You are on page 1of 629

BERCAKAP DENGAN JIN

(Bercakap dengan Jin - Siri ke 1)

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57
tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya.
Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa
tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya.
Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala
tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu-
cucu aku jadi pemburu," tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah
kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan
mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau
selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang
cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri.

Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh
macam datuk. Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh
hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang-orang kampung menganggap
datuk bukan pemburu sebarangan. Pemburu yang ada isi, kalau tidak
masakan ia berani masuk ke dalam hutan yang tidak pernah didatangi oleh
manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang
buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua-dua kening
binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan
langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali
sesudah lima tapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca
sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya.
Dilemparkanya sebelah kiri.

Datuk dapat senapang bukan kerana dia HomeGuard atau AP. Dia minta
sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas
lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet
dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhin oleh Inggeris, sesudah pegawai
polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk.
Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat
memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan
senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan
sebagainya. Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjang
kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengar cerita-cerita datuk
itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun, kadang-kadang
menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya
adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya. Saya
tahu apa kelemahan datuk dan kegemaranya. Dia pemurah dan suka
mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak

1
terkenal membaca al-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut
mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk
tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan
separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita
pada saya: "Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekat
dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran denga Pantai
Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan-
kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik
memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar.
Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan
mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk mengahala muncung
senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempat
yang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai
pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing.
Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan
terus hilang.

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang
mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah
mana tapak rusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat di
situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh,
ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di
situ. Seekor rusa lain mjncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan
tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan
menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak
melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira,
tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di
tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan di depan matanya.
Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata
datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk
berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk
terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah
seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga
ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu.
Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia
berani meninggalkan kampung halamannya di Aceh, berperahu ke Pengkalan
Bharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu.
Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutan
bertambah nyaring.

Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang


orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk
menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya
bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan
cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau
berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang

2
diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan
orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur
mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya.
Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa
rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat.
Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan
besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya
besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading
gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak
macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus
dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang
kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah
neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam
tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya
yang terjulur bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa
aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia
menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak.

Bertemu dengan Penunggu Babi Hutan - Siri ke 2)

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan


percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan
kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan
urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus
membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan
lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa
berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk
senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus
mengucapkan begini :

3
Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi

melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal
belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke
kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya,
serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku
kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat
asalmu."

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk
kena pada kening rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke
mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali normal yang ujud
di depannya sekarang iailah sebatang pokok besar dengan akar-akar
bergayutan yang mencecah muka bumi.

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu,


datuk segera mencari anak-anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah
ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi.
Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu
berkata : "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang
setengah jam. Kemudian baru kawan-kawannya pulang. Semua binatang
buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Anglia kepunyaan datuk.
Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan-kawannya singgah di pekan
Pengkalan Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat
surau. Cara kebetulan pula tuan punya warung itu adalah kenalan datuk yang
sama-sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan tentang
peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu
yang berjumpa dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit
untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan sihat atau
separuh gila.

"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal,
masa sakit itulah mereka tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak
berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan berjangkit pada si
anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu
pada datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu
ke tepi sungai. Datuk minta tuan punya warung itu memandikannya dengan
air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk mengelakkan badi rusa
itu mengikut datuk balik ke rumah.

Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit.


Malah, kegemarannya untuk memburu bertambah giat dan hebat. Asal
terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil atau kijang,
datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat

4
waktu siang, dia akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang
amat dicintai oleh datuk.

Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba
menghalang. Dia tidak peduli. Kalau dilarang juga datuk naik darah. Selalu
jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu senang
dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin berlajar ilmu-
ilmu kebatinan. Datuk pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam
tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak susut.

Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak
segan-segan berkawan dan mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk
tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang dicari hanya
sekadar untuk pelindung diri," kata datuk.

Pada suatu pagi ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya
dari Port Weld, dekat Taiping iaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang
kopi. Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu. Datuk pun
mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan
tanamannya di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke
balai polis Bruas memberi tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi.

Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana
kawasan Paya Besar masih lagi belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan
kereta Ford Anglia mereka masuk ke dalam kawasan Paya Besar ikut jalan
enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.

Kemudian datuk dan kawanya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala
ke utara. Lebih kurang dua jam berjalan, babi yang dicari masih tidak
ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah merancangkan
bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori
kepunyaan seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah
datuk lebih kurang pukul tiga petang. Dia mengira paling kurang lima ekor
babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap menembak.

Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor
babi hutan yang besar. Datuk melepas tembakan tapi, babi segera melompat
masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok serunai laut,
senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba-tiba babi
itu keluar dari belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus
memburunya. Masa memburu datuk dan kawannya terserempak dengan satu
kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh dari
kumpulan tersebut.

"Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya.

"Hati-hati babi hutan luka selalunya ganas."

5
"Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan
diserangnya," tambah datuk lagi. Kawannya akur pada cakap datuk.

Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke
datuk. Alangkah gembiranya hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang
baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah kepala babi hutan
itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap
binatang buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu
memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan sebelah kiri. Datuk terus
mengikutinya dengan tenang.

Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang
baik untuk melepaskan tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu
kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik senapang. Dan satu
ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Gatuk terus juga memburu
hingga sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat
babi hutan itu menyondol-nyondol tanah dengan tenang. Datuk berjalan
menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui sebatang pokok
merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang.

Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk.
Datuk pun sampai ke seberang. Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi
itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya keroh. Kalau datuk
melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu
menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil
yang seluas kira-kira lima kaki itu. Datuk merangkak dan mencari tempat
yang baik.

Babi hutan itu itu terus juga nyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok
ara. Tiba-tiba datuk terasa telinganya berdesing, pandangannya berubah dan
jadi berpinar-pinar. Datuk bagaikan berada di satu dunia lain yang sunyi tapi
amat menyeramkannya. Dengan pokok-pokok yang beranika ragam dengan
akar yang berjuntaian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu
letih, banyak membuang tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi
hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati, nanti dia mengamuk,
semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya.

Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk
melihat babi hutan itu menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datu
meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati-hati dia pun menarik
pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan
babi hutan terus menyelinap ke balik pokok besar.

Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia
mahu mendekati datuk dan mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh
daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan datuk sudah tahu, dia
terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan
manjanya. Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk.
Datuk merasa dirinya seakan-akan melayang-layang.

6
Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan
pancainderanya. Dia terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali
ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh keyakinan.
Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik
itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di
hadapannya. Datuk berpatah balik.

Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang.


Pandangnya tidak berkunang. Pokok-pokok besar yang dilihat bergayut
dengan akar tadi, ternyata hanya pokok-pokok kecil yang tidak ada akar
bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong
Hua pun sampai ke tempatnya.

"Kenapa ?" tanya kawan datuk

"Kita balik."

Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori
yang dijanjikan oleh Lee Kong Hua menunggu. Datuk terkejut disamping
pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan dan seorang
lagi polis biasa.

Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan
nama Sarjan Ali, orang Paya Ara dan membeli tanah berhampiran dengan
rumah datuk.

"Kenapa Tuk," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.

"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu saya tahan, saya tahu awak akan
sampai ke Ulu Bendang," kata Sarjan Ali.

Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk
mengalami perkara ganjil semasa berburu. Datuk bercerita apa yang
dialaminya tadi.

"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang
berburu ke situ tidak pulang, sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib
entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa kain dan rangka
sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Mengeremang bulu datuk
mendengarnya.

Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah.


Penerangan yang diberikan oleh Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi
sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat itu
dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung
Cangkat Berangan. Orang itu berkata pada datuk begini : "Jangan pergi,
kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh kau mencari babi
itu, kau akan hilang entah ke mana."

7
"Saya nak jumpa juga."

"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu.
Namanya Tok Aki Simbang, waktu mudanya dia seorang pendekar malah
pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat Long Jaafar.

Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang.
Orang tua itu pun mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun
berazam untuk menemui perempuan cantik itu.

(Tidur Di Rumah Bunian - Siri ke 3)

Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk


menemui perempuan cantik. Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke
dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam hutan. Datuk
diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.

Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap
sementara menanti hari perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk
didapati bersalah dan dihukum penjara selama seminggu, datuk bersyukur
pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan
dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.

Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan


cantik itu. Tapi, perangainya yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya
dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa hidupnya terlalu
sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat
tentang hutan kecil di pinggir bukit kota. Menurut orang-orang yang
berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan cukup banyak terdapat di situ.
Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota tidak
termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk
berburu ke tempat tersebut.

Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding


untuk berburu ayam hutan. Semua kawan-kawannya menolak dengan alasan
takut tersua dengan komunis atau terjumpa dengan anggota tendera.

"Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan-
kawannya dengan nada suara yang keras sambil meraba-raba misai
tebalnya.

"Kami tak mahu pergi," jawab kawan-kawan datuk.

Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita


orang-orang yang berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan
komunis, bukanlah perkar baru. Sudah jadi buah mulut orang ramai. Sudah
sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun
dilaporkan kepada pihak polis. Orang-orang keomunis itu memang suka
melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya

8
masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang-orang yang berladang ki kaki bukit
merasa beruntung dan bertuah kerana orang-orang komunis itu tidak
menggangu mereka.

Walaupun kawan-kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan


rancangannya. Ia berazam mahu menembak ayam hutan sebanyak yang
boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak seekor dua
napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk
untuk pergi memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar
kemenyan di hujung bendul sambil membasuh mukanya dengan air kelapa
muda tiga kali.

Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia
menaiki basikal sejauh dua batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang,
sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada sebelah pagi. Ia
berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh
meredah hutan hingga matahari jatuh.

Waktu datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air
embun di hujung daun nampak bersinar-sinar di panah matahari. Datuk tidak
terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di sebuah pondok kepunyaan
kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam
hutan.Kawannya tiu pun menunjukkan arahnya.

"Batalkan saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil
merenung ke arah pokok-pokok hutan. Datuk tersenyum sambil melurut
muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.

"Kenapa ?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi


merenung pada tali pinggang datuk yang digayuti peluru.

"Merbahaya."

""Kau takut aku ditangkap komunis," "Kalau tidak kenapa kau tahan aku."

Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit


Kota. Datuk terdengar bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk
bercahaya, kokok ayam itu bertalu-talu dan bersahutan -sahutan pula. Datuk
sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas bahu
dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.

"Jangan terburu-buru nanti buruk padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat
di pipi mengingatkan datuk.

"Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang-
terang, aku boleh beri. Berapa ekor kau mahu." Balas datuk dan ia pun
mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya segera
mengejarnya. Tiba-tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan

9
kawannya itu. "Usah pergi," tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di
pondok habuan kau ada."

"Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan
tempat sebarangan, banyak orang yang sesat di dalamnya."

"Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak
jadi pemburu tau." Datuk mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke
dalam hutan. Kawannya geleng kepala.

Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok
ayam jantan. Datuk pun sampai ke satu kawasan agak lapang. Fatuk berhenti
di situ, tiba-tiba ia terpandang sekumpulan ayam hutan keluar dari celah-
celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar-cakar tanah di situ,
kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah
tempatnya kata datuk dalam hati.

Ia merangkak perlahan-lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ,


matahari beransur terik, tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang
tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan pokok hutan. Datuk
memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar
kokok ayam hutan di atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak
seekor ayam jantan dengan bulu yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam
itu mengepak-ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang berkilat bergerak-
gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu
jengkal keluar dari celah daun-daun kering merayap atas kasut. Kerana kuat
sangat datuk melompat lipan itu terpelanting ats tanah. Datuk segera
memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan
hilang. Datuk kecewa. Wa terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk
membuat rancangan lain. Ia mahu beruhab tempat kerana datuk yakin ayam-
ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.

Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk


berpatah balik ke tempat asal. Daduk di situ sambil menghisap rokok daun
nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga datang ke tanah
lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon
meranti patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum.
Ia yakin ayam-ayam itu akan datang juga ke situ. Memang benar dugaan
datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak-gerak. Seekor ayam
hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil
kawan-kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah-
celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.

Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan
menggelupur atas tanah. Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya.
Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke pinggannga, seekor
ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk
segera menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di
tengkok ayam. Bila datuk memeriksa badan ayam itu ternyata pangkal paha
ayam itu sudah ditembusi peluru.

10
Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya.
Dan datuk bercadnag salah seekor daripada ayam itu akan diberikan pada
kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik dan datuk
mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan
datang lagi berburu kesitu.

Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk


senyum, ia dapat menduga pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau
tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan cara mendadak
sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi,
sebelum matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling
kurang lima ekor ayam lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum
tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah tulat kawasan
ini akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan
peluang ini. Itulah yang difikirkan oleh datuk.

Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan,


Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan
harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya.
Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.

"Kali ini kawan-kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata
datuk dalam hati sambil mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh
masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara orang bercakap. Ia
segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang
bercakap itu makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok
ayam dan suar itek. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa.
Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia. Datuk
mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat
persembunyiaan dan meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya
pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia menduga penunggu Bukit
Kota mahu menguji dirinya. Cepat-cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau
wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut.

"Ganjil," kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk
membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya
dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca sesuatu dengan tenang.
Kemudain ia mengembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut.
Ketiga-tiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak
berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan
makhluk lain yang serba aneh.

Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang


hidungnya. Daun-daun hutan yang tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang
bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya hilang. Datuk
berhadapan dengan pokok-pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak
peduli pada semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan
kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan pokok-pokok bunga.

11
Di hujung pokok-pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus
ikut jalan itu , kerana kokok ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti
berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua berdiri di hujung jalan.
Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.

"Kau sesat," kata perempuan itu.

"Tidak."

"Habis macam mana kau ke mari."

"Saya memburu ayam."

"Patutlah ayam aku banyak yang hilang."

"Saya…."

"Sudah mari singgah di rumah aku dulu."

Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan


itu mendakwa, bahawa ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah
ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus menyerahkan padanya.
Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan
malam buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan
dengan seorang perempuan muda yang tinggal serumah dengan perempuan
tersebut.

Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah
anaknya, datuk cuma angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta
perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota. Permintaan datuk itu
tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam
di rumahnya.

"Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.

"Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."

"Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."

"Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."

"Janji apa ? "

"Jangan menembak binatang ternakan kami."

Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk
menatap wajah orang tua itu lama-lama. Orang tua itu tersenyum.

"Kau susah dengan syarat itu ?"

12
"Tak susah, tapi…."

"Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."

"Baiklah."

"Kalau kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengigatkan datuk
dengan nada yang keras. Bulu tengkuk datuk meremang.

Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga
menjelang subuh. Cara diam-diam datuk jatuh hati pada perempuan muda
yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya dengan sepasang mata
yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu
datuk terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di
kampung tersebut. Orang di situ menerima datuk dengan mesra.

Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk
sehingga ke kaki bukit Kota. Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu
menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.

"Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa
sesama mahkluk, " kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk
ke hutan dulu.

"Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau


mencurinya," sambung perempuan tua itu. Datuk mengangguk kepala sambil
menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan dan
anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek
yang terpaksa di usap dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan
perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap kali keris itu diusap, anak
pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi
oleh datuk.

Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun


pergi ke bukit Kota, satu hari satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga
bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang ditandanya dulu, ternyata
hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok-pokok besar dan
akar kayu berjuntaian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit
Kota, datuk mendapat tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah
kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada orang yang beruntung,
kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau
orang bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan
berbulan-bulan.

Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan


orang bunian dengan baik. Malah ia telah dikira sebagai salah seorang
anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini menerusi anak
perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap-tiap
malam jumaat.

13
"Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari
perasaan hasad dan dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu
malam.

"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di


tengah-tengah bau kemeyan yang semerbak. Dua minggu kemudian, datuk
menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar.
Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa
dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan
sebarang komen.

Kereta Datuk Tersadai Di Tepi Jalan - Siri ke 4)

Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan
anak cucu yang datang berhari raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang
lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah dengan anak
cucu. Datuk membelikan mereka untuk anak cucu. Datuk membelikan
mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua
anak cucunya memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari
Raya pertama ia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan
lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak
cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya.

Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur
menziarahi kubur nenek moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan
kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut keistimewaan datuk
nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba-tiba
datuk menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi.
Bila salah seorang cucu mengesyurkan supaya kehilangkan datuk itu
dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara :

"Usah bimbang, ia akan balik dalam sehari dua ini."

"Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu." Jawapan nenek itu,
menghilangkan keraguan anak cucu.

Nenek pun menceritakan pada anak cucu, sepanjang bulan puasa yang lalu,
datuk tidak pergi turun memburu, ia banyak menghabiskan masanya di
kampung orang bunian, bersama isteri barunya, setiap kali datuk pulang, ia
membawa buah tangan untuk nenek yang dibekalkan oleh orang bunian.
Sebagai isteri yang setia, nenek tidak pernah bertanya tentang isteri muda
datuk. Nenek tahu, kalau ditanya dan disoaljawab nanti datuk naik darah,
akibatnya akan berlaku perteengkaran, kalau sudah bertengkar nanti mudah
masam muka. Kalau ini terjadi tentulah tidak elok. Malu pada anak menantu
dan cucu cicit. Demi menjaga kerukunan rumahtangga dan anak menantu
ada baiknya perkara itu dibiarkan. Itulah pendapat nenek. Ia merasa
bersyukur pada Tuhan, kalau datuk sihat dan boleh makan dengan baik, itu
sudah cukup, bagi nenek kalau ai kasihkan datuk sepenuh hati pun tidak ada

14
gunanya, satu hari, salah seorang daripada mereka akan berpisah juga atas
kehendak Allah yang maha besar.

Barang kali esok atau lusa ia akan meninggalkan datuk, bila nyawa miliknya
diambil oleh Tuhan, begitu juga dengan datuk, tidak ada yang abadi di dunia
ini melainkan Allah yang maha bijaksana. Nenek menghitung semuanya ini,
kerana itu ia tetap bersikap tenang dan senang ke atas apa yang terjadi pada
diri datuk. Akhirnya anak cucu datuk yang berkumpul di rumah terpaksa
meninggalkan rumah datuk kerana urusan diri masing-masing. Ada yang
sudah bekerja sendiri dan tidak kurang pula yang makan gaji. Kereta yang
bersusun di depan rumah datuk, sebuah demi sebuah meninggalkan halaman
rumah datuk, pulang ke tempat masing-masing. Nenek berpeluk-peluk
dengan anak cucu sambil mendoakan keselamatan mereka semasa dalam
perjalanan. Nenek berharap pada Hari Raya tahun depan anak cucu akan
kembali ke kampung.

Cuma yang nenek terkilan hanya satu sahaja, iaitu semasa kereta anak
cucunya bergerak, datuktidak dapat melambaikan tangan. Datuk tidak dapat
memeluk anak cucu dengan penuh mesra. Mengingatkan ini semua nenek
jadi sayu, perasaannya cukup hiba.

"Sampaikan salam pada datuk," kata Ahmad Zaki cucu datuk yang kedua
belas. Matanya merenung muka nenek.

"Boleh, jangan bimbang," nenek memberikan perngakuan. Ahmad Zaki yang


lewat sekali meninggalkan rumah datuk. Ia bertugas sebagai guru mengajar
di Sekolah Menengah Dr Burhanuddin di Taiping. Bila semua anak cucu sudah
pergi, nenek kembali dengan kerjanya membelah pokok sireh di belakang
rumah, melihat ayam yang bertelur di reban serta memetik kacang panjang.
Kalau diikut kata hati, nenek mahu sahaja mengikut salah seorang dari anak
cucunya. Duduk sama mereka. Tidak guna kalau dudu rumah sendiri
sedangkan suami selalu sahaja meninggalkannya.

Bila nenek menkaji semula hal ini dengan sedalam-dalamnya. Ia tidak rela
meninggalkan datuk. Ia mengira semua yang terjadi atas dirinya adalah atas
kehendak Tuhan yang maha bersar. Sudah tiga jam anak cucunya pergi, tapi
telinga nenek masih dapat mendengar suara anak cucu, bagaikan terbayang
tingkah kalu anak cucu di depan matanya. Nenek tidak tahu pukul berapa
anak cucunya pergi meninggalkannya yang pasti masa anak cucunya pergi
tadi matahari baru naik segalah, tapi sekarang matahari sudahpun berada di
pucuk kelapa.

Nenek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja ia membasuh dan memotong


kacang panjang. Ia terdengar bunyi suara kereta masuk. Nenek menerpa ke
muka pintu. Ia melihat Muhammad Hakim keluar dari kereta.

"Kenapa ada barang tinggal ?" Tanya nenek.

15
"Tak ada apa nek, kereta Ramlah berlangar dekat pekan pusing. Nenek diam.
Ia tahu cucunya itu dalam perjalanan pulang ke Johor Bharu. Ramlah
bertugas sebagai pegawai kastam.

"Apa yang mesti kita buat ?" Nenek menyoal. Mohammad Hakim suruh nenek
masuk ke dalam keretanya untuk pergi ke Batu Gajah. Pada jiran sebelah
telah ditinggalkan pesan, bila datuk balik suruh dia pergi ke Hospital Batu
Gajah. Jiran yang baik hati itu berjanji mahu menyampaikan amanat itu.

Bagaikan digerakkan oleh sesuatu, datuk yang sudah lama tinggal dengan
isteri mudanya di kampung bunian, teringat mahu balik. Isteri mudanya tidak
menahan. Datuk pun balik. Datuk sampai ke rumah waktu maghrib, dia tidak
bertanya pada jiran tentang nenek yang tidak ada di rumah. Selepas
sembahyang, seorang jiran datang menemuinya dan menyampaikan berita
yang dipesan. Datuk menerima pesanan itu dengan tenang.

"Terima kasih, aku ingat lepas sembahyang Isyak aku nak pergi," kata datuk
pada jiran yang menyampaikan pesan. Apa yang dicakapkan oleh datuk, di
kotakannya, lepas sembahyang Isyak datuk pun mengidupkan injin
keretanya, kemudian datuk matikan injin kereta itu, datuk buka bonet kereta
untuk memastikan ia membawa barang keperluan, kalau tayar keretanya
bocor di tengah jalan. Datuk periksa injin kereta,. Ia yakin keadaan keretanya
cukup baik dan selamat untuk perjalanan jauh.

Masa datuk meninggalkan rumah, keadaan langit agak mendung, tidak ada
bintang mengerdip, tiada bulan sabit di kaki langit. Datuk terus memandu
kereta Ford Anglianya dengan tenang membelah kegelapan malam. Kereta
datuk sudahpun melintasi Kampung Buruk Bakul dan Simpang Tiga, bila
masuk ke dalam kawasan Kampung Buluh Aur, hujan mula turun dengan
lebatnya,agak sukar juga datuk memandu dalam malam hujan lebat. Ia
terpaksa melarikan keretanya dengan perlahan sekali. Sesekali datuk
terbabas ke tepi jalan. Bila selisih dengan lori balak atau lori ikan datuk
terpaksa memberhentikan keretanya.

Datuk sudahpun melalui Jambatan Nordin di Tanjung Belanja, sekarang datuk


sudah memasuki Pekan Parit hujan tidak juga beransur reda, walau apa yang
terjadi datuk tetap mahu meneruskan perjalannya ke Hospital Batu Gajah,
datuk meninggalkan Pekan Parit, datuk menggigil kesejukan, sampai di satu
selekoh kereta datuk berhenti dengan tiba-tiba, Ia cuba menghidupkan
injinnya, usahanya itu tidak berjaya. Dalam hujan yang lebat itu datuk
keluarkan dari perut kereta. Datuk membuka bahagian depan dengan lampu
oicit di tangan ia meraba semua wayar yang terdapat pada injin kereta.
Badannya sudah basah. Ia menggigil.

Datuk ingin menghidupkan kereta. Tidak berjaya. Datuk membunyikan hon,


tidak bersuara. Datuk masih juga tenang. Walaupun ia tahu, ia sekarang
berada di tempat sunyi di kiri kanannya penuh dengan hutan tebal. Kilat
mula bermaharajalela. Dari cahaya kilat itu datuk dapat memastikan bahawa
diri nya berada tidak jauh dari Bukit Berapti. Setiap kali cahaya kilat

16
memancar ia dapat melihat Bukit Berapit yang tertegun berdiri di kiri kanan
jalan.

Hujan terus turun. Jalanraya sudah penuh dengan air melimpah-limpah, datuk
melihat jam di tangan, sudah hampir pukul dua belas malam. Tidak ada
sebuah kereta yang melintaas di situ. Datuk tetap menggigil dalam perut
kereta Ford Anglia, Tiba-tiba datuk melihat ada cahaya api dari sebelah
kanan jalan. Ia mempastikan cahaya lampu itu datangnya dari sebuah
rumah.

Datuk ambil golok, lalu diselitkan ke pinggang . Kemudian ia memutuskan


untuk pergi ke rumah yang ada cahaya lampu itu. Datuk menguncikan semua
pintu kereta. Datuk menyeberang jalan dalam hujan yang begitu lebat. Datuk
masuk ke dalam satu lorong menuju ke rumah tersebut. Sampai sahaja di
kawasan rumah itu, kilat pun memancar, datuk dapat melihat rumah itu,
ialah sebuah rumah batu beringkat dua, di halamannya penuh dengan pokok-
pokok bunga yang sudah basah dengan air hujan.

Datuk masuk ke bawah rumah lalu mengetuk pintu berulang-ulang kali. Tidak
ada jawapan. Datuk ketuk lagi. Pintu pun terkuak, seorang perempuan muda
berdiri sambil di tangannya tertatang sebuah pelita minyak tanah.

"Saya mahu tumpang berteduh," kata datuk.

"Begitu, masuklah ke dalam."

"Tak payah, biarlah di luar sahaja."

"Jangan begitu masuklah." Pelawa perempuan itu mendesak juga datuk


supaya masuk ke dalam rumah. Akhirnya datuk masuk. Ia disuruh duduk di
ruang tamu. Perempuan yang baik hati itu memberikan datuk kain pelikat
dan baju Melayu. Datuk terus memakainya. Perempuan itu juga memberikan
datuk secawan kopi panas habis dihirup, datuk terasa badannya cukup segar.

"Tinggal seorang saja," tanya datuk. Perempuan muda yang berambut


panjang itu tersenyum, lampu minyak tanah terlintuk liok ke kiri dan kanan
ditiup angin malam.

"Emak dan ayah saya pergi ke Bagan Serai, tengok orang sakit."

"Suami ?"

"Saya belum bersuami, dulu bertunang dengan askar, tapi tunang saya mati
ditembak komunis di Sungai Siput."

"Kalau begitu, tidak manis saya berada di rumah anak dara, malam begini,"

17
"Apa salahnya, kita tidak berbuat jahat, awak datang dengan kereta awak
rosak, dan saya berkewajipan menolongnya, masa ini masa awak, nanti ada
masanya saya memerlukan pertolongan dari awak."

"Awak perempuan yang baik hati,"

"Usahlah terlalu memuji," tingkah perempuan muda.

Di luar ruamh hujan terus menggila, petir dan kilat juga menunjukkan gagah.
Angin yang bertiup kencang menghasilkan bunyi suara daun yang berlaga
sama sendiri, sesekali terdengar bunyi dahan pokok yang sekah. Datuk
terdengar bunyi lolongan anjing sayup-sayup di luar bersama bunyi suara
kucing berkelahi. Dari arah dapur datuk terdengar bunyi pinggan dan piring
berlaga, serentak dengan itu datuk terdengar bunyi suara perempuan
mengilai. Datuk tidak menyoal apa yang didengarnya pada perempuan muda
itu. Ia tetap tenang. Tentulah tidak wajar sekali bertemu di rumah orang yang
baik budi bahasa mahu menyoal hal peribadi. Itu biadab namanya. Datuk
tidak mahu, perempuan muda menuduh dia biadab.

Malam itu, perempuan muda yang cantik, berbibir nipis, berdahi luas
memberitahu datuk, bahawa dia dan orang tuanya berasal dari Pulau Pinang
dan berbangsa Cina. Masa zaman pemerintahan Jepun mereka tinggal di Batu
Gajah dan mereka sekeluarga terus memeluk agama Islam. Bila Jepun kalah,
mereka pindah ke Seputih dan membeli rumah dan tanah yang mereka
duduki sekarang ini.

Dengan penjelasan itu, datuk senang hati. Kemudian perempuan muda itu
memberikan datuk sebuah bilik yang lengkap dengan katil dan meja serta
almari.

"Bilik untuk awak tidur di sini," ujar perempuan muda itu, datuk melihat
sebatang lilin yang dimamah api tersedia di atas meja.

"Usah bimbang, esok saya suruh orang baiki kereta awak," tambah
perempuan cantik itu, "kereta awak dan awak selamat di sini."

"Terima kasih." Perempuan muda itu merapatkan daun pintu bilik. Datuk
terdengar perempuan muda itu mengunci bilik dari luar. Datuk tersenyum,
dan terfikir bahawa perempuan muda itu berbuat begitu adalah untuk
kebaikan dirinya, ia bimbang datuk akan keluar mencarinya di tengah malam
lalu merogolnya. Datuk menggelengkan kepala.

"Aku tidak sejahat itu," kata datuk dalam hati. Ia rebahkan badan atas katil.
Bila datuk mahu merapatkan kedua belah kelopak matanya, ia terdengar
bermacam-macam bunyi di luar, ada bunyi orang berjalan, ada suara orang
menangis. Datuk tidak mengiraukannya barangkali itu cuma perasaannya
sahaja. Akhirnya, datuk terlelap, ia bermimpi ada orang kepala anjing datang
padanya lalu mahu membaham pangkal pehanya. Datuk melawan dengan
sekuat hati. Dalam perlawanan itu , datuk tewas pada orang berkepala anjing

18
itu terus mengoyak daging peha datuk. Darah bertaburan dalam bilik. Datuk
menjerit dengan sekuat hati. Datuk pun terjaga.

Datuk terkejut, kerana hari sudah cerah, matahari mula bersinar dan masuk
ke dalam ruang bilik. Datuk mengerutkan dahi, kerana ia mendapati dirinya
cuma tidur di atas simen di sebuah bilik yang kotor dan buruk. Tidak ada
katil. Tidak ada meja. Cuma yang ada hanya tunggul kayu dan batang
pisang. Datuk keluar. Datuk menarik nafas panjang. Rumah yang malam tadi,
indah ternyata sebuah rumah buruk yang hanya menanti masa untuk rebah
ke bumi.

Di halaman rumah penuh dengan hutan keduduk, serunai laut, pemandangan


kekitar rumah itu ama meyeramkan. Datuk mencari perempuan muda yang
melayannya semala. Tidak napak batang hidung. Datuk pergi ke ruang
tengah. Ia melihat satu cawan sumbing yang kotor. Di dalamnya ada air
hitam yang busuk. Ada dua tiga ekor bangkai cicak yang kembung perutnya
terdapat dalam cawan itu.

Datuk mengucapkan panjang. Ia ingat malam tadi ia minum di situ. Ia yakin


air itu sudah masuk ke dalam perutnya.

"Syaitan, aku dipermainkan oleh syaitan," bisik batin datuk. Ia pun


meninggalkan kawasan rumah itu menuju ke jalanraya. Datuk cuba
menghidupkan injin keretanya. Suara kereta mengaum. Datuk cuba
memandu dua tiga rantai ke depan. Keretanya tidak mengalami sebarang
kecelakaan. Datuk terus menuju Hospital Batu Gajah. Ia kecewa. Ramlah
yang terlibat dalam kemalangan jalanraya sudah meninggal dunia.
Jenazahnya telah dibawa ke kampung malam itu juga. Datuk menceritakan
kisah yang dialaminya pada seorang pekerja di Hospital Batu Gajah.

"Begini pak cik, rumah tu rumah tinggal anak dara tuanpunya rumah itu
menggantung diri di ruang tengah rumah tu," beritahu pekerja itu pada
datuk.

"Sebab ?"

"Dia kecewa, kerana tunangnya berkahwin dengan orang lain."

"Begitu ?" suara datuk lembut.

Berjaga di Hujung Jambatan - Siri ke 5)

Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu.
Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan
peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk
mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali
yang kedua, datuk akan marah.

19
"Aku bukan tuakng cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya
dengan apa yang terjadi pada diri datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk
cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka-suka pada sebelah
petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang
dilemparkan oleh kawan-kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk
menjawab cabaran itu dengan berkata :

"Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian
lihat nanti, apa yang akan terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari
kalangan kawan-kawan datuk yang mahu menjawab cabaran itu. Akhirnya,
cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan bermalam di rumahnya,
merupakan satu lagenda yang jadi buah mulut orang-orang setempat.
Sekarang, cerita itu tidak lagi diperkatakan oleh orang.

Dua bulan berselang sesudah peristiwa itu., datuk telah diserang penyakit,
seluruh badannya sakit dan bengkak-bengkak. Anak cucu membawa datuk ke
klinik kerajaan dan

Swasta, tapi sakit datuk tidak juga mahu hilang. Bila anak cucu mengambil
keputusan untuk menghantarnya ke Rumah Sakit Lumut atau Batu Gajah,
bagi mendapatkan rawatan yang sempurna, datuk membantah dengan
alasan, dia tidak suka duduk di hospital. Tidak ada seorang cucu datuk yang
berani memaksa datuk untuk tinggal di hospital. Jadi datuk terpaksa dirawat
secara kampung. Semua dukun dan bomoh yang terkenal dipanggil untuk
merawatnya. Sakit nya tidak juga mahu hilang.

Seorang dukun dari Mambang di awan dekat Kampar mengatakan sakit datuk
sukar diubat, kecuali oleh pawang yang benar-benar handal.

"Kenapa tok bomoh ?" seorang cucu datuk bertannya.

"Sakitnya dibawa oleh orang atas," jawabnya pendek.

"Siapa orang atas tu tok bomoh," desak cucu datuk. Dan bomoh itu tidaj
mahu memberikan jawapannya. Begitulah datuk, ia terus terlantar di tempat
tidur menanggung sakit. Walaupun sakit terlentang merenung atap rumah,
datuk masih mahu bercakap, kalau ada kawan-kawannya yang datang
melawat. Kadang-kadang datuk memaksa dirinya untuk duduk. Bila anak
cucu mahu datang membantunya. Dia segera melarang dan menepis tangan
anak cucunya.

"Aku masih kuat lagi," katanya. Dengan itu semua anak cucu pun menyepi.
Pada sutu malam, semua anak cucu datuk berkumpul dan mengambil
keputusan untuk memanggil dukun orang asli yang tinggal dekat Grik. Entah
macammana rancangan itu sampai ke pengetahuan datuk. Dia jadi berang
dan membuang semua benda yang berhampiran dengannya. Rancangan itu
terpaksa dibatalkan. Kemudian datuk terus dipujuk untuk menerima rawatan
doktor swasta yang sanggup datang ke rumah untuk merawatnya.

20
Memang di luar dugaan, anak cucu , datuk setuju dengan rancangan itu.
Menurut doktor itu, sakit datuk tidaklah berapa serius sangat, tapi dia
memerlukan rawatan yang agak lama. Sesudah menerima suntikkan dan
memakan pil yang diberikan oleh doktor itu, datuk pun boleh bangun dan
berjalan dari ruang tengah ke anjung ruamh. Mukanya nampak berseri. Tidak
pucat lagi. Datuk mula boleh makan nasi. Sebulan, sesudah menerima
rawatan dari doktor swasta ternyata datuk beransur sihat, tapi pada satu
malam, datuk terus rebah sesudah menunaikan sembahyang Isyak.

Dia tidak boleh bercakap. Terpaksa diusung ke tempat tidur. Semua anak
cucunya mengerumuninya. Semua anak cucu yang mengerumuninya resah,
bilik tidur datuk dikuasai oleh bau-bauan yang wangi, diganti pula dengan
bau kemayan. Serentak dengan itu datuk mula terbatuk dua tiga kali. Dia
terus duduk.

"Carikan aku tiga biji limau, tiga gelai daun sireh putus urat, seulas pinang,
kemenyan dan tempat membakarnya," ujar datuk tenang.

"Nak buat apa," tingkah nenek.

"Usah banyak soal, sediakan perkara yang aku mahu itu sekarang," datuk
membeliakkan matanya. Semua keperluan itu disediakan. Diletakkan dalam
dulang tembaga berlapikkankain kuning. Bila barang-barang itu tersedia, bau
harum datang kembali menguasai bilik tidur datuk. Duduklah datuk
mengadap dulang tembaga, asap kemenyan pun keluar dari dupa, bagaikan
ada kuasa ghaib yang menaburkan serbuk kemenyan di dalamdupa.

"Duduklah," datuk bersuara sambil merenung ke tepi dinding. Anak cucu


merenung ke tepi dinding. Tidak ada siapa pun yang bediri di situ. Kemudian
anak cucu datuk melihat buah limau tiga biji bergerak-kerak bagaikan ada
tangan yang menyentuh.

"Kalian keluarlah, ada pawang nak mengubat aku," datuk memberi perintah.
Semua anak cucu keluar. Datuk mengunci pintu biliknya dari dalam. Tapi,
bau kemenyan terus juga lepas keluar.

"Dah berapa lama sakit ini, kenapa tak beritahu," anak cucu datuk terdengar
suara orang perempuan bercakap di dalam bilik. Semua hati anak cucu
berdebar dan cuba mengintai dari celah pintu . Tidak ada orang lain dalam
bilik selain dari datuk sahaja yang terlentang dekat dulang tembaga, sesekali
datuk bergerak, bagaikan ada tangan yang sedang mengurut badannya.
Sesekali datuk melipatkan kaki kanannya menandakan dia tidak mahu kaki
kanannya diurut.

"Berapa lama sakit ni," terdengar lagi suara perempuan.

"Dah dekat tiga bulan," sahut datuk

"Patutlah lama tak ke rumah."

21
"Sibuk."

"Apa asalnya , ada jatuh atau ada tersalah makan."

"Salah makan tu tak ada, tapi jatuh jatuh memang ada,saya jatuh dekat
perigi buta."

"Patutlah, kalau jatuh cepat berurut atau berubat, kalau tak diubat inilah
jadinya.

"Itu salah saya," datuk mengaku.

Suasana dalam bilik datuk sunyi, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi
orang mengambil sesuatu serta bunyi orang mengoyakkan daun sireh.

"Amalkan apa yang saya buat, tapi ingat kalau dah sihat jangan lupakan
tempat saya,"terdengar lagi suara perempuan. Beberapa saat kemudian,
datuk memebuka pintu bilik , bau wnagi masuk ke ruang rumah. Lepas itu
datuk memebuka pintu depan. Datuk berdiri di muka pintu.

"Selamat jalan," kata datuk pada malam yang samar-samar itu. Datuk
melambaikan tangannya. Entah pada siapa datuk melambaikaikan tangan.
Tidak seorang pun anak cucunya yang tahu. Perkara itu berlanjutan hingga
tiga malam. Masuk malam keempat datuk mengadakan kenduri kesyukuran.
Datuk sudah pulih. Datuk sudah boleh berjalan dan memandu kereta
buruknya . Datuk sudah pun mengucapkan ribuan terima kasih pada doktor
swasta yang datang merawatnya. Dan anak cucunya bertambah pening.
Antara doktor dan dukun siapakah yang sebenarnya merawat datuk hingga
sembuh. Lalu anak cucu datuk membuat kesimpulan begini : Masa kuat
sakitnya doktor yang mengurangkannya dan dukun itu cuma mendapat
rahmat dari doktor sahaja.

Seminggu kemudian, datuk ghaib dari rumah dan anak cucu tidak merasa
apa-apa atas kehilangannya itu, semuanya tahu, bahawa datuk pergi ke
rumah isteri orang bunian. Dan datuk akan kembali ke pangkuan nenek
sesudah tinggal dengan isterinya orang bunian itu selama tiga empat hari.
Nenek tidak pula merasa cemburu. Apa yang nenek fikirkan ialah tentang
kebahagiaan diri datuk. Biarlah datuk buat apa sahaja. Asalkan datuk
gembira dan boleh panjang umur. Cukup mulia hati nenek.

Macam selalu, bila datuk pulang dari rumahnya di kampung bunian, datuk
akan membawa seekor dua ayam hutan dan buah labu atau mentimun untuk
nenek dan anak cucunya.

"Siapa yang merawat dalambilik dulu," tanya nenek pada suatu petang.
Datuk tersenyum mendengar pertanyaan itu.

"Isteri muda kitalah."

22
"Siapa ?"

"Orang bunian."

"Hum, lagi apa katanya pada awak."

"Tidak ada apa-apa, cuma dia berpesat satu sahaja, kalau ada apa kesusahan
pada keluarga kita, segera beritahu padanya." Jawapan yang diberikat itu
cukup menyenangkan nenek.

Sebagai seorang rakyat yang cintakan negara, datuk terlibat dalam


pengambilan ahli-ahli pengawal kampung untuk menentang pihak komunis
yang sentiasa mengancam keselamatan penduduk kampung. Datuk telah
dipilih untuk menjadi anggota AP. Kerana itu datuk kena menjaga kampung
pada setiap malam secara gergilir-gilir dengan orang-orang kampung yang
lain. Kerana datuk dianggap penduduk yang tertua di kampung itu dan tahu
pula serba sedikit ilmu dunia, datuk telah dipilih untuk menjadi ketua.

Kadang-kadang datuk dipanggil juga oleh pasukan keselamatan untuk masuk


ke hutan untuk mengempar sarang komunis. Ini bukanlah beban yang berat
baginya. Datuk mernerimanya dengan rasa senang hati. Satu keistimewaan
datuk, ialah dia cukup kurang tidur tapi badannya tetap sihat. Wajahnya tidak
cengkung atau pucat. Satu malam telah diarahkan pasukan keselamatan
untuk membawa anak buahnya menjaga kawasan kampung yang
bersempadan dengan jalanraya yang merintangi sebuah anak sungai. Datuk
pecahkan anak buahnya kepada dua pasukan, setiap pasukan dianggotai
oleh lima orang. Satu pasukan ditugaskan peronda tapi sungai mengala ke
utara. Sedangkan datuk dengan kawan-kawan menguasai sebelah selatan
hingga sampai ke jabatan besi. Datuk memilih pangkal jambatan besi itu
sebagai tempat ia mengatur sebarang gerakan.

Malam itu datuk bertugas dengan tenang di atas jambatan besi. Sesekali
malam yang sepi itu dipecahkan oleh bunyi jentera lori pasukkan
keselamatan yang melintas di atas jambatan besi.

"Kau berdua pergi ke hujung sama, dan kau berdua pergi berjaga dekat
pokok besar," datuk memerintahkan anak buahnya.

"Di sini, siapa nak tunggu, tanya Hamid, salah seorang dari anak buahnya.
Datuk tidak menjawab pertanyaan itu dengancepat. Dia termenung berfikir.

"Di sini, biar aku tunggu," katanya. Anak buahnya yang sudah diperintah
mengikut arahan yang ditetapkan. Malam bertambah sejuk. Datuk mengigil
kesejukan. Dua tiga kali dia menguap. Badannya disandarkan pada besi
jambatan. Tiba-tiba datuk terkejut, seekor ular berbelang kuning dan hitam
meniti atas palang besi jambatan menuju ke arahnya. Lebih kurang satu ela
mahu sampai padanya , ular itu berhenti. Panggung kepala. Menjulurkan
lidah. Mata ular itu nampak merah. Dari mulut ular itu terpancar sesuatu

23
macam api. Bila ular itu mengkatupkan mulutnya. Api itu padam dan api itu
akan wujud kembali, bila ular itu membuka mulutnya.

(Melihat Jembalang Air - Siri ke 6)

Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus


menghampirinya. Datuk cabut golok perak di pinggang.

"Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti." Sebaik
sahaja datuk mengakhiri cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya.
Ular pun pangung kepala. Bagaikan kilat datuk mencantas kepala ular. Badan
ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu-satu. Barulah puas
hati datuk. Malam bertambah dingin. Daun-daun pokok di kiri kanan jalan
bergerak-gerak diterajang oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut-
sahutan. Di selang-seli dengan raungan anjing yang mendayu-dayu.

Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir
tenang itu bergolak dan berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun
dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya jatuh. Makin lama,
makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang
hebat. Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung.
Belum pernah dia berhadapan dengan hal-hal begitu. Mata datuk terus juga
merenung pada air sungai yang beralun dan berbunyi dengan teliti. Datuk
berdebar juga. Terniat dalam hatinya mahu meninggalkan tempat tersebut.
Niat itu mati dengan sendirinya, bila timbul desakan dalam hatinya untuk
mengetahui apakah benda dalam perut sungai.

Dalam suasana agak kelam-kabut itu. Datuk terpandang, air sungai mula
melimpah ke tebing. Di tengag-tengah sungai itu timbul satu lembaga besar
hitam, badannya sebesar kerbau jantan. Lembaga itu terus timbul. Setiap kali
lembaga itu bergerak. Air terus bergelombang merempuh pokok-pokok keladi
di tebing sungai. Semuanya tumbang. Macam selalu, bila berhadapan dengan
perkara-perkara yang aneh datuk akan membaca ayat suci al-quran. Kali ini
datuk membaca ayat 'Kursi' dengan khusuk. Semasa dia membaca ayat-ayat
itu lembaga di dalam sungai terus mengamuk dan bertempik, bagaikan suara
gajah. Datuk tidak peduli. Dia terus membaca. Bila ayat itu habis dibaca.
Suasana di dalam sungai kembali normal. Air sungai terus mengalir tenang.
Daun-daun pokok tidak bergerak meskipun angin malam bertiup.

"Syaitan ?" kata datuk sambil meninggal kan tempat tersebut. Datuk terus
mendapatkan anak buahnya. Mereka berkumpul kerana hari sudahpun
beransur cerah. Datuk terus membawa anak buahnya ke surau dan
menunaikan sembahyang subuh. Lepas sembahyang subuh mereka pun
berpecah meneruskan kerja masing-masing. Separuh dari pada anak
buahnya terus ke Paya Besar menoreh getah dan separuh lagi pergi ke
tempat perusahaan membuat batu-bata di Jalan Parit. Banyak juga anak buah
datuk yang menjadi buruh di syarikat perusahaan itu.

24
Datuk tidak pula menceritakan apa yang dialaminya pada orang-orang
kampung. Walaupun begitu, ada juga orang kampung yang mengalami
peristiwa seperti yang datuk alami itu bila berjalan malam di jambatan besi
tersebut. Jambatan besi itu masih ada lagi hingga sekarang, terletak di
antara Kampung Pulau Kabung dengan Kampung Mandi Upeh. Tapi ,
peristiwa ganjil seperti yang dialami oleh datuk itu tidak berlaku lagi.

Di kiri kanan jambatan besi itu kini sudah penuh dengan rumah kediaman.
Kadang-kadang jambatan itu jadi tempat persinggahan anak muda pada
setiap malam, selepas mereka menonton wayang di Pekan Sitiawan, Air
Tawar atau Bruas. Dan kalau diceritakan kisah-kisah aneh pada mereka.
Mereka tidak akan percaya, malah mereka akan mengetawakan pada orang
yang menceritakannya.

Sebulan selepas dari peristiwa yang aneh itu, pada satu malam rumah datuk
didatangi oleh seorang pemuda Udin namanya. Dia meminta jasa baik datuk
untuk membuat air penawar pada anak kecilnya yang sudah seminggu
menangis malam.

"Agaknya perut anak kau kembung," kata datuk sambil merenung muka
Udin.

"Sudah berbotol minyak angin saya lumurkan ke perutnya." Jawab Udin


dengan tenang. Datuk terdiam kerana dia tahu, dia bukanlah seorang dukun
atau pawang, tapi kerana dia merupakan orang yahng tertua di kampung
tersebut, dia dianggap tahu dalam hal-hal kedukunan.

"Bawa saja anak kau ke klinik," datuk mengesyurkan. Udin terdiam sejenak.
Muka datuk direnungnya lama-lama.

"Malam klinik dah tutup."

"Sepatutnya, kau tak payah minta penawar dari aku, jumpa daktor lagi baik,
sebabnya mereka boleh memeriksa anak kau, mana tahu anak kau ada
mengidap penyakit,"

"Saya tahu, tapi…." Udin berhenti bercakap. Ada rasa kecewa dan putus asa
bermain di wajahnya.

"Baiklah, bolehlah aku buatkan penawar, tapi esok kau bawalah anak kau ke
klinik," kata datuk lagi. Datuk pun segera membuat air penawar dan
diberikan pada Udin. Sebelum Udin meninggalkan rumah, lagi sekali datuk
memgingatkan Udin supaya membawa anaknya menemui doktor. Datuk
berpendapat berubat dengan doktor lebih baik dari berubat dengan dukun,
kerana dengan peralatan moden, sakit seseorang dapat dikesan dengan
cepat.

Pesan datuk itu tidak dipersiakan oleh Udin. Dia terus membawa anaknya
menemui doktor dan menerima rawatan dengan baik. Sejak itu anaknya tidak

25
lagi menangis malam. Memang, begitulah sikap datuk, dia lebih suka
mengalakkan orang-orang kampung berubat dengan doktor, kecuali kalau
sudah menemui doktor pesakit tidak mahu baik, barulah dia menyuruh
berubat cara kampung.

"Mari ikut aku ke rumah Anjang Dollah," kata datuk pada saya.

Pemintaan datuk itu tidak dapat saya tolak. Dengan rasa kecewa saya
meninggalkan kumpulan kawan-kawan saya yang sedang bermain galah
panjang di depan rumah datuk.

"Apa halnya," tanya saya

"Sajalah,aku dengar cerita Anjang Dollah tu handal mengubat orang kena


sampuk, anu nak tengok cara dia mengubatnya. Kalau boleh aku nak belajar
darinya."

"Belajar buat apa ?" balas saya. Datuk tersenyum dan terus berkata : "Belajar
untuk tahu apa salahnya, tidak merugikan kita."

Setelah mendengar cakapnya itu. Saya pun tidak mengeluarkan sebarang


soalan atau pertanyaan. Berjalanlah saya dengan datuk petang itu menuju ke
Kampung Gelung Gajah yang jaraknya lebih kurang tiga batu dari kampung
datuk. Terpaksa meredah dua tiga anak sungai. Dan rumah Anjang Dollah
letaknya agak terpencil dari rumah-rumah di situ. Berada di pinggir sebuah
kolam dan berhadapan dengan sebuah belukar kecil.

Lebih kurang pukul empat petang, sampailah saya dan datuk ke rumah
Anjang Dollah. Kami dipersilakan naik. Datuk terus menyatakan, bahawa
kedatangannya ialah untuk melihat bagaimana cara dia mengubati orang
yang kena sampuk.

"Apa salahnya, " balas Anjang Dollah dengan senyum bangga. Anjang Dollah
pun mempersilakan saya dan datuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil. Di
dalam bilik itu penuh dengan barang-barang perubatan seperti kemenyan
hantu, buah limau, buah kelapa dan tempat membakar kemenyan. Di tepi
bilik terdapat sebuah katil dengan tilam dan bantal bersarung kain hitam.
Bantal dan tilam itu sudah buruk benar. Bila saya menghampirinya hidung
saya tidak tertahan mencium bau hapak dari bantal dan tilam.

Bila saya mahu membuka kain tilam yang menutup katil itu saya ditahan oleh
Anjang Dollah. "Jangan," suara Anjang Dollah keras. Saya duduk kembali. Hati
saya ingin tahu, siapakah gerangan yang tidur di situ. Saya yakin ada orang
yang tidur di atas katil itu, kerana bila saya perhatikan kain hitam itu
bagaikan bergerak-gerak mengikuti tarikan nafas manusia.

"Siapa yang baring tu," datuk pula bertanya. Anjang Dollah merenung muka
datuk. Saya mula resah tidak menentu.

26
"Sahabat saya, orang suruhan saya. Boleh disuruh keluar waktu malam dan
balik pagi." Anjang Dollah memperjelaskan pada datuk. Saya dan datuk pun
angguk kepala.

"Dia tidur agaknya," tanya saya lagi.

"Dia tak tidur," sahut Anjang Dollah.

"Kalau tak tidur kenapa tak bangunkan." Tingkah datuk.

"Dia malu tengok orang." Itulah jawapan Anjang Dollah. Jawapan itu
sebenarnya tidak memuaskan hati saya. Dan saya mahu bertanya lagi. Bila
saya mahu membuka ulut, datuk segera mencuit bahu saya. Fahamlah saya,
bahawa datuk tidak mahu saya menyoal lebih lanjut tentang apa yang
berada di atas katil.

Anjang Dollah meninggalkan kami di dalam bilik. Ada orang datang ke


rumahnya. Sepeninggalan Anjang Dollah itu, bulu roma saya mula berdiri.
Rasa takut datang dalam hati saya. Kalaulah tidak ada datuk di samping pasti
tempat itu saya tinggalkan. Anjang Dollah datang. Dia minta kami duduk di
ruang tengah. Di ruang tengah itu terdapat sorang perempuan muda. Duduk
bersila di atas lantai. Perempuan muda itu datang ke rumah Anjang Dollah
kerana mahu meminta tolong mengubati adiknya yang menjerit dan meraung
tidak tentu arah macam orang gila.

"Adik saya kena buatan orang Pak Anjang," kata perempuan itu dengan muka
agak muram. "Dia terpaksa diikat dengan tali di tiang rumah," tambah
perempuan itu lagi. Anjang Dollah mengigit bibir dan terus melagakan gigi
atas dengan gigi bawah beberapa kali. Tanpa bercakap sepatah, Anjang
Dollah terus ke dapur. Datang semula keruang tengah dengan mangkok
putih yang penuh berair.

"Mari masuk ke dalam bilik saya, " Anjang Dollah menjemput peremmpuan ,
datuk dan saya. Kami pun masuk ke dalam biliknya. Anjang Dollah bersila, di
depan katil. Matanya merenung air dalam mangkok putih sambil mulutnya
membaca sesuatu. Entah apa yang dibacanya saya pun tidak tahu. Dia
menoleh ke belakang merenung perempun muda seraya berkata, "Kau balik
dulu."

Bila perempuan itu sampai dekat muka pintu. Anjang Dollah memanggilny
akembali dan menyuruh perempuan itu duduk di depannya. Perempuan itu
akur dengan perintahnya itu. Anjang Dollah terus membaca sesuatu. Lebih
kurang sepuluh minit Anjang Dollah berbuat begitu. Mukanya bertukar
menjadi hitam. Matanya jadi hijau berkilai. Separuh anggota badannya
mengeletar, macam orang kesejukan. Lama juga Anjang Dollah jadi begitu.
Hati saya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya ketika itu. Bila
wajahnya berubah dalam keadaan biasa. Barulah Anjang Dollah bersuara,
tapi suaranya bertukar menjadi parau.

27
"Siapa nama adik kau," tanya Anjang Dollah pada perempuan itu.

"Aishah."

"Berapa umurnya?"

"Sembilan belas tahun."

"Siapa nama emaknya."

"Hamidah."

Selesai sahaja Anjang Dollah menyoal dan menerima jawapan dari


perempuan itu. Dia segera bangun dan terus rapat ke katil. Berdiri di situ
agak lama juga sambil tangan kanannya memegang pangkal dagunya.

"Hai sahabatku yang setia, pergilah engkau ke tempat asalmu, ambillah


sehelai rambut perempuan mati beranak," kata Anjang Dollah. Kain hitam
mula bergerak. Datuk duduk dengan tenang. Saya merasakan mahu buang
air kecil, terasa mahu buang air besar. Saya jadi serba salah. Rasa mahu
buang kecil dan air besar itu hilang juga, bila saya terfikir kalau masa buang
air kecil atau buang air besar kain hitam itu akan datang pada saya. Buruk
padanya.

"Pergilah sahabatku," ualng AnjangDollah. Dengan tiba-tiba kain hitam


terjatuh atas lantai. Apa yang saya lihat di atas katil ialah bantal dan tilam
bergerak sendiri. Tilam bagaikan digulong oleh orang.

"Dia sudah pergi," kata Anjang Dollah pada datuk. Datuk pun mengangguk
kepalanya. Anjang Dollah pun mengambil kain hitam dan terus memberikan
pada perempuan muda itu.

"Kau rimbaskan kain hitam ke muka adikmu tujuh senja, lepas tu kalau tak
juga mahu hilang, kau datang ke mari lagi," kata Anjang Dollah. Dan
perempuan itu pun menghulurkan wang pada Anjang Dollah. Dengan tenang
perempuan itu meninggalkan rumah Anjang Dollah.

"Ini baru sedikit sahaja, minggu depan kalau kalian datang, kalian boleh lihat
cara lain saya mengubat, saya boleh kenalkan awak berdua dengan sahabat
saya itu," megah benar Anjang Dollah.

"Saya datang lagi," sahut datuk.

"Datanglah, tapi kena datang malam tau,"

"Baiklah."

Datuk memberikan janji. Sesungguhnya janji yang diberikan oleh datuk pada
Anjang Dollah satu penyiksaan pada diri saya. Bila masa yang dijanjikan

28
sampai. Berangkatlah saya dengan datuk menuju ke rumah Anjang Dollah.
Kami terpaksa menggunakan andang yang dibuat dari daun kelapa untuk
menyuluh jalan. Malam cukup gelap. Tidak ada sebiji biuntang pun di langit.
Sepanjang perjalanan telinga kami diasak dengan suara katak dan suara
burung jampok dan burung hantu. Bulu roma saya tegak berdiri, bila
terdengar suara lolongan anjing sayup-sayup dari gigi kampung.

Terkencing Dalam Seluar - Siri ke 7)

Bulan di langit mula dilitupi awan. Angin kian keras bertiup. Bunyi dedaun
yang bergeseran sama sendiri amat menakutkan. Dan datuk terus
melangkah dengan tenang. Api yang memakan daun kelapa, sekerap marak,
sekejap suram.

"Kenapa kita ikut sini tok ?" tanya saya. Tidak ada jawapan yang diberikan
oleh datuk, bunga-bunga api dari andang daun kelapa jatuh atas bumi. Saya
tidak tahu kenapa datuk ikut jalan ini. Kenapa dia tidak mahu ikut jalan biasa
yang mudah dan senang. Tidak perlu melintas tanah sawah yang luas
terbentang.

Saya yang memakai baju Melayu cekak musang terpaksa mengulung lengan
baju hingga ke siku, kasut getah dan hujung seluar hitam saya mula basah
diresapi oleh aori embun. Langkah datuk terus lancar. Andang kelapa
diangkatnya tinggi-tinggi.

"Kita patah balik ikut jalan lain tok," saya mengemukakan cadangan. Datuk
berhenti. Dia cacakkan andang daun kelapa tepi batas. Datuk membuang
pacat yang singgah di kaki seluarnya.

"kenapa mesti patah balik, ikut sini dekat," datuk cabut andang daun kelapa.
Saya diam.

Cakapnya tidak boleh dibantah. Saya melangkah dengan hati-hati. Silap


langkah nanti jatuh ke dalam sawah. Cahaya dari andang daun kelapa
menerangi rumpun-rumpun padi yang baru pecah anak, sesekali terdengar
bunyi haruan melompat dalam air sawah menangkap anak. Suara burung
hantu dan jampuk saling tingkah meningkah. Bulan sudah tidak
mengeluarkan sinarnya. Wwan telah kelindungi permukaan bulan. Suara
lolongan anjing kian bertambah keras. Daun-daun dari pokok besar yang
memagari batas sebelah kanan tetap bergerak hebat. Angin malam cukup
keras bertiup. Badan saya rasa cukup dingin.

"Lagi cepat kita sampai, lagi baik," suara datuk parau. Dia menoleh ke arah
saya.

"Saya sejuk tok, jauh lagi ke ?"

29
"Ah, kejap lagi sampailah, sekarang kau jalan dulu, biar aku ikut kau dari
belakang." Itu perintah datuk. Badan saya jadi mengeletar, macam-macam
perkara buruk datang dalam hati saya.

"Tok jalan dulu, saya tak tahu jalan," saya berdalih.

"Kau tak tahu, atau pun kau takut ?" Datuk ketawa. Dia memaksa saya jalan
dulu. Saya tidak ada pilihan lain. Saya menurut perintahnya. Saya dan datuk
sampai di sebuah taliair. Datuk menyuruh saya ke belakang. Lama juga dia
berhenti di tepi taliair itu sambil merenung pada air yang mengalir.

"Jalan ke depan lagi, di sana ada titi tak payah kita melompat," ucap datuk
dengan tenang. Kami mara ke depan. Berhenti di bawah pokok mempelam
telur yang berdaun lebat. Cakap datuk memang tepat, di pangkal pokok
mempelam telur terdapat titi batang pinang. Kami menyeberang dengan
selamat, dari situ kami mendaki bukit kecil yang penuh dengan pokok pisang
hutan, selesai mendaki bukit itu , kami berhadapan dengan sebatang jalan
tanah merah ynag lebarnya kira-kira dau kaki.

"Ikut jalan ini ke utara," ujar datuk sambil meraba ulu golok peraknya. Saya
anggukkan kepala dua tiga kali. Berjalanlah saya dengan datuk, suara burung
hantu terus juga menyumbat lubang telinga. Kami melintasi sebuah tanah
perkuburan. Dari sinar api andang daun kelapa itu, saya melihat batu-batu
nisan terpacak dengan gagahnya. Suara burung hantu kian kuat. Suara
salakkan anjing kian dekat terdengar. Pokok-pokok puding dan pokok-pokok
kecil lain yang berhampiran dengan tanah kubur saya lihat bergerak-gerak,
bagaikan ada benda yang menggoncangnya.

Awan tebal yang melindungi bulan mula beredar, dan sinar bulan mula
menerangi sebahagian dari jalan yang kami lalui, tiba-tiba awan tebal datang
kembali menutup bulan dan andang kelapa yang saya bawa pun padam.
Datuk berhenti, dia membakar andang kelapa yang baru, memang datuk
membawa dua tiga andang daun kelapa untuk digunakan dalam satu-satu
keadaan yang tertentu.

"Jalan cepat sikit, aku rasa tak berapa sedap hati di sini," datuk menyuarakan
suara hatinya. Saya diam.

"Langkah panjang sikit,"tambah datuk lagi. Saya hanya boleh anggukkan


kepala sahaja. Tidak lebih dari itu. Angin malam yang bertiup menjatuhkan
dedaun tua dan ranting-ranting, berderup-derup bunyinya, bagaikan orang
mematah kayu kering. Saya mula terasa cemas, tapi saya tidak menyatakan
hal pada datuk.

Saya dan datuk jalan dan terus berjalan, matlamat kami mahu sampai ke
rumah Anjang Dollah dengan secepat mungkin. Barangkali Anjang Dollah
sudah bersila di muka pintu menanti kedatangan kami, agaknya Anjang
Dollah sudah menyediakan semua barang yang digunakannya untuk kami,
fikir saya dalam hati.

30
Tanah perkuburan tua agak jauh kami tinggalkan. Dada saya terasa lapang,
tapi batin saya terus menyumpah seranah suara burung hantu yang seakan-
akan mengikuti langkah kami. Datuk berhenti berjalan.

"Siapa tu," suarnya perlahan. Saya merenung ke depan. Saya terpandangkan


benda putih berjalan terhincut-hincut di depan datuk dan saya, kerana bulan
dilitupi awan tebal dan cahaya dari andang datuk tidak menyala dengan
baiknya, saya tidak dapat melihat dengan jelas benda tersebut.

"Barangkali ada orang nak lalu," datuk bersuara tenang. Saya juga
sependapat dengan datuk. Suara burng hantu dan jampuk bertambah galak.
Salakkan anjing bertalu-talu, sayup-sayup dan memanjang pula, bagaikan
orang menangis di malam sepi. Benda putih terus menghampiri kami, bila
datuk mahu menegurnya, benda putih tersebut itupun hilang. Entah ke
mana. Saya tidak dapat mempastikan apakah dia masuk ke dalam hutan
pokok pisang di kanan, atau masuk ke dalam belukar di kiri jalan. Benda
putih itu menjelma di depan kami lagi.

"Bukannya manusia," datuk membisik ke telinga saya. Serentak dengan itu


dia memadam api andang daun kelapa.

"Kita ke tepi, biarkan dia lalu," perintah datuk. Saya patuh pada arahan
datuk. Kami berdiri di balik pokok getah besar. Benda putih itu melintas di
depan kami. Saya tidak dapat melihat bentuk mukanya. Apa yang saya lihat
pada benda putih itu berjalan tanpa kaki, tidak mempunyai kepala. Berjalan
menuju ke kawasan tanah perkuburan, saya dan datuk melihat Anjang Dollah
datang membawa cangkul.

"Apa ni tok," tanya saya pada datuk.

"Kau diam, kau ikut saya apa yang aku buat,"

"Baik tok," saya menoleh ke kiri dan ke kanan. Datuk melangkah ke jalan
tanah merah. Dia menarik tangan saya mengikuti langkah Anjang Dollah
menuju ke kawasan perkuburan. Saya menurut sahaja. Dua tiga kali saya
tersungkur kerana tersepakkan batu-batu nisan. Datuk berhenti.Saya
mendongak ke langit, awan tebal sudah berlalu dari sisi bulan. Dengan
pertolongan sinar bulan enam belas, kami dapat apa yang dilakukan oleh
Anjang Dollah. Dia sedang mencangkul tanah perkubur. Benda putih duduk
dekat batu nisan.

Anjang Dollah dapat menyelesaikan semua tugas-tugas dalam masa kurang


lebih empat puluh lima minit. Seluruh badannya dibasahi peluh, nampak
berminyak-minyak ditampar sinar rambulan enam belas. Dia duduk di
pangkal pokok cempedak. Kemudian dia berkata pada kawannya yang
nampak putih itu. Benda putih tanpa kepala dan kakai itu, bagaikan
terawang-awangan, bergerak dan berhenti di depan Anjang Dollah.

31
"Hai sahabatku, tunggu di sini, biarkan aku ambil kain kapan dan rambut
perempuan, kemudian kau bawa barang-barang itu pulang ke rumah kita kau
tunggu aku di sana, aku tak boleh balik bersama, kerana banyak kerja yang
mahu aku selesaikan," itulah yang dicakapkan oleh Anjang Dollah pada
sahabatnya.

Anjang Dollah terjun ke dalam kubur. Dia mengambil kain kapan orang mati
beranak dan rambut. Lama juga Anjang Dollah berada di dalam lubang kubur.
Benda putih tanpa kepala dan kaki berlegar-legar di tepi kubur. Kadang-
kadang dia nampak bagaikan duduk di akar pokok cempedak. Suara burung
hantu kian gamat. Suara jampuk bersahut-sahutan. Lolong anjing tingkah
meningkah. Suara dahan kayu berlaga sama sendiri jelas kedengaran di
rempuh angin malam. Ranting tua dan daun tua gugur ke bumi.

Saya bagaikan terdengar bunyi orang berjalan di belakang. Bila ditoleh , tidak
ada apa-apa. Saya bagaikan terdengar bunyi burung terbang di atas kepala.
Bila diperhatikan tidak ada apa-apa. Bulu tengkok saya berdiri tegak. Macam-
macam perkara aneh saya rasakan. Saya rapat pada datuk yang duduk
tenang. Mulunya membaca sesuatu, saya sendiri tidak tahu apa yang dibaca
olehnya.

"Kau ingat, tidak ada benda yang berkuasa di dunia ini, selain daripada Allah
yang maha besar, dan tiada manusia yang boleh melawan kekuasaannya.
Ingatkan Allah yang maha besar," datuk memberitahu saya, bila dilihatnya
saya mengeletar sendirian.

"Kau lihat di depan," datuk menajamkan mulutnya ke arah kubur yang digali
oleh Anjang Dollah. Saya merenung ke depan. Saya lihat benda putih tanpa
kepala dan kaki itu terjun ke dalam kubur. Saya terdengar bunyi suara
Anjang Dollah terpekik dalam kubur, tanah kubur berterbangan ke udara,
serentak dengan itu juga saya dengar suara mengaum macam suara harimau
dari dalam kubur.

Suara jeritan Anjang Dollah beransur lemah. Tanpa dapat ditahan datuk
meluru ke tanah kubur. Datuk mahu menolong Anjang Dollah, dia mengambil
sepotong kayu, lalu memukul benda putih yang keluar dari lubang kubur.
Setiap kali datuk memukulnya, benda itu tidak melawan, malah dia
mengelak, akhirnya ghaib dari kawasan perkuburan. Datuk memanggil saya,
waktu saya mahu sampai dekat datuk, saya rasa pangkal seluar saya basah.
Sesungguhnya, saya tidak sedar waktu bila saya terkencing dalam seluar.
Datuk suruh saya membakar andang daun kelapa. Saya patuh dengan
cakapnya. Bila andang daun kelapa sudah terbakar. Kawasan sekitar tanah
kubur yang digali oleh Anjang Dollah terang.

"Kau lihat ," datuk menuding jari kelingkingnya ke dalam lubang kubur.
Lubang kubur saya jenguk. Anjang Dollah terbaring di dalamnya. Seluruh
mukanya berdarah. Di sebelahnya terdapat mayat seorang perempuan,
kepalanya sudah terpisah dengan badan. Kain kapannya sudah koyak dan
berdarah.

32
"Perbuatan yang dikutuki oleh Allah, perbuatan sesat yang terpisah dari
ajaran agama, cuma orang yang tidak beriman dan tidak percayakan Allah
saja yang berani membuat kerja sial ini," datuk merungut panjang. Saya
renung muka datuk. Wajahnya penuh kesal. Memang, di luardugaan datuk,
bahawa pawang Anjang Dollah boleh membuat kerja yang tidak direlakan
oleh agama Islam.

"Apa yang patut kita buat datuk," saya menyoal datuk. Lama juga datuk
termenung di situ. Saya tidak tahu apa yang difikirkannya.

"Sebagai orang Islam, Anjang Dollah tidak boleh dibiarkan begini, dia harus
dimandikan, dikapan dan ditanam serta dibacakan talkin," terang datuk.

"Siapa yang mahu menguruskan semuanya ini."

"Siapa lagi, kita yang mesti menyelesaikannya," datuk bersuara tegas.

"Dia membuat kerja yang silap, biarkan dia di situ," bantah saya. Datuk
senyum. Suara burung hantu dan jampok terus bersahut-sahutan, tapi suara
salakkan anjing sudah tidak ada lagi. Bunyi dahan jatuh masih kedengaran.

"Kau silap, kita tahu dia memang beragama Islam, soal dia membuat kerja
yang tidak baik tu, soal dia dengan Tuhan," datuk memberitahu saya. Datuk
membuat keputusan yang tepat. Dia mahu memberitahu pada seluruh
penduduk tentang peristiwa yang menimpa diri Anjang Dollah. Dia mahu
menghebahkan hal itu ke seluruh kampung. Datuk juga mengharap pada
sesiapa yang mengambil ilmu salah atau yang berguru dengan Anjang Dollah
supaya bertaubat dan membuangkan semua ilmu itu untuk kembali ke jalan
Allah.

Saya merenung ke dalam kubur kembali. Saya lihat mayat perempuan mati
beranak itu masih berdarah, saya kira perempuan itu tentu sahaja baru
ditanam. Hal itu saya tanyakan pada datuk.

"Agaknya dia mati semalam," kata datuk.

Dia menarik tangan saya keluar dari kawasan perkuburan. Kami berpatah
balik menuju ke kampung. Bila sampai di kampung nanti, datuk mahu
melapurkan perkara itu kepada penghulu. Kami kembali meredah tanah
sawah yang luas terbentang. Kali ini saya tidak mahu berjauhan dengan
datuk. Datuk tahu perasaan hati saya. Dia menyuruh saya memegang
painggang seluarnya.

Sebaik sahaja kami sampai di gigi kampung, saya dan datuk terserempak
dengan Imam Hamid. Dia agak terkejut bila kami nyatakan yang kami baru
sahaja kembali dari tanah kubur.

"Apa halnya," tanya Imam Hamid.

33
"Panjang ceritanya dan Pak Imam ni dari mana," soal datuk.

Imam Hamid terdiam. Kemudian dia memberitahu kami, bahawa dia juga
mahu pergi ke kubur.

"Apa sebabnya," datuk mengemukakan soalan. Imam Hamid diam sejenak.

"Anak aku Sepinah mati beranak, dah ditanam pun pagi semalam."

"Kami tak tahu," jawab datuk.

"Silap aku, aku mahu menanamnya cepat, tiba-tiba malam ini hati aku
teringatkan dia, aku bimbang kuburnya dikorek orang, kau sendiri tahulah
sekarang, kubur perempuan mati beranak suka sangat digali orang," terang
Imam Hamid.

Mendengar cakap Imam Hamid itu, wajah datuk segera berubah. Dia mula
ragu dengan apa yang dituturkan oleh Imam Hamid. Jauh dalam hati datuk,
timbul satu pertanyaan apakah Imam Hamid bersubahat dengan Anjang
Dollah dalam perkara ini ? Datuk terus menepuk bahu Imam Hamid dalam
mengajak dia pulang. Imam Hamid keberatan. Datuk terus memujuk. Ada
sesuatu yang mahu disoal oleh datuk pada Imam Hamid. Kalaulah Imam
Hamid membuat kerja terlarang, dia mahu memujuknya supaya kembali ke
jalan Allah.

"Ke rumah saya saja malam ini, ada hal yang mahu saya tanya pada Pak
Imam," kata datuk. Mendengar cakap datuk itu muka Imam Hamid berubah
menjadi pucat.

(Manusia Berkepala Anjing - Siri ke 8)

Imam Hamid mengedutkan dahinya hingga berlapis empat. Dia renung muka
datuk. Dia renung muka saya hingga kepucatan yang terhampir di wajahnya
hilang.

"Mustahak ke ?" soalnya agak ragu.

"Memang mustahak, perkara yang mahu diceritakan ni ada hubungannya


dengan diri Pak Imam."

"Dengan diri saya ?"

"Iya," datuk angguk kepala.

Tanpa banyak bicara Imam Hamid mengikut datuk dan saya ke rumah. Kami
bertiga duduk bersila di anjung rumah. Macam selalu datuk bila berbual suka
bersandar. Sebelah kakinya berdiri lutut. Ini memang amalan datuk. Menurut
datuk duduk begitu bukan duduk yang kosong. Duduk yang ada makna.
Susah kalau musuh mahu menyerang, payah hantu syaitan mahu mengoda.

34
"Apa dia perkara yang mustahak tu?" Imam Hamid mula mendesak. Datuk
tersenyum. Serentak dengan itu nenek pun meletakkan tiga cawan kopi di
depan kami.

"Begini," datuk menggeliat dan terus bercerita :

"Anjang Dollah sudah mati, pagi esok kita terpaksa uruskan mayatnya untuk
di tanam. Dia mati dibunuh syaitan yang dibelanya." Imam Hamid terkejut.
Kemudain dia senyum. Sepasang matanya merauti paras datuk. Saya cuma
diam sahaja. Tidak baik campur orang tua-tua bercakap.

"Pemintaan saya diberkati Allah." Itu yang terhambur dari mulut Imam
Hamid. Matanya bercahaya memandang muka saya.

"Dengan apa Pak Imam membinasakan kerja laknat tu, "datuk terus
bertanya. Imam Hamid gosok batang hidungnya beberapa kali.

"Dengan ayat Quran, kau harus tahu tidak ada kuasa yang dapat mengatasi
kekuasaan Tuhan, lagi pun dalam Quran sudah lengkap semuanya. Kerja
jahat memang tidak diberkati Tuhan." Itulah yang diberitahu oleh Imam
Hamid pada datuk. Datuk angguk kepala. Imam Hamid pun terus bercerita
pada datuk tentang diri Anjang Dollah. Menurut Imam Hamid, Anjang Dollah
memanglah dukun yang tidak bersih. Ia tidak mengamalkan ilmu
kedudukannya untuk kebaikan manusia. Dia bekerja bergurukan syaitan.
Kerjanya mengorek kubur perempuan mati beranak, suka ambil kain kapan
rambut orang yang baru mati beranak.

"Agaknya dia dukun sihir Pak Imam," dengan mendadak datuk bersuara.
Imam Hamid mengakuinya sambil berkata : " Dia sudah dipengaruhi syaitan
sanggup mengambil darah orang mati beranak untuk makanan syaitan yang
dipeliharanya."

"Siapa pula yang di belanya tu ?" saya tanya. Datuk merenung dengan marah
pada saya.

"Hantu itu, adik perempuannya sendiri, dia potong kepalanya dan hal tu tak
dikesan oleh sesiapapun."

"Dahsyatnya," ujar datuk.

"Memang dahsyat dan aku menduga dia akan mengorek kubur anak aku. Jadi
aku bersedia untuk menghantarkannya." Imam Hamid berhenti bercerita. Dia
minta diri untuk pulang ke rumahnya. Mula daripada malam itulah datuk
mendapat tahu, bahawa Imam Hamid bukan sebarang orang. Dia banyak
ilmu dunia dan akhirat. Sifat orang terpuji pada diri Imam Hamid kerana dia
tidak mahu menunjukkan kebolehannya di mata orang ramai. Inilah yang
mengkagumkan diri datuk.

35
Sebaik sahaja Imam Hamid pulang. Saya dan datuk tidak dapat tidur. Rumah
datuk diganggu dengan bermacam-macam cara. Pintu rumah datuk terbuka
dengan sendiri. Kelambu datuk terbakar sendiri. Paling mengerikan bila
rumah dibaling dengan batu dan kayu. Datuk tidak bertindak dia cuma
membiarkan sahaja. Dia cukup tenang duduk di tengah rumah. Bila datuk
mahu pergi ke perigi untuk mengambil air sembahyang. Dia terkejut. Ruang
luas di anjung rumahnya penuh dengan daun buluh dan batang pisang.

"Syaitan, semuanya kerja syaitan," keluh datuk. Dia terus ke perigi. Saya juga
ikut ke perigi. Kami sembahyang subuh bersama. Selesai sahaja datuk
sembahyang semua daun pisang dan batang buluh hilang. Pagi itu, kami
berdua segera pergi ke tanah kubur. Sampai sahaja di kawasan tanah
perkuburan. Imam Hamid dan beberapa orang kawannya sudah berada di
situ. Mayat Anjang Dollah sudah dimasukkan ke dalam guni. Dua orang anak
muda sudapun mengandar guni yang berisi mayat Anjang Dollah.

Datuk segera mendapatkan Imam Hamid minta kebenaran untuk melihat


mayat Anjang Dollah. Permintaan datuk itu tidak dihampakannya. Sebaik
sahaja datuk melihat mayat Anjang Dollah dalam guni. Air mukanya segera
berubah. Jadi cemas.

"Kenapa jadi macam itu ?" Datuk dengan tiba-tiba bersuara.

"Itulah pembalasan yang dapat kita lihat, bila orang melakukan kerja-kerja
yang bertentangan hukum Allah," bisik Imam Hamid pada datuk. Mayat
Anjang Dollah pun dibawa ke rumah. Dia dimandi dan dikapan, akhirnya
disemadikan di tanah perkuburan.

Cerita tentang Anjang Dollah pun padam dari jadi pokok perbualan orang-
orang kampung. Datuk mula berkawan dengan Imam Hamid. Tujuan utama
datuk berkawan ialah untuk menambahkan ilmu buat dirinya. Orang yang
selalu dibawa oleh datuk ke rumah Imam Hamid, saya sendiri. Kadang-
kadang saya jadi bosan dan benci dengan perangai datuk itu. Bila saya
memprotes, datuk cuma ketawa sahaja. Dia berharap benar-benar supaya
saya ambil tahu tentang kepandaian orang Melayu dalam beberapa bidang
tertentu yang menurut datuk kebolehan dan kepandaian itu sudah mulai
pupus. Pada dasarnya , saya setuju dengan apa yang diperkatakan oleh
datuk itu.

"Aku tak mahu kau jadi dukun atau pawang," kata datuk pada satu malam.

"Tak guna saya ikut datuk."

"Ada gunanya,"

"Apa gunanya, sekadar untuk tahu sahaja tak lebih dari itu, aku mahu kau
jadi doktor atau peguam."

"Jadi dukun, sama juga tarafnya dengan doktor."

36
"Itu pendapat yang salah," dalih datuk.

Kerana malam itu terlalu dingin, saya minta pada datuk untuk tidur dalam
biliknya. Permintaan saya itu diizinkan oleh datuk dengan syarat saya tidak
dibenarkan mengusik semua perkakas datuk dalam biliknya. Pesan datuk itu
saya akur. Waktu saya menolak pintu bilik datuk, saya lihat jam di ruang
tengah baru pukul sebelas malam. Sepatutnya saya tidur lebih awal dari itu
kerana esoknya saya mesti pergi ke Kuala Lumpur untuk temuduga sebagai
buruh hutan atau forest labourer.

Datuk sudahpun memberikan beberapa petua untuk temuduga tersebut.


Antaranya, bila saya mahu melangkah harus dimulakan dengan kaki kanan.
Tidak boleh berpatah balik. Bila berhadapan dengan orang yang
menemuduga kelak. Saya harus membengkokkan jari telunjuk saya sambil
berkata.

"Aku tidak mematahkan jariku, tapi mematahkan hati orang yang menyoal.
Biar dia simpati dan kasih pada diriku." Sebaik sahaja berkata begitu, saya
disuruh salawatkan Nabi tiga kali sambil membaca ayat Kulya.

Semuanya saya lakukan dalam hati. Saya masuk ke dalam bilik datuk
rebahkan badan atas katil. Tiba-tiba saya rasa katil bergerak. Saya bangun
dan menoleh ke kanan. Badan saya mengeletar. Seorang lelaki berbadan
tegap, bermandikan peluh, berdiri di situ. Muka lelaki itu kelihatan hitam. Bila
direnung lama-lama muka lelaki itu berubah menjadi muka anjing yang
garang mula dari pangkal lehernya.

Lelaki itu menjelerkan lidah anjing dan cuba menjilat badan saya. Saya terus
menjerit, serentak dengan itu datuk melompat ke dalam bilik dengan keris di
tangan. Manusia berpala anjing merenung muka datuk dan bersedia untuk
menerkam padanya. Datuk angkat tangan kiri separas dada. Tangan
kanannya menunjuk ke arah manusia berkepala anjing. Jari manis dan jari
kelingking datuk berkait antara satu sama lain. Manusia kepala anjing
melompat ke sebelah kiri, kemudian hilang di balik dinding. Serentak dengan
itu juga tingkap bilik datuk terbuka kemudian bagaikan dihempas oleh
sesuatu benda, papan tingkap memukul jenang, seluruh bilik bergegar.
Barang-barang yang tersangkut di situ jatuh berserak ke lantai.

Datuk menerpa ke tepi tingkap. Dilihatnya bulan sedang mengambang. Angin


tidak bertiup tetapi pokok rambutan gading di depan rumah bergerak.
Beberap minit kemudian terdengar salakkan anjing bersahut-sahutan. Datuk
meniup tingkap. Dia menyuruh saya pindah ke bilik lain yang dekat dengan
bilik nenek.

"Jaga cucu kita ni baik-baik," datuk beritahu nenek

"Awak na ke mana ?"

"Aku nak selesai masalah baru ini di rumah Imam Hamid."

37
"Awak nak pergi seorang."

"Tentulah," suara datuk keras.

Baru lima langkah datuk melangkah di halaman terdengar jeritan orang


perempuan dari rumah Hussein Janggut. Datuk bergegas ke situ.

"Kenapa Sin ?" datuk tercungap-cungap.

"Bilik anak dara saya di masuk orang berkepala anjing."

"Kemudian apa jadinya ?"

"Dia cuba membawa anak dara saya keluar dari rumah ni," sungut Hussein
Janggut parau. Dalam beberapa detik sahaja rumah Husein Janggut mula
dikerumuni orang kampung. Malam itu sahaja sekurang-kurangnya lima buah
rumah yang ada anak dara telah didatangi oleh mahluk manusia berkepala
anjing. Seluruh kampung Paya Liam jadi gempar. Malam itu juga bentuk
dibentuk jawatankuasa pengawal kampung. Seluruh isi perut kampung Paya
Lima berazam mahu menangkap manusia aneh itu. Perkara itu segera
dilaporkan kepada pihak polis.

Dua malam kemudian atas inisiatif Imam Hamid, orang lelaki Paya Lima
dikumpulkan di surau. Mengadakan pembacaan Yassin untuk hindarkan
manusia kepala anjing berluluasa di kampung tersebut. Ibubapa yang
mempunyai anak dara diminta supaya jangan membenarkan anak dara
mereka berjalan waktu malam, terutama ketika bulan mula mengambang.
Setiap anak dara disuruh membawa pisau atau parang bila mahu tidur. Pintu
dan tingkap harus dikunci. Datuk dan Imam Hamid sungguh runsing dengan
kejadian itu.

Dalam sibuk-sibuk perkara manusia berkepala anjing, Imam Hamid


menghilangkan diri dari kampung tersebut. Dengan itu beberapa tuduhan
mula dilemparkan oleh orang-orang kampung pada Imam Hamid. Datuk
bertindak tegas. Dia menolak semua tuduhan itu dengan alasan yang dapat
diterima oleh orang-orang kampung.

"Cara yang paling selamat kita lakukan ialah bejaga pada setiap malam." Itu
nasihat datuk pada orang-orang kampung. Beberapa orang dukun
memberikan petua pada anak dara dan teruna supaya menaruh inai di jari
manis. Dukun-dukun juga menasihatkan setiap rumah harus menyimpan
Quran dan membacanya pada setiap malam. Dengan itu akan melumpuhkan
kegiatan manusia kepala anjing datang ke rumah yang ada anak dara dan
teruna.

Dukun-dukun atau pawang mengesahkan bahawa manusia kepala anjing itu


adalah manusia yang datangnya dari kampung berhampiran yang sedang
mengamalkan ilmu salah. Dia sedang menuntut ilmu seri pandang yang
antara lain memaksa penuntut ilmu menjadi anjing. Dia akan menjadi

38
manusia yang kacak dan cantik, bila dia sudah dapat memperkosa empat
puluh orang gadis atau dapat menghisap darah anak teruna sebanyak empat
puluh empat orang. Kalau dia tidak dapat berbua begitu, dia akan terus
menjadi anjing berbadan manusia hingga hari kiamat. Kalau dia berjaya, dia
akan dapat menguasai hantu syaitan yang akan memberikan kemewahan
pada dirinya.

Malam itu, datuk pulang dari surau sesudah membaca Yassin. Waktu datuk
mahu melintasi parit kecil yang memisahkan Kampung Paya Besar dengan
Paya Lima, datuk terpandang pokok keduduk dan serunai laut tepi parit
bergerak-gerak. Datuk sembunyikan diri di balik pokok besar. Di langit bulan
mula mengambang, makin kuat sinar bulan memanah bumi, makin kuat
pokok-pokok kecil di situ bergerak.

Anjing mula bersuara keras. Datuk membuat keputusan untuk mengetahui


apakah gerangan yang bergerak dalam hutan kecil itu. Bila bulan sudah
cukup mengambang. Datuk melihat satu lembaga manusia bergerak dan
berjalan macam anjing, mencium tanah dan pokok-pokok di situ.

"Syaitan," sergah datuk. Lembaga itu terus menyalak macam anjing. Dari
merangkak lembaga itu tegak berdiri. Dengan tiba-tiba sahaja beberapa ekor
anjing besar mengelilingi lembaga itu.

"Engkau rupanya memang aku cari selam ini," suara datuk keras. Bila dia
melihat manusia berkepala anjing hitam itu dengan matanya yang bercahaya
ke merah-merahan. Bulunya cukup tebal. Giginya putih tajam dan air lior
melilih di muncungnya. Rupanya cukup mengerikan. Manusia berkepala
anjing itu mula menerkam pada datuk. Macam selalu datuk yang memang
pandai bersilat itu mengelak dengan mudah. Perbuatan datuk itu menaikan
darah manusia berkepala anjing itu. Ia melolong dengan kuatnya. Empat ekor
anjing hitam di sampingnya datang menyerang datuk. Anehnya semua
anjing-anjing itu hilang entah ke mana, bila datuk membaca ayat Al-Kursi.
Dengan itu menguatkan hati datuk, bahawa dia berhadapan dengan syaitan.

Sekarang, datuk berhadapan dengan manusia berkepala anjing satu sama


satu. Tidak mudah bagi datuk untuk menewaskannya. Manusia berkepala
anjing tidak menyerang datuk, tapi dia menenung muka datuk dengan
matanya yang bersinar tajam. Dua kali datuk jatuh terlentang. Belumpun
sempat manusia berkepala anjing menerkam padanya datuk segera bangun.
Datuk pun menggunakan ilmu kebatinannya untuk menentang manusia
kepala anjing. Di samping itu datuk juga menggunakan ayat-ayat al-Quran.
Datuk mula terasa musuh yang ditentangnya beransur lemah.

Benarlah, manusia kepala anjing itu mula rabah ke bumi. Dengan sekilas
pandang datuk sudah dapat mengenali manusia berkepala anjing.

"Aku kenal kau," pekik datuk. Serentak dengan itu tempat manusia berkepala
anjing terus ghaib. Datuk menang dalam perjuangan ini. Tapi datuk memang
tidak menduga manusia yang jadi kepala anjing itu, adalah manusia yang

39
dikenalinya. Dia pernah bercakap dengan orang itu. Memang di luar dugaan
perkara itu boleh berlaku. Apakah orang itu melakukan semuanya kerana
mahu membalas dendam. Persoalan ini timbul dalam kepala datuk sepanjang
malam.

Panjat Bilik Anak Dara - Siri ke 9)

Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung
rumah hingga matahari pagi terbit di kaki langit. Cuma ada satu saja yang
datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala anjing dia tidak
mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak
buahnya sama ada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala
anjing.

"Agaknya, dia sudah lari dari sini," beritahu datuk pada nenek ketika sarapan
pagi. Nenek tidak menjawab. Dia cuma merenung muka saya dengan wajah
yang sangsi.

"Lari atau menyiapkan diri," terungkap dari mulut nenek. Datuk tersenyum.
Saya terus menghirup air kopi.

"Biasanya perkara yang jahat tidak lama berkuasa," suara datuk lembut.

"Maksud awak ?"

"Yang jahat tidak diperkenankan oleh Tuhan," sahut datuk dan terus bangun.

Datuk menyuruh saya pergi ke Paya Besar untuk melihat anak-anak getah
yang baru ditanam semula. Dia juga menyuruh saya menebang pokok-pokok
pisang di celah anak-anak getah.

"Tebang yang mana kau agak boleh merosakkan anak getah kita," pesan
datuk. Saya mengangguk. Ke Paya Besarlah saya pagi itu dengan basikal tua
membawa sebilah parang. Lebih kurang pukul tiga petang saya kembali ke
rumah. Terkejut juga saya, bila melihat ada beberapa orang duduk di anjung
rumah berbincang dengan datuk. Saya kira mereka membincangkan
peraturan berjaga malam. Saya terus ke sungai untuk mandi. Lepas itu
makan dan membaca suratkhabar jawi, memang datuk tidak pernah tinggal
membeli akhbar sejak dari zaman muda lagi.

Tanpa di duga datuk memanggil saya. Cepat-cepat saya campakkan surat


akhbar dan meluru padanya.

"Ada apa tok ?"

"Malam ini, kau turut sama berjaga."

"Sayaaa….." suara saya mati di situ. Kawan-kawan datuk mengetawakan


saya.

40
"Kau takut ?" tanya datuk sesudah suara ketawa kawan-kawannya mati.
Semua biji mata kawan-kawan datuk tertumpu ke muka saya.

"Tidak," jawab saya tegas. Kawan-kawan datuk berpandangan sama sendiri.


Saya ditugaskan berjaga dekat surau hingga ke rumah Haji Shafie, kawan
saya yang disyurkan oleh datuk ialah Bidin yang agak tiga suku sedikit
perangainya.

Sementara menanti malam tiba, saya berpeluang menyoal datuk tentang


kehilangan Imam Hamid. Tidak banyak yang mahu diceritakan oleh datuk
tentang Imam Hamid. Datuk cuma mengatakan Imam Hamid meninggalkan
kampung kerana urusan peribadi. Menurut datuk manusia berkepala anjing
ini memang sudah lama wujudnya. Tapi dapat diatasi oleh orang yang cukup
handal dalam ilmu kebatinan.

"Tapi orang yang macam tu dak ada lagi," keluh datuk. Di mukanya
terbayang rasa kecewa dan kesal yang amat sangat. Dia bimbang kalau
manusia kepala anjing itu tidak dapat dihancurkan, bukan satu perkara yang
mustahil ada gadis yang menjadi korbannya.

"Macam mana orang tu boleh jadi begitu tok ?" soal saya. Datuk renung
muka saya tepat-tepat. Dia mengaru pangkal dagunya dua tiga kali. Matanya
merenung kosong ke depan.

"Kadang berpunca dari keturunan, " ujar datuk.

"Caranya."

"Boleh jadi masa dulu ada datuk neneknya mengamalkan ilmu itu untuk
mempertahankan diri, bukan untuk tujun jahat, maklumlah orang zaman duu
banyak mengembara dalam hutan terpaksa banyak menggunakan berbagai
ilmu," datuk berhenti bercakap. Dia telan air lior dua tiga kali. Matanya masih
juga merenung ke depan.

"Biasanya yang datang dari keturunan tu," jadi bila dia terdesak dan tak
sedarkan diri, umpamanya dipukul oleh orang dengan tidak tentu fasal baru
dia jadi, jenis ni tidak merbahaya, boleh dibuang dengan ancak dan rakit ke
dalam tujuh kuala sungai. Dan orang itu akan sempurna terus," saya
mendengar cakap datuk dengan penuh teliti.

"Di kampung kita ni macam mana ?" soal saya.

"Orang ini menuntut, tapi silap bawa, fasal tu dia mengganas."

"Silap macam mana ?"

"Tujuan dai menuntut untuk diri sendiri, tapi masa dia menuntut tu, boleh
jadi dia menjalani pertapaan, masa itu dia dipengaruhi syaitan untuk
membawa kerja yang tidak baik."

41
"Jadi."

Mendengar cakap saya itu, datuk jadi tergamam. Bila rasa tergamamnya
hilang. Dia tersenyum dan terus menepuk bahu saya dua tiga kali.

"Dia terus jadi syaitan," tambah datuk

"kerana itulah bila mahu menuntut ilmu keduniaan, terlebih dahulu mengisi
dada dengan ilmu agama, dapat membesakan mana yang direlakan oleh
agama dan yang mana pula ditegahnya. Tak boleh main ikut-ikut silap-silap
gaya kita terkeluar dari ajaran agama.

"Keluar macam mana."

"Takbur dan menafikan kebesaran dan kekuasaan Tuhan, sedangkan sesuatu


yang berlaku adalah atas kehendaknya, kita boleh jadi murtad," Datuk
segera bangun. Memang kalau dia masih ada depan saya, banyak lagi
pertanyaan yang mahu saya tanyakan. Datuk tahu perangai saya. Dia
memilih jalan mudah dengan meninggalkan saya.

Berjaga Malam

Tepat pukul sepuluh malam. Saya dan Bidin tiga suku mudar-mandir dari
satu kawasan ke satu kawasan. Kemudain menuju ke kawasan rumah Haji
Shafie dengan membawa sebatang kayu panjangnya kira-kira empat kaki.
Saya tidak suka dengan perangai Bidin tiga suku yang suka bercakap besar.
Sesekali dia bersilat tidak tentu fasal. Tidak boleh terdengar katak melompat.
Dia buka silat. Kalau dekat dengannya bertabur darah kepala kena kayu di
tanganya. Memang saya tahu, Bidin tiga suku baru dua bulan belajar silat
cekak.

"Kau jalan seorang dulu Din, aku nak rehat di tangga surau," kata saya
sambil duduk di anak tangga bongsu. Ketika itu sudah pukul sebelas lebih,
bulan mula mengambang. Suara salakkan anjing. Mula kedengaran. Sayup-
sayup.

"Ok, kalau aku jumpa, aku lipat empat,"

"Jangan begitu, tak baik." Saya terdiam. Bidin tiga suku terus meronda. Dua
minit kemudian Bidin tiga suku datang pada saya.

"Kenapa ?" tanya saya sambil melihat muka Bidin tiga suku yang pucat lesi.
Dia tidak bersuara, jari kelingkingnya menunjukkan ke arah pangkal pokok
mempelam. Dada saya berdebar. Saya beranikan diri pergi ke pangkal pokok
mempelam. Sebaik saja saya sampai ke pangkal pokok tersebut. Saya
terserempak dengan seekor kucing hitam belang putih menangkap tikus.
Saya segera mendapatkan Bidin tiga suku kembali.

42
"Tak ada apa pun di situ ?" kata saya.

"Di situ, aku jumpa dia, biarlah aku balik dulu, perut aku sakit," kata Bidin
tiga suku terputus-putus. Saya membenarkan dia pulang. Tahulah saya
kenapa Bidin tiga suku jadi begitu. Saya terus berjaga tanpa Bidin tiga suku.
Berjaga tanpa kawan bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Dua tiga
kali aya membuat keputusan untuk pulang, tapi kerana memikirkan
keselamatan orang ramai saya terpaksa juga berjaga. Suara lolongan anjing
makin hebat. Sekali-sekala terdengar bunyi suara burung jampok. Tingkah
meningkah dengan suara burung hantu.

Angin malam terus juga bertiup, dedaun bergerak. Saya keraskan semangat
dan terus meronda. Kalau ada apa-apa yang meragukan hati, saya akan
terus memukul bedok memberitahu kawan-kawan lain. Saya terus berjalan di
bawah sinaran bulan yang agak kabur itu. Waktu saya sampai ke pangkal
pokok mempelam bagi kali yang ketiga. Saya lihat kucing hitam berbelang
putih masih lagi bermain dengan tikus yang ditangkapnya. Saya berdiri di
situ. Tiba-tiba bahu saya ditepuk dari belakang. Darah saya tersirap. Badan
saya mengeletar. Tidak berani saya menoleh ke belakang saya benar-benar
jadi kelam-kabut. Saya mula mahu menjerit, tapi sepasang tangan mencekup
mulut saya dengan keras. Saya berhempas pulas berusaha melepaskan diri.
Saya terasa mulut saya tidak dicekup lagi. Segera saya menoleh ke belakang.

"Pak Imam."

"Iya, jangan bising,"

Imam Hamid memberi amaran. Dia berkain pelikat. Berbaju Melayu putih dan
bersongkok putih. Matanya merah merenung ke muka saya.

"Ke mana Pak Imam menghilang."

"Itu bukan urusan kau."

"Pak Imam yang jadi……," belum sempat saya menghabiskan perkataan,


Imam Hamid menarik tangan saya ke bawah pokok mempelam. Dia suruh
saya duduk dan dia berdiri gagah di depan saya tidak memalingkan
pandangan ke mana-mana. Saya tentang wajahnya dengan harapan di
bawah sinaran bulan yang muram, saya dapat melihat pertukaran wajahnya
dari manusia kepada anjing. Apa yang saya harapkan tidak terjadi. Pak Imam
tetap berwajah manusia. Suara salakkan anjing terus menerus. Burung kian
kuat berbunyi. Angin malam menggugurkan mempelam tua. Dengan
mendadak saja bulu tengkok saya berdiri.

"Datuk kau berjaga sebelah mana ?"

"Sebelah barat Pak Imam ?"

"Bagus, satu peluang yang baik."

43
"Apa yang Pak Imam cakapkan ini."

"Kau mana tahu," suaranya keras sekali. Dia menarik tangan saya dengan
kasar menuju ke surau. Tidak lama kami berdiri dekat surau. Pak Imam
menarik tangan saya menuju ke rumah Pak Jalil. Dia berdiri betul-betul dekat
tingkap bilik Minah anak dara Pak Jalil. Saya makin yakin, bahawa manusia
berkepala anjing yang dicari selama ini, adalah Pak Imam. Cara yang paling
baik saya pilih ialah memukul kepala Pak Imam dekat kayu bila dia terlali.

Sesungguhnya Pak Imam cukup berhati-hati dalam kerjanya. Dia tahu dan
ingat tiap langkah yang sudah dan langkah yang akan dibuatnya.

"Saya panggil orang kampung Pak Imam."

"Jangan, tegahnya. Saya bertambah bingung dengan sikap dan tindak-tanduk


Pak Imam Hamid.

"Mari berlindung," Pak Imam Hamid menolak badan saya hingga jatuh atas
tanah. Kemudian kami merangkak perlahan-lahan menuju ke pangkal pokok
asam jawa yang dikelilingi oleh semak samun. Pak Imam Hamid mendongak
ke langit melihat bulan. Wajahnya nampak muram, kerana bulan dilangit
dilindungi oleh awan tebal. Bila awan tebal berlalu bulan tersembul indah di
dada langit. Wajah Pak Imam nampak berseri-seri. Mulutnya mula kumat-
kamit membaca sesuatu. Dada saya mula berdebar.

Dalam keadaan yang mendebarkan itu, saya lihat Pak Imam Hamid menukar
baju dan kain dengan seluar. Seluruh badan Imam Hamid dibalut oleh kain
hitam. Songkok putihnya juga ditukar hitam.

"Aku mahu jadi anjing," katanya sambil menekan batang leher saya ke bumi.
Hidung saya mencium tanah. Imam Hamid meniarap. Sama rata dengan
tanah. Dia memberitahu saya supaya jangan lari atau menjerit. Kalau saya
tidak menurut perintahnya, dia akan menikam saya dengan lawi ayam. Saya
bertambah menggeletar. Suara anjing bertambah kuat. Angin makin kencang
bertiup. Berdetup-detap bunyi ranting menimpa bumi. Bulan terus
mengamban. Suara katak bertambah rancak menyanyi. Imam Hamid masih
meniarap. Matanya merenung ke arah runpun senduduk dan serunai laut di
sebelah kanan rumah Pak Jalil. Dua ekor anjing hitam keluar dari situ
meraung panjang ke bulan. Ekornya terpacak ke langit. Rumpun seduduk dan
serunai laut bergerak hebat. Imam Hamid tidak berkata sepatah apa pun.
Mulutnya terus kumat-kamit. Saya lihat matanya tidak berkedip memandang
belukar kecil di depannya.

"Lihat katanya." Saya memandang ke depan, seorang lelaki berkulit hitam


berkepala anjing keluar dari celah semak itu. Di meraung bagaikan anjing
merenung bulan. Lembaga manusia berkepala anjing melompat ke arah
tingkap tempat Minah tidur.

"Datuk kau di mana ?" bisik Imam Hamid.

44
"Macam saya cakap tadi. Orang ini membalas dendam, selagi keluarga datuk
kau tidak dirosakkan dia tidak akan berhenti,"

Saya segera teringat Pak Jalil memang ada hubungan keluarga dengan datuk,
malah dalam perkiraan datuk, Minah mahu dijadikannya isteri pada seorang
cucunya. Jadi cakap Imam Hamid ini memang ada benarnya. Fikir saya
sendirian. Dalam berfikir begitu saya lihat manusia berkepala anjing
menepuk dinding, dan daun tingkap rumah Pak Jalil terkuak dengan
sendirinya.

Manusia berkepala anjing melompat ke atas. Bertenggik di bendul tingkap.


Saya bertambah kelam-kabut. Imam Hamid bangun menuju ke bawah rumah.
Dia terus bertempik dan menjerit sekuat hati., kemudian diikuti dengan suara
azan yang nyaring. Saya terus menuju ke surau lalu memukul beduk. Bila
saya pulang ke tempat asal, saya lihat Imam Hamid sedang berhadapan
dengan manusia berkepala anjing. Manusia berkepala anjing terus
menyerang Imam Hamid. Dengan tenang Imam Hamid mengelak serangan
itu. Saya mendekati Imam Hamid. Dia menyuruh saya pergi jauh. Jelas
kedengaran Imam Hamid membaca ayat-ayat suci masa dia bertarung
dengan manusia berkepala anjing. Saya terus berdoa semoga orang-orang
kampung akan datang segera ke tempat Imam Hamid. Dalam keadaan yang
gawat itu, saya lihat manusia berkepala anjing tidak berdaya menyerang
Imam Hamid. Dia lemah. Ketika itulah Imam Hamid memasukkan jawi ayam
ke perut manusia berkepala anjing. Imam Hamid meneruskan pembacaan
ayat-ayat suci.

Manusia berkepala anjing berguling-guling atas tanah. Seluruh isi rumah Pak
Jalil terjaga. Dan orang-orang kampung pun tiba. Datuk meluru ke depan,
Imam Hamid segera menghalang.

"Jangan dekat dia, biarkan di situ nanti kita akan tahu siapa dia."

"Biar saya tikam," kata datuk.

"Jangan, kita cuma boleh menikam hanya sekali, kalau dua kali kita tikam dia
tidak akan mati," terang Imam Hamid. Datuk akur dengan perintahnya
itu.Bila manusia berkepala anjing itu berhenti menggelupur, kepalanya
segera hilang dan diganti dengan kepala manusia.

"Anjang Dollah," kata datuk. Imam Hamid senyum, saya bertambah bingung.
Macam mana orang yang sudah mati boleh hidup kembali. Perkara itu segera
tanyakan pada Imam Hamid. Dengan senyum Imam Hamid menjawab, "roh
dan badannya tidak di terima bumi, keran mengamalkan ilmu salah."

"Begitu," sahut saya lembut. Saya lihat bekas tempat manusia berkepala
anjing itu berguling terdapat batang pisang. Datuk terus memotong batng
pisang itu tujuh kerat. Dua dibuang ke dalam semak dan yang lima lagi
dicampakkan ke laut pada keesokan harinya.Atas arahan Imam Hamid, dia
menyuruh penduduk kampung membaca Yassin empat puluh empat malam

45
berturut. Perintah itu juga dituruti oleh orang-orang kampung. Sejak itu
kampung saya tidak diserang oleh manusia berkepala anjing hingga
sekarang.

Dua bulan lepas peristiwa itu, datuk mengajak saya pergi ke Kampung Sungai
Sadang. Datuk ke situ kerana, dia diajak oleh kenalan rapatnya menangkap
burung waktu malam. Saya membantah rancangannya, tapi datuk yang
terkenal dengan keras kepala itu tidak peduli dengan bantahan saya.

(Mencari Harta karun - Siri ke 10)

Mahu atau tidak mahu. Saya mesti patuh pada perintahnya. Saya pun
memilih beberapa pasang pakaian yang saya fikirkan sesuai untuk dipakai
waktu malam.

"Berapa lama kita di sana tok," tanya saya sambil memasukkan pakaian ke
dalam beg. Datuk yang sedang menghisap rokok daun berhenti dari menulis
rajah di atas kertas putih. Memang itu perangai datuk. Kalau mahu berjalan
ke mana-mana. Dia buat rajah dalu. Dia mahu mempastikan, apakah
perjalanannya itu membawa tuah atau sebaliknya.

"Boleh jadi sehari dua, boleh jadi seminggu dua, bergantung pada keadaan."

"Keadaan mana tok ?"

"Kalau banyak burung yang kita dapat lamalah kita di sana."

"Bila kita nak bertolak."

"Aku fikir pagi esok saya."

Datuk bangun. Dia turun ke tanah. Saya kira datuk bersiap-siap untuk pergi
ke kampung bunian menemui isteri mudanya. Dugaan saya tidak tepat.
Datuk cuma pergi ke belakang rumah melihat ayam dalam kandang. Saya
barang yang mahu dibawa sudah saya kemaskan. Saya melangkah ke anjung
rumah. Sebuah kereta tua masuk ke dalam kawasan rumah datuk. Bila pintu
kereta dibuka, keluarlah seorang lelaki Inggeris. Kepalanya separuh botak.
Saya kenal orang Inggeris itu. Namanya Mr. Brown pengurus ladang getah,
Sungai Bruas.

Mr. Brown terus mendapatkan datuk di belakang rumah. Pengurus ladang


getah itu, memang selalu menemui datuk, kalau dia mengalami silap urat.
Kalau dia diserang penyakit dia lebih dulu meminta ubat cara kampung dari
datuk. Kalau tidak baik baru dia menemui doktor. Pernah dia menawarkan
kerja di ladang getah pada saya. Dia suruh saya jadi kerani. Permintaan itu
saya tolak. Kedatangannya pada hari itu, tidak saya perhiraukan. Saya agak
tentu dia silap urat dan menta datuk mengurutnya. Kalau tida masakan dia

46
datang, fikir saya. Lama juga Mr.Brown bercakap dengan datuk di belakang
rumah. Mr. Brown cukup faseh bercakap Melayu. Dia boleh membaca dan
menulis jawi. Pernah dia bercerita pada saya yang dia lama duduk di Plastine
dan Iraq masa perang dunia yang pertama dulu.

Saya terus baring di anjung rumah. Mr.Brown naik ke atas anjung bersama
datuk. Saya bangun dan duduk bersila macam mereka. Mr.Brown membuka
peta.

"Di sini, harta itu ada di sini,' ujarnya dengan tenang sambil menandakan
kawasan dalam peta dengan pensil merah. Datuk termenung panjang.

"Kawasan itu jauh, kalau silap masuk kita sesat dalam hutan," tingkah datuk
sambil memeluk lutut. Mr.Brown tersenyum. Dia melagakan gigi atas dengan
gigi bawahnya beberapa kali.

"Minggu dulu mandor saya pergi menembak ayam hutan, mereka jumpa
kubur besar dalam hutan, macam kubur raja. Ada emas atas kubur, tapi
mandor saya tidak berani ambil," jelas Mr.Brown lagi,

"Saya dah minta kebenaran dari tuan OCPD untuk masuk kawasan itu dan
membawa barang untuk meletupkangua."

Datuk terdiam. Saya mula resah. Saya tahu kawasan yang disebutkan oleh
Mr.Brown itu, ialah kawasan kerajaan Melayu Bruas lama yang sekarang
menjadi hutan belukar. Satu ketika dalu, pernah orang-orang kampung yang
sesat dalam hutan kerana mencari rotan terjumpa kawasan istana lama,
lengkap dengan taman bunga, rumah batu dan kawasan permakamam di
raja. Bila orang itu pergi untuk kedua kalinya mencari kawasan tersebut.
Kawasan itu tidak dijumpai lagi. Malah orang pergi itu, diserang demam
panas berbulan-bulan lamanya. Menurut cerita arwah Haji Hamid, kawasan
itu cukup keras, Mahkota, emas berlian dan pedang kebesaran raja-raja
dahulu tertanam di situ. Orang-orang yang jujur dan ikhlas saja yang selalu
terjumpa kawasan tersebut. Arwah Haji Hamid dua kali terjumpa kawasan
tersebut. Anehnya, kalau sesiapa yang berniat mahu mencarinya, sampai
kiamat tidak akan terjumpa.

"Saya sudah lama menyiasatnya, sejak saya datang." Mr.Brown bersuara


sambil melihat peta. Datuk terus tersenyum.

"Di kawasan ini, dulu ada kota kerajaan Gangga Negara," Mr.Brown tanda
peta dengan pensil merah.

"Dari sini, kita boleh pergi ke Padang Serai, dari situ kita pergi ke Segari.
Tidak jauh dari situ ada kawasan kerajaan Manjong," Mr.Broin berhenti
menandakan peta dengan pensil merah. Saya gigit bibir. Datuk kelihatan
tenang. Wajah Mr.Brown nampak cemas. Mata merenung ke peta kembali.
Kemudian Mr.Brown bercerita tentang kerajaan Ganga Negara. Dia tahu
semua kawasan dan wilayah kekuasaan kerajaan Gangga Negara.

47
"Dari mana awak tahu ?" Soal datuk.

"Di London, di sana semua fasal sejarah Malaya ada di muzium, saya datang
ni bukan mahu jadi manager, tapi saya mahu siasat negeri awak."

"Kalau dapat awak mahu buat apa ?"

"Barang-barangnya saya bawa ke London, kemudian saya tulis buku sejarah


negeri awak," ujar Mr.Brown dengan bangga. Kerana terlalu pandai Mr.Brown
memujuk. Datuk mahu membantunya mencari kesan sejarah lama itu.
Mr.Brown berjanji dengan datuk kalau mereka berjumpa dengan barang-
barang purba. Dia tidak akan mengambilnya. Dia sekadar mahu melihat dan
menyiasat serta mengambil gambar. Mr.Brown juga akan membawa barang
makanan yang secukupnya selama penyiasatan itu diadakan. Selain daripada
itu Mr.Brown akan membawa tiga orang pekerjanya untuk turut sama dalam
rombongan itu. Dalam tilikan datuk, rombongannya akan bertemu dengan
kawasan yang dihajati oleh Mr.Brown itu.

Akhirnya, rombongan itu berangkat ke tempat yang dituju. Saya cukup


gembira, kerana saya tidak dikecualikan dari rombongan tersebut.
Rombongan kami bertolak dari kawasan rumah datuk, kira-kira pukul enam
pagi dengan sebuah jeep menuju ke sawasan pecah batu di Seputih. Dari situ
berjalan kaki menuju ke tepi Sungai Bruas. Kami menaiki sebuah sampan
kecil yang berbumbung. Sebelum itu, Mr.Brown dan datuk sudahpun pergi ke
Kampung Kota melihat tulisan di batu nisan lama yang terdapat di situ.
Menurut Mr.Brown, mencari kawasan lama itu lebih baik melalui sungai
daripada mengikuti jalan darat. Ada dua sebab, kenapa Mr.Brown memilih
ikut sungai, pertama mudah dan kedua orang-orang dahulu selalu membuka
kawasan di tepi sungai.

Lama juga bersampan di Sungai Bruas. Akhirnya Mr.Brown menyuruh orang


yang mendayung sampan rapat ke tepi. Dari situ mendaki satu kawasan
bukit kecil. Kami berkhemah di situ. Dua hari kami di situ, masuk hari yang
ketiga. Salah seorang daripada rombongan kami jatuh sakit. Dia menjerit
tidak tentu arah. Bagaikan kemasukan hantu. Puas datuk mengubatnya.
Sakitnya tidak juga mahu hilang. Matanya merah. Lidahnya sentiasa keluar.
Mr.Brown mengambil keputusan untuk menghantar pulang dua orang
pekerjanya itu. Sepeninggalan Mr.Brown, datuk dan saya hanya duduk di
dalam khemah saja.

Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Macam-macam suara yang
saya dengan. Datuk duduk di kanan saya, sekali-sekala, saya dengar datuk
bercakap. Dengan siapa dia bercakap, saya tidak pasti. Tetapi suara orang
yang dilawannya bercakap jelas kedengaran. Orang itu menyuruh datuk
berpindah ke tempat lain, kerana kawasan yang diduduki sekarang kawasan
larangan. Datuk berjanji dengan orang itu akan pindah pada pagi esok. Lepas
itu, saya lihat datuk tidur dengan lena hingga ke pagi. Lebih kurang pukul
sepuluh pagi Mr.Brown pun tiba. Dia membuka peta lagi. Mr.Brown sukat
peta dengan kayu pembaris.

48
"Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya
mengikut perintahnya. Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami
di situ. Sementara menanti matahari terbenam, Mr.Brown mengutip dan
meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut.

"Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca


buku tebal yang dibawanya. Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka
buku. Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari
kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk
dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gaslin
yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga
malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan,
saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul.
Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya
tidak dapat saya lukiskan. Dia bagaikan gadis bangsawan duduk berjuntai
kaki di balairong seri sambil membawa lagu-lagu Hindu dengan irama yang
merdu dan halus. Dia bangkit lalu mendekati saya. Dia mengajak saya
berjalan mengelilingi istana. Kulitnya cukup halus. Bau badannya semerbak
wangi. Senyum sentiasa terukir di bibir nipisnya.

"Siapa namamu," tanya saya. Dia tidak menjawab. Jejari tangannya yang
lentik terus mengheret tangan saya menuju ke pokok besar. Saya patuh pada
arahannya, berjalan di rerumput yang menghijau di depan istana.

"Ke mana ?" soal saya. Dia tidak menjawab, tapi jari telunjuknya menuju ke
arah pohon beringin rendang.

"Siapa namamu ?" ulang saya lagi. Dia berhenti berjalan.

"Dayang pada Tuan Puteri Zarid Gangga," dia menjelaskan pada saya.
Fahamlah saya sekarang. Rupanya dia orang kanan dalam istana kerajaan
Gangga Negara. Sebaik saja sampai di bawah pohon beringin. Dia
menghilangkan diri. Saya terkejut dan terbangun. Saya lihat Mr.Brown masih
lagi membaca buku dan meneliti ketul batu dan tanah yang dikutipnya.
Datuk masih lagi mengadap asap kemenyan yang dibakar. Saya ceritakan
pada mereka apa yang saya alami dalam masa tidur tadi.

Pagi esoknya, kami mencapai kata sepakat untuk mengali tanah di bawah
pohon beringin. Lima jam kami mengali tanah. Akhirnya kami menemukan
sebuah peti besi yang dibuat dari logam kekuningan. Mr.Brown segera
membuka peti itu. Datuk terkejut, kerana dalampeti itu terisi tengkorak
manusia. Kami berhenti menggali, kerana hari sudah beransur gelap. Datuk
membungkus tengkorak itu dengan kain kuning. Malam pun tiba. Fatuk
mengusap tengkorak itu dengan kemenyan. Dua tiga kali dia meletakkan
tengkorak itu atas peti dan merimbasnya dengan kain hitam.

"Tengkorak ni tak ada apa-apa," kata datuk pada Mr.Brown. Mr.Brown


anggukkan kepala. Tengkorak itu diletakkannya di dalam peti. Lepas itu kami
masuk ke dalam kelambu masing-masing. Menjelang tengah malam, saya

49
terjaga. Bagaikan ada tangan yang mengoyangkan bahu kanan saya. Yang
pertama kali saya dengar, suara wanita menyanyi sayup-sayup di selang-seli
dengan bunyi gendang. Nyanyian dan bunyi gendang makin lama makin
dekat. Kemudian menghilang. Cuma yang kedengaran bunyi desiran angin
yang kuat. Di tingkah dengan bunyi raungan harimau, suara burung tukang
dan jampok bersahut-sahutan. Terfikir juga oleh saya untuk membangunkan
Mr.Brown dan datuk. Bila saya kaji dalam-dalam, mereka tidak perlu
dibangunkan.

Saya jatuhkan kepala atas bantal. Desir angin dan nyanyian burung hutan
terhenti. Saya terdengar suara orang memanggil saya di luar khemah. Saya
amati suara itu. Datangnya dari arah pohon beringin. Suara itu cukup jelas.
Saya membuat keputusan untuk keluar dari perut khemah dan menuju ke
pohon beringin seorang diri. Di luar khemah, saya dongak ke atas. Malam
memang tidak berbintang, tetepi awan kelihatan cukup bersih. Angin malam
bertiup cukup keras. Pepohon di kiri kanan khemah bagaikan digoyang orang.
Tiba-tiba saja hati saya membuat keputusan tidak mahu pergi ke bawah
pokok beringin. Saya masuk ke dalam belukar di kanan khemah, saya mahu
mengintip dari situ. Saya renung ke arah datangnya suara wanita itu. Badan
saya mengeletar. Sepasang mata saya melihat tubuh seorang wanita berdiri
tanpa kepala di situ. Tanpa saya sedari,dahi saya berpeluh, kawasan tempat
wanita itu berdiri cukup terang.

Saya membuat keputusan untuk masuk ke dalam khemah. Bila saya mahu
melangkah, kepala lutut saya terasa cukup lemah. Saya jatuh terduduk atas
tanah. Mata saya masih lagi tertumpu ke arah pohon beringin. Saya saksikan
sebuah kepala bergolek-golek atas tanah, kemudian memanjat tubuh wanita
itu, lalu bercantum dengan leher. Dalam sekejap mata wanita itu hilang.
Kemudian berdiri betul di depan saya, Tuhan saja yang tahu perasaan saya
ketika itu. Bumi serasa tidak ada. Peluh terus menguasai seluruh badan saya.
Suara sudah tidak mempu keluar dari kerongkong. Dalam saat yang payah
itu, segera wanita itu hilang. Berdiri di bawah pohon beringin hilir mudek di
situ. Memang sahlah, wanita itulah yang saya temui dalam mimpi saya yang
lalu.

Kemudian wanita itu pergi ke khemah yang didiami oleh Mr.Brown dan datuk.
Lebih kurang lima enam langkah mahu sampai ke gigi khemah, dia berpatah
balik. Menuju ke kolam tempat datuk mengambil air sembahyang. Bila wanita
itu berdiri di depan kolam, dia terus menjerit. Saya lihat kepalanya jatuh ke
tanah, berguling-guling menuju ke pangkal pohon beringin. Tubuh wanita itu
segera ghaib. Serentak dengan itu, saya terdengar suara orang bergaduh,
saya terdengar suara jeritan gajah. Saya terdengar bunyi pedang belaga.
Semuanya tidak kelihatan dan berlaku di kawasan dekat khemah kami. Bila
semuanya tidak kedengaran lagi, saya lihat ada tubuh lelaki hitam memeluk
seorang gadis genit, tanpa baju dan kain. Lelaki hitam membalutkan tubuh
wanita itu dengan jubah yang dipakainya. Wanita dibawanya naik ke atas
belakang gajah. Mereka bergerak ke selatan bersama dengan bunyi gendang
perang yang hebat.

50
Sementara itu fajar pagi pun tiba. Saya masih tertiarap atas tanah. Seluruh
badan saya terasa lemah. Datuk yang bangun untuk sembahyang subuh
bagaikan tahu yang saya tidak ada dalam khemah. Selesai sembahyang
subuh dia pun mencari saya.

"Kenapa begini," tanya datuk terkejut melihat saya terbaring atas tanah.
Saya mahu menceritakan semua yang saya lihat, tapi suara saya tidak
keluar. Datuk kembali ke khemah mengambil kain hitam. Barulah saya boleh
bergerak dan bersuara. Datuk memimpin saya ke khemah. Dia merunggut
dan marahkan saya, kerana saya keluar tidak memberitahunya. Semua yang
saya lihat saya ceritakan pada Mr.Brown dan datuk dengan jelas dan terang.
Ketika Mr.Brown membuka peti besi kecil tempat menyimpan tengkorak, dia
terkejut. Tengkorak yang berbungkus kain kuning, hilang entah ke mana.

Datuk mencadangkan pada Mr.Brown supaya menggali tanah di sekitar


kawasan kolam. Mr.Brown tidak setuju , dia lebih suka kalau air kolam itu di
keringkan, kemudian perut kolam itu digali. Datuk terima cadangan itu,
kerana mengerinkan air kolam itu bukanlah satu perkara yang sukar.
Mr.Brown sendiri ada membawa jentera untuk mengeringkan air. Lebih
kurang pukul lapan pagi, kerja untuk mengeringkan kolam pun bermula. Satu
jam kemudian air dalam kolam pun kering. Saya terkejut, rupanya kolam itu
dibuat dari batu gunung yang tersusun rapi. Batu bahagian permukaannya
sudah banyak yang pecah serta ditimbus oleh tanah.

Datuk menduga, kolam itu tempat mandi dan tempat bermain keluarga
bangsawan dalam zaman pemerintah Gangga Negara. Bila air kolam sudah
kering betul. Datuk, Mr.Brown dan saya pun memecahkan lantai kolam.
Tanah di situpun kami gali. Barang-barang yang kami temukan di dalam
kolam itu ialah rangka manusia dan peti besi yang berisikan tengkorak yang
hilang dari simpanan Mr.Brown. Dengan perintah datuk tulang-tulang serta
tengkorak itu ditanam semula dalam satu lubang dekat pokok meranti. Pada
sebelah malamnya, datuk membuat keputusan yang nekad. Dia mengajak
saya dan Mr.Brown tidur dekat kolam yang sudah dikeringkan itu.

"Ini merbahaya," bantah Mr.Brown.

"Kalau awak mahu mencari apa yang awak hajat, awak kena ikut saya."
Suara datuk meninggi. Matanya mula merah.

"Ok saya ikut."

"Begitulah." Datuk pun ketawa berdekah-dekah.

Sepanjang malam di tepi kolam itu, datuk terus menerus membakar


kemenyan. Dia memakai baju hitam, seluar hitam. Sekali pandang, datuk
bagaikan hulubalang kerajaan Melayu Melaka. Datuk terus membaca
mentera di depan asap kemenyan. Sekali-sekala dia membuka silat. Tiba-tiba
datuk diam. Matanya pejam. Badannya tidak bergerak. Asap kemenyan

51
berkepul-kepul naik ke udara. Datuk rebah di situ. Saya segera mahu
menghampirinya.

"Jangan, dia menerima pertunjuk dari orang lain," kata Mr.Brown sambil
memegang bahu kanan saya. Malam terasa cukup dingin dengan tiupan
angin yang sungguh kencang. Suara burung hantu dan salakkan anjing
serigala kedengaran sayup-sayup. Datuk melompat dan terus duduk bersila
memandang muka Mr.Brown sambil berkata: Seorang pengasuh puteri
datang pada aku, dia mengucapkan terima kasih, kerana kita telah
mempersatukan tubuh dengan kepalanya serta menanam jasadnya dengan
penuh hormat. Ketika aku tanya kenapa dia mengalami nasib buruk itu. Dia
telah menerangkan pada aku, kepalanya telah dipancung oleh angkatan Raja
Suran, badannya dicampakkan ke dalam kolam, kepalanya ditanam di bawah
pokok beringin. Dia ingin membalas jasa kita semua. Dia telah memberitahu
pada aku di mana barang-barang Raja Gangga Negara, seperti pedang
kebesaran, mahkota dan emas berlian ditanam."

"Di mana tempatnya tok, " tanya saya tidak sabar.

"Sabar, esok saja aku ceritakan." Suara datuk tenang. Lepas itu dia mengajak
kami kembali ke khemah semula.

Pagi esoknya, datuk menyuruh saya dan Mr.Brown meruntuhkan khemah.


Kemudian turun ke dalam sampan. Dari situ kami menyusul tebing sungai
Bruas yang penuh dengan buaya liar ke sampai ke Tanjung Ara - dekat
Pangkalan Bharu. Dari situ kami mendarat di satu kawasan berbukit.
Hutannya cukup tebal. Kami berjalan ke arah matahari jatuh hingga bertemu
dengan kawasan tanah yang agak tinggi yang gondol itu penuh dengan batu-
batu pejal. Datuk menyuruh kami mendirikan khemah di situ.

"Puteri itu telah membawa aku ke mari, " kata datuk, "menurutnya Raja
Gangga Negara, Shah Johan telah menanam hartanya di sini. Jauh dari pusat
kerajaannya, dia melakukan ini, sebelum kepalanya dipancung oleh Raja
Suran." Datuk pun berhenti bercerita. Mr.Brown ketawa berdekah-dekah.
Barang yang dicari dan dihajati sudah ada didepan matanya.

Kawasan itu segera kami bersihkan. Saya terjumpa patung ular yang dibuat
dari tembaga dipuncak tanah tinggi itu. Patung ditegah oleh datuk dari
dijamah oleh sesiapapun. Kata datuk di bawah perut patung itulah tempat
harta karun Raja Gangga Negara.

Mr.Brown pun menyiapkan alat peletup. Menurutnya pendapatnya harta-


harta itu tertanam lebih kurang sepuluh meter ke dalam bumi. Bila dinamit
yang dipasang itu meletup, boleh menolong melongsurkan tanah sedalam
enam atau lapan meter, kemudian tanah itu akan digali. Datuk setuju dengan
cadangan itu, masa untuk meletupkan kawasan itu ditetapkan pada tepat
pukul empat petang.

52
Tepat pukul empat petang, terdengarlah satu letupan bergema dalam hutan
tebal, batu-batu berterbangan, pokok-pokok habis tercabut. Tanah tinggi
disitu kelihatan rata. Mr.Brown cukup gembira, dia tidak putus-putus ketawa.
Bila ketawanya berhenti, Mr.Brown terkejut besar, dari kawasan tanah yang
diletupkan itu keluar beratus-ratus ekor ular sebesar peha menyerang kami.
Saya, datuk dan Mr.Brown lari lintang pukang menuju ke perahu untuk
menyelamatkan diri, semua barang-barang kami tinggalkan. Sampai di
perahu saya lihat dahi Mr.Brown berdarah. Seluarnya habis koyak.

Kami menyusul tepi sungai Bruas menuju ke arah Pekan Pangkalan Bharu,
Ketika itu senja sudahpun tiba, hari sudah mula gelap. Perahu kami tiba-tiba
tidak boleh bergerak. Air sungai melimpah dengan tiba-tiba. Tebingnya yang
tinggi ditenggelami air. Datuk nampak cemas. Kemudian dia senyum dan
berkata : "Kalau kami salah ampunkanlah."

Sehabis sahaja datuk berkata, dari perut sungai timbul seorang lelaki yang
bertubuh besar dengan pakaian kebesaran seorang raja. Anehnya semua
pakaiannya itu tidak basah, mestipun ia baru timbul dari dasar sungai.
Wajahnya kelihatan bengis. Malam yang gelap itu bertukar menjadi cerah
bagaikan siang hari. Datuk terus berhadapan dengan orang itu.

"Awak mesti tahu, tidak seorangpun yang boleh mengambil harta kerajaan
Gangga Negara. Itu milik kami. Awak sebenarnya manusia bodoh, kalau ular
yang keluar dari lubang yang awak letupkan itu awak tangkap, ular-ular itu
akan bertukar menjadi harta karun dan emas. Awak mesti menerima
hukuman kerana mengkhinati kami," lelaki bertubuh besar bersuara.

Datuk masih berhadapan dengannya, cukup tenang menghadapi suasana


yang gawat itu. Datuk mengenakan tanjak di kepala dan mencabut keris dari
pinggang.

Menunggang Harimau Di Tengah Malam - Siri ke 11)

Datuk terus membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu dari perut
perahu. Batu itu dibalingkan pada lembaga yang terpacak dalam sungai. Bila
batu itu terkena badan lelaki yang besar dan gagah. Dia segera menjerit
dengan sekuat hatinya. Kemudian dia menghilangkan diri. Air sungai yang
melempah terus surut. Suasana yang cerah bertukar menjadi gelap. Saya
merenung ke langit. Bintang bertaburan. Mr.Brown tidak berkata walau
sepatah pun. Dia terjelepuk dalam perut sampan.

"Dia sudah pergi," kata datuk dan terus mengalah sampan ke hilir. Lebih
kurang pukul sepuluh malam kami sampai ke Jambatan Pengkalan Bharu.
Dari situ datuk menumpang lori ikan menuju ke Pekan Pantai Remis. Datuk
membuat laporan ke balai polis. Sarjan Ramli menyuruh seorang pemandu
kereta polis membawa datuk ke Jambatan Pengkalan Bharu kembali.

Dengan kereta polis kami menghantar Mr.Brown ke bunglownya. Kerana jam


sudah pukul dua belas. Mr.Brown menyuruh saya dan datuk tidur di

53
bunglownya. Kira-kira pukul dua pagi Mr.Brown menjerit tidak tentu arah. Dia
berlari ke seluruh kawasan bunglownya sambil menjerit. Semua pekerja
ladangnya menjadi gempar. Datuk dengan bantuan pekerja ladang getah
berjaya menangkap Mr.Brown. Mr.Brown terpaksa diikat di pangkal pokok
getah di depan bunglownya dengan rotan seni. Dan datuk terpaksa
menjaganya hingga ke pagi. Seorang kerani besar di ladang tersebut.
Mr.Anadurai terus menghubungi Hospital Lumut. Lebih kurang pukul sepuluh
pagi sebuah ambulan dari Hospital Lumut tiba. Mr.Brown yang masih menjerit
dan mengoyak pakaiannya dimasuk ke dalam kereta tersebut. Dari Hospital
Lumut dia dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Seminggu Mr.Brown duduk dalam
jeriji besi di Hospital Besar Ipoh.

Lepas itu Mr.Brown dibawa ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan. Tiga
bulan Mr.Brown ditempatkan di situ. Datuk tidak pernah sekali pun
melawatnya. Penyakit Mr.Brown tidak juga mahu sembuh.

"Orang putih tu tak jujur," datuk mengadu pada saya.

"Kenapa tok kata macam tu ?"

"Aku yakin dia tak jujur," suara datuk merendah. Saya bertambah binggung
kerana datuk tidak menerangkan apakah maksudnya dengan perkataan tidak
jujur itu. Dan saya tidak mahu menyoal lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Datuk nampak resah saja sepanjang hari itu. Semua kerja yang dibuatnya
terganggu. Dia asyik mahu marah saja, kalau saya membunyikan radio agak
kuat.

"Aku mahu ke rumah orang putih bangsat tu, memanglah orang-orang dari
England ni, satu bangsa yang tak boleh dipercayai, di depan kita bukan main
baik, belakang kita jadi pengkhianat pada diri kita sendiri," datuk merunggut
panjang. Dia pun mengenakan seluar hitam dan baju merah ke badannya.

"Buat apa datuk ke rumah dia ?" Dia bukan ada."

"Kau mana tau, ini urusan aku." Datuk memijak anak tangga turun dan
mengambil basikal di bawah rumah. Dengan basikal dia pergi rumah besar
Mr.Brown. Lebih kurang pukul lima petang datuk pun pulang. Saya melihat
dia membawa satu bungkusan kecil di pelantar basikalnya. Sebaik saja datuk
menongkat basikal saya terus menghampirinya.

"Jangan pegang bungkusan tu."

"Apa bendanya tok ?"

"Tanah yang diambil Mat Sallih bangsat tu, di tempat puaka disembunyikan
dalam beg."

"Tok nak buat apa dengan tanah itu."

54
"Aku nak pulangkan balik, kalau tak dipulangkan kita kena petakanya.

Mendengar cakap datuk itu, fahamlah saya kenapa dia menuduh Mr.Brown
tidak jujur. Dan malam itu saya menemani datuk menghanyutkan tanah di
sungai. Datuk meletakkan tanah segumpal itu di atas upih pinang, kemudian
dihanyutkan. Masa datuk melakukan semuanya itu, dia tidak bercakap atau
bersuara cuma lulutnya saja yang kelihatan kumat-kamit membaca sesuatu.

Seminggu selepas datuk menghanyutkan tanah puaka itu. Datuk mendapat


berita dari kerani besar ladang getah yang Mr.Brown telah meninggal dunia.
Mayatnya telah pun dihantar ke England. Tempat Mr.Brown segera diganti
oleh J.Mackintos dari Singapura, tetapi yang anehnya pengurus baru itu tidak
berani duduk di bunglow. Setiap kali dia tidur di bunglow tersebut. Dia selalu
saja diganggu oleh satu lembaga yang menyerupai Mr.Brown. Kadang-
kadang pengurus baru tiu diangkat dari bilik tidur ke ruang dapur. Ada
kalanya dicampakkan ke tengah halaman bunglow. Jadi, bunglow besar yang
serba lengkap terbiar. Dalam tahun 1960 bunglow besar itu dibakar oleh
seorang pekarja ladang getah yang naik darah kerana setiap malam dia
terdengar bunyi orang menangis dalam bunglow tersebut. Sebaik saja
bunglow itu hangus di makan api. Pekerja itu mati ditimpa oleh salah satu
tiang dari dalam bunglow itu hingga kini masih wujud. Penuh dengan pokok-
pokok hutan.

Semua peristiwa itu dijadikan datuk sebagai pengajaran. Dia selalu


mengingatkan saya begini : Lakukan semua pekerjaan atau apa saja dengan
rasa tanggung jawab dan jujur. Kerana kejujuran adalah harga diri manusia
yang tidak ternilai. Telalu sedikit manusia yang tidak jujur pada diri sendiri,
pada janji dan sebagainya, bila kau menjadikan kejujuran itu panduan hidup,
engkau akan merasa kebahagiannya.

Saya cuma anggukkan kepala sahaja bila mendengar dia berkata begitu.
Beberapa bulan berselang, datuk menyatakan hasratnya untuk pergi ke
Kampung Sadang untuk memikat burung waktu malam. Saya tidak tahu
bagaimana datuk teringatkan hal itu. Pada fikiran saya dia sudah tentu
melupakannya. Sebenarnya, saya sudah memutuskan dalam hati, bahawa
saya tidak akan menurut bersama datuk pergi ke tempat tersebut.

"Minggu depan, petang Jumaat aku nak pergi," datuk mengingatkan saya.

"Baguslah tu tok, barang-barang yang dulu semuanya ada di dalam bilik."

"Kau bagaimana ? Tak mahu ikut sama ?" tanya datuk.

"Saya malaslah datuk." Datuk puas hati dengan jawapan saya itu. Sementara
menanti petang Jumaat, datuk hanya duduk di rumah saja. Kadang-kadang
dia menjenguk bini mudanya di kampung bunian. Pada suatu petang. Selepas
datuk menemui isteri mudanya, dia memanggil saya. Cepat-cepat saya
menghampirinya. Datuk duduk terjuntai kaki di kepala tangga.

55
"Ada apa datuk ?"

"Dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan adik bongsu aku yang duduk di Hulu
Kuang, agaknya dia sakit."

"Habis datuk nak pergi ke sana ?"

"Hajat tu memanglah begitu."

"Kata datuk, datuk nak pergi ke Kampung Sadang."

"Itu tak mustahak yang penting adik beradik." Saya terdiam mendengar
cakap datuk itu. Saya segera teringat, kali terakhir saya bertemu dengan
adik bongsu datuk yang saya panggil ayah Ngah itu, dalam tahun 1947.
Lepas itu saya tak pernah bertemu dengannya lagi, terlalu sukar untuk pergi
ke Hulu Kuang. Tidak ada kenderaan yang boleh sampai ke sana. Lagipun
kawasan itu termasuk dalam kawasan hitam, (sekarang sudah ada jalanraya
dan kenderaan yang berulang-alik dari Chemor ke Hulu Kuang) kerana hal-hal
itu saya dan datuk terpisah dengan keluarga.

Petang itu juga kami bertolak dari rumah datuk ke Ipoh dengan naiki bas.
Dari Ipoh kami menyewa teksi pergi ke Chemor. Sampai ke Chemor sudah
pukul enam petang. Kami tidak dibenarkan masuk ke Hulu Kuang, kerana
kawasan itu terlibat dengan perintah berkurung dari jam enam petang hingga
enam pagi.

Suara Harimau

Datuk terus melaporkan dirinya ke Balai Polis Chemor kerana kami membuat
keputusan untuk tidur di masjid Chemor. Sesudah memberikan butir-butir
mengenai diri kami kepada pihak polis, kami dibenarkan tidur di masjid
tersebut. Sesudah menunaikan sembahyang Isyak, saya terus baring di bucu
masjid. Datuk baring dekat tiang. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang pukul
dua malam, datuk mengejutkan saya.

"Bangun kita pergi ke Hulu Kuang."

"Macam mana nak pergi, nanti kita kena tangkap atau ditembak askar."

"Kau ni banyak cakap pula, bangun sajalah," suara datuk keras.

Dia menarik tangan saya hingga terduduk. Saya terus kesat mata dengan
belakang tangan. Datuk menyuruh saya berdiri di muka pintu masjid.
Perintahnya saya ikuti.

"Sebentar lagi dia datang," Datuk beritahu saya.

"Apa yang datang tok ?" tanya saya ingin tahu.

56
"Kau jangan banyak cakap," Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju


hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam
hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada
hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani
berjalan malam waktu zaman dharurat.

"Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid.
Saya tersungkur atas lantai. Datuk menampar tangan kanannya ke pangkal
paha kanannya dengan sekuat hati. Dia melemparkan tujuh biji batu bertih
ke tengah laman masjid. Kemudian datuk menekan ibu jari kanannya ke
tapak tangan kiri tujuh kali berturut-turut. Tiba-tiba saya terdengar bunyi
suara harimau mengaum. Cukup kuat. Kepala lutut saya mengeletar. Dengan
tiba-tiba sahaja saya rebah atas lantai masjid dan tidak berdaya bangun.
Seekor harimau belang yang cukup besar muncul di depan halaman masjid
sambil menguit-guitkan ekornya.

"Makanlah kau lapar," suara datuk keras. Saya lihat harimau itu terus
memakan tujuh biji bertih. Bila harimau itu selesai makan. Datuk segera
merapatinya. Datuk menggosok-gosok kepala harimau itu dengan
tangannya. Dan lidah harimau yang panjang itu menjilat pipi dan hidung
datuk. Harimau itu berguling-guling atas tanah sambil kakinya menampar
seluruh badan datuk. Datuk mengosok perut harimau itu. Datuk mengira
kuku di jari harimau. Datuk bermain-main dengan harimau macam bermain
dengan anak kucing. Akhirnya datuk menepuk dahi harimau tujuh kali
dengan tangan kiri. Harimau pula menjilat telinga kanan datuk tujuh kali.

"Bangun, kau dah kenyang." Mendengar cakap datuk itu , harimau besar
segera bangun sambil menguap. Saya bertambah ngeri melihat giginya yang
tajam dan putih. Harimau itu menggaum lagi. Datuk memanggil saya. Saya
cuba bangun tapi saya tidak berdaya. Tempurung lutut saya terasa longgar.
Datuk terus menarik tangan saya. Saya diheret hingga ke depan harimau
besar.

"Ini cucu aku," datuk memberitahu harimau besar. Saya lihat sepasang mata
harimau itu merenung ganas ke wajah datuk. Datuk berdehem tiga kali
berturut-turut. Harimau itu melunjukan kaki depannya. Badannya
direndahkan. Datuk mengangkat badan saya lalu diletakannya di pangkal
tengkuk harimau berbadan besar serta berbelang tebal. Saya rasa nyawa
saya sudah melayang dari badan. Badan saya jadi lembik. Saya tidak boleh
duduk tegak. Dada dan muka saya terhempap atas batang leher harimau.

Bulu harimau yang kasar dan keras itu mencucuk batang hidung dan pipi
saya. Bila harimau itu mengerak-gerak badannya saya juga ikut bergerak.

"Peluk tengkuknya kuat-kuat," datuk mengigatkan saya.

57
Antara sedar dengan tidak saya lihat datuk terus naik atas belakang harimau.
Harimau besar itu segera menegakkan badannya. Datuk terus menepuk-
nepuk punggung harimau, macam gembala lembu menepuk punggung
lembu.

"Ke Hulu Kuang," saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu harimau
pun melangkah. Saya rasa harimau itu berjalan bagaikan tidak jejak ke bumi.
Melayang-layang di udara membelah pekan Chemor melintasi jambatan
keretapi. Terus menghala ke kampung Cik Zainal serta melintasi kawasan
Kampung Baru Tanah Hitam. Saya nampak tentera berjaga dengan senjata di
tangan. Semuanya tidak memandang ke arah kami. Kerana terlalu laju
harimau itu bergerak. Badan saya terasa sejuk. Belum selesai saya
menghitung dari satu sampai ke sepuluh. Harimau itu sudahpun tiba di kaki
tangga rumah adik bongsu datuk. Hari masih gelap lagi. Kokok ayam masih
kedengaran. Datuk menurunkan saya dari belakang harimau.

Toyol

Sebelum harimau meninggalkan kami, datuk memberi harimau itu makan


tujuh biji bertih. Saya tidak tahu dari mana bertih itu diperolehi oleh datuk.
Selesai saja harimau itu memakan bertih. Lagi sekali datuk menepuk-nepuk
dahi harimau. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga harimau. Dan harimau
itu bagaikan mengerti dengan apa yang diucapkan oleh datuk kerana
telinganya bergerak-gerak.

"Balik ke rumah kita jaga kampung serta tanah ladang kita," suara datuk
meninggi. Harimau itu mengguap panjang. Dengan sekelip mata saja
harimau besar hilang dari pandangan saya. Datuk tidak segera mengejutkan
adik bongsunya. Menurut datuk pantang besar kalau kita menunggang
harimau mengejutkan tuan rumah yang kita pergi sebelum tuan rumah itu
terjaga. Adik bongsu datuk terkejut , bila dia membuka pintu rumah pagi itu
didapatinya kami duduk di kaki tangga. Dia mengucap panjang dan merasa
takjub bagaimana kami boleh sampai pagi ke tempatnya sedangkan perintah
berkurung berakhir pada jam enam pagi. Dia terus menyoal datuk bagaimana
kami boleh sampai terlalu awal. Pertanyaan atau soalan itu tidak dijawab oleh
datuk. Datuk mengubah tajuk perbualan pada perkara lain.

Sambil minum kopi pagi, adik bongsu datuk menceritakan keadaan kampung
Hulu Kuang sambil bertanya khabar hal nenek serta anak cucu datuk.
Perbualan datuk dengan adik bongsunya sungguh rancak pagi itu. Saya tidak
banyak campur dalam perbualan mereka. Saya lebih senang berdiri di muka
tingkap melihat daun-daun pokok yang menghijau serta puncak gunung yang
diselimuti kabus nipis.

"Kau sakit, aku nampak kau kurus sangat ni," saya terdengar suara datuk.
Saya segera menoleh ke belakang. Saya lihat datuk sedang memerhati tubuh
adik bongsunya yang cengkung dan kurus.

58
"Saya baru baik dari demam, dan tu kena berjaga malam pula," jawab adik
bongsu datuk.

"Hai, musim dharurat pun kena berjaga malam ?"

"Berjaga dalam rumah ?" sahut isteri adik bongsu datu dari dapur. Saya
tertarik hati dengan perbualan itu. Memaksa saya duduk di sebelah datuk.
Datuk saya lihat mengkerutkan keningnya.

"Kenapa pula tu. Ada pencuri ke ?" Pertanyaan itu tidak dijawab oleh adik
bongsu datuk dan isterinya. Mereka kelihatan resah dan tidak menentu.

"Apa halnya cakap. Kalau boleh aku tolong, aku berusaha menolong kalau tak
boleh kita cari orang lain untuk menolongnya," datuk memberi sebuah
harapan. Isteri adik bongsu datuk tersenyum. Adik bongsu datuk termenung
panjang.

"Susah orang nak menolongnya," begitu hampa nada suara adik bongsu
datuk.

"Susah macam mana ?" tanya datuk.

"Kerja iblis."

"Kita lawan cara iblis."

"Begini, di kampung ni ada toyol jadi-jadian , sekejap menjelma jadi kucing,


sekejap jadi tikus." Adik bongsu datuk menerangkan sambil merenung ke kiri
kanan. Datuk terdiam. Lama juga datuk termenung. Datuk bangun berdiri di
muka pintu. Tangan kanannya memaut jenang pintu. Datuk duduk kembali.
"biasanya toyol jadi-jadian ni, ada orang yang membelanya. Dia mesti
sepasang ada jantan betinanya. Rumah kau ada dia masuk ?"

"Ada, dia menyerupai kucing hitam, bila terserempak dengan kami dia
menghilangkan diri." Dengan penerangan adik bongsunya itu datuk dapat
menduga bahawa toyol jadi-jadian itu masih belum mempunyai pasangan
lagi.

Dan orang yang membela akan berusaha mencari pasangannya. Datuk


memberitahu adik bongsunya, perkara itu boleh diatasi atau dilenyapkan
terus dengan syarat dia harus tinggal di Hulu Kuang agak lama sedikit. Untuk
mencari tuan punya toyol jadi-jadian itu memakan masa. Memerlukan
beberapa syarat yang tertentu.

"Kerjanya sulit, tapi harapan masih ada kerana tuan punya masih mencari
pasangannya lagi," jelas datuk dengan tenang.

"Macam mana caranya ?" soal isteri adik bongsu datuk. Mendengarkan
pertanyaan itu datuk tersenyum panjang sambil memicit pangkal dagu.

59
"Kita tunggu kalau ada perempuan mati beranak sulung, baru senang
menangkap tuannya. " Cakap datuk itu membuat adik bongsu datuk dan
isterinya berpandangan.

Dalam kepala isteri adik bongsu datuk mula terbayang tentang perempuan-
perempuan di Kampung Hulu Kuang yang mengandung anak sulung. Ada
lima orang semuanya. Atas persetujuan orang-orang Kampung Hulu Kuang
datuk diminta duduk di kampung tersebut selama dua bulan untuk
menghalau toyol jadi-jadian yang menganggu kampung mereka. Nasib datuk
dan saya agak baik, baru tiga minggu di Hulu Kuang, terdengar salah seorang
daripada penduduk kampung itu meninggal dunia ketika melahirkan anak
sulung. Anak dan ibu mati serentak. Datuk pergi ke rumah keluarga yang
malang itu, datuk turut sama menghantar jenazah ibu dan anak itu ke tanah
kubur.

Tetapi, sebaik sahaja datuk pulang dari tanah kubur. Datuk tidak dapat tidur
sepanjang malam. Dia didatangi dengan berbagai-bagai mimpi yang ngeri
dan menakutkan. Datuk membuka kertas firasat yang dibawanya. Waktu dia
membaca firasat itulah datuk terdengar suara perempuan memujuk anak
yang menangis di bawah rumah. Datuk membuka pintu, datuk melihat satu
cahaya berekor panjang naik ke udara dari tanah perkuburan.

Datuk pun mengejutkan saya.

Toyol Jadi-Jadian - Siri ke 12)

Kalaulah, bukan datuk yang mengejutkan saya di tengah malam buta itu
sudah pasti kena penendang sulung saya. Kerana datuk, saya tidak dapat
berbuat apa-apa. Terpaksa saya terima dengan manis muka, mestipun hati
meradang dengan perbuatannya.

"Kenapa tok?" tanya saya sambil mengesel-gesel kelopak mata. Datuk


tersenyum sambil meraba-raba misai bengkoknya yang macam tanduk
seladang jantan. Sekali-kali misainya turut bergerak.

"Kita sudah hampir pada matlamatnya."

"Matlamat apa tuk?"

"Mencari orang yang jadi tuan toyol."

"Kalau kau faham baguslah."

Datuk merebahkan badannya di sisi saya. Memang saya tidak sedar waktu
mana datuk bangun. Bila saya buka kelopak mata, datuk sudah sudahpun
selesai sembahyang subuh. Dia memaksa saya pergi ke perigi sendirian
untuk mengambil air sembahyang. Saya patuh dengan cakapnya itu.

60
Datuk tidak dapat dapat melupakan kebiasaannya berjalan berbatu-batu
sambil membasuh muka dan badannya dengan air embun waktu pagi. Datuk
pula tidak mengambil semua air embun di daun kayu untuk membasuh muka
dan badannya. Dia memilih jenis daun yang tidak miang atau gatal. Cara dia
menyapu air ke muka juga agak ganjil. Dia memulakan dari pangkal dagu
membawa ke atas hingga sampai ke gigi rambut. Kemudian baru dia
membasuh kedua belah keningnya. Paling akhir sekali dilakukannya ialah
memasukkan air ke dalam lubang hidung hingga bersin.

Kemudian datuk akan memijak rumput hijau tujuh kali ke arah matahari naik
dan enam langkah ke arah matahari jatuh. Kebiasaannya itu, dibuatnya juga
semasa dia berada di Ulu Kuang dekat Chemor, apa yang datuk lakukan saya
terpaksa membuatnya dan datuk berjanji, pada suatu hari kelak, bila umur
saya genap dua puluh satu tahun dia akan memberi beberapa mentera yang
perlu dibaca bila mandiair embun.

Pagi itu, berjalanlah saya bersama datuk di pinggir Kampung Ulu Kuang
sambil mandi air embun. Saya terasa seronok melihat matahari pagi dengan
sinar yang kilau-kilauan di celah-celah pokok besar. Bila sinar matahari itu
menikam air embun di hujung daun, kelihatan bermanik-manik dan sungguh
menarik sekali.

Damai dan terhibur hati saya mendengan bunyi kicau beburung hutan yang
bermacam ragam dan bermacam rupa yang terbang dan melompat dari
dahan ke dahan. Sambil berjalan datuk memberitahu nama-nama burung
yang saya nampak. Bilan matahari mula meninggi satu galah, saya dan datuk
sudah jauh meninggalkan pinggir Kampung Ulu Kuang. Kami memasuki satu
lorong kecil menuju ke arah sebuah anak bukit. Di kaki bukit itu ternampak
sebuah pokok berdinding tepas dan beratapkan daun rumbia. Tiangnya dari
kayu hutan jenis bulat. Dalam jarak lima puluh langkah mahu sampai ke
halaman pondok itu datuk berhenti berjalan.

"Kenapa datuk?" tanya saya ragu-ragu. Datuk diam, kedua belah tangannya
dilekapkan atas dada. Kedua belah kelopak matanya dirapatkan. Datuk
melangkah tujuh tapak ke depandan berdiri atas kedua belah tumit kakinya
beberapa detik. Bila mata dibuka dan kedua belah tangan diluruskan serta
tapak kaki memijak bumi, datuk kelihatan tersenyum.

"Memang tidak salah penglihatan aku malam tadi, cahaya dari tanah kubur
itu menuju ke sini, "dengan tenang datuk bersuara. Saya jadi termanggu-
manggu.

"Kita balik, kalu kita maju, kita bahaya," datuk pun menarik tangan saya.
Kami berpatah balik menuju ke rumah adik datuk.

Sepanjang jalan pulang itu datuk tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak
memerhatikan gerak geri rumput dan dedaun. Saya faham benar, bila datuk
berbuat demikian ertinya dia menumpukan seluruh perhatinnya pada

61
sesuatu benda yang tidak dapat dijangka oleh akal fikiran manusia biasa.
Saya kira, fikiran dan perasaannya tertumpu ke satu alam yang lain.

Saya tidak berani bertanya padanya tentang hal itu. Saya takut dia naik
angin. Kalau datuk naik angin, saya kena maki dengan percuma. Kalau datuk
tidak maki, dia akan menjegilkan biji matanya sebesar telur ayam hutan.

"Jauh berjalan pagi ni," soal adik datuk sebaik saja kami tiba di kaki tangga.
Dia baru saja melepaskan ayam di reban. Saya tidak menjawab kecuali
tersenyum panjang.

"Macam biasa," balas datuk. Kami terus membasuh kaki dan memijak tangga
naik ke rumah.

MAKAN UBI REBUS

Di rumah tengah rumah sudah tersedia sarapan. Air kopi pekat dan rebus ubi
kayu serta kelapa parut.

"Rumah siapa dekat belukar tu," datuk mengkemukakan soalan. Adikdatuk


terdiam mengingati sesuatu.

"Rumah Kidon."

"Orang sini jati?"

"Tidak, macam kita juga berasal tanah seberang."

"Orang padan ke orang Jambi."

Pertanyaan datuk itu segera dijawab oleh adiknya. Saya sudahpun berhenti
makan ubi rebus, Isteri adik datuk sudah turun ke tanah pergi ke ladang. Bila
pertanyaan itu tidak mendapat jawapan, datuk tidak lagi mahu
mengemukakan pertanyaan. Dia terus menghirup air kopi dengan tenang.

"Dari sumatera katany dari keturunan Batak," tiba-tiba saja adik datuk
bersuara.

"Ada bini tak?" cara tidak sengaja saya bertanya. Datuk menjeling tajam
pada saya.

"Dah mati, bininya orang Kedah, emak bapanya bininya menetap di Kuala
Kangsar" terang adik datuk dengan jujur.

"Ada anak?' cepat-cepat datuk meningkah.

"Tak ada, bininya tu mati bersalin anak sulung,"

62
"Hummmm…," suara datuk perlahan. Dia menekan pipi kirinya dengan
tangan kanan. Terus-terang datuk menyatakan pada adiknya, bahawa dia
perlu duduk di Ulu Kuang paling kurang enam bulan. Datuk juga meminta
adiknya membuat sebuah pondok untuk diri dengan alasan senang untuk
beramal ibadat serta berusaha menghancurkan tuanpunya toyol jadi-jadian.
Permintaan datuk itu tidak keberatan untuk dipenuhi oleh adiknya.

Seminggu kemudian, terpacaklah sebuah pondok baru di Ulu Kuang Chemor


yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk-penduduk di situ. Saya
dan datuk pun pindahlah ke pondok baru.

Perkara yang tidak menyenangkan hati saya, bila duduk di pondok baru, ialah
bila bulan menggambang penuh. Ketika itu kelihatanlah beberapa ekor
harimau besar di depan pondok. Dari atas pondok datuk melompat ke tanah
lalu bersilat dengan harimau-harimau itu.

Sekiranya, datuk malas ke tanah kerana badannya terlalu letih. Harimau-


harimau itu akan menjulurkan ekornya dari celah lantai buluh. Datuk akan
mencium atau mengurut-urut ekor harimau itu sambil membelitkan ke
batang lehernya. Bila terdengar bunyi suara burung jampok atau burung
hantu, barulah datuk memerintahkan harimau-harimau perliharaannya
pulang.

"Ambilkan aku kain putih, mangkok putih, taruh air dalam mangkok putih
separuh, kain putih letakkan ke dinding," datuk mengeluarkan perintah pada
saya malam itu. Kalau tidak silap, malam itu malam Rabu kira-kira pukul
sepuluh. Apa yang diperintahkan datuk saya lakukan dengan senang hati.

Datuk duduk bersila di tengan pondok, Asap kemenyan dari dupa melintuk-
liuk memenuhi ruang pondok. Baunya semerbak. Datuk mengatur tujuh
piring di depan. Piring tepi sebelah kanan ditaruh batang lengkuas,
sementara di sebelah kiri ditaruh sebatang serai. Piring tengah ditaruh darah
ayam yang disembelihnya petang tadi.

Tiba-tiba seekor kucing hitam melompat masuk ke tengah pondok melalui


pintu yang terdedah. Kucing itu merenung muka datuk dengan tajam. Datuk
menghalaunya, kucing itu tidak mahu bergerak. Saya lihat datuk
mengeluarkan secekak tualng-tulang ikan dari karung yang terletak sebelah
kanannya. Datuk melemparkan tulang-tulang ikan kering itu pada kucing
hitam. Dengan tiba-tiba batang lilin yang menyala padam. Saya menyalakan
lilin tersebut. Saya lihat kucing hitam sudah hilang dan tempatnya diganti
oleh sebungkus kain hitam. Saya kenal, kain hitam itu kepunyaan datuk.

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin


yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar-
samar dan sepi sekali. Bunyi katak dan cengkerik jelas kedengaran. Sayup-
sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan
bergerak-gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air
menimpa atap pondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi

63
suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu-sedu, dekat pokok
tembusu di belakang pondok.

"Suara langsuri, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan


dan bukan jalan jahat," bidik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok.
Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai,
pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin
saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki
dan kepala berdiri di situ.

Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih.
Di luar guruh bersahut-sahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

"Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau
lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau
tanggung sendiri," kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam
dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada
kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya,
semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi.
Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang
menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Bdannya kelihatan
berpeluh.

"Itulah Kidon mengorek kubur anaknya," datuk memberi tahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan
cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.

Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk
membuat dia hampir-hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia
turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari
dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur


seperti sedia kala. Kidon masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik
berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya
menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar.

Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya


diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia
membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.

64
"Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai," beritahu datuk
pada saya. Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih,
macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk
hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat
apa yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang
tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena.

Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu
tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.

"Air itu diambil ketika remang-remang senja, bersama bunyi gagak," ujur
datuk.

Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh
bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai
memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak
tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air
yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun
tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil
air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke
hujung kaki.

Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu
dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu
bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya
diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.

Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk.
Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan
habuk-habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi
bara, barulah dia beredar.

"Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa
berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama
puasa pati Geni," datuk membisikkan ke telinga saya. Di kain putih saya lihat
Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan
kanan. Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan
tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah
Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di
kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama
empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan
lebah, pisang emas dan pisang embun. Kidon juga menyediakan sebuah katil
lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi.

Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya
cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang
berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri, Kidon

65
membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik
dengan tenang ke telinga anaknya begini :

"Dengarlah anakku,

Perasaan dan hatimu

Bersatu dengan aku

Dua tubuh Satu harapanku

Kaulah yang mengerjakannya

Tujuh lapis bumi,

Tujuh lapis langit,

Bersatu di bukit Kaf

Bersemadi dalam diri kita.

Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang-
panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini
selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kering itu diletakkan di
tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh
empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang
tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat
anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung. Dia
terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri.

Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia
mencium ubun-ubun bayi kering itu. Tiba-tiba ubun-ubun bayi kering itu
mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering
itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat-jilat tapak tangan Kidon.
Kidon pun menepuk-nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing
dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu.
Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing
itu.

"Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa
kemari," Kidon memerintah kucing hitam.

Kucing itu menggaru-garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas
Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah
di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol
jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api

66
pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari
pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.

"Ilmunya sudah aku tawarkan," suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya.
Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah.
Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul-kepil. Tulang-tulang ikan yang
berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke
dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun
mengangkat kain hitam itu.

"Kau lihat," ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat
kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi
loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di
situ.

"Kau pulangkan pada yang berhak," datuk bersuara lagi sambil menyiramkan
darah ayam pada mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan
bergerak-gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya.
Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya
kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang
sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.

"Kau datang Kidon," lantang suara datuk.

"Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.

"Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan
pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari
pasangannya, bukan begitu Kidon."

"Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa


membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan
aku tu, orang itu adalah kau."

"Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?"

"Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau,
janganlah perkara ini dihebuhkan."

"Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku
pulangkan ke tempatnya malam ini juga." Datuk memberi keputusan
muktamad.

Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam
kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila
suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya
renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya

67
suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan
begitu. Suara siapa itu? Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa
yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya.

Penunggu Hutan Hulu Kinta - Siri ke 13)

Datuk terus berbisik kepada saya, "tidurlah, esok kau akan tahu apa yang
dah terjadi," saya angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan
harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama sekali. Tetapi
banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. Datuk tahu
dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saay,
kemudian memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu
dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.

Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai
sembahyang subuh. Tanpa banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air
sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang saya lihat datuk
menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

"Aku harap kau akan jadi orang islam yang teguh dengan rukun yang lima
bila kau sudah jadi macam aku," ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan
perintah Allah. Saya tersenyum.

"Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama
tidak bererti, kalau kita tidak sembahyang," tambahnya sambil bangun.
Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki
langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Datuk
turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar
datuk berhenti berjalan.

"Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?" tanya saya.

"Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu."

"Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari
jatuh." " Baiklah Tok."

Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua
puluh langkah mahu sampai ke pangkal pokok jejawi besar, saya
terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat mayat
Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang
buas. Datuk pun segera saya panggil.

"Kenapa ?" soal datuk

"Mayat."

"Mayat," suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat
Kidon. Datuk mematahkan anak-anak pokok lalu menutup mayat Kidon.

68
"Kita mandi embun dulu," kata datuk dengan senyum.

"Mayat ni macam mana tok ?"

"Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita
beritahu pada orang kampung."

"Saya faham tok."

Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa
cukup segar. Bila mandi embun selesai. Datuk terus menemui ketua
kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara, urusan
pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian
kampung itu. Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa
kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkara yang serupa itu juga
dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang
tidak lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang-barang
yang berharga.

Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri


waktu dinihari. Akhirnya orang-orang kampung tahu juga yang Kidon
membela toyol jadi-jadian. Mereka datang mengucapkantahniah atas
kejayaan datuk.

"Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya
sendiri, biasanya toyol jadi-jadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah
kepala Kidon hilang," kata datuk pada pada orang-orang kampung yang
melawat pondok Kidon yang terbakar itu.

Waktu datuk mengkais-kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan


api, datuk menemui tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak
Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan orang-orang kampung
terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila
disiasat ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang-oang kampung
terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon
pada Allah supaya suara menjerit itu tidak kedengari oleh orang-orang
kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak
kedengaran lagi.

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan
kuasa Allah yang mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa
sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau terkeluar dari hukum-hukum
agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.

"Orang-orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik
peluhnya sendiri, Islam menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik,
saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi pelajaran pada kita
semua." Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu
pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai. Dalam

69
jangkaannya, saya dan datuk akan meninggalkan Hulu Kuang pada petang
Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di rumah isteri
mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap-
siap pada petang Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak
datuk menembak kijang di Hulu Kinta.

"Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat," datuk bertanya
pada orang yang mengajaknya. Orang itu ketawa.

"Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain-
lain di hutan Hulu Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu
malam saja,"

"Jadi."

"Kita boleh pergi pada waktu siang."

"Hum begitu."

"Tentu Setuju."

Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung
Rambutan. Dari situ berjalan kaki menuju ke batu lapan. Belumpun pukul
sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu kami
melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan
kami masuk ke dalam hutan. Kawan baru datuk itu memberikan senapang
kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping itu dia juga menyuruh
datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru
datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang
menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia
menuju ke arah lain.

Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang
tidak terdaya saya melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam
hutan. Dahan-dahan dan pokok-pokok yang dipijaknya tidak berbunyi. Saya
terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba-tiba muncul dari balik rimbun
pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak-gerak.

"Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain,"
begitulah datuk berdialog dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan
mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan-lahan
dan akhirnya menghilangkan diri dalamhutan yang tebal itu.

"Berhenti," datuk memamaut bahu saya.

"Kenapa tok ?"

"Sembunyikan diri balik pokok." saya pun akur dengan cakap datuk. Dia
meniarap di pangkal pokok besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung,

70
macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk tajam melihat pada
rimbun anak-anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami.
Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya
menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni.

Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan
rumah pasukan polis hutan- Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu,
sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang bertingkat-tingkat.
Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya
menarik tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang
tebal dan lembab, dnegan bermacam-macam bunyi burung hutan. Saya
merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk
yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami
kesengsaraan semacam ini.

Bila saya fikirkan dalam-dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam
hutan. Dapat menambahkan pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus
melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya
mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering,

"Saya dahaga tok."

"Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut."

"Jahanam." Datuk merungut panjang sambil menyambung, "jalan ke depan


lagi kalau-kalau ada paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak
perut," datuk terus menolak saya. Ramalan datuk tepat, dua puluh langkah
melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih.
Bila saya mahu minum datuk segera menahan.

"Jangan minum."

"Saya haus tok."

"Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon
pokok rendang. Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air
itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila saya merenung ke arah
paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak-gerak . Di tengah
perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya
terdengar bunyi suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang
tidak kelihatan.

"Ada suara tok."

"Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau
meminum air paya."

"Kita balik saja tok."

71
"Tak usah kita tengok apa yang terjadi."

Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok-pokok


hutan. Sya lihat seorang perempuan berkulit putih berambut panjang sampai
ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang ke tengah dan ke tepi
sambil ketawa. Tiba-tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah
paya ialah gelombang air yang beralun-alun memburu tepi paya.

"Siapa tu tok," saya menyoal.

"Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ," datuk dan saya
mula mengubah haluan, kami berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa
sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan
barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.

Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi
kenalan barunya itu tidak pula menjumpai orang-orang di Hulu Kuang
sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis Tanjung
Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah-olah
kenalan baru datuk itu wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan
datuk itu berdiri di depannya.

"Keganjilannya baru aku sedar sekarang," rungut datuk. Saya tersenyum.


Tetapi wajah datuk kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat
berat dideritainya.

"Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar-benar
manusia atau jin atau syaitan," sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan
barunya terpacul di depan kami. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam
dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan terkunci. Tidak
terlahir kata-kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah
barat daya. Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat
daya. Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah
tiada lagi.

Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula
menusuk lubang hidung saya dan datuk.

Datuk dan saya tidak berkata walau sepatahpun kami terus berjalan hingga
sampai ke tebing Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan
orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang terkenal dengan nama
Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.

Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan
lubang telinga. Datuk dan saya terus membasuh muka. Tidak jauh dari
tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di
sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari
Ahad untuk berkelah.

72
"Ke mana kita nak pergi tok, " saya menyoal datuk.

"Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang
aku tuntut untuk kebaikan . Allah yang tahu hati aku," datuk bagaikan
mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi datuk tukar
pakaian, memeng datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai
waktu berjalan dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk
sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai. Marah juga datuk
pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk sembahyang.

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan
mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya
diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam
keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya
kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang,
kenalan datuk tidak juga menjelma.

Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah
menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai.

"Kita balik saja," datuk memberitahu saya. Cepat-cepat saya anggukan


kepala. Saya dan datuk berpusing-pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari
jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi, yang
anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau
matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk
sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu
nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi
kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali-
kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi
balik kami tetap berlegar-legar di kawasan tepi sungai itu juga.

Hari mula remang senja. Datuk menggunakan segala kepandaiannya,


ternyata kepandaian datuk tidak berguna sama sekali di dalam hutan Hulu
Kinta. Akhirnya datuk memutuskan untuk bermalam saja di tepi tebing
sungai tersebut. Waktu saya mahu pergi ke dalam perut sungai, saya
terserempak dengan seekor ular, sebesar batang kelapa. Saya menjerit.
Datuk segara menghampiri saya. Datuk juga terkejut melihat ular besar itu.
Lama juga datuk menenung mata ular itu.

"Matanya berkedip." Kata datuk dengan penuh semangat.

"Kenapa, mata ular tidak berkedip ke datuk ?"

"Biasanya begitulah, kalau berkedip tu, tandanya jin atau bukan ular biasa."

Saya terdiam mendengar penerangan datuk itu. Lagi sekali, saya dan datuk
tercium bau wangi yang amat sangat. Hari bertambah gelap. Fikiran saya
bertambah kacau. Datuk terus mengadap ular besar. Perlahan-lahan ular itu
membuka lingkarannya. Dalam sekelip mata saja, ekornya menjunam ke

73
dalam sungai. Air sungai yang mengalir deras jadi tertahan. Saya lihat air
sungai mula melimpah ke atas terbing. Menenggelamkan batu-batu besar di
tengah sungai di bahagian hulu, manakala di bahagian hilir sungai, saya lihat
air tidak mengalir.

Saya perhatikan datuk bercakap sesuatu dengan ular tersebut. Setiap kali
datuk mengahkiri percakapannya, ular itu mengerakkan kelopak matanya.
Ular itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk cakapkan. Datuk
menyuruh saya menutup mata. Saya patut pada cakapnya. Masa saya
menutup mata itu saya terdengar bunyi suara angin yang cukup kuat. Saya
juga terdengar bunyi dahan patah dirempuh angin. Bumi yang saya pijak
saya rasa bergerak macam berlaku gerak gempa yang cukup dahsyat.

"Buka mata," ujar datuk.

Saya pun membuka mata. Saya dapat diri saya dan datuk berada di sebuah
surau tua. Saya terdengar suara Azan. Seorang lelaki berjubah hijau,
berjanggut separas dada menyuruh saya dan datuk mengambil air
sembahyang, orang tua berserban hijau itu menjadi Imam sembahyang
Maghrib. Selepas membaca doa, orang tua berserban hijau itu menghantar
saya dan datuk ke perkampungan orang asli. Dia menyerahkan saya pada
penghulu orang asli yang dipanggilnya dengan nama tok batin bah aloi. Dia
juga menyuruh penghulu orang asli itu menghantar saya dan datuk ke jalan
besar Tanjung Rambutan - Ipoh pada siang esoknya. Penghulu orang asli itu
memberi pengakuan akan membuat apa yang diperintahnya.

Bila orang tua itu membuka serban dan bersalaman dengan datuk, barulah
saya kenal bahawa orang tua itulah yang menjadi kenalan baru datuk itu. Dia
mengucapkan terima kasih pada datuk yang telah membinasakan Kidon. Dia
juga mengingatkan datuk supaya jangan datang ke hutan Hulu Kinta tanpa
menemuinya terlebih dahulu. Menurutnya, kawasan hutan Hulu Kinta adalah
kawasannya. Dia juga meminta datuk memulangkan kancil yang ditangkap
oleh datuk.

"Kalau kamu tidak menangkap binatang peliharaan aku, kami tidak akan
sesat di sini," katanya dengan senyum.

"Tapi, awak yang mengajak saya ke mari berburu ?"

"Saya mahu menguji sejauh mana awak boleh menghargai nyawa makhluk
lain," katanya dengan senyum.

"Saya jadi bingung dengan perbuatan kamu," tingkah datuk.

Jangan bingung, selain dari manusia ada makhluk lain diam di bumi ini, kamu
harus mengenali mereka, tapi kau terlebih dulu mengenali kekuasaan Allah
yang menjadikan langit dan bumi," tambah lelaki serban hijau. Kemudian dia
menghilangkan diri. Sebelum tidur, penghulu orang asli memberitahu saya
dan datuk dia telah memeluk agama Islam. Orang bertanggung jawab

74
mendorong dia memeluk agama islam ialah lelaki serban hijau itu. Saya
menggigit lidah mendengar cakapnya. Datuk pun menceritakan semua
peristiwa yang kami alami pada penghulu orang asli. Dia ketawa. Menurutnya
ular besar memang selalu ditemui oleh anak buahnya. Anehnya ular itu tidak
pernah membinasakan orang.

"Kalau dia lahu di depan rumah kami, waktu senja menunjukkan ada perkara
yang tidak baik akan berlaku, tiga bulan dulu dia melintas waktu senja di
kampung kami, seminggu kemudian anak saya mati lemas," kata penghulu
orang asli. Saya dan datuk anggukkan kepala.

"Lelaki serban hijau tu siapa tok batin ?" tanya saya

"Haji Lokman," jawab penghulu orang asli. Selepas tida ada pertanyaan yang
keluar dari mulut saya atau datuk. Saya dan datuk disuruh tidur di bahagian
depan rumah penghulu itu. Pagi esoknya atas permintaan datuk penghulu
orang asli itu membawa saya dan datuk ke kawasan tempat kami bertemu
dengan lelaki serban hijau itu. Tidak terdapat sebarang kesan atau tanda
kawasan itu pernah didiami oleh sesiapa pun.

"Di tempat ni tak ada apa-apa, dulu kami jumpa orang komunis bunuh diri di
sini," tanpa diminta penghulu orang asli menerangkan.

Saya dan datuk dihantar oleh penghulu orang asli hingga ke tepi jalan besar.
Datuk dan saya membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja pergi ke
Pekan Tanjung Rambutan yang jaraknya kira-kira dua batu saja. Sedang
seronok melangkah, kenalan baru datuk muncul di depan kami dalam masa
dua saat, kemudian dia menghilangkan diri. Sebaik saja saya dan datuk
sampai di depan balai polis Tanjung Rambutan, beberapa orang Hulu Kuang
bersama adik datuk tersenyum memandang kami, mereka sedang
merancang untuk mencari kami di dalam hutan.

Bersuamikan Hantu Raya - Siri ke 14)

Tanpa bertangguh-tangguh lagi datuk pun menceritakan, apa yang kami


alami dalam hutan Ulu Kinta pada orang-orang kampung Ulu Kinta yang
menanti kami di depan Balai Polis Tanjung Rambutan.

Saya tidak melibatkan diri ketika datuk bercerita. Saya lebih senang duduk di
pangkal pokok kelapa di rusuk kanan balai tersebut. Balai itu kini sudah
dirobohkan, digantikan dengan bangunan yang baru.

"Pelik juga ceritanya, betul ke ni?" Saya terdengar salah seorang daripada
orang kampung itu bersuara. Sepasang mata datuk merenung tepat ke arah
batang hidung orang itu.

"Terpulanglah pada awak, sama ada awak mahu percaya atau tidak, saya
dan cucu sudah merasa dan mengalaminya."

75
"Apa yang orang tu berikan pada awak."

"Beri apa? Awak gila ke." Suara datuk mula meninggi dan orang itu terus
diam.

Seorang anggota polis menghampiri kumpulan orang yang mengerumi datuk


lalu bertanyakannya: "Apa halnya ni."

"Orang hilang ni dah jumpa di sini," seorang lelaki berbadan tegap


memberitahu anggota polis yang sudah berusia hampir lima puluh tahun itu.
Tanpa diminta datuk pun menceritakan apa yang dialaminya pada anggota
polis itu.

Kemudian anggota polis itu mengakui apa yang dialami oleh datuk itu pernah
dialami oleh beberapa orang penduduk di sekitar Tanjung Rambutan yang
pergi memburu ke kawasan itu.

"Tapi, saya belum pernah bertemu dengannya," suara anggota polis itu
merendah. Menurutnya, dalam waktu-waktu tertentu lelaki berserban hijau
itu pernah muncul di Market Tanjung Rambutan. Anehnya, dia hanya
bersalam saja dengan siapa yang disukainya, bila orang yang disalami mahu
bertanya sesuatu padanya dia akan hilang dengan sekelip mata sahaja.

"Bagi saya perkara ni, sudah jadi perkara biasa," anggota polis itu
menamatkan ceritanya dengan datuk. Datuk tidak puas hati dengan apa
yang dicakapkan oleh anggota polis itu.

"Biasa macam mana?' Datuk mendesak Anggota polis yang mahu melangkah
masuk ke dalam balai berpatah balik.

Dia berdiri betul-betul di depan datuk. Matanya cukup tajam menyorot wajah
datuk kemudian dia senyum sinis.

"Awak orang luar, mana awak tahu." Termenung sejenak datuk mendengar
cakap anggota polis itu.

"Memang, saya bukan orang di sini, tentulah banyak perkara yang tidak saya
tahu."datuk merendah diri.

"Saya orang Tambun, saya tahu serba sedikit tentang orang yang awak kata
itu."

"Itulah yang mahu saya dengar."

"Begini, orang itu namanya Haji Lokman. Masa zaman Jepun dulu, dia
membunuh tiga orang askar Jepun di Pekan Tambun."

"Sebabnya?"

76
"Dia tak tahan melihat penyiksaan yang dilakukan oleh askar-askar Jepun
pada orang kampung."

"Jepun tak tangkap dia?" soal datuk lagi.

Anggota polis yang berbadan tegap itu memicit pangkal dagunya sambil
mengkerutkan kening lebatnya.

"Jepun cuba menangkapnya tapi tidak berjaya. Akhirnya dia ditangkap ketika
menunaikan sembahyang Zohur. Dia dikurung, pada sebelum malamnya dia
berjaya melepaskan diri, sejak itu dia tidak pulang ke rumahnya."

"Agaknya dia dibunuh Jepun, cerita dia melepaskan diri waktu malam tu
sengaja diada-adakan," celah datuk.

"Itulah yang anehnya, nak dikatakan mati, orang selalu berjumpa dengannya.
Kalau dia hidup apa faedahnya menyiksa diri dalam hutan meninggalkan
anak bini."

"Betul juga cakap awak tu."

"Tapi awak jumpa dia bukan?" soal anggota polis itu. Datuk angguk kepala.

"Lupakan saja perkara itu," tambah anggota polis itu sambil meninggalkan
datuk, Orang-orang dari Ulu Kuang yang berhimpun di situ berpandangan
sama sendiri.

"Sudah, anggaplah ini pengalam yang berharga untuk awak, sama ada orang
mahu percaya atau tidak itu bukan soalnya, tapi awak sudah melihat dan
bercakpa dengannya," salah seorang penduduk Kampung Ulu Kuang
membisikan ke telinga dautk.

"Betul cakap awak tu," balas datuk.

Datuk dan orang-orang dari Kampun Ulu Kuang meninggalkan Balai Polis
Tanjung Rambutan menaiki bas menuju ke Chemor . Dari Chemor naik
basikal menuju ke Kampun Ulu Kuang.

Dua hari kemudian, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Ulu Kuang.
Pengalam-pengalaman aneh yang saya alami itu merupakan khazanah
pengalaman yang tinggi nilainya. Saya kira boleh dijadikan panduan untuk
hidup.

Sekaligus mengajar saya erti kebesaran serta kekuasaan Allah.


Sesungguhnya Allah maha besar dan maha berkuasa boleh melakukan apa
saja yang diinginnya dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia yang
selalu mendakwa sudah cukup maju dengan ilmu pengetahuan.

77
"Tahukah kau, di dunia ini, tidak saja dipenuhi dengan manusia, tetapi
dipenuhi juga dengan jin yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, di sinilah
pentingnya agama untuk manusia," kata datuk pada saya ketika bas yang
kami naiki melintasi Pekan Menglembu.

"Aku harap," tambah datuk lagi,

"Kau akan jadi orang Islam yang baik. Manusia yang tidak beragama selalu
sesat."

"Saya pun berharap hidup saya akan menjadi manusia yang dikasihi oleh
Allah."

"Bagus tu, kau mesti patuh apa yang dipertintahnya, jauhi dari perkara yang
ditegahnya. Tunaikan apa yang ditetapkanoleh rukun kerana Islam itu tiang
agama."

"Saya faham tok."

"Jika tidak patuh pada yang lima tu, Islam kau tidak akan sempurna."

"Saya tahu tok," tekanan suara saya merendah. Angin yang masuk ikut
tingkap bas menolak rambut saya denga mesranya.

MENEMUI ISTERI MUDA

Sampai saja di kampung halaman datuk kami disambut oleh nenek dengan
senang hati. Datuk tidak menceritakan apa yang dialaminya pada nenek.

Sayalah yang jadi tukang lapur kejadian pada nenek dan nenek tidak
memberikan sebarang pendapat tentang peristiwa itu. Dia lebih banyak
tersenyum dan angguk kepala. Saya tidak tahu apakah nenek suka atau
percaya dengan apa yang saya katakan.

"Saya nak pergi," tiba-tiba datuk muncul di ambang pintu tengah. Perbualan
saya terhenti. Saya lihat datuk sudah berpakaian cukup kemas dengan baju
melayu teluk belangga hitam serta seluar hitam. Songkok juga hitam.

"Ke mana ?" tanya nenek.

"Ke rumah bini muda," balas datuk selambe.

Nenek mengizinkan datuk pergi.

Dua hari sesudah datuk pergi ke rumah bini mudanya di kampung orang
bunian. Saya dipanggil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak ke Batu Gajah
untuk menjalani temuduga bagi memenuhi jawatan buruh hutan yang kosong
dalam jabatan tersebut.

78
Saya terpilih dan ditempatkan di Slim River. Tidak lama saya bertugas di situ.
Cuma satu minggu sahaja. Saya berhenti kerana kerja itu saya kira tidak
sesuai dengan jiwa saya.

"Aku tahu, kau tak sesuai, perangai kau tak suka diperintah orang. Kau ni
layak kerja sendiri jadi petani atau peniaga," kata datuk menyambut
kepulangan saya di anjung rumah.

Sesungguhnya jiwa saya rasa tenteram menjaga kebun datuk dan menjual
buah-buahan hasil dusun datuk di Cangkat Beranagan. Saya rasa hidup
begini agak bebas. Sekali sekala ikut datuk menembak rusa atau kijang di
mana-mana yang disukainya.

DIPANGGIL PULANG

Pagi itu, seperti biasa saya pergi kedusun memetik buah langsat dan
rambutan untuk dijual pada peraih yang datang pada sebelah petang.
Sedang saya asyik bekerja, datuk menemui saya.

"Banyak yang kau dapat langsat?"

"Kira dua pikul ada tuk."

"Tinggalkan pada nenek untuk menyelesaikan bila peraih Kum Meng datang
petang ni."

"Kenapa ?"

"Aku nak ajak kau ke kampung Cangkat Cermin, ada wakil ketua kampung
datang menjemput aku."

"Apa halnya."

"Usah tanya, ikut cakap aku."

Saya terdiam dan meninggalkan bakul buah langsat di dusun. Dengan basikal
saya dan datuk ke kampung Cangkat Cermin yang terletak di lebuh raya Ipoh
- Lumut. Masa itu, lebuh raya masih belum dibina lagi. Kami terpaksa
berbasikal membelah jalan tanah merah.

Sejak adanya lebuh raya, orang-orang di Cangkak Cermin tidak


menggunakan jalan tanah merah yang lama itu. Kami sampai ke rumah
ketua kampung lebih kurang pukul dua petang. Saya dan datuk ditempatkan
di satu bilik khas.

"Apa salahnya Tok Sidang memanggil saya ?" soal datuk kepada Ketua
Kampung yang berjanggut itu. Ketua Kampung mengerutkan keningnya.

"Ada hajat besar."

79
"Apa hajatnya?"

"Anak buah saya berlakikan hantu raya."

"Ha…," mulut datuk ternganga.

Saya mula resah tidak menentu. Ketua Kampung terus bercerita tentang diri
anak buahnya yang malang itu. Setiap malam anak buahnya yang baru
kematian suami itu di datangi oleh hantu raya. Menurut ketua kampung itu,
hantu raya tersebut tidur dan bercumbuan mesra dengannya hingga
menjelang subuh.

"Siapa nama perempuan itu?" datuk mula menyoal.

"Timah."

"Bila suaminya mati?"

"Kira-kira enam bulan yang lalu."

"Ada anak?"

"Tak ada, suaminya mati dilanggar lori balak di Pekan Air Tawar."

"Ini kerjanya sulit sikit." Datuk separuh mengeluh.

"Dia mengadu pada saya minta tolong, bukan setakat itu saja, hantu raya itu
kadang-kadang mengacau orang kampung," tambah Ketua Kampung.

Datuk terdiam. Dia berfikir. Tiba-tiba datuk bangun. Berdiri dan berjalan di
anjung rumah Ketua Kampung.

"Saya perlu jumpa dengannya," itu yang terkeluar dari mulut datuk.

"Bila ?"

"Kalau boleh sekarang juga."

Ketua Kampung, saya dan datuk turun dari rumah. Ketua Kampung
membawa kami ke rumah Timah dengan melintasi ladang getah kepunyaan
orang Inggeris. Rumah Timah terletak di sebidang tanah yang agak terpisah
dengan rumah-rumah penduduk di situ. Di kawasan sekeliling rumahnya
ditanam dengan ubi kayu dan keledek. Di bahagian belakang rumahnya
terdapat sepohon pokok cempaka. Tidak jauh daripada pokok itu terdapat
sebatang pokok pulai.

Dari kaki tangga, Ketua Kampung memberi salam. Tidak ada jawapan. Lagi
sekali salam diberi. Pintu rumah Timah terkuak dengan sendiri. Batang tubuh

80
Timah tidak juga muncul. Datuk pandang saya dan saya pandang Ketua
Kampung. Dahi Ketua Kampung kelihatan berkerut.

Sinar matahari petang beransur teduh. Saya terdengar bunyi burung helang
bertalu-talu, beberapa ekor burung gagak terbang rendah sambil berbunyi.
Saya terasa bunyi burung gagak itu agak berbeda dengan bunyi suara gagak
yang selalu saya dengar.

Tiba-tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus.


Mukanya kelihatan pucat dan matanya nampak tidak bercahaya. Dia
semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera
memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu
mempersila kan kami naik ke rumah.

"Minta maaf ye," kata datuk sambil memandang ke wajah Timah. "Rumah ini
ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?"

"Untuk …," Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat
keadaan itu datuk tidak mengemukakan pertanyaan lagi.

"Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan
rumah ini bersama arwah suaminya dulu," kata Ketua Kampung memberi
penjelasan.

Datuk angguk kepala. Saya agak terkejut bila datuk bersikap kurang ajar
sedikit. Dia bangun lalu melihat kedua-dua bilik yang terdapat di dalam
rumah itu. Saya tahu Ketua Kampung dan Timah tidak senang dengan sikap
datuk itu.

"Itu bilik saya ! jangan masuk," jerit Timah bila datuk menghampiri bilik di
bahagian kiri rumah. Datuk angguk kepala sambil meraba-raba misai
tebalnya. Datuk pergi ke bilik yang satu lagi.

Saya terkejut bila datuk tunduk sambil kedua-dua belah tangannya


memegang perut. Saya segera menerpa untuk membangunkan datuk. Secara
mendadak saya rasa pangkal lehar saya dipukul oleh sesuatu. Pandangan
saya berpinar.

"Jangan datang," pekik datuk bila dia melihat Ketua Kampung mahu menerpa
ke arahnya. Ketua Kampung pun tak jadi datang. Saya dan datuk segera
meninggalkan bilik tersebut.

"Merbahaya, kita mesti balik sekarang," kata datuk. Ketua Kampung


tergamam, bagitu juga dengan Timah. Dalam keadaan kelam kabut itu, datuk
mengemukakan soalan pada Timah,

"Bilik siapa itu?"

"Bilik suami saya," Jawab Timah

81
"Dia dah mati. Untuk apa bilik tu buatnya."

"Saayyyya…," suara Timah terputus.

Datuk tersenyum. Dia sudah tahu apa yang dirahsiakan oleh Timah. Kami
bertiga meninggalkan rumah Timah pulang ke rumah Ketua Kampung. Sebaik
saja sampai ke kaki tangga, datuk meminta jasa baik Ketua Kampung untuk
meminjam senapang kampung dan pada sesiapa yang memiliki senapang.

"Buat apa?" Ketua Kampung menyoal penuh ragu,.

"Nak menembak gagak untuk menolong Timah."

"Begitu," suara Ketua Kampung menurun.

Dia segera mencari senapang kampung. Setengah jam kemudian Ketua


Kampung kembali dengan senapang di bahu dan menyerahkan pada datuk.

