapi lebih kurang 1000 ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan tentang fakta-fakta
sains yang diterima-pakai sekarang.
 
((Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tan da-
tanda bagi orang-orang yang berakal.))(Surah Ali-'Imran : 190)
 
Fakta-fakta sains di dalam Al-Quran membuktikan bahawa Al-Quran sememangnya datang dari (wahyu)
Allah S.W.T. Ini kerana, adalah amat mustahil bagi manusia pada 1,400 dahulu untuk mengetengahkan
fakta-fakta sains yang hanya dapat diketahui oleh para saintis moden, itupun dengan menggunakan bantuan
alatan teknologi canggih dan penyelidikan yang mengambil masa yang lama.
 
Walaupun Al-Quran bukan sebuah buku sains, tetapi terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyeru
manusia untuk memikirkan maksud dan tujuan penghidupan mereka di dunia ini dengan melihat dan
mengkaji kejadian alam semesta ini dan isi kandungannya.
 
Al-Quran merupakan Kalam Allah, Tuhan semesta alam, Tuhan yang sama yang mengutuskan pesuruh-
pesuruh-Nya ; Nabi Adam, Nabi Musa, dll., hinggalah kepada 'Khataamul Anbiyaa'. Nabi Muhammad
S.A.W. untuk menolong manusia mengenali Tuhan mereka serta mengajarkan mereka tentang maksud dan
tujuan kehidupan mereka di dunia yang fana ini.
 
Fakta-fakta sains dalam Al-Quran ini akan membantu manusia untuk mendekatinya (Al-Quran) dan
memahaminya serta dengan cara tidak langsung meningkatkan iman mereka kepada-Nya Yang Satu.
Walaubagaimanapun, dalam buku risalah ini, saya akui bahawa saya tidak dapat meliputi kesemua perkara
yang terdapat Al-Quran.
 
Prof. Tejasen menerima Islam apabila beliau tertarik dengan hanya satu daripada beribu-ribu fakta sains
yang terdapat dalam Al-Quran. Sesetengah orang memerlukan 10 fakta sains dan setengahnya lagi
memerlukan beratus-ratus fakta sains dari Al-Quran untuk meyakinkan diri mereka bahawa Al-Quran ini
sebenarnya merupakan Kalam Allah. Akan tetapi, ada juga manusia yang tidak bersedia untuk menerima
kebenaran ini walaupun mereka 'dihidang' dengan 1000 tanda kebenaran dalam Al-Quran. Al-Quran
melaknat mereka yang bersifat sedemikian.
 
((Mereka tuli,bisu, dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali ( kejalan yang benar).)) (SurahAl-
Baqarah : 18)
 
Al-Quran mengandungi satu tatacara hidup yang lengkap dan sesuai untuk individu dan masyarakat.
Alhamdulillah, cara hidup yang terdapat dalam Al-Quran adalah jauh lebih baik daripada isme-isme yang
dicipta oleh manusia moden yang jahil (tentang agama). Siapakah yang lebih baik dan berhak untuk
mengurniakan hidayah kepada manusia, melainkan Pencipta manusia itu sendiri ?!
 
Saya berdoa agar usaha saya yang hina-dina ini akan diterima Allah dan agar Allah S.W.T merahmati dan
memberi petunjuk kepada saya dan kepada semua muslimin seluruh dunia ini...Aameen.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=467

You might also like