Datuk membidik-bidik senapang itu. Dia melurut laras senapang dengan


tapak tangan kanan. Dengan tenang datuk memasukkan peluru kedalam
laras senapang, kemudian dia meludah tapak tangan kanan dua tiga kali.
Buntut senapang digosok dengan tapak tangan yang ada air liur itu.

Datuk menghalakan senapang ke arah sepasang burung gagak yang terbang


rendah mencari ulat daun pisang di kawasan rumah Ketua Kampung. Datuk
segera mengambilnya segera. Bangkai gagak itu digantungnya pada dahan
pokok mempelam dekat rumah Ketua Kampung.

Datuk naik ke rumah. Waktu hari mula remang-remang senja datuk menuju
ke pangkal pokok mempelam. Dia menepuk bangkai gagak tiga kali sambil
menabur garam halus di bangkai gagak tersebut. Gerak geri datuk itu saya
perhati dengan teliti dari tingkap rumah Ketua Kampung.

"Suami Si Timah itu mengamalkan, ilmu salah, membela hantu raya semasa
hidupnya. Begitulah datuk menyatakan pada Ketua Kampung sebaik saja dia
masuk ke dalam rumah. Dengan jujur Ketua Kampung menyatakan dia
memang tak tahu walaupun suami Timah kawan rapatnya.

Ketua Kampung juga mengakui terdapat beberapa perkara aneh pada diri
arwah suami Timah , antaranya dia selalu ditemui oleh orang kampung
bekerja di ladang pada waktu malam seorang diri, bertukang rumah waktu
malam, mencari kayu waktu malam seorang diri. Ketika orang-orang melihat
kejadian aneh itu , suami timah sebenarnya tidak ke mana-mana, berbual
kosong dengan Ketua Kampung di rumahnya.

Bila Ketua Kampung bertanyakan hal itu suami Timah. Dia menafikan yang
dia membuat kerja-kerja itu. Malah menuduh orang-orang kampung
mengadakan cerita yang bukan-bukan kerana dengki dengan

82
kesenangannya. Dan dengan penjelasannya itu Ketua Kampung tidak
menyoalnya lagi.

Setelah menunaikan sembahyang magrib datuk mengajak saya pergi ke


suatu kawasan hutan tebal. Dia mengandar bangkai gagak dengan tenang.
Saya lihat mulut datuk terkumat kamit membaca sesuatu. Datuk menyuruh
saya bersembunyi di sebalik pokok besar. Datuk meletakkan bangkai gagak
yang sudah dipanggang itu di kawasan lapang. Datuk menghidupkan api. Dia
duduk di depan unggun api itu sambil berpeluk tubuh.

Dengan pertolongan cahaya api itu , saya lihat satu lembaga hitam besar
berdiri di depan datuk. Serentak saya terdengar bermacam-macam bunyi.
Ada bunyi suara orang menangis dan mengilai. Ada suara gendang dipalu.

"Aku tidak bertujuan jahat, aku minta kau ambil anak kau semula, kau dari jin
dan kami dari manusia. Tidak serupa cara hidupnya," suara datuk meninggi.
Lembaga hitam itu bertambah besar. Dua tiga pokok besar yang
dirempuhnya habis tumbang.

Seluruh kawasan itu saya rasa seperti dilanda ribut taufan yang amat kuat.
Saya terdengan bunyi burung gagak berbunyi dan dalam saat itu juga burung
gagak datuk terbang menuju ke lembaga itu. suasana menjadi tenang.
Lembaga hitam hilang dari pandangan saya. Datuk segera bangun dan
mendapatkan saya.

"Kita ke rumah Timah," perintah datuk. Saya pun ikut perintahnya. Bukan lah
suatu perkara yang mudah berjalan dalam gelap. Dua tiga kali saya terjatuh
tapi bangun semula. Akhirnya kami sampai rumah Timah. Lama juga kami di
situ, tidak ada sesuatu pun yang dapat kami lihat. Semuanya macam biasa.

Datuk mengajak saya pulang ke rumah Ketua Kampung. Datuk menunaikan


sembahyang Ishak. Sesudah makan, datuk mengajak Ketua Kampung ke
rumah Timah kembali. Kali ini datuk menyuruh saya dan Ketua Kampung
berpecah, mencari tempat perlindungan masing-masing. Datuk memakai
baju hitam dan seluar hitam. Dia membawa tiga batang serai, tiga puntung
kayu yang sudah menjadi arang serta sebatang paku. Datuk tidak memakai
seluar hitam, dia memakai seluar kuning dan mengikat kepalanya dengan
kain putih. Badan mula merasai kedinginan. Embun jantan mula menitik.
Angin malam yang bergerak melanggar dedaun di halaman rumah. Dedaun
yang berlaga sama sendiri itu melahirkan bunyi tidak menentu. Bunyi katak
bersahut-sahutan sesekali terdengar bunyi suara anjing bertingkah dengan
bunyi suara burung hantu dan jampok.

Saya lihat pintu rumah Timah berkuak dengan sendirinya. Sinar lampu
minyak tanah menerangi sebahagian dari halaman rumah itu. saya lihat ada
bayang-bayang hitam berdiri di muka pintu. Serentak dengan itu terdengar
bunyi suara orang lelaki batuk bertalu-talu. Saya berlari mendapatkan datuk.
Saya duduk di sisinya, tiba datuk menyepak pangkal peha saya, saya
terduduk.

83
BERSABAR

"Jangan dekati aku," katanya.

Saya pun segera menjauhkan diri darinya. Datuk membakar kemayan dan
membakar sesuatu. Dari rumah Timah terdengar suara lelaki. Anjing kian
kuat melolong. Saya terdengar kicau burung murai ditengah malam. Bulu
roma saya berdiri. Ketua Kampung datang ke tempat saya dan datuk.

Perhatian kami tertumpu pada pintu rumah Timah yang terdedah. Saya lihat
seorang lelaki sedang duduk di muka pintu sambil menghisap rokok.
Mukanya tidak berapa jelas kelihatan. Angin malam terus bertiup.

"Kau kenal siapa tu?" tanya datuk pada Ketua Kampung. Ketua Kampung
terdiam. Dia terus menumpu perhatian pada rumah Timah.

"Latif, laki Timah," katanya pendek. Datuk angguk kepala. Datuk meletakkan
tiga batang serai di depannya. Tangannya menggenggam paku.

"Itu bukan latif, Itu hantu raya," kata datuk. Sebaik saja datuk selesai
bercakap, seketul batu melayang ke arah Ketua Kampung. Kerana Ketua
Kampung juga pandai bersilat, dia mengelak. Batu terkena pangkal pokok.
Datuk mencabut keris lalu menikam bumi. Ketika datuk mencabut keris pintu
rumah Timah terkaup dengan sendirinya. Kami bertiga masuk ke bawah
rumah Timah. Apa yang kami dengar Timah bercakap sesuatu. Kami juga
terdengar suara Timah merayu dan suara lelaki sedang di lamun berahi yang
kuat. Suara Timah bertambah manja dan mengerang kepuasan.

"Hantu tu sedang berkasih dengan Timah," datuk memberitahu Ketua


Kampung.

Datuk menikam tiang seri rumah Timah dengan sekuat hati. Bila datuk
mencabut keris rumah Timah bergegar. Semua barang yang ada dalam
rumah bergerak dan jatuh ke atas lantai. Timah menjerit dan terjun ke
halaman rumah. Terjelepok Timah di situ. Satu lembaga hitam yang besar
terus mengangkat Timah yang tidak sedar diri itu.

Datuk menyerbu ke arah lembaga hitam itu. datuk melintas di depannya.


Ketua Kampung dan saya turut sama ke situ.

"Berhenti, kau syaitan.," jerit datuk.

Lembaga hitam itu melepaskan Timah ke atas bumi. Dia merenung tajam ke
arah datuk.

"Latif…," pekik Ketua Kampung.

84
Lembaga hitam itu segera bertukar menjadi lelaki yang berbadan kurus,
berkain pelekat tanpa baju dengan rambut tak terurus. Dia membuka
langkah mengatur silat.

"Tidak ada jalan lain, kita mesti memusnahkannya malam ini juga, kalau
sudah sampai subuh kita berjaya membunuhnya selama-lamanya kita tidak
akan dapat melenyapkannya dari kampung ini," ujar datuk.

Mendengar cakap datuk, lelaki kurus itu bertambah marah dan bertukar
menjadi lembaga yang hitam sehitam bulu burung gagak. Seluruh badannya
berbulu. Matanya kelihatan mengeluarkan cahaya.

Datuk mengambil tiga batang surai sambil mengacu-ngacu ke arahnya.


Setiap kali serai itu di lihatnya, lembaga hitam itu akan menjerit. Seluruh
kampung bergema dengan jeritannya yang amat menakutkan itu. Lembaga
itu menutup matannya dari melihat batang serai. Datuk lalu menayangkan
pula kepak burung gagak ke arahnya. Lembaga hitam itu berguling-guling di
atas tanah bagaikan menahan kesakitan.

"Aku tahu asal usul mu dan roh mu tidak diterima bumi, aku akan
menyempurnakan diri mu kerana engkau adalah manusia yang berasal dari
tanah dan ke tanah juga lah engkau kembali," kata datuk. Lembaga itu terus
berguling-guling.

"Dia bini aku," secara mendadak lembaga itu bersuara dan bangun. Datuk
tergamam. Dalam rasa cemas itu lembaga hitam menerpa ke arah datuk
sambil kedua-dua belah tangannya yang hitam berbulu tebal menekan
batang leher datuk.

Dikejar Mayat - Siri ke 15)

Dalam pergelutan yang hebat itu, ternyata datuk tidak dapat menandingi
tubuh lembaga yang berbulu lebat itu. Datuk sering saja tercampak. Dan
memang perangai datuk tidak mudah mengaku kalah. Dia terus bergelut.

Saya dan ketua kampung didakap rasa kecemasan. Di langit saya lihat tidak
ada sebiji bintang bersinar. Pokok-pokok di kiri kanan bagaikan dilanda
taufan. Suara burung hantu bagaikan orang berlagu mengiringi petarungan
datuk dengan lembaga itu.

Tiba-tiba,saya lihat berpuluh-puluh ekor burng gagak hinggap di ranting


pokok. Berbunyi bersahut-sahutan. Kemudain burung-burung gagak itu terus
turun ke tanah lapang. Tanah tiu jadi gelap dengan burung gagak. Saya
benar-benar berada dalam keadaan cemas.Lembaga yang berbulu lebat
terus mencampakkan tubuh datuk kepangkal pokok pisang.

"Bacalah ayat al-Qurshi," bisik keuta kampung pada saya. Saya terdiam,
dalam saat-saat cemas begitu, saya jadi terlupa untuk mengingati ayat
tersebut. Bila saya cuba, pembacaan saya banyak yang silap. Saya

85
menggelabah tidak tentu arah. Datuk tidak juga bangun dari perdu pikok
pisang.

Saya teringat pesan datuk, bahawa ayat al-Fatihah adalah ibu segala ayat
dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi, kalau kita berhadapan
dengan musuh dan sudah tidak ada cara lain untuk mempertahankan diri,
bacalah ayat tersebut sambil berusaha melepaskan diri dari musuh dengan
bertawakal pasa Allah yang maha besar.

Jadi, al-Fatihah pun saya baca dengan teliti supaya tidak silap. Bila sudah
selesai dibaca saya mula terasa semacam ada semangat baru dalam diri
saya. Fahamlah saya, bahawa tidak ada kuasa yng lebih gagah dan kuat dari
kuasa Allah. Saya perhatikan ketua kampung masih terus membaca ayat al-
Qurshi.

Di tanah lapang lembaga hidup yang berbulu, berdiri gagah dikelilingi oleh
berjuta-juta burung gagak. Saya renung ke langit. Saya lihat ada benda
terbang separas pucuk pokok kekabu, berkilau-kilau. Benda itu seakan-akan
bentuk batang buruk, di bahagian bawahnya keluar sejenis benda semacam
tali, berwarna merah. Benda itu berlegar-legar atas bumbung rumah Timah
dan akhirnya hilang lalu diganti oleh suara perempuan ketawa manja.

Saya raba telinga, hidung dan mata bagi mempastikan apakah perkara yang
saya alami, satu khayalan saya sendiri. Saya meraba bumi dan rumput.
Ternyata saya tidak berhhayal, saya berhadapan dengan satu dunia yang
cukup ganjil dan aneh sekali.

Dalam samar-samar malam itu , cara kebetulan di langit bulan mula bersinar.
Saya lihat datuk bangun menuju ke arah kami. Di tangannya masih
tergenggam batan serai dan bulu burung gagak.

"Hebat," sepatah perkataan kelaur dari mulut datuk. Dia terus duduk,
kemudain mencangkung, macam orang mahu memulakan perlumbaan lari.
Lepas itu bergerak lagi. Kedua belah tangannya diletakkan ke daepan, kaki
diluruskan ke belakang. Dengan perintah datuk, ketua kampung
mencacakkan bulu burung gagak dan batang serai di depannya.

Datuk merenung ke arah lembaga yang berbulu hitam, saya lihat datuk
bagaikan harimau yang mahu menerkam mangsanya. Sepuluh jarinya
mencakar-cakar tanah. Dia pejamkan matanya lalu mulutnya bergerak-gerak.
Saya terdengan datuk memebaca sepotong ayat dari al-Quran. Saya amati
pembacaannya, memang datuk membaca ayat yang pernah dibaca oleh nabi
Allah Yunus ketika ia berada dalam perut ikan.

Datuk menyerahkan hati dan perasaannya pada Allah yang maha besar.
Memang semua kepandaian yang ada padanya tidak terdaya melawan hantu
raya jelmaan syaitan itu. datuk terus berdiri. Bulu gagak diangaktnya.
Serentak dengan itu dia menyuruh saya membakar kertas. Bila api sudah

86
menyala. Ketua kampung lalu menghimpunkan daun-daun kering atas api
yang membara itu.

Entah dari mana datuk mendapat kemenyan, dalam tempoh beberapa saat
sja kawasan kami penuh dengan bau kemenyan. Makin kuat bau kemenyan
masuk lubang hidung, kian kuat bunyi pokok-pokok di sekeliling kami
dirempuh angin, dahan-dahan bagaikan jatuh mahu menimpa kami, tetapi
bili dilihat ke atas pokok pun tidak bergoyang. Suara gagak tetap bersahut-
sahutan.

Datuk membongkok dan terus menumbuk tanah. Semua burung gagak di


tanah. Semua burung gagak di tanah lapang berterbangan. Hilang dengan
sekelip mata. Deru angin tidak sekuat tadi. Semuanya terasa menyepi. Saya
lihat lembaga hitam hilang. Lebi\h kurang antara lima hingga tujuh minit
kami dipeluk sepi. Datuk meletakkan bulu gagak atas lengan. Ditiup tiga kali
berturut-turut.

"Kau," tempik ketua kampung, bila di depan kami wuduj batang tubuh suami
Tiamh. Bila datuk mahu menerpa ke arahnya. Batang tubuh suami Timah
segera hilang. Tempatnya digantikan dengan kain putih. Kain itu bergerak
dan mengelumbung. Saya, ketua kampung dan datuk terus melihatnya
dengan penuh teliti.

"Mayat," kata saya

"Ya," memang dalam kain itu mayat," jawab datuk.

"Mayat siapa?" tanya ketua kampung.

"Mayat suami Timah ," pendek datuk menjawab, sambil menyinsing lengan
baju.

Mayat yang terbujur itu begerak lalu mengoyakkan kain kapannya. Mayat itu
terus duduk. Kainkapan berkumpul di bahagian pinggang. Ketua kampung
memberitahu saya, bahawa itulah mayat suami Timah yang telah ditanam
oleh orang-orang kampung saya dulu. Mayat itu memusingkan badannya
sambil duduk. Merenung ke arah datuk dengan pandangan yang cukup
tajam. Bau busuk mula menguasai kawasan tempat kami bernaung. Saya
bagaikan mahu terkeluar isi perut.

Angin malan terus bertiup. Macam-macam bunyi yang kami dengan. Dalam
suasana yang begitu, saya terdengar bunyi suara orang lelaki merintih
menahan kesakitan. Saya tidak tahu dari mana suara itu datang.

"Kau orang jang bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan


kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama-
lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang
boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah
kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.

87
Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya
kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk
mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing-
pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali.
Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya
dengan kaki kiri. Datuk melangkah dua tapak ke depan.

:"Kau suami Timah."

Cukup lantang suara datuk. Mayat itu angguk kepala dan menutup kepalanya
dengan kain kapan semula.

"Kau kenal ketua kampung," tambah datuk. Mayat itu buka kain kapan lalu
merenung ke muka ketua kampung. Mayat anggukkan kepala. Saya merasa
cukup seram. Datuk menggawang-gawangkan tangan di depan matanya.

Mayat itu berpusing ke arah datuk kembali. Datuk menumbuk tanah dan
mayat suami Timah di depannya terus menjerit. Bergema ke seluruh
kawasan., pokok-pokok kecil bagaikam mahu tercabut. Mayat itu cuba
bangun, tetapi tidak bolh.

Punggungnya seperti melekat pada bumi.

Datuk pun mengangkat kedua belah tangannya ke ats. Lalu diturunkan


perlahan-lahan. Berhenti separas dada. Sepuluh jari tangan datuk kelihatan
kembang macam menahan sesuatu. Saya perhatikan kaki kanan datuk
terbenam ke dalam bumi separas buku lali. Mayat di depannya terus
berhempas pulas.

Mulut datuk berkumat-kamit. Fahamlah saya datuk sedang berdailog dengan


mayat. Kerana selalu saja mengikut datuk dan selalu pula melihat dia
bercakap dengan makhluk ganjil. Saya dapat membaca dan mentafsir apa
yang dicakapkan oleh datuk menerusi gerak bibirnya.

Lebih hirang datuk berbicara :

"Kenapa kau datang ke dunia ini?"

"Menuntut sesuatu."

"Apa yang kau tuntut?"

"Isteriku."

"Engkau dengannya tidak boleh bersama."

"Aku tahu, tapi aku mahu pulang padanya, aku mahu dia membela dan
memberi aku makan."

88
"Kalau dia tidak mahu bagaimana?"

"Aku akanmencari keluarga aku yang terdekat untuk meminta perlindungan."

Datuk berhenti bercakap. Timah yang sedar dari pengsan menerkam ke arah
kami. Mayat itu masih terkapai-kapai. Timah terus berlindung di belakang
ketua kampung.

"Apa pesannya pada kau sebelum dia mati?"

Dengan mendadak saja datuk mengajukan pertanyaan pada Timah. Timah


termenung sejenak mengingati sesuatu.

"Tak ada apa-apa," sahut Timah.

"Mesti ada, kalau tidak hantu suami kau tidak pulang," sanggah datuk. Timah
mengigit bibir.

Mayat suami Timah kelihatan berhempas pulas mahu bangun. Bila mayat itu
boleh bangun, datuk menekan kaki kirinya yang terdapat bulu burung gagak
di bawahnya.

"Kalau kaki ini terangkat, syaitan yang menyerupai suami Timah akan lari,
kemudian mengacau semua penduduk kampung," ujar datuk pada ketua
kampung. Serentak saya dan ketua kampung angguk kepala

Dalam keadaan yang serba gawat itu, dengan tiba-tiba Timah bersuara :

"Dia ada pesan, sebelum dia dimandikan dan dikapan, dia suruh saya
tikamkan tapak kakinya dengan jarum."

"Kau buat apa yang disuruhnya," datuk memotong cakap Timah.

"Tidak."

"Sebab?"

"Tak sampai hati."

"Kalau kau membuatnya dulu, semua ini tidak akan terjadi."

"Saya tak faham."

"Suami kau yang sebenarnya sudah mati, apa yang kau lihat dan kita lihat ini
ialah kapitnya ."

"Maksudnya," soal Timah macam orang bodoh.

89
"Suami kau masa hidupnya berkawan dengan syaitan, bila dia mati, kapit
atau kawannya itu mencari tuan yang lain."

Dengan cakap datuk itu, Timah mengerti tentang keadaannya yang sebenar.
Dan dia mula faham, kenapa masa suaminya hidup dulu, tanah sawah dan
kebun tidak pernah dijenguk, tetapi habis ditebas dan dicuci orang. Bila
ditanya pada suaminya. Dia hanya mendapat jawapan begini : Sahabat kita
yang mengerjakannya.

Dan sekarang fahamlah Timah, siapakah sahabat suaminya yang sebenar.


Dia juga mula faham kenapa suaminya selalu bercakap seorang diri waktu
dinihari. Ketua kampung terus tercenggang melihat keadaan yang tidak
pernah dimimpikan untuk melihatnya.

Datuk menyuruh saya memijak bulu burung gagak. Saya akur dengan
perintahnya itu. Bila dipijak, tapak kaki saya terasa cukup panas. Datuk terus
meluru ke arah mayat. Datuk merentap kain kapan yang membalut bahagian
kaki mayat itu. Mayat terus menghulurkan kedua belah tangannya pada
datuk, seolah-olah minta tolong.

Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. saya lihat datuk terus menarik kaki
mayat. Dia memasukkan sesuatu di situ. Lagi sekali mayat itu menjerit. Bila
gema jerit mayat itu berakhir, saya lihat datuk duduk berdirikan lutut. Di atas
kepala saya terdengar bunyi sesuatu yang berat dan keras melanggar pokok.
Saya terus meniarap. Bila saya bangun dari meniarap. Saya lihat mayat
suami Timah sudah tidak ada lagi di situ, tetapi bau busuk tidak juga hilang
dari tempat yang kami duduki.

Datuk datang ke arah kami. Di kaki langit cahaya kemerah-merahan mula


naik. Tidak lama sepelas itu, terdengar suara beduk dipalu orang bertalu-talu
dan diikuti dengan suara Azan memecahkan kedamaian subuh hening.

Datuk menyuruh Timah kembali ke rumahnya, kami bertiga terus menuju ke


surau. Selepas mandi dan menunaikan fardhu subuh, datuk mengadu pada
saya kepalanya terasa pening. Sebaik saja datuk melangkah mahu keluar
dari surau, dia terjatuh. Orang-orang kampung mengusung datuk ke rumah
ketua kampung.

Seorang dukun dipanggil untuk merawat datuk, setelah minum air panas
bercampur limau nipis, sakit kepala datuk beransur kurang, kemudian dukun
itu mengurut seluruh badan datuk hingga pulih.

"Angin," kata dukun itu pada datuk, sebaik saja datuk sendawa dan kentut
bertalu-talu. Semua orang yang berada di rumah riuh rendah. Bila ketawa
sudah berakhir, ketua kampung menceritakan apa yang kami alami malam
semalam. Ada yang mengkerutkan muka dan ada pula yang geleng kepala.
Tetapi, mereka tidak menolak untuk diajak pergi tempat kejadian malam
semalam.

90
Semuanya terpaksa mengalah pada ketua kampung yang meminta mereka
sarapan pagi di rumahnya. Kira-kira dua belas orang penduduk kampung,
termasuklah saya, datuk dan ketua kampung terpaksa duduk bersila di
anjung rumah ketua kampung menikmati kopi dan rebus pisang pagi itu.
Badan terasa segar, bila perut sudah diisi barulah sedap mengatur
perjalanan.

Matahari pagi terus bersinar ketika kami meninggalkan anjung rumah ketua
kampung. Sepanjang perjalanan tidak banyak orang yang bertanya sesuatu
daripada datuk atau saya, semuanya melangkah dengan tenang.

Kira-kira dua rantai mahu sampai ke tempat kejadian tersebut, semua orang
menekup hidung. Bau busuk mula tercium. Dua tiga orang kampung tidak
mahu meneruskan perjalanan. Mereka muntah dan terus pulang.

"Bau bangkai apa?" saya terdengar suara bertanya pada datuk. Pertanyaan
itu tidak segera dijawab oleh datuk. Dia cuma tersenyum.

"Entah, cuba tanya ketua kampung," sebaik saja datuk habis bercakap dia
berdehem dua tiga kali.

"Itulah bau yang kami cium sepanjang malam." Sahut ketua kampung
sebelum orang yang bertanya mengemukakan pertanyaan padanya.

Bila saja kami masuk ke tempat kejadian malam tadi. Bau busuk itu
bertambah kuat. Datuk terus menunjukkan pada orang-orang kampung
tempat mayat itu duduk. Tanah di situ kelihatan berlubang. Di sekelilingnya
terdapat sejenis serbuk berwarna putih seperti hampas kelapa. Bau busuk
yang cukup meloyakan tekak itu berpunca dari situ.

Tiba-tiba datuk mengambil secebis kain putih yang terdapat di situ. Bila
diangkat kain itu, ia bertukar menjadi habuk macam tepung. Tangan datuk
yang memegang kain itu digosokkan ke tapak kaki kiri. Tujuan datuk berbuat
begitu mahu menghilangkan bau busuk yang terdapat di tapak tangannya.

"Ini membuktikan, bahawa syaitan tu memang wujud, dia mempengaruhi


anak adam mengikut keadaan," ujar datuk tenang.

Matahari pagi kian meninggi, sudah melampaui pucuk getah. Dari situ, kami
terus ke rumah Timah. Sampai saja di kaki tangga rumahnya, Timah terus
mengadu bahawa dia tidak boleh duduk di dalam rumah peninggalan
suaminya.

"Kenapa?" Ketua kampung menyoal.

"Seluruh rumah berbau busuk, macam bau bangkai, hingga beras dalam
tempayan pun berbau busuk tok," suara Timah sayu. Dengan perintah datuk,
saya disuruh naik ke rumah. Sebaik saja saya berada di muka pintu , saya

91
terus termuntah. Semua yang saya makan pagi itu habis keluar. Cepat-cepat
saya turun.

Atas persetujuan orang-oarng kampung sebuh rumah lain didirikan untuk


Timah. Rumah lamanya ditinggalkan terbiar. Rumah baru Timah didirikan
berhampiran dengan rumah ketua kampung, dengan usaha ketua kampung
itu sendiri (tiga bulan selepas itu) Timah dijodohkan dengan seorang nelayan
yang tinggal di Telok Gadung - Pulau Pangkor.

Habis dari perkongsian hidup Timah dengan suami barunya itu, mereka
dikurniakan seorang anak lelaki. Dan anak lelaki itu kini sudah bekerja
dengan Bank Bumiputra. Dalam tahun 1977, anak lelaki Timah itu telah
ditukarkan dari Bank Bumiputra Ipoh ke Bank Bumiputra Batu Pahat - Johor
dan sekarang bertugas di Kuala Lumpur. Masa orang-orang kampung
mendirikan rumah Timah, saya dan datuk turut membantunya. Malah,
sebelum Timah pindah ke rumah barunya, datuklah orang pertama tidur di
situ. Tujuan datuk berbuat begitu untuk menjamin rumah itu tidak didatangi
oleh sebarang hantu syaitan, di samping datuk mencari sesuatu alamat.

Menurut datuk, setiap orang yang mahu menduduki rumah baru, sekurang-
kurang satu malam mesti ditidur oleh orang lelaki terlebih dulu dengan
membawa sebungkus gula, susu dan segenggam beras. Orang yang tidur di
situ, mestilah dirinya dalam keadaan bersih.

Sebaik-baiknya melakukan sembahyang hajat di rumah itu, mohon petunjuk


dari Allah atau memohon padaNya supaya orang yang akan mendudukinya
kelak tetap selamat serta melakukan sesuatu yang baik dan teguh iman serta
kuat beribadat.

Pada hari Timah menaiki rumah barunya, orang-orang kampung telah


mengadakan pembacaan doa selamat. Dua hari selepas Timah duduk di
rumah baru, saya dan datuk pun meninggalkan Kampung Cangkat Cermin.

Sebaik saja datuk sampai ke rumahnya, dia lagi sekali jatuh pengsan. Bila
datuk sedar dari pengsan seluruh badannya lebam. Dia tidak boleh berdiri.
Datuk terpaksa merangkak dari muka pintu hingga ke tempat tidur. Seluruh
sendinya tersa sakit, macam ditikam-tikam dengan jarum.

Bila malam, datuk menjerit sendiri. Anehnya datuk saya, bila dibawa ke
doktor ternyata dia tidak mengalami sebarang sakit dan bila dia masuk ke
dalam rumah, sakitnya datang semula. Dan datuk tidak mengizinkan saya
atau nenek mencari dukun untuk mengubatinya.

Sakit datuk itu berlanjutan hingga ke bulan puasa, tetapi yang peliknya datuk
dapat meneruskan puasanya dengan sempurna. Pada malam dua puluh tujuh
likur, datuk memanggil saya dan nenek. Dia menyuruh kami mencari limau
tiga serangkai yang mengarah ke matahari terbit.

92
Limau itu harus dipetik sendiri tanpa mengunakan galah atau tangga.
Akhirnya apa yang dikehendaki oleh datuk itu saya perolehi. Dia suruh saya
meletakkan limau itu di atas pinggan putih bersama pinang kering.

Lebih kurang pukul dua belas malam. Rumah datuk didatangi oleh bau yang
cukup wangi. Saya lihat pintu rumah datuk terbuka dengan sendiri. Tidak
berapa lama selepas itu, saya terdengar bunyi suara orang perempuan
membaca Quran, suaranya cukup merdu yang datangnya dari tempat tidur
datuk.

Perkara itu berlaku tiga malam berturut-turut. Saya tanyakan hal itu pada
nenek. Kata nenek isteri muda datuk datang mengubatnya. Kadang-kadang
saya terdengar orang bercakap dengan datuk. Pernah saya terdengar orang
itu bertengkar dengan datuk. Bila pertengkaran itu berakhir suasanan
menjadi sepi.

Kemudian dengan jelas saya mendengar suara orang perempuan barkata


begini pada datuk : Al-Quran yang diturunkan oleh Allah sudah cukup lengkap
untuk manusia. Di dalamnya tersembunyi seribu rahsia perubatan, apa
salahnya kita mengambil ayat-ayat darinya untuk penawar.

Dan saya tidak pernah bertanyakan hal itu pada datuk. Walau bagaimanapun
saya merasa gembira, bila pagi Syawal tiba, saya lihat datuk sudah sihat. Dia
bangun pagi-pagi dan membaca al-Quran sebelum pergi sembahyang hari
raya. Di masjid datuk duduk di barisan hadapan membaca takbir bersama
orang ramai.

Setelah selesai sembahyang hari raya, saya dan datuk terus menziarahi
rumah seluruh penduduk kampung. Bila saya dan datuk kembali ke rumah ,
saya terkejut melihat dua orang perempuna duduk di anjung ruamh.
Perempuan yang berusia agak lanjut itu tersenyum pada saya bila saya
melintas di depannya, manakala perempuan muda yang berselindang lingkup
itu wajahny terlalu manis air mukanya cukup bersih.

Siapa bertanya dalam diri saya, siapakah gerangan perempuan itu?" Dalam
keadaan yang kebingungan itu saya lihat perempuan itu mendekati datuk
lalu mencium tangan datuk dengan diperhatikan oleh perempuan di
sebelahnya. Nenek cuma tersenyum saja

(Kain Dalam Perut Gadis - Siri ke 16)

Sesudah perempuan muda itu mencium tangan datuk, dia pun membetulkan
selindangnya yang jatuh ke atas bahu. Saya lihat alis mata perempuan itu
cukup tebal dan lentik. Kerlingnya cukup tajam. Datuk memperkemaskan
silanya dan sepasang mata datuk terus meratah ke paras wanita muda di
depannya.

Nenek terus menghidangkan lemang dan rendang. Bunyi mercun dan meriam
buluh sekali-kali terdengar juga memecah kesunyian kampung. Tiba-tiba

93
saya terkejut, perempuan tua bangun serentak, tanpa menjamah barang-
barang yang dihidangkan oleh nenek.

Mereka menuju ke muka pintu, sampai bendul pintu mereka merenung ke


arah nenek dan datuk sambil melambaikan tangan. Datuk kelihatan
tersenyum senang. Perempuan tua dan perempuan muda memijak anak
tangga. Sinar matahari yang mencerah di luar menerpa ke wajah mereka.

Datuk, tiba-tiba terbatuk dengan kuat. Mata nenek dan mata saya tertumpu
ke wajah datuk sebentar. Bila saya dan nenek berpusing ke arah muka pintu,
batang tubuh perempuan muda dan tua sudah tidak kelihatan lagi di situ.
Hilang entah ke mana.

"Ke mana mereka pergi tok?" saya bertanya. Datuk merenung muka nenek.
Mereka berbalas senyum lalu datuk menghadapi hidang yang tersedia.

"Siapa mereka tok?"

Datuk terus menghampiri saya. Dia menepuk bahu saya sambil berkata :

"Itulah nenek muda kau," suara datuk menendang gegendang telinga saya.
Wajah datuk saya lihat, terpamir sejuta kepuasan dalam dirinya. Saya renung
muka nenek, rasa cemburu di wajahnya tidak timbul. Betapa nenek
berkorban untuk kebahagian datuk. Fikir saya dalam hati.

DATUK NENEK

"Sudahlah tu, mari minum," datuk menarik tangan saya. Nenek ketawa
melihat telatah saya yang menurutperintah datuk itu. Nenek terus duduk di
sisi saya. Selesai makan ketupat dan rendang datuk mengajak saya ke tanah
perkuburan untuk melihat pusara datuk nenek. Selesai menziarahi kubur
datuk nenek dan menghadiahkan al-Fatihah atas roh, mereka, datuk terus
mengheret saya bertandang ke rumah kenalannya. Satu kerja yang amat
tidak saya senangi. Menyusurlah sayadi bawah pepohon getah mengikut
langkah datuk yang rancak. Sinar matahari yang keras petang itu memaksa
badan saya mengeluarkan peluh. Baju dan seluar terasa bergetah. Kain
samping sudah tidak lekat di pinggang sudah bertukar menjadi kain selipang.

"Ke mana kita tok, saya dan tak tahan ni," saya mengadu.

"Jalan sikit lagi, kita pergi ke rumah Ujang Selamat."

"Jauh lagi ke ?"

"Lepas pokok asam kumbang sampailah kita." Suara datuk mula keras.
Matanya, tajam memandang muka saya.

Tempat yang dituju sampai juga, sebuah rumah papan beratap zing di pinggir
bukit Paya Takung . Halaman rumah yang bersih itu menghala ke sawah yang

94
saujana mata memandang. Itulah rumah Ujang Selamat ketua kampung Paya
Takung dan rumahnya adalah rumah yang paling cantik dan besar di dalam
kampung tersebut.

Ujang Selamat yang berbadan tegap, bermisai lebat memakai seluar dan
baju hitam mempersilakan saya dan datuk naik. Datuk dan Ujang Selamat
bersalaman. Ujang Selamat ketawa menampakkan giginya yang besar dan
kekuningan itu. Data datuk, Ujang Selamat berasal dari negeri Petani di
Selatan Siam. Dia meninggalkan kampung halamannya sesudah tercetus
peperangan antara rakyat Petani yang menuntut kemerdekaan dari kerajaan
Siam.

Dalam pertempuran iut, banyak rakyat petani yang tewas ditawan oleh
tentera Siam. Ujang Selamat melarikan diri hingga sampai ke kampung Paya
Takung. Dia bertani dan bercucuk tanam hingga berjaya mendirikan rumah
dan membeli tanah di situ. Kemudian kahwin dengan orang di situ hingga
beranak cucu.

Sedang saya dan datuk asyik menjamah lemang, tiba-tiba rumah Ujang
Selamat didatangi tetamu. Lima orang semuanya. Ujang Selamat
memperkenalkan saya dan datuk pada tetamu tersebut. Kami bersalaman,
berkenal mesra dan sama-sama menjamu selera.

Selesai mengisi perut. Kelima-lima tetamu itu meninggalkan rumah Ujang


Selamat. Saya bingkas, duduk kat bendul.

"Memang hajat tu nak ke rumah awak, bila awak dah datang elok benarlah,"
kata Ujang Selamat pada datuk sambil mengipaskan badannya dengan
kertas suratkhabar.

"Apa halnya?"

"Awak pawang besar tentu tau atau dapat tanda-tanda,"

"Saya bukannya pawang, saya cuma berusaha untuk menolong."

"Begini." Ujang Selamat memperkemaskan silanya. Perut gendutnya yang


berlapis itu bagaikan bergerak-gerak. Angin dari tengah wawah terasa
menyapu wajah.

Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke
depan, macam telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

"Ada saudara mara awak yang sakit?" tanya datuk.

"Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh
mengubat anak dara

berperut buncit."

95
"Tidak, dia sakit," biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah
datuk. Saya sandarkan badan ke dinding. Matahari petang kian condong.

"Kaum awak Ujang?" soal datuk.

"Ada kena mengena dengan bini saya."

"Jadi apa ikthiar kau?"

Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok
pawang sendiri berusaha."

BERUSAHA

Datuk terdiam, saya tahu datuk tidak berapa senag kalau dia dipanggil
pawang atau bomoh. Itu bukanlah cita-citanya, tetapi kalau dia dipanggil
pemburu atau tok buru, dia memang tak menolak. Dia megah kalau ada
orang yang memanggilnya demikian. Datuk termenung panjang. Saya
memanglah tidak begitu gembira kalau datuk memenuhi permintaan Ujang
Selamat itu, tetapi sesiapa pun tidak dapat menahan sikap terpuji datuk yang
suka menolong orang itu.

Di luar, matahari mula condong, tanah sawah yang sudah ditumbuhi rumput-
rumput padi sudah tidak berapa jelas kelihatan, burung pipit terbang rendah
menuju ke pohon yang memagari batas sawah.

"Bagaimana?" soal Ujang Selamat sebaik saja kami sampai di kaki tangga.
Datuk terdiam. Ujang Selamat masih lagi berdiri di tepinya. Memang, Ujang
Selamat minta kata pasti dari datuk.

"Kena tengok macam mana jenis penyakitnya."

"Bila agaknya, kita boleh pergi."

"Ujang, usahlah kau susah, pagi esok kita pergi dengan bas."

"Baiklah," suara Ujang Selamat dibungai kegembiraan.

Malam itu datuk menceritakan pada nenek tentang hasratnya untuk


menolong orang sakit. Nenek membantah dengan alasan, sejak akhir-akhir
ini, setiap kali datuk pulang dari mengubati orang sakit, dia pula akan
diserang sakit, hingga terpaksa menjemput isteri mudanya. Dan hal bigini
tidak berapa digemari oleh nenek, sebagai seorang wanita walau sebaik
mana hatinya, raca cemburu itu tetap wujud dalam dirinya. Akhirnya, nenek
mengalah juga bila datuk menerangkan bahawa di dalam hidupnya dua
perkara saja yang boleh mengembirakan hatinya.

Pertama memburu binatang dan kedua menolong orang sakit dengan tidak
membelakangi kasih sayang dan tugasnya sebagai seorang suami terhadap

96
isteri. Seperti biasa sebelum datuk pergi ke suatu tempat untuk mengubat
orang dia akan melakukan sembahyang hajat. Mohon restu dari Allah yang
maha besar. Dan malam itu datuk pun melakukan sembahyang hajat.

Dan pagi esoknya, saya, datuk dan Ujang Selamat bertolak dengan bas
menuju ke Parit. Dari pekan kecil itu kami menaiki perahu menyemberang
Sungai Perak menuju ke sebuah kampung. Belanja Kiri namanya. Dari
pengkalan perahu kami berjalan arah ke utara menuju ke sebuah rumah
yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis
dan rambutan.

Ujang memperkenalkan datuk dengan Haji Azhar tuan rumah. Dan Ujang
Selamat menyatakan tujuan dan maksud datuk datang ke rumahnya. Haji
Azhar yang berkulit putih berambut jarang itu tersemyum. Dia
mempersilakan kami naik ke rumahnya. Kami naik ke rumahnya. Kami duduk
di bahagian anjung rumah. Haji Azhar terus menyatakan rasa putus asanya
untuk mengubati sakit yng dideritai oleh anaknya. Sudah berbelas ekar tanah
bendangnya dijual. Sudah berpuluh dukun Siam, China, Gurkha dan orang
Asli ditemui mengubati sakit anaknya, semuanya menemui kegagalan.

Dia hanya menyerahkan pada keadaan saja. Dan menerima siapa saja yang
datang ke rumahnya untuk mengubati sakit anaknya itu. Untuk mencari
dukun atau pawang dia tidak mahu. Dia benar-benar kecewa.

Datuk meminta izin pada Haji Azhar untuk melihat si sakit. Dengan rasa
rendah hati Haji Azhar membawa saya dan datuk masuk ke dalam bilik
anaknya. Datuk merenung muka anak dara Haji Azhar sambil mulutnya
membaca sesuatu.

Anak dara Haji Azhar gelisah di tempat pembaringan. Matanya bersinar-sinar


merenung ke wajah datuk. Perut anak dara Haji Azhar kelihatan membusut
mengandung sembilan bulan. Nafasnya kelihatan tersangkut-sangkut,
rambut panjangnya menutup bantal di bawah kepalanya.

Datuk minta kebenaran pada Haji Azhar dan isterinya untuk menjamah tubuh
anaknya. Mereka mengizinkan. Datuk pun meraba pergelanggan tangan anak
dara Haji Azhar lalu berkata :

"Dah berapa lama kena sakit ni?"

"Dah dekat setahun , tapi baru dua bulan ni yang teruknya."

"Berjalan ke bilik air pun kena pimpin," celah isteri Haji Azhar. Datuk
anggukkan kepala.

Saya, datuk dan Haji Azhar kembali ke ruang tengah rumah. Kami dapati
Ujang Selamat tidak ada . Dada saya berdebar. Dengan tidak diminta Haji
Azhar terus menceritakan pada datuk selain daripada berubat cara kampung

97
dia juga sudah membawa anaknya ke rumah sakit Ipoh. Hampir sebulan
anaknya ditempatkan di rumah sakit tersebut.

Setelah diperiksa didapati anaknya itu tidak mengalami sebarang sakit


ataupun mengandung. Phak rumah sakit berpendapat sebab perut anaknya
buncit kerana mengandungi air. Dan mereka pun berusaha mengeluarkan air
dari perut anaknya itu, tetapi usaha itu gagal. Perut anaknya tidak juga mahu
surut. Akhirnya anak kesayangan Haji Azhar dibawa pulang.

Dua bulan sesudah itu lagi sekali Haji Azhar membawa anaknya ke rumah
sakit besar - Ipoh. Perut anaknya di X-ray. Pihak doktor di rumah sakit itu
tetap berpendapat anaknya tidak menghidap sebarang jenis penyakit, malah
salah seorang doktor Melayu bertugas di situ, Dr. Megat Khas telah
menasihatkan Haji Azhar supaya berubat cara kampung. (Dan Megat Khas
sudah meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan).

Semua yang diceritakan oleh Haji Azhar itu, didengar oleh datuk dengan
cukup teliti. Dan setip kali Haji Azhar berhenti bercakap sepasang matanya
tetap tertumpu ke wajah datuk, seolah-olah dia mengharapkan sangat-sangat
datuk dapat menyembuhkan penyakit dideritai oleh anaknya itu.

"Siapa nama anak tuan Haji itu?"

"Latifah."

"Dulu pernah dipinang orang atau ada menaruh hati pada sesiapa?"

"Menaruh hati tu, saya tak tahulah, tapi orang meminangnya memang ada."

"Jadi bertunang."

"Tidak, saya tolak."

"Sebab."

"Belum masanya."

DENDAM

Datuk anggukkan kepala dua tiga kali. Sesekali datuk merenung keluar ikut
tingkap rumah yang terdedah. Kemudian datuk memberi janji pada Haji
Azhar untuk berikhtiar mengubati anaknya, dengan syarat Haji Azhar harus
menyediakan buah pinang merkah di pokok, daun delima dan tulang kucing
hitam. Dengan pertolongan Ujang Selamat semua benda-benda tiu dapat
diadakan.

Lebih kurang pukul sepuluh malam datuk pun mula menjalankan tugasnya
denga penuh teliti. Sedang datuk membaca mentera, tiba-tiba seketul batu
melayang masuk ke dalam rumah. Jatuh di hujung kepala anak dara Haji

98
Azhar. Dengan sekelip mata saja batu kecil itu, mengeluarkan asap yang
berkepul-kepul penuh satu ruang rumah. Semua orang dalam rumah itu habis
terbatuk.

Datuk bangun, lalu membuka kain lilit kepalanya. Dua tiga kali dia
mengibaskan kain lilit kepalanya ke kanan dan ke kiri. Asap itu berhenti dan
batu pun ghaib. Tempat batu itu jatuh nampak berlubang dan hangus. Datuk
berhenti dari meneruskan kerjanya.

"Nampaknya sakit anak tuan haji ni, dibuat dengan cara sihir, ada orang
dendam dengan keluarga tuan haji. Ini semua kerja syaitan," rungut datuk
sambil merenung muka Haji Azhar.

"Orang yang membalas dendam ni, bukan kepalang orang, saya minta diri
untuk mengubatnya," sambung datuk. Muka Haji Azhar berubah. Saya
perhatikan kedua belah kelopak matanya digenangi air jernih. Anaknya yang
terlentang kelihatan resah dan badannya berpeluh.

Datuk menarik tangan Haji Azhar ke sudut rumahnya. Datuk merapatkan


mulutnya ke telinga Haji Azhar.

"Tangguh dulu, kita ikhtiar cara lain malam, esok," kata datuk.

"Saya mengikut saja, asalkan sakit anak saya baik."

"Saya tahu, sakit anak tuan haji ni, bukan sebarang sakit, ada campur kerja
syaitan."

"Habis apa yang mesti saya buat?"

"Bersabar dan berikhtiar, dalam alam ini, yang maha berkuasa adalah Allah
dan tidak ada penyakit yang tidak boleh diubat, kalau diizinkan Allah."

Mendengar cakap datuk itu, Haji Azhar tersenyum. Masih ada harapan
untuknya berusaha. Ujang Selamat juga memberi harapan yang begitu juga
pada Haji Azhar. Sepanjang malam itu, saya dan datuk tidak dapat tidur
dengan cukup lena, kerana bermacam-macam bunyi yang kami dengar di
luar rumah Haji Azhar, bila hal itu diceritakan pada Haji Azhar pagi esoknya,
dia mengakui bahawa sejak anaknya jatuh sakit. Bunyi begitu memang selalu
didengarnya.

Datuk membuat keputusan untuk pergi ke rumah kawannya di Sungai Rokam


- Ipoh. Menurut datuk kawannya itu berasal dari Bawean dan boleh
mengubati sakit yang dialami oleh anak Haji Azhar itu. Dengan daya usaha
Ujang Selamat, datuk pun bertolak ke Ipoh dengan sebuah kereta kepunyaan
anak buah Ujang Selamat. Datuk meninggalkan Kampung Belanja Kiri di tepi
tebing Sungai Perak itu, kira-kira pukul lapan setengah pagi. Dan pukul lima
petang dia pun pulang dengan seorang wakil yang berbadan kurus.

99
"Ini kawan saya, namanya Wansi, dah dua kali ke Mekah," datuk
memperkenalkan kawannya pada Haji Azhar dan orang-orang yang
menyambut kepulanganya di halam rumah. Datuk terus bercerita tentang
kawannya tiu pada orang ramai. Kata datuk, kawannya itu dulu bekerja
dengan Kelab Lumba Kuda Perak, memang handal berjudi, minum arak dan
kaki perempuan, bila dia jatuh sakit teruk, tiga bulan terlantar di rumah
membuat dia insaf, bila dia baik dari sakit terus menjadi baik dan
meninggalkan kerja-kerja yang ditegah oleh Allah.

Sebelum mengubati anak dara Haji Azhar, Wansi meminta hanya saya, datuk
dan dirinya saja yang boleh berada di tempat dia akan lakukan kerjanya.
Semua permintaannya itu dipenuhi. Dia juga meminta pada Haji Azhar semua
kerja yang dilakukannya jangan diberitahu pada orang ramai.

Satu syarat yang agak ganjil yang dikenakan oleh Wansi, dia minta Haji Azhar
membuat sebuah pondok kecil di depan rumah Haji Azhar dan pondok itu
tidak berpintu. Orang yang boleh mendiami pondok itu ialah saya, datuk dan
dirinya sendiri. Hari yang dipilih oleh Wansi untuk mengubat ialah hari Rabu,
mulai pukul satu tengahari.

Sebelum itu, kami tidak diberkan menemui sesiapa, selama lima jam, kami
tidak boleh memijak tanah, tidak buang air kecil dan besar. Satu kerja yang
cukup siksa saya rasakan, kerana datuk mahu saya mengenali berbagai
ragam kehidupan yang ganjil atas dunia ini, saya terpaksa mematuhinya.

Tengahari Rabu, matahari sudah agak tergelincir dari ubun-ubun kepala.


Saya dan datuk serta Wansi menghadap dupa yang mengeluarkan asap
kemenyan kerana semua tingkap di pondok itu ditutup, badan terasa panas.

"Sedia," kata Wansi yang sebaya dengan usia datuk. Dia pun mula bercakap
dalam bahasa Bawean, terlalu cepat cakapnya. Dia berhenti lalu merenung
pada datuk. Dia angguk kepala. Datuk juga angguk kepala. Datuk
menghampirinya.

"Ada apa Wansi?" tanya datuk.

"Kita baca ayat Quran dulu," jawab Wansi sambil menerangkan pada datuk
ayat mana yang mesti dibaca. Sedang mereka asyik membaca ayat-ayat suci
itu, pondok kami bagaikan digegar orang, serentak dengan itu api menyala
dengan tiba-tiba di tengah pondok. Bila api itu dipadamkan, menyala pula di
bahagian lain. Saya jadi kelam-kabut di buatnya.

Dengan tenang Wansi mencampakkan seketul besi ke tempat api yang


menyala itu. Tiba-tiba api itu padam dengan sendiri. Dan api ajaib itu tidak
lagi datang menyerang pondok. Saya diberitahu oleh datuk, besi yang
berjaya memusnahkan api ajaib itu di depan dupa.

100
Muka Wansi kelihatan berkerut. Seekor kelawar hitam terbang rendah di
depan dupa lalu jatuh di situ. Wansi mengambil kelawar hitam itu
dimasukkan ke dalam uncang yang dibuat dari kain hitam.

Wansi bangun. Dia merenung datuk dan saya. Wansi melangkah keluar
pondok, ikut tingkap. Saya dan datuk juga berbuat demikian, sebaik saja
kami bertiga memijak bumi, dua tiga titik darah jatuh atas pipi kami, dari
mana datangnya saya pun tidak tahu. Wansi naik ke rumah Haji Azhar terus
masuk ke dalam bilik tempat anak dara Haji Azhar terkapar.

Saya terkejut, bila Wansi merentap kain yang menutup perut anak dara Haji
Azhar. Perut anak dara itu kelihatan berkilat dengan urat-urat yang timbul
sekali imbas macam buah tembikai. Wansi menekan perut anak dara itu
dengan kedua belah tangannya. Jeritan anak dara itu menguasai seluruh
Kampunh Belanja Kiri. Saya dengan datuk hanya melihat saja. Jeritan anak
dara yang kuat itu, makin lama, makin beransur kurang dan akhirnya
berhenti terus. Dari hidung anak dara itu keluar darah.

Wansi terus menekan perut anak dara itu, saya lihat tangan Wansi yang
keras itu masuk ke dalam perut anak dara itu bagaikan terkoyak.
Pergelangan tangan Wansi penuh dengan darah. Tiba-tiba Wansi berpaling
pada datuk dan berkata:

"Sudah dapat."

"Apa dia?"

Wansi tidak menjawab pertanyaan datuk itu. Dia terus menarik tangannya
dari perut anak dara. Saya lihat ditangan Wansi terlekat kain batik Jawa yang
berlipat cantik. Dengan segera perut anak dara yang buncit itu terus kempis
dan rata. Wansi melihat lilihan darah di perut anak dara itu. Dia membaca
susuatu, kemudian perut anak dara itu digosoknya dengan tapak tangan
kanan tiga kali berturut-turut. Dalam sekelip mata saja perut itu bercantum
kembali tidak terdapat sebarang kesan luka atau darah di situ

Anak dara Haji Azhar sedar dari pensan. Dia membuka matanya dan
memandang ke arah datuk. Anak dara Haji Azhar bangun dan terus duduk.

"Kenal, kain siapa ni?" tanya datuk pada anak dara Haji Azhar.

"Saya punya, tapi sudah lama hilang dalam simpanan saya."

"Di mana hilangnya?" Wansi pula menyoal."

"Kain batik tu, saya jemur di ampai, tiba-tiba hilang, itu saja yang saya
ingat," terang anak dara Haji Azhar dengan jujur.

Datuk pun memanggil Haji Azhar dan isterinya. Mereka mengakuinya,


bahawa kain batik tu dibeli oleh Haji Azhar ketika dia pergi menziarahi

101
keluarganya di Bandung-Indionesia, bila pulang ke rumah kain itu
dihadiahkan pada Latifah anaknya. Dan pada suatu hari Latifah mendapati
kain batik itu hilang di ampaian sesudah basuh.

TOLAK

Pada petang Rabu itu juga, Latifah anak dara Haji Azhar dimandikan dengan
tujuh jenis bunga di tepi tebing Sungai Perak oleh Wansi, Menjelang waktu
Maghrib Latifah di letakkan di atas pelantar yang dibina berhampiran dengan
ampai tempat kain batiknya hilang. Semua kerja dilakukan oleh Wansi.

Pada sebelah malamnya, ketika Wansi dan datuk bercakap di anjung rumah,
seketul tulang lengan manusia dilemparkan oleh satu lembaga hitam dari
halaman rumah. Bila tulang lengan itu dijamah oleh datuk, tulang itu terus
menjadi arang.

"Sekarang, kita mesti menangkap orang yang mensihirkan kain batik ke


dalam perut anak dara Haji Azhar," ujar datuk pada Wansi.

"Ya, tapi aku tak mahu orang itu dibalas memadai saja dia disuruh
bertaubat," sebaik saja Wansi habis bercakap, wajah seorang lelaki muncul di
depan Wansi dari dalam kegelapan malam itu, bila datuk mengamati wajah
pemuda itu ternyata dia adalah pawang orang asli yang terkenal dari batu
enam belas jalan Tapah ke Cameron Highland, Pahang.

Wajah lelaki yang bengis itu kelihatan mengeluarkan asap dan melangkah
mahu menerkam ke arah datuk dan Wansi…

Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli - Siri ke 17)

Dan Wansi segera bangun. Datuk juga begitu. Dalam beberapa saat saja
lelaki itu hilang dari penglihatan datuk dan Wansi. Serentak dengan itu,
terdengar suara jeritan Latifah yang cukup keras dan nyaring. Datuk dan
Wansi segera masuk ke dalam bilik Latifah.

Latifah Berguling-guling atas lantai, kedua belah tangannya memegang


batang leher. Matanya kelihatan merah. Haji Azhar dan isterinya tidak dapat
berbuat apa-apa selain daripada menangis. Wansi segera memegang
pergelangan kaki kiri Latifah. Ditekannya dengan sekuat hati atas lantai.
Jeritan Latifah berhenti dan tidak lagi berguling-guling atau meronta-ronta.
Wansi menyuruh Haji Azhar mengangkat anaknya ke atas tilam. Datuk rapat
kepada Wansi dan mendengar dengan tiliti apa yang dicakapkan oleh Wansi
padanya. Dtuk keluar dari bilik untuk beberapa minit. Masuk kembali dengan
kain hitam terselipang di bahu. Wansi menyambar kain hitam itu lalu melibas
ke badan Latifah tiga kali berturut-turut.

Datuk duduk di hujung kepala Latifah. Dia membaca sesuatu. Tiga kali dahi
Latifah ditamparnya dengan belakang tangan. Latifah bangun dan terus
duduk.

102
"Apa yang kau nampak nak?" tanya Wansi.

"Orang hitam mengajak saya keluar," sura Latifah merendah.

"Lagi apa yang dibuatnya pada kau," sanggah datuk.

"Dia lari dengan tiba-tiba," jawab Latifah tenang.

Wansi terdiam seketika. Dia meminta pencil dan kertas. Bila kertas dan
pencil sudah ada di tangannya. Dia menulis sepotong ayat al-Quran. Kertas
yang sudah ditulinya itu diserahkan pada Haji Azhar.

"Bacalah ayat ini, ke telinga Latifah bil di agak resah. Dan kau harus
mengamalkannya," ujar Wansi.

"Caranya?" tanya Haji Azhar.

"Baca seratus kali selepas kau sembahyang yang lima waktu, bila dia sebati
dengan dirimu, banyak faedahnya. Untuk menghalau hantu syaitan." Cukup
lebut nada suara Wansi. Serentak dengan itu dia menyerahkan sebatang besi
pendek yang berbentuk tulang. Menurut Wansi besi itu adalah besi tulang
lengan mawas.

"Besi ni saya tinggalkan pada awak untuk tiga minggu, lepas tu saya ambil
balik," tambah Wansi. Besi tulang mawas bertukar tangan dari Wansi ke
tangan Haji Azhar.

"Untuk apa?"

"Untuk mengubat penyakit anak kau," sahut datuk.

"Kalu dalam tempoh tiga minggu, anak saya tak baik macam mana?"

"Dengan pertolongan Allah anak kau akan baik. Percayalah, dengan syarat
selama tiga minggu, jangan beri sesiapa menemui Latifah, kecuali kau dan
emaknya," Wansi memberikan sebuah keyakinan dan harapan pada Haji
Azhar.

Haji Azhar tersenyum. Sebelum meninggalkan bilik Latifah Wansi berpesan


pada Haji Azhar supaya mengunci bilik dari dalam. Dan jangan
memperhiraukan dengan apa yang berlaku di luar. Haji Azhar angguk kepala.

Rumah Haji Azhar cukup besar. Ada lapan bilik di dalamnya. Jarak bilik Latifah
dengan anjung rumah memang agak jauh juga jaraknya. Pada mulanya Haji
Azhar menawarkan dua bilik penginapan untuk kami, tetapi datuk dan Wansi
menolak dengan alasan tidur di anjung lebih baik. Tidak panas serta mudah
menjalankan kerja-kerja untuk mengubati Latifah.

103
Saya resah tidak menentu. Dua tiga kali saya memejamkan mata. Saya tidak
juga mahu tidur. Lampu gaslin sudah lama dipadamkan. Digantikan dengan
lampu minyak tanah sengaja dipendekkan oleh datuk. Cahayanya sekadar
cukup menerangi wajah datuk dan Wansi, tetapi lingkaran cahaya lampu itu
sampai juga ke muka saya, agaknya kerana itulah saya tidak dapat tidur.

Saya merenung ke arah datuk dan Wansi. Mereka sedang membalut rokok
daun sambil bercakap sesuatu. Saya mula terdengar kokok ayam bertalu-
talu, saya kira sudah hampir pukul dua malam. Dugaan saya tepat sekali.
Tidak lama lepas itu, terdengar bunyi jam loceng Haji Azhar berbunyi dua kali
berturut-turut.

Angin malam yang bertiup menambahkan rasa dingin di badan. Saya


terpaksa membengkokkan badan, seperti angka lima. Sayup-sayup saya
terdengar suara burung hantu dan suara anjing menyalak panjang. Datuk
dan Wansi masih juga belum tidur.

Tiba-tiba, datuk dan Wansi melompat dan lampu padam. Bila datuk
menyalakan lampu minyak tanah kembali terdapat batang pisang berkembar
dua terletak atas lantai di anjung rumah. Batang pisang itu seolah-olah baru
lepas digunakan untuk memandikan mayat. Bila datuk mahu menjamah
batang pisang tersebut, cepat-cepat Wansi menyepak tangan datuk.

"Jangan dipegang," kata Wansi.

Saya mengeletar sendirian. Dua kali saya cuba bangun, tetapi saya terjatuh
dengan sendiri hingga kain yang saya pakai terlucut dari pinggang. Saya
bogel dalam sinar samar-samar cahaya lampu minyak tanah. Wansi yang
terpandangkan saya turut tersenyum.

"Kau pergi ke sana," katanya pada saya, sambil merungut kerana datuk
membawa saya. Tanpa banyak bicara saya akur dengan perintahnya. Saya
bersandar pada tiang rumah. Saya lihat dari batang pisang itu keluar asap
berkepul-kepul. Dua tiga ekor kelawar hitam berterbangan dengan bebasnya
di anjung ruamh, kelawar hitam itu akan kencing, airnya merah macam
darah.

Di luar anjung, kedengaran bunyi deru angin yang cukup kuat. Saya lihat ada
bayang putih memanjang melayang di halaman rumah. Darah saya tersirap.
Benda putih itu masuk ke dalam kawasan anjung dan hilang betul-betul di
tengah-tengan batang pisang. Suasana di luar rumah agak gamat juga
dengan bunyi suara kokok ayam, salakkan anjing dan suara jampuk
bersahut-sahutan. Kelawar yang hinggap di bahagian anjung rumah terus
bersuara, cukup seram, giginya yang putih berkilat itu nampak tajam di
samping memperlihatkan taringnya.

Saya jadi tidak tentu arah. Berdiri salah, duduk pun salah. Apakah syaitan-
syaitan ini akan meragut nyawa saya. Timbul pertanyaan dalam diri. Dalam
keadaan yang serba gawat itu, saya masih dapat membaca beberapa potong

104
ayat al-Quran yang saya kira dapat menghalau syaitan-syaitan itu. Datuk dan
Wansi kelihatan tenang memandang batang pisang yang berasap itu.

Wansi berdiri lalu mengangkat sebelah tangannya ke atas. Lengan tangan


kanan yang diangkatnya itu dirapatkan pada lubang telinga kanannya.
Sementara tangan kirinya diletakkan atas dada, kaki kanannya, menapak dua
tapak ke depan. Manakala kaki kirinya dibengkokkan sedikit.

Wansi menjerit sekuat hati. Bila jeritannya berakhir. Dia bercakap dalam
loghat bahasa Bawean, selesai dia bercakap, beberapa ketul batu dan kayu
berterbangan masuk ke dalam anjung ruamh. Wansi sedikitpun tidak
bergerak. Bunyi suara kucing hutan melalak di bawah rumah. Beberapa ekor
tupai hitam, entah dari mana datangnya berlompatan di lantai. Semuanya
melompat ke tanah. Sebaik saja tupai-tupai itu ghaib, seekor beruk besar
muncuk di depan datuk dan Wansi.

Kali ini datuk mara ke depan dan menolak Wansi ke belakang. Saya agak,
tentulah datuk tahu, bahawa kawannya itu tidak berdaya menentang cubaan
syaitan-syaitan itu. Datuk berpeluk tubuh. Dia membaca mentera hingga
tubuhnya kelihatan berasap. Batang pisang di tengah anjung bagaikan
diangkat orang, bergerak sendiri menuju ke muka pintu dan hilang dalam
gelap.

Tempat batang pisang itu digantikan dengan api yang menyala ganas.
Bahang panas itu terasa ke muka saya. Wansi mengambil uncang hitam lalu
memukul ke arah api. Api itu mula runduk. Wansi memukul lagi hingga api itu
bertukar mejadi bara sebesar bola pingpong. Bara itu terbang. Berlegar-legar
dalam rumah akhirnya keluar menuju ke pondok tempat saya dan datuk
serta Wansi beranung dulu. Pondok itu terbakar.

"Orang ni benar-benar mahu memalukan keluarga Haji Azhar dan mahu


membinasakan kita," kata Wansi sambil melurut langan kirinya dengan tapak
tangan kanan. Dalam beberapa saat saja pondok itu hancur menjadi abu.
Bara api sebesar bola pingpong menuju ke arah kepala Wansi. Cepat-cepat
Wansi mengelakkan diri. Sementara itu , datuk masih berusaha untuk
menghalau syaitan-syaitan ganas itu mengikut kemampuan yang terdaya
olehnya.

Bara api sebesar bola pingpong terus berlegar-legar dalam ruang anjung.
Wansi mula bertindak, saya lihat mukanya berubah. Mulutnya terus bercakap
dalam bahasa Bawean. Wansi membalut tangan kanannya dengan uncang
hitam, kemudian bola bara api itu dipegangnya sekuat hati. Saya lihat tapak
tangannya berasap. Saya kira dalam hal ini Wansi lebih gagah dan banyak
ilmu dunianya jika dibandingkan dengan kehandalan yang terdapat dalam
diri datuk.

Datuk tersandar di dinding. Mukanya kelihatan biru. Dua kali datuk terbatuk
dan mengeluarkan darah yang cukup kental. Saya urut belakang datuk.

105
Wansi meletakkan bola api yang sudah menjadi seketul arang itu di tengah
anjung rumah. Dia rapat pada datuk. Dua kali dia menumbuk belakang datuk.

Datuk terbatuk,dari mulut datuk keluar segumpal cacing tanah dan ulat bulu.
Cacing dan ulat bulu itu bergerak atas lantai. Wansi memukulkan uncangnya
ke muka datuk. Datuk segera pulih. Wansi kembali ke tempat arang yang
diletaknya. Arang itu masih berasap. Bila asapnya hilang saya lihat ada
kepala manusia terletak di situ, Berlilit dengan kain. Matanya terkedip-kedip
merenung ke muka datuk, bagaikan minta pertolongan.

"Saya kenal dia Wansi," kata datuk.

"Siapa manusia ni?"

"Bomoh orang asli, dari batu enam belas, saya pernah bertemu dengannya
dua kali," terang datuk dengan jujur. Wansi tersenyum. Wansi duduk bersila
di depan kepala manusia yang seoah-olah melekap pada papan lantai itu.

"Kenapa kau buat jahat dengan orang?" tanya Wansi.

"Saya dapat upah encik," jawab kepala itu dalam gaya bahasa orang asli
bercakap Melayu. Matanya terkelip-kelip macam katak puru kena sembur air.
Wansi atau datuk. Biarkan mereka dengan tugas mereka. Saya cuma mahu
melihat peristiwa ini sebagai bahan kenangan atau sejarah yang tersimpan
dalam diri saya. Itu saja tekad saya.

"Siapa yang mengupah kau?" datuk menyoal.

"Orang kampung ini juga."

"Siapa namanya."

"Tak boleh cakap encik, itu sumpah saya,"

"Awak tahu, kerja awak ni menyusahkan saya dan orang lain," kian keras
nada suara Wansi. Datuk mula resah. Dia berpusing-pusing dua tiga kali di
depan kepala yang terlekap di lantai.

"Tak tahu encik, dia datang minta tolong, katanya orang itu meludah
mukanya waktu dia usik-usik untuk ajak kahwin, orang itu maki dia, jadi saya
ingat perbuatan orang itu tak baik menghina sesama manusia kerana itu
saya tolong dia." Bagaikan mahu berbuih mulut orang itu bercakap, cukup
siksa.

Datuk dan Wansi berbisik, Kepala yang terlekap di lantai kelihatan bergerak-
gerak. Mukanya berpeluh-peluh. Dua tiga helai rambunya gugur. Suasanan
malam yang tadi agak gawat sekarang sudah cukup tenang.

106
"Awak mesti bercakap betul dengan saya, kalau tidak saya botakkan kepala
awak di sini," Wansi mula mengugut. Datuk mengigit bibir.

"Jangan buat jahat dengan orang encik."

"Saya tak buat jahat, awak yang mulakan dulu."

"Saya mengaku, saya dah kalah, encik kuat. Apa yang encik mahu
sekarang?"

"Jangan kacau orang di baruh, nanti orang di darat susah, siapa orang di
baruh yang upah awak?"

"Baiklah encik, kalau saya cakapkan, encik mesti berjanji dengan saya tidak
balas dendam."

"Kami tak mahu balas dendam, kami cuma mahu tahu saja."

"Orang itu akan datang sendiri berjumpa encik minta maaf, saya akan suruh
dia jumpa encik,"

"Bila?" potong datuk dengan cepat.

"Dua hari lagi."

Selesai saja orang itu bercakap. Wansi pun memukul kepala orang itu dengan
uncang yang dibuat dari kain hitam. Kepala orang itu pun hilang. Jam milik
Haji Azhar berbunyi empat kali berturut-turut. Dingin subuh mula meresap ke
batang tubuh saya. Dalam kedingannan yang menggigit tulang itu saya
terlelap . Bila saya membuka kelopak mata, matahari pagi sudah pun
memancarkan sinarnya di halaman rumah. Murai dan merbah sudahpun
berhenti berkicau.

Datuk dan Wansi duduk bersila panggung sambil menghisap daun rokok
nipah. Mereka merenung ke arah pondok yang tertegun gagah di bawah
kelopak matahari pagi. Kepala saya terasa pening kerana malam tadi saya
menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri pondok itu musnah dijilat api.
Apakah saya bermimpi atau ditipu oleh perasaan takut yang menguasai diri
saya. Timbul berbagai pertanyaan dalam hati kecil saya.

"Kenapa pondok ini tidak hancur tok, malam tadi saya lihat terbakar," itulah
pertanyaan pertama pagi itu, saya ajukan pada datuk. Datuk merenung muka
saya sambil tersenyum.

"Memang terbakar, tetapi dibakar oleh syaitan," balas datuk.

Saya terdiam. Memanglah perkara ini tidak masuk di akal. Kalau diceritakan
pada sesiapapun tidak ada orang yang percaya sedangkan pada
kenyataannya saya melihat kejadian-kejadian itu sendiri.

107
Bila datuk melihat daya termenung panjang, dia pun menghampiri saya. Dan
menyatakan apa yang saya lihat iut, bukanlah satu perkara yang aneh.
Semuanya terjadi atas kemahuan Allah yang maha besar.

"Allah itu maha pemurah dan panyayang."

"Jadi," tingkah saya.

"Dia akan memperkenankan apa juga yang diminta oleh mahkluknya sama
ada jahat atau baik."

"Kalau minta jahat bagaimana?"

"Dipenuhinya dan tanggunglah akibat dari permintaan itu. Sebagai manusia


kita diberikan fikiran untuk meminta sesuatu yang baik atau jahat."

MENGAKU

Saya pun angguk kepala mendengar cakap datuk itu. dalam masa yang sama
Haji Azhar minta datuk dan Wansi duduk sebulan di tempatnya.

"Minta maaf, saya banyak urusan. Saya boleh tunggu hingga hari Jumaat
kerana ada orang yang akan datang ke sini?" Saya lihat wajah Wansi cukup
tenang.

"Siapa?" soal Haji Azhar.

"Nantilah saya beritahu kemudian, lagi pun saya mesti balik cepat kerana
saya belum lagi membuat persiapan untuk…'" suara Wansi terhenti. Dia
merenung keluar pada pepohon rambutan dan langsat yang disentuh angin
pagi. Matahari terus bersinar garang.

"Nak ke mana selepas mengubat anak saya ni?"

"Saya nak berangkat ke Tanah Suci," jawapan Wansi itu amat mengejutkan
hati datuk. Memang sebelum ini, Wansi tidak pernah menceritakan hal itu
padanya. Saya merasa amat kagum dengan datuk dan Wansi yang tidak
mahu menceritakan apa yang di alaminya malam tadi pada Haji Azhar.
Meskipun Haji Azhar bertanya beberapa kali. Seolah-olah mereka sepakat
merahsiakan perkara itu.

Bagi menanti hari Jumaat yang ditunggu, saya dan datuk serta Wansi ke
Cangkat Banjar dan Cangkat Melintang mencari akar-akar kayu dan pucuk-
pucuk hutan. Akar-akar kayu yang dipilih itu dijadikan minuman
menggantikan kopi, sementara pucuk-pucuk kayu dijadikan air pembasuh
muka selepas menunaikan sembahyang subuh.

108
Menurut Wansi akar-akar kayu itu berguna bagi mencegah sakit buah
pinggang, darah tinggi. Pucuk-pucuk hutan pula berkesan bagi perjalanan
darah di samping mengkalkan wajah supaya kelihatan muda dan merah.

PAGI JUMAAT

Memang sudah menjadi amalan dalam hidup datuk selepas menunaikan


sembahyang subuh, dia akan membaca Quran. Begitu juga dengan Wansi.
Saya disuruh oleh datuk membaca surah Yassin. Kelam-kabut juga saya
dibuatnya oleh datuk. Bagamana tidak menggelabah bila datuk menyuruh
saya membaca surah Yassin tanpa naskah Yassin Bila melihat saya dalam
keadaan cemas begitu. Wansi memberikan naskah Yassin pada saya.

"Kau mesti ikut macam datuk kau, boleh baca Yassin tanpa buku," ujar
Wansi.

"Dah diajar, tapi cucu saya ni keras kepala sikit," tingkah datuk. Disambut
dengan ketawa yang memanjang dari Wansi.

Ketika matahari mula bersinar. Dari muka jalan masuk ke rumah Haji Azhar,
kelihatan seorang pemuda berbadan tegap mendatangi ke arah datuk dan
Wansi. Sebaik saja sampai di kaki tangga pemuda itu memberi salam. Wansi
mempersilakannya naik.

"Jangan mengapakan saya, malam tadi saya tak boleh tidur, badan saya
macam tebakar hangat sampai ke pagi," terus terang pemuda berkulit hitam
manis, berhidung mancung, rambut ikal itu meluah kan rahsia dirinya. Wansi
dan datuk berpandangan.

"Badan saya masih terasa dingin, walaupun matahari bersinar terang, kabus
nipis kelihatan keluar dari bumi di antara pepohon manggis dan langsat.
Suasanan di Kampung Belanja kiri pagi itu terasa cukup tenteram dengan
kicau burung. Melompat dari dahan ke dahan.

"Apa sebabnya awak datang ke sini?" datuk bersuara parau.

"Sayalah yang mengupah bomoh orang asli memasukkan kain batik ke dalam
perut anak Haji Azhar," sambung pemuda itu sambil merenung lantai. Wansi
memperkemaskan silanya.

"Kau harus tahu membuat atau menganiaya sesama manusia satu dosa
besar. Allah tidak dapat mengampunkannya sekiranya orang yang kena
aniaya itu tidak memaafkannya," terang Wansi.

"Saya tahu, saya bertaubat tuan, saya melakukannya kerana mengikut


nafsu." Sebaik saja pemuda itu selesai bercakap. Haji Azhar dipanggil oleh
Wansi. Haji Azhar pun segera datang. Duduk bersila di antara datuk dan
Wansi.

109
"Inilah orang yang saya tunggu," kata Wansi pada Haji Azhar. Bila mata haji
Azhar terbeliak. Dia kenal benar dengan pemuda itu, pernah berkerja
dengannya sebagai pemandu bot penambang dari Belanja Kiri ke Pekan Parit,
di seberang tebing Sungai Perak, Haji Azhar tahu pemuda itu boleh bergerak
bebas dalam kawasan rumahnya. Orangnya pendiam dan bersopan-santun.

"Apa, dia keluarga awak?" Satu pertanyaan keluar dari mulut Haji Azhar.

"Tidak tuanHaji," pendek jawab Wansi.

"Habis kenapa dia jumpa awak."

"Usah tanya tentang hal itu, kalau awak sayangkan anak awak, jangan
rosakkan budak ni, jangan dipukul atau membalas dendam."

"Saya tak faham."

"Saya boleh beri awak faham, tapi awak jangan membalas dendam kerana
perbuatan itu ditegah oleh agama kita yang suci, kalau awak boleh
memenuhi syarat ni, awak akan bahagia hidupnya dan pemuda ini akan
tenteram jiwanya."

"Saya berjanji," satu keputusan tegas dari Haji Azhar.

Datuk serta Wansi berdiri. Pemuda dan Haji Azhar duduk berhadapan sambil
bersalaman, waktu salam keduanya belum terbuka. Datuk membaca ikrar
yang bermaksud, bahawa Haji Azhar tidak akan membalas dendam dan
pemuda itu akan bertaubat. Selasai saja ikrar itu dibuat, barulah Wansi
menceritakan apa yang dilakukan oleh pemuda itu terhadap anaknya. Badan
Haji Azhar saya lihat menggigil menahan marah.

Bila semua urusan selesai. Pada sebelah malamnya diadakan kenduri doa
selamat. Dan pada keesokan harinya kami bertiga pun berangakat
meninggalkan Kampung Belanja Kiri. Dua bulan lepas itu, saya dijemput oleh
Haji Azhar datang ke rumahnya lagi sekali, untuk menyaksikan Latifah
bersanding dengan pemuda yang dipilih oleh Haji Azhar.

Dengan pemuda pilihan bapanya itu, Latifah memperolehi dua orang anak.
Sekarang Latifah menetap di Kulai, Johor. Menurut cerita yang terbaru saya
dengar, anak sulung Latifah sudah melahirkan dua orang anak. Haji Azhar
meninggal dunia dalam tahun 1980 di Belanja Kiri kerana sakit tua, isterinya
masih lagi hidup dan tinggal bersama Latifah.

Pemuda yang mengupah bomoh siam itu meninggalkan kampung, Belanja


Kiri, sesudah meminta ampun dan maaf pada Haji Azhar. Walaupun
perkahwinan Latifah pada hari itu cukup merah tetapi datuk tetap berwajah
suram, kerana Wansi yang banyak berjasa pada keluarga Haji Azhar tidak
dapat datang. Dia meninggal dunia di Tanah Suci.

110
JUMPA BOMOH ORANG ASLI

Dua hari selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Azhar itu, saya
dengan datuk pergi ke Cangkat Pinggang dekat Kampar kerana urusan
membeli tanah dusun. Dua malam tidur di rumah ketua Kampung Cangkat
Pinggan. Lepas itu kami bertolak ke Tapah. Di Tapah datuk menginap dua
hari di rumah kawannya di Lubuk Katak kira-kira suku batu dari Pekan Tapah.

Pada keesokan harinya saya dengan datuk bertolak dari Pekan Tapah menuju
ke Cameran Highlands. Sampai di Batu enam belas datuk memetik loceng
bas. Kami turun di situ. Dari gigi jalan kami memasuki satu lorong yang kiri
kanannya di tumbuhi pokok-pokok hutan. Di hujung lorong itu terdapat
sebuah perkampungan orang asli.

Tidak jauh dari kampung ornag asli pada masa itu, terdapat berberapa buah
bangunan pekerja-pekerja yang terlibat dengan pembinaan projek haidro
elektrik. Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu
terutama di bahagian buruh kasar seperti menebuk terowong dan meratakan
batu. Pergerakkan pekerja-pekerja itu dapat dilihat dengan mudah dari
perkampungan orang asli yang terletak di kawasan tanah yang tinggi.
Sekarang projek itu sudah siap.

Kedatangan saya disambut dengan baik oleh bomoh orang asli yang
berwajah agak garang itu. Namanya Bah Lanjut. Dia mempersilakan saya dan
datuk duduk di anjung rumahnya. Apa yang mendatangkan rasa kurang
senang dalam diri saya, bila melihat anjing kepunyaannya berkeliaran dalam
rumah. Hati saya agak terhibur kerana dari radionya terdengar suara Saloma
mendendangkan lagu Mengapa Dirindu yang menjadi lagu top ketika itu.

Kerana mahu menghormati datuk dan saya yang diketahuinya tidak berapa
senang dengan keadaan rumahnya, lalu dia menempatkan kami di sebuah
pondok yang keadaannya cukup bersih. Siap dengan tempat tidur dan tikar
sembahyang. Menurut Bah Lanjut, pondok itu memang dikhaskan untuk
orang Melayu dan Islam bermalam bila meminta ubat darinya. Dalam
pertumuan itu Bah Lanjut berkali-kali minta ampun dan maaf atas
perbuatannya di masa lalu. Malah, dia sanggup mengajar beberapa ilmu
yang ada pada dirinya untuk datuk.

Hasratnya itu tidak ditolak, datuk mahu menuntut ilmu darinya asalkan ilmu
yang dituntut itu tidak bercanggah dengan hukum-hukum Allah. Bagi tujuan
itu, datuk dan saya terpaksa tinggal di perkampungan orang asli itu selama
dua minggu. Di sini tugas saya bertambah lagi, terpaksa menjadi tukang
masak pada datuk di samping berburu ayam hutan dan pelanduk untuk lauk
makan tengahari dan malam, beras disediakan oleh Bah Lanjut hasil dari
tanaman padi humanya di lereng bukit.

18. Diganggu Lembaga Hitam

111
Di luar hujan turun mencurah-curah. Kilat dan guruh tingkah meningkah.
Cahaya kilat yang masuk ke dalam pondok menjilat wajah datuk, Bah Lanjut
dan saya. Bila bunyi hujan beransur reda, diganti pula dengan bunyi angin
yang cukup keras melanggar dahan dan reranting pokok hutan. Api pelita
melintuk-liuk mengikut arah tiupan angin. Bagi menyelamatkan api pelita
dari padam, Bah Lanjut segera menaruh daun bertam muda di sekelilingi
badan pelita.

Beberapa bahagian daripada daun bertam muda itu dibuat lubang kecil bagi
mendapatkan cahaya dari pelita tersebut. Di luar hujan sudah berhenti terus.
Angin sudah tidak sekeras tadi merempuh reranting dan dedahan pokok
hutan. Bunyi cengkerik cukup gamat. Sekali-sekala terdengar lolongan anjing
hutan sayup-sayup. Bunyi suara burung tukang cukup nyaring. Saya melihat
jam saku datuk yang bertali tembaga di hujung lututnya.

Waktu Bah Lanjut memperkemaskan silanya,saya dengar raungan harimau


cukup nyaring bersama tempikan gajah. Tanpa di minta oleh datuk, Bah
Lanjut perkenalkannya dengan pemuda yang membalas dendam pada anak
Haji Azhar. Menurut Bah Lanjut, seorang asli membawa pemuda itu
menemuinya dan menceritakan apa yang di alami oleh pemuda itu hingga
timbul rasa balas di hatinya.

"Saya menolongnya kerana saya fikir dia telah dihina," nada suara Bah Lanjut
penuh kesal. Datuk tersenyum dan menyuruh Bah Lanjut melupakan
peristiwa tersebut.

"Lupakan tentang tu, mari kita cerita tentang hal lain," ujur datuk sambil
melagakan gigi bawah.

Bah Lanjut melunjurkan ke dua kakinya. Kulit belakang Bah Lanjut bertemu
dengan dinding pondok yang diperbuat dari kulit kayu Merbau dan Jelutung.

"Ilmu kita bukan untuk merosakkan orang, ilmu kita untuk menolong orang,"
keluh Bah Lanjut.

"Ilmu kita pun begitu juga," tingkah datuk.

Beberapa ekor nyamuk hutan berterbangan dalam pondok. Melihat saya


resah dengan kedatangan nyamuk itu, Bah Lanjut menepuk tangan, saya
lihat nyamuk yang berterbangan itu menuju ke arahnya Bah Lanjut
menadahkan kedua belah tapak tangannya. Nyamuk-nyamuk jatuh atas
tapak tanganya.

"Pulanglah,jangan kacau kami," kata Bah Lanjut Nyamuk di tapak tangan


segera terbang menuju ke arah tepi dinding dan terus keluar.

Bunyi suara cengkerik di luar pondok beransur kendur. Malam bertambah


dingin. Dua kali saya menguap panjang. Datuk dan Bah Lanjut masih terus
bercakap.

112
"Mahu awak menuntut ilmu pengasih?" kelopak mata saya terasa ringan,
mata saya bersinar merenung kearah muka Bah Lanjut. Saya mengisut ke
arahnya, kepala lutut saya dengan kepala lutut Bah Lanjut berlaga.

"Caranya?" soal datuk. Hati saya cukup gembira, saya memang


mengharapkan Bah Lanjut menurunkan ilmu itu pada datuk dan sekali gus
saya akan dapat mengutip ilmu itu. Saya kira, ilmu pengasih itu cukup baik
untuk saya, bila saya sudah ada ilmu pengasih saya boleh memilih bakal
isteri dari anak dara yang wajahnya cantik dari kalangan orang yang berada.
Kalau saya di panggil untuk temuduga sebarang pekerjaan, ilmu pengasih
dapat menolong saya.

Orang menemuduga saya akan kasih pada saya, lalu memberikan pekerjaan,
walaupun tidak ada kelulusan, fikir saya dalam hati.

Bah Lanjut mengunyah sesuatu didalam mulut. Saya tidak tahu apa yang
dikunyahnya.

"Ilmu tu saya tak mahu, bagilah saya ilmu-ilmu lain," ujur datuk secara tidak
langsung membunuh harapan yang bertunas dalam hati saya. Saya
mengeluh dan datuk tersenyum merenung ke arah saya, bagaikan dia tahu,
apa yang bergolak dalam dada saya.

"Kalau awak tak mahu, berikan pada cucu awak," Bah Lanjut mengemukakan
cadangan. Lagi sekali, saya Iihat senyum datuk bermain di bibir.

"Jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah yang maha besar," datuk
menepis cakap Bah Lanjut.

"Kita disuruh berusaha."

"Bukan dengan cara itu tok batin, lagi pula ilmu pengasih ni, banyak buruk
baiknya, terutama kalau terlepas ketangan orang muda."

"Tujuannya baik "

"Memang tujuannya baik, tujuan baiknya sikit sangat. Yang dibuat tujuan
yang jahat yang banyak di lakukan, ilmu tu banyak penggodanya."

"Jadi, awak tak mahulah. Kalau awak mahu,boleh saya bawa naik bukit dan
guna mencari ibu minyaknya."

"Terima kasih sajalah tok batin," suara datuk merendah.

Bah Lanjut terdiam. Suara anjing hutan makin keras. Bunyi burung hantu dan
jampuk bersahut-sahutan di puncak bukit. Sesekali saya terdengar bunyi
orang berjalan di bawah pondok. Malam bertambah larut. Datuk bangun, lalu
membuka pondok. Datuk terkejut. Dua tapak dia undur ke belakang. Muka
datuk pucat. Bah Lanjut menerkam ke arahnya.

113
Saya juga menerkam ke muka pintu. Kaki kami bagaikan terpaku di lantai. Di
muka pintu, terjegat satu lembaga berbulu hitam tebal. Dahi lembaga itu
berbulu, lubang hidungnya cukup luas. Gigi putih lembaga itu menyeringai,
bagaikan mahu menelan kami. Saya amati lembaga itu lama-lama.
Bentuknya macam seekor monyet besar. Tiba-tiba, Bah Lanjut bergolek
diatas lantai menuju ke arah pelita. Dia cabut daun bertam, lalu membakar
kain pelikat datuk yang tersangkut dekat dinding. Dengan mendadak saja api
marak dalam pondok kami. Dan lembaga yang berdiri dikaki tangga
bersuara, bagaikan suara beruang jantan tercium buah kelubi.

Lembaga itu menggawang-gawangkan tangannya ke kiri dan ke kanan.


Kemudian lengannya yang berbulu itu menutup kedua belah matanya.
Lembaga hitam itu menjerit dengan sekuat hatinya, lalu menendang dinding
dekat pintu. Dinding yang dibuat dari kulit kayu itu runtuh dan pecah
berkaca.
Lembaga itu melompat ke tanah dan diikuti dengan bunyi kayu tangga patah.
Lembaga itu pun hilang dalam kegelapan malam yang pekat itu.

Datuk, saya dan Bah Lanjut kembali duduk di ruang tengah pondok, sesudah
api yang membakar kain pelikat datuk dipadamkan.

"Apa bendanya tu tok batin?" soal datuk dengan tenang. Bah Lanjut terdiam.
Dia merenung liar ke kiri dan ke kanan.

"lnilah masalah yang kami hadapi sekarang," bisik Bah Lanjut pada datuk.
Datuk angguk kepala. macam itek angsa bertemu kawan. Saya resah sendiri.
Bimbang benar hati saya, kalau lembaga hitam itu datang lagi.

"Saya harap awak boleh menolong kami dalam hal ini?" Bah Lanjut
menyuarakan hasrat hatinya. Datuk merenung lantai yang terbuat dari buluh
itu. Bah Lanjut nampak resah. Sesekali dia membetulkan parang yang
tersangkut di pinggangnya.

"Benda tu, cuma takut pada api saja," sambung Bah Lanjut dengan rasa
kesal. Dan barulah saya faham, kenapa waktu tengahari mahu jatuh di kaki
lantai, orang asli membakar kayu besar yang dilonggokkan di sekeliling
rumah mereka.

Api biarkan menyala hingga ke subuh. Bah Lanjut berjalan ke hulu ke hilir
dalam ruang pondok. Berhenti dekat bendul pemisah, antara ruang tengah
dengan dapur. Dia duduk dekat bendul sambil menakik -nakik kayu bendul
dengan parang kontotnya. Datuk hanya memperhatikan saja tingkah laku
Bah Lanjut. Dari gerak-geri itu, datuk dapat meramalkan, bahawa penghulu
orang asli itu di amok rasa resah yang tidak menentu. Bah Lanjut merenung
ke arah Datuk. Datuk angkat kepala lalu pandangan mereka bertembung.

"Yang kita bimbangkan tentang keselamatan anak buah kita, terutama anak-
anak dara," Bah Lanjut mengeluh.

"Sebab?"

114
"Binatang sial tu, mencari anak dara, sudah dua orang anak buah saya di
kampung bukit sebelah mati kerananya."

"Dahsyat tu."

"Kerana itulah, kalau boleh saya mahu minta tolong dari awak, walaupun
saya handal tetapi dalam hal ni, saya mengaku kalah," Bah Lanjut mengakui
kelemahan yang terdapat pada dirinya. Datuk kerutkan dahi. Saya rebahkan
badan di atas lantai buhuh. Bah Lanjut bangun ambil kain dari dalam beg
datuk. Kain itu dicampakkannya pada saya.

"Selimut badan kau, sejuk ni," ujamya sambil ketawa kecil. Bah Lanjut terns
mendekati datuk. Mereka bercakap. Apa yang dikatakan oleh mereka itu
dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya, walaupun kelopak mata saya
pejam rapat.

Fikiran saya berperang sama sendiri. Bentuk lembaga hitam yang besar itu
menari-nari dalam kepala saya. Bagaimana, ketika saya terlelap lembaga itu
datang, lalu membawa saya ke tempatnya? Barangkali lembaga itu
memakan daging manusia. Apakah daging peha saya akan dibahamnya?

Semuanya berlegar-Iegar dalam kepala saya. Datuk terus juga bercakap


dengan Bah Lanjut. Saya pusing kanan. Setiap kali badan saya bergerak,
lantai buluh tetap berbunyi kiuk-kiuk. Bila bunyi itu terdengar berturut-turut
kali,saya terasa seronok,macam satu nada irama lagu yang terjadi tanpa
penciptanya.

Bah Lanjut memberitahu datuk, lembaga hitam itu sudah dua tiga kali masuk
ke dalam perkampungannya, malah satu ketika anak buahnya hampir
berjaya memberkas lembaga hitam itu dengan mengepungnya, tetapi
lembaga itu berjaya menghilangkan diri dengan berpaut pada dahan meranti
condong. Menurut Bah Lanjut, setiap kali lembaga hitam datang, mesti
diiringi dengan bunyi burung hantu atau salakan anjing hutan.

Begini saja, esok kita cari kesan tapak kakinya," datuk memberi satu
keputusan yang muktamad. Dan Bah Lanjut bersetuju dengan cadangan
datuk itu.

"Sampai ke mana?" soal Bah Lanjut.

"Sehingga mana yang boleh kita cari," batas datuk . Bah Lanjut anggukkan
kepala. Mereka terus bercakap. Gegendang telinga saya sudah tidak mampu
mahu mendengar perbualan datuk dengan Bah Lanjut. Saya terlelap. Bila
saya terjaga dari tidur, saya lihat Bah Lanjut sudah tiada dalam pondok.

Datuk saya Iihat masih termenung panjang. Malas saya mahu menyuruh
datuk tidur. Saya kira dia sedang memikirkan sesuatu. Saya tidur kembali.
Pagi itu, sembahyang subuh, datuk terus mengajak saya mandi air embun.
Pagi di perkampungan orang asli cukup mengesankan. Saya melihat

115
matahari terbit di puncak banjaran gunung titiwangsa, kabus nipis berarak
menuju ke dada langit, kicau burung hutan dan ayam hutan bersahut-
sahutan.

Lepas mandi air embun, saya bakar ubi kayu dan datuk masak air panas. Bila
matahari sudah meninggi, sayup-sayup terdengar bunyi suara jentera dan
pekerja hidro-elektrik dan di turuti dengan bunyi ledakkan yang cukup kuat.

"Apa benda tu tok?" tanya saya.

"Dia orang tebuk bukit buat terowong air," begitulah datuk memberi
penjelasan. Saya melihat ke arah bunyi ledakkan itu, saya lihat ada asap
berkepul naik ke udara.

Selesai makan ubi bakar dan minum kopi, Bah Lanjut datang menemui datuk.
Dia mengajak datuk mencari kesan tapak kaki lembaga hitam yang datang
ke pondok malam tadi.

"Boleh, nanti saya tukar pakaian," jawab datuk.

Saya dan datuk pun ke atas pondok. Bah Lanjut menanti di tanah. Dia
memakai seluar pendek kuning, berbaju hitam dengan parang kontot
tersangkut di pinggang. Sumpit panjangnya tersandang di belakang.

Saya dan datuk turun ke tanah. Sesudah berkeliling di kawasan sekitar


pondok. Saya terjumpa kesan tapak kaki binatang, macam bentuk tapak kaki
gajah, mempunyai empat jari. Saya segera memberitahu datuk dan Bah
Lanjut.

"Memang inilah tapak kakinya," kata Bah Lanjut sambil menguis dedaun di
kelilingi tapak kaki itu. Bah Lanjut berhenti menguis. Dia mengambil sesuatu
dari muka tanah.

"Inilah bulunya," pekik Bah Lanjut sambil menunjukkan pada datuk.

Saya dan datuk pun rapat pada Bah Lanjut. Bulu hitam keras itu pindah dari
tapak tangan Bah Lanjut ke tapak tangan datuk. Datuk renung bulu hitam
keras itu. Bila bulu itu terkena sinar matahari, warnanya menjadi perang.
Datuk menyerahkan bulu itu pada Bah Lanjut. Dan Bah Lanjut memasukkan
ke dalam buluh yang tersangkut di pinggang sebelah kirinya. Berpandukan
kepada kesan tapak kaki itu, kami bergerak menuju ke arah barat daya.
Datuk dan Bah Lanjut menemui beberapa ranting kayu patah kena pijak. Dua
tiga pokok hutan kelihatan terkulai, bagaikan dirempuh sesuatu. Kesan itu
hilang disebuah lurah menghala ke sebuah anak bukit yang di pisahkan oleh
sebatang anak sungai dengan perkampungan orang asli.

Matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala. Kerana kesan tapak kaki
lembaga itu tidak dapat di kesan lagi, datuk dan Bah Lanjut membuat
keputusan pulang saja ke pondok. Datuk memberi janji akan menolong Bah
Lanjut mengatasi masalah tersebut, demi keselamatan anak buahnya. Dan

116
Bah Lanjut juga memberi ikrar akan membantu datuk sedaya upaya untuk
menangkap atau mengusir lembaga hitam itu.

Sebaik saja kami sampai di pondok, lima orang pemuda Melayu dengan topi
putih berbucu depan belakang, seakan-akan bentuk topi keledar menanti
kami. Mereka bercakap sesama sendiri.

"Apa halnya ni," tanya Bah Lanjut. Kelima-lima pemuda itu diam. Mata
mereka merenung tepat ke arah saya dan datuk . Salah seorang daripada
pemuda itu berbadan tegap, berkulit hitam manis menghampiri saya.

"Awak orang asli atau orang Melayu?" tanyanya dengan berbisik pada saya.
Saya tersenyum. Aneh juga rasanya, kerana mereka tidak dapat
membezakan saya dan datuk dengan orang asli.

"Saya orang Melayu," jawab saya.

"Itu datuk saya," muka anak muda yang bertanya kelihatan berubah.

Dia hulurkan tangan, bersalam dengan saya dan datuk .

"Saya Zamri," katanya pada datuk .

"Awak orang mana?"

"Saya orang Jeram, dekat Kuala Dipang, Kampar, saya bekerja di sini."
Mendengar cakap pemuda itu, datuk angguk kepala dan tersenyum. Datuk
lalu mempersilakan mereka duduk di atas tunggul kayu di halaman pondok.
Bah Lanjut berdiri di depan kumpulan pemuda tersebut.Saya terus duduk di
sisi salah seorang anak muda yang berkulit hitam, berhidung mancung.

Tanpa diminta anak muda itu memberitahu saya namanya, Amiruddin,


berasal dari Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sudah dua tahun menjadi buruh
hidro elektrik di situ.

"Apa halnya?" tanya Bah Lanjut lagi. Zamri bangun sambil meraba-raba
batang hidungnya.

"Kawan kami kena patuk ular di kaki bukit, waktu menebas," katanya.

Bah Lanjut renung muka datuk dan menyatakan, pekerja-pekerja di situ


memang selalu menemuinya jika ada menghadapi kesulitan seperti itu.

"Kenapa tak bawa jumpa doktor?" datuk menghadapkan pertanyaan itu pada
Zamri. Bah Lanjut menggosok-gosok ulu parang kontotnya.

"Salah seorang kawan saya sudah pun jumpa ketua, memang mahu dibawa
ke Hospital Tapah, tetapi kami terpaksa tunggu kereta.

"Dia mana kawan awak tu?" saya pula bertanya.

117
"Ada dekat setor, menanti kereta."

Bah Lanjut membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Kemudian Bah Lanjut


mengajak kelima-lima pemuda itu pergi ke tempat kawan mereka yang kena
patuk ular itu. Setelah meredah hutan dan menuruni dua buah anak bukit,
akhirnya saya, dan datuk dan Bah Lanjut sampai ke belakang setor.
Di situ, saya lihat seorang pemuda terbaring atas pangkin. Seorang lelaki
berbangsa Jerman berdiri di sisinya. Pangkal peha pemuda yang baru berusia
lebih kurang dua puluh lima tahun itu diikat dengan kain kuat-kuat. Lelaki
berbangsa Jerman itu meletakkan sesuatu di bahagian bawah peha yang
sudah diikat itu.

Pemuda yang malang itu tidak bergerak. Dadanya kelihatan berombak.


Kedua kelopak matanya rapat. Zamri menghampiri lelaki Jerman yang
berbadan tegap. Mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Dua tiga kali orang
Jerman itu geleng kepala. Zamri terus juga bercakap akhirnya orang Jerman
menghampiri datuk.

"Migiteis," ujur lelaki itu. Datuk angguk kepal. Lelaki itu bercakap sesuatu
pada datuk. Saya lihat kelopak mata datuk pejam celik. Dia tidak mengerti
dengan apa yang diperkatakan oleh orang Jerman itu. Bahasa yang
diucapkan oleh orang Jerman itu terlalu asing buatnya.

"Ini ketua kami, dia setuju memberi peluang pada kami mengubat kawan
yang malang itu, mengikut cara kampung, sementara menanti kereta yang
akan membawanya ke rumah sakit Tapah," Zamri menjadi juru bahasa pada
datuk dan Bah Lanjut.

Orang Jerman yang berbadan tegap itu renung muka datuk dan Bah Lanjut.
Bila orang Jerman itu meninggalkan bahagian belakang setor menuju ke
pejabat kecilnya bengkel membaiki lokomotif, Bah Lanjut memerintahkan
Zamri dan kawan-kawannya mencari batang tepus dan pokok pisang karok
(pisang hutan) serta daun langkah dengan secepat mungkin.

Tidak sampai dua puluh minit, barang-barang yang dikehendaki oleh Bah
Lanjut itu diperolehi, pemuda malang di atas pangkin di bawa kesatu tempat
lapang berdekatan dengan pokok jelutung mati dahan. Bah Lanjut
meletakkan barang-barang yang di kehendaki di sekeliling pangkin.

"Pukul berapa?" tanya saya pada Zamri.

"Dekat pukul dua petang," jawabnya, tiba-tiba datuk menepuk bahu saya
menyuruh saya diam. Bah Lanjut mengambil batang tepus lalu dipukul ke
pangkal pokok pinang hutan, dipalu ke tanah tujuh kali. Manakala pucuk
daun langkap dikoyak-koyak, separuh dibuang ke dalam hutan, separuh lagi
dikunyahnya.

Pucuk langkap yang sudah hancur itu diluahkan di pangkal pangkin. Bah
Lanjut menyuruh saya dan datuk serta kawan-kawan Zamri, duduk di satu

118
tempat agak jauh juga jaraknya dengan pangkin sambil berpesan jangan
bercakap atau bangun. Dan gerak gerinya jangan di tegur. Kami beredar.
Muka Zamri dan kawan-kawan agak cemas, mereka agak bimbang kalau-
kalau yang kena patuk ular itu tidak pulih dalam waktu yang ditepatkan,
kereta dari Batu Tiga Puluh Dua akan datang dan ketua mereka akan
memerintahkan supaya kawan yang malang itu dibawa segera ke Hospital
Tapah. Bah Lanjut duduk mencangkung di depan pangkin.

Dia bercakap dalam bahasa orang asli, macam kicau burung hantu bunyinya.
Lepas itu dia mengambil sehelai daun berhampiran tempat tersebut lalu
meniupnya. Bunyi tiupan dari daun itu cukup nyaring dan sakit gegendang
telinga saya dibuatnya. Bah Lanjut terus meniupnya tanpa berhenti-henti.
Peluh di dahi dan di belakang mula keluar. Tiba-tiba saya melihat beberapa
ekor ular keluar dari hutan kecil di belakang kami, semuanya meluru ke arah
pangkin pemuda malang itu. Anehnya, ular itu berpatah balik kedalam hutan.

Bah Lanjut terus meniup daun tanpa berhenti-henti. Tanah lapang dekat
pangkin pemuda malang itu, sudah pun di penuhi dengan berbagai bentuk
ular, beberapa ekor ular menjalar dan memanjat belakang Bah Lanjut yang
meniup daun. Saya berasa takut, belum pernah saya melihat ular sebanyak
itu dengan beranika rupa dan bentuk. Saya kira semua ular di dalam hutan
sekitar itu berkumpul di situ.

Dada saya berdebar, tanpa memperdulikan kami, ular-ular terus berkeliaran


keluar dan masuk ke dalam hutan belakang. Kami tidak bergerak. Kami
benar-benar jadi tunggul buruk. Saya jeling kemuka daluk. Saya lihat
wajahnya tetep tenang. Ular berkeliaran di kaki pangkin. Bah Lanjut terus
meniup daun, ular yang begitu banyak di tanah lapang beransur kurang.

Kawan Zamri yang malang masih terkapar atas pangkin di panggang


matahari yang keras. Dalam beberapa saat saja, semua ular yang ada di situ
ghaib semuanya. Bah Lanjut duduk kembali, dia terus meniup daun dengan
sekuat hatinya. Seekor ular hitam, sebesar lengan kanan saya merayap
keluar dari hutan di belakang kami. Ular itu bergerak malas menuju ke arah
Bah Lanjut. Ia berhenti betul-betul di depan Bah Lanjut. Ular itu panggungkan
kepala di depan muka Bah Lanjut.

Kepala Bah Lanjut dan kepala ular itu kelihatan sarna parasnya. Ular itu
mematuk leher atau kepala Bah Lanjut. Ular hitam yang nampak berkilat di
sinar matahari itu merebahkan badannya atas tanah seketika, kemudian
panggung kepala lagi. Perbuatan itu dilakukannya sebanyak tiga kali
berturut.Nada tiupan dari Bah Lanjut beransur perlahan, iramanya yang
tadinya keras berubah pada nada irama yang agak sayu sedikit.

Ular hitam di hadapannya bergerak malas menuju ke arah pangkin, bergerak


dengan bebasnya di atas tubuh kawan Zamri yang terkapar di situ. Ular itu
berhenti betul-betul di bahagian dada kawan Zamri yang malang.

Ular panggung kepala Iagi ke arah Bah Lanjut, nada tiupan Bah Lanjut
bertambah Iemah, ular hitam rebahkan kepala Ialu merayap ke celah peha

119
kawan Zamri dan berhenti di situ.

Saya Iihat ular itu membenamkan kepalanya di bawah ikatan pada kawan
Zamri,lama juga ular itu mengisap sesuatu di situ. Bah Lanjut bangun, bunyi
tiupan dari daun di celah mulut Bah Lanjut bertambah perlahan.

Ular hitam berpusing atas pangkin, kemudian turun ke tanah dengan gerak
yang amat perlahan sekali. Sebaik sahaja ular hitam itu sampai di hadapan
Bah Lanjut, ular hitam itu sudah tidak bergerak Iagi. Bah Lanjut menerkam ke
arah kawan Zamri di atas pangkin, daun hutan yang di buat serunai
dikelapkan bahagian betis kawan Zamri yang di patuk ular itu. Bah Lanjut
menepuk dada kawan Zamri. Kawan Zamri di atas pangkin menggerakkan
kaki dan tangan. Bah Lanjut menggamit kami datang ke arahnya.

"Dia dah sedar dari pengsan, bisanya dah dihisap oleh ular yang
mematuknya," kata Bah Lanjut, kawan Zamri yang malang pun bangun. Dia
turun dari pangkin. Serentak dengan itu kereta dari Batu Tiga PuIuh Dua pun
sampai dan orang Jerman yang mengetuai pekerja di situ datang ke arah
kami, mukanya bengis, dia memaki Zamri dan kawan-kawannya kerana
membawa pemuda yang kena patuk ular ke tempat lain tanpa
memberitahunya.

Orang Jerman itu terkejut, bila dia melihat pemuda yang kena patuk uIar itu
sudah boleh berdiri serta berjalan ke arahnya dan terus bersalam dengannya.
Orang Jerman memeluk datuk dan Bah Lanjut sebagai tanda mengucapkan
ribuan terima kasih kerana berjaya menyelamatkan pekerjanya.

"Beri dia berehat duIu, petang esok saya datang lagi," kata Bah Lanjut pada
Zamri. Bah Lanjut mengambil bangkai ular hitam itu dan dibelitkannya ke
leher.

"Buat apa?" tanya duduk penuh ragu.

"Mesti ditanam," jawabnya.Datuk dan saya berpandangan.

"Ilmu inilah yang mahu saya tuntut dari awak," datuk menyatakan hasratnya.

"Boleh, tapi awak mesti tolong saya hancurkan lembaga hitam duIu."

"Saya cuba tok batin."

Kami pun meninggalkan kawasan pekerja hidro elektrik menuju kearah


perkampungan orang asli. Sebaik sahaja sampai di pondok, datuk terus
duduk di atas tunggul buruk di hadapan pondok. Bah Lanjut terus pulang ke
rumahnya.

Saya terus masuk ke dalam pondok merebahkan badan, kerana terlalu letih
saya tertidur. Bila saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk membincangkan
sesuatu dengan Bah Lanjut. Saya segera mendapatkan mereka.

120
"Malam ini, kita tunggu lembaga hitam tu datang, esok kita pergi ke
kampung lain dekat Kampung Raja di Tanah Rata," datuk memberitahu saya.
Saya terdiam. Bah Lanjut renung muka saya.

"Di kampung orang darat sana, ada orang sakit kena sembur lembaga
hitam." Bah Lanjut menerangkan kepada saya.

"Walaupun begitu, malam ini kita mesti berjaga kalau lembaga hitam itu
datang," terang Bah Lanjut. Saya angguk kepala.

19. Diresapi Semangat Monyet

Langit di Batu Enam Belas Jalan Tapah-Cameron Highlands malam itu cukup
cerah. Bah Lanjut dan datuk terus berjaga di pangkal pokok Jelutung patah
dahan. Saya terus mencampakkan dahan dan ranting kayu ke dalam unggun
api di belakang pondok. Bahang dari unggun itu menghilangkan rasa dingin
yang menyelimut tubuh saya. Sesekali terdengar bunyi dahan kayu berlaga
sesama sendiri, dirempuh angin malam, lalu melahirkan satu nada irama
yang memanjang. Embun jantan mula menitik atas kepala saya.

"Sudah dinihari," keluh datuk. Bah Lanjut angguk kepala. Matanya merenung
tajam ke arah hutan tebal di sebelah kanan pondok. Saya terus mencam-
pakkan puntung-puntung kayu ke dalam unggun, bila puntung kayu berada
di dalam anggun api, ia kelihatan marak dan bunga api berterbangan ke
udara. Saya kira sudah pukul dua lebih. Suara binatang buas terdengar
sayup-sayup di kaki bukit. Saya lihat datuk tertidur di pangkal pokok Jelutung.
Bah Lanjut terus bergerak ke hulu ke hilir sambil memaut golok di pinggang.
Saya tidak memperdulikan mereka.

Tiba-tiba saya terasa kelopak mata cukup berat. Lepas itu, saya tidak tahu
apa yang berlaku, bila saya membuka mata kembali, saya lihat Bah lanjut
pula tertidur di pangkal pokok Jelutung dan datuk pula bertindak sebagai
pengawal. Datuk, saya dan Bah Lanjut merasa cukup kecewa. Lembaga
hitam yang dinantikan sepanjang malam, tidak juga menjelma.

"Dia bagaikan tahu kita menantinya," kata datuk pada Bah Lanjut sesudah
melihat fajar subuh bangun di kaki langit.

"Dia takut agaknya," sahut Bah Lanjut.

"Boleh jadi juga," balas datuk dan Bah Lanjut kecewa. Bah Lanjut meminta
diri pulang kerumahnya. Saya dan datuk beredar menuju ke arah sebuah
anak sungai. Kami mengambil air sembahyang. Hari mula beransur cerah.

Waktu datuk mahu mendaki anak bukit ke pondok, di terserempak dengan


tapak kaki binatang, sebesar tapak kaki gajah, anehnya tapak kaki
menyerupai tapak kaki manusia, tetapi mempunyai empat jari. Jari sebelah
kanan berbentuk bulat macam anak lesung batu. Datuk membuat
kesimpulan, itulah ibu jari kaki lembaga hitam. Datuk menandakan kesan

121
tapak kaki binatang itu dengan sebatang pokok kecil yang dipatahkan dua.
Sebelum beredar datuk baca sesuatu di situ.

"Supaya jangan hilang bila dicari," datuk memberitahu saya. Dan saya cuma
tersenyum sambil angguk kepala dua tiga kali.

Selepas menunaikan sembahyang subuh dan bersarapan pagi, saya dan


datuk di halaman pondok. Beberapa minit kemudian Bah Lanjut datang.
Wajahnya nampak riang.

"Kita kena bertolak pergi ke sana," katanya. "Jalan kaki," sahut Bah Lanjut.

"Susah tu," celah saya.

"Tak susah sebelum matahari condong sampailah kita ke sana." Bah Lanjut
memberikan satu keyakinan dalam diri saya. Datuk termenung panjang.
Datuk berjalan dua tiga tapak keliling halaman pondok. Berhenti betul-betul
di depan kaki tangga pondok.

"Begini tok batin, tok batin pergi dulu, kami ikut kemudian." "Nanti sesat,
susah."

"Tak apa, syarat utamanya bila tok batin sampai ke sana, tandakan kawasan
itu dengan kain merah," datuk mengemukakan cadangan.

"Cara?"

"Ikat kain merah pada buluh, dan buluh itu dicacakkan atas tanah lapang."

"Baiklah." Bah Lanjut pun melangkah ke arah utara. Sebelum hilang ditelan
oleh pokok-pokok hutan yang tebal itu, Bah Lanjut sempat melambaikan
tangan ke arah saya dan datuk. Saya lihat cukup tangkas Bah Lanjut
bergerak, saya tidak dapat melihat bayang atau tubuhnya kecuali melihat
pokok-pokok yang bergerak saja. Tidak sampai lima minit, saya tidak dapat
mendengar suara Bah Lanjut menjawab laungan dari datuk. Matahari
bertambah tinggi, tetapi rasa sejuk masih kuat mencengkam diri. Bibir saya
terketar-ketar. Datuk mengambil dua tiga helai daun kayu muda. Digosoknya
ke tapak tangan beberapa kali.

"Bila kita bertolak ke Kampung Raja tok?" tanya saya sesudah melihat datuk
tidak membuat sebarang persiapan untuk pergi ke tempat tersebut. Datuk
tidak menjawab pertanyaan saya. Dia terus menakuk-nakuk pangkal pokok
jelutung dengan golok peraknya. Datuk menyuruh saya mencari ranting dan
dahan kering. Saya patuh dengannya. Saya sudahpun berjaya mengumpul
satu bekas dahan dan ranting kering. Saya tempatkan di bawah pokok.

"Bila kita nak pergi," tanya saya lagi sekali. Datuk merenung tajam ke arah
saya. Dia kerutkan mukanya.

"Itu urusan aku. Bila aku ajak, kau ikut. Kalau tidak kau tunggu di sana," nada

122
suara datuk membayangkan kemarahan. Datuk terus duduk atas tunggul
buruk. Saya terdiam memukul tanah dengan tangan kiri sebanyak tiga kali.
Matahari terus memancar. Bunyi burung terus bersahut-sahutan. Saya duduk
termenung di bawah pondok. Tidak berani saya melihat muka datuk yang
macam muka harimau itu. Datuk berubah tempat duduk bersila di bawah
pokok jelutung. Kedua belah lengannya diletakkan atas kepala lutut.

Mata datuk merenung ke arah hutan. Tiba-tiba saya lihat beberapa ekor mo-
nyet melompat atas dahan sambil menjerit, monyet-monyet itu terus
melompat dari dahan ke dahan dengan cepat seperti dikejar sesuatu. Dada
saya berdebar, dari sebelah utara pondok, keluar dua ekor harimau belang
berbadan besar. Salah seekor daripada harimau belang badannya besar.
Salah seekor dari pada harimau itu ternyata mempunyai kaki yang untut
sebelah kiri.

Harimau itu menuju ke arah datuk yang duduk mencangkung Lebih kurang
lima minit lamanya, salah seekor daripada harimau itu memusingkan ekornya
mengusap dan menyapu wajah datuk dengan ekornya. Datuk membiarkan
harimau itu melakukan apa saja terhadap dirinya. Bila sudah penat, harimau
itu beredar dan duduk kembali di depan datuk. Harimau yang seekor lagi
pula, menerpa ke arah datuk dan menjilat wajah datuk dengan lidahnya yang
merah. Saya lihat misai harimau yang keras itu berlaga dengan misai datuk
yang lembut. Datuk menepuk-nepuk pangkal leher harimau itu dengan lemah
lembut. Harimau itu mengaum kecil. Datuk memeluk leher harimau itu
dengan penuh rasa kasih sayang.

"Kau rindukan aku," terdengar suara datuk. Harimau menggerak-gerakkan


ekomya. Manakala harimau yang lagi seekor berguling-guling di atas tanah
sambil keempat-empat kakinya menghala ke langit.

"Aku dan cucuku selamat di sini, pulanglah. Berkalih hari kau datang ke sini,"
selesai saja datuk bercakap, dia bangun. Harimau segera berdiri di sisinya.
Harimau kaki untut sebelah kanan, yang tidak untut di sebelah kiri.

"Pulanglah," tambah datuk lagi sambil menepuk-nepuk belakang harimau.

Kedua ekor harimau itu mengaum serentak. Dan berjalan tenang masuk ke
dalam hutan tebal. Datuk merapati saya lalu menyuruh saya memasak nasi.
Datuk juga memberitahu saya, bahawa dia akan turun ke sungai untuk
menangkap ikan.

Datuk terus meninggalkan saya di pondok. Dan saya terus menghidupkan


api. Membasuh beras dan memasak nasi. Sebaik saja air nasi di dalam periuk
kering, datuk kembali dari sungai membawa ikan. Datuk mencari kayu kecil
dan ikan itu lalu dipanggang dan diangkatkan pada api. Semuanya berjalan
dengan baik. Bila matahari sudah berada betul-betul di tengah kepala, saya
dan datuk terus makan, datuk berdiri di halaman melihat bayangannya di
atas bumi.

"Sudah masuk sekarang," pendek saja suara datuk. Dan fahamlah saya, ba-

123
hawa datuk menyuruh saya pergi ke sungai mengambil air sembahyang.
Saya terus pergi ke sungai. Setelah selesai sembahyang, datuk terus duduk
di pangkal jelutung. Entah apa yang dibuat oleh datuk di situ saya sendiri pun
tidak tahu.

"Bah Lanjut sudah sampai ke tempat yang dituju," datuk memberitahu saya.
Datuk terus naik ke pondok. Ambil pakaian dan barang-barang keperluan.
Saya juga berbuat begitu. Datuk menutup kedua belah mata saya dengan
kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri di kaki tangga. Saya akur dengan
perintah itu, datuk menyuruh saya meluruskan kedua belah tangan saya ke
hadapan.

Darah saya tersirap. Saya menyentuh badan harimau. Saya terasa lidah
harimau menjilat-jilat kedua belah lengan saya. Datuk memimpin saya ke
depan, lalu mendudukkan saya atas badan harimau.

"Kau tunggang dia sendirian," kata Datuk.

"Aku naik belakang siuntut, tetapi jangan buka kain penutup mata, kalau
kauingkar, kau tak akan melihat dunia lagi," sambung datuk ada nada
mengugut perasaan hati saya.

"Saya faham tok."

"Faham saja tak mahu, tapi mesti taat," tengking datuk.

"Saya taat datuk"

"Hum ... bagus."

Saya terasa harimau yang saya tunggang itu bergerak perlahan-lahan,


kemudian laju dan terus laju saya terasa kedua belah cuping telinga saya
cukup sejuk kerana di sentuh angin. Saya tidak pasti sama ada harimau yang
saya naik itu terbang atau berjalan di atas bumi. Dalam saya berfikir-fikir itu,
harimau yang saya naik berhenti berjalan. Datuk pun membuka kain yang
membalut ke dua belah mata saya.

"Bagus, kau dah berani sekarang," serentak dengan ucapan itu datuk terus
memukul belakang saya dua tiga kali. Saya raba bibir saya yang terasa
kebas. Saya gigit bibir hingga terasa sakit.

"Kaudah berani sekarang," ulang datuk sambil mengeluarkan bertih dari


uncangnya. Bertih itu ditaburkannya atas tanah lapang untuk makanan
harimau peliharaannya. Sesudah memakan bertih, harimau itu mengaum
kecil sambil menggoyang-goyang ekornya. Datuk tepuk kepala harimau dan
iapun terus masuk ke dalam hutan tebal lalu hilang.

“Di mana kita sekarang ni tok?"

"Kita ikut tepi hutan ni menuju ke arah matahari naik." Datuk dan saya pun

124
melangkah serentak meredah hutan, melanggar akar dan duri. Sayup-sayup
terdengar bunyi kokok ayam hutan, tingkah meningkah dengan salakan
anjing.

Saya yakin, bahawa kami memang tidak jauh dari perkampungan orang asli.
Matahari bertambah condong, kabus tebal mula bangkit di sekitar kawasan
hutan. Badan saya bertambah sejuk. Datuk dan saya terus meredah hutan,
dari jauh sudah nampak asap berkepul dari puncak sebuah bukit kecil.

"Berhenti," datuk memaut bahu kanan saya. Kami terdengar bunyi benda
bergerak di sebelah kiri, saya lihat pokok-pokok di situ bergerak sendiri. Dada
bertambah cemas. Seorang lelaki muncul di situ.

"Bagaimana cepat awak sampai," kata Bah Lanjut kehairanan.

"Kita belum lagi memacak kain," tambahnya sambil meraba dahi. Datuk tidak
menjawab pertanyaan itu. Datuk meminta Bah Lanjut membawanya segera
ke perkampungan orang asli di Kampung Raja.

"Mari," ajak Bah Lanjut, Kami lagi sekali menyelusup di bawah akar dan
pokok hutan. Akhimya kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan
orang asli. Bah Lanjut membawa kami ke sebuah rumah di tepi pokok
meranti. Bah Lanjut memperkenalkan datuk pada penghuni rumah itu.
Bah Lanjut juga meminta tuan rumah itu menyediakan sebuah tempat khas
untuk datuk dan saya, tempat itu mestilah bersih, tidak boleh anjing masuk
ke situ. Tuanpunya rumah itu sanggup menyediakan apa yang diminta oleh
Bah Lanjut. Saya dan datuk ditempatkan di sebuah rumah kosong
berhampiran dengan sebuah anak sungai.

Datuk gembira, kerana dia mudah mengambil air sembahyang dan mandi.
Sesudah meletakkan barang-barang yang di bawa ke rumah itu, saya dan
datuk kembali semula ke rumah yang mula-mula di temui.Bah Lanjut sudah
menanti di situ. Bah Lanjut bercakap dalam bahasa ibundanya dengan tuan
rumah itu.

Kemudian, Bah Lanjut membawa saya dan datuk ke satu ruang di tengah
rumah. Seorang gadis orang asli terbaring di situ. Cantik juga raut wajahnya.
Di hujung kaki itu terletak beberapa naskah majalah filem. Di hujung
kepalanya pula terletak beberapa batang keladi dan pucuk ubi kayu.
Bah Lanjut memberitahu datuk nama gadis itu ialah Kuntum. Menurut Bah
Lanjut, dulu Kuntum tinggal di Jalan Parang, bersekolah di situ. Gagah untuk
menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah di Tapah. Dia terpaksa
pulang ke kawasan Kampung Raja membantu orang tuanya bercucuk-tanam.
Hinggalah pada suatu hari, Kuntum telah di tangkap oleh satu lembaga
hitam, ketika dia menanam padi di lereng bukit.

Tiga hari, tiga malam Kuntum hilang, akhimya orang bertamu Kuntum duduk
menangis di pangkal pokok bertam yang berduri lebat. Bila bawa pulang ke
rumah, Kuntum meraung-raung tidak tentu arah. Kuntum terpaksa diikat,
dengan kepandaian Bah Lanjut, sakit Kuntum beransur baik, anehnya pula,

125
Kuntum tidak dapat bergerak ke mana-mana waktu siang. Dia terkapar di
ruang khas.

Bila malam, Kuntum akan sihat seperti orang yang Iidak terkena apa-apa. Dia
boleh memasak, membaca dan menyanyi. Kadang-kadang turun ke tengah
halaman menari dengan iringan bunyi suara buluh yang dihentakkan ke
bumi. Menjelang dinihari, satu lembaga hitam akan datang lalu memangku
Kuntum untuk di bawa ke dalam hutan.

Bila fajar subuh bangkit ke kaki langit lembaga hitam akan memulangkan
Kuntum.

Kerana hari sudah beransur gelap, datuk minta diri untuk pulang ke rumah
yang disediakan untuk kami. Datuk berjanji akan pulang ke rumah Kuntum
sesudah waktu Isyak. Datuk tidak dapat memberikan kata putus samada dia
boleh mengubati atau tidak penyakit yang dideritai oleh gadis orang asli itu.
Datuk sekedar menyatakannya.

Saya lihat datuk sudah mengenakan baju dan seluar hitam ke badan.
Kepalanya dililitkan dengan kain merah selebar dua jari. Datuk mengikat
uncang hitam di pinggang. Dia menyuruh saya memakai baju Melayu putih
dan seluar putih. Belitkan kain kuning ke kepala saya. Hati saya berdebar,
belum pernah datuk menyuruh.

"Bermacam usaha telah dilakukan, pernah orang-orang di sini menyerang


lembaga hitam itu, tetapi semua tidak berjaya, lembaga hitam itu lebih kuat
dari kami," beritahu Bah Lanjut pada datuk. Datuk kelihatan resah. Dia gigit
hibir.

"Jadi sekarang bagaimana?" tanya datuk.

"Kedua orang tua Kuntum tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan


menyerahkan Kuntum pada lembaga hitam itu, saya pun harap awak akan
dapat menolong kami dalam hal ini," secara jujur Bah Lanjut menyuarakan
hasrat hatinya.

Dia memberitahu kepada kedua orang tua Kuntum bahawa dia akan
menyiasat dan mengkaji punca penyakit itu terlebih dahulu, sebelum
memberikan ubat. Selepas sembahyang Isyak, datuk terus baring. Pusing kiri,
pusing kanan. Akhimya dia terlelap. Bila melihat datuk terlelap, saya pun
merebahkan badan dengan harapan datuk akan melupakan janjinya dengan
Bah Lanjut. Saya tahu dan faham benar, kalau datuk pergi ke situ. Sejam dua
jam kerjanya tidak akan selesai.

"Bangun," sergah datuk pada saya. Kelam-kabut saya dibuatnya. Saya


memakai pakaian. Mahu bertanya, saya takut datuk naik angin. Jalan paling
baik saya ikuti ialah, patuh saja dengan apa yang di perintahnya.

"Bawa damar," ujar datuk.

126
Saya pun ambil damar dari beg yang terletak dekat dinding rumah.
Kemudian, saya ikut datuk turun. Sebaik saja kaki saya memijak bumi, saya
terasa badan saya seram sejuk. Saya melihat cahaya api yang berkelip-kelip
dari arah rumah orang tua Kuntum. Datuk terus melangkah sambil menarik
tangan saya.

"Datuk," jerit saya sekuat hati bila melihat satu lembaga hitam berdiri di kiri
saya. Datuk pun menoleh ke arah lembaga itu. Cepat-cepat datuk meraba
mancis api di dalam saku seluarnya. Datuk membakar kertas yang baru
diambil dari dalam uncang hitam. Cahaya dari kertas yang dibakar,
menerangi kawasan dari sekitar. Saya dapat melihat lembaga hitam itu
dengan jelas. Tingginya, lebih kurang tinggi saya, seluruh badannya berbulu.

Wajahnya macam wajah beruk. Datuk menerkam ke arah lembaga hitam itu
sambil membuka silat harimau meniti batang. Lembaga hitam itu menepis
setiap buah silat yang datuk lepaskan, saya lihat lembaga hitam itu juga
boleh bersilat, mengikut rentak silat datuk. Api yang membakar kertas
padam. Datuk terus bersilat.

Suara lembaga hitam itu mengaum sambil mematahkan pokok-pokok kecil di


sekelilingnya. Kerana datuk tidak dapat menahan serangan lembaga hitam
itu, datuk berundur hingga sampai ke kaki tangga, saya terus naik ke rumah,
lalu membawa pelita minyak tanah kemuka pintu. Cahaya dari pelita minyak
tanah itu, dapat menolong saya melihat gerak lembaga hitam itu bertarung
dengan datuk.

Satu tendangan yang kencang membuat lembaga hitam itu terguling.

Lembaga hitam menjerit dengan sekuat hati. Serentak dengan itu beberapa
lembaga hitam lain muncul semuanya mahu menyerbu ke arah datuk. Kali ini
saya tidak wajar membiarkan datuk berjuang sendirian. Saya harus
bertindak.

Saya ambil golok yang terletak di ruang rumah kemudian melompat ke


tanah, lalu membuka silat halilintar. Saya melompat ke kiri dan ke kanan
sambiI menikam bertubi. Salah satu lembaga hitam itu yang terkena tikaman
saya menjerit lalu masuk ke dalam hutan, dengan di ikuti oleh lembaga hitam
yang lain. Datuk terduduk atas tanah. Dadanya berombak -ombak menahan
penat. Dengan mendadak saja saya lihat Bah Lanjut muncul di hadapan saya
dan datuk.

Hati saya segera bertanya sendirian, apakah lembaga hitam itu ada
hubungannya dengan Bah Lanjut. Apakah lembaga hitam itu jelmaan dari
Bah Lanjut. Semuanya bersarang dalam kepala saya. Dengan cara berbisik,
saya ajukan pertanyaan itu pada datuk.

Tanpa diduga, datuk terus menampar muka saya. Sakitnya bukan kepalang.
Bah Lanjut terkejut melihat aksi datuk itu. Tetapi dia tidak berani bertanya
kenapa datuk melakukan hal itu pada saya. Dengan cara penuh diplomasi
datuk menyuruh Bah Lanjut menunggu kedatangannya di rumah orang tua

127
Kuntum. Bah Lanjut akur dengan permintaan datuk itu.

Bila Bah Lanjut sudah agak jauh dari kami, barulah datuk dan saya me-
mulakan perjalanan ke rumah orang tua Kuntum. Datuk memilih jalan
belakang. Ada dua sebab kenapa datuk memilih jalan belakang, pertama dia
mahu kedatangannya tidak di ketahui oleh Kuntum dan kedua orang tuanya.
Kedua, datuk mahu mengesan dari arah mana lembaga hitam itu masuk ke
rumah
Kuntum.

"Kenapa ikut belakang, pintu depan terbuka," suara Bah Lanjut nyaring
dalam gelap. Dia muncul tiba-tiba di hadapan saya dan datuk. Lagi sekali hati
saya berdebar. Dan macam-macam sangka yang buruk terhadap Bah Lanjut
timbul di hati. Datuk tidak menjawab dan saya mengikut langkah Bah Lanjut.
Kemudian naik ke rumah.

Ayah Kuntum tersenyum menyambut kedatangan kami. Sementara ibunya


duduk meneangkung dekat dinding. Datuk terus bercakap dengan kedua
orang tua Kuntum. Datuk membuka uncang kain hitam dan mengeluarkan
kain merah, lalu dibakarnya bucu kain merah. Bila api itu mula mahu marak,
datuk memadamkannya. Secara mendadak saja Kuntum bangun lalu
menyepak tangan datuk. Dia bercakap sesuatu yang saya lihat datuk
mengerti. Datuk terus memukul tulang kering Kuntum dengan belakang
tangan.

Kuntum menjerit lalu rebah. Ayah Kuntum bangun sambil mengeluarkan


parang mahu menetak datuk. Perbuatannya itu segera di tahan oleh Bah
Lanjut. Segera Bah Lanjut menerangkan padanya kenapa datuk berbuat
demikian. Ayah Kuntum mengerti dan minta maaf pada datuk.

Kuntum segera diangkat ke tempatnya dan dibaringkan di situ. Malam


bertambah larut. Di luar rumah terdengar orang berjalan dan bunyi ranting
kering patah kena pijak.

Beberapa ekor kelawar liar beterbangan. Tiba-tiba hidung saya tercium bau
wangi yang amat sangat. Mata saya terasa berat sekali. Kepala terasa sakit
dengan mendadak. Saya lihat ayah dan ibu Kuntum tersungkur ke lantai,
begitu juga dengan Bah Lanjut. Tidak sampai lima minit mereka berdengkur.

"Berikan aku damar," datuk minta damar dari saya. Saya serahkan damar
pada datuk. Datuk segera memecahkan damar itu dengan hati-hati. Separuh
diberikan pada saya dan separuh lagi diambilnya.

Datuk suruh saya menekapkan damar itu ke hidung. Bila saya tercium
damar,mata saya kembali segar. Kemudian datuk menyuruh saya pura-pura
tidur dan terdengkur. Datuk juga berbuat begitu. Saya terasa rumah
bergegar. Saya membuka mata sedikit tetapi saya terus pura-pura
berdengkur.

Kuntum berlari ke tengah rumah. Dia menghulurkan tangannya pada

128
lembaga hitam yang macam beruk di muka pintu. Lembaga hitam yang
berwajah hodoh itu memeluk Kuntum. Hidungnya yang dempak dan keras itu
di tekan ke pipi Kuntum yang lembut sambil bersuara "Heh ... heh heh ...
heh ... hum".

Kuntum menjerit manja kerana terasa geli bila bulu lembaga hitam itu
menikam kulit badannya. Lembaga hitam itu terus mendukung Kuntum
ketempat tidur. Saya dan datuk menggolek-golekkan badan sambiI
berdengkur hingga sampai ke pintu ruang tempat Kuntum tidur.Lembaga
hitam meletakan Kuntum ke atas lantai. Dia terus mencium Kuntum bertubi-
tubi. Kuntum mengerang kepuasan.

Datuk menarik kaki saya lalu meratakan bibirnya ke telinga saya.

"Kau pergi kesana, jangan lihat," ujur datuk. Saya menginsutkan badan ke
arah lain. Tempat saya segera di ganti oleh datuk. Walaupun begitu telinga
saya masih dapat menangkap suara Kuntum yang sesekali mengerang
bersama bunyi suara lembaga hitam itu. Saya terkejut bila lembaga hitam itu
menjerit. Saya sudah tidak dapat berpura-pura tidur lagi. Saya buka mata.

Saya lihat datuk berdiri di hadapan lembaga hitam. Kuntum terkapar di


lantai. Telanjang bulat, matanya tegak merenung atap rumah. Datuk
menyuruh saya melekapkan damar ke lubang hidung Bah Lanjut dan kedua
orang tua Kuntum. Bila damar dicium, semuanya bangun. Masing-masing
terkejut melihat datuk berhadapan dengan lembaga hitam. Bah Lanjut lalu
memasang lampu minyak tanah. Ruang menjadi terang benderang.

Saya nampak cukup jelas, lembaga hitam itu sebenamya ialah sejenis
monyet besar dan mempunyai sepasang mata yang cukup tajam. Datuk terus
mempertahankan diri dari serangan lembaga hitam. Bah Lanjut dan kedua
orang tua Kuntum mula rapat ke arah Iembaga hitam.

Melihat keadaan yang cemas itu, lembaga hitam itu terus melompat dua tiga
kali. Kemudian menghempaskan badannya di dinding rumah yang di perbuat
dari kulit kayu. Dinding rumah pecah. Lembaga hitam itu jatuh ke tanah dan
menjerit lalu melarikan diri dalam gelap yang pekat.

Tanpa membuang masa lagi datuk terus rapat kepala kepada Kuntum. Tubuh
Kuntum dibalut dengan kain batik. Datuk minta Bah Lanjut mencarikan daun
dedap. Bah Lanjut segera mencarinya.

Datuk merimbas daun itu ke tubuh Kunntum sebanyak tujuh kali. Kuntum
terkejut dan dia bagaikan tersedar dari mimpi lalu bertanya pada ibunya apa
yang sudah terjadi. Ibunya menceritakan peristiwa yang berlaku. Kuntum
menangis.

Datuk mengambil damar itu diramasnya kuat-kuat. Saya lihat dari celah-
celah jari datuk keluar asap. Damar yang sudah hancur itu digaulkan dengan
daun dedap dalam satu bekas. Datuk melumurkan semuanya ke tubuh
Kuntum.

129
Datuk membiarkan Kuntum berguling atas lantai. Kuntum kelihatan macam
ikan kekeringan air. Kuntum terus lemah dan tidak berdaya. Tubuh Kuntum
dilitupi asap dan asap itu membentuk satu lembaga yang menyerupai
monyet besar berdiri hingga sampai ke bumbung. Datuk membaca sesuatu
lalu menghembuskan ke arah asap yang berbentuk lembaga itu.

Asap berpecah sekejap, bercantum kembali, berbentuk macam bantal guling,


melayang-layang di dalam rumah. Datuk pun menggigit bibir.

Dengan tangkas datuk membuka tapak tangan dan menghalakan ke arah


asap berbentuk lembaga. Datuk menghembus kearah tapak tangannya. Asap
berbentuk lembaga itu menuju ke arah pintu lalu keluar.

"Binatang sial itu, sudah meresapkan semangatnya ke dalam Kuntum," kata


datuk.

Bah Lanjut terkejut. Datuk menyuruh Bah Lanjut menjaga Kuntum hingga ke
siang. Dan datuk serta saya kembali ke rumah khas. Pagi esoknya, saya dan
datuk menemui kesan dan tapak kaki seperti yang kami temui di Kampung
Batu Enam Belas.

Datuk segera memanggil Bah Lanjut. Mereka membuat keputusan untuk


mengesan tapak kaki itu ke arah mana lembaga hitam itu lari. Sebelum
pergi, saya dan datuk melihat Kuntum dulu. Saya lihat Kuntum bertambah
segar, tetapi mukanya kelihatan pucat.

Setelah berbincang dengan Bah Lanjut lebih kurang sepuluh minit, kami pun
mula mengesan tapak kaki lembaga hitam itu. Kerana malam tadi tidak
hujan, kesan tapak kaki itu dapat dilihat dengan jelas.

Kami terus berjalan sambil memotong anak-anak pokok hutan sebagai tanda
tempat itu sudah kami lalui. Dua kali saya saya berhenti kerana perjalanan
itu terasa cukup jauh. Matahari yang tadi terang sudah beransur condong.
Tempat yang kami tuju masih juga belum sampai. Bila hari sudah beransur
gelap, kesan kaki itu sudah dapat kami kesan. Ia hilang betul-betul di
hadapan sebuah gua.

20. Memburu Raja Pukau

Datuk mengambil keputusan untuk pulang saja ke perkampungan orang asli.


Bah Lanjut tidak membantah dengan keputusan yang di buat oleh datuk itu.
Kami meredah hutan untuk pulang. Kami sampai di perkampungan orang asli
ketika bulan sudah berada di pucuk tualang bercabang lima. Malam itu datuk
tidak dapat tidur dengan lelap. Dia selalu saja terjaga dan datuk akan

130
melompat ke halaman dan berjalan sambil mengelilingi pondok. Saya
mempersetankan saja telatah datuk itu.

Bila datuk selesai sembahyang subuh, dia membakar sehelai kain buruk vang
baunya cukup wangi. Datuk hanya membakar sebahagian saja dari kain
buruk itu. Dan abunya datuk isikan dalam buluh yang beruas pendek. Buluh
itu datuk letakkan di hujung bendul pokok.

Bila matahari mula kembang di kaki langit, Bah Lanjut sudah terpaku di
halaman pondok. Dia memberitahu datuk, bahawa sepanjang malam anak
buahnya berjaga makhluk ganjil berbulu tebal tidak datang mengacau anak
dara di tempatnya. Bah Lanjut mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk.
Dia yakin, datuk telah melakukan sesuatu untuk keselamatan anak buahnya.

"Itu cara kebetulan saja tok batin," kata datuk.

"Kita tak percaya, awak memang handal."

"Terpulanglah pada tok batin sendiri," jawab datuk sambil tersenyum lalu
merapati Bah Lanjut.

Datuk berbincang sesuatu dengan Bah Lanjut. Kemudian datuk naik ke


pondok lalu menghampiri saya.

"Ke mana?" balas saya agak ragu. Datuk merenung muka saya dengan
renungan yang cukup tajam. Datuk ambil kain selimpang lalu turun. Saya
termanggu tidak tahu apa yang patut saya lakukan. Akhimya, saya juga
melompat turun kehalaman. Saya renung muka Bah Lanjut mengajukan
pertanyan.

"Biarkan dia, kalau dia nak ikut siap," jawapan itu bukan saja ditujukan oleh
datuk pada Bah Lanjut, malah ditujukan juga pada diri saya. Fahamlah saya,
bahawa mereka mahu menjejak makhluk yang berburu tebal itu.

Sebelum panas terik mencengkam perkampungan orang asli, kami pun


berangkat menuju ke gua tempat makhluk ganjil menghilangkan diri.

Sampai saja di hadapan pintu gua, datuk dan Bah Lanjut terus duduk di situ.
Saya menyapu peluh di muka dengan tapak tangan. Waktu saya menoleh ke
kiri, saya lihat datuk sudahpun duduk bersila sambil membentangkan kain
hitam atas tanah. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk
bangun, berjalan di depan pintu gua tiga kali.

"Kita masuk," kata datuk sambil menjeling ke muka Bah Lanjut. Saya lihat
wajah Bah Lanjut agak cemas.

"Ini kerja mati," Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati saya. Dia
rapat pada saya lalu menjentik telinga saya, "Kau jangan banyak kerenah,"
cukup lembut nada suaranya memukul gendang telinga saya, tetapi mem-
punyai kesan yang amat pahit bagi diri saya.

131
"Sediakan mancis," datuk memberitahu Bah Lanjut lalu menyerahkan
segumpal kain buruk pada saya. Datuk melangkah ke dalam gua. Bah Lanjut
dan saya mengekor dari belakang. Memang sukar berjalan dalam gua yang
agak gelap itu. Akhimya kami sampai ke satu kawasan lapang. Kiri kanan ka-
wasan itu didinding oleh batu pejal. Disudut sebelah kanan, terdapat satu lagi
lubang gua yang lain.

"Kita berada betul-betul di tengah antara dua gunung," beritahu datuk pada
saya. Bah Lanjut angguk kepala. Dari kawasan lapang itu, saya dapat melihat
awan dan langit. Sekiranya berlaku hujan kami pasti basah, kalau masuk ke
dalam perut gua. Menurut datuk keadaan seperti itu memang terdapat dalam
kebanyakan gua di Malaysia.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi sesuatu, saya pun merenung ke atas,


terdapat seekor ular hitam menyusur perhalan-Iahan pada akar-akar kayu
yang berjuntaian di lurah gunung itu. Ular itu terus bergerak dan berpaut
pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di tepi lurah.

"Pedulikan," kata datuk bila melihat air muka saya berubah. Serentak dengan
itu kami terdengar bunyi orang berjalan ke lubang gua sebelah kanan. Datuk
menyuruh kami menyorok di celah-celah batu besar. Bunyi itu, makin lama,
makin jelas akhirnya terpacak tiga makhluk ganjil yang berbulu tebal di
kawasan lapang.

Makhluk ganjil itu duduk di situ sambiI memakan daun-daun kayu yang di
bawanya. Gerak-geri makhluk ganjil itu tidak banyak bezanya dengan
manusia, sarna ada cara dia duduk dan mematah dahan-dahan kayu yang
berpucuk hijau. Tingginya lebih kurang 2.5 meter, kira-kira lapan kaki.
Bila berjalan agak membongkok sedikit ke depan. Wajahnya hampir
menyerupai orang utan. Suaranya macam suara monyet. Ketiga-tiga makhluk
ganjil itu, terus baring di kawasan lapang. Datuk terus menjerit dengan
sekuat hati dan melompat ke kawasan lapang dituruti oleh Bah Lanjut.
Makhluk ganjil berbulu tebal itu segera bangun. Bersedia untuk menerkam ke
arah datuk dan Bah Lanjut. Datuk bertafakur sejenak sambil membaca
sesuatu. Salah seekor daripada makhluk ganjil itu bergerak ke belakang dan
mengambil seketul batu besar. Batu itu dihumbankan ke arah datuk. Cepat -
cepat datuk mengelak.

"lni bukan syaitan atau penunggu hutan, binatang ini sesat ke sini," kata
datuk pada saya yang secara mendadak menghampirinya. Bah Lanjut
termenung sejenak. Dia kelihatan serba salah.

"Apa yang harus kita buat," datang pertanyaan dari Bah Lanjut.

"Kita halau saja dari sini," jawab datuk sambil meminta mancis api dari Bah
Lanjut. Datuk pun memerintah saya membakar kain buruk yang dibawa.
Perintah datuk segera saya laksanakan. Bila melihat api, makhluk ganjil itu
menjerit sambiI menutup matanya dengan tangan yang berbulu tebal.
Makhluk ganjil itu takut pada api dan tidak tahan dengan asap dari kain yang

132
dibakar. Makhluk ganjil itupun lari masuk ke dalam perut gua. Bila saya lihat
ke atas terdapat berpuluh-puluh ekor monyet bergayut di akar yang
berjuntaian di cerun gunung.

"Dia akan meninggalkan tempat ini terus," datuk memberitahu Bah Lanjut,
sesudah melihat sesuatu dari kain hitam yang digenggamnya.

"Tetapi makhluk ganjil itu akan datang juga ke sini untuk membahas
dendam," sambung datuk sambil mengajak saya dan Bah Lanjut keluar dari
tengah kawasan gua tersebut.

Sejak dari peristiwa itu kawasan perkampungan orang asli di Kampung Raja-
Cameron Highlands tidak lagi diganggu makhluk tersebut. Bila kami kembali
ke Batu Enam Belas, Bah Lanjut menyatakan hasratnya untuk menganut
agama Islam. Bah Lanjut kagum, setiap kali datuk berhadapan dengan
musuh selalu membaca ayat-ayat al Quran.

Hasrat Bah Lanjut itu tidak dihampakan oleh datuk. Bah Lanjut dibawa ke
Tapah untuk menemui penghulu dan penghulu terus menghubungi Jabatan
Agama Islam Perak. Seminggu kemudian, Bah Lanjut berjaya membuat
sebahagian besar daripada anak buahnya menganut agama Islam.
Dua hari sebelum meninggalkan kampung orang asli di Batu Enam Belas itu,
datuk telah di datangi oleh seorang pemuda asli yang mendakwa datang dari
Pahang. Pemuda itu memberitahu, beberapa orang pemburu telah menemui
lapak kaki binatang yang menyerupai tapak kaki manusia di Kuala Teris,
dekat Lanchang di Pahang.

Setelah berunding agak lama dengan pemuda itu, datuk bersetuju pergi ke
Kuala Teris ikut jalan hutan satu hari perjalanan, akhirnya kami sampai ke
Kuala Teris dan datuk terus menyiasat tapak kaki makhluk ganjil menyerupai
tapak kaki manusia itu, cukup besar dan panjang bentuknya.

"Binatang ini, kami halau dari Kampung Raja. Usah bimbang, tetapi orang-
orang di sini mesti berjaga, makhluk ganjil itu cukup suka pada anak dara,
dia holeh membawa anak dara lari ke hutan," begitulah datuk memberitahu
beberapa orang penduduk Lanchang yang bertanyakan tentang makhluk
ganjil itu. Menurut hemat datuk, makhluk ganjil itu akan datang lagi ke
kawasan Cameron Highlands kerana kawasan tersebut sesuai dengan
makhluk ganjil itu yang mahukan tempat yang dingin.

Datuk yakin, binatang itu datang dari banjaran gunung Himalaya di Nepal
dan berpecah dengan kumpulannya ketika berlaku ribut salji di kawasan
tersebut. Dan binatang ganjil itu sesat kedalam hutan besar di Pahang. Dari
Lanchang datuk terus ke Jerantut menemui Dukun Nong. Dua minggu saya
dan datuk menginap di rumah Dukun Nong.

Masa di rumah Dukun Nong, datuk dijemput oleh seorang lelaki ke Cameron
Highlands lagi sekali untuk mencari seorang saudagar sutera dari Thailand
yang berbangsa Amerika dan didapati hilang, ketika berjalan mengambil
angin di kawasan sebuah banglow. Datuk mencari saudagar itu bersama

133
dengan pasukan keselamatan.

Seluruh hutan di puncak Cameron Highlands telah di jelajahi tetapi saudagar


yang hilang tidak juga ditemui. Akhirnya, datuk membuat keputusan sendiri.
Dia mengajak saya pergi ke kawasan gua tepat menemui makhluk ganjil
dulu, dengan ditemani oleh beberapa orang anggota polis.

Di situ datuk hanya memenuhi beberapa pokok besar yang sudah patah dan
beberapa carikan kain yang dipercayai kepunyaan saudara tersebut. Datuk
yakin saudagar itu sudah ditawan oleh makhluk ganjil tersebut. Pendapat
datuk itu tidak diterima oleh pasukan polis. Dan datuk tidak mahu ikut dalam
usaha selanjutnya.

Ternyata akhirnya, usaha polis tidak mendapatkan sebarang hasil. Mereka


terus membatalkan rancangan untuk mencari saudagar sutera dari Thailand
itu. Kehilangan saudagar itu terus menjadi tanda-tanda hingga ke hari ini.
Kejadian ini berlaku dalam tahun enam puluhan.

Sesudah itu, saya dan datuk lagi sekali pergi ke rumah Dukun Nong dan
menceritakan pengalamannya ketika mencari saudagar yang hilang itu. Dan
dukun juga bersetuju dengan pendapat datuk. Menurut firasat Dukun Nong,
saudagar sutera itu memang ditawan makhluk ganjil sebagai membalas
dendam terhadap orang yang menganggu kawasan persembunyiannya.

Dalam pertemuan itu Dukun Nong memberitahu datuk, makhluk ganjil itu
masih berkeliaran dalam hutan negeri Pahang. Tempat persinggahan yang
paling di sukainya ialah di sekitar kawasan sejuk. Tetapi dukun Nong cukup
yakin binatang itu akan berusaha sedaya upaya melarikan dirinya dari
bertemu dengan manusia, kecuali kalau sudah tidak boleh dielakkan.

Dengan Dukun Nong, datuk mendalami ilmu-ilmu kebatinan. (Dukun Nong


meninggal dunia dalam tahun tujuh puluhan). Walaubagaimanapun, sejak ke-
hilangan saudagar sutera dari Thailand yang berbangsa Amerika itu, cerita
mengenai makhluk ganjil itu sudah tidak didengar lagi.

Pengalaman-pengalaman yang dikutip semasa mengikut datuk di Cameron


Highlands menjadi bahan yang cukup menarik untuk diceritakan pada nenek.
Dan nenek hanya ketawa senang mendengar keistimewaan-keistimewaan
yang dimiliki suaminya. Tetapi nenek memang tidak mengharapkan salah
seorang dari pada cucunya mengikut jejak langkah suaminya.

Menurut nenek, kerja yang dilakukan oleh datuk adalah kerja yang berat dan
sukar. Tidak mudah untuk diikuti oleh anak cucunya yang akan hidup dalam
dunia yang serba maju ini.

"Kau jangan ikut macam datuk kau," kata nenek kepala tangga sambil
merenung wajah datuk yang duduk disisinya. Datuk melagakan gigi atas
dengan gigi bawahnya berkali-kali. Sepasang mata datuk merenung ke arah
pintu jalan.

134
"Ada motosikal masuk ke mari tu," datuk segera bangun. Sebelum
melangkah ke tanah, dia merenung muka nenek sambil berkata, "Kerana
cucu kita, tak boleh ikut macam kita?"

"Sudah."

"Sudah bagaimana?" balas datuk lagi.

"Mengamalkan ilmu yang awak tuntut bukannya mudah, mesti menjauhkan


diri dari semua perbuatan yang dilarang oleh agama."

"Jadi, awak fikir cuma kita tak boleh buat semuanya tu?"

"Saya ingat tak mudah mereka boleh membuatnya, tak boleh menipu, ber-
judi, berjahat dengan perempuan, terpisah dari dunia kehidupan zaman ini,
mana ada anak cucu kita bila sudah ke bandar boleh menjauhkan diri dari
perkara begitu, sembahyang lima waktu belum tentu mereka tunaikan
dengan sempurna", begitu nenek memberikan pendapatnya dalam hal
tersebut.

Motosikal Honda 50cc berhenti di kaki tangga. Dua orang lelaki berdiri di
tengah halaman. Lelaki yang memakai songkok hitam menyandang
senapang kampung berlaras satu itu saya kenaI. Mat Pie namanya, orang
Kampung Dendang dan ada pertalian keluarga dengan datuk saya.

Dia adalah anggota pengawal kampung yang di kenali pada masa itu dengan
nama A.P. kemudian ditukar menjadi Home Guard atas H.G. Dia sudah mem-
bunuh lima anggota komunis di Tanah Empat Ratus yang sekarang telah dija-
dikan tanah rancangan dengan nama Bukit Kota kira-kira 8 kilometer dari
pekan Bruas, terletak di jalan menghala ke bandar Parit. Mat Pie kawan karib
Tok Janggut yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis
di Sungai Rotan dekat Padang Gajah, Taiping. Mat Pie sudah pun meninggal
dunia, anak cucunya masih ada lagi di Kampung Bruas.

"Apa hajatnya'?" tanya datuk pada Mat Pie. Mat Pie memperkenalkan
kawannya pada datuk. Orang Tanjung Tualang, bertugas sebagai kerani
dengan sebuah perusahan lombong bijih di tempatnya. Orang itu namanya
Kulub Maidin dan lebih di kenai dengan nama Din Kerani di tempatnya.

Datukpun mempersilakan, kedua orang kawannya itu naik ke rumahnya.


Nenek pun membuat kopi Tidak sampai lima minit bercakap, nenek pun
menghidangkan kopi panas dan ubi keledek rebus pada mereka.

Saya pun tumpang sama. Dari percakapan mereka, saya mendapat tahu
yang Din Kerani meminta pertolongan datuk untuk mencegah kejadian pukau
yang kian menjadi-jadi di tempatnya, malah kegiatan gerombolan pukau itu
sudah mula melarat ke beberapa buah kampung lain di sekitar Batu Gajah.

"Perkara yang benar-benar saya kesalkan kumpulan pukau tu mencuri harta


benda orang-orang kita yang susah", Din Kerani memberitahu datuk.

135
Dia juga menyatakan rumah pengurusnya juga sudah di masuki oleh pencuri
dengan menggunakan ilmu pukau yang melakukan kegiatannya dalam
seminggu sekali dan masanya tidak sama.

"Habis apa yang patut saya buat'?" soal datuk.

"Begini, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar, kalu dapat pihak
awak menghalang kejadian dari itu dari berlaku di tempat kami sudah
cukup."

"Susah tu, lagi pun saya ni bukannya pandai sangat dan saya belum pun
sampai seminggu berada di rumah."

"Dia minta tolong tak akan tak boleh dicuba," sanggah Mat Pie. Saya lihat
,muka datuk tidak begitu gembira. Dia termenung panjang.

"Begini saja, awak balik dulu esok atau lusa saya akan datang," cukup cepat
datuk membuat keputusan. Din Kerani tersenyum. Mat Pie terus menghirup
air kopi, kemudian menjamah ubi keledek rebus.

"Tinggalkan alamat rumah awak pada saya," datuk bersuara pada Din Kerani.
Mat Pie segera mengeluarkan pensil dari saku bajunya dan menyuruh saya
mencari secarik kertas. Bila kertas saya serahkan pada Mat Pie, dengan
tenang dia bersuara, "Kau lukiskan rajah rumah kau, jadi senang dia
mencarinya."

"Betul juga," Din Kerani ambil kertas dan pensil dari Mat Pie. Dia melukiskan
rajah masuk ke rumahnya.Bila selesai kertas itu diserahkan pada datuk.
Datuk menatap kertas itu agak lama juga. Dia menggaru pipi kirinya yang
berparut. Telatah datuk diperhatikan dengan teliti oleh Mat Pie dan Din
Kerani dengan tenang.

"Ada pokok tak sebelum masuk ke rumah awak?", soal datuk.

"Ada, awak turun dekat sekolah, sebelah kanan jalan ada pokok pauh, ikut
jalan tanah merah itu ke darat, hujung jalan tu rumah saya," Din Kerani
memberikan penerangan.

Datuk angguk kepala tanda faham. Bila semuanya sudah selesai, mereka pun
pulang. Datuk mengiringi mereka hingga ke muka jalan raya. Masa
perjalanan itu Mat Pie tolak motosikal dan Din Kerani terus bercakap dengan
datuk. Entah apa yang mereka cakapkan, saya sendiripun tidak tahu.

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, datuk duduk bersendirian


di anjung rumah sambil melukiskan rajah-rajah di atas sekeping kertas. Dia
memanggil saya menghampirinya. Dia menyuruh saya melihat dia melukis
rajah dan menulis perkataan dengan tulisan jawi. Saya akur dengan
permintaannya.

136
"Hari yang baik kita bertolak petang Rabu, tidak ada bahaya yang kita akan
peroleh laba, kalau pergi Khamis, perjalanan bahaya, kita akan kerugian,"
datuk memberitahu saya, sambil memberi petua bagaimana mahu memilih
hari yang bertuah dalam setiap perjalanan. Lepas itu, datuk membaca
sesuatu sambil memeluk tubuh. Dia minta nenek menyediakan bara atas
tempat bara. Barang yang di minta tiba. Datuk menaburkan kemenyan atas
bara. Asap kemenyan penuh di ruang anjung. Datuk menolak tempat bara itu
ketepi. Dia sandarkan badan ke dinding.

"Kalau tidak kerana Mat Pie, saya memang berat nak pergi ke Tunjung
Tualang," rungut datuk.

Nenek mendengar apa yang dicakapkan oleh datuk itu.

"Kenapa pula?"

"Saya sudah malas dengan kerja ini."

"Orang minta tolong, mestilah ditolong."

"Saya faham, tapi ... ," datuk tidak meneruskan kata-kata itu. Dia bangun lalu
pergi ke ruang tengah. Perasaan datuk saya lihat tidak tenteram malam itu.
Saya sesungguhnya memang tidak tahu dengan apa yang bergolak dalam
dadanya. Timbul rasa belas dalam hati saya.Kenapa datuk mesti
menyusahkan diri sendiri untuk menolong orang lain.

Timbul pertanyaan dalam diri saya. Anehnya, pertanyaan itu tidak saya ke
mukakan pada diri datuk. Saya takut menerima akibat darinya. Tanpa saya
sedari, datuk turun ke tanah di malam yang pekat itu. Dia terus naik ke
rumah duduk kembali di ruang tengah. Datuk termenung panjang di situ.

"Kenapa tok?" tanya saya. datuk renung muka saya.

"Perkara ini berat," jawabnya.

"Sebab?"

"Orang yang kita cari ni, bukan sebarang orang, dia menggunakan tengkorak
manusia untuk kerja pukaunya," nada suara datuk menurun. Dahinya saya
lihat berkerut empat.

"Walau bagaimanapun kita mesti menolong orang ini," tambahnya dengan


rasa penuh keyakinan sambil mengepalkan penumbuk. Saya tersenyum dan
datuk terus masuk ke bilik tidur.

Sebelum memulakan tugasnya, datuk lebih suka meninjau keadaan tempat


untuk dia menjalankan kerjanya itu. Ini memang sudah menjadi satu
kebiasaan yang mesti di lakukannya. Dua hari berada di rumah Din Kerani,
seluruh kawasan kampung itu sudah dijalaninya.

137
Datuk sudah memilih kawasan hutan mana yang harus dilaluinya pada setiap
pagi untuk mandi embun. Hampir separuh dari penduduk kampung itu sudah
di lawannya bercakap ketika berjemaah di surau. Menurut datuk hal ini perlu
dilakukan untuk mendapatkan kerjasama orang ramai, tanpa kerjasama
kejayaan agak sukar diperolehi. Masuk malam yang ketiga bermalam di
rumah Din Kerani, sebuah rumah telah di pukau.

Habis harta benda tuan rumah dilarikan orang. Dan esoknya datuk meninjau
kawasan rumah itu. Datuk hanya menemui sekeping daun dedap kering yang
diselitkan oleh kumpulan pukau pada tiang seri rumah. Datuk ambil daun itu.
Datuk meminta Din Kerani mendirikan satu pondok khas untuknya.

Alasan datuk memerlukan pondok itu ialah untuk memudahkan bagi dirinya
menjalankan kerja membenteras kejadian pukau. Permintaan datuk
ditunaikan.

Dengan kerjasama orang kampung sebuah pondok didirikan tidak berapa


jauh dari rumah Din Kerani.

"Kumpulan pukau ni, diketuai oleh orang yang banyak tahu tentang ilmu
batin", kata datuk pada Din Kerani pada suatu senja. Datuk berazam untuk
menewaskan kepandaian ketuanya sebelum kumpulan itu dihancurkan. Pada
malam yang keempat, datuk sudah bersedia.

Dia memakai seluar hitam, baju hitam dan bertanjak hitam dengan kain
selipang berwarna merah terpampang di dada. Datuk duduk bersila sambil
kedua lengannya terletak di atas kepala lutut. Datuk menghadapi sehelai
kain putih yang diletakkan ke dinding. Dia menyuruh saya menaruh
kemenyan dalam tempat bara yang yang terletak dihadapannya. Dalam
masa tidak sampai lima minit, ruang pondok dipenuhi dengan bau dan asap
kemenyan, macam bau bangkai.

"Orang ini menggunakan tengkorak manusia yang mati di bunuh. Tengkorak


itu sudah disalaikan ke api hingga mengecut jadi sebesar putik kelapa,"
datuk memberi tahu saya. Saya angguk kepala. Kain putih saya lihat
bergerak-gerak dan saya lihat ada bayang manusia di situ.
Saya perhatikan kain putih itu penuh minat. Memang ada wajah manusia
yang bermisai, hidungnya pesek mempunyai sepasang mata yang tajam
agak jauh ke dalam letaknya. Orangnya kelihatan seperti orang yang berbudi
bahasa dengan sulah di dahi yang cukup luas. Tingginya lebih kurang lima
kaki.

"Sudah jangan lihat," jerit datuk sambil memadamkan bara api dengan tapak
tangannya. Saya lihat tangannya tidak apa-apa. Tetapi muka datuk saya lihat
dirayapi oleh peluh-peluh halus.

"Orang ini dari sebuah kampung dekat Kampung Gajah, Teluk Anson
(sekarang Teluk Intan) dulu menjadi S.C.", ujar datuk lagi sambil membuka
kain putih yang tergantung di dinding. Kain itu di lipatkannya. Dimasukkan ke
dalam beg kertas cap kuda terbang.

138
"Minggu depan dia akan datang ke sini, kalau tak silap kali ini mereka akan
memukau rumah ketua kampung," tambah datuk.

Dia duduk di sisi saya sambil memetik ibujarinya. Walaupun begini, datuk
melahirkan rasa bimbangnya untuk berhadapan dengan ketua kampulan
pukau itu. Menurut hematnya, kalau silap langkah datuk akan menanggung
malu yang cukup besar. Tidak ada jalan lain, datuk terpaksa menghubungi
isterinya orang bunian dengan perantaran kuasa ghaib. Datuk memejamkan
matanya yang terbuka luas. Dalam sekilap mata saya, saya lihat di tapak
tangannya sudah tersedia dua biji limau nipis dan sebilah keris pendek.

"Kita akan menolong orang di sini," kata datuk dengan nada suara yang
cukup riang pada saya. Dia bangun, berjalan dalam ruang pondok.

"Ketua pukau ini memang handal orangnya, di Slim River dia meletakkan
satu keluarga di tengah padang dan tidak mengambil barang-barang yang di
rumah," tambah datuk lagi.

"Kenapa jadi begitu tok?"

"Dia mahu menguji kehandalan tuan rumah tu yang cuba mahu menghalang
kerjanya, tuan rumah itu kononnya bersedia menangkap ketua pukau tu dan
meminta bayaran yang tinggi pada kerjanya tu, berita itu sampai ke
telinganya dan dia menguji."

"Siapa yang handaI dalam hal ni tok?"

"Tentulah ketua pukau, kalau tidak masakan dia mahu memalukan tuan
rumah itu." Penerangan datuk itu memberikan satu kepuasan pada diri saya.

Malam yang dinantikan pun tiba, sebuah kereta jenis Morris Minor berhenti di
tepi jalan dekat sekolah Tanjung Tualang. Dari perut kereta itu keluar tiga
orang lelaki menuju kerumah ketua kampung.

Jam ketika itu sudah pukul dua subuh. Saya dengan datuk memperhatikan
gerak-geri manusia bertiga itu dengan penuh minat. Sampai di rumah ketua
kampung, ketiga-tiga manusia itu mengelilingi rumah ketua kampung
sebanyak tujuh kali.

Kemudian mereka meletakkan tengkorak kecil dipangkal tiang seri. Lelaki


yang berbadan kurus itu terus memuja tengkorak kecil itu yang bertukar
warna dari putih ke warna hitam-hitaman. Lepas itu dia membakar kemenyan
dengan api rokok. Asap kemenyan diasapkan pada tengkorak.

Tengkorak di kepala tiang seri kelihatan berbuih-buih dan bergerak-gerak.


Serentak dengan itu seluruh kawasan berbau busuk kemudian berbau wangi.
Saya terasa kelopak mata cukup berat.

"Pukaunya sudah menjadi," bisik datuk pada saya sambil meletakkan kedua

139
tangannya ke muka saya. Saya terasa segar dan rasa mengantuk terus
hilang.

21. Berguru Dengan Syaitan

Datuk tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang


samar-samar itu, saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering.
Tengkorak itu masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan
asap. Menurut datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati
dibunuh, ketika hujan panas.

Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena
tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam atau tidak.
Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa
ujian yang tertentu.

Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan
badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh
menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan
mengandarnya.

Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti
sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut,
kemudian dipuja oleh orang-orang yang tahu dengan kerja-kerja syaitan itu.
Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat,
bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah
itu bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang
menyimpan tengkorak tersebut.

"Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam-macam cara, tetapi memukau


dengan tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu-ilmu
pukau yang lain", begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara
ringkas.

"Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk
dengan nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap datuk itu,
saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia
memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati-hati.

Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka.
Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki-kaki pukau memijak lantai
rumahnya .

"Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau. Tuan
rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.

"Bukan di situ, tempat kau dibilik", mendengar suara ketua pukau, tuan
rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil

140
tengkorak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia
bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk
dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata:

"Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri
tuan rumah."

Habis saja ketua pukau berkata-kata, seluruh perut rumah terang benderang.
Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang-
barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja
tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua
barang-barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau
memasukkan barang-barang kemas dalam beg kulit hitam, kemudian
menghitung wang yang dicuri.

"Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.

"Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua", ketua pukau memberitahu
anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan
ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali
berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.

"Apakah yang mesti kita buat sekarang tok", saya menyoal datuk bila melihat
ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.

"Biarlah mereka pergi", pendek saja datuk memberikan jawapan.

Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan
pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun
mengambil ranting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua
benda-benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.
Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan
menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke
api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah-patahkan lalu ditaruh
kedalam tempat bara api.

Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat
datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan
kemenyan ke dalamnya.

"Aku harap orang-orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang
esok," kata datuk dengan nada suara yang tenang.

Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu
saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk
ketika azan subuh menguasai kampung.

Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang
berlaku di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang-barang yang
hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang

141
berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di
Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.

Secara terang-terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak
berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani
meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya
atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.

"Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak
ayam?", tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.

"Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa
awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya
malu."

"Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh
sabar sikit?"

Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung pan-
jang. Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau.
Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.

"Buat apa?"

"Untuk melihat ketua pukau"

Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia
bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Datuk. Mana
mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak ditangkap. Fikir Din Kerani.

"Benar atau berjenaka?", Din Kerani meminta kepastian.

"Benar", jawab datuk dengan tegas.

Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam
lima petang ketua pukau yang diharapkan itu tidak datang. Satu tamparan
yang cukup hebat dalam tugas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara
seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu
bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok
dengan seribu pertanyaan.

"Orang ini benar-benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa,"
keluh datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang
lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk
selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang
sambil membuka beberapa buah kitab.

Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti


melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk
sembahyang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah

142
bersama-sama orang kampung di surau.

Di surau orang-orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak


mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki
mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00
hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang
berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut.
Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.

Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang-orang kampung pada
datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula-mula Datuk
datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu ber-
tindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu
datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang-orang kampung
dengan baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok
imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din
Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira-kira pukul satu
malam.

Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam
untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan
meneruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu
menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal.

Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan


keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan
dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung
serta sabut.

Datuk berdiri tegak menghadapi benda-benda itu semua. Datuk memakai


seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah.
Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk
terus membaca ayat Al-Iqra' hingga tamat.

Lepas itu dia membaca Al-Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca
dengan tiba-tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air
melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat
bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk
cukup cemas. Peluh halus muncul dengan tiba-tiba di dahi luasnya.

"Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.

Cepat-cepat datuk membuka bungkusan kain kuning yang disimpannya


dalam beg rotan. Dia mengeluarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata
keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa
keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu-satunya
peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah
digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh.

"Besinya dikutip dari besi-besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan

143
tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh", kata datuk pada
saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah
membunuh beratus-ratus tentera Belanda.

Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu
meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh
memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan
bisa dan kuasanya.

Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merah-
siakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan
mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah-merahan. Di
mata keris tersebut timbul huruf-huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah.
Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih
yang berserak.

"Kau memang mahu menghancurkan aku", tiba-tiba saya terdengar satu


suara dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di
situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu
dengan pandangan yang tajam.

"Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan
ketenangan itu pada aku", lelaki itu bersuara lemah.

Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak
tentu arah.

Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam
keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa
lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama-sama datang dari
Jambi.

Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai,


dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu
karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk
menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.

"Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau", kata datuk
sambil membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat.
Wajah datuk agak pucat sedikit.

"Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu. Saya terkejut,
kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya
tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan
datuk namanya tercatat sebagai - Kulub Mohd Diah. Dan orang-orang
kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar.

Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang
diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama
keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.

144
"Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku"

"Maksud kau?"

"Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya


dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh
aku tidak aman."

"Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"

"Itulah silapnya aku."

"Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar."

"Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh
mereka memukau rumah-rumah orang putih yang menjajah negara kita,
tetapi mereka melakukan sebaliknya."

"Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat
jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran.
Kenapa kau menyempitkan ajaran Islam?"

"Aku tahu..", belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus
membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari
pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang
memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang.

"Ke mana tok?"

"Ke surau."

Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang
lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di
tangan itu ialah ketua pukau.

"Hei kalau kau benar-benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja
kami?", cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari rakannya
memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka
ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar-samar cahaya bulan
malam itu.

"Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai
Kinta," ketua pukau terus mengugut.

Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga-tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya
lihat bergerak-gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua
pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit
itu saya lihat tenggelam.

145
"Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?", datuk terus
menyergah ketua pukau.

Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu
mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan
muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan-akan ada
kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.

Ketua pukau angkat senjata, tiba-tiba tangan dan kakinya tidak boleh
bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal.
Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk
menyentuh mata golok perak.

Dengan tiba-tiba golok perak itu patah dua. Bahagian atas yang patah jatuh
betul-betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya
keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua
pukau terlepas.

"Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu
dengan syaitan tidak akan boleh ke mana-mana. Belajarlah hidup dengan
berusaha mencari rezeki yang halal", datuk memberitahu ketua pukau.

Dengan mendadak saja ketiga-tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki
datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga-tiga badan anggota pukau itu.
Datuk berubah tempat berdiri.

"Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari
tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya
sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta
ampun dan bertaubat", kata datuk.

"Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta-bendanya.
Jangan hukum kami."

"Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas
dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil"

"Kami bertaubat"

"Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada
aku", datuk mengemukakan permintaan secara jujur.

Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk,


Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau
yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki
pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.

"Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghu-
kumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka
insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya", itulah alasan yang

146
diberikan oleh datuk pada Din Kerani.

Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada


datuk tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri.

Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi
berlaku. Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama
tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan
tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung.

Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat


melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal
kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan me-
nguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya.

Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih-
lebih lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau.
Datuk pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan
cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang tersendiri.

Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia
di Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah
Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut
yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh
dengan nenek, tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan
pukau.

Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali
namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti
kegiatan kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang mengharapkan dengan
adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat
ditumpaskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas,
datuk tidak akan memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu
mereka dihukum mengikut undang-undang yang telah di tetapkan.

Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di
halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat
Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang
mereka bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali
mencatatkan sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah,
Datuk terus berpesan padanya:

"Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan
Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya"

"Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini"

"Sama-samalah kita berdoa", sahut datuk dari muka pintu.

Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang

147
tengah bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan
kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama,
ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja
tersebut.

"Kerja dia orang licin", kata ustaz.

"Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya
tak aman."

"Macam mana Wak tahu hal itu?"

"Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak
mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah
kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak"

"Saya paham"

Cuma setakat itu saya dengar kata-kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing-
masing masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang
bertalu-talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul.

"Apa halnya?", soal datuk.

"Semuanya dapat kami tangkap."

''Dimana?''

"Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang
duduk di Bidor."

"Sekarang dia orang di mana?", tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.

"Di Balai Polis Langkap"

"Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?", celah ustaz yang berbadan


besar, ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata putih.

"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar"

"Begitu", suara datuk lemah.

Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke
Balai Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui
ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap.

"Kenapa kamu tak insaf?", soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk
itu tidak mendapat jawapan. Ketiga-tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari
Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman
tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri.

148
Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu
dibela oleh abangnya. Datuk terus meminta tengkorak kering dari ketua
pukau.

Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya


secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka
Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.

"Dia sudah mati", meletus jawapan dari ketua pukau.

"Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan
pada yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku".

Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi
datuk tidak memperolehi apa-apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada
padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya,
kecuali menggunakan beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di
sembunyikan dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak.

Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam
perut jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak datuk
mengingatkan polis yang mengawalnya supaya berhati-hati dengan ketua
pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu
juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin
ketua pukau itu tidak boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk
mengikuti jeep itu pergi ke Kampar.

Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Lengkap.
Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar
dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang.

Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang
akan berlaku dalam perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa
semuanya berjalan dengan baik,
malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya melepaskan diri.

Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut.


Mukanya mula didatangi oleh peluh-peluh halus. Saya tahu, bila datuk
melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh
darinya.

"Dia berjaya membuka garinya", tiba-tiba datuk bersuara agak keras.

Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas
jambatan di Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan
dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya
satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).

"Dia akan terjun ke dalam sungai", kata datuk lagi.

149
Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau
terjun keatas jalan raya, kemudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada
di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti.
Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi. Datuk
keluar dari perut kereta.

"Dia agak handal orangnya", ujar datuk sambil merenung kedalam sungai
yang berbuih. Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut
sungai.

"Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair", kata Datuk.

Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau
tidak juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih.

Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi
memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep
membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri
di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di
lambung ke atas.

Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, ke-
mudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai
bagaikan mengelegak dan berbuih-buih, kemudian tempat ketua pukau
terjun itu berpusing-pusing menjadi semacam lubuk.

Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu
mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah
dagunya keluar satu benda putih.

Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun
mengambil tengkorak terse but.

Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat
Jali di sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu
melepaskan tembakan ke arah datuk.

Datuk cepat-cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua


pukau terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan
pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke
bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk
muntah darah.

Seluruh badan datuk menjadi biru.

22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja

150
Datuk rebah ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya.
Mat Jali menghampiri ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung
dan telinga keluar darah yang merah kental. Saya menghampiri datuk.
Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah darahnya sudah berhenti. Datuk
membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang dipegangnya menjadi
hitam, macam arang dan akhimya bertukar menjadi serbuk halus macam
amang bijih yang dibuang.

"Campakkan ke air", kata Datuk.

Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya,
seluruh badan terasa panas. Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air
sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia
akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi
kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara
kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut.
Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua
pukau ke Balai Polis Kampar.

"Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba
ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya".

"Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun
berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang
dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka
tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari
rotan yang sedang melepaskan penat di situ.

"Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan
air sikit. Ramas daun-daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut
aku”, perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat
mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari
Datuk, saya lihat dia boleh bangun.

Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah
wajah datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu
menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam
mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat
situ.

"Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada
saya sambil meraba batang pokok di belakangnya.

"Apa yang mesti saya buat tok?”

"Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk
menemui Allah”

"Tapi kita harus berikhtiar”

151
"Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini”

"Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?"

Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua
belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.

"Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam
apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan.
Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang
itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah"

Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh
datuk.

Saya perhatikan dalam saat-saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja.
Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok
keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut
kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.

Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam,
datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya
Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam
lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak
dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.

"Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.

"Maksudnya?"

”Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya
sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya
itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk
melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas
memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan
suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya.

"Apa yang mesti saya buat?", tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil
merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya.

"Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?", Mat Jali mengajukan


pertanyaan. Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum.

"Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya"

"Sebab?"

"Doktor nak tanya sikit", beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk
kedalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya
dan Mat Jali duduk.

152
"Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak
membuang kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin", ujar doktor itu
sambil menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami.
Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di
Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.

"Saya kurang faham dengan cakap tuan" , suara Mat Jali tenang.

"Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya
dia bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang
adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak”

"Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besii. Suruh dia buka", doktor itu
merenung muka saya. Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari
saya. Saya pun rapat kepada Datuk. Saya membisikan ke telinganya:

"Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk."

"Buka apa?", sergah datuk pada saya.

"Tahan besi."

”Tahan besi?", ulang datuk.

"Ya tok."

Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut
seolah-olah dari sinar matanya terucap perkataan ini:

"Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”

Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat-kumit


membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari
sebelah kiri.

Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah
ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor
itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk
merenung saya dengan senyum.

"Sudah", pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil
jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak
lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga,
dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd
Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F
dengan Jabatan
Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun
yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat
dengan datuk.

153
Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh
isterinya sejak bertahun-tahun itu di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia
menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk
mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan
mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada
sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat.

Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan


jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh
Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah
lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai
beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih
suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di
rumahnya.

Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu
diwarisi dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan
besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya,
sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri.
Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu
bertempat di Singapura, dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada
mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri.

Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan
yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu
tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding
di kawasan rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu
tidak berat, datuk bersedia menolongnya.

"Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus", jutawan itu menyoal datuk. Saya
lihat datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd
Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.

"Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai
anak cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal", jawap
datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang
tajam. Jutawan itu tunduk.

"Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu
bersedekah saja", nada suara jutawan itu mula menurun.

"Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim", tingkah datuk. Jutawan itu
anggukkan kepala.

"Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?", Mohd Zain memotong
percakapan. Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu
dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.

"Saya terpaksa pergi ke sana setidak-tidaknya tiga senja saya mesti ke sana"

154
"Kalau begitu duduk saja dirumah saya”
"Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya
kerumah Tok Kaya”

"Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata
Tok Kaya (jutawan) sambil tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari
datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan
besar.

Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu
pergi mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan
Kampar.

"Buat apa ke sana pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi
dan roti.

"Nak cari buluh tumpat."

"Buat apa?", sahut Mohd Zain.

”Untuk menolong Tok Kaya", jawap datuk.

Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta
Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat
sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan.
Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di Batu
Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat
itu sepanjang satu kaki.

Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di


bawah rumah. Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan,
jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang
cukup kagum dan hormat dengan datuk.

Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di


anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan
supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan
mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya.
Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak
masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu
sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.

"Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja
dengan baik”, itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya
lidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya terlena.

Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang
menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak
terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd

155
Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu
memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya
tidak terganggu oleh dengkor saya.

"Kau sudah mula mengenali perangai aku", katanya menyindir ketika saya
mengaambil air sembahyang bersamanya.

"Belajar dari pengalaman”, balas saya.

"Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.

Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari


bangun di kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah
pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh
muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci
yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.

Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya


muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau
menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan.
Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung
atau darah tinggi.

Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk
dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari
bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami di sambut oleh Pak
Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang
bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd
Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub Naim.

"Saya balik dulu pak", Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan
jentera kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah
batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah
dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat
itu kelihatan cantik dalam bentuk yang tersendiri, besama cat kuning air
yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim orang Keramat Pulai tentang
rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah
lebih dari seratus tahun usianya.

Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah
pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum
pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah
tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu saja.
Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung
rumah, keutuhan dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu
bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja.

Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian


belakang rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke
kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia

156
hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja. Saya
dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah.
Bahagian atas itu cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat, berukir
dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung.

Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri
saya seolah-olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan-akan terlambung ke
satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya
lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan
sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga senja tiba,
saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu tujuh
kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan
membaca sesuatu.

"Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya
angguk kepala dan ikut perintahnya.

"Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk


menandakan tempat itu dengan kayu.

"Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke
utara dan ke selatan macam tadi juga”

Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk
pun korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.

"Cukuplah tu, agak-agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah


mana ada anjing, kawasan ni berpagar", datuk bercakap seorang diri. Saya
tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan
dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.

"Macam mana, sudah selesai?", iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja
pada datuk.

"Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh", balas datuk. Tok Kaya
Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan di
hantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh
istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa.

Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas
sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan
zikimya. Saya keluar dari bilik mundar-mandir ruang tengah. Saya terkejut
dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar
seorang gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang
memancar, di tangannya terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup
badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.

"Kenapa, macam kena kejar syaitan."

"Ada puteri raja di sini tok”

157
"Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau
sampai mampus”, datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah.
Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai
berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di
atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan
saya berdiri di belakangnya.

Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai
tanjak dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta padang panjang di
pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami.
Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub
Naim boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh
yang ditemui. Dia sudah menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya
Sendi Diraja masih hidup.

"Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia
hanya mengucapkan selamat datang”, katanya dengan berketawa pada
Datuk.

"Orang lelaki itu siapa?", soal saya.

"Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada
tuan berdua. Dia tidak akan mengganggu”, jawabnya.

Temyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu
mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas.
Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu
saya tidur.

Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh
tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri.
Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua
malam lagi dirumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih
semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan
berhadapan dengan perkara-perkara aneh bila dia membuat kira-kira
pemiagaan di bilik khasnya. Kadang-kadang dia terasa ada mahkluk lain di
rumahnya. Pemah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari
tidurnya, dia telah berada di atas katil disampang isterinya. Pakaiannya
ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.

"Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan", adu Tok Kaya Sendi
Diraja pada datuk di ruang tamu bawah. "Saya merahsiakan perkara ini dari
kaum keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk
dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd
Zain kepadanya.

"Saya cuma boleh menolong saya”, kata datuk merendah diri. Tok Kaya
Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-
dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah.

158
Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti
dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang
menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas.

Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan
tamat pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami
bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu
jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari
bahagian atas.

"Itu jeritan Norlin", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

Kamipun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu.


Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang
selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin
terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat
benar.
"Ada apa Norlin?", tanya Tok Kaya Sendi Diraja.

Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap.
Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.

"Ada apa nak?", soal isterinya pula.

Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang
rumah. Langsir bergerak-gerak dengan hebatnya.

"Ada apa Norlin? Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan
terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya.
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan
penuh kasih sayang.

"Kau nampak manusia di sini", Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara
yang cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa
yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi
menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah
keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.

Kira-kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung
panjang di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang di
perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk
mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan-dahan
kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya
resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di hujung kaki.
Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.

Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti
bunyi dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh
sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup.
Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar-samar

159
masuk kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti
dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh.

Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya,
sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak
ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik
diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.

"Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.

"Kenapa?", soal datuk.

"Berjalan dan menari sendirian"

"Allah", keluh datuk.

Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari
macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan
isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang
perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua
belas kali.

Hujan kian menjadi -jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga
terasa ada makhluk asing beratus-ratus orang mengisi dalam ruang bilik.
Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing
berada di situ memang ada. Buku-buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan
tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan
sendiri. Hal itu tidak di sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.
Mereka asyik melihat Norlin.

Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh-peluh halus membintit di


kening. Seolah-olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat
menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum.
"Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil
menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.

"Siapa dia nak? Cakap dengan saya", rayu datuk. Norlin merenung ke pintu,
berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.

23. Roh Bayi Cari Ibu

Datuk menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang
kelihatan cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya
Sendi Diraja dan isterinya.

"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk
dengan nada suara yang cukup lembut.

160
"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus
menghentak-hentakkan kaki ke lantai sambil meronta-ronta. Ibunya terus
memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus
di buatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan
isterinya yang tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak
Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di
dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:

"Apa yang dah jadi Norlin?"

"Saya takut makcik", suara Norlin terketar-ketar. Kemudian Norbaya


memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu
di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat-ayat suci,
tiba-tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.

"Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim
resah dan berkata pada suaminya:

"Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing-
pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk.

"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan
membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya", tutur Pak Ayub Naim.
Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus
menyambung:

"Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan.

Isteri Pak Ayub Naim secara tiba-tiba berdiri. Matanya mula merah merenung
ke wajah Norlin.

"Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap
kali Norlin cuti dia jadi korban", nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras.
Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.

"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”,
kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

"Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan
Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu
dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula
membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.

"Baik", tiba-tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.

Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air
dalam mangkuk putih.

"Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan

161
mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari
hantunya kedalam mangkuk putih.

"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya
Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya
Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus
terlena.

Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya
Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke
bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan
rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh
keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.

"Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah.
Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya”, ujar datuk.

"Saya faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja.

"Mencuba apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun
berpisah.

Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk.
Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit
Norlin. Menurut datuk Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah
petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat
beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi
Diraja untuk masuk ke bilik Norlin.

"Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk
merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.

”Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan
kepada saya dan Tok Kaya
Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul-betul di tengah
pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.

Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang


tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja
dan saya menghampiri Norlin. Tiba-tiba wajah Norlin berubah menjadi takut
dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu
dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi
di tangan kanan Norlin. Mulut datuk terus terkumat-kamit. Matanya sekejap
terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung
rambut hingga ke hujung kaki.

Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk-anggukkan


kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang
berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik.
Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.

162
Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap
kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak
kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya
melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai
gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak
sendiri menuju ke arah tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu
merapatinya, datuk segera menahan.

"Jangan”

"Kenapa?"

"Barangkali dia mahu menguji kita"

"Apa yang patut kita lakukan?"

"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan
pada Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan
kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan
duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan
kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia.

Gegarannya menjatuhkan botol-botol kecil yang terletak di atas meja hias


Norlin. Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin
tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin
tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah-olah berada di dunia
lain.

Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.

"Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk.

Datukpun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu


berbisik:

"Memang ada yang mengacaunya."

"Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?"

Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan
masalah yang rumit itu. Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi
dirinya bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan beberapa soalan atau
pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja
yang dilakukan.

"Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok
sendiri."

"Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?"

163
"Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari
datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak
cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak
lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya
menghampirinya.

"Ada apa tok?"

"Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan
lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain-lain harus mandi dengan air bunga
tujuh jenis”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang
selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga
kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.

Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk
tersedia di hadapannya. Tiga kuntum buang yang berlainan jenis itu datuk
taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di tengah ruang rumah
berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan
dalam rumah bertambah suram.

Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup
kuat. Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan
datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil
menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.
Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.

Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut-turut. Wajahnya


kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun
membuka matanya dengan perlahan-lahan dan merenung ke kiri dan ke
kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam
oleh datuk.

"'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk.

"Bila?", soal saya tidak sabar.

"Malam ini, kira-kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata


menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia
mengemukakan pertanyaan.

"Dimana?"
"Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras.
Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil
bangun dengan tiba-tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di
hadapan datuk.

"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”,

164
datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera
dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.

"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah
ikut”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

"Silakan."

"Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air
bunga."

"Mesti”, datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.

Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung
Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki
gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan
itu boleh dipetik.

"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan.

Pak Ayub Naim tersenyum.

"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."

"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya
punya senanglah kita berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan
ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling
hujung ada tempat orang memecah batu.

Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah
batu disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan
air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai
memancing di kolam lombong tinggal itu.

Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah
lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang
cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga.
Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit
sudah bertukar warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan
tumbuh-tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata.

"Siapa yang tanam pokok-pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub
Naim. Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.

"Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam
jumaat, waktu bulan penuh."

"Buat apa dia ke sini?"

"Itu saya kurang periksa pula."

165
Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan.
Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri
saya.

Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit
dengan makhluk asing? Apakah pokok-pokok bunga yang di tanam di
kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar
untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya
itu.

Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk
serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak
sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.

Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat


Pulai. Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke
rumah Tok Kaya Sendi Diraja.
Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya
memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.

"Kenapa?"

"Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim"

"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?"

"Boleh, apa salahnya”

Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak
Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi
Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah
mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing
mulutnya.

Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan


dimandikan dengan air bunga-bungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak
bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong
bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok
Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah
ke mana.

Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga
tujuh jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh
semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu juga dengan
Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas
tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang
dirinya terasa pening.

Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan

166
datuk, hanya tiga batang liIin sahaja yang di pasang menjadikan suasana
agak samar-samar. Datuk pun duduk lurus-Iurus.

Mulut datuk terkumat-kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah


perkuburan di waktu petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang
kedengaran. Entah dari mana, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara
lolongan anjing.

Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara
anjing. Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apa terdengar suara orang
mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba-tiba bangun lalu memandang wajah
ibunya.

"Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang”, ujar datuk perlahan-lahan


tetapi cukup tegas. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di
hadapan, secara perlahan-lahan muncul semacam gumpalan kabus,
bergulung-gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan-Iahan.

Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah
menjadi pucat begitu juga dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi
terapung-apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu
memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke
muka Norlin.

"Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk.

"Saya belum ada nama”, jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi
tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk
terus merenung ke arah bayi itu.

"Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk.

Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu.

"Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi.

"Tidak”, terdengar suara gema yang agak jauh.

"Kenapa kau ganggu Norlin?"


"Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja"

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan-
tahan. Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya
bertentang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi
Diraja dan isterinya.

"Apa fasal kau mahu menemui ibumu?"

"Saya minta di pertanggungjawabkan"

167
"Maksudmu aku faham"
"Kenapa saya dibunuh?"

"Jadi ibumu telah membunuhmu?"

"Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor,
saya di keluarkan dari rahim secara paksa"

Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu
terdengar sayup-sayup dan amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah
tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya
di padamkan.

"Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"

"Bukan itu maksud saya"

"Jadi apa tujuan mu yang sebenar?"

"Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum
keluarga"

"Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik
kau. Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga mereka”,ujar datuk
sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan
isteri serta-merta anggukkan kepala. Datuk mengigit bibir lalu bertanya:

"Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh
cucuku dan orang lain itu?"

Bayi itu kelihatan berpusing-pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan-
akan ketawa menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup
kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api
lilin yang tidak jadi padam.

"Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang


memberi jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku. Dan merekalah
yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar." Terdengar gema
suara dari arah kiri datuk.

"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan
mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin”, datuk terus bersuara.

"Aku mahu bersalam dengan mereka”,minta bayi itu.

"Silakan”

Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak
bersalaman dengan bayi itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang
mengenai jari-jemari mereka. Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus

168
berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis, dan akhimya
terus
menghilang.

Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca


sesuatu. Dengan nada suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu,
datuk bersuara:

“Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan
temuilah kami"

Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri
Tok Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke
atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.

”Saya tak tahu masa bila dia pengsan”, kata Tok Kaya Sendi Diraja.

"Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik”, balas datuk lalu menepuk
tikar mengkuang panjang dua belas.

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat.
Sepasang matanya merenung mata datuk.

"Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh
nafsu?", tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk.
Wajahnya resah tidak menentu.

"Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?"

Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.

"Kenapa kau berlaku sekejam itu?"

"Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang
masaknya. Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam
dibahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh bulan, saya dengan
persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang
doktor swasta di Kuala Kangsar"

Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya
mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun
merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.

"Awak berdua sudah melakukan dosa”, ujar datuk pada Tok Kaya Sendi
Diraja. Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua
peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat keluarga diri Tok
Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia
baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan
terkutuknya.

169
"Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha
Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang
setimpal dengan perbuatan kamu berdua”, tambah datuk.

Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya
mengikutinya dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan.
Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu
bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam
bilik. Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.

"Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap”, kata datuk pada
lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang.

24. Puaka Tiang Seri

Lebih kurang pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui
datuk. Dia pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak
di duganya. Kalaulah dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya,
memang dia tidak akan mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus
menasihati Tok Kaya Sendi Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan
rela hati.

"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di


dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan
terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita
menemui ajal”

Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja.
Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk
pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan
sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang
hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya
Sendi Diraja nampak resah.

"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya
Sendi Diraja.

Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-


merahan dari anjung rumah.

”Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya”

”Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya”

"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua”

Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap.
Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.

170
"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan
akhir saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan
badannya memandang wajah datuk.

Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.

"Apa lagi yang mahu saya tolong?”

”Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"

"Maksud Tok Kaya?”

"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya"

Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok-pokok pisang di


dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan.

Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk
menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal
dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.

"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"

"Menghalau penunggu rumah ini"

"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi,
kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah”

"Sebabnya?"

"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya"

Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok
Kaya Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka
datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi
Diraja.

Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak
setiap pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja
tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.

"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.

Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta
Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang
diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang
uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing
melintang urat.

171
Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu
diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada
datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.

Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila
sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk
pun melompat dan bersuara:

"Bawa perasap itu ke tengah ruang”

Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang
rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya
lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja.

"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.

"Di tengah rumah"

Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh
dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan
atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi
Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang
tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil
berkata:

"Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"

Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya
kelihatan kebiru-biruan.

"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”,
jelas datuk.

"Saya tak tahu"

"Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok
Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan
tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu
melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka
sudahpun berada dekat saya.

"Duduk”, kata datuk.

Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah
kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua
menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam
bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak.
Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam
rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di
satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir.

172
Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling
dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu
mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah
Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:
"Ada tanda kejayaannya”

Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya
bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan
dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada
tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan
berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung
tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.

Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya
Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.

"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal
ini”, ujar datuk dengan tenang.

"Maksud awak?"

"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya
asal-usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya”

"Saya mahu tengok"

"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah
yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya"

Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam
masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang
bercabang.

"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat
menyenangkan hati datuk.

Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih
dibucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan atas lantai.
Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali
padang bagaikan singgahsana raja-raja zaman silam, seperti yang selalu kita
tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam
puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah,
memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh
saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya
diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang
berlaku dalam bilik.

Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya
terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan
dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan

173
lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi
bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka
sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan
anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam
orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu
lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.

Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun
padam. Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar
dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat
melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari
atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar-samar
atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil celah-celah
tanah.

Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala
sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki
berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas
bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan
tersimpuh seorang puteri.

"Apa hajat?", terdengar suara parau.

"Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.


"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak
keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"

"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”

”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain
yang punya niat baik"

"Maksud tuan hamba?"

"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada
perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama-sama menjalankan hukum Allah
dan melawan perkara yang buruk"

ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk
ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat
mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak
lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa
mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.

Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah


Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang
dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh
itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.

Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia

174
lebih suka kalau saya membaca kitab-kitab fekah yang ada hubungannya
dengan hukum-hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk
pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.

Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok
Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk
tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk,
berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ
sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut
dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.

Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli
kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu di
bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.

Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang
kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu-
kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah
binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh
puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan
moyang Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang,
saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja
melombong bijih timah.

"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita
hanyutkan kelaut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.

"Sayang, itu rumah pusaka"

"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati jangan
membuat kerja yang tak baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang-orang
berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang
dan menjaga anak buah Tok Kaya"

"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok
Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam
usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang
terjadi.

Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk.
Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja
pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada
datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil
wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah
kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di
tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan
Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan yang gagaI ke
Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di
kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal.

175
Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi
tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan
mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung
Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah
mempunyai dua orang cucu.

Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke
rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi
oleh guru-guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di
patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya
berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika
anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya
sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga,
ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya,
datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.

Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin
menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang
putih dan menetap di Essex, kira-kira 60 km dari London.

Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja.
(Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami
serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja
dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap
berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar).

Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja
mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit
itu datang, datuk terpaksa duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat
cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk
lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat.
Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali.

Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di


malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat dari akar kayu, ternyata ubat-
ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu-cucu
yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan
dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui
sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang
lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.

"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah
tua penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang.

"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.

Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan


dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.

"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa

176
masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti
kita”, jawab datuk.

Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya
menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang
pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah-dekah, bila
datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan
begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu
Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang
Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan
lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga
mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di
samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang
fardhu.

"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib


pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk
mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati
kecil saya.

Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul
sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya
amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke
sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di
pekan itu memang tidak menarik minat saya.

"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa
dia turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu
pergi ke situ.

"Sekarang kita pergi Tok?"

"Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya.

Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada
di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi
jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira empat puluh minit berada dalam
perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar-mandir
dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak
banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya
tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk
untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.

Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk
mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras,
datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang
dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana
dilanda arus sungai yang deras.

"Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.

177
"Malas nak pindah"

"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi
nasihat.

Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir


mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta
ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata kawannya lama-
lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.

"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup
bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya
bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan
wajahnya ke arah lain.

"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”,
sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit
bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.

"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah
benci dengan kerja-kerja menolong orang bukan?"

"Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak
pernah menolak."

"Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang
mengandungi kekesalan.

Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan
datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan
Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan
rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau
syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat
kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam.
Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan.
Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.

"Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada
suara menurun.

Wajah kawannya itu direnungnya tepat-tepat. Dengan tenang datuk


menghirup kopi dihadapannya.

"Kau aku harapkan menolong dalam hal ini"

"Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung


kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan.
Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari
datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.

178
"Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”,
beritahu datuk pada kawannya.

Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat
tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang,
datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu
penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti
penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta
membuat kerja-kerja yang bertentangan hukum agama.

"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”,
pendek saja datuk memberi tahu saya.

Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang
mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan
kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.

"Orang perempuan atau lelaki tok?"

"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka
pada suaminya sendiri”, beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul
dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak
terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih
baik dari bercerita.

"Kau ikut aku ke sana"

Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

25. Sumpah Nasi Tanggas

Suasana di pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup
lembab. Lopak-Iopak yang terdapat berhampiran bangunan-bangunan kedai
di situ ditakungi air, akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya.
Saya dan datuk masih lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan
menghala ke Kuala Terung. Di perhentian bas kira-kira 10 hingga 15 anak
muda menanti bas.

Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula
resah. Uda Lodin, kawan datuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah
menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik
tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.

"Agaknya ada aral dijalan", keluh datuk.

Saya renung wajahnya dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan
masuk ke warung. Tiba tiba datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan
tangan kiri.

179
"Alamat kurang baik”, ujar datuk tenang.

"Maksud nya dia tak ada?"

"Kalau dia datang, dia tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari
berkalih tempat. Kalau pergi juga susah diri kita”

"Jadi apa yang patut kita buat tok?"

"Tunggu sampai Uda Lodin tiba"

Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin
pun sampai dengan teksi sapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin minta
maaf. Menurutnya, dia singgah di pejabat pos Pantai Remis menemui
menantunya yang bertugas di situ. Dari Pantai Remis dia naik teksi sapu dan
berhenti di Pekan Pancur membeli buah kelapa dan nangka sebagai buah
tangan pada keluarga rumah yang akan di temuinya.

"Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kira-kira pukul lima petang ni kau
tunggu aku di situ dan kita pergi bersama”, kata datuk pada Uda Lodin.

"Sebabnya?"

"Kau jangan tanya, itu hal aku"

"Di mana nak duduk sementara menanti pukul lima?", tanya Uda Lodin.

Datuk terus membayar harga minuman. Dia renung muka saya sambil
senyum. Kemudian kami bertiga ke luar dari perut warung menuju ke gigi
jalan besar.

"Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah
aku datang. Kau nanti aku di sini"

"Baiklah"

"Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang
berbunga sulong serta tujuh helai daun sirih yang bertemu urat"

"Lagi?"

"Tak ada apa-apa. Kalau kau tak tunggu aku terus balik."

"Mesti saya tunggu”, Uda Lodin ketawa kecil.

Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air kuning. Rumah yang
kami tuju ialah sebuah rumah yang berbumbung lima yang letaknya tidak
jauh daripada rumah Pendekar Meor Abdul Rahman, seorang guru seni silat
gayung yang terkenal. Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan

180
lamanya. Kami jadi hampa bila mendapati tingkap rumah itu tertutup rapat.
Seorang jiran memberi tahu bahawa tuan rumah dan keluarganya sudah
pergi ke Pontian, Johor, kerana urusan nikah kahwin anaknya.

Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lahing di Padang


Rengas. Tetapi keputusan itu segera di tukar oleh datuk dengan alasan
terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru untuk pergi ke Batu 10
Terung. Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya
tidak membantah. Elok pada datuk, eloklah pada diri saya. Datuk terus
mencari teksi sapu di Pekan Changkat Jering.
Akhirnya kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang di pandu
oleh seorang lelaki India. Tidak sampai setengah jam, kami pun sudah berada
di rumah Anjang Shamsuddin, orang Batu Bara. Dari percakapan dengan
datuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat pada ayah Anjang
Shamsuddin dengan menyebut Ayah Tandang.

Sebelum saya bertanya maksud panggilan itu datuk telah menerangkan Ayah
Tandang merupakan satu panggilan yang berunsurkan penghormatan tinggi
pada orang tua dikalangan keturunan orang Batu Bara. Lama juga datuk
bercakap dengan Anjang Shamsuddin, termasuk kisah-kisah pengalaman
datuk bersama arwah ayah Anjang Shamsuddin berlayar dari Sumatera
membelah Selat Melaka menuju ke Pangkalan Bharu waktu muda-muda dulu.

"Walaupun datuk kau dan datuk saya datang dari berlainan daerah di
Sumatera, tetapi mereka berkawan berdasarkan semangat Bangsa Melayu
yang tidak mengenal batas keturunan dan suku”, ujar
Anjang Shamsuddin sambil mengerling tajam pada saya. Datuk tersenyum
sambil berkata:

"Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan
berani. Saya puji dengan sifat tegasnya"

"Agaknya memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau”, celah
Anjang Shamsuddin sambil mengatakan keturunan orang Batu Bara tidak
terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung sekitar daerah Dinding
(sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan Kampung
Bharu, Lumut.
Salah seorang dari pada orang Batu Bara itu telah meneroka badar Lumut
serta Teluk Rubiah dan pernah berperang dengan angkatan Siam serta
Belanda di Pulau Pangkor.

Anjang Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah


seorang pengarah dan pelakon filem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa
itu bintang filem tersebut belum lagi menjadi pelakon filem. Menurut
bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut abangnya
yang menjadi salah seorang pegawai Rida (sekarang Mara). Hingga kini saya
tidak berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali melihat lakonannya di
dalam filem.

Lebih kurang pukul tiga petang saya dan datuk meninggalkan rumah Anjang

181
Shamsuddin dan terus naik bas menuju ke Pekan Terung. Uda Lodin tidak
mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan. Pukul lima
setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala
Terung, saya dan datuk sampai ke tempat yang di tuju. Kami menginap di
sebuah rumah berhampiran dengan pengkalan nelayan.

Perkara pertama yang di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah
perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk
hampir mahu membatalkan kerja-kerjanya itu apabila mengetahui jenazah
perempuan itu dikebumikan ke Kampung Terung dan bukannya di Kuala
Terung.

"Bagaimana?" tanya Uda Lodin.

"Mana di rumah yang selalu didatanginya?" tanya datuk. Uda Lodin


menunjukkan sebuah rumah yang tidak jauh letaknya dari pada tempat saya
dan datuk menginap. Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia
dan berdindingkan papan lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumah-
rumah yang lain di dalam kampung tersebut.

Saya dan datuk diperkenal oleh Uda Lodin dengan tuan rumah yang berkulit
hitam manis, berdahi luas dan rambutnya keriting. Setelah bercakap
beberapa patah perkataan lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah.
Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki yang menjangkau usia
lima puluhan ialah:

"Seminggu berapa kali dia datang?"

"Boleh dikatakan pada setiap malam"

"Apa yang dibuatannya?"

"Makan sisa makanan yang lebih di dapur"

"Sejak awal berikhtiar menghalaunya, apa pula yang awak dapat?"

Lelaki itu terdiam. Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia tidak senang
duduk sambil memicit dagu tirusnya berkali-kali. Datuk kerutkan dahi dan
Uda Lodin meraba misai tebalnya.

"Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu”, ujar lelaki itu dengan
tenang sambil memberitahu empat orang anak yang tinggal bersamanya
sudah berpindah ke rumah lain.

"Awak kenapa tak pindah?" soal datuk lagi.

"Buat apa menyusahkan orang”, sahutnya dengan jujur.

"Apa rancangan awak?”, tanya datuk lagi.

182
Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat.

”Tak ada apa-apa rancangan. Saya bimbang benda ganjil tu sudah mula
mengacau orang lain. Saya takut rumah saya akan di bakar oleh orang yang
tidak boleh dapat mengawal perasaan"

"Sebab?"

"Mereka yakin, hantu itu adalah isteri saya"

"Kau percaya dengan mereka?", tanya datuk lagi.

Lelaki itu nampak resah dan gelisah. Tanpa di tanya oleh datuk lagi, lelaki itu
memberitahu dia juga yakin bahawa hantu yang selalu menganggunya itu
adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu datang dia pasti
memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya. Ada
kalanya, semua barang-barang di dapur seperti bawang dan cabai berubah
tempat, satu kegemaran yang dilakukan oleh isterinya sebelum meninggal
dunia.

"Saya mahu berikhtiar menghalaunya”, nada suara lelaki itu lembut tetapi
mengandungi harapan yang besar. Dia nampak resah dan sepasang mata
tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin.

"Saya bawakan orang yang boleh menolong awak”, kata Uda Lodin sambil
menepuk bahu datuk di sebelahnya dua kali. Datuk tersenyum. Datuk terus
membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu
anggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.

"Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?", tanya datuk pada Uda Lodin.

Saya lihat Uda Lodin anggukkan kepala macam ayam jantan berjumpa ayam
betina.

"Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barang-barang itu ke sini”, beritahu
datuk pada Uda Lodin.

"Rumah yang saya sediakan tu, tak sesuaikah?"

"Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi”, jawab datuk. Uda Lodin pun terdiam.
Uda Lodin meninggalkan kami di situ dan pergi mengambil barang-barang
yang disediakannya untuk di bawa ke rumah lelaki itu. Bila barang-barang itu
diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke
rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah waktu
sembahyang Isyak. Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau
usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan
oleh datuk pada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya.

"Saya selalu ke laut, banyak hal yang berhubung dengan dengan dirinya saya
tak tahu”,kata lelaki itu dengan jujur.

183
Datuk terdiam dan mati akal kerana setiap kali perkara yang berhubungan
dengan isteri lelaki itu disoal, itulah jawapan yang diberikan kepada datuk.
Akhirnya datuk membuat kesimpulan bahawa hubungan antara lelaki itu
dengan isterinya agak renggang dan penuh rahsia. Ada rahsia-rahsia rumah
tangga yang dilindungi oleh si isteri dari pengetahuan suaminya.

”Tak apalah, awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi hal ini”, datuk
memberikan janji itu pada lelaki tersebut.

"Memang itulah yang saya harapkan"

"Awak pernah berkelahi dengannya?", tanya datuk lagi.

"Dulu saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati itu
adalah isteri saya yang kelima", kata lelaki itu membuka rahsia.

Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung dia sudah dapat mengetahui
rahsia diri lelaki yang nampak cemas itu.

"Isteri yang lain tu kemana perginya?"

"Semua saya ceraikan, tetapi dengan isteri yang mati saya tidak sanggup
berbuat begitu"

"Kenapa?"

"Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya, ada kalanya
saya jadi begitu bodoh bila berhadapan dengannya"

"Begitu”, suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang


pertanyaan terhadap diri lelaki itu.

Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air
sembahyang di perigi. Saya lantas memberitahu datuk yang saya lebih
senang mengambil air sembahyang bersamanya.

"Kenapa?", tanya datuk.

"Periginya jauh tuk, saya rasa seram"

"Pergi. Tidak ada benda yang mesti kau takutkan”, nada suara datuk yang
keras itu sungguh menghampakan.

Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila
memijak bumi di tengah cahaya yang samar-samar itu. Lebih menggerunkan
sepanjang jalan menuju jalan ke perigi terdapat beberapa pohon jejawai yang
besar dan akar berjuntaian. Angin ketika itu tidak bertiup.

Beberapa ekor burung gagak liar terbang rendah pulang ke sarang sambil

184
berbunyi. Bunyi gagak itu, saya amat-amati seperti bunyi orang mencarik
kain kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik tentu datuk naik darah.
Saya terus melangkah.

Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di hadapan saya.
Sebelum kucing itu melompat ke dalam semak, matanya merenung muka
saya sambil membuka mulutnya dengan lebar bersama suara yang nyaring
dan kuat. Hari bertambah gelap.

Pondok perigi nampak berbalam-balam di hadapan. Saya berlari terus masuk


ke dalam pondok
perigi yang berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang berdiri
dekat pondok perigi kelihatan kaku dan menakutkan. Saya terus membaca
niat dan membasuh muka. Dengan tiba-tiba saya berhidu bau busuk yang
amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok perigi diraba
orang dari luar. Saya resah tidak menentu.

Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba
menjeling. Kerana keadaan bertambah kabur, saya tidak dapat mempastikan
dengan tepat siapakah yang berdiri di belakang saya. Perasaan saya cukup
cemas.

“Orang baru mahu ambil air sembahyang”, lubang telinga diasak dengan
suara orang perempuan.

Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang saya lihat, kecuali bau
busuk yang cukup hebat. Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang saya
terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah.

"Kenapa?", tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi.

"Ada suara orang perempuan dan bau busuk"

"Tak apa. Itu perkara biasa”, balas datuk sambil melihat ke wajah tuan rumah
yang berdirinya di sebelahnya.

Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu.

"Itulah dia”, tiba-tiba keluar dari mulut tuan rumah.

Tanpa berlengah-Iengah lagi datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil


air sembahyang di perigi. Saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. Bagi
menghilangkan rasa takut, saya duduk di anak tangga bongsu sambil
menyanyikan lagu 'Tudung Periok'. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya
sebut itu lintang pukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Untuk
menghiburkan hati yang takut saya menyanyi terus.

Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu.
Kucing kepunyaan tuan rumah lari tidak menentu macam di kejar sesuatu.
Suara ayam kian keras dan kemudian hilang.

185
Saya mula terhidu bau busuk. Macam ada kelibat manusia lalu di hadapan
saya. Dan saya lihat lampu minyak tanah terpasang dengan dirinya di ruang
tengah. Daun tingkap tertutup dengan sendirinya.

"Awak siapa? Ada hajat? Rasa aku adik beradik aku dan suami aku tak ada
mempunyai saudara-mara macam muka kamu"

Saya terdengar suara orang perempuan dalam rumah. Saya terdiam.


Kemudian saya terdengar bunyi pinggan mangkuk dan periuk berlaga sama
sendiri di bahagian dapur macam orang mencari sesuatu. Saya juga
terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat.
Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila masa tuan rumah dan datuk
berada di hadapan saya.

"Nak, mari kita sembahyang”, kata datuk.

Saya memberitahu datuk tentang bau busuk dan peristiwa yang saya alami.
Datuk tidak peduli. Tuan rumah dan saya terus sembahyang Maghrib dengan
berimamkan datuk. Aneh, sesudah memberi salam terakhir, bau busuk sudah
tidak ada lagi. Datuk menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat periuk
dan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh dengan perintah datuk.

"Baki nasi saya habis dimakannya. Dia membasuh pinggan mangkuk yang
kotor”, dengan wajah yang tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah
memeriksa barang-barang di dapurnya.

"Kalau begitu kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus
ini”, ujar datuk sambil memberi batang tepus yang sudah di potong sedikit.

Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila
semuanya sudah siap, saya dan tuan rumah makan. Atas permintaan datuk
nasi di bahagian atas ditinggalkan didalam periuk.

Lebih kurang pukul dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur.
Datuk menyalakan api pada sebatang liIin. Uda Lodin yang datang ke rumah
itu lepas waktu Isyak juga dibangunkan oleh datuk dari tidurnya. Tuan rumah
yang tidur dekat tiang seri tidak di kejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumah
cukup keras.

Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam dan seluar hitam ke
badan serta melilitkan kepalanya dengan kain merah sebesar dua jari.
Kemudian dia suruh saya mengatur tujuh helai daun sirih dimuka pintu. Dia
juga menyuruh Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selang-
seli pintu dapur. Datuk pun menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan
meraba urat lehemya.

"Apa yang awak buat padanya?", soal Uda Lodin pada datuk.

"Saya pukau dia supaya tidur terus”, jawab datuk pendek sambil
memperkemaskan silanya.

186
Datuk pun menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan
mengambil periuk berisi nasi lalu diletakkan dekat tiang seri. Suasana malam
itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka dan badan. Sesekali
angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan dahan-dahan pokok
yang mati. Suara jampuk tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu.
Kecuali suara itik dan ayam di reban macam melihat sesuatu. Bau busuk
mula masuk ke lubang hidung.
Datuk terus membuka pintu dan datuk membentangkan kain hitam yang
berbucu tiga. Datuk duduk bersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan.
Lilin yang baru dibakar sumbunya itu datuk letakkan betul-betul di tengah
pintu. Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Cara mendadak api lilin
di tengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas terdengar.
Datuk bangun sambil memeluk tubuh.

"Siapa?", terdengar suara perempuan.

"Tetamu suami kamu”, jawab datuk.

"Apa halnya?"

"Saja datang"

"Aku nak masuk ke rumah, lalu kau dari situ?"

"Masuklah ini rumah kamu. Tapi nyalakan api liIin yang padam"

Selasai sahaja datuk bercakap, api liIin yang padam terus menyala. Bau
busuk bertambah kuat.
Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata muka saya
dilekati lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk. Bunyi tapak kaki orang
melangkah kian kuat. Dengan pertolongan cahaya lilin saya dapat melihat
satu lembaga memakai kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur.

"Kain kapan”, kata hati saya.

Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya, lalu secebis
kain kapan yang busuk di campakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak
dapat saya lihat dengan jelas.

"Aku lapar”, saya terdengar lagi suara perempuan.

"Makanlah”, sahut datuk.

Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah
sesuatu. Saya menggit bibir. Uda Lodin menutup lubang hidungnya dengan
tangan. Dalam cahaya samar-samar itu juga saya lihat lembaga yang berkain
kapan kotor menghampiri suaminya. Ia mencangkung di situ sambil meraba-
raba pipi dan rambut suaminya. Perempuan itu menangis tersedu-sedu.

187
Darah saya tersirap kerana jari-jari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi.
Hanya tulang jari dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlari-Iari atas
pipi dan tengkuk suaminya. Beberapa daging lengan dan pahanya yang
sudah reput jatuh ke atas lantai. Datuk terus melompat dan memukul
belakang perempuan itu dengan batang tepus sebanyak tujuh kali. Datuk
juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada pelita minyak tanah.

Bila pelita sudah di pasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya
sudah berlubang, daging pipinya jatuh satu-satu kelantai macam habuk kayu
yang baru di ketam. Giginya masih kuat dan kelihatan putih bersih. Saya
tidak sanggup memandang wajah yang amat menakutkan itu.

"Apa yang kau lakukan pada suamimu?”, tanya datuk.

Perempuan itu tidak menjawap. Dia berjalan kearah periuk nasi. Kedua belah
kakinya di kangkangnya, dengan periuk nasi itu betul-betul berada di celah
kangkangnya. Beberapa ketul daging yang buruk di bahagian punggung jatuh
ke dalam periuk tersebut. Setelah beberapa saat periuk itu di berikan pada
suaminya. Macam ada sesuatu kuasa yang luar biasa, suaminya bangun lalu
memakan nasi itu dengan lahapnya, kemudian suaminya tidur kembali.

"Kauberikan suamimu nasi tanggas?", tanya datuk.

"Ya. Saya sayangkan dia. Saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak
mencari betina lain"

"Perbuatan ini dikutuk Tuhan dan berdosa besar"

Perempuan itu tidak menjawap. Dia terus duduk merenung wajah suaminya
dan memukul-mukul dadanya.

"Dari siapa kau dapat ilmu ini?", soal datuk.

Perempuan itu tetap membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu
mengakui bahawa dia menuntut ilmu dari seorang yang perempuan tua yang
memang menaruh dendam pada lelaki. Menurutnya, perempuan itu memang
seorang yang baik. Tetapi lakinya yang kuat berjudi itu selalu memukulnya
bila kalah main. Kemudian dia dimadukan oleh lakinya dengan seorang
perempuan.

Mula dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tanggas dan di kenakan pada
suaminya, hingga suaminya
jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga kesepuluh kecuali di tunjuk
atau diajar olehnya sendiri. Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin
berpandangan sama sendiri. Saya lihat datuk membuka kain yang melilit
kepalanya. Datuk membuka bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam
keadaan terbalik.

"Kau tahu, perbuatan kamu salah dengan ajaran agama. Dan kau tidak di
terima oleh bumi. Roh kau ditolak ke dunia merayau-rayau selama empat

188
puluh hari sebelum dihumbankan ke neraka"

"Saya tidak tahu"

"Suami kau seorang lelaki yang baik, kenapa kau buat perkara ini?", soal
datuk lagi.

Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan dan mahu menerkam ke arah
datuk. Cepat-cepat datuk memukul badannya dengan batang tepus. Ternyata
pukulan itu tidak mendatangkan kesan. Dia membuka kian kapannya lalu
melemparkan pada datuk. Datuk menahannya dengan kedua belah
tangannya hingga kian kapan itu berbalik kepadanya. Datuk lalu membaca
beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang sudah tinggal rangka
itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia kelihatan takut
dan cemas sekali.

"Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan
maaf pada suamimu”, pekik datuk.

"Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu”, balas perempuan itu
dengan kuat. Datuk lalu mengambil sebatang tepus lagi dan menekan ke
dada perempuan itu.

"Engkau syaitan. Engkau syaitan”, ujar datuk kemudian membaca beberapa


ayat suci lagi.

Ternyata hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah. Barangkali, rasa
sabar datuk sudah hilang, datuk terus menepuk kedua belah tangannya.

Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas dan terus bersuara
minta ampun pada suaminya. Bila suara jeritan perempuan itu hilang, semua
pelita dalam rumah padam. Bila dinyalakan semula, perempuan itu sudah
hilang. Datuk tepuk dahi suami tiga kali sambil mengurut lehernya. Suami
hantu perempuan itu tersedar dari tidur.

26. Isterinya Jadi Kelip-Kelip

Dengan nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu
pelita yang padam. Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku
dekat dinding rumah. Saya lihat Uda Lodin membongkokkan badannya
sambiI menekan perut.

"Kau sedar apa yang berlaku?", tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari
tidur.

Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan


semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut.
Lelaki itu mengeluh panjang.

189
"Masa isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang
terjadi padanya?", datuk mengajukan pertanyaan. Lelaki itu terdiam
memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah
datuk.

”Tak ada yang ganjil cuma..”, lelaki itu berhenti bercakap.

Dia menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu
menyambung kata-katanya:

"Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat”

"Siapa yang cakap?", tanya datuk.

"Anak-anak saya"

Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda
Lodin. Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam
keadaan cemas. Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah
memegang buah betis kaki nya dan mengurut-urut dengan perlahan-lahan.
Usaha datuk tidak mendatangkan sebarang kesan.

"Ambilkan aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah.

Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi
tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu
terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celah-celah jari datuk keluar
asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda
Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang.
Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan
terus meramas-ramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih
masih lagi elok dan segar.

"Kau kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang
pucat lesi itu.

Datuk mengurut-urut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali


merah. Datuk menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing
mencangkung.

"Bagaimana rasanya?", tanya saya pada Uda Lodin.

"Baru terasa segar sedikit"

"Kau baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf
jawi pada Uda Lodin. Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki
itu masih terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan
sesuatu.

"Ada berapa anak kau?", dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan.

190
Saya segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.

"Empat orang, semuanya lelaki"

"Ada di mana?", saya gatal mulut bertanya.


"Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk
menyewa di Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur.

Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya
saya berhenti dari mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda
Lodin terus mengeliat. Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam
yang bertiup di luar melanggar dedahan pokok getah yang melahirkan
bermacam-macam bunyi. Saya menguap dan mata terasa cukup mengantuk.

"Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk.

Dan saya secara tiba-tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus
merebahkan badan dengan harapan saya akan terlena dan tidak akan
membuang air kecil pada waktu subuh. Ternyata rancangan saya tidak
berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Seluruh pangkal pinggang saya
terasa sakit. Saya mencapai pelita dan terus ke bahagian dapur untuk buang
air kecil. Selesai buang air kecil saya pun melangkah untuk masuk ke ruang
tengah. Kaki kanan saya tersepak sesuatu. Pelita pun saya rendahkan.
Dengan
pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul tanah merah bersama
secarik kain putih yang ada kesan darah kering. Bila kain dan tanah itu saya
dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan.

Cukup busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya
meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk.
Tetapi,saya tidak dapat tidur. Macam-macam bunyi saya dengar di Iuar.
Macam ada bunyi tapak di kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di
bawah rumah.

Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan
kuatnya. Saya cuba bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera
memegang dan menekan bahu kanan saya. Dia memaksa saya tidur.

"Orang curi ayam tok”

"Bukan"

"Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?"

“Kau tidurlah, jangan banyak cakap"

Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena.
Sedang asyik dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang
subuh. Uda Lodin terus jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di

191
kaki langit, saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak
saya pergi ke reban ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu.

Saya terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali
perutnya berjela-jela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku.
Bila datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui
beberapa cebisan kain putih yang ada kesan darah kering dan tanah merah.
Sedang datuk asyik membelek-belek ketul tanah dan kain putih itu, lelaki
tuan rumah menghampiri datuk.

"Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya”, ujar lelaki itu,
dan datuk angguk kepala.

Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung
panjang. Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua
kuali dan periuk dan nasi berselerak. Lebih kurang pukul sepuluh pagi
beberapa orang penduduk setempat datang menemui datuk. Mereka
bercerita pada datuk, sejak berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut,
banyak ayam peliharaan mereka mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk
aneh itu.

Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena gelidah.
Nasi yang tinggal di periok habis di makan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya
periuk yang sudah disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan
lagi. Meninggalkan bau yang cukup busuk. Macam selalu datuk memberikan
janji untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Datuk juga
meminta mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang
isterinya menjadi makhluk ganjil.
"Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain
yang membuat salah dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata
datuk memberitahu mereka.

Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan
mereka pun pulang. Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan
ditemani oleh Uda Lodin terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan
Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai. Semua Ahli
Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk
mengatasi masalah yang menimpa kampung. Mereka berjanji akan memberi
sebarang pertolangan sekiranya datuk memerlukan pertolongan.

Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa


Kemajuan kampung sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imarnnya. Dari
surau kecil, kami pun menuju ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus
menunjukkan kepada datuk, kubur isterinya. Seluruh kawasan kubur isteri
lelaki itu di
periksa. Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu
teras berbentuk bunga rebung tetap utuh dibahagian kepala dan kaki. Pokok
puding tetap hidup subur.

Uda Lodin terus menguis-nguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah

192
perkuburan itu dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatan kuasa
Kemajuan kampung meminta diri untuk pulang kerana urusan masing-
masing. Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa
sunyi. Dua kali saya mengajak datuk pulang datuk tak mahu pulang. Dia
masih mahu mencari sesuatu di situ. Uda Lodin terus membersihkan kubur
dan lelaki yang kematian jsteri datuk termenung di pangkal getah.

"Pukul berapa sekarang?", tanya Uda Lodin pada datuk.

Cepat-cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung


muka Uda Lodin.

"Lebih kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek.

Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju


kebahagian batu nisan dibahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun
kering yang terdapat di situ.

"Lubang”, katanya.

Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu
kaki bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan
menolak saya ke tepi. Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat
mengagak berapa dalam lubang itu. Datuk mahu menimbus lubang, namun
hasrat datuk tidak terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda
Iodin menutup lobang itu dengan daun-daun kayu kering.

"Dah berapa lama isteri kamu meninggal?", mendadak saja datuk menyoal
lelaki itu.

Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan
pepohon keduduk dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran
senja yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya
takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.

"Hari ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya
terdengar pokok-pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang.

Saya menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap saya
tidak nampak samada pokok-pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga
mula terdengar bunyi orang mencarik-carik kain dan bunyi papan kena ketuk.
Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila
bunyi itu hilang, saya terdengar bunyi suara orang perempuan menangis.
Pada mulanya saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang
takut. Bila Uda Iodin sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar
seperti apa yang saya dengar, ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan
yang berlaku di depan mata yang tidak boleh dilihat.

"Ada macam-macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki
kematian isteri menyatakan pada datuk dan saya.

193
Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat
datuk. Kemudian datuk pun mengajak kami pulang. Sepanjang jalan pulang
kami terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila
direnung kebelakang, tidak ada apa-apa yang kelihatan.

Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke
rumah tempat dia menginap. Kami meneruskan perjalanan. Datuk bagaikan
tahu yang langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat
dilihat. Datuk menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat
pokok besar, datuk suruh kami bersembunyi di balik pokok itu.

"Dah dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik
pokok besar. Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati
pangkal. Daun itu datuk genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun
memberikan daun itu kepada kami.

"Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu.
Kemudian kamu gigit pangkalnya dan renung ke depan”

Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang
saya lihat amat menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat-
loncat. Bahagian bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan
meloncat di atas awang-awangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu
menajam ke atas. Kain putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak
penuh dengan darah kering dan selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke
arah kami. Bahagian mukanya sudah hancur.
Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal
kelihatan menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke
depan. Hidungnya sudah tiada tetapi, giginya masih kukuh dengan rambut
hitam terurai atas bahu.

Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis


dan sekejap macam suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar
bunyi suara gagak dan suara burung tukang sayup-sayup bertingkah dengan
bunyi suara burung puyuh jantan. Suasana terasa amat menyeramkan.
Lembaga itu terus meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi.
Datuk pun meminta daun serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam
dan terus ditanam ke dalam tanah. Dua kali datuk melangkah kawasan yang
sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut.

"Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia


tidak akan aman. Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”,
beritahu datuk pada lelaki itu.

Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya
nampak berubah mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun
sempat lelaki itu memberikan sebarang jawapan datuk terus mengajak kami
pulang. Datuk mengajak lelaki bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu
menolak dengan alasan kepalanya terasa pening. Jadi, saya dengan datuk

194
terus ke surau, sesudah mengambil air sembahyang di kolah, saya
terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau.

Atas permintaan orang-orang kampung, datuk terus jadi imam untuk


sembahyang Maghrib, jadi tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang
Isyak mereka juga minta datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk
hampakan. Selepas menunaikan sembahyang Isyak datuk bercakap sesuatu
dengan ketua kampung. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu.
Tetapi, selesai bercakap ketua kampung terus bangun dan bercakap dengan
lantang.

"Saya minta orang yang ada disini mengikut saya ke rumah orang yang mati
isteri bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari
kelingkingnya ke arah datuk. Ketua kampung memerintah tiga orang
kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah
itu segera ke luar dari perut surau. Beberapa saat kemudian orang yang
diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang
mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga
surau.
Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di
tengah surau lalu dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.

"Kita kesana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya
minta orang yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati,
jika ada sesuatu yang ganjil jangan tegur atau direnung”

Tiba-tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin
padam dengan sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam
gelap malam mengenai tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana
menjadi gawat. Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak
tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya seperti sedia kala,
bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung orang ramai bersama
dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang. Bunyi bergegar,
bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat.

Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip-kelip


datang menuju ke arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung keli-kelip itu
menerangkan sebahagian dari pada halaman surau. Datuk membuka kain
ikat kepalanya lalu mengibas ke arah kelip-kelip itu hingga kumpulan kelip-
kelip itu berpecah dan hilang. Beberapa orang yang berkumpul di halaman
surau terus menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua
puluh orang itu menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira-kira lima orang. Datuk
tersenyum, dia tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing-
masing. Tidak sanggup berhadapan dengan percubaan dari syaitan.

"Kita bergerak sekarang”, kata datuk.

Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya
berjalan dengan tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Lebih
kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang

195
dari kumpulan itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar
setinggi pokok kelapa berdiri di halaman rumah lelaki itu.

"Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak
sanggup bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk.

Uda Lodin muncul didepan datuk bersama ketua kampung. Mereka


menyatakan tidak sanggup untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk
membenarkan mereka pergi. Tinggallah saya bersama datuk dan seorang
penduduk kampung yang bernama Kamal. Kami meneruskan perjalanan dan
masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu. Sebaik saja berada di depan
tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh pengsan sesudah dia melihat
wajah seorang perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di
muka pintu.

Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri.
Daun sireh itu di kunyah-kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan
daun sirih itu ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya.

"Kaumakan daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain
kepada Kamal. Kamal terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.

"Apa rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi.

"Tak ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di
muka pintu terus ghaib.

Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian
pipi dan pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk
segera melarangnya.

"Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.

Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu.
Lelaki yang kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke
tanah. Datuk membiarkan lelaki itu terkapar dihalaman.
Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi
dia tidak berdaya. Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah.
Dalam beberapa saat lembaga perempuan itu muncul dan cuba menghampiri
lelaki yang terkapar di halaman. Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak
keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia tidak berdaya. Datuk
menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan
wajah yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal
tidak sanggup memandangnya, segera merenung ke arah lain.

Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu
berhadapan antara satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk
berkumat-kamit membaca sesuatu. Lembaga itu bagaikan ditekan oleh
sesuatu kuasa segera sujud di kaki datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu
mengambil tanah dan dikepal-kepalnya tanah itu dengan tangan.

196
"Dari tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang.

Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu
jeritan yang amat menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu
hilang dan tempatnya segera digantikan dengan beribu-ribu kelip-kelip
sambil mengeluarkan cahaya yang amat terang. Kelip-kelip itu berkumpul
dan memanjang naik ke udara. Datuk segera menyuruh Kamal mengambil
cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah perkuburan.

Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan


yang kami temui siang tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut
cangkul dari tangan Kamal. Lubang yang terpelohong segera datuk timbus.
Sebaik saja lubang di timbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan-
dahan kering berjatuhan. Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan
bergerak-gerak. Bila suara ribut hilang tanah perkuburan kelihatan terang
dari cahaya kelip yang datang beribu-ribu banyaknya. Saya terdengar suara
orang menangis.

"Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”,
kata datuk dan kami pun terus pulang.

Waktu kami sampai di rumah lelaki itu hari sudah subuh. Lelaki malang itu
masih terkapar atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.

"Kau ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu.

"Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu


bagaimana caranya”, terang lelaki itu dengan jujur.

Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki
itu ke perigi lalu memandikannya.

27. Manusia Tanpa Kepala

Datuk pun membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang
dara. Datuk juga membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga
tujuh jenis dan tujuh warna. Kedua belah tapak kaki dan tangan lelaki itu
dibasuh oleh datuk dengan air tanah liat.

Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu datuk
merimbaskan badan lelaki dengan kain hitam sebanyak tiga kali. Dengan
penuh teliti, datuk menyarungkan kain pelikat ke badan lelaki malang itu
dalam keadaan terbalik.

Cara menyarungnya juga agak ganjil iaitu, dari kepala ke kaki. Datuk
membawa lelaki tersebut pulang ke rumahnya. Datuk minta lelaki itu baring

197
di muka pintu dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk
berdiri di anak tangga terakhir sambil matanya menatap wajah lelaki itu.

"Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang
tepus hingga ke hujung kaki”, kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa
yang dikatakan oleh datuk.

"Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kautakutkan. Tugas aku sudah
selesai”, beritahu datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut
rumah. Datuk duduk dengan tiang seri menyandarkan badannya. Saya
bersandar dekat dinding. Matahari pagi kian meninggi, sudah masuk pukul
sepuluh pagi. Saya kira bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang.

Paling lewat tiga atau empat petang kami akan meninggalkan Kuala Terong,
fikir saya dalam hati. Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus
menghidangkan kopi pada saya dan datuk. Lelaki itu sendiri menuangkan air
kopi ke dalam cawan.

"Minumlah. Goreng pisang belum masak”, ujar lelaki itu.

Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba-tiba saya tersedak. Air kopi
bersembur ke atas lantai.

"Kenapa?", suara datuk keras.

Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi kecut bila datuk
memandang demikian.

"Kopi ni panas tok”, ujar saya.

"Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kautak boleh tunggu sampai
air itu sejuk”, tekanan suara datuk cukup keras dan meninggi.

Wajahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai
gelojoh saya itu. Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan
santun, bila menghadapi hidangan terutama sekali bila berada di rumah
orang.

"Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?", tanya lelaki itu sambil menyapu air
kopi yang tumpah di lantai dengan kain buruk.

"Dia terus balik”, jawab saya.

"Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya”,
tingkah lelaki itu lagi.

"Uda Lodin tu penat”, datuk bersuara tenang.

Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke
dapur. Datang semula sambil membawa sepiring goreng pisang. Kami pun

198
makan bersama. Memang sedap makan goreng pisang panas bersama air
kopi. Bila sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang
isterinya menjadi hantu itu sambil berkata:

"Kau ampunkan dosa isterimu?"

"Saya ampunkan"

"Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil"

"Saya tak ada wang"

"Aku beri kau wang”, nada suara datuk cukup tegas.

Datuk selok saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas
lelaki itu menerima wang pemberian datuk. Saya juga hairan dari mana datuk
memperolehi wang. Setahu saya sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak
membawa wang. Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari
mana dia dapat wang. Datuk menerangkan pada saya, bahawa wang yang
diberikan pada lelaki itu adalah daun-daun kering. Dalam tempoh tertentu
wang itu akan akan jadi daun kembali.

"Kenapa tok buat begitu?"

"Untuk menolong orang susah"

"Rugilah orang yang menjual barang padanya"

"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya,
orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada
penjual barang tersebut"

Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya


datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada
pada dirinya. Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang
tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan pada itulah
saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.

Dan majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah
hadir. Datuk sendiri jadi tukang masak dan membacakan doa. Bila acara
majlis itu selesai, datuk memberitahu pada orang yang datang itu bahawa
apa yang berlaku itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia
yang masih hidup.

"Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan


kebesaran dan kekuasaanNya pada bila-bila masa”, nada suara datuk
menurun.

Orang yang berada dalam rumah tertegun. Tumpukan perhatian pada cakap
datuk.

199
”Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari
jadi penderhaka pada kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan
mencium bau syurga”

"Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang
isteri untuk mencari kesempatan”, datuk mengakhiri cakapnya.

Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di
ruang hadapan untuk tidur.
Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain. Uda Lodin
bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang
lagi. Lebih kurang pukul dua belas malam lelaki itu mengejutkan datuk. Saya
secepat kilat bangkit dari baring.

"Ada apa?" tanya datuk.

”Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?"

"Hum..", datuk garu pangkal kening.

"Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang”, ujar lelaki itu lagi.

Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu
bila ia mengalami mimpi itu.
Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayat-
ayat suci.

"Masa saya masuk tidur saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya
membaca ayat al Kursi”, jelas lelaki itu.

"Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?"

"Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi.

Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali.
Suasana malam cukup sepi.

"Kau pergi ke kubur isterimu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali
kau sembahyang subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampun-
kan", itu nasihat datuk pada lelaki malang itu.

"Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya”,
kata lelaki itu.

Dia pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan. Malam itu tidur
saya cukup nyenyak. Bila bangun pagi, badan terasa segar lebih-lebih lagi
bila mandi embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan
kemerah-merahan. Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung
menuju ke pekan Pekan Terung. Datuk terus menemui Uda Lodin yang

200
memang menanti kedatangannya.

"Kita balik berasinganlah”, beritahu datuk pada Uda Lodin.

"Sebab?"

"Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang"

"Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang
kampung tiga ratus ringgit. Mereka setuju bayar"

Dahi datuk bergerak-gerak. Biji matanya macam berputar-putar merenung


muka Uda Lodin. Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin.

"Kenapa ni?”, Uda Lodin terkejut.

"Ingat aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana
Allah, bukan niat aku nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni. Ilmu
ini pemberian Allah untuk menolong orang. Aku nak hidup mesti berusaha
cara lain. Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan batang leher kau”,
cukup keras suara datuk.

Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda
Lodin. Salah seorang daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin ber-
gaduh, lalu menasihati datuk dan Uda Lodin supaya berdamai.

"Jangan campur, ini urusan kami”, ujar datuk pada orang itu.

Dengan wajah yang tersipu-sipu orang itu menjauhkan diri dari datuk dan
Uda Lodin.

"Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa
yang aku buat itu semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun”, datuk
mengeluarkan perintah pada Uda Lodin.

Tanpa banyak cakap Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti
penumpang untuk pergi ke Kuala Terung. Datuk terasa lega.

"Kawan ni adakalanya jadi racun”, rungut datuk sebaik saja bas bergerak
menuju ke Kuala Terung.

Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa
yang di katakan oleh datuk padanya. Saya dan datuk terus menahan teksi
yang dipandu oleh pemuda berbangsa Cina menuju ke pekan minggu
Changkat Jering. Memang, tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebelah
parang panjang. Setelah membayar harga teksi tersebut, saya dan datuk
terus masuk ke dalam gerai menjual buah-buahan kampung hingga ke gerai
makanan, saya dengan datuk berjalan dalam suasana tenang.
Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang ke-
punyaan Usman Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar. Di samping menjual

201
golok dan parang, Usamn Rumba juga menjual labu sayung atau labu air
yang terkenal itu. Datuk memberi sebilah parang panjang berulukan tanduk
kerbau serta tiga biji labu air. Setelah membayar harga barang yang kami
beli, datuk pun mengajak saya pergi ke gerai kopi yang berhampiran dengan
balai polis di situ.

Waktu mahu masuk ke gerai tersebut, seorang angota polis lengkap dengan
pakaian seragam dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk.
Polis itu menepuk bahu datuk dari belakang. Darah saya tersirap. Apakah
salah yang telah datuk lakukan? Kenapa datuk mesti di tangkap? Persoalan
itu timbul dalam tengkorak kepala saya.

"Kau Atan”, ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis
yang berusia kira-kira empat puluh tahun itu.

Anggota polis itu menyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat
mengingatinya, walaupun sudah hampir dua puluh tahun tidak bertemu.
Anggota polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di balai polis Pekan
Bruas sekitar tahun 1943-1945. Awal tahun 1946 dia ditukarkan ke balai Polis
Umbai, Melaka. Sejak itu hubungannya dengan datuk putus sarna sekali.

"Ini siapa?", tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya.

"Tamar cucu aku”, jawab datuk.

Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya


yang sebaya dengan saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan
ditempatkan di Kuala Terung juga. Kemudian Atan (anggota polis), mengajak
saya dan datuk ke rumahnya. Barangkali ada tujuan yang tertentu. Paling
kurang, dia mahu menuntut ilmu dari datuk, fikir saya.

Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk
untuk diajak ke Batu Pahat. Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang
boleh menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pihak keluarganya. Sudah
banyak pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya. Tetapi, mereka
tidak berjaya mengatasi masalah yang yang menimpa keluarga anggota polis
itu.

"Apa masalahnya?”, soal datuk.

"Kubur anak saudara saya berasap"

"Kuburnya berasap?" datuk terkejut.

"Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan
itu orang yang dekat tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta
tolong”, terang anggota polis itu.

Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang di hidang oleh isteri
anggota polis itu. Saya kira datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu.

202
Lama juga datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pemah dia mendengar
dan berhadapan dengan peristiwa semacam itu.

"Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?", datuk renung muka
anggota polis itu.

"Ada, nanti saya ambilkan”, anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar
dengan sekeping gambar poskad ditangan. Gambar itu diserahkan pada
datuk. Lama juga datuk merenung wajah anak saudara anggota polis
tesebut. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut
pada anggota polis yang berasal dari Johor itu.

"Saya boleh cuba”, pendek datuk memberikan jawapan.

"Terima kasih”, wajah anggota polis itu saya lihat berseri-seri. Senyumnya
tidak putus-putus bermain dibibir.
"Bila kita akan pergi?”, tanpa sabar-sabar anggota polis itu mendesak.

Datuk menggigit bibir sambil merenung ke wajah saya.

"Minggu depan, kita bertolak petang"

"Eloklah tu, saya boleh minta cuti"

"Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau bersingan?”, datuk
mengajukan pertanyaan.

"Kita pergi dengan kereta saya”, lega hati saya mendengar pengakuan dari
anggota polis itu.

Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau


peliharaannya waktu malam. Satu cara yang amat tidak saya sukai. Seram
sejak badan saya memaut batang leher harimau, meskipun harimau itu jinak
dan boleh diurut ekor dan kepalanya. Datuk terus memberi alasan kenapa
dia terpaksa pergi ke Batu Pahat minggu depan. Pertama dia mahu menemui
isteri mudanya (orang bunian) sebelum berjalan jauh. Kedua, dia perlu
menghubungi harimau belaannya untuk jadi pengiring ketika dia berada di
sana. Dan ketiga datuk perlu membuat persiapan-persiapan yang tertentu.

Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung.


Sernasa berada di kampung boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil
harimau belaannya datang ke halaman rumah. Datuk memberi harimau itu
makan tujuh biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh gading.
Datuk bermain-main dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang
mengambang dan datuk memberitahu pada harimau belaannya itu supaya
pergi ke arah selatan tanahair.

Kadang-kadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan


isterinya orang bunian menuju ke arah Bukit Kota. Anehnya, bila saya bangun
dari tidur pada esok harinya, saya dapati datuk berada di rumah. Waktu bila

203
dia pulang saya sendiri tidak tahu.

Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh
Atan (anggota polis) datang ke rumah datuk. Mana barang yang difikirkan
perlu dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu. Tepat pukul
sepuluh kami pun bertolak. Lebih kurang pukul empat petang kami pun
sampai di Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur. Kami singgah di rumah Kadir
Khan, pangkat abang ipar kepada Atan (Kadir Khan baru saja ditauliahkan
menjadi sarjan di Balai Polis tersebut). Balai polis Cheras kami tinggalkan
setelah menunaikan sembahyang Maghrib.

Sepanjang perjalanan datuk tidak putus-putus bercerita dengan Atan.


Ternyata banyak yang datuk tahu tentang keluarga dan sanak-saudara Atan.
Perjalanan yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila jaga
saya akan melihat keluar. Pemandangan malam memang tidak
menyenangkan hati saya.
Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang
dilintasi oleh kereta yang saya naik itu. Buat apa bertanya, buat penat mulut
saja. Tidak banyak kendaraan yang kami temui atau berselisih dengan kami
sepanjang perjalanan. Badan terasa cukup sejuk. Bila saya melihat keluar,
saya terasa takut melihat hutan dan bukit yang tertegun di kiri kanan jalan.
Tiba-tiba saya terasa Atan memperlahankan laju keretanya.

"Pukul berapa?", saya terdengar suara datuk.

Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu
dari belakang.

"Pukul dua”

"Kita dekat mana ni Atan?"

"Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor"

Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak
bergerak. Walaupun Atan menekan minyak dan dan memutar setering. Saya
panjangkan leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh
kepala Atan. Saya terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam
merenung ke depan. Ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada kami.

"Tok”, saya mecuit bahu datuk, ”kereta kita tidak berjalan tok”, tambah saya
lagi.

Datuk anggukkan kepala. Secara mengejutkan saja, datuk menampar dahi


Atan. Saya lihat Atan terpinga-pinga macam orang bangun tidur. Dia
menyebutkan sesuatu mengenai kereta yang di pandunya tidak bergerak.
Empat tayar kereta bagaikan terlekat pada sesuatu. Tidak ada sebuah pun
kereta yang lalu untuk diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk
membaca sesuatu dan menghembus pangkal telinga Atan.

204
"Mengucap Atan”, kata datuk.

Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan
khayalan. Bila datuk bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan
menyatakan yang dirinya berada di satu tempat lain yang indah, diapit oleh
wanita sambil mendayung sampan.

"Kau diresapi syaitan penunggu”, bisik datuk ke telinga Atan.

Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala
sedang menunggang basikal. Saya segera memberitahu pada datuk dan
Atan. Rupanya mereka melihat apa yang saya lihat.
Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami
dan berhenti betul-betul di hadapan kereta yang di pandu oleh Atan. Jentera
kereta serta-merta mati. Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar
sarna. Dada saya berdebar. Jalan raya itu terasa kosong benar. Tidak ada
kenderaan yang lalu, tidak ada manusia yang berjalan. Dari hutan kecil di kiri
kanan jalan raya terdengar
bermacam-macam bunyi.

Ada bunyi air terjun, ada bunyi suara orang menyanyi. Hati saya jadi kecut,
lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal. Saya lihat batang lehernya
berlubang penuh dengan urat-urat yang bertuntai atas dada. Darahnya
meleleh di seluruh badan.

"Syaitan”, jerit datuk.

Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu


dilemparkannya ke arah lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan
terus melompat ke atas basikal. Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh
Atan mengekori lembaga itu. Bila sampai ke kawasan Sungai Kesang,
lembaga tanpa kepala itu terus hilang. Sampai ke Batu Pahat hal itu
diceritakan oleh Atan pada kawan-kawannya. Menurut kawan-kawan Atan,
tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau pemandu kendaraan.
Menurut mereka tubuh tanpa kepala itu berasal dari tentera Gurkha yang di
pancung oleh tentera Jepun dalam perang dunia yang kedua dulu.

Lebih kurang pukul sembilan pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke
Kampung Jorak Ilahi. Atan memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya
iaitu, Omari berusia lebih kurang enam puluh tahun, ada ladang kelapa dan
kopi. Pada mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid
berhampiran tanah perkuburan itu.

"Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin”, Omari memberitahu datuk.

Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada
masjid itu. Datuk tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya
tertarik tentang kubur anak Omari yang berasap dan menjerit waktu senja
dan pagi. Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju
melihat kawasan kubur yang di katakan itu. Bila bunga senja mula jatuh di

205
seluruh Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan baju
hitam. Datuk ikat kepala dengan kain merah.

“Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya”, beritahu datuk pada Omari dan
Atan.

Kedua-duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada


datuk sebatang anak kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari
menyediakannya untuk tangkal. Waktu saya dan datuk sampai di pinggir
jalan kawasan perkuburan, tengkok saya terasa seram. Ada bunyi suara
burung murai batu dan puyuh tanah. Suasana sekeliling kelam dan samar-
samar. Datuk dan saya berdiri tenang menghadapi batu-batu nisan yang
memenuhi tanah perkuburan.
Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga
sesama sendiri dan melahirkan bunyi air ombak diselang-seli dengan bunyi
orang ketawa. Terdengar bunyi suara jampok dan burung hantu kubur
mengkais-kais tanah. Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila
saya terdengar bunyi suara orang menjerit dan minta tolong di tanah
perkuburan dalam suasana senja yang bertambah gelap.

Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan


perkuburan. Langkah kami mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan
yang mengeluarkan asap nipis dari rekahan tanah antara dua batang nisan.
Datuk pun membakar liIin. Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar
dari ketul ais. Suara orang minta tolong dan ampun menendang gegendang
telinga saya. Suasana di kawasan perkuburan itu amat menakutkan saya.

28. Kubur Berasap

Saya masih dapat mengawal perasaan. Datuk pun memadamkan api yang
membakar sumbu lilin. Nyamuk mula menggigit cuping telinga dan muka.
Dalam samar-samar senja itu datuk memandang wajah saya tepat-tepat.

"Kita balik saja”, kata datuk.

"Kenapa?"

"Jangan banyak soalan, ikut cakap aku"

"Tapi tok.."

"Jalan”, pekik datuk.

Saya lihat wajah datuk lain macam. Langkah datuk cukup cepat. Saya lihat
tapak kakinya bagaikan tidak menyentuh bumi. Supaya tidak ketinggalan
jauh darinya, saya terpaksa berlari tanpa memandang ke kiri dan ke kanan.
Kemudian saya terdengar bunyi yang ganjil dari arah belakang, macam bunyi
tapak kaki orang memburu saya. Bila di toleh ke belakang tidak ada suatu

206
pun yang saya nampak kecuali dedaun rumput menutup bumi yang runduk
kena pijak. Saya terdengar bunyi suara reriang rimba yang bertali-temali.
Bunyinya berubah dari satu pokok ke satu pokok. Bunyinya cukup nyaring
dan memanjang pula. Kata nenek, kalau reriang rimba berbunyi dalam bunga
senja dan bunyinya tidak putus, membawa alamat ada penghuni kampung
yang akan meninggalkan kampung dan tidak akan kembali hingga hari
kiamat.

"Siapakah yang akan mati?", timbul pertanyaan dalam hati kecil saya. Tentu
saja pertanyaan itu tidak akan menerima jawapan dari sesiapa. Barangkali,
kalau pertanyaan yang sama diajukan pada datuk kemungkinan menerima
jawapannya cukup cerah. Sayang, saya tidak berani bertanya padanya.
Datuk terus melangkah. Saya renung ke kiri. Pokok getah berdaun lebat
tertegun kaku. Saya toleh ke kanan, pohon-pohon koko yang berbuah rapat-
rapat tidak bergerak.

"Tok”, mendadak saja memanggil nama datuk dalam warna senja yang kian
gelap itu.

Datuk berhenti. Entah macamana sepasang mata saya tertumpu pada


sepasang kakinya yang tidak memijak bumi. Saya kedutkan kening dan dahi.
Belum pernah saya melihat datuk dalam keadaan demikian. Hati saya mula
ragu-ragu. Apakah saya berhadapan dengan datuk atau dengan satu
makhluk asing yang menyerupai datuk.

Bagi membuktikan apakah datuk yang wujud di hadapan saya itu datuk yang
sebenar atau sebaliknya, saya segera menarik hujung bajunya dengan sekuat
hati. Badan saya bagaikan ditarik oleh satu kuasa menyebabkan saya
terdorong ke depan. Bahu sebelah kanan saya menyondol pangkal belikat
datuk. Kemudian saya terasa satu hentakan yang amat kuat mengenai
pangkal telinga kanan saya. Seluruh badan terasa lemah. Saya tidak
mendengar apa-apa. Semuanya terasa sunyi dan sepi. Saya tidak tahu,
berapa lama saya berkeadaan demikian.

Saya tersedar apabila badan saya digoyang oleh datuk beberapa kali. Telinga
saya diasak dengan bacaan ayat-ayat suci. Bila saya membuka mata, saya
lihat datuk tersenyum.

"Saya lihat datuk ber.."

"Aku faham”, datuk memotong cakap saya dan menyuruh saya bangun.
Suasana sekeliling bertambah kelam. Bunyi suara burung kuang-kuik cukup
jelas kedengaran. Kata orang tua-tua, burung itu berbunyi dari atas kepala
harimau. Ada juga yang mengatakan burung itu jadi kepala jalan kepada
hantu dan syaitan. Sering berbunyi waktu senja begini dan tengah malam
menjelang subuh.

Saya tidak boleh bangun. Kedua belah sendi lutut saya terasa longgar, tidak
mampu menahan badan saya agak gemuk ini. Bunyi suara burung kuang-
kuik semakin dekat. Saya cemas dan saya faham, kalau tidak kena caranya

207
saya dan datuk akan jadi korban harimau.
"Kita dalam bahaya tok. Rumah Omari agak jauh tok"

"Tak apa. Sepatutnya kau tidak boleh menegur aku bila melihat aku dalam
keadaan yang ganjil"

"Kenapa tok tak cakap tadi?"

"Aku terlupa”, kata datuk dengan wajah yang kesal. Tanpa diminta, datuk
menerangkan pada saya bahawa, dia terpaksa berjalan atas angin untuk
menghindarkan sebarang kejadian buruk. Menurut datuk jarak tapak
kakainya dengan bumi lebih kurang satu kaki setengah ruang yang kosong
antara tapak kaki dengan bumi akan dilalui oleh angin yang boleh me-
misahkan kuasa jahat dari meresap ke dalam tubunya.

"Apa dia kuasa jahat tu tok?", tanya saya.

"Jin tanah atau jembalang tanah"

"Ganjil benar bunyinya. Ini dah tahyul tok”, kata saya sambil tersenyum.

Belum pun datuk memberikan jawapan pada pertanyaan itu, saya tercium
satu bau yang agak ganjil. Suara burung kuang-kuik terdengar dari dahan
pokok atas kepala. Datuk masih juga bertenang. Dia suruh saya berdiri tetapi
saya tidak berdaya.

"Kalau aku berjalan memijak bumi tadi, tentu saja aku lumpuh semua badan.
Tempat ini agak keras”, dengan mendadak saja datuk memberitahu saya.

Datuk juga menyatakan, sekiranya saya tidak menarik bajunya, perkara itu
tidak berlaku pada diri saya.
Sebabnya, ketika dia berjalan tadi semangat dan perasaannya sudah
disatukan dengan semangat saya. Datuk pun memicit buku lali kanan saya.
Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Hari bertambah gelap. Bunyi
reriang rimba tidak kedengaran lagi. Ternyata usaha yang datuk lakukan
tidak dapat memberikan kejayaan. Saya tidak mampu berdiri dan saya rasa
tempurung lutut sudah tidak wujud pada tempatnya.

"Kau tahu Tamar kenapa aku berjalan atas angin?"

"Tak tahu"

"Kau perlu belajar dan mengenal adat budaya dan kepercayaan nenek mo-
yangmu yang tidak lari dari asas agama Islam"

"Maksud tok?"

"Manusia tidak dapat melarikan diri dari empat unsur ini iaitu, tanah, air, api
dan angin. Begitulah yang dikatakan oleh guruku"

208
"Sebab apa begitu tok?"

"Kalau tidak ada benda-benda ini, manusia tidak akan dapat bergerak atas
alam ini"

"Maksud tok memang saya tak faham"

"Mudah saja. Manusia berasal dari tanah akan kembali ke tanah. Air pula
mesti ada dalam tubuh manusia. Api yang bermaksud darah mesti ada dalam
diri manusia. Begitu juga dengan angin, jika tidak ada angin manusia tidak
akan boleh bemafas"

Saya terdiam mendengar keterangan dari datuk itu. Lalu dia menyatakan
makhluk lain sama ada dari jin dan sebagainya juga bergantung pada
perkara-perkara yang disebutkan itu.

"Pada zahirnya, engkau nampak kakiku tidak memijak bumi. Tetapi dari segi
kebatinannya aku tidak terpisah dengan bumi, seluruh pancaindera bertaut
rapat dengannya. Kerana itu aku tidak boleh bercakap atau mengerakkan
tubuhku. Bila bergerak, kuasa jahat akan meresap ke tubuhku”, datuk pun
memberikan penjelasan.

Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan
sendirinya sudah terjawap. Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan
tajam sekali. Dari sinar matanya itu, datuk seolah-olah berkata begini:

“Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis”

Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul.
Misainya bergerak-gerak dan dalam samar-samar senja itu sinar matanya
seakan-akan bercahaya.

"Kau datang sayang”, kata datuk.

Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk


menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah
harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan
merebahkan bulu-bulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya
dengan urat. Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk merabah-raba misai
harimau, dan harimau besar itu menguap panjang. Taringnya yang tajam
berwarna putih jelas kelihatan.

"Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya”, ujar datuk lagi.

Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak kekanan


sambiI menggerak-gerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun mengurut-
urut-urut badan harimau itu berkali-kali.

"Cucuku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya”

209
Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu
menggeliat dengan kedua belah kaki depannya mencengkam bumi.
Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan
bahagian belakang badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah
separas bumi. Harimau itu mengaum kecil sambil membetulkan kedudukan
badannya seperti asal.

"Kau harus membuatkan senaman macam harimau ini untuk menguatkan


pinggang dan urat-urat kaki dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh.
Jadikan amalan setiap pagi dan petang”, kata datuk pada saya sambil
menyuruh saya melihat gerak-geri harimau tersebut.
Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk
pada saya, lalu mengulangi perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut-
turut. Dengan tenang harimau itu membuka mulutnya luas-Iuas lalu
menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher. Dengan tenang harimau itu
menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah rasa geli dan sejuk di bahagian
kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit badan saya dari kepala lutut
hingga ke buku lali. Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlari-
lari lembut atas tempurung lutut. Saya kira lebih kurang tiga minit harimau
itu menjilat dari tempurung kepala hingga ke buku lali.

Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip
mata. Burung Kuang-kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun.
Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya
boleh melangkah dengan penuh tenaga dan kekuatan.

"Bagaimana? Kau kuat sekaran?"

"Ya tok, saya kuat"

Tiba-tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia
menyuruh saya berdiri betul-betul disebelah kanannya. Datuk pun meletakan
tangan ke atas bahu saya.

"Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan”, ujar datuk.

Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan
rasa melayang. Bunyi angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya
bagaikan terkhayal sejenak.

"Sedia”

Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki
saya memijak bumi. Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun
berada di kaki tangga rumah Omari. Dengan wajah yang tenang Omari
menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib hampir tiba, saya dan
datuk tergesa-gesa mandi dan mengambil air sembahyang. Datuk dan Omari
berbual-bual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak.

Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan

210
untuk makan malam sekadar yang termampu olehnya. Malam itu kami
makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng
serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan.
Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak
sudah pasti saya rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud.

Lebih kurang pukul sepuluh malam, saya dan datuk meninggalkan rumah
Omari menuju ke masjid. Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya
berhati-hati bila tidur dalam masjid tersebut. Menurutnya, sudah banyak
orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh dan ikut
suka hati.

Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam. Berdasarkan dari
keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang ganjil kalau
masjid itu dipanggil masjid jin. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati
saya ialah untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah
perkuburan yang amat luas.

Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn
tanpa membawa pelita minyak tanah atau lampu suluh. Sedang kami
berjalan, tiba-tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia
bergerak dalam gelap di celah-celah batu nisan yang terpacak kejap di situ.

"Datanglah. Aku kenal awak. Sama-sama anak Adarn”, nada suara datuk
cukup keras.

Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya
segera merapatinya.

"Keluarlah”, ujar datuk lagi.

Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap
oleh datuk. Saya dan datuk terus tegak kaku di situ. Dalam gelap itu saya
rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan
mendadak kira-kira dalam jarak enam kaki tingginya. Bila datuk berdiri
semula di tempat asalnya, dia sudahpun memegang pergelangan tangan
seorang lelaki tua.

"Nyalakan lampu minyak tanah kau"

Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu,
jelas kelihataan wajah lelaki dalam usia lima puluhan. Wajahnya pucat
sungguh.

"Dari mana kau?", soal datuk.

"Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit"

"Kubur siapa?"

211
"Anak Omari"

"Kau siapa?"

"Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini
dan saya tinggal di pondok belakang masjid"

Bagi mempastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk
lain yang menjelma sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah.
Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki itu. Datuk senyum, Mohammad
Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan ke
lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu
ditekan kedalam uratnya.

Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati


Mohammad Tammat sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam
masjid tersebut. Bila semua urusannya selesai Mohammad Tammat pun
pulang ke pondoknya. Memang ada terasa seram sejuk bila berada dalam
masjid tersebut. Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid berhampiran
dengan tingkap dan pintu. Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai
sembahyang datuk terus membaca al-Quran. Saya akhirnya terlelap.

Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut
memakai serban dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada
cahaya ketenangan di wajahnya.

"Kau tidur di sana nak”, katanya tenang.

"Terima kasih"

Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditujukkannya. Datuk terus
membaca al-Quran. Sila lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang
lelaki memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar
datuk membaca ayat-ayat suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau
silap segera ditegur. Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada
lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun bila terdengar suara azan subuh
memukul gegendang telinga. Saya segera mengambil air sembahyang.
Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah dipenuhi dengan
manusia untuk sembahyang subuh.

Sebelum memulakan sembahyang saya bersalam dengan seorang imam.


Tidak banyak perkataan yang diucapkan ketika saya berjabat salam
dengannya. Dia lebih banyak membaca Allahu Akbar. Datuk saya lihat cukup
tenang berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali itu. Saya
sembahyang agak jauh dengan datuk. Lepas sembahyang orang-orang itu
bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya bersalaman dengan saya
sebelum meninggalkan masjid. Pak imam yang berbadan tegap adalah orang
yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai dihalaman masjid, dia
berpatah balik mendapatkan datuk.

212
"Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?", soalnya.

"Memang, ada hajat besar" .

"Apa hajatnya?"

"Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur"

"Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu"

"Maksud pak imam?"

"Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang
yang menyiramnya tu, tidak berapa sempuma”

"Saya kurang faham"

"Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam ada tempat ibadat,
memang elok sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan
semangat persaudaraan sesama Islam. Sembahyang seorang dengan
sembahyang jemaah berbeza pahalanya”, kata pak imam itu dengan
senyum.

Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu
akan berjaya.

"Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala
kejadian yang berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di
dunia”, itulah kata-katanya yang diucapkan pada datuk dan meninggalkan
kesan yang amat mendalam pada diri saya.

Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di
halaman masjid. Batang tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik
sampai ke arah sebarang pokok. Bila saya menoleh ke dalam masjid, saya
lihat datuk terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Suasana subuh yang
amat menyejukan itu membuat saya dua tiga kali menguap panjang. Sesekali
menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan.

"Kau ambil yassin dan baca”, perintah datuk. Saya pun terus membaca
yassin dengan perlahan-lahan, pembacaan saya sering terganggu dan tidak
selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang
berdekatan datang sembahyang subuh di masjid tersebut. Mereka merasa
agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah
bersama mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan
kesangsian. Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab
atau menerima ajaran agama yang silap. Bila mereka selesai sembahyang,
Mohammad Tammat menghampiri datuk.

"Kenapa tak berjamaah sekali?”, tanya Mohammad Tammat.

213
"Kami sudah sembahyang jemaah"

"Dengan siapa?"

"Tadi ramai orang datang penuh satu masjid"

"Haa.."

"Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan
bilal muda"

Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak.


Cepat-cepat dia menuju ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil
sebotol air jernih. Dia datang pada datuk semula.

"Awak bermimpi agaknya?"

"Saya bercakap benar air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak
imam"

"Pelik"

Saya lihat muka Mohammad Tammar berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat
hati hingga menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.

"Awak berjemaah dengan jin"

"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah”, datuk pun


menadahkan ke dua belah tangannya.

Orang-orang kampung pun mula meninggalkan masjid begitu juga dengan


Mohammad Tammat. Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk
pun keluar untuk mandi embun. Memang diluar dugaan, dalam langkah yang
punya matIamat itu kami sampai ke bahagian belakang masjid yang
berhampiran dengan kawasan perkuburan.

Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan
menangis. Saya dan datuk menuju ke arah bunyi suara itu. Matahari pagi
mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang
terkena sinaran matahari nampak bermanik-manik. Burung-burung mula
melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang.

Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad
Tammat terbongkok -bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas
tanah kubur. Saya dan datuk terus menghampiri Mohammad Tammat. Dia
tidak memperdulikan kedatangan kami.
Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air
yang di siram oleh Mohammad Tammat habis satu botol. Mohammad
Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut,
botol kosong itu bergerak-gerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya

214
botol itu hilang.

"Perkara itu satu perkara biasa”, kata Mohammad Tammat memberitahu


saya yang kehairanan.

Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar
dengan jelas apa yang terkeluar dari dalam perut bumi itu.

"Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya”, itulah yang dapat
ditangkap oleh gegendang telinga saya di pagi yang hening itu. Datuk masih
membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur
cukup keras, walaupun hari masih pagi benar. Saya perhatikan dengan penuh
teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah kubur. Di
bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ
bagaikan retak -tetak kecil.

Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk
menyuruh saya diam. Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ.
Datuk terus membaca ayat-ayat suci. Saya tetap berada disamping datuk.
Bila datuk selesai membaca ayat-ayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati
pak imam yang berjubah hijau berdiri disisinya. Pak imam bersalam dengan
datuk sambil berkata:

“Dia anak derhaka”

Pak imam itu hilang. Suasana ditanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau
burung tidak kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok
saya meremang tidak menentu. Suara dari dalam kubur terus hilang. Saya
dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari datuk duduk diruang
tengah memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk
merenung ke arah matahari terbit.

Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah
kiri lututnya terletak mangkok putih tanpa air. Datuk bertafakur kira-kira
sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari dan
saya penuh teliti. Datuk memejamkan matanya rapat -rapat. Saya terdengar
suara orang batuk. Entah dari mana datangnya saya tidak tahu.

"Kaubenar-benar mahu menolongnya?”, terdengar suara ghaib.

"Ya, pak imam"

"Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya"

"Lagi pak imam?"

"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya"

Sebaik saja suara itu hilang, datuk membukakan matanya. Di tangan kanan
datuk tergenggam sehelai kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke

215
lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepat-tepat.

"Kau sayangkan anakmu?", tanya datuk.

"Tentu"

Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan


memaki ibunya sesuka hati. Malah pernah melukakan perasan ibunya yang
melarang dia bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Larangan itu tidak
diperdulikan oleh anaknya. Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan
penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor (masa itu judi empat
nombor masih belum ada).

"Anak saya itu membuat kerja-kerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur
lama menurun nombor ekor”, kata Omari dengan wajah yang amat muram.

Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya


menentang perbuatan itu hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat
mengawal perasaan lalu memaki ibunya sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa
itu Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.

"Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya
merawatnya. Masa merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan
kayu hingga dahinya luka, isteri muda saya meninggalkan saya"

"Lepas itu apa yang terjadi?", tanya datuk.

"Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia"

“Awak terlalu manjakan anak”, cungkil datuk lagi.

"Memang. Dialah satu-satunya anak saya”, suara Omari tersekat-sekat dan


menangis.

Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari


isteri tuanya. Akhirnya isteri tua Omari ditemui di Pontian sudah menikah
dengan saudara berketurunan Pakistan. Datuk membawa isteri tua ke rumah
Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui menurut beberapa orang kampung di
situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung
Balai Indonesia. Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada
isteri tua Omari. Perempuan itu menangis tersedu-sedu. Hatinya terasa pilu
atas perbuatan bekas suaminya yang tidak memberitahu tentang kematian
anaknya.
Malam itu, saya dan datuk tidur ke masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang
ke masjid agak lewat. Kira-kira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami
disambut oleh pak imam berjubah hitam dimuka pintu masjid.

"Kau sudah jumpa emaknya?", tanya imam itu.

"Ya, pak imam"

216
“Mana dia?"

"Dia ada di rumah adik Omari"

"Kita ke sana”, jawab pak imam berjubah hijau.

Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara
saya dengan datuk. Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak
dapat memandang tubuh pak imam. Mereka hanya mendengar suaranya
saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat gerak-geri pak imam. Pak
imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian
dia mengajak datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum
matahari terbit pak imam itu memberi sebotol air jernih kepada datuk.

"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas
tanah kubur itu dan suruh dia baca ayat ini”, pak imam beritahu pada datuk
sambil menyerahkan sehelai kertas yang bertulis jawi.

"Lagi pak imam?"

"Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang


tahajud tengah malam minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia
terlebih dulu dengan hati yang suci mesti mengampunkan perbuatan
anaknya itu terhadapnya"

Janda Omari dan iparnya termanggu-manggu mendengar suara ghaib itu.


Mereka hanya nampak sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah
hijau waktu berdiri di muka tangga sebelum menghilangkan diri dari kami
semua.

29. Dikacau Penunggu Kolam

Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda
Omari dengan sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan
tersebut, kecuali menemani janda Omari pergi kekubur selama lapan pagi
berturut-turut. Masuk hari yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur
sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari pun menyatakan hasratnya
pada datuk untuk pulang ke Pontian.

"Tangguhkan lah dulu”, kata Omari pada jandanya.

"Kenapa?"

"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah.


Aku minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan
hasratnya.

Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir.

217
Kalau dia memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di
Kampung Jorak Ilahi.

"Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat
baik tu”, jawab janda Omari.

Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.

"Bila suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang berwajah


lembut.

Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan
terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.

"Tengahari ini”, jawabnya pendek.

"Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini”,
celah datuk.

Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu


merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi
seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah
firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.

"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami
saya. Tugas isteri membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan
sebarang perbuatan yang tidak disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami
saya”, ujar perempuan itu dengan tenang.

Datuk tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan
dengan syaitan dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk
dengan perempuan yang kuat iman dan mengikut perintah Allah.

"Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat
untuk syaitan dan nafsu”, suara datuk lemah.

Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut


duduk dimuka pintu menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul
sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui
suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya.

"Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan itu.

Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta
teksi itu datang menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari
esoknya. Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis
dijalankan, datuk bercakap dengan Omari sebentar. Tanpa memberitahu
saya datuk pun menghilangkan diri. Bila tetamu sudah penuh di anjung,
datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang kampung
bersama seorang lelaki berjubah hijau. Lelaki itu saya lihat tidak banyak

218
cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang. Kemudian duduk
tunduk membilang tasbih.
Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila
orang ramai menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya.
Dia terus membilang tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri
untuk pulang, orang berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam.
Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk
atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci. Akhirnya, tinggallah
saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung
ke arah lelaki berjubah hijau.

"Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu
semua pengetahuan dan petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau
itu.

Kemudian dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana
semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi.
Datuk menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak
lima puluh ringgit.

"Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata-mata.
Bersyukurlah pada Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata
datuk.

"Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada
orang yang berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim"

"Maafkan saya”, ujar Omari.

Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba-tiba teringatkan anak saudaranya


itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah
tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.

"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.

"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"

“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"

Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke
mari, akhirnya datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu.
Tidak lama saya dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi
membekalkan saya satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf
namanya. Menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tanah kubur.
Menurut Yusuf tempat dia tinggal itu dipanggil Kampung Bagam (beberapa
tahun yang lalu waktu saya pergi ke Singapura, kawasan di situ sudah
banyak berubah. Sudah ada kedai perabut kepunyaan orang Melayu
bertingkat- tingkat tingginya.

219
Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih kurang pukul dua belas
malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang bertalu-talu. Bila
dia mahu membukanya Yusuf menahan.

"Kenapa?", tanya saya.

"Syaitan”, jawab Yusuf.

Mendengar cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat
wajah Yusuf kelihatan pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya.

"Syaitan macam mana?" datuk minta kepastian.

"Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah
melihat perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan
penjelasan.

Sebaik saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang
dikatakan Yusuf memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan
berambut panjang dengan wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah
tahu, perempuan yang dilihatnya itu bukan hantu.

"Apa hal?" tanya datuk.

"Saya lapar"

"Masuk”, perempuan itu pun masuk.

Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan


itu makan. Bagi menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau
tidak, datuk mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu.
Tidak ada tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan
temubual dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang
salah, ternyata perempuan itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya.

Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang-
orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu
bukan manusia tetapi hantu perempuan berambut panjang. Malam itu juga
datuk cuba memberi rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga
menyuruh perempuan itu bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan
datuk itu, tersebarlah berita kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut
panjang.

"Aku terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk
saya dan Yusuf.

Dan Yusuf tidak dapat berkata apa-apa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia
harus patuh dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan
Allah yang Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan
memandikan seluruh tubuhnya dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga

220
pagi. Pada sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh
badan perempuan ke dalam di tanah di bawah sinaran matahari selama tiga
jam. Kepala itu dilumurkan dengan asam jawa. Setelah itu, datuk memaksa
perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil kesejukan.
Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiran-jiran Yusuf berkumpul di
halaman rumah kira-kira pukul empat petang. Datuk menyuruh perempuan
itu duduk di atas bangku khas. Dibawah bangku itu pula datuk letakkan sabut
kepala.

Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan
pada bangku. Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam,
kepalanya diikat dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah
minyak api lalu membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumat-
kamit membaca sesuatu. Perempuan yang berambut panjang terus menjerit
sekuat hati. Tiba-tiba datuk menepukkan kedua belah tangannya. Api yang
marak segera padam diganti oleh asap tebal.

Perempuan itu terbatuk-batuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai


melihat tulang-tulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita
tersebut. Datuk menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar.
Perempuan yang berambut panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu
mengumpulkan serpihan kaca dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang
kecil. Datuk menepuk bumi, perempuan itu tersedar, wajahnya berseri-seri.
Boleh bercakap dengan baik dan teratur.

"Dia sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya
ditolak kaum keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah
perempuan ini lepas ketengah orang lain. Orang yang meminangnya dulu
berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya”, kata datuk.

Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam


rumah, seorang lelaki segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk
bahawa dia adalah ayah saudara pada perempuan itu.
Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang
malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya
dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal atas
perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti
anaknya sendiri.

"Awak salah”, kata datuk.

"Apa salah saya?"

"Sebagai seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya


terhadap anak saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu
perbuatan yang tidak terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu
membawa anak saudaranya pulang.

Pagi esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke
utara dengan sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh

221
petang. Kami bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan
Peguh yang letaknya beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya
kenalan datuk sendiri menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian,
datuk menerima surat dari Yusuf yang mengatakan perempuan yang
berambut panjang telah menemui jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid
Tanah, Melaka.

Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah
ibunya. Pemuda itu berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di
bahagian R.A.S.C. (Royal Army Service Cop) bertempat di Kem Seletar.
Seminggu selepas kahwin dia membawa isterinya ke tempat bertugas,
demikianlah Yusuf menulis dalam suratnya. (Sepupu saya itu Yusuf kini
menetap di Taman Pelangi Johor Bharu, setelah meletakkan jawatan sebagai
guru untuk bergiat dalam lapangan pemiagaan.

Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga
berdoa supaya jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan
berkekalan hingga ke anak cucu. Sejak datuk pulang dari Batu Pahat,
kesihatannya tidak begitu baik. Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua
belas malam hingga menjelang waktu subuh.

Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu.
Dia mengatakan pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri.
Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti
datuk. Boleh menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan
sedalam-dalamnya, memang saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk.

Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan


diri saya. Datuk bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalah-
gunakan. Dia hanya menurunkan ilmu-ilmu yang mudah pada saya seperti
mengurut tangan orang yang tersilap urat serta beberapa petua dan doa
untuk diri saya sendiri yang tidak boleh digunakan untuk orang lain,
walaupun untuk anak isteri.

Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan


pelajaran yang terkandas. Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah
malam di kampung saya. Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung
alam baktinya dengan cara yang tersendiri. Saya berazam untuk menjadi
seorang doktor. Dengan itu saya akan boleh menolong orang.

"Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi
pantang larangnya terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek
ni, kalau tak sabar-sabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya,
setelah saya nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang.
Tanpa diduga perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera
mendekati kami. Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang
tersirat dalam dada saya.

"Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal
itu tidak dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai

222
lelaki tidak bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu
memang benar”, kata datuk dari kepala tangga.

Nenek merenung muka saya.

"Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan


kepentingan diri sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi.
Tuhan telah memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat
dari Allah yang aku terima”, sambung datuk lagi.

Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum
cukup manis. Belum pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu.
Agaknya, dia megah kerana pengorbanannya selama ini di sanjung oleh
datuk. Barang kali sikap bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami
tugas masing-masing membuat rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga
ke anak cucu, fikir saya dalam hati.
Meskipun rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru
kahwin, mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata
kebahagiannya lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu
diresapi pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.

"Nenekmu seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi.

Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan
nenek dengan kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang
petang itu, saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawan-kawan yang
sebaya bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah
saya ambil. Cita-cita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing
kawan-kawan hingga terbelah. Secara mendadak saja saya teringatkan
batang pancing yang tersadar di pangkal pokok mempelam. Gasing dan tali
saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil.

"Nak ke mana dah petang begini”, tanya nenek

"Nak memancing ikan di sawah"

"Usahlah, dah petang”, tahan nenek.

"Kejap aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju
kesawah yang terbentang luas.

Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu
sudah pukul lima lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah
memancing. Saya terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam
kecil yang terletak di bawah sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri
kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok-pokok buluh. Akar-akar jejawi berjuntai
di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah bumi. Beberapa akar itu
saya potong separas dada.

Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan

223
bermain angin. Memang menyeronokkan. Kemudian saya memancing
dengan umpan cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok tualang.
Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya selalu saja mengena.
Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkati-kati ikan keli, haruan dan
puyu. Ikan-ikan itu saya letakkan dalam raga. Azam saya mahu menangkap
separuh dari ikan-ikan yang terdapat dalam kolam tersebut. Hati saya
berdebar dengan tiba-tiba. Daun telinga kanan saya bergerak-gerak dan
terasa angin lembut menyentuhnya.

Saya mula rasa ragu-ragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang
bertiup. Saya segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan-ikan
hasil dari pancing saya. Saya dapati ikan-ikan di situ semuanya hilang,
kecuali seekor ikan haruan kecil sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam
raga. Saya renung ke langit, matahari sudah pun runduk di kaki langit.
Keadaan sekeliling sawah sudah tidak secerah tadi. Hati saya bagaikan
dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus memancing, ikan-ikan saya lihat
bagaikan melompat-Iompat dipermukaan kolam.

Saya membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja
memancing ikan di kolam. Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur
gelap. Senja kala sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk
memanggil-manggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang dan rapat
kepangkal pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan. Lagi sekali
saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil
sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang.

Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang
datuk berikan pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali,
saya perlu mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya. Dengan tenang
saya menjamah bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca
sepotong ayat dari surrah al-Falak iaitu Qul a'uzubirabbilfalaq hingga akhir.
Saya terasa diri saya bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib.

Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis
saya tekan ke bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi
sekali semangat saya tergugat. Disebelah kanan saya terlihat sepasang kaki
macam kaki itek yang cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis.
Saya dongakkan kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang
cukup tinggi. Lebih tinggi dari pokok tualang.

Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup
hebat, bagaikan ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar
pokok tualang digoncang bertalu-talu. Saya nampak dengan jelas dengan
dedaun tualang jatuh ke bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu
pun hilang. Suasana terasa terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan
raga ke dalam kolam.

Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan
dengan satu lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih
kurang sama tinggi dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak

224
berapa jelas. Tetapi, dari bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi
bulu. Kedua belah tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang
hingga ke kaki serupa dengan bentuk tubuh manusia biasa. Dalam saat-saat
cemas begitu, saya terdengar nama saya dipanggil sayup-sayup dari arah
kampung.

Saya kenal benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan
itu, tetapi tidak berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang
menahan pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu
kembali. Kini saya sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh,
kepalanya juga berbentuk burung ada paruh dan muncung. Kedudukan
matanya macam kedudukan mata manusia.

Sinar matanya tajam tidak berkelip-kelip memandang ke arah saya. Suara


datuk, makin lama makin dekat kedengaran. Dalam saat-saat begitu saya
tidak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha
Besar. Saya cuba membaca beberapa potong ayat al-Quran, tapi banyak
yang silap dan lintang-pukang. Perkara yang patut di dahulukan dibaca
kemudian begitulah sebaliknya. Saya jadi tidak tentu arah.

Suara datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk.
Memang saya lihat datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu.
Saya cuba melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah-
olah tidak dapat dilihat oleh datuk dalam suasana yang agak samar-samar
itu. Lembaga ganjil itu terus melihat gerak-geri saya.

Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak
saya dengan datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki.
Tetapi, datuk tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar.
Sayangnya, saya tidak dapat menjawab suaranya itu.

"Tak mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh
datuk.

Saya lihat dia berdiri betul-betul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus
memacakkan kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat
lembaga ganjil membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan
tualang. Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantang-
Iantangnya. Datuk terkejut bila dia mendapati dirinya berhadapan dengan
saya. Tanpa banyak cakap datuk terus menyapu wajah saya dengan tangan
kirinya sebanyak tiga kali.

"Kau masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang.

Sampai dijalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampir-hampir saja dia mahu
menampar muka saya. Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang
sedang naik itu. Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk
akal. Kalau diceritakan pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal,
paling tidak dianggap suka mengada-adakan cerita yang tidak munasabah.

225
Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin
apa yang terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan
dengan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

30. Ilmu Raja Kelawar

Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya.

"Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku
patah-patahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut
terselit satu ugutan yang amat menakutkan.

"Faham!" sergahnya.

"Faham tok!"

Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk


tidak putus-putus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan
saya itu. Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu
terjadi secara tidak sengaja.

"Barang kali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku
tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi
hidangan makan malam.

"Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi
pada saya. Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula
mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di
dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk
mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya
mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah.

Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan
kapur. Ketiga-tiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya
di rendamkan dalam cawan beberapa saat. Datuk pisahkan daun sirih, daun
serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis
yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.

"Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.

Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab
tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada
beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya
pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga
faham. Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya.
Batuk datuk beransur kurang. Menjelang pukul dua belas malam,batuk datuk
tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak
putus-putus.

226
Saya terdengar kokok ayam bertalu-talu. Mata saya masih segar. Tidak ada
rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula
terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan
daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk
merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya
terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah
kanan. Saya cuba mencarinya tetapi, belalang itu tidak kelihatan kecuali
suaranya yang cukup keras. Angin dinihari yang bertiup lembut membawa
bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya, saya sendiri pun tidak tahu.
Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik.

Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun
tingkap itu. Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok-
pokok di luar macam digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan
burung berak-berak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya.
Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang
masa, saya pun dongakkan kepala ke langit.

Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali-tali) dari bahagian bawah


lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah
utara. Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk
bertalu-talu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap
malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga
besar melintas di depan mata saya.
Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah
tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu
dihempas bertalu-talu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar. Datuk
terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk
menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri
dimuka tingkap dan burung berek-berek lalu berlegar-legar atas bumbung
rumah semula.

Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya
tajam menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan
kedua belah daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk
melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu
merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk.
Muka datuk segera berubah jadi lebam kebiru-biruan. Datuk jatuh ke atas
lantai.

Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya.
Saya lihat datuk berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan
ctatuk berdarah kena cakar kaki burung. Saya
jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala
manusia yang berbulu burung.
Dalam saat-saat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipu-sipu
melihatnya berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir.
Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke
kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.

227
"Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati. Nenek tergesa-
gesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat-erat dan
memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang
digenggamnya ke arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar
ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu
bersahut-sahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela.

Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka
datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang
kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai.

"Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa
muda. Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat-cepat. Aku nak
basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku
macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek.

Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis
rendah di belakang rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan
oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayat-ayat al-Quran datuk membasuh
mukanya dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan
segar. Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu
dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.

"Esok kena tanam”, kata datuk.

Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ.
Saya tidak tahu apa yang di buatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh,
barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air
sembahyang. Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk
membaca al-Quran. Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan
membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr.
Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat
saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah.
Mr. Ismail akhimya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi.
Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon
bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan
Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi.

Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi
ke pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk
mengayuh basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan
masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti
waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat
raga dan lukah (bubu).
Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan
letih walau sedikit pun. Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting
buluh dari batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk.
Buluh yang sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya
matahari.

228
Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja
kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk
dan saya makan.
"Jarang-jarang kita dapat makan bersama”, kata saya.

"Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.

"Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni"

"Kenapa pula?" tanya saya pada datuk.

"Ada alamat aku akan panggil orang"

"Apa alamatnya tok?"

"Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.

"Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk.

Disambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih
kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki
tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih
berlengan pendek dan memakai selipar Jepun.

"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu
membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.

"Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.

Anak muda yang termanggu-manggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi


sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan
datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu
memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis.
Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka
menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di
Batu Tujuh, Segari.

“Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.

"Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan
bomoh"

"Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik”

"Siapa?"

"Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis"

"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan bukan dukun. Aku hanya
berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar"

229
"Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.

Sebelum memulakan sebarang perjalana, datuk menghitung dan mengira


apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur
berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai
melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak
muda itu tidak membantah permintaan datuk itu.

Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman
rumah. Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan
bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman. Kepala saya digayuti
persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang
yang memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan
menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya?
Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam
tempurung kepala saya.

"Kenapa kau yang sibuk-sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di
situ mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu.

"Tidak"

"Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?"

"Ada hubungan dengan ayah saya"

"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut.

Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak-gerinya ternyata
anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang
mahu dirahsiakannya dari datuk.

"Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan
memudahkan kerja-kerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan
untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda
itu. Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.

"Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu
menyatakan pada datuk.

Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan


merenung keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak
angin. Bergerak-gerak penuh malas.

"Pernahkah pakcik dengar nama tu?"

"Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia
sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya"

230
"Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu"

Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan
pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat
terlalu lama duduk.

"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.

"Tidak"

"Jadi untuk apa kau datang ke mari?"

"Ayah saya sudah meninggal dunia"

Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya


lihat bergerak-gerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke
dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi.
Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut.
Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain
hitam dengan ibu jari kanannya. Datuk melihat urut-urut yang timbul di
belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal
siku anak muda tersebut.

Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya
berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak
memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit
tangan dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci.
Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga kepangkal
dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang
menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak
muda itu nampak termengah-mengah macam berlari berbelas batu dalam
panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam
baru kena hujan.

"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak
muda itu menyandarkan badannya ke dinding.

Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan
ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu
menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat-urat
dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.
"Berterus-terang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk
sekuat hati.

Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh
datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang
berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat
menjadi hitam macam arang.

"Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak

231
mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu
mula menangis.

Datuk terdiam. Dari gerak-gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang
telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.

"Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus-
terang saja dengan aku"

"Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak oleh
sesuatu untuk berbuat begitu"

"Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan
yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya"

Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara
terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu
kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan
akidah Islam.

"Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu.

"Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.

"Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah
negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu"

"Lagi?"

"Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu
seperti memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya benda-benda yang
dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini"

"Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"

"Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia
tidak ke Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau
Pinang. Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau.
Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia"

"Apa tindakan orang-orang kampung tempat kamu?”

"Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik-adik yang lain
membawa diri ke tempat lain”

Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang
arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu
menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang
dinding dan lantai. Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah
roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu

232
perbalahan telah berlaku antara orang
kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan
Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain.
Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah
ayahnya bukan seorang Islam.

Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan
di tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang
Islam. Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang
Islam. Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam
atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang
tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lain-lain lagi.

"Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau
sebaliknya", kata datuk.

Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau
tidak. Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak
muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.

"Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya
ditanam ditanah perkuburan orang-orang Islam”, anak muda itu
menyambung perbualan yang terputus.

Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang
muram. Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah,
beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang
kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.

"Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal.

"Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.

"Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.

"Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada
pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah"

Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat
wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit
ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit.
Kami termenung panjang. Masing-masing membuat perhitungan dan
tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda
itu. Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok-
pokok mempelam dan manggis yang disinari mata hari petang. Lama juga
dia termenung di situ.

"Selepas orang-orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang
cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang
rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu

233
berhenti bila masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata
demikian.

Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.

"Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar.

"Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya
saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk denganjujar padanya.

Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu
itu di kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah
digunakan oleh kelasi-kelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di
tengah laut pada zaman dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera
Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang
mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak
musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu. Orang yang mahu
memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan
dalam tahi kelawar.

Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul
di Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat
pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beribu-ribu tahun. Papan
yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan
yang mahu menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu
kaki orang yang mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang
menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling
berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan
penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang disuruh
oleh Allah.

Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia
hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila
amalannya sudah genap, 100 hari tubuhnya akan berbulu seperti burung dari
kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia.
Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah
asalnya. Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk
putih dan diletakkan di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu
tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.

"Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.

"Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan.


Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan
orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi.

Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa
arwah ayahnya masih hi-
dup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak
pemah berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh.

234
Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju
ke sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah
Manjung (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai kesitu
lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus
menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan
rumah lain dikarnpung tersebut.

"Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada
manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami
yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap
dalam bahasa yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang
rumah papan yang kami lihat dari jauh.

"Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.

"Sejak akhir-akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain
pula”, tambah anak muda itu.

31. Rumah Misteri

Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin
petang yang bertiup kencang mengugurkan dedaun getah tua yang me-
magari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan
yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga
ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur
yang sedang berbunga lebat.

"Apa yang kau nampak?", tanya datuk pada saya.

"Tak ada apa-apa tuk"

"Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda
yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu
nampak cemas.

"Nama kamu siapa?"

Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak
muda itu. Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan
tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.

"Nama saya?", ulang anak muda itu.

"Ya nama kau"

"Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad penge-
nalan dan surat beranak Osman"

235
"Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?", datuk mencungkil
rahsia.

Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang
kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang
bumbung rumah papan beratap rumbia. Gagak-gagak itu berbaris menghala
ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di teliti
bunyinya macam orang mencarik kain kapan.

"Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama se-
bilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.

"Mana kau tahu?", tanya datuk lagi.

"Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata
ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan
lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan
pada bidan"

Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang
bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan
perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena
cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba-tiba sahaja badan
saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila
saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai.

"Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar datuk menyoal Osman.

"Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan benang
tujuh warna"

"Apa warnanya?"

"Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna lain"

Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi, sekejap
menggaru pangkal kening. Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang
datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan datuk yang tidak menentu itu,
saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian tingkap
yang tidak kena sinar matahari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia
berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk melihatnya, tiba-tiba telinga
terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya
terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain. Pendengaran saya
kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani
mengulangi perbuatan itu lagi.

"Kau simpan beliung tu di mana?"

Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habis-habis menyoal Osman dan
tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawap dengan jelas apa yang

236
disoal oleh datuk. Osman terus memberi tahu datuk bahawa beliung itu
disimpan dirumahnya yang terletak berhampiran jalanraya. Osman juga
memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar
lebih. Tiga ekar lagi dijadikan dusun.

"Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa me-
mandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut
memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.

Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan
beratap rumbia. Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di
tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan
bahawa dia pemah mendirikan rumah di atas tanah pusaka peninggalan
ayahnya. Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis sebagai calaon
isterinya. Dia mahu menjadikan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya.
Tetapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di dirikan dan dia tinggal
di situ. Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat
yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makhluk ganjil yang dapat
dilihatnya.

"Setiap malam badan saya dan pakaian saya dilumuri dengan najis manusia
dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya
pindah”, beritahu Osman pada datuk.

Osman juga memberitahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun
getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh beribu
kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya
agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung gagak
badannya kemerah-merahan akibat dicakar oleh burung tersebut.

"Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.

Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk
meninggalkan kampung buat selama-lamanya.

"Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang-orang kampung mula men-
curigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada
orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya, semua
tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada
biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.

Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung cita-cita Osman


disamping memberi satu pengharap baru pada dirinya.

"Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup
mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman.

Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali
berturut-turut. Osman pun melihat jam tangan.

237
"Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.

Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam
mencari sesuatu.

"Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras.

Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat
menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.

"Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.

Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah,
mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan.
Wajah datuk ditatapnya sejenak.

"Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.

"Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai"

"Saya terasa seram sejuk pakcik"

"Usah takut, aku ada dekat kau"

Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi.
Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya
mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui
atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah
ke arah kami. Berlegar-Iegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan
pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot
tajam ke arah burung-burung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu
agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya
botak hingga ke leher. Dibawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang
tetapi panjang macam janggut manusia.

"Jangan tengok burung tu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher
saya hingga tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila datuk
berbuat demikian pada saya.

"Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan tempat suka-
suka tau”, tambah datuk.

Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan
cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari
sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut langkah datuk
yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar. Lebih kurang dalam jarak
dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia,
secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah.

Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia

238
meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah
pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh
menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai
sepatu. Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga
mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang
ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki
tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala
tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu terukir
indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk meletakan
tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyang-goyang
hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan
tangan datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak
cukup tegang.

"Allahu Akbar..”, pekik datuk sekuat hati.

Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga.
Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong
ayat al-Quran.

"Begini, kita naik ke rumah dengan cara membelakang”, kata datuk sambi I
merenung wajah saya dan Osman. Burung gagak terus berbunyi. Tiba-tiba
datuk bersuara lagi, "Biar aku naik dulu”

Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan


mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung
kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar
memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir
barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu
yang tidak berkunci.

"Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan lantang.

Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah
berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai
tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu
semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya.
Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu. Datuk
melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labah-labah
dari anjung hingga ke dapur. Ketika berada di ruang tengah datuk menguis
beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang
sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu
bertaburan di situ.

Waktu datuk mahu menjamah tulang-tulang kelawar itu, kami terdengar


bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang di
penuhi dengan beribu-ribu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang
kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga
menjadi bulat. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Saya dan Osman
terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk

239
melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan serta-merta kelawar yang
beribu-ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus
menyarungkan kembali ke badannya.

Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk
memegang ibu kunci erat-erat. Mukanya merah padam. Saya lihat datuk
meramas-ramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas
lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya
Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan
diikuti oleh datuk dan saya. Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka
manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka
itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering.

"Kita balik”, kata datuk.

Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur
gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi
jalanraya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan.
Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari tempat Osman
jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna
merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.

Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman


mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengah-Iengah lagi
Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang diletakkan
dibawah katil. Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus
memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung
yang dibuat dari pada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung
itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi dirinya.
Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya
di samping memelihara hantu kelawar peninggal ayahnya.

"Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu selama-Iamanya didampingi


oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan dengan
darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menjahanamkan orang lain”, kata
datuk pada Osman.

"Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.

Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu
memang benar. Bagi menghilangkan keresahan di hati Osman, datuk terus
berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Osman.

"Minta pakcik al-Quran”, ujur datuk pada Osman lagi.

"Saya tak ada menyimpannya pakcik"

"Surah yasin?"

"Pun tak ada"

240
"Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan al-Quran di rumah atau Surah
Yasin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan
membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran
selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca
pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"

"Boleh pakcik"

"Bagus. Paling akhir kau membaca al-Quran bila?"

"Paling akhir sekali kira-kira lima tahun yang lalu waktu saya tamat belajar
dengan Haji Mat Zain"

"Lepas itu?"

"Tak pernah"

Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman
itu. Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari al-Quran walaupun
mereka tahu dan boleh membaca al-Quran. Perbuatan membaca al-Quran itu
diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca al-Quran akan
terpisah dari diri mereka.

"Ada yang memikirkan membaca al-Quran sebagai satu sikap menunjukkan


diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih
senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan
faedah”, datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang.

Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru al-Quran
kampung tersebut) meminjam kitab suci al-Quran. Bila al-Quran berada
dihadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh.
Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok
Osman. Tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh,
di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman,
datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari gelap, datuk
tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu
mengenai perut datuk.

"Jangan kacau aku!", pekik datuk.

Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari
pokok-pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan
badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan
bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samar-samar subuh itu,
saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk
terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan
bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia
melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai dirumah ternyata
Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba-tiba.

241
"Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik datuk
sambil menyepak punggung Osman.

Tergesa-gesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk


membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus
menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir,
satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan
ditamparkan oleh orang. Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan
besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap
meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu
lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di
satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakan-akan kuning,
kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk
kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal.

Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada


lembaga itu. Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan
suara burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap
dalam bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan
subuh yang amat menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu
tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau
sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi.

"Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang


sembahyang. Apa yang kau mahu”,
datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.

Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki
dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila
mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak
tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain
kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu
bergerak dengan meloncat-Ioncat. Datuk menjatuhkan kedua belah
tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk
tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.

"Ayah”, jerit Osman.

Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman
terus pengsan.

"Biarkan dia di situ kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat
akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya. Sekarang
lembaga itu membukakan ke dua belah tangannya dan bersedia mahu
menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya
lalu memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti
oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke
bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu
manusia berkepala burung.

242
"Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh
terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu. Sebaik sahaja datuk
mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula
menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk
mengambil beliung yang dibuat dari tulang. Datuk basuh beliung kecil itu
dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya
menghala ke arah matahari terbit. Kemudian datuk merendamkannya pula
ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup keras bersinar,
datuk letakkan beliung tulang yang direndam itu ditengah halaman.

Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk
di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba-tiba beliung itu
terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas
merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi
jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat di panah
petir).

Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi kerumah papan teratap
rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup
berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah
bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke bilik
tempat rangka manusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat
meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum datuk meninggalkan
kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh sepanjang
enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga datuk
tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning.

"Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk kerumah ini lagi”, bisik datuk
pada Osman dan saya.

Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan
pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.

"Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit
hitam manis, memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan enam pu-
luhan. Dia mempersilakan kami duduk.

"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak men-
duga yang dia tu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia
tidak tahu apa-apa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan
pada datuk.

Secara diam-diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia
berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut
ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan
kepercayaan orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak
buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup
menderita.

243
"Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang-orang
Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun
yang tujuannya untuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah”

Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.

"Bagaimana, ada harapan perkara ni akan berakhir?”, tanya ketua kampung.

"Dengan izin Allah akan berjaya"

"Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari,
nampaknya tidak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.

"Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surrah Yasin tidak
semestinya permintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi
syarat-syarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan
diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara kita
meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila sudah
terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali
datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung. Setelah
mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup
menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada
sebelah malamnya.

Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar


mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila
mahu menjalankan tugas-tugas yang berat datuk akan memakai seluar
hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang
pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi
yang amat mengerikan,macam suara gajah.

Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang berderang. Saya terkejut,
lembaga manusia yang berkepala burung berdiri dihadapan kami. Bila
melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi
lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi
disekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya
mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan
beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjing-anjing liar berada di
situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalu-talu dan kedengaran
suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan
merayu.

Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk


matanya bersinar-sinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang
sama saya melihat berpuluh-puluh mayat yang sudah dikapan dengan kain
putih terbujur dihadapan datuk. Mayat mayat itu bagaikan bergerak dalam
kain putih.

Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah


dihadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk

244
menggengam tanah itu kejap-kejap. Dari celah-celah jari datuk keluar asap.
Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk
membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala
burung.

Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, serta-merta lembaga itu ghaib.
Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah
ditajamkan hujungnya kira-kira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.

“Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan
kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.

Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah
tujuh kali datuk menikam, tidak ada apa-apa yang aneh terjadi di hadapan
saya. Bla datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya
terdengar suara jeritan yang cukup kuat.

32. Bomoh Hujan Kena Uji

Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melesapi puncak Gunung


Tungga. Datuk terus mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan
melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut. Datuk duduk mencangkung
dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas buluh runcing.
Mulutnya terus bergerak, membaca sesuatu. Ketua kampung masih belum
sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerak-gerak lemah. Kedua
belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi tubuhnya.

"Bangun”, bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya jangan
bertanya sesuatu.

Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucat-Iesi.
Waktu saya menoleh ke kanan kembali saya lihat datuk sudah berdiri dengan
kedua belah tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap rumbia.
Mukanya nampak berpeluh. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya,
saya terdengar satu letupan, macam orang memukul bumi dengan pelepah
pisang. Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di tulang bumbung
rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa
panas memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan terbakar.

Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami ber-
teduh. Api terus menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan
keciI yang sambung-menyambung. Tidak sampai dua jam, rumah papan
beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari
pengsan.

"Kenapa panas sangat ni?", tanya ketua kampung.

"Itu”, saya menunjukkan kearah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari
telunjuk. Biji mata ketua kampung terbeliak.

245
"Siapa yang bakar?", tanyanya lagi.

"Terbakar sendiri!"

Ketua kampung mengerutkan dahi sambil menggaru batang leher. Datuk pun
mencabut buluh runcing yang di tanam kebumi. Datuk melihat bahagian
bawah buluh yang sudah ditajamkan itu. Memang terdapat kesan-kesan
darah pada buluh itu. Datuk menghilangkan kesan darah pada hujung buluh
dengan menikamkan buluh itu pada batang pisang emas yang baru tumbuh
jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari batang pisang, saya dan
Osman serta ketua kampung disimbah dengan air dari arah belakang.

Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari
sebelah kanan atau kiri kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan
bintang-bintang bertaburan di mana-mana. Angin malam yang bertiup agak
keras membuat badan saya mengeletar kesejukan. Saya tidak dapat
mengagak dengan tepat pukul berapa ketika itu. Tetapi berdasarkan arah
tiupan angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu
sudah pukul empat pagi. Suara pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak
kedengaran lagi.

Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut men-
julang ke udara yang kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk
menghampiri saya.

"Kau kena simbah air Tamar?"

"Ya tok"

"Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak"

Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya
tetapi, ketua kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri
masing-masing.

"Busuk, macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya anggukkan
kepala.

Setuju dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman. Datuk
menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru
tumbuh jantung. Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu masing-
masing. Sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua
kampung ke arah selatan dan Osman ke arah barat. Dengan keadaan itu
kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama lain. Datuk terus
mengoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan
sekuat hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan
kami.

"Sekarang cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil

246
menekan pangkal dagunya dengan ibu jari kiri.

"Tak ada baunya lagi”, jawab saya.

"Dah hilang busuknya”, tingkah Osman.

"Ya dah hilang”, sahut ketua kampung bersama senyum.

Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk
membuka lipatan kaki seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi
bertiup, menandakan waktu subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan
bintang-bintang beransur kurang.

Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bunga-
bunga api kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk
memperkemaskan silanya dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke
dada. Embun subuh sudah terasa menitik ke ubun-ubun kepala. Rasa sejuk
kian terasa. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh datuk ketika itu. Biji
mata saya terbeliak bila saya terpandang dari atas bara api keluar benda
putih dan bulat, sebesar buluh lemang yang panjangnya kira-kira dua kaki,
terapung-apang di udara macam ditarik oleh sesuatu dari atas. Benda putih
terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti di situ sebentar.

Kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami. Datuk
menyuruh kami meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi
angin dari benda bulat itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung
dan cuping teling saya bagaikan mahu tercabut rasanya dirempuh oleh angin
dari benda bulat itu.

Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak
betung bersahut-sahutan yang diselang-seli dengan bunyi suara orang
bersorak dan ketawa yang amat menyeramkan. Embun subuh kian rancak
menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam hutan bertali-temali dari kaki
Gunung Tunggal.
Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya
kerutkan. Dagu saya menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah
saya berlaga dan mengeluarkan bunyi kerup-kerup yang tidak tentu panjang
pendeknya. Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayup-sayup dan
memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu.

Benda putih itu terus berlegar-Iegardi atas ruang kepala kami. Hari masih lagi
gelap. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk berguling-guling
atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh jantung. Datuk
duduk sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu. Datuk merasa
selamat kerana benda putih yang bergerak di awang-awangan itu tidak
memburunya. Datuk segera berdiri sambil menekapkan ke dua belah tapak
tangannya ke cuping telinga kiri dan kanan, macam orang yang mahu
melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian.

Akhirnya dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke

247
arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ.
Kedua-dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya
dibengkokkan sedikit. Bila benda putih itu berada betul-betul di ubun
kepalanya dengan segera datuk membuka kain merah yang melilit
kepalanya. Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil
mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena
jolok. Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi
tubuh datuk. Saya tidak dapat melihat datuk dengan jelasnya. Dalam sekelip
mata saja saya lihat datuk terhoyong-hayang macam ditolak sesuatu.

Hati saya mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang


sesuatu. Ada niat menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak.
Tempurung lutut dan dan sendi-sendi kaki saya terasa bagaikan longgar
sekali. Ketika itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari
mula beransur cerah. Datuk masih lagi terhoyong-hayang tidak tentu arah.
Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah. Datuk bertempik dengan
sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk melompat
itu dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya. Dua kali lompat, dua
kali pukul tidak mendatangkan sebarang kesan pada benda putih itu. Datuk
kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil
terbatuk-batuk. Mukanya pucat.

Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam


kucing yang bersedia untuk menerkam tikus. Kemudian datuk melompat
untuk kali yang ketiga dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat
kepalanya sekuat hati. Hari mula beransur samar-samar, di kaki langit
cahaya putih mula kelihatan dengan jelas. Datuk kali ini saya lihat terhumban
berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah kayu-kayu
rumah yang punah. Belumpun sempat badannya menjamah bumi, datuk
sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak. Ketika itu juga bara api
bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api itu
mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin dipermukaan bumi.

Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin
sambil memeluk tubuhnya erat-erat. Dan benda putih di awang-awangan
tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu hilang,
terdengar letupan seperti letupan mercun kecil. Benda putih itu terus hilang
dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering bertaburan atas tanah. Datuk
segera menghampiri kami. Kali ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua
kelopak matanya lembam sedikit kerana kurang tidur.

"Kita balik, sembahyang subuh”, kata datuk.

"Dah selesai ke semuanya pakcik?", tanya Osman.

"Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui nampaknya
kita berjaya"

"Dia tak ganggu kita lagi?", ketua kampung pula bertanya.

248
"Nampaknya begitulah"

Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua
kampung mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga
menyatakan pada saya, ada sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan
datuk.

"Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang ketua
kampung dengan senyum.

Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung
kosong ke depan.

"Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada suara
datuk lembut sambil bangun.

"Kenapa begitu?"

"Saya ada hal sedikit"

"Apa halnya?"

"Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua
kerja tu saya buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari pun
cerah dan kopi sudah tersedia”

"Ha tak apalah”, balas ketua kampung.

Datuk dan ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman
meninggalkan saya dan datuk di pondok. Saya diminta oleh datuk supaya
bersenam gerak kucing dan harimau bangun tidur. Tujuan senaman cara
lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit pinggang dan
lenguh-lenguh sendi. Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada
saya dan di situ ialah senaman ular salin kulit. Senaman jenis ini lebih banyak
memberatkan perkara menarik dan melepaskan nafas, serta pergerakan
sendi-sendi urut. Tujuan utama senaman ini ialah, memelihara kulit badan
dan muka. Kulit badan tidak mudah kendur dan muka kelihatan muda atau
tidak dimakan tua.

Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan
senaman ini di tegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat
asam selama tiga hari tetapi digalakkan memakan daun hijau yang boleh
dibuat ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi dan daun
kesum serta pucuk manggis muda. Selesai melakukan semua jenis senaman
itu, saya dan datuk terus merayau-rayau ke seluruh kawasan kecil
berhampiran pondok Osman untuk mandi embun. Akhirnya datuk mengajak
saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang mahu
datuk cari di situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api
sudah banyak yang padam, kayu-kayu alang rumah semuanya sudah rentung
menjadi arang.

249
"Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya terkejut dengan
ungkapan dari datuk itu.

Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.

"Mari”, datuk terus menarik tangan saya.

Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami
berlegar-legar di kawasan yang kami jangkakan tempat bilah-bilah buluh itu
jatuh. Apa yang kami temui di situ ialah bilah-bilah buluh yang sudah
rentung. Datuk menguis-nguiskannya ddengan hujung kaki.

"Memang buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir.

"Saya tak faham cakap tok ni?”

"Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang
menuntut ilmu itu. Aku harap malapetaka yang menimpa orang-orang di sini
akan tamat”, tambah datuk lagi, lalu mengajak saya kerumah ketua
kampung.

Sarapan pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan


dengan kopi panas dan pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk
tidak menjamah pulut itu. Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua
kampung tidak puas hati dengan sikap datuk.

"Kenapa tak makan pulut?", tanya ketua kampung.

"Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."

"Kami tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?"

"Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok makan
pulut, kerana pulut ni cukup bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau
sudah sembuh pun akan sakit semula jika makan pulut"

Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung
merasa bersalah kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia
menyuruh anaknya membeli kuih di kedai.

"Jangan, ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua kampung.

"Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja,
tengahari ni, makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi.

Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati. Sementara menanti
tengah hari datuk kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama.
Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air
perigi. Air itu datuk campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis

250
bunga. Kemudian datuk memerintahkan Osman memakai kain basahan dan
di suruh duduk di bawah tangga.

"Nak buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk.

"Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”, balas
datuk.

Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ketubuh Osman
dalam tiga peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman
tujuh kali. Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pa-
kaian semula.

"Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah
hancur. Kau boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada
Osman.

Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang dilakukan oleh datuk itu
dengan tenang.

"Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat


manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.

"ltu memang kerjanya. Dalam Surah An-Nisa telah menjelaskan kerja-kerja


syaitan yang berbunyi: Dan kehendak syaitan itu ialah menyesatkan kamu
satu kesesatan yang jauh”, ujar datuk lagi.

Ketua kampung angguk kepala. Perbualan datuk dengan kedua kampung


cukup rancak sekali. Banyak benar kisah yang datuk dengar dari ketua
kampung. Malah datuk sendiri tidak merasa segan dan silu mencari penga-
laman-pengalamannya di masa lalu. Perbualan mereka terganggu bila anak
gadis tok ketua yang dikiranya menganggu perbualan antaranya dengan
datuk.

"Apa halnya”, kata ketua kampung.

Osman segera bangun dan merenung tajam ke wajah anak gadis ketua
kampung yang berambut panjang, berkulit putih. Mukanya bujur sirih. Tinggi
lampai dan berleher jinjang. Saya memang tertarik dengan gadis desa
berwajah ayu itu. Bila saya lihat wajah Osman, rasa tertarik yang mula
berputik di hati segera saya padamkan.

"Ada orang datang ayah"

"Siapa?"

"Pak Mardan bomoh hujan"

"Hum, sekejap lagi aku balik"

251
Anak gadis ketua kampung meninggalkan kawasan pondok Osman. Kerana
waktu makan tengahari sudah hampir, ketua kampung mengajak kami pergi
bersamanya sekali.

"Eloklah tu, saya ingin juga berkenalan dengan bomoh hujan tu, kalau dia
baik hati dapat saya menuntut ilmu darinya”, datuk segera bangun.

"Dia tu bukan orang lain dengan saya, kami satu pupu”, tingkah ketua kam-
pung dengan tenang.

Ada rasa megah dalam dirinya kerana datuk mahu menuntut sesuatu dari
sepupunya. Lepas makan tengahari datuk dapat bercakap panjang dengan
Pak Mardan yang sudah berusia hampir lima puluh tahun. Orangnya tegap.
Memelihara misai, janggut dan jambang. Dia tinggal di Kampung Kota yang
terletak lebih kurang dua batu dari pekan kecil Bruas dalam daerah Manjung.
Menurut Pak Mardan, dia kenal baik dengan bomoh patah yang tinggal
sekampung dengannya iaitu Bedul Hasyim. Datuk minta Pak Mardan
menyampaikan salamnya pada Bedul Hasyim bila dia pulang ke kampungnya
kelak.

"Dengan izin Allah akan saya sampaikan”, katanya.

"Saya dah lama tidak jumpa dia"

"Dia masih sihat lagi”, balas Pak Mardan.

Menurut Pak Mardan dia dalam perjalanan ke Sungai Tinggi (sebuah


kampung yang terletak dalam daerah Matang, lebih kurang dua puluh batu
dari bandar Taiping). Dia diundang oleh anak saudaranya kerana anak
saudaranya mahu menikahkan anak perempuannya dengan orang dari
Gunung Semanggul.

"Tujuan mengundang kita tu ada tujuan yang tertentu”, keluh Pak Mardan
sambil merenung muka ketua kampung.

"Apa tujuannya?", soal Osman.

"Tenaga aku ni diperlukan anak buah, bila mahu menghalau hujan”, Pak
Mardan melahirkan rasa hampanya, disambut oleh ketua kampung dengan
ketawa memanjang.

Bila Pak Mardan mengajak datuk pergi ke Sungai Tinggi datuk menolak
dengan alasan dia tidak dijemput ke majlis nikah kahwin. Tetapi bila Pak
Mardan dan ketua kampung menyatakan bahawa mereka telah diberi kuasa
untuk menjemput orang lain ke majlis orang nikah kahwin itu, datuk
menerimanya dengan senang hati. Saya mengerti, tujuan utama datuk
menerima undangan itu bukanlah kerana mahu makan nasi minyak. Tetapi
dia mahu belajar serba sedikit tentang ilmu menahan hujan dari Pak Mardan.

Esoknya saya, Pak Mardan dan datuk terus pergi ke Sungai Tinggi. Kami

252
bertolak dengan bas dari Segari pada sebelah pagi dengan bas. Ketua
kampung dan keluarganya bertolak lebih lewat daripada kami. Kedatangan
kami di sambut dengan ramah oleh anak saudara Pak Mardan. Kami sempat
menyaksikan acara akad nikah yang diadakan pada sebelah pagi, lebih
kurang di antara pukul sepuluh hingga sebelas. Acara naik pelamin diadakan
kira-kira pukul empat petang setelah tetamu yang dijemput selesai makan.

Pak Mardan merasa senang kerana tidak ada tanda-tanda hari akan hujan.
Beberapa orang anak muda di situ melancarkan kutipan memungut wang
secara kilat bagi mengundang pancaragam dari bandar Taiping pada sebelah
malamnya. Kutipan itu, ternyata tidak cukup dan nasib baik pihak tuan
rumah sanggup menambahkan bahagian yang tidak cukup itu. Majlis
perkhawinan itu bertambah rancak dengan kehadiran pancaragam dari
Taiping itu yang membawakan lagu-lagu rancak dan irama Melayu asli yang
disampaikan para penyanyi dari pancaragam tersebut, antara penyanyinya
ialah Kamal Harun, Aida Suhana dan Zainal Udah.

Walaupun begitu rancak pancaragam dari Taiping mempersembahkan


permainannya, saya lihat Pak Mardan tetap gelisah, begitu juga dengan
datuk. Bagi menghilangkan rasa resah itu Pak Mardan terpaksa menghisap
rokok tembak berbelas-belas batang. Pak Mardan menarik tangan datuk
untuk pergi ke satu sudut.

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena malam ni”, Pak Mardan menyatakan
pada datuk.

Dcituk termenung panjang mendengar cakap Pak Mardan itu. Dia meraba
pangkal kening kanan tujuh kali, meraba telinga kiri lima kali.

"Usah bimbang, kalau ada yang perlu saya tolong tetap saya tolong”, kata
datuk. Walaupun begitu wajahnya saya lihat agak sugul sedikit.

"Malam ini ada majlis bersanding?", datuk menyoal Pak Mardan.

"Ada. Sekejap lagi pengantin lelaki datang”

"Kalau begitu eloklah kita kita beringat-ingat, manalah tahu kalau ada hal
buruk terjadi"

"Saya faham tu”

Pak Mardan dan datuk duduk kembali di tempat asal. Bila orang ramai mula
datang mahu melihat pengantin naik pelamin, tiba-tiba hujan turun
mencurah-curah bersama dentuman petir dan guruh. Muka Pak Mardan
kelihatan pucat, dia lalu membisikkan pada datuk bahawa hujan yang turun
malam itu, bukan sebarang hujan. Pak Mardan yakin hujan itu dibuat oleh
manusia dengan kuasa ilmu halus yang tujuannya tidak baik. Hujan jenis ini
amat berbahaya buat manusia, sebabnya di dalam air hujan itu terkandung
berbagai-bagai kekotoran buatan manusia, begitulah Pak Mardan
memberitahu datuk.

253
"Kau tunggu di sini Mardan”, kata datuk, sebaik sahaja ungkapan itu
berakhir, saya dapati datuk ghaib dari penglihatan saya.

Pak Mardan terpinga-pinga. Lebih kurang lima minit datuk menghilangkan


diri. Dia muncul kembali dihadapan saya dan Pak Mardan.

"Aku setuju dengan kau Mardan, kita hadapi semuanya ini”, tekanan suara
datuk mula meninggi.

Lalu datuk minta Pak Mardan mencari baldi plastik untuk menadah air yang
turun dari curung (hujung) atap. Bila air sudah penuh satu baldi, datuk
merendamkan tangan kirinya ke dalam baldi itu. Pak Mardan dan saya jadi
terkejut bila melihat tangan datuk hitam dan air dalam baldi bergolak. Muka
datuk merah padam mulutnya membaca sesuatu, tiba-tiba baldi plastik itu
pecah.

"Aku rasa kau saja selesaikan semua urusan ini. Kau sudah tahu hujan itu
buatan manusia jahat", datuk memberikan amanat pada Pak Mardan. Dengan
senang hati Pak Mardan menerimanya dan meminta saya membantunya.

"Bantulah dia Tamar. Aku ada, bukan apa-apa kau hanya melihat saja”, datuk
memberikan keizinan pada saya. Dia juga memberikan saya beberapa butir
batu gunung yang putih untuk di taruh dalam kocek baju.

"Mardan, dalam dugaan aku, orang ini mengirimkan guna-guna melalui hujan
buatannya pada pengantin perempuan”, pesan datuk pada Pak Mardan.

Saya lihat Pak Mardan anggukkan kepala lalu meminta baldi plastik yang
baru dari tuan rumah. Dia menadah air hujan hingga penuh satu baldi.
Kemudian Pak Mardan mengajak saya masuk kerumah dan terus ke bilik
pengantin.

"Usah bimbang, aku ni pangkat datuk pada kau”, Pak Mardan memberitahu
pada pengantin perempuan yang duduk terseliput dihadapan katil. Kemudian
Pak Mardan meminta pada pengiring pengantin supaya membawa pengantin
itu ke bilik lain. Permintaan Pak Mardan dituruti. Tinggalah saya dan Pak
Mardan dalam bilik itu. Pak Mardan terus membasuh seluruh mukanya
dengan air hujan di dalam baldi. Dia kemudiannya memusatkan seluruh
pancaindera dan membaca mantera yang dipelajari dari gurunya. Saya lihat
mulut Pak Mardan bergerak sebanyak 29 kali. Bila mulutnya bergerak untuk
kali yang ketiga puluh, saya terdengar bisik-bisik halus dari jauh yang tidak
menentu. Tetapi akhirnya saya dengar nama Halimah disebut-sebut.

"Apa yang kaudengar?", Pak Mardan menyoal saya.

"Orang memanggil nama Halimah"

"Halimah tu nama pengantin tadi, kita masih ada masa untuk berusaha"

254
"Kau tunggu di sini"

Pak Mardan terus keluar. Saya mula terasa khayal tidak menentu, bermacam-
macam bunyi yang saya dengar. Rasa khayal itu segera hilang bila Pak
Mardan menepuk bahu kiri saya. Bila saya menoleh ke belakang, pengantin
perempuan sudah ada dalam bilik. Pak Mardan menyuruh pengantin
perempuan itu duduk di tepi katil. Dia juga menyuruh tuan punya rumah
memberitahu orang ramai dan pihak pengantin lelaki acara bersanding
terpaksa ditangguh dengan alasan Halimah sakit. Pak Mardan menyuruh
Halimah memegang besi kuning yang diberikan oleh Pak Mardan padanya.

"Kau pegang besi kuning tu kuat-kuat, jangan kau lepaskan walau ada yang
terjadi. Kau jangan menjerit”, itulah pesan Pak Mardan pada Halimah.

Saya lihat Halimah anggukkan kepala. Kemudian saya dan Pak Mardan keluar
dari bilik pengantin. Pak Mardan membimbit baldi. Hujan dan petir terus
menjadi-jadi.

"Ke mana Pak Mardan?"

"Ke bahagian belakang rumah"

Saya dan Pak Mardan memijak anak tangga dengan teliti. Bila sampai
dihadapan datuk, Pak Mardan tersenyum.

"Buatlah apa yang patut. Aku menanti di sini kerana perbuatan jahat dibuat
melalui air hujan eloklah kausaja yang selesaikan. Kau lebih arif dari aku”,
cukup tenang datuk bercakap dan Pak Mardan menerimanya dengan rasa
yang tenang.

33. Muntahkan Ulat dan Paku Karat

Pak Mardan dan saya terus ke bahagian belakang rumah. Lama juga Pak
Mardan berlegar-legar di situ. Hujan terus turun mencurah-curah. Petir dan
kilat sabung-menyabung di malam yang pekat. Saya dan Pak Mardan naik ke
bilik pengantin. Halimah masih memegang besi kuning erat-erat. Pak Mardan
meletakkan baldi di sudut bilik dan terus duduk di situ.

"Kau Tamar, duduk dekat lutut aku ni”, Pak Mardan memerintah dan saya
patuh pada perintahnya.

Pak Mardan merenung ke muka Halimah yang sudah kelihatan cemas. Saya
lihat mulut Pak Mardan bergerak-gerak. Saya tidak tahu apa yang di bacanya.

"Kau jangan tegur apa yang kami buat Halimah. Aku tahu sebahagian dari
anak rambut kamu sudah terkena tempias air hujan”, suara Pak Mardan
parau.

Matanya mula bersinar garang. Pak Mardan terus bersemadi di depan baldi di

255
plastik berwarna merah. Dalam masa itu Pak Mardan menumpukan seluruh
perhatian pada ilmu yang di tuntut dari gurunya, saya lihat baldi dalam air
plastik merah bergerak macam air sedang mendidih. Diluar hujan terus
mencurahcurah, cahaya petir jelas kelihatan menyelinap ke dalam bilik
pengantin. Kerana saya ada mendapat petua sedikit dari datuk bagaimana
mahu menumpukan seluruh pancaindera pada alam lain, saya segera
melakukannya. Memang saya terasa yang diri saya terpisah dari keadaan
keliling.

Saya berhadapan dengan satu alam yang sunyi dan tenang. Lebih kurang
setengah jam kemudian, saya terdengar sayup-sayup bunyi berdesing. Makin
lama, makin jelas bunyi itu seperti benda yang sedang terbang menuju ke
arah bilik pengantin. Tidak lama kemudian terdengar bunyi ledakan yang
cukup kuat di atas bumbung rumah, bunyinya macam letupan meriam buluh.
Serentak dengan ledakan itu, saya terdengar bunyi besi-besi kecil berlaga
sesama sendiri. Saya juga terdengar bunyi logam berjatuhan dari tulang
bumbung berhampiran dengan hujung kaki Halimah. Bila saya membuka
mata, saya dapati Halimah tidak sedarkan diri. Di hujung kakinya terdapat
berpuluh-puluh batang paku, kaca dan jarum karat berserakan. Pak Mardan
segera menghampiri saya.

"Kalaulah kita terlewat Tamar, aku tidak dapat membayangkan apa yang
terjadi”, ujar Pak Mardan pada saya sambiI meraba pangkal kening sebelah
kiri. Bunyi suara hujan diluar mula berkurangan. Tiba-tiba terdengar bunyi
letupan kecil betul-betul di hujung kepala lutut Pak Mardan. Saya lihat Pak
Mardan rebah atas lantai, mukanya segera bertukar menjadi kehitam-
hitaman. Saya mengelabah, paku dan besi buruk serta jarum karat bagaikan
bergerak-gerak ke arah saya dan Pak Mardan.

"Datukkkk tolongggg”, pekik saya dengan sekuat hati. Ketika itu saya rasa
batang leher saya cukup panas, bila menelan air liur terasa pedih. Punggung
saya bagaikan berada di atas bara api. Dalam keadaan yang gawat itu, saya
dapati datuk sudah pun berdiri diambang pintu.

"Bertenang”, kata datuk lalu melemparkan kain hitam yang terselepang di


dada atas lantai.

Pak Mardan boleh bergerak dan duduk semula seperti asli. Leher saya tidak
terasa panas lagi, punggung saya kembali berada di atas papan lantai.

"Kau saja selesaikan perkara ini Mardan”, kata datuk.

Pak Mardan anggukkan kepala. Datuk terus duduk bersila di tengah pintu.
Halimah masih lagi terkapar di kaki katil macam mayat. Tetapi besi kuning
masih berada dalam dalam genggamannya.

"Bantu saya kalau saya tewas”, beritahu Pak Mardan pada datuk.

"Saya akan bantu mana yang patut, Allah bersama kita”, balas datuk.

256
Pak Mardan pejamkan mata, saya juga begitu. Tidak ada sesuatu yang aneh
berlaku. Pak Mardan menampar paha kanan saya sekuat hati.

"Begini saja. Kau dan aku sama-sama melihat air dalam baldi”, bisik Pak
Mardan sambil merenung ke wajah datuk.

Dan datuk bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Pak Mardan
pada saya. Datuk anggukkan kepala kepada saya dengan maksud supaya
mematuhi apa yang diperintahkan Pak Mardan. Saya pun merenung ke arah
air di dalam baldi, saya lihat air di dalam baldi bergerak macam air sedang
mendidih, mengeluarkan asap tebal macam asap rokok, berlegar-Iegar di
permukanan baldi, asap itu naik meninggi dan akhirnya terus hilang. Saya
mula terhidu bau hamis, seperti bau darah seekor ayam yang baru
disembelih.

Kepala saya terasa pening tetapi saya masih lagi dapat mendengar bunyi
hujan yang kian berkurangan diluar. Pandangan saya jadi berpinar-pinar.
Dalam samar-samar itu, saya lihat bayangan wajah seorang lelaki yang tidak
saya kenali. Dalam keadaan saya terkhayal itu, saya lihat Pak Mardan
menepuk air di dalam bilik. Kemudian Pak Mardan menutup permukaan baldi
dengan kain putih. Datuk melihat saja dengan apa yang dilakukan oleh Pak
Mardan. Halimah mula bergerak dan melepaskan besi kuning yang di
genggamnya.

"Kau terlepas dari bahaya Halimah”, kata Pak Mardan dan menyuruh Halimah
beredar dari situ.

Hujan berhenti terus. Orang ramai mula membetulkan kain-kain khemah


yang jatuh dirempuh angin. Pancaragam dari Taiping diminta meneruskan
permainannya kembali. Pak Mardan terus menemui ayah Halimah dan minta
meneruskan acara yang telah ditetapkan. Walaupun acara bersanding agak
lewat diadakan dari masa yang ditetapkan, orang ramai tidak merasa kecewa
malah memuji pihak tuan rumah yang sanggup mengadakan majlis tersebut.
Upacara bersanding berjalan dengan penuh kemeriahan.

"Semuanya sudah selamat”, kata datuk pada Pak Mardan yang ketawa kecil
melihat pengantin perempuan dan lelaki di atas pelamin.

Bila upacara bersanding selesai, Pak Mardan terus menerpa ke bilik Halimah
untuk mengutip paku dan besi yang berserakan.

Malam itu saya dan datuk serta Pak Mardan tidur di masjid. Pada mulanya
pihak tuan rumah melarang kami tidur di masjid. Setelah diberitahu oleh Pak
Mardan bahawa tindakan itu bukanlah berniat mahu memalukan tuan rumah,
tetapi bertujuan menghindarkan sesuatu yang buruk terjadi kalau Pak
Mardan masih ada di situ, orang yang berniat jahat terhadap Halimah akan
mengulangi perbuatan terkutuknya. Alasan itu, dapat diterima oleh pihak
tuan rumah dengan baik.

Banyak perkara yang ditanya oleh datuk pada Pak Mardan berhubung

257
dengan ilmu menahan hujan. Saya lihat datuk cukup berminat belajar
sesuatu dari Pak Mardan. Rasa meluat mula datang dalam hati saya terhadap
sikap datuk itu. Apa perlunya datuk mencari ilmu lagi? Apakah dia tidak
terfikir usianya sudah lanjut? Apakah ilmunya yang ada tidak mencukupi?
tanya saya dalam hati sambil menyandarkan badan pada pada tiang seri
masjid.

"Saya bukan apa-apa, sekadar mahu tahu saja. Bukankah belajar dan me-
nambahkan ilmu pengetahuan itu memang dituntut oleh agama Islam”, saya
terdengar suara datuk agak meninggi.

"Memang”, sahut Pak Mardan.

"Saya teringat tentang Surah Ar-Rahman ayat 33 yang bermaksud lebih


kurang begini: Wahai para jin dan manusia! Kalau kamu sanggup menembus
sempadan langit dan bumi, maka tembuslah. Kau tak akan sanggup melintasi
melainkan dengan kekuatan”, ujar datuk dengan tenang.

Pak Mardan tersenyum seraya berkata, "Maksud kekuatan dari ayat itu ialah
ilmu pengetahuan"

"Betul. Tepat sekali cakap awak tu”, sahut datuk.

Kedua-duanya saling tepuk menepuk antara satu sama lain. Melihat dari cara
mereka bercakap itu, saya segera membuat kesimpulan antara datuk dan
Pak Mardan memang terdapat rasa persefahaman. Tetapi secara tidak
langsung antara mereka masih mahu menunjukkan yang diri masing-masing
sama-sama tahu. Dan saya kira kalau datuk masih meneruskan sikapnya itu,
Pak Mardan tidak begitu mudah mahu melahirkan sesuatu yang dia tahu
pada datuk.

Suasana di luar masjid cukup gelap. Suara cengkerik dan katak bersahut-
sahutan. Saya merasa kedinginan dan kelopak mata mula rasa agak berat.
Dua kali saya menguap panjang. Barangkali datuk mula sedar bahawa Pak
Mardan tergolong dalam golongan orang yang agak sombong dan
membanggakan diri, yang mengakui dirinya tidak begitu pandai tentang hal-
hal ilmu dunia.

"Saya ni baru sangat dalam hal ini. Ilmu dunia tidak sebanyak mana, ilmu
akhirat lagi kurang, saya masih belajar”, begitu lemah nada suara datuk.

Ekor matanya menjeling ke arah saya dalam sinaran lampu gasolin yang
sekejap terang dan sekejap gelap. Mendengar kata-kata datuk itu, Pak
Mardan termenung panjang. Dia kerutkan kedua belah keningnya, macam
memikirkan sesuatu.

“Saya tidak ada kuasa untuk menahan hujan”, katanya lemah.

"Jadi apa yang awak buat?", sanggah datuk.

258
"Awak ini macam tak tahu pula, bukankah AIlah berkuasa atas segala-
galanya. Saya mohon doa pada Allah minta hujan jangan turun di suatu
kawasan"

"Lagi apa yang awak buat?"

"Mengamalkan beberapa petua dari nenek moyang itu saja. Setakat ini
permohonan saya diberkati, itu saja yang buat"

Datuk anggukkan kepala mendengar keterangan dari Pak Mardan. Tetapi


datuk merasakan Pak Mardan menyembunyikan sesuatu darinya. Kerana itu
datuk agak keberatan bila Pak Mardan menyuruh dia baring di atas lantai
masjid. Datuk terus melawan dia bercakap hingga Pak Mardan memberitahu
datuk yang dia memang menuntut ilmu menahan hujan dari seorang bomoh
hujan yang berasal dari Selatan Siam, iaitu di negeri Patani.

"Tiga tahun aku tinggal di sana”, Pak Mardan memberi keterangannya pada
datuk.

Menurut Pak Mardan, ayahnya dulu salah seorang pendekar yang terkenal di
Perak. Berjaya memotong leher pihak lawan dalam perang Larut. Ayahnya
telah diberikan 50 ekar tanah sawah oleh Sultan Perak masa itu, sebagai me-
ngenangkan jasanya. Tanah itu dikecualikan dari sebarang cukai. Bila tanah
itu bertukar pada dirinya, Pak Mardan menjualkan tanah itu pada seorang
jutawan Melayu dari Kuala Kangsar. Hasil wang dari jualan tanah itu, Pak
Mardan membeli tanah lain di Kampung Kota. Saya tidak tahu, bagaimana
datuk memujuk Pak Mardan hingga dia sanggup memberikan pada datuk
beberapa petua dan amalan yang mesti dilakukan untuk menahan hujan. Pak
Mardan juga memberitahu datuk yang dirinya ada menyimpan ilmu
melompat yang dituntutnya dari arwah ayahnya dulu.

"Ilmu tu dinamakan lompat sekayu kain. Masa perang Larut dulu, ilmu itu
telah digunakan oleh ayah saya bagi menewaskan pihak lawan”, Pak Mardan
tersenyum bangga menceritakan tentang keperwiraan ayahnya.

Datuk mengurut-urut dada. Kemudian dia tersenyum sinis. Pak Mardan


kurang senang dengan sikap datuk itu, lalu dia menentang biji mata datuk
lama-lama. Datuk juga berbuat demikian. Dari gerakan dan kelipan mata Pak
Mardan, datuk dapat membaca pembawa atau peribadi Pak Mardan. Datuk
tahu Pak Mardan orangnya pantang dicabar. Kesempatan itu datuk gunakan
untuk menguji sejauh mana kebenaran kata-kata Pak Mardan.

"Aku tak yakin kau ada ilmu melompat sekayu kain”, amat lantang suara
datuk.

Tiba-tiba saja Pak Mardan bangun. Dia beliakkan mata kearah datuk.

"Awak mahu saya buktikan?"

"Itulah yang sebaiknya?"

259
"Mari keluar"

Pak Mardan keluar dari masjid. Datuk pun begitu. Saya jadi serba salah.
Dalam samar-samar lampu gasolin saya lihat jam tua yang tersangkut di
tiang seri. Jarum pendek dan panjang menunjukan ke angka dua belas. Rasa
dingin cukup hebat menggigit kulit badan saya. Bibir saya mengeletar. Suara
katak dan cengkerik kian bertambah hebat. Datuk menghampiri Pak Mardan
dengan tenang.

"Begini saja, sekarang pukul dua belas tepat. Pesan guru saya, tidak baik
melakukan sesuatu tepat jam dua belas malam atau siang, banyak buruk dari
baiknya”, beritahu datuk pada Pak Mardan.

Nampaknya Pak Mardan tidak membuat sebarang bantahan pada datuk.


Sementara menanti jarum jam berganjak dari pukul 12.00 ke pukul 12.02
minit, datuk duduk di kaki tangga masjid. Pak Mardan berdiri di halaman
masjid. Dia sudah pun memakai baju hitam dan seluar serta berselepang kain
kuning. Dia membelakangi datuk.

"Datuk mahu bergaduh?", tanya saya pada datuk.

"Tidak. Sekedar mahu menguji. Setahu aku seorang pendekar atau pahlawan
tidak akan menunjukkan kebolehannya di khalayak ramai. Pahlawan selalu
bersikap macam harimau menyimpan kuku”, kata datuk.

Cakap datuk itu memang benar. Sudah setengah jam masa berlalu Pak
Mardan tidak juga menunjukkan kebolehan dan kemampuannya. Datuk pun
mula bertindak. Dia mencabar Pak Mardan dengan membalingkan sebilah
sundang ke arah belakang Pak Mardan. Dalam gelap itu Pak Mardan berjaya
menyambar sundang dengan tangan kanannya lalu membalingkan ke arah
datuk kembali dan datuk bagaikan kilat menangkap hulu sundang lalu
ditikamkan ke batang pisang. Sundang terus melekat di situ.

Saya segera masuk ke masjid dan membawa lampu gasolin keluar. Saya
letakkan di atas simen kolah tempat orang mengambil air sembahyang.
Cahaya dari gasolin itu menerangi sebahagian daripada halaman masjid.
Datuk terus menyerang Pak Mardan. Tujuan datuk berbuat demikian supaya
Pak Mardan naik semangat. Tujuan datuk memang berjaya. Pak Mardan lalu
membuat serangan balas yang cukup hebat, buah silat yang dilepaskan pada
datuk cukup tajam dan cepat.

Datuk terus mengelak dan menepis hingga buah-buah silat yang ditujukan
padanya tidak menjamah badan. Datuk lalu mencabut sundang dari batang
pisang, menerkam ke arah Pak Mardan. Cepat-cepat Pak Mardan melompat
separas kepala datuk lalu menyepak pergelangan tangan datuk dari udara.
Pak Mardan tidak berjaya, saya lihat dia bagaikan terapung-apung di udara
membuka silat baru, kemudian kakinya menjamah kaki bumi. Saya lihat
datuk melepaskan sesuatu macam bola api ke arah kaki kiri Pak Mardan. Dia
menjerit lalu melompat melepasi bumbung masjid. Pak Mardan bagaikan

260
terbang di udara.

Tubuhnya nampak bulat macam seketul kayu itu menuju kearah pokok
pisang tempat sundang terletak tadi. Lebih kurang dalam jarak empat kaki
mahu sampai ke perdu pokok pisang, Pak Mardan hulurkan kaki kanannya.
Dari kaki kanannya itu saya lihat keluar cahaya bulat dan memanjang,
macam api andang. Saya tengar pekikan dari Pak Mardan cukup lantang,
serentak dengan itu terdengar satu letupan kecil.

Saya lihat pokok pisang rebah ke bumi dan terbakar. Dalam beberapa saat
saja saya lihat Pak Mardan dan datuk berdakap-dakapan di halaman masjid.

"Jangan menguji saya sampai macam itu. Nasib baik saya dapat arahkan
pada perdu pokok pisang, kalau pada awak sudah lain jadinya”, ucap Pak
Mardan sambiI menukar baju hitam kepada baju kemeja putih.

"Saya tahu. Saya cuma menguji bukan bergaduh”, balas datuk, "awak bukan
calang-calang orang"

"Ah, tiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Macam kau dengan aku
ni ada kelebihan dan ada kekurangannya. Yang sempurna dan gagah hanya
Allah yang Maha Besar”, sebaik saja mengakhiri cakap itu, lagi sekali Pak
Mardan memeluk tubuh datuk.

Kami masuk ke masjid. Ketika saya mahu merebahkan badan di sisi datuk.
Pak Mardan menghampiri saya, muka saya direnungnya lama-lama.

"Belajarlah sesuatu dari datuk kamu"

"Datuk kedekut dengan ilmu"

"Betulkah cakap cucu awak ini? Tak patut buat begini”, Pak Mardan
mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum.

"Tak betul tu. Ada saya curahkan ilmu penjaga diri dan beberapa petua
untuknya. Saya rasa itu sudah cukup yang lain tak mustahak. Saya dah
pesan gunakan ilmu itu bila ada musuh atau masa terdesak, tidak boleh di
gunakan sebarangan”, ternyata penjelasan datuk itu memuaskan hati Pak
Mardan.

"Zaman kami muda-muda dulu, kalau tak cukup syarat dengan ilmu di dada
kami tidak merantau. Tetapi, anak -anak muda sekarang ini lain pula. Adat
budaya dan cakap orang tua-tua di lupakan, sudah mahu merantau. Baru ada
ilmu tak sampai sebuku sudah tunjuk pandai”, Pak Mardan macam merungut.

Datuk anggukkan kepala mengiakan cakapnya. Saya menguap lagi, kelopak


mata terasa cukup berat. Suara datuk dan Pak Mardan yang sedang bercakap
saya dengar kian lama, kian jauh dan akhirnya saya tidak terdengar apa-apa
lagi.

261
"Bangun, bangun”, saya dengar suara datuk meninggi dan badan saya
digoncang oleh Pak Mardan.

Saya membuka mata dalam gelap. Lampu gasolin tu sudah lama padam.
Rasa marah mula datang dalam hati, bagaimana saya tidak marah, kalau
tengah sedap tidur terpaksa bangun.

"Kenapa tok?"

"Bangun, jangan banyak cakap"

Hasrat saya untuk mengajukan pertanyaan mati bila terdengar nada suara
datuk begitu keras. Datuk menyuruh saya dan Pak Mardan berpisah. Saya
disuruh merangkak ke arah utara masjid, Pak Mardan ke selatan dan datuk
sendiri merangkak ke arah pintu masjid.

Suara katak dan cengkerik di luar masjid berambah hebat. Saya mula
terdengar deru angin melanggar ranting dan dahan kayu. Dengan tiba-tiba
bulu roma saya tegak. Dari tingkap masjid yang terbuka di tolak oleh angin,
saya lihat ada api bergerak dalam gelap mengelilingi masjid. Tiba-tiba pintu
masjid terbuka dengan lebarnya kemudian terkatup dengan sendirinya,
macam ada tenaga manusia menolaknya dari luar.

"Apa hajat?", teriak datuk sekuat hati.

Dan api yang bergerak mengelilingi masjid terus padam.

"Apa hajat?", ulang datuk lagi.

Saya lihat cahaya api itu datang kembali berada betul-betul di luar pintu
masjid. Teriakan datuk tidak mendapat jawapan. Pak Mardan tanpa disuruh
terus menghidupkan lampu gasolin. Lampu itu dibawa ke pintu masjid. Bila
melihat cahaya lampu gasolin itu hati saya mula rasa tenteram. Kerana Pak
Mardan sudah berdiri di samping datuk, saya segera menghampiri mereka.

"Kau nampak apa tu?", Pak Mardan menepuk bahu saya.

Dengan pertolongan cahaya lampu gasolin, saya dapat melihat dengan jelas
sebatang kayu terpacak di halaman masjid, di hujung kayu bahagian atas
terletak tengkorak manusia. Saya pandang wajah datuk. Dia nampak serius,
saya pandang wajah Pak Mardan, ada tanda-tanda keresahan dimukanya.

"Datanglah, apa hajat kamu?", pekik datuk lagi dan lampu gasolin terus
malap.

Kayu di tengah halaman masjid mengeluarkan cahaya api. Bunyi tapak kaki
manusia memijak dahan dan ranting-ranting kering mula kedengaran dari
tiap penjuru masjid, saya terasa bagaikan ada beribu manusia yang bergerak
di sekeliling masjid. Datuk terus bertafakur lebih kurang lima minit. Bila dia
membuka mata, lampu gasolin yang malap bersinar terang. Di halaman

262
masjid terdapat seorang manusia berdiri di sisi kayu yang ada tengkorak.

"lnilah orang yang saya lihat dalam baldi di rumah pengantin tadi”, bisik Pak
Mardan pada datuk.

Dengan tenang datuk anggukkan kepala lalu keluar dari masjid. Datuk berdiri
berhadapan dengan orang itu. Suara katak dan cengkerik kian hebat. Angin
juga mula bertiup agak ganas. Bila angin berhenti bertiup, hujan pun turun
menambahkan rasa sejuk pada diri saya. Titik hujan yang halus itu terus
menjadi kasar. Pak Mardan segera menarik tangan datuk. Orang yang berdiri
dengan kayu itu terus memeluk tubuhnya. Titik-titik hujan tidak mengenai
tubuhnya.

"Masuk, orang ini mahu membalas dendam”, beritahu Pak Mardan pada
datuk.

Saya lihat datuk termenung sejenak. Dengan tenang datuk memegang kain
hitam di kepala. Kain hitam itu dibukanya. Datuk simpulkan kain hitam itu
hingga menjadi seketul, macam buku benang.

"Kalau niat kau baik, engkau tidak apa-apa. Tetapi kalau niat kau buruk kau
akan binasa”, ujar datuk pada lelaki ditengah halaman dari muka pintu
masjid.

Datuk lemparkan kain itu ke arah lelaki tersebut. Bila kain itu jatuh di hujung
kaki lelaki itu, kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara. Batang tubuh
lelaki itu hilang dalam kepulan asap. Pak Mardan terus duduk lalu membaca
beberapa mentera hingga hujan yang mula teduh berhenti sama sekali. Bila
kepulan asap itu hilang, tengkorak yang yang berada di hujung kayu jatuh ke
atas tanah. Batang tubuh lelaki itu segera bertukar menjadi hitam. Lidah
lelaki itu terjujur keluar macam lidah anjing yang kehausan, biji matanya
mula merah. Datuk menepuk tangan kanannya tiga kali ke bendul masjid.
Orang lelaki di tengah halaman mula batuk dan muntah darah dua kali. Pak
Mardan segera mengambil air dari dalam kolah satu gayung dan
menyerahkan pada datuk.

"Tawarkan dia”, Pak Mardan menyarankan dan datuk terus menunaikannya.

Setelah datuk membaca sesuatu pada air didalam gayung, saya pula
ditugaskan menyimbah air kebadan lelaki itu. Bila air dalam gayung terkena
badan lelaki itu, kulitnya yang hitam segera bertukar macam biasa, dia sudah
tidak muntah lagi. Pak Mardan menghampiri lelaki itu. Sebelum berdiri di
hadapan lelaki tersebut, Pak Mardan terlebih dahulu membaca beberapa
mentera. Dia menguncikan semua pancaindera lelaki tersebut. Saya merasa
terkejut, bila secara tiba-tiba Pak Mardan mendapatkan datuk semula.

"Awak tengok apa kerja maksiatnya selama ini”, suara Pak Mardan lemah.

Datuk terdiam, dia terus bertafakur lagi. Bila semuanya selesai datuk terus
memberitahu Pak Mardan bahawa lelaki itu pernah meminang Halimah untuk

263
dijadikan isteri mudanya. Pinangan itu di tolak oleh ayah Halimah kerana
lelaki itu sudah beristeri sepuluh kali. Enam isterinya sudah diceraikan,
empat masih dipakainya lagi. Dia hanya mengharapkan hasil dari titik peluh
isterinya untuk menyarai dirinya. Dia tidak pernah mahu melakukan
sebarang pekerjaan. Dia lebih senang duduk di rumah atau berjalan ke sana
ke mari dengan pakaian yang kemas. Walau pun usia sudah hampir lima
puluh tahun, tetapi dia kelihatan muda, macam anak teruna yang berusia
dua puluhan. Gagah dan tampan. Datuk juga memberitahu Pak Mardan lelaki
itu tidak pernah mandi, kecuali kalau dia bertemu danau di tengah hutan
yang ada teras kayu terendam di dalamnya. Kalau dia mandi, hanya
memadai dengan sekali selam tanpa memakai kain basahan.

Bila air di badannya kering dengan sendiri barulah dia memakai baju dan
seluar. Lepas itu, dia akan mengurungkan diri dalam bilik selama satu
minggu. Masa dia mengurungkan diri dalam bilik itu dia akan melumurkan
seluruh kulitnya dengan najisnya sendiri. Bila Pak Mardan mendapatkan
penjelasan itu dari datuk, dia segera berdiri di hadapan lelaki itu.

"Kenapa kau berbuat begitu pada Halimah?", pertanyaan dari Pak Mardan itu,
dijawab oleh lelaki itu dalam bahasa yang tidak dapat saya dan datuk faham.

Pak Mardan segera memberitahu datuk yang lelaki itu bercakap dalam
bahasa Siam. Kerana Pak Mardan boleh bercakap Siam, lelaki itu terus
dilawan bercakap dalam bahasa itu. Perbuatan itu tidak menyenangkan hati
datuk. Datuk membuka tapak tangan kirinya dan terus membaca sesuatu.

"Orang ini menuntut ilmu bomoh Siam. Biar saya kembalikan hati dan
perasaannya kepada bangsanya sendiri”, rungut datuk lalu melangkah ke
arah lelaki itu.

Sebaik saja datuk sampai di hadapan lelaki itu, dia terus menampar perut
lelaki itu dengan tapak kanannya. Lelaki itu menjerit lalu membongkok
sambil memegang perutnya. Ketika itu juga lelaki tersebut muntah, dari
mulutnya terkeluar segumpal kain kuning yang penuh dengan ulat, sebesar
ulat nangka, bau kain kuning itu macam bau bangkai. Datuk menekan kain
kain kuning itu dengan jari telunjuk kirinya hingga kain itu pecah.
Bila kain itu pecah bertaburan, kaca, batu dan ketul-ketul daging jatuh keatas
tanah. Ular hidup berserakan atas kawasan muntah orang lelaki itu. Pak
Mardan mencari daun kayu lalu memukul tubuh lelaki itu dengan sekuat
hatinya. Wajah lelaki yang tampan berubah menjadi kendur dan bergaris-
garis macam orang lelaki yang berumur lima puluh tahun. Lelaki itu rebah ke
tanah. Datuk segera menghentakkan pangkal siku kirinya ke belakang lelaki
itu dengan sekuat hatinya. Lelaki itu dengan tiba-tiba bangun.

"Kau orang Islam?" tanya datuk.

"Ya saya orang Islam"

"Rukun Islam berapa perkara?"

264
"Lima perkara"

"Pertama apa dia?"

"Mengucap dua kalimah syahadah"

"Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah"

Ternyata orang itu tidak dapat menunaikan permintaan datuk. Mata orang itu
terkebil. Toleh kiri, toleh kanan macam orang ketakutan. Pak Mardan
mengheret lelaki itu ditepi kolah.

"Kita mandikan dia sekarang”, kata Pak Mardan.

"Aku setuju”, balas datuk.

Saya pun menjiruskan air ke tubuh lelaki dengan gayung. Lelaki itu
menggeletar. Dalam kedinginan dinihari bibirnya kelihatan biru. Lututnya
berlaga sama sendiri. Datuk membuka seluar yang dipakai oleh lelaki itu,
digantikan dengan kain dan baju Melayu kepunyaan Pak Mardan. Bila lelaki
disuruh masuk ke masjid dia enggan. Perbuatan itu membuat datuk naik
darah.

"Kenapa?", tanya datuk.

"Saya sudah bersumpah dengan guru saya. Tidak akan masuk masjid atau
membaca Al-Quran"

"Awak mengarut”, datuk mendorong lelaki ke pintu masjid.

Bila lelaki itu melangkah bendul dia jatuh dan dari tubuhnya keluar kepulan
asap nipis. Serentak dengan itu terdengar deru angin yang amat kuat diluar
masjid. Deru angin itu makin kurang dan akhirnya terus hilang. Datuk terus
mengajarkan lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan meminta dia
bertaubat.
Cukup sukar untuk menyuruh lelaki itu bertaubat, dia begitu fanatik dangan
ajaran gurunya. Sesudah berbagai pandangan diberikan padanya oleh Pak
Mardan barulah dia mahu bertaubat.

"Awak tidak akan membalas dendam pada saya?", tanyanya pada Pak
Mardan.

"Tidak. Aku mahu kau bertaubat dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan
yang lalu"

Mendengar cakap Pak Mardan lelaki itu terdiam. Walau bagaimanapun, datuk
memberikan kesempatan pada lelaki itu membuat keputusan sendiri. Datuk
tidak mahu memaksa dia. Datuk mahu dia kembali ke pangkal jalan dengan
penuh keinsafan dan kesedaran.

265
34. Berjanji Dengan Syaitan

Saya lihat lelaki itu duduk diatas anak tangga sambil tunduk memicit pangkal
keningnya. Pak Mardan dan datuk hanya memperhatikan saja telatah lelaki
itu dalam kedinginan malam yang mula merangkak ke subuh. Di langit,
bintang timur mula bangkit bersama kokok ayam yang bertalu-talu dari
kampung berdekatan. Datuk menggeliat, dia tahu sebentar lagi orang-orang
kampung akan datang berjemaah di masjid.

Kalau boleh, datuk dan Pak Mardan tidak mahu orang-orang kampung tahu
tentang perbuatan lelaki itu. Kalau orang-orang kampung tahu bahawa
angkara yang terjadi di malam pengantin berpunca dari lelaki itu, tentu
sahaja lelaki itu akan menerima akibat yang buruk. Datuk dan Pak Mardan
mahu menghindarkan kejadian itu dari berlaku dalam kawasan masjid.

"Bagaimana? Apakah lafaz taubat yang kau ucapkan tadi benar-benar ikhlas
atau ditekan oleh rasa terdesak?", soal Pak Mardan. Lelaki itu tidak
menjawap.

"BertaubatIah dengan hati yang jujur. Janganlah kamu ulangi perbuatan yang
terkutuk ini. Ilmu dunia tidak ada yang kekal, tidak ada siapa yang gagah dan
berkuasa selain daripada Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang lembut.
Sinar mata datuk redup memandang wajah lelaki itu penuh simpati.

"Kalau kau dah sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan. Allah amat
mencintai pada makhlukNya yang insaf”, Pak Mardan terus memberi nasihat.

Lelaki itu tidak menjawap. Dia tetap tunduk sambil memicit pangkal kening.
Dan datuk sudah tidak boleh bersabar dengan perangai lelaki itu, waktu
subuh sudah hampir. Dalam beberapa minit orang-orang kampung akan
sampai. Datuk tahu kalau dia tidak bertindak, bererti dia mendedahkan diri
lelaki itu pada kecelakaan. Datuk lagi sekali menghampiri lelaki itu. Angin
subuh yang bertiup memberi kesejukan pada diri saya. Kokok ayam terus
juga bersahut-sahutan. Bintang timur di kaki langit kian mengecil. Tiba-tiba
saya lihat datuk menekan tulang bahu lelaki itu dengan tangan kanannya
sekuat hati. Saya lelaki itu rebah perlahan-lahan, badannya kelihatan
semacam lembik. Datuk pun berhenti menekan bahu lelaki itu.

"Pulanglah sebelum orang-orang kampung datang. Kalau mereka datang


kamu akan menerima padah yang buruk”, ujar datuk sambil menampar
belakang lelaki itu dengan tapak tangan kirinya.

Lelaki itu bagaikan tersedar dari tidur. Toleh kanan dan mula mahu
menyembah kaki datuk. Datuk terus menolak lelaki itu hingga tersungkur ke
belakang.

"Jangan perlakukan aku macam itu, antara kita tidak ada siapa yang besar
dan harus disembah. Menyembah manusia dan patung perbuatan yang salah
dari segi hukum Islam”, kata datuk dalam dingin subuh itu.

266
Lelaki itu bangun, matanya merenung wajah datuk. Dahinya masih berkerut.
Dia membuka mulut sambil berkata: "Jika aku bertaubat kau tidak akan
melakukan sesuatu pada aku?"

"Jangan bertaubat kerana takutkan manusia, bertaubatlah kerana insaf dan


cinta kau pada Allah”, balas datuk.

Lelaki itu menarik nafas panjang. Matanya masih merenung wajah datuk
meminta simpati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dirinya.
Datuk meminta dia bercerita bagaimana puncanya dia boleh menuntut ilmu
yang bertentangan dengan agama Islam yang suci. Menurutnya, dia
terdorong menuntut ilmu salah itu berpunca dari masyarakat di kampungnya
yang tidak mahu memaafkan atas perbuatan yang dilakukannya. Meskipun
dia mengakui pada mereka, perbuatan itu terpaksa dilakukan kerana
terdesak.

"Apa yang kau buat?", tanya Pak Mardan.

"Saya mencuri dua kepul besar padi untuk anak saya yang sakit"

"Bila kau lakukan perkara itu?", datuk pula menyoal.

"Masa mula-mula Jepun datang ke Malaya. Mereka adukan perbuatan saya itu
pada Jepun. Saya disiksa meskipun saya menyembah kaki orang yang punya
beras itu untuk meminta maaf"

"Lagi?" tanya datuk lagi.

"Saya merasa malu, anak isteri saya merasa malu. Akhirnya saya lari ke
Selatan Siam dan menuntut ilmu ini dengan harapan saya akan dihormati
dan dikagumi”, jelas lelaki itu dengan jujur.

Datuk dan Pak Mardan berpandangan.

"Tetapi, bila sudah ada ilmu kau jadi manusia yang takbur dan mahu tunjuk
kuasa lalu memeras orang lain untuk hidup”, ujar datuk lagi.

Lelaki itu terdiam dan termenung panjang. Datuk dan Pak Mardan tidak tahu
apa yang bermain dalam tempurung kepalanya.

"Jangan takut dan merasa malu sesama manusia, tetapi takut dan malulah
pada Allah yang memberikan kau nyawa, tubuh badan dan pancaindera yang
tidak ternilai harganya buat kau, bersyukurlah pada kuasaNya dengan
mengikut segala suruhanNya dan menjauhi dari perbuatan yang
ditegahNya”, datuk terus memberikan penerangan.

Lelaki itu kelihatan resah. Dia mundar-mandir di halaman masjid. Duduk di


anak tangga masjid kembali. Tiba-tiba dia batuk bertalu-talu. Dia mengurut-
urut dadanya dengan tangan. Nafasnya kelihatan sesak. Bibirnya kelihatan
kehitam-hitaman. Saya mula tercium bau kapur barus, bau sintuk dan limau

267
yang selalu digunakan untuk memandi mayat. Datuk menghampiri lelaki itu
yang mahu merebahkan badannya atas tanah.

Datuk berdiri lutut, kepala lelaki itu diletakkannya atas peha kanan. Pak
Mardan dan saya berpandangan. Subuh sudah pun tiba, sebentar lagi masjid
itu akan didatangi oleh orang-orang kampung. Kokok ayam juga sudah mula
berkurangan, tidak serancak tadi. Tetapi rasa sejuk terus menggigit kulit
badan bersama hembusan bayu subuh yang tenang. Langit biru kelihatan
bersih, bersama kepulan awan yang berbagai bentuk. Sesekali saya
terdengar bunyi ranting getah dan cempedak yang reput jatuh ke bumi. Saya
menoleh ke arah tanah kubur yang terletak di sebelah kanan masjid. Samar-
samar saya lihat batu nisan terpacak kaku.

"Badannya dah lemah, gerak nadinya juga lemah”, beritahu datuk pada Pak
Mardan.

Mata lelaki itu tegak memandang langit, mata hitamnya sudah tidak
bercahaya lagi. Datuk rasa cuping lelaki itu.

"Dia ni dah parah macam terkena bisa”, tambah datuk sambil meraba
seluruh kulit lelaki itu.

Tiba-tiba datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas ubun-ubun kepala.


Mulutnya bergerak-gerak membaca beberapa ayat dari Surah Yasin.

"Ilmu yang dituntutnya memakan dirinya sendiri”, keluh datuk dan dahi datuk
kelihatan berpeluh.

Pak Mardan menekan bibir bawahnya dengan gigi atas. Dalam keadaan yang
agak gawat itu, saya lihat lelaki itu menarik nafas panjang dan terus
mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan jelas.
Sebaik saja dia selesai mengucap, nafasnya terus terhenti dan datuk
merapatkan kelopak matanya dengan menggosokkan ibu jari kiri pada kulit
matanya.

"Allah sayangkan dirinya dan dia mati sebagai seorang Islam. Pada zahirnya
kita lihat dia sesat
dan jauh terpesong dari ajaran agama. Tetapi dengan kuasa Allah dia sempat
mengucapkan dua kalimah syahadah”, keluh Pak Mardan.

Datuk pun mengangkat mayat lelaki itu ke dalam masjid.

"Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa dan kita sebagai manusia tidak berhak
menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai murtad atau kafir. Yang
berhak menentukan semuanya ini adalah Allah. Dan Allah akan menghitung
amalan dan kejahatan seseorang, "kata datuk pula.

Orang-orang kampung yang ke masjid subuh itu terkejut melihat mayat


dalam masjid. Datuk lalu memberitahu orang kampung apa yang terjadi.
Akibatnya, timbul perbalahan kecil kerana ada orang-orang kampung yang

268
tidak mahu menanamkan jenazah lelaki itu.

"Kamu harus ingat, tanggungjawab orang yang hidup ialah menguruskan


mayat ini dengan sempurna, kalau tidak ada seorangpun yang mahu
menyempurnakannya seluruh penduduk kampung ini menanggung dosa. Ini
fardhu kifayah. Soal dia membuat dosa itu ialah urusan dia dengan Allah”,
suara datuk lantang.

Orang kampung yang baru selesai sembahyang subuh berpandangan sesama


sendiri. Dan perbalahan yang terjadi terus hilang. Semuanya bersetuju
menguruskan mayat lelaki itu.

Akhirnya Pak Mardan dapat juga mengetahui asal-usul lelaki itu. Dia berasal
dari satu kawasan di Perlis yang letaknya berhampiran dengan sempadan
Siam. Dia datang kesitu kira-kira sepuluh tahun yang lalu, membeli sekeping
tanah yang letaknya agak terpencil dari kawasan rumah orang-orang
kampung disitu.

Setelah urusan mengkebumikan jenazah selesai, Pak Mardan, saya dan datuk
bersiap-siap untuk meninggalkan daerah kampung Sungai Tinggi. Sebaik saja
kami melangkah keluar dari masjid, beberapa orang kampung datang
menemui datuk. Mereka minta datuk dan Pak Mardan tinggal beberapa hari
lagi di situ.

"Kenapa?", cukup lembut Pak Mardan bertanya pada mereka.

"Kami bimbang kalau ada sesuatu yang buruk terjadi”, balas orang kampung.

Datuk garu pangkal kening kiri dua kali. Datuk renung ke langit melihat awan
putih yang berarak tenang. Datuk renung muka orang kampung.

"Kenapa kita mesti takut pada cerita yang belum terjadi? Kenapa kita tidak
takut pada pada Allah? Kenapa kita tidak memohon perlindungan dariNya,
Allah yang berkuasa. Penuhkan masjid dan surau bila sampai waktu
sembahyang, bacalah Surah Yasin dengan betul pada setiap malam daripada
menghabiskan masa dengan bersembang tidak tentu arah”, terang datuk
sambil memasukkan kad pengenalannya ke dalam saku baju.

"Kalau ada awak lagi baik”, balas orang kampung.

"Saya pun memohon dan minta pada Allah. Ingatlah Allah sayangkan orang
yang mencintai diriNya. Biarlah kami pulang, saya akan menolong awak jika
difikirkan perlu”, datuk pun menarik tangan saya, meninggalkan kawasan
masjid dengan diikuti oleh Pak Mardan.

Orang-orang kampung hanya memandang langkah kami yang telah menuju


ke tepi jalan raya. Kerana hari masih awal baru jam dua petang, Pak Mardan
mengajak datuk pergi ke Taiping untuk membeli beberapa helai kain pelekat
cap siput. Datuk pun memenuhi permintaan Pak Mardan, cara kebetulan pula
datuk mahu membeIi beberapa butir kemenyan putih serta pulut hitam.

269
Sementara menanti bas dari Pantai Remis ke Taiping, datuk dan Pak Mardan
terus bercakap-cakap.

"Aneh juga manusia yang meninggal tu”, Pak Mardan memulai bicara.

Datuk tersengih sambil menekan daun rumput dengan hujung kasut capal
buatan orang Minang. Saya sudah diatas batu tanda jalan.

"Usahlah dikenang dan disebut orang yang dah mati”, balas datuk.

"Kenapa awak tak berusaha mengubatinya?”, Pak Mardan bertanya.

"Bila ajal seseorang itu sudah sampai, tidak ada siapa yang boleh
menahannya"

"Kita boleh berikhtiar"

"Menurut cakap guru aku, seorang dukun atau pawang hanya boleh
mengubati dan menyembuhkan penyakit setakat 99 jenis penyakit saja
dengan izin Allah”, balas datuk.

Pak Mardan menggosok-gosok batang hidungnya dengan ibu jari kanan.


Kerana terlalu lama digosok batang hidungnya yang dempak itu menjadi
merah dan berkilat bila dipanah sinar matahari.

"Penyakit ini ada berapa jenis?", soal Pak Mardan sambil berhenti menggosok
batang hidung. Matanya tajam merenung wajah datuk.

"Kata guru aku yang diketahui ada 100 jenis, manusia cuma boleh berikhtiar
dan berusaha mengubatinya setakat 99 saja yang satu lagi tetap menjadi hak
Allah. Di sinilah letaknya timbang rasa dan kasihnya Allah pada manusia, dia
cuma mengambilnya satu saja. Manusia sudah merasa berat sedangkan yang
99 itu dia suruh manusia berikhtar mencari ubatnya sesuai dengan
peredaran masa dan zaman”, datuk bagaikan berkuliah di hadapan Pak
Mardan.

Bas yang dinanti pun tiba. Kami pun naik, lebih kurang 45 minit berada
dalam perut bas, kami pun sampai diperhentian bas bandar Taiping yang
tidak mempunyai bangunan. Dari situ kami bergerak menuju ke bangunan
kedai batu sederet yang terletak dijalan besar. Masuk ke kedai menjual kain
pelekat kepunyaan India Muslim. Setelah berlaku tawar menawar antara Pak
Mardan dengan penjual kain pelekat, Pak Mardan setuju membeli sehelai kain
pelekat cap siput yang bercorak besar.

"Untuk dipakai masjid”, kata Pak Mardan pada saya.

"Cukup cantik warnanya”, balas saya.

“Warna tak penting yang penting berapa lama kain ini boleh digunakan”,
sahut datuk lalu saya dan Pak Mardan ketawa.

270
Tuan punya kedai tersenyum dan memasukkan wang yang diambil dari Pak
Mardan ke dalam laci yang bermeja panjang. Dari kedai itu, kami menuju ke
pasar besar Taiping untuk membeli kemenyan putih dan pulut hitam dari
pekedai Melayu. Memang jadi kebiasaan pada diri datuk lebih suka membeli
barang dikedai Melayu. Kalau tidak ada, baru dia pergi ke kedai India Muslim.

Saya kira datuk menyimpan sedikit rasa perkauman. Tetapi, bila hal itu
diajukan padanya datuk menafikan dengan alasan dia berbuat begitu bukan
kerana sikap perkauman. Dia mahu menolong bangsanya yang agak mundur
dalam bidang pemiagaan.

"Kalau aku tidak tolong bangsa aku, siapa lagi?" katanya.

Memang ada lojiknya cakap datuk itu. Ketika datuk memilih-milih kemenyan
putih yang baik, dia bertemu dengan seorang kenalannya dari Gunung
Semanggul, seorang ulama terkenaI di Perak dan pengasas sekolah Al-Ehya
Al-Shariff, iaitu Ustaz Abu Bakar Al Baqir (sudah meninggal dunia). Datuk
memperkenalkan kawannya itu dengan Pak Mardan. Setelah bertanya khabar
tentang anak isteri, datuk terus bercerita pada kawannya itu yang memakan
masa lebih kurang sepuluh minit. Mereka bersalam dan berpisah. Dari pasar
kami bergerak menuju ke sebuah kedai buku. Di kedai buku itu datuk
membeli beberapa buah kitab yang bertulis jawi.

“Saya balik dulu”, tiba-tiba Pak Mardan memberitahu datuk dalam perjalanan
menuju ke masjid bandar Taiping untuk menunaikan sembahyang Asar.

Datuk tidak menjawab kecuali tersenyum sambiI meneruskan perjalanan ke


masjid. Bila selesai sembahyang dan berdoa, datuk segera menghampiri Pak
Mardan dan berkata:

"Adat orang berkawan, kalau datang berdua pulang pun berdua, mesti sabar
dan setia serta bertimbang rasa"
"Saya ada hal”, balas Pak Mardan.

"Pelik juga, tiba-tiba saja ada hal. Kita balik bas pukul tujuh sesudah
sembahyang Maghrib di sini"

"Saya tak mahu. Saya nak pulang sekarang”, saya lihat muka Pak Mardan
berubah. Matanya kelihatan bercahaya. Datuk termenung panjang.

"Terpulanglah pada awak. Cuma yang dikesalkan permintaan awak saya


penuhi. Tetapi permintaan saya awak hampakan. Langkah dan rentak awak
tak sama dengan saya”, datuk meluahkan perasaannya.

Pak Mardan diam. Tangan kanannya menekan jenang pintu. Dia merenung
kearah datuk macam orang mahu bergaduh.

"Saya tak merasa rugi kalau tak berkawan dengan awak”, memang diluar
dugaan saya Pak Mardan mahu berkata begitu pada datuk.

271
Darah saya naik dengan tiba-tiba. Malu rasanya diri, bila datuk diperlakukan
demikian. Saya bangun. Tiba-tiba datuk memegang kaki kanan saya.

"Jangan ikut darah muda. Ilmu kau tidak sebanyak mana jangan cuba nak
berlagak. Inilah salah satu sebabnya aku tidak mahu menurunkan ilmu aku
pada kau. Kau terlalu pemanas”, kata datuk. Saya duduk kembali.

"Tak apalah Mardan. Pulanglah semoga Allah memberkati perjalananmu,


terhindarlah kau dari sebarang kecelakaan dalam perjalananmu Mardan.
Maafkan aku”, cukup lembut suara datuk dalam ruang lingkup masjid Taiping
yang sejuk dan nyaman itu.

Pak Mardan tidak membalas cakap datuk itu, sebaliknya dia menghempaskan
daun pintu masjid dengan sekuat hati. Dia melangkah meninggalkan masjid.
Datuk termenung panjang, dia memerah otaknya memikirkan sikap Pak
Mardan yang tiba-tiba menjadi marah tanpa sebab. Akhirnya, datuk membuat
kesimpulan apa yang dialaminya sebentar tadi sebagai satu pengalaman
baru yang aneh dalam hidupnya.

"Ini satu ujian atau sememangnya dia mahu mencabar aku. Kerana dia tahu
aku dengannya tidak seguru, bukan sikap aku membeli tidak bertempat”,
keluh datuk dalam perut masjid sambil memandang kipas angin yang
berputar.

Saya hanya memicit pangkal kening sambil merenung keluar menerusi


tingkap masjid yang terdedah. Kenderaan dan manusia yang berjalan dijalan
jelas kelihatan dalam sinar-sinar matahari petang yang kian redup.

"Sabar itu kunci kebaikan dan marah itu punca kecelakaan. Itu pesan guru
aku dulu dan pesan itu aku sampaikan pada kau Tamar untuk jadi pelita
hidup kamu. Dunia ini penuh dengan misteri”, kata datuk
merenung muka saya.

Datuk juga memberitahu saya sebab dia mengambil keputusan untuk pulang
lewat kerana menurut gerak rasa pancainderanya, perjalanan yang dibuat
sebelum matahari terbenam akan berhalangan besar. Sementara menanti
matahari terbenam datuk menghabiskan masanya dengan membaca Al-
Quran. Saya pun keluar dari perut masjid menuju ke sebuah kedai yang
berdekatan. Saya membeli buku tulisan yang setebal dua puluh muka dan
sebatang pensil yang sudah siap diasah.

Bila buku dan pensil berada di tangan, saya terasa lapang. Ada sesuatu yang
mesti saya kerjakan sementara menanti datuk berhenti membaca Al-Quran.
Dengan menjadikan mata tangga masjid sebagai meja, saya terus menulis
beberapa rangkap pantun orang tua-tua yang saya minati dalam tulisan jawi
yang tidak berapa cantik.

Kebanyakan daripada rangkap pantun itu saya perolehi daripada nenek.


Semuanya berunsurkan nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Bila ada masa

272
terluang pantun yang saya tulis itu saya bacakan pada nenek, suka benar
hatinya. Ini salah satu sebab yang mendorong saya untuk menulis pantun.

"Kenapa duduk menulis di sini, kamu anak siapa? Anak peminta sedekah
mana pula yang mahu menumpang di sini? Di sini bukan tempat peminta
sedekah. Masjid bukan rumah kebajikan”, berdesing telinga saya mendengar
kata-kata itu yang keluar daripada mulut seorang lelaki lima puluhan.

Orangnya kurus dan badannya agak bongkok bila berjalan, memakai kain
pelekat dan baju Melayu, misainya tebal tidak padan dengan bentuk
wajahnya yang kecil dan kering. Dia memakai songkok putih yang sudah
bertahi lalat.

"Saya tunggu datuk saya"

"Mana datuk kamu?"

"Dalam masjid baca Al-Quran"

Lelaki itu diam. Dia terus ke dalam masjid, ambil penyapu lalu membersihkan
kesan-kesan pasir yang terdapat ditangga masjid dan ruang hadapan.
Tahulah saya bahawa lelaki itu menjadi siak masjid tersebut. Datuk selesai
membaca Al-Quran. Datuk menghampiri saya dan matanya memerhati
dengan tajam ke arah Tuk Siak yang menyapu bahagian kiri masjid. Lama
juga datuk tenung Tuk Siak yang berbadan melengkung.

"Tamar masuk ke dalam baca kitab atau Surah Yasin dari membuang masa di
situ”, suara datuk yang agak tinggi dan keras itu membuat Tuk Siak
berpaling ke arahnya. Tuk Siak datang mendekati datuk sambil membawa
menyapu.

"Awak Mail. Dah lama kerja di sini?"

"Dah lama. Sejak bercerai dengan isteri, saya tinggalkan Kampung Paya
Takung dan menetap di sini"

"Baguslah”, balas datuk dan mereka pun bersalaman.

Datuk menyatakan pada Mail (Tuk Siak) yang saya ini adalah satu-satunya
cucu yang paling disayangi dan selalu dibawa ke mana-mana sebagai teman.
Mail agak terkejut kerana dia memang tidak pemah mengenali saya. Cucu
datuk yang lain-lain dikenalinya. Saya memang jarang merayau dalam
kampung walaupun jarak kampung saya dengan Paya Tekung tidaklah begitu
jauh, lebih kurang sebatu saja.

"Semalam saya ke rumah. Orang rumah kata awak dah keluar dan belum
tentu bila baliknya”, kata Mail.

"Apa halnya?"

273
"Nak minta awak tolong ikhtiarkan tentang anak saya"

"Apa kenanya?"

"Dah berbulan-bulan terbaring dalam bilik. Kadang-kadang menjerit-jerit dan


terpaksa diikat. Dua tiga orang tak boleh terpegang"

"Kita bukan pawang, kita bukan bomoh tapi kalau nak mencuba bolehlah.
Kita berikhtiar, yang menentukan Allah"

Mail terdiam. Kerutkan mukanya sambil mengigit bibir. Dari gerak matanya,
saya kira ada rasa kesangsian bermain dalam hatinya tentang kemampuan
datuk. Sudah berbelas dukun dan pawang yang handal dipanggil, tetapi,
semuanya gagal. Semua doktor yang ditemui mengatakan anaknya tidak
mengalami apa-apa penyakit. Matahari yang tersangkut di langit bandar
Taiping kian menurun, sinarnya bertambah redup. Di kemuncak Bukit
Maxwell (sekarang Bukit Larut) kelihatan kabus tebal.

"Kita berikhtiar, itupun kalau kau mahu”, datuk bersuara membuat Mail yang
termenung itu terkejut.

Dia anggukkan kepala tanda setuju. Dan Mail memberitahu pada datuk, jika
anaknya itu diletakkan di bawah pokok asam kumbang besar dibelakang
rumah, dia akan segar dan berkeadaan seperti orang biasa.

"Begini saja. Lepas sembahyang Isyak aku ikut kau ke rumah melihat dulu
keadaannya”, beritahu datuk pada Mail.

"Saya ingat kita pergi sekarang"

"Boleh juga, dimana rumah kau?"

"Di Kampung Pinang. Saya beli tanah di situ dan buat rumah. Saya dah
kahwin dengan orang Kulim"

"Baguslah”, datuk senyum dan Mail menyatakan pada datuk, bahawa nenek
saya yang ditemuinya semalam tetap sihat.

Untuk pergi ke rumah Mail, saya dan datuk terpaksa naik lanca (beca roda
tiga) yang dikayuh oleh seorang lelaki bangsa India, sedangkan Mail
mengekorinya dengan basikal. Waktu membelok di satu selekoh, beca yang
kami naiki berlaga dengan sebuah kereta. Badan datuk yang tercampak dari
beca menghentak dinding kereta Morris Minor kepunyaan guru besar Sekolah
Melayu Selama yang baru dua hari lulus ujian memandu.

Dalam perlanggaran itu, saya tidak apa-apa. Tetapi, tayar beca sebelah
kanan jadi macam angka lapan. Dinding kereta Morris Minor remuk dan
pintunya tidak boleh dibuka, melihat keadaan kereta itu, hati saya berdebar.
Tentu datuk mengalami kecederaan yang parah. Saya tersentak bila melihat
datuk boleh bangun sambil mengibas-ngibas kesan batu-batu kecil yang

274
terletak di pakaiannya. Dia tidak luka dan tidak pula bengkak. Guru besar
segera keluar dari perut kereta dengan wajah yang masam dan mula
menyalahkan penarik beca. Pertengkaran pun berlaku, masing-masing tidak
mahu mengaku salah. Penarik beca kepal buku lima. Guru besar lipat lengan
baju. Mereka mahu beradu kekuatan. Orang ramai mula berkumpul.
.
"Mana yang rosak biar saya baik”, ujar datuk lalu memukul dinding kereta
dengan tapak tangan kiri.

Bahagian dinding yang remuk elok kembali. Kemudian datuk memegang


tayar beca yang jadi angka lapan. Dia urut tiga kali macam urut tangan yang
bengkak. Tayar beca itu kembali elok macam asal. Dalam keadaan orang
ramai kelam-kabut begitu datuk menarik tangan saya meninggalkan kawasan
kejadian sesudah memberi wang pada pemandu beca itu.

Akhirnya kami sampai juga ke rumah Mail dengan beca lain. Di rumah
barulah saya mendapat tahu dengan jelas tentang Mail. Di samping menjadi
siak dia juga menguruskan pengebumian jenazah orang yang mati di penjara
Taiping kerana hukuman gantung (jika tidak dituntut oleh pihak waris).
Setelah bercerai dengan isterinya yang dulu, dia membawa anak sulungnya
tinggal bersamanya. Setelah anaknya tamat sekolah melalui jasa orang besar
Jajahan Larut yang bergelar Tengku Menteri (kalau tak silap saya), anaknya
itu dapat bekerja sebagai budak pejabat di Jabatan Ukur. Sejak bekerja,
anaknya tidak tinggal bersamanya lagi. Tinggal bersama-sama kawan-kawan
dengan menyewa rumah di pinggir bandar Taiping, tidak jauh dari kawasan
perumahan sesak di Tupai.

"Naik”, kata Mail.

Saya dan datuk pun ikut perintahnya. Kami terus masuk ke bilik anaknya
terlantar, tidak bergerak kelihatan macam mayat. Badan kurus dengan pipi
yang cekung.

"Siapa namanya Mail?"

"Razman, orang panggil Man"

"Jadi nama panggilan sehari-hari Man ya. Emaknya siapa namanya?"

"Munah"

"Umurnya?"

"Umur siapa emak atau anak?"

"Anak"

"Dua puluh tiga tahun"

Datuk rapatkan mulut ke telinga Razman dan membisikkan sesuatu. Tiba-tiba

275
Razman membuka mata dan bangun. Dia kelihatan gagah berdiri sambil
bertempik dan melompat. Tali belati yang mengikat kakinya terputus.
Razman melompat ikut tingkap dan terus lari ke bawah pokok asam
kumbang. Duduk bersila di situ, dengan kedua belah tangannya terletak atas
kedua tempurung lutut, macam pelajar silat menerima amanat dari guru
silat.

"Anak awak ni dah silap langkah”, beritahu datuk pada Mail sambil turun dari
rumah menuju ke bawah pokok asam kumbang.

Beberapa ela lagi mahu sampai ke bawah pokok tersebut, datuk mencabut
sebatang pokok kecil. Dengan pokok itu datuk membelasah belakang
Razman hingga lembik. Kemudian datuk dukung Razman pulang. Di rumah
datuk menggosok belakang Razman dengan pucuk pisang nangka hingga
kesan berbalar kena pukul itu hilang. Datuk letakkan Razman betul-betul di
bawah tulang bumbung rumah.

"Jangan diubah-ubah hingga saya datang pada sebelah malam nanti”, pesan
datuk pada Mail.

"Mahu ke mana pula?"

“Ke masjid tadi, saya nak membuat amalan sedikit. Mudah-mudahan dengan
izin Allah sakit anak awak akan pulih"

"Baiklah”, sahut Mail.

Saya dan datuk kembali ke masjid semula. Selepas menunaikan sembahyang


Isyak, datuk terus membaca Al-Quran. Kira-kira pukul tiga pagi sesudah
datuk melakukan sembahyang tahajjud dua rakaat, barulah saya dan datuk
pergi ke rumah Mail. Perjalanan pada sebelah malam itu agak berbeza
dengan perjalanan waktu siang. Sebelum keluar masjid datuk suruh saya ikat
mata dengan kain. Bila kain dibuka saya sudah berada di kaki tangga rumah
Mail. Perkara pertama yang datuk lakukan bila duduk di hadapan Razman
ialah meminta segelas air sejuk. Setelah air itu ditawar jampi datuk basuh
muka Razman dengan air itu. Datuk pegang dan tekan tulang rusuk sebelah
kanan Razman dengan jari hantu.

"Man, dari mana kau dapat semuanya ni?" datuk menyoal.

Razman membuka mata. Terkelip-kelip macam mata katak puru kena sembur
air. Mulutnya terkumat-kamit tanpa suara. Kemudian Razman rapatkan
matanya kembali. Kaku. Datuk mengulangi perbuatannya itu selama tiga kali
berturut-turut. Semuanya gagal. Datuk lalu meminta Mail mencari seekor
ayam jantan putih. Permintaan itu Mail tunaikan. Bila ayam jantan putih
berada dalam tangan datuk, dia segera meninggalkan ruang rumah masuk
ke bawah rumah.

Datuk sembelih ayam itu betul-betul di bawah lantai tempat Razman baring.
Darah ayam itu datuk isikan dalam cawan putih. Datuk juga memberitahu

276
Mail apa yang dilakukannya terhadap Razman jangan ditegur, walaupun
perbuatan itu nampak kejam dan tidak bertimbang rasa. Datuk bawa darah
ayam dalam cawan putih keatas rumah. Datuk dekatkan cawan yang berisi
darah itu ke hidung Razman. Bila tercium bau darah ayam, Razman segera
bangun macam orang sihat mahu meminum darah. Datuk tampar muka
Razman dengan sekuat hatinya hingga Razman rebah atas tempat tidurnya
kembali.

"Setakat ini sahaja. Esok aku ikhtiarkan lagi”, beritahu datuk pada Mail.

Mail anggukkan kepala dan terus masuk ke bilik tidur. Saya dan datuk pergi
ke anjung rumah dan tidur di situ. Malam itu saya tidak mengalami sebarang
mimpi yang aneh. Tetapi diri datuk saya tidak tahu.

35. Mengusung Iblis Tengah Malam

Subuh itu, sesudah menunaikan sembahyang subuh dan mandi air embun,
datuk terus mendukung Razman ke bawah pokok asam kumbang. Kaki
Razman diikat dengan tali sabut ke sebatang anak pokok. Datuk membiarkan
sinar matahari pagi yang cemerlang menikam kulit badan Razman.

"Mail, biarlah aku dengan di temani oleh Tamar selesaikan kerja ni. Kau tak
usah tengok, nanti kau takut. Aku minta kau pergi ke masjid dan baca Al-
Quran disamping berdoa pada Allah supaya sakit anak kau sembuh”

"Baiklah, tapi awak tak minum lagi?"

"Aku terpaksa berpuasa waktu menjalankan kerja ini. Tamar juga begitu”

"Pelik juga sakit anak saya ni”

"Inilah dunia. Banyak manusia jadi korban syaitan dan iblis semata-mata
kerana nafsu jahat. Anak kau salah seorang daripadanya”

Saya lihat mulut Mail yang berbadan melengkung itu terlopong. Tanpa
banyak bicara dia meninggalkan kami. Datuk sudah pun mengenakan
pakaian serba hitam. Dia duduk bersila tidak jauh dari tempat Razman
terbaring. Datuk minta saya menumpahkan darah ayam dalam cawan di
hujung lututnya. Saya lakukan. Datuk pun mula bertafakur. Matanya
terpejam rapat.

Kedua belah tangannya memeluk dada erat-erat. Matahari pagi memancar


dengan cantik sekali. Tiba-tiba Razman mengeliat macam orang baru bangun
tidur. Dia tersenyum dan duduk bersila macam datuk. Datuk petik ibu jari
kaki kiri tiga kali berturut-turut. Saya terus membaca beberapa potong ayat
Al-Quran dan Surah An-Nisa’. ltu pesan datuk yang saya mesti patuhi. Tiba-
tiba dari tompokan darah ayam di hujung lutut datuk menjelma seekor ayam
jantan putih. Terus berkokok dengan nyaring. Ayam jantan itu segera menuju
kepada Razman.

277
Dan Razman membelai-belai badan ayam sambil memerintahkan ayam
jantan itu berjalan kesana ke sini. Apa yang dikatakan oleh Razman, diikuti
oleh ayam itu. Datuk meluruskan tangan kirinya ke depan. Manakala tapak
tangan kanannya melurut lengan kirinya dari pangkal hingga ke hujung
perlahan-lahan. Bila urutan itu sampai ke hujung jari, ayam jantan yang
mengikut perintah Razman hilang. Razman melompat-Iompat dan menjerit.
Dia marah kerana datuk menghilangkan ayamjantan putihnya.

Mujurlah tali sabut yang mengikat kakinya kuat. Ikatan yang datuk lakukan
ini bukan sebarang ikatan. Ikat bersyarat dan berpetua. Kalau tidak pasti
putus, kerana tenaga Razman ketika itu cukup luar biasa.
Semua anak-anak pokok getah, halba dan pokok janggut keli sekitarnya
dicabut dengan mudah. Perkara yang nyata memang ada perlawanan
kebatinan antara datuk dengan kuasa tertentu yang melindungi Razman.

Buktinya, muka datuk berpeluh. Urat-urat tangannya timbul, kedua belah


bahunya bergerak macam menarik sesuatu dari direbut oleh pihak lain. Ak-
hirnya Razman lemah sendiri. Terbaring atas tanah. Datuk bertafakur lagi.
Dalam sinar matahari yang mula keras itu, tiba-tiba menjelma bapak
kambing hitam meluru ke arah Razman.

Kambing jantan mencium dahi Razman dan Razman pun bangun lalu me-
nepuk-nepuk belakang kambing hitam. Melihat keadaan yang ganjil itu, datuk
jadi resah. Datuk menggenggam kedua belah tangannya dan dilapis dua.
Genggam tangan kiri sebelah atas, genggam tangan kanan sebelah bawah,
macam budak-budak main tum tum bak. Dia rapatkan mata. Dia bangun
perlahan-lahan dan berdiri sebelah kaki.

Kaki kanannya dibengkokkan. Bila kaki kanannya diluruskan dan dihentakkan


ke bumi sekuat hati, kambing jantan yang menjelma secara tiba-tiba
mengembik sekuat hati, macam kena curahan air panas dan terus hilang.
Razman rebah kembali. Matahari kian meninggi. Datuk merenung ke perdu
pokok asam kumbang yang berdaun lebat. Badan saya mula berpeluh
terutama di pangkal kedua belah ketiak. Perut mula terasa dimasuki angin,
akibatnya saya sendawa bertalu-talu. Panas pagi itu memang lain macam
rasanya, kulit muka terasa cukup pedih.

Datuk mengalih pandangannya dari perdu pokok asam kumbang ke arah


rumpun lalang di sebelah barat daya secara perlahan-Iahan. Tapak tangan
kirinya menekan pangkal dada kiri dan melurut ke bawah perlahan-Iahan.
Bila pandangannya sampai kepada matlamat, tangan kirinya lurus ke bawah.
Tetapi, jari telunjuknya menekan pangkal belikat. Mulutnya saya lihat
bergerak-gerak, macam membaca sesuatu. Lama juga datuk merenung per-
du lalang yang tumbuh liar itu.

"Kita bawa Razman segera balik”, kata datuk.

Bila datuk memegang pangkal tangannya, Razman segera mengelupur.


menendang dan menumbuk datuk. Datuk menepis dengan cepat. Tetapi ten-

278
dangan Razman dari sebelah kiri tidak dapat dielakkan.
Datuk tersungkur. Mukanya tersembam ke bumi. Saya lihat kekuatan
Razman memang luar biasa. Pergerakannya cukup tangkas macam orang si-
hat. Razman mula menerkam dan mahu memijak belakang datuk. Cepat-ce-
pat datuk melarikan badannya ke kiri hingga keluar dari bawah bayang-
bayang pohon asam kumbang. Razman tidak dapat melepasi bayang-bayang
pokok asam kumbang. Bila dia terkeluar dari kawasan bayang-bayang itu
tenaganya jadi lemah. Datuk menyedari tentang hal itu.

"Carikan aku batang tepus”, pekik datuk pada saya.

Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan. Batang tepus tidak juga saya nampak.

"Cari sebelah matahari jatuh. Tak jauh dari pokok talang”, suara datuk cukup
lantang.

Perintahnya saya akur. Memang betul cakap datuk. Batang tepus saya temui
berdekatan dengan pokok talang berbatang licin. Saya cabut sebatang dan
berlari ke arah datuk lalu menyerahkan batang itu padanya. Datuk mara lalu
memukul bertalu-talu pada badan Razman. Saya lihat Razman menjerit dan
terlompat-Iompat bila batang tepus menjamah tubuhnya. Akhirnya, datuk
hentak pangkal sikunya dengan sekuat hati ke pangkal bahu Razman.
Razman melayang rebah ke bumi. Saya kira tulang bahunya pasti patah dua.
Razman tergolek macam ayam kena langgar lori tentera.

Datuk gosok bahagian bahu Razman yang dihentakkan dengan pangkal


sikunya. Kemudian datuk gerakkan tangan Razman berkali-kali. Urut lagi dua
kali dan gerakkan ke kiri dan ke kanan. Datuk tepuk bumi dan dada Razman.
Saya lihat Razman bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk menghampiri saya.

"Tangannya yang patah sudah aku betulkan atas izin Allah. Sekarang kita
bawa dia pulang”, kata datuk.

Dia pun memikul batang tubuh Razman. Saya mengekor dari belakang dan
saya terasa macam ada bayang-bayang orang memburu saya. Rumput kiri
kanan saya lihat macam dipijak orang dalam sinar matahari yang keras.
Anehnya, saya tidak nampak apa-apa. Tiba-tiba saya rasa bahu kanan ba-
gaikan ditampar orang. Pedihnya bukan kepalang. Saya terus melangkah,
peluh terus meleleh di dahi dan mengalir ke pangkal dagu. Kulit muka terasa
pedih dan gatal-gatal. Dalam hati saya terus membaca Surah An-Nas dengan
tenang. Gangguan itu tidak berlaku lagi pada diri saya.

Bila sampai di rumah, datuk pun meletakkan Razman di tempatnya. Saya


lihat jam di dinding rumah sudah pukul sebelas pagi. Dari tingkap rumah
Mail, saya melihat kemuncak Bukit Larut yang berkabus tebal. Datuk
bersandar pada tiang seri. Lima belas minit kemudian Mail pun pulang. Tidak
banyak yang ditanya oleh Mail terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh
datuk. Mail terus masuk ke biliknya untuk menghisap rokok. Dia tahu datuk
berpuasa hari itu. Mail tahu, tidak manis menghisap atau makan di depan
orang yang berpuasa. Mail keluar, duduk bersila di depan datuk.

279
Datuk masih lagi termenung panjang. Perhatiannya tidak tertumpu apa yang
berlaku di depannya. Datuk bagaikan berada di dunia lain. Saya tahu
bagaimana mahu menyedarkan datuk supaya kembali dalam keadaan biasa.
Saya pun melipat bucu tikar mengkuang dan menindihkannya dengan lutut.
Saya gigit kuku jari kanan sekuat hati sambil pura-pura batuk. Apa yang saya
lakukan berhasil menyedarkan datuk. Petua yang saya jalankan itu saya
peroleh dari datuk juga. Harus digunakan dalam keadaan yang tertentu
mengikut hari dan bulan Islam di samping memperhitungkan masa.

"Mail”, datuk bersuara sambil merenung wajah Mail. “Ada tak kejadian-
kejadian aneh berlaku di pokok asam kumbang tempat anak kau suka pergi
tu?", tambah datuk.

Mail luruskan kaki kanan. Datuk tarik nafas panjang. Mata saya terus
merenung apa yang ada dalam ruang rumah. Rasa panas bertambah kurang
kerana angin yang bertiup di luar masuk ke ruang rumah menerusi tingkap
dan pintu yang terdedah.

"Ada”, jawab Mail.

"Apa dia?"

"Di bawah pokok asam kumbang itu dulu tempat orang mati bertembak"

"Siapa menembaknya Mail?"

"Penjahat itu berbalas tembak dengan pihak polis”

"Siapa namanya Mail?"

"Din Taiwan”

"Waktu matinya petang atau tengah malam?"

"Tengahari, kata orang waktu rembang lebih kurang pukul dua belas
tengahari”

Datuk menggigit lidah mendengar keterangan dari Mail itu. Dan Mail
memberitahu datuk bahawa Din Taiwan masa hidupnya memang terkenal
sebagai kaki rompak yang handal. Namanya amat ditakuti oleh penduduk se-
kitar Daerah Larut. Sikapnya tidak ubah macam kata orang tua-tua, beraja di
mata, bersultan di hati.

"Kaki botol, kaki rogol. Dia memang pelesit”, keluh Mail.

Datuk tersenyum. Saya memperkemaskan sila. Mail merenung wajah datuk


yang kelihatan tenang. Perut saya mula terasa pedih dan lapar. Bau sambal
tumis petai membuat saya bertambah lapar lagi. Dalam kepala saya
membayangkan betapa enaknya keluarga Mail makan tengahari nanti.

280
Kalaulah saya tidak berpuasa, dua pinggan nasi tentu habis saya telan.

"Kata orang dia banyak ilmu”, tambah Mail.

"Ilmu untuk dunia tanpa ilmu akhirat selalunya membuat manusia sesat”

"Betul. Cuma yang anehnya bila dia dibawa ke hospital dan pada sebelah
petangnya saya pergi ke tempat itu, saya lihat kesan-kesan darah Din Taiwan
di tanah hilang, macam ada orang yang mengambilnya”

Datuk terkejut mendengar cerita dari Mail. Muka Mail saya renung. Datuk
bangun, berdiri di muka tingkap merenung ke luar. Dia tidak berkata walau
sepatah pun. Datuk macam memikirkan sesuatu. Datuk terus melangkah ke
anjung rumah dan tidur.

Datuk bangun bila waktu Zuhur tiba dan terus sembahyang. Sementara
menanti masuk waktu Asar, datuk terus membaca Al-Quran. Lepas
sembahyang Asar datuk dan saya pergi lagi ke bawah pokok asam kumbang.
Dalam jarak dua puluh kaki dari pokok itu, datuk membentangkan sehelai
kain pelikat dan kami duduk di atasnya. Matahari sudah condong, sinarnya
tidak sekeras tadi.

"Jangan tegur apa yang kau lihat”, bisik datuk kepada saya sambil menye-
litkan sehelai daun lalang ke telinga kiri saya.

Datuk juga menyelitkan daun lalang ke telinganya. Saya terasa keadaan


keliling telalu sepi. Dunia bagaikan tidak ada penghuninya.

"Tumpukan seluruh pancaindera kamu Tamar pada alam lain”, saya


terdengar sayup-sayup suara datuk.

Dan saya terasa badan bagaikan berada diawang-awangan sebentar. Hujung


baju datuk saya pegang erat-erat.

"Buka mata kamu Tamar”, datuk memerintah.

Cakapnya saya patuhi. Mata saya tertumpu pada pangkal pokok asam
kumbang. Saya terlihat seorang lelaki jatuh berlumuran darah. Lelaki itu
hilang dan saya lihat batang tubuh datuk terbongkok-bongkok mengambil
tanah yang ada kesan darah dari lelaki itu. Datuk juga turut hilang. Dalam
keadaan separuh sedar itu, saya terasa peha saya ditampar oleh datuk. Saya
toleh ke arahnya. Datuk tersenyum daun lalang yang berada di celah telinga
saya sudah pun berada di tangan datuk.

"Sekarang sudah tahu puncanya dengan izin Allah sakit Razman boleh diubati
tetapi dia harus memulangkan barang yang diambilnya kepada orang yang
berhak”, beritahu datuk pada saya.

Matahari kian condong. Datuk masih lagi belum mahu bergerak dari tempat
duduknya. Dia memberitahu saya, bahawa saya dan dirinya harus berada di

281
situ hingga remang-remang senja. Menurut datuk diri saya dan dirinya tidak
dapat dilihat oleh sesiapa. Bagi datuk duduk di situ tidak menimbulkan
sebarang masalah kerana ada saja kerja yang di buatnya. Mulutnya sentiasa
terkumat-kamit dan anggota badannya yang lain juga selalu bergerak-gerak.

Bila hari sudah remang-remang senja, datuk pun menghentakkan kakinya ke


bumi. Seluruh kawasan itu berbau harum. Saya terpandangkan bayang orang
perempuan yang tidak begitu jelas duduk bersimpuh di hadapan datuk.
Tetapi melihat gaya perempauan itu duduk dan cara dia bertudung, saya
yakin perempuan itu adalah isteri muda datuk iaitu, orang bunian.
Perempuan itu bercakap dengan datuk. Saya tidak dapat menangkap dengan
jelas apa yang diperkatakan oleh datuk dengan perempuan itu. Dengan
sekelip mata perempuan itu hilang. Bekas tempat perempuan itu duduk
terdapat tiga longgok tanah yang berdarah. Datuk terus berpeluk tubuh.
Matanya merenung lurus ke depan. Dia menarik nafas.

Datuk hulurkan kaki kiri ke arah ketiga-tiga longgok tanah yang berdarah.
Bila kakinya dilipatkan kembali seperti asal, saya lihat dari tanah longgok
pertama keluar ayam jantan putih. Dari longgok kedua keluar kambing dan
dari longgok ketiga terdampar mayat lelaki. Kerana longgok tanah yang
berdarah sederet, semua jenis makhluk yang keluar darinya beratur sederet.

Remang-remang senja bertambah hitam. Angin mula menampar-nampar


dedaun asam kumbang. Bunyi desiran angin itu cukup kuat bersama titik
gerimis yang sambung menyambung. Saya terasa cukup seram. Ada
bermacam-macam bunyi yang saya dengar. Ada suara orang minta tolong.
Ada suara ayam berkokok, ada suara kambing mengembik. Akhir sekali saya
terdengar suara orang lelaki memuja sesuatu, suara itu macam suara
Razman. Datuk menamparkan tapak tangan kanan ke tapak tangan kiri,
serentak dengan itu, saya lihat batang tubuh Razman berdiri bagaikan
bayang-bayang dalam warna senja yang kian beransur gelap. Ketiga-tiga
makhluk yang terdampar di hadapan datuk bergerak dan menuju ke arah
Razman lalu hilang meresap ke dalam tubuhnya.

Bayang-bayang Razman hilang lalu diganti dengan suara perempuan


mengilai di atas pucuk pokok asam kumbang. Suara perempuan mengilai itu
cukup nyaring dan akhirnya, pokok asam kumbang bergegar macam di
goncang oleh sesuatu. Buah-buah asam kumbang yang muda berguguran
atas bumi Suasana menjadi seram. Angin terus bertiup dan suara gagak mula
kedengaran.

Macam-macam lembaga yang amat menakutkan wujud di hadapan saya dan


datuk. Tetapi datuk tidak menampakkan rasa takut atau bimbang. Dia
bagaikan yakin apa yang dikerjakannya akan berjaya. Datuk terus membaca
Surah Al-Kursi dengan tenang dan teratur. Bila semuanya sudah selesai
dibaca, datuk bangun lalu menghentakkan tumit kaki kirinya ke bumi. Semua
yang ada dihadapan hilang terus.

"Syaitan”, kata datuk lalu mengajak saya pulang.

282
Dalam perjalanan pulang itu datuk memberitahu saya, bahawa Razman telah
memuja darah orang mati dibunuh untuk sesuatu maksud yang jahat. Tetapi
dia tidak dapat menunaikan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh
syaitan untuk dilaksanakannya. Akibatnya dia jatuh sakit dan ilmu salah yang
dituntutnya itu memakan dirinya sendiri. Razman menguji ilmunya dengan
darah ayam dan kambing. Ternyata ilmunya itu berjaya. Ayam dan kambing
jelmaan yang didampingi oleh syaitan akan mengikut semua perintahnya.
Kemudian Razman mengambil darah orang mati di bunuh di bawah pokok
asam kumbang. Darah orang mati di bunuh itu dipuja dengan menggunakan
beberapa kelengkapan tertentu di bawah pokok tersebut.

"Darah orang mati dibunuh tu dipuja waktu bunga senja”, ujar datuk pada
saya dengan tenang.

Saya anggukan kepala dalam langkah senja yang kian gelap. Tetapi langit
kelihatan bersih dan cerah.

"Darah tu dipuja tujuh Jumaat. Orang yang melakukan pemujaan tu


bersemadi menghadapi arah matahari naik dan arah angin tanpa memakai
pakaian kecuali cawat untuk menutup bahagian kemaluan”, beritahu datuk
lagi.

Saya mula terasa cemas tidak tentu pasal. Langkah saya percepatkan. Datuk
terus juga bercakap menerangkan apa yang dia tahu pada saya. Datuk yakin
yang Razaman berguru pada orang yang tahu tentang kerja-kerja maksiat ini.
Dan orang tempat dia berguru itu belajar separuh jalan saja.

"Sayang, orang tempat dia berguru itu hanya mencari yang jahat untuk
tujuan yang jahat”, keluh datuk.

"Maksud datuk?", saya memontong cakapnya.

"Dia menuntut untuk niat jahat, bagi merosakkan sesama manusia. Kerana
itu dia tidak menuntut bagaimana mahu menghancurkan perbuatan sendiri”,
jelas datuk lagi.

Saya diam dan tidak mahu menyoal datuk lagi. Akhirnya, kami sampai ke
kaki tangga rumah Mail. Ketika datuk selesai membasuh kaki dan memijak
anak tangga pertama, suara Azan mula kedengaran. Saya cukup gembira
kerana tempoh menahan lapar dan dahaga sudah berakhir. Bila berada
dalam rumah hati saya bertambah lapang. Sudah ada makanan yang
tersedia untuk saya dan datuk. Mail lalu mempersilakan kami menjamah
hidangan. Datuk hanya minum segelas air sejuk dan sebiji pisang. Lepas itu
dia terus sembahyang. Saya juga berbuat demikian dengan harapan selesai
datuk sembahyang, dia akan makan kembali.

Harapan saya tidak dipenuhi. Lepas sembahyang datuk terus berwirid


panjang dan membaca Surah Yasin tujuh kali hingga masuk ke waktu Isyak.
Bila datuk selesai sembahyang Isyak barulah dia menghadapi hidangan.
Datuk cuma makan tujuh jemput nasi dan minum separuh air sejuk. Tetapi,

283
saya terus makan dengan semahu-mahunya. Datuk tidak menegur perbuatan
saya itu. Kerana saya makan terlalu banyak, saya merasa agak sukar mahu
bernafas dan bergerak. Saya tersandar di dinding dan perut kelihatan agak
buncit, macam perut bantal. Datuk menghampiri saya.

"Makan terlalu berlebihan tidak elok. Makan cara itu berkawan dengan iblis
kerana terlalu mengikut nafsu”, bisik datuk ke telinga saya. Saya tidak dapat
berkata apa-apa. Saya cuma tersenyum sinis.

"Cuba jangan malukan aku”, tambahnya.

Datuk terus menuju ke tempat Razman. Datuk duduk bersimpuh di hadapan


Razman. Datuk serkup muka Razman dengan kain hitam. Dengan hati-hati
datuk menekan buku lali kaki Razman sebelah kiri. Badan Razman bergerak
dan datuk memanggil Mail supaya duduk dekatnya. Mail datang. Datuk
mengeluarkan sebatang rotan seni dari bawah pahanya. Saya tidak tahu dari
mana datuk memperolehi rotan tersebut. Datuk urut batang rotan itu tujuh
kali ke atas dan tujuh kali ke bawah. Razman secara mendadak bangun dan
datuk dengan cepatnya pula meletakkan hujung rotan itu ke atas kain hitam.

Saya lihat Razman tidak mampu bangun. Hujung rotan itu bagaikan ada batu
besar yang tidak terdaya ditolak oleh Razman, sedangkan datuk memegang
pangkal rotan itu dengan dua jari saja. Dalam sekelip mata saja warna rotan
bertukar menjadi hitam. Muka datuk berpeluh. Datuk tarik rotan itu dan
letakkan kembali d bawah pehanya.

"Anak kamu Mail sudah teruk benar. Susah nak menghilangkan ilmu yang
sudah sebati satu badan"

"Saya minta tolong ikhtiarkan. Dialah satu-satunya anak jantan saya”

"Saya boleh cuba”

Muka Mail kelihatan tenang mendengar janji datuk itu. Datuk meninggalkan
Razman di tempatnya. Datuk ajak Mail pergi ke anjung rumah. Mereka duduk
di situ. Saya malas mahu mengikut mereka. Saya rasa lebih selasa duduk
bersandar di dinding. Saya terus terlelap dan terjaga bila terasa bahu sebelah
kanan ditendang orang. Saya buka mata, saya lihat ada lelaki berbaju dan
berseluar hitam berdiri di hujung kaki Razman. Dada saya berdebar, bila saya
lihat Razman duduk bersila macam orang sihat dan lelaki yang berdiri itu
terus sujud di kaki Razman.

"Sudah kau jalankan perintah aku?", saya terdengar suara Razman.

"Belum”, jawab lelaki itu tunduk.

"Kenapa kau tak ikut perintah aku?"

"Upahnya belum saya dapat”

284
"Kerana itu kau siksa aku begini?”

"Bila saya dapat minum darah perempuan beranak sulung malam Jumaat,
semuanya akan selesai, saya tidak akan menghisap darah awak lagi”

"Aku dalam bahaya. Ada orang yang mahu memisahkan kau dengan aku.
Tahu?"

"Darah dan roh awak sudah sebati dengan saya. Awak yang memuja saya,
tidak ada orang yang boleh menewaskan saya. Saya dahaga saya mahu
minum”

Sebaik saja lelaki itu berhenti bercakap, saya lihat dia memegang
pergelangan kaki kanan Razman. Dia terus menggigit ibu jari kaki Razman.
Suara Razman bergema menguasai ruang rumah sambil melompat. Datuk
segera datang kepada Razman, batang tubuh lelaki itu hilang. Cuma yang
kelihatan kepulan asap nipis masuk ke lubang hidung Razman bila dia
menarik nafas. Semua yang saya lihat, saya ceritakan pada datuk. Tanpa
membuang masa lagi datuk pun membuka bajunya lalu diserkupkan ke
bahagian dada Razman. Muka Razman datuk serkup dengan kain merah.
Rotan seni datuk letakkan melintang di atas dada Razman.

"Biarkan barang-barang itu di situ. Kau tunggu di sini, kalau ada apa-apa
beritahu aku di anjung”, datuk meninggalkan satu pesan yang amat berat
buat saya.

Sebelum datuk beredar dia menyuruh saya membaca Surah Al-ikhlas


seberapa banyak yang boleh hingga saya terlelap.

Mail masuk kedalam bilik tidur. Selama berada di rumahnya saya cukup
sukar mahu melihat wajah isterinya. Suara isterinya juga jarang kedengaran
memarahi anak-anaknya yang nakal. Saya terlelap dan datuk tidur di anjung
rumah. Lebih kurang pukul tiga pagi, saya tersedar dari tidur. Saya lihat
datuk sedang melakukan sembahyang Tahajud. Kemudian dia melakukan
pula sembahyang Istikharah. Datuk tidur kembali.

Saya merasa senang hati kerana tidak ada kejadian aneh yang berlaku di
hadapan saya. Dengan dada yang lapang saya menyambung kembali tidur
yang terputus. Setelah menunaikan sembahyang subuh bersama datuk dan
Mail, saya terus berubah tempat. Duduk di anjung rumah dekat kepala lutut
datuk yang sedang membaca Surah Yasin.

"Aku rasa dengan izin Allah aku dapat melawan perbuatan jahat itu. Aku
mesti menjalankannya dengan sebaik-baiknya. Niat aku bukan apa-apa, aku
mahu mengembalikan budak itu ke jalan benar”, demikan datuk
memberitahu saya. Datuk juga sudah menyiapkan beberapa rancangan yang
akan dilakukannya selepas dia mandi embun.

Ketika matahari pagi berada di paras pucuk kelapa dara, datuk sudahpun
selesai mandi embun. Dia kembali mengadap Razman, semua perkakas yang

285
di letakkan atas tubuh Razman diambilnya. Datuk meneliti rotan seni yang
panjang dua kaki itu dengan rapi sekali. Tidak ada sebarang perubahan pada
rotan tersebut. Datuk ambil air dari tempayan dapur lalu membasuh muka
Razman.

"Razman bangun nak, bangun", suara datuk tenang di hadapan saya dan
Mail.

Rotan seni di tangan terus datuk bengkokkan. Bila rotan itu diluruskan
Razman pun bangun dan duduk, macam orang sihat dan terus minta
makanan. Datuk berbisik dengan Mail. Dua tiga kali Mail anggukkan kepala,
kemudian terus ke bahagian dapur. Mail datang kembali membawa secawan
kopi dan dua ketul lepat pisang. Barang-barang itu datuk ambil. Air kopi
datuk campurkan dengan air dari tempayan. Lepat pisang datuk tikam
dengan hujung rotan. Kemudian barang-barang itu datuk serahkan pada
Razman.

Bila Razman mahu menghirup air kopi, cawan yang dipegangnya pecah. Bila
dia mahu makan lepat pisang, lepat pisang itu terbang macam ada orang
yang menyentapnya. Datuk terus bertafakur. Tanpa saya duga secara
mendadak Razman bangun dan menendang ke arah badan datuk. Dua tiga
kali dia menendang tetapi badan datuk tidak bergerak. Datuk
membengkokkan jari telunjuknya. Razman rebah. Datuk saya lihat menginsut
ke depan lalu membaca Surah Yasin dengan nyaring. Bacaan itu diikuti oleh
Razman, tetapi, bila sampai pada ayat-ayat terakhir suara Razman tidak
kedengaran.

Razman terus rebah. Datuk bangun dan membiarkan Razman terkapar di


situ. Datuk lalu minta Mail mengorek lubang separas dada dekat pokok asam
kumbang. Permintaan itu dilaksanakan oleh Mail. Bila lubang itu sudah
dikorek, datuk terus masuk ke dalamnya. Dia minta Mail pulang ke rumah.
Tinggallah saya dengan datuk dan datuk minta saya menimbus separuh
badannya dengan tanah. Datuk minta saya mencarikan beberapa helai daun
lalang kering. Daun lalang kering yang sudah saya peroleh itu, saya letakkan
di hadapannya. Kerana pancaran matahari cukup terik membuat separuh
badan datuk yang tidak ditimbus oleh tanah berpeluh.

"Bakar lalang tu”, perintah datuk.

Saya terus patuh. Bila api membakar lalang kering, saya terasa cukup panas.
Angin yang bertiup membawa lalang yang terbakar ke arah datuk. Dalam
sekelip mata saja saya tidak dapat melihat separuh daripada badan datuk,
hilang dalam kemarakan api. Saya lihat rambut dan muka datuk terbakar.
Saya kira ini satu kerja gila. Kenapa datuk mesti melakukan kerja yang tidak
akan dilakukan oleh manusia yang berfikiran waras? Apakah datuk juga
mendampingi dirinya dengan syaitan? Ini kerja mengarut, fikir saya sambil
menutup kedua belah mata dengan tapak tangan. Tidak sanggup saya
melihat datuk dalam keadaan demikian.

"Aku tidak berdampingan dengan syaitan Tamar, apa yang aku lakukan ini

286
adalah sebahagian dari kerja aku yang aku warisi dari guruku yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Ini sebenarnya sebahagian dari ujian dan
ketahanan diri, demi keyakinan aku yang bersandarkan pada kuasa Allah”,
tiba-tiba saya mendengar suara datuk.

Dia berdiri di kanan saya. Baju dan anggota badannya tidak pun rosak. Paling
melucukan datuk sendiri melihat tempat dia kena timbus tadi penuh dengan
api. Datuk meminta saya menyimpan rahsia aneh itu dari pengetahuan Mail
dan orang lain. Segala apa yang terjadi tadi adalah untuk diri saya dan
dirinya saja.

Kami kembali ke rumah Mail. Datuk membuat beberapa persiapan terakhir.


Dia mencari sendiri beberapa jenis akar kayu, daun dan beberapa ketul batu
hitam yang diambil dari bekas lombong. Semua barang-barang itu datuk
kumpulkan dalam kain hitamnya. Dari waktu Zuhur membawa ke waktu Isyak
datuk terus membaca Al-Quran. Dia berhenti bila sampai waktu sembahyang.
Walau macam mana susahnya, datuk tetap meneruskan puasanya. Dia
berbuka puasa dengan segelas air saja. Dan saya juga diperintahkan
mengikut apa yang dilakukannya. Kerana saya suka dengan tugas datuk
yang mencabar itu, pahit maung dan susah saya harungi dengan harapan
perkara-perkara aneh itu akan menjadi khazanah pengalaman yang berharga
pada diri saya.

Lebih kurang pukul dua pagi, datuk dan saya memikul batang tubuh Razman
keluar dari rumah tanpa diketahui oleh keluarga Razman. Tempat yang kami
tuju ialah ke perdu pokok asam kumbang. Datuk masukkan separuh badan
Razman ke dalam lubang tempat datuk membakar diri pada sebelah siang
tadi. Badan Razman kami timbus dengan tanah. Datuk pun membakar semua
barang-barang yang dibungkusnya dalam kain hitam. Api menyala dengan
garangnya, memakan barang-barang itu. Api menjulang ke atas, macam
disimbah dengan minyak petrol.

Razman menjerit dengan sekuat hati. Datuk memadamkan api itu dengan
sekali hembus. Bila api padam, semua barang-barang dalam kain hitam tidak
terjejas. Datuk mengambil seketul batu hitam lalu ditanamkan ke dalam
tanah dengan ibu jari kakinya. Dalam masa itu juga bermacam binatang buas
muncul di hadapan datuk dan saya.
Ada harimau, ada ular dan macam-macam lagi. Semua binatang buas itu
hilang bila datuk menepuk tangannya.

Akhirnya, muncul seorang lelaki dari sebelah kiri Razman, bentuknya macam
bayang-bayang lalu bersatu dengan diri Razman. Dengan menggunakan jari
kaki juga, datuk cungkil batu hitam yang tertanam. Batu itu datuk ambil lalu
digenggamnya erat-erat. Dari celah-celah lurah jarinya keluar asap. Datuk
buka tangannya sebentar. Batu hitam sudah menjadi bara yang merah saga.
Datuk genggam kembali. Datuk mencampakkan kain hitamnya pada saya.

"Bakar”, katanya.

Saya pun bakar kain hitam. Cahaya api dari kain hitam itu menerangi seluruh

287
kawasan yang gelap. Sebenarnya kain hitam tidak terbakar, sekadar
mengeluarkan cahaya seperti lilin yang terbakar. Saya lihat muka datuk
bersih benar malam itu. Dia duduk bersimpuh merenung muka Razman.
"Kau siapa?", tanya datuk.

"Din Taiwan”

"Kenapa kau mengacau orang lain?”

"Dia memuja aku untuk tujuan tertentu”

"Sebab?"

"Dia suruh aku bawa gadis bernama Mariam padanya”

"Sudah kau buat?”

"Belum lagi”

"Sebab?"

"Dia belum beri aku darah perempuan beranak sulung”

Percakapan yang terjadi antara datuk dengan Razman berhenti. Datuk lalu
melontar dua urat akar kayu ke arah Razman. Razman menjerit dan meminta
datuk jangan mengulangi perbuatannya itu. Datuk setuju dengan syarat
Razman harus bercerita asal-usulnya. Permintaan itu dipersetujui oleh
Razman. Sebenarnya bukan Razman yang bercakap ketika itu, orang yang
dilawan oleh datuk bercakap itu ialah Din Taiwan.

36. Pukau Ular Tedung

Din Taiwan memberitahu datuk dengan ilmunya dia telah merogol lebih dari
seratus orang wanita yang yang terdiri dari anak dara, janda dan isteri orang.
Dia telah menggunakan ilmunya itu untuk merompak dan membunuh orang.
Akhirnya di tembak mengunakan peluru emas. Memang pada awalnya, dia
menuntut ilmu itu untuk melindungi dirinya dari perbuatan orang, tetapi, bila
separuh menuntut dia sudah terpengaruh dengan syaitan untuk merosakkan
orang lain demi kebahagiannya. Dia meninggalkan gurunya lalu menjadi
orang jahat. Masa dia membuat kerja-kerja maksiat itulah dia selalu
mempengaruhi anak-anak muda lain untuk menganggotai kumpulannya.

Dia mengakui, dialah yang memberi beberapa ajaran pada Razman yang
patah cinta, kerana pinangannya ditolak oleh kedua orang tua Mariam. Dia
mengajarkan Razman supaya melarikan Mariam untuk dijadikan perempuan
slmpanan.

"Kau memang jahat”, kata datuk secara mendadak.

288
"Siapa guru kamu?"

"Aku menuntut pada mulanya dengan orang asli di hutan Sabah, kemudian
aku terus memuja-memuja roh dan pangkal-pangkal kayu”

"Syaitan”, jerit datuk lalu membaca Surah Al-Kursi, kemudian datuk me-
lemparkan batu yang digenggamnya ke arah Razman (Din Taiwan).

Api menjulang bersama jeritan yang amat kuat. Bila api padam di kawasan
tempat tubuh Razman ditanam, terdapat timbunan abu. Abu itu berkumpul di
dalam lubang. Datuk timbus abu itu dengan tanah. Kami meninggalkan
kawasan itu bila fajar sidik timbul dikaki langit.

"Kita harus berada di rumah sebelum azan”, beritahu datuk pada saya.

Kami melangkah dengan cepat menuju ke rumah Mail. Tetapi, hati saya
sungguh kesal, secara tidak langsung datuk telah membunuh Razman anak
kesayangan Mail. Apakah yang akan dijawap oleh datuk pada Mail dalam hal
ini? Datuk sudah menambahkan musuh dalam hidupnya. Saya merasa
menyesal dan menganggap datuk seorang pembunuh. Bagi menjimatkan
masa, kami tidak terus ke rumah Mail. Kami singgah di perigi mengambil air
sembahyang. Kemudian ke rumah Mail, terus duduk di anjung. Beberapa
minit kemudian kami terdengar suara azan.

Ketika datuk mahu memulakan sembahyang, Mail datang dan datuk menjadi
imam pagi itu. Setelah selesai sembahyang, datuk tergesa-gesa masuk
keruang rumah. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati Razman terbaring
di tempatnya. Saya jadi bodoh dengan kejadian itu. Siapakah yang didukung
dan dibakar oleh datuk tadi?
Dalam keadaan yang serba salah itu, saya lihat datuk berdiri di hujung kepala
Razman. Datuk minta semangkuk air dari Mail. Datuk masukkan tangan ke
dalam mangkuk itu.

Air melekat di hujung jari itu datuk titiskan ke muka Razman. Razman
mengeluh. Serentak dengan itu, saya lihat macam kabus nipis keluar dari
hujung kaki Razman. Kabus nipis itu terus berkumpul dan akhirnya wujudlah
batang tubuh seorang lelaki iaitu, Din Taiwan.

"Pulanglah syaitan, jangan kau kacau anak cucu adam ini”, kata datuk.

Kabus itu ghaib. Mail terkejut, dia tidak tahu dengan siapa datuk bercakap.
Dia tidak nampak seperti apa yang saya lihat. Saya juga hairan macam mana
benda-benda ganjil itu boleh saya lihat. Bila saya menoleh ke kiri merenung
wajah datuk tersenyum.

"Pulangkan kain hitam aku”, minta datuk, barulah saya sedar yang kian
hitam itu membuat saya melihat kejadian aneh sebentar tadi.

Kain hitam dalam saku saya serahkan pada datuk. Datuk terus lipatkan kain
hitam hingga jadi tiga segi. Kemudian, datuk sumbatkan kain itu ke dalam

289
saku seluarnya. Perlahan-lahan datuk membuka sila. Datuk lunjurkan kaki
kirinya dan kaki kanannya dilipatkan. Saya lihat datuk menggigit ibu jari
kirinya dua kali. Kemudian dia menyusun jari sepuluh dan hujang jarinya itu
bertemu dengan bibir atas, macam pendekar zaman silam mengadap sultan.

Saya terkejut bila datuk terbatuk, bagaikan ada sesuatu yang tersangkut di
kerongkongnya. Datuk senyum pada saya, selalunya bila datuk berbuat
begitu, membawa tanda ada sesuatu yang belum pemah saya lihat akan
dilakukannya. Ramalan saya itu memang tepat. Datuk sudah pun
membetulkan silanya dengan kedua belah tapak tangannya menekan ke pala
lutut. Datuk mengalihkan pandangannya ke mangkuk putih, matanya
kelihatan bersinar tidak berkedip merenung kearah bibir mangkuk putih yang
terletak dekat tubuh Razman. Urat-urat merah mula timbul dibahagian mata
putihnya. Pangkal urat-urat yang merah itu bagaikan berakar dari keliling
bahagian anak mata hitamnya. Dan air dalam mangkuk putih berkocak
sendiri, bagaikan ada tenaga ghaib yang menggerakkan badan mangkuk
tersebut.

Saya tersentak bila mangkuk itu terbelah dua dan airnya melimpah atas tikar
mengkuang yang dianyam rapat-rapat. Air yang melimpah itu kelihatan
berkilau-kulau dipanah oleh sinar matahari pagi yang memancar masuk ikut
tingkap rumah yang terbuka lebar. Datuk segera membongkok sambil
mengenakan hujung jari hantunya pada air yang melimpah atas tikar. Sebaik
sahaja jari hantu terkena air tersebut, air yang melimpah terus hilang.
Mangkuk putih yang terbelah dua tercantum kembali seperti asal tanpa air
didalamnya. Mail yang melihat kejadian-kejadian yang berlaku di depan
matanya diam tidak berkata. Dahinya nampak berkerut sesekali wajahnya
kelihatan cemas.

"Bangun anakku”, suara datuk parau.

Serentak dengan itu Razman yang terbaring kaku segera bangun. Dia
nampak terkejut sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Datuk merenung biji
mata Razman.

"Bersila di situ”, kata datuk Razman akur dengan perintah datuk itu macam
orang kena pakau.

Datuk lalu memerintahkan Mail mencari pucuk pisang nangka, pucuk palas
dan air satu buyung. Mail mengambil masa kira-kira setengah jam untuk
mengadakan batang-batang tersebut. Sementara menanti barang itu berada
di depan datuk. Datuk menyuruh saya melipatkan setiap bucu tikar yang
terdapat di ruang rumah tersebut. Saya laksanakan tugas itu hingga selesai.
Bila tugas itu selesai saya kembali duduk di sisi datuk. Razman masih duduk
terpaku atas tikar macam patung.

Datuk buka baju yang dipakainya. Letak di hujung lutut sebelah kanan
dengan ibu jari tangan sebelah kiri datuk tekan tepi baju. Datuk merenung ke
arah tingkap yang terdedah. Dia melihat sinar matahari pagi yang cukup
cerah. Saya terasa pangkal kening sebelah kiri saya gatal. Saya terus

290
menggarunya beberapa kali. Bila saya selesai menggaru, saya dapati rumah
Razman sudah pun ditutup oleh datuk dengan bajunya. Datuk ambil kembali
baju yang menutup muka Razman dengan jari kelingking kiri. Baju itu datuk
sarungkan ke tubuhnya kembali.

Saya lihat muka Razman merah, tidak pucat maeam orang sakit. Razman
mula tersenyum. Tetapi dia tidak terdaya mahu bangun, macam ada sesuatu
benda yang berat melekat dibawah punggungnya. Mail sudah pun
meletakkan sebuyung air di hadapan datuk berserta dengan pucuk pisang
nangka dan daun palas ke dalam buyung. Dan mulut buyung datuk tutup
dengan kain pelikat yang selalu di pakai oleh Razman. Kain pelikat itu
terbakar dan mengeluarkan asap nipis. Bila kain pelikat itu menjadi abu,
datuk tekankan kedalam mulut buyung. Dengan hati-hati datuk goncang
buyung, air didalamnya berkocak dan berasap. Datuk terus membaca
sesuatu. Datuk merenung ke arah mangkuk itu dan saya lihat terus jadi retak
seribu dan hancur berderai. Serbuk dari mangkuk putih itu datuk ambil dan
masukkan ke dalam buyung.

"Rapatlah pada aku dan duduklah di hujung lututku ini, hai anakku”, kata
datuk. Razman terus bangun dan duduk di hujung lutut datuk.

"Yang jahat akan pergi dan yang baik tinggal pada kau”, datuk bersuara
sambil mengangkat buyung lalu meletakkan ke atas kepala Razman.

Buyung yang tidak bocor itu mengeluarkan air lalu membasahi seluruh tubuh
Razman. Saya lihat Razman mula menggigil kesejukan. Datuk ambil buyung
dari atas kepala Razman.

"Buyung dan semua barang-barang yang ada di dalamnya kau hanyutkan ke


laut”, kata datuk pada Mail.

"Bila?"

"Hari ini belum matahari terbenam”

"Kalau begitu terpaksa pergi ke Port Weld untuk membuang benda ni”, suara
Mail menurun.

Datuk anggukkan kepala. Saya lihat Mail berbisik dengan datuk. Kemudian
Mail ambil burung lalu keluar. Kira-kira sepuluh minit kemudian Mail kembali.
Dia tersenyum di ambang pintu. Melangkah dan terus duduk di samping
datuk.

"Cepat”, kata datuk.

"Saya suruh adik saya uruskan, secara kebetulan pula dia mahu turun ke laut
memancing ikan”

"Kau percaya dengannya?"

291
"Percaya. Dia adik saya, banyak menolong saya untuk berusaha mengubat
sakit Razman”

"Tak apalah kalau dah begitu”

Datuk puas hati dengan keterangan Mail. Razman sudah tidak menggigil lagi.
Datuk suruh Mail menggantikan pakaian Razman. Cepat-cepat Mail bawa
Razman ke dalam bilik. Saya terkejut, bila melihat Razman keluar dari bilik
memakai seluar putih, baju baru lengan panjang. Rambutnya disikat rapi dan
ada jambul di bahagian depan, macam jambul seniman P. Ramlee dalam
filem Hujan Panas. Melihat keadaannya itu, saya kira Razman terjumlah
dalam katogeri anak muda yang kacak juga. Tingginya kira-kira lima kaki,
lima inci.

"Siapa yang siapkan dirinya Mail?”

"Emak tirinya”

"Begitulah, jiwa orang perempuan ni halus. Penuh simpati dan rasa kasih
sayang yang tidak mengenal batas sempadan, hanya orang yang nakal saja
mengatakan ibu tiri kejam”, ujar datuk lagi.

Razman dan Mail duduk di hadapan datuk. Dengan menggunakan


kebijaksanaannya datuk mencungkil rahsia dari Razman. Apa yang menjadi
misteri dalam diri Razman terbuka. Dia memberikan pengakuan yang jujur
pada datuk. Razman terus memberitahu yang dirinya mencintai seorang
gadis. Gadis yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerjaraya itu tidak
menolak cintanya. Dalam perkataan lain, mereka saling cinta mencintai.
Razman pun membuat persiapan dengan mengumpulkan wang untuk
meminang gadis tersebut.

Malangnya orang tua gadis itu tidak merestui cinta mereka dan gadis itu
terus ditunangkan dengan seorang pemuda yang menjadi pegawai disebuah
kilang perusahaan di Kamunting. Bertolak dari peristiwa yang tidak pernah
diduga oleh Razman itu, menyebabkan dia menjadi manusia separuh gila.
Bagi menghilangkan rasa sepinya, dia mula mencari ganja dan terjumpa Din
Taiwan. Din Taiwan lah yang menggalakkan dirinya supaya membalas
dendam. Setidak-tidaknya mencederakan muka kekasihnya atau muka
tunang kekasihnya.

"Saya terpengaruh dan menuntut ilmu jahat darinya", kata Razman dengan
wajah yang tenang.

Mail gelengkan kepalanya. Ada rasa kesal bermain di wajahnya.

"Sepanjang kau terbaring di sini apa yang kamu rasakan?”, tanya datuk.

"Saya sebenarnya tidak sakit. Saya berjalan ke mana-mana. Saya makan dan
minum”

292
"Itu hanya perasaan yang kau sangka. Kau sudah jauh dikuasai oleh syaitan”,
datuk merenung muka Razman.

Mail tunduk merenung lantai. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala
Mail. Angin yang bertiup diluar masuk ke dalam ruang tempat kami duduk.
Razman menguap panjang.

"Mail, dalam hal begini saya tidak salahkan anak awak seratus peratus. Awak
siang malam duduk di masjid tetapi awak tidak pernah ambil tahu tentang
diri anak awak. Apakah dia sudah belajar rukun iman, rukun Islam dan
sembahyang. Segala-galanya awak serahkan pada dirinya untuk mengetahui
semuanya tanpa perhatian dari awak”, ujar datuk.

"Inilah silapnya saya. Saya fikirkan bila dia dah besar dan bekerja dia tahu
mencari yang baik”

"Itu satu pendapat yang silap”

"Saya berjanji hal macam ni tak akan berlaku lagi”

Datuk senang sekali mendengar janji dari Mail. Kemudian saya dan datuk
pergi ke anjung rurnah. Tidak lama kemudian Razman turut serta. Datuk
memberitahu Razman banyak perkara yang harus dilakukan supaya
kekuatan semangat dalam diri Razman dapat dipulihkan seperti sediakala.

"Semuanya bergantung pada diri kamu. Sama ada kau setuju atau tidak”,
beritahu datuk pada Razman.

Saya lihat datuk lihat Razman termenung panjang. Sebentar dia gigit bibir
dan sebentar pula raba pangkal dagu. Dia bagaikan berada dalam keadaan
serba salah.

"Kalau boleh saya mahu membebaskan diri dari belenggu syaitan”, Razman
bersuara.

"Atas kerelaan hatimu sendiri?"

"Ya. Atas kerelaan saya sendiri”

Mendengar cakap Razman itu, datuk segera bangun. Dari ruang depan datuk
memanggil Mail. Bagaikan kilat Mail datang menemui datuk.

"Biar aku pulihkan semangat anak kamu Mail”

"Memang itulah yang saya harapkan”

"Aku terpaksa tinggal di sini selama tiga hari”

"Lebih dari itu pun tak apa”, balas Mail dengan ketawa kecil.

293
Selama tiga hari tinggal dirumah Mail, datuk menumpukan seluruh perhatian
pada diri Razman. Setiap subuh datuk membangunkan Razman, mengajak
sembahyang bersamanya. Datuk juga memberikan beberapa ayat untuk
Razman baca selepas menunaikan sembahyang subuh selama 44 subuh.
Pada setiap petang pula, dari pukul lima ke pukul enam. Datuk mengajak
Razman berlari berbatu-batu. Sepanjang masa berlari itu Razman tidak
dibenarkan minum kecuali memakan pucuk jambu batu bila terasa letih. Pada
sebelah malamnya, datuk mengajak Razman membaca Surah Yasin hingga
jam dua belas malam.

Kemudian barulah Razman disuruh tidur di anjung rumah tanpa menggu-


nakan bantal dan gebar. Pukul tiga pagi, datuk akan mengejutkan Razman
dari tidurnya dan menyuruh Razman mandi. Sesudah mandi, Razman disuruh
minum air sejuk sebanyak lima gelas besar. Waktu makan tengah hari
Razman hanya dibenarkan makan nasi tujuh suap, minum air setengah
cawan dan memakan ulam-ulam yang datuk buat dari dedaun kayu.
Memang, Razman terasa cukup siksa menjalani rawatan yang datuk lakukan.
Bila saya tanyakan pada datuk, kenapa dia lakukan hal seperti itu pada
Razman yang baru sembuh dari sakit, datuk menjelaskan tujuan dia berbuat
demikian untuk mengembalikan tenaga pada diri Razman di samping
menguatkan semangatnya serta memulihkan rasa yakin pada dirinya sendiri.

"Ubat yang aku berikan padanya untuk memulihkan perjalanan darah dalam
urat-uratnya. Dia terlalu lama baring banyak urat-urat sendinya jadi tegang
dan kaku”, demikian datuk menjelaskan pada saya.

Selepas tiga hari Razman mengalami rawatan dari datuk, dia kelihatan segar.
Tidak banyak mengelamun atau mudah terkejut. Dia nampak bertambah
yakin pada dirinya sendiri. Dan dia mula sedar bahawa yang dirinya adalah
hamba Allah yang harus ada kekuatan dalam hidup. Dan sendi kekuatan
setiap orang dalam hidup ini ialah berlandaskan pada ajaran agama Islam
yang dianutinya. Bersandarkan pada itu, Razman merasakan dirinya berada
dalam dunia baru yang serba segar. Dia merasakan dirinya cukup tenang bila
sembahyang. Jiwanya terasa bersih dan murni setiap kali dia membaca Surah
Yasin. Dalam dunia ini dia merasakan tidak ada yang perlu ditakutkan kecuali
Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui.

"Bagaimana kau sekarang?", tanya datuk pada Razman ketika mahu mening-
galkan rumahnya.

Razman yang petang itu memakai baju Melayu dan kain pelikat tersenyum.

"Saya rasa diri saya cukup aman, tidak ada rasa takut atau bimbang”

"Baguslah, jangan lupakan sembahyang lima waktu. Jauhkan diri kau dari
kerja-kerja yang tidak baik. Berusahalah untuk jadi orang yang berguna pada
bangsa dan agama”

"Saya faham. Saya mahu membuat hidup baru”

294
"Itu yang baiknya”, datuk terus menepuk belakang Razman beberapa kali.

Satu peristiwa yang mengejutkan petang itu ialah bila ayah Razman (Mail)
memulangkan Razman pada datuk.

"Saya mahu menyerahkan Razman pada awak, kerana awak dia baik dari
sakit dan insaf”

"Jangan kata begitu. Bukan kerana saya dia baik. Semuanya kerana Allah,
saya cuma beriktiar”, datuk tepuk meja.

Mail terkejut dan dia mula sedar tentang kesilapan yang dilakukannya.

"Maafkan saya. Saya berhasrat dan memang niat dari mula lagi, kalau
sakitnya baik, saya mahu memulangkan pada awak”, sambung Mail teratur
tetapi wajahnya nampak pucat sedikit.

Datuk tersenyum.

"Tak apalah, saya saya terima hajat awak tu, mulai hari ini, Razman jadi anak
angkat saya”, cukup gembira datuk berkata.

Datuk lalu mengeluarkan benang hitam dari sakunya. Benang itu di pintalnya
menjadi tali yang kecil. Datuk keluar wang syiling dua puluh sen. Datuk tebuk
lubang wang tersebut. Datuk sarungkan benang hitam bersama wang ke
leher Razman macam menyarungkan kalung ke leher.

"Inilah tandanya kau jadi anak angkat aku Razman, jangan dicabut kecuali
dia putus”, pesan datuk.

"Saya berjanji”, jawab Razman.

Petang itu juga kami meninggalkan Kampung Pinang, pulang ke tempat asal.
Seminggu kemudian Razman menemui datuk menceritakan yang dirinya
telah diberhentikan dari Jabatan Ukur. Razman juga menyatakan yang dia
berhasrat untuk menjadi Askar Melayu dan meminta pertolongan dari datuk
untuk memenuhi cita-citanya. Kerana Razman bersungguh mahu menjadi
Askar Melayu, datuk pun membawa Razman menemui seorang pegawai
Askar Melayu yang tinggal di Kampung Simee, Ipoh. Pegawai Askar Melayu
itu berpangkat Mejar dan berasal dari Negeri Sembilan.

Pegawai itu bernama Abdul Muluk (kalau tak silap) pernah menemui datuk
untuk mendapatkan beberapa petua serta amalan untuk pelindung diri ketika
berada di hutan memburu pengganas komunis. Cara kebetulan pula, pegawai
itu memang orang yang bertanggung jawab memilih anggota Askar Melayu
yang baru. Syarat yang diperlakukan pada setiap orang yang mahu menjadi
anggota Askar Melayu ada pada diri Razman. Mejar Abdul Muluk terus
membawa Razman menemui pegawai atasnya. Usaha itu berjaya dan
Razman pun mengikuti latihan menjadi Askar Melayu.

295
Malangnya, semasa menjalankan tugas, Razman terkorban apabila ditembak
pengganas komunis. Jenazah Razman pulang ke kampungnya dan datuk
turut serta mengkebumikan jenazah anak angkatnya. Sejak kematian anak
angkatnya itu, datuk lebih banyak menghabiskan masanya ditanah
perkuburan Razman. Kadang-kadang bila bertemu dengan kawan-kawan
rapatnya, datuk melahirkan rasa bangganya atas kematian anak angkatnya
yang berjuang mempertahan tanahair dari ancaman pihak komunis.

Pagi itu, matahari bersinar dengan terangnya. Saya sudah mengorek lebih
kurang dua puluh lubang untuk menanam anak-anak pisang mas, walaupun
hari baru pukul sebelas pagi. Kerja saya terganggu bila saya terdengar suara
datuk memanggil nama saya dari tepi sempadan. Saya berlari ke arah datuk.
Terasa juga penatnya berlari di atas tanah seluas dua ekar itu. Terpaksa
berlari-Iari dengan hati-hati, kalau tersepak tunggul getah pasti tersembam
ke bumi. Kalau tidak kena caranya, dahi boleh berdarah. Tanah milik datuk
terletak dalam mukim Buruk Bakal.

Jaraknya dari jalanraya Kuala Kangsar-Simpang Tiga, kira-kira satu batu. Kira-
kira setengah batu dari tanah datuk ialah kaki gunung yang bersambung
dengan banjaran Titiwangsa. Menurut kata datuk, banjaran gunung itu
memisahkan sempadan Perak dengan negeri Pahang.

"Aku rasa ada orang yang mahu datang ke sini. Kita bersembunyi mana tahu
kalau yang datang orang komunis”, kata datuk sambil membawa saya de-
katnya.

Datuk ketika itu masih lagi memegang hujung kayu yang dicacakkan ke
tanah. Dengan perantaraan kayu yang tercacak itu, datuk dapat mengetahui
sama ada manusia atau binatang buas akan datang ke kawasan tanahnya.

"Petuanya mudah saja, kau cari pokok kayu sebesar ibu kaki yang daunnya
lebat kearah matahari terbit dan pucuknya pula menghala ke arah matahari
jatuh, kau potong dan tanamkan ke bumi arah mata angin yang datang.
Tanam kira-kira setengah kaki, kau lekapkan telinga kau pada batangnya,
nanti kau akan dengar tapak kaki binatang. Kalau manusia kau akan dengar
suaranya”, datuk mencurahkan petua orang tua-tua pada saya.

Tanah milik datuk itu pada mulanya ditanam dengan pokok-pokok getah.
Kerana pokok getah sudah tua dan tidak dapat mengeluarkan susu yang
banyak, datuk tebang dengan tujuan untuk di tanam pokok pisang. Peluh
terus membasihi badan datuk dengan dan badan saya. Angin yang bertiup
tidak dapat menghilangkan rasa panas di badan kami.

"Mari”, kata datuk dan terus menarik tangan saya.

Kami terus bersembunyi di bawah rimbunan pokok serunai laut. Waktu saya
mahu bersila di situ, tiba-tiba seekor ular tedung panggukan kepala. Saya
jadi cemas.

"Jangan bergerak”, bisik datuk pada saya.

296
Dan saya lihat datuk mengambil daun serunai laut lalu diramasnya hingga
hancur. Datuk tepuk tanah, serentak dengan itu ular tedung terus meluru ke
arahnya. Cepat-cepat datuk membalingkan daun serunai laut yang
diramasnya ke arah ular tedung tersebut. Ular itu bagaikan terpukau di situ.
Datuk terus mengarahkan kedua biji matanya ke mata ular tedung. Datuk
pukau ular tedung yang berbisa itu dengan kuasa matanya dengan badannya
di atas tanah.

"Bergerak”, ujar datuk, ular itu bergerak dan terus merebahkan badannya
atas tanah.

"Bangun”, perintah datuk.

Ular itu bangun.

"Jangan kacau kami. Kami mahu menumpang sebentar, tidak mahu membi-
nasakan kamu”

Saya lihat ular itu bagaikan faham dengan apa yang datuk katakan. Datuk
menyuruh ular itu pergi ke bawah rimbunan pokok serunai laut. Ular itu
patuh dengan arahan datuk, menyusur perlahan-Iahan arah ke selatan
hingga hilang dari pandangan saya dan datuk.

"Meniarap”, kata datuk pada saya.

Saya pun rebahkan badan dan datuk juga berbuat demikian. Saya lihat
beberapa ekor semut api dan belalang merayap atas daun serunai laut. Bunyi
deru angin jelas kedengaran bersama dengan bunyi ranting-ranting kering
jatuh ke bumi.

37. Terkena Badi Belibis

Matahari terus memancar. Sesekali terdengar suara burung tekukur dan


merbuk tingkah meningkah didahan kayu. Beberapa monyet liar berlompatan
dari dahan ke dahan. Lama juga kami meniarap, saya sudah merasa bosan
dan lemas. Maklumlah mencium bau daun dan tanah.

"Mereka sudah hampir”, kata datuk.

Saya angkat kepala, toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada batang tubuh manusia
yang lihat. Saya lihat muka datuk. Dia senyum dan dia bagaikan tahu apa
yang bergolak dalam diri saya.

"Cuba renung ke depan”, bisik datuk.

Saya pun renung ke depan. Dari celah-celah daun serunai laut itu, saya lihat
tiga manusia datang kearah kami. Dua daripadanya membawa senapang
kampung laras dua. Seorang lagi membawa kayu bulat kira-kira enam kaki

297
panjangnya. Sambil melangkah mereka merenung ke kiri dan ke kanan
macam mencari sesuatu. Akhirnya, mereka terus duduk atas tanah datuk.

"Keluar”, kata datuk.

"Ke mana?" tanya saya.

"Rapat pada mereka”

"Merbahaya tu tok”

"Kau ni suka sangat bantah cakap orang, ikut saja sudahlah”, datuk mula
marah dan menarik saya keluar dari bawah rimbunan daun serunai laut.

Datuk suruh saya berdiri sambiI meletakkan tapak tangan kanan atas
bahagian punggung.

"Jatuhkan tangan itu dan melangkah perlahan-Iahan”, perintah datuk saya


patuhi.

Kerana kami melangkah begitu hati-hati dan datang pula dari arah belakang,
ketiga-tiga manusia yang duduk itu tidak sedar kami sudah menghampiri
mereka. Datuk pura-pura batuk. Ketiga-tiga manusia itu melompat dan
terkejut besar. Salah seorang daripada mereka menghalakan muncung
senapang itu.

"Kerana awak berniat mahu menembak lepaskan tembakan itu”, kata datuk.

Orang itu tergamam melihat wajah datuk yang dibasahi peluh. Senapangnya
terlepas dari tangan, datuk terus menyambarnya. Melihat senapang sudah
berada di tangan datuk, kawannya yang seorang lagi jadi cemas.
Kawannya itu merasakan keselamatan dua orang kawannya dalam bahaya
dan tanpa berfikir panjang orang itu menghalakan hujung senapangnya ke
arah datuk lalu menarik pemetik senapang. Senapang itu tidak berbunyi dan
mengeluarkan peluru walaupun pemetiknya ditarik berkali-kali. Melihat
keadaan yang ganjil itu, orang itu jadi cemas. Mukanya pucat.

"Saya tidak berniat jahat pada awak semua. Kenapa mahu menembak kami?
Awak bertiga masuk ke tanah saya”, beritahu datuk pada orang ketiga.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Datuk memulangkan senapang di


tangannya kepada orang yang berhak.

"Saya bukan musuh. Saya bukan komunis yang mesti awak takutkan”,
tambah datuk lagi.

Saya lihat orang bertiga menarik nafas panjang. Mereka bersalam dengan
datuk minta maaf. Datuk pula minta mereka melepaskan tembakan ke udara
kerana menurut datuk, peluru senapang itu harus dikeluarkan kerana itu
adalah merupakan niat dari tuan punya senapang. Kalau tidak dilepaskan

298
senjata itu akan memakan tuannya sendiri. Berpandukan pada petua datuk
itu, kedua lelaki yang memiliki senapang berlaras dua melepaskan tembakan.
Gema dari tembakan itu menguasai seluruh kawasan di pinggir banjaran
gunung Titiwangsa yang mengakibatkan monyet-monyet liar bertiampiaran
lari, melompat dari dahan ke dahan. Dedaun getah muda dan tua
berguguran. Suasana di kawasan tersebut jadi haru-hara.

Bila suasana sudah tenang, datuk pun mengajak ketiga-tiga orang itu bersila
di atas tanah. Kerana kami ada membawa air kopi dan goreng pisang datuk
pun menjamu mereka. Rasa kemesraan terjalin antara kami dengan orang
bertiga.

Saya merenung ke arah lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang de-
ngan parut besar melintang atas dahinya. Dia kelihatan resah tidak menentu
macam ada sesuatu yang dibimbangkannya. Tetapi, dua orang lagi
kawannya tidak begitu resah atau bimbang.

"Ceritakan pada saya”, datuk mengajukkan pertanyaan pada orang yang


berbadan tegap itu. Orang itu kerutkan dahinya lalu memandang kepada dua
orang kawannya. Dan kawannya memberikan isyarat supaya menjawap apa
yang di soal datuk.

"Kami mencari kawan kami yang ghaib tiba-tiba waktu menembak burung
belibis”, lelaki berbadan tegap membuka rahsia.

Datuk anggukkan kepala sambil melihat langit yang cerah dan bersih.

"Di mana?"

"Di kolam dekat kaki gunung waktu senja”

"Bila hilangnya?"

"Kira-kira dua hari yang lalu”

"Awak semua ni dari mana?"

"Kami dari Talang, Kuala Kangsar”

"Jauhnya mencari burung belibis”

"Ada orang yang diberitahu kami di situ tempat burung belibis mandi senja”

Datuk menarik nafas panjang. Datuk menikam-nikam tanah dengan ranting


getah. Orang bertiga itu melihat sahaja telatah datuk. Wajah orang bertiga
itu jadi pucat bila datuk memberitahu mereka, sejak lepas perang Jepun,
sudah tujuh orang ghaib di kaki gunung itu kerana menembak burung belibis.
Kehilangannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.

"Masuk kawan awak ini, sudah jadi lapan orang”, ujar datuk sambil menyapu

299
peluh yang berkumpul dipangkal dagu dengan tapak tangan kiri. Orang
bertiga berpandangan sesama sendiri. Saya melihat ke arah lubang yang
baru saya korek.

"Kalau kami tak jumpa, kami nak buat sembahyang ghaib”, mendadak sahaja
orang berbadan tegap bersuara sambil menggosok laras senapangnya.

Saya tahu bila datuk merenung awan berarak, ertinya dia mencari ke arah
mana tiupan angin itu menuju. Datuk tersenyum, dia sudah menemui apa
yang di carinya.

"Awak semua berhajat benar nak menemui kawan awak yang hilang tu”,
tanya datuk minta kepastian.

"Memang berhajat. Kami mahu mencari mayatnya untuk disempurnakan


pengebumiannya sebagai seorang Islam. Pihak warisnya berharap benar
pada kami mencarinya”, jawab orang berbadan tegap.

Belibis ialah sejenis burung yang bentuk badannya hampir serupa dengan itik
biasa. Tetapi ukurannya lebih kecil. Biasanya terbang berkawan dan mencari
makan di bekas-bekas lombong dan paya yang terpencil. Dagingnya boleh
dimakan oleh orang Islam dan rasanya lebih kurang macam daging ayam
hitam.

Datuk terus berpeluk tubuh. Rapatkan kedua belah matanya dan mulutnya
membaca sesuatu. Datuk bertafakur lebih kurang dua minit. Dia muka mata
kembali, renung wajah orang bertiga dengan tenang.

"Sebenarnya kau orang masuk kawasan orang lain. Kawan yang hilang tu
namanya Usman, ada isteri dan anak. Satu anaknya bekerja sebagai kerani
Jabatan Parit dan Taliair di Kuala Kangsar, umurnya baru 32 tahun”, demikian
datuk memberi keterangan tentang orang yang hilang. Orang bertiga besar
mengakui apa yang datuk katakan itu memang benar.

"Apa dia ditawan oleh komunis?" tanya orang berbadan tegap.

"Tidak, ada di kawasan kolam tinggal tu”

"Masih hidup lagi ke?"

"Susah nak cakap”, balas datuk sambil tersenyum.

Datuk dan orang bertiga mengadakan perundingan dan datuk pula bersedia
memberikan khidmatnya untuk membantu mereka. Supaya kerja yang akan
dilakukan berjalan lancar, datuk mengajak mereka tinggal di rumah datuk.
Tawaran datuk itu mereka terima. Datuk pun mengadakan rundingan kilat
dengan orang bertiga. Datuk bersedia memberikan khidmatnya bagi
mengatasi masalah yang mereka hadapi. Tawaran dari datuk yang tidak
pernah mereka duga itu amat mengembirakan mereka.

300
"Kita akan mencari orang yang ghaib tu dua hari lagi. Kita mulakan pada
sebelah petang dan kita mesti berada di tepi kolam tempat belibis turun
sebelum waktu senja”, datuk meluahkan rancangan pada orang yang
tergonggok di hadapannya.

Ada beberapa persediaan yang perlu datuk adakan. Orang bertiga itu perlu
dibekalkan dengan beberapa tangkal tertentu bagi menghindarkan diri
mereka dari diresapi semangat penunggu kolam. Lebih kurang pukul satu
petang, kami pun sampai dirumah. Datuk menyuruh orang bertiga mandi di
sungai. Saya terus memberitahu nenek supaya memasak nasi dan sayur
lebih dari bisa. Ada tetamu baru yang harus di jamu makan sampai kenyang.

Bila selesai sembahyang Zuhur, kami pun terus makan. Memang enak makan
pucuk ubi bersama gulai lemak pucuk labu dan nasi dari padi huma. Lepas
makan saya terus tersandar di dinding rumah. Datuk menyuruh salah
seorang dari orang bertiga itu pulang ke tempatnya untuk memberitahu pada
orang-orang ditempatnya yang diri mereka berada dalam keadaan selamat.

"Biarlah saya saja yang pergi”, orang yang berbadan tegap itu menawarkan
diri.

Tidak ada bantahan dari kawan-kawannya yang lain. Orang itu pun segera
berangkat dengan janji dia akan sampai kerumah datuk sebelum tengah hari
keesokannya. Lepas sembahyang Asar, datuk terus mengajak kenalan
barunya berborak di bawah pokok manggis. Sedang asyik berborak, dua
orang anak muda datang menemui datuk. Datuk terkejut dengan kedatangan
anak muda yang tidak di kenalinya itu. Rasa terkejutnya itu segera hilang
dari dari hati datuk, bila salah seorang anak muda itu memperkenalkan
dirinya sebagai Abdul Rahman Hitam datang dari Parit Terachi, Negeri
Sembilan.

"Kami sebenarnya mengelilingi tanah semenanjung dengan berbasikal,


singgah ke sini nak jumpa Mohammad Ramli, kawan saya sama-sama belajar
di Ipoh dulu”,kata Abdul Rahman Hitam yang berbadan kurus.

"Di Ipoh belajar dimana?",soal datuk.

"Trade School, macam Ramli”

"Macam mana tahu rumah ini?"

"Ikut alamat yang diberi oleh Ramli”


"Ramli itu cucu saya, dia baru dua hari pergi ke Segamat”

"Apa halnya?"

"Kerja. Dia jadi juruteknik rendah JKR di sana”

Abdul Rahman Hitam termenung panjang. Rasa hampa terbayang di


wajahnya. Datuk terus menepuk bahu kanan Abdul Rahman dua kali, sambil

301
menjeling ke arah kawannya yang duduk atas bangku panjang bawah pokok
manggis.

"Sabarlah. Satu hari nanti kau akan berjumpa juga dengannya”, ujar datuk.

"Dia kawan baik saya, dah lama kami tak jumpa”, keluh Abdul Rahman
sambil menggigit ibu jari kiri.

Datuk pun memperkenalkan saya dengan Abdul Rahman Hitam. Datuk


memberitahu padanya, saya adalah salah seorang daripada cucunya yang
dipelihara sejak berusia sebulan. Dan Abdul Rahman memberitahu saya, dia
salah seorang pekerja syarikat lombong besi iaitu EMMCO di Bukit Besi,
Terengganu. Dia dihantar oleh syarikat tersebut belajar ke Trade School Ipoh
mengikuti kursus jurutera selama tiga tahun. Di Ipoh dia berkenalan dan
berkawan rapat dengan sepupu saya Mohammad Ramli. Bila dia tamat
belajar dia terus berhenti dari menjadi pekerja dengan syarikat tersebut.

Abdul Rahman mahu meneruskan cita-cita mengelilingi dunia dengan basikal


dan mahu menetap di Jerman Barat di samping meneruskan pelajarannya di
bidang kejuruteraan. Tidak lama Abdul Rahman bercakap dengan datuk dan
saya, kira-kira satu jam sahaja. Kemudian Abdul Rahman Hitam dan
kawannya meneruskan perjalanan ke utara. Bila selesai mengelilingi tanah
semenanjung, dia akan mengelilingi dunia pula.

Tetapi sejak petang itu cerita tentang diri Abdul Rahman Hitam tidak saya
ketahui. Apakah dia berjaya dalam cita-citanya atau dia masih hidup lagi kini,
saya pun tidak tahu. Malah, sepupu saya pun tidak pemah menyebut tentang
dirinya.

"Dia anak muda yang bercita-cita besar”, kata datuk pada saya sebaik sahaja
Abdul Rahman dan kawannya meninggalkan kawasan rumah.

Suasana petang itu cukup damai. Langit cerah dan angin bertiup lemah
tetapi, mampu menggugurkan daun-daun manggis yang tua. Datuk
mengajak dua orang kenalannya itu pergi menjala ikan di sungai untuk di
buat lauk makan malam. Kenalannya itu setuju. Saya dengan nenek pula
pergi ke sawah melihat dan memetik buah terung dan mentimun yang
ditanam atas batas bendang. Sebelum menjelang waktu Maghrib kami
berkumpul kembali di rumah.

Pada sebelah malam membawa ke waktu subuh datuk menghabiskan


masanya dengan membaca Al-Quran. Pada sebelah paginya, datuk mengajar
kedua kenalannya cara membaling buluh runcing supaya tepat pada
sasarannya. Menurut datuk, perkara itu perlu untuk mereka bila masuk ke
dalam hutan kelak. Datuk tidak mahu mereka menggunakan besi jika
berhadapan dengan binatang buas.

Masa yang ditetapkan pun tiba. Datuk sudah pun mengikat benang hitam
bercampur putih pada pergelangan tangan kiri kedua orang kenalannya,
manakala kenalan yang berbadan tegap pula datuk gantungkan benang

302
hitam bercampur putih di lehernya.

"Kau aku jadikan harapan”, kata datuk pada lelaki yang berbadan tegap itu.

Datuk menyerahkan pada mereka buluh kuning sepanjang tiga kaki, tiap se-
orang. Datuk melihat matahari di langit.
Dia membaca sesuatu dan melangkah tiga tapak ke depan lalu memacakkan
buluh kuning yang dibawanya kesitu. Datukpun menyukat bayang buluh itu
dengan tapak kaki kanannya. Dia merenung wajah saya dan orang bertiga
dengan tersenyum.

"Dah pukul lima lebih, eloklah kita pergi, semua barang-barang dah siap?",
datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki yang berbadan tegap.

"Dah”, jawab lelaki itu.

"Periksa lagi sekali. Kita terpaksa bermalam dalam hutan, kalau tak kena
caranya, kita pula yang sesat”

"Ah, seram juga dengarnya. Biarlah saya periksa”

Lelaki berbadan tegap itu terus memeriksa barang-barang yang akan dibawa
sekali lagi. Dia yakin, semua barang yang diperlukan oleh datuk sudah ada.
Tetapi datuk tidak puas hati, dia sendiri memeriksa barang-barang itu bagi
kali terakhir.

"Saya puas hati”, katanya pada kami.

Tanpa banyak bicara datuk meninggalkan pesan pada nenek, kalau dia tidak
pulang dalam masa tiga hari, dia
minta nenek memberitahu orang-orang kampung supaya mencarinya. Nenek
berjanji akan melaksanakan semua pesan datuk, dan nenek memberikan doa
selamat atas keberangkatan rombongan kami pada petang itu.

Bila sampai kegigi hutan, datuk menyuruh lelaki berbadan tegap dan
berambut panjang jadi kepala jalan. Pada mulanya lelaki berbadan tegap itu
enggan memenuhi permintaan datuk dengan memberi berbagai-bagai
alasan.

"Jangan takut, aku tak membiarkan kamu susah, aku ada bersama kamu. Aku
ingat kamu ikut saja cakap aku ni. Kamu sudah biasa datang ke sini, ini lebih
memudahkan kita, cepat sampai ke tempat yang dituju," suara datuk mula
keras.

"Saya ..... saya"

"Usah berdalih lagi. Jalan saja. Kalau aku jadi kepala jalan lambat sampai
nanti. Semua kerja kita tak menjadi"

"Baiklah"

303
Lelaki berbadan tegap yang berambut panjang itu membawa kami masuk ke
kawasan hutan sebelah kanan. Saya mula terasa sukar untuk melangkah.
Kaki saya selalu sahaja tersepak akar-akar kayu. Pokok-pokok besar yang
terdapat di situ semuanya dililit oleh akar yang berjuntaian, sesekali saya
melihat ular daun memanjat akar menuju ke dahan pokok besar.

Nyamuk mula terasa menggigit muka dan telinga, manakala pacat hutan
berkeliaran di daun-daun kayu dan cuba memanjat tubuh kami. Bunyi
burung-burung hutan yang bersahutan membuat bulu tengkuk saya
meremang. Beberapa ekor pelanduk melompat-Iompat di celah-celah perdu
pokok besar.

"Jangan anaiyakan binatang itu, dia mahu hidup," pesan datuk bila dia
melihat lelaki berbadab tegap mahu melontarkan buluh runcing ke arah
binatang terse but.

Lelaki berbadan tegap itu segera minta maaf pada datuk. Matahari
bertambah condong. Perjalanan menjadi bertambah sukar. Lelaki berbadan
tegap dua tiga kali tersungkur akibat tersepak akar kayu.

"Jauh lagi ke ?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.

"Tak jauh lagi, lebih kurang lima rantai dari sini"

"Tak apalah," balas datuk sambil meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba lelaki berbadan tegap itu berhenti melangkah. Mukanya pucat dan
undur mendapatkan datuk. Keadaan jadi kelam kabut sebentar. Seekor
harimau duduk mencangkung di hadapan kawasan yang akan kami lalui.
Datuk tersenyum dan memaksa lelaki berbadan tegap itu mara. Ternyata
lelaki berbadan tegap itu tidak berdaya melangkah. Dia jatuh terjelupuk.
Kedua orang kawannya bersedia untuk lari tetapi dihalang oleh datuk.
Perbuatan datuk itu menimbulkan kemarahan pada mereka dan mereka
menghalakan buluh runcing kearah datuk.

"Awak berdua jangan nak buat kurang ajar dengan saya”, datuk mula marah.

Saya menggigit bibir dan terus duduk di pangkal pokok besar sambil
memerhati dengan teliti kearah harimau. Saya lihat harimau itu menjelirkan
lidahnya dan terus menguap.

"Awak nak anaiyakan kami!”, jawap salah seorang dari mereka.

"Anaiya apa, saya nak tolong awak”

"Harimau ada di depan awak suruh pergi”

"Apa salahnya?” ,

304
"Awak nak suruh kami mampus!”, pekik orang itu lalu merodokkan buluh
runcing ke perut datuk.

Buluh runcing itu tidak dapat menembusi perut datuk. Orang itu jadi serba
salah. Bila orang itu mencuba merodok perut datuk untuk kali yang kedua,
harimau yang ada di hadapan melompat dan terus merebahkan orang itu ke
bumi.

"Jangan”, pekik datuk.

Harimau itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk
menepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu dengan
penuh manja menjilat lengan datuk.

"Kau tahu aku ke sini”, kata datuk.

Harimau itu goyangkan ekornya sambil mengesel-geselkan badannya pada


kaki datuk.

"Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau.

Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk.
Dia mengaum dengan perlahan lalu memusingkan kepalanya dari arah
matahari terbit ke arah matahari jatuh.
"Kita ikut arah yang ditunjukkannya”, kata datuk pada saya.

Datuk menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing


bangun. Begitu juga dengan lelaki yang berbadan tegap. Kali ini saya lihat
gerak-geri lelaki bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk. Mereka
tidak berani memandang wajah datuk. Saya tidak tahu apakah perbuatan itu
kerana malu atau kerana mereka takut pada datuk.

"Biar aku jadi kepala jalan, kalau ada diantara kita berniat jahat, jangan
marahkan saya bila menerima padahnya”, datuk mengingatkan lelaki
bertiga. Mereka diam dan tunduk.

"Untut, kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat”, kata datuk.

Harimau yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri


datuk dari rusuk sebelah kiri. Harimau itu mencium badan datuk dan menjilat
tangan kiri datuk sebelum berlari ke depan semula. Kami terus mengekori
harimau itu. Sebaik sahaja sampai ke satu kawasan lapang harimau itu terus
ghaib. Datuk berdiri di kawasan lapang itu sambil merenung ke kiri dan ke
kanan. Kiri kanan kawasan lapang itu di tumbuhi oleh pokok -pokok buluh.

"Kita dah sampai”, secara mendadak sahaja lelaki berbadan tegap bersuara.

Dia terus berdiri dekat datuk. Tiba-tiba kami terdengar kokok ayam hutan
bertalu-talu. Daun-daun buluh yang tua berguguran meskipun angin tidak
bertiup ketika itu. Saya merenung di bahagian kawasan lapang yang

305
ditumbuhi pokok-pokok buluh. Ternyata pokok-pokok buluh itu bersambung
dengan kawasan hutan yang tebal hingga ke kaki Gunung Titiwangsa.

"Mana kolamnya?", datuk menyoal lelaki berbadan tegap.

"Mari kita ke hadapan lagi”, jawabnya.

Datuk pun mengikutinya. Saya mula terasa sakit pada pergelangan kaki.
Badan mula terasa letih tetapi saya paksakan juga melangkah menuju ke
tempat yang di cari.

"Disini”, jerit lelaki berbadan tegap.

Dan saya melihat sebuah kolam terbentang di hadapan mata dengan airnya
yang cukup jernih. Di permukaaan kolam terdapat pokok teratai dan
kiambang terapung-apung. Anak-anak ikan yang melompat mencipta alun
kecil yang menghempas pada batang teratai. Suasana terasa nyaman dan
sunyi sekali. Datuk segera memerintahkan kami mencari tempat yang sesuai
untuk tempat duduk. Datuk dan lelaki berbadan tegap itu terus mengelilingi
kolam tersebut. Sesekali saya terdengar suara harimau mengaum yang
memberikan keyakinan pada saya bahawa kami berada dalam keadaan yang
selamat.

Saya lihat langit yang terbentang. Awan berselisih bersama pancaran


matahari yang membekalkan keadaan yang samar-samar di sekitar kawasan
kolam.

"Pukul berapa?", tanya saya pada salah seorang kenalan datuk yang duduk
dekat saya. Orang itu segera melihat jam tangannya.

"Lagi lima minit pukul enam setengah”, katanya.

"Kalau di luar keadaan tak macam ini”

"Tentulah kita sekarang berada di tengah hutan, pokok-pokok besar ini


melindungi sinar matahari”

"Betul cakap awak tu”, tingkah saya.

Kami berbalas senyum. Kawannya yang seorang lagi membakar ranting-


ranting kayu untuk di buat unggun. Asap yang datang dari unggun itu
menghalau nyamuk dari menggigit kami. Datuk dan lelaki tegap tu masih lagi
mengelilingi kolam. Saya terus duduk mencangkung macam Cina kalah judi.
Saya masih memikirkan bagaimanakah rupa dan bentuk burung belibis itu.
Tanpa saya sedari, datuk dan lelaki berbadan tegap itu sudah berdiri di
belakang saya. Datuk merenung ke tengah kolam macam mencari sesuatu.
Semua orang yang berada di situ diam tidak berkata melihat keadaan datuk.

"Di mana hilangnya?", tanya datuk pada lelaki berbadan tegap.

306
"Di situ”, lelaki berbadan tegap itu menunjuk ke arah sebuah busut jantan
yang tidak jauh letaknya dari perdu buluh.

Datuk anggukkan kepala. Datuk mengeliat dan menguap panjang, kemudian


terus duduk dekat perdu buluh. Datuk termenung panjang di situ. Suasana
yang tenang dan damai itu dipecahkan oleh bunyi suara azan. Kami
berpandangan sesama sendiri. Kami tidak tahu dari arah mana suara azan itu
datang. Bila suara azan itu ghaib, datuk segera bangun menuju ke bibir
kolam. Datuk benamkan tangan kirinya ke dalam air kolam kira-kira dua tiga
minit. Datuk buat tidak kisah tentang suara azan yang didengarinya itu.

"Kalau siapa nak mandi boleh mandi, tapi jangan pergi jauh”, ujar datuk pada
kami.

Dia terus memacakkan buluh kuning yang di bawanya dalam kolam. Datuk
terus basuh muka sambiI mulutnya bergerak-gerak macam membaca
sesuatu. Keadaan di sekitar kawasan kolam bertukar dari samar-samar
menjadi gelap. Bunyi burung-burung hutan mula kedengaran tingkah me-
ningkah antara satu sama lain. Datuk terus memandang ke arah saya dan
kawan-kawannya.

"Siapa yang mahu mandi, silalah turun”, suara datuk lembut.

Tidak ada seorang pun yang mahu memberi jawapan atas pertanyaan datuk
itu, masing-masing membatu dengan wajah cemas. Datuk pun beredar dari
bibir kolam, berdiri dekat unggun api.

"Kalau mahu mandi, jangan lepas dari kawasan buluh yang aku pacakkan tu”,
tambah datuk sambil membuka baju.

"Saya tak mahu mandi”, tiba-tiba lelaki berbadan tegap bersuara.

Dan dua orang lagi rakannya juga memberikan jawaban yang sama. Datuk
tersenyum sambiI membuka seluar dan membelitkan kain basahan ke
pinggangnya. Datuk terus terjun ke dalam kolam. Setelah selesai mandi dan
menyarungkan kain dan baju ke tubuhnya, datuk terus ambil air
sembahyang. Bila melihat datuk berbuat demikian kami terus ambil air
sembahyang.

Kami pun sembahyang Maghrib dan datuk jadi imamnya. Tidak ada sesuatu
pun yang mengacau kami ketika itu. Bila selesai memberi salam, saya lihat
ada harimau duduk tertungguk berhampiran perdu buluh. Bila datuk selesai
membaca doa, harimau tersebut terus ghaib. Datuk tukar pakaian. Dia
menyarungkan seluar dan baju hitam ke tubuhnya. Datuk lilit kepalanya
dengan kain merah dan mendongakkan kepalanya ke langit, melihat langit
dan awan kira-kira dua tiga saat.

"Kau yakin tempat ini belibis turun?”, soal datuk pada lelaki berbadan tegap.

Lelaki itu anggukkan kepalanya. Datuk kerutkan kening, dia terasa sudah

307
cukup lama menanti, sedangkan belibis tidak juga turun bermain dalam
kolam. Datuk terus berpeluk tubuh sebentar. Sepasang matanya tertumpu
kepada air kolam yang tenang itu.

"Baiklah, kita mulakan sekarang. Jangan ada di antara kamu menegur apa
yang aku buat”, datuk mengeluarkan perintah dan dia terus duduk bersila.

Kami pun segera mencari tempat duduk yang sesuai. Datuk terus menekan
bumi dengan ibu jari kiri. Tiga kali berturut-turut dia melakukan perkara itu.
Kemudian datuk pun meletakkan kedua lengannya atas kepala lutut kiri dan
kanan. Mulutnya membaca sesuatu dan kedua belah matanya dirapatkan.
Datuk menumpukan seluruh pancainderanya ke alam ghaib. Anehnya, saya
lihat datuk berkali-kali menggelengkan kepalanya dan berusaha dengan se-
daya upayanya menyatukan seluruh perasaannya dengan alam ghaib. Wajah
datuk terus berpeluh.

Suara burung hantu mula kedengaran. Pokok-pokok buluh bergoyang dengan


sendirinya macam dilanda ribut besar. Bermacam jenis suara mula
kedengaran. Ada suara orang bertempik, ada suara orang membaca syair
bersama paluan gendang. Bila suara itu hilang, seekor ular sawa sebesar
batang kelapa merayap di hadapan kami. Ular sawa itu menuju kearah datuk
lalu membuka mulutnya di belakang datuk. Badan datuk bagaikan berada
dalam rahang ular itu. Manakala bahagian badan ular pula melingkari
kawasan datuk duduk, tetapi, datuk tidak menghiraukan semuanya.

Kenalan datuk yang bertiga tidak dapat berkata apa-apa, wajah mereka
pucat. Beberapa saat kemudian ular itu ghaib. Air dalam kolam pula
berkocak. Kemudian berhenti, suasana kembali aman. Tidak ada sebarang
keganjilan berlaku. Semuanya seperti keadaan biasa. Datuk berhenti dari
tugasnya. Datuk nampak resah sekali, wajahnya yang dimandi peluh nampak
merah. Saya terus menyuruh lelaki berbadan tegap menyalakan lampu
gasolin. Tergesa-gesa dia membuka bungkusan yang di bawanya. Dia
keluarkan lampu gasolin dan minyak tanah lalu memasangnya. Cahaya
gasolin menerangi seluruh kawasan tanah lapang. Datuk menggaru pangkal
kening kirinya berkali-kali. Sesekali dia merenung ke arah busut jantan.

"Susah. Dia sudah tidak bernyawa lagi”, keluh datuk.

38. Suara Azan Dalam Kolam

“Dapat mayat nya pun jadilah”, sahut lelaki berbadan tegap.

Datuk angguk kepala dan tersenyum dalam cahaya gasolin yang memancar
garang.

"Baiklah, kalau dah begitu hajat kamu”, nada suara datuk cukup lembut.

Dia menyuruh saya memadamkan lampu gasolin.

308
"Memadailah dengan cahaya unggun saja”, bisiknya pada saya.

Datuk bangun dan terus menghentak tumitnya ke bumi berkali-kali. Datuk


menggigit bibirnya sambil melangkah tiga tapak ke depan dan undur tiga
tapak. Kemudian berdiri macam patung dengan kedua belah tangannya
terletak atas dada.

"Ada kamu dengar sesuatu?”, datuk bertanya pada kami.

"Tak ada”, jawab kami serentak.

Datuk menggigit jari. Saya lihat apa yang datuk lakukan semuanya tidak
kena. Macam ada sesuatu yang menghalangnya. Datuk terus bertafakur
beberapa saat. Akhirnya, dia membongkok dan menumbuk bumi sebanyak
tiga kali berturut-turut. Bunyi bumi yang ditumbuk oleh datuk jelas
kedengaran. Lepas itu tidak ada apa yang kedengaran lagi. Tiba-tiba saya
terdengar bunyi suara burung. Saya terus toleh kiri dan toleh kanan. Bila
saya melihat kearah kolam, dada saya berdebar-debar. Seluruh kolam itu
sudah dipenuhi dengan burung belibis. Burung-burung itu mandi sambil
membelai bulunya dengan asyik.

Datuk masih bertafakur. Mulutnya bergerak-gerak macam membaca sesuatu.


Suara orang mengilai kedengaran lagi. Pokok-pokok sekitar kolam mula
bergoyang dirempuh angin. Serentak dengan itu terdengar suara gadis
membaca ayat-ayat suci. Bila suara gadis itu hilang, seekor burung belibis
hitam terbang dipermukaan air dan akhirnya hinggap diatas dahan pokok
yang menjulur ke atas kolam. Angin pun berhenti bertiup. Mata burung
belibis yang bertenggek atas dahan itu bagaikan merenung ke arah kami.

Dari atas dahan itu burung belibis hitam terbang ke arah busut jantan dan
hinggap di situ. Datuk masih lagi membaca sesuatu. Seluruh badannya
dibasahi peluh. Saya terus menahan nafas, saya tidak mahu bunyi tarikan
nafas saya akan mengganggu datuk yang sedang menjalankan tugasnya.
Malam pekat terus menguasai sekitar kawasan kolam.

Burung belibis yang hinggap di busut jantan terus hilang dari pandangan
mata saya. Bunyi bising mula kedengaran bercampur dengan suara petir,
bumi bagaikan bergegar. Saya terus berdoa semoga jangan terjadi gempa
bumi atau puting beliung. Saya lihat datuk mula bergerak kearah busut
jantan. Kami bergerak mengikut datuk dengan hati-hati. Kami menarik nafas
panjang. Di atas busut jantan tertonggok satu lembaga yang besar. Duduk
bersila dengan kedua belah tangannya mendakap dada. Lembagayang
berkulit hitam tanpa baju itu bagaikan sedang menghening cipta atau
bertafakur.

Datuk terus mara ke arahnya. Lebih kurang dalam jarak lima kaki darinya
datuk terus berhenti. Kami jadi resah . Tetapi, tidak seorang pun yang berani
menyatakan keresahan masing-masing.

"Pergilah ke kolam itu semula, tepuk airnya tujuh kali kemudian sapukan ke

309
muka, dengan berbuat begitu saja mayat orang yang hilang itu akan timbul”,
kami terdengar suara lelaki.

Suara itu parau dan bernada keras. Saya yakin suara itu keluar dari mulut
datuk. Rasa ragu yang timbul di hati saya itu segera hilang. Suara itu adalah
suara lembaga yang duduk atas busut jantan tetapi, telah di pindahkan ke
dalam diri datuk. Ertinya datuk sudah berjaya mempersatukan perasaannya
dengan alam ghaib. Seterusnya kami dapat mendengar percakapan yang
terjadi antara datuk dengan lembaga itu seperti berikut.

"Ada lagi yang mahu aku pinta padamu"

"Apa dia, cakaplah sekarang"

"Kami mohon keselamatan diri orang-orang yang datang ke sini. Janganlah


diri mereka dianaiya"

"Boleh. Dengan syarat jangan menembak atau membunuh rakyat aku. Kalau
mahu, minta cara baik"

"Bagaimana caranya?"

"Sebelum menembak atau menangkap rakyat aku, sembelih kambing dan


darahnya buang ke dalam kolam"

"Baik"

Bila suara itu tidak kedengaran lagi, datuk terus menampar dada sebelah
kanan tiga kali. Lembaga di atas busut jantan terus hilang dari pandangan
kami. Datuk tergesa-gesa meraba kedua belah kelopak matanya, bagaikan
orang yang baru sedar dari tidur.

"Kita turut saja apa yang diperintah oleh orang di sini”, kata datuk kepada
kami.

Dia menyuruh saya menghidupkan lampu gasolin. Perintahnya itu saya ikut.
Bila lampu gasolin sudah menyala, seluruh kawasan itu terang benderang.
Burung-burung belibis yang tadinya penuh satu kolam sudah tidak kelihatan
lagi . Air kolam nampak tenang dengan pokok-pokok teratai dan kiambang di
permukaannya. Kerana waktu Isyak masih ada, kami terus menunaikan
sembahyang Isyak dan imamnya tetap juga datuk.

Lepas sembahyang, kami merebahkan badan dan terus tidur. Datuk


menghabiskan masa malam dengan membuat amalannya. Dia berdoa dan
membaca Surah Yasin. Selepas menunaikan sembahyang subuh, datuk terus
melakukan senaman. Bila matahari mula terbit di kaki langit, kami sudahpun
berkumpul dibibir kolam. Datuk akan melakukan upacara menepuk air kolam
tersebut.

"Bersedialah. Kalau buruk yang datang kita tentang, kalau baik yang datang

310
kita tatang”, ujar datuk sambil duduk mencangkung di bibir kolam.

Rasa sejuk menguasai seluruh badan kami. Dengan hati-hati datuk pun
menepuk air di kolam. Tepukan itu menimbulkan gelombang di permukaan
kolam, pokok-pokok teratai dan kiambang bergerak ke sana ke mari,
bersama hembusan angin yang cukup kuat. Bila datuk menyapukan air kolam
ke mukanya, gelombang dan angin yang bergemuruh itu terus berhenti.
Kemudian datuk menyuruh kami menepuk air di kolam dan menyapu ke
muka masing-masing. Bila upacara itu selesai datuk terus duduk di tepi
kolam sambil mulutnya berkomat-kamit membaca sesuatu. Lebih kurang
sepuluh minit datuk berbuat demikian, tiba-tiba mengapung tubuh manusia
dipermukaan kolam.

"Usman, mayat Usman”, pekik lelaki berbadan tegap.

Dia segera mahu masuk ke dalam kolam. Datuk segera menahan dengan
menolaknya ke belakang. Lelaki berbadan tegap itu jatuh ke atas bumi. Muka
datuk jadi merah. Marah benar dia dengan perbuatan lelaki itu, memang
pantang tujuh keturunan pada datuk jika ada orang lain mahu mendahului
kerja-kerjanya.

"Kalau aku yang memulakannya, biarlah aku yang menyelesaikan se-


muanya”, nada suara datuk cukup keras.

Dia pun menyingsing lengan dan melipatkan kaki seluarnya. Mata datuk
tertumpu pada mayat yang terapung atas permukaan kolam. Datuk segera
membuka kain yang mengikat kepalanya. Kain itu diletakkannya atas bahu
kanan. Dengan tenang datuk turun ke dalam kolam. Air dalam kolam mula
bergelombang. Pancaran matahari pagi yang menikam permukaan kolam
menimbulkan cahaya kilau kemilau pada gelombang air yang membentuk
bulatan kecil. Datuk terus berenang mendapatkan mayat yang terapung.
Lelaki gagah yang jatuh di tolak oleh datuk tadi segera bangun, dia
mengarahkan kawan-kawannya supaya membuat pengusung. Saya tidak
mahu membantu mereka. Saya lebih senang melihat tindak-tanduk datuk
yang berada dalam perut kolam.

Datuk terus menarik mayat Usman ke tepi kolam. Dengan bantuan orang
bertiga, mayat Usman diletakkandi atas pengusung. Untuk mengusung
mayat ke tepi jalan raya bukanlah satu perkara yang mudah.

"Begini saja, biarkan mayat itu di situ, kita pulang sekarang”, datuk
mengeluarkan perintah yang ganjil.

Muka orang bertiga nampak cemas. Tetapi, mereka tidak berani bertanya
kenapa datuk berbuat demikian. Datuk menyuruh kami keluar dari kawasan
kolam itu dahulu. Kami patuh pada perintahnya. Ketika kami melintasi pokok
besar di tengah kawasan hutan, kami bertemu dengan seekor harimau yang
melangkah gagah, tanpa merenung ke arah kami.

Harimau itu menuju ke kawasan kolam. Bila kami sampai ke tepi jalan raya,

311
mayat Usaman sudah berada di situ. Datuk berdiri tidak jauh dari mayat
tersebut, bercakap dengan beberapa orang anggota Pasukan Polis Hutan.
Bila saya memeriksa kawasan tempat mayat Usman diletakkan, saya tersua
dengan tapak kaki harimau. Saya senyum sendirian. Datuk meminta
pertolongan dari rakan karibnya bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.
Datuk menghampiri kami. Datuk terus memberitahu kami, Pasukan Polis
Hutan itu mahu masuk ke dalam hutan untuk melancarkan gerakan mencari
Usman yang hilang.

Salah seorang adik Usman yang bertugas sebagai guru sekolah di Kuala
Kangsar telah mengadu kepada polis atas kehilangan abangnya itu. Salah
seorang pegawai Pasukan Polis Hutan menemui datuk. Mereka berjabat
salam dan mempamirkan senyum masing-masing di bawah sinaran matahari
pagi yang cerah.

"Saya ASP Mualim Hamid”, dengan keramahan, pegawai yang berbadan


tegap dan berkumis rapi memperkenalkan dirinya pada datuk. Mayat Usman
yang terkapar di bibir jalan terus ditutup dengan kain pelikat oleh kawan-
kawannya.

"Anak orang mana?", tanya datuk.

"Orang Kota Bharu, Kelantan. Tetapi ayah saya berasal dari Perak"

"Dari daerah mana tu nak?"

"Saya kurang periksa pula tu"

"Bukan apa-apa. Ada saudara sepupu isteri saya yang merantau ke Kota
Bharu. Orang dari Kampung Gurap dekat Ipoh. Menurut ceritanya tinggal di
Daerah Kubang Krian dan membuka perusahaan batik di situ"

"Menarik juga ceritanya. Tak pernah jumpa dia?"

"Belum pernah. Tetapi saudara maranya ramai di sini iaitu anak buah
abangnya, Uda Lanca"

"Cubalah cari di sana"

"Memang ada niat di hati tu kalau panjang umur nanti sampailah saya. Saya
nak cari anak-anak atau cucunya”, kata datuk pada pegawai Pasukan Polis
Hutan itu.

Datuk dan ASP Mualim Hamid terus menemui kawan-kawan Allhyarham


Usman. Datuk dan ASP Mualim Hamid bercakap-cakap dengan mereka.
Kemudian ASP Mualim Hamid menghubungi pegawai Polis Daerah Dinding
(sekarang Manjung) di Lumut.

"Sekejap lagi mayat ini akan dihantar ke tempatnya dengan kereta polis”,
beritahu ASP Mualim Hamid kepada datuk.

312
ASP Mualim Hamid terus memerintahkan anak buahnya masuk ke dalam dua
buah trak yang berhenti di situ .
Datuk pun menghantar ASP Mualim Hamid ke jipnya. Sebelum jip itu
bergerak, lagi sekali ASP Mualim Hamid bersalaman dengan datuk. ASP
Mualim memberikan alamat rumahnya kepada datuk.

"Kalau ada masa lapang datanglah ke rumah saya di Hulu Kinta. Boleh kita
bercerita panjang”, kata ASP Mualim Hamid dari dalam jip.

"Tengoklah, kalau ada rezeki dan panjang umur, sampailah saya ke rumah
anak”, balas datuk dengan tenang.

Ketiga-tiga buah kenderaan yang membawa anggta Pasukan Polis Hutan


terus bergerak. ASP Mualim Hamid dan anak buahnya melambai-Iambaikan
tangan kepada kami. Kami membalasnya dengan rasa bangga. Datuk
menghampiri mayat Usman. Kemudian datuk menyuruh orang yang
berbadan tegap dan kawannya mengangkat mayat Usman untuk diletakkan
di tempat yang redup.

Lebih kurang pukul sepuluh pagi, sebuah jip polis tiba. Dua orang polis
meluru keluar. Mereka terus menuju ke tempat mayat Usman. Datuk terus
menghampiri pemandu jip. Datuk bercakap dengannya sebentar. Datuk
menarik pengusung dari belakang jip dengan dibantu oleh pemandu jip yang
berkulit agak cerah. Tingginya lebih kurang sama dengan tinggi datuk. Datuk
dan pemandu jip membawa alat pengusung ke tempat mayat Usman. Mayat
Usman pun diletakkan atas pengusung dan di bawa ke dalam perut jip.

"Awak tak pergi sarna?" tanya pemandu jip pada datuk.

"Tidak. Kawan-kawannya boleh tunjukkan tempatnya”, balas datuk sambil


menepuk bahu pemandu jip itu. Dua tahun kemudian saya mendapat tahu
nama anggota polis yang menjadi pemandu jip itu ialah Mior Hassan. Ayah
kepada kartunis dan novel Mishar dan penyanyi terkenal Sohaimi Meor
Hassan.

"Saya doakan selamat sampai”, ujar datuk lagi.

Pemandu jip itu tersenyum dan terus menghidupkan injin jipnya. Beberapa
saat kemudian jip itu meninggalkan kami. Suasana di situ terasa sunyi, tidak
banyak kenderaan yang lalu di situ. Saya dan datuk terus pulang. Sampai di
rumah, nenek menyambut kami di kepala tangga dengan wajah yang agak
sugul. Datuk tidak bertanya pada nenek kenapa dia berkeadaan demikian.
Datuk terus pergi ke sungai. Datuk mandi dan membersihkan badannya.
Lepas menunaikan sembahyang Zuhur datuk dan saya terus makan. Selesai
sahaja makan, datuk terus berehat di anjung rumah sambil membuka
beberapa buah kitab agama.

Saya terus baring di ruang tengah rumah membilang atap serta melihat
beberapa ekor kupu-kupu sesat yang masuk ke rumah. Kupu-kupu itu

313
berlegar-Iegar disitu mencari jalan ke luar. Nenek terus mendekati datuk.
Duduk berhadapan dengan datuk. Tergesa-gesa datuk menutup kitab yang
dibacanya.

"Apa yang awak susahkan ni”, datuk mengajukan pertanyaan sambil meraba
pangkal kening kirinya beberapa kali. Nenek menarik nafas panjang. Wajah
datuk direnungnya lama-lama.

"Apa yang awak risaukan? Cakaplah dengan saya”, soal datuk lagi. Nenek
garu pangkal lehernya berkali-kali. Kerongkongnya bagaikan tersekat untuk
memperkatakan sesuatu kepada datuk. Saya bangun terus menghampiri
datuk dan nenek. Wajah mereka saya tatap. Temyata mereka dalam
keresahan.

"Semalam ada orang datang mengugut kita semua. Kalau awak campur
dalam urusan mereka”, nenek bersuara lemah.

"Siapa orangnya?"

"Saya tak kenal, mereka datang berdua. Badan mereka tegap-tegap belaka"

"Apa katanya?"

"Kalau awak menolong Kiai Muslih, mereka nak bunuh kita semua. Mereka
nak bakar kita hidup-hidup"

Datuk menarik nafas panjang setelah meridengar keterangan dari nenek.


Datuk sandarkan badan pada dinding. Datuk merenung keluar, melihat
pangkal pokok mempelam di halaman rumah yang di panah matahari
petang.
Saya lihat datuk kerutkan keningnya macam mengingati sesuatu. Datuk cuba
mengingati orang-orang dimusuhinya. Datuk gelengkan kepala, sepanjang
ingatannya tiada orang yang dimusuhinya.

"Siapa mereka?", tanya datuk pada nenek.

"Saya tak kenaI"

"Lupakan saja. Tidak ada manusia yang mati kerana sumpah dan ugutan"

"Tapi kita kena berjaga-jaga"

"Saya faham”, datuk bersuara lemah. Datuk bangun dan terus turun dari
rumah. Saya mengikuti datuk yang duduk di bangku panjang di bawah pokok
manggis. Datuk termenung panjang di situ. Datuk menekan-nekan bumi
dengan ibu jari kaki kirinya. Tiba-tiba datuk menepuk pangkal paha kirinya
tiga kali berturut-turut.

"Aku tahu dan aku ingat siapa Kiai Muslih”, kata datuk dengan tekanan suara
yang meninggi.

314
Dia terus berdiri dan memeluk tubuhnya erat-erat. Sepasang mata datuk
merenung tajam ke hadapan. Datuk merapatkan kelopak matanya perlahan-
Iahan sambil menarik nafas. Dadanya nampak berombak dan kedua belah
bahu dan kedua belah cuping telinganya bergerak-gerak sendiri. Datuk
membuka matanya. Muka datuk saya lihat berpeluh.

"Siapa Kiai Muslih, tuk?" tanya saya.


"Dia kawan aku satu masa dulu. Orangnya baik dan kuat beribadat. Pelik
kenapa orang memusuhinya”, keluh datuk sambil menggosok pangkal
hidungnya hingga merah.

Datuk terus mengelilingi pokok manggis dua tiga kali, macam mencari
sesuatu. Dahinya masih berkerut. Saya hanya melihat sahaja telatah datuk.
Kemudian datuk mencari arah angin datang.

"Mari”, datuk menarik tangan saya.

Pada mulanya saya menduga datuk akan mengajak saya pergi kekawasan
tanah yang agak tinggi. Dugaan saya tidak tepat. Datuk mengajak saya
masuk ke rumah. Datuk kembali membaca kitab-kitab agama hingga
menjelang waktu Asar. Lepas sembahyang Asar, datuk kelihatan resah tidak
menentu. Keresahan itu berlanjutan hingga waktu Maghrib dan Isyak. Semua
yang di buatnya serba tidak kena. Macam ada sesuatu yang besar
mengganggu dirinya.

"Kiai Muslih baik orangnya”, keluh datuk sambil menggigit ibu jari kanannya.
Waktu itu sudah pukul sebelas malam.

"Tamar"

"Kenapa tuk?"

"Kau tidur dekat tuk malam ini"

"Baik tuk"

Saya pun membentangkan tikar mengkuang di anjung rumah. Kemudian


nenek memberikan saya sebiji bantal. Saya terus merebahkan badan. Datuk
terus membaca Quran. Tiba-tiba datuk berhenti membaca Quran. Dia
merenung ke arah saya.

"Ingat, bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas dan mengucap dua kalimah
syahadah dan hadapkan badan kamu ke kiblat, barulah kau tidur"

"Baik tuk”, saya pun patuh dengan apa yang diperintahnya.

Dalam beberapa detik saya terus terlena. Lebih kurang pukul tiga pagi datuk
kejutkan saya. Bila saya buka mata, saya lihat datuk sudah memakai baju
hitam dan seluar hitam. Kepalanya sudahpun dililit dengan kain merah

315
sebesar dua jari.

"Ke mana tuk?"


"Jangan banyak cakap, ikut sahaja cakap aku"

"Tuk marahkan saya?"

"Aku tak marah cuma menegur aja”, balas datuk dengan ketawa kecil.

Saya senang hati kerana berjaya mengusik datuk. Wajahnya yang kelihatan
serius sudah berubah. Wajah datuk nampak manis bila ketawa, meskipun
kulit pipinya sudah berkedut. Dengan langkah yang tenang saya ikut datuk
keluar dari rumah. Suasana terasa amat sepi sekali. Badan terasa cukup
dingin. Dalam keadaaan subuh yang damai itu, saya dan datuk menuju ke
kawasan tanah lapang yang agak tinggi kedudukannya dari tanah
sekelilingnya. Datuk terus duduk bersila di atas tanah itu. Saya duduk
sebelah kanannya. Datuk lekapkan tapak tangan kanan ke dada sebelah kiri.
Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Datuk terus bangun dan berdiri
tegak menghadap ke arah barat daya. Suasana cukup sepi. Tetapi langit
kelihatan begitu cerah. Saya lihat kabus mula bangkit di kawasan yang agak
rendah. Kedua belah cuping telinga saya terasa sejuk di sentuh angin.

"Kiai Muslih, Kiai Muslih”, datuk bersuara.

Tidak ada apa-apa yang kedengaran kecuali bunyi deru angin yang datang
dari arah barat daya. Datuk tarik nafas panjang.

"Kiai Muslih, Kiai Muslih”, ulang datuk lagi.

"Ya, kenapa?" saya terdengar suara.

Saya tidak dapat mempastikan dari arah mana suara itu datang. Saya renung
kiri kanan, hadapan belakang kalau kalau ada manusia yang muncul di situ.
Tidak ada orang lain selain daripada kami.

"Kau sihat sekarang Muslih?"

"Sihat"

"Keadaan kampung kamu bagaimana?"

"Kemarau panjang"

"Boleh aku datang ke sana?"

"Memang itu yang aku harapkan. Sudah dua kali aku menghubungi kau
dengan angin, tapi tak berjaya"

"Macam mana kau tahu aku ada di sini."

316
"Tiba-tiba saja hati aku tergerak dan ada alamat yang menunjukkan kau
mahu bercakap dengan aku, kerana itu aku cari tempat yang sesuai untuk
bercakap dengan kau"

"Hajat kita sudah ditunaikan oleh Allah"

"Syukurlah pada-Nya"

"Baiklah Kiai Muslih, esok aku datang"

Saya terpegun melihat keadaan yang serba aneh itu. Memang ganjil dua
manusia yang duduk berjauhan boleh bercakap dengan perantaraan angin.

"Balik”, saya terkejut.

Apa yang saya fikirkan dalam kepala semuanya hilang. Saya tergesa-gesa
bangun dan melangkah mengikut langkah datuk yang begitu cepat. Tetapi,
saya tetap berazam mahu bertanya pada datuk berhubung dengan peristiwa
yang berlaku itu. Hati saya cukup gembira. Tanpa di duga sesudah
sembahyang subuh dan mandi embun, datuk menceritakan pada saya apa
yang dilakukannya itu adalah jalan terakhir dalam usahanya untuk
membantu seorang kawan.

"Bercakap dengan perantaraan angin tak boleh dilakukan selalu, kecuali


sudah terdesak terutama waktu darurat”, kata datuk.

"Kenapa begitu tuk?"

"Banyak amalan yang mesti dibuat sebelum melakukannya dan orang yang
kita lawan bercakap pula mestilah tahu petua dan syarat. Orangnya mesti
warak, jiwanya mesti bersih"

"Saya faham tuk."

Pagi itu, nenek melepaskan kami dengan iringan airmata. Nenek bimbang
kalau langkah kami pagi itu, merupakan langkah terakhir. Nenek tidak mahu
datuk menemui ajal di tempat orang. Kalau boleh biarlah datuk
menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

"Usah bimbang, kita pergi bukan mencari lawan, niat kita baik. Kalau sudah
ajal itu lainlah”, datuk memujuk nenek.

"Tapi, orang tu dah beri amaran"

"Ajal maut bukan di tangan manusia. Kau harus tahu Allah yang lebih berhak
dan berkuasa"

"Entahlah”, suara nenek cukup lemah.

Tetapi hatinya terus berdoa pada Allah semoga kami selamat pergi dan

317
selamat pulang. Kami sampai di kampung Kiai Muslih yang terletak di daerah
Sungai Manik kira-kira pukul lima petang. Kiai Muslih yang berasal dari
Pakalungan, Jawa Tengah menyambut kedatangan kami dengan tangan
terbuka. Menurut datuk Kiai Muslih datang ke Tanah Semenanjung sekitar
tahun tiga puluhan. Sebelum menetap di daerah Sungai Manik dia pemah
tinggal di Johor.

"Bagaimana sekarang Kiai?"

"Alhamdulillah, saya setakat ini masih sihat"

"Cucu perempuan awak dah besar sekarang?"

"Dah jadi anak dara. Sudah bertunang dengan orang di Langkap"

"Siapa namanya?"

"Suariati"

"Tunangnya orang Jawa juga ke?"

“Tidak dengan orang Banjar"

"Ingat dulu, nak dijodohkan dengan cucu saya"

"Tak ada jodoh, carilah cucu saya yang lain"

Sebaik sahaja Kiai Muslih selesai bercakap, datuk terus ketawa sambil
menjeling ke arah saya. Petang itu juga Kiai Muslih membawa datuk dan saya
melawat ke kawasan sekitar kampungnya. Saya dapati parit dan sungai
semuanya kering kontang, tanah sawah kelihatan gersang dan merekah.
Menurut Kiai Muslih, sudah tiga bulan hujan tidak turun. Tetapi penduduk-
penduduk di situ tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan air minum
kerana pihak Jabatan Kerjaraya yang berpusat di Teluk Intan membekalkan
air sehari dua kali iaitu pada sebelah petang dan pagi. Air yang dikhaskan
untuk diminum itu juga digunakan untuk membasuh dan mandi. Masalah
besar yang dihadapi oleh para penduduk ialah tanah sawah yang menjadi
punca rezeki mereka tidak dapat diusahakan.

Saya dan datuk hanya dapat menyatakan rasa simpati terhadap nasib
malang yang menimpa penduduk di situ. Datuk juga berjanji pada Kiai Muslih
untuk berikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut. Pada sebelah malamnya,
datuk dan Kiai mengadakan perundingan untuk mengajak para penduduk
mengadakan sembahyang hajat. Belum pun Kiai Muslih memberi kata putus
mengenai cadangan datuk itu, seorang penduduk mengetuk pintu rumah Kiai
Muslih. Cepat-cepat Kiai Muslih membuka pintu.

"Kenapa?", tanya Kiai Muslih pada orang yang datang.

"Ketua kampung suruh berkumpul di dewan, ada mesyuarat"

318
"Dah malam baru mengadakan mesyuarat, kenapa tak buat pada sebelah
siang?"

"Saya tak tahu. Kalau mahu ikut datang ke dewan, jangan banyak cakap”,
balas orang yang datang lalu menghilangkan diri.

Datuk dapat mempengaruhi Kiai Muslih untuk patuh dengan arahan ketua
kampung itu. Tanpa membuang masa lagi, kami terus menuju ke dewan.
Waktu kami sampai di dewan orang sudah ramai berkumpul di bawah sinaran
tiga buah lampu gasolin. Tidak sampai dua minit kami duduk di dalam
dewan, ketua kampung pun tiba dan terus memberikan ucapan. Ketua
kampung meminta orang yang hadir memberikan pandangan untuk
mengatasi masalah kemarau panjang yang melanda kampung mereka.
Sebaik sahaja ketua kampung berhenti bercakap, Kiai Muslih terus bangun
dan berkata:

“Masalah hujan sebenamya adalah kekuasaan Allah. Tetapi Allah juga telah
memberikan fikiran dan akal pada manusia untuk berikhtiar supaya tidak
menyerah diri begitu saja pada alam”, Kiai Muslih berhenti bercakap.

Dia merenung setiap wajah yang ada di dalam dewan.

"Kita sebagai manusia wajib berikhtiar dan berusaha untuk menguasai alam
demi untuk meneruskan hidup kita, berjaya atau tidaknya terletak pada
kuasa Allah. Anehnya, bila saya mengajak tuan-tuan berusaha semuanya
tidak mahu”, Kiai Muslih menambah.

Tiba-tiba perhatian orang yang ada di dalam dewan tertumpu ke arah


seorang anak muda yang secara mendadak menumbuk dinding dewan. Anak
muda itu meluru ke tengah dewan. Berdiri di situ.

"Orang tua ini menyuruh kita berdoa. Dari dulu lagi dia suruh kita berbuat
demikian. Apa dengan berdoa hujan boleh turun dari langit”, kata anak muda
dengan suara yang cukup lantang.

Orang yang berada dalam dewan berpandangan sama sendiri. Tetapi ketua
kampung anggukkan kepala seolaholah bersetuju dengan pendapat anak
muda itu. Kiai Muslih kelihatan tenang sambil meraba-raba janggutnya.

"Allah Maha Pemurah”, balas Kiai Muslih dengan penuh keyakinan.

“Allah selalu memperhatikan doa orang yang takwa serta beriman”, tambah
Kiai Muslih.

Seorang penduduk bangun lalu bertanya, "Apa yang patut kita lakukan Kiai?"

Belum pun sempat Kiai Muslih memberikan jawapan, datuk segera berkata:

"Bagi mereka yang percaya dan yakin, marilah kita melakukan sembahyang

319
Istisqa untuk memohon pada Allah supaya segera diturunkan hujan rahmat,
hujan yang memberikan air kehidupan pada manusia, insyallah permintaan
kita akan dikabulkan"

Anak muda yang menumbuk dinding segera merenung ke wajah datuk.

"Awak siapa?"

"Saya kawan Kiai Muslih"

"Awak tahu ini bukan urusan awak"

"Saya tahu, apa awak tidak sedar sesuatu yang baik memang dituntut oleh
Allah untuk dilakukan oleh umatnya"

Anak muda itu terdiam mendengar kata-kata dari datuk. Ketua kampung
segera menyuruh anak muda itu duduk. Setelah diadakan perbincangan
selanjutnya, mesyuarat pun ditamatkan dengan dua kumpulan. Kumpulan
pertama orang yang mahu melakukan sembahyang Istisqa. Kumpulan kedua
orang yang tidak mahu melakukannya yang terdiri dari orang yang tidak ada
pendirian dan jarang melakukan ibadah. Kumpulan kedua ini diketuai oleh
anak muda dan ketua kampung yang menganjurkan pada orang-orang
kampung supaya menggali telaga dan kolam sebanyak-banyaknya untuk
mengatasi masalah kemarau. Pada waktu yang dijanjikan, kedua kelompok
ini menjalankan rancangan masing-masing.

Sembahyang memohon hujan turun dilakukan di halaman surau kampung


tersebut. Yang bertindak selaku imam ialah Kiai Muslih sendiri. Manakala
kelompok anak muda membawa cangkul ke tengah sawah menggali kolam
dharurat. Beberapa hari kemudian, terdapat tanda-tanda hari akan hujan.
Langit kelihatan mendung dan gerimis mula turun yang diikuti kemudiannya
dengan hujan yang amat lebat. Semua penduduk merasa gembira
menyambut kedatangan hujan terutama mereka yang melakukan
sembahyang tempohari.

39. Dendam Orang Sabar

Selama satu minggu saya dan datuk berada di kampung Kiai Muslih, boleh
dikatakan hari-hari hujan turun. Kalau tidak sebelah pagi, sebelah petang
pasti hujan. Orang-orang mula mengerjakan sawah masing-masing.
Walaupun masalah kemarau yang melanda kampung itu sudah berakhir,
tetapi Kiai Muslih meminta datuk tinggal disitu untuk beberapa bulan lagi.
Kiai Muslih menjadikan datuk teman rapatnya untuk mengajar agama di
beberapa buah kampung sekitar daerahnya.

"Kenapa datuk terima permintaannya?",saya menyoal datuk pada suatu pagi.

Datuk tersenyum dan memberitahu saya, dia terpaksa berbuat demikian


kerana dia merasakan keselamatan diri Kiai Muslih tidak terjamin. Tetapi,

320
datuk sendiri tidak dapat mencari siapakah orang yang mahu
menjahanamkan diri Kiai Muslih.

"Alamat dan petua yang aku pakai bagaikan memberitahu sesuatu yang tidak
baik. Apa salahnya kita tengok dan lihat dulu Tamar. Lagi pun Kiai Muslih tu
orang berilmu, banyak yang boleh aku belajar darinya”, demikian datuk
memberitahu saya. Dan saya tidak membantah apa juga kemahuan datuk.

Sepanjang masa saya dan datuk tinggal di rumah Kiai Muslih, ternyata
rumahnya tidak putus-putus di kunjungi oleh para penduduk. Mereka datang
menemui Kiai Muslih dengan berbagai-bagai maksud. Kebanyakan yang
datang itu adalah orang-orang sakit dan sudah puas menemui doktor tetapi,
sakit yang di tanggung tidak juga mahu sembuh. Bila mereka menemui Kiai
Muslih dengan izin Allah penyakit yang di rawat itu terus sembuh. Biasanya,
Kiai Muslih akan memberikan orang yang sakit itu minum air sejuk yang
sudah dijampinya terlebih dahulu. Kemudian tangannya bergerak sendiri
mencari bahagian-bahagian yang sakit. Bila sudah bertemu, disempurnakan
dengan membaca ayat suci dari Al-Quran.

Kemudian pesakit itu akan diubat dengan ramuan tradisional. Perbuatannya


itu seperti tidak masuk di akal. Tetapi anehnya, kebanyakan pesakit yang
dirawatnya sembuh atau bertambah kurang penyakitnya. Kerana
kebolehannya yang luar biasa itu, Kiai Muslih amat dihormati oleh para
penduduk disitu, dia dianggap sebagai orang tua yang berilmu tinggi. Saya
amat kagum dengan sikap Kiai Muslih yang tidak pernah membesarkan diri.
Dia amat menghormati datuk. Melihat keadaan itu, mustahil ada orang lain
yang mahu memusuhi dirinya.

"Aku gagal mengubat dan memulih semangat seorang lelaki di Tanjung


Malim”, Kiai Muslih mengadu pada datuk.

"Apa sakitnya?"

"Bila bulan terang dia akan menjerit, penyakitnya cukup ganjil. Aku yakin dia
dirasuk syaitan. Rumahnya besar dan pada setiap malam dia tidur dengan
perempuan cantik. Aku harap kau dapat menolong aku"

"Tengoklah dulu"

"Aku harap benar-benar pertolongan kau"

"Begini saja, minggu depan kita kesana”, datuk memberikan jawapan.

Kiai Muslih cukup gembira sambil memandang ke halaman rumahnya. Datuk


mengeliat lemah dan saya melihat jam di tangan. Sudah pukul tiga petang.
Kerana keadaan cuaca agak baik, Kiai Muslih mengajak datuk melihat tanah
sawahnya. Datuk memenuhi permintaan itu. Ketika berjalan di tepi sawah itu,
anak muda yang mempersendakan Kiai Muslih muncul di hadapan kami.
Anak muda itu terus menahan perjalanan kami. Dia rapat pada Kiai Muslih.

321
"Pinangan saya di tolak, apa kurangnya saya dengan anak muda dari
Langkap tu”, nada suara anak muda itu keras.

"Suriati yang tidak mahu. Lagi pun jodoh kau dengannya tak ada"

"Suadahlah muka sial”, anak muda itu terus meninggalkan kami. Kiai Muslih
masih tersenyum menghadapi peristiwa itu.

Dua hari kemudian sesudah peristiwa di tepi sawah itu terjadi, penduduk--
penduduk kampung Kiai Muslih jadi gempar. Seorang wanita berusia dalam
lingkungan tiga puluhan ditemui mati di pinggir sawah. Seluruh badannya
hitam. Perempuan malang itu ialah sepupu dengan anak muda yang
mempersendakan Kiai Muslih di dewan dulu.

Serentak dengan itu tercetus khabar-khabar angin yang mengatakan


perbuatan itu dilakukan oleh Kiai Muslih. Orang yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan berita itu mengatakan, Kiai Muslih memelihara syaitan dan
perbuatannya itu dilakukan sebagai membalas dendam pada anak muda
yang menjatuhkan air mukanya di khalayak ramai. Golongan yang tidak
bertanggungjawab itu lalu mengapi-apikan anak muda yang sememangnya
memusuhi Kiai Muslih, supaya melakukan sesuatu. Anak muda yang sudah
hilang perhitungan itu lalu bertindak liar. Anak muda itu terus mendatangi
rumah Kiai Muslih. Kerana Kiai Muslih tidak ada di rumah, anak muda itu
terus memukul isteri Kiai Muslih kemudian menikam cucu Kiai Muslih iaitu,
Suriati hingga mati.

Anak muda itu terus mencari Kiai Muslih yang sedang dalam perjalanan
pulang ke rumahnya dari kedai. Anak muda itu tanpa berkata sepatah apa
pun terus menikam Kiai Muslih. Kiai Muslih rebah ke bumi. Saya dan datuk
secara kebetulan pula tidak pulang bersama Kiai Muslih dari kedai petang itu.
Bila kami sampai ke tempat kejadian itu, Kiai Muslih masih bernyawa. Kami
segera membawanya ke rumah. Sampai di rumah Kiai Muslih mendapati
cucunya sudah tidak bernyawa lagi dan kepala isterinya berdarah. Datuk
terus merawat Kiai Muslih.
Datuk juga menasihatkan Kiai Muslih supaya bersabar. Saya disuruh oleh
datuk supaya tinggal di rumah Kiai Muslih kerana datuk mahu melaporkan
kejadian itu pada pihak berkuasa. Saya terus duduk disisi Kiai Muslih yang
terbaring di dalam rumahnya. Tiba-tiba saya terkejut, Kiai Muslih bangun.
Mukanya merah. Dia boleh berjalan macam orang sihat.

"Kau uruskan bersama datukmu jenazah cucu aku”, katanya pada saya.

"Mahu ke mana ?", tanya saya.

Kiai Muslih tidak menjawap dan terus keluar rumah. Kehilangan Kiai Muslih
merunsingkan hati datuk. Walaupun isterinya sudah dihantar ke Hospital
Teluk Intan dan jenazah cucunya sudah di kuburkan, Kiai Muslih tidak juga
muncul-muncul. Kesempatan itu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh
pihak yang menyebarkan fitnah. Kononnya Kiai Muslih melarikan diri kerana
tidak sanggup menghadapi kemarahan orang kampung terhadap

322
perbuatannya. Datuk menafikan semua tuduhan itu, akibatnya datuk dituduh
bersuhabat sama dalam
kerja terkutuk itu. Datuk di beri kata dua untuk membuktikan kebenaran
cakapnya itu dalam tempoh dua hari oleh ketua kampung. Jika datuk gagal,
ketua kampung minta datuk dengan hormatnya keluar dari kampung
tersebut.

"Tamar, inilah ujian yang berat buat aku, kita harus menggunakan
kesempatan ini dengan sebaik-baiknya Tamar”, kata datuk pada saya, sebaik
sahaja dia pulang dari menemui ketua kampung kira-kira pukul dua petang.

Selepas sembahyang Zuhur di kampung tersebut, datuk terus menuju ke


rumah Kiai Muslih. Dia terus duduk bersila di anjung rumah tersebut. Kedua
belah tapak tanganya terlekap atas tempurung lututnya. Datuk bertafakur.

"Keimanan Kiai Muslih tercabar, sabarnya sudah hilang. Dia mahu membalas
dendam yang sepatutnya tidak boleh dilakukan olehnya, kemarahan yang
dipengaruhi syaitan sudah menguasai dirinya”, dengan mendadak datuk ber-
suara, wajahnya kelihatan muram. Datuk mengajak saya pergi ke arah
kawasan bukit yang terdapat di situ. Cuaca yang tadi terang mula muram
dengan awan hitam di langit. Datuk dan saya terus meredah hutan tebal.
Akhirnya, kami sampai di situ kawasan lapang. Di atas batu besar kelihatan
Kiai Muslih duduk bersila bertafakur.

"Mantera hitam, mantera putih bersatulah”, kedengaran suara Kiai Muslih.


Kemudian Kiai Muslih menumpukan kekuatan batinnya, menyatukan rasa
dengan alam. Dari mulutnya terkeluar bermacam-macam mantera yang kian
lama kian keras diucapkannya.

"Kiai berhentikan perbuatan itu, kau sudah dipengaruhi syaitan”, jerit datuk
berkali-kali.

Kiai Muslih mempersetankan larangan datuk. Dia terus membaca


manteranya. Awan hitam di langit semakin menebal dan guruh mula
bersahut-sahutan. Datuk menggunakan kekuasaaan batin untuk
menghubungi diri Kiai Muslih. Saya lihat dahi datuk berpeluh dan mukanya
merah, macam udang kena bakar. Tiba-tiba datuk tersungkur atas bumi
macam dihentak sesuatu. Saya mula resah tidak menentu. Dalam keadaan
yang cemas itu hujan pun turun bersama dengan petir. Hujan bagaikan
dicurah-curah lakunya, cukup lebat bersama dengan angin dan petir. Datuk
saya lihat bergerak dan merangkak ke perdu pokok besar. Saya
mengikutinya berteduh di situ. Datuk menangis tersedu-sedu. Dia tidak
putus-putus menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Kiai Muslih yang
terburu-buru itu.

"Semuanya sudah menjadi bubur Tamar, aku tidak berdaya menahan ke-
marahan orang yang paling sabar”, ujar datuk dalam sedu sedan yang
memanjang.

Hujan lebat terus mencurah-curah, beberapa kawasan rendah mula dinaiki

323
air. Menjelang waktu Maghrib seluruh kampung dilanda banjir besar.
Gelombang banjir yang besar itu menghancurkan apa saja yang merinta-
nginya. Kiai Muslih terus membaca manteranya tanpa mempedulikan hujan
dan petir yang meledak di atas kepalanya. Datuk masih juga berusaha untuk
memulihkan semangat Kiai Muslih ke alam nyata. Datuk menggunakan
segala kepandaian yang ada pada dirinya. Usahanya gagal. Saya sudah
menggigil, kulit badan terasa kecut tetapi, datuk saya lihat tidak mengalami
apa yang saya alami. Badannya sentiasa panas dan nampak berasap.

"Kiai, kau sudah sesat", pekik datuk dengan sekuat hati. Serentak dengan itu
Kiai Muslih menoleh kearah datuk.

Tiba-tiba kilat menyambar dengan kuatnya di kepala Kiai Muslih. Lidah petir
yang tajam menyambar kearah Kiai Muslih. Terdengar satu gegeran yang
amat kuat, seluruh kawasan itu dijilat api. Seluruh tubuh Kiai hangus
terbakar. Saya terus pengsan. Bila saya sedar dari pengsan, saya dapati
datuk duduk bertafakur atas bahu di tempat Kiai Muslih duduk. Datuk
membaca ayat-ayat Quran dengan nyaring dan kuat, hujan beransur-ansur
teduh dan akhirnya berhenti terus.

"Allah yang Maha Besar telah menunjukkan pada kita bahawa perbuatan
membalas dendam sesama manusia tidak diperkenankan. Dalam membalas
dendam orang yang tidak berdosa akan terkorban”, kata datuk pada saya,
kemudian datuk melihat mayat Kiai Muslih yang hangus.

Esoknya, bila banjir beransur surut, datuk pun menemui ketua kampung dan
menceritakan perkara yang telah berlaku. Ketua kampung mula sedar dan
insaf. Ketua kampung mengakui yang dirinya telah banyak membuat
kesilapan dan percaya pada khabar-khabar angin, akibatnya banyak anak
buahnya yang tidak berdosa menjadi korban. Ketua kampung juga
memberitahu datuk, anak muda yang menjadi musuh Kiai Muslih hilang di
bawa air yang melanda kampung tersebut. Walaupun begitu, datuk tetap
menasihatkan ketua kampung supaya bersabar.

Ketika saya dan datuk meninggalkan kampung tersebut menuju ke Tanjung


Malim, kami mendapat khabar yang ketua kampung juga menemui ajalnya
secara ngeri. Ketua kampung mati ditimpa pokok kelapa ketika
membersihkan kawasan rumahnya dari sampah sarap yang dibawa oleh air
ketika banjir. Datuk hanya terdiam mendengar berita itu dan terus
menghadiahkan Al-Fatihah pada roh ketua kampung.

Saya tahu, datuk pergi ke Tanjung Malim untuk menunaikan permintaan


arwah Kiai Muslih untuk mengubati penyakit ganjil yang dihadapi seorang
lelaki di tempat tersebut. Kerana kami sampai ke pekan Tanjung Malim pada
waktu senja, kami terus menuju ke masjid. Setelah menunaikan sembahyang
Maghrib dan Isyak di Masjid Tanjung Malim, kami terus pergi ke sebuah kedai
makan di pekan tersebut. Datuk terus bertanya pada tuan punya kedai
tentang seorang lelaki yang tinggal di rumah besar dan mengidap penyakit
ganjil. Tuan punya kedai itu memberikan jawapan yang menghampakan
tetapi, dia berjanji pada datuk untuk menemukan datuk dengan penghulu.

324
"Barangkali penghulu tahu, kalau dia tidak tahu saya akan membantu encik”,
ujar tuan punya kedai.

Setelah membayar harga makanan dan minuman, datuk dan saya pun
segera beredar dari kedai tersebut. Saya kira datuk akan menginap di hotel
malam itu. Kiraan saya itu tidak tepat. Datuk mengambil keputusan untuk
tidur di masjid sahaja.

"Kita tidur di masjid saja, buat amalan sikit. Sementara kita masih hidup ni
buatlah mana patut untuk bekalan hari akhirat”, kata datuk pada saya.

Ketika itu kami sedang melintasi landasan keretapi yang dibina atas dada
jalan raya. Beberapa buah lori dan kereta membunyikan hon menyuruh kami
berjalan ke tepi. Hati saya tiba-tiba jadi marah dengan sikap pemandu
kenderaan itu. Mereka memandu agak laju sambiI memasang lampu besar,
tanpa memikirkan keselamatan orang-orang yang berjalan kaki. Pemandu-
pemandu kenderaan itu merasakan jalanraya tersebut adalah hak mereka
saja. Mereka seolah-olah berlumba dijalanraya sama ada mereka datang dari
arah Kuala Lumpur atau arah lpoh (masa itu lebuhraya Slim River-Tanjung
Malim masih belum ada) masing-masing mahu sampai segera ke tempat
yang di tuju. Mata saya dan datuk jadi silau akibat suluhan lampu kenderaan.

"Kadang-kadang manusia ni, bila dapat kemudahan tidak pernah bersyukur


pada Allah dan tidak pula mahu memikirkan tentang orang lain yang tidak
ada kemudahan”, rungut datuk.

Saya menggigit bibir sambiI memijak rerumput di tepi jalan. Sesekali saya
merenung kearah tiang dan lampu jalan yang setia memancarkan cahaya.
Waktu saya dan datuk masuk ke kawasan masjid, kami bertemu dengan
seorang lelaki berumur sekitar tujuh puluhan memakai kain dan baju Melayu
serta memakai serban hijau. Orang tua yang kelihatan gagah itu memberi
salam. Datuk membalas salamnya dan terus berjabat tangan.

"Ke mana?", tanya orang tua itu pada datuk.

"Cadang tu nak bermalam di masjid ni"

"Memang baguslah tu, berlindung di rumah Allah nanti awak dapat


syafaatnya. Tetapi sebelum tu eloklah awak merepotkan diri ke balai polis
dan nyatakan awak nak bermalam di masjid"

"Apakah ini undang-undang?"

Orang tua yang berserban hijau itu terdiam sejenak dan memalingkan
mukanya ke arah pekan Tanjung Malim. Saya tidak dapat melihat wajahnya
dengan jelas kerana cahaya dari lampu jalan tidak berapa kuat menyinari
kawasan masjid.

"Bukan udang-undang, tapi untuk keselamatan diri awak. Bukan awak tak

325
tahu kawasan sekitar Tanjung Malim belum jadi kawasan putih, sekarang
zaman darurat, musim orang komunis mengamuk”, jelas orang tua itu tanpa
memandang wajah datuk.

"Saya faham sekarang. Terima kasihlah atas nasihat awak"

"Sama-sama, nama saya Haji Ramli, saya nak balik sekarang"

Sebaik saja dia mengakhiri kata-kata itu, dia terus berjalan menuju ke arah
jalan raya. Datuk terpinga-pinga ada semacam kekesalan terbayang di wajah
datuk kerana tidak sempat memperkenalkan dirinya pada orang tua itu.
Tetapi, datuk mematuhi nasihatnya. Kami terus menuju ke balai polis. Salah
seorang anggota polis yang bertugas pada malam itu menyambut keda-
tangan kami dengan ramah. Saya melihat jam yang tersangkut di dinding
balai polis sudah hampir pukul dua belas tengah malam.

"Apa halnya pakcik?"

"Saya dan cucu saya ni nak repot diri, kami nak tidur di masjid”, kata datuk.

"lnilah yang sebaiknya untuk faedah bersama. Waktu darurat begini kadang--
kadang ada pemeriksaan mengejut waktu malam yang masanya tidak me-
nentu. Siapa yang suruh pakcik kemari?"

"Haji Ramli"

"Haji Ramli?”, anggota polis itu nampak resah sambil mengerutkan dahinya.
Anggota polis itu merenung wajah datuk penuh keraguan.

"Kenapa encik?"

"Haji Ramli tu sebenarnya sudah mati kira-kira enam bulan yang lalu dalam
serangan hendap komunis di Behrang.

"Siapa dia Haji Ramli yang sebenarnya encik?"

"Dia sebenarnya sarjan di balai polis ni. Dia orang Kuala Klawang, Negeri
Sembilan. Agaknya pakcik ni silap orang. Pakcik dah mengantuk agaknya”,
anggota polis yang bercakap dalam loghat Kedah itu mengetawakan datuk.

Sesungguhnya datuk tidak tersinggung dengan sikap anggota polis itu. Dan
datuk tidak mahu mempertahankan kenyataan yang dilihatnya. Barangkali
datuk memikirkan perbuatan itu satu perbuatan yang sia-sia. Cukup sukar
menerangkan sesuatu tanpa bersandarkan pada kenyataan yang lojik.

"Barangkali cakap encik betul”, kata datuk sebaik saja anggota polis itu
berhenti ketawa.

Anggota polis itu minta kad pengenalan (kad pengenalan lama yang
bentuknya kembar dua dari kertas biasa, ukuran gambarnya besar sedikit

326
dari ukuran gambar kad pengenalan sekarang). Anggota polis itu menatap
gambar datuk sejenak. Kemudian mencatatkan sesuatu di kertas. Kad
pengenalan datuk dikembalikan. Saya sudah dua tiga kali menguap panjang.

"Pakcik ni mahu ke mana sebenarnya?", soal anggota polis itu lagi.

"Saya datang kemari, nak menolong orang sakit, saya cuma menunaikan
amanat seorang kawan"

"Pakcik ni Tuk Pawanglah?"

"Tidak"

"Dukun?"

"Tidak"

"Bomoh?"

“Juga tidak, saya sekadar mahu membuat jasa sesama manusia"

"Pakcik ni ganjil orangnya"

"Dalam dunia ni tak ada manusia yang ganjil, semuanya sama belaka"

Anggota polis itu tersenyum sinis. Kemudian dia menyerahkan sekeping


kertas kuning yang tercatat nama datuk dan nombor repot. Kertas itu datuk
masukkan ke dalam saku bajunya.

"Terima kasih encik"

"Sama-sama. Bila pakcik mahu meninggalkan masjid untuk pergi ke mana-


mana sila laporkan diri"

"Baik encik"

Datuk dan saya pun meninggalkan balai polis menuju ke masjid. Bila berada
dalam perut masjid datuk terus membaca Al-Quran dan saya pun mencari
tempat yang sesuai untuk merebahkan badan. Tempat yang sesuai saya
temui, badan pun saya rebahkan dalam beberapa saat saja saya sudah tidak
dapat mendengar suara datuk.

Rasa marah dan geram mula menguasai diri saya. Kerana terlalu geram saya
genggam penumbuk lalu menekan penumbuk ke dinding masjid, hingga buku
lima saya terasa sejuk menyentuh simen dinding. Siapa tidak meradang
sedang nyenyak tidur dipaksa bangun.

"Sial”, pekik saya.

"Jangan biadab!”, balas datuk serentak dengan itu tangan kanan datuk

327
menekan rehang mulut saya. Lepas itu, dia menekan pangkal pelipat kaki
kanan saya beberapa minit, hingga muka dan badan saya berpeluh. Badan
terasa segar dan bertenaga rasa mengantuk dan malas terus hilang. Datuk
terus menarik tangan saya menuju ke pintu masjid. Di situ sudah sedia
menanti dua orang lelaki. Mereka tersenyum merenung pada kami. Salah
seorang dari lelaki itu saya kenali, iaitu anggota polis yang kami temui di
balai polis. Dan seorang lagi tidak saya kenali. Orangnya kurus memakai baju
kemeja putih dan berseluar kuning. Wajahnya nampak muram.

"Ada apa encik? Encik nak periksa kami?”, tanya saya.

“Tidak"

"Jadi kenapa encik datang kemari?”, datuk menyoal pada anggota polis.

Saya lihat anggota polis yang menyandang senjata api di bahunya terse-
nyum.

"Begini pakcik. Dia ni kawan saya dan kerjanya pun macam saya juga. Dia
nak minta tolong tengokkan anaknya tidak berhenti-henti menjerit”, anggota
polis itu menjelaskan tujuannya yang sebenar.

Datuk termenung sejenak. Ada rasa kurang senang hati terpamir di


wajahnya. Memang, datuk tidak berapa suka orang lain tahu tentang
kebolehannya. Datuk gigit bibir.

"Saya minta Tuk Pawang tengokkan saja”, rayu lelaki yang memakai baju
putih sambil merenung wajah datuk.

Anggota polis di sebelahnya tidak berkata apa-apa.

"Saya bukan pawang, saya bukan bomoh”, kata datuk serius. Wajah lelaki
yang berbaju putih itu segera berubah.

"Kami minta tolong pakcik”, anggota polis pula merayu. Lagi sekali datuk
termenung panjang.

"Saya bukan bomoh dan bukan pawang , saya cuma boleh berikhtiar saja.
Allah yang menentukan”, nada suara datuk lemah.

"Kami faham dan apa yang kami buat ni adalah ikhtiar kami”, sahut anggota
polis.

Setelah meraba pangkal telinga kanannya dua kali berturut-turut, datuk


memberi persetujuan untuk memenuhi permintaan mereka. Kami pun
meninggalkan kawasan masjid. Dalam jangkaan saya waktu itu sudah pukul
tiga pagi kerana bintang-bintang di langit sudah berkurangan angin pula
tidak sekuat tadi bertiup.

Akhimya, saya dan datuk sampai ke rumah yang di tuju. Anggota polis tidak

328
turut sama, dia kembali ke balai menyambung tugasnya. Masa berada di
rumah itu, kami terdengar bunyi tembakan yang bertalu-talu dari arah barat
laut. Lelaki yang berbaju putih itu memberitahu datuk ada pertempuran di
hutan antara pasukan keselamatan dengan pihak komunis. Datuk hanya ang-
gukkan kepala mendengar penjelasan itu. Tetapi, saya bagaikan terasa ada
sesuatu yang ganjil, lalu saya membuat kesimpulan bahawa diri saya dan
datuk sudah dipermainkan. Saya membuat kesimpulan itu, kerana saya tidak
terdengar suara orang menangis. Suasana dalam rumah itu terasa tenang
dan damai sekali lampu letrik bersinar dengan terangnya. Saya dan datuk
duduk bersila dekat pintu sementara lelaki berbaju putih duduk tidak jauh
dari datuk membelakangi ruang rumah.

"Mana dia anak awak?", tanya datuk.

"Begitulah keadaannya, ada masa dia diam ada masa dia menangis"

"Bawa dia kemari"

Lelaki berbaju putih itu terus memerintahkan isteri membawa anaknya ke


ruang tamu. Isteri lelaki berbaju putih itu dalam lingkungan usia tiga puluhan
berkulit cerah dan tinggi lampai orangnya. Kelopak matanya kelihatan
bengkak, barangkali terlalu lama menangis. Dia pun meletakkan anak yang
dipangku di hadapan datuk. Anak itu cukup nyenyak tidur. Tiba-tiba anak itu
menangis dengan sekuat hatinya. Matanya terbeliak macam melihat sesuatu
yang amat menakutkan, sedangkan kaki dan tangannya bergerak-gerak
macam orang menari mengikuti irama gendang yang di palu.

Datuk tidak melakukan sesuatu terhadap anak perempuan itu. Budak pe-
rempuan itu cukup comel rupa parasnya, berusia kira-kira sepuluh tahun,
berambut ikal yang dipotong separas bahu. Kulitnya cerah macam ibunya
juga.
Dia kelihatan menarik dengan pakaian baju kebaya merah dan berkain hijau.
Budak comel itu terus menjerit dan menangis hingga wajahnya kelihatan
agak kebiru-biruan. Datuk membaca sesuatu lalu memegang tumit kaki gadis
comel. Tangisan dan jeritan budak comel itu terhenti. Dia kembali tidur.
Datuk terus diberi penjelasan oleh lelaki yang berbaju putih.

Menurut lelaki itu, anaknya sudah dua hari dua malam berkeadaan demikian.
Sudah di bawa ke klinik swasta dan doktor mengesahkan anaknya tetap
normal. Beberapa orang dukun tempatan pula mengatakan anaknya itu
terkena sampuk ketika melintasi sebuah busut jantan sekembalinya dari
sekolah. Dukun-dukun itu cuma mengubatinya. Semuanya tidak berjaya
keadaan anaknya tetap macam itu.

"Tolong saya tuan. Anak saya cuma dua orang saja, dialah yang tua. Seorang
lagi lelaki. Apa yang tuan syaratkan saya tunai, ambillah emas di badan saya
ini sebagai cagaran”, isteri lelaki berbaju putih merayu datuk sambil
menangis. Keadaan dalam rumah sudahjadi hara biru, beberapa orang jiran
kiri kanan bangunan sederet itu terjaga. Mereka lalu datang ke tempat kami.

329
"Begini saja. Saya minta awak membaca Al-Fatihah dan Surah Al-Iklas
seberapa banyak boleh. Jangan menangis dan meratap. Perbuatan itu tidak
baik, memberi peluang syaitan menguasai hati awak”, kata datuk dengan
tenang.

Isteri lelaki berbaju putih itu terdiam. Kemudian datuk meminta jiran-jiran
tetangga yang datang supaya pulang ke rumah masing-masing. Datuk
memberitahu mereka selagi mereka berada disitu, datuk tidak dapat
melakukan sesuatu. Permintaan itu dipatuhi oleh jiran-jiran yang datang.
Suasana dalam rumah kembali tenang. Datuk terus menepuk lantai rumah
tiga kali. Mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu, kemudian datuk
meletakkan ibu jarinya atas dahi gadis comel. Ditekannya dahi anak comel
itu hingga berbekas.

"Saya minta maaf. Anak awak ni suka sangat melihat kera berjoget”, kata
datuk sambil memandang wajah lelaki yang berbaju putih dan isterinya.
Mereka kelihatan tercengang. Datuk tersenyum lalu meminta isteri lelaki
berbaju putih itu membangunkan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.
Permintaan itu di tunaikan.

Bila budak lelaki yang berusia lapan tahun itu berada di depan datuk,
wajahnya kelihatan cemas. Datuk pun memegang tapak tangan kanannya
sebentar.

"Jangan takut. Cakap perkara yang betul dengan tuk”, kata datuk sambil
melepaskan tangan budak lelaki yang dipegangnya. Budak lelaki itu
anggukkan kepala.

"Cucu sama kakak ada tengok tarian kera?"

"Ada”

"Seronok tak?"

"Seronok. Kera tu menari joget ikut gendang. Dia menari dekat kakak sambil
memeluk pinggang kakak"

Datuk puas hati dengan penjelasan budak lelaki itu. Datuk menyuruh isteri
lelaki berbaju putih membawa anaknya ke kamar tidur semula. Bila isteri
lelaki yang berbaju putih datang semula dan duduk di sisi suaminya, datuk
pun memperkemaskan silanya. Datuk pun mengedutkan dahinya hingga
pangkal ke dua keningnya seakan-akan bertemu. Mata datuk saya lihat kian
mengecil.

"Mengapa dibiarkan anak perempuan awak dipegang oleh kera yang me-
nari?", pertanyaan itu datuk ajukan pada lelaki yang berbaju putih.

Lelaki itu kelihatan resah, kemudian secara terus terang dia memberitahu
datuk bahawa perkara yang terjadi itu di luar pengetahuan isteri dan dirinya.
Datuk lalu menggesa lelaki berbaju putih mencari kera dan tuannya. Lagi

330
sekali wajah lelaki itu cemas, bukanlah mudah untuk mencari kera dan
tuannya waktu begini.

"Saya tak kenaI dengan tuannya?"

"Begini. Aku rasa kera dan tuannya tu bermalam di kaki lima kedai, cubalah
pergi ke sana. Tetapi ingat, jangan kau apa-apakan dia, bawa dia kemari”,
beritahu datuk.

Lelaki berbaju putih itu segera keluar dari rumah menuju ke balai polis.
Dengan di temani oleh anggota polis yang bertugas di situ dia pergi ke
tempat tersebut. Sementara menanti kepulangan mereka, datuk terus
merawat gadis comel secara kebatinan. Datuk tidak menyentuh kulit gadis
comel itu. Datuk hanya memusingkan hujung bajunya dengan jari kelingking.
Setiap kali hujung baju itu dipusingkan, gadis comel itu akan menjegilkan biji
matanya, macam orang ketakutan.

Saya hanya melihat saja apa yang berlaku di hadapan mata. Sementara
dalam kepala saya tergambar permainan tarian kera yang pernah saya lihat.
Tarian kera ini selalunya dipertunjukkan di kawasan yang menjadi tempat
lalu lintas orang ramai. Kera yang menari itu dikenakan baju cantik, macam
baju orang perempuan serta di beri kipas yang di buat dari bilah buluh. Tuan
punya kera akan memukul gendang dan kera itu akan menari mengikut
rentak dan irama gendang yang dipalu.

40. Pemuda Menjerit Malam

Setelah selesai menari kera itu akan membawa tempurung menemui orang
yang melihatnya. Orang ramai akan mencampakkan wang ke dalam
tempurung. Bila bertemu dengan budak perempuan yang comel kera itu
akan menarik baju atau memeluk pinggang gadis comel sebagai tanda
persahabatan. Tarian kera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang-orang
India yang datang dari Madras. Orang Melayu juga ada menjalankan
pertunjukan ini dengan tujuan mencari wang. Kalau kera itu bertuankan
orang-orang India tarian yang dipersembahkan tetap berunsurkan tarian
India, kalau orang Melayu yang jadi tuannya, kera itu pandai menari joget
atau inang.

Kalau kera betina akan dinamakan Minah dan kera jantan dinamakan Mulung
atau Meletik. Kata orang tarian kera ini ada unsur-unsur sihir yang dapat
menarik perhatian orang ramai serta rasa simpati untuk menghulurkan ban-
tuan, sejauh manakah kebenaran kata-kata itu tidak dapat dipastikan oleh
sesiapapun. Akhirnya, lelaki berbaju putih itu pun pulang. Rambutnya
kelihatan kusut masai dan matanya merah serta berair. Isterinya terus
bertanya:

"Mana keranya bang?"

"Ada di luar"

331
"Bawa masuk”, tingkah datuk sambil bangun.

Beberapa saat kemudian kera dan tuannya muncul di muka pintu. Datuk
mempersilakan tuan punya kera duduk disisinya. Setelah bercakap sebentar
dengannya, datuk sudah dapat mengetahui serba sedikit tentang latar
belakang tuan punya kera itu.

"Saya nak ambil sehelai bulu tengkuk kera ini”, ujar datuk.

Saya jadi hairan mendengar cakap datuk itu. Kalau hanya memerlukan
sehelai bulu tengkuk kera, tidak wajar tuan punya kera itu di bawa bersama.
Suruh saja lelaki berbaju putih itu mencabut sehelai saja bulu kera tersebut.
Ini lebih mudah dan tidak menyusahkan tuan punya kera . Kadang-kadang
saya jadi bodoh dengan sikap datuk. Tuan punya kera tidak membantah
dengan hasrat yang disuarakan oleh datuk. Dia pun menolak kera ke depan
datuk. Dengan tenang datuk mencabut bulu kera tersebut . Isteri lelaki
berbaju putih nampak resah.

"Bulu kera ini saya rendam dalam gelas kira-kira setengah jam, kemudian air
diminumkan pada anak awak, dengan izin Allah setelah air diminum anak
awak akan sembuh. Saya yakin anak awak ni kena sihir bulu kera dan inilah
ubatnya”

Lelaki berbaju putih dan isterinya mendengar cakap datuk dengan teliti. Tuan
punya kera yang berbadan tegap itu terus melurut-Iurut badan keranya. Dia
macam buat tidak kisah dengan apa yang terjadi di depan matanya. Dia
sanggup menanti di situ hingga ke pagi asalkan diberi wang.

Masa terus berlalu, semuanya menanti waktu yang di janjikan dengan dada
yang berdebar. Gadis comel itu sudah dua kali menjerit sekuat hati . Datuk
masih lagi bertahan, dia tidak akan melakukan sesuatu selagi belum sampai
waktu setengah jam. Saya melihat ke gelas, tempat merendam bulu kera.

Sementara itu tuan punya kera terus bercerita tentang pengalaman manis
dan pahit sepanjang waktu dia menjaja tarian kera, merantau dari satu
tempat ke satu tempat. Dia berasal dari Burma dan menetap bertahun-tahun
di India sebelum datang ke Tanah Melayu. Dia tidak menganut sebarang
fahaman agama. Namanya juga sering berubah-ubah mengikut keadaan.

"Bila masuk ke pekan yang banyak orang Melayu, saya jadi Melayu, kalau
masuk estate saya jadi India, kalau pergi ke tempat Cina saya jadi Cina,
nama saya ada tiga, saya tidur tidak kira di mana-mana, kadang-kadang di
masjid, kadang-kadang dikuil atau tokong Cina”, demikian tuan punya kera
menceritakan perihal dirinya penuh bangga dalam bahasa Melayu pasar yang
tonggang langgang tapi boleh difahami.

"Sekarang sudah sampai masanya”, tekanan suara nada datuk penuh yakin.

Dia lalu mengambil gelas yang berisi air dan bulu kera. Dengan sedikit

332
paksaan datuk berjaya memaksa gadis comel itu minum air bulu kera.

"Kita tunggu setengah jam lagi, kalau dia tidak menjerit bererti anak encik
sudah sembuh. Tetapi, kalau dia tidak sembuh atau akan maut kerana sa-
kitnya ini, kera ini terpaksa di sembelih, darahnya di beri pada anak encik
untuk di minum”, semua yang ada disitu bertambah kecut mendengar pen-
jelasan datuk.

Lebih-Iebih tuan punya kera. Lelaki berbaju putih dan isterinya mula
didatangi butir-butir peluh di dahi, mereka sering kali melihat jam di dinding.
Gadis comel terbujur di atas lantai pucat lesi. Masa terus berlalu, kedinginan
kian kuat terasa menyapa tubuh badan saya.

"Limat minit lagi”, kata datuk.

Isteri lelaki berbaju putih anggukkan kepala. Empat minit, tiga minit, dua
minit dan akhirnya tepat setengah jam. Gadis comel itu tidak menjerit, dia
bangun dari tempat baringnya. Datuk menyuruh gadis comel itu membaca
Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah. Gadis itu dapat melakukan
segala-galanya dengan lancar dan teratur. Datuk gembira. Tetapi,
kegembiraan hanya berlaku sebentar saja. Lelaki berbaju putih dan tuan
punya kera bertengkar. Tuan punya kera itu tidak patuh dengan janjinya.

"Waktu saya ajak datang tadi dia mengenakan bayaran sepuluh ringgit,
sekarang dia mahu dua puluh ringgit”, keluh lelaki berbaju putih.

Isterinya pula mula membuka gelang dan kalung di leher untuk diserahkan
pada tuan punya kera. Perbuatan itu segera ditegah oleh datuk. Cepat-cepat
datuk menepuk bahu tuan punya kera dan terus mengambil wang sepuluh
ringgit dari lelaki berbaju putih, lalu diserahkan pada tuan punya kera yang
bagaikan terkena pukau, menerima dan mendengar cakap datuk. Datuk,
saya dan tuan punya kera meninggalkan rumah lelaki berbaju putih. Bila
sampai di luar kawasan balai polis, datuk terus memegang bahu tuan punya
kera.

Tiba-tiba kera yang didukung oleh tuan punya menyerang datuk dengan
menggigit lengan datuk. Ternyata gigi kera yang tajam itu tidak mampu
menembus kulit lengan datuk. Dalam malam yang dingin itu, saya lihat muka
tuan punya kera berubah, dari wajah seorang yang agak bodoh dan tolol
menjadi bengis dan garang. Dia mengarahkan keranya menyerang di.mana-
mana bahagian tubuh datuk. Datuk terus bertahan. Tiba-tiba badan saya
mengeletar, bukan kerana rasa sejuk yang di bawa oleh angin subuh, tetapi,
kerana kera yang saya lihat kecil itu berubah jadi besar. Lebih tinggi dari
datuk, kera itu membuka mulutnya dengan luas , kedua-dua taring yang
panjang dan tajam itu menyeringai. Datuk masih bertenang, dia mengelak
bila kera itu menyerang. Tuan punya kera terus mengeluarkan arahan.

Tiba-tiba datuk berjaya menangkap ekor kera itu. Dalam beberapa saat saja
kera itu kembali kepada keadaan asalnya. Tuan punya kera pula mula me-
nyerang dari sebelah kanan. Datuk mengelak setapak, kemudian memukul

333
pangkal leher tuan punya kera hingga tersungkur. Ketika itu, beberapa orang
anggota polis yang dapat melihat keadaan di luar balai segera keluar. Masa
anggota polis itu sampai ke situ, datuk sudahpun membangunkan tuan punya
kera. Dengan nada suara yang merayu-rayu tuan punya kera minta datuk
jangan mengapa-apakan dirinya.

"Awak jahat. Awak sengaja menggunakan ilmu halus awak untuk memper-
dayakan orang. Saya tahu, awak sengaja kenakan pada budak perempauan
itu. Bila dia sakit awak tahu menawarnya dan awak kenakan bayaran yang
tinggi, ini kerja awak”, kata datuk sambil memulas tangan tuan punya kera.

"Saya cari makan tuan”

"Bukan cara ini awak cari makan, lagi sekali awak buat kerja ni, awak mati
tahu?”, ugut datuk sambiI memeriksa badan tuan punya kera.

Datuk menemui sekeping kulit kera yang sudah kering yang dibalut dengan
beberapa rajah serta tulisan Burma. Datuk bakar kulit keras dan
pembalutnya, datuk tidak peduli dengan rayuan dari tuan punya yang
menyembah-nyembah kakinya.

"Awak balik”, kata datuk.

Tanpa banyak cakap tuan punya kera beredar dari situ dengan wajah yang
muram. Pada anggota polis yang berada di tempat tersebut ,datuk
menasihatkan mereka supaya jangan membenarkan anak-anak perempuan
mereka melihat tarian kera dalam jarak dekat, apa lagi membiarkan kera
memanjat atau memeluk badan anak-anak mereka.

"Tarian tu selalu digunakan oleh tuan punya menyerapkan semangat kera.


Tetapi, tidak semua pula tuan punya tarian kera berperangai begitu. Kita
harus berjaga-jaga. Tarian itu ada unsur-unsur pemujaan roh ghaib”, datuk
membuka rahsia di sebalik tarian kera.

Kemudian kami terus ke masjid. Tidak lama lepas itu waktu subuh sudah tiba,
kami pun bersembahyang subuh dengan orang-orang yang datang ke masjid
tersebut. Kerana memikirkan saya dan datuk orang musafir yang
menumpang tidur di masjid, tidak banyak yang mahu bercakap dengan kami,
walaupun kami bersikap ramah pada mereka. Mereka datang ke masjid
hanya untuk sembahyang saja dan melupakan ajaran agama yang menyuruh
pengikutnya menjalin persahabatan dan kemesraan dengan orang yang
seagama dengan mereka.

Lebih kurang pukul lapan pagi kami pun keluar dari masjid menuju ke kedai
tempat kami makan malam tadi. Sepanjang jalan ke kedai datuk terus
merungut kerana dia tidak melakukan kebiasaannya mandi embun.
Kedatangan kami di sambut oleh tuan punya kedai makan ramah sekali.
Malah, dia turut makan semeja dengan kami. Banyak perkara yang
ditanyakannya pada datuk. Saya kira tuan punya kedai itu seorang yang bijak
kerana sambil bercakap itu dia sebenarnya mengemukakan pertanyaan yang

334
tidak begitu ketara terhadap diri datuk.
Secara tidak langsung datuk sendiri membuka rahsia tujuan sebenarnya
mahu mengubati lelaki yang dikatakan mengidap penyakit aneh itu.

"Sebenarnya, lelaki tu ada hubungan keluarga dengan saya. Tetapi, saya


tidak begitu yakin berubat cara tradisional ni “, kata tuan punya kedai sambil
menghirup air kopi.

Datuk pandang muka saya seolah-olah datuk memberitahu bahawa, dirinya


terperangkap dalam kemanisan budi dan tutur bicara tuan punya kedai.

"Kenapa awak tidak berterus terang dengan saya sejak semalam?”,datuk


melahirkan rasa kurang senangnya.

Tuan punya kedai terdiam. Datuk hirup kopi dengan tenang. Beberapa orang
pelanggan terus keluar dan masuk.

"Minta maaf, kalau saya katakan kebanyakan orang-orang kita ni terutama


yang mendakwa dirinya bomoh dan pawang, selalunya cari kesempatan, ke-
bolehan tidak setinggi mana cakap saja yang melambung”, tuan punya kedai
meluahkan apa yang tersirat dalam hatinya.

Datuk tersenyum sambil menjentik badan cawan dengan jari manisnya. Tuan
punya kedai menyepitkan sebatang rokok cap tembak (Rough Rider) ke
bibirnya. Hujung rokok itu di bakarnya dan disedutnya panjang-panjang. Asap
rokok yang diluahkannya berlegar-Iegar dalam ruang kedai sebelum hilang di
bawa angin pergi.

"Hubungan keluarga macam mana tu?", datuk menyoal tuan punya kedai
sambil menghabiskan sisa-sisa kopi yang ada di dalam cawan.

"Pangkat dua pupu dengan saya”

"Awak kenal dengan Kiai Muslih?"

"Kenal tu tidak, saya cuma kenal pada namanya saja. Kiai itu juga pemah
mengubatnya. Tapi, tidak juga mahu sembuh”

"Apa pendapat awak tentangnya?"

"Dia tu saya rasa jujur orangnya”

"Awak tahu dia dah meninggal?"

"Saya tak tahu, bila dia meninggal?", tuan punya kedai terkejut.

Datuk terus menerangkan pada tuan punya tentang kedudukan yang


sebenarnya. Wajah tuan punya kedai kelihatan cemas sedikit, bila datuk
menyatakan kedatangannya ke situ adalah untuk menunaikan amanat Kiai
Muslih.

335
"Kita sekadar mahu menunaikan permintaan kawan, itu pun kalau kaum
keluarga sipemuda tu setuju. Kita sekadar mahu menolong dan kita
bukannya pawang atau dukun. Kita tidak mencari makan atas nama pawang
atau bomoh”, cukup tentang datuk berkata.

Tuan punya kedai terdiam. Datuk pun bangun untuk membayar harga
makanan serta bersedia mahu meninggalkan kedai tersebut.

"Nanti dulu, maafkan saya kalau tersinggung”

"Saya tak tersinggung, itu hak awak”

"Saya tahu itu hak saya tapi, perbuatan itu kurang baik. Lagi sekali saya
minta maaf. Sebab zaman sekarang, banyak orang menyamar jadi bomoh”

"Selalunya yang asli tetap asli, jarang mahu menunjuk kebolehan”

"Saya setuju”

Bila datuk mahu membayar harga minuman dan makanan, tuan kedai itu
tidak menerimanya. Malah tuan punya kedai itu membawa saya dan datuk ke
sebuah bilik khas di bahagian belakang kedainya. Tuan punya kedai itu
memberitahu pada datuk yang saudaranya (Ielaki berpenyakit ganjil) berusia
lebih kurang tiga puluh lapan tahun. Tidak suka menerima tetamu datang ke
rumah walaupun ibubapanya.

“Hati-hatilah awak bila kesana. Banyak orang yang cuba mengubati dikejar
dengan parang panjang, kecuali Kiai Muslih”, tuan puny a kedai
mengingatkan datuk.

"Aneh juga perangainya”, balas datuk.

"Dia bukan sakit tapi kemasukan syaitan”

"Barangkali”, jawab datuk pendek.

Datuk terus memberitahu tuan punya kedai yang dirinya tidak dapat pergi
dengan segera ke rumah lelaki aneh itu. Paling cepat dua hari lagi. Datuk
perlu membuat beberapa persiapan tertentu. Dan datuk tetap memilih masjid
sebagai tempat menginap sementara menanti masa yang di tunggu itu tiba.

Sejak menginap di masjid datuk terus menjalin persahabatan dengan


anggota-anggota polis disitu. Dan datuk sudah pun mendapat kebenaran
untuk berjalan pada setiap subuh di kawasan pinggir pekan Tanjung Malim
yang terdapat pokok-pokok tumbuhan. Sebelum pergi ke tempat tersebut
datuk dikehendaki melaporkan diri kepada pihak berkuasa di balai polis.
Walaupun tujuan datuk pergi ke kawasan hutan tersebut untuk mandi
embun.

336
Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Datuk dijemput oleh tuan punya kedai
dengan kereta menuju ke kawasan perkampungan Melayu yang terletak ke
selatan bandar Tanjung Malim. Bila sampai ke kawasan tersebut datuk pun
diperkenalkan dengan kaum kerabat pemuda yang malang itu. Saya dengan
datuk sampai di kampung tersebut pada sebelah pagi. Dan pada sebelah
petangnya saya dan datuk sudahpun mengetahui kedudukan rumah batu
tempat pemuda aneh itu tinggaI. Kawasan sekeliling rumah batu itu
ditumbuhi pohon-pohon besar. Halaman rumahnya lapang dengan pokok-
pokok bunga raya. Dibelakang rumah terdapat kolam besar. Petang itu juga
datuk menghampiri rumah batu tersebut. Dari jauh lagi pemuda ganjil
melambai-Iambaikan tangan pada datuk. Datuk terus masuk ke kawasan
rumah tersebut. Pemuda ganjil mendekatinya.

"Apa hajat kemari?" tanya pemuda ganjil.

Wajahnya cengkung. Matanya merah, misai dan janggut serta jambang


tumbuh liar di wajahnya. Datuk cuba tersenyum kepadanya.

"Saya nak memancing ikan”, datuk berbohong.

"Pergilah ke tempat lain. Kawasan ni kawasan saya dan tuan puteri”, ujarnya
serius.

"Minta maaf, saya tak tahu”, kata datuk.

Pemuda ganjil itu tersenyum dan terus menghalau datuk dari kawasan
rumahnya dengan maki hamun. Datuk terus menemui ke dua orang tua lelaki
ganjil itu. Datuk memberitahu mereka segala usaha akan diikhtiarkan pada
waktu malam hari Selasa ketika bulan mengambang. Sebelum usaha itu
dilancarkan, datuk perlu mengetahui gerak-gerinya. Datuk merasa senang
hati kerana kedua orang tua lelaki ganjil itu sanggup membantu datuk.
Sementara menanti musim bulan mengambang, saya dan datuk perlu tinggal
di kampung tersebut selama dua hari lagi.

"Malam ni tiga belas Syaaban, malam esok empat belas dan malam lusa baru
lima belas”, kata datuk pada saya sambil menggigit ibu jarinya. Saya
anggukkan kepala dengan harapan datuk akan terus duduk di tebing sungai
itu. Saya sudah tidak sanggup lagi untuk berjalan di kawasan yang penuh se-
mak samun itu. Selain dari itu, hati saya sentiasa bimbang dan cemas.
Manalah tahu, tiba-tiba pemuda yang tinggal di rumah batu akan keluar
membawa parang untuk memotong leher saya dan datuk. Dan bermacam-
macam perkara bermain dalam kepala saya.

"Memang elok, malam lumaat”, tambah datuk lagi sambil merenung ke arah
rumah batu yang sudah jauh tertinggal di belakang.

Saya terus menggigit bibir sambiI merenung ke langit. Saya lihat awan
petang itu cukup bersih. Datuk berhenti melangkah. Dengan teliti dia
meletakkan punggungnya atas batu besar yang terdampar di bibir Sungai
Bernam. Tidak jauh dari batu besar itu terdapat sepohon pokok ara yang

337
akarnya terjuntai ke dalam air sungai. Perdu pokok ara itu cukup besar, kira-
kira dua pemelok. Air Sungai Bernam yang mengalir itu seakan-akan
berpusing-pusing di bahagian akar pokok ara itu sebelum mengalir ke
selatan. Kerana air Sungai Bernam yang mengalir itu cukup jernih, pasir dan
batu-batu yang terdapat di dasarnya boleh dilihat dengan jelas. Datuk saya
lihat merenung air sungai yang seakan-akan berpusing berhampiran dengan
akar ara yang terjuntai itu. Datuk macam mencari sesuatu. Dahinya saya
lihat berkedut bersama bintit-bintit peluh yang tumbuh di kiri kanan pipinya.
Saya merasa hairan dan takjub dengan sikap datuk yang tiba-tiba berubah
itu.

"Kita harus mencari akar-akar kayu, pucuk-pucuk kayu dan batu-batu yang
terdapat dalam sungai ni Tamar”, ujar datuk sambil merenung muka saya.

Macam ada sesuatu yang timbul dalam diri saya untuk menentang apa yang
datuk cakapkan. Apa perlunya batu dan akar kayu itu? Apakah datuk tidak
tahu hari sudah petang? Apakah dia tidak terfikir pemuda yang berada di
rumah batu itu akan sampai ke tempat saya dan datuk duduk sekarang?
Saya mengeluh dalam hati.

"Semuanya ada guna untuk kita Tamar. Aku tahu apa yang kau fikirkan dan
kau jangan cuba membantah cakap aku”

Mendengar suara datuk itu, muka saya segera berubah. Saya malu pada diri
saya sendiri. Datuk sudah tahu apa yang tersirat dalam hati saya. Datuk
renung muka saya sebentar. Kemudian dengan tenang datuk Iipatkan kedua
belah kaki seluarnya hingga separas kepala lutut. Datuk terus turun ke dalam
sungai. Meranduk air sungai dengan tenang sambil membongkokkan badan
mengutip batu-batu yang berada betul-betul di tengah sungai. Kebanyakan
batu yang dikutip itu berbentuk leper dan bersegi tiga. Datuk masukkan
batu-batu itu ke dalam saku bajunya. Jumlah batu yang dikutip oleh datuk
lebih kurang tiga puluh tiga biji. Datuk memanjat tebing sungai dan terus
menghampiri saya.

"Mari kita ke sana”, ujar datuk sambil menuding jarinya ke arah matahari
terbit.

Saya pun segera bangun dan mengeliat dua tiga kali. Datuk terus langkah.
Saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa mengikutnya saja.

Matahari petang kian condong, bebayang pokok memanjang di tanah. Awan


saya lihat tetap berarak tenang. Kami masuk ke kawasan hutan kecil yang
bersambung dengan kaki sebuah bukit. Pokok-pokok yang tumbuh di kaki
bukit itu agak subur . Dengan menggunakan tangannya datuk pun
mematahkan beberapa dahan kayu yang berdaun lebat. Kami kian jauh mara
ke dalam hutan dipinggir bukit itu, matahari kian mengecil membuat suasana
di sekitar kawasan tersebut agak muram. Dan datuk dengan menggunakan
kekuatannya berjaya mencabut beberapa akar kayu hutan.

"Balik”, kata datuk .

338
Kepalang gembiranya hati saya mendengar cakap datuk itu. Kami berpatah
balik menuju ke tebing sungai, tempat kami mula bergerak tadi. Sebaik saja
sampai di bawah pokok ara tempat saya dan datuk duduk tadi, terdapat
kesan-kesan darah pada akar pokok tersebut. Datuk melihat kesan darah itu
dengan teliti.

"Darah apa agaknya?", rungut datuk sambil merenung muka saya.

Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Ketika itu saya lihat di kaki langit,
cahaya merah dan kekuningan mula bangkit, menandakan tidak lama lagi
waktu Maghrib akan tiba. Tanpa banyak cakap, datuk pun menutup kesan
darah di akar kayu ara dengan daun kering.

Tiba-tiba saya Iihat wajah datuk berubah. Ekor matanya menjeling tajam ke
kiri dan ke kanan, macam kucing mengamati langkah mangsanya. Saya
segera menggigit bibir, bila melihat ada titisan darah jatuh dari dahan pokok
ara. Darah itu menitik atas lengan datuk dan mengalir perlahan-Iahan
menuju ke hujung jarinya.

"Ambilkan daun keladi dan sapukan darah di lengan ini”, kata datuk.

Saya pun segera mematuhi perintahnya. Sebaik saja darah di lengan itu saya
sapukan dengan daun keladi, datuk pun mengambil daun keladi dari saya
lalu diletakkan atas tanah dengan keadaan yang terlentang.
Macam kilat datuk melompat lalu membuka silat langkah pertama sambil
melepaskan buah silat kiri dan kanan. Pergerakan datuk cukup cepat dan
tangkas. Bila datuk mematikan langkahnya, saya lihat daun keladi yang dile-
takkan dalam keadaan terlentang hancur.

Akhirnya datuk dongakkan kepala dan sepasang matanya merenung tajam


ke arah salah satu dahan ara. Urat-urat di mata datuk kelihatan seakan-akan
timbul dan berwarna merah. Dari kedua-dua belah bibir matanya, saya lihat
keluar asap yang nipis macam kabus. Dahi datuk berpeluh begitu juga kulit
pipinya, dagu datuk bergerakgerak. Datuk terus menenung dahan ara itu.
Tiba-tiba dahan yang ditenungnya patah dan jatuh ke bumi.

"Selesai”, kata datuk lalu menarik tangan saya ke arah kesan kena bakar.

Daun yang terdapat di dahan itu semuanya layu dan kecut. Datuk tidak
menceritakan apa-apa pun berhubung dengan dahan yang patah dan darah
yang menitis pada lengannya. Kami pun meninggalkan kawasan tersebut.
Hari sudah beransur gelap. Kerana kami ditempatkan di sebuah rumah khas
oleh keluarga pemuda ganjil itu membuat saya dan datuk terasa agak selesa
dan bebas bergerak.

Malam itu, datuk membuat keputusan yang amat menakjubkan. Dia mahu
meninjau keadaan kawasan sekitar rumah batu. Dia mahu melihat apa yang
dilakukan oleh pemuda itu ketika bulan menggambang.

339
"Siapkan keris kecil untuk aku”, datuk mengeluarkan perintah.

Sebaik saja dia selesai menunaikan sembahyang Isyak, saya segera


mengeluarkan keris kecil dari tempatnya dan terus menyerahkan pada datuk.
Datuk gulung keris itu dengan kain hitam dan terus diselitkan ke
pinggangnya. Sebelum meninggalkan rumah khas tempat kami menginap,
datuk terlebih dahulu duduk bersila di muka pintu sambil membaca sesuatu.
Saya di suruhnya melihat bulan di langit. Saya berdiri dimuka tingkap melihat
langit dan awan. Datuk terus bertafakur, kepalanya sudahpun dililit dengan
kain merah.

"Malam ni baru 13 Syaaban, bulan tidak begitu besar”, ujar datuk sambil
menepuk lantai tiga kali.

Dia terus mundar-mandir di ruang rumah. Saya biarkan datuk dengan


keadaannya. Saya tidak mahu campur dalam urusannya. Saya tersenyum, di
langit bulan mula timbul, awan nipis yang melitupinya mula bergerak,
terpisah dengan bulan yang sebesar buah kelapa sulung itu. Datuk segera
menghampiri dan berdiri dekat muka tingkap. Wajahnya kelihatan berseri-
seri.

"Malam ni mulakan dulu”, kata datuk.

"Terlalu cepat datuk bertindak?"

"Apa salahnya, menguji dulu sebelum masuk gelanggang”

"Saya takut kerja datuk jadi kerja yang sia-sia?"

"Kita sekadar mencuba”, jawab datuk.

Tiba-tiba datuk dan saya terdengar lolongan anjing sayup-sayup. Bulan di


langit kian menyerlah. Awan kian bersih dan bergerak-gerak perlahan-Iahan
mengikut arah angin. Suara lolongan anjing kian kuat dan menyeramkan.
Pokok-pokok sekitar kawasan rumah tempat kami menginap mula bergerak-
gerak disentuh angin.

"Aku dengar bunyi suara orang menjerit”, bisik datuk ke telinga saya.

Dan datuk menyuruh saya mengamati arah mana suara orang menjerit itu
datang. Saya pun pasang telinga dengan teliti. Dada saya mulai berdebar.

"Dari arah rumah batu tuk”

"Aku rasa pun begitu juga”

"Apa yang patut kita buat tuk?"

"Kita pergi kesana, meninjau”

340
Saya menarik nafas panjang bila mendengar cakap datuk itu. Suara lolongan
anjing kian kuat, angin juga mula bertiup agak kencang. Saya merasa hairan,
kenapa hal itu terjadi dengan mendadak. Bila dilihat keadaan hari, memang
tidak wajar angin boleh bertiup begitu kencang. Suara orang menjerit kian
galak, bersambung-sambung dalam lolongan yang memanjang. Datuk
menyuruh saya turun dahulu. Dia mahu menguncikan daun pintu. Saya terus
turun. Bila kaki saya memijak bumi, dada saya terasa berdebar-debar.

Dalam keadaan yang resah itu, sebiji pisang muda macam dibaling orang
tertentu mengenai dahi saya. Pandangan saya jadi berpinar-pinar. Badan
saya terhuyung-hayang. Dalam keadaan yang tidak keruan itu datuk terus
memeluk saya. Datuk dudukkan saya atas anak tangga. Dengan perlahan-
lahan datuk menepuk dahi saya tiga kali berturut-turut. Pandangan saya
kembali normal. Dan badan saya tidak lagi terhuyung-hayang.

41. Berkasih Dengan Langsuir

Datuk terus duduk di sisi saya di kaki tangga. Kami merenung suasana
malam yang kelam itu. Suara lolongan anjing terus sambung menyambung,
tingkah meningkah dengan suara cengkerik dan katak. Angin malam yang
bertiup melanggar dedaun dan dahan-dahan pokok sekitar kawasan rumah,
melahirkan bermacam-macam bunyi. Sekejap terdengar semacam orang
berlari, sekejap terdengar semacam suara orang mengerang kerana
menahan kesakitan.

"Selalunya perbuatan ni, perbuatan syaitan”, kata datuk lalu bangun, menuju
ke kawasan yang di duga tempat buah pisang muda jatuh.

Seluruh kawasan itu datuk periksa. Tidak ada buah pisang muda yang
ditemui, kecuali pelepah pisang yang panjangnya kira-kira lima inci. Datuk
ambil pelepah pisang itu lalu diramasnya hingga hancur.

"Mari kita pergi ke rumah batu tu”, datuk tarik tangan saya.

Kerana datuk menarik agak kasar dan kuat, saya hampir tersungkur
mencium tanah. Memang, ada ketikanya datuk kadang-kadang bersikap
kasar dengan saya Dan saya tidak pernah tersinggung dengan perbuatannya
itu, kerana saya tahu kasih sayangnya terhadap saya tidak pernah surut dari
hari nuraninya.

Kami pun berjalan dengan hati-hati. Tidak ada kesukaran yang kami hadapi
kerana cahaya bulan malam tiga belas Syaaban yang mengeluarkan cahaya
yang samar-samar banyak menolong kami. Setelah berjalan kira-kira sepuluh
minit, kami pun sampai di kawasan rumah batu dua tingkat itu. Datuk
membuat keputusan untuk masuk ke kawasan rumah batu itu dari bahagian
belakang yang dipagari dengan pokok-pokok buluh. Datuk mengalami
kesulitan kerana bahagian sebelah dalam pokok-pokok buluh itu dilapisi
dengan kawat berduri. Dalam jarak lima atau sepuluh kaki dari pohon-pohon
buluh yang di tanam itu terdapat pula pokok besar yang tumbuh merimbun

341
bersama dengan akar-akar yang berjuntaian. Suasana di situ terasa amat
menyerarnkan.

Ada bermacam-macam bunyi yang saya dengar. Dengan pertolongan cahaya


bulan saya dapat melihat beberapa ekor ular, lipan dan kala jengking
merayap-rayap atas daun buluh yang kemudian memanjat akar yang
berjuntaian dari pokok besar.

"Bagaimana kita nak masuk tok?”, tanya saya dengan jujur.

Datuk terdiam. Matanya mula melihat bulan tiga belas Syaaban yang kian
bersinar di dada langit. Ketika itu juga, saya terasa angin malam mula
bertiup. Dedaun tua dari pokok besar kelihatan melayang-Iayang dan terus
jatuh di atas daun buluh. Suara lolongan anjing kian hebat. Dalam saat-saat
begitu saya terdengar suara burung hantu bersahut-sahutan di atas pokok
besar. Bunyi angin yang menyentuh dedaun dan dahan-dahan kayu amat
menakutkan. Bunyinya kadang kala macam orang menangis, macam orang
mengeluh.

Semua terpaksa saya hadapi dengan tenang kerana datuk tetap dengan
cita-citanya untuk masuk ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat itu.
Sayup-sayup saya terdengar bunyi lonceng jam dari rumah dua tingkat itu
berbunyi sebanyak dua belas kali. Badan saya mula menggigil akibat dijamah
angin malam. Suara jeritan anjing liar bersahut-sahutan memanjang
bagaikan merayu-rayu hiba. Datuk mula berdiri kemas-kemas sambil
memeluk tubuh. Datuk lalu menyuruh saya berdiri di sisinya dan berpeluk
tubuh. Datuk mula membaca sesuatu. Dalam keadaan yang tenang itu tiba-
tiba badan saya dan datuk ditimpa oleh air, macam air hujan sedangkan hari
tidak hujan, cuaca cukup baik, langit cerah bersama bulan yang sedang
mengambang.

"Air apa tok?" saya menyoal datuk.

Pertanyaan saya tidak mendapat jawapan. Angin kian kuat bertiup, lolongan
anjing dan suara burung hantu berpadu menguasai malam yang sudah
berganjak ke subuh. Air dari langit itu datang lagi, menimpa muka saya.

“Air apa tok?"

"Air kencing langsuir”

"Ha, saya takut tok”

"Diamlah”, pekik datuk.

Saya terdiam terus. Datuk segera mengangkat kedua belah tangannya


separas dada, lurus, kemudian kedua belah tangannya itu dibengkukkannya
hingga sepuluh jarinya menghala ke dada. Datuk menggerak-gerakkan ke-
palanya. Sebaik saja datuk meletakkan tapak tangan kirinya ke atas bahu
kanan, pokok besar bergoyang dengan hebatnya. Ranting-ranting kering

342
jatuh ke bumi bertalu-talu.

Bila saja pokok besar itu berhenti bergoyang, terdengar suara orang
perempuan mengilai panjang. Selain dari suara itu terdengar juga bunyi
orang memukul pangkal peha dengan tapak tangan bertalu-talu, suara
ketawa itu sambung menyambung dan bertingkah pula dengan suara anjing
liar yang menyalak panjang. Lagi sekali pokok besar itu bergoyang. Datuk
masih bertenang. Dia tidak peduli dengan suara perempuan yang ketawa itu.
Datuk menarik nafas panjang serentak dengan itu suara perempuan mengilai
segera berhenti dan diganti dengan suara perempuan menangis panjang.

"Jangan perdayakan aku”, suara datuk mula meninggi.

Datuk terus melompat ke arah pokok besar. Perdu pokok besar itu dipeluknya
kuat-kuat. Dengan kekuatan yang luar biasa datuk mengegarkan pokok
tersebut hingga daun dan dahan pokok itu jatuh ke tanah. Suara perempuan
mengilai dan menangis terus hilang. Suasana di sekeliling luar rumah batu
dua tingkat itu terasa sunyi sekali. Datuk masih lagi berada di bawah pokok
besar. Dengan tenang datuk menikam perdu pokok besar dengan jari
kelingking, saya lihat jari kelingkling datuk terbenam dalam perdu pokok
tersebut. Bila jarinya dicabut, saya terdengar suara jeritan yang memanjang
di atas pokok.

Datuk melompat kembali ke sisi saya. Datuk terus duduk bersila di atas
tanah membaca sesuatu. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, suara jeritan
di atas pokok berhenti. Dari perdu pokok saya lihat seorang wanita berjalan
ke arah kami, wanita itu memakai kain serba putih. Bila wanita yang
memakai pakaian serba putih itu sampai di tempat saya dan datuk duduk,
perempuan itu terus mengilai sambil mengibas-ngibas pakaian putihnya ke
kiri dan ke kanan, ketika itu juga bunyi suara burung hantu bertambah kuat
bersama lolongan anjing. Perempuan yang memakai pakaian serba putih itu
bagaikan terangkat dari bumi bergerak menuju ke bumbung rumah batu dua
tingkat.

"Apa benda tu tuk?"

"Itulah langsuir”

"Dia nak kemana tok?”

"Entah”, suara datuk pendek.

Saya terdiam dan tidak mahu mengemukakan pertanyaan padanya. Datuk


dan saya terus berlegar-legar di tepi pagar pokok buluh. Saya tidak tahu
apakah yang akan datuk lakukan. Saya selalu saja cemas melihat ular yang
menjalar di atas pokok buluh. Datuk terus menepuk bumi tiga kali. Seluruh
kawasan tempat saya berdiri jadi berasap tebal. Dua tiga kali saya terbatuk,
kepala saya mula terasa pening. Lagi sekali datuk menampar bumi, kali ini
saya lihat pagar-pagar dari pokok buluh terbelah dua terbentang jalan
berpasir menuju ke dalam kawasan rumah batu dua tingkat.

343
"Masuk”, kata datuk.

"Ya, saya ikut”

Saya pun mengikut langkah datuk. Datuk melangkah tiga langkah ke depan.
Bila langkah yang keempat dimulai, datuk merendahkan badannya ke kiri
dan tumit kakinya diangkat setinggi empat inci. Sementara kaki sebelah
kanan di angkat separas lutut. Apa yang datuk lakukan saya buat dengan
teliti. Datuk terus menampar tapak kaki kirinya dengan tangan kanan tiga
kali berturut-turut. Bila datuk meletakkan ibu jari kirinya ke pangkal
hidungnya, saya terdengar satu letupan kecil dan diikuti dengan kepulan
asap yang tebal.

Bila kepulan asap itu hilang, pokok buluh yang terpisah tadi bercantum
kembali. Dan kami sudah pun berada di dalam kawasan rumah batu dua
tingkat. Saya dan datuk duduk di bawah pokok Bunga Tanjung. Tingkap bilik
tidur di rumah batu dua tingkat itu terbuka. Lampu masih terpasang.

"Kita tengok apa yang akan berlaku. Kau jangan tegur”, datuk mengingatkan
saya, sambil melilitkan secebis kain hitam di pergelangan tangan kanan saya.
Angin malam, terus juga bertiup, embun jantan mula turun. Saya mula terasa
kesejukan, bibir saya mengeletar. Tiba-tiba lampu di bilik tidur dipadamkan
buat beberapa minit. Bila lampu itu di hidupkan, pemuda yang dikatakan
mengalami penyakit ganjil mendepankan kedua belah tangannya sambil
menguap panjang. Lepas itu dia menekan jenang tingkap. Kerana dia tidak
memakai baju, bulu dadanya jelas kelihatan begitu juga dengan bulu
ketiaknya. Walaupun malam terasa amat dingin tetapi pemuda yang tinggal
di rumah batu dua tingkat itu tidak terasa dingin.

Pemuda itu merenung ke langit pada bulan yang kelihatan bersinar di dada
langit. Dengan mendadak saja pemuda itu menjerit terlolong macam anjing
menyalak kucing di atas pokok. Bila pemuda itu selesai menjerit dia terus
memadamkan lampu biliknya. Dalam beberapa minit kemudian saya dapat
lihat lampu di bahagian bawah menyala. Serentak dengan itu pemuda
tersebut terus membuka pintu. Sinar lampu di bahagian depan itu sampai ke
kawasan pokok Bunga Tanjung, saya dan datuk terpaksa berlindung di balik
batang pokok tersebut, dengan berbuat demikian kami harap pemuda
tersebut tidak akan dapat melihat kami. Apa yang kami harapkan memang
menjadi, pemuda itu tidak merenung ke arah kami.

"Wangi”, bisik saya pada datuk, kerana saya terhidu bau yang wangi datuk
segera menekup mulut saya dan memberitahu saya supaya jangan menegur
sesuatu yang dirasakan ganjil. Cakap datuk itu saya patuhi. Bau wangi itu
terus menusuk lubang hidung saya.

Tiba-tiba pemuda yang tinggal dirumah batu dua tingkat itu muncul di muka
pintu dengan pakaian yang cukup rapi. Dia berdiri sambil menyandarkan
badannya ke tiang pintu. Dia merenung ke depan sambiI menarik nafas de-
ngan tenang. Seolah-olah dia cukup senang menyedut udara yang berbau

344
harum itu. Dari kejauhan saya dan datuk mula terdengar lolongan anjing
yang mendayu-dayu. Di tengah suara anjing yang mendayu-dayu itu pemuda
ganjil itu menari sambil menyanyi dengan kuatnya dan matanya tetap
melihat bulan yang mengambang. Saya mengeluh panjang, dari arah jalan
yang menuju ke pintu rumah batu dua tingkat itu, saya melihat seorang
perempuan bergaun putih menuju kearah tempat pemuda ganjil itu berdiri.

Angin malam yang berhembus membuat gaun perempuan berkibar-kibar,


seakan-akan menari dijalan menuju ke rumah yang sepi itu. Datuk menyuruh
saya membaca beberapa potong ayat Al-Quran dengan tujuan menghalau
syaitan. Saya jadi kelam kabut, tidak ada satu ayat pun yang dapat saya
ingati. Seluruh badan saya mengeletar.
Datuk segera membaca beberapa mantera peneguh semangat, kemudian
datuk hembus cuping telinga sebelah kanan saya tiga kali berturut-turut.
Rasa cemas dan darah gemuruh saya mula terkawal. Saya dapat
menumpukan perhatian saya pada lelaki ganjil dan perempuan yang bergaun
putih.

Saya lihat perempuan bergaun putih itu sudah berdiri di hadapan pemuda
tersebut sambil menghulurkan tangannya. Pemuda itu menyambut tangan
perempuan yang bergaun putih dengan senang hati. Mereka berpeluk-
pelukan. Suara anjing terus menyalak mendayu-dayu, angin terus bertiup
tenang, bau harum menguasai seluruh kawasan rumah batu dua tingkat itu.

"Perempuan itu syaitan menjadikan dirinya wanita cantik”, bisik datuk pada
saya.

"Mana boleh begitu, dia manusia”, saya membantah.

"Kau baring rapatkan telinga kanan kau ke bumi, dan mata kau renung ke
arahnya”, ujar datuk.

Saya patuh dengan cakapnya. Bila saya sudah meniarap datuk pun
memegang buku lali kaki kiri saya, dia menyuruh saya melihat ke arah
perempuan yang memakai gaun puith. Lagi sekali saya menarik nafas
panjang, perempuan yang bergaun putih memang berwajah hodoh. Matanya
merah, kepalanya tanpa rambut, hidungnya panjang macam sumbu badak
dari kedua belah rehangnya terjulur gigi yang panjang macam gading gajah.

"Sudah, jangan tengok lama-lama, nanti kau tak boleh tidur”, datuk terus
menepuk pangkal ketiak saya.

Semua yang saya lihat hilang, perempuan yang bergaun putih yang sebentar
tadi saya lihat dalam keadaan yang amat menakutkan, sudah kembali normal
pada penglihatan macam manusia biasa. Pemuda dan perempuan bergaun
putih itu melangkah ke arah bangku yang terletak dibawah pokok Cempaka,
mereka duduk di situ dan bercengkerama.

"Kau cantik macam kawan kau juga Mariatun”, kata pemuda itu sambil
memeluk pinggang wariita yang bergaun putih.

345
Percakapan mereka dapat saya dengar dengan jelas, setelah datuk dan saya
berkisar tempat duduk iaitu ke arah angin datang. Datuk juga mengikat
secebis kain hitam pada sebatang kayu yang dipacakkan dihadapan kami.
Memang menakjubkan, kain hitam yang sebesar dua jari itu bagaikan ada
kuasa menghantarkan buah bicara pemuda ganjil dan perempuan bergaun
putih kepada saya dan datuk.

"Jangan kau tinggalkan aku dan kawan-kawanku”, suara perempuan bergaun


putih.

Si pemuda terus ketawa terkekeh mendengar cakap kekasihnya itu. Tiba-tiba


pemuda itu terus mendukung perempuan bergaun putih, dibawanya kerumah
iaitu di tingkat atas. Beberapa saat kemudian lampu dibilik tidur menyala,
saya lihat perempuan bergaun putih membuka gaunnya lalu merangkul
pinggang pemuda. Kedua-duanya rebah di atas ranjang, apa yang saya
dengar ialah suara ketawa pemuda dan perempuan bergaun putih penuh
mesra.

Datuk terus mengajak saya pulang, saya tidak membantah. Waktu saya dan
datuk keluar dari kawasan rumah batu dua tingkat itu, bau harum masih lagi
berleluasa di situ, suara salakan anjing mendayu-dayu, dan lampu di bilik
tidur pemuda ganjil itu terus menyala. Sebaik saja saya dan datuk sampai ke
kaki tangga rumah khas, saya terdengar suara jeritan orang perempuan, lalu
di ikuti oleh suara orang lelaki, cukup nyaring dan meremangkan bulu
tengkuk. Jeritan dari lelaki itu memanjang dan bergema di tengah malam
yang dingin.

Suara jeritan itu berlanjutan hingga beberapa jam. Bila bulan di langit diliputi
awan dan tidak boleh mengeluarkan sinarannya, suara jeritan pemuda itu
akan berhenti. Datuk tidak menghiraukan semuanya itu. Datuk sandarkan
badan ke dinding. Saya rebahkan badan di atas lantai. Beberapa minit
kemudian saya terlena, tidak ada sesuatu yang saya takutkan, bila tidur
sudah menguasai diri.

Pagi itu, datuk sengaja mengajak saya pergi mandi embun berhampiran
kawasan rumah batu dua tingkat itu. Kemudian datuk dan saya terus
menceroboh ke kawasan rumah pemuda yang di anggap oleh orang-orang
kampung mengalami penyakit ganjil. Saya dan datuk masuk ikut sebelah
kanan bangunan tersebut. Kerana banyak pokok-pokok tumbuhan yang
tumbuh di situ, kami tidak begitu sukar untuk memperolehi air embun.
Menurut datuk, kebanyakan pokok yang tumbuh di situ semuanya dari jenis
daun yang ada khasiat. Sedang saya dan datuk asyik mandi embun, tiba-tiba
secara mengejut seekor kucing hitam muncul dari celah-celah rimbunan
pokok buluh. Rupa kucing itu amat ganjil sekali. Seluruh bulu di badannya
berwarna hitam. Tetapi dibahagian mukanya terdapat buluh putih yang
tumbuh melintang.

Kucing itu menerkam ke arah datuk dan mahu membaham ibu jari kaki kiri
datuk. Cepat-cepat datuk mengelak, kucing itu segera pula melompat ke

346
arah datuk dan bersedia untuk menggigit jari tangan kiri datuk. Datuk
menggigit bibir, dia terasa ada sesuatu yang ganjil pada kucing hitam itu.
Kucing hitam itu bukan kucing sebarangan. Matahari pagi terus bangkit dan
mengeluarkan sinarnya lalu memanah ke setiap dinding rumah batu dua
tingkat itu. Saya mula terasa kulit muka pedih, akibat sinaran matahari.

"Bersedia”, kata datuk.

Serentak dengan itu datuk menghentakkan tumit kaki kanannya ke bumi


sebanyak tujuh kali. Kucing hitam itu mengiau , saya lihat kucing hitam itu
sudah tidak mampu untuk bergerak tetapi dia masih mampu memperlihatkan
gigi dan taringnya pada kami.

"Berambus kau”, suara datuk keras, dia lantas memetik ibu jari tangannya.

Kucing hitam itu bagaikan ditolak oleh sesuatu, tercampak ke dalam perdu
buluh dan mengiau panjang di situ.

"Mari kita mandi lagi”, datuk tolak badan saya.

Saya terdorong ke hadapan. Kami sudah berada betul-betul di hadapan pintu


rumah batu dua tingkat. Datuk meneliti keadaan pintu rumah tersebut,
macam mencari sesuatu. Saya dan datuk terkejut. Pintu rumah batu dua
tingkat itu terbuka. Pemuda ganjil muncul di hadapan kami dengan senyum.

"Mengacau saya?"

"Tidak, kami tersesat”

"Huh, sila masuk”

Datuk dan saya terus menunaikan jemputan pemuda itu. Pagi itu pemuda
tersebut nampak kemas, rambutnya disikat rapi lurus ke belakang. Orangnya
tinggi kurus. Wajahnya agak pucat dan kurang bermaya bila melangkah.
Kelopak matanya seakan-akan mahu tertutup macam orang keletihan dan
kurang tidur.

"Nak minum apa?", tanya pemuda itu pada kami.

"Tak payah, kami sudah minum”

"Saya kurang tidur, malam tadi isteri saya datang”

"Isteri?”

"Ya, kenapa?"

Datuk tidak menjawab pertanyaan orang muda itu. Tanpa di minta oleh
datuk, pemuda itu menceritakan orang-orang kampung menyingkirkan
dirinya kerana berkahwin sendirian. Datuk hanya anggukkan kepala sahaja.

347
Ternyata cerita pemuda itu amat berbeza dengan cerita orang tua dan orang
kampung sendiri. Kemudian pemuda itu membawa saya dan datuk ke
dapurnya. Dia menunjukkan periuk dan kuali yang selalu di gunakan oleh
isterinya. Pemuda itu juga menunjukkan beberapa helai rambut isterinya
yang disimpan dalam botol. Tetapi, bila datuk mahu memasukkan paku ke
dalam botol yang ada rambut isterinya, pemuda itu melarangnya.

"Pesan isteri saya, jangan bawa paku bila datang ke sini, rambutnya tak
boleh kena paku, nanti rumah terbakar”

"Maafkan saya, berapa bini awak?”

“Tiga orang”

"Bila dia datang melawat awak?"

"Sebelah malam, bila bulan mengambang mereka datang bergilir-gilir”

Dialog yang terjadi antara datuk dengan pemuda itu amat menarik hati saya.
Dari percakapannya itu, tidak nampak pemuda itu seorang yang ganjil. Dia
adalah manusia biasa. Soalnya, kenapa dia menjerit bila bulan mengambang
dan tinggal sendirian di rumah batu dua tingkat? Pertanyaan itu berlegar-
Iegar dalam kepala saya. Akhirnya, datuk meminta diri dari pemuda itu untuk
pulang. Pemuda ganjil menghantar kami ke pintu pagar. Baru tujuh tapak
datuk melangkah dari pintu pagar rumah batu, dia segera memusingkan
badannya menyebabkan langkah saya yang rancak terhenti. Datuk
merenung ke pintu pagar dan saya lihat pemuda ganjil melambai-Iambaikan
tangan ke arahnya.

"Dia bagaikan tahu gerak-geri aku”, keluh datuk dan memusingkan badannya
ke tempat asal, membelakangi pintu pagar dan rumah batu.

Datuk dan saya meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke arah pintu pagar
rumah batu. Matahari pagi terus kembang, cahayanya jatuh ke daun-daun
pokok yang dilekati air embun, sekali pandang air embun yang di panah oleh
sinar matahari kelihatan berkilau-kilauan bagaikan batu berlian. Hati saya
terasa senang mendengar kicauan berburung dihujung dahan.

"Berhenti dulu”, kata datuk dan langkah saya terus kaku.

Datuk terus mengeliat sambil meramas daun ketapang dengan tangan


kanan. Datuk melihat pokok-pokok ketapang yang berdaun lebat tumbuh di
situ. Tanpa memberitahu saya, datuk terus memeriksa setiap batang pokok
ketapang .yang terdapat di situ.

"Apa yang tok cari?", tanya saya setelah datuk berada di samping saya.
Datuk mengedutkan dahi sambil menggigit bibirnya.

"Tak ada apa-apa”

348
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa diperiksa?"

"Ah, kau ni banyak cakap sangat, jalanlah”, suara datuk agak keras.

Dia terus menolak bahu kanan saya. Walaupun saya tidak melahirkan
sebarang bantahan atas tindak-tanduk datuk itu, tetapi hati saya tetap tidak
puas. Cara yang paling selamat ialah melihat tindak-tanduk datuk
selanjutnya itu lebih baik dari memaksa dirinya bercerita, fikir saya dalam
hati. Saya dan datuk terus mengatur langkah, meninggalkan pokok-pokok
ketapang, pokok buluh dan keduduk di belakang. Badan saya mula berpeluh
dan perut sebelah kanan saya mula terasa sakit kerana penat berjalan.
Tetapi, datuk tidak nampak letih. Langkahnya masih rancak, mukanya
kelihatan merah dan berseri, macam orang muda yang baru berusia tiga
puluhan.

Kami sampai ke rumah yang dikhaskan untuk kami. Datuk terus memasak air
panas dan membuat kopi. Ketika kami sedang enak menghirup kopi, saya
terdengar suara orang batuk diluar. Datuk segera letakkan cawan kopi ke
piring dan mata kanannya dikecilkan hingga kedua belah keningnya hampir
bertemu. Dengan perlahan-Iahan datuk meletakkan jari manis sebelah kanan
atas tulang pipi. Dia bagaikan melihat sesuatu di luar rumah dengan kuasa
matanya.

"Naiklah”, ujar datuk. Seorang lelaki memakai baju Melayu cekak musang,
berkain pelikat petak besar muncul di muka pintu. Sebelum meletakkan
punggungnya ke lantai lelaki itu angkat tangan pada datuk .

"Silakan duduk”

"Terima kasih"

Lelaki itu sandarkan badan ke dinding. Datuk pun segera duduk disisinya.
Wajah lelaki itu kelihatan tenang dengan rambut yang disikat rapi lurus ke
belakang.

"Bagaimana dengan anak saya?"

"Sabarlah, saya sedang berusaha”

"Malam tadi dia datang ke rumah saya, dia nak tikam emaknya dengan buluh
runcing. Dia marahkan emaknya kerana awak ada di sini”

"Malam tadi? Ah pelik benar keadaannya”

"Tidak pelik. Dia datang betul, nasib baik setelah saya pujuk dia tinggalkan
rumah saya dengan aman”

Wajah datuk saya lihat cemas sedikit setelah mendengar cerita dari ayah
pemuda aneh itu. Hati saya jadi serba salah untuk memastikan sama ada
cerita itu benar atau tidak. Sepanjang yang saya tahu dan Iihat pemuda aneh

349
itu tidak kemana malam tadi. Saya kira datuk mengetahui tentang
kedudukan hal ini. Datuk renung muka saya sambil menegakkan ibu jari
kirinya, saya faham dengan maksud itu. Dia mahu saya jangan campur dalam
urusannya atau membuka rahsia apa yang telah dilakukan oleh datuk dan
saya malam tadi.

"Saya tak tahu langsung perkara itu”, datuk membohongi ayah pemuda
ganjil itu.

Secara diplomasi datuk bagaikan memaksa ayah pemuda ganjil bercerita


tentang rumah batu tempat pemuda ganjil itu tinggal. Tujuan datuk berbuat
demikian bukan apa-apa atau ada maksud yang tertentu. Saya kira dengan
mengetahui asal usul sesuatu kejadian itu adalah lebih baik dan memu-
dahkan tugasnya. Senang bertindak dan membuat keputusan. Mungkin
kerana ayah pemuda ganjil itu memang mengharapkan pertolongan datuk
untuk mengubat anaknya, dia terus bercerita dengan terus terang.

Menurutnya, rumah batu itu milik arwah ayahnya yang berasal dari Muara
Enim, Jambi, Sumatera Selatan, Indonesia. Rumah itu didirikan dari hasil
rompakan yang dilakukan oleh arwah ayahnya ketika disana. Dalam
rancangannya, wang yang dirompak dari orang-orang Belanda itu akan
dikumpul untuk digunakan bagi menentang penjajah Belanda. Kerana arwah
ayahnya cekap dalam kira mengira dan dianggap amanah lalu ia dilantik
sebagai penyimpan wang rompakkan itu. Tiba-tiba arwah ayahnya gelap
mata lalu melarikan wang itu ke tanah Semenanjung. Bila sampai di
Semenanjung, ayahnya menukar nama dan membeli sebidang tanah lalu
mendirikan rumah batu, di samping itu menjalankan perniagaan kayu balak
dan lombong.

"Sayangnya, rumah itu tidak dapat didiami oleh arwah ayah saya kerana ada
lembaga hitam yang tangannya berbulu tebal mengganggu ayah saya. Malah
saya, menurut cakap ibu dilahirkan di rumah lain”, kata ayah pemuda ganjil
itu.

Katanya lagi, dalam zaman pemerintahan Jepun rumah itu dijadikan markas
tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang yang menentang
mereka. Bila Jepun kalah rumah itu dijual pada seorang saudagar Cina, tetapi
saudagar itu memulangkan kembali rumah tersebut pada warisnya.

"Bila ayah awak meninggal?" tanya datuk.

"Sebelum Jepun mendarat di Kota Sharu, Kelantan dalam tahun 1942”

"Apa amanatnya pada awak?"


"Dia mahu anak saya atau cucunya dihantar ke Padang Panjang, Sumatera,
untuk belajar agama, dia mahu cucunya jadi seorang ulama yang terkenal”

"Awak tunaikan amanatnya?"

"Saya tunaikan”

350
"Anak yang mana awak hantar ke sana?"

"Anak saya yang tinggal di rumah batu itu”

Datuk tersentak mendengar cakap ayah pemuda ganjil itu. Saya menarik
nafas panjang. Ayah pemuda ganjil itu menggaru kulit rambutnya yang tidak
gatal. Matanya merenung sayu ke wajah saya macam orang putus asa. Datuk
bangun lalu berdiri di muka tingkap melihat sinar matahari pagi yang garang
menikam halaman rumah.

"Berapa lama anak awak di sana?", soal datuk.

"Baru dua tahun disana, dia tidak mahu belajar dan pulang kesini lalu tinggal
di rumah itu”, ayah pemuda ganjil memicit dahinya berkali-kali.

Datuk kembali duduk di sisinya.

42. Sepasang Tangan Berbulu

Suasana dalam rumah terasa amat sepi. Datuk dan ayah pemuda ganjil itu
tidak berkata walau sepatah pun, begitu juga dengan saya. Kesepian itu
terusik juga oleh kicau burung murai yang mencari cacing di luar rumah.

"Sabarlah, nanti saya usahakan. Dengan izin Allah anak awak akan kembali
pada keadaan asal”, tiba-tiba datuk bersuara.

Bahu ayah pemuda ganjil itu ditepuknya berkali-kali. Ayah pemuda ganjil itu
minta diri dan datuk menghantarnya hingga ke kaki tangga.

"Menerima amanah mudah tetapi menunaikan amanah memang pahit. Ba-


nyak godaan dan dugaan yang tiba. Kalau kurang iman jahanam diri sendiri
dan balanya berterusan”, kata datuk dengan nada suara yang lemah sambil
merenung wajah ayah pemuda ganjil.

Dari muka pintu saya lihat, ayah pemuda ganjil itu berada dalam serba salah,
air mukanya berubah mendengar kata-kata dari datuk itu.

"Apakah anak saya menerima bala dari perbuatan datuknya?"

"Entahlah, hanya Allah yang mengetahui dalam hal ini”

"Saya rasa perbuatan ayah saya tidak bertentangan dengan hukurn agama.
Dia merampas harta musuh dalam keadaan darurat atau berperang”

"Saya faham. Kalau tak silap, perbuatan itu diharuskan oleh agama Islam.
Malah Nabi Muhammad S.A.W. pernah melakukannya. Harta rampasan itu
dibahagi-bahagikan atau digunakan untuk kebajikan agama, tetapi ayah
awak tidak amanah sudah menyimpang jauh dari hukum Islam”

351
Ayah pemuda ganjil itu terdiam mendengar keterangan dari datuk. Tanpa
banyak cakap dia terus berjabat salam dengan datuk, kemudian melangkah
dengan tenang meninggalkan kawasan rumah khas kami.

"Kau tunggu rumah. Aku mahu mengambil air sembahyang”, datuk


memberitahu saya.

Belum pun sempat saya memberi jawapan, datuk hilang dari pandangan
saya. Tidak tahu kemana datuk pergi.
Semua cawan dan piring kosong saya bawa ke bahagian dapur dan terus
membasuhnya hingga bersih. Lepas itu saya susun atas para. Bila saya
kembali ke ruang tengah rumah, saya dapati datuk sedang duduk
menghadap ke arah kiblat. Datuk membaca Surah Yasin hingga tamat.
Kemudian dia membilang tasbih berzikir panjang. Saya membiarkan datuk
dengan kerjanya dan saya terus menyusun dan membersihkan akar-akar
kayu dan batu-batu yang dikutip semalam.

Menurut datuk, bila semuanya sudah bersih, barang-barang itu mesti dile-
takkan di atas bendul rumah supaya kena matahari dan benda-benda itu
tidak boleh dilangkah oleh manusia atau binatang. Bila matahari berada
betul-betul di tulang bumbung rumah, datuk menghentikan tugasnya. Dia
mengambil beberapa akar kayu dan batu yang saya susun di bendul. Barang-
barang itu di bawanya ke tanah dan diatur atas sekeping papan pada
tengahari yang rembang. Datuk berpanas di situ hingga seluruh badannya
berpeluh. Datuk masuk ke rumah lalu menyapu peluh di muka dengan
belakang tangan. Kerana waktu Zuhur sudah sampai, datuk menggesa saya
mengambil air sembahyang. Saya dapati datuk sudah berada di sisi saya.
Datuk tidak saya hiraukan.

"Air itu tidak rata. Kau harus membasuh kakimu hingga sampai ke bulu lali
dan air itu mesti kena jari kakimu, ambil air sembahyang mesti betul. Kalau
ambil air sembahyang tidak betul macam mana sembahyang boleh betul”,
tegur datuk. Saya tersenyum dan segera mematuhi cakapnya.

"Ingat, jangan ambil air sembahyang sebarang. Ikut syaratnya, kalau tak tahu
belajar dan bertanya”, tambahnya.

Dan datuk terus mengambil air sembahyang. Bila sudah selesai, kami
kembali ke rumah menunaikan fardu zuhur. Lebih kurang pukul dua petang,
datuk suruh saya kumpulkan akar-akar kayu dan batu yang dijemurnya
dalam baldi kecil. Dengan baldi kecil itu, saya dan datuk membawa barang-
barang tersebut kerumah batu. Lebih kurang satu rantai mahu sampai ke
rumah itu, datuk mengambil baldi dari tangan saya. Bila sampai di pintu
pagar rumah batu, datuk tepuk baldi dengan tangan kanannya dan pintu
pagar terbuka dengan sendiri. Sebaik sahaja berada di halaman rumah batu,
datuk ambil tiga batu dan tiga urat akar kayu. Batu dibuang kearah kanan
dan akar kayu dibuang ke arah kiri. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak,
sebiji batu dalam baldi diambilnya lagi dan batu itu di gosoknya berkali-kali.

352
Akhirnya, batu itu diletakkan betul-betul didepan pintu rumah batu yang
tertutup rapat. Bila datuk memijak batu itu dengan kaki kirinya, pintu rumah
batu terbuka dengan sendirinya. Saya terpandang macam ada batang tubuh
wanita berdiri di muka pintu beberapa saat. Saya tidak dapat memastikan
wajah wanita itu kerana ia muncul sekejap saja dan macam bayang-bayang
pula.

"Mari masuk Tamar”, kata datuk.

"Untuk apa tok?"

"Mari masuk”, sergah datuk sambiI merenung kelangit melihat matahari yang
bersinar terik serta gumpalan awan yang bergerak ke arah barat daya.

Saya tidak tahu, entah mengapa kaki saya terasa berat untuk melangkah,
macam ada sesuatu yang membelenggu kedua belah kaki saya. Bulu roma
saya mula tegak, rasa takut bersarang dalam hati. Bila saya renung ke arah
pintu yang terdedah, saya bagaikan terpandang sesuatu yang aneh. Saya
semacam terpandang orang berjanggut panjang beberapa saat. Bila orang itu
hilang, saya terlihat perempuan cantik berhidung panjang sampai ke dada.
Bila perempuan itu hilang saya terlihat orang memakan bara api, semuanya
bertukar ganti dalam masa yang cukup pantas.

"Saya takut tok”

"Mengarut, mari”, datuk menarik tangan saya sambil menekan nadi di


pergelangan tangan dengan ibu jarinya bagaikan terkejut, macam orang
kena kejutan letrik.

"Mengucap Tamar”, kata datuk lagi saya pun terus mengucap dua kalimah
syahadah dengan tenang dan teratur.

Saya dan datuk terus melangkah ke dalam ruang rumah. Saya lihat beberapa
ekor labah-Iabah merayap di dinding. Hampir seluruh kawasan ruang itu
dipenuhi oleh sarang labah-Iabah dan angkut-angkut, keadaan didalam
rumah itu kelihatan suram dan samar-samar. Datuk membuka salah sebuah
tingkap di situ untuk mendapatkan cahaya matahari. Bila cahaya matahari
masuk ke dalamnya, barulah saya melihat pecahan kaca dan tembikar ber-
selerak di lantai, dua tiga ekor lipan bara melarikan diri dari terkena cahaya
matahari, empat kerusi kuno dan sebuah meja kuno sudah berlubang-Iubang
di makan oleh anai-anai.

Di kaki tangga untuk naik ke tingkat atas terdapat sebuah busut jantan yang
tingginya hampir lima kaki. Kalau direnung lama-lama busut jantan itu
bentuknya macam seorang lelaki berpeluk tubuh. Bila datuk menjamah
bahagian atas busut jantan itu, beribu-ribu kalkatu keluar memenuhi ruang
rumah batu itu. Datuk dan saya segera memanjat anak tangga menuju ke
tingkat atas. Terdapat lima bilik di tingkat tersebut, salah sebuah bilik di situ
kelihatan bersih dan langsir kuning terpasang dengan rapi, beberapa keping
patahan dari batu nisan kelihatan berselerak di muka pintu bilik.

353
Saya dan datuk jenguk ke dalam bilik. Pemuda ganjil sedang tidur dengan
nyenyaknya di atas katil kuno dengan beralaskan daun-daun ketapang kering
sambil memeluk batu nisan. Bila datuk mahu masuk ke bilik tersebut, rumah
batu itu terasa bergegar disertai dengan bunyi dentuman yang amat kuat
macam bunyi petir. Saya dan datuk mula terdengar bunyi air hujan
mencurah-curah di luar. Bagi memastikan apakah di luar betul-betul hujan,
datuk segera membuka tingkap, ternyata hari tidak hujan. Cuaca cukup baik,
matahari tetap bersinar, langit biru kelihatan bersih.

Satu hal yang menakjubkan. Bila daun tingkap terbuka perkara yang aneh itu
tidak kedengaran, bila daun tingkap dirapatkan macam-macam bunyi
mengusik gegendang telinga. Datuk rapat ke katil pemuda ganjil. Bila datuk
duduk di sisinya, saya terlihat sepasang tangan yang berbulu sebesar pokok
pinang dara keluar dari dinding bilik. Sepasang tangan itu mengarah ke
batang leher datuk.

"Aku akan mengembalikan pada orang yang berhak. Jangan ganggu kami dan
perdayakan anak cucunya”, kata datuk.

Sebaik saja datuk selesai bercakap sepasang tangan yang berbulu itu hilang
dari tepi dinding bilik. Datuk cuba mengejutkan pemuda ganjil yang sedang
tidur. Usaha datuk itu gagal. Setiap kali dia mahu menjamah kaki pemuda
ganjil itu, bayang-bayang perempuan akan muncul di atas katil seolah-olah
menghalang perbuatan datuk.

"Rumah ni, rumah syaitan”, keluh datuk lalu dia membaca beberapa potong
ayat Al-Quran dari Surah Jin. Ketika datuk membaca surah tersebut, pasir dan
batu berterbangan dalam bilik. Datuk tidak peduli, dia terus membaca hingga
bayang-bayang perempuan itu hilang dari penglihatan datuk dan saya. Bila
keadaan sudah tenang, datuk pun membangunkan pemuda ganjil yang
sedang tidur. Wajah pemuda itu nampak pucat lesi. Dia bagaikan berada
dalam satu keadaan yang cukup asing, mulutnya terus mengungkapkan
perkataan yang tidak berapa jelas dan sukar difahami.

Tanpa saya duga, pemuda ganjil yang nampaknya tidak bermaya tiba-tiba
melompat. Suaranya keras dan mengaum macam suara kucing yang sedang
marah bila ekornya dipijak. Pemuda ganjil menerkam ke arah datuk. Tetapi
datuk yang sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan itu segera
menekan kepala katil dengan ibu jari kiri. Dan pemuda ganjil itu seperti
ditolak oleh kuasa ghaib kembali ke tempat asalnya. Duduk di situ kali ini dia
menentang datuk dengan kuasa matanya. Keadaan itu datuk hadapi dengan
tenang. Datuk menggunakan kuasa matanya hingga mata pemuda yang
bersinar garang jadi layu dan terus tertutup. Pemuda ganjil itu rebah atas
katil kembali.

Datuk terus membaca Surah Al-Falak. Bila sudah selesai membaca surah
tersebut datuk meraba tubuh pemuda ganjil mulai dari kaki hingga ke
pangkal leher dan datuk mematikan rabaan itu dengan menjentik sebanyak
tiga kali cuping telinga kiri pemuda ganjil. Manakala dari sebelah telinga

354
kanannya datuk membisikkan beberapa potong ayat Al-Quran hingga
pemuda itu membuka matanya. Datuk segera mendukung pemuda ganjil itu
keluar dari rumah batu. Bila kami berada di luar kawasan rumah batu, tiba-
tiba hujan panas turun mencurah-curah. Habis rambut saya basah begitu
juga dengan datuk. Pemuda ganjil yang terkapar dalam dukungan datuk
tidak bergerak. Matanya pejam dan mulutnya yang separuh terbuka di
masuki oleh air hujan. Peliknya, hujan panas itu terjadi dalam jarak beberapa
ela sahaja dari kawasan rumah batu itu.

"Inilah kebesaran Allah. Dalam panas ada hujan. Dalam hujan ada panas.
Semoga Allah memberkati niat suci aku”, kata datuk lalu mempercepatkan
langkahnya.

Bila sampai di rumah, datuk terus memandikan pemuda ganjil itu dengan air
yang saya ambil dari sungai.
Dengan jari manisnya datuk mencabut tujuh helai rambut pemuda ganjil di
bahagian ubun-ubunnya. Rambut itu datuk simpulkan lalu disuruh saya
menanamnya.

"Kau mahu minum ?" tanya datuk pada pemuda ganjil.

Walaupun pemuda ganjil itu tidak memberikan sebarang jawapan, datuk


tetap menyuruh saya membuat air kopi panas yang dicampurkan dengan
bawang putih.

"Minum”, kata datuk.

Pemuda ganjil itu bagaikan dipukau menurut saja perintah datuk. Bila air kopi
habis di minum, pemuda itu mula batuk dan bersin. Dia sedawa berkali-kali.
Mukanya kelihatan berpeluh dan merah.

"Emak dan ayah saya, mana dia ?", tanya pemuda itu.

"Ada, kau mahu jumpa dia?", balas datuk.

"Mahu”

"Cuba kau mengucap sekarang”

"Boleh, Ashha..”, pemuda itu mengucap dengan lancarnya.

Datuk gembira dan menyuruh saya memanggil kedua orang tua pemuda
ganjil itu. Bila kedua orang tua pemuda ganjil itu tiba, suasana dalam rumah
jadi lain macam. Ibu pemuda ganjil itu menangis, dia tidak terfikir anaknya
yang aneh boleh kembali kepangkuannya walaupun wajah dan tubuh
anaknya agak berbeza dari dulu.

"Jangan sentuh dia”, datuk melarang ibu pemuda ganjil itu menjamah tubuh
anak kesayangannya.

355
Ibu pemuda ganjil itu jadi terkejut. Suaminya segera memujuk hingga rasa
terkejut itu hilang dari dirinya.
Datuk mengarahkan kedua ibubapa pemuda ganjil itu duduk di hadapannya.
Manakala datuk, saya dan pemuda ganjil duduk sebaris jarak kami dengan
kedua orang tua pemuda ganjil itu kira-kira dua kaki.

"Kau jawap pertanyaan aku sebelum kau bertemu dengan kedua orang tua
kamu”, kata datuk sambiI memandang ke wajah pemuda ganjil.

Saya lihat pemuda itu anggukkan kepala tanpa memandang ke hadapan atau
ke kiri dan ke kanan.

"Baik”, balas pemuda ganjil.

"Siapa nama ayah kau?"

"Ansaruddin Hasibuan”

"Emak kau?"

"Teh Mayang Mengurai”

"Salah”, pekik datuk sambil menumbuk lantai, semua yang ada dalam rumah
jadi terkejut.

Datuk segera memegang leher pemuda ganjil sambil mencabut sehelai bulu
roma telinga kanan pemuda itu. Ada pertentangan dari pemuda ganjil itu,
tetapi, setelah datuk menekan dengan ibu jari kaki kiri di pahanya pemuda
itu menyerah. Bulu roma telinga pemuda ganjil itu datuk letakkan atas tapak
tangan kanan. Datuk hembus bulu telinga itu dengan kuasa hidungnya. Bulu
roma itu kelihatan melayang-Iayang dalam ruang rumah.

"Pulanglah ke tempat asalmu dan jangan ganggu anak cucu Adam”, suara
datuk cukup lantang.

Bulu roma yang berterbangan dalam rumah terus menuju ke muka pintu.
Semua yang ada dalam rumah tercengang-cengang. Kami terdengar suara
orang perempuan menangis dengan sayu di tengah hari yang menyerlah itu.
Sesungguhnya, saya tidak tahu dari arah mana suara itu datang. Bila
keadaan sudah tenang, datuk terus bertanya pada pemuda itu.

"Siapa nama emak kamu?"

"Rabiatun”, jawap pemuda itu.

"Betul”

Datuk menyuruh pemuda itu mencium lutut ibunya. Pemuda ganjil itu ikut
cakap datuk. Bila dia selesai mencium lutut ibunya, pemuda itu segera
memeluk ayahnya sambil minta maaf. Mereka berpeluk-pelukan dan

356
bertangis-tangisan. Datuk dan saya terus menyaksikan peristiwa yang penuh
dramatik itu dengan perasaan terharu. Air mata saya meleleh dipipi. Sedarlah
saya betapa kasihnya ibu dan ayah terhadap anaknya. Dengan izin datuk,
pemuda ganjil itu dibenarkan pulang ke rumahnya. Tetapi, sebelum pemuda
itu masuk ke rumah, dia harus dimandikan dulu di bawah tangga atau di
pintu rumah. Perkara itu di lakukan sebagai syarat atau petua dari orang tua-
tua, kononnya untuk menghalau hantu syaitan.

"Walaupun ini merupakan petua tetapi tidak bertentangan dengan ajaran


agama, tujuannya baik”, kata datuk pada ibu pemuda ganji itu.

Syarat itu sengaja di sampaikan pada ibunya kerana kerja-kerja harus di


lakukan oleh ibunya sendiri. Ayahnya tidak dibenarkan oleh datuk ikut pulang
sam.

"Awak duduk di sini, hingga lepas waktu Asar. Banyak perkara yang mahu
saya cakapkan pada awak”, ujar datuk pada ayah pemuda ganjil.

Saya renung wajah ayah pemuda ganjil itu. Dia nampak tenang dan setuju
dengan cadangan datuk itu. Pemuda ganjil dan ibunya segera berangkat dari
rumah yang kami diami. Sementara menanti waktu Asar tiba, saya terpaksa
memasak nasi dan menggoreng ikan gelama masin. Bahan-bahan yang saya
masak itu adalah pemberian ayah pemuda ganjil itu semalam.

Bila waktu Asar tiba, kami pun sembahyang. Lepas sembahyang dan wirid
sedikit barulah kami makan. Lepas makan kami berehat di anjung rumah.
Masa berehat itulah datuk menyoal bermacam-macam hal pada ayah
pemuda ganjil itu.

"Harta anak yatim, harta pusaka dan amanah orang, jangan dipermainkan
kalau tak sanggup jangan diterima”, saya terdengar suara datuk dalam nada
yang lembut.

Ketika dia bercakap itu matanya merenung wajah ayah pemuda ganjil di
sebelahnya.

"Maksud awak? Saya tak faham”, tanya ayah pemuda ganjil.

"Saya rasa, ini pendapat saya. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Sepasang
tangan yang berbulu di rumah batu itu merupakan petunjuk dari Allah
bahawa rumah yang dibina oleh arwah ayah awak tu dari wang yang perolehi
secara tidak halal”

"Saya faham cakap awak”

"Saya bukan apa-apa. Cuma mengingatkan kalau mahu membuat rumah


biarlah dari wang yang halal kerana rumah itu tempat kita berlindung dan
membuat amal ibadat. Membuat rumah dari duit yang halal berkatnya lebih,
hati kita sentiasa tenang bila bernaung di bawahnya” ujar datuk lagi.

357
Saya tidak tahu kenapa perkara itu yang datuk timbulkan. Saya renung muka
datuk, tidak ada sebarang perubahan di wajahnya. Lebih kurang pukul enam
petang, barulah ayah pemuda ganjil itu meninggalkan rumah khas kami.
Sebelum dia melangkah, dia terus berkata pada datuk.

"Sudah selesaikah kerja awak?"

"Belum”

"Apa yang belum selesai?"

"Saya mahu pergi ke rumah batu itu lagi malam ini, kalau awak nak ikut
datanglah lepas waktu Isyak”

"Boleh juga, saya akan datang”

"Baguslah tu”, datuk pun melambaikan tangan pada ayah pemuda ganjil
tersebut.

Bila masuk waktu Maghrib, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang lebat
itu tidak mengganggu datuk berwirid dari Maghrib hingga masuk waktu Isyak.
Cuma hati saya saja yang berdebar kerana hujan yang lebat itu disertai juga
oleh bunyi petir dan angin yang kuat. Tiba-tiba saya menggigil kesejukan.
Badan segera saya selimutkan dengan kain pelikat, saya duduk
mencangkung. Dagu saya bertemu dengan kepala lutut. Kilat, angin dan
hujan terus bermaharajalela diluar. Datuk masih lagi berada di tikar
sembahyang. Satu ledakan petir yang kuat bergema, sinarnya menerangi
seluruh rumah.

Telinga saya bagaikan fana dan terasa kosong. Bila cahaya kilat itu hilang,
saya lihat batang tubuh perempuan terpacak tidak jauh dari depan datuk.
Wajahnya manis sekali dengan rambut terurai hingga kepinggang, memakai
baju kebaya dari kain songket warna hijau, begitu juga dengan baju.
Selindang songket terletak atas bahunya yang lebar.

"Kau rampas suami aku. Binatang, kau harus bersedia menerima pembala-
san”, katanya pada datuk.

Wajahnya bertukar jadi merah macam udang kena bakar. Saya lihat datuk
segera berdiri, saya tidak tahu waktu mana datuk membuang kain sarungnya
dan memakai seluar hitam, baju hitam dengan kain merah terlilit di kepala.

"Kau Puteri Mayang Mengurai?", tanya datuk.

"Ya, kenapa?”

"Dari mana kaudatang?"

"Dari Gunung Tahan”

358
"Bohong, kau syaitan. Kau langsiur menjelma menjadi manusia untuk
memperdaya manusia”

"Itu soal aku, bukan soal kau. Aku mahu suami aku”, suara perempuan itu
mula meninggi.

Datuk menarik nafas panjang. Kedua belah tangannya dilekapkan ke


dadanya yang bidang. Bibir bawahnya nampak bergerak-gerak.

"Aku bersedia memulangkan orang yang kau sayangi, kalau kau benar ma-
nusia. Buktikan yang diri kau manusia”, datuk mengajukan pertanyaan.

Perempuan yang berdiri di depannya kelihatan tenang. Wajahnya yang


merah sudah tidak merah lagi.

"Bukankah dengan wujudnya aku di sini membuktikan itu semua”, katanya.

"Masih belum cukup, aku sangsi”

"Apa lagi yang kaumahu?"

"Kau berdiri di situ, jangan bergerak-gerak”

"Baik”

Datuk senang hati dengan jawapan itu. Datuk pun mula meluruskan ke dua
belah tangannya. Mulutnya mula bergerak membaca ayat Al-Kursi. Pe-
rempuan itu tersenyum tetapi, bila sampai pada ayat pertengahan
perempuan itu tidak senyum lagi, malah cuba memberikan isyarat pada
datuk supaya jangan meneruskan pembacaannya. Datuk tidak peduli. Datuk
terus membaca ayat tersebut. Bila sampai pada ayat terakhir, saya lihat
seluruh tubuh badan wanita itu jadi merah macam bara, wanita itu terkapai-
kapai macam minta tolong. Dalam beberapa saat saja badan yang merah
menjadi hitam macam arang, kemudian terus hilang.

"Syaitan itu sudah binasa”, datuk memberitahu saya.

Perlahan-Iahan datuk menyingsing lengan baju kanannya. Dia kembali duduk


di depan tikar sembahyang. Saya tidak tahu apakah yang di bacanya. Rasa
menggigil di badan saya mula hilang. Saya terus ikat kain di pinggang. Hujan
dan petir masih berterusan di luar. Datuk terus membuka tingkap tetapi,
cepat-cepat daun tingkap itu dirapatkannya kembali, tempias hujan
menjamah wajahnya.

"Masih belum datang lagi”, rungut datuk.

"Sabarlah, barangkali kerana hujan"

"Betul juga cakap kau Tamar”

359
"Kita tunggu sampai hujan teduh tok”

"Aku fikir pun begitu juga”, nada suara datuk menurun.

Dia kembali duduk di tikar sembahyang membaca Surah Yasin. Dalam kiraan
saya, hujan lebat itu berlaku selama satu jam. Sebaik saja hujan berhenti,
ayah kepada pemuda ganjil datang ke rumah kami. Datuk memberi dia
minum kopi panas.

"Kita pergi sekarang”, kata datuk.

"Boleh, saya ada bawa lampu picit”

"Tak pakai lampu picit pun tak apa”

"Gelap nanti tak nampak jalan”

"Saya ingat, mana lopak dan pokok besar”

"Hum..”, mulut ayah pemuda ganjil terpelohong kehairanan.

Tanpa banyak kerenah, datuk pun turun dan di ikuti oleh saya dan ayah
pemuda ganjiI. Bila kami memijak bumi, tanah yang dibasahi air hujan terasa
menyentuh kulit kaki meskipun saya memakai sepatu getah. Datuk yang
memakai capal kulit itu cukup cepat melangkah. Percikan pasir dan tanah
dari kibasan capalnya terasa mengenai muka saya. Lebih kurang sepuluh
minit berjalan dalam gelap yang dikepalai oleh datuk, kami pun sampai ke
rumah batu.

Bila berada dalam rumah batu itu. Keadaannhya saya rasa berbeza dengan
keadaan sebelah pagi tadi. Saya tidak terasa seram atau takut. Datuk terus
kumpulkan kayu dan papan-papan buruk lalu dibakarnya. Api yang marak itu
menerangi bahagian bawah rumah batu itu. Datuk mencari bahagian sudut
rumah itu yang mengarah ke kiblat. Datuk duduk bertafakur beberapa minit
disitu. Bila kerjanya itu selesai datuk pun menghampiri kami.

“Sekurang-kurangnya tiga gadis Cina telah dirogol dan dibunuh oleh tentera
Jepun dirumah ini. Mayatnya di tanam di belakang rumah”, datuk
memberitahu saya.

Menurut datuk, ada kemungkinan perempuan-perempuan cantik yang datang


menemui pemuda ganjil pada setiap malam itu berasal dari syaitan yang
mengambil kesempatan untuk menggoda pemuda ganjil yang memang
diketahuinya mudah digoda kerana imannya kurang kuat dan baru mahu
mendalami hal-hal agama.

"Tangan yang berbulu berpunca dari apa?"

Secara mendadak ayah pemuda ganjil itu bertanya. Datuk segera mengambil
sebatang kayu dan menikam ke arah api yang sedang marak itu, muka datuk

360
nampak berpeluh. Dahinya berkedut. Dia berhenti menikam api dengan serta
merta. Datuk termenung panjang, terlalu sukar nampaknya datuk mahu
menjawab pertanyaan itu.

"Saya tak tahu. Itu kuasa Allah, kejadian itu barangkali sebagai petunjuk
pada manusia supaya jangan tamak dan haloba kerana mahu hidup senang
dan tergamak melakukan pecah amanah”, cukup teratur datuk bercakap
sambiI matanya merenung wajah saya.

Tanpa saya duga, dalam bangunan rumah batu dua tingkat itu, di depan api
yang marak datuk menceritakan yang dirinya pemah mengalami kejadian itu
di dua buah rumah besar. Kejadian pertama berlaku di Alor Setar dan
kejadian ke dua berlaku di Pekan, Pahang.

Rumah di Alor Setar itu didirikan di atas tanah pesaka yang tidak di farait
atau dibahagikan mengikut hukum syarak. Sehingga menimbulkan
perbalahan di kalangan empat saudara, abang yang tua dalam keluarga itu
menggunakan kuasa kuku besinya. Dia mengambil semua tanah pesaka itu
untuk dirinya, dalam masa yang sama abang yang tua itu kena loteri
kebajikan masyarakat. Dia pun mendirikan rumah batu yang besar dan
membawa anak bininya tinggal di situ. Sejak tinggal di rumah baru itu anak
bininya sentiasa sakit dan diganggu oleh satu lembaga besar hingga
membuat abang yang tua berada dalam keadaan resah dan tidak tenang.

Seorang guru agama menasihatkan abang yang tua itu supaya menjual tanah
tersebut. Hasil dari pendapatan jualan itu dibahagikan sesama keluarganya
atau membahagikan tanah pesaka di kalangan keluarganya mengikut hukum
agama, abang yang tua memilih cara kedua. Bila tanah itu dibahagikan
mengikut hukum syarak, lembaga hitam itu tidak muncul dan keluarganya
tidak sakit, rumah batu itu dipecahkan kerana didirikan dengan wang loteri.

"Tetapi abang yang tua tidak akan terlepas dari dosa di akhirat kerana dia
berjudi”, kata datuk.

Kejadian di Pekan Pahang hampir sama dengan kejadian di Alor Setar, cuma
bezanya rumah besar yang didirikan oleh seorang haji disitu, adalah hasil
dari penyelewengan wang kutipan zakat fitrah orang Islam, dan haji itu
sendiri membunuh diri dalam rumah tersebut.

"ltulah pembalasan Allah di dunia pada orang yang tidak amanah”, kata
datuk mengakhiri ceritanya. Saya termenung panjang, begitu juga dengan
ayah pemuda ganjil tersebut.

"Sudahlah, mari kita pulang”, kata datuk, kami pun segera pulang.

Sebaik saja kami sampai di kaki tangga, satu ledakan petir terjadi. Cahaya
kilat itu menerangi seluruh kawasan di sekitar kami, bila cahaya kilat itu
berakhir, kami jadi tergamam dan terkejut besar kerana dibahagian bumbung
rumah batu dua tingkat kelihatan api menjulang. Api itu terus marak dan
membakar seluruh rumah batu dua tingkat. Datuk tidak menghiraukan

361
kejadian itu, malah dia menyuruh kami balik ke rumah. Sepanjang malam itu,
saya tidak dapat tidur kerana memikirkan kejadian yang saya lihat.

Pagi esoknya, kami pergi kerumah batu yang jadi korban petir . Tidak ada
bentuk rumah yang wujud di situ, kecuali tiang batu yang hitam macam
arang terpacak mengarah ke langit.

"Awak jual tanah ni atau wakafkan, kalau awak jual wangnya jangan awak
ambil satu sen pun, semuanya di berikan pada baitulmal atau ke rumah
anak-anak yatim. Saya rasa inilah cara yang paling baik dengan itu
keturunan awak akan terselamat dari kutukan Allah”, datuk menasihatkan
ayah pemuda ganjil.

"Lagi apa yang mesti saya buat?"

"Beramallah pada Allah, mohon limpah rahmat dariNya. Kita ini hamba Allah,
pada Allah lah kita mengadu dan Allah akan membuat keputusan yang maha
adil”, tambah datuk lagi.

Dua hari kemudian, sedang saya dan datuk berkemas untuk pulang, ayah
pemuda ganjil itu datang menemui datuk lalu menyerahkan wang sebanyak
lima ratus ringgit, sebagai tanda terima kasih atas kejayaan datuk mengubati
anaknya.

"Simpan wang awak. Saya tidak cari makan cara ini. Saya menolong sesama
manusia dengan ikhlas, kebolehan yang ada pada saya adalah milik Allah”,
muka ayah pemuda ganjil pucat mendengar cakap datuk.

"Maafkan saya, tapi saya mahu bersedekah”, balasnya.

"Sedekahlah pada fakir miskin”, jawab datuk tegas dan mengucapkan ribuan
terima kasih atas layanan yang diberikan kepada saya dan datuk.

Ayah pemuda ganjil itu menghantar kami ke perhentian bas. Tiga bulan
kemudian, ayah pemuda ganjil itu datang menemui datuk dan menyatakan
apa yang dinasihati oleh datuk telah dilaksanakannya. Tanahnya sudah dijual
dan wangnya sudah diserahkan pada Baitulmal.

"Anak saya sudah sihat, saya akan menghantarnya ke Padang Panjang untuk
belajar agama. Kalau ada rezeki saya mahu melanjutkan pelajarannya hingga
ke Kaherah, mulai tahun ini saya akan membayar zakat”

"Baguslah tu”, jawab datuk.

Dan saya masih dapat membayangkan bagaimana ayah pemuda ganjil itu
menangis teresak-esak ketika meninggalkan halaman rumah datuk.

43. Buaya Jadi Jadian

362
Musim tengkujuh pun tiba. Langit di Kampung Mandi Upeh sentiasa kelihatan
mendung dan setiap hari hujan turun. Sungai kecil yang merentang di
tengah-tengah kampung melimpahkan airnya hingga ke paras tebing. Dan
sejak pulang dari Tanjung Malim, datuk tidak kemana-mana. Dia banyak
menghabiskan masanya di ladang getah. Sekali-sekala dia ke hutan melihat
jerat pelanduknya sama ada mengena atau tidak. Sepanjang musim
tengkujuh kesihatan datuk tidak begitu baik. Dia selalu diserang sakit lelah
dan lemah-lemah badan. Walaupun begitu, datuk tidak pernah lupa
melakukan senaman harimau dan mandi embun pada setiap pagi.

Dan amalan meminum air dingin satu tempurung yang sudah diembun
selama satu malam tetap diteruskannya. Menurut datuk air dingin itu mesti
diminum sebelum sarapan pagi. Khasiatnya, dapat melancarkan perjalanan
darah serta membersihkan perut. Air dingin itu juga dapat menegangkan
kulit, bagi orang yang mengamalkannya akan kelihatan muda. Datuk juga
memberitahu saya, tempurung yang dijadikan bekas air dingin itu dipilih dari
kelapa masak yang gugur sendiri. Tempurung dari kelapa itu dibelah serta di
jemur hingga isinya lekang sendiri. Bahagian tempurung yang tidak
digunakan itu ditanam di pangkal pokok kelapa itu. Tempurung yang
dijadikan bekas minuman itu ialah bahagian bawah. Bila sudah cukup kering,
tempurung itu dibersihkan serta dikilatkan dengan serpihan kaca dan di
jemur kembali selama tujuh hari berturut-turut. Kemudian baru dijadikan
bekas minuman. Setiap kali datuk mahu meminum air dingin dalam
tempurung itu, dia mesti membaca Al-Fatihah sebanyak tujuh kali dalam
masa senafas.

Dan saya, hingga kini tidak dapat mengamalkan petua-petua tersebut dise-
babkan oleh beberapa hal yang tertentu.

Pada suatu pagi , selepas datuk melakukan senaman dia terus berehat di
ruang rumah. Ketika itu nenek menghampirinya.

"Bagaimana? Bila kita nak pergi ke Tanjung Ara?", soal nenek.

"Untuk apa?"

"Dah lupa? Jemputan kahwin anak Alang Botak”

"Tak lupa. Bukankah jemputan tu esok, esoklah kita pergi”

"Awak ni merepek. Bukankah saya dengan Alang Botak itu adik-beradik, kami
sepupu. Tidak baik pergi kenduri-kendara rumah adik-beradik untuk makan
aje. Kita harus pergi awal, boleh tolong tegakkan balai, siapkan tempat orang
makan”, nenek mula bersyarah di hadapan datuk. Saya lihat datuk
tersenyum dan mengangkat ke dua belah tangannya ke atas, macam
komunis menyerah diri pada pasukan askar Melayu.

"Saya salah. Awak betul, kerana itu saya ikut cakap awak”, kata datuk sambil
berjenaka.

363
Nenek ketawa keciI. Begitulah sikap datuk dengan nenek. Saling bertolak
ansur. Datuk tidak segan-silu menurut kata nenek, kalau kata-kata itu baik
dan benar. Datuk akan menentang berhabis-habisan kalau pendapat atau
fikiran nenek tidak menguntungkan. Mereka bertengkar dan bermasam muka
untuk mencari kebenaran bagi mencipta suasana rumah tangga yang kekal
tanpa mahu mencari perkelahian yang mengakibatkan rumahtangga berada
dalam kegentingan yang berakhir pada sebuah jurang pemisahan. Barangkali
inilah rahsia kebahagian dan kedamaian rumahtangga datuk dan nenek.

Dan saya sering bertanya dalam diri saya, apakah dalam hidup saya kelak,
saya akan menemui seorang isteri sebaik dan semulia hati nenek? Apakah
saya dapat menjadi lelaki seperti datuk yang sanggup menghilangkan rasa
ego seorang suami di mata seorang isteri demi kerukunan rumah tangga.

"Entahlah… Begini saja, kita pergi sejam lagi. Sementara itu eloklah awak
berkemas, bawalah gula barang sekati dua, kelapa sepuluh atau dua puluh
biji dan pisang dua tiga tandan”, kata datuk.

Nenek bagaikan terkejut.

"Awak ni bergurau atau cakap betul-betul”, tanya nenek sambiI mengerutkan


keningnya. Datuk terus mempamirkan giginya.

"Saya cakap betul, kita tolong mereka dengan apa yang ada pada kita”

"Nak bawa barang-barang tu dengan bas? Susah jadinya. Itulah ada kereta
awak tak mahu baiki, sekarang siapa susah”, rungut nenek.

"Sama-sama susah”, jawab datuk.

Nenek dan saya terus ketawa. Bila ketawa saya dan nenek berakhir, datuk
masih lagi tersengih.

"Begini saja. Awak dengan Tamar pergi naik bas dulu, barang-barang tu biar
saya bawa kemudian, saya juga nak bawa kambing untuk Alang Botak”

"Ini dah cukup baik”, balas nenek yang kemudian menggesa saya menukar
pakaian. Saya tukar pakaian dan nenek terus mengemaskan pakaian lalu
dimasukkan ke dalam beg rotan empat segi. Saya diberi tugas tertentu oleh
nenek iaitu memikul beras sebanyak empat gantang yang diisikan dalam
guni gandum. Bagi nenek, beras empat gantang itu sebagai tanda buah
tangan untuk keluarganya di Tanjung Ara.

"Bila awak nak bertolak?", soal nenek pada datuk di kepala tangga.

Datuk menggigit bibir sambil memetik ibu jari kirinya. Dan sepasang mata
datuk tertumpu ke arah anak bukit yang letaknya tidak jauh dari rumah.

"Awak jalanlah dulu, saya tetap sampai”, suara datuk penuh keyakinan.

364
Saya dan nenek pun berangkat dari rumah.

Ketika berada dalam perut bas, hati saya cukup gembira kerana nenek tidak
putus-putus menjamu saya dengan kuih-kuih yang dibelinya di perhentian
bas. Apa saja yang saya minta nenek tunaikan. Nenek saya lihat cukup
gembira sekali, maklumlah dia mahu bertemu dengan kaum keluarganya di
Tanjung Ara. Dalam perut bas itu juga, pertama kali nenek membuka rahsia
asal keturunannya. Menurut nenek, keturunannya berasal dari Bugis yang
berhijrah ke Johor, dari Johor berpindah ke lembah Sungai Kelang, Selangor,
yang kemudian terlibat dalam peperangan saudara di Selangor.

Dari Selangor mereka berhijrah ke Perak membantu Sultan Muzaffar Shah


yang bersengketa dengan adiknya. Sultan Muzaffar Shah yang di bantu oleh
orang-orang Bugis menang, lalu ditabalkan jadi Sultan Perak. Salah seorang
keluarga nenek menjadi ayam tambatan pada Sultan Perak pada masa itu.
Sayangnya nenek tidak menyatakan pada saya siapa nama keluarganya
yang menjadi pahlawan terbilang itu.

"Kaum kerabat nenek masih terdapat di Johor terutama di daerah Batu Pahat.
Di Selangor pula di kawasan Jeram dan Permatang. Tetapi moyang nenek
memilih Tanjung Ara sebagai tempat bernaung, setelah berperahu dari Kuala
Dinding ke sini”, kata nenek dengan megah.

Saya anggukkan kepala kerana saya tahu, tidak mungkin saya dapat me-
nyusur jejak-jejak keturunan nenek yang sudah begitu lama. Bas yang kami
naiki sampai di pekan kecil Pengkalan Bharu. Dari situ, saya dan nenek
terpaksa berjalan kaki melintasi satu kawasan lapang yang dipenuhi dengan
pokok kemunting (kemuning) serta rerumput yang berdaun merah.

Kata nenek, kawasan lapang itu disebut Padang Antah Berantah dan menjadi
medan pertempuran angkatan Raja Shamsul Baharin menentang angkatan
Raja Champa (Kemboja). Dalam pertempuran itu Raja Shamsul Baharin me-
mang, seluruh Padang Antah Berantah dipenuhi dengan darah-darah
pahlawan Champa. Kesan daripada peperangan itu, rumput-rumput yang
tumbuh di situ jadi merah begitu juga dengan pasirnya (sekarang kawasan
tersebut sudah ditanam dengan pokok kelapa). Saya tidak dapat memastikan
sama ada cerita itu benar atau tidak. Kerana nenek hanya memperolehi
cerita itu dari mulut ke mulut cuma.

Memikul empat gantang beras dengan berjalan kaki sejauh hampir dua batu
memang memenatkan, badan saya jadi berpeluh. Bagi menghilangkan rasa
penat dan bosan pada diri saya, nenek terus bercerita kisah-kisah lalu yang
menggerunkan, dan kadang-kadang melucukan. Saya jadi terhibur di bawah
panahan matahari yang amat terik.

Ketika saya dan nenek mahu menyeberang di atas jambatan, saya terlihat
pokok keduduk dan petai cina di sebelah kiri bergoyang-goyang. Nenek suruh
saya berhenti. Saya segera menoleh ke kiri, saya dapati datuk berdiri di situ
menarik seekor kambing. Dua tandan pisang dan dua puluh biji kelapa
berada di sebelah kanan. Manakala di tangannya tergantung bungkusan

365
gula.

"Cepat awak sampai”, kata nenek.

"Kawan kita menghantarnya”, jawab datuk. Ketika itu juga saya terlihat ekor
harimau dari celah-celah rumput keduduk dan petai cina.

"Baliklah”, kata datuk dan ekor harimau itu hilang dari penglihatan saya.
Saya faham apa yang sudah berlaku.

"Begini. Awak tunggu di sini, biar saya jalan dulu. Kemudian saya suruh anak
Alang Botak mengambil barang yang awak bawa ini dengan basikal”, nenek
mengeluarkan cadangan.

Datuk termenung seenak, bila senyum berakhir dia kerutkan kening luasnya
sambil merenung ke arah rumah Alang Botak yang berada di seberang sana.

"Kita pergi bersama”, balas datuk.

"Barang-barang ni macam mana?"

"Kita tinggalkan di sini dulu, sementara menanti anak Alang Botak me-
ngambilnya”

"Nanti hilang pula”

"Ah, tak usah takutlah tidak ada siapa yang mahu mencurinya”, jawab datuk.

Nenek terdiam. Beberapa saat kemudian kami pun melangkah serentak.


Alang Botak menyambut kami dengan penuh keriangan. Alang Botak dengan
datuk berpeluk-pelukan. Ketika berpeluk-pelukan itulah datuk sempat
membisikkan sesuatu ke telinga Alang Botak. Bila selesai berpeluk, Alang
Botak terus memerintahkan salah seorang anaknya supaya mengambil
barang-barang di kepala jambatan.

Dengan di temani oleh Alang Botak, datuk berkesempatan menemui tukang--


tukang masak dibelakang rumah, menemui tukang buat balai di hadapan
rumah serta menemui orang yang sedang menegakkan tiang pelantar
tempat meletakkan gelas dan balang air. Semuanya bekerja dengan tekun di
bawah semangat gotong-royong. Kerana datuk memang pandai dan tahu
dalam hal masak-memasak datuk mencampurkan dirinya dengan tukang-
tukang masak di kampung itu. Saya diarah oleh datuk untuk memotong
bawang dan halia. Berpeluh dahi dan meleleh air mata saya membuat kerja-
kerja itu. Sedang kami asyik dengan tugastugas yang dijalankan kami
dikejutkan dengan suara jeritan dari arah tebing sungai. Semua orang yang
berada dibahagian belakang rumah segera bangun.

"Agaknya ada orang ditangkap buaya”, kata seorang lelaki berkulit hitam
yang berdiri di sebelah datuk.

366
Belum pun sempat datuk mengajukan pertanyaan pada lelaki itu, seorang
perempuan setengah umur berlari ke arah kami.

"Tolong, tolong anak saya disambar buaya”, kata perempuan itu dengan
wajah cemas. Dia mula menangis, rambutnya kelihatan mengerbang.

"Di mana?" tanya datuk.

"Di tepi sungai”

"Mari “, kata datuk dan orang-orang yang berada di situ segera mengikut
datuk menuju ke tebing sungai.

Bila sampai di tebing sungai, orang ramai sudah pun berkumpul di situ, ada
yang membawa parang. Ada yang membawa lembing dan senapang
kampung masing-masing mahu membunuh buaya, tetapi buaya yang mahu
dibunuh tidak kelihatan. Datuk tidak mempedulikan mereka yang sedang
marah itu. Datuk terus duduk bersimpuh di tepi tebing. Datuk mengambil
segenggam tanah lalu dicampakkannya ke dalam Sungai Tanjung Ara yang
mengalir tenang. Di tempat tanah itu jatuh, air sungai kelihatan berbuih
macam air yang sedang mendidih.

Tiba-tiba seekor buaya muncul, bagaikan kilat buaya itu melibaskan ekornya
ke arah datuk. Nasib baik datuk sempat mengelak dan buaya itu terus
menyelam. Belum pun sempat datuk duduk kembali, buaya itu muncul
semula di permukaan sungai lalu melibaskan ekornya yang panjang itu ke
tebing sungai. Libasan dari ekor buaya itu mengenai salah seorang penduduk
Kampung Tanjung Ara yang berdiri dekat datuk. Lelaki malang itu terhumban
ke dalam air dan bagaikan kilat rahang buaya itu menyambut tubuh badan
lelaki itu, lalu lelaki dan buaya itu ghaib dari permukaan sungai mula
bergelombang.

Orang ramai yang tadi begitu ghairah mahu membunuh buaya jadi terpaku
dan setengah daripada mereka berundur jauh dari tebing sungai. Datuk mula
kelihatan resah tidak menentu. Bajunya mula dibasahi peluh dan mukanya
kelihatan merah padam dipanah cahaya matahari pukul tiga petang yang
cukup terik. Saya perhatikan datuk bagaikan hilang matlamat dan keyakinan
pada diri sendiri. Dia lalu merenung ke tebing seberang sana yang penuh
dengan tumbuhan pokok-pokok keladi dan mengkuang liar. Hujung daun
mengkuang mencecah permukaan air sungai. Dalam saat-saat yang amat
genting itu, buaya ganas tadi muncul sambil menjulang mangsanya tinggi
dari paras permukaan air sungai. Tangan dan kaki lelaki itu terkapai-kapai
macam katak puru di mulut ulat.

Gigi-gigi buaya yang tajam itu terus terbenam di badan lelaki itu. Darah
kelihatan memancut ke luar. Datuk saya lihat sudah hilang sabarnya. Datuk
terus bertempik dengan sekuat hatinya sambil terjun ke dalam sungai. Datuk
terus memeluk badan buaya itu dengan sekuat hatinya. Dengan
menggunakan jari kelingkingnya datuk menujah mata buaya itu. Buaya itu
terus mengelupar dan air sungai terus bergelombang. Buaya itu terus

367
menghempaskan badannya. Tetapi pelukan datuk tetap kemas dan jarinya
terus menujah mata buaya. Mungkin kerana terasa amat sakit, buaya itu
membuka rahangnya hingga badan lelaki itu terlepas darinya. Datuk berhenti
memeluk buaya itu lalu menyambar badan lelaki itu dan terus dibawa ke tepi
tebing.

Dan buaya ganas itu terus hilang di permukaan air sungai. Orang-orang
kampung yang berada di situ terus menyambut batang tubuh lelaki tersebut
dan dibaringkan ke atas tanah. Datuk pun mengesat darah di badan lelaki
malang itu. Saya di suruh oleh datuk memetik dedaun hijau dari pokok pulai
penipu bukit untuk dijadikan ubat penahan darah. Lelaki itupun sedar dari
pengsan. Dia tidak berdaya mahu bangun. Cepat-cepat datuk membetulkan
urat belikat dan urat tangan lelaki itu. Datuk meminta orang-orang kampung
yang mengerumun lelaki malang itu supaya beredar agak jauh sedikit. Cakap
datuk mereka patuhi. Seluruh badan lelaki itu datuk raba dengan belakang
tangan.

Semua biji mata orang yang berdiri di tepi tebing bagaikan terbeliak bila
mereka melihat air Sungai Tanjung Ara bergelombang dan keruh. Pokok-
pokok keladi dan mengkuang kelihatan bergoyang-goyang kembali.
Bila gelombang air sungai berakhir, dua ekor buaya timbul di permukaan air,
berpusing-pusing di tengah-tengah sungai sambil melibas-libaskan ekor
masing-masing pada air Sungai Tanjung Ara. Percikan air itu menjulang ke
udara dan jatuh kembali atas permukaan air sungai. Pancaran matahari yang
keras terus menikam pada gelombang air sungai akibat dari libasan ekor
buaya itu. Pancaran tikaman matahari itu
menimbulkan satu cahaya yang kilau kemilau, bagaikan cahaya berlian di
suluh dengan lampu picit. Orang-orang kampung terpegun melihat kelakuan
dua ekor buaya itu. Tanpa di duga, dengan cara yang mendadak sekali,
kedua-dua ekor buaya itu meluru ke tepi lalu memanjat tebing sungai.

“Berundur “, kata datuk pada orang ramai.

Mereka pun berundur dan kedua-dua buaya itu terus merangkak, sambil
memanggungkan kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan, macam biawak
mahu menangkap anak ayam. Datuk masih lagi kelihatan resah gelisah.

"Biarkan orang itu di situ, saya mahu umpankan buaya”, suara datuk keras
melarang orang yang mahu mengangkat lelaki malang itu ke tempat lain.

Sikap datuk itu menimbulkan kemarahan seorang lelaki lain yang berbadan
tegap. Melihatkan bentuk tubuh lelaki itu, ternyata dia bukanlah orang
Melayu tulin. Dalam badannya itu mengalir darah campuran Melayu dan
Pakistan. ltulah tanggapan saya pada lelaki itu.

"Awak mahu memperjudikan nyawa orang. Kalau awak tidak ubah anak
saudara saya ni ke tempat lain, awak saya tembak sampai mati”, lelaki yang
naik darah itu menghalakan muncung senapang kampung ke arah datuk.
Datuk tersenyum.

368
"Saya tetap patuh dengan apa yang saya kata. Kalau awak nak berkeras saya
bersedia menerimanya”, jawab datuk.

"Binatang”, jerit lelaki itu sambil menarik pemetik senapang. Lelaki itu jadi
cemas, senapangnya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, kecuali muncung
senapangnya berasap.

"Awak berundur dari sini, sebelum saya bertindak”, kata datuk sambil
mengesat peluh di pangkal kening kirinya dengan tapak tangan kanan. Lelaki
itu bagaikan terpukau, menurut saja perintah datuk.

Kedua-dua ekor buaya itu terus mara ke arah lelaki malang yang terkapar di
atas tanah. Air mata lelaki malang itu meleleh dipipi. Datuk terus memberi
semangat padanya supaya bertenang. Datuk tidak akan menyerahkan tubuh
badannya untuk dikoyak-koyak oleh buaya ganas dengan begitu saja. Lebih
kurang dalam jarak sepuluh kaki kedua-dua buaya itu mahu menghampiri
lelaki malang itu, datuk segera melompat dan berdiri di tengah-tengah.
Melihat perbuatan datuk itu, kedua-dua ekor buaya itu jadi marah lalu
membuka mulut dengan seluas-Iuasnya. Datuk sudah bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan.

Kedua belah tangan datuk terus memeluk tubuh, matanya tepat menikam ke
arah kedua-dua ekor mata buaya itu. Tumit kiri datuk tekankan ke bumi
hingga terbenam separas buku lali. Datuk membongkok lalu menghentakkan
pangkal siku kanan ke tanah. Datuk terus duduk mencangkung dengan
menekan kepala lutut kiri ke bumi dan kepala lutut kanannya bertemu
dengan dagu. Kedua-dua ekor buaya itu merapatkan kembali mulutnya dan
cuba mahu merangkak, ternyata buaya itu tidak boleh bergerak. Datuk sudah
pun menguncikan sendi-sendi kaki buaya itu.

"Tutup mulut kamu”, saya terdengar suara datuk dan kedua-dua ekor buaya
itu merapatkan mulutnya. Datuk segera bangun sambil memeluk tubuh,
kedua belah kakinya di kangkangnya sedikit.

"Sekarang kau kembali ke lubuk kamu dan pulangkan mayat anak cucu aku
yang kau binasakan itu”, kata datuk dengan lantang.

Datuk terus melompat setinggi empat kaki dari paras bumi. Bila kaki datuk
menyentuh bumi, kedua-dua ekor buaya itu masih terpukau lagi
ditempatnya. Datuk lalu memerintahkan orang-orang kampung itu
mengusung lelaki malang ke rumahnya. Perintah datuk segera dipatuhi.
Datuk kembali berdiri di hadapan kedua-dua ekor buaya itu.

"Pulang, kataku pulang”, sergah datuk lagi dan buaya-buaya itu bagaikan
baru tersedar dari tidur. Segera berpusing lalu terjun ke dalam sungai dan air
sungai kembali bergelombang yang airnya memukul tebing.
Tanah tebing yang tidak kuat terus runtuh ke dalam sungai dan menimbulkan
buih-buih yang kecil sebelum bersatu dengan air sungai. Matahari yang sejak
tadi bersinar dengan terik, mula beransur redup. Gumpalan awan hitam yang
tebal mula melindungi matahari.

369
Orang-orang kampung yang tadi begitu ramai berdiri di tebing mula beransur
kurang. Kebanyakan daripada mereka pergi ke rumah lelaki yang malang itu.
Angin pun mula bertiup menggoyangkan dedaun pokok di bibir tebing. Datuk
membuka baju. Baju itu diikatkan ke pinggangnya. Datuk duduk bersila di
tepi tebing dengan kedua belah tangannya terletak di atas kedua tempurung
lutut. Datuk bertafakur di situ sambil membaca sesuatu. Datuk berdiri tanpa
membuka tangan yang memeluk tubuhnya.

"Pulangkan cucuku”, kata datuk. Serentak dengan itu, seekor buaya timbul di
muncungnya terpanggang tubuh seorang kanak-kanak lelaki dalam usia
empat belas tahun. Buaya itu meletakkan tubuh budak lelaki yang sudah
menjadi mayat itu di bibir tebing. Cepat-cepat datuk mengambil mayat budak
lelaki itu, lalu di serahkan pada orang-orang kampung yang masih berada di
situ. Mereka pun membawa mayat budak lelaki itu ke rumah ibunya. Dan
buaya yang menyerahkan mayat budak itu terus hilang dari penglihatan saya
dan datuk.

Sebagai tanda yang tugasnya sudah selesai, lagi sekali datuk mengepal
tanah dan mencampakkan ke dalam sungai. Bila tanah itu bertemu dengan
air sungai, dengan sekelip mata saja timbul berpuluh-puluh ekor buaya di
permukaan air Sungai Tanjung Ara, buaya-buaya itu mempamirkan badan
masing-masing sambil melibas-libaskan ekornya pada permukaan air sungai.
Melihat keadaan yang ganjil itu, wajah datuk segera berubah menjadi cemas
tidak menentu. Dia merenung muka saya.

"Sebenarnya, ada orang tertentu yang menaikkan semangat buaya, itu


supaya menjadi ganas”, kata datuk sambil menarik tangan saya pulang ke
rumah Alang Botak. Petang itu juga mayat budak lelaki yang jadi korban
buaya dikebumikan.

Dan lelaki malang itu terus menerima rawatan dari datuk. Sebelum men-
jelang waktu Maghrib lelaki malang itu kembali sihat dan terus membantu
kerja-kerja kenduri-kenduri di rumah Alang Botak. Sepanjang malam itu o-
rang-orang yang berada di rumah Alang terus memperkatakan tentang
peristiwa yang berlaku pada sebelah siang tadi.

Sesungguhnya, peristiwa yang terjadi itu mencatatkan kemeriahan suasana


kenduri di rumah Alang Botak yang kemuncaknya akan berlangsung pada
esoknya. Bagi menjaga keselamatan diri orang ramai, pengumuman segera
dikeluarkan oleh ketua kampung, yang menasihatkan orang-orang kampung
supaya jangan mandi di sungai.

Malah, anak lelaki Alang Botak yang bakal jadi raja sehari itu dilarang sama
sekali melintas di atas jambatan, begitu juga dengan pibak pengantin
perempuan. Hari itu, adalah kemuncak segala kemeriahan di rumah Alang
Botak. Pagi-pagi rumahnya sudah dikunjungi orang ramai. Kira-kira pukul
sepuluh pagi, macam-macam permainan diadakan di balai yang dimulai
dengan silat, tarian zapin dan permainan dabus. Kira-kira pukul dua belas
tengahari, kampung kecil itu menjadi gempar kerana ada orang yang

370
mengingkari pesanan ketua kampung, akibatnya dua orang sudah menjadi
mangsa buaya. Pukul satu tepat, tiga orang lagi menjadi korban buaya.

Buaya-buaya di Sungai Tanjung Ara mula mengamuk. Siapa saja yang berdiri
di tebing akan akan terus di libas oleh buaya-buaya itu dengan ekornya.
Datuk sudah tidak mampu mengatasi masalah itu. Dia mengaku, ilmu dunia
yang ada pada dirinya tidak boleh mengalahkan buaya-buaya tersebut.
Dengan bantuan orang-orang kampung, tebing sungai itu lalu dipagari de-
ngan kawat berduri. Apa yang terjadi tidak mengganggu-gugat rancangan
yang sudah di atur. Acara persandingan terus dijalankan. Bila acara persandi-
ngan itu tamat, satu mesyuarat kecil telah diadakan di halaman rumah Alang
Botak untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah yang sedang di hadapi.

Dalam mesyuarat itu orang-orang kampung meminta datuk menggunakan


kebolehannya untuk menghalau buaya-buaya ganas tersebut. Datuk tidak
dapat memenuhi permintaan mereka. Menurut datuk, kebolehan yang ada
pada dirinya masih belum cukup unutk menjinakkan buaya-buaya ganas itu.
Kejujuran yang datuk tunjukkan tidak dapat diterima oleh orang-orang
kampung.

"Kamu sudah membuktikan di depan mata kami, usahlah kamu berdalih.


Agaknya kamu yang memuja buaya-buaya tu supaya menjadi ganas.
Sebelum kamu datang buaya-buaya itu tidak mengacau kami”, seorang lebai
muda menghujah datuk di hadapan orang ramai.

Pendapat lebai muda itu mendapat sokongan sebagaian besar dari orang--
orang kampung. Datuk berada dalam suasana yang serba salah.

"Apa yang saya lakukan semalam, sekadar mendapatkan mayat budak itu.
Dari percubaan pertama itu saya dapat mengesan yang buaya-buaya itu
diarah oleh orang-orang tertentu yang dapat mempengaruhi buaya supaya
menganas”, datuk memberi penjelasan dalam percubaan membersihkan
nama dan dirinya.

"Mungkin di antara buaya-buaya itu, ada buaya jadi-jadian”, tambah datuk.

Orang ramai terdiam sejenak, mereka berpandangan sarna sendiri dan


berbisik -bisik. Lebai muda yang berkulit cerah bangun lagi. Keadaannya
lebih bersopan santun dari tadi. Dia memperkenalkan dirinya.

"Maafkan saya, kalau perbuatan saya tadi menyakitkan hati tuan, nama saya
Kamaruddin dan saya bekas anggota tentera laut dan sekarang membuat
kerja menangkap udang di Sungai Tanjung Ara ni, apakah yang patut kita
lakukan sekarang?"

Datuk merenung muka lebai muda itu sejenak. Datuk merasakan lebai muda
itu memang jujur orangnya. Tidak berdolak-dalik atau mahu menguji datuk,
dia bercakap apa yang difikirkannya patut dicakapkan, sesuai dengan
keadaan dirinya yang baru berusia lebih kurang empat puluh tahun.

371
"Kita cari pawang buaya yang handal”, kata datuk.

"Kalau begitu kita panggil Saadun Juling”, jawab salah seorang penduduk
kampung.

"Dia tu tinggal di mana?", lebai muda bertanya.

"Di Sungai Rotan”, jawab orang yang mengeluarkan cadangan.

"Saya setuju dan saya boleh membantunya”, datuk memberikan pengakuan.

Kata sepakat pun di buat. Beberapa orang penduduk kampung Tanjung Ara
disuruh pergi ke Sungai Rotan menjemput Saadun Juling. Permintaan itu tidak
dihampakan oleh Saadun luling. Dua hari kemudian, pawang buaya itu sudah
pun berada di Tanjung Ara. Datuk terus mendampinginya. Saadun Juling
memberitahu orang-orang kampung, dia tidak dapat melakukan kerjanya
dengan secepat mungkin. Dia perlu mengambil masa kira-kira tiga minggu.

Selama dia menjalankan tugasnya itu, dia minta orang-orang kampung


menanggung makan minum dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan,
antaranya orang-orang kampung dilarang berjalan malam, kecuali dirinya.
Seminggu sudah berlalu Saadun Juling hanya asyik berjalan di sepanjang
tebing sungai. Kadang-kadang dia menyorok di balik pokok besar mengintai
perempuan mandi dan membasuh kain disungai. Ada kalanya, dia berdiri di
tebing sungai bercakap dengan air.

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan, sejak Saadun Juling berada di
Tanjung Ara, buaya-buaya suIit untuk dilihat. Tidak lagi mengganggu orang-
orang kampung yang mandi di sungai. Orang-orang yang bekerja menangkap
udang galah mendapat hasil yang berlipat ganda. Hal ini meyakinkan orang-
orang kampung yang Saadun Juling itu seorang pawang buaya yang handal.
Masuk minggu yang kedua, seorang suami di kampung itu mengadu pada
datuk secara suIit-suIit tentang isterinya yang telah berjaya dipujuk rayu oleh
pawang buaya hingga melakukan hubungan suIit. Dan si suami tidak dapat
berbuat apa-apa, setiap kali dia memandang atau berhadapan dengan
pawang buaya untuk mempersoalkan kedudukan yang sebenar, dia jadi
kasihan dan berasa takut yang tidak bersebab. Si suami cuba
membentangkan masalah dirinya pada orang-orang kampung, mereka tidak
dapat menerima lalu menuduh si suami itu berniat jahat terhadap pawang
buaya yang mahu mengembalikan suasana aman di Tanjung Ara.

"Masa bila dia membuat hubungan sulit tu?", tanya datuk pada si suami.

"Malam”

"Waktu tu, kau berada di mana?"

"Dirumah?"

"Kenapa kau tidak bertindak?"

372
"Saya macam kena pukau. Tidak boleh bangun dari tempat tidur dan tidak
boleh bersuara”

Datuk terdiam mendengar cakap si suami itu. Ada rasa simpati terpamir di
wajah datuk.

"Kau bersabar, jangan bertindak terburu-buru. Jika perkara ini benar aku akan
menolong kau. Aku tidak mahu perkara maksiat terjadi di sini. Kerja-kerja
yang didorong oleh syaitan harus kita tentang”

"Macam mana nak menentangnya?"

"Kau berjanji jangan beritahu sesiapa apa yang mahu aku lakukan”

"Saya berjanji”

"Pawang tu tinggal di surau. Malam ni aku nak mengintip gerak gerinya”

"Awak akan binasa, kalau melanggar pantangnya”

"Allah lebih berkuasa darinya. Allah memberkati kerja-kerja yang baik dan
jujur. Allah mengeji perbuatan zina. Kalau kita tidak menegakkan kebenaran,
Allah akan mendakwa kita di akhirat kelak, kerana kita tahu perbuatan itu
ditegah oleh Allah”

"Saya faham”

"Kau pulanglah dulu”, kata datuk, si suami itu terus pulang.

Pertemuan datuk dengan si suami itu tidak diketahui oleh sesiapa, walaupun
pertemuan itu diadakan di rumah Alang Botak. Dan Alang Botak menganggap
pertemuan itu adalah pertemuan biasa.

44. Skandal Pawang Buaya

Datuk masih lagi berdiri di anjung rumah Alang Botak. Kedua belah tapak
tangannya menekan kayu palang yang memisahkan bahagian dalam anjung
dengan bahagian luar rumah. Mata datuk merenung tajam ke arah batang
tubuh si suami malang yang dijamah oleh sinaran matahari petang yang
lembut. Batang tubuh si suami malang hilang dari pandangan datuk di balik
pokok besar, dekat liku jalan yang tajam. Datuk mengeluh kecil sambil
menggamit saya yang sedang berlari bersama kenalan-kenalan baru
mengelilingi pokok asam belimbing buluh di tengah halaman rumah Alang
Botak.

"Ada apa tok?", tanya saya di kaki tangga sambil menyapu peluh di dahi
dengan telapak tangan kanan. Datuk senyum sambil meraba misai

373
bengkoknya.

"Jangan terlalu riang bermain. Tok takut hilang riang datang duka”, katanya
dengan tenang.

Saya gigit bibir dan termenung panjang sambil berfikir, kenapa datuk harus
mengeluarkan ingatan itu pada saya? Apakah dia sudah dapat mencium
nasib malang yang akan menimpa diri saya? Pertanyaan itu terus berlegar-
legar dalam kepala saya tanpa menemui sebarang jawapan.

"Sudah, jangan termenung”, kata datuk sambil menepuk bahu kanan saya.

Sesungguhnya, saya tidak sedar bila masanya datuk turun ke tanah lalu ber-
diri di sisi saya.

"Mari ikut aku ke tebing sungai”, tambahnya lalu mengatur langkah.

Saya pusing kekanan lalu mengekorinya dari belakang. Langkah datuk cukup
pantas. Kenalan-kenalan baru saya cuma melihat saja telatah saya dan
datuk. Meskipun matahari petang memancar redup, bahang panas terasa
juga menjamah kulit badan. Muka saya berpeluh, ketiak terasa bergetah
begitu juga dengan bahagian belakang saya. Langkah datuk cukup cepat.
Bagi mempersimbangkan langkahnya dengan langkah saya, saya terpaksa
berlari-Iari anak. Saya dan datuk sampai ke tebing sungai Tanjung Ara. Air
sungai kelihatan tenang dan nampak bermanik-manik disentuh sinar
matahari. Rumput-rumput hijau di tebing terus merunduk bila kami pijak,
tetapi, bangun semula bila kami mengatur tapak kaki ke arah lain.

Saya macam orang bodoh dibuat oleh datuk. Dia tidak berkata walau sepatah
pun. Matanya tetap merenung ke arah riak air sungai yang beralun lembut.
Meskipun dia melangkah tanpa merenung bumi, datuk bagaikan ada panca
indera yang keenam, boleh mengelakkan dirinya dari melanggar tunggul
buruk atau lubang yang banyak terdapat di tebing sungai. Sudah berantai-
rantai berjalan di tepi tebing sungai menuju ke hulu. Belum terdapat tanda-
tanda yang datuk akan berhenti melangkah. Kedua belah pangkal paha saya
mula terasa sakit. Angin petang yang bertiup tidak dapat menghilangkan
rasa resah dalam diri saya. Saya resah mengikut cara datuk berjalan, saya
resah kalau buaya timbul lalu ekornya memukul badan saya yang berjalan di
tepi tebing sungai.

"Aw...”, jerit saya sekuat hati, kaki kanan saya bagaikan dipukul dengan kayu
keras. Tanah tebing tempat saya berdiri kelihatan rebak dan air sungai
bergelombang kuat. Saya sudah tidak mampu berdiri lagi. Pandangan saya
mula berkunang-kunang. Satu pukulan datang lagi. Kali ini lebih kuat dari
pukulan yang pertama. Badan saya bagaikan ditarik oleh sesuatu yang
mendorong sebahagian daripada badan saya tercampak ke dalam sungai.
Saya terus menjerit dan mulai terasa lemas. Air sungai terus menyumbat
lubang hidung dan mulut saya. Badan saya bagaikan dibelit oleh sesuatu
yang secara tidak langsung menekan dan menarik saya ke tengah sungai.
Saya berjuang dengan menggunakan segala kekuatan yang terdapat dalam

374
diri saya supaya badan saya jangan tenggelam.

"Tolong saya tok, tolong”, kata saya dalam keadaan tercungap-cungap.


Antara tenggelam dan timbul itu, saya masih lagi dapat melihat batang tubuh
datuk di tepi tebing dalam keadaan yang samar-samar.

"Sabar Tamar”, kata datuk lalu dia melemparkan kain ikat kepalanya ke arah
saya. Cepat-cepat kain ikat kepala yang berwama merah itu saya sambar.
Saya berpaut pada kain itu sekuat hati. Kemudian badan saya bagaikan
terbang ke udara lalu jatuh betul-betul di kaki datuk.

"Kau sakit”, tanya datuk.

Saya anggukkan kepala. Datuk segera mengambil sekepal rumput hijau lalu
menyapu ke muka saya tiga kali berturutturut. Kemudian datuk menyuruh
saya mengunyah dan menelan rumput hijau. Pada mulanya, tekak saya tidak
dapat menerimanya kerana rasa rumput itu pahit dan payau. Bila rumput itu
saya telan, secara tiba-tiba saya terkencing dan terus muntah.

"Bisanya sudah aku tawarkan tetapi paha kanan kau luka kena giginya”,
datuk bersuara tenang.

Saya masih lagi terlentang di bumi merenung awan dan langit. Rasa sakit
mula terasa di paha kanan saya. Datuk terus meraba paha saya dan darah
mula membasahi rumput-rumput hijau yang segar di situ. Kain lilit kepala
tempat saya bergantung tadi, masih berada dalam tangan datuk. Saya
merasa hairan, kain lilit kepala yang tidak sepanjang mana itu boleh
menyelamatkan saya. Bagaimana kain merah itu boleh panjang dan menjadi
tali untuk menolong saya?, timbul pertanyaan dalam hati. Datuk terus
memetik daun serunai laut, pucuk mengkuang hutan dan pucuk gelenggang.
Semua jenis daun itu datuk satukan dan terus diramasnya hinga sebati dan
kemudian diperahnya. Air dari perahan daun itu datuk sapukan ke bahagian
paha yang luka.

Darah segar berhenti keluar, rasa sakit tidak terasa, diganti dengan rasa
sejuk dan segar. Datuk segera menyuruh saya duduk di bawah pokok pulai.
Dia kembali ke tepi sungai. Duduk bertenggung di situ. Beberapa saat
kemudian seekor buaya timbul dan rapat ke tebing sungai. Datuk berkata
sesuatu dan buaya itu membuka mulutnya luas-Iuas. Datuk hulurkan
tangannya ke dalam mulut buaya macam mengambil sesuatu. Datuk berlari
ke arah saya. Tangan yang diselukkannya ke dalam mulut buaya itu, segera
disapukan ke paha saya yang luka. Tiga kali datuk berbuat demikian hingga
saya terasa yang diri saya tidak mengalami apa-apa kecederaan. Saya boleh
bangun dan cuba berlari, rasa sakit tidak saya alami. Datuk mendapatkan
buaya yang sedang membuka mulut itu. Datuk tepuk kepalanya tiga kali,
hingga buaya itu merapatkan mulutnya lalu tenggelam ke dalam air.

"Masih ada buaya yang tidak dapat dipujanya. Tidak dapat diambil sema-
ngatnya dan buaya itu akan jadi sahabat kita”, ujar datuk pada saya sambiI
melihat bekas gigitan buaya di paha saya. Parutnya hingga kini kekal di paha

375
saya, berwarna kehitam-hitaman dan kulit parut itu timbul sebesar jari ke-
lingking yang memanjang bentuknya.

Datuk terus memimpin saya ke rumah Alang Botak. Sambil merawat saya
malam itu, datuk menceritakan apa yang berlaku atas diri saya pada Alang
Botak. Bila Alang Botak mendesak datuk supaya melaporkan hal itu pada
pawang buaya (Saadun Juling), datuk menolak dan meminta Alang Botak me-
rahsiakan kejadian. Datuk tidak mahu kejadian itu akan jadi buah mulut
orang kampung yang boleh menghilangkan rasa keyakinan orang-orang
kampung terhadap kemampuan pawang buaya tersebut. Malam itu, kalau
tidak silap saya malam Selasa, lebih kurang pukul dua belas tepat, datuk
membangunkan saya. Dia suruh saya bersiap.

"Ke mana tok tengah malam buta begini?"

"Aku nak meronda kampung”

"Sebab?"

Datuk tidak menjawab pertanyaan saya. Dia duduk disudut bilik sambil
melilitkan kain merah ke kepala. Kemudian mulutnya kumat-kamit macam
membaca sesuatu.

"Sudah sampai masa pertukarannya, antara penggantian masa dari dua


belas kedua belas, dari bulan muram ke bulan bercahaya dari laluan kuasa
syaitan kepada manusia”

Saya dengar suara datuk bercakap sendirian. Bila habis bercakap jam dinding
rumah Alang Botak berbunyi dua belas kali. Saya terdengar desiran angin
malam melanggar daun-daun di luar rumah. Saya terasa seram sendirian.
Saya juga terdengar bunyi suara kocakkan air sungai yang hebat dituruti
dengan bunyi orang memukul air sungai dengan papan, bunyinya bersahut-
sahutan dan memanjang bercampur dengan tiupan serunai batang padi. Bulu
roma saya mula berdiri. Bunyi desiran angin bertambah kuat membawa
suara lolongan anjing liar yang mendayu-dayu.

"Sekarang sudah pukul dua belas dua minit tengah malam, yang bertukar
sudah berlaku, kita pergi sekarang Tamar”, datuk mengeluarkan perintah
dan dia sudah pun membuka pintu. Berdiri di situ merenung malam yang
kelam.

Datuk melangkah, saya pun melangkah. Tujuh biji anak tangga kami pijak
hingga akhirnya, tapak kaki saya dan datuk bertemu tanah. Embun jantan
yang menitik menyentuh kulit telinga dan hidung. Kedinginan mula terasa
menggigit tubuh. Bunyi kocakkan air dan tiupan serunai batang padi sudah
tiada kedengaran lagi. Tetapi, desiran dedaun yang disentuh angin tetap juga
kedengaran. Di langit tiada sebiji pun bintang. Dan cengkerik terus
bernyanyi. Katak puru terus melompat.

"Kau jangan banyak soal dan banyak tanya, ikut saja apa yang aku buat”,

376
satu ingatan dari datuk.

Saya anggukkan kepala. Kami pun berjalan melintasi pepohon kecil yang
tumbuh di kiri kanan jalan enam kaki.
Sekali-sekala badan saya dilanggar oleh kelawar liar yang terbang malam.
Dari celah-celah pepohon yang kecil yang tumbuh merimbun itu terdengar
suara burung segan. Berjalan malam di tengah hawa yang dingin begitu amat
menyiksakan. Bibir saya terketar-ketar. Sekarang, kami terpaksa menempuh
kawasan yang penuh dengan pokokpokok kelapa. Beberapa biji buah kelapa
mambung jatuh, mengejutkan hati saya. Semangat terasa hilang. Akhirnya,
saya dapat mengesan ke mana datuk mahu membawa saya malam itu.
Ternyata kami sedang menuju ke sebuah surau lama yang tidak digunakan di
kampung itu. Di bahagian belakang surau itu terdapat sebuah pondok yang
bersambung dengan surau tersebut. Disitulah pawang buaya Saadun Juling
ditempatkan oleh orang-orang kampung.

"Berhenti”, ujar datuk, sebaik saja sampai ke perdu pokok kelapa gading.

Saya pun berhenti melangkah. Datuk terus duduk bersila dibawah pokok
kelapa. Saya pun begitu. Dari pondok di belakang surau terdengar bunyi
orang menepuk tapak tangan yang diikuti dengan suara orang menyebut
sesuatu, suara itu sekejap meninggi sekejap menurun macam orang
membaca Quran. Kalau didengar dengan teliti, ternyata orang itu bukan
membaca Quran, tetapi menyeru sesuatu yang sengaja dibuat macam orang
membaca Quran. Ada panjang, ada pendeknya.

"Rapat ke pondok, jangan berjalan. Kita merangkak perlahan-lahan jangan


sampai terdengar olehnya”, datuk pun mula merangkak atas pasir.

Datuk jadi kepala jalan dan saya menuruti dari belakang. Bila sampai di
bawah pondok, kami segera bangun.
Dari celah-celah dinding tepus, saya dan datuk mengintai ke dalam pondok.
Angin malam kian kurang bertiup, suara anjing liar cukup jelas kedengaran
bersama dengan suara burung hantu dan jampuk. Suara itu tingkah
meningkah, bersahut-sahutan macam satu irama muzik di majlis pesta.
Keadaan bertambah seram dan menakutkan bila suara anjing, burung hantu
dan jampuk itu disambut oleh suara dari dalam pondok yang gementar dan
parau bunyinya.

"Tamar, kau lihat sini”, bisik datuk dan menyuruh saya mengintai ke dalam
pondok.

Saya terkejut besar. Pawang buaya Saadun Juling yang tidak pernah saya
tegur sapa itu sedang duduk bersimpuh menghadapi sebatang lilin besar
berwarna merah. Di hujung kedua belah lututnya terdapat lilin kecil yang
diletakkan atas papan. Kedua-dua lilin itu mengeluarkan cahaya yang malap.
Cahaya dari lilin besar cukup jelas memperlihatkan dada Saadun Juling yang
bidang. Kepalanya hilang di selubung oleh kain hitam yang lunjung (tajam ke
atas macam pucung). Di bahagian kain yang menutup mata, hidung dan
mulut dilubangkan yang di kiri kanan lubang itu dilapisi dengan kain putih

377
mengikuti selebar mana lubang uitu dibuat. Memang menyeramkan melihat
keadaan Saadun Juling, dalam keadaan demikian, kepalanya bergoyang ke
kiri dan ke kanan macam orang ratib sambil mengeluarkan suara yang serak
dan parau. Dua tiga ekor kelawar liar berterbangan dalam pondok.

Dua tiga ekor cicak mula datang ke arah Saadun Juling. Cicak-cicak itu
beratur di hadapannya. Salah seekor dari cicak itu yang bentuk badannya
agak besar dari cicak biasa segera menjungkitkan ekornya, berpusing-pusing
macam gasing. Pada mulanya cicak itu berpusing ligat, kemudian beransur
perlahan-Iahan. Sebelum cicak itu berhenti berpusing Saadun Juling segera
menangkapnya. Saadun Juling dekatkan cicak itu ke api lilin besar. Ketika itu
cicak-cicak yang tidak ditangkap segera menghilangkan diri, lilin di kiri kanan
lututnya segera padam. Suasana dalam pondok bertambah kelam, ketika itu
terdengar bunyi deru air yang amat kuat, seolah-olah lantai pondok itu
menjadi aliran air sungai.

Terdengar bunyi ekor buaya memukul air bertalu-talu. Seluruh badan Saadun
Juling jadi basah kuyup oleh air yang dari mana datangnya, saya sendiri tidak
tahu. Dalam cahaya samar-samar itu, saya lihat ada bayang-bayang buaya
duduk tertungguk di hadapan Saadun Juling. Warna buaya itu tidak berapa
jelas. Bila bayang buaya itu hilang, terdengar suara orang ketawa
memanjang dari setiap sudut pondok, sarang labah-labah berterbangan atas
lantai. Badan saya jadi berpeluh, saya terasa ada sesuatu yang lalu di sisi
saya yang tidak dapat saya lihat dengan mata kasar.

Ada bunyi benda merangkak atas pasir menuju ke sungai. Suara burung
hantu kian kuat berbunyi, lolongan anjing bertambah sayu dan langit yang
tadi muram mula cerah. Saya renung ke kanan, saya lihat datuk meraba
hujung kening kanannya tiga kali berturut-turut, masa itu juga lubang telinga
saya menangkap bunyi deru angin yang amat kuat. Bagi memastikan dari
arah mana angin itu datang, saya renung ke kanan dan ke kiri, saya lihat
pokok-pokok kecil tidak bergoyang. Tetapi, badan saya mula terasa mahu
rebah macam ditolak oleh angin yang kencang, saya terpaksa berpaut pada
tiang gelegar pondok.

"Kau pegang kuat-kuat, semuanya untuk sementara saja”, bisik datuk pada
saya sambil meramas-ramas lengan tangan kanan saya berkali-kali. Badan
saya terasa panas. Dan badan saya terasa bertambah kuat dan tegap. Tidak
lagi terasa mahu rebah.

"Kita tunggu dan lihat, sampai dia keluar dari pondok ini”, beritahu datuk
pada saya lagi. Muka datuk saya renung, saya sudah tidak terdaya lagi mahu
berdiri. Kepala lutut terasa lenguh. Apa yang saya alami, tidak saya ceritakan
pada datuk, saya takut dia marah. Mahu atau tidak, saya terpaksa mengintai
ke dalam pondok melihat apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh Saadun
Juling. Saadun Juling membuka sarung kepalanya, kain itu dilipat rapi dan
diletakkan dekat dinding pondok. Saadun Juling bangun, berjalan tiga langkah
ke hadapan, berpusing ke belakang
lalu melangkah tiga tapak sambil tangan kanannya diletakkan atas kepala.
Kemudian dia berdiri seperti mula-mula tadi. Duduk, membaca sesuatu

378
dengan tenang. Saadun Juling membuka bungkusan dari kain hitam.

"Apa benda tu tok?" Saya beranikan diri menyoal datuk.

"Tengok dulu, jangan banyak tanya”, balas datuk.

Saya menggigit bibir dan mata terus melihat gerak-geri Saadun Juling.
Dengan tenang Saadun Juling mengambil sesuatu lalu di sumbat ke dalam
mulut, dikunyahnya dengan tenang dan penuh nafsu.

"Dia makan daging buaya kering”, datuk menjelaskan pada saya. Saadun
Juling bangun, ambil mangkuk dan air dan duduk kembali. Mangkuk yang
sudah diisi air itu diletakkan di hadapannya. Kemudian Saadun mengambil
sesuatu dari bungkusan kain hitam. Benda yang diambilnya itu direndam ke
dalam mangkuk kira-kira sepuluh minit. Kemudian, cepat-cepat Saadun Juling
meminumnya. Dalam beberapa saat saja mukanya kelihatan merah.

"Kau tahu apa yang direndamnya tu Tamar?"

"Tak tahu tok”

"Dia rendam cuIa buaya tembaga”

"Apa dia cula buaya tu tok?"

"Anu buaya, eh, alat kelamin buaya jantan”

"Gunanya tok?"

"Bila kau besar, kau akan tahu sendiri gunanya”

Setelah beberapa tahun kemudian saya tahu juga kegunaan cuIa buaya itu.
Menurut kepercayaan tradisional, cuIa buaya jantan itu setelah disalai atau
dikeringkan, kemudian direndamkan ke dalam air sejuk atau air panas, dan
airnya diminum bagi mendapatkan kekuatan luar biasa pada alat kelamin
lelaki bila melakukan hubungan jenis.

Saadun Juling menyimpan kembali semua barang-barang yang dibungkus-


nya. Dia mengenakan baju Melayu cekak musang ke badannya. Dengan
tenang dia meninggalkan pondok menuju ke tebing sungai. Datuk dan saya
mengikutinya dari belakang. Sampai di tebing sungai, Saadun berdiri dekat
tunggul buruk sambil memeluk tubuh.
Dia toleh kiri, toleh kanan bagi memastikan tidak ada orang yang mengintip
dirinya. Bila sudah yakin tidak ada orang yang mengintipnya, dia pun terus
membongkok di tepi tebing sungai menepuk air sungai tiga kali berturut-tu-
rut. Air sungai bergelora, semua pokok keladi dan mengkuang di gigi sungai
bergerak-gerak. Bila gelora air sungai menjadi tenang, berpuluh-puluh ekor
buaya timbul di . permukaan sungai.

Saadun Juling duduk bersimpuh di atas tebing sambil bersuara:

379
“Jum Kali jum, laut Khalzum dari bukit Kaf ke Jabal Nur Bahtera Noh jadi
penyelamat. Aku tahu asal usulmu terselamat dari bencana neraka seorang
anak bernaung di bahtera Noh. Dengar kata Noh, dengar kataku. Ucapku,
adalah ucap Sulaiman, terkunci gerakmu, mendengar kataku berkat doa,
Asyahadu anla illaha… Jangan ganggu umat Adam, selagi belum aku
perintahkan, pulanglah...”

Sebaik saja pawang buaya Saadun Juling selesai bercakap, buaya-buaya itu
terus hilang. Suasana di sekitar sungai kembali damai. Saadun Juling
bertempik dengan sekuat hatinya. Dia terjun ke dalam sungai berenang dan
mandi dengan bebasnya di malam yang dingin. Buaya tetap mengiringinya
bila dia berenang ke tengah sungai. Bila selesai mandi dan berenang, Saadun
Juling segera naik ke darat. Kenakan seluar dan baju, langkahnya cukup
rancak menuju ke sebuah rumah di pinggir kampung. Dia terus ketuk pintu
rumah yang berdindingkan papan berlidah. Seorang perempuan muda
berkemban membuka pintu. Mereka bertukar-tukar senyum. Perempuan
muda itu duduk di muka pintu. Saadun Juling pula duduk di anak tangga
paling akhir. Perempuan muda itu hulurkan tangannya dan Saadun Juling
menggosok-gosok tangan perempuan muda itu.

"Suami kau sudah tidur?"

"Sudah”

"Malam ini aku datang lagi. Kau pasti merasa bahagia”

"Hum...”, suara perempuan muda itu penuh manja.

Saya lihat Saadun Juling mengeluarkan sesuatu dari dalam sakunya lalu
mengenakan pada bahu perempaun muda. Dan perempuan muda itu
kelihatan seperti orang berkhayal.

"Sial. Dia mengenakan minyak ekor buaya pada perempuan itu. Minyak ekor
buaya yang sudah dijampi bila terkena pada kulit perempuan, boleh
membuat perempuan itu menyerah dan berkhayal”, rungut datuk sambil
menggenggam penumbuk. Mukanya merah padam.

Sesungguhnya datuk memang tidak boleh berhadapan dengan manusia yang


menggunakan kepandaian dan kebolehan untuk memperdayakan sesama
manusia. Bagi datuk, setiap orang atau anggota masyarakat yang ada
kebolehan tersendiri sewajarnya menggunakan kebolehannya itu untuk
menolong sesama manusia, bukannya untuk digunakan bagi kepentingan diri
sendiri.

"Manusia dibekalkan oleh Allah dengan akal dan fikiran. Tahu membezakan
yang buruk dan yang baik. Tetapi, manusia selalu memilih yang buruk kerana
yang buruk itu indah bagi syaitan. Aku tak mahu kejadian begini berlaku di
hadapan mata aku”, tambah datuk, badannya mula mengeletar menahan
perasaan marah.

380
Dua tiga batang pokok keduduk dan pokok rambutan yang sebesar pangkal
lengan datuk cabut hingga keakar umbi, matanya mula merah wajahnya
amat menyeramkan, nada suaranya cukup keras. Datuk cuba menahan sabar
sedaya upaya yang boleh. Kesabaran datuk sudah tidak boleh ditahan lagi
bila dia melihat Saadun Juling menarik wanita muda itu ke dalam rumah.
Datuk segera bertempik, Saadun Juling terkejut lalu terjun ke tanah. Pe-
rempuan muda yang berkemban juga terkejut, dia bagaikan tersedar dari
khayalan. Perempuan itu menangis di ambang pintu. Suaminya keluar lalu
memimpin perempuan muda ke dalam rumah. Saadun Juling hilang dalam
gelap. Datuk terus menemui suami perempuan muda itu.

"Aku harap kau tidak menceritakan semuanya ini pada orang lain. Aku
sedang berusaha menolong kau, bawalah isteri kamu ke tempat tidur. Basuh
mukanya dengan air dan suruh dia ambil air sembahyang, aku selesaikan
kerja aku malam ini”, ujar datuk pada suami perempuan muda itu. Si suami
yang malang itu anggukkan kepala dan berjanji akan mematuhi apa yang
datuk sarankan padanya.

"Mari kita cari pawang sial tu”, datuk renung muka saya.

Tangan saya di tariknya. Saya kira datuk akan terus menuju ke pondok di
belakang surau. Rupanya, datuk melencong ke kiri menuju ke tebing sungai.
Di tebing sungai itu Saadun Juling sedang memerintahkan buaya-buaya
supaya mengganas, sambar apa saja yang ada di tebing sungai tidak kira
manusia atau binatang ternakan.

"Saadun hentikan perbuatan syaitan itu”, pekik datuk.

Saadun Juling tersenyum dan membiarkan datuk serta saya menghampirinya


yang berdiri di tebing sungai. Dalam perhitungannya, bila datuk berdiri di
tebing sungai, buaya-buaya akan melompat kedarat lalu menyambar paha
datuk. Perhitungan Saadun tidak menjadi kenyataan . Memang buaya-buaya
itu timbul tetapi, tidak ada seekor pun yang mahu menyerang datuk dan
saya.

Melihat keadaan itu, Saadun Juling jadi resah. Datuk kian hampir padanya.
Saadun Juling meraba pangkal pinggangnya, macam mencari sesuatu. Datuk
terus melangkah, lagi lima tapak datuk melangkah pasti muka Saadun Juling
dengan datuk akan berlaga. Badan saya mula menggigil, hawa malam yang
dingin kian terasa mencucuk kulit tubuh saya. Kepala buaya kelihatan timbul
di permukaan sungai, suara kokok ayam mula terdengar bertalu-talu, suara
ungka dan burung tukang juga terdengar sayup-sayup datang dari kaki bukit.

"Kita bersahabat Saadun, dalam hidup aku tidak ada musuh sesama orang
Islam kerana setiap orang Islam itu adalah bersaudara”, datuk menghulurkan
tangan.

Saadun Juling terdiam, mulutnya bergerak-gerak, dia mahu menggunakan


segala kebolehan yang ada pada dirinya untuk menguji datuk. Tiba-tiba

381
dalam gelap itu, satu pukulan yang keras hinggap di kepala datuk. Pukulan
itu tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk. Saya terkejut, Saadun
Juling hilang dari pandangan, tempat dia berdiri segera di ganti oleh seorang
tua yang berjanggut panjang. Orang tua berjanggut panjang itu berdiri
beberapa detik saja di situ. Bila orang tua itu hilang, batang tubuh Saadun
Juling terpacak di situ.

"Saadun, kuasa yang abadi dalam dunia ini ialah kuasa Allah, kuasa syaitan
hanya sifat sementara saja. Bila datang yang hak, kuasanya tidak bermakna
lagi, aku tidak mahu bergaduh atau bermusuh sesama Islam”, kata datuk
lagi.

Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Saadun Juling masih juga
menunjukkan sikap permusuhan. Datuk segera membongkok. Hujung ibu jari
kanannya di teka ke bumi hingga tenggelam separas kuku, bila ibu jari itu di
cabutnya kembali, Saadun Juling jadi lemah, tidak mampu berdiri. Datuk
segera memangku tubuhnya dan di bawa pulang ke pondok di belakang
surau. Datuk letakkan batang tubuh Saadun Juling di tengah ruang pondok.
Lebih dari sepuluh minit datuk mengurut seluruh tubuh Saadun Juling hingga
dia pulih seperti sediakala. Bila dia sedar datuk memberi Saadun minum air
panas.

Di kaki langit, cahaya subuh mula bangkit, suara ayam berkokok mula hilang,
tidak lama kemudian terdengar suara Azan subuh dilaungkan dari menara
masjid. Datuk segera mengambil air sembahyang dan melakukan
sembahyang subuh di pondok tempat Saadun Juling menginap. Bila keadaan
hari sudah beransur cerah, datuk terus mandi embun, kemudian kembali ke
rnmah Alang Botak. Datuk sedikit pun tidak bimbang atau cemas
membiarkan Saadun Juling sendirian di pondok tersebut tanpa mengikat kaki
atau tangannya. Menurut datuk, kekuatan Saadun Juling tidak akan pulih,
selagi rambutnya tidak kena cahaya matahari. Sebaik saja saya dan datuk
sampai di anak tangga rumah, Alang Botak sudah menanti kami di ambang
pintu, dia menyatakan rasa cemas dan bimbangnya kerana datuk dan saya
tidak turut sama sembahyang subuh di masjid.

"Ke mana sepanjang malam tadi, saya sedar masa awak berdua keluarmalam
tadi?", soal Alang Botak.

"Ada hal sedikit”, jelas datuk.

Kami terus memijak anak tangga. Bila sampai ke dalam rumah, sarapan pagi
sudah tersedia. Nenek sudah pun menuangkan kopi ke dalam cawan. Saya
terus sarapan tetapi datuk cuma minum air sejuk saja. Lebih kurang pukul
tujuh pagi, saya dan datuk terus menuju ke pondok tempat Saadun Juling
menginap. Ketika saya dan datuk melintas di hadapan dewan orang ramai
kampung tersebut, beberapa orang penduduk segera memberitahu datuk,
bahawa buaya kembali mengganas, memukul apa saja yang berdiri di tepi
tebing. Datuk menyuruh mereka bersabar hingga pawang buaya, Saadun
Juling bertindak.

382
"Kenapa tok cakap macam tu pada dia orang. Tok kan tahu pawang tu
memang tak berapa baik orangnya”, saya minta kepastian dari datuk. Datuk
renung muka saya sambil tersenyum dia berkata:

"Tak baik membuka keburukan seorang pada orang lain”

Saya terdiam. Akhirnya saya dan datuk sampai ke pondok tempat Saadun
Juling terbaring. Datuk terus menghampirinya, dia kelihatan letih dan
wajahnya nampak lesu. Matanya tidak bercahaya langsung. Datuk segera
memicit buah betisnya dua tiga kali. Di luar, matahari pagi mula memancar.
Datuk segera mengusung Saadun Juling ke tanah. Sebelum itu, datuk terlebih
dahulu menggosok mukanya dengan kain ikat kepala sebanyak tiga kali
berturut-turut. Saadun Juling di biarkan duduk di atas tanah, bila sinar
matahari pagi menjamah rambutnya, Saadun Juling mula menggeliat dan
mukanya kembali merah. Dalam beberapa saat saja, dia sudah boleh bangun
dan bercakap.

"Kenapa awak buat saya begini? Saya dijemput untuk menghalau buaya, ini
balasan awak terhadap saya”, itulah kata-kata pertama yang ditujukan oleh
Saadun Juling pada datuk.

Saya lihat datuk tetap bersikap tenang. Dia terus mengikut langkah Saadun
Juling yang menuju ke pondok. Bila Saadun Juling mahu masuk ke rumah
datuk menghalangnya dengan berdiri di muka pintu. Saadun Juling terpaksa
berdiri di atas tanah dan datuk berdiri di ambang pintu pondok.

"Kenapa awak harus menipu diri sendiri?", suara datuk lantang.

"Maksud awak?"

"Awak berlagak jadi orang baik, sedangkan hati awak kotor. Awak bersikap
mahu menolong orang tetapi, hati kecil awak telah melakukan kejahatan. Di
mana keikhlasan diri awak?”

"Saya tak faham”

"Awak goda isteri orang untuk berzina”

Tangan kanan datuk memegang jenang pintu pondok. Wajah Saadun Juling
kelihatan pucat. Dia kelihatan resah dan terus merenung tanah.

"Awak bukannya menghalau buaya tetapi awak ganaskan buaya, kemudian


awak pujuk buaya-buaya di sini mendengar cakap awak dengan tujuan
supaya orang percayakan awak. Bila orang sudah percaya awak perdayakan
mereka. Orang lain boleh awak tipu, tapi saya bukan orangnya. Kalau awak
benar, buktikan kebenaran awak tu”, datuk mencabar Saadun Juling.

Memang di luar dugaan saya yang Saadun Juling sangup menjawab cabaran
datuk itu.

383
"Boleh, mari kita ke sungai sekarang”, katanya.

"Mari”, sahut datuk dengan tenang.

Kami bertiga pun segera menuju ke sungai . Sampai di sungai, Saadun Juling
terus menyeru semangat buaya, dan buaya-buaya pun timbul, berbaris
macam kayu buruk.

"Awak tengok, semua buaya dalam sungai ini saya kuasai dan buaya-buaya
ini akan meninggalkan tempat ini. Kalau saya bohong dan menipu ada buaya
yang tidak mendengar cakap saya”

"Betulkah ni Saadun?"

"Betul, saya bekerja kerana Allah. Kalau awak boleh buktikan perbuatan saya
ni salah, saya mengikut cakap awak”

"Saadun, dalam membuat kerja-kerja begini, janganlah mempermainkan


nama Allah nanti kita dikutuknya”

"Ah… buktikan kerja saya ni tidak ikhlas, usah banyak cakap”

"Kalau awak berhajat, boleh saya lakukan, ingat perbuatan kita ini mencari
kebenaran, buka mahu menunjuk pandai”

"Saya setuju”

Datuk segera berdiri di tepi tebing. Datuk membaca surah AI-Fatihah dan
beberapa surah yang lain termasuklah ayat Qursi. Datuk berhenti membaca
dan terus mengambil segenggam tanah lalu di buang ke dalam sungai.
Beberapa saat kemudian, seekor buaya timbul terus membuka mulutnya ke
arah datuk. Datuk mencampakkan sehelai daun ke dalam mulut buaya itu.
Dengan tenang buaya itu merapatkan mulutnya lalu bercampur dengan
buaya-buaya lain yang timbul di permukaan sungai.

"Bagaimana Saadun? Apa kau masih tidak mahu mengakui perbuatan terku-
tuk itu, apa kau mahu aku hebahkan perkara ini pada orang lain?", tanya
datuk pada Saadun Juling.

Saya terdiam. Datuk gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saadun Juling
tidak juga mahu mengakui segala kesilapan yang sudah dilakukan. Kemudian
datuk terus memujuk Saadun Juling supaya berhenti daripada melakukan
kerja-kerja yang tidak terpuji itu. Datuk lalu menyebut padanya tentang
maksud dari Surah At-tin yang bermaksud lebih kurang begini:
Sesungguhnya Allah itu mencipta manusia sebaik-baik kejadian, kemudian
Allah akan mencampakkan mereka ke tempat yang paling rendah sekali,
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.

"Saadun, marilah kita gunakan segala ilmu dan kepandaian pemberian Allah
ini untuk menolong sesama manusia, bukan menjahanamkan mereka”, pujuk

384
datuk Saadun Juling yang mengeluh dan termenung panjang.

"Kejahatan terlalu panjang umurnya berbanding kebaikan, jadi masa yang


pendek itu harus kita isi dengan perjuangan menegakkan kebaikan”, tambah
datuk lagi.

Saya lihat Saadun Juling mula resah. Saadun Juling termenung panjang,
matanya merenung ke arah air sungai yang nampak berkilau-kilau disinar
matahari pagi. Buaya-buaya yang timbul sudah menghilangkan diri. Air
Sungai Tanjung Ara tetap mengalir tenang. Cahaya matahari yang memancar
terik itu membentuk bayang-bayang kami yang pendek di bumi.

"Kaufikir dan tanyalah dirimu sendiri, apakah kamu mahu mengakhiri


hidupmu dengan cara begini. Ingatilah alam dunia ini sentiasa bersifat baru,
tidak ada yang kekal. Yang abadi hanyalah Allah jua, kata datuk lagi.

Saadun Juling tetap membisu seribu bahasa. Datuk terus bertindak, tangan
kanan Saadun Juling disambarnya lalu dipulas ke belakang. Saadun Juling
terkial-kial menahan kesakitan.

"Aku tak menghalang kau nak membuat jahat kerana itu adalah
tanggungjawab kau dengan Allah. Tetapi, kalau kau mahu melakukan
sesuatu yang tidak senonoh di sini aku akan jadi penghalangnya”, nada suara
datuk mula keras.

Tangan Saadun Juling dilepaskannya. Mungkin Saadun Juling merasa insaf


atau merasakan dirinya tidak selamat selagi tidak berterus terang dengan
datuk. Dia lalu memilih jalan yang mudah, dia mengakui ilmu yang di
tuntutnya itu memang bercanggah dengan hukum agama dan tatasusila
kehidupan. Tetapi, dia tidak boleh berpisah dengan semuanya itu, kalau dia
tidak melakukan sesuatu mengikut ilmu yang dituntutnya, badannya sakit-
sakit dan batuk darah.

"Dari mana kamu menuntut ilmu ini Saadun?"

"Dari kawan baik ayah saya yang berasal dari Kuala Tari, Acheh, Sumatera”

"Apa pantangnya?"

"Saya tidak boleh kahwin seumur hidup. Kalau aku mahu memenuhkan
tuntutan nafsuku, aku mesti menggoda atau merayu perempuan yang sudah
bersuami sampai aku berjaya tidur dengannya. Aku juga dilarang melakukan
hubungan jenis dengan janda muda walau secantik manapun”, Saadun
bersuara dengan tenang.

Datuk mendengarnya dengan teliti. Saadun Juling juga menceritakan


bagaimana dia jatuh hati dengan seorang janda muda di Kuala Sepetang dan
hampir mahu melangsungkan perkahwinan dengannya. Akibatnya dia hampir
dibaham oleh buaya ketika menangkap buaya di Sungai Krian.

385
"Sekarang, aku minta kau menangkap buaya yang ganas dan buaya-buaya
lain jangan kau ganggu atau kau puja semangatnya”, datuk melahirkan
permintaannya dan juga permintaan orang-orang kampung.

Saadun Juling terdiam. Dia macam keberatan mahu melaksanakan


permintaan datuk itu.

"Engkau sebenarnya menjadi buaya. Salah seekor dari buaya itu sudah kau
satukan dengan semangat kau. Aku tahu buaya itu berwarna putih dan kau
memberitahu pada orang-orang di sini yang buaya itu buaya keramat. Mana
ada buaya keramat cuma kau yang mengkeramatkan”, datuk membuka
rahsia.

Saadun Juling menggigit bibir.

45. Badan Pawang Berasap

Datuk terus menggosok-gosok pangkal hidungnya beberapa kali. Matahari


pagi kian meninggi, sudah berada di paras pucuk kelapa bercabang dua dan
sinarnya terus menjamah pada air sungai yang bergelombang kecil itu.
Memang tidak ada seorang pun penduduk Kampung Tanjung Ara yang
mengetahui kami berada di kawasan itu. Kedudukannya agak tersorok dan
dilindungi oleh beberapa pohon-pohon besar yang di gayuti oleh akar sebesar
lengan budak. Manakala bibir tebing tempat kami berdiri pula, berkeadaan
seperti sebuah teluk kecil yang pantainya berpasir halus. Melihat pada
keadaan tempat tersebut dan bentuk pasir yang terdapat di situ, temyata
kawasan tesebut menjadi tempat buaya berjemur dan bertelur.

"Bagaimana? Apa kaumahu menyangkal dengan apa yang aku katakan itu?",
datuk terus renung wajah Saadun Juling.

Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Saadun Juling pada pertanyaan itu.
Datuk lalu mengerutkan dahinya hingga kelihatan berlapis dua. Saadun Juling
secara mendadak mengenggam penumbuk dan menahan nafas hingga
mukanya kelihatan merah. Bila Saadun Juling melepaskan nafasnya
terdengar macam bunyi suara buaya mendengkur dan wajahnya kelihatan
garang sekali, biji matanya terbeliak mempamirkan urat mata yang merah
berlajur atas selaput mata putihnya. Kelopak matanya nampak berlapis
macam kulit buaya tua.

"Aku tahu kau marahkan aku Saadun. Tetapi, cuba kau fikir berapa lama kau
mahu melakukan kerja terkutuk ini?"

"Itu urusan aku”

"Dan urusan aku pula menyelamatkan orang-orang di sini”

Lagi sekali Saadun Juling terdiam. Perlahan-Iahan dia melangkah ke hadapan


sambil membelakangi datuk. Dalam sekelip mata saja, Saadun memusingkan

386
badannya lalu berdiri berhadapan dengan datuk sambiI membongkokkan
badannya, tetapi biji matanya tetap menentang biji mata datuk. Dada saya
mula berdebar dan hati kecil saya bagaikan dapat meramalkan yang Sadun
Juling akan bertindak di luar rasa peri kemanusiaan. Datuk masih lagi berdiri
dengan tenang, mata datuk tidak berkelip-kelip ke arah biji mata Saadun
Juling yang kelihatan agak tersembul dan bersinar-sinar, macam mata kucing
hutan terkena suluh lampu picit.

"Aeiiii…”, pekik Saadun Juling sambil melompat lalu melepaskan satu


tendangan kilat ke dada datuk.

Kerana tendangan itu terlalu kencang dan kuat, datuk jatuh ke bumi. Dalam
keadaan yang serba cemas itu, Saadun Juling berpusing ke arah saya lalu
melepaskan penumbuk sulungnya ke pipi kanan saya, pandangan saya jadi
berpinar-pinar, pipi mula terasa bengkak dan menebal. Saya terjatuh atas
rumpun lalang liar, saya tidak berdaya mahu bangun. Saadun Juling terus
menyerang datuk dengan bertubi-tubi, menyepak dan menendang ikut suka
hatinya pada tubuh datuk yang tersungkur di bumi. Datuk tidak membalas
serangannya yang begitu cepat bagaikan kilat itu, datuk lebih banyak
mengelak dan mempertahankan dirinya. Saadun Juling memperlihatkan
kehandalannya mengalahkan pihak lawan, gerak tangan dan kakinya macam
kibasan ekor buaya, muka datuk mula dibasahi darah. Datuk kelihatan tidak
bermaya dan Saadun Juling kian ganas, terus menyerang tanpa belas
kasihan.

"Aieee...”, jerit Saadun Juling dengan lantang, ketika itu saya lihat batang
tubuhnya sudah berada diawang-awangan dan bersedia untuk menendang
pangkal leher datuk.

Kalau tendangan itu tepat pada sasarannya, pasti nyawa datuk melayang
dari badan. Bila tendangan dari Saadun Juling hampir ke batang leher, datuk
segera mengelak dengan memusingkan badannya ke arah perdu pokok
bunga tanjung. Usaha datuk itu berjaya, Saadun Juling tertendang perdu
bunga tanjung. Kerana tendangan itu terlalu kuat sebahagian dari pada kulit
perdu bunga Tanjung terkopak. Saadun Juling menjalar atas bumi seketika,
kemudian dia merangkak macam buaya untuk menyerang datuk. Dengan
cepat datuk bangun lalu melompat ke atas belakang Saadun Juling. Kedua
belah tangan datuk memegang rambut Saadun Juling di bahagian ubun-ubun
kepala. Saadun Juling tidak melawan, dia terkapar atas bumi dengan kedua
belah tangannya terkedang, macam katak mati dilanggar tayar lori.

"Saadun, aku tahu di mana kekuatan dan sumpah ilmu kamu”, kata datuk
sambiI bangun.

Di tangan datuk saya lihat tergengam rambut Saadun Juling, tanpa banyak
cakap Saadun Juling terus bangun dan duduk bersandar di perdu bunga tan-
jung. Dia kelihatan letih benar, nafasnya tercungap-cungap. Datuk terus
membersihkan darah di muka dengan daun serunai laut. Kemudian daun itu
diramas-ramasnya, lalu disapukan ke bahagian muka yang bengkak. Tidak
sampai sepuluh minit kemudian, bengkak dan lebam di mukanya terus

387
hilang. Ketika datuk mengubat mukanya dengan daun serunai laut, rambut
Saadun Juling di sembunyikan di celah ketiak kanan.

"Saadun, aku minta pada kamu supaya jangan memuja semangat buaya
yang boleh menyusahkan orang-orang di sini”, datuk merayu dengan nada
suara yang lembut . Saadun Juling juihkan bibir bawahnya ke hadapan. Datuk
terus termenung panjang.

"Saadun, jangan jadikan diri kamu tempat orang meletakkan sumpah dan
cara kau mencari rezeki begini tidak berkat, rezeki yang kau terima panas.
Kau tak akan boleh hidup senang”, tambah datuk lagi dengan wajah yang
tenang.

Saadun Juling tetap membisu, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan


dirinya mahu patuh dengan permintaan datuk. Datuk jadi serba salah, segala
usahanya menemui jalan buntu. Datuk terus membasuh muka dengan air
sungai. Lama juga datuk merenung bayang wajahnya dalam air, setelah itu
dia memetik daun keladi liar yang tumbuh di tebing sungai, daun keladi itu
terus diisinya dengan air sambil mulutnya bergerak-gerak membaca sesuatu.
Dengan kedua belah tangannya, dia menatang air di dalam daun keladi
dengan hati-hati (kerana dia tidak mahu rambut Saadun Juling yang
disembunyikannya di celah ketiak itu jatuh ke tanah).

Bila datuk sudah hampir dengan Saadun Juling yang tercungap-cungap di


pangkal pokok itu, datuk segera mencurahkan air dalam daun keladi ke muka
Saadun Juling. Saya lihat muka Saadun Juling pucat seketika, kemudian baru
berdarah kembali. Sebelum Saadun Juling berkata sesuatu, datuk terus
menepuk dahi Saadun Juling sebanyak tiga kali berturut-turut sambil
membaca selawat nabi.

"Biarkan dia di situ. Aku sudah melembutkan hatinya. Semoga niat baik aku
diberkati oleh Allah”, ujar datuk pada saya. Datuk terus duduk di sisi saya
sambil melagakan ibu jari dengan jari telunjuk, macam orang membilang
tasbih.

"Saadun, marilah kita berbuat baik sesama manusia dan mencari rezeki yang
halal, tidak memeras orang lain secara terhormat untuk kepentingan diri kita
sendiri”, kata datuk sambil merenung ke muka Saadun Juling. Saya lihat
Saadun Juling menarik nafas panjang sambil merenung ke arah langit yang
terang benderang itu.

"Aku minta kau menghentikan perbuatan jahat dan menghalau buaya dari
sini, itu saja permintaan aku Saadun, satu permintaan yang cukup mudah”,
saya terdengar suara datuk mula meninggi. Saadun Juling menjeling tajam ke
wajah datuk.

"Mudah bagi kau, tapi susah bagi aku”, suara Saadun Juling mula keras.

"Maksud kau?"

388
"Kalau aku menurut cakap kau, ertinya aku menyerah nyawa pada buaya,
aku akan mati”

"Hidup mati kau, bukan kuasa buaya, nyawa seseorang tergantung pada
Allah”

"Kalau kau pandai, kau sendiri halau buaya di sungai. Aku tak mahu, kau
jangan halang kerja aku”

"Eh, Saadun aku bukan pawang buaya macam kau, apa yang aku lakukan
selama ini ialah petua untuk menjinakkan buaya, petua tu aku perolehi dari
orang tua-tua, itu saja yang ada pada diriku”

Matahari kian panas bersinar, angin yang bertiup sekitar kawasan itu tidak
dapat memberikan rasa sejuk pada diri saya. Setiap kali saya menggerakkan
kulit muka, akan terasa sakit dan pedih akibat kena penumbuk sulung dari
Saadun Juling. Bila saya raba dengan tapak tangan bahagian kulit yang pedih
itu, terasa tebal dan membengkak.

"Tak apa Saadun, aku rnengajak cara baik kau tak mahu. Mulai saat ini kita
bermusuh, kalau aku lalai akan jadi habuan kau dan kalau kau pula lalai, kau
akan jadi habuan aku. Ingat kejahatan kamu akan aku ceritakan pada orang-
orang di sini”, datuk mengugut Saadun Juling.

Rambut Saadun Juling yang disembunyikan di bawah ketiak dikeluarkan


untuk disimpan dalam saku baju hitamnya, kemudian datuk mengajak saya
pulang. Baru lima langkah melangkah, Saadun Juling menerpa ke arah datuk
sambil menghulurkan ulu golok pada datuk. Saya dan datuk tergamam.
Langkah kami terus mati. Datuk dan saya berpandangan, secara perlahan-
Iahan saya melangkah tiga tapak ke belakang. Bukan kerana takut, cuma
bersiap sedia untuk lari, kalau Saadun Juling mengamuk dengan tiba-tiba.

"Untuk apa Saadun?"

"Potong rambut saya di bahagian tengkuk. Mulakan dari kiri ke kanan, jangan
sampai sehelai pun rambut saya jatuh ke tanah”

Datuk pun segera mengambil golok dari tangan Saadun Juling. Datuk renung
rambut Saadun Juling yang panjang dan lebat itu. Dengan hati-hati datuk
mematuhi arahan yang dikatakan oleh Saadun Juling. Rambut yang sudah di
potong itu segera di serahkan pada Saadun Juling kembali, kemudian dia
membungkusnya dengan kain hitam.

"Mari kita duduk”, ujar Saadun Juling.

Panas kian terik. Lima minit masa berlalu, kami tidak bercakap walau sepatah
pun. Curna Saadun Juling saja yang memandang liar ke kiri dan ke kanan.
Dari saku baju sebelah kirinya, Saadun Juling mengeluarkan kotak kecil.
Kotak itu diserahkan pada datuk.

389
"Bukalah kotak itu”, katanya.

Datuk pun membuka kotak tersebut. Di dalamnya termuat sebilah pisau


cukur bersarung hitam, segumpal rambut, sebutir telur buaya yang masih
baik keadaannya serta dua bilah gigi buaya yang sudah berlubang, pada
lubang itu dicucuk dengan benang hitam, bila disarungkan ke leher akan
menjadi kalung.

"Ini ibu geliga buaya”, Saadun Juling menunjukkan pada datuk satu benda
putih yang berkilat dan bentuknya seperti batu sebesar ibu jari.

Benda putih itu dikeluarkan oleh Saadun Juling dari sebelah rusuk kirinya.
Datuk anggukkan kepala mendengar penerangan dari Saadun Juling, saya
cuma melihat dan memasang telinga sahaja.

“Semangat buaya yang saya puja berada di sini, sekarang biarlah saya
pulangkan padanya kembali dan saya minta pada buaya-buaya di sini pindah
ke tempat lain”, muka datuk berubah mendengar kata-kata itu.

Saadun Juling terus mengambil sekepal pasir dan sehelai daun keladi. Pasir
yang di genggamnya itu ditaruh atas daun keladi dan ibu geliga buaya
ditaruh di tengah-tengah pasir lalu dibungkus dengan daun keladi.
Bungkusan itu di genggamnya sebentar sambil mulutnya menyebut sesuatu
yang sukar saya fahami, bahasa yang di ucapkan bercampur aduk, ada
bahasa Siam, ada bahasa Jawa dan bahasa Acheh. Bila semuanya sudah
selesai, bungkusan itu dilemparkan ke dalam sungai. Dalam sekelip mata
saja, air sungai bergelombang. Bila gelombang air sungai berakhir, berpuluh-
puluh ekor buaya timbul. Semua kepala buaya itu menghadap ke hilir.

"Pindahlah kamu dari sini, aku bukan bapak kamu lagi, pergilah ke mana--
mana”, jerit Saadun Juling.

Ternyata buaya-buaya di sungai itu mendengar cakapnya, buaya-buaya itu


bergerak menuju ke kuala. Saya kagum dengan kebolehan luar biasa yang
dimiliki oleh Saadun Juling. Saya kira rasa kagum itu terjadi juga pada diri
datuk.
Sebabnya, apa yang dilakukan oleh Saadun Juling datuk perhatikan dengan
penuh minat. Saadun Juling masih lagi merenung air sungai yang kelihatan
agak tenang. Kelopak matanya tidak berkedip. Tiba-tiba air sungai bergelom-
bang kembali, seekor buaya sebesar batang kelapa timbul di permukaan
sungai, buaya itu berenang ke tepi sungai.

"Berhenti dan tunjukkan badan kamu”, kata Saadun Juling, buaya itu segera
menimbulkan seluruh badannya. Warna badan buaya itu agak keputih-
putihan sedikit dan pergerakkan kaki serta ekornya tidak sepantas macam
buya-buaya yang lain.

"Aku tidak memerlukan kamu lagi, aku kembalikan semangat kamu yang aku
pinjam pada kamu kembali, sumpah yang kita buat sudah tidak ada lagi, kau
berhak memakan daging aku dan aku berhak membunuh kamu”, Saadun

390
Juling terus berkata-kata dengan buaya tersebut.

Saya lihat buaya itu terus menyelam dan ghaib. Di tempat buaya itu
menyelam muncul sepotong kayu hitam macam kayu arang yang panjangnya
kira-kira dua kaki. Kayu itu berpusing-pusing di situ dengan ligatnya sambil
mengeluarkan asap yang nipis dipermukaan sungai. Asap itu nampak
memanjang naik ke udara. Beberapa saat kemudian asap itu hilang, dan
Saadun Juling terus jatuh ke tanah. Badan Saadun Juling kelihatan kaku, tidak
bergerak dan kedua belah kelopak matanya tertutup rapat. Dari sinar
matahari yang cukup terik itu, saya lihat seluruh badan Saadun Juling
mengeluarkan wap seperti wap dari ketul asis. Bila wap itu hilang Saadun
Juling mula bergerak dan terus bangun. Dengan langkah yang tenang dia
mendekati datuk.

"Kamu lihat buaya putih tadi?"

"Ya”

"Sebenamya badan buaya itu tidak putih cuma penglihatan kita saja yang
membuat kita menyangka buaya itu putih”

"Maksud kau Saadun?"

“Itulah buaya jadi-jadian yang aku puja dari puntung kayu hanyut di tengah
sungai waktu malam, sebelum puntung itu aku puja, puntung itu aku
serahkan pada guruku untuk ditapa selama tujuh minggu dalam lubuk yang
airnya berpusing, setelah dipujanya barulah diserahkan pada aku untuk
memujanya dengan beberapa syarat yang tertentu”

Datuk renung wajah Saadun Juling lama-lama, kemudian datuk tersenyum


sambil meraba pipi kanannya berkali-kali. Datuk hulurkan tangan pada
Saadun Juling, cepat-cepat Saadun Juling menyambut huluran tangan datuk
itu. Mereka berjabat salam penuh mesra sambi ketawa penuh makna.

"Kita bersahabat ,tetapi kalau kau tersilap langkah ertinya kau habuan aku.
Begitu juga dengan aku kalau tersilap langkah akan jadi habuan kamu, "
kata-kata itu diucapkan oleh Saadun Juling dengan penuh semangat.

"Kalau itu sebagai satu syarat untuk kita bersahabat, aku terima Saadun”,
balas datuk.

"Memang itu syaratnya, aku senang bila kau terima syarat tersebut”, sahut
Saadun Juling. Seram juga mendengar janji dua orang yang mahu bersahabat
ini, pelik dan ganjil sekali buat diri saya.

Saadun Juling terus melangkah beberapa tapak ke belakang dan ke hadapan


di depan datuk. Kerana datuk masih duduk bersila di tanah, langkah yang di
atur oleh Saadun Juling itu diperhatikannya dengan ekor mata sambil
bersedia kalau langkah itu akan bertukar menjadi buah silat lalu mencari
sasaran di tubuh datuk. Mujurlah langkah Saadun Juling tetap dengan

391
langkahnya, tidak ada tanda-tanda akan bertukar menjadi buah silat
membuat perasaan datuk jadi tenang. Dalam keadaan yang begitu tenang
Saadun Juling terus melompat dengan tiba-tiba dan terus duduk bersila di
hadapan datuk. Saadun Juling hulurkan kepalanya yang berambut panjang
serta lebat itu pada datuk.

"Gunakan pisau cukur tadi dan cukurlah rambut ini, aku mahu membuang
segala ilmu yang aku tuntut”, wajah datuk kelihatan berubah, bagaikan tidak
percaya dengan apa yang dituturkan oleh Saadun Juling padanya.

"Kau mahu mempermainkan aku atau kau memang berhajat betul”

"Aku bercakap benar, segala kekuatan ilmu yang aku tuntut terletak pada
rambutku. Sebab itulah aku menyimpan rambut panjang, ada tujuan dan
gunanya, kata orang ada muslihatnya”

"Begitu. Fahamlah aku sekarang”

"Eh, kau memang bijak, pura-pura tidak tahu. Padahal kau sendiri tahu, bila
kau menarik rambut aku tadi aku sudah tahu yang kau sudah mengetahui
rahsia diri aku”

Datuk tersenyum mendengar kata-kata dari Saadun Juling itu. Datuk tidak
dapat berdalih lagi, secara terus terang datuk mengatakan pada Saadun
Juling, segala rahsia kekuatan itu diketahuinya setelah melihat cara-cara
Saadun Juling berjalan serta cara kerdipan mata Saadun Juling. Secara jujur
pula Saadun Juling mengakui, sebab utama dia mahu mengikut cakap datuk
kerana datuk mengetahui rahsia kekuatan dirinya. Andainya datuk tidak
mengetahui rahsia itu dia bermusuh dengan datuk hingga hari kiamat.

Tanpa membuang masa lagi, datuk pun mencukur rambut Saadun Juling
dengan meninggalkan rambut bahagian ubun-ubun kepala dalam bentuk
bulat, kerana rambut yang tinggal itu panjang membuat saya teringat pada
rambut kaun Red Indian di Amerika yang selalu saya Iihat dalam filem
cowboy. Saya tersenyum, memang bodoh kelihatannya bila orang tua
berjambul dengan rambut panjang, sebabnya, datuk meninggalkan rambut
tersebut adalah atas permintaan Saadun Juling sendiri.

"Sekarang cukurlah rambut yang tinggal itu dan kau bersedialah menge-
lakkan diri kau dari terkena badinya”, kata Saadun Juling sambil menyuruh
datuk mengambil segumpal rambut, telur buaya dan dua bilah gigi buaya
dari dalam kotak kecil. Kalung dari gigi buaya disangkutkan ke lehernya,
manakala segumpal rambut dan telur buaya diletakkan atas daun keladi dan
daun keladi yang diisikan dengan barang tersebut pun diletakkan di bawah
paha kanan Saadun Juling.

"Sekarang, cukurlah rambut itu dari arah matahari jatuh membawa ke arah
matahari naik”, Saadun Juling segera memberikan perintah.

Datuk segera melakukannya. Bila mata pisau cukur terkena bahagian rambut

392
tersebut, secara mengejut hujan turun dalam panas yang terik itu. Air hujan
yang kasar itu jatuh atas permukaan sungai membuat air sungai kelihatan
seperti meruap-ruap. Saadun Juling memejamkan matanya dan tangan datuk
yang memegang pisau cukur kelihatan bergerak-gerak tidak tentu arah
macam di tolak sesuatu. Akhirnya dapat juga datuk mencukur rambut
sejemput itu, setelah dia membaca beberapa potong ayat suci.

Bila rambut itu selesai di cukur, hujan panas segera berhenti. Tetapi, wajah
datuk kelihatan kebiru-biruan, kedua belah bibirnya nampak hitam dan
badannya menggeletar macam orang kena serang demam kura. Datuk
segera menghampiri saya serta menyuruh saya mencari daun lidah buaya
dan cendawan telinga monyet. Berpeluh juga badan saya mencari bahan-
bahan yang dikehendaki oleh datuk sekitar kawasan itu. Nasib saya agak
baik, cendawan telinga monyet saya temui di batang getah buruk. Daun lidah
buaya pula saya temui dalam jarak satu rantai dari batang getah buruk
tersebut. Semua bahan-bahan itu saya serahkan pada datuk. Cendawan
telinga monyet datuk patah dua. Sebelah digosokkan pada tapak kaki kiri dan
yang sebelah digosokkan pada tapak kaki kanan beberapa kali hingga rasa
mengeletar di badannya hilang. Bahagian kulit atas daun lidah buaya datuk
kupas (siat) dengan golok, bila kulit itu tersiat terdapat sejenis lendir yang
rupanya macam agar-agar.

Lendir itu datuk taruh atas tapak tangan lalu dimakannya. Saya terasa geli
-geleman dan tekak saya terasa loya melihat datuk menelan lendir dari daun
lidah buaya. Bahagian bawah daun itu datuk kupas juga, lendimya datuk
ambil dan disapukan ke muka serta kedua belah lengannya. Bibir datuk yang
kelihatan hitam segera bertukar menjadi merah begitu juga dengan
wajahnya yang kebiru-biruan pulih seperti sediakala.

"Daun lidah buaya ini banyak khasiatnya, kalau anak dara mahu kulit
mukanya bersih serta halus tanpa jerawat sapulah lendir dari daun ini. Kalau
kita mahu kelihatan muda (awet muda) sapukan lendirnya ke muka setiap
petang, kalau badan terasa panas atau mahu menjaga kesihatan tubuh
badan, ini khasiatnya”, kata datuk pada saya sambil mengeliat.

"Kalau mahu mengekalkan rumah tangga hingga mati dan mahu berbini lebih
dari satu daun lidah buaya juga boleh digunakan. Orang lelaki yang memakai
daun lidah buaya muda menawan hati orang perempuan. Tapi mesti ada
petua dan syaratnya, belajarlah dengan datuk awak”, sampuk Saadun Juling.

Dan saya mengharapkan datuk akan mengeluarkan petuanya dan saya ber-
sedia melakukannya. Sebagai lelaki tentu saja saya teringin memikat atau
jadi pujaan setiap gadis, kalau perlu mahu beristeri lebih dari satu.

"Petua yang itu tidak boleh diberikan pada Tamar. Belum tentu petua itu
digunakan dengan sebaik-baiknya, hari ini kita nampak bagus, bila dah
dewasa belum tentu dia bagus. Kalau petua tu terlepas padanya aku yakin
dia akan jadi kambing randuk (bapak kambing) yang kerjanya membilang
kepala bini atau membilang kepala betina”, kata datuk lalu disambut dengan
ketawa berdekah-dekah oleh Saadun Juling.

393
Sesunguhnya, kata-kata datuk itu meninggalkan kesan kecewa yang amat
mendalam pada diri saya. Apa boleh buat, mahu bertanya atau meminta
petua itu pada datuk saya takut, silap-silap tanya atau minta nanti penampar
hinggap ke muka paling kurang kena maki. Matahari sudah berada betul-
betul di atas kepala dan burung helang siwah mula terbang rendah mencari
makan sambil berbunyi sekali-sekala, ketika itu jugalah Saadun Juling
membentang kain kuning berbucu tiga di atas tanah. Rambutnya sudah
dicukur, dikumpul atas kain kuning tersebut. Begitu juga dengan pisau cukur,
telur buaya, kalung gigi buaya dan segumpal rambut, semua benda-benda itu
dibungkus dengan kain kuning lalu diletakkan di atas batang buruk dan
dihanyutkan ke tengah sungai.

Bila kain kuning di atas batang buruk itu bergerak ke hilir, helang siwah yang
terbang terus menjunam serta menyambar kain kuning tersebut, bila kain
kuning itu berada dimuncung burung helang yang berlegar-Iegar di udara,
terdengar satu ledakan macam ledakan petir dan badan helang yang berada
di udara berkecai, bulunya berterbangan jatuh atas permukaan sungai.

"Semuanya sudah habis, ilmu yang di tuntut sudah pulang ke tanah asalnya
di Kuala Tari, Acheh, menemui tuannya”, ujar Saadun Juling dengan wajah
yang gusar.

"Habiskan usia kamu yang ada ini untuk mengabadikan diri pada Allah,
mohon ampun dan bertaubatlah pada Allah, semoga kau akan bahagia dunia
akhirat”, datuk terus menepuk bahu Saadun Juling sambil meninggalkan
kawasan tersebut menuju ke pondoknya.

Bunyi ledakan petir di tengah hari itu rupanya menimbulkan kegemparan


pada para penduduk di Tanjung Ara, beberapa orang penduduk yang ingin
tahu tentang kejadian itu segera mencari datuk.

"Apa yang mahu dirisaukan, bunyi petir ditengah hari perkara biasa semua-
nya berlaku atas kehendak Allah, kalau mahu mengetahui rahsianya carilah
sendiri, saya sendiri tidak tahu”, kata datuk pada orang-orang kampung yang
menemuinya dikaki tangga pondok tempat Saadun Juling menumpang.

Tanpa banyak soal jawab, orang-orang kampung terus pulang ke rumah ma-
sing-masing. Sebagai membuktikan kejujuran dan keikhlasan hatinya pada
orang-orang kampung Tanjung Ara dan datuk, Saadun Juling membuat
keputusan untuk tinggal di kampung tersebut selama dua minggu lagi.
Alasan yang diberikan pada orang-orang kampung ialah untuk melihat sejauh
mana kejayaannya menghalau buaya di sungai tersebut. Sungguh
memeranjatkan, usaha Saadun Juling tidak sia-sia. Buaya cukup sulit untuk di
temui di sungai tersebut. Kalu ada pun, buaya tersebut hanya sekadar
menumpang lalu, mempamirkan tubuh badan seminit dua di permukaan
sungai, kemudian terus hilang dan amat sukar dikesan kemana buaya itu
menghilangkan diri.

Kerana kejayaan itu, orang-orang kampung telah sepakat untuk mengadakan

394
kenduri kesyukuran dengan mengadakan jamuan makan tengahari di surau
kampung tersebut setelah menunaikan sembahyang Zuhur secara
berjemaah.

“Saya minta pada orang di sini supaya jangan membuang cicak ke sungai
atau memancing ikan berumpankan cicak, perbuatan itu memang dilarang
dan merupakan satu pantang. Kalau dilanggar pantang itu buaya akan
mengamuk kembali. Jika ada diantara tuan-tuan yang memanggang cicak
dengan buluh atau sebagainya lalu dibuang ke sungai padahnya cukup
buruk, buaya akan membalas dendam, dalam ilmu pawang buaya hal ini
memang merupakan pantang besar”, demikian Saadun Juling memberitahu
orang-orang kampung.

Dia juga menyatakan pada orang-orang kampung bahawa segala ilmu yang
dituntutnya bagi menangkap buaya, sudah dibuangnya kerana dia mula
sedar yang ilmu itu banyak bertentangan dengan ajaran agama Islam. Dalam
majlis kesyukuran itu juga, datuk mengambil daya usahanya sendiri
mempertemukan Saadun Juling dengan suami wanita yang digodanya.
Memang diluar dugaan datuk pertemuan yang diadakan dengan tujuan yang
baik menjadi sebaliknya. Suami wanita itu menaruh dendam pada Saadun
Juling. Bila dia berhadapan dengan Saadun Juling tanpa berfikir panjang, dia
terus mencabar Saadun Juling supaya bergaduh dengan menggunakan
parang panjang.

"Saadun, aku harap kau bersabar, orang yang sabar dikasihi oleh Allah,
tujuan kita bukan mahu bergaduh, apa yang kita lakukan adalah untuk
kebaikan. Untuk menghilangkan rasa permusuhan sesama Islam, bukankah
Islam mahu para pengikutnya berbaik-baik, hidup aman dan saling tolong-
menolong”, kata datuk kepada Saadun Juling.

"Saya ikut cakap awak, asalkan tujuannya baik”, sahut Saadun Juling.

Datuk terus mendekati si suami yang sedang marah itu. Datuk tepuk bahu
kanannya dua tiga kali, kemudian datuk ambil keris pendek yang
tergenggam di tangan si suami itu. Keris itu datuk masukkan ke dalam
sarungnya. Orang-orang kampung yang tidak tahu tentang kedudukan
perkara tersebut jadi tercengang-cengang sambil berbisik sama sendiri.

"Usah bimbang, mereka ada selisih faham sedikit. Biarlah saya yang cuba
mengatasinya. Saya yakin kalau kita bersikap sebagai orang Islam sejati, ma-
salah ini boleh selesai”, datuk memberitahu orang-orang kampung dan
menyuruh mereka bersurai.

Datuk terus menemui si suami yang sedang naik darah itu kembali. Datuk
terus bercakap-cakap dengannya sebentar, Saadun Juling cuma melihat dari
jauh saja. Saya menarik nafas tanda senang hati kerana datuk berjaya
memujuk si suami yang sedang marah itu. Saadun Juling bersalam dengan si
suami yang mempunyai parut di betis kanannya, kemudian si suami itu me-
ngajak datuk, Saadun Juling dan saya ke rumahnya. Kami di jamu dengan
kopi panas di anjung rumah.

395
"Saya mengaku saya bersalah dalam hal ini, ambillah golok ini dan lakukan
apa saja demi menjaga kehormatan awak sebagai seorang suami, saya rela
mati atas perbuatan saya”, tiba-tiba Saadun Juling menghulurkan ulu golok
pada sisuami yang berparut di betis kanan.

"Tak perlu, saya faham dan saya sudah mengetahui kedudukan diri awak.
Saya maafkan awak, walaupun perbuatan saya ini satu perbuatan dayus
pada mata orang lain, saya tidak merasa kesal. Menjauhkan perasaan
dendam dan bergaduh sesama orang yang seagama itu lebih mulia”, dengan
tenang si suami itu bercakap pada Saadun Juling.

Mereka berdakap-dakapan dan menangis. Saya dan datuk sungguh terharu


melihat peristiwa tersebut. Dengan perasaan yang ikhlas si suami itu terus
bertanya pada isterinya, sama ada dia mencintai dirinya atau Saadun Juling.
Dengan jujur si isteri itu menjawab, dia memang tidak mencintai atau
menyayangi suaminya, kerana si suami itu bukan pilihan hatinya. Dia
menikah dulu semata-mata mendengar cakap ke dua orang tuanya.

Si suami menerima keterangan itu dengan dada yang terbuka, kemudian dia
membuat keputusan menceraikan isterinya, setelah Saadun Juling mem-
berikan jaminan yang dirinya akan memperisterikan wanita tersebut. Saadun
Juling membuktikan kata-katanya itu, setelah wanita itu lepas edah, dia terus
menikah dengan wanita tersebut.
Kemudian Saadun Juling membawa isterinya ke kampung halamannya dan
memulakan penghidupan baru dengan membuka kedai kopi dan barang-
barang runcit di tempatnya dan namanya sebagai pawang buaya terus
dilupakan orang.

46. Berjalan Atas Angin

Kedai kopi dan barang-barang runcit yang diusahakan oleh Saadun Juling
mendapat sambutan amat menggalakkan dari para penduduk setempat. Di
samping berniaga, Saadun Juling terus mendalami ilmu agama. Setiap
malam, dia mengundang seorang guru agama yang terkemuka di daerahnya
Tuan Haji Nawawi Al-Petani ke rumahnya. Dia belajar selok-belok agama
Islam dari pukul sepuluh hingga menjelang dua belas malam. Selama dua
tahun Saadun Juling berniaga, dia telah mendermakan wang ringgitnya untuk
membesarkan beberapa buah masjid di daerahnya, juga mendirikan
beberapa buah surau serta mendirikan sekolah agama rakyat untuk kanak-
kanak yang berusia tujuh tahun ke atas belajar agama Islam.

Atas nasihat Tuan Haji Nawawi Al-Petani, Saadun Juling dan isterinya
berhijrah ke Kelantan. Dua tahun menetap di Kelantan, kemudian pindah ke
Petani di Selatan Siam, mendalami ilmu agama Islam dengan beberapa guru
agama yang terkenal di sana. Setelah menetap selama tiga tahun di Petani,
Saadun Julling dan isterinya pergi ke tanah suci dengan berjalan kaki dan
akhirnya menetap di Jeddah. Menurut beberapa orang penduduk Tanjung Ara
yang pernah pergi ke Mekah dan sempat berjumpa dengan Saadun Juling di

396
Jeddah, menyatakan yang Saadun Juling telah membuka perniagaan di sana.
Khabarnya, Saadun Juling boleh bertutur bahasa Arab dengan fasih, boleh
menulis dan hafaz Quran. Namanya juga sudah berubah dari Saadun Juling
menjadi Saadun AlHafiz. Datuk cukup gembira mendengar berita yang
disampaikan oleh penduduk Tanjung Ara padanya.

“Rajin dan usaha itu tangga kejayaan dan Allah tidak pemah menghampakan
harapan dan cita-cita manusia yang bekerja keras untuk mengubah nasib
hidupnya. Contohnya, kau sendiri sudah melihat dan mendengar tentang hal
diri Saadun Juling yang sesat dalam perjalanan hidup dan kembali ke pangkal
jalan untuk membina hidup baru yang lebih bererti sebagai manusia yang
beragama Islam”, ujar datuk pada saya.

Wajah datuk saya renung, kelihatan peluh-peluh halus mula meruap didahi
luas yang disinari oleh matahari petang dalam kawasan kebun pisang
emasnya yang seluas satu ekar lebih. Saya tahu, sejak dua tiga tahun
kebelakangan ini, saya dan datuk banyak menghabiskan masa di kebun
pisang. Saya menolong datuk membuang daun-daun pisang kering,
menebang dan mengambil pisang yang sudah tua. Buah-buah pisang tua itu
dilonggokkan pada satu tempat, sementara menanti lori pemborong buah
pisang mengambilnya. Dan urusan menimbang, menjual dan mengutip wang
datuk serahkan bulat-bulat pada saya.

"Lama sungguh kita tidak ke mana-mana tok”, kata saya, sebaik saya selesai
menebang pokok pisang di hujung sempadan. Datuk yang asyik mengumpul
daun-daun pisang tua, dekat pangkal pokok pulai, berhenti mengumpulkan
dedaun pisang itu. Dia terus renung muka saya dan akhirnya duduk atas
batang getah yang tumbang.

"Kenapa? Kau jemu duduk di rumah?”

"Tidak, saja tanya”

"Sejak balik dari Tanjung Ara, kalau tak sikap aku, sudah dua kali mening-
galkan tumah, kali pertama aku pergi ke Sungai Petai, dekat Alor Gajah
Melaka. Kali kedua aku pergi ke Bukit Tengah di Seberang Perai”

"Tapi, saya tok tak ajak”

"Oh, aku terlupa nak ajak”, kata datuk sambil ketawa.

Dia menyapu peluh di dahinya dengan telapak tangan kanan. Matahari


petang kian condong. Bayang saya yang berdiri dekat pokok pisang emas
kelihatan memanjang di bumi. Bunyi suara burung tekukur dan merbuk,
sudah jarang-jarang kedengaran. Angin juga mula bertiup lemah.

"Berkemaslah Tamar, kita balik. Esok kalau panjang umur kita datang lagi”,
tekanan suara datuk cukup rendah.

Dia pun melangkah ke pondok yang terletak di bucu tanah sebelah kanan.

397
Saya mengekornya dari belakang. Pondok itu sengaja didirikan oleh datuk
sebagai tempat berehat dan sembahyang. Tidak jauh dari pondok itu
terdapat sebatang anak sungai yang airnya cukup jernih. Air sungai itu tidak
pernah kering walaupun musim kemarau. Jika musim tengkujuh airnya tidak
pernah melimpah ke paras tebing. Sampai di pondok, datuk terus berehat di
pelantar dekat tangga. Saya menggeliat dua tiga kali di depannya untuk
menghilangkan rasa lenguh di pangkal belikat dan lengan.

"Aku nak mandi ke sungai, kau nak ikut?”, datuk mempelawa saya sambil
meletakkan kain basahan di bahu sebelah kiri.

"Tak mahu tok”

"Sebab?"

"Bila mandi di sini, sampai di rumah kena mandi lagi. Kita balik terpaksa
berjalan, badan kita tentu berpeluh, lebih baik mandi sekali di rumah”

"Terpulanglah pada kau Tamar”

Datuk pun mengatur langkah menuju ke sungai. Sementara menanti datuk


selesai mandi, saya terus membersihkan sekitar kawasan pondok. Semua
sampah sarap yang sudah di kumpulkan itu saya bakar. Bila saya mahu
melangkah ke arah pangkal pokok tembusu untuk mengutip daun-daun yang
jatuh di pangkalnya, saya dapati datuk sudah tercegat di situ. Dada saya
berdebar. Batang tubuh datuk saya perhatikan, dari atas ke bawah, dari
bawah ke atas. Saya terasa ada sesuatu yang ganjil terjadi pada diri datuk.

"Kenapa? Kamu terkejut kerana aku berada di sini?”, datuk menjegilkan biji
matanya ke arah saya.

Pertanyaan itu tidak saya balas. Saya masih mencari jawapan, bagaimana
datuk boleh berada di situ? Biasanya, bila pulang dari sungai, datuk akan
menggunakan jalan yang selalu digunakan. Aneh, macam mana saya tidak
dapat mendengar bunyi tapak kakinya. Semua persoalan itu muncul dalam
tempurung kepala saya.

“Tok ada masalah?" Saya memberanikan diri, mengajukan pertanyaan. Saya


lihat datuk gelengkan kepala sambil tersenyum. Dengan tenang datuk
menarik tangan saya menuju ke pelantar. Kami duduk di situ. Datuk
menepuk bahu kiri saya, penuh dengan rasa kasih mesra. Dan datuk
bagaikan tahu tentang keraguan yang timbul dalam hati saya.

"Sebenarnya, aku berjalan tadi mengikut gerak angin dan tapak kaki aku bila
tersentuh bumi atau daun tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi, batang
tubuh aku tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, aku berada di sisi
kamu ketika kamu membakar sampah, malah aku menolong menghidupkan
api, kau tak nampak”, datuk membuka rahsia dirinya.

Saya menarik nafas panjang, perlahan-Iahan saya melagakan gigi atas

398
dengan gigi bawah beberapa kali. Keterangan dari datuk itu amat
menakjubkan.

"Agaknya datuk dikejar binatang buas membuat datuk terpaksa bertindak


begini”

"Tidak”

"Kalau tidak untuk apa datuk berjalan mengikut arah angin dan menghi-
langkan diri, mesti ada sesuatu muslihat”

"Tak ada Tamar, apa yang aku lakukan sekadar mengamalkan. Sebabnya,
ilmu yang ada jika tidak diamalkan dalam masa tertentu boleh jadi kita lupa”

"Saya faham”

Datuk terus mengajak saya pulang. Kira-kira dua puluh langkah


meninggalkan pondok, saya teringatkan buah-buah pisang yang terlonggok
di bahagian tengah kebun. Saya bimbang kalau buah-buah pisang yang
dianggarkan beratnya lebih dari lima belas pikul itu akan hilang. Barangkali
datuk lupa tentang buah-buah pisang tersebut. Saya perlu mengingatkannya.
Saya tidak rela sama sekali buah-buah pisang itu akan jadi habuan pencuri.
Mana boleh jadi, kita yang bekerja setengah mati orang lain mendapat
feadahnya dengan mudah. Hujung baju datuk segera saya tarik dari
belakang. Langkahnya terus mati.

"Kenapa?"

"Pisang kita tok?”

"Kenapa pula dengannya? Kau nak bermalam dengan buah-buah pisang itu?”

"Takut dicuri orang tok”

"Haaaa”

Datuk segera menyandarkan badannya pada salah satu pokok getah yang
berbaris dikiri kanan jalan yang kami lalui. Dia mengedutkan dahinya sambil
menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Kemudian datuk tegakkan badannya
sambil menghalakan wajahnya ke arah angin yang datang. Datuk lurut
lengan kanan dengan tapak tangan kiri, tiga kali berturut-turut. Dengan
tenang datuk memetik ibu jarinya sebanyak dua kali, bunyi yang lahir dari
petikan ibu jarinya berbunyi cukup kuat.

"Datang ke mari sekejap, ada kerja yang nak aku serahkan pada kamu”, ujar
datuk dengan tenang. Saya segera menghampirinya. Berdiri di sebelah kiri
datuk.

Tiba-tiba datuk menolak badan saya hingga tersungkur atas tanah. Saya
segera bangun, muka datuk saya renung, ternyata datuk tidak ambil kisah

399
dengan apa yang terjadi. Mulutnya kelihatan bergerak-gerak. Bila mulutnya
berhenti dari bergerak, saya terus mengajukan pertanyaan padanya.

"Kenapa saya di tolak tok?"

"Aku tak panggil kau”

"Habis datuk panggil siapa?"

"Itu, aku panggil itu”, jari telunjuk datuk menuding ke arah rimbunan pokok
senduduk yang kelihatan bergoyang-goyang. Saya tergamam, seekor
harimau belang menuju ke arah datuk. Berhenti dan merebahkan badannya
atas tanah di depan datuk, sambil mengoyang-goyangkan ekornya, tidak
ubah seperti kucing yang manja. Datuk tepuk kepala harimau itu dua tiga
kali. Harimau itu membuka mulutnya luas-Iuas. Lidahnya menjilat
pergelangan tangan datuk. Saya memberanikan diri lalu mengurut-urut
badan harimau tersebut. Dengan penuh rasa manja harimau itu mengerak-
gerakkan ekornya ke bahu dan muka saya hingga terasa geli.

"Malam ni, kau jaga pisang kami, esok aku nak jual. Ingat kalau ada orang
yang mahu mencurinya kau halaukan saja, jangan cederakan manusia”, kata
datuk pada harimau itu, saya lihat harimau itu merenung ke muka datuk, ke-
mudian memejamkan kedua belah matanya sambil mengaum kecil.

"Pulanglah,” kata datuk, harimau itu segera bangun dan menggesel-geselkan


badannya ke badan datuk. Kemudian harimau itu bergerak menuju ke
rumpun senduduk lalu hilang. Datuk menepuk bahu saya dua tiga kali.

"Kausudah tahu siapa yang aku panggil Tamar?"

"Tahu tok”

"Dialah yang menjaga pisang kita malam ini”

"Saya tahu tok”

"Kalau sudah tahu, jangan banyak bertanya, mari kita blaik”

Kami pun melangkah. Langkah datuk terlalu cepat membuat saya terpaksa
berlari-Iari anak. Jarak rumah datuk dengan kebun pisang lebih kurang dua
batu. Memang perangai datuk, tidak suka naik basikal pergi ke kebun
pisangnya, dia lebih suka berjalan kaki. Satu keistimewaan yang terdapat
pada diri datuk, dia tidak pernah merasa letih berjalan kaki, walaupun sampai
berpuluh-puluh batu. Badan saya mula berpeluh tetapi, angin petang yang
bertiup perlahan-Iahan itu dapat mengurangkan rasa kepanasan di badan.

Hati saya jadi terhibur, melihat telatah dan ragam monyet-monyet liar yang
berlompatan dengan bebas di dahan-dahan pokok getah yang berdiri di kiri-
kanan jalan enam kaki. Sedang asyik melangkah, saya dikejutkan oleh suara
jeritan dari datuk secara mendadak. Saya lihat datuk membuka langkah silat

400
sambil melompat ke kanan. Dalam saat yang sama saya lihat sebatang
dahan getah mati jatuh menuju ke arah datuk. Dengan tangkas datuk
menyambar dahan itu lalu dicampakkan ke sebelah kanan jalan.

Dahan getah yang jatuh itu sama besarnya dengan betis pemuda yang beru-
sia 20 tahun. Andainya dahan getah itu tepat mengenai batang tubuh datuk,
pasti membawa maut. Datuk segera menoleh ke arah saya sambil tersenyum
bangga. Datuk pun memberi isyarat supaya meneruskan perjalanan.

"Berjalan dalam hutan atau dimana-mana, kita harus berwaspada. Mesti tahu
menguasai diri, pandai mengira langkah dan gerak makhluk serta alam”,
sambil berjalan datuk memberikan ceramah kecil. Saya anggukkan kepala.
Memang saya tidak ada minat untuk mendengarnya. Semua yang diluahkan
oleh datuk tidak masuk dalam otak saya.

"Semuanya itu mustahak untuk diri kita, kalau tidak mahu menuntut ilmunya,
tidak salah kalau sekadar kita mahu ambil tahu saja”, sambung datuk lagi .
Saya gigit bibir. Kedua belah pangkal peha saya mula terasa sakit .

"Bagaimana kita mahu tahu tentang semuanya itu tok?", secara tidak dise-
dari saya mengeluarkan pertanyaan.

"Setiap manusia ada pancaindera yang lima. Kita hanya memerlukan satu
daya usaha untuk mempertajamkan pancaindera yang lima itu supaya jadi
lebih berkesan lagi. Caranya harus belajar dari petua orang tua-tua dan kita
harus amalkan. Perkara yang utama dan penting ialah keyakinan, tabah dan
sabar”, cukup ghairah datuk menerangkannya pada saya.

Kerana saya tidak mengemukakan sebarang pertanyaan, datuk tidak


melanjutkan keterangannya. Kami terus berjalan, sambil berjalan saya terus
merenung ke arah dahan-dahan pokok getah tempat monyet liar bergayutan.
Saya juga mengawasi kalau ada dahan getah mati yang mahu jatuh. Saya
kira kalau ada dahan yang jatuh sebesar lengan budak, saya mahu menyam-
butnya seperti apa yang telah datuk lakukan.

"Jangan mencuba, kalau tidak tahu. Nanti padah menimpa diri”, saya jadi
terkejut dengan kata-kata datuk tu. Rupa-rupanya datuk dapat membaca apa
yang tersirat dalam dada saya.

"Saya cuma berangan-angan saja tok”

"Angan-angan kalau dilakukan dengan baik, cukup pertimbangan yang


sempurna akan jadi cita-cita”

"Saya faham tok. Tetapi, untuk menjayakan cita-cita tu bukanlah satu


perkara yang mudah”

"Kau berusaha. Kalau kau mahu belajar ilmu gerak manusia dan alam, cari
sendiri jangan harap ada orang lain datang menyerah untuk memberikan
ilmu itu"

401
“Begitu”

Datuk segera menolak ke arah saya. Dia merasakan jawapan yang terakhir
dari saya itu, macam menyindir dan membayangkan rasa tidak ada
kesungguhan dari saya. Akhirnya, kami pun sampai ke rumah.

Saya terus memetik buah belimbing buluh yang tua. Buah belimbing itu saya
bawa ke sungai bersama dua tiga helai daun pandan wangi. Buah belimbing
yang sudah diramas itu, saya gosokkan ke badan untuk menghilangkan
getah pisang yang terletak di badan serta menghilangkan rasa gatal dan
daki. Kemudian daun pandan yang sudah di campurkan dengan air satu
baldi, saya juruskan ke tubuh untuk mewangikan bau peluh dan badan. Saya
dan datuk terus ke surau untuk sembahyang Maghrib dan Isyak.

Lebih kurang pukul sepuluh malam, baru kami pulang. Datuk seperti biasa
akan menghabiskan masa sebelah malamnya dengan membaca Quran
hingga menjelang waktu subuh.

Pagi itu, saya di suruh oleh datuk supaya menemui Lim Kim Bok yang
menjadi peraih buah pisang. Setelah berunding dengan Lim Kim Bok
beberapa minit, dia terus menelefon adiknya, Lim Tong King yang tinggal di
Sitiawan.

"Adik saya beli semua pisang datuk awak, dia nak jual pisang tu ke Kuala
Lumpur, Melaka dan Johor Bharu”,katanya.

"Bila dia sampai Kim Bok?"

"Sekarang pukul tujuh. Lebih kurang pukul lapan setengah dia sampai”

"Saya mahu nanti di mana? Nanti dia tak tahu tempatnya”

"Tunggu di kebun, adik saya tahu tempatnya. Sudah banyak kali dia ambil
pisang di kebun datuk awak”

"Dia tahu di mana tempatnya, Paya Besar”

"Apa awak cakap ni. Saya kata dia tahu, apa lagi mahu banyak cakap”

"Jangan marah”, ujar saya sambil ketawa kecil.

Saya terus pulang ke rumah. Dari rumah, saya bersama datuk dan nenek
berjalan kaki menuju ke kebun pisang di Paya Besar. Sampai di kebun pisang
saya terlihat kesan tapak kaki harimau.

"Ada orang menunggu pisang awak malam tadi?", nenek bersuara.

"Ada”, jawab datuk, sambil menaburkan tujuh biji bertih kedalam rumpun
pokok senduduk. Saya lihat rumpun senduduk itu bergoyang dan saya

402
terpandang kelibat seekor harimau.

"Pulanglah, kau sudah menolong aku”, kata datuk lagi. Seekor harimau me-
lintas di depan kami sambil berjalan tunduk macam kucing peliharaan
melintas di hadapan tuannya. Sementara menanti lori yang dijanjikan tiba,
kami terus membersihkan kawasan kebun pisang. Satu jam kemudian lori
yang ditunggu-tunggu pun tiba. Semua pisang yang ada di situ ditimbang
dan dimasukkan ke dalam lori. Di situ juga Lim Tong King membuat
pembayaran. Wang dari hasil penjualan pisang yang berjumlah lebih kurang
tiga ratus ringgit datuk serahkan pada nenek.

"Simpan wang tu baik-baik, seratus ringgit awak serahkan pada Imam Musa
untuk tabung masjid dan lima puluh ringgit awak bagi pada Long Munah yang
baru mati suami dua hari lalu. Bakinya terpulanglah pada awak”, nenek
anggukkan kepala mendengar cakap datuk itu.

Lim Tong Kim menghampiri datuk, dia menarik tangan datuk menuju ke arah
pokok getah tua dekat sempadan tanah sebelah kanan. Mereka bercakap-
cakap sebentar, kemudian datuk datang menemui nenek kembali.

"Kita balik naik lori”, kata datuk pada nenek sambiI merenung muka saya.
Cepat-cepat saya menggigit bibir dan rasa aneh mula bersarang dalam dada
saya.

Selalunya datuk tidak pernah mahu pulang awal, mesti ada muslihat tertentu
yang membuat datuk bertindak begitu demikian hati kecil saya membuat
ramalan.

"Kenapa tok nak balik cepat?", tanya saya.

"Si Lim Tong King ni, ajak aku jadi kawannya ke Johor Bharu, dia takut kerana
banyak bawa duit”

"Ah, awak ni mengarut, kerana orang sanggup bersusah payah”, nenek


melahirkan rasa kurang senangnya. Datuk saya lihat tersenyum.

"Mari naik”, kata Lim Tong King.

Nenek pun naik lori duduk di depan dekat pemandu. Saya dan Lim Tong King
duduk di bahagian belakang lori yang tidak berbumbung itu. Lim Tong King
yang jadi towkey pisang itu bertindak sebagai kalindan, sekali pandang
memang tidak ada potongan seorang saudagar pada diri Lim Tong King. Enjin
lori pun dihidupkan. Datuk masih lagi tercegat di situ. Tidak ada tanda-tanda
yang dirinya akan naik lori.

"Naiklah tok”, kata saya.

"Tak payah, aku jalan kaki saja”, jawabnya sambil memulakan langkah.

Lori yang berkepala merah, berbadan hijau pun bergerak, melalui jalan enam

403
kaki. Bila layar lori itu terlanggar lubang, badan saya turut terhuyung-
hayang, macam orang mabuk todi. Lori yang kami naiki sampai dihalaman
rumah.
Pemandu lori dan Lim Tong Kim terkejut melihat datuk duduk di kaki tangga
sambiI melurut-Iurut sebatang kayu. Nenek turun dari lori, begitu juga
dengan saya. Cepat-cepat saya masuk ke rumah mengemaskan pakaian
yang saya fikirkan perlu untuk di bawa
.
"Awak jalan kaki ke atau terbang”, kata Lim Tong King.

"Jalan kaki”

"Awak mesti pakai ilmu”

"Tidak”, jawap datuk sambil ketawa kecil.

Saya keluar dari rumah dan berdiri dekat datuk. Kemudian, datuk pun
bangun berjalan tiga langkah ke depan lalu memacak kayu yang dilurutnya
tadi di atas tanah. Datuk renung ke langit, melihat awan dan matahari yang
kian marak bersinar. Datuk cabut kayu itu sambil menggigit lidah. Bahagian
kayu yang tertanam di tanah datuk raba berkali-kali.
Kesan tanah yang terletak di situ datuk ambil. Tanah itu datuk ramas berkali-
kali. Telapak tangannya dibuka dan tanah yang diramasnya kelihatan
berbuku-buku. Dengan mulutnya, datuk hembus tanah di telapak tangannya
hingga berterbangan entah ke mana.

"Langkah kita baik, tapi ada halangan sedikit, dengan izin Allah rintangan itu
berjaya kita atasi”, begitulah datuk memberitahu saya.

Lim Tong Kim kelihatan tercengang-cengang. Datuk terus tepuk bahu kanan
Lim Tong King. Datuk terus rapat ke lori berkepala merah. Saya ikut dari
belakang.

“Saya ikut awak, belum tentu sampai ke Johor Bharu. Sebabnya, bila saya
ingat nak balik, saya balik awak tak boleh halang saya”, datuk mengeluarkan
syarat pada Lim Tong King.

Ternyata, syarat tidak mendapat bantahan. Kami meninggalkan rumah kira-


kira jam sepuluh pagi Rabu. Datuk dan saya duduk di bahagian depan lori,
Lim Tong King duduk di belakang. Satu hal yang tidak menyenangkan diri
saya, lori yang membawa pisang itu terlalu kerap sangat berhenti, kerana
mengambil dan menjual pisang di bandar-bandar yang dilaluinya.

Lebih kurang pukul dua petang, kami sampai ke Kuala Dipang, datuk
menunaikan sembahyang Zohor di situ. Sembahyang Asar datuk lakukan di
Masjid Bidor. Dari Bidor, LimTong King tidak lagi jadi kelindan. Dia mengambil
tugas kawannya. Dia jadi pemandu dan kawannya jadi kelindan. Kali ini, saya
mula terasa seronok naik lori tersebut kerana tidak berhenti-henti lagi.

"Berhenti di Kelumpang Tong King, saya nak sembahyang Maghrib”, datuk

404
mengingatkan Lim Tong King, sebaik sahaja kami melintasi pekan Tanjung
Malim.

Bila sampai di Kelumpang datuk terus ke masjid dan Lim Tong King mengurus
penjualan pisang dengan Cina di pekan tersebut. Bila datuk keluar dari
masjid, Lim Tong King masih lagi belum selesai berurus dengan kawannya.
Datuk memberitahu Lim Tong King yang dia mahu balik ke masjid semula.

"Begini, awak tunggu di masjid. Bila kerja saya selesai, saya panggil awak,
lagipun saya rasa tak larat nak bawa lori sampai ke Kuala Lumpur. Saya ingat
mahu tidur di rumah abang ipar saya yang berniaga kedai runcit di Kuala
Kubu Bharu”, Lim Tong King memberitahu datuk.

"Kalau begitu kata awak, saya ikut saja”, balas datuk.

"Saya bimbang, saya bawa duit dekat lima ribu ringgit”

"Tak apa”, datuk menenangkan perasaan Lim Tong King.

Saya dan datuk kembali ke masjid. Bila selesai sembahyang Isyak baru Lim
Tong King memanggil kami melalui seorang budak Melayu yang bekerja di
kedai yang membeli pisangnya. Kami tinggalkan pekan Kelumpang lebih
kurang hampir pukul sepuluh malam. Entah apa malangnya, ketika lori yang
saya dan datuk tumpangi melalui satu selekoh berhampiran dengan tanah
perkuburan orang-orang Cina, lori itu mengalami kerosakan. Enjinnya mati
dengan tiba-tiba.

Puas dibaiki tidak juga mahu hidup. Lim Tong King menyuruh kawannya pergi
ke Kelumpang mencari foremen. Nasib baik sebuah kereta yang ditahan
mahu berhenti dan bersedia membawa kawan Lim Tong King ke Kelumpang.
Sejam kemudian, kawannya kembali tanpa foremen. Akhirnya, datuk mem-
buat keputusan supaya kami duduk di dalam lori sementara menanti hari
siang. Pada mulanya, kerap juga kereta lalu disitu. Bila menjelang pukul satu
malam, kereta mula berkurangan. Suasana di situ terasa cukup sunyi. Bila
saya toleh ke kanan, rasa takut mula menghantui hati saya.

Apa yang saya lihat ialah batu-batu nisan di tanah perkuburan Cina. Keadaan
itu membuat saya tidak dapat memejamkan mata. Bila saya ingat, datuk juga
tidur dalam lori, rasa takut segera hilang. Lebih kurang pukul empat pagi,
saya terdengar lolongan anjing sayup-sayup, bersama dengan bunyi desiran
angin yang melanggar dedaun getah di kiri kanan jalan raya tersebut. Saya
renung ke tanah perkuburan Cina, saya lihat kabus mula menguasai seluruh
kawasan itu. Batu-batu nisan yang tertegak kaku di situ saya rasa bergerak-
gerak. Dalam keadaan yang cemas itu, sebuah kereta Fiat 600 berwarna
putih berhenti di belakang lori.

Dari perut kereta itu keluar empat orang lelaki Cina yang berusia antara dua
puluh tahun hingga tiga puluh tahun. Mereka segera menuju ke bahagian
depan lori. Lim Tong King yang tidur di bawah lori terkejut, salah seorang dari
lelaki itu mengeluarkan parang pemotong daging lalu mengacukan ke muka

405
Lim Tong King. Saya jadi tergamam melihat peristiwa yang terjadi di depan
mata. Datuk yang duduk bersandar dekat sebatang pokok tidak jauh dari lori
itu, buat tidak kisah dengan apa yang berlaku. Lim Tong King masih lagi
bertekak dengan empat lelaki tersebut.
Entah apa yang dikatakan oleh Lim Tong King, membuat lelaki yang me-
megang pisau pemotong daging itu naik darah. Dia pun melepaskan
penumbuk sulung ke muka Lim Tong King. Kawan Lim Tong King tidak dapat
berbuat apa-apa.

Empat lelaki itu terus mengkopakkan kusyen tempat duduk pemandu.


Mereka berjaya mengambil wang dalam satu beg plastik yang diletakkan di
situ. Lim Tong King menjerit.

"Letakkan, jangan ambil orang punya barang”, kata datuk. Saya tidak sedar
waktu bila datuk menghampiri mereka. Empat lelaki itu segera merenung
muka datuk.

"Hei Melayu, lu jangan kacau kita. Kita tak ada kacau sama awak”, salah
seorang dari lelaki itu menyergah datuk sambil melepaskan tendangan
terbang ala kung fu. Datuk tidak sempat mengelak, tendangan itu tepat
mengenai dada datuk. Saya lihat datuk tersungkur. Empat lelaki itu
menyerbu datuk. Batang tubuh datuk tidak dapat saya lihat, hilang di
kerumuni oleh empat lelaki itu.

Datuk menjerit dan empat lelaki itu terhumban berhampiran lori. Tiga darinya
sudah tidak berdaya bangun. Tetapi seorang daripada mereka masih ke-
lihatan gagah. Datuk berhadapan dengannya, lelaki itu membuka silat kung
fu dan datuk membuka buah langkah silat harimau jantan yang lebih banyak
bersikap bertahan dari melakukan serangan.
Kerana datuk lebih banyak bertahan dari menyerang, membuat dia mem-
punyai lebih tenaga, berbanding dengan serangan kung fu dari lelaki
tersebut. Datuk saya lihat banyak menggunakan tipu helah dan akal dalam
pertarungan itu. Lelaki yang berbadan tegap tidak putus asa, kali ini dia
melompat cukup tinggi menuju pada datuk.

Saya lihat datuk tersenyum dan menyerahkan tubuh badannya untuk digasak
oleh lelaki itu. Tetapi, bila lelaki itu merendahkan badannya dan menghu-
lurkan kaki kirinya untuk menendang pangkal leher datuk, cepat-cepat datuk
melompat sambil menyambar tangan kanan lelaki yang terkedang itu. Datuk
memusingkan ke belakang dan lelaki itu jatuh ke tanah, macam nangka
busuk. Bila lelaki itu cuba mahu bangun, datuk segera menepuk bumi. Kedua
belah kaki lelaki itu bagaikan terpasung. Dia tidak boleh bergerak. Datuk
tepuk bumi lagi sekali, barulah lelaki itu boleh mengangkat kedua belah
kakinya dan memerintahkan kawan-kawannya menuju ke kereta untuk lari.

Bila mereka berada dalam kereta, cepat-cepat mereka menghidupkan enjin


kereta. Ketika itu juga terdengar ledakan pistol dari kereta tersebut, rupanya
lelaki yang bertarung dengan datuk tadi mengambil pistol dan menembak
datuk bertalu-talu. Anehnya, peluru pistol yang ditujukan pada datuk tidak
mencederakan tubuh badannya, cuma baju datuk sahaja yang berlubang-

406
lubang. Melihat keadaan itu, empat lelaki itu jadi cemas, mereka naikkan
cermin kereta dan bersedia mahu meninggalkan tempat tersebut.

Datuk segera menghulurkan tangan kanannya sambil mengembangkan ke-


lima-lima jarinya. Sungguh menakjubkan, enjin kereta segera mati dan badan
kereta nampak terangkat kira-kira lima kaki dari bumi, melayang-layang se-
bentar atas permukaan tanah perkuburan orang Cina di situ. Keempat-empat
lelaki itu menjerit dan datuk merapatkan tangannya ke dada, kereta itu
segera berhenti di hadapannya.

"Buka pintu”, kata datuk.

Pintu kereta pun terbuka.

"Keluar”

Ke empat-empat lelaki itu keluar.

"Pulangkan duit”

Ke empat-empat lelaki itu segera menuju kepada Lim Tong King. Mereka
sujud di kaki Lim Tong King. Salah seorang daripada mereka menyerahkan
kembali wang yang di curi.

"Tolong baiki lori ini”, kata datuk, salah seorang dari lelaki menuju ke lori dan
terus membuka bonet. Dia melakukan sesuatu di situ. Kemudian bonet lori
dirapatkan.

"Sudah baik”, katanya.

Lim Tong King masuk ke perut lori, menghidupkan enjin, ternyata enjin lori
boleh dihidupkan. Saya tersenyum senang.

"Pulang, lain kali jangan kacau orang”, kata datuk.

Ke empat-empat lelaki itu masuk ke dalam kereta lalu meninggalkan kami.


Lima belas minit kemudian, kami pula meninggalkan kawasan tersebut. Kali
ini kami singgah di Kerling. Datuk menunaikan sembahyang subuh di situ.
Selepas membaca Al-Quran dan wirid di masjid tersebut, saya dan datuk
menuju ke kedai kopi. Seperti yang dijanjikan Lim Tong King dan kawannya
sudah menanti di situ. Saya dan datuk sampai ke kedai itu lebih kurang pukul
enam setengah pagi.

"Awak minum dulu, saya nak cari foremen nak minta tolong periksa lori ni,
supaya boleh berjalan dengan baik”, kata Lim Tong King.

Datuk bersetuju dengan apa yang dicakapkan oleh Lim Tong King. Saya dan
datuk terus masuk ke kedai kopi tersebut. Dalam kedai kopi terdapat lebih
kurang sepuluh orang lelaki yang terdiri daripada para pekerja Jabatan
Kerjaraya dan buruh ladang getah, minum kopi di situ. Di sudut sebelah kiri

407
kelihatan seorang lelaki Melayu memakai ketayap putih, berusia sekitar lima
puluh tahun. Datuk bersalam dengan lelaki itu yang datuk kenali semasa
sembahyang di masjid sebentar tadi.

"Kedai ini memang di buka sejak pukul enam pagi. Saya yang punya kedai
tetapi, anak-anak saya yang menjalankan perniagaan”, lelaki berketayap
putih memberitahu datuk.

Tidak saya duga, pertemuan di situ melahirkan rasa persaudaraan sesama


Islam yang mendalam antara datuk dengan lelaki itu. Datuk menceritakan
apa yang terjadi pada dirinya dalam perjalanan tadi.

"Saya ni orang Islam, berdosa hukumnya mempercayai perkara yang karut-


marut, tetapi, kejadian yang awak alami itu sudah kerap benar berlaku.
Konon ceritanya, manusia yang awak lawan tu bukannya manusia”, cukup
tenang lelaki itu bercakap.

"Kalau bukan manusia, siapa mereka?"

"Syaitan. Pernah terjadi pada diri saya diserang perompak di situ bila saya
menyerah dan hari sudah siang saya jumpa wang yang saya rompak itu atas
nisan kubur Cina. Tidak jauh dari tempat kejadian itu saya terjumpa bangkai
kereta yang menurut pihak polis terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Empat pemuda Cina yang menaikinya mati dan dikuburkan di situ”

Dada saya berdebar mendengar cakapnya. Memang, saya sedar dan lihat
ketika meninggalkan kawasan itu, menjelang waktu subuh tadi, saya terlihat
bangkai kereta yang sudah berkarat dalam hutan lalang tidak jauh dari
tempat lori kami berhenti. Hal ini sungguh memeningkan kepala saya.
Apakah yang datuk lawan malam tadi syaitan atau hantu dari tanah
perkuburan orang Cina? Saya sendiri tidak dapat memberikan jawapannya.

Satu hal yang pasti, kawasan perkuburan Cina yang terletak diantara Tanjung
Malim dan Kerling itu, memang menarik perhatian para pemandu, kerana di
kawasan jalan yang berliku dan menaiki bukit itu kerap berlaku kemalangan
yang dahsyat hingga kini.

Perbualan datuk dengan lelaki berketayap putih itu terhenti. Suasana dalam
kedai kopi pagi jadi kelam-kabut. Salah seorang dari orang yang minum disitu
muntah darah dan mengelepar atas lantai, macam ayam kena sembelih.
Datuk segera menghampirinya. Datuk tekan dada orang itu dengan ibu jari,
darah keluar memancut-mancut dari mulutnya. Datuk segera mengambil
segelas air sejuk, gelas yang berisi air itu datuk rapatkan ke bibirnya. Datuk
membaca sesuatu. Kemudian datuk berikan pada orang yang sakit itu. Bila
air sejuk diminum habis satu gelas, orang itu terus muntah. Saya lihat
muntahnya bercampur dengan kaca halus dan pasir, serta beberapa jenis
serbuk.

Datuk tepuk belakang orang itu, muntahnya berhenti. Datuk segera mem-
bancuh garam dengan air satu gelas, air garam itu juga disuruhnya orang

408
yang sakit itu minum. Bila air garam itu selesai di minum, orang itu segera
sihat.
Dia mengucapkan ribuan terima kasih pada datuk dan memperkenalkan
dirinya sebagai Abdul Halim, berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai pe-
mandu lori balak. Pada Abdul Halim, datuk membekalkan seketul ibu garam
dan datuk menasihatkan padanya, sebelum minum kopi, baik di mana-mana
pun serbuk garam itu mesti dibubuhkan terlebih dahulu sebagai penawar
racun.

"Ini satu santau. Ada orang yang berniat tidak baik pada awak”, bisik datuk
pada lelaki yang berketayap puith itu. Muka orang itu kelihatan berubah
wajah datuk direnungnya.

"Boleh awak menolong saya?"

"Saya cuma boleh berusaha. Yang menentukan kejayaannya adalah Allah.


Tetapi ingat, kalau saya menolong awak, jangan sekali-kali awak mahu mem-
balas dendam, saya cuma mahu berusaha menyekat perbuatan orang itu su-
paya jangan merebak dan merosakkan orang lain”, kata datuk.

"Ya, tapi saya mahu tahu orangnya”

"Tak boleh. Belum tentu hal itu sengaja di lakukannya. Boleh jadi dia tersilap.
Kita perlu mencari puncanya”, terang datuk lagi.

Lelaki berketayap putih itu terdiam.

47. Bila Syaitan Datang Menguji

Saya mula terasa bosan duduk dalam kedai kopi. Bagi menghilangkan rasa
bosan itu, saya terus menggaru pangkal dagu beberapa kali.

Dan sepasang mata saya terus tertumpu ke dada jalan raya yang mula sibuk
dengan kenderaan. Debu-debu jalan berterbangan dalam sinar matahari pagi
yang kian garang.

Saya toleh ke kiri. Lelaki berketayap putih dan datuk masih termenung.
Masing-masing merenung dinding kedai kopi yang cat putihnya sudah pudar
bertukar menjadi kekuning-kuningan. Apa yang mereka fikir, saya pun tidak
tahu.

Orang-orang yang datang minum dan makan pagi sudah berkurangan, tidak
sehebat tadi. Pekerja-pekerja di kedai itu lebih banyak duduk dari melayani
para pelanggan.

Agaknya mereka masih mengenangkan peristiwa ganjil yang telah berlaku


beberapa jam tadi. Mereka juga berharap pada setiap pelanggan yang baru
datang, tidak akan dapat mencium berita buruk itu.

409
Lelaki berketayap putih memanggil pekerjanya yang bertugas sebagai
tukang membancuh kopi. Pekerja yang berbadan tegap, berambut kerinting
serta bermulut lebar itu menghampirinya.

"Ada apa hal Ayah?"

"Beritahu pada semua yang bekerja di sini supaya merahsiakan kejadian


yang baru berlaku, kalau kisah ini merebak alamat kedai kita tak laku."

"Saya faham ayah," jawab pekerja itu sambil beredar dari lelaki yang
berketayap putih.

Datuk saya lihat tersenyum memandang pada lelaki berketayap putih. Datuk
renung biji matanya tepat-tepat, kemudian datuk tepuk bahu kiri lelaki
berketayap putih itu.

"Awak takut kedai awak tak didatangi orang? Dan awak mahu merahsiakan
kejadian tu," ujar datuk sambil menarik nafas.

"Lelaki berketayap putih termenung sejenak.

"Ya, saya takut," katanya tegas.

"Pernahkah awak terfikir bahawa rezeki yang awak terima selama ini, adalah
pemberian Allah?"

"Bukan terfikir, malah mengakuinya."

"Kalau awak sudah mengakuinya kenapa awak takut, kalau cerita yang
berlaku di kedai awak tersebar pada orang ramai."

Kata-kata yang diluahkan oleh datuk itu, membuat lelaki berketayap putih
terkejut. Air mukanya nampak berubah. Dia menggeliat sambil memicit-micit
pergelangan tangan kanannya.

"Rezeki manusia tidak berada di tangan manusia tetapi, berada di tangan


Allah Yang Maha Besar, rezeki itu pula tidak datang bergolek kalau manusia
tidak berusaha mencarinya," datuk memulakan ceramah kecil di hadapan
lelaki berketayap putih.

Saya lihat lelaki itu tunduk mendengar kata-kata datuk itu.

"Jangan jadikan diri kita derhaka pada Allah kerana sesuatu kejadian yang
kecil, juga jangan tenggelamkan diri kita dalam sifat tamak haluba,"
sambung datuk lagi sambil bangun lalu berjalan menuju meja kosong yang
terletak dekat pintu masuk.

Datuk duduk di situ.

Beberapa minit kemudian, lelaki berketayap putih menghampiri datuk lantas

410
duduk di situ.

"Kejadian seperti ini, selalu saja berlaku di sini, setiap kedai kopi yang
terkena musibah tersebut terus gulung tikar, saya tak mahu hal begitu jadi
pada diri saya, saya tak ada harta untuk saya tinggalkan pada anak-anak
saya bila saya mati," lelaki berketayap putih mengadu hal pada datuk.

Rasa simpati mula berbunga dalam hati saya. Memang, saya mengharapkan
datuk dapat melakukan sesuatu untuk menolong orang tersebut.

"Nasib manusia selalunya tidak sama," kata datuk.

"Saya faham, tetapi saya memikirkan nasib anak-anak saya."

"Sepatutnya awak tak boleh memikirkan hal mereka, apa yang perlu awak
fikirkan ialah tentang nasib awak sesudah awak mati, ada baiknya awak
menghitung amal ibadat yang telah awak buat, dari memikirkan nasib anak-
anak sesudah awak mati," saya lihat datuk begitu bersemangat bercakap.
Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan dirinya, mahu menolong orang
tersebut.

Saya benci dengan tindak tanduk datuk itu, terlalu banyak bercakap dan
menasihati orang. Rasa benci itu, saya perlihatkan pada datuk dengan cara
yang sopan. Saya keluar dari perut kedai, berdiri di kaki lima kedai sambil
berlari-lari.

Ternyata perbuatan saya tidak disenangi datuk. Dia menjengilkan biji


matanya, membuat saya jadi cemas dan takut. Saya segera masuk ke kedai
kopi kembali. Duduk di sisi datuk.

"Orang yang beriman dan berilmu, tidak akan meninggalkan hanta pada
anak-anak tetapi, meninggalkan atau membekalkan ilmu pengetahuan dunia
akhirat yang secukupnya, kerana doa anak yang salih untuk orang tuanya
yang sudah meninggal diberkati Allah," beritahu datuk pada lelaki
berketayap putih itu.

Tiba-tiba datuk bangun dan terus berjabat tangan dengan lelaki berketayap
putih sambil mengucapkan terima kasih. Perbuatan datuk itu amat
mengejutkan dan di luar dugaan saya sama sekali. Datuk pun melangkah
keluar dari kedai kopi.

"Janji awak dengan saya bagaimana?" Kata lelaki berketayap putih sambil
memegang bahu kanan datuk.

"Saya ingat," jawab datuk dengan tidak mematikan langkahnya menuju ke


gigi jalan.

Tidak sampai lima minit kami berdiri di gigi jalan, lori yang dipandu oleh Lim
Tong King pun tiba.

411
"Sudah dibaik benda yang rosak," itulah persoalan pertama yang diajukan
oleh datuk pada Lim Tong King. Saya lihat wajah kawan Lim Tong King cukup
riang duduk di atas buah-buah pisang.

"Pelik sungguh, sudah diperiksa oleh formen, tidak ada yang rosak," cukup
jelas suara Lim Tong King memberitahu datuk. Saya tersenyum
mendengarnya.

"Saya tak dapat ikut awak, janji kita cuma di sini saja Lim," wajah Lim Tong
King kelihatan muram, dia menggigit bibir sambil merenung muka datuk.

"Janganlah susah hati, pergilah awak akan selamat sampai ke tempat yang
dituju," kata datuk.

"Tapi."

"Tak apa, awak pergilah, dengan izin Allah awak selamat."

"Baik," balas Lim Tong King sambil menekan minyak lori dan lori pun
bergerak perlahan-lahan meninggalkan kami. Kawan Lim Tong King
melambai-lambai tangan pada saya.

"Ke mana kita nak pergi tuk?"

"Ke mana lagi, ke masjidlah."

"Hum...," saya mengeluh pendek.

Baru sepuluh langkah menapak, saya terpaksa berhenti kerana lelaki


berketayap putih mengejar kami dari belakang sembil memanggil-manggil
nama datuk.

Anehnya datuk tidak hirau langsung dengan teriakan dari lelaki itu. Dia terus
melangkah dan melangkah.

"Jangan bimbang, datuk saya akan tunaikan janjinya dengan pak cik," kata
saya sebaik saja lelaki berketayap putih berhenti dekat saya.

"Dia mahu ke mana tu?"

"Ke masjid membaca Quran dan berzikir."

"Baik ajak saja datuk awak duduk di rumah saya, lagi baik."

"Saya tak berani nak beritahu dia, saya fikir usah ganggu dia, kalau ada apa-
apa hal jumpa saja waktu sembahyang Zohor nanti."

"Datuk awak ni ganjil orangnya."

412
"Memang datuk saya ni ganjil tetapi, ganjilnya tidak menyusahkan orang lain,
tidak pernah mungkir janji. Tak apalah pak cik saya pergi dulu."

Lelaki berketayap putih saya tinggalkan dalam keadaan termangu-mangu.


Saya terus memburu datuk hingga dapat jalan bersaing dengannya.

"Apa yang dia mahu Tamar?"

"Menanyakan janji tuk dengannya."

"Mudah sangat tidak percaya sesama manusia, perbuatannya menunjukkan


sifat-sifat tamak, sebagai seorang Islam dia harus percaya dengan janji yang
dibuat oleh orang yang seagama dengannya, bukankah menepati janji itu
salah satu dari peraturan yang harus dipatuhi setiap orang Islam," demikian
datuk merungut. Saya diam saja, tidak kuasa saya menjawab rungutannya
itu.

Datuk dan saya sampai ke masjid. Datuk mengambil air sembahyang dan
melakukan sembahyang sunat untuk menghormati masjid dan membuat
keputusan untuk beriktikaf di masjid bagi melakukan amal ibadah.

"Tamar."

"Ya, tuk, ada apa-apa hal," kata saya sambil duduk di sisinya. Datuk
merenung muka saya sambil membelai -belai rambut saya yang jatuh atas
dahi dengan penuh manja.

Tangan datuk saya pegang dan saya cium, tiba-tiba hati saya terasa hiba,
tidak dapat saya nyatakan padanya, betapa sayang saya pada datuk yang
pada zahirnya nampak kasar dan bengis membela saya.

"Masjid", sebaik-baik tempat untuk kita beramal, gunakanlah kesempatan


maha besar," ujar datuk. Dia pun bangun mengambil Quran dan terus
membacanya.

Saya tanpa membuang masa terus mencari beberapa buah kitab agama
yang terdapat dalam masjid itu dan terus membacanya secaranya
merangkak-rangkak.

Lebih kurang pukul dua belas setengah tengah hari, seorang lelaki dalam
lingkungan usia lapan puluhan masuk ke masjid. Janggut dan misainya sudah
putih tetapi, kulit mukanya tegang dan sepasang matanya kelihatan
bercahaya, menandakan yang dirinya waktu muda dulu seorang yang pintar.

Dari gerak badan dan cara dia berjalan, saya dapat menduga bahawa orang
tua itu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang
ilmu mempertahankan diri.

413
Orang tua itu melakukan sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang
sunat dia duduk di satu sudut masjid dan terus berzikir dengan khusyuk.

Bila datuk berhenti membaca Quran dan orang tua itu berhenti berzikir.
Datuk segera menemuinya, mereka bersalam-salaman.

Waktu datuk dan orang tua itu bercakap-cakap, saya segera menjauhkan diri.
Duduk bersendirian dekat pintu masjid. Beberapa minit kemudian, orang tua
tersebut melintas di hadapan saya. Dia terus memukul beduk (kerantung)
menandakan waktu zuhur sudah tiba.

"Siapa nak azan (bang) saya atau awak?" Tanya orang tua itu pada datuk.
Saya lihat datuk tersenyum memandang pada saya.

"Biarlah orang muda yang membuatnya," balas datuk.

"Siapa orangnya?"

"Cucu saya," jawab datuk dan orang tua itu memandang ke wajah saya
dengan senyum yang menarik. Dia menghampiri saya lalu menepuk-nepuk
kepala saya dua kali berturut-turut.

"Tunaikan permintaan datukmu, mendengar cakap orang tua untuk jalan


kebaikan, diberkati oleh Allah," bisik orang tua itu pada saya. Dua kali saya
menarik nafas bagi menghilangkan rasa darah gemuruh dalam diri.

"Cepat Tamar," jerit datuk. Saya pun memulakan azan dengan suara yang
amat lantang, saya mahu suara saya didengar oleh semua penduduk yang
tinggal di sekitar kawasan berhampiran dengan masjid.

Selesai saja saya mengerjakan azan, saya dapati lima enam orang penduduk
sudah berada dalam masjid. Sembahyang Zuhur itu diimamkan oleh orang
tua tersebut. Selesai saja sembahyang dan berdoa orang-orang kampung pun
meninggalkan perut masjid menuju ke rumah masing-masing.

Datuk menyandarkan badannya ke dinding masjid. Dia menggigit lidah


sambil meraba-raba kening kirinya berkali-kali.

"Orang tu, tak datang tuk," bisik saya pada datuk.

"Tak apalah, agaknya dia ada hal, malam nanti dia tentu datang mencari
kita," balas datuk dengan tenang.

Orang tua yang sejak lepas sembahyang duduk di tempatnya, segera


bangun. Dia menghampiri datuk.

"Awak jangan ke mana-mana, saya nak balik dulu. Lepas tu saya datang
jumpa awak lagi."

414
"Apa halnya?"

"Awak tunggulah sampai saya datang," balas orang tua itu sambil melangkah
bendul masjid.

Datuk kembali membaca Quran. Saya mula mengelabah kerana perut mula
terasa lapar. Saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyatakan pada
datuk yang diri saya cukup lapar.

Saya tidak berani mengganggu datuk yang sedang membaca Quran,


memang pantang datuk nenek tujuh keturunan bagi datuk, kalau ada sesiapa
yang mahu menahan atau mengganggu dia membaca Quran.

Akhirnya, saya terus baring di dalam masjid dengan harapan bila berbuat
demikian saya akan tertidur. Memang susah mahu tidur, kalau perut kosong.
Glek kiri, golek kanan. Menelentang meniarap mata tidak juga mahu rapat.

"Assalammualaikum." terdengar suara dari luar masjid. Saya segera bangun


dan menerpa ke pintu. Orang tua yang berjanji dengan datuk tadi sudah tiba.
Dia membimbit mangkuk tingkat berwarna kebiru-biruan.

"Masuk pakcik," kata saya. Orang tua itu terus masuk dan berdehem dua kali
berturut-turut. Dtuk segera menoleh ke arahnya sambil menutup Quran.
Orang tua itu meletakkan mangkuk tingkat dan terus duduk bersila di
hadapannya.

"Mari kita makan, ini rezeki awak sama cucu awak, mari," orang tua itu terus
membuka mangkuk tingkatnya. Diletakkannya berderet atas lantai.

Datuk pun datang dan terus duduk bersila.

"Perbuatan begini tidak digalakkan dalam Islam," datuk bersuara dengan


tiba-tiba. Orang tua itu merenung muka datuk.

"Maksud awak?"

"Orang Islam tidak digalakkan makan sedekah, Islam menyuruh umatnya


berusaha kerana itu nabi besar kita Mehammad S.A.W. pernah bersabda,
tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima, eritnya umat
Islam disuruh berusaha."

"Saya faham maksud awak tu, satu perkara yang harus awak kaji dan fikir,
awak tidak duduk di masjid sepanjang masa membuat amalan kemudian
hidup atas sedekat orang, perbuatan tidak terpuji. Awak musafir dan saya
mahu memberi awak makan, kalau tak ada saya, awak pun boleh makan."

"Awak orang tua yang hebat."

415
"Saya tidak hebat, yang hebat dan berkuasa ialah Allah. Niat saya mahu
makan bersama awak," orang tua itu pun menyorongkan nasi ke hujung lutut
saya dan datuk.

Kami pun makan bersama. Bila selesai makan saya terpaksa membersihkan
mangkuk tingkat orang tua itu di telaga. Mangkuk tingkat yang sudah
dibersihkan itu, saya susun seperti asal lalu saya serahkan pada orang tua
tersebut.

Saya kira orang tua itu akan pulang, setelah saya serahkan mangkuk tingkat
padanya, rupa-rupanya dia tidak mahu pulang. Dia mengajak datuk duduk di
serambi masjid dan terus bercerita panjang dengan datuk.

Orang tua itu memberitahu datuk, dia berasal dari Bangkahulu. Bila berhijrah
ke Semenanjung Tanah Melayu dia menetap di sebuah kampung di dalam
kawasan Batang Kali yang dikenali dengan nama Genting Malik.

Dalam zaman pemerintahan Jepun, dia telah membunuh tiga orang tentera
Jepun dengan parang panjang yang mahu merogol seorang gadis jirannya.

"Saya lari malam, bila tentera Jepun mengamuk dan menyeksa orang-orang
kampung akibat perbuatan saya itu, saya sampai ke Kerling sesudah
mencukur rambut dan dan menyamar sebagai orang asli," orang tua itu mula
membuka lipatan sejarah silamnya.

Menurutnya, semasa di Kampung Genting Malik, dia dikenali sebagai Ujang


Silat. tetapi, bila menetap di Kerling namanya segera bertukar menjadi
Mahyuddin.

"Pada mulanya saya tinggal jauh di pendalaman, kemudian bila orang putih
memerintah Malaya kembali, saya dibawa oleh anak angkat saya tinggal
berhampiran masjid ini," katanya lagi.

"Awak tak ada isteri?"

"Tak ada, tapi kaya dengan anak angkat."

"Badan awak bertuah," ujar datuk berjenaka. Orang tua itu turut ketawa.

Mungkin kerana terasa jemu duduk di anjung masjid, orang tua itu mengajak
datuk berjalan di halaman masjid. Kemudian mereka duduk di atas sebatang
kayu, sambil menikmati suasana petang yang begitu tenteram dan damai.

"Sejak awak datang subuh tadi, saya dapat meneka yang diri awak ni ada isi
dunia akhirat," orang tua memaut bahu kanan datuk. Matanya dengan mata
datuk berlaga. Datuk tidak menjawab pertanyaan yang diajukan oleh orang
tua itu. Daruk macam mahu menyembunyikan sesuatu dari orang tua itu.

"Saya tak ada apa-apa," jawab datuk.

416
"Tak apalah, saya sekadar bertanya dan meneka," balas orang tua itu. Dia
menggigit bibir dan terus juga menepuk-nepuk bahu datuk.

Selepas menunaikan sembahyang Asar, orang tua itu menjemput saya dan
datuk ke rumahnya. Jemputan itu kami penuhi dengan rasa bangga.

Rumah orang tua itu, terletak kira-kira sepuluh rantai dari masjid,
kedudukannya agak terpisah dari rumah-rumah yang lain. Tidak beberapa
kecil berbumbung limas dan berdindingkan papan lidah.

Rumah itu mempunyai dua bilik, satu bilik tidur dan satu bilik sembahyang.
Apa yang menarik hati saya tentang bilik sembahyangnya, kerana
didalamnya terdapat kitab-kitab agama yang tersusun rapi atas rak.

Manakala di sebelah kanan sudut bilik itu terdapat , beberapa bilah senjata
seperti lembing, pedang, keris dan parang panjang.

"Parang itulah yang membunuh askar Jepun," katanya sambil menatang


parang panjang yang terdapat kesan darah kering bercampur dengan karat.

Datuk dan saya pun anggukkan kepala. Kemudian, tanpa diminta oleh orang
tua itu, datuk pun menceritakan tujuan sebenarnya, kenapa dia menginap di
masjid.

"Niat awak baik, tapi jangan terkejut bila kerja awak selesai, apa yang awak
fikirkan tidak sama dengan apa yang awak alami," kata orang tua itu.

"Apa maksud awak?"

"Tak payah saya terangkan jawapannya akan awak tahu sendiri," balas orang
tua itu, saya dan datuk berpandangan orang tua itu tetap senyum
memandang kepada kami.

Tiba-tiba saja datuk minta diri, macam ada sesuatu yang tidak kena dalam
hatinya. Orang tua itu mengizinkan permintaan kami. Sebaik saja kaki kami
memijak bumi, orang tua itu terus terjun ke tanah dan menghalang
perjalanan datuk.

"Orang yang meminta pertolongan, kau tu namanya Dumba, tetapi orang-


orang di sini mengenalinya sebagai Jahid atau Lebai Jahid," kata orang tua
itu.

Belum pun sempat datuk mengemukakan sebarang pertanyaan orang tua itu
sudah berdiri di muka pintu. Cukup pertanyaan orang tua itu sudah berdiri di
muka pintu. Cukup cepat dia bergerak, saya tidak sedar masa bila dia
memijak anak tangga.

Saya dan datuk meneruskan perjalanan. Sebaik saja sampai dekat pokok
besar berhampiran masjid, lelaki berketayap putih muncul dari balik pkok.

417
Pandangannya semacam saja melihat kami. Datuk terus menyapanya.
Sayang sekali, teguran datuk tidak dijawabnya, kecuali mengganggukkan
kepala saja.

"Kau baru balik dari rumah Mahyuddin?" Tanyanya.

"Ya, kenapa?" Tapi, saya syak dia yang membuat perkara tak baik ni," lelaki
berketayap putih melahirkan apa yang ada dalam hatinya.

Datuk terdiam. Saya pula menggigit lidah. Lelaki berketayap putih kelihatan
cukup tenang.

"Jangan mudah menaruh syak wasangka pada seseorang, kalau tak ada
buktinya," jawab datuk. Dari wajahnya, ternyata lelaki berketayap putih amat
kecewa dengan jawapan dari datuk itu.

Kerana lelaki berketayap putih itu semacam memaksa mengajak datuk ke


rumahnya, dengan alasan memudahkan datuk datang bila dijemput pada
sebelah malam nanti, datuk segera menunaikan permintaannya.

"Saya akan pergi ke rumah awak. Tetapi, saya tidak akan naik ke rumah dan
minum."

"Kenapa?"

"Itu sebahagian dari petua, saya tidak akan makan atau minum di rumah
orang yang memerlukan pertolongan dari saya."

"Tak apalah," lelaki berketayap putih memberikan persetujuan.

Saya dan datuk pun mengekorinya dari belakang. Sepanjang jalan ke


rumahnya, saya senyum sendirian kerana syarat yang datuk kenakan
padanya, adalah syarat yang sengaja diadakan-adakan oleh datuk, mungkin
datuk berbuat demikian dengan tujuan tertentu.

Sebaik saja sampai di rumahnya, perkara pertama yang datuk lakukan ialah
berdiri di pangkal tiang seri rumahnya. Kemudian mengelilingi kawasan
rumahnya dua kali sambil memetik daun hati-hati yang ditanam tiap penjuru
rumah.

"Kami balik dulu," datuk memberitahu lelaki berketayap putih.

"Silakan, tapi bila awak mahu datang untuk membantu saya?"

"Malam ni saya datang."

"Pukul berapa?"

418
"Tengok gerak hati tapi yang tentunya dengan izin Allah saya akan datang
malam ini."

Ketika kami meninggalkan rumah Dumba (lelaki beketayap putih), matahari


sudah condong benar. Bayang pokok pinang yang tumbuh di kiri kanan jalan
kelihatan memanjang atas daun lalang tua.

Sebelum sampai ke jalan raya Kuala Lumpur - Tanjung Malim, kami terpaksa
mendaki bukit kecil yang agak curam.

- HILANG -

Macam selalu, lepas sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk akan


menghabiskan masanya dengan membaca Quran dan berwirid panjang.

Saya terus menelentang dekat dinding masjid memikirkan sesuatu yang saya
kira agak ganjil telah berlaku dalam masjid tersebut. Pada hemat saya, datuk
sendiri pun menyedari hal tersebut tetapi dia sengaja tidak mahu
memberitahu pada saya.

Waktu sembahyang Maghrib tadi Mahyuddin (orang tua) ada datang tetapi,
Dumba (lelaki berketayap putih) tidak datang. Bila Dumba datang untuk
menunaikan sembahyang Isyak, ada perselisihan perbadi yang tidak mudah
dapat dikesan oleh orang lain.

Tepat jam dua pagi, datuk mengejutkan saya dari tidur. Dia suruh saya
membasuh muka. Bila saya selesai membasuh muka di perigi, saya dapati
datuk sudah berada di halaman masjid. Siap berpakaian serba hitam dengan
kain merah terlilit di kepala.

"Siap Tamar," katanya, saya segera menghampirinya. Datuk segera


meletakkan tangan kanannya atas bahu kiri saya. Secara mendadak saja
badan saya menggeletar. Bila datuk angkat tangannya. Rasa menggeletar itu
segera hilang.

"Pegang hujung baju aku dan pejamkan mata," katanya. Cakap datuk saya
patuhi. Saya tidak sedar apa yang berlaku setelah itu. Saya rasa badan saya
melayang-layang. Bunyi angin berdengung-dengung menolak gegendang
telinga saya.

Tiba-tiba saya terasa macam ada sesuatu yang menarik sepasang kaki saya.
badan saya terhumban atas rimbunan pokok yang tidak dapat saya tentukan.
Muka saya terkena pada sejenis daun yang agak kesat dan miangnya.

"Tamar, buka matamu, kita diperdayakan," saya terdengar suara datuk. Dan
kelopak mata pun saya buka. Pertama yang saya lihat ialah langit dan awan
malam.

419
Saya renung kiri kanan, saya dapati diri saya dan datuk berada dalam
rumpunan lalang tua. Datuk segera bangun sambil menepis-nepis dedaun
lalang yang lekat di bajunya.

"Bangun Tamar," katanya pada saya sambil menarik tangan kanan saya yang
terasa sakit kerana dicucuk oleh tunggul lalang.

Dalam keadaan yang serba sulit itu, (maklumlah malam terlalu pekat) saya
tidak tahu apa yang harus saya lakukan, bergerak saja, kaki sudah tersepak
kayu atau terpijak tunggul lalang.

Aneh juga, tunggul lalang di situ cukup tajam, boleh menembusi tapak
sepatu getah cap tiga bintang yang saya pakai.

"Tamar, pejamkan matamu," perintah datuk saya ikuti.

"Buka matamu sambil mengucap dua kalimah syahdat dan selawatkan nabi
tiga kali, kemudian kau baca ayat dari Surah Ibrahim waktu nabi Ibrahim
dibakar oleh kaumnya," beritahu datuk lagi.

Semua kemahuan datuk itu saya penuhi. Bila saya membuka mata kawasan
sekeliling itu jadi terang-benderang, macam cahaya bulan yang
mengambang penuh.

Saya dan datuk keluar dari kawasan tersebut dan cahaya yang terang itu
terus ghaib. Baru saja tiga langkah datuk dan saya melangkah untuk menuju
ke rumah Dumba, sekumpulan anjing liar segera mengelilingi kami.

Anjing-anjing itu cukup garang dengan mulut separuh terbuka menjelirkan


lidah, bersedia untuk menerkam pada saya dan datuk.

Setapak kami bergerak, selangkah anjing-anjing liar itu merapati kami. Ketika
itu juga suasana di situ berubah keadaan, kami bagaikan berada di hutan
tebal, terdengar bermacam-macam suara bersama dengan titik-titik hujan
yang kasar.

Angin juga bertiup cukup kuat, dedaun yang jatuh mengeluarkan bunyi yang
menggaum bila terkena bumi.

Saya terpandang dari celah-celah pokok-pokok besar tersembul lembaga


yang tidak menentu rupa bentuknya, menyapu bumi, giginya juga kelihatan
ganjil.

Gigi bahagian atas cukup panjang dan terkeluar menutup bibir bahagian
bawah, hidungnya juga panjang dan lembik berjuntai hingga atas gigi.

Lembaga-lembaga itu memegang tali yang terikat pada leher anjing. Telinga
saya mula dihujani dengan suara orang ketawa dan menjerit, saya lihat
rambut lembaga yang panjang itu bagaikan terpacak ke atas dan badan

420
lembaga tanpa kaki itu terangkat dan bergerak di awang-awangan, mengikuti
tiupan angin.

"Matilah kita tuk," saya mengeluh.

"Ini permainan syaitan, kita berdua diperdayakan, kita harus berusaha," bisik
datuk pada saya, ketika itu wajahnya saya lihat cukup cemas.

Datuk melangkah ke depan setapak, anjing-anjing liar pun mara, kian dekat
dengan kami, begitu juga dengan lembaga yang bergantungan,
mempamerkan gigi seolah-olah ketawa pada kami.

Datuk terus memeluk tubuh sambil menahan nafas. Matanya merenung


tajam ke arah seekor anjing yang bentuk badannya lebih besar dari anjing
yang lain-lain, bulunya juga berbeza dengan anjing-anjing lain.

Anjing besar itu berbulu hitam berkilat, sedangkan anjing-anjing yang lain
bewarna kekuningan.

Tenungan mata dari datuk itu dilawan oleh anjing tersebut dengan matanya
yang bagaikan tersembul. Anjing itu terus menggaum. Dalam saat-saat
begitu saya terlihat batang tubuh Mahyuddin melintas di hadapan kami dan
hilang dengan sekelip mata.

Datuk segera menjatuhkan kedua belah tangannya. Datuk menggenggam


penumbuk, tetapi jari kelingking kiri dan kanan tidak dilipatkan, kedua-dua
jari itu menunjuk ke bumi.

Bibir datuk bergera-gerak, sebaik saja bibirnya berhenti bergerak, dengan


pantas datuk menepuk tangan, ketika itu juga terdengar satu ledakan yang
amat kuat macam bunyi petir.

Seluruh kawasan itu dipenuhi dengan kabus bercampur asap tebal, tidak ada
satu pun yang dapat dipandang. Saya segera memeluk pinggang datuk
dengan sekuat hati.......

48. Bertemu Ibu Santau

HIDUNG dan mata, saya tekankan ke badan datuk dengan sekuat hati.
Gegendang telinga saya terus juga menangkap bunyi suara orang ketawa
sambung-menyambung. Bila suara orang ketawa itu berakhir, segera
digantikan dengan bunyi tapak kaki binatang yang sedang berlari, macam
bunyi tapak kaki kerbau dikejar harimau.

Saya ketakutan, bulu tengkuk meremang. Badan datuk saya paut sepenuh
tenaga. Saya tidak mahu berpisah dengan datuk. Dalam saat yang serba
gawat itu, saya rasa bahu kanan saya di pegang oleh orang. Badan saya

421
terus menggeletar.

"Tamar kau cucu tuk," saya terdengar suara datuk cukup jelas. Tangan yang
terlekap atas bahu saya segera bergerak ke kepala.

"Cucu tuk harus berani, hanya orang yang berani dan tegas saja yang boleh
hidup dalam dunia yang penuh dengan tipu daya manusia," tambah datuk
sambil menepuk-nepuk kepala saya.

Saya segera memisahkan muka saya yang terlekap di badan datuk. Kelopak
mata pun saya buka luas-luas. Saya jadi tergamam sebentar sambil
mengkedutkan kulit dahi. Ada sesuatu yang aneh terasa dalam diri. Saya
segera terfikir, apakah saya bermimpi atau berada dalam alam khayalan.
Saya segera meraba kulit pipi, batang hidung dan daun telinga. Kemudian ibu
jari saya gigit sekuat hati hingga terasa sakit, ternyata saya tidak bermimpi.
Saya berada di alam nyata, batang tubuh saya terpacak di atas bumi di
halaman rumah Dumba di malam yang tidak berapa pekat.

"Tuk, apa dah jadi," tanya saya.

"Kita diuji dan diperdayakan, kita harus melawan. Jika kita lari bererti kita
akan mati," jawab datuk sambil meletakkan tapak tangan kanannya di atas
bahu kiri. Tangan kirinya diluruskan. Kaki kanannya dibengkukkannya sedikit,
manakala kaki kirinya tetap dalam keadaan lurus.

Bunyi angin yang merempuh dedaun pinang dan kelapa cukup kuat
kedengaran. Putik-putik kelapa dan pinang berguguran ke bumi, macam
bunyi buah mempelam gugur yang pokoknya digoncang oleh manusia. Datuk
segera merenung langit malam, ada bulan berbentuk sabit yang mula
didekati oleh awan hitam berbentuk kepala burung geruda. Angin terus
menderu, sayup-sayup terdengar suara jampuk miang meningkah suara
burung hantu mengilai di hujung dahan, sesekali terdengar bunyi raungan
serigala di kaki bukit. Semuanya menjadikan suasana malam itu cukup seram
dan menakutkan. Bila saya renung ke arah kaki bukit, terlihat kabus putih
memanjang naik ke udara, kabus itu bagaikan bergerak menuju pada saya
dan datuk dalam bentuk lembaga manusia bermata satu. Biasanya kabus
tidak akan terus naik menuju ke langit tetapi, kabus yang saya lihat ini,
memang ganjil pada bentuknya yang seakan-akan bentuk pokok besar tanpa
dahan dan ranting. Dalam keadaan bentuk pokok besar itu, ia kelihatan
menembusi langit.

Saya jadi bodoh dengan keadaan yang begitu pelik. Tiba-tiba kabus yang
berbentuk pokok itu mengepung diri saya dan datuk. Apa yang wujud di
hadapan kami ialah pemandangan yang semuanya kelihatan putih macam
kain kapan pembalut mayat. Datuk masih tidak berganjak dari tempat
asalnya. Dia bagaikan tidak ambil kisah apa yang terjadi di hadapan
matanya. Dalam sekelip mata kabus yang berbentuk pokok besar itu menjadi
manusia berkepala tengkorak. Dari leher ke perut berbentuk badan ular
sawa. Dari bahagian perut hingga ke bahagian lutut berbentuk ruas buluh.
Anehnya, mereka tidak mempunyai kaki untuk memijak bumi, keadaannya

422
tergantung-gantung. Jumlahnya pula bukan sedikit.

Semua manusia tengkorak itu bergerak sambil mengeluarkan suara ketawa


yang memanjang, manakala bahagian mata yang berlubang mengeluarkan
beribu-ribu kelip-kelip atau kunang-kunang. Semua kunang-kunang itu
menuju ke arah datuk, macam lebah yang keluar dari sarang kerana di kacau
orang. Seluruh tubuh dauk digayuti oleh kunang-kunang itu, datuk terus
melompat sambil berkata : Allah hu Akhbar tiga kali berturut-turut. Habis saja
datuk menyebut perkataan tersebut, kunang-kunang itu hilang.

Datuk terus membaca sesuatu sambil membuka kain ikat kepalanya. Dalam
saat yang sama terdengar ledakkan. Api pun menjilat seluruh kawasan
tempat lembaga putih berdiri. Suara tangisan mula kedengaran, bila api yang
marak itu paam. Saya dan datuk tetap berada di tempat asal iaitu di halaman
rumah Dumba.

"Kita pulang Tamar, kalau kita mara padah buruk menanti kita," bisik datuk
pada saya. Kami pun mula melangkah untuk pulang. Saya merasa amat
kecewa dengan sikap datuk kali ini. Datuk tidak mahu melakukan sesuatu
supaya perjalanan pulang jadi cepat. Masa mahu datang ke rumah Dumba
tadi, dia suruh saya pejamkan mata sambil memaut bajunya. Kenapa masa
mahu pulang datuk tidak mahu melakukan hal sedemikian? Timbul
pertanyaan dalam hati saya.

“Cara itu dilakukan ketika ada hal yang dikirakan mustahak saja, tak boleh
digunakan ikut suka hati,” tanpa diduga datuk menyelesaikan masalah yang
menghantui fikiran saya. Pelik juga, saya tidak bertanya, saya tidak
mengeluh. Tetapi, datuk tahu apa yang tersurat dalam hati. Itulah
istimewanya datuk saya. Kami terus melangkah dengan tenang dalam malam
yang dingin memburu subuh. Kokok ayam sayup-sayup kedengaran bersama
titik air embun subuh yang menjamah wajah saya dan datuk.

“Melihat pada kedudukan bulan sabit, tiupan angin dan gerak awan,
sekarang dah pukul empat pagi,” kata datuk ketika memasuki sebuah lorang
kecil yang menuju ke jalan raya. Kiri kanan lorong itu ditumbuhi dengan
pokok-pokok keduduk yang bergoyang, saya terlihat seperti ada bayang-
bayang manusia melintas di hadapan kami.

“Apa benda tu tuk?”

“Kau diam.”

Saya terus mengigit bibir. Bayang-bayang iu ghaib entah ke mana. Dalam


keadaan yang serba pelik itu, muncul pula seekor kucing hutan yang berbulu
tebal, matanya merah menyala merenung ke arah saya dan datuk sambil
membuka mulutnya luas-luas, mempamirkan kedua siung giginya putih dan
tajam. Kucing hitam itu juga ghaib dalam sekelip mata.

“Sudahlah, tak guna bersembunyi, ilmu dunia tidak ada yang kekal,
semuanya bersifat sementara dan ilmu itu akan lemah kuasanya mengikut

423
umur dan kekuatan diri kita, bukankah kita ini hamba Allah,” saya terdengar
suara datuk bercakap ke arah tempat bayang-bayang manusia dan kucing
hitam itu ghaib. Bila datuk selesai bercakap, terdengar salakan anjing macam
mengejar sesuatu di kawasan yang tidak jauh dari tempat kami berhenti.
Saya dan datuk meneruskan perjalanan.

Kali ini langkah datuk cukup panjang dan laju. Saya terpaksa berlari-lari anak
untuk menyamakan langkah saya dengan langkahnya. Hasilnya, saya
termengah-mengah dan badan terus berpeluh dalam dingin subuh. Datuk
dan saya sampai ke kaki tangga masjid. Datuk terus membasuh kaki dan
badan di perigi, kemudian datuk mengambil air sembahyang, selalu bila
datuk berada dalam masjid dia terus membaca Quran hingga terentak waktu
subuh. Masa yang sedikit itu saya gunakan untuk tidur.

“Bangun, jangan tidur bertemankan syaitan,” datuk goncang badan saya


yang tersandar di tiang masjid. Bila saya buka kelopak mata, saya dapati
orang-orang kampung sudah berada dalam masjid. Saya juga diberitahu oleh
datuk yang azan sudah dilaungkan oleh salah seorang para jemaah.

“Saya mimpi tuk.”

“Mimpi apa?”

“Saya terdengar suara orang menyanyikan lagu Pasir Roboh tuk.”

“Ah, yang kau dengar tu suara azan, syaitan cuba mengkhayalkan kau, pergi
ambil air sembahyang,” sergah datuk. Saya pun terus ambil air sembahyang
dan menunaikan fardhu Subuh.

“Hebat juga awak malam tadi,” ujar Mahyuddin.

“Saya tak faham dengan apa yang awak cakap.”

“Tak faham atau sengaja tidak mahu faham,” Mahyuddin tepuk bahu datuk
dan terus melangkah pulang.

Saya yang berdiri dekat datuk segera kedutkan dahi. Pelik juga saya
memikirkan kata-kata Mahyuddin itu? Apakah peristiwa yang terjadi malam
tadi ada hubungannya dengan diri Mahyuddin. Saya juga tidak dapat
mempastikan antara Dumba dengan Mahyuddin siapa yang lebih awal
datang ke masjid, saya juga tidak tahu adakah mereka bertegur sapa antara
satu sama lain.

MANDI

Pagi itu saya dan datuk berjalan ke arah utara masjid, mencari air embun di
hujung daun untuk disapu ke muka dan badan. Bila matahari pagi berada di
paras pucuk kelapa dara, kami kembali ke masjid sebentar.

"Kau tunggu di sini, biar aku yang masuk," datuk menyuruh saya berdiri di

424
kaki tangga. Dia pun melangkah ke dalam masjid. Kira-kira tiga minit
kemudian datuk keluar dari masjid dengan wajah yang tidak begitu riang.

"Aku sudah berjanji, kalau tidak aku mahu balik saja hari ini," datuk semacam
mengeluh di hadapan saya. Sebelum datuk melangkah dia terus membaca
sepotong ayat dari Quran, mohon pada Allah semoga perjalanannya ke
tempat yang dituju tetap selamat dan diberkati.

Di bawah sinar matahari pagi yang cerah, saya mengikuti langkah datuk
yang tidah saya ketahui arah tujuannya. Bila saya dapati datuk tidak
melencung dari jalan tanah merah yang dilalui, saya sudah dapat menduga
yang datuk mahu pergi ke kedai Dumba. Saya gembira kerana perut saya
akan diisi dengan nasi lemak dan kopi.

Dumba menyambut kedatangan kami di muka pintu dengan wajah yang


riang. Dia memeluk tubuh datuk sambil menyatakan rasa terima kasih yang
tidak terhingga pada datuk.

"Saya sangka awak dah lupa dengan janji awak pada saya, malam tadi saya
tunggu di rumah sampai pukul tiga pagi tapi, awak tak datang," Dumba
merungut di depan datuk. Saya lihat datuk mempamirkan senyum. Sepasang
matanya meraut seluruh wajah Dumba. Bila datuk merenung dengan tepat
pada kedua-dua anak mata Dumba, cepat-cepat Dumba mengalihkan
pandanyannya ke arah lain. Dia bagaikan tidak mampu menahan sinar anak
mata datuk yang tajam dan bercahaya itu.

Dumba menarik datuk ke dalam kedai tanpa mahu mendengar jawapan dari
datuk atas pertanyaan yang diajukan olehnya.

"Jangan duduk di sini, mari kita masuk ke bilik saya." ujar Dumba ketika
datuk menarik bangku untuk duduk dalam ruang kedainya. Datuk renung ke
arah bilik yang ditunjukkan oleh Dumba dengan jari telunjuknya.

Bilik tersebut terletak di bahagian dapur kedai yang dipisahkan oleh satu
ruang khas selebar empat kaki. Pintu bilik dibuat dari papan yang sudah
diketam tanpa palang zig-zag. Ada dua pasu bunga terletak di kiri kanan
pintu yang ditanam dengan pokok daun hati-hati serta lidah buaya.

Dumba buka pintu. Kami pun masuk dan duduk bersila di lantai menghadapi
sebuah meja panjang yang rendah. Bentuk meja itu hampir menyerupai meja
yang digunakan oleh orang Jepun untuk minum teh. Tiang meja dibuat dari
buluh, begitu juga dengan bahagian permukaan meja dianyam dengan buluh
yang terlalu indah dan seni pembuatannya. Beberapa pokok buluh aur, buluh
betung dan buluh lemang ditanam dalam pasu besar pada setiap sudut bilik
menjadikan suasana dalam bilik itu cukup tenang dan aman tetapi, agak
seram. Seorang pekerjanya masuk lalu meletakkan tiga cawan kopi bersama
tiga pinggan kecil nasi lemak. Dumba duduk bersila di sebelah meja buluh
tersebut.

"Minum dan makanlah ini yang ada untuk awak berdua," kata Dumba.

425
Saya pun memperkemaskan sila lalu membongkok untuk memegang tangkai
cawan. Secara mendadak datuk mendehem sambil menepuk pangkal paha
kanan saya. Saya tidak jadi memegang tangkai cawan.

"Minum jangan segan-segan," suara Dumba cukup ramah.

Datuk anggukkan kepala sambil menyeluk saku bajunya. Datuk


mengeluarkan secebis kain merah yang selalu digunakan untuk mengikat
kepalanya, kain itu datuk genggam. Datuk tarik nafas panjang-panjang.
Sepasang mata datuk merenung air kopi di dalam cawan dengan renungan
yang amat luar biasa sekali. Saya terkejut, cwan di hadapan saya dan datuk
kelihatan merekah dan akhirnya terus pecah berkecai, air kopi melimpah
atas meja buluh. Pinggan nasi lemak terbalik dengan sendirinya.

Dumba terus memegang bibir meja, suasana cerah dalam bilik segera
bertukar menjadi agak kelam, macam hari mahu hujan. Saya tidak berbuat
apa-apa. Punggung saya bagaikan terpaku di lantai. Tidak boleh bergerak
walau seinci pun. Kerongkong saya tiba-tiba terasa sakit dan pedih untuk
menelan air liur. Antara datuk dan Dumba bagaikan ada pertarungan secara
kebatinan. Masing-masing menggunakan tenungan kekuatan kuasa mata.
Saya lihat datuk meletakkan ibu jari kirinya atas muka meja. Ibu jari itu datuk
tekan hingga bahagian yang ditekan itu mengeluarkan asap serta berlubang.

"Saya senang berhadapan dengan asak Dumba, kita boleh mencarikejujuran


di sini," suara datuk parau. Urat matanya kelihatan merah tersembul. Dumba
berhenti memegang bibir meja, bahagian bibir meja yang dipegangnya
kelihatan hitam. Dumba termenung sejenak.

"Saya bukan orangnya untuk awak jadikan musuh," tambah datuk sambil
berdiri.

Dada saya terasa panas macam ada bara api di dalamnya. Saya cuba bangun
tetapi, tidak berdaya, punggung terasa berat. Dumba terus duduk bertafakur,
kedua belah ibu jarinya didekatkan ke lubang hidung. Datuk mula bersikap
kurang ajar. Datuk pijak dada meja yang dibuat dari buluh. Dumba tidak juga
bergerak dari tempatnya. Perlahan-lahan Dumba meletakkan tangan
kanannya di atas meja, ketika itu juga cahaya panas mula masuk ke dalam
ruang bilik. Batang tubuh datuk yang berdiri mencipta bayang yang
memanjang di atas lantai. Dumba bangun bagaikan kilat lalu melintasi
bayang datuk sambil menghembuskan nafas dengan sekuat hati pada ibu jari
kirinya yang terlekap di hidung.

"Dumba jangan khianati aku," pekik datuk sambil menundukkan badan.


Hembusan angin dari hidungnya tepat mengenai tiang bilik. Tiang itu berasap
dan berlubang. Saya kira kalau hembusan angin dari hidung Dumba kena
pada tubuh datuk, tentu tubuh datuk berlubang dari belakang hingga ke
dada.

Bila asap di tiang itu hilang, saya lihat di lantai pangkal tiang ada habuk

426
dalam bentuk abu yang berkilat-kilat. Datuk menepuk dadanya dengan
tangan kiri. Habuk yang terkumpul segera berselerak menjadi dua bahagian.
Bahagian pertama menjadi serbuk kaca yang halus, manakalan bahagian
kedua terdiri dari miang-miang buluh bercampur dengan sejenis getah dari
pokok Ipoh. Dumba tersandar di dinding bilik. Dia kelihatan tidak bermaya.
Kemudian jatuh perlahan-lahan dan terduduk di situ. Seluruh mukanya
berpeluh.

"Mengakulah Dumba, semua kejadian yang berlaku di sini, puncanya dari


kau. Aku tahu kau mahu menguju aku, sebab itu kau kenakan pemandu lori
balak yang minum di kedai kamu," datuk meluahkan perasaannya.

Dumba tidak berkata walau sepatah pun. Saya menarik nafas dengan rasa
lega yang amat sangat kerana saya boleh bergerak dan bangun. Dada saya
yang terasa panas kembali normal.

"Demi Allah yang Maha Besar, kalahlah aku tahu niat kau dari mula-mula
dulu, aku tidak akan berjanji mahu menolong kau. Apakah daya keikhlasan
dan kejujuran hatiku sudah kau salah tafsirkan, kau mahu memperdayakan
aku Dumba," datuk terus mengeluh, wajahnya kelihatan muram, penuh
dengan rasa hampa dan kecewa yang amat sangat.

SINAR

Matahari yang bersinar garang di luar, membekalkan cahaya yang cukup


bagi menerangi seluruh sudut bilik. Wajah Dumba yang terkena sinar
matahari kelihatan pucat, macam wajah orang mati. Datuk segera
menghampiri Dumba, datuk letakkan tangan kanannya atas bahu Dumba.
Ketika itu juga saya lihat pergelangan tangan datuk menjadi hitam kebiru-
biruan, macam tangan orang yang terkena bisa ular tedung. Datuk segera
mengikat pergelangan tangannya itu dengan kain merah. Kelima-lima jari
datuk menjadi hitam. Wajah datuk terus berpeluh-peluh. Peluh itu menitik ke
atas badannya.

Saya terkejut dan hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Kelima-
lima jari datuk merekah dan retak seribu. Dari rekahan itu keluar air jernih
menitik atas lantai. Beberapa saat kemudian, keadaan kelima-lima jari datuk
kembali dalam keadaan biasa. Wajah Dumba kembali berdarah, tidak pucat
macam wajah mayat.

"Dumba aku mahu kau berterus terang dan marilah kita mencari sesuatu
yang baik untuk diri kita dan orang lain," nada suara datuk merendah. Dahi
Dumba digosoknya berkali-kali. Datuk terus duduk bersila di hadapan
Dumba..

"Kau ada masalah? Sila terangkan, kalau boleh aku atasi aku akan membantu
kau," datuk renung muka Dumba. Saya lihat Dumba kedutkan keningnya.
Sepasang mata Dumba menatap tiap sudut bilik, bagaikan mencari sesuatu.

"Sebenarnya, aku benci semuanya ini, tetapi aku tidak ada cara lain untuk

427
mengatasinya, sama ada aku mahu atau tidak aku terpaksa melakukannya."

"Apa yang awak cakapkan ini?"

"Hal yang kau lihat."

"Ilmu santau yang kau amalkan ini."

"Ya ilmu yang aku tuntut ini mengikat diri aku, kalau aku tidak melakukan
dengan apa yang aku janjikan ketika menuntut dulu, anak bini aku jadi
korban."

"Kerana sayangkan anak bini, orang lain kau korbankan."

"Ya aku terpaksa."

Datuk menggigit bibir. Dia masih kurang yakin dengan apa yang dikatakan
oleh Dumba. Dia merasakan kata-kata itu merupakan satu perangkap bagi
Dumba untuk menguji sejauh mana kekuatan diri datuk. Sesungguhnya,
datuk tidak mahu dirinya diuji atau dicuba. Datuk tahu dia serba kekurangan.
Apa yang ada pada dirinya sekadar cukup untuk melindungi dirinya sendiri.

"Maafkan aku Dumba, apa yang terjadi bukanlah niat aku untuk
mencabarmu, semua yang aku lakukan kerana mahu menolong kau."

"Aku faham," suara Dumba parau. Dia pun bangun sambil mengajak datuk
duduk di satu sudut bilik berdekatan dengan pokok buluh aur yang ditanam
dalam pasu besar. Pada mulanya, datuk memang keberatan untuk memenuhi
permintaan Dumba itu. Tetapi, setelah Dumba sendiri mengubah kedudukan
pasu besar yang ditanam dengan pokok buluh aur itu ke tempat lain, barulah
datuk memenuhi permintaannya.

"Ingat Dumba yang kita cari kebaikan, bukannya pergaduhan."

"Saya faham."

"Kalau kau sudah faham, penuhi syarat dari aku."

"Apa syaratnya."

"Duduk berhadapan, kedua-dua kepala lutut kau bertemu dengan kepala


lutut aku, tangan kanan aku menindih tangan kanan kamu. Apa kamu
setuju?"

"Setuju."

Datuk tersenyum. Dia dapat membaca hati dan perasaan Dumba. Dia mula
sedar, Dumba benar-benar berniat baik. Dumba tidak akan melakukan
sesuatu yang buruk pada dirinya. Sebenarnya, syarat yang dikenakan oleh
datuk pada Dumba banyak membawa keuntungan pada diri datuk sendiri.

428
Saya tahu, bila datuk mempertemukan kepala lututnya dengan kepala lutut
Dumba, secara tidak langsung datuk menguncikan pergerakan Dumba yang
dikiranya akan bermula dari gerakan kaki. Bila datuk menindih tangan kanan
Dumba dengan sendirinya racun santau yang berada di celah kuku Dumba
akan menjadi tawar. Cukup bijak datuk bertindak kali ini. Dia tidak mahu
diperdayakan, fikir saya.

"Apa masalah kamu Dumba," datuk renung biji mata Dumba.

"Aku merasakan saat kematian aku sudah hampir, boleh jadi dalam tempoh
sebulan dua lagi."

"Macam mana kau tahu semuanya ini?"

"Mengikut firasat ilmu yang aku tuntut, menunjukkan ada tanda-tanda yang
aku akan mati."

"Salah satu daripada contohnya Dumba?"

"Aku selalu menangis bila mahu menunaikan janji yang aku buat ketika
menuntut dulu. aku takut dengan ilmu yang aku amalkan dan aku merasakan
diri aku terlalu jauh dengan Allah yang mencipta diriku dan Alam."

Datuk memejamkan kelopak matanya. Saya terdengar bunyi daun pintu


diketuk orang. Datuk menyuruh saya membuka pintu. Bila pintu dibuka, tidak
ada manusia di luar. Tengkok saya mula terasa seram. Pintu saya rapatkan
kembali. Bila saya mahu duduk, terdengar lagi ketukan di pintu tetapi, kali ini
datuk memberi isyarat pada saya supaya jangan memperdulikan ketukan itu.
Aneh, pintu itu terbuka dengan sendiri dan tertutup dengan sendiri.

"Ceritakan apa yang terniat dalam hatimu Dumba."

"Begini, aku tidak akan menurunkan ilmu ini pada keturunan aku, kerana
tidak menguntungkan tetapi, bila ku mati, salah seorang daripada anak aku
akan mewarisnya dengan secara tidak langsung, perkara itu terjadi diluar
pengetahuan meraka dan kerelaan aku."

"Kalau mereka menolak bagaimana?"

"Mereka akan jadi korban, aku harap kau dapat menolong aku, aku sudah
menguji kamu, aku tahu kau boleh berusaha ke arah itu."

CERITA

Datuk menarik nafas panjang. Kemudian datuk minta Dumba menceritakan


bagaimana hal itu boleh terjadi pada dirinya. Dumba pun bercerita dari A
hingga ke Z. menurut Dumba dia berasal dari satu daerah di Mendiling -
Sumatera Utara, tempat atau kampung halamannya di panggil Panai.

429
Ayahnya bekerja di ladang cengkih kepunyaan Belanda. Tuan punya ladang
tersebut mempunyai beberapa orang ketua pekerja yang terdiri dari orang-
orang Indonesia yang tidak bertimbang rasa, selalunya menyiksa para
pekerja. Akibat dari perbuatan ketua-ketua pekerja di situ membuat ayahnya
masuk ke hutan dan bertapa dalam sebuah gua dengan tujuan menuntut
ilmu. Bila ayahnya keluar dari tempat pertapaan, Ayahnya terus membalas
dendam dengan menggunakan ilmu santau. Akhirnya, ayahnya mengambil
upah membunuh orang dengan ilmu yang dituntutnya.

"Walaupun ayah saya handal tetapi, dia mati juga ditikam orang dengan
ranting buluh tumpat," kata Dumba dengan wajah yang sedih.

"Itu saja ceritanya Dumba."

"Ada lagi, kerana menuntut ilmu itu adik perempuan saya jadi korban, ketika
ayah menuntut adik saya di panah petir dan mayatnya terus hilang, menurut
ayah, adik saya memang dijadikan makanan syaitan tempat ayah menuntun
ilmu."

Datuk menggaru kepala yang tidak gatal. Sekali-sekala datuk menjeling ke


arah saya sambil mengerutkan dahinya. Saya tidak tahu apa yang datuk
fikirkan. Suasan dalam bilik yang tadi cerah tiba-tiba menjadi agak gelap.
Saya segera bangun dan membuka tingkap kecil di sudut bilik melihat ke
langit. Ada awan mendung bertompok-tompok tetapi, matahari masih
bersinar, saya juga terlihat titik-titik yang halus turun dari langit, Jam ketika
itu saya kira baru pukul sembilan pagi.

"Macam mana dengan kau?" soal datuk.

"Bila ayah meninggal dunia, saya membawa diri ke Perlis sambil


mengamalkan ilmu yang diajar oleh ayah pada saya, tujuannya untuk
mempertahankan diri tetapi....," Dumba terus berhenti bercerita, matanya
merenung sayu pada datuk dan saya. Datuk, tidak putus asa, dia terus
mendesak Dumba bercerita.

Kata Dumba, sampai di Perlis dia menetap di Kuala Perlis dan bekerja dengan
kapal kecil yang berulang alik dari Kuala Perlis ke Setul (sebuah tempat di
Selatan Siam), bila ada orang-orang Siam yang bersikap kasar dan
menyakitkan hatinya, dia menggunakan ilmunya untuk membinasakan
mereka.

"Saya akhirnya menikah dengan orang Kuala Perlis dan berpindah ke Alor
Setar dengan azam untuk membuang ilmu tersebut, tetapi usaha saya tidak
berjaya, kerana saya berazam mahu meninggalkannya, anak pertama saya
mati muntah darah, sejak itu saya terus mengamalkannya," kata Dumba.
Saya dan datuk terus memasang telinga.

"Dari Alor Setar saya pindah ke Perak iaitu di Air Tawar, dekat Sitiawan, ke
Gopeng dan Hutan Melintang, setiap tempat saya bernaung memang ada
manusia yang jadi korban yang kadang-kadang berpunca dari perkara yang

430
kecil-kecil, saya dan keluarga saya jadi kera sumbang."

"Kemudian apa yang kamu lakukan?"

"Saya pergi ke Pahang dan akhirnya menetap di sini, saya tidak sanggup lagi
nak jadi pembunuh, paling kurang setahun mesti seorang saya korbankan
dengan santau kalau tidak diri saya akan jadi korban, saya tersepit
sekarang," Dumba berterus-terang dengan datuk.

Datuk terus memisahkan kedua-dua kepala lututnya yang bertemu dengan


kepala lutut Dumba. Begitu juga dengan tangannya yang menindih tangan
Dumba. Datuk mengisut kebelakang hingga terjadi ruang jarak selebar dua
kaki antara Datuk dan Dumba. Di luar hujan rintik-rintik segera bertukar
menjadi hujan panas yang agak lebat. Tempiasnya masuk ke dalam bilik.
Datuk tidak mengetahui isi hati Dumba sampai ke akar umbinya. Bila
semuanya perkara sudah diketahui akan memudahkan kerja datuk.

"Awak bermusuh dengan Mahyuddin?" soal datuk.

"Ya, salah seorang anak sahabat karibnya jadi korban saya, perkara itu
terjadi secara tidak sengaja, ketika itu janji saya dengan ilmu yang saya
tuntut sudah cukup tempohnya, saya harus memberikan satu nyawa, orang
yang saya pilih adalah orang luar tetapi, ketika saya melepaskan santau dari
kuku, anak sahabat karib Mahyuddin melintas dan muntah darah."

"Mahyuddin tahu hal ini?"

"Dia tahu tetapi, usahanya untuk membinasakan saya tidak berjaya saya
dilindungi oleh ilmu saya."

"Kau sebenarnya mahu membunuh aku pagi itu, kerana aku dapat tepis
angin yang datang pemandu balak itu jadi korban."

"Ya saya mengaku, awak orang luar dan saya kira awak adalah mangsa saya,
sayangnya sangkaan saya tidak tepat, rupa-rupanya awak tidak berjalan
dengan lidah dan gigi saja, awak ada isi."

MENGELUH

Datuk mengeluh. Dia sudah mengetahui segala-galanya. Datuk terus bangun


lalu menendang pasu yang berisi pokok-pokok buluh. Dumba hanya melihat
apa yang daruk lakukan dengan mulut separuh terbuka.

"Kau mahu memisahkan dirimu dengan ilmu Santau Dumba?" soal datuk.

"Ya."

"Pecahkan buluh yang jadi tiang meja ini," ujar datuk lagi. Dumba lakukan
apa yang datuk perintahkan.

431
Bila tiang meja dari buluh itu dipecahkan, seluruh lantai bilik itu dipenuhi
dengan kaca-kaca yang halus, rambut dan serbuk dari miang buluh.

"Ini ibu santau?" Tanya datuk. Dumba anggukkan kepala. Datuk tidak berani
menjamah benda-benda itu. Datuk seluk saku baju sebelah tangan.

49. Rahsia Sebuah Kolam

Secebis kain hitam berbucu tiga dikeluarkannya. Datuk tahan nafas sambil
bibirnya bergerak-gerak. Perlahan-lahan datuk membuka tapak tangan
kanannya dan kain hitam itu digosoknya berkali-kali di tapak tangan. Setiap
kali datuk gosok tapak tangan dengan kain hitam, kaca-kaca halus, dan
serbuk dari miang buluh bergerak dan berkumpul di ruang tengah bilik.

"Kau warisi ibu santau ini dari ayah kamu? Setiap kali ada orang yang kau
santau ibu santau ini akan bcrtambah, bila tidak ada orang yang kau
korbankan dia akan susut?", datuk ajukan pertanyaan pada Dumba. Saya
lihat Dumba anggukkan kepala.

"Kau mahu melupa dan membuangkan ilmu yang kau tuntut ini Dumba?"

"Ya."

"Secara rela atas keinsafan bahawa ilmu syaitan ini tidak diberkati oleh Allah
atau secara terpaksa?"

"Secara ikhlas, saya mahu kembali ke jalan Allah, saya mahu amal ibadah
saya diterima oleh Allah. Sekarang saya sembahyang dan puasa, ikut semua
perintah Allah tetapi, saya membuat perkara yang ditegahnya."

Mendengar kata-kata Dumba itu, datuk terus renung wajah saya. Beberapa
saat datuk melagakan gigi atasnya dengan gigi bawah beberapa kali, sambil
mengecilkan mata kanannya. Bola matanya yang terlindung oleh kelopak
mata merenung jauh ke arah tertentu yang sukar saya gambarkan. Saya
yakin, apa yang datuk lakukan itu adalah satu sorotan secara kebatinan ke
dalam hati kecil Dumba.

"Kau ikhlas Dumba?"

"Ya, saya mahu bertaubat', ujar Dumba sambil menangis.

Bila tangisan Dumba berakhir, terdengar satu ledakan petir yang amat kuat.
Lantai tempat kami duduk bergegar. Muka meja yang dibuat dari anyaman
buluh berkecai atas lantai. Saya menerpa ke pintu. Daun pintu saya tolak,
saya lihat suasana di luar tetap tenang. Matahari bersinar dengan baik, tidak
ada hujan dan pekerja-pekerja di kedai itu tidak kelihatan cemas, mereka
tidak mendengar bunyi ledakan petir.

432
Daun pintu saya rapatkan kembali. Berdiri di situ sambil merenung ke arah
Dumba dan datuk yang duduk berhadapan. Kedua belah tapak tangan kiri
mereka bercantum. Mereka bersalam dalam keadaan yang luar biasa sekali.
Setahu saya, bersalam dengan tangan kiri hanya dilakukan oleh anggota-
anggota pengakap saja. Mereka bangun perlahan-Iahan, macam orang
membuka bunga silat di gelanggang. Tangan yang berjabat tidak juga
terbuka. Sekarang mereka sudah berdiri dengan betul. Berpandang wajah
dan bertentang mata.

Datuk menekan telapak tangan kirinya pada telapak tangan kiri Dumba. Dan
Dumba terus mempertahankan dengan penuh tenaga supaya dia tidak jatuh.
Tiba-tiba Dumba mengeluh dan badannya kian merendah. Dia tidak berjaya
memisahkan telapak tangan kirinya yang bagaikan bercantum dengan
telapak tangan kiri datuk. Dumba terduduk dan datuk segera menarik
telapak tangan kirinya. Bila telapak tangan kiri datuk berpisah dengan
Dumba, muka datuk kelihatan berpeluh.

"Sampai saat-saat begini, kau masih mahu menguji aku Dumba?"

"Saya tidak berniat begitu tetapi, saya bagaikan dipaksa berbuat begitu."

"Sebagai manusia yang ada pengalaman dalam hal ini, kau tentu dapal
merasakan dari arah mana perintah tersembunyi itu datang?"

"Dari sebelah kanan."

"Aku rasa, kekuatan itu mengikut tekanan angin yang bertiup dari sebelah
kanan badan kau Dumba."

"Ya."

Datuk terus menekan pangkal belikat kirinya. Kemudian datuk terus duduk
bersila panggung. Tumit kaki kanannya yang menindih kaki kiri dirapatkan ke
pangkal pusat. Dengan meluruskan tangan kiri, datuk menekan hujung jari
kaki kanan dengan jari kaki kiri. Cara duduknya, tidak ubah seperti pendekar
yang mahu memberikan tauliah pada anak murid yang sudah tamat
menuntut ilmu silat.

Perlahan-lahan daluk merenung dinding bilik, macam mencari sesuatu. Datuk


senyum, apa yang dicarinya sudah ditemui. Datuk menggamit saya yang
masih berdiri dekat pintu. Saya segera datang dan duduk di sisinya.

"Apa yang aku duga memang tidak lari, ada lubang rahsia unluk angin masuk
ke dalam. Kenapa ini kau rahsiakan dari aku Dumba?", suara datuk
meninggi. Dia tidak merenung ke wajah Dumba.

"Saya sebenarnya tidak tahu", balas Dumba.

Datuk termenung panjang. Dia anggukkan kepala beberapa kali, bagaikan


setuju dengan apa yang dicakapkan oleh Dumba itu. Datuk meluruskan

433
badannya seketika. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya lalu
berhadapan dengan dinding rumah.

"Dumba, kau rapat ke dinding mengikut arahan telunjuk aku", kata datuk
sambil menuding jari telunjuk ke dinding. Dumba bangun dan mematuhi
cakap datuk.

"Tutupkan lubang itu dengan kain ini", sambung datuk lagi sambil
melemparkan secebis kain kuning sebesar dua jari pada Dumba. Dumba
sambut kain tersebut sambil anggukkan kepala.

"Sumbat cepat", ujar datuk lagi dalam nada suara yang agak meninggi. Puas
Dumba mencari lubang yang dikatakan itu tidak juga ditemuinya.

"Kau duduk di situ dan mengisut perlahan-lahan ke arah dinding, bila aku
kata berhenti kau berhenti", arahan yang dikeluarkan oleh datuk dipatuhi
oleh Dumba dengan hormat. Dumba pun mengisut. Lebih kurang dalam jarak
satu kaki mahu sampai ke tepi dinding, datuk menyuruh Dumba berhenti
mengisut.

Satu arahan lagi datuk keluarkan untuk Dumha. Datuk suruh Dumba hulurkan
tangan kanannya yang memegang kain kuning ke depan. Dumba lakukan
dengan teliti hingga telapak tangannya yang mengenggam kain kuning itu
bertemu dengan dinding. Dumba terkejut besar, dia berhadapan dengan satu
lubang kecil sebesar wang siling lima puluh sen. Aneh, sudah bertahun-tahun
aku gunakan bilik ini, tetapi aku tidak tahu yang dinding ini berlubang, bisik
hati kecil Dumba. Keningnya kelihatan berkerut.

"Sumbat lubang tu', pekik datuk. Dumba segera menyumbat lubang itu
dengan kain kuning. Tiba-tiba saya dapati seluruh ruang bilik jadi gelap gelita
buat beberapa saat. Bila keadaan kembali terang, Dumba segera
mendapatkan datuk kembali.

"Saya tahu sekarang, bila saya duduk dengan membelakangai dinding


tersebut, saya selalu merasai diri saya ini cukup bertenaga dan mampu
melakukan apa saja", Dumba menyatakan pada datuk. Saya lihat datuk
tersenyum. Tanpa menyebut sesuatu datuk terus bangun. Melangkah ke
tengah ruang bilik. Berdiri di situ dengan kedua belah tangannya memeluk
tubuh. Matanya merenung tajam pada serbuk kaca, rambut dan serbuk dari
miang buluh yang berkumpul di situ. Lama juga datuk merenung benda-
benda ganjil itu, serbuk kaca kelihatan berkilau-kilauan.

"Carikan aku besi berlubang sepanjang enam inci Dumba", datuk mohon
pertolongan dari Dumba. Tanpa membuang masa Dumba terus menuju ke
arah peti hitam yang terletak di sudut bilik. Bila penutup peti hitam yang
dibuat dari kayu Medang Sawa itu dibuka, kelihatan kepul asap yang nipis
naik ke udara. Tanpa memperdulikan kepulan asap terscbut, Dumba hulurkan
tangan kedalam peti tersebut. Dia berjaya mengambil dan mengeluarkan
besi bulat sepanjang enam inci. Dengan tenang dia melangkah menghampiri

434
datuk dan serahkan besi itu pada datuk. Dengan menggunakan kain hitam
sebagai lapik telapak tangan, datuk menerima besi tersebut.

"Memang bekas asalnya", suara datuk merendah sambil merenung besi


tersebut dari hujung ke pangkal beberapa kali.

"Memang betul", jawab Dumba.

"Dulu kau menerimanya dengan menggunakan besi ini, dan sekarang kita
matikan kekuatannya dengan besi ini", balas datuk.

"Saya mengikut saja"

"Itu yang aku harapkan dari kau Dumba"

Datuk terus membongkok sambil menyumbat sesuatu ke pangkal besi bulat


tersebut. Besi bulat sepanjang enam inci itu diletakkan bcrdekatan dengan
scrbuk kaca, rambut dan miang buluh. Datuk tegakkan badannya kembali.
Berdiri dengan meletakkan telapak tangan kanan ke atas bahu kiri. Kaki
kanannya dilangkah setapak ke depan. Datuk jatuhkan tangan kanan seperti
keadaan asal. Lagi sekali datuk membongkok dan memusingkan badannya
melepasi longgokan serbuk kaca, rambut dan miang buluh. Datuk meniarap
atas lantai.

Perlahan-lahan dia menghembus benda-benda tersebut dan dengan


perlahan-lahan pula benda-benda itu bergerak dan terus masuk ke dalam
lubang bcsi sepanjang enam inci itu.
Bila semua benda-benda itu berada dalam lubang, datuk segera menyumbat
bahagian pangkal lubang besi itu dengan segumpal kain hitam. Saya
terkejut, dengan tiba-tiba sahaja besi sepanjang enam inci itu menjadi
merah, seperti besi yang dibakar. Datuk membiarkan besi itu disitu. Bila besi
itu menjadi hitam macam kayu arang, barulah datuk mengambilnya dengan
menggunakan kain hitam juga.

"Ke mari Tamar", kata datuk. Saya segera menghampirinya dan Dumba yang
tidak dipanggil juga ikut menghampirinya. Datuk memandang wajah kami
dengan tenang.

"Cuba lihat"

Biji mata saya dan Dumba tertumpu pada tempat yang ditunjukkan oleh
datuk. Saya gelengkan kepala beberaopa kali sambil menggigit lidah.

"Terbakar", kata Dumba.

"Mestilah, ini menunjukkan betapa bisanya ibu santau yang kau simpan,
tempat habuk-habuk itu berkumpul jadi macam arang", balas datuk. Dumba
terdiam seketika. Wajahnya mempamerkan rasa kesal.

435
"Serbuk santau ini, bila dah masuk ke dalam tubuh manusia semua saluran
darah jadi rosak, kau tengok Dumba betapa tidak baiknya santau kepada
manusia". Dumba hanya menggigit bibir mendengar cakap datuk itu. Saya
anggukkan kepala beberapa kali.

Tanpa membuang masa lagi, datuk terus memasukkan besi sepanjang enam
inci ke dalam buluh kuning yang panjangnya kira-kira satu kaki, ukuran
lubang buluh itu kira-kira satu hingga dua inci. Datuk balut buluh kuning itu
dengan kain hitam. Buluh kuning itu datuk perolehi dari dalam bilik itu juga.
Datuk letakkan buluh kuning yang sudah berbalut itu atas peti hitam.

"Aku harap semuanya sudah selesai segala petua dan langkah sudah aku
buat sebaik-baiknya, kalau ada ujian dari syaitan kita hadapi bersama",
dengan tenang datuk menujukan kata-kata itu pada Dumba. Datuk terus
melangkah ke pintu. Dia buka daun pintu lebar-lebar. Datuk berdiri disitu
merenung ke langit. Daun pintu datuk rapatkan kembali. Semua gerak-geri
datuk diperhatikan oleh Dumba dengan ekor matanya. Saya kira, Dumba
belum begitu yakin dengan niat datuk untuk berbuat baik dengannya.

"Meniarap", pekik datuk dengan sekuat hati.

Bagaikan ada satu kuasa yang mendorongkan saya merebahkan badan


dengan begitu pantas atas lantai. Dumba juga demikian. Bila saya renung
arah datuk saya dapati datuk juga sudah merapatkan badannya atas
lantai. Ketika itu juga saya terdengar deru angin yang cukup kuat dalam bilik
tersebut, angin itu berpusing-pusing dalam empat penjuru bilik. Semua yang
berada dalam bilik tersebut berterbangan. Bila bunyi deru angin itu berakhir,
saya terdengar bunyi suara ledakkan yang tidak berapa kuat.

"Bangun", kata datuk.

Saya dan Dumba segera bangun. Ketika itu juga saya lihat pintu bilik terbuka
dengan lebarnya, beberapa keping kertas melayang-layang keluar ikut pintu
tersebut. Bila keadaan sudah kembali tenang, datuk segera menghampiri
saya dan Dumba. Secara mendadak saja, hati saya menjadi cemas dan
berdebar tidak menentu. Perkara yang tidak pernah saya fikirkan, berlaku di
hadapan mata saya sendiri. Dumba menangis teresak-esak sambil memaut
lutut datuk.

"Jangan buat begitu Dumba, cara yang kau lakukan ini seperti menyembah
dan mendewa-dewakan aku, perbuatan ini salah, tidak ada yang mulia di
antara kita, kerana kita semuanya hamba Allah", kata datuk.

Ternyata Dumba tidak menghiraukan kata-kata datuk itu. Dia terus memeluk
lutut datuk. Dengan kasar datuk menolak Dumba hingga terlentang atas
lantai. Dumba berguling-guling sambil menangis. Saya jadi kelam-kabut
melihat keadaan yang serba ganjil itu. Datuk yang tadi kelihatan tenang dan
lembut segera bertindak agak kasar. Tangan kanan Dumba disambarnya
serta dipulaskannya ke belakang.

436
"Apa kena kau Dumba?"

"Masanya sudah sampai"

"Apa yang sampai?"

"Saya akan mati tuan, hari ini saya akan mati tuan"

"Mana kau tahu?"

"Saya tahu tuan, bila besi yang saya berikan pada tuan tadi dimasukkan ke
dalam buluh kuning, kuasanya akan hilang. Ayah saya dulu, secara tidak
sengaja telah memasukkan besi itu ke dalam buluh kuning, akhirnya dia mati
dibunuh orang."

Datuk terus menggigit bibir sambil mengerutkan keningnya. Dia jadi serba
salah bila berhadapan dengan orang yang teguh keyakinannya pada sesuatu
perkara yang tidak berasas. Datuk sedar keyakinan yang ada dalam diri
Dumba itu secara tidak langsung menafikan kekuasaan Allah. Meskipun
tangan Dumba dipulas agak kuat, kesannya tidak ada pada Dumba. Dia terus
meronta-ronta seolah-olah dia tidak mengalami sebarang rasa sakit.

Dalam saat-saat yang mencemaskan itu, saya lihat datuk terus membaca
surah Al-Fatihah beberapa kali. Kemudian datuk merapatkan mulutnya ke
telinga Dumba sambil membaca surah Al-Ikhlas. Sebaik saja ayat-ayat dari
surah itu tersebut datuk tamatkan, saya lihat Dumba terdiam. Tidak
menangis dan tidak meronta-ronta lagi.

"Dumba"

"Ya"

"Tahukah kau ajal maut seseorang terletak pada Allah, tidak ada manusia di
dunia ini boleh menentukan tarikh kematian seseorang, walaupun orang itu
pandai melangit, kaya dengan ilmu batin, kaya dengan seribu petua dan
langkah."

"Tetapi, ayah saya sudah membuktikan kebenaran itu."

"Itu terjadi secara kebetulan saja, kalau ayah awak tidak memasukkan besi
itu ke dalam buluh kuning, dia akan mati juga, kerana janjinya sudah
sampai", datuk melepaskan tangan Dumba dan termenung sejenak.
Sepasang matanya merenung wajah datuk.

"Dumba, memang menjadi tabiat orang-orang Melayu yang mengamalkan


ilmu dunia, perkara yang berlaku secara kebetulan itu dianggap sebagai
perkara yang benar dan mesti, mereka sudah melupakan kebesaran Allah,
akal fikiran yang diberikan oleh Allah pada mereka tidak dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya, di sinilah syaitan memesongkan iktikad kita sebagai
orang Islam", datuk memberikan ceramah singkat.

437
Saya lihat Dumba terdiam. Dia sandarkan badannya ke dinding sambil
melihat pokok-pokok buluh di dalam biliknya yang sudah lintang-pukang
kedudukannya. Daun buluh juga sudah kelihatan layu. Datuk segera bangun
lalu mengambil buluh kuning yang terletak atas peti hitam. Buluh kuning itu
diletakkan di celah ketiak kirinya.

"Mari kita selesaikan kerja ni, Dumba."

"Ke mana lagi tuan."

"Jangan panggil aku tuan, panggil nama atau kawan kawan saja', ujar datuk
sambil melangkah ke pintu. Saya segera bangun begitu juga dengan Dumba.
Sampai di muka pintu, datuk berhenti sebentar. Dia merenung ke arah saya
dan Dumba.

"Ke mana kita nak pergi?", soal Dumba dengan nada suara yang agak cemas.

"Ke hutan mencari kolam tinggal untuk membuang ini", balas datuk sambil
menunjukkan buluh kuning yang terkapit di celah ketiaknya.

Tanpa membuang masa lagi kami keluar dari bilik khas Dumba yang terlelak
di bahagian belakang kedainya. Ketika melintas di ruang kedai, saya lihat
ramai juga orang yang minum kopi di situ. Dumba terus menemui salah
seorang pekerja sambil bercakap sesuatu. Lepas itu Dumba kembali
mengekori datuk hingga ke tepi jalanraya. Datuk merenung ke langit lagi.

"Cuaca baik", katanya.

"Ke mana kita nak pergi tuk?"

"Ke bukit sana", telunjuk datuk mengarah ke sebuah bukit yang letaknya
cukup jauh, nampaknya berbalam-balam dari tepi jalan.

Saya mula membayangkan tentang kcsusahan yang akan dialami untuk


sampai ke tempat tersebut. Saya terbayangkan pacat gunung yang laparkan
darah, saya terbayang binatang-binatang buas dan akar-akar kayu. Mahu
saja saya mencadangkan pada datuk, supaya membatalkan hasratnya itu.
Tetapi, saya tidak berani menyuarakannya pada datuk.

"Mari, jangan buang masa lagi", datuk pun melangkahkan kaki kanannya.
Saya dan Dumba juga melangkah tetapi saya tidak berapa pasti sama ada
saya melangkah kaki kanan atau kaki kiri dulu. Bagi saya, kaki kanan atau
kiri tetap sama. Pokoknya, mesti sampai ke tempat yang dituju. Itu pendapat
saya, pendapat seorang cucu yang berani-berani takut dengan datuknya.
Satu sikap yang tidak wajar wujud dalam diri seseorang yang mahu menjadi
orang berilmu macam datuk. Kerana itu agaknya, saya tidak punya cita-cita
walau sebesar biji saga untuk jadi macam datuk. Tetapi, saya terhibur
mengikutinya ke mana-mana.

438
Lebih kurang setengah batu kami berjalan kaki di tepi jalan raya menuju ke
arah Tajung Malim. Sampailah kami di satu selekoh berdekatan dengan
sebuah bukit kecil, datuk menyuruh kami berhenti berjalan.

"Kita masuk ikut ini", kata datuk.

"Awak tahu jalannya?", tanya Dumba.

"Ikut saja cakap saya", balas datuk sambil tersenyum memandang ke arah
saya. Saya keberatan sekali untuk melangkah kaki masuk ke dalam hutan
kecil di tepi jalan yang dipenuhi dengan rimbunan pokok-pokok yang
subur. Beberapa orang pemandu kenderaan yang lalu dijalanraya merenung
ke arah kami yang berdiri di tepi jalan. Mereka merasa hairan melihat kami
herdiri di situ sambil merenung ke bukit kecil. Badan saya mula berpeluh
dipanah matahari yang cukup terik. Melihat kedudukan matahari ketika itu,
saya meramalkan sudah hampir pukul dua belas tengahari.

"Mari", datuk terus menarik tangan saya ke dalam hutan kecil. Dumba
mengikut dari belakang. Lebih kurang dua puluh minit bcrjalan, saya sudah
tidak mendengar bunyi kenderaan di jalanraya. Kiri kanan saya di penuhi
dcngan pokok-pokok besar yang tinggi. Cuaca agak lembab, sinar matahari
tidak dapat menembusi kawasan yang kami lalui kerana dilindungi oleh
pokok-pokok besar. Suara burung liar bersahut-sahutan, di samping suara
reriang rimba yang memanjang dan menyeramkan. Perjalanan saya tidak
begitu lancar, saya terpaksa melangkah dengan hati-hati supaya tidak
tersepakkan akar-akar rotan, dan kayu yang menjalar di situ.

Saya lihat Dumba tidak mengalami masalah seperti yang saya hadapi. Dia
melangkah dengan rancak dan bersemangat. Tetapi, wajahnya sentiasa
dibayangi rasa cemas, sesekali dia mengeluh macam orang yang putus
asa. Datuk terus juga melangkah tanpa memperdulikan keadaan diri saya
dan Dumba. Dia tidak mahu ambil tahu sama ada kami merasa dahaga atau
letih. Perjalanan menuju ke bukit tersebut kian sukar. Dua tiga kali saya
terjatuh terlanggar akar kayu. Nyamuk hutan yang besar, kian ganas
menyerang saya dan Dumba. Suara nyamuk itu cukup nyaring dan kuat
sekali.

"Dahaga, saya dahaga tuk", jerit saya. Datuk mematikan langkahnya lalu
menghampiri ke pokok besar yang berjuntaian dengan akar-akar sebesar
lengan budak. Salah satu akar itu datuk potong dengan golok.

"Mari minum", katanya sambil menghulurkan akar yang mengeluarkan air


yang jernih itu kepada saya. Air dari akar kayu itu terus saya sedut hingga
rasa dahaga hilang. Dumba juga melepaskan rasa dahaganya seperti yang
saya lakukan tetapi datuk tidak berbuat demikian. Dia cuma membasuhi
muka saja.

"Jauhkah lagi tuk?", tanya saya.

"Tak jauh lagi, kira-kira selari angin saja."

439
"Selari angin tu apa dia tuk?"

"Jarak selari angin tu, kira dua batu lagi", terang datuk sambil ketawa. Saya
dan Dumba mengeluh, dua batu berjalan dalam hutan bukanlah satu perkara
yang senang.

"Jangan duduk lama sangat, mari kita pergi sekarang", sebaik saja
mendengar cakap datuk itu, saya dan Dumba segera bangun dan
meneruskan perjalanan dalam hutan yang tidak berapa saya senangi itu.
Saya menyumpah-nyumpah dalam hati bila saya terpaksa mendaki bukit
yang dilerengnya dipenuhi dengan pokok-pokok bertam dan kelubi yang
berduri tajam.

Kalau kurang hati-hati melangkah, pasti tergelincir dan jatuh dalam rimbunan
pokok bertam dan kelubi. Anda tentu dapat membayangkan betapa sakitnya
badan, bila duri-duri yang tajam itu menyucuk daging tubuh saya yang
lembut ini.

Setelah bersusah payah mendaki, akhirnya kami sampai ke puncak bukit


yang tinggi menjulang itu. Dari puncak bukit itu, saya dapat melihat hutan
yang cukup luas menghijau dengan dedaun kayu. Pemandangannya amat
menarik dan cantik sekali. Keadaan bertambah menyenangkan, bila angin
menyentuh kulit muka dan badan, terasa sejuk dan nyaman sekali. Awan
kelihatan berarak dengan tenang, tidak ada suara burung hutan atau
monyet, kecuali bunyi deru angin dan sesekali kelihatan burung helang
terbang rendah di bawah puncak bukit.

Rasa susah dan penat saya hilang dengan sendirinya bila berhadapan
dengan keadaan alam yang begitu indah. Sungguh indah ciptaan Allah keluh
batin saya sendirian.

"Kalau tak silap, kita sekarang berada di sempadan antara negeri Pahang dan
Selangor." ujar datuk yang tersandar di pangkal pokok besar. Sebaik saja dia
bercakap, datuk segera bangun.
Dia berjalan menuju ke arah barat daya tanpa mengajak saya dan Dumba
ikut serta. Dalam waktu beberapa minit datuk hilang dari pandangan kami
dilindungi oleh pokok-pokok besar yang tumbuh gagah di situ.

Saya dan Dumba berpandangan, bimbang juga dengan tindak-tanduk datuk


itu. Rasa bimbang itu hilang bila datuk muncul dengan tiba-tiba dari arah
belakang kami.

"Aku dah jumpa kolam tinggal", beritahu datuk pada kami dengan wajah
yang riang. Datuk terus mengajak kami menuju ke kolam tersebut.

Jarak kolam tinggal dari tempat mula-mula kami berhenti lebih kurang lima
rantai. Kedudukan kolam itu betul-betul berada di tengah puncak bukit,
bentukanya macam kawah dan tebingnya agak curam sedikit tanpa
ditumbuhi sebarang jenis rumput. Kolam itu tidak berapa besar, panjangnya

440
dianggarkan sepuluh kaki dan lebarnya antara lima hingga enam kaki. Airnya
cukup jernih. Bahagian atas tebing kolam itu dikelilingi oleh pokok besar dan
bertam. Kerana kolam itu berada di bahagian tengah puncak bukit, airnya
dapat menerima sinaran matahari dengan cukup sempurna.

Anehnya, walaupun kolam itu dikelilingi oleh pokok-pokok besar, tidak ada
sehelai pun daun dari pokok-pokok tersebut jatuh ke kolam atau tersadai di
tebingnya. Saya merasakan kolam itu bagaikan dijaga oleh orang tertentu
dengan begitu rapi dan baik sekali. Datuk terus berpusing di bibir kolam itu
sebanyak tiga kali. Kemudian, datuk mengambil ranting kering lalu
dicampakkan ke dalam kolam. Air dalam kolam berombak.

"Tempat yang sesuai", kata datuk sambil bertinggung dibibir kolam.


Sepasang matanya merenung tajam pada air kolam. Dia menajamkan
mulutnya sambil menghembus angin.

"Dalam kolam ini tidak ada ikan, kolam ini juga bukan tempat binatang
minum", tambah datuk lagi sambil berdiri. Saya dan Dumba berpandangan
sama sendiri. Tidak berani menyoal atau bertanya sesuatu pada datuk.

"Kita tidak boleh membuang jenis bisa ke dalam kolam yang jadi tempat
binatang minum atau tempat ikan, perbuatan begitu, satu perbuatan yang
kejam menyiksa makhluk lain untuk kesenangan diri sendiri, kerana itu aku
ajak kau ke mari", datuk berleter lagi.

Dumba terdiam, dia nampak resah tidak menentu, macam ada sesuatu yang
menekan perasaannya.

"Semuanya kita tamatkan di sini Dumba, dan kau rela aku melakukan
semuanya ini?", datuk mengajukan pertanyaan sambil mcrenung wajah
Dumba dengan tepat. Dumba anggukkan kepala sambil menyembunyikan
rasa cemasnya dari pengetahuan datuk.

"Kau takut Dumba?"

"Ya, saya kira hidup saya juga akan berakhir di sini."

"Jangan jadi bodoh.", datuk marah dengan tiba-tiba. Suara datuk yang
meninggi itu membuat Dumba terkejut. Rasa takut dan cemas hilang dari diri
Dumba. Datuk segera mengambil buluh kuning yang tersepit di celah
ketiaknya. Buluh itu dijulangnya tiga kali ke udara sambil mulutnya membaca
sesuatu. Dengan pantas datuk mencabut sebatang pokok yang besarnya
kira-kira sama besar dengan betis budak berusia enam tahun.

Datuk terus mengikat buluh kuning pada bahagian akar pokok tcrsebut
dengan tali guni. Kemudian datuk terus membenamkan akar pokok dan
bawang kayu ke dalam kolam.
Cara datuk membenamkan pokok tersebut juga agak ganjil, dia tidak perlu
masuk ke dalam kolam. Apa yang dibuatnya ialah berlari sebanyak tujuh kali

441
mengelilingi kolam dan akhirnya dia melompat menyeberangi kolam dari
sebelah kiri ke kanan.

Bila dia yakin yang dirinya berada betul-betul di tengah-tengah kolam,


barulah pokok yang dicabutnya itu ditekan ke dalam perut kolam. Datuk
berada betul-betul di bahagian tengah kolam itu tidak lama. Dia berada di
situ lebih kurang tiga minit saja. Dan keadaannya seperti orang terbang
dengan kedua belah kakinya lurus ke arah tebing kolam, manakala
tangannya terus menekan pokok yang masih berdaun itu ke perut kolam
dengan penuh tenaga.

Bila tugasnya selesai, datuk memusingkan badannya ke udara dan bergerak


ke tepi tebing sebelah kiri. Dia berdiri di situ, seolah-olah dia tidak melakukan
sesuatu. Semua kejadian yang saya anggap amat menakjubkan itu berlaku
bagaikan mimpi di badapan mata saya dan Dumba. Datuk segera
menghampiri kami. Saya lihat pokok yang datuk cacakkan di tengah kolam
itu bertukar warna. Daunnya yang hijau segar terus menjadi layu dan kering
begitu juga dengan batangnya.

Air dalam kolam yang tadi jernih dan tenang segera bertukar menjadi kelabu
dan berbuih, macam buih sabun. Buih-buih itu pula mengeluarkan asap di
permukaan kolam. Datuk melihat kejadian itu dengan tenang. Bila asap di
permukaan kolam tinggal itu hilang, datuk menyuruh saya mencari pucuk
bertam dan kelubi. Dumba pula disuruhnya mencari kulit pokok samak dan
kulit jelutung. Kulit pokok itu harus diambil dari arah kanan ke kiri. Semua
yang datuk inginkan dapat saya dan Dumba adakan.

Semua ramuan itu datuk biarkan berada daIam kolam selama setengah jam.
Bila tempohnya sudah cukup, air kolam kembaIi jernih dan pokok yang yang
datuk benamkan di tengah kolam kembaIi segar.

"Dumba, ibu santau yang kau simpan ini akan kekal selama sepuluh
keturunan dalam keluarga kau, bisanya macam bisa asal, kau sudah
membuangnya dan ibu santau tidak akan mencari sesiapa untuk jadi
tuannya", terang datuk pada Dumba.

Saya lihat Dumba menarik nafas panjang. Dia terus memeluk datuk dengan
eratnya. Datuk terus menepuk-nepuk bahunya elengan penuh mesra.

"Saya terlepas dari kuasa syaitan, saya harap keturunan saya yang akan
datang tidak akan jadi pembunuh akibat mewarisi ilmu santau yang tidak
pernah saya minta", kata Dumba sambil mengesat air mata.

Datuk terus menasihatkan Dumba supaya bertenang. Terharu juga perasaan


saya melihat peristiwa yang terjadi di antara Dumba dengan datuk di tengah
hutan itu. Bila keadaan sudah tenang datuk mengambil pucuk bertam, kelubi
dan kulit pokok samak serta kulit pokok jelutung. Datuk mengambil dengan
tangan sambil memasukkan separuh dari kakinya ke dalam kolam.

442
"Dengan izin Allah yang maha besar, kerja aku berjaya", suara datuk lemah.
Dia terus membaca Al-Fatihah dan doa kesyukuran.

50. Manusia Harimau

Bila datuk merasakan tidak ada hal-hal yang perlu dilakukannya, dia pun
mengajak kami pulang.

"Kalau sesiapa di antara kamu masuk ke dalam hutan dan bertemu dengan
pokok yang tumbuh dalam kolam, hati-hatilah menggunakan air dari kolam
tersebut”, sambil mengeliat datuk berkata begitu kepada saya.

"Kenapa tuk?"

"Orang tua-tua dulu yang kaya dengan ilmu dunianya, membuang saka ilmu
dunia dengan tiga cara, terutama kalau ilmu yang dituntutnya bercanggah
dengan ajaran Islam atau ilmu yang dituntutnya akan menjadi ilmu
keturunan”, datuk memicit-micit bahu kirinya dengan tapak tangan.

"Ke mana ilmu salah tu dibuang tuk?", soal saya lagi.

Datuk terdiam seketika macam mengingati sesuatu. Dia terus melangkah


mencari arah jalan pulang yang harus dilalui. Datuk memilih jalan pulang ikut
sebelah kanan bukit, datuk tidak mahu mengikut jalan awal yang telah
digunakan tadi. Apa tujuan datuk berbuat demikian, saya tidak dapat
meramalkan. Mungkin ada muslihat tertentu fikir saya.

Saya dongak ke langit, matahari sudah berubah kedudukannya. Tiupan angin


juga tidak serancak tadi. Mengikut kedudukan matahari, saya kira waktu
zohor sudah hampir dan saya dapat menduga bahawa datuk mahu mencari
jalan dekat supaya cepat sampai ke rumah. Dia mahu berada di rumah
sebelum waktu zohor berakhir.

"Tempat yang dipilih ialah Kuala Sungai yang bertemu dengan laut, dan
ketiga seperti yang aku lakukan tadi”, secara mendadak datuk menjawab
pertanyaan saya yang terputus tadi.

Jawapan yang saya nantikan tu datuk berikan ketika saya bergayut pada
sebatang pokok untuk turun dari puncak bukit. Saya tersenyum sendirian,
dengan sikap datuk. Kenapa untuk menjawab pertanyaan yang mudah itu
mesti memakan masa yang agak lama. Saya rasa menuruni bukit lebih sukar
dari mendakinya. Sebabnya, ketika menuruni bukit kita harus pandai
mengimbangi badan, kalau kurang pandai boleh membuat kita terlajak ke
depan yang boleh menyebabkan kita terlanggar batu atau pokok. Anehnya
kesukaran yang saya hadapi itu, tidak menjadi masalah buat datuk. Dia boleh
berjalan dengan cepatnya.

Akhirnya, kami sampai ke kaki bukit. Perjalanan seterusnya tidaklah berapa


sukar. Tetapi, sendi kedua belah kaki saya mula berasa sengal dan sakit-

443
sakit.

"Hati-hati minum air kolam yang ada pokok tumbuh di dalamnya, mana tahu
kalau pokok itu dijadikan penekan ibu ilmu salah, kalau orang yang
membuang ilmu bisa itu tidak menawarnya akan membawa padah pada
orang yang meminumnya”, datuk mengingatkan saya dan Dumba, ketika itu
kami sudah agak jauh meninggalkan bukit yang telah kami daki tadi.

Suara kenderaan mula terdengar sayup-sayup menendang gegendang


telinga. Langkah saya terus rancak, kalau diturutkan hati mahu saja saya
berlari supaya segera sampai ke tepi jalanraya. Rupanya langkah saya yang
rancak dan bersemangat itu tidak boleh dilanjutkan lagi. Ada sesuatu yang
menghalangnya. Datuk menyuruh saya dan Dumba berlindung di balik pokok
besar. Tindakan datuk itu amat mengejutkan. Wajahnya kelihatan cemas
sedikit. Dari balik pokok besar saya dan Dumba melihat dengan teliti tingkah
laku datuk yang berdiri di kawasan yang agak lapang itu. Datuk meletakkan
tangan kanannya ke cuping telinga kiri, macam mendengar sesuatu. Datuk
melangkah dua tapak arah ke kanan. Berhenti di situ sambil merenung
dedaun pokok yang bergoyang di kiri kanannya kerana dirempuh angin.

"Silakan, kalau masih sangsi”, suara datuk cukup lantang.

Saya tidak tahu kepada siapa kata-kata itu ditujukan oleh datuk. Dumba
renung muka saya dengan penuh rasa ragu dan bimbang. Saya cuma
tersenyum saja. Tetapi, mata saya tetap tertumpu ke arah datuk. Saya Iihat,
datuk menapak dua langkah ke kiri pula, berhenti di situ dengan tenang.
Macam menanti sesuatu. Siapakah yang datuk tunggu dan nanti dalam hutan
begini, kata hati saya.

"Silakan”, ulang datuk lagi.

"Ya, aku datang dan bertemu lagi dengan kau”, terdengar suara dari arah
kanan datuk.

Saya terkejut, apa yang saya lihat ialah batang tubuh Mahyuddin, berdiri
sambil memeluk tubuh. Mahyuddin memintas di depan datuk. Berdiri
berdepan dengan datuk sambiI memeluk tubuh.
Gerak-gerinya cukup pantas, macam orang muda yang berusia tiga puluhan.
Sinar matanya cukup garang. Tidak terpamer segaris senyum pun di
wajahnya. Keadaan yang saya lihat itu amat membimbangkan.

Pertemuan datuk dengan Mahyuddin kali ini bukanlah pertemuan seorang


sahabat dengan sahabat, tetapi pertemuan dua orang musuh yang sudah
lama menaruh dendam. Saya berdoa pada Allah, semoga Allah yang Maha
Besar akan membiarkan kesabaran pada datuk, mudah-mudahan datuk tidak
akan bertindak liar. Saya tidak mahu datuk menjadi mangsa Mahyuddin.
Rupanya, doa saya diperkenankan oleh Allah.

Datuk kelihatan cukup tenang, meskipun Mahyuddin bersikap agak kasar


dengan tujuan menaikkan rasa marah dan geram di hati datuk. Semuanya

444
tidak mendatangkan kesan, datuk tetap berlembut dan sabar. Tindakan
datuk itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang pengecut dan
penakut. Satu hal yang pasti, meskipun datuk mengalah dia tetap berjaga-
jaga. Setiap langkah Mahyuddin bagaikan sudah dibacanya terlebih dahulu.

"Kau bersubahat, kau melindungi Dumba manusia pembunuh”, kata


Mahyuddin dengan nada suara yang keras. Badannya kelihatan mengeletar,
matanya bertambah merah.

"Nanti dulu, biar aku terangkan keadaan sebenarnya."

"Sudah, kau menyimpan ibu santau itu di sini."

"Tidak Mahyuddin, kau silap."

"Sudah, jangan berdusta. Manusia pura-pura, kau munafik."

"Mahyuddin dengar dulu."

"Sudah”

Mata Mahyuddin mula menentang biji mala datuk untuk beberapa saat
dengan harapan untuk menewaskan datuk. Usaha itu gagal, datuk masih
macam keadaan biasa, masih mampu melahirkan senyum untuk Mahyuddin.

"Biarkan aku selesaikan Dumba di sini, jangan kau lindungi dia, kalau kau
berkeras buruk padahnya", Mahyuddin melahirkan cita-citanya yang sebenar
tanpa selindung-selindung lagi.

Datuk meraba dahi luasnya berkali-kali. Memang datuk berada dalam saat-
saat yang paling genting sekali. Andainya datuk tersalah langkah atau
tersilap cakap, dirinya akan terjerat.
Datuk terus duduk bersila atas tanah. Saya kira, tindakan datuk tidak kena
pada tempatnya. Dia seolah-olah menyerah nyawanya pada Mahyuddin,
betapa tidak dengan sekali terkam bersama parang di lengan, Ieher datuk
akan pulus.

Anehnya, Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia membiarkan datuk duduk


dengan aman di atas tanah. Mungkin Mahyuddin berpendapat bukanlah
langkah atau prinsip seorang pcndekar menyerang orang yang tidak
melawan. Kemenangan yang diperolehi secara itu bukanlah satu
kemenangan yang terpuji tetapi, satu kemenangan yang keji. .

Datuk masih lagi duduk bersila, perasaannya berperang sama sendiri, apakah
wajar dia menyerahkan Dumba pada Mahyuddin begitu saja? Memang, kalau
dia mahu mencari jalan senang, serahkan Dumba pada Mahyuddin habis
perkara, mereka tidak bermusuh.
Tetapi, cara itu bukanlah satu cara yang baik. Apalah untungnya
menyerahkan orang yang sudah insaf atas perbuatannya yang lalu pada
musuh ketatnya.

445
Membunuh manusia yang seagama kerana dendam bukanlah ajaran agama
Islam. Orang yang sudah insaf itu harus diberikan kesempatan membetulkan
dirinya. Siapa tahu, orang yang sudah insaf atas perbuatannya akan menjadi
manusia yang baik dan berguna pada bangsa dan agama.
Semua persoalan itu menghantui diri datuk. Dia harus memberi satu
keputusan yang tegas. Dia juga harus menanggung sebarang akibat dari
keputusan yang dibuatnya.

Tiba-tiba datuk melompat dan berdiri kembali. Kali ini tidak ada senyum yang
terpancar di wajahnya. Datuk kelihatan begitu serius merenung wajah
Mahyuddin.

"Tidak, Dumba dalam perlindungan aku, dia harus diberi kesempatan


membetulkan dirinya”, kata datuk sambil melipat lengan bajunya hingga ke
paras siku. Mahyuddin kelihatan tergamam dengan tindakan datuk itu.

"Tak apa”, balas Mahyuddin, dia mula mengangkat kedua belah tangannya
ke depan. Sepasang kakinya mula bergerak memijak pokok-pokok kecil.

Mahyuddin kelihatan menggigil dan wajahnya nampak merah. Mahyuddin


sudah naik angin, kemarahannya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia
membuka silat sambil mematah-matahkan pokok-pokok yang tumbuh liar di
kiri kanannya. Melihat rentak dan bunga silat yang dihasilkan oleh Mahyuddin
itu, datuk menduga Mahyuddin bukan orang sebarangan, ilmu silat alau
pendekar yang ada pada dirinya melambangkan yang dirinya memiliki ilmu
kelas tinggi di dalam salah satu aliran silat.

Datuk membiarkan Mahyuddin membuka rentak dan langkah silat dengan


tujuan membaca kepandaian yang dimiliki oleh Mahyuddin.

"Aku tahu sekarang, dia membawa aliran silat harimau yang disebut Cilek
Babiat oleh orang-orang Mendailing (Mandailing)”, bisik hati kecil datuk,
datuk bersedia unluk mengelakkan diri dari serangan Mahyuddin.

Datuk tahu benar, silat jenis itu hanya terdapat di kalangan masyarakat
Mendailing saja. Bukan satu perkara yang mudah untuk sampai ke taraf
pendekar dalam jurusan ilmu silat Cilek Babiat, banyak rintangan dan dugaan
yang harus dilalui. Datuk melangkah ke kanan dengan kedua belah
tangannya berkembang di bahagian paras dada. Kaki kanannya bergerak ke
depan dalam keadaan yang tidak lurus, begitu juga dengan kaki kirinya yang
bertugas sebagai tupang (penyokong) pada kaki kanannya.

Gerakan datuk begitu hati-hati sekali. Dalam saat yang sama juga datuk cuba
mengunci dan mematikan langkah Mahyuddin secara batin. Usaha datuk itu
gagal sama sekali. Datuk mula merasakan semua usaha yang dilakukannya
tidak menjadi. Datuk berada di dalam keadaan yang agak sukar. Sebagai
manusia yang tidak mengenal erti putus asa datuk terus berusaha sambil
berdoa, supaya segala usahanya, itu direstui Allah. Datuk tidak mahu
menyerahkan begitu saja pada Mahyuddin.

446
Datuk juga sedar, orang-orang yang tinggi pengetahuannya, dalam ilmu silat
Cilek Babiat (silat harimau) dalam waktu tertentu akan bertukar menjadi
seekor harimau yang ganas. Datuk tahu, Mahyuddin boleh melakukan
perkara demikian sekiranya dia terdesak.

"Sebelum terjadi, aku mesti hati-hati, cara yang paling baik menimbulkan
kemarahannya supaya dia jadi harimau”, datuk membuat keputusan dengan
langkah silatnya yang teratur itu.

Sambil mempertahankan diri, datuk terus mencari akal bagaimana mahu


menimbulkan kemarahan yang meluap-luap dalam diri Mahyuddin. Datuk
terus mendongakkan kepalanya ke langit melihat matahari yang
kedudukannya sudah agak condong ke barat. Angin juga bertiup dalam
keadaan yang lemah. Kerana kedudukan matahari sudah condong membuat
pokok-pokok atau manusia yang kena panahan matahari mencipta bayang-
bayang di bumi.

Sumpahan atau pantang pada orang-orang yang menuntut ilmu silat Cilek
Babiat atau silat harimau bila pihak musuh menindih bayangnya. Datuk tahu
benar tentang pantang larang itu, dia mahu mengambil kesempatan dari
pantang-larang itu. Di bawah hembusan angin hutan yang lemah itu, datuk
melompat dan menerkam ke arah Mahyuddin hingga bayang-bayang datuk
dapat menindih bayang-bayang Mahyuddin. Dalam saat yang agak kelam-
kabut itu, datuk menyeru nama Dumba dan menyuruhnya keluar dari tempat
persembunyiannya. Dumba meluru keluar.

"Awak mencabar saya”, kata Mahyuddin dengan nada suara yang cukup
keras.

Dia melompat, semua tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling


ditendang hingga tercabut.
Kali ini Mahyuddin tidak menyerang datuk. Dia hanya berdiri sambiI
membuka sepuluh jari tangannya. Badan Mahyuddin mengeletar, sepuluh jari
tangannya bergoyang.

"Dumba, kembali ke tempat kamu”, kata datuk. Dumba segera bersembunyi.


Mahyuddin membongkokkan badannya, sambil bergerak dalam langkah silat
yang teratur, sepasang matanya yang tajam dan merah tetap merenung
muka datuk.

"Eeee hemmmm ... “, jerit Mahyuddin dan datuk saya lihat tersandar di perdu
pokok besar, seolah-olah bahagian dadanya ditendang oleh sesuatu. Datuk
terus bertahan di situ. Gerak kaki datuk terasa amat lemah. Mahyuddin
dengan perlahan-lahan rapat ke arah datuk sambil mengembangkan sepuluh
jari tangannya.

Jejari itu bergerak-gerak bagaikan mahu mengoyak kulit dada datuk yang
tersandar di perdu pokok besar itu. Datuk masih lagi bertenang. Mata datuk
tetap mengawasi langkah kaki Mahyuddin yang bergerak setapak dalam

447
langkah silat harimau.

Tiba-tiba Mahyuddin memberhentikan gerakan langkahnya. Dia merenung


muka datuk dengan tepat sekali. Datuk terus menentang mata Mahyuddin
yang kelihatan berkaca-kaca bersama-sama dengan urat mata yang merah.
Datuk kelihatan seperti orang lemas. Mahyuddin terus merendahkan
badannya, kemudian bangun secara perlahan-lahan, ketika itu saya mula
nampak perubahan yang aneh terjadi pada diri Mahyuddin, terutama bentuk
wajah dan kepalanya bertukar seakan-akan wajah harimau.

Bulu yang halus berwarna merah kekuning-kuningan tumbuh di wajahnya.


Ramhutnya juga berwarna demikian. Bulu yang berwarna merah kekuning-
kuningan itu terus merayap ke leher, ke lengan hingga ke seluruh badannya.
Bentuk asal Mahyuddin sudah hilang sama sekali. Dari hujung sepuluh jari
tangannya muncul kuku tajam yang meruncing, macam kuku harimau,
kekuatan Mahyuddin juga kelihatan bertambah seperti kekuatan seekor
harimau jantan. Saya mengurut dada beberapa kali, kasihan melihat datuk
yang tidak boleh bergerak itu, sebenarnya datuk masih boleh meninggalkan
perdu pokok besar itu jika dia mahu berbuat demikian.

Anehnya, kenapa datuk tidak mahu menyelamatkan dirinya yang berada


dalam bahaya itu? Timbul pertanyaan dalam diri saya. Dalam kepayahan itu,
saya lihat datuk tidak mengalihkan wajah dan matanya dari merenung wajah
Mahyuddin yang bertubuh harimau itu. Mulut datuk kelihatan bergerak-gerak,
tentunya datuk membaca sesuatu. Mahyuddin yang sudah menjadi harimau
itu terus marah sambil cuba mencakar wajah datuk.

Saya terkejut, Mahyuddin berhenti merapati datuk. Dia terpaku di situ, sinar
matanya yang garang tiba-tiba menjadi layu. Walaupun Mahyuddin tidak
melangkah, mata datuk tetap merenung wajah Mahyuddin yang kelihatan
mula bertukar kepada wajah asalnya. Mahyuddin terpacak di situ dengan
nafas yang tercungap-cungap.

Bila datuk merasakan yang dirinya berada dalam keadaan selamat, barulah
datuk bergerak dari pangkal pokok besar itu. Datuk terus menghampiri
Mahyuddin. Datuk hulurkan tangan sambil berselawat sebanyak tiga kali.
Huluran tangan datuk itu disambut oleh Mahyuddin. Masa berjabat tangan itu
datuk dan Mahyuddin mengucapkan dua kalimat syahadah dengan jelas.

"Kita orang Islam, tidak ada permusuhan dan dendam sesama orang Islam.
Setiap orang Islam adalah bersaudara, bila dua orang Islam bergaduh,
tempatnya ialah neraka sama ada yang membunuh atau terbunuh”, dengan
mendadak Mahyuddin bersuara, tekanan suaranya agak Iemah kepenatan.

Saya lihat Mahyuddin seperti mengalami sesuatu, dia kelihatan susah


bernafas macam orang keIemasan. Mahyuddin terus duduk atas tanah.

"Bertenang Mahyuddin, hilangkan perasaan marah kamu yang masih ada


sisanya dalam hati”, kata datuk.

448
"Ya, aku sedang berusaha kearah itu. Aku sedang berikhtiar untuk
mengembalikan seluruh semangat aku seperti sediakala."

"Baguslah, aku tahu orang-orang yang menuntut ilmu silat harimau ke


peringkat tinggi akan menjadi manusia harimau bila dilanda marah yang
amat sangat atau dirinya terancam.

"Aku kira kesalahan aku boleh kau maafkan”, nada suara datuk cukup
lembut, macam jejaka kacak memujuk dara pujaan hati yang tersinggung.

"Aku maafkan”, jawab Mahyuddin pendek. Datuk memanggil saya dan


Dumba. Kami pun keluar dari tempat persembunyian. Datuk suruh Dumba
duduk sebelah Mahyuddin. Pada mulanya Dumba agak keberatan mematuhi
cakap datuk itu. Dumba masih ragu-ragu dengan kejujuran dan keikhlasan
hati Mahyuddin. Setelah datuk paksa, barulah Dumba duduk dekat
Mahyuddin.
Rasa bimbang segera lari dari hati Dumba bila Mahyuddin menghulurkan
tangan padanya sambil membaca selawat. Saya terus merenung Mahyuddin
dengan rasa kagum atas kebolehan yang ada pada dirinya. Tidak hairanlah,
dia baleh menewaskan tentera Jepun dengan mudah.

"Maafkan saya Mahyuddin, saya nak bertanya sedikit”, datuk renung muka
Mahyuddin.

"Sila sahabat."

"Awak bukan orang Bangkahulu sejati?"

"Mana sahabat tau?"

"Biasanya ilmu silat Cilek Babiat diamalkan orang-orang dari daerah


Mahyuddin, Sumatera.

"Tepat sekali, saya dilahir dan dibesarkan di Kampung Hutabargot, kemudian


merantau ke Bangkahulu. Di tempat asal saya memelihara dan menunggang
harimau bukanlah satu hal yang aneh, sudah jadi perkara biasa”, Mahyuddin
menerangkan pada datuk dengan wajah yang berseri-seri.

Saya dan Dumba berpandangan. Datuk mengaru-garu kepalanya yang tidak


gatal. Beberapa helai rambut tua lekat di jari datuk. Rambut itu berterbangan
menuju ke arah selatan. Sinar matahari kian meredup, dan rasa panas di
tubuh mula berkurangan.

"Orang-orang Mendailing di tempat asal saya menyebut harimau sebagai Na


Betengi yang bermaksud yang kuat perkasa”, tokok Mahyuddin lagi. Datuk
anggukkan kepala.

Saya bangun dan mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh. Saya duduk
kembali.

449
"Walaupun harimau dimuliakan, tetapi martabat harimau jauh Iebih rendah,
dibandingkan dengan martabat mannsia. Harimau tidak kuat menentang
muka manusia, kerana itu harimau menyerang manusia dari belakang”

Saya lihat air muka Mahyuddin berubah, dia terkejut mendengar cakap datuk
tadi. Kemudian dia tersenyum tenang.

"Sahabat tahu kunci dan kelemahan ilmu silat saya, sebab itu sahabat
menentang muka saya ketika berlawan, saya yakin sahabat mempunyai
pengetahuan yang luas tentang asal-usul harimau. Sahabat orang
Mendailing?", begitu ghairah Mahyuddin bersuara, dia terus berubah tempat,
duduk bertentang muka dengan datuk.

"Saya berasal dari Jambi. Barangkali datuk nenek saya berasal dari tempat
yang sama dengan awak”, pendek datuk menjawab.

"Tahu asal-usul harimau?"

"Tahu."

"Apa dia?"

"Harimau makhluk Allah sama seperti manusia. Tetapi manusia itu dijadikan
oleh Allah sebaik-baik kejadian, ini kelebihan manusia”, datuk menyapu
peluh yang tumbuh di dahi dengan telapak tangan kanannya. Mahyuddin
terdiam. Kemudian tanpa diminta oleh sesiapa, datuk terus memperkatakan
tentang martabat manusia, dari segi martabatnya manusia terletak di
tengah-tengah antara martabat binatang dan martabat malaikat. Dari segi
keperluan makanan dan keturunan, manusia adalah dianggap sebagai
tumbuhan.

Dari segi bergerak dan merasa mengikut pilihan, manusia dianggap sebagai
binatang. Dari segi rupa dan bentuk, manusia seperti gambar yang terukir.
Tetapi, keistimewaan manusia ialah mengetahui tentang hakikat benda-
benda. Manusia yang menggunakan seluruh anggota dan tenaganya untuk
mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan beramal, adalah serupa dengan
malaikat.

Semua pendapat yang datuk bentang itu berdasarkan pembacaan dari kitab-
kitab agama terutama karya Imam AI-Ghazali. Tidak ada di antara kami yang
ingin bertanya berhubung dengan perkara yang dihuraikan oleh datuk itu.
Masing-masing terpegun, macam kena pukau.

“Tahukah kamu, Saiyidatuna Aisyah telah meriwayatkan Sabda Rasullullah


yang bermaksud lebih kurang begini: Manusia itu kedua matanya sebagai
petunjuk, kedua telinganya sebagai corong, lidahnya sebagai jurubahasa,
kedua tangannya sebagai sayap, kedua kakinya sebagai pembawa utusan
dan hatinya sebagai raja. Jika raja itu baik, maka baiklah tentera-tenteranya”,
sambung datuk lagi sambil bangun.

450
Datuk merenung ke arah Mahyuddin dan Dumba yang sedang meraba-raba
dagu masing-masing. Datuk mengeliat untuk menghilangkan rasa lenguh.

"Aku harap, jangan ada di antara kamu yang bertanya perbezaan martabat
binatang dengan manusia”, tambah datuk.

Kemudian datuk mencadangkan supaya kami pulang ke rumah. Cadangan


datuk itu tidak mendapat sebarang bangkangan. Kami pun mula menapak
meninggalkan kawasan tersebut. Satu perkara yang amat menyenangkan
hati saya dalam perjalanan pulang atas sikap ramah yang diperlihatkan oleh
Mahyuddin. Dia terus bercerita tentang manusia dan harimau.

"Di tempat saya, orang-orang yang memelihara harimau ataupun manusia


harimau ataupun dikira sebagai manusia yang berilmu tinggi, biasanya tidak
banyak cakap, selalu merendah diri”, kata Mahyuddin memulakan kisahnya
dibawah sinar matahari yang tidak berapa garang.

Saya berusaha dengan seboleh-bolehnya supaya berada dekatnya untuk


mendengar cerita. Akibat terlalu ghairah mahu mendengar cerita dari
Mahyuddin saya terlanggarkan batang buruk hingga terjatuh dua tiga kali.
Datuk tersenyurn saja melihat telatah saya yang agak lucu itu. Semua pokok-
pokok kecil saya langgar tanpa menghitung atau mengira yang diri saya akan
sakit dibidas oleh pokok-pokok yang saya rempuh itu.

Menurut Mahyuddin untuk memelihara harimau atau menjadi manusia


harimau seseorang itu mesti bertapa selama berbulan-bulan di dalam hutan.

"Setelah bertapa berbulan-bulan, berjaya mengatasi segala cubaan dan


dugaan, seekor harimau akan mendekati si pertapa dan menyerahkan diri.
Harimau itu terus ditunggangnya hingga sampai kekampung”, kata
Mahyuddin sambil melompat parit kecil di depan.

Datuk tidak pula menyoal mahu bertanya sesuatu ketika Mahyuddin


bercerita. Datuk hanya mendengar sambiI melangkah dengan tenang.
Dumba pula begitu berminat mendengar cerita Mahyuddin. Kalau boleh dia
mahu Mahyuddin terus bercerita tanpa berhenti-henti.

"Susah tak pelihara harirnau?", saya menyoal cara mendadak.

"Memelihara harimau berbeza dengan memelihara kambing atau kerbau,


memelihara harimau secara sembunyi-sembunyi. Harimau yang dipelihara
hidup bebas dalam hutan. Bila kita perlukan panggil saja, pasti dia tiba."

"Faedahnya yang kita perolehi darinya?"

"Boleh dijadikan kawan, boleh disuruh menangkap ikan, menjaga rumah dan
naik atas belakang”, Mahyuddin ketawa sambil menepuk-nepuk bahu saya.

"Perkara yang jelas, setiap pemelihara harimau tidak mempunyai tujuan


jahat. Lagi apa yang mahu kau tanya pada aku, hai cucu seorang sahabat”,

451
Mahyuddin berhenti berjalan, dia merenung wajah saya sambil berkata: "Kau
mahu jadi manusia harimau?"

"Tak mahu."

Serentak dengan itu saya terdengar suara datuk dan Dumba ketawa panjang.
Bagi menghilangkan rasa malu, saya buat-buat ketawa. Akhirnya kami
sampai ke tepi jalanraya. Kami berhenti di situ buat beberapa minit.
Sebenarnya, saya masih belum puas hati dengan apa yang saya tanyakan
pada Mahyuddin. Masih ada lagi soalan-soalan yang mahu saya hadapkan
padanya.

"Cukuplah kita berehat, mari kita melangkah”, datuk mengeluarkan perintah.


Dan perintah itu kami patuhi. SambiI berjalan saya terus bertanya dengan
Mahyuddin secara perlahan-Iahan. Apakah ilmu memelihara harimau atau
silat harimau dapat diwariskan pada orang lain?

"Ada yang boleh, ada yang tidak”, bisik Mahyuddin.

"Macam mana begitu?"

"Mengikut cara ilmu itu diperolehi ketika menuntut. Kalau sudah berjanji
mahu mewariskan pada orang lain bolehlah diwariskan, kalau tidak maka tak
boleh."

"Begitu."

"Jadi manusia harimau pula macam mana?"

"Lagi susah, kena menuntut."

Tiba-tiba datuk menepuk bahu saya dari belakang. Dengan kasar dia
memisahkan saya dengan Mahyuddin. Rupa-rupanya datuk kurang senang
dengan sikap saya itu.

"Tamar, apa yang kau tanyakan itu tak berfaedah untuk diri kamu, kamu
tidak mustahak mengetahui semuanya itu”, suara datuk keras. Saya terdiam.
Mahyuddin tersenyum merenung arah datuk.

"Biar saya terangkan sahabat. Cucu sahabat bertanya tentang manusia


harimau. Untuk jadi manusia harimau harus belajar silat harimau sampai ke
peringkat paling tinggi. Itu saja yang mahu saya jelaskan padanya”, kata
Mahyuddin pada datuk.

"Jangan layan sangat cucu saya tu. Dia tu kadang-kadang melalut tak tentu
pasal."

"Tak apa, dia sekadar bertanya”, Mahyuddin segera menarik saya ke depan.
Saya dan Mahyuddin berjalan bersaingan.

452
Datuk berjalan di belakang kami. Saya merasa bertuah kerana datuk tidak
menolak permintaan Mahyuddin.

"Di kampung asal saya memang ada orang yang mewariskan harimau
perliharaan umpamanya dari ayah ke anak hingga ke cucu-cicitnya. Kerana
itu di kawasan kebun penduduk di sana selalu ditemui harimau yang sudah
tua berkeliaran dengan keadaan kakinya yang pincang. Itulah harimau yang
di wariskan dari ayah ke anak atau cucu”, saya amat puas hati dengan
keterangan yang diberikan oleh Mahyuddin itu.

Lepas itu, saya tidak lagi mengajukan apa-apa pertanyaan pada Mahyuddin,
malah memisahkan diri darinya. Saya lebih senang berjalan bersaingan
dengan Dumba di belakang. Biarlah datuk dengan Mahyuddin di hadapan.

Akhirnya, kami sampai ke tempat asal. Dumba berpisah dengan kami. Dia
menuju ke kedainya. Saya, datuk dan Mahyuddin terus menuju ke masjid.
Kami menunaikan sembahyang Asar, kemudian baru mengqada sembahyang
Zohor yang tertinggal.

"Mari kerumah saya”, bisik Mahyuddin pada datuk setelah menunaikan kerja
yang wajib. Datuk terdiam, matanya merenung ke arah saya yang duduk
bersandar di dinding masjid.

"Apa halnya? Dah petang begini saya malas nak bergerak ke mana-mana,
niat hati tu nak balik saja ke kampung”, balas datuk.

"Ada hal yang mahu saya bincangkan dengan awak?"

"Bincang apa? Awak dengan Dumba sudah elok."

"Ada hal lain, marilah."

Datuk termenung panjang, macam memikirkan sesuatu. Perasaannya


berbalah sama sendiri, sama ada dia mahu menunaikan permintaan
Mahyuddin atau tidak. Datuk terus melangkah menuju ke pintu masjid
dengan diikuti oleh Mahyuddin. Mereka berhenti di situ, merenung ke
halaman masjid yang lapang. Mereka tidak bercakap walau sepatah apa pun.

Akhirnya, datuk dan saya serta Mahyuddin berdiri di halaman masjid. Saya
terasa lapang kerana angin petang yang bertiup waktu itu memberikan rasa
segar pada diri saya.

"Macam mana? Boleh pergi ke rumah saya?"

"Boleh”, balas datuk.

Saya lihat wajah Mahyuddin cukup riang. Dia terus menepuk-nepuk bahu
datuk beberapa kali. Kemudian dia jadi kepala jalan membawa kami ke
rumahnya.

453
Bila saya dan datuk masuk ke rumahnya, saya dapati sudah ada hidangan
ringan untuk makan petang tersedia di ruang tengah. Siapakah yang
menyediakan semuanya itu? Apakah hidangan itu dihantar oleh harimau
peliharaan Mahyuddin? Timbul pertanyaan dalam hati saya. Saya terus duduk
bersila menghadapi hidangan yang tersedia.

"Minumlah”, pelawa Mahyuddin. Datuk anggukkan kepala tanpa menyentuh


cawan yang diisi dengan air teh panas. Bila datuk enggan meminum teh yang
tersedia, Mahyuddin terus bertindak dengan meminumnya terlebih dahulu
dan Mahyuddin yakin dengan perbuatannya itu akan menyakinkan hati datuk
bahawa air teh yang tersedia tidak mengandungi racun.

"Kita tahu air teh ini bersih. Jangan ragu dengan kejujuran saya, tapi saya
tidak berapa gemar minum teh sebelah petang”, kata datuk.

Mahyuddin tersenyum sambil menghulurkan cawan teh kepada saya,


bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, air teh itu terus saya hirup.

51. Rahsia Seorang Sahabat

Tiba-tiba saya tersedak. Mata dan hidung terus berair. Dan sepasang mata
datuk tertumpu ke wajah saya. Renungannya begitu tajam. Tangan kanan
saya yang memegang cawan teh terus menggeletar. Perlahan-lahan cawan
itu saya letakkan kembali ke tempat asalnya (dalam talam kecil). Mahyuddin
terus menepuk belakang saya perlahan-lahan, kemudian dia mengurut-
ngurut dua tiga kali di bahagian tengah tulang belakang. Perjalanan nafas
terasa normal kembali.

"Tak apa, tersedak tengah minum, menurut kata orang tua-tua, ada orang
yang menyebut nama kamu Tamar”, ujar Mahyuddin.

"Itu tandanya, minum tak menyebut kalimah Allah, cuba baca Bismillah tadi,
tentu tidak begitu jadinya”, sahut datuk.

Saya segera berpaling ke arahnya. Saya menggigit bibir, renungan datuk


tidak lagi setajam tadi. Tetapi, saya tahu datuk begitu kesal dengan sikap
yang telah saya lakukan itu.

"Dia tak sengaja, usahlah dikesalkan”, Mahyuddin bersuara.

"Saya tahu, kalau dari sekarang tidak ditegur nanti perbuatan itu diulang lagi.
Malu kita bila disebut orang membela cucu yang tak tahu adat dan tak
senonoh”, jawab datuk.

"Sudahlah, masih boleh dibetulkan”, balas Mahyuddin sambil tersenyum


pada datuk.

Dari tingkap yang terdedah, saya dapat melihat awan petang yang berarak
perlahan-lahan arah ke selatan, sesekali ternampak burung gagak terbang

454
rendah mencari ulat di daun pisang nangka dan embun. Kerana datuk tidak
menjamah pisang goreng dan air teh, Mahyuddin terpaksa membawa barang-
barang itu ke dapur. Datuk sandarkan badan pada dinding rumah. Dahinya
kelihatan berkedut macam memikirkan sesuatu, saya masih lagi melihat
gumpalan awan serta burung gagak yang terbang bebas di luar.

"Kalau mengantuk bawa baring dulu”, kata Mahyuddin pada datuk.

Saya bagaikan terkejut dan merasa hairan, bila masanya Mahyuddin melintas
di hadapan saya dari ruang dapur menuju ke ruang tengah. Berdasarkan
pada tempat yang saya duduk itu, sesiapa saja yang mahu pergi ke dapur
atau dari dapur mahu ke ruang tengah mesti melintas di hadapan saya. Ah,
ini memang perkara pelik, macam mana saya tak boleh sedar langsung
Mahyuddin melintas. Agaknya, dia mahu menguji kepandaian datuk lagi.
Memanglah manusia Mahyuddin ini tidak boleh dipercayai. Semua persoalan
itu bermain-main dalam kepala saya. Rasa curiga berbunga kembali dalam
hati. Datuk harus diberitahu tentang hal ini, biar datuk bertindak segera,
kalau lambat bertindak nanti celaka menimpa diri.

"Apa yang kau fikir Tamar?", tanya datuk dengan mendadak.

"Mahyuddin tuk”, kata saya semacam berbisik.

Datuk tersenyum sambil menepuk bahu kiri saya berkali-kali. Datuk kembali
duduk di tempat asalnya. Sesungguhnya saya tidak sedar masa bila datuk
merapati saya. Mahyuddin yang duduk berhadapan dengan datuk, tersenyum
ke arah saya. Dia bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya.

"Cucu awak memang pemerhati orangnya”, kata Mahyuddin pada datuk.

"Betul kah cakap awak ni?"

"Saya bercakap setelah melihat, tadi sengaja saya menghilangkan diri di


hadapannya ketika dia termenung panjang, rupa-rupanya dia sedar, malah
langkah saya ke dapur dikiranya”, tambah Mahyuddin lagi.

Datuk tarik nafas panjang. Begitulah perangai datuk, dia semacam tidak
senang bila ada orang memuji saya secara . berhadapan. Saya garu pangkal
dagu beberapa kali, kembang juga rasa hati bila menerima pujian begitu.
Mahyuddin memperkemaskan silanya. Datuk pula sandarkan badan ke
dinding. Mereka sekarang berada dalam keadaan yang cukup selesa. Angin
petang yang masuk ikut jendela memberikan rasa segar pada mereka.
Barangkali, datuk dan Mahyuddin senang berada dalam keadaan demikian.
Bagi diri saya tidak pula begitu, saya rasa jemu duduk dalam rumah tanpa
melakukan sesuatu.

"Apa hajat sebenar awak menjemput saya ke mari. Cakaplah, kalau boleh
saya tolong, tetap saya tolong, kalau tak boleh saya menolak”, senang hati
saya bila datuk bersuara demikian.

455
Datuk mahu menyelesaikan masalahnya dengan segera dan dengan segera
pula dia mahu meninggalkan rumah Mahyuddin. Saya lihat Mahyuddin
mengerutkan dahi luasnya, lama benar dia termenung. Dia seperti berada
dalam keadaan serba salah. Tiba-tiba Mahyuddin bangun dan menuju ke
tingkap. Berdiri di situ dengan membelakangi datuk. Mahyuddin merenung ke
arah pokok-pokok yang tumbuh subur di lereng sebuah bukit yang tidak jauh
dari rumahnya.
Melihat bentuk tubuh Mahyuddin dari belakang, memang menarik serta
menampakkan ciri-ciri seorang pahlawan. Bidang belakangnya lebar, kedua
belah pangkal lengannya kelihatan tegap. Cukup sajak dia berdiri, kena pula
dengan tubuhnya yang tinggi.

"Aku telah berjanji dengan diri sendiri, engkau adalah satu-satunya sahabat
ku dunia akhirat”, Mahyuddin pusingkan badan merenung wajah datuk.

"Jadi apa yang engkau mahu aku lakukan untuk menguatkan persahabatan tu
Mahyuddin?"

"Apa yang ada pada saya, mahu saya nyatakan pada awak."

"Jangan bergurau kawan."

"Saya tidak bergurau tentang sesuatu yang benar."

Datuk terdiam mendengar kata-kata Mahyuddin i tu. Dengan lemah


Mahyuddin melangkah merapati datuk. Mereka duduk berhadapan.
Mahyuddin letakkan tangan kanannya atas kepala lutut datuk dengan
tenang.

"Ada rahsia yang mahu saya tanyakan pada sahabat”, bisik Mahyuddin.

"Silakan”, datuk tersenyum. Bahu Mahyuddin ditepuknya dua tiga kali.


Mereka berbalas senyum. Anehnya, Mahyuddin tidak terus mengajukan
pertanyaan pada datuk. Ada keraguan yang terpamer di wajah Mahyuddin.

"Tanyalah apa yang mahu kau tanyakan pada ku, apa rahsia yang mahu kau
katakan pada ku Mahyuddin?"

"Sahabat juga membela harimau seperti saya."

"Tidak."

Muka Mahyuddin jadi pucat, bila dia mendengar datuk menyebut perkataan
'tidak' dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan kedua belah
telapak tangannya. Dahi Mahyuddin kelihatan berkerut. Saya kira Mahyuddin
merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia bimbang dengan
tindak tanduknya itu, perasaan datuk akan terguris.

"Maafkan saya”, Mahyuddin tersipu-sipu.

456
"Tak apa, setiap orang berhak bertanya dan menyoal, perbuatan kamu tidak
salah."

"Tapi, boleh melukakan perasaan orang."

"Tidak,kerana aku sememangnya tidak membela harimau, cuma ada orang


yang berpendapat aku membelanya”, datuk membuka rahsia diri.

Mahyuddin anggukkan kepala. Saya mula resah tidak menentu, memang


bosan duduk dalam rumah yang pergerakannya serba terbatas. Saya
sandarkan badan ke dinding dan kedua belah kaki saya luruskan. Dan
sepasang mata saya kembali tertumpu pada awan serta dedaun yang dapat
saya lihat dari jendela yang terdedah.

"Pelik juga, orang yang tidak tahu tentang harimau dapat menguasai
harimau”, rungut Mahyuddin sambil matanya merenung pangkal dagu datuk.

Kemudian Mahyuddin minta izin dari datuk untuk melihat garis-garis di


pergelangan tangan kiri datuk. Permintaan itu tidak dihampakan. Setiap bulu
roma dan kedut kulit lengan datuk ditatap oleh Mahyuddin dengan teliti,
sesekali dia menggosok lengan datuk dengan telapak tangannya perlahan-
lahan macam mencari atau merasa sesuatu.

"Berdasarkan rabaan dan gerak urat-urat sendi awak, memanglah awak tidak
memelihara harimau, awak berterus terang dengan saya”, Mahyuddin
berhenti meraba pergelangan tangan datuk.

Dia termenung sejenak. Kulit dahinya kelihatan berlapis dan kedua belah
kelopak matanya kelihatan kian mengecil melindungi sepasang anak
matanya yang tajam. Tiba-tiba Mahyuddin melepaskan sebuah keluhan.
Belakangnya bertemu dengan papan dinding. Keningnya masih juga
berkerut.

"Awak memang tidak ada hubungan dengan harimau tetapi ... "

"Teruskan Mahyuddin”, desak datuk.

"Waktu saya mengejar awak dalam hutan, saya selalu di pintas dan disergah
oleh harimau, mujurlah saya berjaya mengunci geraknya, kalau tidak mati
saya."

"Biasanya harimau yang mengikut saya tidak mengacau atau membinasakan


sesiapa kecuali dirinya dicederakan"

"Begitulah, antara kita berdua ada perbezaan dalam menguasai dunia


binatang."

"Aku tidak menguasai binatang”, kata datuk dengan nada suara yang agak
tinggi, seolah-olah menafikan tanggapan yang dibuat oleh Mahyuddin itu.

457
Cepat –cepat Mahyuddin tepuk bahu datuk. Mereka berbalas senyum. Saya
terkejut bila Mahyuddin kenyitkan matanya pada saya. Dengan itu, fahamlah
saya yang Mahyuddin sekadar mahu mengusik datuk.

"Saya fikir eloklah kita keluar dari rumah ni, duduk berehat di belakang
rumah pula." Mahyuddin mengeluarkan cadangan.

Sayangnya cadangan itu ditolak oleh datuk dengan alasan, kalau dia berada
di tepi hutan kecil di belakang rumah, harimau yang selama ini mengikuti
dirinya akan muncul!.

"Biarkan si Tamar saja yang keluar untuk bermain”, kata datuk. Saya
gembira mendengar perintah itu. Tanpa membuang masa, saya terus
melompat ikut pintu, dalam beberapa saat saja sudah berada di tanah. Bila
berada di tanah saya jadi bodoh, saya tidak tahu dengan siapa saya mesti
berkawan. Saya renung ke hulu hilir silih berganti. Akhirnya, saya duduk di
bawah pohon mempelam. Dalam keadaan matahari yang kian mengecil di
dada langit, saya tercium bau yang am at wangi, beberapa ekor ayam hutan,
entah dari mana datangnya muncul di bawah rumah.
Saya naik ke rumah kembali. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat datuk
dan Mahyuddin berdiri tanpa baju. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan
ketika saya tidak ada di atas rumah.
Saya duduk di tempat asal saya. Datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri,
mereka bagaikan tidak menyedari kedatangan saya.

Saya pura-pura batuk. Serentak datuk dan Mahyuddin merenung ke arah


saya dengan rasa terkejut. Keduanya mengenakan baju ke badan kembali
dan terus berdiri. Mereka masih lagi merenung ke arah saya.

"Ada apa tuk?" Tanya saya.

"Tak ada apa-apa Tamar, kami cuma berlatih menguatkan urat-urat badan”,
balas datuk dengan wajah yang selamba. Saya menggigit bibir dan terus
duduk.

Aneh, datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, bertentang mata dengan
kedua belah tangan menolak bahu pihak yang menentang (datuk tolak bahu
Mahyuddin dan Mahyuddin pula tolak bahu datuk) masing-masing kelihatan
berusaha menewaskan pihak yang menentang. Muka datuk dan Mahyuddin
kelihatan merah, sepasang kaki mereka bagaikan melekat di lamai. Badan
keduanya kelihatan berulas-ulas dan daging yang terlekap di bahagian
bawah ketiak, kelihatan mengembang macam ahli bina badan dalam
pertunjukan.

Semua yang saya lihat menimbulkan berbagai-bagai ramalan pada diri saya,
mungkin mereka beradu kekuatan cara batin atau mungkin saja. Ramalan
yang terjadi dalam diri saya itu bagaikan mendesak menyuruh saya menyoal
datuk.

"Latihan apa ni tuk, saya tak pernah melihat tuk berlatih macam ini”, tanya

458
saya dan terus bangun, kemudian duduk berhampiran kaki kanannya, saya
lihat urat-urat dan ketulketul daging di betis datuk berulas-ulas pejal.

"Jauh Tamar”, tekanan suara datuk meninggi. Saya tidak peduli dengan
perintahnya. Saya merasa seronok melihat daging buah betisnya yang pejal
bergerak-gerak, geram juga rasa hati melihat bulu romanya yang tumbuh
panjang di betis, bulu romanya juga bergerak, macam tunggul lalang
dilanggar kaki lembu.

"Jauhhhh .... “, tempik datuk, saya jadi terkejut dan terus melompat lari ke
arah muka pintu. Suara datuk yang keras dan kasar itu membuat badan saya
jadi menggeletar tidak tentu arah.
Saya terus duduk di atas bendul pintu sambil berjuntai kaki tetapi, sepasang
mata saya masih menyorot telatah datuk dan Mahyuddin.

Tiba-tiba, Mahyuddin menjatuhkan kedua belah tangannya dari memaut bahu


datuk, kedua belah telapak tangannya dikembangkan macam bentuk ekor
burung merpati, Mahyuddin melompat lalu melepaskan satu tendangan yang
cukup kencang ke dada datuk. Bagaikan kilat datuk memegang telapak kaki
kanan Mahyuddin dan terus memusingkannya. Mahyuddin terlentang atas
lantai.

"Macam mana boleh jadi begini? Pada mulanya kita berjanji melakukan
semuanya ini sekadar untuk menegangkan urat di samping mencari punca
atau bentuk langkah silat yang kita
amalkan serupa atau tidak, tiba-tiba lain pula yang kau lakukan”, nada suara
datuk cukup kecewa dan hampa. Wajahnya kelihatan muram sekali. Saya
menggigit bibir. Mahyuddin segera meraba pangkal lehernya berkali-kali.
Kemudian dia terus duduk dalam keadaan berdiri lutut.
Kedua belah lengannya terkandas atas kepala lutut. Dia termenung panjang
dengan sepasang matanya merenung lantai.

"Inilah kelemahan saya sahabat, terlalu sangat menurut kata hati hingga
menenggelamkan akal fikiran sendiri”, kesal benar bunyi nada suara
Mahyuddin.

Ketika dia berkata -kata itu wa jah datuk tidak dipandangnya. Saya lihat
datuk masih berada dalam keadaan yang sungguh tenang. Dua tiga kali dia
meraba-raba hujung dagunya.

"Mungkin pengalaman lalu mengajar saya jadi begini?" "Pengalaman macam


mana Mahyuddin."
"Masa belajar silat dulu, kawan seguru yang dianggap setia, diajak tidur di
rumah, makan seperiuk tiba-tiba mengkhianati diri saya sendiri."

"Khianat macam mana?"

"Isteri saya dirampas dengan secara terhormat hingga saya bercerai,


kemudian dia kahwin dengan isteri saya."

459
Datuk menghampiri Mahyuddin,dua tiga kali bahu manusia harimau
(Mahyuddin) diurut oleh datuk dengan penuh manja, macam seorang ayah
memujuk anak kesayangan yang merajuk. Dan saya bagaikan ditolak-tolak
oleh sesuatu yang menyebabkan saya bergerak dan duduk di sebelah
Mahyuddin. Mahyuddin menarik nafas panjang, kepalanya diangkat perlahan-
lahan hingga tegak. Dia merenung dinding rumah dan setiap benda yang ada
ditatapnya dengan renungan yang sayu sekali. Dan angin petang yang
masuk ke rumah menyentuh rambutnya yang terjuntai di atas dahi, rambut
itu bergerak-gerak lemah.

"Dalam zaman pemerintahan Jepun dulu, kawan serumah yang dianggap


sebagai adik dunia akhirat, tiba-tiba mengadu pada Jepun tentang kegiatan
saya hingga saya diburu Jepun, saya ditangkap hingga dipaksa minum air
sabun oleh tentera Jepun, dengan kehendak Allah saya dibebaskan,
pengalaman yang saya tempoh mengajar saya jadi begini sahabat”,
Mahyuddin meraba bibir bawahnya dengan hujung kelingking.

Saya lihat kelopak matanya digenangi air jernih. Rasa simpati dan hiba
menguasai diri saya. Tanpa disedari air mata membasahi kulit pipi saya yang
keras.

"Tamar, kau orang lelaki, kau anak jantan, yang mempunyai hati betina,
jangan mudah mengeluarkan air mata”, bisik datuk ke telinga.

Cepat-cepat saya kesat air mata, segaris senyum saya pamerkan untuk
datuk. Tanpa membuang masa lagi datuk menegakkan ibu jari kanannya
sambil tersenyum lebar. Hati saya jadi kembang macam bunga matahari
kembang pagi.

Di luar matahari mula jatuh di kaki langit. Kicau burung tidak kedengaran dan
rama-rama sudah berhenti terbang. Kecuali bunyi suara burung kuang mula
kedengaran. Dan alam keliling mula beransur samar-samar. Mahyuddin
masih lagi duduk di tempat. tadi dengan datuk di sisinya.

"Sejak itu, saya rasa cukup susah untuk menegakkan keyakinan dalam diri
saya terhadap orang yang bersikap jujur pada saya”, keluh Mahyuddin. Datuk
terus juga menepuk-nepuk bahu Mahyuddin, jari tangan datuk terus
dipegang oleh Mahyuddin erat-erat, muka datuk dipandangnya.

"Salah kah saya sahabat?"

"Kau tidak bersalah, pengalaman membentuk kau jadi begitu dan itu adalah
hak kau dan hak itu kalau kau kembalikan pada ajaran agama Islam yang
mahukan seliap pengikutnya bersikap jujur, timbang rasa dan kasih sayang,
sudah tentu tentu merasa bahagia."

"Apa yang mesti saya buat.."

"Kembali pada ajaran agama, bersihkan hati dan perasaan”, terang datuk.
Lagi sekali Mahyuddin tunduk merenung lantai.

460
"Mari kita bersihkan diri dan pergi ke masjid, Maghrib sudah dekat”, sambung
datuk.

Tanpa banyak soal, saya terus ke telaga dan mandi, diikuti oleh Mahyuddin
dan akhir sekali datuk. Setelah itu serentak kami melangkah meninggalkan
rumah. Setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk membaca Al-
Quran, saya membaca Muqaddam, Mahyuddin membaca surah Yasin. Kira-
kira jam sebelas malam, kami berhenti dari kerja-kerja yang dilakukan. Datuk
membuat. keputusan untuk bermalam di masjid tetapi, Mahyuddin mendesak
datuk bermalam di rumahnya.

"Masjid sebaik-baik tempat untuk berteduh”, kata datuk. "Ke rumah saya
sajalah, banyak hal yang belum saya selesaikan dengan sahabat, banyak
rahsia diri saya yang belum terbongkar untuk pengetahuan awak."

"Kita selesaikan di sini, berkatnya lebih”, datuk menolak.

Wajah Mahyuddin segera berubah, dia mula menunjukkan sikap menentang.


Dia jadi panas hati kerana datuk tidak mahu memenuhi permintaannya. Saya
jadi resah, saya takut berlaku perkelahian lagi. Kerana saya tahu perangai
datuk, dia tidak akan mengalah pada sesiapa sampai kali keempat, ini
memang merupakan satu pantang larang dalam dirinya. Dia boleh dihina,
dijatuhkan maruahnya di mana-mana saja sebanyak tiga kali, tetapi untuk
kali yang keempat dia akan bangun melawan secara berhabis-habisan.

Dalam keadaan diri saya yang serba salah itu, saya lihat datuk sembahyang
dua rakaat, seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang berlaku. Setelah
memberi salam terakhir, dia senyum pada Mahyuddin dan menghulurkan
salam. Mahyuddin menyambut salam itu.

“Bebaskan diri dari rasa cepat marah, orang yang cepat marah adalah
tempat syaitan bermain yang menjadikan kita menyimpan perasaan hasad
dan dendam,” sambil tersenyum datuk berkata. Mahyuddin terdiam.

“Isikan dada dengan rasa sabar kerana sabar itu akan membuat kita
mengenali diri sendiri yang serba kurang dan secara tidak langsung
membuat kita berfikir, bahawa tidak ada yang lebih berkuasa di dunia ini
selain daripada Allah, “ tambah datuk lagi.

Mahyuddin merenung muka datuk, kemudian tanpa dipaksa oleh sesiapa, dia
bersetuju untuk tinggal bersama datuk di masjid tersebut sepanjang malam.

Rupanya di dalam masjid, Mahyuddin memperoleh satu ketenangan bagi


dirinya serta datuk dan saya. Mahyuddin menceritakan pada datuk, sejak dia
dikhianati oleh kawannya sendiri, dia tidak pernah berhasrat untuk
mempunyai seorang isteri.

"Kalau saya kahwin bukan kerana saya sukakan perempuan tetapi sekadar
mengelakkan diri saya dari melakukan zina”, katanya. Dan datuk tidak mahu

461
menyoal lebih lanjut lagi tentang hal itu. Dan perkara itu mati begitu sahaja.

“Saya tahu, awak memang tidak membela harimau dan harimau yang
mendampingi awak itu merupakan harimau peninggalan datuk nenek awak
yang diwariskan pada awak, sampai waktunya harimau itu akan
meninggalkan awak juga”, saya terkejut mendengar cakap Mahyuddin itu.

“Lagi apa yang awak tahu?”

“Awak adalah waris terakhir, bila awak mati harimau itu tidak akan mencari
keturunan awak untuk menjadi tuannya”

“Saya tidak tahu”

“Sekarang awak sudah tahu, harimau yang mendampingi awak tu sudah


cukup tua, sebagai makhluk yang bernyawa dia akan mati juga”

Penjelasan Mahyuddin itu amat menarik sekali. Sebagai manusia yang sedar
dirinya serba kekurangan, datuk mengakui bahawa, Mahyuddin bukan
calang-calang manusia. Dia tahu dengan apa yang dicakapkannya. Dia
manusia yang arif tentang harimau dan dunianya. Datuk rasa cukup kagum
dengan Mahyuddin, tidak banyak manusia di alam Melayu yang belajar silat
harimau.

"Inilah kelebihan awak dan kekurangan awak tidak boleh mengawal perasaan
marah, sesungguhnya tidak ada ilmu yang cukup sempurna, bagi manusia”,
kata datuk.

“Tepat sekali”, sahut Mahyuddin.

Kelopak mata saya terasa berat, bayang datuk dan Mahyuddin memanjang di
dinding dalam sinar lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap malap.

Saya merebahkan badan atas lantai, lantas saya terkenangkan nenek di


kampung, saya membayangkan ketika begini nenek akan berada di ruang
tengah rumah, berbumbung limas dengan sebuah pelita minyak tanah di
hadapannya.

Nenek akan menjalankan kerjanya dengan tekun menganyam tikar


mengkuang panjang dua belas atau melurut mengkuang ladang dengan kayu
untuk dibuat tudung saji. Tiba-tiba saja rasa rindu pada nenek berbunga
dalam hati kecil saya.

“Tunggu sebentar, biar saya pulang dulu, sebelum kokok ayam pertama
berbunyi saya akan datang ke sini”

“Kenapa begitu pula jadinya?”

“Kedatangan saya kali ini akan membuka rahsia diri saya pada awak, bila
rahsia itu saya buka, saya akan merasa bahagia kerana orang yang mahu

462
saya serahkan atau mewarisi pusaka saya telah saya temui”

“Maksud awak saya yang berhak?”

“Kira-kiranya begitulah”, sahut Mahyuddin dengan senyum.

Mahyuddin berdiri. Melangkah tiga tapak ke hadapan, bila dia melangkah


untuk kali keempat, batang tubuhnya terus hilang dari penglihatan saya.
Sebagai manusia yang ingin mengetahui sesuatu, saya segera menerpa ke
pintu masjid dan berdiri kaku di situ.

Apa yang saya lihat ialah kegelapan malam yang cukup pekat. Di langit tidak
ada sebiji bintang tergantung, pokok-pokok di hadapan masjid kelihatan
kaku. Bunyi burung kuang kuit mula kedengaran.

"Tamar, kalau burung tu berbunyi, tandanya ada harimau berjalan malam”,


kata datuk. Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan muka pintu
masjid.

"Biasanya burung tu berbunyi awal tapi malam ni agak jauh malam baru
berbunyi, jangan-jangan suara syaitan”, sambung datuk lagi. Saya segera
melompat dan tiba-tiba saja saya dapati diri saya berada di celah ketiak
datuk.

"Bukan di sini tempat kamu Tamar, pergi tidur di sana”, datuk menolak
badan saya dengan keras, tanpa rasa belas kasihan.

Akhirnya saya rebahkan badan untuk kali keduanya dekat tiang. Marah juga
rasa hati dengan sikap datuk itu. Saya terlelap. Serentak dengan kokok ayam
kali pertama malam itu, saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk masih lagi
menunggu kedatangan Mahyuddin dengan setia, lampu gasolin sudah
padam.

"Belum dalang lagi tuk?"

"Belum."

"Jangan-jangan dia nak mainkan kita."

"Kita tunggu sampai pagi, kalau dia tak datang kita pergi ke rumahnya, lepas
tu kita balik ke kampung"

Saya terdiam mendengar kala-kata datuk itu, tidak jauh dari tempat datuk
duduk, kelihatan cahaya api yang sekejap garang dan sekejap mengecil
mengikut tekanan ataupun tiupan angin yang masuk ke dalam masjid. Saya
pasti api itu datangnya dari seludang kelapa kering. Siapa yang
membuatnya?

"Aku yang membuatnya, waktu kau tidur tadi aku cari seludang kelapa, aku
hancurkan dengan batu kemudian diikat dengan tali guni, kalau tak ada

463
seludang ni mati kita kena nyamuk”, saya senyum dalam gelap mendengar
penjelasan itu.

Memang saya tahu datuk boleh membuat kerja seperti itu tetapi mencair
seludang kelapa kering tengah malam, bukanlah satu kerja yang mudah.

"Tidurlah Tamar, kalau dia datang nanti, aku bangunkan kamu”, nasihat
datuk pada saya. Tanpa mengucapkan terima kasih pada datuk, saya terus
membengkokkan badan jadi macam angka lima untuk menahan kesejukan.
Baru sekali lelap, saya terdengar bunyi tapak kaki orang memijak lantai
masjid. Cepat-cepat saya buka kelopak mata. Saya lihat datuk berdiri di
muka pintu masjid sambil memeluk tubuhnya. Mata datuk tertumpu keluar,
dia seolah-olah dapat melihat sesuatu dalam gelap. Lama benar datuk berdiri
di situ.

Saya tidak jadi meneruskan tidur saya yang terputus. Saya bangun perlahan-
lahan dan terus duduk, semua gerak geri datuk saya perhatikan dengan
cukup teliti. Burung kuang-kuik kian kuat berbunyi, bersahut-sahutan dengan
kokok ayam yang memanjang. Saya pasti kokok ayam itu bukan kali
pertama, paling kurang kokok, kali yang kedua atau yang ketiga. Mungkin
kerana Mahyuddin tidak muncul dalam waktu yang dijanjikan, membuat
datuk resah.

Datuk meluruskan tangan kiri, tangan kanannya yang meraba ikat kepala itu,
saya terdengar desir angin yang cukup kuat, datang dari arah pintu masjid
tempat datuk berdiri. Baju dan seluar datuk nampak bergerak-gerak, begitu
juga dengan kain ikat kepalanya. Tiupan angin itu cukup kuat membuat
datuk terpaksa memegang jenang pintu, kalau datuk tidak berpaut saya
yakin dia akan jatuh.

Kira-kira sepuluh minit kemudian tiupan angin itu berhenti, saya terdengar
seperti ada benda jatuh atas lantai masjid. Datuk menuju ke arah bunyi
benda jatuh.

52. Sebilah Keris Aneh

Baru dua langkah datuk mengatur tapak, saya terpandangkan cahaya api
yang kuat. Cahaya itu kelihatan bergerak menuju ke masjid. Perasaan saya
jadi cemas.

"Ada orang bawa suluh datang ke sini tuk”, kata saya memberitahu datuk.
Dan datuk segera membatalkan niatnya menuju ke arah benda jatuh. Dia
patah balik dan berdiri dekat saya di ambang pintu masjid. Tiada rasa cemas
dan bimbang terpamer di wajahnya.

"Tamar"

"Ya tuk"

"Yang kau tengok tu bukannya suluh."

464
"Kalau bukan suluh, apa dia tuk?"

"Itu disebut andang yang dibuat dari daun kelapa."

"Hum, saya tak tahu tuk."

"Kalau tak tahu belajar, orang Melayu kaya dengan bahasa, setiap benda ada
nama dan gelarannya."

"Huh..”, satu keluhan terpancut dari mulut saya.

Dalam saat-saat cemas begitu, datuk masih mahu memperkenalkan saya


dengan benda-benda yang baru. Saya mula terasa yang diri saya ini, terlalu
miskin dengan perbendaharaan kata-kata bahasa sendiri. Mata saya masih
lagi terpaku pada andang daun kelapa. Bunga-bunga api yang dicipta oleh
andang tersebut kelihatan berterbangan di udara, sebelum jatuh ke bumi.
Satu pemandangan yang amat menarik dan cantik bagi saya. Cahaya api itu,
kian lama kian hampir ke masjid.

"Sahabat, saya datang”, dada saya terasa lapang. Saya kenal dengan suara
itu. Datuk renung muka saya. Api andang daun kelapa pun padam. Dengan
tenang Mahyuddin melangkah menghampiri saya dan datuk. Wajahnya
nampak tenang.

"Kenapa lambat'!"

"Mencari benda yang mahu saya serahkan pada awak. Benda itu hilang dari
tempat simpanannya”, suara Mahyuddin penuh kesal.

Datuk terus menepuk-nepuk bahu Mahyuddin beberapa kali. Mahyuddin seluk


baju cekak musang yang dipakainya. Dia mengeluarkan sekotak mancis cap
kuda terbang. Mahyuddin terus membakar sumbu pelita minyak tanah yang
dibawanya. Sebahagian daripada ruang masjid terang benderang dilingkari
oleh cahaya lampu minyak tanah.
Saya merenung ke luar, tidak ada satu benda pun yang dapat saya lihat,
suasananya gelap. Datuk dan Mahyuddin sandarkan badan ke dinding masjid.
Masing-masing merenung api di sumbu pelita minyak tanah yang terlentuk-
lentuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan angin malam. Suara
cengkerik jelas kedengaran.

“Tadi ada benda jatuh dalam masjid, baru mula nak cari, awak dah datang”,
ujar datuk seraya menggosok-gosok pangkal hidungnya.

"Apa bendanya sahabat?"

"Entah, saya pun tak tahu, pinjam pelita sekejap biar saya cari apa
bendanya."

"Itu memang elok, kalau yang jatuh tu benda tak bernyawa tak apalah, tetapi

465
kalau benda bernyawa seperti ular atau lain-lain, bahaya kita dibuatnya."

"Betul cakap awak”, balas datuk.

Saya renung kiri kanan, memang seram bila Mahyuddin menyebut perkataan
'ular' bulu tengkuk saya berdiri dengan sendiri. Saya dapat membayangkan
kalau benar ular jatuh tengah masjid, pasti bukan ular sembarangan,
mungkin ular jadi-jadian. Saya terus melompat dan duduk di sisi Mahyuddin.

"Kau takut?" Tanyanya pada saya.

"Tidak”, balas saya sambil menegakkan dada.

Tunjuk berani tetapi, hati tetap berdebar. Tuhan sahaja yang tahu perasaan
saya ketika itu. Kepala lutut saya yang bertemu dengan kepala lutut
Mahyuddin menggeletar, membuat Mahyuddin tersenyum sinis pada saya.
Dengan cahaya pelita minyak tanah di tangan, datuk terus berarak menuju
ke arah sebelah kanan masjid. Datuk yakin di situlah benda ganjil ilu jatuh.
Saya dan Mahyuddin hanya melihat segala gerak-geri datuk.

"Keris”, jerit datuk.

Saya dan Mahyuddin segera menghampirinya. Sebilah keris terdampar atas


lantai masjid. Hulunya diperbuat dari tanduk dalam bentuk muncung dan
paruh burung helang. Sarungnya diperbuat dari kayu jenis keras. Bila terkena
cahaya pelita, sarung dan hulu keris kelihatan bersinar·sinar. Datuk tidak
berani menjamah keris tersebut, kerana hulu keris mengeluarkan asap nipis
yang memanjang ke atas, bentuk asap itu kelihatan berliku-liku. Bila asap itu
hilang, keris tersebut kelihatan bergerak sendiri dalam sarungnya, macam
mahu keluar. Dengan tenang Mahyuddin menjamah keris tersebut. Kemudian
membalutkan badan keris itu dengan kain kuning yang dikeluarkan dari saku
seluarnya. Keris itu diletakkan kembali atas lantai dan Mahyuddin terus
duduk bersila di depan keris. Dia kelihatan macam orang bertafakur.

"Inilah yang mahu saya berikan pada sahabat, belum pun sempat saya
bertindak dia dah terbang mencari sahabat”, ujar Mahyuddin sambil
merenung wajah datuk.

Beberapa saat kemudian, saya lihat Mahyuddin menatang keris itu untuk
diserahkan pada datuk. Tetapi, datuk enggan menerimanya. Mahyuddin
terpaksa meletakkan kembali atas Rupanya tindak tanduk datuk itu difahami
oleh Mahyuddin.
Datuk mahu dia bercerita serba sedikit tentang keris ganjil itu. Menurut
Mahyuddin, keris itu dibuat dengan tangan oleh guru silatnya. Mata keris itu
dipadukan dengan lima jenis besi yang diambil dari lima buah gua di gugusan
kepulauan Melayu iaitu dari tanah Bugis, Melaka, Bukit Seguntang, Pulau
Mindanao (Filipina) dan Patani (Selatan Siam). Ketika dia bertapa dalam
hutan, mata keris itu telah dijilat oleh harimau tiga malam berturut-turut.

Kata Mahyuddin lagi, keris itu telah membunuh tiga orang Belanda, tiga

466
orang Inggeris dan lima korbannya terdiri dari orang-orang asing yang mahu
menjajah alam Melayu. Saya menarik nafas panjang mendengar ceritanya.
Saya kira, ceritanya itu tidak dapat diterima oleh akal. Datuk tidak
melahirkan sebarang pendapat berhubung dengan cerita Mahyuddin itu.
Datuk hanya menggigit kuku di ibu jari.

"Sekarang sahabat sudah tahu, sayalah harimau dan sayalah orang yang
menyimpan keris air liur harimau yang bisa. Ingat, keris ini ada pantangnya.
Jangan dibuat sembarangan, pantangnya tidak boleh ditikam ke badan
manusia yang sebangsa dan seagama, kalau dilanggar pantang orang yang
menyimpannya akan mati muntah darah”, kata Mahyuddin lagi. Saya garu
dahi dan datuk terus membisu seribu bahasa.

"Sahabat, umur saya dah lebih lapan puluh tahun, dengan kemahuan Allah
saya sudah menemui seorang sahabat, sekarang sudah sampailah masanya
saya menghebahkan rahsia diri saya pada orang-orang kampung. Sahabat
dan cucu sahabat menjadi saksi dalam hal ini”, tekanan suara Mahyuddin
cukup lantang.

Mukanya kelihatan berseri-seri. Dia terus meletakkan keris yang berbalut


kain kuning atas riba datuk. Cepat-cepat datuk meletakkan keris itu ke
tempat asalnya. Datuk tidak mahu menerima pemberian tersebut. Datuk
segera bangun. Tangan kanannya ditekankan ke dinding masjid. Pelita
minyak tanah terus mengerdip. Suara katak dan cengkerik tidak putus-putus
berbunyi.

"Apa erti semuanya ini Mahyuddin?", soal datuk.

"Orang yang merantau akan kembali, setiap kehebatan dan kekuatan ilmu
dunia yang dituntut akan terpisah juga dengan manusia, hanya ilmu akhirat
saja yang dibawa, begitu juga dengan saya”, cukup jelas dan teratur
Mahyuddin berkata-kata.

Tetapi, saya jadi kelam-kabut, sukar sekali memahami atau mencari pati dari
kata-katanya itu, berbelit-belit macam ada unsur falsafah.

"Sahabat ku.. "

"Saya faham, tunggu sampai sembahyang subuh”, ujar datuk bila Mahyuddin
mahu menyambung kata-katanya.

Mahyuddin patuh dengan permintaan datuk. Mahyuddin bangun, berjalan ke


muka pintu surau. Datuk mengekor di belakangnya. Mereka berdiri di situ
merenung ke kaki langit, sebutir bintang timur kelihatan mengerdip dengan
indah. Awan cukup bersih.

"Mahyuddin."

"Ya sahabat."

467
"Awak berkawan dengan jin?"

"Ahhh...”

Mahyuddin tidak menghabiskan kata-katanya. Datuk terus memicit bahu


kanan Mahyuddin yang kelihatan resah tidak menentu. Saya mula rapat ke
arah datuk dan Mahyuddin, berdiri di belakang mereka. Pelita minyak tanah
terus menyala. Badan saya mula terasa sejuk. Dua tiga kali saya mengeliat
dan menguap panjang.

"Mahyuddin maafkan aku, kalau kau tersinggung. Aku bukan apa-apa


Mahyuddin, kita sebagai manusia harus hati-hati, jangan sampai berkawan
dengan jin kafir. Kata orang ketika kita mahu mati nanti kita disesatkannya”,
ujar datuk.

Mahyuddin terus membisu. Mata Mahyuddin masih tertumpu ke kaki langit.

"Sebaik-baiknya biar kita kenai dengan jin yang seagama dengan kita,
sekadar berkenal saja, kerana mereka makhluk Allah, jangan sekali-kali kita
memperhambakan diri kita pada mereka atau kita hambakan mereka”,
sambung datuk lagi.

"Sudahlah sahabat, usahlah mengajar”, dari nada suara yang dikeluarkan


Mahyuddin itu ternyata dia kurang senang dengan sikap datuk. Datuk terus
diam. Rupanya sikap datuk itu menguntungkan. Mahyuddin kelihatan tenang.
Dia berjalan ke arah kerantung (beduk) yang tergantung di luar masjid.
Kerantung itu dipalunya bekali-kali menandakan Subuh sudah hampir.
Mahyuddin dan datuk terus mengambil air sembahyang.

"Pukul lagi kerantung tu, waktu Subuh sudah masuk”, Mahyuddin


mengeluarkan perintah pada saya, ketika dia melintas di depan saya.

Tanpa membuang masa, saya terus memukul kerantung bertalu-talu.


Memukul kerantung memang menjadi kegemaran saya, tidak saya nafikan,
serba sedikit saya telah belajar dari datuk meningkah kerantung dengan
baiknya, tingkah (pukulan) yang saya buat itu semacam ada satu irama yang
boleh membuat orang tersentak dari tidur. Kata datuk, memukul kerantung
Subuh mesti pandai, tidak sembarangan, mesti menarik minat orang dan
boleh membuat orang bangun dari tidur, walaupun bukan bangun untuk
bersembahyang. Peluang itu saya gunakan sekarang.

"Sudah”, jerkah datuk sekuat hati, kayu pemukul terlepas dari tangan saya.
"Bila orang suruh pukul, buatlah setakat yang patut, ini sampai berjam-jam”,
sambung datuk lagi.

Saya tersengih, macam kerang busuk. Apa mahu dikatakan lagi, memang
salah diri sendiri, tanggunglah akibatnya.
Azan Subuh dilaungkan oleh Mahyuddin, suaranya memang merdu. Kalau
dengar pada suaranya, memang orang tidak duga yang Mahyuddin sudah
berusia hampir lapan puluhan, suaranya lantang macam orang muda berusia

468
dua puluhan.
Setelah selesai menunaikan sembahyang Subuh, Mahyuddin berlari ke pintu.
Dia minta orang yang bersama dalam masjid supaya jangan meninggalkan
masjid.

Dari muka pintu, Mahyuddin membuka rahsia dirinya. Dia menceritakan


namanya yang sebenar serta asal usulnya. Orang ramai agak terkejut dengan
peristiwa itu.

"Saya rasa tugas saya sudah hampir selesai. Halalkan makan minum saya,
terima kasih atas budi baik orang di sini. Pada sesiapa yang terlalu hormat
dan kagum dengan diri saya, buangkan semuanya itu. Saya adalah manusia
biasa”, cukup bersemangat Mahyuddin bercakap, kemudian dia berjabat
tangan dan berpeluk-pelukan dengan setiap orang yang lalu dekat pintu. Dia
menangis dan memeluk badan Dumba.

Bila semuanya selesai, Mahyuddin tergesa-gesa meninggalkan masjid tanpa


mengucapkan sesuatu pada saya dan datuk. Ketika itu hari sudah hampir
cerah. Matahari mula bangun di kaki langit, menebarkan sinarnya ke seluruh
pelosok kampung.

"Ganjil perangainya, dengan orang berpeluk bersalam dengan kita dia buat
tak tahu”, datuk melahirkan rasa kurang senang. Saya tersenyum sambil
merenung ke arahnya.

"Agaknya dia lupakan kita tuk."

"Boleh jadi juga, maklumlah manusia ini tidak lepas dari sifat lalai dan
lemah”, datuk tersenyum.

Rambut genjur saya dijamahnya berkali-kali. Penuh manja. Setelah selesai


mandi embun dan membuat serba sedikit senaman. Datuk dan saya menuju
ke kedai kopi. Saya makan sebungkus nasi lemak dan minum secawan kopi.
Datuk pula minum air panas yang di campur dengan sedikit garam. Sebagai
mengalas perut, datuk cuma makan dua biji kuih koci.

"Minum air panas dengan garam untuk cuci perut dan melancarkan
perjalanan darah, boleh menghilangkan sakit tekak. Garam mesti dikacau
hingga hancur dan airnya bila sudah dingin baru diminum”, begitu datuk
memberitahu saya.

"Biasanya datuk tidak minum dengan air panas”, kata saya.

"Itu masa di rumah, kau sendiri tahu di rumah tuk minum air yang sudah di
dingin sepanjang malam dan diisi dengan labu, di kedai mana kita nak dapat
air macam tu."

"Saya, faham sekarang."

"Apa yang tuk buat ni boleh diamalkan tetapi khasiatnya kurang sedikit dari

469
air yang kita dinginkan sepanjang malam."

Datuk membayar semua harga minuman dan makanan.

Kami pulang ke masjid untuk mengambil barang datuk yang tertinggal iaitu,
sehelai kain hitam tiga segi. Pada mulanya, datuk memutuskan selepas
sarapan pagi, mahu terus pulang ke kampung.

"Kau tunggu di sini, biar aku saja yang masuk”, saya tidak membantah
arahan itu. Badan datuk hilang ditelan pintu masjid. Beberapa minit
kemudian dia muncul. Kali ini saya lihat wajahnya lain macam, dahinya
berkerut. Di tangan kanannya terdapat bungkusan yang dibalut dengan kain
kuning. Saya tahu apa yang ada dalam tangan datuk, kerana itu saya tidak
menegurnya.

Matahari kian bersinar. Saya kira sudah pukul lapan. Kulit muka saya terasa
pedih kena panahan matahari. Dua tiga kali saya meraba kulit muka, tanpa
saya sedari datuk sudah berdiri di sisi saya. Dua tiga kali datuk dongakkan
kepala melihat matahari, kelopak matanya pejam celik menahan panahan
matahari.

"Mari kita pulangkan hak Mahyuddin ni."

"Tapi, dia dah beri pada datuk."

"Aku tidak kata apa-apa, sama ada mahu menerima atau menolaknya."

"Betul juga cakap tuk tu."

Secara tidak sengaja saya terpandangkan lengan kanan datuk yang


memegang benda berbalut kain kuning. Urat-urat lengan datuk kelihatan
timbul. Benda yang dipegangnya seakan-akan bergerak sendiri dalam
genggaman datuk. Kulit muka datuk kelihatan tegang macam menahan
sesuatu. Saya terpegun dengan kejadian itu.

"Tamar, jangan tengok benda dalam tangan aku”, pekik datuk. Serentak
dengan itu telapak tangan kirinya jatuh atas kepala saya. Kepala saya
dipulasnya, hingga pandangan saya beralih ke arah lain. Batang tengkuk
saya terasa sakit sekali.

"Jangan”, tambah datuk lagi. Badan saya ditolaknya ke depan.

"Nak ke mana lagi tuk?"

"Ikut aku ke rumah Mahyuddin”, biji mata datuk kelihatan bersinar garang.
Gerak-gerinya jadi serba tangkas.

Begitulah, di bawah sinar matahari saya dan datuk melangkah di jalan kecil
yang muat untuk dua basikal berselisih. Sebelah kanan jalan ditumbuhi
lalang dan sebelah kirinya dikuasai oleh pokok serunai laut. Langkah datuk

470
terlalu cepat dan saya terpaksa berlari anak supaya tidak jauh ketinggalan di
belakangnya. Ketika bintik-bintik peluh menguasai dahi, saya dan datuk
sudah pun berada di halaman rumah Mahyuddin. Pintu rumah tertutup rapat
Tiga kali datuk memberi salam, semuanya tidak berjawab. Datuk renung
tanah di halaman rumah.

"Tapak harimau”, kata datuk.

"Tapak harimau?”, tanya saya cemas, badan mula terasa lain macam.

"Ya”, datuk terus membongkok meneliti kesan tapak kaki harimau.

Datuk luruskan badannya kembali, dan merenung ke arah belukar kecil di


belakang rumah Mahyuddin. Datuk mengikut kesan tapak kaki harimau yang
menuju ke belukar tersebut Ternyata kesan tapak kaki harimau itu tidak
sampai ke tepi belukar. Hilang di antara tiang depan dengan tiang bahagian
lapur rumah. Datuk termenung panjang, kemudian mendekati saya yang
berdiri tidak jauh dari tangga. Datuk renung muka saya tepat-tepat dan
bergerak dari kiri ke kanan di depan saya. Datuk berhenti melangkah. Bibir
bawahnya ditekan dengan ibu jari seketika.

"Ganjil”, kata datuk. "Apa yang ganjil tuk?"

"Tapak harimau hilang dalam kawasan rumah”, suara datuk rendah.

Keris yang berbalut kain kuning masih dalam genggamannya. Kerana saya
ditegah melihatnya, saya tidak melihat malah hampir lupa dengan keris
tersebut yang berada pada datuk.

"Ikut aku Tamar."

"Baik tuk."

"Jangan tegur, jangan tanya apa yang aku buat"

"Baik tuk."

Sinar matahari bertambah terik, sesekali kedengaran suara ungka bersahut-


sahutan di kaki bukit. Burung murai terus berkicau di hujung dahan
menyambut sinar matahari yang memancar terang. Datuk pijak anak tangga
pertama hingga ke anak tangga bongsu. Saya juga berbuat begitu. Datuk
tolak daun pintu yang tidak berkunci. Pandangan pertama yang saya lihat
sesudah pintu terbuka amat mengejutkan. Mahyuddin terbaring kaku di
ruang tengah rumah. Mukanya nampak lebam. Baju cekak musang di
bahagian dadanya terbelah dua. Kulit badannya terkoyak macam dicakar
sesuatu, kedua belah kakinya terlipat. Terdapat garisan yang memanjang di
kedua belah betisnya. Datuk jamah pergelangan tangan Mahyuddin,
memeriksa pergerakan nadinya. Datuk menarik nafas panjang sambil
meluruskan kedua belah kaki Mahyuddin. Bahagian dada Mahyuddin datuk
tutup dengan kain pelekat berkotak besar, berwarna merah dan hijau. Kain

471
pelekat itu datuk ambil dari longgokkan kain Mahyuddin yang terletak dekat
dinding rumah.

"Dia sudah mati."

"Keadaannya ganjil sekali tuk."

"Setiap orang yang dapat meresapkan perasaannya menjadi harimau akan


mati dalam keadaan begini. Selalunya, bila orang menuntut ilmu ini
membuka rahsia diri sendiri, dia tidak akan lama hidup."

"Dia boleh menentukan tarikh matinya tuk?"

"Tidak, dia cuma dapat alamat saja. Kematian dirinya terletak pada kuasa
Allah yang Maha Besar. Ada orang yang
menuntut ilmu ini membuka rahsia dirinya di depan orang ramai tetapi,
masih hidup beberapa tahun lagi."

"Apa yang terjadi pada dirinya, cara kebetulan saja ya tuk."

"Ya memang cara kebetulan, selepas dia buat pengumuman dia pun mati, ini
tidak bererti dia sudah menentukan tarikh matinya. Ingat, jangan sesatkan
diri dengan kejadian begini”, ujar datuk sambil meraba-raba hujung dagunya.

Saya dan datuk berehat sebentar dalam rumah Mahyuddin. Keris yang
berbalut kain kuning datuk letakkan dalam peti hitam di bucu rumah. Peti
hitam itu datuk tindih dengan seketul batu yang datuk ambil di ruang dapur.
Tiba-tiba saya terdengar menggelodak dalam peti hitam macam ada orang
mengetuk-ngetuk dari dalam. Bunyinya cukup kuat tetapi, beberapa minit
kemudian bunyi itu beransur kurang dan terus hilang. Wajah datuk kelihatan
tenang.

"Aneh sungguh mayat Mahyuddin tuk"

"Ya Tamar, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia


melompat macam harimau untuk beberapa minit, kemudian menjadi lemah
dan terus mati”

"Dahsyatnya tuk."

"Begitulah ilmu dunia, tidak ada yang kekal, ada kelebihan dan kekurangan”,
nada suara datuk amat perlahan sekali.
Datuk menyuruh saya menemui Dumba untuk menceritakan hal yang berlaku
pada diri Mahyuddin. Perintah datuk saya patuhi. Dengan ditemani oleh
Dumba saya pergi ke rumah anak angkat Mahyuddin. Tidak sampai setengah
jam, berita kematian Mahyuddin heboh seluruh kampung. Salah seorang
penduduk kampung terus menuju ke masjid, memukul beduk (kerantung)
menandakan ada kematian berlaku di kampung. Menjelang waktu Zohor,
mayat Mahyuddin pun dikebumikan. Orang yang bekerja keras
menyelenggarakan pengebumian Mahyuddin, tidak lain dan tidak bukan ialah

472
Dumba sendiri dengan dibantu oleh anak angkat Mahyuddin.

"Semuanya sudah selesai, biarlah kami balik”, beritahu datuk pada anak
angkat Mahyuddin dan Dumba di kaki tangga.

Muka Dumba segera berubah mendengar cakap datuk, begitu juga dengan
anak angkat Mahyuddin. Mereka tahu, bukanlah satu perkara yang mudah
untuk mendapatkan kenderaan, bila sudah pukul lima petang. Belum sampai
ke Slim River hari sudah malam, lagi pun perkhidmatan bas penumpang
tamat pada jam enam petang.

"Begini saja, arwah bapa angkat saya ada meninggalkan pesan, sekiranya dia
mati, dia minta rumahnya ditunggu selama satu malam. Orang yang
dipilihnya ialah tuan sendiri”, anak angkat Mahyuddin membuka rahsia.
Orangnya bertubuh kecil, berambut kerinting dan berdahi sempit.

"Bila dia cakap dengan awak?"

"Sejak dia mengenali diri tuan, katanya tuan tahu serba sedikit tentang
kebolehannya."

Datuk termenung panjang. Saya tahu fikiran datuk ketika itu berbalah sama
ada mahu tidur di rumah Mahyuddin atau meneruskan perjalanan. Kalau
datuk bertanya pada saya, sama ada mahu bermalam di situ atau pulang,
saya akan menyuruh datuk pulang saja. Apakan daya datuk tidak bertanya
pada saya.

"Tunaikan pesanan arwah. Kalau dulu awak minta saya berbaik dengannya
dan saya penuhi permintaan awak, sekarang saya minta awak tunaikan
wasiatnya”, Dumba pula mengeluarkan pendapatnya.

Datuk masih lagi termenung, keningnya kelihatan berkedut. Ruang rumah


Mahyuddin direnung pada setiap sudut. Akhirnya, biji mata datuk tertumpu
pada peti hitam yang berisikan keris.

"Baiklah, cuma semalam saja”, kata datuk sambil bangun.

Anak angkat Mahyuddin dan Dumba yang sedang duduk bersila di lantai
rumah turut bangun sama. Mereka kelihatan riang. Datuk tidak
menghampakan permintaan mereka. Malam itu setelah selesai sembahyang
Maghrib dan Isyak di masjid, saya dan datuk terus menuju ke rumah arwah
Mahyuddin, bila sampai di rumah, anak angkatnya sudah sedia menanti
kami. Makan malam sudah tersedia di ruang rumah. Tiga pelita minyak tanah
sudah terpasang.

Ada satu keganjilan yang dilakukan datuk ketika makan malam. Dia
mengepalkan nasi sebanyak tujuh kepal. Diletakkan berderet di pinggir
pinggan. Datuk memulakan makan nasi yang sudah dikepalkannya itu dari
kiri ke kanan. Dia tidak menjamah lauk pauk yang tersedia di situ.

473
"Ini petua, kalau si mati bersahabat dengan makhluk jahat kita boleh tahu”,
datuk membuka rahsia. Mulut anak angkat Mahyuddin terlopong.

Sayang, datuk cuma membuka rahsia setakat itu saja. Dia tidak
menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

"Macam mana kita nak tahu hal tu tuan?" Tanya anak angkat Mahyuddin.

"Bila kepal nasi yang ganjil bilangannya kita telan, kita akan tersedak, tapi
ada pula caranya yang boleh membuat hal itu jadi. Bukan boleh pakai suap
saja, nanti lain kali aku beritahu pada kamu”, datuk terus meneguk air.

Lebih kurang pukul sepuluh malam. Anak angkat Mahyuddin membawa


pulang pinggan mangkuk yang telah digunakan itu. Saya terus baring dan
datuk terus membaca surah Yasin. Dalam suasana yang tenang itu, peti
hitam yang berisikan keris berbunyi. Batu penindih yang diletakkan di atas
penutupnya terus bergerak. Makin lama, bunyi itu makin kuat. Saya mula
resah. Datuk berhenti membaca surah Yasin. Dia terus renung ke arah peti
hitam yang masih berbunyi itu. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah
berkali-kali. Mulutnya mula bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Tiba-
tiba datuk menampar lantai rumah dengan sekuat hati. Bunyi dalam peti
hitam terus berhenti. Serentak dengan itu, pintu rumah terbuka. Anak angkat
Mahyuddin terpacak di situ. Mukanya pucat lesi, ditoreh tidak berdarah.

"Kenapa?" Tanya datuk.

"Saya diikuti harimau besar."

"Tak apa, kau baliklah, ambil kain pelekat ayah kamu dan belitkan ke badan,
nanti harimau itu tak akan mengikut kau lagi”, datuk menyerahkan kain
pelekat pada anak angkat Mahyuddin.

Dengan tenang lelaki berambut kerinting yang mempunyai anak satu itu
meninggalkan rumah. Usaha datuk tidak sia-sia. Setelah dibekalkan dengan
kain pelekat, anak angkat Mahyuddin dapat meneruskan perjalanannya
dengan aman. Kalau dia diganggu atau diekori harimau tentu dia datang
menemui datuk. Kami tunggu hingga jam dua belas malam. Anak angkat
Mahyuddin tidak juga muncul-muncul.

Lebih kurang jam dua pagi, saya terpandangkan seorang lelaki berserban
kuning duduk atas peti hitam menatang sebilah keris. Wajahnya kelihatan
bersih. Hal itu segera saya beritahu pada datuk yang masih membaca surah
Yasin. Lelaki berserban kuning masih lagi duduk di atas peti hitam. Kedua
belah tangannya terletak atas kepala lutut. Saya lihat keris yang ditatangnya
sudah tidak ada lagi di tangannya. Bila datuk selesai membaca surah Yasin,
dia segera merapati peti hitam. Orang yang berserban kuning sudah tidak
ada lagi di situ. Datuk membuka peti hitam dan mengeluarkan keris yang
berbalut kain kuning. Keris itu ditatangnya seketika.

"Bukan keturunan aku mengambil barang yang bukan hak aku, sekarang aku

474
pulangkan kembali pada yang berhak kerana orang yang menjaganya selama
ini sudah tak ada lagi”, perkataan yang keluar dari mulut datuk cukup jelas
dan teratur, bagaikan ada manusia di hadapannya mendengar apa yang
dikatakannya.

Datuk membuka sila lalu bangun. Dia melangkah dua tapak ke belakang.
Berhenti dan meluruskan kedua belah kakinya, macam tentera yang sedang
berkawad di padang. Kedua belah tangannya masih lagi menatang keris yang
berbalut kain kuning. Datuk maju setapak, dua tapak dan berdiri betul-betul
di depan peti hitam. Keris yang berbalut kain kuning diletakkannya di situ.

"Ini hak kamu, aku diberikan kuasa oleh Mahyuddin untuk menjaga sekejap
saja”, kata datuk sambil duduk bersila, macam seorang panglima
menghadap sultan di zaman silam.

Ketika itu juga, terdengar suara harimau mengaum di bawah rumah.


Suaranya cukup kuat dan nyaring sekali, boleh membangunkan seluruh
penduduk kampung yang sedang tidur. Rumah terasa bergegar seketika,
tiupan angin mula terasa, cukup lembut dan nyaman sekali. Setelah itu,
suasana tenang dan sepi sekali. Saya terlihat orang berserban kuning berdiri
dekat peti hitam membongkok lalu mencapai keris yang berbalut dengan
kain kuning. Datuk masih terpegun di situ. Beberapa saat kemudian, orang
yang berserban kuning hilang dari pandangan saya.

"Semuanya sudah selesai Tamar”, bisik datuk pada saya. Dia menyuruh saya
tidur kembali, tetapi mata saya tidak mahu tidur. Saya terus bertanya pada
datuk:

"Apakah yang kita lihat tadi jin, kawan Mahyuddin tuk?"

"Susah aku nak cakap, tetapi itulah kenyataan yang kita lihat, sudahlah”,
kata datuk.

Akhirnya saya terlelap.

53. Ghaib Dalam Bas

Saya kira, tidak ada perlu datuk fikirkan. Sembahyang Subuh sudah
ditunaikan. Mandi embun sudah dilakukan. Malah, kawasan rumah arwah
Mahyuddin sudah kelilingi sebanyak tujuh kali. Empat penjuru kawasan
rumah tersebut sudah ditanam dengan dahan pokok delima yang dipotong
sepanjang enam inci.

"Tujuannya bukan apa-apa, cuma nak mengelakkan orang-orang yang tidak


bertanggungjawab dari membuat perkara tak senonoh. Maklumlah semua
orang tahu, arwah Mahyuddin bukan sebarang orang, mana tahu ada orang
yang cuba menuju tempat tidurnya, minta itu minta ini, kerja syaitan dan
maksiat begini cepat mempengaruhi fikiran orang-orang kita, lebih-lebih lagi
kerja maksiat tu boleh mendatangkan wang ringgit.", datuk menjelaskan

475
tentang perkara yang di bualnya pada saya.

Datuk terus duduk di batang kelapa buruk di sudut kanan halaman rumah.
Saya terus memperhatikan beberapa ekor burung merak melompat dari
dahan ke dahan di pohon mempelam.

"Datuk awak di mana?”

Saya dikejutkan oleh suara Dumba.

"Itu, datuk atas batang kelapa." Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk.

"Tengok burung, di sini memang banyak burung”, anak angkat Mahyuddin


mencelah, kemudian terus mengekori Dumba menuju ke tempat datuk.

Saya capai sepotong kayu lalu membaling ke arah burung yang hinggap di
ranting. Saya ketawa melihat burung-burung itu berterbangan. Kemudian,
saya berlari mendapatkan datuk. Saya lihat kelopak mata Dumba berair,
begitu juga dengan kelopak mata anak angkat Mahyuddin. Datuk menggigit
bibir, sesekali menggosok pangkal hidung dengan ibu jari. Di wajah datuk
tergambar kesedihan.

"Muktamad, sebelum masuk waktu Zuhur kami berdua akan meninggalkan


tempat ini”, ujar datuk dan sepasang matanya silih berganti merenung muka
Dumba dan anak angkat Mahyuddin.

"Bagaimana kalau bertolak lepas Zuhur?”, Dumba mengajukan cadangan.

Mengikut petua dan langkah, hari ini mesti bertolak sebelum Zuhur baru
terlepas dari bencana buruk, petua peninggalan nenek moyang kita tak rugi
diikuti, ini merupakan warisan”, jawab datuk.

Dalam masa yang sama, saya sempat menjeling ke arah jam yang terlekat di
tangan anak angkat Dumba. Jarum panjangnya menunjuk angka dua belas
dan jarum pendeknya mengarah ke angka tujuh.

"Kalau sudah balik, bila pula nak datang ke sini lagi?”, anak angkat
Mahyuddin mengeluarkan pertanyaan. Datuk tersenyum sambil merenung
wajah Dumba.

"Kalau panjang umur dan diizinkan Allah yang Maha Kuasa, saya akan datang
juga ke sini."

"Dengan kehendak Allah juga kita bertemu dan awak lerusaha mem betulkan
kesilapan yang saya lakukan."

Dengan mendadak Dumba meningkah cakap datuk. Semua yang ada di situ
terus ketawa. Bila ketawa berakhir, aya lihat lagi sekali datuk merenung bumi
agak lama. BiIa kepalanya diluruskan, saya lihat matanya merah. Tahulah
saya bahawa datuk menahan air matanya membasahi kulit pipinya.

476
"Memang tidak pernah terfikir dalam hidup ini yang saya akan berjumpa
dengan orang-orang di sini, kemudian menetap di sini hampir dua minggu,
semuanya terjadi atas kehendak Allah”, nada suara datuk tersekat-sekat.

Dumba terus menerpa pada datuk. Mereka berpeluk-pelukan sejenak. Bila


Dumba melepaskan lingkaran tangannya dari tubuh, anak angkat Mahyuddin
segera berjabat salam dengan datuk.

"Mari ke rumah saya untuk makan pagi?”, bisik anak angkat Mahyuddin.

"Terima kasih lain kali saja”,balas datuk sambil mengajak kami naik ke rumah
arwah Mahyuddin. Semuanya tidak membantah. Bila berada dalam rumah,
datuk mengarahkan anak angkat Mahyuddin mengarnbil beberapa helai kain
pelikat, sehelai sejadah serta sekeping tikar mengkuang panjang dua belas.
Barang-barang itu datuk suruh hantarkan kc masjid untuk digunakan oleh
ramai yang berjemaah di situ. Datuk juga minta anak angkatnya
menyelesaikan hutang-piutang Mahyuddin, sekiranya dia ada berhutang
ketika hayatnya.

"Peti hitam dah tak ada tuk”, kata saya bila melihat tempat peti hitam itu
kosong. Datuk terdiam sejenak, kemudian dia senyum.

"Kembali pada yang hak”, pendek datuk menjawab.

"Ada perca kain kuning tiga segi di tempat peti hitam tuk."

"Biarkan. Orang yang berhak memberitahu kita dia sudah mengambil


haknya”

Selesai sahaja datuk berkata, perca kain itu melayang-layang macam ditiup
angin, sedangkan angin tidak bertiup ketika itu. Perca kain itu bergerak
menuju ke tingkap dan akhirnya hilang.

Apa yang saya lihat itu, dilihat juga oleh Dumba dan anak angkat Mahyuddin.
Dan kehilangan peti hitam itu juga disedari oleh anak angkat Mahyuddin
tetapi dia tidak kelihatan cemas.

"Ayah dah beritahu saya, katanya, peti hitam dan isinya akan hilang bila dia
mati. Ayahnya juga berhasral unlllk memberikan isi peti hitam pada saya."

"Kau dapat isinya'?", celah datuk.

"Tak dapat. Sebenarnya, kalau tak dapat, kata ayah, saya tak cukup syarat.
Tetapi ayah berjanji sebelum dia mati barang dalam peti hitam akan
diberikan pada orang yang difikirkannya layak”, terang anak angkat
Mahyuddin lagi.
Datuk tidak bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara itu pada anak
angkatnya Mahyuddin. Datuk mengajak kami keluar dari rumah dan duduk
kembali di halaman. Saya sudah pun membimbit beg rotan empat segi. Di

477
dalamnya termuat beberapa helai pakaian saya dan datuk. Semuanya sudah
saya basuh semalam.

Mungkin dalam petua datuk, ketika matahari sudah berada di paras pucuk
kelapa dara serta tiupan angin lembut dari arah selatan, adalah saat paling
baik untuk memulakan perjalanan. Lagi sekali datuk berjabat salam dengan
Dumba. Saya lihat Dumba tidak dapat menahan kesedihan.

"Awak banyak menolong saya dan menyedarkan saya”, kata Dumba.

"Bukan saya. Allah yang membuka hati awak. Saya cuma berusaha”, balas
datuk sambil merangkum tangan.

Saya dan datuk pun mula mengatur langkah. Sampai dekat pokok macang
(bacang) di liku jalan, dua orang lelaki muncul dengan pakaian yang agak
kotor. Baju dan seluarnya terdapat kesan-kesan getah yang sudah keras.
Mereka menahan datuk dan saya.

"Kenapa?", suara datuk lembut.

"Tolong kami."

"Tolong apa? Nak minta tolong toreh getah?”, tanya saya.

Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kedatangan dua manusia itu.


Mereka mengganggu perjalanan saya dan
datuk untuk segera pulang.

"Jangan biadap. Mana budi bahasa kamu sebagai Melayu?”, telapak tangan
kanan datuk menekan pipi kanan saya. Marah sungguh dia dengan sikap
saya itu. Datuk terus melayan kedua penoreh getah itu.

"Kami ni selesai menoreh kira-kira pukul tujuh pagi, sementara menanti


getah berhenti menitik dalam mangkuk, kami pergi ke kubur Mahyuddin”,
terang penoreh yang berbadan kurus.

Dari jauh saya nampak Dumba dan anak angkat Mahyuddin menuju ke arah
saya dan datuk.

"Apa yang nak kamu cari di kuburnya?”, datuk jegilkan biji mata. Kedua lelaki
itu tersengih. Mereka kelihatan serba salah.

"Apa yang kau orang nak cari di sana?", soal datuk lagi.

"Mahyuddin tu banyak ilmu dunia. Kami nak cari sesuatu darinya”, sahut
lelaki yang berbadan kurus.

"Habis, dapat apa yang kamu cari?"

"Huh, kami jumpa harimau atas kuburnya."

478
"Apa yang kau orang dapat dari harimau tu?"

"Kami takut, lalu lari”, sahut lelaki yang bermata sipit.

Datuk menggigit bibir sambil merenung muka dua lelaki itu.

"Aku tahu, kau orang mahu meninjau. Kemudian kau orang nak menurun
nombor ekor di kuburnya”, nada suara datuk meninggi. Kedua lelaki itu
anggukkan kepala, mengakui apa yang datuk katakan itu. Ketika itu juga
anak angkat Mahyuddin dan Dumba sampai. Datuk terus menceritakan apa
yang berlaku.

"Biadab, tidak tahu menghormati perasaan orang lain”, tiba-tiba tercetus


ungkapan dari mulut anak angkat Mahyuddin.

"Sabar”, pekik datuk lalu menangkap pergelangan tangan anak angkat


Mahyuddin yang mahu melepaskan penumbuk ke muka salah seorang
daripada lelaki itu. Badan anak angkat Mahyuddin kelihatan menggeletar
menahan perasaan marah.

"Memang, dia orang dagang, tapi,aku anak angkatnya, apa kau orang berdua
tidak memikirkan perasaan aku? Apa rasa hati kamu berdua kalau kubur
saudara-mara kamu dipermainkan begitu,” anak angkat Mahyuddin terus
meluahkan perasaannya.

Saya kira, kalau datuk tidak ada di situ, pasti berlaku pertengkaran.

“Sudahlah, lupakan semuanya itu”, datuk memujuk. Dan lelaki itu segera
meminta maaf pada anak angkat Mahyuddin. Dada saya terasa lapang, bila
anak angkat Mahyuddin bersedia memaafkan perbuatan kedua lelaki itu.
Kemudian datuk menyuruh kedua lelaki itu pergi ke kebun getah untuk
mengutip susu getah.

“Kami takut”, ujar kedua lelaki itu serentak.

“Takut apa?”, soal Dumba.

“Takut harimau”

“Pergilah, tak apa. Kalau kau orang tidak berniat serong .Tetapi kalau
berhajat nak menurun nombor ekor di situ, batang tengkuk kau orang akan
dipatahkan oleh harimau itu”, kata datuk.

Ternyata, kedua lelaki itu enggan beredar. Mereka tidak yakin dengan apa
yang datuk katakan itu.

“Apa tunggu lagi, pergilah buat kerja”, Dumba bersuara. Kedua lelaki itu
berpandangan sama sendiri, sesekali menoleh ke arah kebun getah, macam
mengawasi sesuatu.

479
“Aku nak balik aje”, tiba-tiba yang berbadan kurus bersuara.

Biji matanya tertumpu ke wajah datuk. Kemudian, dia terus melangkah


dengan diikuti oleh kawannya. Datuk segera memintas di hadapan mereka
hingga langkah mereka mati.

“Ingat, jangan cuba menurun di kubur atau di pangkal pokok kerana mahu
menikam nombor ekor. Itu perbuatan orang syirik. Carilah rezeki cara yang
halal, nanti hidup di berkati Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang
rendah.

Kedua lelaki itu anggukkan kepala. Datuk langkah setapak ke depan sambil
mendepangkan kedua belah tangannya.

“Ingat”, jerit datuk serentak dengan itu kedua belah tangannya singgah ke
atas bahu lelaki itu. Saya menarik nafas panjang, bila saya lihat datuk
menekan bahu kedua lelaki tersebut. Tekanan yang datuk lakukan itu, saya
kira cukup kuat, kalau tidak masakan wajah kedua lelaki itu macam menahan
kesakitan. Datuk jatuhkan kedua belah tangannya dari atas bahu kedua lelaki
itu. Datuk terus membongkok lalu mengambil sekepal tanah.

"Kamu tahu, asal kita semua dari tanah, ambil tanah ini”, ujar datuk lalu
menyerahkan kepalan tanah di tangannya kepada kedua lelaki itu. Macam
kena pukau, kedua lelaki itu menahan tangan, menerima tanah yang
diberikan oleh datuk.

"Bawa”, sahut kedua lelaki itu serentak.

Mereka renung muka saya sejenak, kemudian mengalihkan biji mata


merenung wajah Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Tanpa mengucapkan
sesuatu, mereka melangkah menuju ke kebun getah meneruskan kerja
masing-masing.

"Apa azimat yang diberi pada mereka?”, soal Dumba pada datuk.

"Azimat?"

"Azimat apa yang awak beri pada mereka”, ulang Dumba.

"Dalam hidup ni, tidak ada azimat. Aku cuma memberi sekepal tanah biasa
yang tidak membawa apa-apa makna pada mereka. Tetapi, aku yakin
mereka merasakan tanah itu sebagai tangkal yang boleh menghalau
harimau."

"Jadi awak menipu mereka?", sanggah anak angkat Mahyuddin sambil


tersenyum sinis.

Datuk menggigit bibirnya sambil mata merenung pada pohon getah yang
berbaris di hadapannya.

480
"Aku tidak menipu, apa yang aku lakukan adalah petua orang tua-tua.
Manusia yang sedang takut, kalau kita sergah dengan sekuat hati akan jadi
berani. Lebih-lebih lagi selepas disergah, kita berikan sesuatu yang kita
kirakan boleh memberi kepercayaan atau semangat pada mereka”, datuk
membocorkan rahsianya.

Menurut datuk, ketika menyerahkan benda-benda itu mesti cepat dilakukan.


Jangan beri kesempatan pada orang yang menerimanya bertanya sesuatu
kepada orang yang memberi. Bila orang itu sudah bertanya, pasti
menimbulkan keraguan dalam dirinya. Bila sudah ada keraguan dalam
dirinya, semangatnya tidak akan padu lagi dan boleh menimbulkan rasa
waswas.

Terkejut anak angkat Mahyuddin dan Dumba mendengar penjelasan itu.

"Sebab itulah, orang-orang Melayu dulu, kalau memilih panglima perang,


terdiri dari orang yang suara garang. Berbadan tegap dan pintar, kerana
orang-orang seperti itu boleh memberi semangat pada anak buahnya. Dari
itu lah timbulnya tangkal dan azimat di kalangan orang-orang kita yang
kononnya boleh membuat seseorang itu kebal”, sambung datuk lagi.

Saya tersenyum. Dumba saya lihat gelengkan kepala.

"Tetapi, semuanya itu ada sesuatu yang sengaja awak tak beritahu pada
kami”, anak angkat Mahyuddin mula mencungkil rahsia diri datuk.

"Tak ada apa-apa. Mana ada azimat dalam Islam. Para sahabat nabi berjuang
menentang musuh tidak pakai azimat tetapi mereka berbekalkan semangat
dan keyakinan. Mereka berjuang penuh semangat untuk menegakkan Islam.
Mereka yakin, mereka tidak akan mati kalau tidak diizinkan Allah yang Maha
Besar”, kata-kata yang datuk ucapkan itu membuat anak angkat Mahyuddin
dan Dumba tidak mengajukan sebarang pertanyaan lagi.

"Mari”, datuk menarik tangan saya.

"Ke mana tuk'?"

"Hai, baliklah, ke mana lagi?"

Saya pun melangkah menuju ke jalan raya. Dumba dan Mahyuddin terus
mengiringi kami. Lebih kurang sepuluh minit berjalan, kami pun sampai ke
bibir jalan raya. Berdiri di situ menunggu bas yang mahu pergi ke Tanjung
Malim.
Matahari terus bersinar. Bas yang dinanti belum juga tiba. Saya sudah tidak
sanggup berdiri dan terus duduk di atas seketul batu.

"Bas”, kata Dumba. Saya segera melompat untuk menaiki bas. Bas pun
berhenti, dan saya melangkah ke dalam perut bas. Datuk masih lagi berdiri di
tepi jalan. Perbuatannya itu kurang disenangi oleh penjual tiket bas yang

481
berbangsa Cina. Penjual tiket terus memukul alat penekan lubang tiket ke
besi bas, memberitahu datuk supaya segera naik.

"Hai orang tua cepatlah. Ini bas bukan sendiri punya”, sergah penjual tiket
bas. Pemandu bas yang berbadan tegap membunyikan hon bas.

"Hei cepatlah”, pekik pemandu bas yang berbangsa India itu, sambil memaki-
maki datuk. Saya mula terasa takut dan terus duduk di bangku. Tidak ada
penumpang di dalam bas.

"Sekejap Encik”, kata datuk.

"Apa lu ingat ini bas lu punya ke?”, sergah pemandu bas dengan wajah yang
garang. Datuk tersenyum padanya sambil mengangkat tangan tanda minta
maaf. Rupanya, sikap baik yang datuk ditunjukkan itu menambahkan rasa
marah pada penjual tiket bas.

"Eh, bodoh naiklah”, sergah penjual tiket.

"Encik, saya tahu saya salah, tapi cakaplah baik-baik sikit”, balas datuk.

"Apa lu ingat lu besar”, jawab penjual tiket.

"Saya tak besar, tapi Tuhan lagi besar dari semua tau”, suara datuk mula
meninggi.

Dinding bas terus ditamparnya, serentak dengan itu enjin bas terus mati.
Saya turun dari bas. Berdiri dekat datuk yang buat tidak tahu dengan apa
yang berlaku. Muka pemandu bas dan penjual tiket mula dibasahi peluh
dalam sinar panas mula terik.

"Satu perkara yang mahu aku ingatkan pada kamu berdua, jangan cemas
bila melihat harimau berkeliaran di halaman rumah arwah Mahyuddin selama
tiga petang berturut-turut. Lepas tiga hari harimau itu akan hilang. Tolong
perhatikan kubur Mahyuddin jangan sampai dikeramatkan oleh orang-orang
tertentu”, datuk meninggalkan pesan pada Dumba dan anak angkat
Mahyuddin. Mereka bersalaman dan berpeluk-pelukan.

Datuk pijak tangga bas, begitu juga dengan saya. Kami duduk di bangku
belakang pemandu bas.

"Apa pasal tak jalan?", tanya datuk pada pemandu bas yang sedang
terbongkok-bongkok dengan stereng bas. Pemandu bas segera merenung
muka datuk dengan wajah yang masam. Dia menggigit bibir.

"Saya panas, jalanlah apa tunggu lagi”, datuk merungut dan rungutan itu
didengar oleh penjual tiket yang berdiri dekat datuk.

Dia pun menghempaskan papan tiket atas bangku, dan memperlihatkan rasa

482
marahnya yang amat sangat pada datuk.
Kalau datuk menegur atau bersuara, pasti dia bersedia melakukan sesuatu.
Datuk bangun dan menepuk bahu penjual tiket.

"Saya tolong awak hidupkan enjin bas”, ujar datuk. Penjual tiket dan
pemandu bas menjuihkan bibir ke depan sambil merenung sinis pada datuk.

"Sudahlah, lu apa tahu”, ejek pemandu bas.

"Dengan izin Allah, saya boleh menolong awak”, balas datuk lalu memukul
kepala gear bas yang tertonjol di situ. Sebaik sahaja datuk melakukannya,
enjin bas segera hidup. Pemandu bas terkejut dan terus mematikan suis bas,
kemudian menghidupkan kembali. Ternyata enjin bas berjalan dengan baik.

Tanpa mengucapkan sesuatu, pemandu bas duduk kembali di tempatnya lalu


menekan minyak dan menolak gear satu, bas pun meluncur dengan tenang.
Saya dan datuk melambaikan tangan pada anak angkat Mahyuddin dan
Dumba. Saya terasa ada sesuatu yang aneh berlaku dalam bas. Penjual tiket
tidak meminta wang pada datuk walaupun bas itu sudah berjalan hampir tiga
batu. Sampai di satu selekoh bas berhenti kerana mengambil orang. Ketika
orang itu naik, datuk segera bangun.

"Saya turun di sini, cucu saya saja yang naik bas sampai ke Tanjung Malim.
Ini tambangnya”, datuk menghulurkan wang pada penjual tiket. Dalam
keadaan serba salah penjual tiket mengambil wang dari tangan datuk, tetapi,
wang itu diserahkan pada saya kembali tanpa pengetahuan datuk. Bas terus
berjalan, datuk melambaikan tangan pada saya.

"Apa pasal tak ambil tambang?", tanya saya pada penjual tiket.

"Tak apa, lu duduk. Kalau ada inspektor tiket datang, saya boleh cakap."

"Nanti datuk saya marah sama saya."

"Dia mana tahu, dia sudah turun."

"Betul, awak cakap”, balas saya. Penjual tiket itu terus ketawa. Bas berhenti
lagi mengambil penumpang. Saya perhatikan hampir separuh bangku dalam
bas sudah dipenuhi dengan penumpang. Dan bas kian kerap berhenti lagi
mengambil penumpang. Tekak saya mula terasa loya kerana tidak tahan
dengan bau minyak diesel. Bagi menghilangkan rasa loya itu saya tekan
perut dengan tangan. Akhirnya, saya terlelap. Bila saya terjaga, bas sudah
berhenti di perhentian Tanjung Malim. Dua tiga kali saya gosok mata. Saya
biarkan penumpang-penumpang lain turun dulu. Biarlah saya turun
kemudian. Pemandu dan penjual tiket masih berdiri di tempat masing-
masing. Semua penumpang sudah turun. Dada saya mula berdebar. Saya
renung wajah penjual tiket.

"Turunlah apa tunggu lagi?", katanya pada saya.

483
"Tunggu di luarlah. Saya ingat dia tumpang lori, awak tunggu di sana”, ujar
penjual tiket sambiI menuding jari telunjuk ke sebuah gerai menjual buah-
buahan. Saya terdiam, fikiran saya jadi kelam-kabut. Saya salahkan diri saya
sendiri, sepatutnya saya bertanya datuk, ketika dia turun dari bas tadi. Aneh,
semuanya tidak terfikir oleh saya ketika itu. Lagi sekali saya menarik nafas
panjang. Kali ini pandangan saya tertumpu ke wajah pemandu bas.

"Lu punya datuk bodoh punya orang. Sudah naik bas apa pasal mahu
turun?”, pemandu bas menyatakan rasa kesalnya. Tiba-tiba wajah pemandu
bas jadi pucat, mulutnya terlopong. Matanya tajam merenung ke bahagian
belakang bas. Saya segera menoleh, saya juga terkejut besar. Dua tiga kali
saya gosokkan mata bagi memastikan apakah yang saya lihat itu satu
kenyataan atau khayalan saya saja.

“Tuk”, kata saya.

"Ya, ini memang datuk kau Tamar, kau tidak berkhayal kau menghadapi
kenyataan”, suara datuk parau. Saya segera menerkam ke arahnya lantas
menjabat tangannya. Datuk terus menghampiri pemandu dan penjual tiket.

"Eh, orang tua lu manusia ke hantu?'', tanya penjual tiket penuh rasa curiga.
Datuk tersenyum lalu menepuk bahu penjual tiket.

"Saya manusia serupa macam awak”, kata datuk.

"Tadi, awak turun macam mana awak boleh duduk di belakang?"

"Betul, saya turun. Saya jalan kaki ke sini. Masa bas berhenti di sini, saya
naik tapi awak tak nampak”, datuk memberi penjelasan pada pemandu bas
yang menyoal. Saya gosok batang hidung dua tiga kali. Saya tidak tahu
kenapa datuk melakukan semuanya itu.

"Saya buat macam ni, supaya lain kali awak jangan cakap besar dan
sombong. Saya mahu awak belajar menghormati orang tua-tua, tidak kira
apa bangsa pun, kerana awak juga satu hari akan menjadi tua”, datuk
memulangkan paku buah keras pada pemandu dan penjual tiket. Saya lihat
pemandu dan penjual tiket terdiam. Mereka tarik nafas panjang penuh rasa
takjub. Saya dan datuk turun dari bas. Tiba-tiba pemandu dan penjual tiket
meluru ke arah datuk. Kedua belah tangan datuk mereka sambar untuk
dicium, kemudian mereka terus membongkok macam mahu menyembah
datuk.

"Jangan”, kata datuk sambil menarik tangan kiri dan kanannya. Kemudian
datuk menyuruh mereka menegakkan badan. Mereka patuh dengan cakap
datuk.

"Dalam ajaran Islam, tidak boleh menyembah sesama manusia kerana


manusia itu adalah sama di sisi Allah, baik dia hitam atau pun putih”, datuk
terus menepuk-nepuk bahu kedua lelaki itu.

484
"Tapi, awak lain macam punya orang?"

"Lain macam mana?"

"Awak boleh mati dan hidupkan enjin kereta, kemudian awak boleh berjalan
laju macam bas."

"Semuanya itu cara kebetulan saja”, kata datuk tersekat-sekat. Orang ramai
mula menghurung datuk. Pemandu bas itu terus juga mengajukan berbagai-
bagai pertanyaan. Semua pertanyaan itu mempunyai unsur-unsur memuja
dan mengagumi diri datuk. Satu perbuatan yang tidak disenangi oleh datuk.

"Mari”, datuk terus menarik tangan saya. Kami menyusup di celah-celah


orang ramai yang mengelilingi pemandu dan penjual tiket.

"Tengok, tadi orang tua tu ada di sini sekarang dia sudah hilang. Dia banyak
ganjil punya orang, saya ingat dia hantu”, suara pemandu bas meninggi.

Orang ramai yang berada di perhentian bas jadi kelam-kabut lalu menuju ke
tempat pemandu dan penjual tiket. Tidak lama kemudian suara pemandu bas
itu kian menurun dan hilang, digantikan oleh suara ketawa dari orang ramai.
Datuk dan saya hanya melihat peristiwa yang melucukan dari jarak dekat,
kira-kira lima atau sepuluh kaki saja jaraknya dari orang ramai yang
mengelilingi pemandu bas. Anehnya, setiap orang yang lalu di hadapan kami
bagaikan tidak nampak dengan batang tubuh saya dan datuk. Seolah-olah
kami tidak wujud di situ. Mereka berulang-alik dan kami terpaksa
mengelakkan diri dari dilanggar.

"Sebenarnya, aku mahu bercerita panjang pada mereka. Aku mahu


menjelaskan kedudukan yang sebenar, bila mereka buat bising aku terpaksa
melarikan diri”, keluh datuk penuh rasa kesal.

"Bagaimana bila orang sudah tidak ada, kita jumpa mereka tuk?"

"Tak payahlah, lain kali saja kalau ada umur aku jumpa mereka."

"Tapi, mereka jadi serba salah tuk, orang menuduh mereka gila."

Datuk memicit pangkal dagunya. Orang ramai yang menghurung pemandu


dan penjual tiket mula berkurangan. Dan setiap orang yang meninggalkan
kawasan itu menuduh mereka mabuk todi. Akhirnya pemandu dan penjual
tiket mula sedar yang perbuatan mereka, adalah perbualan sia-sia. Mereka
masuk ke dalam perut bas kembali, kerana bangku-bangku kosong dalam
bas sudah dipenuhi dengan para penumpang.

"Syukurlah, keadaan sudah tenang”, kata datuk.

Tanpa banyak soal saya terus mengekori datuk menuju ke jalan besar. Ketika
kami berjalan di kaki lima bangunan di situ, sebuah kereta Morris Minor
berwarna hitam berhenti. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan

485
meluru ke arah datuk.

"Kenal saya?", kala lelaki itu.

"Rasanya, saya kenal."

"Bukan rasa, memang dah kenal. Bukankah awak yang menolong anak saya
dulu."

"Oh, bagaimana dengan anak awak?"

"Sudah jadi manusia. Awak nak ke mana ni?"

"Saya sebenarnya nak ke Ipoh."

"Begini”, lelaki itu tidak meneruskan perkataannya. Ada semacam keraguan


bermain dalam kepalanya. Dia nampak keberatan untuk menyatakan sesuatu
pada datuk.

"Terangkan pada saya”, datuk mendesak. Lelaki itu mempamerkan senyum.


Dengan nada suara yang lemah dia berkala:

"Saya tak dapat nak menolong awak. Saya tak dapat nak menghantar awak
hingga ke Ipoh."

"Itu yang awak susahkan, saya tak minta awak berbuat begitu."

"Saya tahu, awak sudah menolong saya. Alangkah baiknya dalam saat begini
saya boleh menolong awak."

"Jangan begitu. Setiap pertolongan yang saya berikan tidak minta dibalas”,
suara datuk cukup tenang. Lelaki itu tunduk merenung simen kaki lima.

"Saya mahu ke Sungkai. Bagaimana kalau awak berdua menumpang saya


sampai ke Sungkai?"

"Boleh juga”, balas datuk.

Tanpa membuang masa, saya dan datuk masuk ke perut kereta. Sepanjang
perjalanan itu, lelaki tersebut tidak putus-putus melahirkan rasa kesalnya
kerana tidak dapat menghantar datuk hingga ke Ipoh.

"Kalau saya tak ada hal mustahak di Sungkai, saya hantar awak hingga ke
Ipoh. Jasa awak menolong anak saya dulu, belum dapat saya balas”, lelaki itu
terus mengeluh sambil memaut stereng kereta erat-erat.

Saya yang duduk di bahagian belakang kereta, terus melihat pokok-pokok


dan bukit-bukau yang tertegun di kiri kanan jalan. Satu pemandangan yang
amat mengasyikkan buat saya. Seronok benar saya melihat daun-daun pokok
yang menghijau itu.

486
"Awak tak usah sebut-sebut lagi perkahwinan itu. Bersyukurlah pada Allah
kerana anak awak sudah baik. Awak tak perlu memikirkan untuk membalas
jasa saya”, cara mendadak datuk bersuara.

54. Penunggu Rotan Semambu

“Sebagai manusia saya juga merasakan satu kesilapan kalau saya sudah
menolong seseorang kemudian minta dikenang atau dibalas, Islam tidak
menyuruh kita menuntut sesuatu bila sudah menolong orang lain. Kerana
tolong menolong antara satu sama lain itu adalah amal jariah kita sesama
manusia.”

Saya lihat lelaki itu anggukkan kepala mendengar kata-kata dari datuk itu.
Mungkin sudah kehabisan modal atau sengaja mahu menumpukan perhatian
pada kenderaan yang dipandunya, membuat lelaki itu tidak mengemukakan
sebarang pertanyaan pada datuk. Rupa-rupanya datuk senang dengan
keadaan demikian. Dia merapatkan kedua belah kelopak matanya macam
orang tidur. Saya tahu benar-benar, bila datuk berbuat demikian fikirannya
tidak tertumpu pada keadaan kelilingnya. Dia sebenarnya memusatkan hati
dan perasaannya pada sesuatu tempat dan jarak yang berpuluh-puluh atau
beratus batu dari tempat dia duduk sekarang. Saya tidak tahu bagaimana
datuk boleh mencantumkan seluruh perasaannya pada tempat tersebut,
kadang-kadang dia bagaikan tahu tentang sesuatu kejadian di tempat yang
dihayatinya.

"Tamar."

"Ya Tuk."

"Nenek kau tidak berapa sihat, sudah dua hari demam tapi masih boleh
berjalan dan menumbuk padi"

"Kasihan nenek tuk, kalau kita sampai cepat saya tolong dia menumbuk padi
di lesung."

"Sabarlah”, kata datuk dengan tenang.

Rupanya percakapan saya dengan datuk diikuti dengan teliti oleh orang yang
memandu kereta itu. Dia mengerutkan dahi mungkin sedang memikirkan
sesuatu, fikir saya. Kereta yang kami tumpangi terus merempuh beberapa
selekoh tajam.

"Macam mana awak boleh tahu tentang hal isteri awak?", tanya lelaki itu
sambil menjeling ke arah datuk. Saya renung muka datuk.

"Menggunakan pancaindera yang lima pemberian Allah, saya manfaatkan


pemberian itu dengan sebaik mungkin. Tetapi, sebelum menggunakan kita
harus mengenali Allah terlebih dahulu. Andainya kita mahu menggunakannya

487
tanpa mengenali Allah terlebih dahulu pun boleh juga tetapi ... “, datuk
berhenti bercakap, matanya merenung keluar. Dua tiga kali datuk
mengangkat bahu kanannya, macam ada sesuatu yang mengusik di bawah
ketiaknya.

"Cuba jelaskan biar saya faham?”, desak lelaki itu. "Kalau dibuat juga dengan
tidak mengenali Allah, orang yang melakukannya akan dikuasai syaitan."

"Hum “, begitu suara lelaki itu pendek dan membayangkan dia faham dengan
apa yang dikatakan oleh datuk itu.

Akhirnya kami pun sampai di pekan Sungkai. Dari situ, datuk dan saya
menyewa sebuah teksi terus ke Ipoh. Lebih kurang pukul empat petang saya
dan datuk sampai ke kampung. Perkara pertama yang saya lakukan sebaik
sampai ke rumah ialah menuju ke bilik nenek. Saya lihat nenek terbaring
dengan tubuhnya berselimut dengan kain batik Jawa.

“Tamar.”

“Ya nek.”

“Tolong picit kan kaki nenek.”

“Baik nek.”

Saya pun terus memicit kedua belah kaki nenek yang sejuk itu. Menurut
nenek, sebelum dia menumbuk padi tadi, demamnya tidaklah berapa terus.
Tetapi, setelah lima gantang padi selesai ditumbuk seluruh sendinya terasa
sakit.

“Kenapa nek tak hantar padi ke kilang?”, tanya saya.

“Memang turun temurun kita tumbuk pagi, belum pernah kita menghantar ke
kilang. Padi yang sudah di kilang rasanya tak sedap. Khasiatnya banyak yang
kurang”, jelas nenek.

Saya pun tidak mengemukakan sebarang pertanyaan padanya. Dan terus


memicit seluruh tubuh nenek. Kira-kira setengah ham kemudian, datuk
datang membawa sebiji kelapa muda dan beberapa helai daun sirih. Datuk
menyuruh nenek bangun. Datuk masukkan tiga helai daun sirih ke dalam
perut kelapa muda yang sudah ditebuk. Dibiarkan daun sirih terendam dalam
air kelapa kira-kira sepuluh minit. Datuk keluarkan daun sirih itu kembali.
Terus dilipat menjadi tiga segi. Akhirnya datuk hancurkan daun sirih itu di
telapak tangannya.

Daun sirih yang sudah dihancurkan itu mengeluarkan air. Dan air daun sirih
itu datuk sapukan pada kedua belah buku lali nenek. Dari buku lali, air sirih

488
itu disapukan ke belakang serta ke setiap sendi badan nenek. Bila semuanya
sudah selesai datuk suruh nenek minum air kelapa muda.

“Minum dengan senafas. Kalau boleh habiskan sekali”, pesan datuk pada
nenek. Semua pesan itu nenek patuhi. Sebaik saja air kelapa habis terminum
nenek kelihatan lemah dan tidak bermaya. Badannya kelihatan lembik,
kelopak matanya sudah tidak boleh dibukakannya. Datuk rebahkan nenek
atas tikar dan terus menyelimutinya.

“Air kelapa mengeluarkan panas tetapi melemahkan badan. Dengan itu, dia
akan dapat berehat, air sirih dapat mengembalikan pergerakan urat-urat
yang lemah”, bisik datuk pada saya. Dia terus ke dapur mengambil bawang
putih dan halia. Semua bahan-bahan itu ditumbuk dalam lesung batu hingga
hancur. Bila sudah hancur, dikeluarkan dari lesung batu dan dimasukkan ke
dalam gelas lalu di campur dengan satu sudu madu lebah serta air panas.

"Bila nenek kau bangun nanti, suruh dia minum benda ini", datuk
menyerahkan gelas pada saya.

Datuk terus meninggalkan bilik nenek. Datuk menuju ke halaman rumah.


Saya tidak tahu apa yang dilakukannya di situ. Saya terus memicit-micit jari-
jari kaki nenek. Tiba-tiba nenek bangun dan membuang kain batik jawa yang
menyelubung tubuhnya. Muka nenek kelihatan merah dan berpeluh.

"Aku dahaga, ambilkan aku air.”

"Ini airnya."

Saya serahkan cawan yang diberikan oleh datuk itu pada nenek. Tanpa
membuang masa lagi nenek terus meminumnya. Atas permintaan nenek
saya meninggalkan biliknya. Menurut nenek badannya sudah tidak sejuk lagi,
sendi-sendi badannya juga sudah tidak terasa sakit.

--- oooOOOooo ---

Sudah enam bulan saya dan datuk tinggal di kampung. Setiap pagi kami ke
kebun dan ke sawah. Sesekali datuk mengulangi kerja lamanya dengan
mengajak saya memasang jerat pelanduk dan memburu ayam hutan. Boleh
dikatakan setiap kali ke hutan kami tidak pernah pulang dengan tangan
kosong. Saya sudah pandai mengesan jejak pelanduk dan rusa. Hidung saya
juga dapat menghidu bau binatang dari jarak setengah batu. Semun
kebolehan yang saya miliki itu, berkat dari kesabaran saya belajar dari datuk.

Selain dari memburu, ada minat baru yang datang secara mendadak dalam
diri datuk. Minat baru datuk ialah mencari rotan. Tujuan datuk mencari rotan
bukanlah untuk mencari wang seperti yang dilakukan oleh pencari-pencari
rotan yang lain. Datuk cuma mencari rotan semambu untuk dibuat tongkat
yang jumlahnya bukan sedikit dan bentuknya pula bermacam-macam.
Semua tongkat rotan itu datuk aturkan di ruang tengah rumah dan berjaya
menarik perhatian setiap tetamu yang datang ke rumahnya. Datuk tidak

489
akan menjual tongkat-tongkatnya itu, walaupun ditawar dengan harga yang
tinggi. Tetapi, datuk akan memberikan tongkat secara percuma pada sesiapa
yang difikirkan layak diberi.

"Bersiap, pagi esok lepas sembahyang subuh kita ikut Mamat Bukit dan
kawan-kawannya mencari rotan di hutan Bubu dekat Senggeng”, kata datuk
pada saya pada suatu pagi.

"Itu pun kalau kau nak ikut”, tambah datuk.

"Saya nak ikut tuk”, jawab saya tegas. Datuk terus menepuk kepala saya
berkali-kali.

Pagi itu, nenek terpaksa bangun pukul tiga pagi, menanak nasi dan
menggoreng ikan. Nasi dan ikan goreng ditaruh dalam upih lalu dibalut
dengan kertas surat khabar. Datuk sudah pun menyediakan air dalam satu
tong plastik besar.

"Nasi bekal itu taruh dalam beg Tamar. Tong air itu biar aku yang bawa”,
kata datuk sebaik saja dia menunaikan sembahyang Subuh. Datuk sudah pun
mengenakan pakaian yang biasa digunakannya ketika masuk hutan.
Sementara menanti Mamat Bukit dan kawan-kawannya tiba, datuk dan saya
duduk di anjung rumah.
Beberapa minit kemudian Mamat Bukit dan kawan-kawannya pun tiba. Saya
dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek cuma melihat langkah kami
dengan teliti hingga hilang dari pandangannya.

Berjalan di hutan dalam keadaan cuaca yang agak samar dan sejuk itu amat
menyulitkan bagi diri saya. Badan saya menggeletar sendirian. Sebelum
matahari terbit di kaki langit, kami sudah pun meredah empat hutan dara
dan hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di satu kawasan lapang lalu berehat
di situ. Saya sandarkan badan ke pangkal pokok meranti. Mamat Bukit dan
kawan-kawannya (empat orang semuanya) terus menebas anak-anak pokok
di situ dengan golok perak. Datuk terus bergerak dari pokok ke pokok,
memukul perdu dengan sepotong kayu.

Badan saya masih terasa dingin walaupun sinar matahari mula menjalar di
bumi yang lembap. Burung-burung liar yang beraneka bentuk dan warna
mula berterbangan sambil berbunyi. Matahari terus memancar, keadaan di
sekeliling juga turut beransur cerah.

"Kita minum dulu”, kata datuk sambil duduk. Mamat Bukit dan kawan-
kawannya berhenti menebas. Mereka terus duduk dan mengeluarkan bekalan
air kopi masing-masing. Selesai minum kopi Mamat Bukit segera menggulung
rokok daunnya bersama tembakau jawa. Dia kelihatan puas setelah
menyedut rokok daun.

"Dah mandi embun?", Mamat Bukit menyoal datuk.

"Sudah."

490
"Rotan semambu banyak sebelah sana."

Mamat Bukit mengarahkan jari telunjuk ke arah barat daya yang berhutan
tebal. Datuk merenung ke situ sambil menganggukkan kepalanya beberapa
kali. Kawan-kawan Mamat Bukit memasukkan bekalan air kopi ke tempat
asalnya, mereka terus bangun sambil mengeliatkan pinggang masing-masing
beberapa kali.

"Kita berpecah. Udin Candung ikut aku. Dollah Beranggas ikut Samad Perang.
Sebelum waktu Asar kita bertemu di sini dan dirikan pondok untuk bermalam.
Petang esok baru kita balik”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah pada
kawan-kawannya. Mereka pun bergerak mengikut arahan yang telah
ditetapkan oleh Mamat Bukit.

"Kita macam mana tuk?”, saya renung muka datuk.

"Kita ada rancangan kita sendiri, sabarlah Tamar."

"Tapi, kita dah bercerai dengan mereka?"

"Tak apa”, nada suara datuk cukup lembut. Dia terus menyangkutkan golok
perak di tali pinggang yang dibuat dari kulit yang selebar satu inci. Saya
segera bangun, beberapa ekor pacat hutan kelihatan merayap di atas daun
kering menuju pada saya. Datuk saya lihat masih lagi berdiri di situ, tidak ada
tanda-tanda untuk melangkah.

"Bagaimana kita tuk, boleh kita mulakan sekarang?", soal saya lagi.

Datuk tetap membisu dan masih mundar mandir di hadapan saya. Inilah
saat-saat yang paling saya benci, bila datuk bertindak demikian. Cara yang
paling baik saya lakukan ialah turut sama membisu. Biarkan apa saja yang
mahu datuk lakukan. Tindakan saya ilu memang ada untungnya. Saya tidak
marah atau merungut sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan pada
datuk.

Matahari kian meninggi, saya renung ke utara dan nampak barisan Gunung
Titiwangsa yang tertegun kaku, kabus nipis kelihatan mengelilinginya. Buat
beberapa saat saya bagaikan terpukau pada keindahan semula jadi dalam
pancaran sinar matahari pagi yang kian meninggi.

Dari arah belakang saya terdengar sesuatu yang agak ganjil, macam bunyi
orang mematahkan anak-anak pokok hutan yang kecil. Bunyi itu makin lama
makin jelas dan dekat. Saya renung datuk yang sedang membongkok,
mencabut anak pokok besar jari kelingking. Mustahil datuk tidak dapat
mendengar bunyi suara terscbut, pendengarannya lebih tajam dari saya.
Tetapi, kenapa dia tidak bertindak atau membuat persediaan? Sedang saya
melayan pertanyaan dalam hati, Bunyi suara ranting dan pokok hutan yang
dipatahkan bertambah hebat, saya jadi cemas.

491
Tanpa berfikir panjang saya terus memalingkan muka ke belakang. Saya
terkejut, sepasang kaki saya menjadi lemah tidak mampu menahan tubuh
untuk berdiri tegak. Sekawan gajah dalam jumlah enam hingga tujuh ekor
mengangkat belalai masing-masing ke arah saya sementara kaki gajah yang
sebesar batang kelapa dara memijak anak-anak pokok hutan di sekeliling
hingga menjadi rata dan ranap. Dalam waktu cemas begitu, saya jadi panik
tidak lahu apa yang palut saya lakukan. Gajah-gajah liar itu terus mara
seolah-olah batang tubuh saya tidak wujud di depan mereka. Telinga gajah
yang lebar itu terus memukul badan masing-masing dan melahirkan bunyi
yang agak kurang menyenangkan buat diri saya.

Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa badan saya macam
disambar sesuatu, melayang-Iayang dan akhirnya tercampak di perdu pokok
besar, kira-kira tiga puluh kaki jaraknya dari kumpulan gajah-gajah liar.
Buat beberapa saat pandangan saya berpinar-pinar dan pendengaran saya
jadi pana (tuli). Bila keadaan sudah pulih, saya lihat datuk berdiri di hadapan
kumpulan gajah liar sambil memegang sebatang pokok kecil di tangan
kanan. Tangan kirinya diangkat melepasi kepalanya. Gajah-gajah liar itu
bagaikan berhenti dari melangkah sambil menegakkan belalai masing-
masing setinggi yang boleh. Tempikkan dilahirkan oleh gajah-gajah itu dalam
keadaan yang serentak membuat suasana di dalam hutan menjadi kacau
bilau dan kelam kabut.

"Pusing ke sana”, pekik datuk dengan sekuat hati. Kesemua gajah-gajah liar
itu memusingkan badannya mengikut arahan tangan kiri datuk.

"Kita semua makhluk Allah dan sama-sama mencari rezeki pemberian-Nya.


Kau dengan cara kau. Kami dengan cara kami. Jalankan kewajipan masing-
masing dan jangan kami”, tambah datuk sambil menjatuhkan tangannya.

Aneh sekali gajah-gajah liar itu bagaikan mengerti dengan cakap datuk.
Sambil menjatuhkan belalai gajah-gajah itu bergerak ke kanan menuju ke
kawasan yang banyak ditumbuhi pokok enau dan bayas.

"Bangun Tamar."

"Tak boleh tuk, saya sakit."

"Di mana?"

"Tangan dan paha kanan tuk.”

"Hum..."

Datuk segera menghampiri saya. Paha kanan saya dirabanya hingga di


pergelangan kaki. Dengan sepenuh tenaga datuk merentap kaki saya hingga
setiap sendi sebelah kanan badan saya berbunyi.

"Bangun”, ucapnya.

492
Saya pun bangun dan melangkah duatiga tapak.

"Lagi di mana terasa sakit Tamar?"

"Bahu."

Datuk terus memeriksa bahu kanan saya. Dari pangkal bahu membawa ke
hujung siku, kulit saya menjadi lebam.
Setiap kali datuk menekan daging badan di bahagian itu, saya terasa sakit
yang bukan kepalang dan membuat saya terasa mahu buang air kecil dengan
serta-merta.

"Tunggu di sini”, bisik datuk ke telinga. Saya anggukkan kepala. Datuk


menuju ke perdu pokok salak, selembar daun salak yang masih hijau
diambilnya. Dari situ datuk melangkah ke arah pokok jelutung dan terus
terbongkok-bongkok di situ, macam mencari sesuatu. Datuk datang pada
saya kembali menatang sesuatu di dalam daun salak, saya lihat benda yang
datuk tatang itu lembik berwarna agak hijau muda. Tanpa berkata apa-apa
datuk terus melumurkan benda itu di bahagian badan saya yang lebam dan
daun salak muda terus dibekamnya sekali. Bagi mengelakkan daun salak itu
jatuh, datuk terus mengikatnya dengan akar berwarna kebiru-biruan yang
datuk ambil di tanah.

"Baring, luruskan kaki dan tangan. Bila aku kata bangun, kau bangun."

"Baik tuk”, badan saya rebahkan ke bumi.

Datuk terus duduk di sisi saya dengan wajah yang tenang dan sabar.

"Apa rasanya?", tanya datuk.

"Panas sampai ke tulang."

"Tak apa, sikit lagi sakit kau baik."

Lama juga saya terbaring di tanah. Muka saya berpeluh disimbah sinar
matahari, tetapi rasa sakit seluruh badan terasa beransur-ansur kurang,
kemudian hilang terus.

"Bangun, dan berlari.”

Saya segera bangun dan terus berlari dengan mengelilingi kawasan tanah
lapang. Saya berhenti berlari atas perintah datuk.

"Apa rasanya badan kau?"

"Dah tak sakit lagi tuk."

"Mari dekat aku. Biar aku buka balut di lengan kau."

493
Saya terus menghampiri datuk. Tangan kanan saya hulurkan padanya. Datuk
terus membelek-belek tangan saya itu seketika. Daun salak yang hijau itu
saya lihat menjadi kecut, macam terkena bahang api. Sebelum membuka
balut tersebut datuk terlebih dahulu merentap tangan kanan saya secara
mengejut hingga berbunyi. Bila balutan itu dibuka, lebam yang memanjang
dari bahu hingga ke hujung siku sudah tidak ada lagi. Bila datuk menekannya
dengan ibu jari, sudah tidak terasa sakit lagi. Saya boleh menggerakkan
lengan kanan itu seperti biasa.

Baju yang koyak datuk cantumkan kembali dengan menggunakan sejenis


getah yang diambilnya dari sebatang pokok. Datuk tidak menyatakan pada
saya, getah pokok jenis apa yang diambilnya dan saya tidak berminat untuk
bertanya padanya.

"Kita melangkah sekarang, menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Mamat


Bukit. Aku harap kita dapat rotan semambu yang elok”, datuk menggeliat
dua tiga kali sambil melihat arah kedudukan matahari.

Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Mamat Bukit,


langkah datuk terlalu cepat, andainya saya menoleh ke arah lain datuk akan
hilang dari pandangan saya. Berjalan dalam hutan yang penuh dengan akar-
akar kayu, tunggul-tunggul lama serta pokok-pokok besar bukan satu hal
yang mudah bagi diri saya. Tetapi, hal semacam itu tidak menimbulkan
masalah buat diri datuk.

"Ubat apa yang tuk balutkan ke lengan saya tadi?"

"Tahi gajah."

"Tahi gajah?”, ulang saya dengan rasa yang amat terkejut.

Datuk berhenti melangkah lalu merenung muka saya bersama segaris


senyum. Tekak saya terasa loya dan badan terasa geli.

"Itu petua orang tua-tua dan hasilnya sudah kau lihat sendiri. Kau tak perlu
risau, petang nanti kau cuci badan kau dengan tujuh jenis daun yang aku
cari”, kata datuk lagi.

Dia meneruskan perjalanan. Saya juga begitu. Saya dan datuk terpaksa
menyeberangi sebatang anak sungai yang airnya mengalir jernih. Anak-anak
seluang berkejaran di celah-celah batu. Airnya terasa sejuk sekali. Kemudian
kami mendaki bukit kecil sebelah kanan tebing sungai. Di lereng-lereng bukit
itu kami menemui rotan yang banyak tetapi rotan yang ada di situ bukanlah
rotan yang dicari oleh datuk.

Kami mendaki ke puncak bukit. Datuk terpegun melihat rotan semambu yang
terdapat di situ. Dia bagaikan orang gila menerkam dari satu perdu rotan ke
satu perdu rotan. Semua rotan semambu yang dilihatnya menarik belaka,
tidak tahu yang mana satu harus diambilnya. Mungkin kerana penat

494
bergerak, datuk terus duduk sambil melunjurkan kedua belah kakinya. Saya
masih lagi melihat daun rotan yang menghijau, bergoyang-goyang ditiup
angin.

"Kau pergi ke bawah ambil air di sungai”, datuk mengeluarkan perintah.


Wajahnya saya renung dan datuk bagaikan tahu apa yang menjadi persoalan
dalam diri saya ketika itu.

"Kau tak ada bekas nak isi air?"

"Ya tuk."

"Itu perkara mudah, biar aku buatkan", datuk pun bangun.

Dia mengambil daun hutan yang lebar lima enam lembar, daun-daun itu di
cantumkannya. Bagi mengelakkan daun yang dicantumkan itu terbuka, datuk
menggunakan rotan kecil yang ditajamkan dan dicucuk pada setiap sendi
atau pelipat daun hutan yang sudah dijadikan dalam bentuk baldi empat
segi.

"Sekarang kau pergi ambil air."

Saya pun menuruni lereng bukit dengan hati-hati. Tetapi, hati berasa kurang
sedap. Saya bagaikan merasa ada mata di dalam hutan itu yang
memerhatikan gerak-geri saya. Bila saya berdiri di tebing sungai, saya
terdengar bunyi orang berenang di sebelah hilir. Saya terus menoleh ke arah
itu, apa yang saya lihat ialah air jernih kelihatan berkilau-kilauan dipanah
matahari. Saya kira, apa yang saya dengar itu cuma perasaan saja, mana
mungkin ada manusia di dalam hutan selain saya dan datuk. Tidak masuk di
akal air sungai yang cetek itu membolehkan manusia berenang di dalamnya.
Kalau boleh pun pasti yang melakukannya manusia dungu, fikir saya.

Saya terus mengambil air sungai dan membawa pada datuk. Kami terus
makan tengahari dalam hutan. Setelah makan datuk pula pergi ke sungai,
mandi dan mengambil air sembahyang. Lepas itu, barulah datuk memilih
rotan semambu yang dikira baik untuknya. Datuk cuma mengambil tiga
batang saja.

"Tiga pun sudah cukup, lain kali aku datang lagi”, kata datuk pada saya
sambil meneliti ruas rotan semambunya.
Kedua belah tangan datuk genggam, dengan genggaman itu juga datuk
menyukat rotan semambu dari hujung ke pangkal. Datuk memulakan
sukatan itu dengan perkataan untung dan rugi. Bila sampai ke bahagian
pangkal semuanya berakhir dengan perkataan untung. Kepalang gembiranya
datuk, senyuman terus bermain di bibirnya.

Senyuman di bibir datuk terus berhenti dikejutkan oleh bunyi perdu rotan
semambu, dedaun rotan berguguran macam ada tangan raksasa yang
menggoncangnya, akar-akar rotan tercabut sendiri.

495
"Syaitan”, kata datuk.

"Bukan tuk, penunggu rotan semambu."

"Mana ada penunggu, penunggu tu syaitan”, suara datuk mula meninggi dan
dia terus berdiri merenung ke arah perdu rotan semambu yang sudah
tercabut. Saya menarik nafas panjang. Rasa takut dan cemas terus
menguasai diri. Datuk tidak berganjak dari tempat asalnya, matanya tidak
berkedip merenung pada setiap perdu rotan yang tercabut.
Saya terkejut bila terdengar bunyi deru seperti bunyi jentera penolak datang,
semua pokok-pokok di situ bergoyang. Datuk segera membongkok lalu
mengambil tanah dan tanah itu dikepal-kepalnya macam nasi. Dengan
sepenuh tenaga dia melemparkan kepalan tanah itu pada perdu yang
tercabut. Suara jentera hilang dan perdu rotan semambu saya lihat tetap
seperti keadaan asal, tidak tercabut.

"Syaitan, syaitan”, datuk menyebutnya berulang kali sambil mengajak saya


beredar dari situ tanpa membawa rotan semambu yang diambilnya.

"Ke mana kita nak pergi tuk?"

Saya terus mengikutinya menuju ke arah timur bukit kecil, sambil berjalan itu
datuk terus memperkenalkan jenis pokok hutan pada saya. Akhirnya datuk
mematikan langkahnya. Dia terasa kakinya tersepak kan sesuatu yang keras.
Dia terus membongkok dan memeriksa tanah yang dipijaknya. Bila datuk
tegakkan badan, di tangannya terlekap sepotong besi yang panjangnya kira-
kira enam inci. Besi itu sudah berkarat dan bentuknya bulat kecil, kira-kira
sebesar ibu jari tangan orang dewasa.

"Tulang mawas agaknya tuk?"

"Bukan."

"Kalau bukan besi apa pula tuk?"

"Inilah yang aku fikirkan."

Datuk terus duduk di tanah. Besi itu terus ditelitinya. Ketika itu matahari
sudah agak condong kedudukannya. Dalam perkiraan saya, jika matahari itu
bergerak atau tergelincir dari kedudukannya dalam jarak dua jengkal bererti
waktu Asar sudah tiba. Saya mencadangkan pada datuk supaya pulang saja
ke tempat asal (tempat bermalam yang dicadangkan oleh Mamat Bukit).
Datuk menolak cadangan saya itu, dia masih mahu mencari rotan semambu
lagi. Mahu atau tidak, saya terpaksa mengikutinya. Kami terus mara dalam
hutan tebal. Tetapi perjalanan yang rancak itu berhenti juga, bila kami
berhadapan dengan rangka besi yang bentuknya macam ekor ikan paus
tersadai di satu kawasan.

"Rangka bas tuk."

496
"Bukan. Aku tengok macam ekor kapal terbang”, balas datuk. Dia terus
menghampiri ekor kapal terbang sambil mengetuk-ngetuknya dengan
belakang parang. Pada bahagian ekor yang terpacak ke atas terdapat
nombor. Manakala pada bahagian tepinya (badan) terdapat perkataan ‘The
Air Transport Command’ serta ‘The US Army Air Force'. Perkataan itu terus
melekat di kepala saya hingga kini.

Seluruh kawasan itu kami periksa dengan teliti, begitu juga dengan bahagian
dalamnya. Semua alat di dalamnya masih baik. Tanpa mengusik sesuatu
kami meninggalkan rangka kapal terbang itu. Kami mengambil keputusan
untuk pulang ke tempat asal. Bila sampai di tempat datuk mengambil rotan
semambu tadi, dilihatnya tiga batang rotan semambu yang dipilihnya masih
berada di situ. Tanpa berfikir panjang datuk terus mengambilnya, kemudian
kami mandi di sungai.

Bila kami sampai ke tempat mula-mula tiba tadi, Mamat Bukit dan kawan-
kawan sudah ada, malah mereka sudah pun membuat bangsal kecil untuk
bermalam. Beberapa longgokan rotan seni terdapat di situ.

"Sebelah sana, ada alur air untuk mandi dan ambil air sembahyang. Airnya
jernih yang datang dari gunung”, kata Mamat pada datuk. Alur ialah aliran air
atau parit kecil yang airnya sentiasa mengalir. Datuk senang dengan
penerangan Mamat Bukit. Dia terus ke situ mengambil air sembahyang.

Setelah selesai menunaikan sembahyang Asar, saya terus berborak dengan


kawan-kawan Mamat Bukit. Macam-macam hal yang kami kisahkan. Tetapi
datuk tetap merahsiakan kejadian ganjil yang dialaminya ketika mengambil
rotan semambu tadi.

"Kami jumpa bangkai kapal terbang orang putih”, ujar Samad Perang sambil
menunjukkan barang-barang yang diambilnya dari bangkai kapal terbang.
Antara barang-barang itu ialah tiga biji topi yang ada lambang tentera, dua
bekas air, selimut, dua pasang sepatu kulit, pisau, serta buku catatan.

55. Mamat Bukit Yang Gagah

Saya dan datuk berpandangan, tahulah kami sebelum kami tiba ke situ,
mereka terlebih dahulu sampai.

"Lagi apa yang kau dapat?", tanya Mamat Bukit pada Dollah Beranggas
sambil merenung muka Samad Perang. Mereka berbalas senyum. Dengan
tenang Dollah Beranggas mengeluarkan seluar dan baju kelabu yang ada
tanda tentera di dadanya. Dia juga mengeluarkan beberapa kerongsong
peluru.

"Ini baju dan seluar dalam perempuan. Aku jumpa tiga keping gambar”,
Dollah memberikan gambar-gambar itu pada datuk. Habis saja datuk
melihatnya diserahkan pada saya. Saya lihat gambar itu dengan tenang, dua
keping gambar menunjukkan dua orang lelaki bersama keluarganya,

497
manakala yang sekeping lagi gambar seorang gadis bersama orang tuanya.
Saya kira lelaki tua itu ayahnya.

"Saya fikir barang-barang ni membahayakan diri kita. Kalau kita tertembung


dengan orang dalam (komunis) kita akan ditahan, dan kita tak boleh mencari
rotan di sini”, ujar Mamat Bukit.

"Apa yang nak ditakutkan? Kita jumpa dari bangkai kapal terbang. Orang
dalam tu sendiri tentu sudah jumpa lebih dahulu dari kita. Aku ingat orang-
orang yang ada di dalamnya sudah dibunuh”, Dollah Beranggas bersuara.

Dia terus memberitahu datuk yang dia dan kawan-kawannya pernah melihat
sebuah kapal terbang berlegar-legar rendah di kawasan hutan Bubu,
Senggeng, kemudian terus hilang.

"Aku melihatnya dari Kampung Cangkat pada satu petang kira-kira tiga bulan
yang lalu, dan sekarang kita sudah jumpa”, tambah Dollah Beranggas lagi.
Dia enggan memenuhi permintaan Mamat Bukit yang mahu semua barang-
barang itu dibakar.

"Demi keselamatan diri kita, ada baiknya kita bakar”, kata datuk. Dan cakap
datuk itu segera dipatuhi. Selepas menunaikan sembahyang Maghrib, semua
barang-barang itu jadi bahan unggun api. Rasa sedih dan hampa terbayang
di wajah Samad Perang dan Dollah Beranggas.

Kira-kira dua belas malam, bangsal tempat kami berteduh bergegar, macam
digoncang orang. Datuk yang sedang wirid membaling tasbih segera mem-
bangunkan Mamat Bukit dan Mamat Bukit memerintahkan kawan-kawannya
memeriksa setiap penjuru bangsal. Tidak terdapat tanda-tanda kesan orang
atau binatang liar yang datang ke situ. Keadaan begini mendatangkan rasa
cemas di hati saya.

"Tiga batang rotan semambu saya hilang”, datuk mengadu kepada Mamat
Bukit yang masih tercegat di depan bangsal. Wajah Mamat Bukit saya lihat
cemas sedikit.

"Di mana awak letak?"

"Saya letak dekat hujung lutut."

"Awak dah cari?"

"Nak cari apa, masa bangsal ni bergoyang rotan semambu masih ada lagi di
situ tak sampai seminit rotan semambu itu hilang dari mata.

Mamat Bukit terdiam mendengar penjelasan dari datuk. Dengan lampu picit
berubat (bateri) lapan, Mamat Bukit menyuluh tempat datuk meletakkan
rotan semambunya. Datuk menepuk dahi dua tiga kali, rotan semambunya
masih berada di situ. Bila datuk mahu menjamahnya, Mamat Bukit segera
menahannya.

498
“Jangan, kita tengok dulu”, kata Mamat Bukit tanpa mengubah pancaran
cahaya lampu picit nya. Tiga batang rotan semambu itu bergerak-gerak dan
bertukar warna dari hijau menjadi merah, hitam dan kuning macam tembaga.
Dalam beberapa saat pula bertukar menjadi ular tedung yang kepalanya
menghala pada kami. Mamat Bukit terus melompat dan menyambar ranting
pokok berdaun hijau di sisinya.

Daun dan ranting dihumbankan pada rotan semambu yang menjadi ular.
Ketika ranting dan daun hijau mengenai rotan semambu, saya terlihat satu
pancaran cahaya macam kilat yang datang dari arah kanan bangsal, rotan
semambu milik datuk kembali pada keadaan asalnya.

“Ganjil”, kata datuk.

"Ganjil pada awak, pada kami tidak. Hal semacam itu selalu terjadi pada
pencari rotan”, dedah Mamat Bukit lalu mengajak saya dan datuk duduk
berlonggok dengan kawan-kawannya.

"Kalau awak nak tahu itulah penunggu rotan”, tiba-tiba Udin Candung
bersuara. Kata-kata itu ditujukan pada datuk.

"Itu syaitan”, balas datuk.

"Bukan. Itu penunggu”, sahut kawan-kawan Mamat Bukit serentak. Mereka


seolah-olah tidak mahu menerima dengan apa yang diucapkan oleh datuk.
Saya lihat datuk tersenyum. Dia tidak marah bila orang tidak mahu
menerima pendapatnya. Kerana takut berlaku sesuatu perkara yang tidak
diingini terjadi, satu keputusan telah diambil. Semua yang ada di situ tidak
boleh tidur serentak. Datuk terkecuali dari keputusan itu kerana dia sudah
pun tidur selepas menunaikan sembahyang Isyak, kira-kira dua jam lamanya.
Sekarang, datuk memutuskan untuk berjaga sampai pagi sambil membaca
ayat-ayat suci.

"Awak boleh pilih sama ada mahu berjaga atau tidur”, kata Mamat Bukit pada
saya sambil tersenyum. Kerana memikirkan berjaga lebih selamat dari tidur,
saya memutuskan untuk berjaga macam datuk. Ternyata Mamat Bukit
senang dengan keputusan itu.

"Kau orang tidur dulu, biar aku sama Dollah Beranggas berjaga. Bila aku kejut
kau orang mesti bangun”, beritahu Mamat Bukit pada Udin Candung dan
Samad Perang. Tidak ada bantahan daripada orang yang menerima arahan.
Udin Candung dan Samad Perang pun merebahkan badan masingmasing.

Sudah setengah jam masa berlalu. Dollah Beranggas tidak mampu berjaga.
Atas rasa kasihan Mamat Bukit mengizinkan Dollah Berangas tidur.
Tinggallah saya dan Mamat Bukit menghadapi unggun api. Datuk tidak
menghiraukan kami, dia tetap dengan tugasnya membilang tasbih dan
membaca ayat-ayat suci dalam bangsal. Saya terhibur dengan cerita-cerita
yang diungkapkan oleh Mamat Bukit tentang pengalaman-pengalaman aneh

499
yang dialaminya ketika bermalam dalam hutan.

Semua cubaan dan rintangan itu dapat diatasinya. Berdasarkan pada cerita-
cerita itu, saya segera membuat kesimpulan bahawa Mamat Bukit bukanlah
calang-calang orangnya. Menurutnya, gelaran Bukit di hujung namanya itu
diberi oleh penduduk-penduduk kampungnya kerana kepandaiannya
menguasai puncak bukit serta tahu nama-nama bukit di daerahnya. Memang
seronok bercakap atau berborak dengan Mamat Bukit, masa yang berlalu
tidak terasa sama sekali.

"Cahaya”, jerit saya bila melihat cahaya api itu datangnya dari salah satu
puncak gunung dari barisan Banjaran Titiwangsa. Saya perhatikan cahaya itu
menuju ke arah kami.

"Bertenang”, bisik Mamat Bukit pada saya.

Mamat Bukit pun bangun. Berdiri sambil merenung tajam ke arah cahaya itu.
Dia meluruskan tangan kanannya ke arah cahaya itu. Kelima-lima jarinya
terkembang macam menahan sesuatu. Dalam beberapa detik kelima-lima
jarinya bergerak macam orang memulas buah kelapa.

"Puhhhhhh...”, katanya sekuat hati. Saya lihat cahaya sebesar bola tenis
bagaikan pecah, berserakan di udara dan akhirnya hilang entah ke mana.
Dahi Mamat Bukit berpeluh dan dia terus jatuh. Dalam beberapa minit saja
dia bangun kembali. Mungkin kerana kedinginan dia terus merapatkan
badannya ke unggun api. Datuk masih lagi dengan tugasnya. Dengkur
kawan-kawan yang tidur bertambah kuat. Lagi sekali saya terkejut, apabila
seekor lembu jantan berwarna putih berdiri di sebelah kanan Mamat Bukit,
sambil ekornya memukul badannya. Bila Mamat Bukit bergerak, lembu itu
dengan tiba-tiba bersuara, jadi marah dan merenung ke arah saya dan
Mamat Bukit.

Belum pun sempat saya dan Mamat Bukit berbuat sesuatu, lembu itu terus
mengelilingi unggun api beberapa kali. Akhirnya, lembu itu naik minyak dan
menyerang apa saja yang terdapat di sekelilingnya. Dua tiga kali lembu itu
mahu melanggar saya. Kalau tidak kerana kecekapan Mamat Bukit
mempertahankan diri saya dengan gerak dan langkah silatnya yang tangkas,
sudah pasti badan saya hancur dipijak lembu tersebut.

"Kau ke sana”, Mamat Bukit menolak badan saya dari berpaut padanya. Saya
terdorong agak jauh juga dari unggun api. Rupanya Mamat Bukit
menggunakan kepintarannya, dengan berbuat demikian lembu yang sedang
naik minyak itu akan menyerang saya. Dalam saat begitu memberi
kesempatan pada Mamat Bukit melakukan sesuatu. Ketika lembu itu
memburu saya, Mamat Bukit terus menyambar ekor lembu dan terus
dipulasnya dengan sekuat hati. Mamat Bukit dan lembu memperadukan
tenaga. Dalam pertarungan itu Mamat Bukit lebih hebat, lembu itu tidak
terdaya menarik batang tubuh Mamat Bukit. Lembu itu terus jatuh dan
hilang, tanah tempat lembu itu jatuh berasap dan berlubang. Seluruh badan
Mamat Bukit dibasahi peluh dan nafasnya tercungap-cungap.

500
"Tempat ni memang keras”, rungut Mamat Bukit sambil merenung Iubang
yang berasap. Sebelum saya mengajukan sebarang pertanyaan pada Mamat
Bukit, lubang yang berasap itu terus menjadi rata tanpa meninggalkan
sebarang kesan.

"Saya mesti mengadakan semah atau jamuan di tempat ini”, Mamat Bukit
lalu menandakan tempat itu dengan sebatang kayu yang bercabang dua.
Salah satu cabang itu Mamat Bukit ikatkan dengan kain warna hitam.
Mamat Bukit terus duduk bersila di situ, badannya terus menggeletar,
suaranya juga berubah parau dan kasar, kemudian bertukar macam suara
orang perempuan. Mamat Bukit terus menghempas-hempaskan badannya di
bumi, macam ayam kena sembelih. Kelakuan Mamat Bukit itu mengejutkan
kawan-kawannya yang sedang tidur. Mereka terus menerkam ke arah Mamat
Bukit yang tidak sedarkan diri. Samad Perang terus mencangkung di
depannya.

"Hai datuk penunggu, kenapa anak cucu yang mencari makan di sini
diganggu?”, kata Samad Perang. Mamat Bukit yang berguling-guling atas
tanah berhenti berguling, terus duduk mencangkung sambil menekankan
mulutnya ke bumi. Saya Iihat bibirnya penuh dengan tanah.

"Datuk mahu makan? Boleh kami beri”, sambung Samad Perang.

"Ya, kambing jantan warna putih, disembelih, tujuh sikat pisang emas”, balas
Mamat Bukit dalam suara seorang perempuan, Mamat Bukit terus mengilai.

"Lagi apa tuk penunggu mahu?"

"Adakan jamuan itu pada tiap-tiap tahun, nanti kau orang senang mencari
rezeki di sini."

"Baik datuk penunggu."

"Ingat pesan aku."

Begitulah lebih kurang percakapan Samad Perang dengan penunggu rotan


yang meresap ke dalam diri Mamat Bukit. Bila percakapan itu selesai, Mamat
Bukit pun pulih seperti biasa. Datuk tidak campur tangan dalam urusan
tersebut.

Pagi itu, setelah datuk menunaikan sembahyang Subuh serta mandi embun,
barulah datuk bertanya pada Mamat Bukit tentang peristiwa yang dialaminya
pada sebelah malam. Datuk mengakui tentang kehebatan Mamat Bukit,
menurut datuk kalau calang-calang orang tidak mungkin boleh berhadapan
dengan kejadian yang aneh itu. Nampaknya Mamat Bukit kurang senang
dengan pujian yang diberikan oleh datuk.

"Saya buat apa yang saya tahu”, beritahu Mamat Bukit pada datuk.

501
"Dari mana kau belajar semuanya ini Mamat?"

"Dari arwah orang tua saya."

"Cuma ada satu saja yang cacatnya dalam perkara ini."

Saya lihat muka Mamat Bukit segera berubah. Dia bagaikan terkejut
menerima kata-kata datuk yang tidak diduga sama sekali terkeluar dari
mulut datuk. Dengan pandangan yang tajam dia merenung muka datuk
lama-lama.

"Apa maksud dengan cacat yang awak katakan?”, soal Mamat Bukit.

"Saya tahu, ayah awak memang handal di hutan, saya berkawan dengannya.
Saya merasa megah kerana awal sedikit sebanyak dapat ilmu darinya.”

"Lagi?"

"Sejak semalam saya belum melihat awak bersembahyang sebagai tanda


bersyukur pada pemberianNya, awak menerima rezekiNya, tapi awak tidak
pernah mengingatinya. Maafkan saya kalau tersinggung, sebagai seorang
Islam saya cuma mengingatkan awak. Saya tidak memaksa”, dengan tenang
datuk bersuara. Mamat Bukit tersenyum. Dan Mamat Bukit tidak mahu
memperkatakan perkara yang datuk sebutkan itu. Dia mengalih persoalan
pada penunggu rotan semambu yang mahukan kambing putih, secara tidak
langsung dia membebankan masalah itu pada diri datuk, cara halis dia
seolah-olah mahukan datuk mengadakan kambing putih itu.

Datuk yang mengerti dengan tujuan dan maksud Mamat Bukit itu, menolak
permintaan itu dengan secara terhormat. Dan Mamat Bukit pula tidak merasa
hampa atau kecewa dengan sikap datuk itu, malah kalau datuk tidak mahu
mengadakan, dia sendiri akan berusaha hingga perkara yang dijanjikannya
itu pasti terlaksana.

“Usahlah buat kerja membazir tu Mamat. Itu perbuatan syaitan”, kata datuk
dengan tenang. Mamat Bukit gelengkan kepala beberapa kali.

“Ini janji.”

“Janji dengan Syaitan.”

“Tidak, dengan penunggu”, suara Mamat Bukit mula meninggi. Matanya


merah merenung muka datuk. Dan kawan-kawannya juga merasa kurang
senang dengan tindak-tanduk datuk itu.

Dollah Beranggas menghampiri datuk. Dua kali bahu kanan datuk


ditepuknya.

“Awak tak usah masuk campur, ini urusan kami selesaikan sendiri”, kata
Dollah Beranggas.

502
“Tapi perbuatan itu tak kena pada tempatnya, bertentangan dengan hukum
agama Islam.”

“awak tahu, bila hajat penunggu ditunaikan, rotan akan menjadi-jadi dan
rezeki kami akan bertambah.”

Datuk menggigit bibir, muka Dollah Beranggas direnungnya. Saya lihat


Mamat Bukit, Samad Perang dan udin Candung tersenyum sinis pada datuk.

“Kerja mengarut.”

“Mengarut pada awak, pada kami tidak”, sahut Mamat Bukit. Datuk terus
membisu dan beredar dari situ menuju ke belakang bangsal. Tidak siapa
yang tahu kenapa datuk pergi ke belakang bangsal.

Saya tahu, datuk kurang senang dengan peristiwa yang terjadi, begitu
dengan Mamat Bukit dan kawan-kawannya. Mereka merasakan kehadiran
datuk dalam kumpulan mereka tidak mendatangkan manfaat yang besar.
Samad Perang secara terang-terangan menyalahkan Mamat Bukit yang
membenarkan datuk ikut serta dalam kumpulan mereka. Mamat Bukit tetap
mempertahankan apa yang dibuatnya itu memang kena pada tempatnya.

Mujurlah perbalahan kecil yang terjadi antara mereka tidak sampai didengar
oleh datuk. Kalau datuk dengar sudah tentu perasaannya tersinggung.

“Jangan beritahu pada datuk awak, apa yang awak dengar...”, Mamat Bukit
mengingatkan saya. Tanpa berfikir panjang saya anggukkan kepala.

Matahari pagi kian meninggi, jalur sinarnya memanah pada daun-daun kering
di bumi. Mamat Bukit dan kawan-kawannya sudah pun memikul gulung rotan
ke atas bahu masing-masing. Bersedia untuk pulang.

“Macam mana ni? Kita balik ikut jalan kita datang atau ikut jalan lain?”, Udin
Candung bersuara.

“Ikut jalan datang”, balas Samad Perang.

Saya merasa kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh mereka. Walaupun
tubuh badan mereka agak kecil, tetapi mereka mampu memikul gulung
(berkas) rotan yang berat untuk meredah hutan dan paya.

“Nanti dulu, sahabat saya belum bersedia”, suara Mamat Bukit meninggi.
Dan kawan-kawannya terpaksa meletakkan kembali gulung rotan di bahu ke
tanah. Semua biji mata kawan-kawan Mamat Bukit merenung pada datuk
yang muncul dari belakang bangsal. Dia tangan kanannya ada sebatang kayu
sebesar ibu jari kaki.

“Buat apa kayu tu?”, tanya Mamat Bukit.

503
“Buat tongkat, waktu turun dari bukit.”

“Saya dah bertahun masuk hutan, tak pernah bawa kayu bila turun bukit.”

"Itu awak, sudah biasa. Saya tak pandai."

Kawan-kawan Mamat Bukit terus ketawa mendengar jawapan dari datuk itu.
Datuk terus mengambil rotan semambunya dalam bangsal. Tiba-tiba datuk
berpatah balik, mukanya nampak cemas.

"Kenapa?", soal Mamat Bukit.

"Ular tedung dekat rotan semambu saya."

"Itulah, awak tak percaya pada penunggu. Sekarang apa dah jadi?”, cara
mendadak saja Samad Perang bersuara yang diakhiri dengan senyum
menyindir.

"Jangan timbulkan masalah lagi”, Mamat Bukit menengking Samad Perang


dan di wajahnya terpamer rasa kesal atas tindakan Mamat Bukit itu.

Mamat Bukit terus mengajak datuk ke tempat rotan semambu. Saya pun ikut
serta. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Seekor ular- tedung
berlingkar atas batang rotan semambu milik datuk. Bila mendengar bunyi
tapak kaki kami, ular itu bergerak-gerak dan panggungkan kepala.
Sebenarnya, kalau datuk tidak memanggil Mamat Bukit pun masalah itu
boleh diatasi. Datuk boleh mengusir ular itu dengan kayu atau
membunuhnya. Ada masalah yang lebih besar dari itu datuk boleh
menyelesaikannya, kenapa masalah sekecil ini datuk memerlukan tenaga
orang lain? Tindak-tanduk datuk itu menimbulkan tanda tanya pada diri saya
sendiri. Apakah muslihat datuk yang sebenar? Apakah dia mahu menguji
kemampuan diri Mamat Bukit atau sekadar mahu tahu sejauh mana Mamat
Bukit mempercayai perkara tahyul.

Mamat Bukit hulurkan tangan kirinya pada ular itu. Saya lihat badan ular itu
bergerak cepalt lalu mematuk tangan Mamat Bukit. Aneh, Mamat Bukit masih
tersenyum dan terus menangkap kepala ular. Dengan ibu jari dan telunjuk
dia menekan rahang ular hingga mulutnya terbuka. Siung (gigi) ular jelas
kelihatan. Mamat Bukit tekan siung ular itu pada kayu keras hingga siungnya
mengeluarkan air jernih yang agak kental.

"Itu bisa ular”, bisik datuk pada saya.

Ular di tangan Mamat Bukit jadi lemah. Mamat Bukit melemparkan ular itu ke
dalam hutan tebal. Dengan telapak tangannya, Mamat Bukit mengambil bisa
ular yang jatuh atas daun kering dan digosokkan pada kedua belah
tangannya.

"Dengan cara ini saya akan kebal dari sebarang bisa ular”, beritahu Mamat
Bukit pada datuk.

504
"Kau memang hebat Mamat."

"Sebenarnya begini, saya belajar perkara ini semasa saya berada di Siam."

"Macam mana awak boleh ke sana?"

"Panjang ceritanya. Saya ditangkap oleh tentera Jepun dan jadi buruh
keretapi maut, saya lari dari kem. Berbulan-bulan duduk dalam hutan. Masa
itulah saya berjumpa dengan seorang sami”, Mamat Bukit berhenti bercerita.

"Apa yang awak buat dengan sami tu?"

"Dialah yang mengajar saya ilmu ini, tetapi, sebelum itu saya terpaksa
makan hempedu ular yang bisa."

"Begitu”, keluh datuk sambil mengerutkan dahi.

Mamat Bukit terus menepuk-nepuk belakang saya berkali-kali. Datuk terus


melihat kawasan sekeliling.

"Jadi ular tadi bukan ular penunggu?", saya bertanya padanya.

"Bukan”, sahut Mamat Bukit lalu menyuruh datuk mengambil rotan


semambu.

Datuk terus ambil rotan semambu, kemudian kami pun menuju ke kawasan
lapang depan bangsal. Samad Perang, Udin Candung dan Dollah Beranggas
masih duduk mencangkung di situ.

“Mari, kila beredar sekarang”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah. Kawan-


kawannya bangun serentak dan meletakkan gulung rotan ke atas bahu
masing-masing. Mamat Bukit jadi kepala jalan. Datuk berada di belakang
sekali. Baru dua tiga rantai melangkah, Mamat memerintahkan kami
berhenti.

"Tak seronok rasanya, kawan kita berada di belakang sekali. Kenapa tak ke
depan dekat saya”, kata-kata itu Mamat Bukit tujukan pada datuk.

"Tak apa, biarlah saja jadi ekor jalan."

"Bukan apa-apa, kalau bercerai nanti saya takut awak sesat."

"Dengan izin Allah, saya tak sesat."

Mamat Bukit puas hati dengan penjelasan datuk itu. Dia meneruskan
perjalanan. Orang yang paling resah sekali dengan sikap datuk itu ialah
Samad Perang. Dia seolah-olah tidak mahu datuk berada di belakangnya.
Kalau boleh biarlah datuk berada di depannya. Kenapa Samad Perang
bersikap demikian? Saya sendiri pun tidak tahu. Badan saya mula berpeluh,

505
saya kira orang-orang lain dalam perjalanan juga berpeluh. Kami sudah pun
menuruni tiga buah bukit yang curam. Setiap kali turun bukit saya pasti jatuh
kerana tidak pandai mengimbangi badan. Satu hal yang pasti, dalam
perjalanan itu kami tidak banyak bercakap, kecuali ada hal yang penting.

"Sial”, pekik Samad Perang sambil membuangkan gulung rotan di bahu.

Samad Perang terus mencabut golok perak dan mencantas semua pokok-
pokok kecil di kelilingnya. Rambutnya yang digunting pendek kelihatan tegak
macam bulu landak, biji natanya mula merah. Kata-kata yang lahir dari
mulutnya tidak menentu dan curang jelas, sukar untuk memahami dengan
apa yang dituturkannya.

"Buat bulatan keliling dia. Kalau dia mahu lari, tangkap”, Mamat Bukit
mengeluarkan arahan. Arahan itu segera dipatuhi. Samad Perang terus
mengamuk, tidak ada seorang pun yang berani menghampirinya.

"Siapa berani sila rapat, aku keluarkan isi perut kamu semua”, suaranya
meninggi. Golok perak terus diacu-acukan pada kami yang mengelilinginya.
Samad Perang gulingkan badan atas tanah. Habis semua pokok-pokok renek
di situ dilanggarnya. Aneh, bajunya tidak koyak, badannya juga tidak luka.

"Aku mahu kambing jantan putih”, suara Samad Perang berlainan benar kali
ini. Parau dan garang. Dia cuba merempuh bulatan yang kami buat. Dalam
masa kelam kabut itu, Mamat Bukit terus mencabut sebatang pokok kecil.
Badan Samad Perang dipukulnya bertalutalu. Pukulan itu tidak
mendatangkan sebarang kesan pada Samad Perang. Malah, Samad Perang
bertambah berang. Kekuatan yang diperlihatkannya amat luar biasa sekali.
Mamal Bukit tidak boleh menahan sabar lagi, bila Samad Perang menendang
perut Udin Candung hingga termuntah-muntah. Udin Candung tersungkur di
bumi.

Mamat Bukit segera bertindak. Dia melompat tinggi dan melepaskan satu
tendangan kencang di bahu kanan Samad Perang. Samad Perang tergolek di
bumi. Mamat Bukit terus mengikat kedua belah tangan dan kaki Samad
Perang dengan rotan. Kemudian dia menyuruh Dollah Berangas dan Udin
Candung membuat pengusung. Cukup cepat mereka bekerja. Tidak sampai
satu jam, pengusung pun siap.

"Nampaknya kita terpaksa pikul sampai ke rumah”, kata Mamat Bukit. Bagi
memastikan Samad Perang tidak melompat dari pengusung, badannya diikat
dengan rotan pada gelegar pengusung. Mamat Bukit dan Dollah Berangas
didepan, Udin Candung dan datuk di belakang. Saya terkecuali dari tugas itu,
tetapi, saya terpaksa memikul tiga batang rotan semambu milik datuk. Tiga
batang rotan semambu bukanlah berat sangat, tetapi, rotan semambu yang
saya pikul ini beratnya agak aneh, macam berat seguni padi.

Saya teringat pesan datuk. Katanya, bila hati merasa cemas atau sangsi
terhadap sesuatu bacalah ayat Kursi. Hal itu segera saya lakukan. Rotan
semambu yang terasa berat itu menjadi ringan kembali.

506
Memikul manusia dalam hutan bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana
semangat setia kawan yang kental, kerja yang sukar itu menjadi senang.

Lebih kurang pukul dua petang, pengusung yang membawa Samad Perang
terdampar di halaman rumahnya. Kaum keluarganya jadi gempar. Ada yang
menangis dan ada yang meratap. Pada sangkaan mereka Samad Perang
sudah meninggal dunia. Bila keadaan sebenar dijelaskan oleh Mamat Bukit,
suasana menjadi aman dan tenang. Samad Perang dibawa ke dalam rumah
dan dibaringkan di ruang anjung. Semua ikatannya dibuka. Marnat Bukit
meraba pangkal lehernya lalu menekan salah satu urat di situ.

Samad Perang membukakan kedua belah kelopak matanya. Dia senyum


seketika dan lepas itu dia terus melompat dan bertempik, semua barang
yang ada berada di anjung habis ditendangnya. Samad Perang menjelirkan
lidahnya macam anjing kehausan. Dan sepasang matanya yang merah
merenung tajam ke wajah isterinya yang berdiri tidak jauh darinya.
Gerakannya cukup pantas, dengan sekelip mata sahaja dia menerkam ke
arah isterinya dan terus mencekik leher isterinya.

Mamat Bukit segera bertindak. Dia melepaskan satu penumbuk kencang di


dagu Samad Perang. Saya lihat Samad Perang terus jatuh. Udin Candung
terus memapah isteri Samad Perang dalam keadaan separuh sedar dan
pengsan ke ruang tengah rumah. Beberapa orang perempuan terus memberi
rawatan kilat pada isteri Samad Perang.

Di luar dugaan, Samad Perang yang kena penumbuk kencang itu boleh
bangun dengan segera dan terus menyerang Mamat Bukit. Datuk, Udin
Candung serta Dollah Berangas terus menangkap Samad Perang tetapi,usaha
itu gagal.
Samad Perang terlalu gagah. Dengan sekali pusing sahaja ketiga-tiga orang
itu terhumban atas lantai anjung rumah. Dahi Udin Candung berdarah kena
tiang. Bibir Dollah Beranggas pecah kena lantai. Pangkal kening datuk
bengkak kena penumbuk. Mamat Bukit berhempas mahu melepaskan dirinya
dari pelukan Samad Perang. Setiap kali Samad Perang menggigit tubuhnya,
muka Mamat Bukit berkerut menahan kesakitan. Darah membasahi baju
Mamat Bukit. Satu pemandangan yang amat ngeri bagi diri saya.

"Tolong saya, tangkap dia”, jerit Mamat Bukit. Dengan serentak datuk dan
Dollah Beranggas memeluk tubuh Samad Perang dari belakang. Kedua-
duanya kena penendang, tersungkur atas lantai. Udin Candung pula
bertindak dan
mengalami nasib yang sama.

"Kita tangkap kakinya”, Dollah Beranggas beri cadangan.

"Ya, mari kita cuba”, jawab Udin Candung.

"Satu cara yang baik”, sahut datuk.

507
Serentak mereka bertiga memaut kaki Samad Perang dan Samad Perang pun
rebah. Mamat Bukit berjaya melepaskan dirinya dan terus memeluk tubuh
Samad Perang.

56. Bomoh Terjun

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

DATUK terus memulaskan kedua belah tangan Samad Perang ke belakang.


Udin Candung pula memegang kedua belah kaki. Mamat Bukit terus duduk di
atas belakang Samad Perang.

“Dollah kau ambil rotan,” Mamat Bukit beri arahan pada Dollah Beranggas.
Cepat-cepat Dollah Beranggas melompat ke tanah dan segera naik ke rumah
bersama segulung rotan.

Tanpa membuang masa, Dollah Beranggas buka gulung rotan dan terus
mengikat kedua belah pergelangan kaki Samad Perang.

“Rotan. Aku nak ikat tangannya, cepat sikit Dollah,” Dollah pun melemparkan
rotan pada Mamat Bukit. Kedua belah tangan Samad Perang pun terus diikat.

Samad Perang terkapar di situ, nafasnya tercungap-cungap macam ikan atas


daratan.
Mungkin kerana letih membuat datuk, Mamat Bukit, Udin Candung dan
Dollah Beranggas tersandar di dinding rumah.

“Kita tak boleh membiarkan dia begitu, kesian dan tak elok pada mata orang
lain, macam kita tak berakal sangat,” kata datuk pada Mamat Bukit.

“Habis apa yang patut kita buat?, Kalau kita buka ikatannya nanti dia
membunuh orang lain.”

”Bagaimana, kalau kita rantaikan kakinya pada tiang seri.”

“Betul juga cakap awak, kita kena berunding dengan kaum keluarganya
dulu.”

“Terpulanglah pada awak Mamat.”

Mamat Bukit pun menemui keluarga Samad Perang. Setelah berunding


Mamat Bukit menyuruh Dollah Berangas mencari rantai besi dan kunci.
Dollah Beranggas segera akur dengan permintaan Mamat Bukit itu.Setengah
jam kemudian, Dollah Beranggas kembali ke rumah dengan membawa rantai
besi serta ibu kunci tembaga. Semuanya diserahkan pada Mamat Bukit.

“Di mana kamu dapat barang-barang ni Dollah?” Soal Mamat Bukit.

“Rantai besi dan kunci tu, saya pinjam dari Haji Ishak.”

508
“Macam rantai pengikat sampan (perahu) rupanya.”

“Ya, memang rantai pengikat sampan, kunci tembaga tu kunci peti duitnya.”

“Habis sekarang peti duitnya tak berkuncilah Dollah?”

“Duitnya memang tak ada, dia simpan petinya saja,” kata Dollah Beranggas
sambil tersenyum.

Samad Perang pun diangkat berhampiran tiang seri, kakinya terus dirantai,
dan dikunci. Rotan yang mengikat kaki dan tangannya pun dibuka. Samad
Perang terus bangun sambil meronta-ronta.

“Lepaskan aku, lepaskan aku, aku nak kambing putih, aku nak balik ke
bukit,” jerit Samad Perang dengan lantang.

Pinggan berisikan nasi yang dihulurkan oleh isterinya terus dipecahkannya


dan nasinya dipijak-pijak. Jiran-jiran yang melihat kejadian aneh itu, ada yang
geleng kepala dan ada pula yang menangis penuh simpati. Beberapa orang
dukun yang cuba mengubati semuanya kena maki hamun dari Samad
Perang. Dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa dalam masalah ini, datuk
merasakan apa yang terjadi pada diri Samad Perang memang ganjil sekali.

“Pelik, sungguh tadi elok sihat tiba-tiba ini jadinya,” keluh datuk.

“Bukan apa-apa tu, kena sampuk penunggu bukit,” celah Mamat Perang.

“Penunggu?”

“Ya, apa awak tak percaya? Awak dah tengok sekarang.”

Datuk menggigit kuku di jari manis. Dia agak enggan mahu mengakui
kebenaran kata-kata akhir dari Mamat Bukit itu. Dan Mamat Bukit bagaikan
tahu kesangsian yang bermain dalam diri datuk.

“Kau tidak percaya pada penunggu?”

“Susah nak aku cakpkan, terus terang aku katakan pada kamu Mamat, ini
semuanya kerja syaitan.”

“Terpulanglah, tak usah kita bertengkar fasal ini, apa yang mesti kita fikirkan
bagaimana mahu memulihkan diri Samad Perang.”

“Ya, memang betul cakap kau.”

Mamat Bukit dan datuk berbalas senyum. Secara spontan Mamat Bukit minta
datuk mengubatinya. Tetapi, datuk menolaknya dengan alasan dia tidak
mampu. Samad Perang yang dirantai kakinya terus menjerit sambil
menumbuk-numbuk dada. Dia berusaha mahu memutuskan rantai besi,

509
untuk lari ke hutan. Tiang seri dari kayu cengal terus digegarnya.
Kerana kedudukan tiang seri itu teguh dan dipasak dengan baji kayu jenis
keras, membuat tiang itu tidak bergerak walau sedikit pun.

“Saya balik dulu Mamat,” bisik datuk pada Mamat Bukit.

“Silakan. Tapi esok macam mana?”

“Saya tak faham cakap awak.”

“Mudah saja, pagi esok kami nak ke hutan menghantar kambing jantan putih
serta membuat semahan atau jamuan untuk penunggu.”

“Saya tidak mahu subahat dengan kerja-kerja yang bercanggah dengan


ajaran agama Islam Mamat.”

“Tak apalah, awak jangan menyesal kalau penunggu kacau awak.”

“Saya serahkan pada Allah yang maha besar.”

Saya dan datuk pun meninggalkan rumah Samad Perang yang jaraknya
dengan rumah datuk kira-kira dua batu lebih. Bersama sinar matahari petang
yang kian menurun, terdengar sayup-sayup jeritan Samad Perang.Sampai di
rumah datuk terus menyeltkan rotan semambunya di gelegar rumah. Bila
saya tanya kenapa datuk tidak membawa masuk ke dalam rumah. Datuk
hanya memberi jawapan yang pendek begini bunyinya:

“Menurut petua orang tua-tua, barang-barang yang diambil dari hutan, tidak
baik dibawa terus ke dalam rumah.”

“Apa sebabnya tuk?”

“Entahlah, tapi itu kepercayaan entah betul entah tidak dan hati aku ragu-
ragu nak bawa masuk.”

Saya puas hati dengan penjelasan yang diberikan, tidak ada pertanyaan yang
mahu saya kemukakan padanya. Dari air mukanya saya dapat menduga
bahawa datuk begitu kecewa dengan nasib malang yang menimpa diri
Samad Perang. Dua hari kemudian, saya dan datuk pergi semula ke rumah
Samad Perang kembali. Orang pertama yang ditemui oleh datuk ialah Mamat
Bukit. Mereka bersalaman.

“Permintaan penunggu sudah kami tunaikan,” beritahu Mamat Bukit.

“Macam mana kamu buat?”

“Kami buat ancak, semua barang yang dikehendakinya kami letakkan di situ,
di bawah pokok besar.”

“Kambing jantan putih?”

510
“Kami sembelih, separuh dagingnya kami bawa balik, separuh lagi kami
tinggalkan di bawah pokok.”

“Kerja membazir,” datuk terus merungut.

Mamat Bukit ketawa kecil dan memberikan keyakinan pada datuk yang
penyakit Samad Perang akan sembuh dalam sedikit masa lagi kerana
permintaan penunggu sudah dipenuhi.
Datuk agak keberatan untuk mempercayai jaminan yang diberikan oleh
Mamat Bukit itu.
Dengan ditemani oleh Mamat Bukit datuk terus menemui isteri Samad
Perang.

“Sudahkah awak berusaha mengubati penyakit suami awak?”

“Sudah dua orang pawang saya panggil, semuanya gagal.”

“Awak tak mahu bawa ke rumah sakit?”

"Kalau dibawa ke rumah sakit, suami saya akan dihantar ke rumah sakit otak
di Tanjung Rambutan, saya mahu berusaha cara kampung.”

“Ya, kita cuba cara kampung dulu,” datuk memberikan keyakinan pada
isteris Samad Perang.

Datuk pun meninggalkan isteri Samad Perang di situ, baru tiga langkah datuk
melangkah meninggalkan, isteri Samad Perang segera menghampirinya.

“Malam ni ada bomoh terkenal datang untuk mengubati suami saya.”

“Bomoh dari mana?”

“Dari mana saya tak tahu, anak saudara saya yang uruskan, bayarannya juga
mahal.”

“Berapa?”

“Lima ratus ringgit, tidak termasuk tambang dan makan minumnya, saya
harap awak datang malam ni.”

“Baiklah.”

Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, saya dan datuk terpaksa
menapak sejauh dua batu menuju ke rumah Samad Perang. Ketika kami tiba,
beberapa jiran sudahpun berada di anjung rumah. Semuanya duduk bersila.
Seorang lelaki berbadan tegap yang dipanggil Mahaguru duduk menghadapi
mangkuk perasap yang berisi bara. Dia menaburkan kemenyan atas bara,
seluruh ruang dikuasai bau kemenyan. Satu baldi air tersedia di sebelah
kanannya. Lelaki yang dipanggil mahaguru itu terus bangun, dia membuka

511
langkah silat dan menyeru nama beberapa pahlawan Melayu, antara nama
yang disebutnya termasuklah nama Hang Jebat. Dia terus menampar muka
Samad Perang dan kakinya menyepak badan Samad Perang. Kemudia dia
mengambil baldi yang berisi air. Badan Samad Perang dijirusnya dengan air.
Saya lihat badan Samad Perang menggeletar kesejukan. Lelaki yang digelar
mahaguru itu meletakkan hujung keris yang berluk sembilan atas dahi
Samad Perang.

“Ikut cakap aku,” katanya.

“Saya patuh dengan perintah mahaguru,” jawab Samad Perang.

“Buka kunci dan rantai besi,” suara mahaguru keras.

Rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang pun dibuka oleh Mamat Bukit.
Mahaguru terus duduk berhadapan dengan Samad Perang yang kelihatannya
terlalu lemah dan mengikut apa sahaja perintah yang dikeluarkan oleh
mahaguru. Beberapa orang jiran berbisik sama sendiri memuji kehandalan
Mahaguru. Dengan perlahan-lahan Mahaguru menghembus asap kemenyan
ke muka Samad Perang. Mahaguru terus menepuk lantai dengan tangan kiri.
Keris berluk sembilan diletakkan dekat kepala lutut kiri.

“Bukan apa-apa, dia ditegur jin bukit,” kata mahaguru.

“Apa macam boleh dipulihkan Mahaguru,” tanya isteri Samad Perang.

“Boleh baik, usahkan jin bukit, jin gunung pun boleh saya ajar,” kata
Mahaguru dengan bangga.

Mahaguru pun menentang biji mata Samad Perang. Tiba-tiba Samad Perang
bertempik dan bangun, tempat perasap kemenyan ditendang hingga hancur,
bara bertabutan atas lantai. Keris mahaguru disambarnya, muka mahaguru
disepaknya. Semua orang yang berada di situ terkejut. Dan mahaguru yang
mendakwa dirinya bomoh terkenal jadi kelam-kabut, tanpa berfikir panjang
dia terus terjun ikut tingkap melarikan diri, kain sampingnya tersangkut di
tingkap, semua alat-alat perubatannya habis dipijak-pijak oleh Samad
Perang.Bila melihat mahaguru lari ikut tingkap, jiran-jiran yang berada di situ
juga lari bertempiaran, beberapa orang jiran bengkak di dahi akibat berlaga
sama sendiri, saya dan datuk juga lari. Keadaan jadi kelam kabut masing-
masing mahu menyelamatkan diri. Dalam keadaan yang tidak menentu itu
Samad Perang terus menjerit dan lari menuju ke hutan di malam yang hitam.
Mujurlah Mamat Bukit cepat bertindak dengan memburu Samad Perang.
Mamat Bukit berjaya menangkap Samad Perang dan kedua belah kakinya
dirantai kembali.

Mungkin kerana keletihan membuat Samad Perang tidak melakukan sesuatu


yang ganjil setelah kakinya diikat. Dia terus tidur hingga berdengkur. Lebih
kurang pukul satu malam dia bangun dan meminta nasi. Permintaan itu
segera ditunaikan oleh isterinya. Samad Perang makan tiga pinggan nasi

512
tanpa lauk. Bila perutnya sudah kenyang dia tidur kembali. Sepanjang malam
itu saya, datuk dan Mamat Bukit berada di rumah Samad Perang semata-
mata memenuhi permintaan isterinya. Menjelang waktu Subuh, Samad
Perang kembali menjerit dan meronta-ronta di tiang seri. Bila matahari terbit
di kaki langit dia terus tidur. Sebelum meninggalkan rumah Samad Perang
pagi itu, datuk berpesan pada isterinya supaya berikhtiar mengubati
suaminya, walau dengan apa cara sekalipun. Datuk juga melahirkan rasa
puas hatinya pada Mamat Bukit yang berjanji akan membantu isteri Samad
Perang yang sedang dilanda masalah besar itu.

“Saya tidak akan membiarkan keluarga kawan saya menderita.”

“Baguslah, semoga Allah akan menolong kamu.”

“Saya juga berharap awak tidak membiarkan saya keseorangan.”

“Tidak, carilah saya bila awak memerlukan pertolongan.”

Mamat Bukit senang hati dengan janji yang diberikan oleh datuk itu. Mereka
terus berjabat tangan. Tetapi Mamat Bukit melahirkan juga rasa kesalnya
atas sikap manusia yang menggelarkan dirinya sebagai mahaguru itu.

“Hati-hati bila kau mencari orang untuk mengubat kawan kamu Mamat,
sekarang banyak orang menyamar. Ada ilmu setengah cawan mengaku
mahaguru.”

“Ya, saya faham. Mahaguru tu sambil dia lari sempat juga dia menyambar
wang dalam mangkuk putih.”

“Itulah manusia Mamat.”

“Kalau tak sanggup mengaku tak sanggup, jangan ambil wang orang, bini
Samad sandar tanah pada ketua kampung nak cari wang sebanyak itu.”

“Lupakan saja tentang itu Mamat, kita cari yang lain.”

“Doakan saya berjaya.”

“Jangan bimbang, saya tetap bersama awak.”

Datuk dan saya pun meninggalkan Mamat Bukit di halaman rumah Samad
Perang.

RUMAH

Sudah dua minggu saya dan datuk tidak mengunjungi rumah Samad Perang.
Tetapi datuk tahu segala kegiatan yang terjadi di rumah tersebut. Dollah
Beranggas selalu menemui datuk dan menceritakan apa yang terjadi. Dari
mulut Dollah Beranggas juga datuk mendapat tahu, selama dua minggu lima
orang bomoh sudah diundang untuk mengubati sakit yang ditanggung oleh

513
Samad Perang. Semua usaha itu menemui jalan buntu. Masuk minggu yang
ketiga, Mamat Bukit sendiri datang ke rumah datuk.

“Bagaimana sekarang apa usaha yang telah kamu lakukan Mamat?”

“Macam-macam ikhtiar saya jalankan. Malam ini ada sukarela nak


mengubatinya.”

“Siapa orangnya.”

“Saya tak kenal, kalau awak nak kenal eloklah datang malam ini.”

“Baiklah saya datang nanti.”

Seperti yang dijanjikan, kira pukul sepuluh malam. Saya dan datuk pun
sampai di rumah Samad Perang. Tidak ada apa-apa peralatan yang
disediakan di ruang tengah seperti tempat perasap kemenyan, mangkuk
putih atau sebagainya yang selalu digunakan oleh bomoh atau dukun bila
mengubati orang yang sedang sakit. Mamat Bukit terus memperkenalkan
datuk dengan seorang lelaki. Orangnya kurus, memakai songkok hitam yang
sudah kuning tepinya. Air mukanya nampak bersih dan tenang. Datuk terus
bersalam dan memperkenalkan diri padanya.

“Dari mana,” bisik datuk padanya.

“Asalnya orang Parit Jawa, Johor. Sekarang menetap di Cenderung Balai Teluk
Intan.”

“Macam mana boleh datang ke sini?”

“Saya datang ke rumah anak yang jadi guru sekolah di sini, dia minta tolong
ikhtiarkan mengubat orang sakit ganjil.”

“Ada hubungan keluarga dengan orang sakit.”

“Tidak, anak si sakit ini, murid anak saya. Menurutnya budak itu pintar tetapi,
sejak ayahnya sakit sudah lama tak datang ke sekolah.”

“Kerja apa?”

“Saya bersawah dan jadi imam surau.”

Walaupun baru bertemu, saya lihat datuk dan orang itu sudah cukup mesra,
bagaikan sudah berkenalan bertahun-tahun.

“Silakan kiai,” kata Mamat Bukit.

“Jangan panggil saya kiai, ini terlalu tinggi panggil saja nama biasa, nama
saya Sajono.”

514
“Minta maaf pak.”

“Tak mengapa, awak tak tahu.”

Sajono bangun dan terus menuju ke tempat Samad Perang. Dia menyuruh
Mamat Bukit membukakan rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang.
Bila rantai dibuka, macam diarah-arah oleh sesuatu Samad Perang terus
duduk bersila di hadapan Sajono. Sajono menentang biji mata Samad Perang.
Saya lihat mata Samad Perang tidak berkelip menentang mata Sajono. Makin
lama, makin garang sinar mata Samad Perang. Sajono pun begitu juga.
Mereka beradu kekuatan dengan mata. Badan Samad Perang menggeletar
macam menahan benda berat yang terdampar atas kedua belah bahunya.
Sesekali saya terdengar dengan jelas suara Sajono membaca ayat-ayat al-
Quran dari surah Al-Jin. Tiba-tiba Sajono terus jatuh atas lantai. Biji mata
Samad Perang yang merah dan kelihatan agak tersembul itu terus merenung
muka Sajono. Perlahan-lahan Sajono bangun tetapi, tersungkur kembali.
Sajono bangun kembali.

Kali ini dia memperkemaskan duduknya. Wajahnya kelihatan tenang dan


peluh-peluh halus kelihatan membintik-bintik di kedua belah pipinya yang
berkulit lembut itu. Sajono terus membaca ayat-ayat dari al-Quran. Semua
orang yang ada di situ dapat mendengarnya. Sebabnya, ketika Sajono
berikhtiar mengubati Samad Perang, suasana di ruang anjung agak sepi.
Tidak ada seorang pun yang berani bercakap atau bersuara. Andainya kalu
ada sebatang jarum yang jatuh pun akan dapat didengar, begitulah tenang
dan sunyi di ruang anjung. Semua yang hadir tumpukan seluruh perhatian
pada Sajono. Cara Sajono berusaha berbeza dengan cara-cara yang
dilakukan para pawang atau dukun yang datang mengubati Samad Perang
dulu, kebanyakan melompat atau bersilat. Aada pula yang seperti
kemasukan syaitan bercakap tidak tentu arah dan terus tidak sedarkan diri.

“Memang Sajono ada cara yang tersendiri,” kata hati kecil saya. Dan saya
kira orang-orang yang berada di situ juga akan beranggapan demikian.

Suasana yang sepi itu berkocak juga akhirnya, semua orang yang hadir
terkejut besar. Samad Perang yang tadinya kelihatan gagah dan garang
beransur lemah dan terus rebah atas lantai. Terkapar di situ, macam ayam
kena sembelih. Sajono terus sujud syukur pada Allah yang memberkati
usahanya, Sajono terus merenung wajah-wajah yang ada di situ dengan
senyum.

“Bersyukurlah tuan-tuan semua pada Allah yang memberkati usaha saya ini,”
katanya dengan tenang. Mamat Bukit segera menghampirinya.

“Apa sakitnya Pak Sajono.”

“Semuanya ni kerja syaitan.”

“Syaitan?”

515
“Ya, syaitan. Awak tahu syaitan pada setiap saat beruasaha mahu
membinasa anak Adam, dalam pelbagai bentuk dan cara adakalanya
menyerupai manusia.

Saya lihat Mamat Bukit menarik nafas panjang, agaknya dia dapat menerima
dengan apa yang dikatakan oleh Sajono itu. Saya dan datuk berpandangan.
Samad Perang sedar dari pengsan. Sajono menghampirinya. Dua kali Sajono
menepuk bahunya.

“Ikat dia kembali, saya akan datang lagi untuk berusaha menolongnya,”
beritahu Sajono pada Mamat Bukit. Samad Perang pun dirantai semula.
Datuk terus mendekati Sajono.

“Syaitan terlalu kuat mempengaruhi perasaannya,” kata Sajono.

“Apa lagi yang mahu tuan lakukan padanya.”

“Malam besok saya datang lagi, saya mahu menyambung kerja-kerja ini di
rumah anak saya.”

“Memang baik cadangan awak, saya harap awak akan bersama saya malam
esok.”

Datuk dan Sajono berpeluk-pelukan. Dengan diiringi oleh anak saudara


Samad Perang, Sajono melangkah ke tangga. Dari kaki tangga Sajono terus
duduk di atas lanting basikal (bahagian belakang basikal untuk seorang
penumpang). Anak saudara Samad Perang terus kayuh basikal membelah
kegelapan malam menuju ke jalan besar.

“Saya tunggu sampai pagi di sini,” kata Mamat Bukit pada datuk, bila datuk
minta diri untuk pulang. Saya dan datuk terus menapak menuju ke rumah
sejauh dua batu di malam yang mula dingin.

DATANG

Malam itu, saya dan datuk datang lagi ke rumah Samad Perang. Kami terus
duduk di anjung. Isteri Samad Perang menghidangkan dua cawan kopi untuk
kami.

“Minum, kopi bujang aje,” kata isteri Samad Perang.

“Tak apa inipun sudah seribu rahmat dapat kopi,” balas datuk bersama
ketawa kecil. Saya merenung permukaan cawan yang berasap nipis.

“Mamat Bukit ke mana?” Tanya datuk pada isteri Samad Perang yang
kelihatan cengkung dan agak pucat itu tetapi, masih mampu melayan setiap
tetamu yang datang ke rumahnya dengan wajah yang manis.

Senyumnya tidak pernah mati dari bermain dari bibir. Setiap kata yang
diucapkannya membayangkan ketabahan dan keyakinan yang suaminya

516
akan pulih seperti sediakala.

“Mamat Bukit belum datang lagi, tiap-tiap malam dia berjaga menjaga suami
saya, katanya malam ni dia datang lewat sikit,” ujar isteri Samad Perang.

“Payah mahu mencari kawan yang setia macam dia.”

“Nampaknya, begitulah.”

“Macam mana keadaannya, selepas kami balik malam semalam.”

“Ada kurang sikit cuma, waktu subuh dia menjerit dan meronta-ronta nak lari
masuk ke hutan.”

“Bersabar, berkat usaha dan diizinkan oleh Allah, dia akan sembuh.”

“Saya harap begitu.”

Percakapan datuk dengan isteri Samad Perang saya ikuti dengan teliti. Datuk
minta izin pada isteri Samad Perang untuk melihat suaminya, permintaan
datuk itu diperkenankan.

“Tamar kau nak ikut aku?”

“Tak mahu, biar saya tunggu di sini.”

“Tak mahu pun tak apa,” kata datuk sambil bangun.

Datuk pun melangkah, satu, dua, tiga, masuk langkah yang keempat saya
mula terasa seram. Pungung saya terangkat dari lantai. Bulu tengkuk saya
meremang dengan sendiri. Tanpa membuang masa saya terus mengejar
datuk.

“Kenapa Tamar?”

“Saya seram tuk.”

“Seram? Kau ni penakut sangat,” rungut datuk sambil menjeling tajam pada
saya.

Isteri Samad Perang tersenyum melihat telatah saya yang agak melucukan
itu.

Datuk menghampiri Samad Perang yang terikat di tiang seri. Kedua belah
kelopak mata Samad Perang bertaut rapat, dadanya kelihatan turun naik,
menarik dan melepaskan nafas macam orang penat selepas melakukan
kerja-kerja yang berat.

“Jangan bangunkan, biar dia tidur,” kata datuk, bila melihat isteri Samad
Perang mahu mengejutkan suaminya.

517
Tanpa diduga Samad Perang membuka kedua belah kelopak matanya.

“Kawan awak, ini cucunya,” celah isterinya.

Samad Perang diam. Kedua-dua biji matanya kelihatan merah macam biji
saga. Dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dia memandang saya dan
datuk.

“Aummmmmm...,” Samad Perang mendengus sambil memperlihatkan


giginya, macam harimau jantan berhadapan dengan kucing.

Samad Perang terus meronta-ronta mahu menerkam ke arah datuk dan saya.
Kami segera berundur dan menuju ke anjung rumah semula. Datuk nampak
kesal. Dia seolah-olah menyesal menghampiri Samad Perang tadi. Saya
merenung keluar, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat. Semua gelap
belaka.Bunyi cengkerik dan burung hantu jelas kedengaran. Dalam saat yang
sama kedengaran suara Samad Perang ketawa memanjang, bersama bunyi
rantai besi berlaga dengan lantai dan tiang seri.

Suasana begitu sungguh tidak menyenangkan dan menakutkan diri saya.


Badan saya menggeletar tidak tentu arah. Datuk tetap duduk bersila sambil
menundukkan kepalanya merenung lantai. Isteri Samad Perang kelihatan
tidak tentu arah. Sekejap datang ke ruang anjung, sekejap berlari ke ruang
tengah dan menuju ke dapur, tidak ubah macam kucing kehilangan anak.

“Sabar dan tenang,” datuk mendamaikan hati isteri Samad Perang.

“Minta pertolongan dan perlindungan dari Allah,” suara isteri Samad Perang
perlahan sekali.

Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya dan isteri Samad Perang
segera hilang, bila Mamat Bukit dan Sajono tiba.

“Dah lama sampai?” Tanya Mamat Bukit pada datuk.

“Lama juga, kira setengah jam lebih.”

“Saya terlambat sikit, memang mengikut petua saya, masa datang malam,
kedua dan ketiga harus dilambatkan sejam, tidak boleh datang dalam masa
yang sama, malam ini saya datang pukul sebelas, malam esok pukul dua
belas,” Sajono menerangkan sebab-sebab ia datang lewat.

Datuk anggukkan kepala dan terus bersalam dengan Sajono dan Mamat
Bukit. Sajono dan Mamat Bukit duduk. Isteri Samad Perang meletakkan dua
cawan kopi di hadapan mereka.

“Minta maaf, saya tak boleh minum selagi kerja belum selesai, malam
pertama boleh minum, sebelum memulakan kerja, malam kedua boleh
minum selepas selesai jalankan kerja dan malam ketiga langsung tak boleh

518
minum, walaupun kerja dah selesai,” Sajono memberitahu isteri Samad
Perang.

Kopi yang disediakan untuk Sajono dibawa ke dapur kembali. Dan Mamat
Bukit terus minum kopi bahagiannya. Angin malam yang bertiup lembut
masuk ke ruang rumah menerusi jendela yang terbuka, beberapa ekor
kalkatu terus mengharung cahaya gasolin. Seekor kelawar sesat masuk ke
ruang tengah rumah terbang tidak tentu arah dan akhirnya keluar ikut
jendela. Bunyi burung hantu dan jampuk jelas kedengaran. Semuanya itu
tidak mendatangkan sebarang kesan buat diri Sajono, malah dia marahkan
Mamat Bukit yang cuba mahu membunuh seekor cicak yang jatuh dari tulang
bumbung ke atas lantai.

“Jangan bunuh dia biarkan dia hidup, bukankah dia makhluk Allah,” katanya.

“Cicak membawa sial pada kita, Kiai,” balas Mamat Bukit.

“Pada Allah tidak ada makhluk yang sial dan bertuah, cuma manusia saja
yang pandai membeza-bezakannya,” jawab Sajono.

Tidak ada jiran-jiran lain yang datang ke rumah Samad Perang. Malam
sebelumnya, ruang anjung itu penuh dengan para jiran yang jumlahnya lebih
dari dua puluh orang. Mungkin mereka merasa bosan atau merasakan tidak
ada faedahnya berjaga, sedang keadaan Samad Perang tidak banyak
berubah, menyebabkan mereka tidak mahu datang.

“Saya mulakan sekarang,” kata Sajono pada datuk.

“Silakan.”

“Mari ikut saya, Sajono renung muka datuk, renung muka Mamat Bukit dan
saya.

Tanpa banyak karenah, datuk, Mamat Bukit dan saya terus mengiringi Sajono
menuju ke tempat Samad Perang dirantai. Sajono terus menepuk bahu
Samad Perang, kemudian duduk bersila berhadapan dengan Samad Perang.

“Kamu bukakan rantainya,” kata Sajono pada saya. Badan saya mula
menggeletar menerima anak kunci dari Mamat Bukit.

“Cucu saya pak,” kata datuk dengan wajah yang cemas.

“Tak mengapa biarkan.”

“Tapi, dia tak tahu semuanya ini pak.”

“Dia harus belajar,” Sajono merenung wajah datuk sambil menepuk bahu kiri
datuk....

519
57. Sumpah Selendang Merah

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Saya lihat datuk kurang senang dengan arahan yang diberikan oleh Sajono
pada saya.

“Ayuh, orang muda,” suara Sajono lembut.

“Cucu saya, masih bodoh pak.”

“Dia harus belajar, mungkin di masa akan datang dia tidak akan berhadapan
dengan perkara semacam ini.”

“Tapi...”

“Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak-tidaknya akan jadi
bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok-gosok kepala saya.

Badan saya menggeletar. Takut dan bimbangnya Tuhan saja yang tahu. Saya
berharap datuk akan berusaha menggagalkan rancangan yang diaturkan
oleh Sajono itu.

“Pergi Tamar, jangan kecewakan kepercayaan orang.” Kata datuk. Ternyata,


saya tidak ada pilihan lain.

Saya pun rapat ke arah Samad Perang yang terlentang, kedua belah kakinya
terkangkang. Biji matanya bergerak mengikut gerak geri saya. Dengan hati-
hati saya masukkan anak kunci ke lubang kunci. Usaha saya berjaya. Saya
renung muka Sajono.

“Kau sudah membuka kunci di kakinya, sekarang rantai dan kunci di


bahagian tangannya,” perintah Sajono. Saya renung muka datuk minta
simpati. Datuk tersenyum.

“Buka kunci di tangannya Tamar,” perintah datuk. Saya sungguh kecewa


dengan sikapnya itu.

Saya terus membuka kunci di kedua belah tangannya. Bila saya memberi
belakang pada Samad Perang, saya terasa ada sesuatu yang menghentak
pada pangkal belikat saya. Saya terjerumus di hujung lutut Sajono. Samad
Perang mula melompat dan menari, tidak ubah macam orang orang berjoget.

“Bangun nak, kau jatuh sendiri, orang yang sakit tidak menendangmu, ada
orang lain yang membuatnya,” Sajono melekapkan telapak tangan kanannya
di dahi saya.

Badan saya tidak terasa sakit malah macam tidak ada apa-apa yang berlaku
pada saya. Saya segera duduk di sebelah datuk. Sajono terus merenung

520
dengan renungan yang tajam dan marah. Samad Perang berhenti menari.

“Duduk di sini,” kata Sajono. Samad Perang terus duduk.

Sajono mengeluarkan rotan seni sepanjang enam inci dari celah


pinggangnya. Badan Samad Perang dipukulnya lima kali berturut-turut.
Kemudian dia menentang biji mata Samad Perang. Samad Perang angkat
kepala dan terus menentang mata Sajono dengan wajah yang bengis. Sajono
tetap tenang dan matanya tidak berkedip memanah ke mata Samad Perang.
Saya lihat seluruh badan Samad Perang menggeletar dan akhirnya rebah
atas lantai.

“Bangun, tentang mata saya,” kata Sajono. Samad Perang berusaha bangun.
Percubaannya itu tetap gagal, setiap kali dia bangun, setiap kali pula dia
rebah.

Mukanya nampak pucat, kedua-dua belah cuping telinganya nampak kecut.

“Awak bangun perlahan-lahan Samad dan kemaskan sila, duduk mengadap


saya,” ucap Sajono dalam nada suara yang lembut.

Cukup sukar Samad Perang mematuhi arahan Sajono itu. Setelah


menghempas pulas, akhirnya Samad Perang berjaya. Duduk bersila di
hadapan Sajono. Saya sudah dua kali mengucap. Datuk dan Mamat Bukit
tidak berkata apa-apa. Mereka Cuma memperhati dengan penuh teliti segala
gerak-geri Sajono dan Samad Perang. Sajono merenung muka datuk dan
Mamat Bukit. Mereka berbalas senyum. Sajono rapat pada Samad Perang.

“Yang jahat, yang baik semuanya keluar,” suara Sajono meninggi.

Samad Perang rebah kembali. Tidak sedarkan diri. Tidak ada sesuatu yang
dilakukan oleh Sajono untuk menyedarkan Samad Perang dari pengsan.

“Biarkan dia sedar sendiri.” Beritahu Sajono pada Mamat Bukit dan datuk.
Isteri Samad Perang sandarkan badan ke dinding dengan wajah yang tenang.

Malam bertambah tua udara terasa amat dingin sekali. Sayup-sayup


kedengaran kokok ayam. Bunyi burung hantu dan jampuk, tidak kedengaran
lagi, suara cengkerik juga tidak sehebat tadi. Sesekali terdengar bunyi
dedaun rumbia di pinggir rumah berlaga sama sendiri, disentuh angin malam
yang bertiup. Samad Perang sedar dari pengsan. Dia terus duduk dalam
keadaan yang amat letih sekali. Sajono tersenyum sambil menggosok-gosok
kedua belah telapak tangannya. Kemudian, Sajono membetulkan letak
songkoknya yang senget. Kain pelikat berpetak besar yang tersangkut di
bahu kanan diubah ke bahu kiri.

“Yang jahat jangan datang, yang baik berumah dalam diri,” cukup lantang
suara Sajono.

Mukanya kelihatan merah padam. Anak rambut di kiri kanan pelipisnya

521
bergerak-gerak.
Samad Perang jatuh pengsan lagi. Kali ini, Sajono segera memulihkannya
dengan menggunakan kain pelikat.

“Air,” muka Samad Perang.

“Berikan,” ujar Sajono.

Isteri Samad Perang hulurkan segelas air pada Mamat Bukit dan Mamat Bukit
serahkan pada Samad Perang.

“Minum,” kata Sajono.

“Terima kasih,” jawab Samad Perang.

Semua yang ada di situ merasa gembira. Saya lihat kelopak mata isteri
Samad Perang digenangi air jernih. Tetapi dibibirnya tetap terukir segaris
senyum yang melambangkan kebahagiaan dirinya.

“Pertama kali saya melihat suami saya bercakap dengan baik dan sopan
santun,” kata isteri Samad Perang pada datuk. Sajono yang berwajah tenang
menggigit bibir. Samad Perang merenung wajah isterinya.

“Kau menangis, Sofiah?”

“Tak, saya tak menangis bang.”

“Matamu berair.”

“Ya, saya menangis bang, saya gembira kerana abang dah baik.”

“Aku tak faham dengan cakap kau Sofiah.”

“Abang sebenarnya sakit.”

“Sakit?” Samad Perang renung Mamat Bukit.

Saya lihat Mamat Bukit anggukkan kepala. Membenarkan kata-kata yang


diucapkan oleh isterinya.

“Beri dia bantal, biar dia berehat,” Sajono menujukan kata-kata itu pada isteri
Samad Perang.

Perempuan yang berbadan kurus dan berwajah cengkung itu segera masuk
ke bilik tidur dan keluar membawa sebiji bantal. Samad Perang saya lihat
seperti keadaan orang bingung. Dia renung pada rantai besi dan ibu kunci
yang terdapat pada tiang seri.

“Saya mengantuk,” katanya pada Mamat Bukit.

522
“Tidurlah dulu.”

“Maafkan saya, mata saya tak boleh tahan,” suara Samad Perang lemah
sekali.

Dia terus merebahkan badannya atas lantai. Mamat Bukit angkat kepalanya
dan isterinya menyorongkan bantal.

“Ikat tangannya saja, bukan apa-apa sekadar untuk berjaga,” isteri Samad
Perang segera mematuhi arahan dari Sajono.

Dalam beberapa minit saja, kami yang berada di situ sudah dapat
mendengar suara dengkur Samad Perang.

“Selesai atau ada lagi Kiai?” cukup hati-hati Mamat Bukit mengajukan
pertanyaan pada Sajono yang sedang duduk termenung macam memikirkan
sesuatu.

“Ada lagi ke Kiai?” ulang Mamat Bukit.

“Untuk malam ini dah selesai, malam esok saya datang untuk
menamatkannya,” Sajono bangun.

Saya dan datuk juga berjalan dalam ruang rumah dua kali. Bermula dari arah
selatan menuju ke utara dan berhenti di muka pintu. Dia merenung malam
yang gelap, merenung pokok-pokok yang tertegun di halaman. Kokok ayam
bertambah kerap. Udara sejuk kian terasa.

“Saya nak pulang,” kata Sajono pendek dan ketika itu juga saya terdengar
jam dinding di rumah Samad Perang berbunyi sebanyak dua belas kali.

Mamat Bukit segera turun ke tanah. Isteri Samad Perang membawa lampu
gasolin ke muka pintu. Cahaya daripada lampu gasolin menerangi
sebahagian daripada kawasan halaman rumah.

“Saya hantarkan Kiai,” ujar Mamat Bukit sambil menolak basikal tua keluar
dari bawah rumah. Sajono memijak mata anak tangga dengan teliti. Dia
akhirnya menyarungkan selipar kulit ke kaki. Berdiri di situ sejenak.

“Malam esok saya datang lagi, saya minta sediakan rotan halus atau rotan
seni yang panjangnya kira-kira tiga kaki,” Sajono meninggalkan pesan pada
isteri Samad Perang.

“Saya balik dulu, malam esok saya harap awak datang,” Sajono merenung
muka datuk.

“Dengan izin Allah saya akan datang,” balas datuk.

“Saya harap Allah akan memperkenankan permintaan awak,” balas Sajono


lalu bersalaman dengan datuk.

523
“Jaga suami awak baik-baik, saya rasa malam ni dia akan tidur sampai siang.
Kalau takut, cari kawan,” Sajono renung isteri Samad Perang.

“Baik Kiai, saya jaga dia.”

“Lepas hantar Kiai, saya datang ke mari,” cara mendadak Mamat Bukit
bersuara.

“Bagus,” celah datuk. Sajono renung muka saya dan tangan kanannya
menepuk bahu kiri saya.
Sajono terus duduk di bahagian belakang basikal. Mamat Bukit pun kayuh
basikal tanpa lampu membelah malam yang gelap.

“Hebat, naik basikal malam tak berlampu,” kata saya.

“Mamat sudah biasa begitu,” sahut isteri Samad Perang.

Datuk ketawa kecil, seolah-olah memberitahu saya, itulah keistimewaan


orang kampung yang tidak kenal duna moden, tidak kenal lampu letrik di tepi
jalan. Tetapi, mereka tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu, mereka
hadapi dengan tenang dan penuh cabaran.

“Kami balik dulu,” beritahu datuk pada isteri Samad Perang.

“Selamat jalan, jangan lupa malam esok datang lagi.”

“Kalau tak ada sakit demam dan umur pula panjang, saya sampai, jawab
datuk.

Saya dan datuk sampai ke rumah hampir pukul satu subuh. Nenek
menyambut kami dengan wajah yang masam di muka pintu. Tetapi, datuk
tetap memberikan senyum yang paling manis untuk seorang isteri yang
setia, seperti nenek.

“Janda mana yang awak gila, anak dara mana yang awak intai hingga jauh
malam baru sampai ke rumah,” gegendang telinga saya menangkap suara
nenek.

“Tak ada janda, tak ada anak dara, yang ada awak seorang aje, sebab itulah
saya balik ke rumah,” tingkah datuk yang diakhiri dengan ketawa pendek.

Nenek terus diam dan merapatkan daun pintu serta menguncikannya sekali.
Saya terus merebahkan badan di bilik kecil yang dikhaskan untuk saya.
Semua yang saya lihat dan alami di rumah Samad Perang terbayang kembali.
Sukar untuk dipercayai dengan fikiran yang waras, bila seseorang menyuruh
sesuatu yang dianggap jahat dan baik keluar dari tubuh manusia, kemudian
mengizinkan benda yang baik menguasai hati dan perasaan manusia seperti
yang dilakukan oleh Sajono pada Samad Perang. Andainya, kalau saya
ceritakan pada orang lain tentang kejadian itu, pasti orang yang

524
mendengarnya ketawa dan mengira perkara itu tidak masuk akal lalu
menuduh saya pembohong.

Tetapi, perkara yang tidak masuk di akal itulah yang saya saksikan dengan
mata kepala saya sendiri. Memang aneh, dunia dan manusia tidak dapat
dipisahkan dari menjalani kejadian-kejadian aneh yang kadang-kadang tidak
masuk di akal, kata hati kecil saya sambil menarik selimut. Akhirnya saya
terlelap.

Saya terjaga dari tidur, bila datuk menarik kaki saya dengan kuatnya.
“Bangun, jangan dilayan kemahuan hati, nanti kau berkawan dengan syaitan,
bangun sembahyang Subuh,” katanya keras.

Saya tidak boleh membantah. Saya pun bangun dan menjalankan rukun
Islam kedua.

Datuk sengaja pulang lewat ke rumah Samad Perang malam ini. Kata datuk
tidak guna pergi awal, Sajono sendiri sudah mengatakan yang dirinya akan
sampai ke rumah tersebut pukul dua belas tengah malam.

“Pukul sebelas kita bertolak dari rumah, sementara itu biar aku membaca
Quran,” beritahu datuk pada saya.

Rasa gembira menguasai hati saya, bila mendengar keputusan dari datuk.

“Kau pergi baca surah Yasin,” ujar datuk lagi.

“Saya baca dalam bilik tuk.”

Tanpa membuang masa saya masuk ke bilik. Pintu bilik saya kunci dari
dalam.
Membaca surah Yasin, bukanlah satu tugas yang menyenangkan hati saya,
lebih-lebih lagi kalau ada tugas lain yang saya kira lebih mustahak dari itu.
Jadi, saya buat keputusan yang muktamad. Saya tidak mahu membaca surah
Yasin. Saya harus menyambung kerja saya yang terbengkalai sejak dua tiga
hari yang lalu, iaitu membuat sangkar burung. Pelita minyak tanah saya
pasang dua sekali. Keadaan dalam bilik cukup terang tetapi, saya tidak puas
hati. Saya mahu cahaya yang terang lagi. Saya pasang lima batang lilin.
Kemudian saya keluarkan pisau kecil serta bilah-bilah buluh yang sudah
diraut dari bawah katil. Saya pun memulakan kerja membuat sangkat burung
mengikut bentuk yang saya ingini.

“Tamar kau baca Yasin atau tidur, tak dengan suara pun.”

“Saya baca tuk, tapi tak boleh kuat, suara serak, tekak saya sakit.”

“Betul ke ni Tamar.”

“Betul, sumpah tuk,” kata saya sambil menajamkan bilah buluh bahagian
bawah, kemudian bilah itu saya tekan pada rotan yang dijadikan gelegar

525
sangkar.

Bagi meyakinkan hati datuk yang saya membaca surah Yasin sesekali saya
tinggikan suara sambil menyebut beberapa ayat dari surah tersebut yang
saya ingati. Sambil melakukannya, saya ketawa sendirian kerana saya sudah
berjaya memperdayakan datuk. Tepat jam sebelas malam, datuk terus ketuk
pintu bilik. Kelam-kabut saya sorongkan sangkat yang baru siap separuh ke
bawah katil. Kepala saya sarungkan dengan songkok, surah Yasin saya
pegang. Pintu bilik saya buka lebar-lebar.

“Bagus, kau cucu yang baik dan mendengar cakap,” kata datuk.

“Terima kasih tuk.”

“Habis, apa lagi.”

Saya dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek Cuma menghantar hingga
ke kaki tangga saja. Nenek berpesan supaya kami berhati-hati berjalan
kerana banyak binatang bisa yang merayap malam. Begitulah sikap nenek
saya, dalam marah dia tetap sayangkan suami. Setiap detik yang berlalu,
tidak dipersiakan begitu saja, tetap diisi dengan doa dan harapan semoga
berbahagia serta dipanjangkan usia.

“Nenekmu wanita kampung yang banyak menyerahkan harapan pada


keadaan. Seorang isteri yang setia tetapi mempunyai suami yang kurang
mementingkan hati dan perasaannya,” datuk mengeluh dalam perjalanan.

“Saya sayangkan nenek tuk.”

“Aku juga sayangkan dia Tamar. Kalau kau mencari isteri, carilah perempuan
sebaik nenekmu.”

“Saya tak mahu kahwin tuk.”

“Satu waktu, kau akan kahwin juga Tamar.”

“Dengan siapa tuk.”

“Hanya Allah Yang Maha Besar akan menentukan jodohmu Tamar.” Saya
tersenyum mendengar cakap datuk.

Saya bayangkan dalam kepala wajah-wajah gadis yang saya kenali. Tetapi,
semuanya tidak saya minati. Kami sampai ke rumah Samad Perang. Sajono
dan Mamat Bukit duduk di bawah pokok bertemankan lampu minyak tanah.
Datuk tidak menyoal kenapa mereka duduk di luar tidak di dalam rumah.
Datuk tahu selagi belum tepat jam dua belas malam, Sajono tidak akan
memijak lantai rumah Samad Perang. Saya dan datuk turut duduk di bawah
pokok. Sajono yang tenang tidak banyak bercakap. Tetapi, Mamat Bukit tetap
rancak bercakap dengan datuk.

526
Tepat jam dua belas. Kami pun masuk ke rumah Samad Perang. Duduk di
ruang tengah. Isteri Samad Perang menyerahkan rotan seni pada Sajono.

“Bagaimana keadaannya,” tanya Sajono.

“Alhamdulillah, dia tidak meracau dan terus tidur, bila dia jaga dia minta air.”

“Lagi.”

“Dia bercakap dengan baik dan mula bertanya khabar tentang kawan-
kawannya.”

“Bersyukurlah pada Allah yang memberkati usaha-usaha kita,” Sajono


menadahkan kedua belah telapak tangannya sambil membaca sesuatu.

Bila mulutnya berhenti bergerak, kedua belah telapak tangannya menyapu


muka.

“Saya mulakan sekarang,” beritahu Sajono pada datuk dan Mamat Bukit.

“Silakan,” jawab Mamat Bukit dan datuk serentak.

Sajono terus membuka kunci pada rantai besi yang mengikat tangan Samad
Perang.

“Bangun,” Sajono kejutkan Samad Perang, tergesa-gesa Samad Perang,


gosok kelopak mata serta duduk bersila di depan Sajono.

Tangan kanan Samad Perang dijamah oleh Sajono, tiap sendi jejari tangan itu
dipicitnya berkali-kali. Kemudian Sajono mengikat jejari tangan kanan itu
dengan rotan seni. Bila dirasakannya ikatan itu sudah cukup kejap, Sajono
terus merentapnya dengan kasar sekali. Samad Perang kelihatan cemas
wajahnya berkerut menahan rasa sakit. Samad Perang terus menjerit dan
meronta-ronta. Sajono terus memegang hujung rotan dengan sekuat hatinya.
Samad Perang berpusing-pusing di lantai, dia bagaikan kehilangan tenaga
untuk berdiri dan jejari tangan kanannya yang diikat dengan rotan, kelihatan
lembik. Samad Perang terus lemah, suaranya bagaikan tidak keluar ketika itu
juga Sajono meratapinya, lalu menepuk belakangnya. Saya lihat Samad
Perang terus kaku, macam patung kayu tetapi, kelopak mata masih boleh
dipejam celikkan.

“Syaitan masih mahu mengganggunya lagi,” Sajono renung muka Mamat


Bukit. Cepat-cepat Mamat Bukit anggukkan kepala. Datuk juga begitu.

Samad Perang rebah perlahan-lahan atas lantai. Tetapi Sajono segera


memulihkan badan Samad Perang yang lemah itu dengan melucutkan rotan
yang mengikat kelima-lima jari kanannya.

“Samad,” kata Sajono.

527
“Ya.”

“Kau kenal dengan saya?”

“Tak kenal, awak siapa?”

“Saya Sajono, datang untuk berusaha memulihkan sakit dan Allah


mengizinkan usaha itu, kau beransur sembuh.”

“Terima kasih.”

“Ingat Samad, Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui, tidak ada kuasa yang
boleh mengatasi kuasa Allah, penunggu itu syaitan.”

“Saya faham,” kata Samad Perang.

Sajono tersenyum merenung kami. Dia menyerahkan rotan yang telah


digunakannya pada isteri Samad Perang. Dia pun membaca doa kesyukuran
pada Allah yang telah memberkati segala usahanya itu.

“Hantarkan saya pulang,” Sajono mengemukakan pertanyaan pada Mamat


Bukit yang bersandar di dinding.”

“Terlalu cepat nak balik,” kata datuk pula, muka Sajono di renungnya lama-
lama.
Sajono membetulkan songkoknya. Dan hujung kain pelikat di bahu dirabanya
berkali-kali.

“Niat dari rumah untuk menolong orang, bila niat sudah tercapai, mesti
pulang, hidup tidak boleh banyak cabang nanti ditumpangi syaitan,” Sajono
memberikan ceramah pendek. Datuk anggukkan kepalanya.

“Apa puncanya sakit kawan saya ni Kiai,” Mamat Bukit menyoal.

“Amalan yang baik, tersilap langkah itu saja silapnya.”

“Maksud Kiai.”

“Saya cuma dapat memberi tahu setakat itu saja.”

Sajono pun bangun melangkah menuju ambang pintu. Mamat Bukit segera
memintas di depannya dan terus menuju ke tanah. Dalam beberapa minit
saja, Mamat Bukit sudah sedia dengan basikal buruk di kaki tangga.

“Semoga Allah akan memberkati perjalanan awak,” suara datuk pendek.

“Mudah-mudahan,” jawab Sajono.

Mamat Bukit pun kayuh basikal. Saya dan datuk berpandangan, ketika itu
juga saya terdengar suara dari isteri Samad Perang menyuruh kami duduk

528
untuk minum kopi panas. Permintaan itu tidak kami hampakan. Samad
Perang yang sudah pulih itu turut sama duduk dekat datuk. Terlalu banyak
yang Samad Perang tanyakan pada datuk berhubung dengan dirinya. Semua
pertanyaan itu tidak perlu dijawab oleh datuk. Isterinya menjelaskan
kedudukan yang sebenar. Di malam yang singkat itu, tanpa diminta oleh
sesiapa Samad Perang menceritakan pada datuk dan saya bagaimana nama
perang tercantum di hujung namanya.

Menurut Samad gelaran perang di hujung namanya itu diperolehi waktu


zaman darurat dulu. Ketika itu dia berkhidmat dalam pasukan keselamatan.
Saya jadi polis di bahagian Jungle Squad, setiap kali saya membawa orang-
orang saya masuk hutan, pasukan yang saya pimpin selalu kena serang dan
sejak itu nama saya ditambah dengan perkataan perang kerana bila masuk
hutan saya mesti berperang dengan komunis,” kata Samad Perang dengan
nada suara yang rendah tetapi, wajahnya tetap membayangkan rasa bangga
dan megah. Samad Perang juga memberitahu kami, ketika berkhidmat dalam
pasukan keselamatan jugalah, dia belajar ilmu yang bertujuan untuk
mempertahankan dirinya dari serangan pihak musuh.

“Apa ilmu yang kau belajar?” tanya datuk.

“Ilmu kebal, saya juga mandi minyak dan lain-lain lagi hingga saya diberikan
oleh guru saya selendang merah.”

“Di mana kau belajar semuanya itu?”

“Waktu saya bertugas di Cincin, Melaka.”

“Apa yang kau dapat dari ilmu yang kau tuntut itu.”

“Bila saya masuk hutan, saya pakai selendang merah, komunis tidak
sanggup menentang pasukan yang saya pimpin terlalu lama.”

Datuk terdiam mendengar keterangan dari Samad Perang. Isterinya


tersenyum mendengar cerita suaminya. Samad Perang nampak bersih, biji
matanya merenung tulang bumbung rumah dua tiga kali.

“Dulu, suami saya patuh dengan syarat yang diberikan oleh mahaguru,
tetapi, sejak dia berhenti semua syarat-syarat itu dilupa,” tiba-tiba isteri
Samad Perang bersuara. Biji mata datuk terbeliak mendengarnya. Samad
Perang cuma senyum saja.

“Apa syarat-syaratnya?” Datuk mula mencungkil rahsia. Samad Perang


renung isterinya, kemudian anggukkan kepala, seolah-olah memberi
kebenaran pada isterinya untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh
datuk.

“Apa syaratnya?” Ulang datuk lagi.

“Sembahyang lima waktu tak boleh tinggal, tidak boleh minum arak, tidak

529
boleh berjudi dan main perempuan, setiap malam Jumaat mesti baca Yasin,
tidak boleh makan minum di kedai bukan Islam,” cukup lancar isteri Samad
Perang bercakap.

Saya lihat Samad Perang terdiam. Wajahnya nampak kesal sesekali dia
menarik nafas panjang, membayangkan rasa hampa dan kecewa dalam hati.

“Semuanya saya langgar, saya minum arak, saya berjudi saya percaya pada
perkara-perkara tahyul, akibatnya saya tanggung sekarang. Saya menyesal,”
kata Samad Perang.

Saya simpati dengan nasib malang yang menimpa diri Samad Perang. Tetapi,
bila saya fikirkan yang dirinya gagal memenuhi syarat-syarat yang dicarinya
sendiri. Rasa simpati itu segera hilang.

“Mulai sekarang, ikut pesan guru kamu yang baik itu dan buang perangai
yang tidak baik dari dirimu,” datuk melahirkan nasihat.

Datuk minta diri untuk pulang. Samad Perang dan isterinya mengizinkan
permintaan datuk itu.
Bila saya dan datuk berada di halaman rumah. Mamat Bukit pun tiba.
Mukanya berpeluh dalam kedinginan malam.

“Bagaimana keadaan dirinya,” Mamat Bukit bersuara.

“Nampaknya sihat dan elok.”

“Kata Kiai, dia akan pulih betul dalam seminggu dua ini. Kiai itu juga beritahu
saya, guru tempat Samad Perang belajar ilmu dulu, sepupunya.”

“Apa pesannya, ilmu yang dituntut sudah luput, pesan yang baik mesti diikut,
kalau tidak diikut syaitan datang lagi.”

“Sepupunya, masih ada lagi?”

“Sudah balik ke Tanah Jawa.”

Datuk bersalam dengan Mamat Bukit. Kami tinggalkan halaman rumah


Samad Perang ketika Mamat Bukit memijak anak tangga pertama. Angin
malam terus bertiup lembut, menggugurkan dedaun tua. Kokok ayam mula
kedengaran sayup-sayup. Saya dan datuk terus melangkah dengan tenang.
Waktu saya dan datuk sampai ke rumah, nenek masih belum tidur lagi. Dia
menunggu kami pulang untuk makan malam bersama.

“Nasi dan lauknya masih panas, baru selesai dimasak, saya dah agak awak
bersama cucu pulang dalam waktu begini,” kata nenek lalu duduk di sisi
datuk.

Kami makan dengan penuh selera, meskipun malam sudah terlalu dekat
menuju ke pagi.

530
Sebulan kemudian, saya dan datuk mengunjungi rumah Samad Perang.
Keadaannya sudah banyak berubah, tidak mudah naik darah. Wajahnya
kelihatan tenang, berhati-hati bila bercakap.

“Sejak malam itu, saya sudah insaf, saya berkawan baik dengan Sajono, saya
belajar ilmu mengubat orang sakt dengan menggunakan rotan,” beritahu
Samad Perang pada datuk.

“Kau mahu jadi dukun pula?”

“Saya sudah belajar, kalau ada anak buah saya mengalami sakt macam itu,
bolehlah saya gunakan ilmu yang saya tuntut.”

“Bagus, apa kau tak pernah ke hutan lagi mencari rotan?”

“Saya sudah berhenti, biarlah Mamat Bukit dan kawan-kawannya membuat


kerja itu.”

“Kau buat apa sekarang?”

“Saya mengusahakan tanah di belakang rumah, saya tanam pisang dan


keledek, ini sumber rezeki saya.”

“Pelik?”

“Tak pelik, saya tak mahu buat kerja maksiat.”

“Maksud awak?”

“Masa mencari rotan dulu, sayalah kepala memuja tunggul buruh, pokok
besar untuk mencari kekayaan.”

“Aku tak faham Samad.”

“Saya jadi kepala menurun nombor ekor, memang kami berjaya dapat duit
ekor sampai lima enam ribu, tapi duit habis begitu saja. Duit haram tetap
panas,” Samad Perang mengeluh.

Datuk tersenyum kerana sudah mengetahui rahsia sebenar kenapa Samad


Perang menentang bermati-matian ketika dia menyertai rombongan Mamat
Bukit mencari rotan dulu.

“Sudahlah Samad lupakan semuanya itu,” kata datuk dengan tenang. Samad
Perang ketawa.

“Sebulan dua lagi, saya nak pindah ke Kuala Lumpur, anak saudara saya
mengajak saya ke sana, katanya di sana ada banyak peluang berniaga,”
terkejut juga saya mendengar cakap Samad Perang itu.

531
Saya harap apa yang diucapkannya itu tidak akan menjadi kenyataan.

“Kau bergurau atau sungguh-sungguh,” tanya datuk.

“Apa yang dicakapkannya tu betul, saya dah pergi ke Kuala Lumpur, saya
sudah menandakan tanah untuk dibuat rumah, anak saudara saya yang buat
semuanya ini,” jawab isteri Samad Perang.

“Di mana? Di Kuala Lumpur tu luas,” soal datuk lagi.

“Di Kampung Nakhoda, dekat Batu Caves, pacak rumah dulu, sementara nak
bertapak, malam saya nak jual mee, siang Samad menjual ikan dan sayur di
pasar Selayang,”

“Banyak modalnya itu.”

“Anak saudara yang keluarkan modal dulu,” tambah isteri Samad Perang.

Beberapa bulan kemudian, Samad Perang dan isterinya pindah ke Kuala


Lumpur. Berita terakhir yang saya dengan dari kawan-kawannya, Samad
Perang sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya di Kampung Nakhoda.
Tanah haram yang didudukinya, sudah menjadi miliknya sendiri. Dia
mendirikan rumah batu dua tingkat. Samad Perang banyak menghabiskan
masa lapangnya di masjid.

Saya gembira mendengar berita itu dan berharap Samad Perang tidak akan
jatuh dalam dunia perniagaannya, kalau dia jatuh, saya bimbang dia akan
membuat kerja lamanya menyembah tunggul dan pokok-pokok besar untuk
meminta nombor ekor.

“Allah memberikan jalan yang baik untuknya, semoga dia akan jadi manusia
yang berguna pada agama, saya senang dengan cara saya mencari rezeki
dengan memanjat bukit untuk mencari rotan,” kata Mamat Bukit, bila dia
mendengar berita tentang kawan karibnya itu.

58. Ilmu Papan Sekeping

SUDAH dua jam, saya duduk di pangkal pokok kekabu di tebing sungai. Tidak
ada seekor ikan pun yang mahu menjamah umpan di mata pancing.

“Banyak ikan yang kau dapat?”

Saya segera menoleh ke kanan. Samad Perang tercegat di situ dengan


sepasang matanya merenung tajam ke arah saya. Batang pancing saya
cacakkan ke tanah.

“Tak ada ikan yang mahu makan umpan pancing. Bila pakcik datang dari
Kuala Lumpur?”

532
“Dah dua hari, melihat rumah lama dan kawasannya. Sudah penuh dengan
lalang.”

“Dah jumpa datuk saya?”

“Belum lagi, cadang tu memang nak jumpa dia, sengaja pak cik jalan ikut
tepi sungai, redup sikit.”

“Kalau pakcik nak jumpa dia elok sangat tu, diapun ada di rumah. Masa saya
tinggalkan tadi, dia mencangkul.”

“Tak apalah Tamar, kau memancinglah tetapi, kau ingat memancing ni mesti
sabar.”

“Ya pakcik.”

Samad Perang terus meninggalkan saya di perdu kekabu. Samad Perang


yang saya lihat sebentar tadi, berbeza dengan Samad Perang yang dulu.
Mukanya kelihatan bersih dan badannya gemuk. Kulit mukanya kelihatan
kemerah-merahan. Matahari petang yang memancar garang mula menurun.
Air sungai yang tadi memancarkan cahaya yang berkilau-kilau kerana
dipanah sinar matahari, sudah tidak bercahaya lagi. Tetapi, ikan-ikan terus
bermain di permukaan air sambil menangkap serangga yang hanyut.
Anehnya, ikan-ikan itu tidak mahu menjamah umpan beras kunyit di mata
pancing. Selalunya, umpan yang dibuat oleh nenek jadi kegemaran ikan,
belum pernah saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Paling kurang
saya akan dapat dua tiga ekor baung putih dan teroboi atau ikan keli. Petang
itu, tuah tidak berada di pihak saya. Pulanglah saya dengan tangan kosong
bersama matahari petang yang kian rapat ke puncak gunung di seberang
sungai.

“Kenapa muka masam macam cuka, kau tak dapat ikan,” tegur nenek bila
saya sandarkan batang pancing di pokok rambutan di belakang rumah.

Pertanyaan nenek tidak saya jawab. Saya terus duduk di anak tangga
bongsu.

“Tamar, aku bercakap dengan kamu, kenapa kamu diam?” Suara nenek mula
meninggi. Berdiri di depan saya bercekak pinggang. Kain tudung yang
menutup kepalanya jatuh atas bahu. Dan sanggul lintangnya jelas kelihatan,
hitam berkilat diselang-seli dengan uban.

“Saya meradang tak dapat ikan nek.”

“Itu puncanya, eh apa kau sudah lupa, rezeki kita di tangan Allah, kalau kau
sudah berusaha tetapi, tidak dapat, ertinya rezeki kau tak ada, apa kau mahu
melawan kuasa Allah.”

“Tidaklah begitu nek.”

533
“Kalau sudah tahu, kenapa kau mesti marah? Kau harus bersyukur kerana
hari-hari lain kau dapat ikan.”

Saya terdiam mendengar kata-kata nenek itu. Saya terus senyum dan
bangun menuju ke arah datuk yang sedang duduk termenung di penjuru
halaman rumah sebelah kanan. Tangannya masih memegang cangkul.

“Ada pakcik Samad Perang jumpa Tuk?”

“Ada, kenapa Tamar?”

“Sebelum dia jumpa tuk, dia jumpa saya di tepi sungai.”

“Hum, macam tu, dia baru saja balik.”

Saya anggukkan kepala mendengar cerita dari datuk itu. Datuk dan saya
beredar dari situ menuju ke bawah pokok manggis yang tidak jauh dari kaki
tangga. Di bawah pokok tersebut datuk dirikan pelantar papan yang muat
untuk empat orang duduk bersila. Tiang pelantar datuk buat dari buluh
kuning, tingginya kira-kira satu kaki dari paras bumi. Saya dan datuk terus
duduk di situ. Beberapa minit kemudian nenek datang meletakkan dua
cawan kopi panas.

“Apa cerita Samad Perang dengan awak? Saya nampak tadi, bukan main
rancak bercakap,” nenek menyoal datuk. Saya cuma senyum saja.

“Tak ada apa-apa, Cuma dia bertanya pendapat saya berhubung dengan
tanah dan rumahnya yang sudah ditinggalkannya hampir dua tahun tu.”

“Kenapa pula?”

“Dulu dia suruh anak buahnya duduk dan bersihkan tanah, tapi anak
buahnya tak mahu, kata mereka tanah dan rumah tu berhantu.”

“Dia suruh awak duduk di situ?”

“Tidak pula...,” datuk tidak meneruskan kata-katanya.

Datuk terus menghirup air kopi. Saya menggigit bibir sambil merenung ke
arah beberapa ekor burung yang hinggap di dahan manggis.

MAWAR

Datuk meletakkan cawan kopi yang berbunga mawar di atas piring. Datuk
kedutkan kedua belah keningnya macam memikirkan sesuatu. Ia merenung
ke arah muka jalan.

“Mamat Bukit datang,” katanya dengan tenang. Saya dan nenek terus
merenung ke arah muka jalan masuk ke halaman rumah.

534
Mamat Bukit terbongkok-bongkok mengayuh basikal menuju ke arah kami.
Sampai dekat pelantar Mamat Bukit tongkatkan basikal tuanya. Tanpa
mengucapkan sesuatu, Mamat Bukit terus duduk di sisi datuk. Dahinya
berpeluh dan nafasnya turun naik. Datuk tidak peduli dengan Mamat Bukit
yang nampak agak cemas. Dengan tenang datuk menghirup kopi.

“Pergi buatkan kopi untuk dia,” bisik datuk pada nenek. Nenek pun bangun.
Bila Mamat Bukit sudah tenang, datuk pun menghadiahkan senyum padanya.

“Ada apa masalah Mamat?” tanya datuk. Mamat Bukit tersenyum, dalam
masa yang sama nenek menghulurkan secawan kopi padanya.

“Minum Mamat.” Kata nenek.

“Terima kasih, kerana susah-susah buat kopi untuk saya,” balas Mamat Bukit.
Nenek terus duduk di tempat asalnya. Saya terus menghirup kopi. Beberapa
helai daun manggis yang sudah tua, gugur ke bumi.

“Jadi kau menjaga dan mengusahakan tanah Samad Perang?” Mamat Bukit
agak terkejut dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh datuk padanya.

“Mana awak tahu semuanya ini?” soal Mamat Bukit.

“Samad Perang bertanyakan pendapat aku dalam hal tersebut dan aku setuju
dengan apa yang dirancangkannya, eloklah kau mengusahakan tanah dan
menjaga rumahnya, aku kira kau orang yang paling sesuai sekali, kau
sahabatnya.”

“Apa kata anak buahnya yang lain?”


“Usah kau bimbang hal tersebut, dia sudah serahkan pada anak buahnya
tapi, mereka tak mahu menjaganya.”

“Tapi, ada hal lain lagi.”

“Apa dia Mamat? Cakaplah,” suara datuk agak meninggi. Biji matanya cukup
tajam merauti wajah Mamat Perang. Mamat Perang segera menundukkan
kepala. Dahinya nampak berkerut.

“Sebaik saja saya menerima amanat Samad Perang untuk menjaga rumah
dan mengusahakan tanahnya, anak saudaranya datang dan mengatakan
rumah dan tanah Samad Perang, ditunggu jin tanah,” suara Mamat Bukit
tersangkut-sangkut.

Nenek terus renung muka Mamat Bukit. Saya lihat nenek tersenyum dan
terus bersuara:

“Kenapa kau tak tanya Samad Perang, tentang hal itu?”

“Nak tanya macam mana? Anak saudaranya datang sesudah Samad Perang
balik.”

535
Saya dan datuk ketawa mendengar jawapan dari Mamat Bukit. Datuk terus
menepuk bahu Mamat Bukit.

“Semuanya tu karut, kerana Samad Perang dulu diserang penyakit ganjil,


kaum kerabatnya merasakan penyakit itu berpunca dari tanah yang
didudukinya, semuanya tu karut, kau pergi jaga rumah dan usahakan
tanahnya, jalankan amanat kawan kamu tu dengan jujur dan ikhlas,” ujar
datuk.

Mamat Bukit anggukan kepala. Setuju dengan cakap datuk. Lebih-lebih lagi
datuk telah memberi jaminan padanya. Sedia membantunya jika menghadapi
sebarang masalah.

“Kalau dah ada jaminan macam tu. Saya tak bimbang,” suara Mamat Bukit
merendah. Di bibirnya terpamer senyum. Dia pun menghirup kopi yang
tersedia di depannya. Kemudian Mamat Bukit minta diri untuk pulang.

“Apa yang mahu awak tahu, sekarang sudah jelas,” datuk renung muka
nenek. Saya lihat nenek tersenyum, lalu mengambil cawan kosong.

Beberapa minit kemudian, saya dan datuk pun beredar dari pelantar di
bawah pokok manggis. Senja pun merangkak tiba. Suasana beransur menjadi
samar-samar. Beduk di surau pun dipalu orang dan diikuti dengan suara azan
Maghrib.

TETAMU

Saya tidur kembali setelah menunaikan sembahyang Subuh. Bila saya terjaga
dari tidur yntuk kali yang kedua, saya lihat jam bulat yang terletak atas meja
di hujung kepala, sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Saya terus
melakukan senaman seperti yang diajar oleh datuk. Senaman yang dilakukan
selamat sepuluh minit itu mengeluarkan peluh di seluruh badan. Saya
biarkan peluh badan kering dengan sendirinya. Saya ingat pesan datuk yang
mengatakan, bila badan berpeluh kerana bersenam, jangan terus mandi.
Jangan kesat peluh dengan tuala, biarkan peluh itu keluar dan kering dengan
sendirinya. Bila dikesat dengan tuala, mungkin liang-liang bulu roma
tersumbat oleh daki peluh. Akibatnya, boleh menimbulkan rasa sakit-sakit
dalam badan. Bila peluh sudah kering, saya terus ke sungai. Biasanya saya
terjun dari bibir tebing ke dalam sungai. Tetapi, pagi itu kebiasaan tersebut
tidak saya lakukan. Apa yang saya lakukan ialah mengenakan kedua belah
telapak kaki saya dengan air di permukaan sungai. Sedikit demi sedikit saya
meranduk air sungai. Mula-mula, kedua belah buku lali saya kena air. Lepas
itu, buah betis melarat hingga ke tempurung lutut. Randuk lagi hingga air
sungai paras pinggang. Kemudian, baru saya tenggelamkan badan paras
leher. Akhirnya, saya terus menyelam dan berenang dengan bebas.

Semuanya yang saya lakukan itu semata-mata mematuhi petua dari datuk.
Menurutnya, bila kita mandi sebaik-baiknya hindarkan menjirus air atau
mengenakan air terus ke badan dengan mengejut. Cara itu, kurang baik,

536
boleh membuat pergerakan darah dalam urat terganggu. Cara yang baik
kenakan air dari bawah, kemudian terus membawa ke atas (kepala). Dengan
berbuat demikian perjalanan darah tidak terganggu. Tambah datuk, jika
petua itu diamalkan terus menerus, boleh menghindarkan diri dari diserang
penyakit lumpuh,kebas atau sakit-sakit di bahagian sendi badan. Apakah
petuadatuk itu betul atau tidak, saya tidak dapat mempastikannya tetapi,
petua tetap saya amalkan.

Lepas mandi di sungai, saya terus pulang ke rumah. Sampai di rumah saya
agak terkejut sedikit. Dua orang wanita, sedang duduk di pelantar di bawah
pokok manggis. Saya segera menghampiri mereka. Saya lihat wanita yang
memakai baju kurung merah, berusia dalam lingkungan dua puluhan. Wanita
yang memakai baju kurung putih berusia kira-kira lima puluhan.

“Cari siapa?” tanya saya. “Tuan rumah ni.”

“Yang lelaki ke, yang perempuan?” wanita yang berusia lima puluhan itu
terdiam. Dia renung muka saya sejenak.

“Awak siapa.” Cara mendadak wanita berusia lima puluh menyoal saya.
Tanpa membuang masa, saya terus menerangkan hubungan diri saya
dengan orang yang dicakap oleh mereka.

“Saya ada hajat besar nak jumpa datuk awak,” terang wanita yang memakai
baju kurung putih. Saya menggigit lidah, saya yakin mereka datang dari
Kedah.

Kalau tidak dari Kedah mungkin mereka dari Perak Utara atau Pulau Pinang.
Sebabnya saya berkata begitu, loghat percakapan mereka, loghat orang
utara.

“Begini saja makcik, biar saya pakai seluar dan baju dulu, kemudian saya
panggil datuk dan nenek saya, kalau tak silap mereka pergi ke kebun
pisang,” terang saya dengan jujur.

“Jauh ke, kebun pisangnya?”

“Dekat aje, makcik tunggulah. Apa hajat makcik yang sebenar?”


“Tak payahlah saya terangkan pada awak, pergilah panggil datuk awak tu,
makcik ni datang dari jauh,” tambah wanita berbaju kurung putih, tanpa
menyebut dari mana dia datang. Setelah mengenakan seluar dan baju, saya
segera menemui datuk dan nenek di kebun pisang. Tanpa banyak cakap
mereka pun pulang.

Nenek terus menjemput kedua orang perempuan itu ke dalam rumah. Macam
selalu, nenek terus menghidangkan kopi pada tetamu yang tidak diundang
itu.

“Saya ni datang dari Kulim, menurut adik lelaki saya yang bekerja di Pusat
Pertanian di pekan ini, awak bomoh handal,” perempuan berbaju kurung

537
membuka mulut di depan datuk. Saya lihat datuk tenang saja.

“Ini anak perempuan saya nombor dua, dia ni ada penyakit, sudah ramai
bomoh mengatakan dia ni kena buatan orang, saya minta tuk bomoh tolong
tilikkan siapa yang membuat anak saya ni,” tambahnya dengan wajah serius.

Datuk segera sandarkan badan ke dinding. Merenung tajam pada nenek yang
duduk tidak jauh dari perempuan berbaju kurung putih.

“Saya bukan bomoh, saya bukan dukun. Cuma adik awak saja yang
mengatakan saya dukun,” suara datuk agak meninggi.

“Tapi...”

“Tak ada tapinya, saya bukan bomoh saya bukan dukun,” datuk terus
memotong cakap wanita yang berbaju kurung putih. Air mukanya segera
berubah. Nenek agak terkejut dengan sikap datuk itu.

Saya tidak tahu kenapa datuk bertindak demikian. Saya lihat kedua orang
wanita itu jadi serba-salah.

“Maafkan saya,” suara datuk menurun. Dia menarik nafas panjang sambil
menggaru-garu pangkal lehernya. Dan wanita yang memakai baju kurung
putih terus tunduk merenung lantai.

“Sepatutnya, saya yang minta maaf kerana datang tidak memberitahu,


mungkin melanggar pantang.”

“Awak tak melanggar pantang, kita sesama Islam tetap bersaudara. Tetapi,
saya kesal kerana awak mengatakan saya bomoh handal, seolah-olah saya ni
lebih berkuasa dari Allah, sedangkan saya bukannya bomoh atau dukun.”

“Maafkan saya.”

“Lagi satu saya marah, kerana awak minta tilik atau minta tengok tentang
orang yang kononnya, membuat anak awak. Saya nak tanya, awak orang
Islam? Betul atau tidak.”

“Saya orang Islam, kenapa awak tanya macam tu.”

“Sebagai orang Islam, awak harus tahu menengok dan menilik tu perbuatan
syirik, kenapa kerja yang ditegah oleh agama awak lakukan? Apa awak
percaya pada bomoh dan dukun dari kuasa Allah?” Wanita berbaju kurung
putih itu terdiam.

Kemudian, dengan cara terhormat datuk meminta kedua orang wanita itu
pulang saja ke Kulim dan datuk tidak mahu mendengar tentang masalah
yang mereka hadapi. Bila datuk sudah bertindak demikian, nenek segera
campur tangan.

538
“Mereka datang dari jauh, setidak-tidaknya awak dengarlah cerita mereka,
kenapa awak nak naik darah tak tentu sebab,” kata nenek. Datuk segera
bangun, berdiri di muka tingkap kedua belah telapak tangannya menekan
bendul tingkap.

Datuk merenung ke arah dedaun manggis dan rambutan yang bergoyang


disentuh angin. Saya lihat kedua belah cuping telinganya seakan-akan
bergerak-gerak. Datuk duduk kembali di tempat asalnya.

“Begini saja, kerana hal ini, hal orang perempuan eloklah awak ceritakan
pada isteri saya. Minta maaf, kalau saya bersikap kasar dengan awak berdua,
saya tahu sangat perangai orang perempuan, kerja tengok menengok atau
menilik dan jumpa bomoh memang kesukaan orang perempuan, janganlah
menambahkan dosa kering dalam hidup kita,” cukup tenang datuk berkata-
kata.

Datuk bangun kembali. Dia terus menarik tangan saya.

“Ke mana tuk?”

“Tolong kerja aku di kebun pisang.”

“Orang yang datang ni macam mana?”

“Biar nenek kamu yang selesaikan.”

KELUAR

Saya terpaksa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh datuk. Sampai di
kebun pisang saya terpaksa mencangkul. Bila matahari berada betul-betul di
ubun kepala. Barulah saya dan datuk pulang. Setelah menunaikan
sembahyang Zuhur. Saya dan datuk terus menghadapi hidangan yang
disediakan oleh nenek. Waktu saya dan datuk berehat di anjung rumah.
Nenek segera datang. Duduk dekat saya. Nenek memerhatikan gerak geri
datuk dengan teliti. Bila dilihatnya, datuk berada dalam keadaan yang betul-
betul tenang. Nenek terus mengusik datuk.

“Awak ni, makin tua makin menarik,” kata nenek.

“Sudahlah, jangan nak mengada-ngada, malu dilihat cucu. Dah tua-tua nak
bergurau,” balas datuk dengan senyum yang lebar.

Nenek terus ketawa panjang sambil menjeling ke arah saya. Datuk terus
mengipaskan badan dengan kipas yang dibuat dari daun mengkuang rimba.

“Apa cerita perempuan tadi?” tanya datuk. Nenek kenyit mata. Memberitahu
saya yang jeratnya sudah mengena.

“Saya dah suruh mereka datang jumpa awak lepas waktu Asar.”

539
“Apa halnya?”

“Soal rumahtangga. Menurut ceritanya, si suami bersikap dingin pada isteri


dalam setahun hanya sekali bersama, mana ada orang perempuan yang
sanggup menghadapi masalah begini,” terang nenek dengan wajah yang
selamba.

Kemudian nenek terus bercerita:

Perempuan yang memakai baju kurung putih itu namanya Naemah.


Suaminya berniaga kedai runcit. Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak
yang tua, lelaki sudah bekerja. Anak yang kedua perempuan namanya
Sariyah yang datang bersamanya memakai baju kurung merah. Anak yang
ketiga seorang perempuan. Sudah menikah dan mengikut suaminya bertugas
di Arau, Perlis. Suami Sariyah bertugas sebagai pegawai dalam Angkatan
Tentera Laut di bahagian kejuruteraan dan ditempatkan di Butterworth. Usia
Sariyah sudah dua puluh tiga tahun dan mempunyai lima orang anak yang
masih kecil. Sebelum menikah dengan Zainuddin (suaminya) Sariyah
bertugas sebagai guru sekolah rendah. Bila sudah menikah terus berhenti
atas permintaan suaminya. Di awal perkahwinan, mereka cukup bahagia. Bila
sudah dapat anak lima. Suaminya berubah sikap, sudah tidak mahu tidur
bersama. Bila didesak, suaminya akan mengeluarkan kata-kata yang kurang
menyenangkan.

“Tak apalah, bila mereka datang nanti saya tanya lagi. Pelik juga ceritanya,”
kata datuk sambil termenung panjang. Nenek segera ke dapur.

Saya mengikut nenek. Sampai di ruang dapur nenek meneruskan kerjanya


menganyam tikar mengkuang. Saya terus belajar menganyam tikar
mengkuang dari nenek. Ternyata kerja itu tidak sesuai dengan diri saya.
Nenek saya tinggalkan. Saya terus menuju ke pelantar di bawah pokok
manggis. Rebahkan badan di situ. Saya terus tertidur. Saya dikejutkan oleh
datuk bila sampai waktu Asar untuk sembahyang. Seperti yang dijanjikan
lepas waktu Asar Naemah dan anaknya Sariyah pun datang. Mereka terus
duduk di hadapan datuk yang menunggu kedatangan mereka di anjung
rumah. Kali ini wajah datuk nampak gembira.

“Awak menikah dulu macam mana? Maksud saya, ada tak berkenalan dulu
sebelum nikah,” soal datuk pada Sariyah.

“Kami menikah suka sama suka, kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi.

“Awak yakin, masa berkenalan dulu suami awak, tidak ada berkenalan
dengan orang lain?”

“Setahu saya tak ada.”

“Hubungan awak dengan mertua dan adik serta abang ipar awak
bagaimana?”

540
“Dengan mertua tidak begitu baik, begitu juga dengan kakak dan ipar yang
lain.”

Datuk menarik nafas panjang. Dia termenung sejenak. Wajah Naemah


direnungnya sebentar. Datuk menggigit kuku di ibu jarinya dua tiga kali.

“Awak ada ambil tahu tentang anak awak ni, maksud saya awak sudah
mengajar dia memasak dan melayan suami dengan baik,” tanya datuk pada
Naemah, yang sejak tadi mendengar percakapan datuk dengan anaknya.

“Sudah, rumahtangga mereka elok tapi...,” Naemah tidak meneruskan kata-


katanya. Dan datuk tidak mendesak supaya Naemah menerangkan sesuatu
dengan lebih lanjut lagi. Datuk menghampiri nenek. Mereka berbisik sesuatu.

“Kerana anak awak perempuan, biarlah orang perempuan yang


menyelesaikan. Isteri saya akan menguruskan hal anak awak,”ujar datuk
pada Sariyah. Datuk memerintahkan saya memasang tirai kain. Perintah itu
segera saya patuhi.

“Isteri saya pandai mengurut, biarlah dia memeriksa diri anak awak.
Sekarang pergi sebelah tirai sana,” beritahu datuk lagi. Naemah dan anaknya
segera berubah tempat duduk di
sebalik tirai. Kerana kain tirai itu dibuat dari kain bekas guni gandum yang
tebal, saya tidak tahu apa yang berlaku di balik tirai tersebut. Datuk duduk
dengan membelakangi ke arah muka pintu. Kedua belah telapak tangan
datuk menekan lantai rumah.

“Apa yang mesti saya buat,” terdengar suara nenek dari balik tirai.

“Jamah dan urut perutnya dari pangkal pusat ke atas, Awak tak usah takut
saya akan memberi tunjuk ajar,” jawab datuk.

Saya terus duduk di sisi datuk. Saya lihat telapak tangan datuk bergerak ke
sana ke mari atas lantai, macam orang mengurut tubuh manusia.

“Berhenti di situ,” nada suara datuk meninggi.

“Ya, saya berhenti di sini,” jawab nenek.

“Nafsu suaminya dikunci, melalui urut yang dibuat tadi. Sariyah banyak
kurangnya sebagai seorang isteri bila bersama, tidak dapat memberi sesuatu
yang baik untuk suami, dirinya macam papan sekeping.”

“Apa maksud awak papan sekeping?”


“Sejenis ilmu syaitan yang diamalkan oleh manusia yang lupakan kekuasaan
Allah, Ilmu itu dikenali sebagai ilmu papan sekeping, kalau terkena pada
orang perempuan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.”

“Bagaimana dengan perempuan yang saya urut ini?”

541
“Sudah terlalu jauh.,” datuk seakan-akan mengeluh. Wajahnya nampak gusar
sekali.

Datuk menyuruh saya membuka tirai. Datuk memanggil Sariyah. Suruh


duduk berhadapan dengannya. Naemah duduk dekat nenek.

"Apa benda-benda ganjil yang selalu awak temu dalam rumah awak?" Agak
terkejut juga Sariyah mendengar pertanyaan dari datuk itu.

Sariyah renung muka ibunya (Naemah) sambil mengerutkan dahi. Saya lihat
ibunya anggukkan kepala.

"Sudah setahun lebih, setiap Selasa saya jumpa anak-anak ular di bilik air.
Pada setiap malam Khamis ada sejenis belalang, macam belalang kunyit
masuk ke bilik tidur, belalang tu suka hinggap di pangkal belikat saya."

"Apa yang kamu buat?"

"Anak-anak ulat hitam tu, saya jirus dengan air panas. Tapi sebanyak mana
yang mati, sebanyak itu yang datang."

"Dengan belalang."

"Saya bunuh tapi dia datang juga."

Datuk terdiam. Sepasang matanya, merenung keluar menerusi pintu rumah


yang terdedah. Angin terus berlegar-legar di luar rumah menyentuh dedaun
pokok yang terdapat di situ. Dan angin yang masuk ke dalam rumah
menyentuh wajah saya.
Terasa amat nyaman sekali. Tiba-tiba suasana yang begitu tenang, macam
ada orang membaling batu ke dinding. salah satu papan dinding rumah
tercabut. Bila saya mahu memeriksanya datuk segera menahan. Kata datuk,
biarkan papan dinding
itu di situ. Biar dia yang uruskan semuanya.

Aneh, sungguh. Tidak ada manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan
rumah. Siapa pula yang membaling batu ke rumah waktu siang. Bunyinya
ada tetapi batunya tidak ada. Macam mana papan dinding yang dipaku kuat
boleh tercabut? Semua
persoalan itu menerpa dalam tempurung kepala saya.

"Saya akan cuba berikhtiar mengatasi nasib malang yang menimpa awak.
Kalau diizinkan Allah usaha saya akan berjaya. Tetapi, awak jangan
menggantungkan harapan pada saya," cukup lemah nada suara yang keluar
dari mulut datuk.

"Berdoalah pada Allah, semoga apa yang kita lakukan diberkatinya,


sebagainya, sebagai orang perempuan, saya tahu perasaan awak yang tidak
mendapat perhatian dari suami," nenek meningkah. Sepasang matanya

542
merenung redup ke wajah Sariyah.

"Awak balik dulu ke tempat awak, dua minggu lagi awak datang ke sini, kalau
tak boleh datang beritahu pada saya cepat. Dengan itu mudah saya pergi ke
tempat awak," saya bangga mendengar kata-kata datuk. Saya berdoa supaya
Sariyah jangan
datang ke rumah datuk. Biar datuk sendiri yang pergi ke rumahnya. Dapat
juga saya berjalan.

"Saya datang. suami saya tidak ada di sana. Dia pergi kursus selama tiga
minggu di Singapura. Semasa dia tak ada, dia izinkan saya pergi ke mana-
mana untuk menghiburkan hati."

"Saya yakin suami awak kasihkan awak tapi ada penghalangnya."

"Bolehkah awak tengok siapa penghalangnya?" Ibu Sariyah turut campur.

"Tolong jangan sampai saya membatalkan usaha ini," jawab datuk keras. Ibu
Sariyah terus membisu.

Datuk terus merenung muka Sariyah. Saya membetulkan rambut saya yang
jatuk ke dahi. Ibu Sariyah tunduk merenung lantai. Nenek terus termenung
panjang.

"Awak balik nanti, buatlah sembahyang hajat. Awak buat sendiri jangan
minta tolong pada orang lain. Mohon pada Allah supaya bencana yang ada
segera hilang dari awak."

"Baiklah," Sariyah memberikan janji.

Sebelum mereka pulang. Datuk membekalkan dua buku lengkuas dan dua
buku kunyit pada Sariyah.

"Lengkuas ni potong empat dan letakkan pada empat penjuru dalam bilik air
awak. Kunyit pun potong empat letakkan pada empat penjuru bilik tidur,
sebelum meletakkan di tempat yang saya sebut itu, bacalah surah Al-Fatihah
sepuluh kali, barang-barang
ni jangan dilangkah. Awak tinggal di rumah batu?"

"Ya, saya menyewa rumah dua tingkat."

"Bagus, bila awak datang ke mari nanti, ceritakan apa yang awak lihat
setelah benda-benda itu diletakkan di tempat yang saya katakan. Awak kena
buat cepat."

"Ya, saya akan balik ke Butterworth hari ini juga."

Datuk gembira dengan pengakuan yang diberikan oleh Sariyah. Datuk suruh
nenek menghantar Sariyah dan ibunya hingga ke tepi jalan enam kaki.

543
Datuk terus mencari penukul dan mengenakan papan dinding yang tercabut
ke tempat asalnya. Bila semua kerjanya selesai. Datuk terus duduk di muka
pintu merenung arah ke selatan.

"Tuk"

"Kenapa"

"Ilmu papan sekeping tu apa dia tuk."

Datuk tersenyum. Dia memanggil saya duduk di sisinya. Bila saya berada
dekatnya. Datuk gosokkan kepala saya dua tiga kali. Dia tersenyum. Menurut
datuk, ilmu itu berasal dari salah satu tempat dari selatan benua India. Ilmu
itu dibawa oleh orang-orang India Muslim yang datang ke tanah
Semenanjung.

"Kebanyakkan orang-orang India Muslim yang datang ke tanah air sudah


beristeri, sebelum mereka datang, mereka kenakan ilmu itu pada isterinya,
tujuannya untuk mengelakkan isteri mereka melakukan perbuatan terkutuk,
bila mereka tidak ada kerana merantau," datuk memulakan ceritanya.

"Bila ilmu itu dikenakan, setiap orang lelaki yang memandang isteri mereka
walau secantik mana pun, tidak terasa apa-apa," sambung datuk. Saya hanya
anggukkan kepala.

Tiba-tiba bulu tengkuk saya meremang. Bila datuk menjelaskan orang-orang


yang mengamalkan ilmu tersebut biasanya menyimpan sekeping papan
keranda orang yang mati berdarah. Papan itu dipotong kecil-kecil dan
disimpan dalam peti hitam di sesuatu tempat yang tertentu. Selalunya peti
hitam itu ditanam dalam tanah.

"Cara mereka membuatnya macam mana tuk?" Tanya saya.

"Mereka akan mengambil tiga helai rambut perempuan yang gugur di atas
bantal waktu pagi, dililitkan pada salah satu papan keranda yang sudah
dipotong halus-halus itu, kemudian ditanam di pangkal pokok atau disimpan
saja. Biasanya orang-orang India Muslim yang merantau membawanya ke
mana-mana atau di buang ke laut."

"Kejam," kata saya.

"Memang kejam menganiayakan kaum perempuan, kalau dah sayangkan bini


bawalah ke mana-mana, buat apa ditinggalkan dengan cara ini. Peliknya, bila
sampai ke sini mereka kahwin, bini yang ditinggalkan terus merana," datuk
semacam mengeluh.

Datuk turun ke tanah. Saya terus mengekorinya menuju ke sudut rumah.


Datuk melihat lukah yang tergantung di dahan belimbing buluh. Salah satu
lukah itu datuk ambil.

544
"Aku mahu menahan lukah di sungai, kau pikul lukah ini ke sungai," saya
segera menyambut lukah yang datuk hulurkan pada saya. Sepanjang jalan
menuju ke sungai datuk terus bercerita tentang ilmu papan sekeping.

Kata datuk, ilmu papan sekeping banyak menggunakan mentera dalam


bahasa yang sukar dimengertikan, banyak menggunakan pemujaan pada
hantu syaitan.

"Bahasa bercampur aduk, ada bahasa hindu tua, ada bahasa jawa tua dan
Siam. Ilmu itu cukup terkenal di kalangan dukun-dukun Siam yang kemudian
dituntut oleh beberapa orang Melayu secara diam-diam,' datuk berhenti
bercakap kerana kami sudah sampai ke tepi sungai.

Saya lihat air sungai mengalir dengan tenang. Dua tiga helai daun getah
yang sudah tua terkapar di permukaan sungai dibawa oleh arus menuju ke
hilir.

"Apakah suami Sariyah mengenakan ilmu itu pada isterinya tuk?"

"Aku tak fikir begitu, suaminya orang berpelajaran, mana mungkin mahu
buat kerja macam itu."

"Jadi, siapa yang membuat angkara buruk tu tuk?"

"Aku tak tahu, mungkin perkara itu jadi secara kebetulan. Tak apalah Taman,
aku akan berusaha memulihkannya, selalunya kerja-kerja syaitan akan
musnah dengan kuasa Allah," kata datuk.

Tanpa membuang masa datuk turun ke dalam perut sungai. Dia mencari
lubuk yang difikirkan banyak ikan. Di situ datuk menahan lukah.

59. Kelawar Pontianak

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Biji-biji getah yang dikutip saya lambakkan atas tanah. Datuk masih lagi
menjalin bilah buluh dengan rotan. Dia membuat lukah (bubu) baru yang
panjangnya satu hasta dengan injap bermata belas. Memang perangai datuk,
kalau membuat lukah, mesti dimulakan waktu matahari terbit. Bila matahari
sudah tinggi segalah, kerja itu diberhentikan.

Kalau diteruskan, lukah yang dibuat tidak membawa tuah. Ertinya, tidak ada
ikan yang mahu masuk dalam lukah. Saya terus memecahkan kulit biji getah
dengan kayu. Isinya saya taruh dalam penapis buluh.

“Jumlahnya mesti ganjil,” tegur datuk ketika saya mencucukkan dawai halus
ke dalam isi biji getah untuk umpan lukah.

Saya terpaksa mengira kembali isi biji getah yang sudah dicucuk berangkai.

545
Semua jumlahnya ganjil belaka. Tetapi, ada satu yang mesti saya patuhi. Isi
biji getah itu tidak boleh dilangkah, tidak boleh kena bayang.

“Sekarang kau masukkan umpan biji getah ke dalam lukah yang kita angkat
dari sungai pagi tadi, sandarkan ke pangkal pokok manggis,” datuk suruh
dengan hati-hati. Kalau tersilap, pasti datuk bertempik dari atas pelantar.

“Menahan lukah dengan umpan biji getah ni bagus, bila biji getah tu dah
masam, ikan akan mencari sampai ke dalam bubu,” datuk tersenyum dan
terus bangun.

Semua bilah buluh, rotan serta pisau peraut diletakkannya dalam bakul
mengkuang. Datuk tidak mahu meneruskan kerja tersebut kerana matahari
sudah meninggi.

“Tuk nak ke mana?”

“Aku nak tengok putik Salak Jambi,” katanya.

“Tapi tuk, orang yang berjanji dengan kita dulu datang hari ini, tempohnya
dah cukup.”

“Aku tahu, dia orang datang sebelah petang,” balas datuk dengan tenang.
Langkahnya dipercepatkan menuju ke perdu Salak Jambi yang ditanamnya
tidak jauh dari kawasan rumah.

Saya tidak tahu, kenapa datuk menaruh perhatian yang besar pada perdu
Salak Jambi yang jumlahnya tidak sampai lima perdu.

Datuk Cuma memberitahu saya yang pokok salak itu benihnya dibawa dari
tanah Jambi.

Buahnya besar dan agak panjang bentuknya, berbeza dengan buah salak dari
Pahang dan Terengganu. Rasanya manis dan isinya juga tebal.

Datuk tidak pernah menjual buah salaknya. Dia lebih suka memberi percuma
pada orang-orang kampung. Datuk juga menyuruh orang-orang yang
menerima pemberiannya menanam biji salak tersebut.

Kata datuk, pada satu waktu nanti, buah salak akan menjadi buah yang
berharga dan amat digemari orang ramai. Hanya keadaan saja yang dapat
menentukan kebenaran dari kata-kata datuk itu.

Saya mengelap peluh yang mula mengalir di bahu dengan telapak tangan.

Matahari terus memancar dengan garang. Semua kulit-kulit biji getah yang
bertaburan atas tanah saya kumpulkan dalam kertas lalu saya buangkan ke
tempat sampah. Petang nanti akan saya bakar.

TEGUR

546
“Apa yang kau menungkan,” tegur nenek bila melihat saya termenung
panjang di halaman rumah. Saya tidak menjawab pertanyaan kecuali
memberikan senyum mesra.

“Kenapa tak ikut tuk tengok pokok salak?”

“Habis kau nak buat apa.”

“Saya nak pergi ke surau, saya nak main gasing dengan kawan-kawan di
situ.”

“Ikut suka kaulah,” balas nenek.

Saya terus ke surau. Sampai di halaman surau saya lihat sudah ada dua tiga
orang kawan-kawan main gasing. Saya turut campur dalam permainan
tersebut. Saya bangga kerana gasing yang saya buat dari kayu limau berjaya
memecahkan dua buah gasing kawan. Setiap kali saya memangkah gasing
dalam gelanggang kawan-kawan semuanya terdiam. Mereka tumpukan
perhatian ke arah saya. Kerana terlalu asyik bermain, saya pulang ke rumah
kira-kira pukul lima petang dengan perut yang lapar.

Mungkin kerana ada tetamu di rumah, datuk tidak marah pada saya. Macam
selalu, pukul berapa saya pulang, nenek yang baik hati akan menyediakan
hidangan untuk saya. Nenek cuma menasihatkan saya supaya jangan
mengulangi perbuatannya yang tidak disenangi oleh datuk.

Datuk tidak marah saya bermain gasing dengan kawan-kawan. Apa yang jadi
pantangnya, kerana asyik main, saya lupa sembahyang Zuhur serta lewat
menunaikan fardu Asar.

“Bila kau main gasing sampai melupakan perintah Allah, ertinya kau bermain
dengan syaitan,” kata datuk dengan nada suara yang lembut, ketika saya
melintas di depannya menuju ke bilik.

Tetamu yang datang menjeling kearah saya. Terasa tebal kulit muka bila
saya disindir begitu. Saya terus memencilkan diri dalam bilik.

“Sudah awak buat perkara yang saya suruh,” saya terdengar suara datuk.
Telinga saya rapatkan ke dinding. Saya tidak dapat mengawal perasaan ingin
tahu yang timbul meluap-luap dalam dada.

“Sudah,” terdengar suara perempuan menjawab. Pasti suara Sariyah.

“Apa kesannya?”

“Anak-anak ular hitam dan belalang tidak datang lagi. Tetapi, saya tidak
dapat tidur lena, selalu terjaga, mimpi yang bukan-bukan.”

“Apakah mimpi yang kau alami sama pada setiap malam?”

547
“Ya sama.”

“Apa mimpinya.”

“Orang hitam berbadan besar menangkap saya, dibawa ke sarang ular bisa.
Saya mahu dicampakkan ke situ. Bila saya menjerit saya terus terjaga.”

“Pelik,” kata datuk.

Dengan tiba-tiba bulu roma saya tegak. Saya terasa macam ada makhluk
halus yang tidak dapat saya lihat berdiri di belakang saya. Dan saya rasakan
makhluk itu berbadan besar seperti apa yang diceritakan oleh Sariyah pada
datuk. Saya lawan perasaan yang terjadi dalam diri saya itu. Makin saya
lawan, makin terasa seram. Benda ganjil yang tidak dapat dilihat itu seperti
mengarahkan biji matanya kearah saya.

Saya terus meluru keluar. Duduk dekat datuk. Saya lihat wajah datuk begitu
tenang, seolah-olah dia mengerti dengan apa yang terjadi. Sariyah dan
ibunya tercengang melihat kedatangan saya itu.

“Sekarang awak urut perempuan ini lagi,” beritahu datuk pada nenek. Dahi
nenek nampak berkedut.

“Tak payah pasang tirai? Awak ni dah mengarut nak mengurut perempuan di
depan lelaki,” nenek melahirkan protes dalam senyum. Datuk terdiam
sejenak.

“Tak payah, bawa dia masuk ke dalam bilik Tamar.”

“Lagi?”

“Saya akan memberi perintah dari luar macam yang kita buat dua minggu
lalu.”

“Awak tahu, lepas saya mengurut perempuan ini dua minggu lalu, saya
mimpi seperti apa yang diceritakannya pada awak, kemudian seluruh badan
saya terasa bisa-bisa.”

“Kenapa awak tak cakap?”

“Malas nak cakap dengan awak,” nenek menjuihkan bibirnya ke depan.


Datuk tersenyum panjang.

Sariyah dan ibunya masuk ke dalam bilik saya dengan ditemani oleh nenek.
Datuk memperkemaskan silanya dengan meletakkan kedua belah lengannya
atas kedua belah tempurung lututnya. Kedua belah matanya datuk rapatkan.

“Urut rusuk kiri bawa ke kanan. Berhenti di situ. Tekan pangkal pusatnya
dengan tangan kiri. Tangan kanan tekan pangkal pinggangnya kuat-kuat,”

548
begitu datuk mengeluarkan arahan dengan mata terpejam. Saya kira nenek
tentu mengikut apa yang datuk suruh.

“Aduhhh, tolong,” saya terdengar suara Sariyah.

“Jangan lepaskan, biar dahinya berpeluh,” balas datuk.

“Ada ketul keras macam batu,” jawab nenek.

“Tekan, jangan lepas,” balas datuk.

“Tolong sayaaaa,” suara Sariyah bertambah lemah. Akhirnya saya terdengar


Sariyah mengeluh kuat. Lepas itu tidak terdengar apa-apa.

Dalam masa yang sama, tanpa angin. Daun-daun tingkap bergerak lalu
menghempaskan kayu jenang, melahirkan bunyi yang kuat macam ada orang
yang membuka dan menutup, kain langsir putus dari pengikatnya, tidak ubah
macam direntap oleh tangan manusia dengan kasar.

PEDULI

Datuk tidak mempedulikan keadaan yang agak ganjil itu. Dia terus pejamkan
matanya. Dan suasana yang tidak menyenangkan itu terus hilang.

“Sudah lepaskan bahagian yang awak pegang,” seru datuk dari luar. Saya
terdengar suara Sariyah kembali dengan keadaan normal, bercakap sesuatu
dengan ibunya.

“Sekarang genggam penumbuk di tangan kiri dan tekankan ke perut


perempuan itu di bahagian pusatnya,” sambil mengeluarkan perintah itu
datuk membuka silanya lalu bertinggung untuk beberapa minit. Datuk duduk
kembali.

“Buka tangan awak dan lihat apa yang ada.”

“Serpihan papan berbalut kain merah,” jawab nenek.

“Masukkan barang itu ke dalam mangkuk putih, tutup dengan kain atau
kertas, kemudian bawa pada saya,” selesai saja datuk bercakap, kedua belah
kelopak matanya dibuka.

Nenek keluar dari bilik lalu meletakkan mangkuk putih bertutup kain di
hadapan datuk. Bila nenek mahu melangkah ke dalam bilik datuk terus
bersuara:

“Awak urut dia macam awak mengurut perempuan yang baru lepas bersalin
tiga hari.”

“Baiklah.”

549
Nenek masuk ke bilik lalu melakukan apa yang datuk suruh. Bila nenek
selesai mengurut, Sariyah dan ibunya segera keluar.

Saya lihat muka Sariyah berseri-seri dan merah, macam wajah anak dara
yang baru berusia belasan tahun. Kalau dilihat sekali imbas, pasti orang tidak
menyangka yang Sariyah sudah punya anak lima.

Saya tidak menafikan, sesungguhnya dalam usia saya yang begini, saya
memang tertarik pada dirinya. Air mukanya begitu menarik dan menawan
boleh membuat lelaki tidak tidur malam.

Mereka terus duduk di hadapan datuk. Saya lihat kulit Sariyah yang kemerah-
merahan itu bersih dan gebu sekali, tidak terlihat lubang-lubang bekas
jerawat seperti sebelumnya. Kulitnya cukup lembut sekali.

“Awak mesti mematuhi syarat-syarat yang saya berikan ini, jika awak benar-
benar mahu masalah yang awak alami ini berakhir,” kata datuk sambil
merenung wajah Sariyah dan ibunya.

“Apa dia syarat-syaratnya tu?” Tanya ibu Sariyah macam tidak sabar-sabar.
Datuk termenung sejenak.

“Mudah saja, syarat pertama jangan meninggalkan sembahyang lima waktu,


membaca yasin malam Jumaat dan selalu bersedekah pada anak-anak yatim
atau orang miskin bila awak mampu berbuat begitu,” datuk bercakap
sebentar.

“Syarat kedua, jangan mengatakan atau membabitkan orang lain yang


kononnya penyakit awak ni, adalah perbuatan orang lain, itu perbuatan yang
salah,” datuk raba pangkal tengkuknya sejenak.

“Awak mesti berbaik dengan ipar dan mak mentua awak,” tambah datuk lagi.

“Kalau mereka menolak dan menyakitkan hati saya bagaimana?” Tanya


Sariyah.

“Awak harus bersabar, biar apapun yang mereka lakukan jangan melawan
mentua, emak mentua sama juga dengan emak sendiri, kalau tidak tahan
dengan sikapnya, cari jalan asalkan jangan sampai timbul permusuhan, saya
tidak mahu awak memberitahu orang lain awak berubat di sini.”

“Saya berjanji dan saya berterima kasih pada tuan.”

“Jangan berterima kasih pada saya tetapi, bersyukurlah pada Allah kerana
dengan Allah juga, saya boleh menolong awak, jangan panggil saya tuan,
panggil saja ayah atau pakcik.

“Ya ayah.”

“Kerana awak saya kira perempuan yang baik dan jujur, mulai dari hari ini

550
awak saya anggap macam anak saya sendiri,” datuk luahkan apa yang
tersirat dalam hatinya.

Sariyah dan ibunya berpandangan. Mereka pun berbalas senyum tetapi, tidak
dapat mengatasi senyum nenek yang membayangkan kepuasan tersendiri.

Dengan wajah yang manis datuk menyuruh saya memetik tujuh helai daun
sirih yang bertemu urat di belakang rumah. Suruhannya itu segera saya
patuhi. Tujuh helai daun sirih bertemu urat saya serahkan padanya.

Datuk patahkan semua tangkai sirih, begitu juga dengan bahagian


hujungnya. Tiap daun sirih datuk lipat tiga. Semua tulang belakang daun sirih
datuk buang. Daun-daun sirih yang sudah dilipat itu datuk taruh tiga butir
gula pasir.

“Ini bukan apa-apa, cuma petua untuk penyeri wajah kamu, tiap-tiap daun
sirih ini ada tiga biji gula putih, jangan jatuhkan gula-gula itu, selepas bangun
tidur kumur mulut dan kunyah daun sirih ini hingga hancur, telan hampasnya
sesudah itu barulah kamu basuh muka dengan air suam, kenakan air itu ke
seluruh kulit muka kamu,” kata datuk.

Sebelum datuk serahkan daun-daun sirih pada Sariyah datuk membaca


sesuatu.

“Pantangnya, jangan makan benda-benda masam dan pahit sebelum masuk


waktu Asar selama tiga bulan, lepas itu tak apa,” datuk mengingatkan
Sariyah.

Semua daun sirih yang dibungkus itu diserahkan pada Sariyah. Datuk juga
mengingatkan Sariyah supaya daun sirih itu jangan dilangkah atau terkena
bayang diri.

“Berapa upahnya ayah?” Soal Sariyah.

“Saya tidak mencari rezeki cara ini.”

“Tapi ayah sudah menolong saya.”

“Ayah tidak menolong awak, Allah yang berkuasa menolong awak, saya
cuma berusaha, kalau Allah tidak mengizinkan, usaha saya tidak berjaya,
lupakan hasrat awak tu.”

“Oh…” keluh Sariyah.

“Pulanglah ke rumah awak, jangan lupa dengan syarat yang saya kenakan,”
ujar datuk dengan tenang.

Sariyah dan ibunya terus bersalaman dengan nenek. Kemudian mereka


meninggalkan rumah dengan tenang.

551
“Apa yang awak rasa waktu mengurutnya tadi,” datuk bertanya pada nenek.

“Sudah banyak berubah, sudah cukup syaratnya sebagai seorang isteri,


semua urat-urat dalam perut dan sendinya bergerak macam manusia yang
sempurna, tidak terasa macam papan sekeping, sudah ada lekuknya, sebagai
orang perempuan saya tahu apa yang ada pada diri seseorang isteri,
semuanya itu ada pada Sariyah,” jelas nenek pada datuk. Datuk puas hati
dengan keterangan yang diberikan oleh nenek itu.

PISANG

Matahari sudah mula condong tetapi, datuk masih juga mahu mengajak saya
ke kebun pisang. Saya tidak tahu kenapa datuk harus pergi ke tempat
tersebut dalam waktu begini.

Biasanya, kalau matahari sudah condong, datuk tidak mahu pergi ke kebun
pisang.

Dia lebih suka menghabiskan masa petangnya membuat kerja dalam rumah
hingga menjelang waktu Maghrib.

“Sudah petang benar tuk.”

“Tak apa, bila hari sudah remang-remang senja kita baliklah ke rumah.”

“Tak apalah tuk,” balas saya.

Saya dan datuk pun menuju ke kebun pisang. Dedaun pisang yang tua
dibuang. Anak-anak pisang yang tumbuh banyak di sesuatu perdu
dikurangkan menjadi satu atau dua. Buah-buah pisang yang sudah cukup tua
diambil untuk dibawa pulang.

Saya begitu seronok bekerja dalam suasana petang yang begitu tenang dan
aman. Datuk juga begitu.

Tanpa disedari matahari kian rapat ke kaki langit, suasana yang terang mula
beransur kelam, beburung kelicap sudah mula kurang hinggap di jantung
pisang. Semuanya pulang ke sarang.

“Sudah beransur gelap tuk,” saya mengingatkan datuk.

“Tunggu sikit lagi Tamar, biar aku buang anak pisang yang tak berguna ni,”
datuk masih lagi membongkok di perdu pisang.

Bila kerjanya selesai di perdu pisang tersebut, datuk meneruskan kerjanya di


perdu pisang lain.

Tidak ada tanda-tandanya yang datuk akan pulang segera. Dia sungguh ayik
dengan kerjanya. Cara ini membuat saya resah dan gelisah.

552
Hari sudah beransur gelap. Suara gagak liar terbang senja mula kedengaran.
Beberapa ekor gagak liar terus hinggap di pokok pisang sambil berbunyi.

Saya baling burung-burung gagak itu dengan kayu. Burung-burung terbang


sebentar kemudian datang semula ke pokok pisang sambil berbunyi. Saya
cuba sorak dengan suara yang kuat. Burung-burung gagak itu tidak peduli.
Terus berbunyi seolah-olah tidak takut dengan manusia. Saya jadi lemas
dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu.

Hari mula beransur gelap. Puncak bukit yang letaknya tidak jauh dari
kawasan kebun pisang sudah tidak jelas untuk saya tatap. Burung-burung
gagak liar terus berbunyi. Saya terus berlari kearah datuk. Darah saya
tersirap. Datuk sedang berguling-guling atas tanah. Tiga ekor kelawar yang
bentuk tubuhnya lebih besar dari kelawar yang biasa saya temui, menuju
kearah pangkal leher datuk. Suara kelawar itu cukup nyaring sambil
mengeluarkan giginya yang tajam berbentuk taji kearah datuk. Suara
kelawar itu juga berbeza dengan suara kelawar biasa, begitu juga dengan
bentuk giginya.

Dalam keadaan yang berguling-guling itu datuk sempat membelitkan daun-


daun pisang kering ke batang lehernya. Cara datuk mempertahankan diri dari
jadi mangsa kelawar aneh itu. Dalam keadaan yang cemas itu, salah seekor
dari kelawar tersebut menjunamkan badannya kearah datuk.

Dengan cepat datuk menghalakan parang panjangnya kea rah kelawar.


Tetakan dari datuk tidak kena sasaran. Dan kelawar itu sempat
membenamkan kukunya ke lengan kiri datuk. Baju di lengan terbelah dua.
Dalam keadaan yang samar-samar itu, saya melihat darah mengalir dari
lengan kiri lalu membasahi seluruh lengan baju yang berwarna putih. Suara
kelawar bertambah kuat, bagaikan orang bersorak dalam sesuatu
perlawanan bola.

“Berlindung Tamar,” jerit datuk, saya segera berlindung di balik pokok


pisang.

Datuk saya lihat berjaya bangun. Dia terus menghayun parang panjangnya
kea rah tiga ekor kelawar. Salah seekor dari kelawar itu terkena parang
panjang. Sayapnya putuh dua. Kelawar itu jatuh atas tanah. Sementara yang
dua ekor lagi terus menyerang bertubi-tubi kearah muka datuk. Saya
terdengar suara datuk menjerit, mukanya mula berdarah. Datuk terus
berjuang hingga kedua-dua ekor kelawar aneh itu terkorban. Datuk segera
menghampiri saya. Darah masih lagi mengalir di mukanya.

“Pipi kanan aku kena cakar,” kata datuk tercungap-cungap sambil mengesat
darah di mukanya dengan pucuk pisang yang belum kembang.

“Kelawar apa tu tuk, ganjil benar rupanya.”

“Kelawar jenis ni menghisap darah manusia dan binatang, kata orang


kelawar pontianak. Selalunya kelawar jenis ini berada dalam hutan tebal

553
terutama di kawasan yang banyak terdapat rusa, landak dan harimau,
banyak pemburu yang jadi korbannya,” datuk menerangkan pada saya.

“Macam mana boleh masuk ke kampung kita tuk?”

“Entahlah, agaknya sudah banyak hutan yang dibuka orang atau sudah tak
ada harimau dan rusa lagi dalam hutan, kelawar jenis ni mencari mangsa
waktu malam.”

“Seram saya tuk.”

“Apa mahu diseramkan, mari kita balik, hari dah gelap benar. Waktu Maghrib
sudah masuk,” balas datuk.

Memang benar hari sudah gelap. Suasana dalam kebun pisang terasa kurang
menyenangkan. Belum pernah datuk meninggalkan kebun pisang dalam
keadaan begini.

Sambil melangkah saya terus merenung ke kiri dan ke kanan. Saya lihat
dedaun pisang terus bergerak, walaupun tiada angin yang bertiup. Saya lihat
beberapa ekor burung gagak liar berterbangan tanpa suara.

“Datuk,” jerit saya. Datuk pun mematikan langkahnya.

“Ada apa Tamar?”

“Tuk tengok ke kanan.”

Datuk segera toleh ke kanan. Dia tidak berkata apa-apa. Badan saya terus
menggeletar. Siapa yang tidak menggeletar bila melihat bayang manusia
yang besar dan tinggi bergerak dalam kebun pisang sambil mematahkan
batang-batang pisang.

Dalam saat-saat tertentu, bayang-bayang itu memperlihatkan bentuk


badannya yang sebenar. Wajahnya mengerutu. Dagunya panjang. Kepalanya
botak dan kuku dari sepuluh jarinya terjulur kira-kira dua kaki. Biji matanya
terperosok ke dalam dan mengeluarkan cahaya yang halus.

“Tak ada apa-apa pun Tamar,” balas datuk.

“Ada hantu tuk.”

“Ah jangan mengarut mana ada hantu di sini, cepat jangan fikir yang bukan-
bukan.” Sergah datuk.

Saya cuba melangkah tapi tidak terdaya. Bayang-bayang itu serasa memburu
saya. Bila melihat keadaan saya begitu. Datuk terus mendukung saya.
Sampai di rumah saya diletakkan di anjung. Saya terkapar di situ. Tidak
terdaya bangun. Sendi-sendi badan terasa tidak dapat digunakan seperti
selalu. Datuk terus menunaikan fardu Maghrib. Sementara menanti datuk

554
selesai sembahyang bayang-bayang aneh itu terus mengganggu saya dalam
pelbagai bentuk.

Ada ketikanya wajah yang mengerutu itu mengeluarkan darah ke seluruh


muka. Ada ketika lain pula bertukar menjadi wajah yang paling hodoh
dengan mata satu di tengah dahi. Dari kulit wajah yang hodoh itu keluar
beribu cacing tanah. Dan cacing itu dimakannya macam orang makan mi
rebus atau mi goreng.

Paling menakutkan bila bayang-bayang itu mempamerkan giginya yang


bertaring dua. Darah celah-celah taring kulit keluar ulat tidak ubah macam
ulat tahi dengan bau yang amat busuk. Saya tidak terdaya melawan. Hanya
berserah pada Allah.

“Ayahmu menghalang apa yang aku buat, sekarang aku mahu kamu
merasakan kesakitan dari apa yang aku buat,” terdengar bergemuruh suara
dari bayang-bayang tersebut, waktu saya mendengar suara itu, saya melihat
cacing tanah berguguran dari wajahnya lalu menimpa muka saya.

Kemudian, saya terlihat kaki besar, seperti kaki gajah yang kulitnya berlapis-
lapis. Dari lapisan kulit yang berbulu itu mengalir nanah bercampur darah
bersama ulat-ulat halus yang bentuknya panjang, kira-kira dua inci. Ulat-ulat
itu bergerak ke kiri dan ke kanan.

Anehnya, kaki itu cuma sebelah sahaja yang dapat saya lihat. Lagi sebelah
saya tidak tahu ke mana perginya. Kaki gajah itu bergerak untuk memijak
dada saya. Sampai di sini saya tidak terdaya lagi. Saya terus menjerit.

SUARA

Datuk dan nenek terus menerpa pada saya. Mereka meraba seluruh badan.
Saya tidak terdaya mengeluarkan suara. Tekak saya terasa amat kering dan
panas sekali.

“Ambilkan aku semangkuk air,” saya terdengar suara datuk. Air yang diminta
segera nenek adakan. Diserahkan pada datuk. Dengan tenang datuk
membaca surah Al-fatihah yang jumlahnya saya tidak tahu. Datuk curahkan
air itu ke muka saya. Bila air terkena muka baru saya boleh bersuara dan
tekak tidak terasa panas lagi.

“Apa yang kau nampak Tamar?”

“Benda dari kebun pisang datang.”

“Apa yang dibuatnya pada kamu?”

“Mahu memijak dada saya tuk.”

“Kenapa kau tak baca ayat Quran yang aku ajar untuk menghalau syaitan.”

555
“Saya terlupa tuk.”

“Ah…,”

Datuk dan nenek terus mengusung saya ke bahagian dapur, saya


dimandikan. Kemudian saya diletakkan atas katil lalu diselimutkan dengan
kain tebal.

Nenek terus mengurut badan saya.

“Cuba bangun dan berjalan,” saya terdengar suara datuk. Selimut saya buka.
Saya turun dari katil dan cuba melangkah. Saya terjatuh. Sepasang kaki saya
jadi lemah dengan tiba-tiba.

Kerana saya tidak mahu ditinggalkan sendirian di atas katil, nenek dan datuk
terpaksa mengusung saya ke tengah rumah. Saya disuruh duduk bersandar
pada dinding. Nenek meneruskan kerjanya di dapur. Dan datuk terus
membaca al-Quran.

Lebih kurang pukul dua belas tengah malam, datuk berhenti dari membaca
Quran. Suasana malam terasa sepi dan dingin sekali. Saya sudah dua kali
terlelap dalam duduk. Datuk sudah bersedia untuk melakukan sembahyang
sunat, sebelum melakukan sembahyang istikharah.

Tiba-tiba datuk menghampiri saya. Dia tidak jadi melakukan sembahyang


sunat.

“Kalau kau mengantuk, biar tuk bawa kau ke dalam bilik.”

“Tak apa tuk, biarlah saya di sini.”

“Kalau sudah begitu kata kau, tak apalah.”

Tanpa diduga datuk terus menarik sepasang kaki saya dengan kuatnya. Saya
terus jatuh. Tetapi, saya tidak merasa sakit di bahagian kaki yang datuk tarik.
Saya tidak merasakan apa-apa. Jauh sekali untuk menjerit dan mengadu
sakit.

Datuk mendudukkan saya seperti sediakala. Air mukanya nampak berubah.


Saya dapat menduga datuk berada dalam keadaan pilu dan hampa yang
amat sangat. Tetapi, dia tidak mengeluarkan air mata. Datuk terus memeluk
dan mencium dahi saya.

“Tamar, kau lumpuh dengan tiba-tiba, kau tidak dapat menemani datuk ke
mana-mana, apa dosa cucuku hingga dia jadi begini,” keluh datuk. Dia terus
mencium saya dan saya terasa air matanya mengalir di dahi saya.

Datuk terus masuk bilik mengambil bantal. Dia suruh saya baring dan badan
saya terus diselimutkan. Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang serba
salah. Sekejap menggigit bibir, sekejap menggigit bibir dan lidah.

556
Datuk terus membuka pintu dengan luasnya. Saya dapat melihat keadaan
yang gelap di luar. Angin malam terus menyerbu masuk ke dalam rumah.
Suara pungguk terdengar sayup-sayup, bersama dengan bunyi suara kucing
jantan mencari betina.

Belum pernah saya lihat datuk melakukan pekerjaan seperti itu. Macam kerja
orang bodoh membuka pintu rumah waktu malam. Tidak ada sesuatu
keindahan yang dapat dilhat dalam malam yang pekat, selain dari rasa sejuk,
bunyi burung pungguk, bunyi burung hantu dan lolongan anjing liar yang
memanjang dan menyeramkan.

Datuk terus duduk menghadapi pintu yang terdedah. Kerana perbuatan itu
agak asing bagi diri saya lantas saya menyoal.

“Kenapa buka pintu tuk?”

“Ada tetamu yang nak datang malam ni, begitulah mengikut petua dan gerak
tubuhku Tamar.”

“Siapa orangnya tuk? Orang gila saja yang berjalan malam.”

“Aku sendiripun tak tahu, kalau yang datang baik, baiklah yang aku beri,
kalau jahat yang datang, jahatlah yang aku beri,” kata datuk.

Datuk terus duduk menghadapi muka pintu yang terdedah. Lengan bajunya
yang agak labuh itu nampak bergerak-gerak disentuh angin, begitu juga
dengan hujung rambutnya yang terjulur dari bawah songkok hitamnya.

Saya terdengar bunyi kucing menggaru papan yang diikuti dengan suara
burung tukang dan jampuk bersahut-sahutan. Datuk masih lagi duduk di
tempatnya.

“Masuk,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu sekeping papan
yang panjangnya kira-kira lebih dari lima kaki masuk ke tengah rumah
menerusi pintu, macam ada tangan ajaib yang menolak papan itu masuk.

Papan sekeping yang sudah agak reput itu membawa beberapa cebisan kain
putih yang terlekat pada papan tersebut tertanggal dengan sendirinya.

“Bukan papan dan kain saja yang datang, ada pengikutnya kenapa tak
tunjukkan diri, bukankah kita semuanya makhluk Allah,” ujar datuk dengan
tenang.

Habis sahaja datuk bercakap, semua tingkap rumah yang tertutup terbuka
dengan sendiri. Kemudian tertutup kembali. Papan sekeping di tengah rumah
terus bergerak tersandar pada dinding.

“Ada yang mengangkat dan mengubahnya, aku tahu iblis dan syaitan selalu
menipu dan menggoda manusia mengikut kemampuan yang ada pada diri

557
manusia, kalau manusia boleh mengubat manusia yang sakit, syaitan akan
mencelah untuk memesongkan keyakinan orang itu, kalau boleh cuba mahu
memaksa orang itu memainkan ayat-ayat Quran untuk tujuan yang tidak
baik,” datuk terus berkata-kata dengan tenang.

Datuk terus berdiri. Saya lihat di depannya wujud seorang lelaki berjanggut
dan berjubah membawa tasbih. Orang itu tersenyum pada datuk. Bila datuk
hulurkan tangan untuk bersalam orang itu tidak mahu menyambutnya.

“Tak apa kau tak mahu bersalam dengan aku. Tetapi, aku megah kerana kau
datang dalam keadaan begini, kau datang seperti orang alim yang taat pada
hokum Allah, kau berbuat begitu kerana kau tahu aku selama ini patuh
dengan perintah Allah,” tambah datuk lagi.

Orang itu tersenyum. Dia terus membilang tasbih di tangan.

“Kau halang kerja aku?” suara lelaki itu keras.

“Halangan itu terjadi dengan izin Allah.”

“Tapi, aku memberi pertolongan pada orang yang memerlukan pertolongan,


bukan itu jalan kebaikan.”

“Bukan pertolongan, kau mahu memisahkan sebuah rumahtangga yang


didirikan oleh manusia dengan cara yang betul. Allah tidak menyuruh
sesiapapun di dunia memisahkan si suami dengan isteri yang dinikahinya
secara halal.”

Orang itu terdiam. Datuk tetap tenang. Saya saksikan kejadian dengan penuh
minat, meskipun kedua belah kaki saya ketika itu berada dalam keadaan
lumpuh.

“Aku ini Wali Allah, jangan permainkan aku.” Orang berjanggut dan berjubah
tinggikan suara. Tasbih di tangan terus dibilangnya tanpa berhenti.

“Tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa dirinya Wali Allah, sama ada orang
itu Wali atau tidak ditentukan oleh Allah Yang Maha Besar, bukannya dirinya
sendiri atau manusia yang masih hidup menentukannya, kau syaitan,” pekik
datuk.

Lelaki berjanggut dan berjubah jegilkan biji mata. Datuk terus membaca
ayat-ayat dari al-Quran. Tiba-tiba lelaki itu terus hilang. Tempatnya, segera
digantikan oleh bayang seorang lelaki.

Orangnya berbadan sederhana, memakai songkok dan misaim tebal. Sekali


imbas orang itu macam seorang yang baik dan warak. Orang itu merenung
wajah datuk.

Beberapa saat kemudian bayang orang itu hilang. Begitu juga dengan papan
sekeping di tengah rumah.

558
Datuk rapatkan daun pintu. Datang menghampiri saya. Badan saya
digosoknya berkali-kali.

“Masih ada halangan yang panjang kerana aku menolong Sariyah dan
menjadikan dia anak angkat aku,” kata datuk.

“Siapa orangnya tuk.”

“Aku tak kenal, tapi orang itu berteduh di bawah ketiak syaitan, banyak
menggunakan ilmu salah dan sihir dalam menolong orang, pandai
memainkan ayat-ayat suci untuk tujuan jahatnya.”

“Kenapa begitu tuk?”

“Aku pun tak tahu, mungkin untuk dihormati mungkin juga untuk mencari
wang, dan orang itu satu ketika akan membalas dendam,” keluh datuk
sambil merenung wajah saya.

60. Lumpuh Di Kaki

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Perlahan-lahan datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari datuk merayap ke
pangkal tengkuk. Saya rasa jejari datuk sejuk macam ais.

“Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk,
berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal
tengkuk, kau masih ada harapan.”

“Maksud datuk?”

“Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku
mesti berusaha.”

“Bawa saya ke hospital untuk diperiksa, saya tidak mahu berubat dengan
dukun dan bomoh.”

“Kalau itu yang kamu mahu, aku turutkan,” balas datuk dengan senyum.

Pintu yang terdedah terus juga menghantar angin malam ke dalam rumah.
Suara jampuk sudah tidak sehebat tadi, begitu juga dengan bunyi burung
hantu. Sesekali terdengar bunyi suara burung cenderawasih yang terbang
berkawan. Kokok ayam jantan pun meningkah dalam suasana malam yang
memburu pagi.

“Mudah-mudahan Allah akan memberkati segala usahaku,” datuk melahirkan


harapan, sambil meraba kedua belah kaki saya yang lumpuh dan saya
memang mengharapkan apa yang datuk katakan itu akan menjadi

559
kenyataan.

“Sabar Tamar, aku akan berusaha.” Sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-
katanya, satu pancaran kilat melemparkan sinarnya ke dalam ruang rumah.
Datuk dan saya terkejut seketika.

“Barangkali hari nak hujan Tamar?”

“Agak-agaknya begitulah tuk.”

Datuk terus bangun. Ia memulakan langkah menuju ke pintu. Langkah satu,


langkah dua, dan tiga berjalan lancar. Langkah keempat segera terbantut.
Diganggu oleh bunyi petir yang amat kuat. Datuk segera menoleh kearah
saya. Bunyi angin kencang jelas kedengaran melanggar dedaun dan
reranting pokok di luar. Angin itu seolah-olah berlegar-legar di kawasan
rumah.

Datuk pun menghidupkan langkah yang mati. Ia berdiri di muka pintu sambil
kedua belah tangannya merapatkan daun pintu. Datuk terus memasang
selak pintu. Bunyi titik-titik hujan mula kedengaran bersama dengan tiupan
angin. Rasa dingin mula menyerbu tubuh badan. Kokok ayam jantan terus
kedengaran.

“Hujan tu rahmat Allah, menyegarkan pokok-pokok. Kata orang hujan


menjelang Subuh membawa berkat pada orang yang jaga, membawa celaka
pada orang yang tidur.”

“Silap tu tuk, sebetulnya membawa nikmat pada orang yang tidur dan tidak
membawa apa-apa pada orang yang jaga.”

“Dari mana kau belajar semuanya ini Tamar?”

“Dari kawan-kawan tuk.”

Saya lihat datuk tersenyum panjang mendengar kata-kata itu. Ia terus duduk
di sisi saya. Kedua belah kaki saya yang lumpuh diurutnya perlahan-lahan.

“Celaka pada orang yang tidur maksudnya, orang itu tidak akan bangun
menunaikan sembahyang Subuh kerana terlalu seronok tidur waktu hujan
dan syaitan akan membekalkan dirinya dengan mimpi-mimpi yang indah.
Berkat pada orang yang jaga kerana ia dapat menunaikan sembahyang
Subuh dengan sempurna,” datuk menjelaskan pada saya. Saya terus
anggukkan kepala membenarkan kata-katanya itu.

Hujan lebat yang bermaharajalela di luar membuat saya menguap dan rasa
mengantuk yang amat sangat. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk
macam ayam mabuk tahi. Kalau datuk tidak ada di sini, sudah lama saya
berdengkur.

“Aku nak sembahyang jemaah di masjid Tamar.”

560
“Hujan, macam mana tuk nak pergi?”

“Walau macam mana susah pun, perintah Allah tidak boleh diketepikan. Aku
ni sihat dan diberi akal, lagi pun masjid bukannya jauh dengan rumah, aku
pakai payung, kalau tak ada payung cari daun pisang.”

“Uzur macam saya ni tak payahlah sembahyang tuk.”

“Kena, kalau kau tak boleh bangun, boleh sembahyang cara duduk, soal
utama perintah Allah mesti ditunaikan.”

“Hum…,” keluh saya dalam hati.

Datuk segera mengejutkan nenek. Kemudian, ia terus keluar ikut pintu dapur.
Pesan datuk, nenek mesti menjaga saya supaya jangan terlelap kecuali
matahari sudah memancar, saya dibenarkan tidur.

“Jaga si Tamar tu jangan sampai ia tertidur, kalau tertidur sentap kedua


belah kakinya sekuat hati,” saya dapat mendengar pesan terakhir dari datuk.

Kerana tidak mahu kaki saya ditarik secara mengejut, saya mengambil
keputusan tidak akan tidur hingga tengahari. Salah satu cara bagi
mengelakkan saya tertidur, saya minta nenek bercerita sambil memicit
kedua belah kaki saya. Permintaan saya itu ditunaikan oleh nenek. Baru
sahaja nenek mahu memulakan cerita dan mengurut, terdengar azan Subuh
dalam deru hujan. Suara azan itu sungguh merdu dan menusuk perasaan.
Saya terpegun sambil mengingati kebesaran Allah yang menjadikan alam
semesta.

“Biar aku sembahyang dulu, jangan tidur,” nenek mengingatkan saya dan
terus menuju ke ruang dapur untuk mengambil air sembahyang.

Nenek menunaikan fardhu Subuh dekat saya. Masa nenek sembahyang itu
saya dapat peluang merapatkan kedua belah kelopak mata. Tetapi, saya
tidak dapat tidur dengan sempurna, bila mahu terlelap, saya didatangi oleh
mimpi-mimpi yang menggerunkan, membuat saya terjaga kembali. Setelah
selesai menunaikan sembahyang nenek terus ke dapur. Ia kembali
menghampiri saya dengan membawa mangkuk tembikar besar berisi kerak
nasi bercampur air dingin.

“Buat apa benda ni nek?”

“Untuk mengubat kaki kau, supaya urat-uratnya jangan kaku.” Nenek terus
melumurkan kerak nasi pada sepasang kaki saya.

Aduh, sejuknya sampai ke tulang. Nenek tersenyum melihat wajah saya yang
berkerut-kerut. Saya merasa beruntung kerana nenek hanya melumurkan
kerak nasi ke kaki sebanyak tiga kali. Kalau lebih dari itu, pasti saya
terkencing. Sebelum matahari terbit di kaki langit, datuk sudah berada di

561
rumah. Ia sudah pun mandi air embun dan melakukan senaman.

Mungkin, nenek mahu menjaga hati saya supaya tidak rasa disisihkan. Nenek
membawa hidangan sarapan ke tempat saya duduk. Sikap nenek yang
mementingkan perasaan orang lain, membuat hati saya rasa gembira.
Walaupun saya sakit tetapi tidak terpisah untuk bersarapan bersama nenek
dan datuk seperti keadaan sebelum sakit dulu. Selesai sarapan, datuk terus
menyatakan pada nenek untuk membawa saya ke hospital. Wajah nenek
nampak berubah setelah mendengar kata-kata datuk itu.

“Kenapa tak berusaha cara kampung?” tanya nenek.

“Kita sekadar memenuhi hajat Tamar.”

“Kalau tak mahu sembuh bagaimana?”

“Kita cuma berusaha, doktor yang mengubat orang sakit tu pun berusaha,
dia tidak dapat menentukan penyakit seseorang itu boleh sembuh, tanpa
diizinkan Allah.:

“Saya faham, selalunya awak tidak begitu, awak tak suka berubat dengan
doktor.”

“Awak silap, saya tak suka tu, kalau sakit itu terjadi pada diri saya, pada
orang lain saya galakkan jumpa doktor, bukankah doktor tu belajar dan
mempunyai alat-alat yang lengkap, kita cuma ada petua saja.”

“Begitu pula,” keluh nenek.

TEKSI

Datuk terus meninggalkan saya dan nenek. Ia pergi mencari teksi. Setengah
jam kemudian, datuk kembali dengan teksi tua milik Awang Said. Saya pun
diusung ke dalam teksi. Duduk di bangku belakang bersama nenek. Datuk
duduk di hadapan bersama Awang Said.

Dalam perjalanan menuju ke hospital daerah yang terletak di bandar kecil


Lumut, datuk terus berborak rancak dengan Awang Said. Sampai sahaja di
hospital yang terletak di atas bukit kecil yang menghadapi Selat Dinding,
saya diusung ke bilik pemeriksaan.

Doktor yang memeriksa saya ialah Doktor M.K. Menon. Orangnya peramah,
pandai berbahasa Melayu meskipun ia dari keturunan Ceylon. Setelah
diperiksa, doktor terus menyatakan pada datuk semua gerakan darah dalam
kaki saya berjalan lancar dan baik. Doktor itu merasa pelik bagaimana sakit
lumpuh itu boleh terjadi. Kaki saya terus di X-ray. Hasil dari X-ray juga
menunjukkan urat-urat di kaki berada dalam keadaan baik, tidak ada yang
tersimpul atau terputus. Keadaan darah juga macam biasa. Saya jadi lemas
dan bosan kerana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan sebelum saya
diletakkan dalam wad.

562
Sebulan lebih saya merengkok dalam hospital. Hari-hari daging paha saya
disuntuk, kesanya tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada tanda-tanda sakit
lumpuh yang saya alami akan sembuh. Walaupun demikian, hati saya tetap
terhibur. Setiap pagi nenek mengunjungi saya untuk melumurkan kerak nasi
di kaki. Nenek tidak peduli dengan teguran beberapa orang jururawat yang
bertugas di wad tersebut yang melarangnya membawa kerak nasi serta
melumurkan ke kaki saya.

Nenek menerima larangan itu dengan wajah yang manis, penuh simpati
melambangkan sifat seorang wanita kampung yang banyak menyerahkan
sesuatu pada keadaan. Tidak mudah mahu melawan atau membantah tetapi
banyak merayu.

“Saya berikhtiar cara orang kampung cu, bukan mahu melawan doktor, saya
tahu cu lebih pandai dari saya, doktor lagi pandai, kalau tak boleh sebelah
pagi biar saya buat sebelah malam,” itulah yang diucapkan oleh nenek setiap
kali jururawat yang bertugas menegur perbuatannya.

Di Lumut, nenek menginap di rumah anak buahnya yang bekerja sebagai


pemandu kereta dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jarak rumahnya
dengan hospital tidak jauh. Tidak sampai setengah batu. Tidak menjadi
masalah untuk nenek mengunjungi saya sehari dua kali, pada sebelah pagi
dan petang atau pada sebelah malam.

Biasanya, pada sebelah petang atau malam, ia ditemani oleh anak buahnya
yang dipanggilnya sebagai Din sahaja. Nenek menyuruh saya memanggil
lelaki yang kurus tinggi itu sebagai Pak Din. Dalam masa tertentu nenek
selalu menceritakan pada saya tentang hubung-kait dirinya dengan Mat
Ladin ayah pada Pak Din. Pak Din yang sudah berkeluarga itu juga
menasihati saya supaya sabar. Di samping itu, ia juga berjanji akan berikhtiar
mencari bomoh atau pawang terkenal dalam usaha menyembuhkan kaki
saya yang lumpuh itu.

Secara jujur saya katakan pada Pak Din yang saya tidak begitu tertarik untuk
mengubati kaki saya yang lumpuh itu dengan dukun atau bomoh. Sebabnya,
terlalu sulit mencari seorang dukun yang jujur dan pandai, kebanyakan
dukun atau pawang bila mengubati seseorang selalu menurun dengan
memanggil roh datuk nenek yang saya kira, perbuatan itu bertentangan
dengan ajaran Islam.

LAWAT

Pada suatu pagi, setelah nenek pulang. Katil saya dikunjungi oleh seorang
lelaki tua. Tinggi lampai orangnya. Dari raut wajahnya, saya dapat meneka
bahawa lelaki tua itu berbangsa Cina.

“Saya Hassan.”

“Saya Tamar.”

563
Saya segera menyambut huluran tangan orang tua itu. Saya mempersilakan
ia duduk di katil. Ia memakai seluar warna kelabu tahi anjing. Bajunya
berwarna putih yang dibuat dari kain belacu. Bentuknya, seperti bentuk baju
yang selalu digunakan oleh pekebun-pekebun sayur bangsa Cina. Bahagian
tengkuknya bulat, macam tengkuk baju Melayu yang selalu dipakai oleh
orang-orang Melayu Johor. Di tempat saya baju jenis ini disebut sebagai baju
Melayu Teluk Belanga. Bahagian depan baju orang tua itu mempunyai lima
butang. Songkok putih (ketayap) yang dipakainya cukup bersih. Saya kira ia
seorang saudara baru Islam (mualaf) yang mahu mengutip derma. Saya nanti
ia menghulurkan kertas derma. Tetapi ia tidak berbuat demikian.

“Dah lama masuk agama Islam?” Orang tua itu merenung muka saya
sejenak. Ia tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu saya. Kemudian ia
menarik nafas, seolah-olah dirinya berhadapan dengan sesuatu kekecewaan
yang amat sangat.

“Setiap orang Melayu yang saya temui, mereka akan bertanya seperti apa
yang awak tanyakan, saya tak salah kan mereka kerana mereka tidak tahu.”

“Cuba terangkan hal yang sebenarnya pada saya.”

“Nanti dulu, barangkali petang ini, esok atau lusa awak akan tahu juga,”
balas orang tua itu dengan tenang.

Kerana tidak mahu mengganggu fikiran dan perasaannya, perkara itu tidak
saya ulangi. Setiap para pekerja hospital Lumut yang bertugas dalam wad
tersebut akan memberi salam pada orang itu dengan ramah sekali. Seolah-
olah mereka sudah mengenali orang tua itu sejak lama dan orang tua itu
tidak dilarang untuk menemui sesiapa sahaja pesakit yang ingin ditemuinya.

“Anak sakit apa?” tanyanya pada saya.

“Kedua belah kaki saya lumpuh.”

“Apa kata doktor tentang sakit tu.”

“Doktor sendiri tidak tahu puncanya, bila di x-ray dan diselidik, semua urat-
urat di kaki saya elok, darah berjalan dengan baik.”

“Dia tak suruh awak keluar?”

“Tidak, kata doktor penyakit saya masih dalam kajian, dua minggu lagi
doktor pakar dari Kuala Lumpur akan datang memeriksa saya.”

“Bersabarlah, esok saya datang jumpa awak, kalau diizinkan oleh Allah saya
akan cuba mengubati kaki awak.”

“Ubat kaki saya?”

564
“Ya.”

Orang tua itu terus bangun dan meninggalkan saya di katil, tanpa sempat
saya mengucapkan terima kasih padanya. Kepala saya terus digayuti dengan
bebagai-bagai persoalan tentang diri orang itu, yang saya anggap sebagai
orang tua yang ganjil. Bila nenek dan Pak Din menemui saya pada sebelah
petang. Semua yang saya alami pada sebelah pagi saya ceritakan pada
mereka. Nenek terus menggesa Pak Din supaya mengambil datuk yang
tinggal di kampung. Nenek mahu, datuk mesti berada bersama saya ketika
orang tua itu datang.

“Tak apa sekejap lagi saya ambil dia,” Pak Din memberikan ikrar pada nenek.
Tidak sulit bagi Pak Din mengambil datuk di kampung yang jaraknya kira-kira
tiga puluh batu.

“Saya pergi ambil dia,” tiba-tiba Pak Din bersuara dan terus keluar dari wad.

Saya renung wajah nenek yang duduk di sisi saya. Angin petang yang datang
dari arah Selat Dinding membekalkan rasa nyaman ke batang tubuh saya
dan nenek. Beberapa orang pelawat keluar masuk dari dalam wad. Mereka
melawat sahabat handai yang terlantar di situ.

“Kau kenal orangnya Tamar.”

“Tak kenal nek.”

“Habis macam mana dia mahu menolong kau.”

“Dia datang melawat saya, kemudian berjanji untuk menolong saya.”

Nenek menggigit bibir bawah setelah mendengar penjelasan dari saya.


Matanya merenung saya keluar wad. Macam ada sesuatu yang nenek
fikirkan. Macam selalu, sebelum nenek meninggalkan saya, ia pasti
menekankan ibu jarinya ke pangkal paha saya. Kenapa ia berbuat demikian,
saya sendiri pun tidak tahu.

Nenek keluar dari wad. Dengan renungan yang sayu saya melihat nenek
melangkah di jalanraya menuruni bukit kecil. Saya kira sepanjang perjalanan
menuju ke rumah Pak Din. Ia pasti mendoakan supaya sakit lumpuh yang
saya deritai akan berakhir. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena.
Bahagian kaki saya yang lumpuh terasa amat sakit, macam ditikam dengan
jarum. Bisanya bukan kepalang.

Selain dari itu, wajah orang tua yang menemui saya pada sebelah pagi tadi,
sering-kali datang dalam kepala saya. Bermacam-macam sangkaan buruk
terhadap orang tua itu timbul dalam diri saya. Saya ragu-ragu, apakah
kedatangannya kelak benar-benar mahu menolong saya atau dia ada
menyimpan maksud yang tertentu. Mungkin ia mahu memperdayakan saya.
Susah benar saya mahu menyingkirkan semua persoalan itu dari dalam
kepala saya.

565
DATANG

Saya gembira, ketika matahari pagi melebarkan sayapnya ke dalam wad,


nenek dan datuk sudah pun berada di sisi saya. Wajah mereka kelihatan
tenang menanti kedatangan orang tua aneh.

“Kalau ia datang dengan tujuan baik untuk mengubat cucuku, aku terima
dengan baik, kalau ia datang dengan niat buruk, ia akan menerima
padahnya,” kata datuk pada nenek. Saya lihat nenek tidak menjawab kata-
kata itu.

Beberapa orang jururawat yang bertugas pada sebelah pagi, berkeliaran


dalam wad. Mereka buat tidak tahu dengan kehadiran nenek dan datuk ke
katil saya, begitu juga dengan para pesakit yang ada dalam wad tersebut.
Rupanya, orang tua yang berjanji itu amanah orangnya. Tepat jam sembilan
setengah pagi ia sudah berada di tepi katil saya. Berkali-kali ia mengucapkan
Alhamdulillah, bila saya perkenalkan dirinya dengan datuk. Mereka terus
bersalam.

“Boleh saya sentuh kaki cucu awak?”

“Silakan.”

“Alhamdulillah.”

Orang tua itu, terus meraba-raba kedua belah kaki saya yang lumpuh. Ia
menekan beberapa urat di pergelangan kaki. Semua gerak-gerinya
diperhatikan oleh datuk dan nenek. Hasil dari sentuhan di urat kaki. Badan
saya terus berpeluh.

“Begini, pagi esok dan lusa saya datang lagi,” katanya sambil memberikan
saya serangkai buah tasbih. Ia menyuruh saya menyebut perkataan
Subhanallah seberapa banyak yang boleh sambil membilang buah tasbih.

Ia juga menyuruh saya meyakinkan diri yang saya tidak mengalami sakit
lumpuh. Hari kedua, orang tua itu datang lagi. Ia terus memicit urat-urat di
pergelangan kaki saya seperti hari pertama. Sebelum pulang, ia
membekalkan saya dengan sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Waqiah.
Ayat itu mesti saya baca pada setiap saat. Pada sebelah petangnya, saya
boleh menggerakkan kaki sebelah kanan dengan perlahan-lahan. Hal itu
segera saya beritahu pada datuk dan nenek. Mereka gembira. Hari ketiga,
orang tua itu datang lebih awal dari biasa. Kali ini semua daging di kedua
belah kaki saya dipicitnya hingga lebam.

Sakitnya Allah sahaja yang tahu, berair mata saya dibuatnya. Selalunya bila
selesai ia mengurut kaki saya, ia terus pulang. Tetapi kali ini ia tidak terus
pulang. Ia terus berada di sisi katil saya. Anehnya, bila doktor melawat ke
katil saya ia terus bercakap dengan doktor tentang keadaan kaki saya.
Doktor hanya tersenyum dan terus mencatat sesuatu di kertas yang

566
tergantung di hujung katil saya.

Kira-kira pukul sebelah pagi, ia menyuruh saya bangun dari katil. Tentu
sahaja saya tidak dapat melakukan seperti apa yang dikatakannya. Mujurlah,
datuk dan nenek memapah saya. Saya dapat berdiri dengan dikapit oleh
nenek dan datuk. Kemudian orang tua itu menyuruh datuk dan nenek
tinggalkan saya. Saya dapat berpaut pada datuk. Orang tua itu menyuruh
datuk memimpin saya berjalan.

“Tolak,” saya terdengar suara orang tua itu. Dan saya dapati datuk
meninggalkan saya sendirian. Kerana datuk tidak menolak saya, orang tua
segera datang dekat saya dan terus menolak bahu saya.

Saya terasa badan saya mahu jatuh ke kanan. Saya cuba mengimbangi
badan suapaya jangan jatuh. Dalam keadaan cemas begitu, saya dapat
mengimbangi badan saya dan terus melangkah beberapa langkah ke depan
dan akhirnya berhenti dekat sebuah katil pesakit lain. Saya terus berdiri di
situ, sambil memikirkan apakah kaki saya sudah tidak lumpuh lagi. Saya
segera teringatkan cakap orang tua yang menyuruh saya menyakinkan diri
bahawa saya tidak lumpuh. Berpegangkan pada keyakinan itu, saya terus
melangkah mendatangi katil saya. Ternyata saya boleh berjalan. Kaki saya
sudah tidak lumpuh lagi.

“Alhamdulillah, kaki cucu awak sudah sembuh,” kata orang tua itu pada
datuk dan nenek.

Apa yang menarik perhatian saya, bila datuk dan nenek mengucapkan ribuan
terima kasih, orang tua tidak mengucapkan perkataan sama-sama seperti
yang dilakukan oleh kebanyakan orang bila menerima ucapan terima kasih.
Ia hanya menjawab dengan perkataan Alhamdulillah. Seolah-olah orang tua
itu bagaikan tidak mengerti dan faham dengan budi bahasa orang Melayu.

Petang itu juga, kaki saya terus diperiksa oleh doktor M.K. Menon. Dan ia
mengakui kaki saya sudah pulih seperti sediakala. Bila datuk menyatakan,
orang tua itu yang berusaha memulihkan kaki saya, doktor M.K. Menon hanya
tersenyum sahaja. Saya dan nenek terus pulang ke rumah Pak Din. Datuk
tidak ikut pulang kerana ia mahu bercerita panjang dengan orang tua yang
menolong saya itu.

Sampai di rumah Pak Din, nenek masih mengingatkan saya supaya jangan
bergerak terlalu cergas, menurutnya kaki saya belum begitu baik lagi. Pukul
lima petang baru datuk pulang ke rumah Pak Din. Nenek terus mengajak
datuk pulang ke kampung. Cadangan nenek itu dibantah oleh datuk, kerana
ia sudah berjanji dengan orang tua untuk sembahyang Maghrib dan Isyak
bersama di masjid Lumut.

“Saya setuju, tidur lagi semalam di sini, esok baru balik,” ujar Mak Bedah,
isteri Pak Din menyokong cadangan datuk. Nenek akur dengan permintaan
datuk dan Mak Bedah. Saya tersenyum, kesempatan untuk bermesra dengan
anak-anak Pak Din terbuka luas.

567
MASJID

Pada mulanya hasrat saya untuk menemani datuk ke masjid ditentang oleh
nenek. Alasan nenek cukup kuat kenapa ia berbuat demikian. Pertama,
keadaan kaki saya belum begitu kuat. Kedua, orang yang baru sembuh dari
lumpuh tidak boleh kena angin dan embun malam.

“Tak mengapa biarlah Tamar ikut saya berjemaah di Masjid. Lepas


sembahyang Isyak, kami balik. Lagi pun saya ada bersamanya,” kata datuk.

“Saya tahu tapi, sejauh mana awak boleh mengawalnya. Awak tahu, kalau
kakinya kena embun, salah satu kakinya akan mengecil dan tidak ada
mempunyai buah betis.”

“Dengan izin Allah saya boleh mengawalnya,” balas datuk. Nenek terus
menarik nafas panjang.

Saya dan datuk terus melangkah ke masjid Lumut yang letaknya di suatu
kawasan yang agak tinggi. Dari pintu masjid saya dapat melihat pangkalan
yang jadi tumpuan orang ramai untuk pergi ke Pulau Pangkor, Damar Laut
dan Kampung Baru.

Ramai juga yang sembahyang jemaah di masjid tersebut, kebanyakannya


terdiri dari kakitangan kerajaan. Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak datuk
terus membaca al-Quran yang memakan masa hampir satu jam. Orang tua
yang merawat saya di hospital juga ada di situ. Ia membaca surah yasin
dengan penuh khusyuk. Orang itu menamatkan pembacaan surah yasin. Ia
terus mendekati saya sambil tersenyum.

“Saya harap sakit di kaki tidak akan berulang lagi.”

“Saya juga berharap begitu.”

“Bersyukurlah pada Allah,” katanya lalu menepuk-nepuk bahu kanan saya.

Datuk berhenti membaca Quran. Ia terus menghampiri saya dan orang tua
yang duduk di tengan masjid. Semua para jemaah sudah pulang. Sesekali
terdengar hembusan angin yang datang dari Selat Dinding menguasai ruang
masjid yang luas.

“Tak balik?” tanya datuk pada orang tua itu.

“Tidak, saya tak ada rumah, saya bermalam di masjid ini untuk seminggu
dua kemudian saya akan berjalan dan bermalam di masjid lain pula.”

“Macam mana kalau malam ini, bermalam di rumah saudara saya.”

“Alhamdulillah, saya minta maaf.”

568
Datuk menggigit bibir mendengar jawapan dari orang tua itu. Memang
perangai datuk, dia merasakan dirinya tidak lengkap, kalau ia tidak
mengenali latar belakang orang yang dikenalinya.

“Maafkan saya, kalau pertanyaan saya kurang menyenangkan diri awak?”

“Silakan, saya tak marah.”

“Dah lama masuk Islam?”

“Sejak berada dalam perut ibu saya.”

“Awak mempermain-mainkan saya.”

“Tidak saya bercakap benar.”

Datuk terdiam sambil merenung wajah saya berkali-kali. Mungkin orang tua
itu tahu, apa yang bergolak dalam dada datuk. Dan ia merasakan dirinya
perlu menyelesaikan rasa sangsi yang bersarang dalam dada datuk dan saya.
Di bawah bumbung masjid yang tenang didakap malam. Orang tua tersebut
terus mengungkapkan kisah dirinya pada saya dan datuk.

Menurutnya, ia berasal dari Yunan satu daerah di Negara China. Semua


penduduk di situ beragama Islam sejak abad ke-8 yang dikembangkan oleh
pedagang-pedagang Islam dari Tanah Arab.

“Minta maaf, kalau saya katakan bahawa kami lebih awal mengenali agama
Islam, jika dibandingkan dengan kedatangan Islam ke Melaka. Saya bukan
baru sepuluh atau dua puluh tahun beragama Islam, saya Cina Islam tulin,
sejak datuk nenek lagi,” orang tua itu memperkemaskan silanya.

“Masih ada lagi kaum keluarga di sana,” soal datuk.

“Itu saya tak tahu, hanya Allah saja yang menyelamatkan diri mereka.”

“Saya tak faham dengan cakap awak.”

“Kalau awak mahu memahaminya, saya terpaksa bercerita panjang,


mahukah awak mendengarnya.”

“Mahu,” sahut datuk.

Orang tua itu tunduk merenung lantai masjid. Kemudian ia membaca doa.
Katanya, doa itu untuk para arwah umat Islam di tempatnya. Bila dia selesai
membaca doa, wajah datuk direnungnya dengan pandangan yang sayu. Ia
pun memulakan ceritanya.

“Bila komunis berkuasa kebebasan terus disekat, orang-orang Islam di


tempat saya ditekan,” katanya memulakan kisah dirinya.

569
Menurut orang tua itu lagi, ayahnya menjadi Imam Masjid dan dihormati oleh
para penduduk setempat. Pihak komunis kurang senang dengan kegiatan
ayahnya. Mereka melarang ayahnya menjadi imam dan menggunakan
masjid.

Melihat tekanan yang begitu kuat terhadap diri ayahnya membuat ia


membentuk satu pasukan yang terdiri dari tiga orang pemuda untuk
mempertahankan kesucian agama Islam di samping menghalang anggota
komunis dari membunuh dan memukul orang-orang Islam yang sedang
bersembahyang.

“Dua orang kawan saya ditangkap dan dihukum tembak selepas menunaikan
sembahyang Zuhur, saya sungguh sedih dengan peristiwa tersebut, dua hari
kemudian saya terus bertindak menetak dua orang anggota komunis yang
berkawal di kampung saya,” orang tua itu berhenti bercerita.

Ia menelan air liur dan meraba pangkal hidungnya berkali-kali. Menahan rasa
sedih yang mula menggoncang dada. Akibat dari tindakannya yang terburu-
buru itu. Dia terus diburu oleh anggota komunis. Ia berpisah dari kedua orang
tua yang dicintai.

Pada suatu malam ia berjaya meloloskan dirinya masuk ke rumah. Ia terus


meminta pertolongan dari ayahnya untuk menyelamatkan dirinya. Ia kecewa
bila orang tuanya menyatakan tidak dapat berbuat sesuatu terhadapnya.
Orang tuanya menyuruh ia melakukan sembahyang Istikharah. Lepas
sembahyang tersebut, orang tuanya menyuruh ia berzikir hingga menjelang
fardhu Subuh.

“Saya masih ingat, ketika saya melakukan sembahyang Subuh, emak saya
memasukkan pakaian saya ke dalam beg kecil berserta dengan bekalan nasi
serta wang,” orang tua itu berhenti bercerita. Ia termenung panjang.

“Ayah menyuruh saya meninggalkan rumah setelah sembahyang Subuh.


Saya keberatan mahu mengikut cakapnya kerana kawasan rumah saya
sudah dikepung oleh orang-orang komunis, mereka tahu tentang kepulangan
saya,” kata orang tua itu pada datuk. Ia mematikan ceritanya.

“Akhirnya apa yang kau buat?” soal datuk.

“Ayah terus mendesak supaya saya meninggalkan rumah. Ia menyuruh saya


melangkah dengan kaki kanan dan terus membaca doa qunut sepanjang
perjalanan di samping meyakinkan yang diri saya dilindungi Allah.”

“Kau turut cakapnya?”

“Ya, saya turut cakapnya. Saya terus melangkah dan membaca doa qunut
sepanjang perjalanan. Dengan izin Allah, semua anggota komunis tidak
nampak saya. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang lelaki dan membawa
saya ke sebuah pelabuhan lalu saya naik tongkang miliknya hingga sampai
ke Singapura.”

570
“Hebat pengalaman awak.”

“Semuanya atas izin Allah.”

Saya renung muka orang tua itu sejenak. Saya kira ceritanya berakhir di situ
sahaja. Sangkaan saya itu tidak tepat. Orang tua itu masih mahu bercerita
tentang dirinya.

Menurutnya, dari Singapura ia berhijrah ke Semenanjung dan kedatangannya


disambut oleh saudara-saudara Islamnya di semenanjng dengan senang hati.
Bagi menyarai kehidupannya, ia berniaga buku-buku agama dan minyak
wangi. Hasil dari berjimat cermat, ia sudah dua kali pergi ke tanah suci.

Orang tua itu juga menceritakan pada datuk ketika di Yunan dulu, ia sempat
belajar dari orang tuanya cara-cara mengubat orang yang kena sakit lumpuh
dan bengkak paru-paru.

“Saya tak pakai hantu syaitan, saya memohon pada Allah berdasarkan pada
ayat-ayat dari quran. Tetapi, orang yang mahu diubati itu mesti diyakinkan
pada diri sendiri.”

“Awak mengubat orang sepenuh masa?” Datuk cungkil rahsia dirinya.

“Tidak, saya ni berniaga menjual buku-buku agama, minyak wangi, saya


merantau dari satu tempat ke satu tempat.”

“Kalau dah berniaga kenapa merayau ke hospital.”

“Ini amal jariah saya, kalau dulu saya pernah ditolong oleh orang, kenapa
saya tidak boleh menolong orang terutama orang seagama dengan saya.”

“Saya berdoa awak akan selamat sejahtera.”

“Alhamdulillah, memang sudah jadi kebiasaan saya, bila saya tinggal di


masjid yang berhampiran dengan hospital saya mesti pergi ke hospital untuk
menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan seperti cucu awak.”

Saya mula menguap. Tetapi, datuk saya lihat masih bertenaga. Tidak ada
tanda-tanda yang menunjukkan diri datuk akan mengantuk atau mahu tidur.
Ia masih ghairah lagi mahu mendengar cerita dari orang tua itu. Walaupun
apa yang ingin diketahuinya dari orang tua itu sudah habis.

“Cucu awak sakit ganjil, ada syaitan campur tangan.” Saya terkejut
mendengar cakap orang tua itu. Bulu tengkok saya mula berdiri.

“Boleh awak menolong saya dalam hal ini.”

“Minta maaf, awak berusahalah sendiri. Yakinlah syaitan akan kalah dengan
kuasa Allah,” orang tua itu segera bangun. Ia meminta maaf pada datuk

571
kerana ia mahu tidur.

“Besok saya akan merantau lagi menjual buku-buku agama ke arah selatan,
mungkin dua tiga bulan atau lebih saya akan datang ke sini,” katanya lalu
merebahkan badan di tepi dinding.

Saya dan datuk pun meninggalkan masjid Lumut, kira-kira pukul satu malam.
Sepanjang jalan menuju ke rumah Pak Din, suasana terasa amat sepi sekali.
Cuma terdengar bunyi deru bunyi angin dari Selat Dinding. Tiba-tiba kaki kiri
saya terkena air embun. Sakit datang serta-merta. Tidak terdaya rasanya
mahu melangkah. Mujurlah rasa sakit itu tidak lama, cuma lima minit sahaja.
Lepas itu kaki saya pulih kembali.

Lepas sarapan pagi di rumah Pak Din, datuk bergegas menuju ke masjid
dengan harapan untuk menemui orang tua tersebut. Ternyata, kedatangan
datuk sudah terlewat. Datuk diberitahu, oleh Tuk Siak masjid, yang orang tua
sudah meniggalkan masjid setelah menunaikan sembahyang Subuh. Datuk
pulang ke rumah Pak Din dengan rasa hampa.

“Tak apa, bila ia datang lagi saya beritahu Pak Long,” kata Pak Din, ketika
saya, nenek dan datuk masuk ke dalam perut teksi.

Waktu teksi bergerak meninggalkan bandar kecil Lumut saya melambai-


lambaikan tangan pada Pak Din. Sejak hari itu, saya tidak pernah lagi
berjumpa dengan Pak Din.

Beberapa tahun yang lalu, saya menerima berita Pak Din sudah berhenti dari
jadi pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Khabarnya sejak berhenti,
Pak Din membuka kedai makan di Lumut yang dikenali sebagai Warung Pak
Din.

Di samping itu Pak Din juga membawa teksi bagi menambahkan


pendapatannya. Anak-anaknya sudah besar-besar belaka dan sudah ada
yang bekerja.

61. Tulang Jari Di Daun Keladi

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam
rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana.
Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.

“Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”

“Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti dikecutkan,
kalau tak dibalut dengan daun pisang, perut kau boroi bila berkalih umur.”

“Huh, saya dah jemu kena balut nek.”

572
“Jangan begitu, perut mesti dijaga. Kau tahu sakit angin, sakit urat saraf dan
sakit-sakit badan semuanya berpunca dari perut. Kalau perut sihat, badan
juga sihat.”

Saya terdiam mendengar cakap nenek itu. Saya hubungkan cakap nenek itu,
dengan kata-kata yang telah diucapkan oleh seorang Imam dalam khutbah
Jumaatnya. Imam itu memetik sabda nabi Muhammad SAW yang menyuruh
umatnya supaya makan tidak berlebih-lebihan. Ia mahu umatnya makan
sederhana saja.

“Kalau engkau melihat orang lelaki perut boroi dan badannya gemuk,
tandanya orang itu tidak sihat. Aku tak mahu kau jadi macam itu, bila sudah
berumur empat puluh lebih, jagalah perut kerana perut kunci kesihatan,”
tambah nenek. Saya terus anggukkan kepala.

Demi kebaikan, saya relakan nenek membalut perut saya dengan pucuk
pisang emas, bercampur minyak kelapa. Tetapi, rasa bosan duduk di rumah
memang tidak dapat saya hindarkan. Datuk amat mematuhi cakap nenek
dan tidak mahu mengajak saya ke mana-mana. Datuk suruh saya duduk di
rumah membaca kitab agama dan quran. Katanya, kalau nenek mengizinkan
atau pantang larangnya sudah tamat. Ia pasti membawa saya ke mana
sahaja. Satu janji yang amat menyenangkan.

Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk tahu saya akan merasa
jemu dan bosan membaca quran dan kitab. Bila ia turun ke pekan ia belikan
akhbar tulisan jawi – Utusan Melayu. Kalau datuk pergi ke Balai Penghulu,
pasti ia pulang dengan membawa risalah-risalah dari Jabatan Penerangan
dan Jabatan Pertanian. Semuanya dalam tulisan jawi. Kalau anginnya baik, ia
akan membeli akhbar dan majalah kanak-kanak, seperti Utusan Kanak-kanak,
Tunas dan lain-lain lagi.

Jangan harap datuk mahu membeli akhbar dan majalah hiburan seperti
Utusan Filem dan Sports, Fesyen, Gelanggang Filem dan Arena Filem.
Pantang tujuh keturunan bagi datuk, kalau saya menatap majalah-majalah
tersebut. Saya hanya mendapat tahu tentang perkembangan filem-filem
Melayu dan bintang-bintang filemnya seperti P. Ramlee, Kasma Booty, Nordin
Ahmad dan Roomai Noor, menerusi mulut-mulut kawan-kawan. Begitu juga
dengan kisah penyanyi masa itu seperti R. Azmi, Jasni serta Momok dan Nona
Asiah.

“Buat apa tahu tentang orang wayang dan penyanyi, jangan baca kisah
mereka, semuanya tak berfaedah. Semuanya itu kisah dunia yang tak boleh
dibuat bekal ke akhirat. Lebih baik kau baca kitab,” kata datuk bila saya
menyatakan ingin membaca dan memiliki majalah-majalah tersebut.

Kata datuk, kata muktamad. Tidak ada ulang-rayu. Kalau dilawan biji
matanya akan tersembul, macam telur burung merpati. Suaranya jadi keras
dan parau macam guruh. Mahu tak mahu terpaksa baca kisah menanam
pokok getah, menanam padi dan menanam kelapa.

573
Sesekali hati kecil saya memberontak juga. Mana boleh tahan cuma berlegar-
legar dalam kawasan rumah sahaja. Paling jauh saya dibenarkan oleh nenek
pergi ke rumah Haji Salim, kira-kira dua rantai jaraknya dengan rumah datuk.
Bukan ada apa-apa di rumah Haji Salim menitik dan membakar besi untuk
membuat keris dan parang.

Saya kagum melihat Haji Salim memegang besi panas dan membentuknya
hingga menjadi sebilah keris yang berlok tujuh atau sembilan. Bila saya tanya
pada Haji Salim, apa ilmu yang dipakai hingga tapak tangannya tidak
terbakar. Haji Salim tidak mahu memberitahu, ia cuma berkata:

“Keyakinan pada diri sendiri dan Allah mengizinkan semuanya itu.”

Jawapan yang membosankan. Sambil memerhatikan ia bekerja, ia menyuruh


saya membaca al-Quran. Kalau pembacaan tajwid saya tidak betul ia segera
menegurnya. Bila saya tidak mahu membaca quran, ia akan bercerita pada
saya tentang kisah-kisah 25 orang nabi pilihan atau memberi penerangan
tentang fardhu Ain, fardhu Kifayah dan fikah.

INDAH

Pagi selasa yang indah. Di dada langit, matahari memancar cemerlang.


Dedaun di ranting bergerak lembut mengikut irama angin. Saya masih lagi
membalut badan dengan gebar. Perbuatan yang jarang-jarang saya lakukan.
Jam sudah pukul sembilan. Jalur sinar matahari masuk ikut tingkap yang
dibuka separuh itu, terdampar atas lantai. Sebenarnya, saya memprotes
sikap nenek. Ia tidak membenarkan saya mengikut datuk pergi ke hutan
untuk melihat jerat napuh dan pelanduk. Meskipun datuk sudah meminta izin
darinya.

Nenek lebih senang, kalau saya menghabiskan masa berjam-jam dengan Haji
Salim. Sepanjang ingatan saya selama tiga minggu berkurung di rumah.
Sudah dua kali datuk berjalan jauh. Kali pertama datuk ikut kenalannya pergi
ke Dungun, Terengganu. Kali kedua, datuk pergi ke Kroh di Ulu Perak mencari
gading gajah.

“Nenek sudah melampau, mahu ke hutan tengok jerat pun tidak boleh,”
rungut saya.

Gebar saya campakkan ke tepi. Saya segera bangun. Saya terus bersilat
dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan. Boleh juga diistilahkan
bersilat untuk bersenam.

“Tamar kau buat apa di dalam, macam nak patah lantai rumah,” pekik nenek
bertalu-talu sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik.

Tanpa melabuhkan kain yang berada di paras lutut, saya terus membuka
pintu. Saya ketawa melihat nenek yang terkejut.

574
“Kenapa muka nenek pucat? Apa nenek merasa hairan melihat gulung kain
berat ke kanan dan kain pula atas lutut? Saya bersilat untuk menegangkat
urat,” ucap saya. Nenek tidak menjawab. Wajahnya mula pucat.

“Nenek marah?”

“Tidak Tamar.”

“Nenek sakit?”

“Tidak Tamar.”

“Habis, apa yang nenek fikirkan?”

“Kaki kau Tamar.”

“Kaki saya? Kenapa dengan kaki saya nek.”

Tidak ada jawapan dari nenek. Sepasang mata hitamnya tertumbuk pada
sepasang kaki saya. Nenek menarik tangan saya ke ruang tengah. Saya
disuruh duduk di lantai sambil menjulurkan kaki. Wajah nenek terus didakap
rasa cemas yang sukar untuk dibaca.

“Itulah kau langgar petua aku Tamar. Kaki kau tak boleh kena air embun dan
angin masa berubat, sekarang apa dah jadi kau lihat sendiri,” suara nenek
tersekat-sekat.

Wajah cemasnya segera bertukar dibayangi rasa kecewa. Saya terus


merenung kaki. Memang benar kata nenek! Kaki saya terus mengecil, kisit.
Tidak berbuah betis lagi. Tetapi aneh sekali kesannya hampir tidak terasa.
Hati saya mula terasa hiba dan mahu menangis. Saya rasa hidup ini sudah
tidak bermakna lagi. Apalah ertinya hidup bagi saya, kalau anggota tubuh
sudah cacat. Apalah nilainya sepasang kaki, kalau tidak boleh digunakan.

Sesungguhnya, saya tidak sanggup menghadapi penderitaan seperti ini. Saya


terus menangis. Nenek terus membelek-belek urat-urat di kaki. Kerana datuk
sudah pergi ke hutan, nenek segera menemui Haji Salim. Saya cemas bila
Haji Salim datang dengan membawa sebilah keris tanpa ulu dan sarung. Saya
lihat keris itu masih berasap kerana baru dikeluarkan dari api. Haji Salim
terus menjamah buku lali kaki. Ia kelihatan tenang. Senyum tidak putus-
putus menari di bibirnya.

“Usah bimbang, berusahalah dengan sabar. Carilah daun serunai laut, daun
gelanggang dan pucuk paku hutan. Sapukan pada kaki setiap pagi. Kisitnya
masih baru, ada harapan baik,” wajah Haji Salim kelihatan tenang. Senyum
terus bermain di wajahnya.

Haji Salim segera meminta diri. Bila sampai di anak tangga penghabisan ia
berhenti. Renung muka nenek dengan muka saya silih berganti.

575
“Tamar sikit lagi datang ke tempat aku, biar aku ajar kau membuat keris,”
Haji Salim meraba pangkal leher kiri.

“Kaki saya Aji.”

“Tak apa, sakitnya masih baru.”

“Saya bimbang Aji.”

“Tak usah bimbang.”

Haji Salim terus melangkah menuju ke rumahnya. Nenek kerutkan dahi.


Sesekali menggaru tempurung rambut yang tidak gatal. Dua tiga helai ubat
melekat di jari. Nenek berada dalam keadaan yang serba salah. Saya terus
duduk berjuntai kaki di muka pintu. Nenek ke dapur. Saya tidak tahu apa
yang nenek buat di dapur. Saya bayangkan dalam hati, kalau kedua belah
kaki saya dipotong. Tentu susah jadinya. Saya terpaksa berjalan memakai
tongkat.

Lamunan yang tidak bertepi itu, mati dengan mendadak. Diganggu oleh
lintasan bayangan yang kurang jelas. Dan bayangan itu terjadi hanya dalam
beberapa detik sahaja. Kesannya amat mendebarkan hati. Bulu roma saya
tegak dalam sinaran matahari pagi yang kian garang. Kepala saya terasa
pening. Pandangan saya mula berpinar-pinar. Pokok-pokok yang saya lihat
nampak bergoyang. Perut terasa pedih dan tekak juga mula loya. Rasa
muntah-muntah mula terasa.

“Nenek…,” jerit saya.

Nenek segera datang. Bahu saya dipegangnya. Kemudian nenek meletakkan


telapak tangan kanannya ke dada saya. Ia menarik nafas dengan tenang.

“Dada kau berdebar?”

“Ye nek.”

“Apa puncanya?”

“Saya macam terpandang lintasan bayangan hitam melintas di depan saya


nek.”

“Itu cuma perasaan kau saja Tamar.”

“Betul nek.”

“Sudahlah Tamar, pergi mandi. Lepas itu pergi makan. Kopi dan rebus
keledek aku sediakan untuk kamu.”

Nenek meninggalkan saya. Arahannya saya patuhi. Ada sesuatu yang saya
rasa tidak kena pada kedua belah kaki. Waktu melangkah dari pintu depan

576
menuju ke ruang dapur tadi, terasa sengal-sengal di pelipat. Saya juga terasa
amat sukar untuk mengimbangi badan. Semuanya tidak saya nyatakan pada
nenek. Semangat saya untuk pergi ke rumah Haji Salim meluap-luap. Saya
mahu menghilangkan sakit di pelipat dan rasa sengal itu dengan berjalan.

Setelah mengenakan seluar panjang kuning, baju kemeja lengan pendek


saya ke rumah Haji Salim. Nenek hanya memerhatikan sahaja gelagat saya di
muka pintu. Sampai di rumah Haji Salim saya terus duduk di bangsal
kerjanya. Pada mulanya, saya duduk dekat tempat membakar besi. Saya
tidak tahan dengan bahang bara api yang garang.

“Kau tak tahan dengan bahang api Tamar?”

“Ya Pak Aji, kulit muka macam mahu terbakar rasanya.”

“Inilah orang muda sekarang. Bahang api pun tak tahan, tak pernah mahu
merasakan susah.”

“Sebenarnya saya tak berapa biasa dengan keadaan macam ini.”

“Kau harus biasakan, sebagai orang Melayu, kau tidak akan melepaskan diri
dari berhadapan dengan tanah, air, api dan angin.”

“Ya, saya faham.”

Haji Salim tersenyum. Ia sudah arif dengan perangai saya. Bila saya
menyebut perkataan terakhir itu. Ia sudah dapat membaca hati saya yang
tidak berminat untuk mendengar dengan perkara yang dikatakannya itu.
Saya menoleh ke kanan. Atas pelantar bangsalnya tersusun beberapa bilah
parang, ada yang panjang, beberapa bilah tajak dan pisau penyabit.
Semuanya barang-barang itu tidak mempunyai ulu. Haji Salim mengangkat
besi merah dari dalam bara dengan menggunakan penyepit besi. Besi yang
merah menyala itu diletakkan atas pelantar.

“Sebelum besi ini dibakar, sudah aku campurkan dengan tujuh jenis besi,”
kata Haji Salim sambil mengambil besi yang masih merah itu. Besi itu terus
di tempa hingga menjadi sebilah keris dengan tangan.

“Pak Aji nak jual keris ni?” tanya saya.

“Tidak, nak pakai sendiri.”

“Boleh buatkan saya sebilah.”

“Belum masanya.”

Haji Salim menghampiri saya. Ia rasa kaki saya. Dengan hati-hati Haji Salim
menuangkan air dari dalam labu tanah ke dalam gelas. Air dalam gelas itu
dirapatkan ke bibirnya yang sedang bergerak-gerak membaca sesuatu.

577
“Nah sapukan ke kaki kamu, dengan izin Allah sakit sengal yang kamu rasa
itu, akan hilang,” Haji Salim sambil menyerahkan air dalam gelas pada saya.
Air itu saya sapukan ke kaki. Sepuluh minit kemudian rasa sengal-sengal di
kaki terus hilang.

“Kau usah bimbang, kaki kau yang kisit, tak berdaging tu, akan sembuh
nenek kau boleh mengusahakannya.”

“Dengan apa nenek nak menyembuhkannya Pak Aji.”

“Dengan senaman, kalau nenek kau tak tahu datuk kau tahu, datuk kau tu
apa kurangnya.”

REBAH

Saya terus diam. Badan saya rebahkan atas pelantar. Dua hari dulu, waktu
saya baring di pelantar, cucunya datang membawakan dua cawan kopi. Kali
ini saya berharap kisah yang berlaku itu akan berulang lagi. Saya mahu
melihat cucu perempuannya yang berwajah manis, berkulit cerah. Ada lesung
pipit di pipi. Tidak mudah mengeluarkan kata-kata. Tetapi senyumnya amat
murah sekali. Sesungguhnya, saya terpikat dengan sinar matanya yang
lembut. Dengan rambutnya yang ikal mayang. Dengan senyumnya yang
menawan.

“Hari ni nampaknya, tak ada kopi Tamar.”

“Tak apa Pak Aji.”

“Bukan tak apa Tamar, aku terpaksa masak sendiri.”

“Mak Aji ke mana?”

“Dia menghantar Saadiah, ke rumah emak bapanya di Beranang, dah


sebulan dia berada di sini, emak bapanya suruh balik. Dengar cerita ada
orang nak masuk meminangnya.”

“Hum, begitu,” kata saya dengan tenang.

Satu kehampaan berkocak dalam dda saya. Tujuan utama saya menemui Haji
Salim, bukanlah mahu menunaikan pesannya. Ada tujuan lain. Saya mahu
melihat wajah Saadiah cucunya. Saya mahu kenyit mata padanya. Apakan
daya, harapan yang dicari tidak terlaksana.

“Tamar.”

“Ya Pak Aji.”

“Kau mahu tahu tanda-tanda orang yang celaka dalam dunia.”

“Mahu.”

578
Haji Salim berhenti menempa mata keris dengan tangan sebentar. Ia renung
muka saya. Aneh, renungan itu, saya rasakan bukan renungan Haji Salim
tetapi renungan Saadiah cucunya. Saya tersenyum.

“Kenapa kau senyum?”

“Tak ada apa-apa Pak Aji.”

“Tanda-tanda orang-orang celaka tu ada empat. Pertama, lupakan dosa-dosa


yang lepas dan tidak mahu bertaubat. Kedua, ia mengingati amal ibadah
yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah jariahnya, berapa
banyak sembahyang yang dibuat,” Haji Salim berhenti bercakap.

Ia merenung bentuk keris yang ada di atas pelantar. Keris itu sudah siap
separuh. Cuma bahagian pangkalnya sahaja yang belum menjadi.

“Tanda yang ketiga, kau nak tahu apa dia Tamar?”

“Saya tak tahu Pak Aji.”

“Tanda yang ketiga, orang yang berkenaan sentiasa memandang orang yang
berdarjat, tidak pandang orang yang miskin dengan sebelah mata pun.”

“Tanda yang keempat pula Pak Aji? Apa dia.”

“Yang keempat pula, dalam hal akhirat orang itu merasakan dirinya saja
yang sudah sempurna, memandang hinga orang yang tidak sembahyang,
tidak puasa serta mengamalkan hukum Islam, seolah-olah dirinya seorang
saja orang Islam yang tulin, itulah tanda-tanda orang yang celaka di dunia.”

Haji Salim berhenti berkata-kata. Ia meneruskan kerjanya kembali. Menempa


sebilah keris dengan tangannya sendiri. Setiap kali ia menekan besi, besi itu
kelihatan lembut dan mengikut bentuk yang dihajatinya.

Saya segera menoleh ke kiri, ke arah jalan yang menghubungkan rumah


datuk dengan rumah Haji Salim. Saya berbuat demikian kerana terdengar
nama saya dipanggil berkali-kali. Kerana panggilan itu kurang jelas, saya
tidak dapat meneka, suara siapa yang saya dengar. Nenek suaranya nyaring
dan halus tetapi, suara yang saya dengar kasar. Kalau mahu dikatakan suara
datuk memang mustahil, datuk masih belum pulang dan suara datuk tidak
macam itu.

Suara datuk agak serak-serak basah dan parau. Paling menakjubkan tidak
nampak bayang datuk atau nenek di muka jalan. Jadi suara siapa pula yang
saya dengar? Keresahan yang melanda diri saya, dapat dibaca oleh Haji
Salim.

“Kau terdengar suara orang memanggil nama kamu Tamar?”

579
“Ya Pak Aji, agaknya suara hantu Pak Aji.”

“Bukan, mana ada hantu waktu siang begini, aku agak suara makhluk Allah
yang berkenankan kamu.”

“Macam mana Pak Aji tahu, saya terdengar suara orang.”

“Dari gerak-geri kamu Tamar.”

Saya mula resah. Hati mula berdebar. Badan terasa lain macam. Bulu roma
saya mula tegak tanpa sebab. Saya mula dibayangi dengan bermacam-
macam perasaan. Ada lintasan bayangan seperti yang terjadi di muka pintu
tadi, melintas di depan saya. Bentuknya sukar mahu digambarkan dengan
tepat.

Sepintas lalu, bentuknya macam papan keranda yang melayang-layang. Ada


sehelai kain hitam melekat di papan itu. Dari kain hitam itu berjuntai jari-jari
tangan tanpa daging. Tulang-tulang jari yang keras dan putih itu bagaikan
mahu mencakar wajah saya. Inilah yang menimbulkan rasa takut dalam hati.

“Biarlah, saya balik dulu Pak Aji.”

“Silakan Tamar.”

Saya pun meninggalkan Haji Salim di bangsal. Dalam debar dada yang cemas
saya terus melangkah tanpa menoleh ke arah Haji Salim. Dahi saya mula
berpeluh. Sebaik sahaja saya sampai dekat pokok mempelam pauh yang
besar dan tinggi, dahan mempelam itu patah lalu jatuh. Kalau tidak cepat
saya mengelak, pasti saya ditimpa dahan tersebut. Dalam masa yang sama,
lintasan bayangan yang tidak menyenangkan itu terjadi lagi di hadapan saya.

Langkah saya terus kaku sebentar. Bila saya mahu melangkah kembali
terdengar suara menyebut nama saya. Cepat-cepat saya merenung ke arah
pangkal pokok mempelam. Rasa cemas segera hilang. Seorang tua yang
tidak saya kenali muncul di situ dan menuju pada saya.

“Berikan ini pada datuk kamu,” kata orang tua itu. Ia menyerahkan satu
bungkusan kecil yang berbalut dengan dauh keladi, bila bungkusan itu mahu
saya buka, orang tua segera memegang tangan saya.

“Belajarlah jadi manusia yang amanah,” katanya.

“Maafkan saya.”

“Aku maafkan, jangan menoleh arah mana kamu datang, kerana aku mahu
ke sana.”

“Ya, saya faham.”

Orang tua itu segera bergerak ke arah belakang saya. Bunyi tapak kakinya

580
cukup jelas menuju ke arah rumah Haji Salim. Saya terpegun sejenak, bau
yang amat wangi segera menyumbat lubang hidung. Saya pasti bau wangi itu
datang dari tubuh badan orang tua tersebut.

Ada dua persoalan timbul dalam hati saya. Pertama, kenapa orang tua itu
tidak memberi salam. Kedua, orang tua itu memang bukan orang kampung.
Ia orang asing. Dua persoalan yang menggugat hati, membuat saya
melanggar larangannya.

Saya segera menoleh ke belakang. Orang tua itu tidak kelihatan lagi. Tetapi,
bau wangi masih dapat dicium. Dedaun senduduk dan lalang di sebelah
kanan jalan, kelihatan bergerak-gerak, macam baru sahaja dirempuh oleh
manusia. Saya tahu, kawasan sebelah kanan jalan yang dikuasai oleh pokok
senduduk dan lalang itu, luasnya hampir suku batu. Hujung kawasannya
bertemu dengan sebuah anak sungai. Seberang sungai itu terdapat kawasan
perkuburan yang tidak digunakan lagi.

Nenek pernah memberitahu saya, kawasan perkuburan itu tidak luas. Cuma
menempatkan tujuh buah kubur. Batu nisannya diambil dari batu gunung.
Tidak seorang pun yang tahu, mayat siapa yang ditanam di situ. Kata datuk
ada waktu yang terluang, ia seringkali mengajak saya ke situ untuk
membersihkannya. Bagi datuk membersihkan kubur merupakan satu amalan
yang baik.

Bila saya mengingatkan orang yang baru saya temui itu menuju ke kubur
lama, saya jadi takut. Saya terus lari menuju ke rumah. Waktu itu saya tidak
ingat langsung yang kaki saya tidak begitu baik.

JATUH

Waktu saya sampai di kaki tangga. Saya sudah kehabisan tenaga. Tidak
mampu memijak mata tangga yang setia menanti sesiapa sahaja untuk
memijaknya. Saya terjatuh. Bungkusan barang dalam daun keladi terbuka
dan tercampak dekat saya.

“Tolong,” jerit saya, bila melihat tulang jari terdampar atas tanah, (tidak jauh
dari daun keladi yang jadi pembungkusnya) nenek segera menerpa pada
saya. Nenek segera memapah saya. Ia suruh saya duduk atas tangga.

Tanpa diduga, datuk pulang awal dari hutan. Tidak ada pelanduk atau napuh
yang dibawanya. Datuk terkejut dengan apa yang terjadi pada saya.

“Kenapa Tamar?” Tanya datuk.

“Ada orang beri barang pada tuk.”

“Mana dia barangnya?”

“Itu dia tuk.”

581
Mata datuk melihat ke arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk saya. Dia
menggigit ibu jari kanannya. Macam memikirkan sesuatu. Datuk suruh nenek
beredar dari situ. Nenek segera masuk ke rumah.

“Pelik, masa dalam hutan tadi ada orang yang tak aku kenal, kirim salam
pada kau. Bila aku tanya siapa dia, orang itu terus meninggalkan aku, tetapi
ia meninggalkan bungkusan daun keladi dekat pokok meranti,” datuk
memulakan cerita.

“Apa isinya tuk.”

“Sama dengan apa yang aku lihat sekarang, tulang jari manusia.”

“Orang yang tok jumpa tu, lelaki ke perempuan.”

“Perempuan tua.”

“Serupa juga dengan saya, saya juga jumpa perempuan tua, mukanya
ditutup.”

Datuk tidak berkata apa-apa lagi. Ia suruh saya masuk ke rumah. Daun keladi
dan tulang jari manusia itu diambilnya dan terus ditanam kira-kira serantai
dari halaman rumah.

JUMPA

Pukul empat setengah petang. Datuk duduk di anjung rumah sambil


membaca kitab. Datuk tidak memakai baju. Kepalanya dilekati oleh ketayap
putih. Datuk seolah-olah, tidak menganggap sesuatu yang luarbiasa dengan
peristiwa yang terjadi. Mungkin peristiwa itu tidak menarik minatnya. Kalau
datuk tertarik, pasti ia bercerita. Bila melihat sikap datuk begitu, saya sendiri
tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi.

Nenek terus berusaha memulihkan kaki saya yang kian mengecil itu. Ia
menyentuh dan mengurut urat-urat tertentu di kaki. Di samping itu, nenek
juga sudah menyediakan berbagai-bagai jenis dauh untuk dibalut ke kaki
saya.

“Kaki Tamar tu, kalau diizinkan Allah, akan sembuh juga,” cara mendadak
datuk bersuara.

“Kalau tak diusahakan, tentu tak menjadi,” balas nenek. Suaranya agak
meninggi. Datuk tutup kitab yang dibacanya. Ia renung muka nenek.

“Kalau kakinya mengecil atau kisit tak ada isi disebabkan kena air embun
dan angin, kenapa kita tak cuba ubat dengan embun dan angin juga,” kata
datuk. Ia bangun lalu rapat ke arah nenek yang mengurut kaki saya.

“Caranya bagaimana?”

582
“Kita lumurkan kakinya dengan embun, dua puluh pagi Jumaat, kita juga
kenakan angin malam Jumaat, di samping membaca doa tertentu,” kata
datuk tenang.

“Awak buatkan.”

“Ya, saya buatkan mulai malam dan pagi Jumaat depan.”

Nenek tersenyum mendengar pengakuan datuk. Ia merasakan datuk tidak


melepaskan tanggungjawab itu pada dirinya seorang sahaja.

Tiba-tiba saya terhidu bau wangi yang amat kuat. Saya segera bergerak
menuju ke muka pintu. Tanpa saya sedari datuk mengekor dari belakang.
Saya terkejut, di halaman rumah, ada perempuan tua yang saya tengok pada
sebelah pagi berdiri di situ. Kali ini, mukanya ditutup dengan kain selendang.

“Ada apa hajat,” tanya datuk.

“Tak ada apa-apa hajat buat apa datang ke mari.”

“Nak berziarah pun tak boleh.”

Datuk terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab kata-kata dari


perempuan tua itu. Datuk segera merenung ke arah saya. Melihat
perempuan tua itu masih tercegat di halaman, saya terus bersuara:

“Beradatlah sikit, berilah salam.”

“Sudahlah, saya nak cari rumah orang yang pandai membuat keris, keris
suami saya hilang,” suara perempuan tua itu tenang.

“Awak pergi arah ke darat sana, cari orang nama Haji Salim, dia pandai buat
keris, kalau pedang laki awak hilang pun dia boleh buat.”

“Awak menyindir.”

“Sudahlah perempuan….” Datuk segera menutup mulut saya dengan tangan.

Biji mata datuk bagaikan mahu tersembul merenung muka saya. Bila sudah
begitu keadaannya, tentulah datuk sudah marah. Saya tunduk.

“Maafkan cucu saya,” kata datuk. Perempuan tua itu pusingkan badannya. Ia
terus menuju ke rumah Haji Salim.

“Jangan biadap sangat, kita belum kenal siapa dia,” kata datuk. Dengan
tenang datuk menarik tangan saya untuk masuk ke ruang tengah. Dari
gerak-gerinya, saya tahu perasaan datuk tidak tenteram.

Rasa tidak tenteram dalam diri datuk itu berlanjutan hingga masuk waktu
asar. Lepas sembahyang asar, ia masih lagi memikirkan tentang perempuan

583
tua yang ditemuinya dalam hutan, tentang perempuan tua yang memberikan
barang saya, tentang perempuan tua yang baru meninggalkan halaman
rumah sebentar tadi.

“Boleh jadi apa yang kita lalui ini, ada hubungannya dengan Sariyah yang
aku tolong dan aku jadikan anak angkat,” keluh datuk.

“Apa yang mesti kita buat tuk?”

“Kita hadapi semuanya, kita sudah terlalu jauh dicabarnya, kaki kau hampir
lumpuh tetapi, mereka masih belum puas, percayalah kalai kita berusaha dan
berserah pada Allah kita akan menang.”

“Masanya terlalu panjang tuk.”

“Sabarlah, kemenangan tidak akan terjadi dengan sekelip mata.”

Saya menggigit bibir mendengar cakap datuk. Wajah perempuan tua masih
terbayang di kepala saya. Wajahnya yang ditutup dengan kain selendang,
saya bayangkan amat hodoh sekali. Matanya terperosok ke dalam. Tidak ada
hidung. Dahinya bersopak dan kulit pipi mengerutu.

“Jangan fikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya,” saya terkejut


mendengar cakap datuk itu. Rupa-rupanya datuk dapat membaca dengan
apa yang tersirat dalam hati saya.

“Membayangkan wajah orang dalam keadaan buruk, memang tidak baik. Itu
perbuatan syaitan,” sambung datuk. Saya tersengih. Saya terus menuju ke
muka pintu.

Saya lihat matahari petang sudah condong benar. Burung gagak itu hinggap
di pelepah pisang mencari ulat dalam daun pisang yang bergulung. Angin
petang tidak bertiup langsung, membuat badan saya terasa panas dan
berpeluh.

Tiba-tiba saya terpandang tulang jejari manusia bertaburan atas tanah di


halaman. Tulang-tulang itu bagaikan muncul dari perut bumi dan bumi
kelihatan macam merekah. Dari rekahan bumi itu saya bagaikan terlihat
tengkorak manusia bergerak-gerak, bagaikan mahu tersembul. Saya jadi
cemas. Saya renung ke arah halaman rumah lama-lama. Ternyata apa yang
saya lihat tadi, memang tidak ada. Tetapi, saya merasa hairan kenapa hal
yang tidak ada itu boleh wujud di hadapan mata saya.

Barangkali, semuanya ini perasaan semata-mata, saya terlalu banyak


memikirkan tentang wajah perempuan tua itu, membuatkan saya
terpandang-pandangkan perkara yang menakutkan, kata hati saya. Saya
renung bayang pokok kelapa yang memanjang di bumi. Matahari petang kian
condong. Sesekali terdengar kokok ayam jantan, menunjukkan lagak di
depan ayam betina sambil mengembangkan kepak di badan. Burung gagak
terbang bersimpang siur, mencari ulat daun pisang.

584
Dalam keramahan dan keganjilan suasana petang itu, saya dikejutkan oleh
suara yang tidak asing lagi buat saya. Cepat-cepat saya merenung ke arah
suara itu datang. Haji Salim tercegat di sempadan halaman rumah.

“Ada apa Pak Aji?”

“Datuk kau, ada di rumah Tamar.”

“Ada.”

Haji Salim rapat ke kaki tangga datuk pula segera mempamerkan diri di
muka pintu. Saya ditolak ke belakang.

“Apa hajat sahabat?” tanya datuk.

“Nak mengajak pergi berziarah ke kubur lama.”

“Kenapa dah sayup benar, matahari dah nak jatuh, susah jadinya kalau kita
tidak berhati-hati.”

“Tak apa, tadi ada orang perempuan tua jumpa saya, minta tolong tengokkan
anak perempuannya yang sesat di kubur lama.”

“Sahabat kenal orang perempuan tua itu.”

“Tak kenal pula.”

Datuk melangkah turun. Matahari kian bertambah condong. Burung gagak


terus berbunyi. Haji Salim menghampiri datuk. Masing-masing mengedutkan
dahi luas, macam memikirkan sesuatu masalah yang besar.

“Kalau tak kenal macam mana kita tolong,” datuk meluahkan suara hatinya.
Haji Salim termenung sejenak. Mungkin ia sependapat dengan pendapat
yang datuk bentangkan.

“Tak apalah, kita tolong,” jawab Haji Salim.

“Sahabat yakinkah yang perempuan tua tu manusia?”

“Tentulah manusia, bukan syaitan.”

“Kalau begitu, biar saya tukar pakaian dulu.”

Datuk segera naik ke rumah. Pakai seluar dan baju Melayu. Selitkan parang
panjang di pinggang. Tujuannya bukan apa-apa. Parang itu akan digunakan
untuk menebas semak-samun di tanah perkuburan. Bila semuanya sudah
selesai mereka pun berangkat. Saya pun ikut sama.

Meredah hutan senduduk dan lalang, bukanlah sesuatu yang mudah.

585
Mujurlah datuk membawa parang panjang. Haji Salim bawa golok. Dapatlah
dahan-dahan dan ranting senduduk dirintis. Dengan berbuat demikian,
banyak masa terbuang.

Sebenarnya, memang ada jalan pintas yang boleh cepat sampai ke kawasan
tanah perkuburan lama itu. Pelik juga, kenapa datuk dan Haji Salim tidak
mahu ikut jalan tersebut. Agaknya, dengan cara meredah hutan senduduk
dan lalang, mereka berharap akan dapat bertemu dengan anak pada
perempuan tua yang hilang.

Ramalan saya itu mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Perkara yang
pasti, saya tidak menghadapi sebarang kesukaran. Setelah hutan senduduk
dirintis, barulah saya dibenarkan berjalan. Seronok berjalan dengan orang
tua yang tahu menghargai kekurangan diri orang seperti saya.

Setelah badan dibasahi peluh. Kami sampai ke tebing sungai. Menyeberang


sungai yang cetek airnya, tidak banyak menghadapi masalah. Air sungai
yang sejuk itu memberikan rasa kesegaran pada tubuh.

Saya merenung ke kaki langit, matahari yang kian condong mula dihampiri
awan putih yang tebal. Kerana kawasan kubur lama itu dikelilingi oleh pokok-
pokok jati dan jejawi yang besar, digayuti oleh akar-akar hutan yang
berselirat, menjadikan suasana di situ agak samar-samar dan sunyi.

Bunyi dengung nyamuk cukup jelas. Begitu juga dengan suara burung
merbah dan burung puyuh. Tidak jauh dari kawasan kubur itu terdapat
sebuah busut jantan yang tingginya sama paras dengan orang dewasa. Anai-
anai kelihatan merayap di puncak busut itu. Tanah busut nampak berlubang-
lubang dan seakan-akan merekah.

62. Puja Kubur

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Datuk dan Haji Salim terus merenung ke tanah perkuburan yang dipenuhi
dengan pokok-pokok kecil. Batu nisan yang dibuat dari batu gunung tidak
berapa jelas kelihatan, kecuali sebuah kubur yang terletak di kawasan tanah
yang agak tinggi. Batu nisannya kelihatan menonjol. Bentuknya juga tidak
sama dengan batu nisan yang lain.

Ukuran tingginya separas pinggang. Batunya bulat macam batu sempadan


letaknya agak condong ke arah barat daya. Penuh dengan lumut yang
menghijau.

“Mustahil, ada orang sesat di sini. Tak ada sebab kenapa orang perempuan
tua tu membawa anaknya ke sini dan sesat. Dia cari apa di sini,” kata datuk
pada Haji Salim yang macam rusa masuk kampung. Renung sana, renung sini
di kawasan perkuburan lama.

586
“Kita dipermainkan orang sahabat,” tambah datuk lagi.

“Tak apa, mari kita cari sambil membersihkan kubur lama, mana tahu anak
perempuannya ada di sini, mungkin tertidur kerana keletihan.”

“Kalau dah begitu kata sahabat, kita menurut saja,” jawab datuk penuh rasa
keyakinan.

Datuk dan Haji Salim mula menebang pokok-pokok yang sebesar ibu jari kaki
orang dewasa di tanah kubur. Hari mula beransur gelap. Dalam jangkaan
saya, sudah pukul enam setengah lebih. Saya sudah tidak sanggup lagi
menampar nyamuk di pipi dan paha. Jejari terasa lenguh menggaru bekas
gigitan nyamuk.

“Tuk.”

Datuk dan Haji Salim berhenti menebas dan menebang. Mereka merenung ke
arah saya.

“Kenapa Tamar?” tanya Haji Salim.

“Saya nampak macam ada orang dekat kubur yang hujung sana.”

“Mana kau tahu?” soal datuk.

“Saya terdengar bunyi suara orang batuk, pokok-pokok kecil di situ bergerak-
gerak.” Jelas saya.

Datuk dan Haji Salim berpandangan. Beberapa ekor tupai jantan berlompatan
di dahan jejawi. Burung gagak berlegar-legar di atas kepala sambil berbunyi.

Suara cengkerik dan katak mula menyanyi kerana hari kian bertambah gelap.
Angin yang bertiup lemah membuat badan terasa seram sejuk.

“Kita ke situ sahabat,” ajak datuk.

“Jum, barangkali orang betul,” Haji Salim setuju dengan cadangan datuk.
Kami pun bergerak ke arah kubur yang terpisah dengan kubur yang lain itu.

Lebih kurang lima belas kaki mahu sampai ke kubur tersebut, datuk dan Haji
Salim berhenti melangkah.

Memang ada manusia di situ, memakai kain tudung putih tunduk


menghadapi tanah kubur. Jejari tangannya mencabut rerumput dan
mematahkan anak-anak pokok kecil di situ.

“Assalamualaikum,” kata datuk. Tidak ada jawapan yang diterima.

“Buat apa tu,” kata Haji Salim.

587
“Bersihkan kubur,” terdengar jawapan yang parau.

Angin bertiup menggugurkan dedaun dan ranting mati. Suasana terasa


seram, lebih-lebih lagi bila terdengar monyet sayup-sayup bersama suara
gagak dan burung kuang.

“Mengapa cuci kubur dah dekat nak malam?” soal datuk lagi.

“Waktu lain tak ada masa,” datuk menerima jawapan.

Masa datuk dan Haji Salim bersoal-jawab dengan orang yang tidak dikenali
itu, hati saya terus berdebar-debar.

“Nak makan marilah,” tiba-tiba orang yang tidak dikenali itu mempelawa.

Datuk dan Haji Salim berpandangan. Ada keraguan yang menguasai hati
datuk dan Haji Salim. Mana ada orang Islam yang makan di kubur waktu
senja begini, fikir saya.

Datuk dan Haji Salim terus mendekati orang yang tidak dikenali itu. Saya
memang tidak mahu terpisah jauh dari mereka. Kalau mereka melangkah ke
kiri, saya ke kiri. Kalau ke kanan, saya ke kanan.

Dalam suasana yang berunsur gelap di kawasan perkuburan lama itu. Kami
melihat perempuan yang bertudung lingkup, berkain batik jawa dan memakai
baju kebaya, membongkok badan, mulutnya bertemu dengan tanah kubur.
Keadaannya tidak ubah macam kucing sedang makan sesuatu.

“Kenapa duduk macam itu,” tegur datuk.

Perempuan itu segera bangun berdiri. Potongan badannya memang menarik.


Macam badan Latifah Omar. (masa itu bintang filem Latifah Omar memang
terkenal). Mukanya masih ditutup dengan kain selendang. Cuma bahagian
matanya sahaja jelas kelihatan.

Alisnya hitam berkilat dan tebal. Sinar matanya amat tajam memanah pada
kami. Dalam saat-saat begitu saya teringat Saadiah cucu Haji Salim yang
saya gilai secara diam-diam.

“Awak ni siapa sebenarnya?” tanya Haji Salim.

“Tak kenal, saya yang jumpa awak tadi, saya jumpa budak ni,” perempuan
itu tersenyum pada saya. Darah saya mula berderau. Saya renung muka
datuk berkali-kali.

“Yang jumpa saya tu perempuan tua, awak muda,” sanggah saya.

“Memanglah tadi saya tua, bila dah makan di kubur saya jadi muda,”
balasnya.

588
Datuk singgung pangkal belikat Haji Salim dengan siku. Haji Salim faham
dengan alamat yang datuk lakukan itu. Perempuan muda itu menjatuhkan
kain yang menutup sebahagian dari mukanya.

Bila kain itu jatuh atas dada. Muka datuk dan Haji Salim berkerut, muka saya
jadi pucat lesi. Wajah perempuan itu amat menakutkan. Tidak ada daging
pipi, tidak ada biji mata. Cuma yang ada tulang-tulang dagu, pipi dan
tempurung kepala.

Bila ia mengangkat kain tudung untuk menutup wajah hodohnya kembali,


saya lihat jejari tangannya tidak berdaging. Tulang jejarinya keras, bergerak
macam kaki ketam.

Aneh, bila wajahnya ditutup, kening lebatnya kelihatan semacam ada.


Perempuan itu meluruskan kedua belah tangannya ke atas. Serentak dengan
itu kami terdengar orang ketawa yang datangnya dari arah pokok-pokok
besar di situ.

Monyet-monyet liar dan tupai berlompatan di dahan melarikan dirinya,


seperti berada dalam suasana ketakutan yang amat sangat. Gema ketawa itu
memanjang dan berlanjutan, akhirnya kedengaran sayup-sayup dan terus
menghilang.

“Kita balik saja, sahabat,” ulang datuk lagi. Haji Salim segera meraba jari-jari
di tangan. Ia renung kiri kanan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
dihadapinya.

“Kita lihat kubur tempat perempuan tu duduk,” datuk memenuhi permintaan


Haji Salim.

Tidak ada sesuatu yang aneh di situ. Tanah kubur itu bersih, terdapat
beberapa keping daun keladi besar yang terlentang.

“Syaitan,” keluh datuk.

Haji Salim anggukkan kepala. Kami pun memulakan langkah untuk pulang.
Bila berada di luar kawasan kubur lama itu, keadaan hari tidaklah berada
gelap sangat seperti yang dialami ketika berada di kawasan kubur.

Bila kami mula meredah hutan senduduk dan lalang, kami terdengar suara
budak menangis. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan semuanya
itu. Tetap meneruskan perjalanan dengan tenang.

Sebenarnya selain dari terdengar bunyi suara budak menangis, kami juga
seringkali diganggu oleh lintasan bayangan hitam yang membuat langkah
kami mati.

“Jangan bimbang sahabat, jalan terus,” datuk mengingatkan Haji Salim,


setiap kali bayangan hitam itu menjelma.

589
Haji Salim yang jujur dan bersedia menolong orang, meluahkan rasa kesalnya
kerana mendengar kata-kata perempuan tua yang aneh itu.

Senja mula tiba. Kami masih lagi berada dalam kawasan pokok senduduk dan
lalang. Beberapa ular liar yang melintas, melarikan diri bila terdengar bunyi
tapak kaki kami. Akhirnya, kami sampai di bibir jalan yang jadi penghubung
antara rumah datuk dengan Haji Salim.

Kami berhenti sebentar di situ. Haji Salim mengeliat beberapa kali untuk
menghilangkan rasa lenguh yang menyerang pinggangnya. Datuk pula
membelek-belek kaki seluarnya yang koyak akibat tersangkut tunggul.

“Pelik sungguh, apa yang kita alami,” kata Haji Salim.

“Ya, saya merasakan begitu juga,” balas datuk yang usianya tidak jauh
bezanya dengan Haji Salim. Mereka terus termenung. Tanpa diduga datuk
menepuk bahu Haji Salim.

“Awak ingat tak, kira-kira sepuluh tahun yang lalu, keadaan yang sama
seperti ini pernah terjadi,” kata-kata datuk itu membuat Haji Salim terus
duduk di tanah. Kedua belah tangannya memicit kepala. Ia tersenyum.

“Ingat, kita mendengar bunyi suara orang menjerit dan menyanyi serta
bergendang dari kubur lama waktu malam, tak ada pula orang perempuan
macam hari ini,” Haji Salim mula mengingati apa yang telah berlaku.

“Sahabat ingat puncanya?” Soal datuk.

“Ingat. Ada persatuan sejarah dari luar mengatakan kubur lama tu, kubur
pahlawan Melayu. Mereka terus melakukan tahlil di situ.”

“Kita dan sahabat melarang mereka melakukan perkara itu, kerana kita
belum tahu sama ada orang yang mati itu beragama Islam, tapi mereka
teruskan juga.”

“Akibatnya, penduduk kampung ini tak aman tidur, setiap malam mendengar
orang menjerit dan menyanyi. Sejak kampung ini dibuka kubur tu memang
dah ada,” Haji Salim berhenti bercakap. Ia senyum ke arah datuk.

Datuk mengeliat. Haji Salim segera bangun, merenung ke arah rumahnya


dalam samar-samar senja yang mula menguasai seluruh kawasan kampung.

Kerana Haji Salim minta datuk singgah di rumahnya sebentar, untuk melihat
keris yang baru selesai dibuatnya. Datuk dan saya terpaksa pergi ke
rumahnya dulu. Haji Salim segera memegang bahu kanan datuk.

“Saya fikir, kubur lama tu dikacau orang. Ada tanda-tanda kubur itu didatangi
orang dalam waktu yang tertentu. Hati saya kuat mengatakan begitu,”
beritahu Haji Salim pada datuk.

590
Saya lihat datuk termenung sejenak. Dalam keadaan yang tenang itu, tanpa
diduga beberapa helai daun keladi besar terdampar atas bangsal. Tidak tahu
siapa yang meletakkannya. Hal itu tidak disedari oleh Haji Salim. Tetapi,
mata datuk tajam itu dapat melihatnya. Tanpa memberitahu Haji Salim,
datuk terus mengambil daun keladi itu. Dilipat dua lalu dimasukkan ke dalam
saku seluarnya.

“Daun keladi, di mana awak dapat?” soal Haji Salim.

“Atas pelantar sahabat, saya minta sahabat jangan tanya lagi hal itu,” balas
datuk. Haji Salim anggukkan kepala.

Memang pada mulanya tergambar rasa cemas pada diri Haji Salim. Tetapi
bila datuk mengatakan daun keladi yang datang cara tiba-tiba itu, tidak
mendatangkan sebarang kesan, Haji Salim mula rasa lega.

“Kubur lama itu didatangi orang, tandanya daun keladi. Biasanya daun keladi
digunakan untuk menuntut ilmu yang salah atau menjalankan ajaran yang
tak betul,” Haji Salim terus menguatkan pendapatnya itu.

“Saya tahu, petua itu sama dengan petua saya. Kita harus mencegah
perbuatan ini,” balas datuk.

Di luar dugaan saya sama sekali. Bila datuk dan Haji Salim membuat
keputusan yang amat mengejut dan menyeramkan. Mereka mahu pergi ke
kawasan tanah perkuburan lama itu, waktu tengah malam Jumaat minggu
yang akan datang.

“Masanya sahabat,” datuk minta kepastian.

“Pukul satu malam, setuju.”

“Setuju, sebelum itu kita harus berdoa dulu pada Allah.”

“Sama-sama kita buat,” balas datuk.

Saya dan datuk terus meninggalkan bangsal Haji Salim menuju ke rumah.
Sampai di kaki tangga, hari sudah gelap betul. Dan suara azan mula
terdengar. Datuk terus mandi dan mengambil air sembahyang. Saya juga
melakukan seperti apa yang datuk lakukan.

Lepas sembahyang Maghrib, datuk memanggil saya ke sisinya. Ia memeriksa


kaki saya. Kata datuk, kaki saya akan sembuh. Sebabnya masa berjalan siang
tadi, saya tidak menghadapi sebarang kesulitan. Ini bererti uratnya masih
elok.

Isi yang mengecil (kisit) itu akan berisi kembali. Apa yang perlu dilakukan,
mematuhi petua yang telah disebut oleh datuk pada nenek.

“Tamar.”

591
“Ya tuk.”

“Aku ada tugas besar yang mencabar.”

“Apa dia tuk?”

“Pertama, menentang musuh yang marahkan aku kerana menolong Sariyah.


Kedua, berhadapan dengan masalah yang aku hadapi bersama Haji Salim
siang tadi.”

“Tuk perlukan pertolongan saya?”

“Kau tak boleh menolong. Apa yang aku mahu kau dampingi Haji Salim
sepanjang minggu ini jangan kacau aku. Aku mahu membuat persediaan.”

Saya menarik nafas panjang. Perintah yang baru dikeluarkan oleh datuk
mesti dipatuhi. Saya mula renung muka datuk. Perlahan-lahan datuk
menepuk bahu saya.

“Tamar, ikut Haji Salim, galilah ilmu darinya. Kemudian kau ikut aku
bersamanya ke tanah kubur. Haji Salim tu baik orangnya, tinggi pengetahuan
agamanya, kau harus belajar darinya.”

“Baik tuk.”

Datuk senang hati dengan pengakuan yang saya berikan padanya.


Kemudian, datuk menyuruh nenek masak nasi serta menyediakan hidangan
yang sedap untuk saya dan dirinya. Saya senyum melihat telatah datuk.
Dalam ia serius itu, ada lucunya. Itulah datuk saya yang aneh buat orang
lain. Tetapi amat istimewa buat diri saya.

LEMBAP

Suasana pagi itu terasa lembap sekali. Matahari terasa segan untuk
menebarkan sinarnya ke bumi. Semua lopak dan parit dipenuhi air, tanah
bertukar menjadi becak. Hujung daun terus menetaskan baki air hujan yang
masih tinggal.

“Lebat hujan malam tadi, dari Maghrib hingga Subuh,” cetus datuk sambil
melihat air menitik satu-satu dari hujung atap. Saya anggukkan kepala.
Datuk terus menyandang senapang kampung berlaras dua ke bahu.

“Aku mahu ke hutan menembak ayam,” datuk melangkah ke ambang pintu.

Saya turut dari belakang. Sampai di anak tangga terakhir, datuk mengenakan
sepasang sepatu getah warna kuning ke kakinya.

592
“Kau pergilah ke rumah Haji Salim, tengok dia buat keris. Carilah
pengetahuan darinya,” datuk terus melangkah dalam suasana pagi yang
lembap.

Saya masih duduk di mata anak tangga terakhir. Ada sesuatu yang saya
fikirkan.

Sudah lama benar datuk ke hutan tanpa membawa senapang kampung


berlaras dua. Ia merasa lebih aman membawa golok atau parang panjang
untuk melihat jerat yang dipasang. Cara mendadak sahaja, kebiasaan yang
diamalkannya ditinggalkan pada hari ini.

Saya tidak kuasa mahu memikirkan tentang datuk. Ia lebih dewasa dan
banyak pengalaman dari saya. Ia tahu apa yang patut dibuatnya. Saya
merenung ke hujung jalan. Bayang datuk sudah tidak kelihatan lagi. Ia sudah
membeluk ke kanan. Mengayuh basikal tuanya di permukaan jalan raya.

Sebelum sampai kawasan hutan yang mahu dimasuki, datuk terpaksa


tunggang basikal sejauh dua batu. Saya kira tubuhnya yang sihat itu akan
dipecahi peluh-peluh halus. Datuk tidak akan meredah hutan dengan basikal,
ia akan meninggalkan basikalnya di bawah pokok pauh di bibir jalan raya.

Cuaca pagi yang lembap itu, membuat saya malas bergerak ke mana-mana.
Rasanya dalam suasana begitu, cukup seronok baring di katil sambil
membaca.

Saya sedar, apa yang saya impikan itu tidak akan terlaksana. Pantang bagi
nenek, kalau melihat cucunya membuang masa di atas katil. Kata nenek,
orang lelaki yang selalu baring di katil waktu pagi hingga tengah hari akan
jadi malas. Pintu rezeki ditutup oleh tuhan dan ia akan mati kelaparan.

Kata-kata nenek itu cukup berkesan dalam diri saya. Sesungguhnya saya
tidak mahu menjadi lelaki pemalas. Apatah lagi mati kelaparan. Saya bangun
dan terus masuk ke rumah. Kenakan baju kemeja biru berlengan pendek ke
tubuh. Sarungkan seluar panjang putih, berkaki besar ke badan. Sikat rambut
dengan rapi, kenakan minyak attar ke badan.

“Mahu ke mana Tamar,” nenek merenung tubuh saya dari atas ke bawah,
dari bawah ke atas. Bijinya matanya bagaikan berputar-putar.

“Ke rumah Haji Salim nek.”

“Bergaya benar nampaknya kau hari ni, Tamar.”

“Sekali-sekala nek.”

“Hum…,” keluh nenek bersama senyum tawar pagi yang lembap.

Sejak akhir-akhir ini, nenek mengikuti dengan teliti perubahan yang terjadi
pada diri saya. Nenek bagaikan tahu, bahawa cucu lelakinya sudah masuk

593
alam remaja, tidak suka pakai seluar pendek dengan rambut yang kusut-
masai.

Nenek juga sedar, bila saya bersikat di cermin, pasti memakan masa berjam-
jam. Bukan apa-apa, saya cuma meniru jambul P.Ramlee. Kadang-kadang
mencontengkan arang di bibir, meniru misai P.Ramlee, ada kalanya,
memakai baju yang berkotak-kotak macam P.Ramlee, dalam filem Sedarah.

Semuanya saya lakukan waktu datuk tidak ada di rumah. Kalau datuk ada, ia
selalu melarang perbuatan saya itu. Datuk tidak suka saya meniru. Apa yang
datuk mahu ialah, membuat sesuatu mengikut kemahuan sendiri tanpa
terpengaruh dengan orang lain.

“Tamar, Tamar,” terdengar suara di halaman rumah.

“Suara siapa tu nek.”

“Kalau tak silap aku, suara Haji Salim,” saya dan nenek menerpa ke muka
pintu. Haji Salim tercegat di kaki tangga.

“Ada apa haji?”

“Aku nak ajak Tamar pergi ke Kampung Haji Ariff di Temoh.”

“Apa halnya?”

“Aku nak mengambil biji benih durian dari sepupu aku.”

“Pergi dengan bas atau teksi?”

“Dengan motosikal.”

“Boleh, apa salahnya. Tak minta pun tak apa, asalkan Tamar keluar dengan
haji. Dengan orang lain terasa juga bimbang di hati.”

Saya gembira mendengar kata-kata dari nenek. Saya terus masuk ke bilik.
Sikat rambut dan membentuk jambul P.Ramlee di kepala.

Ternyata, jambul ala P.Ramlee yang saya usahakan itu habis runduk
ditampar angin motor. Tidak saya duga sama sekali, bahawa Haji Salim
memang kaki pecut, bagaikan mahu pecah bunyi enjin honda 50cc yang
dipandunya dengan laju. Ekor serbannya melayang-layang macam ekor wau
yang berbentuk ikan bawal.

Dari kampung hingga ke bandar Ipoh, cuaca sepanjang perjalanan redup


sahaja. Bila masuk ke kawasan pekan Kampar, matahari bersinar dengan
teriknya. Pangkal ketiak dan paha saya terasa bergetah.

TEMOH

594
Saya dan Haji Salim sampai di pekan Temoh. Kami singgah di warung
menjual kopi. Dua cawan kopi diminta dari tuan punya warung. Satu untuk
saya dan lagi satu untuk Haji Salim.

“Kita jalan-jalan dulu tamar, lepas tu baru pergi ke Kampung Haji Ariff.”

“Saya mengikut aje.”

“Bagus,” Haji Salim menepuk bahu kanan saya berkali-kali.

Sinar matahari pukul sebelas pagi, terasa amat perit menggigit kulit tengkuk
dan muka saya.

Kami terus melangkah di bibir jalan menuju ke arah pekan Tapah. Telinga
saya terdengar-dengar sayup-sayup bunyi gendang orang jual ubat.

“Orang Cina jual ubat,” kata saya.

“Singsih jual ubat,” tingkah Haji Salim.

“Kita tengok Pak Aji.”

“Boleh, mari.”

Saya dan Haji Salim mempercepatkan langkah, menuju ke arah manusia


yang sedang berlonggok mengerumuni penjual ubat tersebut. Saya tidak
faham dengan apa yang dikatakan oleh penjual ubat, kerana ia bercakap
dalam bahasa Cina. Setiap kali cakapnya berakhir, gendang akan dipalu.
Bunyinya cukup membingitkan gegendang telinga.

Setiap orang yang lalu di situ, tidak kira orang Melayu, Cina atau India akan
berhenti dan terus menghurung penjual ubat tersebut. Meskipun mereka
tidak tahu berbahasa Cina, cara dan gerak-geri yang dilakukan oleh penjual
ubat itu membuat mereka faham tentang khasiat-khasiat ubat yang dijual.

Kerana orang terlalu ramai mengerumuni penjual ubat, membuat saya tidak
dapat melihat wajah penjual ubat itu. Setelah mencelah sana, mencelah sini.
Saya berjaya sampai ke garisan sempadan penjual ubat itu.

Saya terus duduk mencangkung di situ. Penjual ubat itu berbadan besar dan
tegap, macam seorang ahli gusti. Daging di tubuhnya kelihatan berketul-
ketul. Ia memakai seluar hitam dengan tali pinggang besar berwarna merah.
Kaki seluarnya yang kecil dimasukkan ke dalam kasut hitam yang tinggi
separas lutut. Dua orang kawannya juga berbadan tegap. Kawannya yang
memukul gendang berwajah bengis, perutnya boroi dengan pusat yang
berbuku.

Manakala yag memegang tombak, membalut tubuhnya dengan baju dan


seluar hitam yang dibuat dari kain sutera. Di samping tombak yang bermata

595
seperti beliung itu, ia juga memegang parang bermata lebar. Semuanya
berkilat tajam.

Di depan penjual ubat itu berlonggok-longgok akar ubat dan batang-batang


kayu kecil. Tidak jauh dari longgokan batang kayu dan akar, tersusun botol-
botol yang berisi pil, terdapat juga kepala ular dan kulit ular yang sudah
dikeringkan.

“Ini singsih bukan sini punya, dia Taiwan mari,” seorang lelaki Cina
memeberitahu kawannya yang berbangsa Melayu. Orang Melayu itu
anggukkan kepala sambil tersenyum.

“Dia banyak kuat punya orang,” tambah lelaki Cina itu lagi.

“Rugilah, dia tak tahu cakap Malaysia.”

“Lu betul.”

Dua orang kawan baik itu ketawa.

Penjual ubat merasakan dirinya diketawakan. Dengan mata yang garang ia


merenung lelaki Melayu dan Cina itu. Wajah kedua-duanya kelihatan pucat.
Lepas itu mereka tidak berani bercakap.

Penjual ubat itu terus berdiri di tengah gelanggang sambil menumbuk ke kiri
dan ke kanan. Bila ia berhenti daripada melakukan pergerakan itu, gendang
pun dipalu dengan sekuat hati. Bagaikan mahu pecah gegendang telinga
dibuatnya.

Kawannya yang memegang tombak pula bercakap. Selesai ia bercakap


gendang pun dipalu. Penjual ubat membuka langkah Kuntau melompat ke
atas ke kiri dan ke kanan, daging badannya nampak berulas-ulas, macam
ulas durian tembaga yang bagu dikopek.

Penjual ubat berhenti dari langkah kuntau. Ia meletakkan tangan kanannya di


atas tunggul kayu yang memang disediakan di situ. Kawannya yang
memegang tombak, melepaskan tombak di tangannya, lalu mengambil
parang bermata lebar.

63. Nisan Berdarah

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Saya terus menekup mata, bila kawannya yang memegang parang


mengangkat parangnya tinggi-tinggi dan terus menjatuhkan atas lengan
penjual. Semua orang di situ mengeluh, ada pula yang memalingkan muka
ke arah lain. Tidak sanggup melihat darah dan lengan yang terputus dua.

596
“Yaaaakkk,” saya terdengar suara pemegang parang, lepas itu saya tidak
terdengar apa-apa.

Semuanya sunyi sepi. Bila saya terdengar suara tepukan tangan orang ramai,
saya segera menjatuhkan telapak tangan yang menutup mata saya.

Aduh, sungguh mengkagumkan, lengan penjual ubat tidak putus dua. Tidak
ada darah yang menitik atas muka tunggul. Wajah penjual ubat kelihatan
tenang sambil menggosok lengannya dengan sejenis minyak yang
dipamerkan di situ. Sedang penjual ubat asyik menggosok minyak di lengan,
pemukul gendang mengambil tombak bermata kapak, lalu mengkapak
belakang penjual ubat dengan sekuat hati.

Semuanya tidak mendatangkan kesah, penjual ubat tersenyum bahagian


belakangnya terus digosok dengan minyak. Dalam beberapa minit sahaja,
orang yang berkumpul di situ berebut-rebut membeli minyak tersebut yang
harganya lima puluh sen sebotol. Bila orang ramai selesai membeli ubatnya.
Ia memperlihatkan kekuatan kulit tubuhnya yang tidak mampu dilukakan
dengan senjata tajam. Ia menikam perutnya dengan pedang. Ternyata
pedang itu tidak mampu menembusi kulit perutnya.

“Orang Melayu mana ada kuat macam saya,” ujarnya dalam bahasa pasar
yang tunggang-langgang. Ia merenung satu-satu wajah orang Melayu yang
ada di situ. Kemudian, ia mencabar orang Melayu yang ada di situ
menunjukkan kekuatan.

Seorang Cina tempatan menghampiri penjual ubat. Cina tempatan itu


menasihatkan penjual ubat dari Taiwan, supaya jangan berbuat demikian.
Perbuatan itu boleh menyinggung perasaan orang Melayu di tempatnya.
Penjual ubat dari Taiwan itu, tidak mengendahkan nasihat Cina tempatan
tersebut. Ia terus mencabar dan mencabar.

“Eh, lu jangan ingat orang Melayu tak kuat,” saya segera menoleh ke kanan.

Saya lihat Haji Salim melangkah garisan putih yang ada di situ. Ia
menyinsingkan lengan bajunya. Penjual ubat dari Taiwan terus ketawa. Orang
ramai yang ada di situ resah. Mereka bimbang, kalau sesuatu yang tidak
diingini akan terjadi. Cina tempatan segera menghampiri Haji Salim, bahu
Haji Salim dipegangnya dengan lembut sekali.

“Haji tolong jangan gaduh, dia bukan Malaysia punya orang, dia tak tahu
punya adat,” pujuk Cina tempatan.

“Saya tahu, fasal dia bukan orang Malaysia, saya mahu tunjuk sama dia
orang Malaysia juga kuat,” balas Haji Salim. Saya mula terasa kecut dan
cemas.

“Pak Haji tak usah Pak Haji, ini merbahaya,” pujuk saya pula.

597
“Tak apa Tamar,” balas Haji Salim dengan tenang. Ia menyuruh saya keluar
gelanggang.

Penjual ubat dari Taiwan tersenyum sinis melihat saya dan Haji Salim.

“Sekarang kalau lu boleh kasi luka, gua beri lu lima ratus, kalau gua kasi luka
lu berapa lu kasi,” penjual dari Taiwan menyoal Haji Salim.

Saya lihat muka Haji Salim selamba sahaja. Sesekali memberi isyarat tangan
pada Cina tempatan supaya bersabar dan bertenang.

“Tak usah kasi apa-apa, gua tak mahu lu punya wang dan gua punya wang
tak mahu kasi sama lu,” ujar Haji Salim dan terus meletakkan lengannya atas
tunggul kayu.

“Nanti lu punya tangan putus macam mana?”

“Tak apa.”

“Betul ni.”

“Betul, semua orang boleh jadi saksi.”

“OK, kita mula.”

“Ayuh.”

Penjual ubat dari Taiwan pun mengambil parang bermata lebar. Lengan Haji
Salim ditetaknya dengan sekuat hati. Ia terkejut, lengan Haji Salim tidak
putus dua atau pun berdarah.

“Silakan, tetaklah seberapa banyak yang kamu suka,” kata Haji Salim.

Muka penjual ubat jadi merah padam. Tanpa membuang masa, ia terus
menetak sebanyak tiga kali berturut-turut. Semuanya tidak mendatangkan
kesan. Penjual ubat itu merenung orang yang mengelilinginya.

“Sekarang lu kasi pukul saya punya tangan,” penjual ubat bersuara.

“Jangan marah kalau luka,” balas Haji Salim.

“Tak marah, gua kuat.”

“Silakan.”

Penjual ubat dari Taiwan itu terus duduk mencangkung. Lengan kanannya
diletakkan atas tunggul kayu khas. Ia menarik dan menahan nafas, perutnya
kelihatan kempis, kiri kanan pipinya kelihatan kembung, macam monyet
menyembunyikan makanan dalam mulut.

598
Haji Salim mengambil parang bermata lebar. Berdiri dengan tenang dekat
penjual ubat itu. Kedua belah bibir Haji Salim kelihatan bergerak-gerak. Saya
kira ia sedang membaca ‘Bismillah’ untuk melakukan pekerjaan itu.

Semua biji mata orang ramai tertumpu pada Haji Salim yang memakai serban
putih, berseluar kuning dengan baju putih berbutang lima. Ada di antara
orang ramai itu berbisik sama sendiri. Mereka bagaikan tidak percaya lelaki
yang bertubuh kurus dengan janggut sejemput itu boleh mencederakan
lengan penjual ubat dari Taiwan. Dalam keadaan orang ramai yang
termanggu-manggu itu. Haji Salim pun menjatuhkan parang bermata lebar ke
atas penjual ubat.

“Wahhhhh….,” suara penjual ubat meninggi. Mukanya kelihatan berkerut


menahan kesakitan. Urat-urat hijau nampak menonjol menolak kulit.

Dalam saat-saat begitu, bahagian daging yang membengkak itu menjadi


merah dan akhirnya bertukar menjadi hitam kebiru-biruan. Kawan penjual
ubat segera menyapukan minyak. Hasilnya tidak ada apa-apa. Makin disapu
dengan minyak, makin besar bengkaknya dan penjual ubat beransur lemah.
Ia tidak terdaya menggerak-gerakkan tangan yang kena tetak itu. Ia cuba
bangun, usahanya itu gagal juga.

Haji Salim segera menghampirinya. Bahu penjual ubat itu disentuhnya


dengan jari kelingking kiri.

“Lu bangun,” kata Haji Salim.

Penjual ubat itu terus bangun tetapi, lengan yang kena tetak itu kelihatan
terkulai dan terus bengkak. Mukanya terus berpeluh. Haji Salim terus
menjamah jari telunjuk kanan penjual ubat. Jari itu direntapnya hingga
berbunyi.

Beberapa minit kemudian bengkak yang membatas di lengan beransur


kurang dan akhirnya terus pulih seperti sediakala. Kesan mata parang masih
kelihatan seperti satu garisan di lengan penjual ubat. Orang ramai yang
menyaksikan peristiwa itu tercengang. Beberapa orang anak muda
menghampiri Haji Salim, mereka bertanya sesuatu pada Haji Salim yang
berbadan kurus itu.

“Lu memang kuat,” penjual ubat itu merenung muka Haji Salim.

“Ini semua tuhan punya kuasa,” jawab Haji Salim pendek.

Penjual ubat itu segera menghulurkan wang lima ratus ringgit pada Haji
Salim. Dengan wajah yang tenang Haji Salim menolak.

“Tak mahu.”

“Apa fasal, kita sudah janji.”

599
“Saya bukan mahu lawan itu macam, saya panas hati bila lu cakap orang
Melayu tak ada kuat dan tak boleh lawan sama lu.”

“Saya sudah banyak tempat pergi, belum ada orang Melayu berani lawan,
jadi saya ingat orang Melayu memang tak kuat.”

“Lu silap, orang Melayu tak suka tunjuk-tunjuk kuat itu macam, tapi kalau
sudah lu cakap besar, saya mau cuba.”

“Lu betul punya haji, bukan main-main punya haji, badan kurus tapi hati
banyak kuat.”

“Sudahlah kawan.”

“Sekarang saya tak mahu cakap itu macam lagi, lu serupa saya punya
saudara,” penjual ubat itu terus bersalam dengan Haji Salim.

Penjual ubat itu terus mengemaskan semua bahan-bahan perniagaan.


Disumbatkan ke dalam kereta Morris Minor berwarna hitam.

“Kita kawan, tak mahu lawan-lawan,” kata penjual ubat itu dan terus masuk
ke kereta. Ia meninggalkan tempat itu menuju arah ke Tapah.

Saya dan Haji Salim meninggalkan tempat tersebut. Kami menuju ke tempat
motorsikal yang diletakkan berhampiran dengan warung penjual kopi. Bila
sahaja Haji Salim memegang motosikalnya, cina tempatan yang menegah ia
beradu kekuatan tadi datang menghampirinya.

“Terima kasih, lu sudah ajar itu orang. Dia cakap tak baik, macam dia saja
yang kuat. Lagi satu, dia cakap selalu kata Melayu tak kuat, dia macam suruh
Melayu sama Cina gaduh,” kata Cina tempatan itu.

“Tak apa, saya ingat dia mesti terus balik Taiwan dan tak mahu datang ke
sini lagi.”

“Saya harap juga begitu, dia bukan Cina Malaysia, dia tak tahu kita di sini,
tak kira Melayu, Cina India semua mahu hidup baik-baik dan satu hati.”

“Sudahlah lu siapa nama?”

“Saya nama Lim Kim Seng, lu siapa nama?”

“Haji Salim.”

“Baik, terima kasih.”

“Sama-sama.”

NAIK

600
Cina tempatan itu meninggalkan saya dan Haji Salim, ia menuju ke arah kiri
jalan. Saya lihat ia naik basikal menuju ke arah kawasan perlombongan yang
tidak berapa jauh dari pekan Temoh.

Bila Haji Salim menghidupkan enjin motorsikal, beberapa orang pemuda


menghampirinya. Mereka terus menghulurkan tangan untuk bersalam
dengan Haji Salim. Enjin motorsikal terus dimatikan. Haji Salim terus berdiri
di tengah kumpulan para pemuda yang berjumlah antara lima hingga tujuh
orang.

“Kami mahu menuntut ilmu dari Pak haji,” salah seorang daripada pemuda
itu menyampaikan hasrat hati.

Saya, mereka tidak pandang langsung. Saya bagaikan tidak wujud di situ.
Haji Salim merenung wajah mereka satu-satu dengan tenang.

“Minta maaf, aku bukan orang handal,” jawab Haji Salim.

“Tak usah jadi harimau menyembunyikan kuku, kami sudah lihat kemampuan
tuan haji tadi,” balas jurucakap pemuda itu.

“Semuanya dengan izin Allah. Kalau mahu mencari sesuatu kau pelajarilah isi
Quran. Ingat, sebelum itu kau harus mengenali Allah lebih dahulu.”

“Maksud Pak Haji.”

“Kalau diizinkan oleh Allah semua perkara boleh berlaku. Tetapi kalau kamu
tidak mengenalinya, bagaimana kamu mahu minta pertolongan dariNya.”

“Kami mahu mengenali Allah dengan pertolongan tuan haji.”

“Carilah ilmu itu. Tetapi, bukan pada saya. Ingat, menuntut ilmu atau belajar
itu memang dituntut oleh agama Islam. Hukumnya fardhu kifayah.”

Haji Salim menepuk baju pemuda yang menjadi jurucakap kumpulan itu.
Saya lihat pemuda itu resah tidak menentu sambil merenung wajah kawan-
kawannya yang lain.

“Tamar kita pergi sekarang,” kata Haji Salim pada saya.

Ia terus menghidupkan enjin motorsikal. Ia duduk atas motorsikal dan Haji


Salim mengangkat tangan kanannya sebagai tanda selamat jalan.

Akhirnya, bahagian depan warung dan kumpulan pemuda itu kami


tinggalkan. Kami terus menuju ke Kampung Haji Ariff.

Sepupu Haji Salim menyambut kami. Tengahari itu, kami makan di rumah
sepupunya. Kira-kira pukul empat, kami kembali ke kampung dengan
membawa benih durian dari jenis yang baik. Dekat waktu senja kami pun
sampai di rumah. Haji Salim memberikan saya dua pokok benih durian.

601
“Kau tanam dekat rumah.” Kata Haji Salim.

“Masa kau menanamnya, bacalah Bismillah dan selawatkan nabi tiga kali.”

“Ya Pak Haji, saya faham.”

Saya pun meninggalkan rumah Haji Salim menuju ke rumah nenek. Waktu
itu, hari sudah beransur gelap.

Saya melangkah dengan cepat sekali. Sampai dekat pokok besar, langkah
saya tidak serancak mula melangkah tadi. Hati saya berdebar. Saya menoleh
ke kiri. Saya terpandang tubuh manusia berdiri di balik pokok besar. Kerana
pandangan pertama tidak berapa jelas. Saya memandang untuk kali kedua.
Saya lihat datuk berdiri di situ. Bila saya panggil namanya, datuk terus
menghilangkan diri.

Rasa cemas mula menguasai diri saya. Mustahil waktu menjelang Maghrib
datuk mahu berada di situ? Kalau datuk, bila namanya dipanggil, dia pasti
menyahut. Aneh, kenapa setelah namanya disebut datuk menghilangkan diri.
Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Saya terus renung ke arah pokok besar untuk kali yang ketiga. Di tempat
saya melihat datuk berdiri tadi, diganti oleh seorang perempuan yang
memakai serban putih. Perempuan itu mengamit saya, menyuruh saya
menghampirinya.

Kali ini, saya sudah dapat memutuskan bahawa apa yang saya lihat itu
bukannya manusia. Tetapi, syaitan yang menyerupai manusia. Saya terus
membaca ayat al-kursi. Sampai tamat ayat itu saya baca, perempuan yang
memakai serba putih masih juga tersenyum. Kerana takut yang terlalu kuat
menguasai diri, saya terus berlari dengan sekuat hati. Benih durian saya
campakkan.

Sampai di rumah saya lihat nenek dan datuk berada di muka pintu menanti
kepulangan saya. Mereka tidak bertanya bila melihat muka saya pucat. Datuk
menyuruh saya mandi. Baju yang saya pakai dilarangnya untuk dibawa
masuk ke rumah. Saya tidak bertanya kenapa datuk dan nenek melarang
saya membawa masuk baju ke rumah.

Apa yang saya alami sebentar tadi, tidak saya nyatakan pada datuk. Saya
kira, peristiwa itu adalah kecil dan tidak wajar di beritahu pada mereka.
Mungkin apa yang saya lihat itu memang betul, mungkin tidak. Sebabnya,
bila seseorang itu sudah dikuasai rasa takut, tunggul pun disangka hantu.

Selepas makan malam, apa yang saya alami bersama Haji Salim di Temoh
itu, saya ceritakan pada datuk. Aneh, saya tidak nampak datuk merasa
terkejut dengan apa yang telah saya alami itu.

602
“Kerana itu, aku suruh kau ikut dia. Kau harus sedar Tamar, orang yang
berilmu tidak pernah mahu menunjukkan ilmunya pada sebarang orang dan
sebarang tempat.”

“Untuk apa ilmu itu, kalau tidak ditunjukkan pada orang tuk?”

“Ilmu bukan untuk ditunjuk pada sesiapa, ilmu untuk menolong orang dan
untuk kegunaan sendiri.”

“Saya faham.”

Datuk tersenyum mendengar cakap saya itu. Bagaikan faham, bila saya
berkata begitu, ertinya saya tidak mahu mendengar ceramahnya.

“Bila aku mahu menerangkan sesuatu, kau cuba melarikan diri dari
mendengarnya,” rungut datuk.

Saya terus bangun masuk ke bilik. Saya menatap majalah hiburan sambil
berbaring di atas katil. Saya terdengar suara datuk membaca Yasin dengan
lantangnya. Makin lama makin sayup terdengar suara datuk. Dan akhirnya
saya tidak terdaya untuk menahan sepasang kelopak mata saya dari
bercantum.

KUBUR

Saya merasa pelik, bila Haji Salim sembahyang Maghrib di rumah datuk.
Lepas sembahyang Maghrib mereka membaca Quran. Bagi nenek perkara itu
merupakan sesuatu yang ganjil.

“Ada apa rancangan. Haji Salim dengan datuk kamu?” tanya nenek.

“Petang ni, petang apa nek?”

“Petang Jumaat dan malam ni malam Jumaat.”

“Nek tahu datuk dan Haji Salim nak pergi ke kubur lama tengah malam ini.”

“Kubur lama? Nak buat apa?”

“Itu kenalah tanya datuk.”

Nenek terdiam. Matanya, tajam merenung muka saya. Saya pasti, nenek
tidak akan bertanya pada datuk berhubung dengan hal tersebut. Bukan
perangai nenek mahu mengambil tahu tentang gerak-geri seorang suami.

“Untuk apa datuk dan Haji Salim pergi ke situ Tamar,” begitu lembut suara
nenek.

Renungan matanya, cukup redup meraut seluruh paras saya.

603
“Dia orang nak tengok, kerana orang puja kubur lama.”

“Nak tangkap orang tu ke?”

“Entahlah, saya pun tak tahu.”

“Bagus juga tu, menghalangkan orang membuat maksiat,” balas nenek.

Ia terus bangun menuju ke dapur. Tentu nenek membuat air kopi untuk Haji
Salim dan datuk. Lebih kurang pukul dua belas malam. Datuk dan Haji Salim
berhenti membaca Quran. Datuk terus menepuk bahu saya dengan kasar.

“Orang baca Quran tak ikut sama, tersengguk-sengguk, macam burung


hantu,” kata datuk. Haji Salim ketawa sambil menghirup air kopi.

Saya lihat ada enam cawan kosong di situ. Ini bererti datuk dan Haji Salim
terpaksa berhenti dari membaca Quran sebanyak enam kali, kerana minum
kopi.

“Haji Salim ni mengikut petua datuk. Biasanya datuk kalau minum kopi ia
tidak akan menggunakan cawan yang sama. Ia akan menukarkan cawan
setiap kali menuang air kopi yang baru.”

Cara itu datuk lakukan, bila ia mahu melaksanakan sesuatu tugas yang
dianggapnya terlalu berat dan sukar.

“Sudah sampai masanya untuk kita berangkat,” datuk renung muka Haji
Salim. Perlahan-lahan Haji Salim anggukkan kepala tanda setuju.

Datuk terus sarungkan baju hitam serta seluar hitam ke tubuh. Kepalanya
dililitkan dengan kain kuning sebesar dua jari.

Haji Salim tidak menukarkan pakaiannya. Ia memakai seluar Melayu berkaki


besar. Bajunya dari kain batik Jawa yang terpamer lukisan wayang kulit.
Songkok putihnya terletak kemas di kepala. Golok pendek terselit di
pinggang.

“Kalau kau nak ikut Tamar, mari,” suara datuk merendah.

Kain pelikat saya gantikan dengan seluar kuning. Baju T merah saya tukarkan
dengan baju Melayu cekak musang. Datuk menyelitkan rotan semambu yang
panjangnya kira dua depa ke celah ketiak. Ada tugas baru yang datuk
berikan pada saya. Saya disuruh membawa lampu suluh. Tanpa banyak
cakap kami pun turun dari rumah. Berdiri di halaman rumah sebentar.

“Kita melangkah sekarang,” datuk mengeluarkan arahan.

Kami pun melangkah menuju ke arah kubur lama. Datuk mengarahkan pada
saya, jangan memasang lampu kecuali arahannya sendiri. Memang tidak
selesa berjalan dalam belukar waktu tanpa menggunakan lampu. Dua tiga

604
kali saya tersepakkan tunggul dan akar kayu. Saya tidak berani membuat
bantahan.

Malam itu, keadaan langit cerah. Gumpalan awan hitam nampak berarak
lembut menuju ke arah barat daya. Saya kira tidak lama lagi hujan pasti
turun. Hal itu saya bisikkan pada Haji Salim.

“Mengikut pengalaman aku yang sudah-sudah, hujan akan turun menjelang


subuh,” balas Haji Salim perlahan-lahan. Datuk terus meredah hutan.

Sesekali kelihatan cahaya kilat menangkap di kaki langit. Deru angin malam
terus juga menampar-nampar gegendang telinga. Terdengar ngiau kucing
jantan mencari kucing betina. Suara jampuk dan burung hantu terdengar
sayup-sayup. Begitu juga dengan suara anjing menyalak sesuatu di malam
yang dingin. Angin malam yang menyentuh kulit muka dan leher membuat
saya terasa seram.

Selalunya, kalau berjalan malam saya terasa takut. Tetapi malam itu rasa
takut itu tidak terjadi dalam diri saya. Apa yang ada ialah rasa berani dan
tabah. Cara kebetulan pula saya berjalan di tengah. Di depan saya datuk, di
belakang saya Haji Salim.

Haji Salim terus menyuluh ke arah pangkal pokok yang bergoyang dalam
suluhan lampu picit. Serentak dengan itu terdengar suara ngauman yang
memanjang. Belum pun sempat datuk bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan, satu lembaga menerpa ke arah datuk bersama ngauman yang
cukup kuat. Datuk rebah ke bumi.

“Rimau Kumbang Haji,” pekik datuk.

Haji Salim mendekati datuk. Dengan tangkas, ia menendang badan harimau


yang mahu menggigit lengan datuk. Dengan sekali tendang sahaja harimau
itu terpelanting dan terus hilang. Kesannya tidak dapat dicari.

“Bangun,” kata Haji Salim.

“Ke mana dia pergi.”

“Biarkan dia.”

“Pelik,” rungut datuk sambil bangun.

Perjalanan diteruskan lagi. Kami bertiga menyeberangi anak sungai. Airnya


terasa cukup sejuk sekali. Haji Salim menyuruh saya melangkah perlahan-
lahan. Ia tidak mahu air sungai yang diranduk itu mengeluarkan bunyi. Langit
sudah kelihatan tidak cerah lagi. Di mana-mana kelihatan awan hitam
bertompok-tompok.

Angin terus bertiup agak kencang dari tadi. Dahan-dahan mati terus jatuh,
bunyinya macam orang berlari. Semuanya datuk dan Haji Salim buat tidak

605
kisah. Kami sampai ke tebing dan terus memanjatnya. Dari situ kami mula
tercium bau kemenyan yang cukup hebat dibawa angin.

“Jalan perlahan ke arah kubur lama,” perintah Haji Salim.

“Ya,” jawab datuk pendek.

Lebih kurang satu rantai mahu sampai ke kubur lama, kami melihat cahaya
api di atas kubur. Kami juga terdengar suara orang bercakap yang disertai
dengan suara tahlil.

Datuk menyuruh saya dan Haji Salim merangkak seperti dirinya. Kami pun
merangkak menuju ke arah kubur lama. Lebih kurang dua kaki mahu sampai
ke kawasan kubur lama, datuk menyuruh saya dan Haji Salim duduk sambil
merenung ke arah kubur lama.

Dengan pertolongan cahaya api dari pinggir kubur itu, saya dapat melihat
dengan jelasnya kira-kira sepuluh orang sedang mengelilingi kubur yang
berbatu nisan tinggi dan besar. Mereka semuanya memakai kain hitam dan
kepala mereka juga bertudung dengan kain hitam. Di bahagian kepala nisan
terdapat tempat perasap dengan bara yang merah menyala.

Ada orang yang melemparkan kemenyan ke dalam tempat bara. Saya tidak
dapat mempastikan dengan tepat, apakah orang yang duduk sebelah kanan
atau sebelah kiri yang melemparkan kemenyan ke dalam tempat bara itu.
Ada orang yang ditugaskan untuk menjaga api di pinggir kubur. Orang itu
memegang kayu panjang untuk menolak tunggul-tunggul kayu ke dalam api.
Dengan itu api tersebut terus menyala sambil mengeluarkan bunga-bunga
api yang halus terbang ke atas.

Salah seorang daripada mereka terus bangun, menatang seorang kanak-


kanak kecil. Kanak-kanak itu didekatkan pada api tersebut. Tiba-tiba kanak-
kanak itu menangis.

“Pulangkan pada aku, dia anakku,” terdengar suara perempuan.

“Aku boleh pulangkan, tetapi….,” suara orang yang menatang kanak-kanak


itu adalah orang lelaki.

“Tapi apa?” tanya orang perempuan.

“Biar aku potong lehernya.”

“Untuk apa?”

“Ini janji kita dulu.”

“Nanti ibunya marah, aku cuma menjaganya saja.”

“Jadi, ini bukan anak kamu, kamu curi dari ibunya.”

606
“Ya.”

“Dia hak aku,” suara orang lelaki itu meninggi.

64. Orang Berjubah Hitam

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Suara di sekitar kubur lama kembali sepi. Tidak ada terdengar suara orang
perempuan dan suara kanak-kanak menangis. Lelaki yang menatang kanak-
kanak itu meletakkan kanak-kanak itu atas kubur. Kanak-kanak itu kembali
menangis dan terus diam bila lelaki itu menyumbat susu ke dalam mulutnya.

“Aku yakin kanak-kanak itu, bukan kanak-kanak betul,” beritahu datuk pada
Haji Salim.

“Tapi, macam mana ia boleh menangis tuk,” tanya saya.

“Itu bukan suara kanak-kanak tu Tamar.”

“Habis suara siapa tuk?”

“Suara itu datang dari dalam kubur.”

Saya terus diam. Dengan serta merta bulu tengkuk saya mula meremang.
Tetapi mata saya terus tertumpu ke arah kubur lama. Saya lihat lelaki itu
mengeluarkan pisau lalu menikam kanak-kanak tersebut. Suara jeritan
kanak-kanak itu melalak. Saya lihat darah dari perut kanak-kanak itu mercik.
Membasahi pergelangan tangan lelaki yang menikamnya.

Suara ketawa dari orang yang mengelilingi kubur lama itu mula terdengar.
Bila suara ketawa itu berakhir, terdengar suara orang perempuan mengilai
bersahut-sahutan dari angkasa. Orang-orang yang mengelilingi kubur lama
bertepuk tangan menyambut hilai ketawa dari udara.

Lebih kurang lima minit suara ketawa dan mengilai itu berbalas-balas. Lepas
itu suasana di situ terasa sepi. Orang lelaki yang menikam kanak-kanak itu
terus berdiri. Ia mendepangkan kedua belah tangannya. Kain hitam yang
dipakainya mengembang lebar macam sayap kelawar.

“Hai ratu, raja dahulu. Aku tahu kuburmu kubur Seri Banian, waris terdekat
dari Selendang Delima. Khabarkan pada kami di mana harta keturunan kamu
disimpan,” suara lelaki itu meninggi.

Tidak ada jawapan yang terdengar. Lelaki itu mengulangi perkataan itu untuk
kali yang kedua. Tiada jawapan yang diterima. Lelaki berjubah hitam itu
berjalan atas kubur. Suara lolongan anjing terdengar sayup-sayup. Burung
hantu terus menyanyi dengan semahu-mahunya. Angin bertiup dengan

607
kencang. Pokok-pokok di belakang kami bergegar macam ada orang yang
menggoyangkannya. Ada lembaga besar dan tinggi melintas di depan kami.

“Jangan tegur apa yang kamu lihat,” datuk memberi pesan.

Saya dan Haji Salim anggukkan kepala. Lelaki yang berdiri di atas kubur
berhenti berjalan. Berdiri di depan seorang lelaki yang berpakaian
macamnya. Lelaki itu melompat dan melutut di depannya.

“Semua harta itu ada di dalam kubur kami. Kamu tidak boleh mengambilnya
kalau tidak memenuhi syarat,” orang berlutut bersuara.

“Apa syaratnya?”

“Kami mahu lidah dara sunti, bukannya kanak-kanak, syarat kedua kami
mahu mengacau penduduk di sini dan syarat ketiga kamu semua harus
datang ke sini pada setiap tengah malam Jumaat,” selesai sahaja orang itu
berkata-kata ia terus rebah. Tidak ada orang yang mahu menolong
membangunkannya.

Orang yang mengelilingi kubur lama terus ketawa. Mereka bertepuk bila
melihat orang yang rebah bangun dan terus duduk bersimpuh di depan lelaki
yang berdiri.

“Syarat dari siapa?” tanya lelaki yang berdiri.

“Syarat dari aku, raja terawal yang memerintah negeri ini. Berasal dari
utara,” suara perempuan yang halus dan lunak. Ia membuka kain hitam yang
menutup kepalanya.

Dengan pertolongan cahaya api, wajahnya mudah dilihat. Orangnya berkulit


putih berambut panjang separas bahu. Orang lain yang mengelilingi kubur
terus bertepuk tangan, macam orang tidak sedarkan diri.

Datuk terus mengarah saya dan Haji Salim supaya rapat ke kubur. Kami terus
merangkak dengan perlahan-lahan. Berhenti merangkak bila berada di
belakang orang-orang yang mengelilingi kubur lama itu.

Malam yang kian jauh memburu pagi itu, terasa amat dingin sekali. Pokok
kecil yang tumbuh sekitar kawasan itu nampak bergoyang disentuh angin.
Cengkerik dan katak puru terus melompat tetapi, nyamuk tidak ada yang
datang menyerang kami. Mungkin nyamuk takut dengan sinaran api yang
marak itu.

“Bukan orang sini,” bisik datuk pada Haji Salim.

“Aku rasa pun begitu,” jawab Haji Salim sambil merapatkan dadanya ke
tanah.

608
Saya menggaru cuping telinga. Saya terasa terlalu sukar untuk bernafas
dalam keadaan meniarap. Bau tanah menyucuk lubang hidung. Kalau ada
semut yang merayap di pipi, tak boleh ditampar. Semut itu harus ditangkap
dan diletakkan atas daun-daun kering.

“Apa yang mereka buat tuk?” tanya saya pada datuk.

“Memuja kubur.”

“Tujuannya untuk apa tuk.”

“Ada bermacam-macam, mungkin mereka mahu mencari harta karun


mungkin mereka mahu mengamalkan ilmu salah.”

“Apa yang harus kita buat tuk?”

“Menghalau mereka dari sini, mereka tak boleh dibiarkan begitu, nanti kita
yang susah. Syaitan yang dipuja tu akan ganggu kita semua.”

Saya terdiam. Tidak ada pertanyaan yang mahu saya kemukakan pada
datuk. Biji mata saya arahkan pada dua orang yang berada di tengah kubur.
Saya lihat orang yang duduk berlutut sudah berdiri. Ia mengeluarkan botol
besar dari dalam kain hitamnya. Botol itu diserahkan pada orang di
depannya.

Bila lelaki itu mendapat botol, tanpa membuang masa botol itu diketuknya
pada batu nisan. Serpihan botol itu diambilnya dan diserahkan pada orang
yang baru bangun dari melutut itu.

“Untuk raja,” katanya.

“Terima kasih, kau pula harus melutut,” orang yang berdiri segera melutut.

Dan orang yang dipanggil sebagai raja itu menutup kembali kepalanya
dengan kain hitam.

“Apa yang aku mahu adalah darah kamu semua,” orang yang dipanggil raja
itu terus bersuara.

Ia menyerahkan kembali serpihan kaca pada orang yang berdiri. Salah


seorang daripada orang yang mengelilingi kubur lama itu bangun. Ia
meletakkan baldi kecil di depan orang yang melutut. Dengan tenang orang
yang melutut itu melukakan lengan tangan kirinya. Ia membiarkan darahnya
menitis dalam baldi. Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh orang-orang
yang mengelilingi kubur lama.

Bila semuanya sudah menitiskan darah dalam baldi. Orang dipanggil raja itu
terus minum darah. Bila selesai berbuat demikian, baldi itu diserahkan pada
orang lain untuk menikmati rasa darah dalam baldi. Bila upacara ganjil itu

609
selesai. Darah yang masih ada dalam baldi dicurahkan pada batu nisan.
Orang-orang yang mengelilingi kubur lama terus bertepuk tangan.

“Makan,” kata orang yang dipanggil raja.

Semua orang yang mengelilingi kubur lama mengeluarkan daun keladi dari
celah ketiak lalu diletakkan di depan. Orang yang dipanggil raja itu
mengeluarkan sesuatu dari dalam kain hitam dan meletakkan atas daun
keladi yang tersusun di depan orang-orang yang mengelilingi kubur lama.

“Makan,” katanya.

Orang-orang yang mengelilingi kubur lama terus membongkok dan


menyuapkan sesuatu dari daun keladi ke mulut. Upacara itu berlangsung
kira-kira lima minit sahaja.

“Apa lagi yang kamu mahu?” tanya orang yang dipanggil raja dan terus
duduk.

Belakangnya disandarkan kepada batu nisan. Matanya menatap wajah-wajah


orang yang mengelilingi kubur lama.

“Ilmu yang bertentangan dengan hukum agama hukum akal, tidak mengenal
belas sesama manusia,” jawab orang-orang yang mengelilingi kubur lama itu
serentak.

“Baik, setiap kamu yang ada di sini harus membawa lidah anak dara sunti,
kemudian bila lidah itu sudah ada di sini, aku tawarkan untuk memperdaya
semua manusia,” cukup tenang orang dipaggil raja itu memberikan jawapan.

Datuk dan Haji Salim terus diserang rasa gelisah. Mereka tahu kalau semua
orang yang mengelilingi kubur lama itu mematuhi permintaan manusia yang
dipanggil raja itu, padahnya akan menimpa gadis-gadis sunti yang tidak
berdosa.

“Ini sudah merbahaya,” rungut datuk.

“Memang merbahaya,” jawab Haji Salim.

Saya hanya menggigit bibir. Pelik juga saya memikirkan, kenapa datuk dan
Haji Salim tidak mahu bertindak dengan segera.

Selain daripada itu, bila mereka merompak waktu malam, tubuh mereka
sukar dilihat dengan mata kasar. Penjelasan datuk itu diakui oleh Haji Salim.

Bila semuanya sudah mengenakan kesah darah di batu nisan ke tubuh,


mereka duduk di tempat asal kembali dan terus bertepuk tangan. Orang
yang pengsan di batu nisan tidak ada siapa yang mahu ambil tahu. Akhirnya
orang itu sedar sendiri. Ia membuka kain hitam yang menutup kepalanya.
Dan wajahnya saya lihat berbeza sekali.

610
Kalau tadi kulitnya putih lembut dengan rambut panjang, kali ini kulit
wajahnya menjadi sawo matang dan keras, rambutnya digunting pendek
macam tentera yang baru selesai menjalani latihan, di pusat latihan tentera
di Port Dickson. Ia melangkah longlai ke tepi kubur lama lalu duduk di situ.
Saya menguap panjang sebanyak dua kali. Rasa mengantuk kian terasa.
Rasa dingin kian hebat menggigit kulit tubuh.

Tanpa diduga, Haji Salim terbatuk dengan kuat. Semua orang yang
mengelilingi kubur segera bangun. Mereka terus membakar andang daun
kelapa. Seluruh kawasan kubur terang benderang. Kain hitam yang
membungkus kepala mereka jatuhkan. Semuanya berambut pendek dengan
wajah yang bengis.

Dalam keadaan yang cemas begitu, datuk terus melompat dan berdiri tidak
jauh dari mereka.

“Maksiat,” pekik datuk. Haji Salim dan saya terus berdiri di kiri dan kanan
datuk.

Pada mulanya kumpulan berjubah hitam itu mahu menentang kedatangan


kami. Tetapi, bila mereka melihat Haji Salim melambaikan tangan ke arah
hutan tebal, seolah-olah memanggil orang lain keluar dari hutan tebal,
membuat kumpulan itu berpandangan sama sendiri.

“Apa yang kamu buat di sini,” tanya datuk. Tiadak ada jawapan yang
diterima. Semua anggota kumpulan itu melangkah setapak ke belakang.

“Tinggalkan,” saya terdengar suara dari sebelah kanan.

Serentak dengan itu anggota kumpulan tersebut terus menghilangkan diri.


Meredah pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.

Haji Salim terus mengejar mereka dengan harapan salah seorang daripada
mereka dapat ditangkap. Usaha Haji Salim itu gagal. Kumpulan berjubah
hitam itu cukup cekap berlari dalam gelap. Apa yang mereka bawa seperti
tempat perasap, daun kelai, baldi dan botol semuanya sempat disambat
untuk dibawa lari bersama.

Haji Salim kembali mendapatkan saya dan datuk yang berdiri di atas kubur.
Haji Salim tercungap-cungap. Dengan pertolongan cahaya api, saya dapat
melihat peluh menitik dari muka ke atas bajunya.

“Penat,” Haji Salim merungut.

“Sepatutnya, jangan dikejar tadi,” balas datuk.

“Itulah silap saya, sekarang apa yang harus kita buat. Kalau kumpulan itu
mengamuk, susah kita dibuatnya.”

611
“Bertenang, masih ada masa untuk kita berusaha.”

“Caranya?”

“Nanti kita fikirkan.”

Datuk terus menepuk bahu Haji Salim. Tanpa banyak cakap kami pun
meninggalkan kawasan tanah kubur lama itu. Seperti yang diduga, ketika
kami menyeberang sungai mahu pulang ke rumah, hujan turun dengan
lebatnya. Titik-titik hujan yang kasar itu disertai dengan kilat dan bunyi
guruh.

Seluruh pakaian kami habis basah kuyup. Saya menggeletar dan dua kali
buang air kecil. Berjalan dalam hujan waktu malam memang menyeksakan.
Sama ada suka atau tidak saya mesti menjalaninya dengan perasaan yang
sabar.

“Singgah dulu, kita sembahyang Subuh bersama,” kata Haji Salim bila
sampai ke kawasan rumahnya.

“Tak payahlah, rumah kita pun tak jauh lagi,” datuk menolak permintaan Haji
Salim dengan tenang.

Haji Salim menuju ke rumahnya. Saya dan datuk meneruskan perjalanan.

Hari masih gelap, hujan terus gugur bersama kilat dan bunyi guruh sambung-
menyambung. Memang dalam suasana demikian memang seronok tidur, fikir
saya. Entah apa yang datuk fikirkan ketika berjalan dalam hujan itu, saya
sendiri pun tidak tahu. Saya dan datuk pun sampai di rumah.

“Pergi mandi tukar baju basah tu,” perintah datuk.

“Baik tuk,” saya pun masuk ke bilik air. Datuk terus menuju ke perigi. Baru
dua gayung air menjirus badan, saya terdengar pintu bilik air diketuk orang
bertalu-talu.

“Siapa tu?”

“Aku.”

“Aku tu siapa?”

“Nenek kaulah, kenapa kau mandi di rumah Tamar. Kenapa tak mandi di
telaga.”

“Tuk yang suruh nek.”

“Cucu dengan datuk sama saja. Adakah patut suruh cucu mandi di rumah,”
rungut nenek. Saya tersenyum sendirian dalam bilik air.

612
Lepas mandi saya terus ganti pakaian. Tidak lama lagi waktu Subuh akan
tiba. Nenek melarang saya masuk ke bilik tidur. Ia tahu, kalau saya masuk
bilik tidur, sembahyang Subuh pasti tidak saya lakukan.

“Apa yang kau orang dapat di kubur lama Tamar?”

“Itu kena tanya tuk,” saya renung muka nenek. Dalam waktu yang sama
datuk masuk ke rumah. Ia berdiri di depan nenek sebentar.

“Awak nak tahu apa kami dapat di kubur lama?”

“Apa dia?”

“Jumpa orang buat kerja maksiat.”

“Kerja maksiat.”

“Ya.”

Datuk pun masuk ke ruang tengah. Tiba-tiba terdengar suara datuk menjerit.
Saya dan nenek menerpa ke ruang tengah. Saya lihat datuk membongkok
mengambil sesuatu dan mencampakkan ke luar ikut tingkap.

“Apa dia tuk?”

“Daging orang dalam daun keladi, aku campakkan ke tanah.”

“Kenapa tuk tak tanam.”

“Ah, tak usah banyak tanya,” suara datuk keras.

Kerana azan Subuh sudah kedengaran, saya dan datuk meneruskan


sembahyang Subuh. Lepas sembahyang saya ikut datuk bersenam. Hujan
masih lagi turun, tetapi tidak selebat tadi. Pagi itu, datuk tidak mandi embun.

Lebih kurang pukul sembilan pagi, hujan berhenti terus. Matahari kembali
bersinar. Datuk dan saya berehat di anjung rumah. Dari jauh kelihatan
bayang seorang lelaki berbaju putih berseluar hitam datang ke arah kami.
Langkahnya cukup laju. Sampai di halaman ia terus memberi salam. Datuk
membalasnya dengan penuh hormat.

“Silakan naik,” pelawa datuk. Orang itu tidak menjawab. Ia terus mengurut-
urut janggut sejemput di bawah dagu.

Satu hal yang pasti, orang itu tidak berani menentang mata datuk. Setiap kali
datuk merenung matanya ia segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“Rasanya kita pernah berjumpa tapi, di mana saya tak ingat,” datuk bersuara
dengan nada riang.

613
Belum pun selesai datuk berkata-kata. Orang itu memalingkan mukanya ke
kiri dan terus melangkah tanpa mahu menoleh lagi ke rumah datuk.
Akhirnya, hilang dalam sinar matahari yang kian garang. Datuk termenung
sejenak. Dahinya kelihatan berkerut macam mengingati sesuatu. Datuk
menumbuk lantai sambil berkata:

“Aku ingat.”

“Apa yang tuk ingat.”

“Orang itu pernah datang jumpa aku di rumah ni waktu malam, masa itu ia
memakai jubah sambil membilang tasbih,”

“Siapa orangnya tuk?”

“Namanya aku tak tahu, tapi ia pernah memberi amaran pada aku kerana
menolong perempuan yang aku jadikan anak angkat.”

Saya anggukkan kepala. Wajah Sariyah dan ibunya terbayang di ruang mata
saya. Sudah lama mereka tidak datang menemui datuk. Rasa kesal terus
juga bermain di hati saya. Kenapa datuk mesti menerima akibatnya setelah
melakukan sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan.

Saya segera menggigit bibir bawah. Rasa geram terus meluap-luap di dalam
dada. Kalau diturutkan kata hati, mahu rasanya saya membawa kayu dan
memukul batang leher lelaki jahanam itu.

Dalam saya berperang dengan perasaan itu cara mendadak Haji Salim
datang. Ia membawa sebilah keris. Datuk mengajak ia naik. Haji Salim
menolak.

“Ada apa hajat?” tanya datuk.

“Nak mengajak pergi ke kubur lama.”

“Apa pula sebabnya?”

“Hati saya berkata-kata tak puas rasanya kalau tak melihat apa yang
ditinggalkan oleh orang-orang maksiat itu.”

“Kalau begitu, eloklah kita pergi.”

Datuk pun turun. Saya juga ikut turun. Tanpa memberitahu nenek datuk
terus menuju ke kawasan kubur lama. Kerana hujan lebat pada sebelah
malam, kesan air hujan masih terasa di daun kayu dan bumi pun agak
lembap sepanjang perjalanan menuju ke tempat tersebut.

Biasanya, air sungai tidak naik. Tetapi, pagi itu air sungai naik kira-kira dua
kaki. Airnya pula mengalir keruh. Kami terpaksa meranduk air yang keruh itu.
Tidak banyak perkara yang datuk bualkan sepanjang perjalanan itu. Ia asyik

614
membaca sesuatu. Sebabnya saya bernai berkata begitu, sepanjang
perjalanan itu mulut datuk sentiasa bergerak-gerak sahaja.

Setelah melawan arus sungai, kami pun sampai ke seberang dan terus
memanjat tebing. Dari situ bergerak menuju ke kubur lama. Apa yang saya
lihat di situ ialah puntung-puntung kayu dan abu yang lembap. Kesan darah
di batu nisan sudah tidak kelihatan lagi. Semuanya hilang kena air hujan.

Datuk dan Haji Salim terus memeriksa seluruh kawasan kubur lama. Mereka
terjumpa dengan serpihan tembikar tempat perasap serta beberapa ketul
kemenyan yang bertaburan. Haji Salim mengambil ketul kemenyan itu.
Ditelitinya sebentar, kemudian dicampakkan dalam semak.

“Kita balik saja,” saya terdengar suara datuk.

“Ya, tak ada guna membuang masa di sini,” sahut Haji Salim.

Kami pun melangkah meninggalkan kawasan kubur lama. Bila sampai dekat
sungai kami terdengar suara orang perempuan memanggil nama Haji Salim
dan datuk bertalu-talu. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan
panggilan itu.

“Jangan dijawab,” datuk mengingatkan saya.

“Kenapa tuk.”

“Itu suara syaitan.”

“Suara syaitan,” ulang saya sambil meraba pangkal tengkuk.

GANGGU PENDUDUK

Sudah seminggu lebih penduduk kampung Mandi Upih didakap keresahan.


Setiap senja dan Subuh rumah mereka didatangi orang-orang berjubah hitam
yang tidak dikenali.

Orang-orang yang berjubah hitam itu mengetuk pintu, terutama waktu


sembahyang Maghrib. Kalau pintu tidak dibuka ketukannya terus berlanjutan.
Kalau dibiarkan papan pintu akan pecah. Bila dibuka, orang yang membuka
hanya melihat belakang manusia berjubah hitam dalam tempoh beberapa
saat sahaja. Kemudian orang berjubah hitam itu terus hilang.

Kalau yang membuka pintu itu orang lelaki. Ia tidak melihat manusia
berjubah hitam tetapi, ia akan melihat wanita cantik memakai pakaian serba
kuning dengan wajah yang menawan. Kalau direnung lama-lama, wajah yang
menawan itu akan bertukar menjadi hodoh. Gigi yang putih menjadi merah ,
macam darah. Kiri kanan gigi akan tumbuh siung. Hidung yang mancung jadi
berlubang dengan beberapa ekor ulat, begitu juga dengan biji mata. Sebelum
menghilangkan diri perempuan itu akan ketawa. Dari mulutnya akan keluar
bau yang amat busuk. Tidak ubah macam bau bangkai.

615
Malang bagi orang luar atau saudara mara yang datang ke rumah saudara
mara di kampung itu waktu Maghrib. Mereka terpaksa membaca ayat fatihah
dan ayat ‘Qulhuallah’ serta dua kalimah syahadat dengan lantang. Bila
pembacaan itu betul dan lancar, baru saudara atau adik-adik membuka pintu
dan mempersilakan masuk. Kalau tidak boleh membaca anak sendiri pun
tidak akan dibuka pintu. Mereka berbuat demikian, kerana mematuhi nasihat
dari Haji Salim.

Akibat dari undang-undang yang tidak bertulis, kanak-kanak yang belum ke


sekolah sudah lancar membaca ayat-ayat tersebut. Kesannya memang baik.
Sejak undang-undang itu dilancarkan, orang-orang jubah hitam mula
berkurangan mengacau para penduduk di situ waktu Maghrib.

Meskipun kegiatan kumpulan jubah hitam itu berkurangan. Tetapi, datuk


tidak puas hati. Ia mahu menghancurkan dan melenyapkan kumpulan itu dari
mengacau para penduduk. Jadi, tidaklah menghairankan kalau ada setiap
masa datuk berusaha dengan pelbagai cara untuk menghancurkan kumpulan
itu.

Hari itu, seorang lelaki mengunjungi rumah datuk. Tetamu yang jadi kenalan
baik Haji Salim itu dipersilakan masuk ke rumah. Ia ditemani oleh Haji Salim.

“Apa hajatnya,” soal datuk.

Teman Haji Salim yang berasal dari Kampung Matang Aceh itu tunduk
merenung lantai. Kemudian ia mengangkat mukanya perlahan-lahan
merenung muka datuk dan Haji Salim.

“Silakan,” gesa Haji Salim.

“Saya disuruh oleh Ketua Kampung Matang Aceh menemui awak.”

“Sebabnya.”

“Ada anak dara sunti di kampung mati dicekik orang waktu senja dan
lidahnya dipotong,” kata teman Haji Salim.

“Dah repot pada polis.”

“Sudah.”

“Bila perkara itu terjadi.”

“Dua hari yang lalu.”

“Jumpa saya nak buat apa?”

“Minta ikhtiar supaya perkara macam itu jangan berulang lagi.”

616
Datuk menarik nafas panjang. Datuk renung muka Haji Salim. Mereka
berbalas senyum, macam ada sesuatu rahsia besar yang tersembunyi dalam
pancaran senyuman mereka.

“Baliklah, jaga kampung,” nasihat datuk.

Teman Haji Salim minta diri dan pulang. Haji Salim cuma menghantarnya
hingga ke kaki tangga sahaja. Kemudian ia naik ke rumah datuk kembali.
Datuk di anjung.

“Saya yakin, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang kita lihat di kubur
lama,” Haji Salim meluahkan perasaannya. Datuk anggukkan kepala. Lama
juga datuk dan Haji Salim bertukar-tukar fikiran dan pendapat.

Akhirnya, mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke surau untuk


menunaikan sembahyang Asar. Lepas sembahyang Asar, datuk tidak pulang
ke rumah. Ia singgah di rumah Haji Salim. Haji Salim membawa datuk
melawat ke bahagian tempat ia menempah keris.

Datuk terkejut besar, bila ia melihat beberapa bilah lembing yang di


bahagian hujung matanya terlekat buah limau nipis manakala ulu lembing
dilumur dengan tanah liat yang berwarna kuning.

“Buat apa ni Haji?”

“Ini caranya membunuh orang yang tidak makan besi tajam.”

“Kenapa kita mesti membunuh, kalau kumpulan jubah hitam itu berniat
jahat, jawabnya mata lembinglah.”

Datuk ketawa mendengar cakap Haji Salim. Sebenarnya, ia juga ada petua
tersendiri bagi mengalahkan orang yang tidak mampan oleh peluru dan
senjata tajam. Petua yang diamalkan itu mesti diiringi dengan pembacaan
ayat-ayat suci. Hal itu tidak pula dinyatakan oleh datuk pada Haji Salim.

“Aku yakin, orang-orang itu tak payah dicari, mereka akan datang mencari
kita. Aku rasa orang itu ada dekat kita.,” ujar datuk lagi. Haji Salim renung
kiri kanan, macam mencari sesuatu. Ia tidak nampak ada manusia di situ,
selain diri saya, datuk dan dirinya.

“Awak bergurau.”

“Tidak, saya yakin orang itu ada di sini,” selesai sahaja datuk bercakap, ulu
lembing yang tersusun itu terangkat sendiri macam ada orang yang
mengangkatnya.

Ulu lembing itu tersusun kembali seperti asal, ketika itu juga Haji Salim
terlihat bayang-bayang manusia melintas di depannya.

“Awak menggunakan pancaindera yang keenam,” kata Haji Salim.

617
“Tidak, saya menggunakan gerak rasa dan hati. Sejak masuk tadi saya terasa
ada orang bersembunyi di sini, tapi sukat untuk dilihat,” jelas datuk.

Haji Salim tersenyum lalu menepuk pangkal lengan kanan datuk.

“Kebolehan yang ada pada awak dan pada saya kita satukan untuk
menentang perkara jahat.”

65. Darah Dalam Mulut Gadis

** Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto

Haji Salim menggigit bibir. Matanya merenung wajah saya dan datuk
sebentar. Ia menarik nafas panjang sambil menepuk pangkal lengan datuk.

“Bagaimana kalau kebolehan yang ada pada awak dan saya disatukan untuk
menentang perkara jahat.”

“Saya juga terfikir ke arah itu tapi…,” datuk tidak meneruskan kata-katanya.
Saya lihat datuk kerutkan kening macam ada sesuatu masalah besar yang
bermain dalam kepala.

“Apa masalah yang awak fikirkan?” mendadak Haji Salim mengajukan


pertanyaan.

“Dari mana harus kita mulakan kerja ni, inilah yang saya fikirkan.”

“Mudah saja.”

“Mudah macam mana?”…

“Kita tahu, ada orang yang memuja syaitan dan syaitan yang dipuja tu mula
bergerak dan kita harus menentangnya.”

“Banyak persediaan yang mesti kita adakan Haji.”

“Kita adakan,” tingkah Haji Salim tenang.

Datuk meraba pangkal leher berkali-kali. Sinar matahari petang yang lembut
masuk ke ruang tempat kami duduk melalui jendela yang terbuka. Haji Salim
terus memicit ibu jari kanan perlahan-lahan.

Datuk bangun dan berdiri di muka jendela, melihat beberapa ekor burung
gagak yang terbang rendah sambil berbunyi. Haji Salim juga bangun
mengambil sebilah keris. Mata keris itu dilurutnya dengan limau nipis. Air
limau menitis atas kain pelekat yang dipakai.

618
“Aduh,” jerit saya sekuat hati.

Cara tiba-tiba saya terasa batang leher ditekan oleh sepasang tangan yang
kasar dan berbulu tebal. Makin kuat saya bergerak, makin kejap tangan
berbulu itu menekan leher membuat saya susah bernafas.

Datuk dan Haji Salim segera menghampiri saya. Aneh, bila mereka berada
dekat saya, tangan kasar yang berbulu, melepaskan leher saya. Semua yang
berada di ruang itu bergerak dengan sendiri. Lembing yang tersusun di atas
tempatnya bergerak lagi, macam dilanggar sesuatu.

“Benda sial tu, masih ada lagi di sini,” nada suara datuk meninggi. Matanya,
merenung ke setiap penjuru ruang. Haji Salim terus menghampiri saya,
melihat bahagian tengkuk saya yang disentuh oleh tangan ghaib.

“Leher cucu kamu lebam dan bercalar,” Haji Salim memberitahu datuk
dengan wajah yang sedikit cemas.

“Tak apa, benda tu mencabar kita,” balas datuk.

“Kalau selalu dicabar, padahnya kita yang menanggung,” rungut Haji Salim
penuh kesal.

Haji Salim terus mengurut tengkuk saya. Rasa sakit dan sengal terus
berkurangan. Saya dapat menggerakkan leher saya ke kiri dan ke kanan
dengan aman. Rasa pedih dari kesan tercalar itu masih dapat saya rasakan.
Datuk dan Haji Salim kembali di tempat asal.

Benda-benda yang berada di ruang tersebut terus bergerak. Datuk dan Haji
Salim tidak ambil kisah dengan semuanya itu, seolah-olah tidak ada apa yang
berlaku di situ. Mereka terus merancang untuk melakukan sesuatu.

“Huuuupppp…,” jerit Haji Salim sambil melompat. Seekor belalang kunyit


yang besar hinggap di pangkal lengan Haji Salim. Mata belalang itu kelihatan
bersinar-sinar merenung ke arah datuk dan saya.

Haji Salim cuba menangkap belalang tersebut. Usahanya tidak berjaya,


setiap kali ia cuba mengangkat tangan, belalang itu terbang ke tempat lain.
Bila Haji Salim diam, belalang itu datang padanya. Hinggap di mana suka.
Ada masanya di pangkal hidung, di telinga atau di kening. Tindak tanduk
belalang kunyit itu memang tidak menyenangkan Haji Salim. Ia jadi marah.

“Belalang sial,” jerit Haji Salim bila belalang kunyit itu hinggap di cuping
telinganya untuk kali yang kelima. Ia bangun dan terus mengambil batang
penyapu.

Belalang itu terbang ke arah dinding dan hinggap di situ. Haji Salim angkat
penyapu dan hayun ke dinding. Belum pun sempat penyapu menjamah
dinding, belalang itu terus terbang dan hinggap di batang hidungnya. Marah

619
Haji Salim kian menjadi-jadi, mukanya kelihatan kemerah-merahan, sinar
matanya nampak garang sekali.

“Sudah, jangan dilawan nanti awak penat sendiri,” kata datuk.

“Sial betul.”

“Ada cara menghalaunya, ambilkan saya sebiji cili kering, sebiji bawang
besar dan limau nipis,” kata datuk dengan tenang.

“Nak buat apa?”

“Saya nak menumis sambal belalang kunyit?”

“Ah…,” Haji Salim terkejut. Wajah datuk direnungnya tepat. Ia mahu


mempastikan apakah datuk bercakap benar atau sekadar untuk bergurau
senda.

“Kau bergurau dalam masa orang cemas begini?”

“Tidak,” datuk bangun menuju ke ruang dapur. Tiba-tiba belalang yang


terbang ke sana ke mari dalam ruang, terus menghilang tanpa dapat
dikesan.

“Dah hilang,” kata saya. Langkah datuk terus mati. Haji Salim letakkan
penyapu atas pelantar. Kami merenung ke setiap sudut tidak bergerak lagi.
Suasana terasa sepi sekali.

“Aku harap dia keluar terus dari sini,” keluh datuk lalu melangkah dan berdiri
di muka jendela. Melihat langit petang yang cerah, beberapa ekor burung
gagak kelihatan terbang dengan bebas sambil berbunyi.

“Biar kami balik dulu,” kata datuk. Saya pun segera bangun mengikut
langkah datuk menuju ke muka pintu.

“Boleh saya gunakan petua awak untuk menghalau belalang tu, kalau-kalau
ia datang lagi,” Haji Salim berlari mendapatkan datuk. Saya lihat datuk
tersenyum.

“Boleh, saya dapat petua tu dari orang tua-tua yang terdahulu. Kata mereka
itulah petua menghalau hantu syaitan seperti pelesit dan jembalana,” terang
datuk dengan tenang. Haji Salim anggukkan kepala.

PULANG

Saya dan datuk meninggalkan rumah Haji Salim. Matahari terus beransur
condong. Burung-burung gagak berkeliaran melompat dari dahan ke dahan
sambil berbunyi dalam nada suara yang nyaring. Lebih kurang dua puluh
langkah kaki melangkah, saya menoleh ke arah rumah Haji Salim. Saya lihat

620
Haji Salim masih tercegat di muka pintu, melambai-lambaikan tangan ke
arah saya dan datuk.

“Ada masanya petua orang tua-tua tu boleh dipakai, kau sendiri tengok.
Lepas aku cakap begitu belalang tu terus ghaib entah ke mana,” beritahu
datuk kepada saya. Macam selalu, bila datuk berkata demikian, saya cuma
anggukkan kepala sahaja.

Kira-kira sepuluh minit perjalanan, akhirnya saya dan datuk sampai ke


rumah. Saya terus menuju ke bilik dapur. Saya lihat nenek sedang duduk
memilih antah beras. Tanpa membuang masa, saya terus duduk di sisi nenek
dan terus membantunya memilih antah beras.

Saya mampu bertahan di sisi nenek cuma kira-kira lima minit sahaja. Memilih
antah beras memang membosankan dan tidak layak untuk dikerjakan oleh
orang lelaki. Saya terus bangun untuk pergi ke ruang anjung rumah. Baru
mahu melangkah nenek terus bersuara.

“Kau dan datuk singgah di mana? Hingga lambat balik. Air kopi yang
disediakan semuanya sudah sejuk.”

“Singgah rumah Haji Salim,” sahut datuk dari atas.

Saya senyum memandang ke arah nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Saya
terus masuk ruang anjung. Tukar baju dan seluar.Saya ambil gasing dan tali
di bawah meja. Kemudian melompat ke halaman rumah. Hasrat hati saya
mahu pergi mencari kawan untuk diajak main gasing.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Kau mahu main gasing dengan kawan-kawan.”

“Ya tuk.”

“Jangan main lama-lama, dekat Maghrib mesti balik. Aku tak mahu kau
merayau ke mana-mana. Keadaan tidak begitu aman.”

“Saya pergi main kejap aje tuk.”

“Pergilah.”

“Baik tuk,” saya terus melompat keriangan. Kemudian terus berlari menuju
ke rumah beberapa orang kawan. Menjelang waktu Maghrib baru saya
pulang. Tetapi kepulangan saya, tidak segembira waktu saya pergi tadi.

Gasing kesayangan saya terbelah dua dipangkah oleh kawan. Mahu


menangis rasanya, melihat gasing yang dibuat dari batang limau terkopak
dua dan pakunya tercabut lalu hilang.

621
“Esok aku buat yang baru,” kata saya menghiburkan hati.

MENETAP

Sudah dua hari Haji Salim tidak datang ke rumah. Sudah dua hari orang-
orang kampung terhindar dari gangguan perkara-perkara yang ganjil.
Semuanya berada dalam keadaan aman.

Selama dua hari juga, datuk tidak membincangkan perkara kubur lama di
hujung kampung dengan nenek atau saya. Datuk lebih banyak membisu dan
membuat amalan pada waktu malam. Pada sebelah siangnya, datuk banyak
menghabiskan dengan membuat lukah atau memburu ayam hutan.

Berdasarkan pada tindak tanduknya itu, saya menganggap datuk dan Haji
Salim telah berjaya membanteras perbuatan terkutuk itu dengan cara
kebatinan. Kalaulah anggapan saya itu benar, saya memang gembira.

Dua minggu kemudian, kira-kira pukul sepuluh malam, Haji Salim datang ke
rumah datuk dengan membawa sundang. Datuk yang sedang membaca
surah Yasin terkejut dengan kedatangan Haji Salim.

“Bukankah sudah saya pesan, kita tak boleh berpandangan muka, bertegur
selama tiga minggu. Apa awak sudah lupa. Kalau macam ini awak, usaha kita
akan jadi sia-sia, kita buat perkara bodoh,” suara datuk keras. Pertama kali
saya lihat datuk bersikap kasar terhadap Haji Salim.

Datuk berdiri di muka pintu tanpa mahu menjemput Haji Salim naik ke
anjung. Andang daun kelapa yang dibawah oleh Haji Salim menerangi
sebahagian daripada halaman rumah. Cahaya andang itu juga menjalar
hingga ke ruang anjung.

“Maafkan saya, saya ada masalah besar,” tambah Haji Salim yang memakai
kain pelekat petak besar, berbaju putih tebal yang sudah bertukar warna
menjadi agak kekuning-kuningan, bersongkok putih yang tepinya sudah
bertahi lalat.

“Apa masalahnya?”

“Cucu saudara saya, hilang.”

“Lelaki ke perempuan.”

“Perempuan, baru anak dara sunti.”

“Haaa…,” datuk mengeluh. Wajahnya mula resah. Kemarahan yang merajai


wajahnya sebentar tadi terus hilang.

“Sudah dicari ke belum?” tanya datuk.

622
“Saya sudah puas mencarinya, bila tak terdaya baru saya jumpa awak. Saya
ingat pesan yang awak buat pada saya dulu, saya terpaksa melanggarnya.
Saya sudah terpaksa.”

“Sudah terpaksa tak apalah,” suara datuk terus lembut.

Datuk terus menjemput Haji Salim naik ke anjung. Jemputan datuk itu segera
ditunaikan. Andang daun kelapa dipadam dan disandarkan pada pangkal
tiang. Tanpa dijemput saya datang ke anjung. Duduk bersimpuh dekat datuk.

“Kita pergi ke kubur lama,” Haji Salim mengemukakan cadangan.

“Jangan terburu-buru, kita cari,” balas datuk.

“Di mana kita nak cari, sudah puas mencarinya. Saya dah putus asa.
Sudahlah cucu saudara saya tu tak ada ayah, ada emak lumpuh pula, entah
apalah nasibnya,” Haji Salim tunduk merenung lantai.

Saya jadi hiba. Badan saya terasa sejuk dijamah angin malam yang
membawa suara katak dan cengkerik bersahut-sahutan. Bunyi burung hantu
di hujung dahan jelas kedengaran.

“Jangan putus asa, mari kita ikhtiar untuk kali terakhir kumpulkan orang-
orang kampung,” datuk renung muka Haji Salim.

“Orang-orang kampung tunggu dekat dewan sementara menanti awak


datang. Saya tahu ini semua kerja orang yang memuja kubur, mereka
dendam dengan saya,” keluh Haji Salim.

“Sudahlah tu, mari kita ke dewan,” datuk terus bangun meninggalkan ruang
anjung.

Haji Salim juga berbuat demikian. Sampai di halaman, Haji Salim


menghidupkan api andang daun kelapa. Datuk terus menyuluh ke kiri dan ke
kanan dengan lampu picit. Saya masih lagi berdiri di anjung rumah. Tidak
tahu apa yang harus saya lakukan. Apakah saya harus mengikuti mereka
atau tinggal bersama nenek di rumah.

“Kau jangan ikut Tamar,” kata nenek.

“Ha….saya nak ikut,” saya terus melompat, memburu datuk dan Haji Salim
yang berada dalam jarak 30 kaki dari saya.

Datuk dan Haji Salim tidak menoleh ke arah saya, mereka terus melangkah
dengan rancak. Walau bagaimanapun, mereka tahu saya mengikuti mereka
di belakang.

Cahaya obor daun kelapa Haji Salim terus menerangi permukaan jalan,
bunga-bunga api dari obor daun kelapa berterbangan di udara ditolak angin
malam. Siulan cengkerik dan bunyi katak tidak pernah putus.

623
Kami sampai ke dewan, terdapat kira-kira antara enam hingga sepuluh orang
kampung yang duduk bertenggek pada bibir simen dan semuanya saya
kenal. Beberapa dari mereka menyedut rokok daun bertembakau jawa. Bau
asap dari rokok daun bertembakau jawa itu membuat nyamuk tidak berani
dekat pada orang-orang kampung yang ada di situ.

“Kau Daud, duduk dekat rumah budak tu, kau tentu tahu waktu bila budak itu
hilang,” datuk mengajukan pertanyaan pada seorang lelaki yang berbadan
kurus.

“Budak perempuan tu memang selalu mandi di sungai waktu Maghrib nak


tiba, saya sudah tegur tapi dia tak peduli.”

“Bukan itu, aku nak tahu waktu bila ia hilang Daud.”

“Begini, petang tadi saya nampak dia ke sungai. Maghrib dia tak balik,
emaknya menangis dan suruh saya mencarinya.”

“Kau pergi cari?”

“Saya cari tapi tak jumpa, saya minta tolong jiran lain. Semuanya sia-sia.
Kemudian baru saya beritahu Haji Salim,” Daud berhenti bercakap. Wajahnya
sedih.

Dan orang-orang kampung yang ada di situ mengakui keterangan Daud itu.
Mereka terlibat dalam usaha mencari gadis sunti yang hilang itu. Mereka juga
memberitahu datuk, mustahil gadis sunti itu dihanyutkan oleh arus sungai
kerana air sungai begitu cetek sekali. Mahu dikatakan gadis itu dilarikan oleh
orang jahat juga tidak masuk di akal. Belum ada orang jahat yang muncul di
kampung.

“Ah, semuanya ni perbuatan orang yang memuja kubur,” tiba-tiba Haji Salim
bersuara lantang dan bersedia untuk mengeluarkan beberapa ungkapan lagi.

“Sudah haji, dalam sesuatu hal kalau kita terlalu menurut perasaan akan
membawa padah buruk pada diri kita,” tingkah datuk. Orang-orang kampung
yang ada di situ anggukkan kepala, seolah-olah setuju dengan apa yang
datuk katakan itu.

“Begini saja, kita cari malam ni juga,” datuk mengemukakan cadangan.

Ternyata tidak semua orang-orang kampung yang ada di situ mahu


menerima cadangan datuk.

“Siapa mahu ikut saya,” tanya datuk lagi. Cuma tiga orang sahaja yang
mengangkat tangan tanda setuju, manakala yang lain tidak mengangkat
tangan termasuklah Daud, jiran terdekat keluarga gadis sunti yang hilang.

“Kenapa Daud?” soal Haji Salim.

624
“Kerja sia-sia. Susah mencari orang hilang waktu malam. Kami dah buat
tadi,” sahut Daud.

“Habis apa yang patut kita lakukan?” Soal Haji Salim.

“Kita cari siang esok, lagi mudah.”

“Tak apalah, siapa yang tak mahu boleh pulang. Siapa yang mahu ikut,
bersedia,” datuk mengeluarkan arahan. Kumpulan Daud terus meninggalkan
kawasan dewan.

Bila saya hitung, ternyata cuma tiga orang sahaja orang kampung yang
mahu menyertai kami. Dicampur dengan diri saya, datuk dan Haji Salim,
jumlah kami menjadi enam orang sahaja.

“Kita pecahkan enam orang ni, menjadi tiga kumpulan. Tamar ikut Borhan,
Salleh ikut Haji Salim, Hassan ikut saya.” Datuk mula mengatur gerakan.
Saya segera berdiri di belakang Borhan yang sudah pun menyalakan obor
daun kelapa.

“Saya yakin dengan pertolonga Allah yang Maha Besar, budak perempuan
yang hilang tu akan kita jumpa juga,” kata datuk lalu mengajak kami pergi ke
tebing sungai.

Ia menyuruh kami mencari kesan-kesan yang ditinggalkan oleh budak


perempuan yang hilang itu.

Seluruh kawasan tempat gadis sunti mandi, habis kami jajahi. Pokok besar,
pokok kecil semuanya kena pijak dan diselongkar. Tidak ada sesuatu kesan
pun yang dapat kami temui.
Haji Salim cacakkan andang daun kelapa ke tanah. Ia terus duduk di atas
sebatang pokok yang tumbang. Langit waktu itu kelihatan cerah. Gumpalan
awan putih bergerak perlahan-lahan arah barat daya. Bulan yang sedang
mengecil terus dipagar oleh bintang-bintang yang sedang mengerdip. Embun
malam terasa menjamah rambut.

“Begini, Tamar dan Borhan cari sebelah sana, terus hingga sampai ke kaki
bukit. Haji Salim sama Salleh dari sebelah sini hingga ke hilir sungai. Saya
sama Hassan cari dari seberang sungai hingga sampai ke kawasan bendang,”
datuk mengeluarkan aturcara dari pertimbangan akal fikirannya. Tidak ada
bantahan. Semuanya berpecah mengikut arahan yang ditetap.

Saya jadi gementar, usia Borhan dengan saya jaraknya antara lima dan enam
tahun sahaja. Tidak ada pengalaman. Dan orang-orang yang mengikut datuk
dan Haji Salim lebih beruntung lagi. Datuk dan Haji Salim orang tua yang
banyak pengalaman, tidak mudah gementar bila berhadapan dengan
kecemasan.

625
Saya dan Borhan bertengkar kecil, masing-masing tidak mahu jadi kepala.
Borhan mahu saya jadi kepala, sedangkan saya keberatan kerana itu
merupakan tugas yang berat. Akhirnya Borhan mengalah.

“Tak apa, kalau kau tak mahu apa boleh buat, marilah,” Borhan terus
meredah hutan kecil.

Saya tersenyum tetapi, saya ditugaskan untuk membawa obor daun kelapa.
Kami terus meredah hutan.

Angin malam yang bertiup membuat badan saya terasa amat dingin.
Beberapa batang ranting kering dan daun kering berjatuhan ke bumi akibat
dirempuh angin. Bunyi katak dan cengkerik terus rancak kedengaran di
samping bunyi tolongan anjing liar yang ditingkah oleh bunyi kelawar yang
terbang malam mencari makanan.

Semua lubang, semua perdu pokok dan rimbunan lalang kami jenguk.
Beberapa ekor katak dan belalang berlompatan, bagaikan marah kerana
tempat mereka diganggu. Sesekali, kaki saya terpijak lopak. Dedaun yang
saya langgar merempuh batang leher lalu, menjatuhkan air embun yang
lekat di hujungnya pada kulit tengkuk. Terasa cukup sejuk.

Tiba-tiba saya tersepakkan sesuatu yang lembut dalam rumpun lalang. Bila
saya bergerak, terasa benda lembut itu memaut pergelangan kaki saya.
Benda lembut sejuk itu merayap hingga ke buah betis saya.

Dada saya berdebar, badan terasa seram sejuk. Lolongan anjung kian jelas
kedengaran. Suara cengkerik dan katak kian bertambah rancak. Angin terus
menggugurkan ranting-ranting kering yang bunyinya amat menakutkan.

“Kenapa berdiri di situ Tamar.”

“Ada…,” saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Badan saya terus


menggeletar. Malam yang dingin terasa panas hingga memercikkan peluh-
peluh halus di dahi.

“Kenapa muka kamu pucat Tamar?”

“Ahhh..Ahhh ada…,” mulut saya terus terlopong. Benda lembut sejuk itu
terus meraba buah betis saya.

Melihat saya dalam keadaan yang cemas itu, Borhan menghampiri saya dan
terus merampas obor dari tangan saya. Ia terus menyuluh ke arah rumpun
lalang. Biji mata Borhan terbeliak. Tangannya terus menggeletar dan obor
terus bergerak tidak tentu arah menurut getaran tangannya.

“Mayat Tamar,” suara Borhan separuh menjerit. Mukanya kelihatan berubah.


Mujurlah, rasa cemas itu sekejap saja menguasai dirinya. Beberapa minit
kemudian, ia kembali tenang. Ia menarik tangan saya dari rumpun lalang.
Saya angkat kaki kanan tetapi tidak berdaya. Kaki saya bagaikan ditarik oleh

626
sesuatu. Jari-jemari manusia saya rasa mula merayap dari buah betis
menurun ke buku lali.

“Mayat pegang aku Borhan.”

“Nanti aku lepaskan.”

Borhan pacakkan atas bumi. Dari cahaya obor itu saya melihat mayat
seorang gadis terlentang. Biji matanya terbeliak, mulutnya ternganga, penuh
dengan darah beku. Rambutnya mengerbang.

Perkara yang benar-benar mencemaskan perasaan saya bila saya melihat jari
jemari mayat itu memaut pergelangan kaki saya. Macam diarahkan oleh
sesuatu untuk berbuat demikian. Dengan ekor mata saya menjeling ke arah
jari-jemari mayat dan kaki kanan saya.

Rupa-rupanya telapak kaki kanan saya memijak pangkal lengan mayat itu.
Tidak hairanlah bila saya menggerakkan kaki, tangan dan jari-jemarinya turut
sama bergerak. Biji matanya yang terbeliak dengan rambut yang terhurai
pada mayat tersebut memang menakutkan.

Saya rasa matanya bagaikan melihat diri saya hingga ke jantung hati.
Kakinya terkangkang keras. Kain batik lusuh yang dipakainya terselak hingga
ke pangkal paha dan baju kebayangan pula terkoyak di bahagian dada. Saya
kira ada perlawanan antara orang yang menyerang dengan mangsanya.

Borhan terus menatap mayat itu. Tanpa diduga, Borhan menutup kedua
belah matanya dengan telapak tangan.

“Mayat tu bergerak,” katanya.

“Bergerak,” pekik saya lalu membuka langkah seribu.

Habis pokok besar dan kecil saya redah, tidak terasa sakit walau sedikit pun.
Melihat saya lari, Borhan juga ikut lari lintang pukang di malam yang gelap
melanggar apa sahaja yang menghalang.

Anehnya, kami sampai serentak ke tempat mula datang tadi. Kami tidak
dapat berkata apa-apa, cuma tercungap-cungap macam ikan kekurangan air.

Tidak sampai lima minit kami berada di situ Haji Salim, Hassan, Salleh dan
datuk pun tiba. Mereka tercengang melihat kami tercungap-cungap dengan
wajah yang pucat.

“Ada orang jumpa?” tanya datuk.

“Adaa…,” jawab Borhan sambil menyandarkan badannya pada saya. Tiba-


tiba ia terus rebah. Haji Salim terus mendekatinya.

“Pengsan,” kata Haji Salim.

627
Semua yang ada di situ segera memberi pertolongan pada Borhan. Akhirnya,
Borhan pulih dari pengsan. Datuk memberikan rawatan dengan secukupnya
pada Borhan. Mukanya yang pucat lesi, kembali merah.

“Apa yang kau jumpa Borhan?” Datuk terus menyoal Borhan. Tangan datuk
terus memicit setiap sendi tubuh Borhan. Air embun yang gugur terus
menyentuh rambut kami. Dua tiga orang menguap panjang.

“Cucu saudara Haji Salim, si Timah sudah mati,” suara Borhan lemah. Haji
Salim terus termenung panjang. Matanya merenung pokok-pokok hutan yang
tegak kaki di malam yang dingin.

Lolongan anjing sudah tidak kedengaran lagi. Diganti dengan suara burung
hantu dan jampuk. Bunyi katak dan cengkerik tetap hebat macam tadi.

Datuk dan Haji Salim mengadakan rundingan. Kemudian datuk minta saya
dan Borhan menunjukkan rumpun lalang tempat mayat itu dijumpai. Kali ini
saya jadi kepala jalan. Saya tidak merasa takut atau gentar kerana ada datuk
dan Haji Salim.

Kami sampai ke rumpun lalang. Haji Salim terus mengangkat tubuh cucu
saudaranya yang sudah kaku. Usianya sekitar tiga belas tahun. Datuk
merenung mayat gadis malang itu dengan tenang.

“Lidahnya dipotong orang,” beritahu datuk pada Haji Salim.

“Memang tak salah agakan saya.”

“Kita berusaha mencari orang yang membuat kerja laknat itu.”

“Ya, kematian cucu saudara saya harus dibalas,” nada suara Haji Salim keras.

Saya, Hassan, Salleh dan Borhan hanya mendengar sahaja dengan apa yang
dikatakan oleh datuk dan Haji Salim. Ketika mayat itu berada di pangkuan
Haji Salim, saya tidak berani merenungnya.

Mayat gadis sunti yang malang itu dibawa ke rumah ibunya. Diletakkan di
ruang depan. Siang esok mayat gadis malang itu akan diuruskan
pengkebumiannya, begitu mengikut rancangan Haji Salim yang disampaikan
pada datuk.

Lebih kurang pukul empat pagi, saya dan datuk meninggalkan rumah ibu
gadis yang malang itu. Haji Salim terus membaca Quran dekat cucu
saudaranya.

“Biar kami balik dulu Haji,” kata datuk pada Haji Salim. Waktu itu, sudah
pukul empat pagi, bintang timur sudah pun muncul di kaki langit. Udara
terasa bertambah dingin.

628
“Tak apalah, esok datang awal. Kalau boleh biarlah sebelum pukul lapan
pagi,”jawab Haji Salim pendek. Ia terus membaca Quran dekat jenazah cucu
saudaranya. Saya dan datuk meninggalkan rumah gadis sinti yang malang.

TANAM

Sudah dua mingu , jenazah gadis sunti yang malang itu disemadikan di tanah
perkuburan Islam di Jalan Parit. Saya masih ingat, waktu orang-orang
kampung meratakan tanah kubur, kira-kira pukul sebelas pagi, cuaca begitu
baik, matahari memancar keras.

Tanpa diduga oleh sesiapa pun, dalam cuaca panas yang terik itu, hujan
turun dengan selebatnya. Pakaian ornag kampung yang ada di situ
semuanya basah kuyup. Beberapa orang kampung meramalkan bahawa,
hujan panas yang turun waktu orang menanam jenazah membawa alamat
yang kurang baik pada orang yang masih hidup.

629

You might also like