You are on page 1of 14

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana limpah kurnianya hasrat


saya untuk menyempurnakan folio ini tercapai. Seterusnya, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Raja Muda Musa, Datin
Hjh Roiga bt Taib kerana memberi kebenaran kepada saya untuk
menyempurnakan folio ini dan guru Geografi saya Pn Hartini bt Ali Osman yang
memberi tunjuk ajar kepada saya.
Tidak lupa juga kepada ibu saya, Idawiyah bt Usop dan bapa saya
Shamsudin bin Mat Nor kerana meluangkan masa, tenaga dan wang untuk
membantu saya dalam projek ini.
Kepada rakan-rakan yang telah membantu saya yang bernama Muhd Sufi
bin Razman dan Muhd Hazlami bin Abdul Razak sepanjang penyiapan folio ini.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada 20 orang
responden termasuk Ketua Penghulu Kg Jerlun, Encik Ahmad bin Yusof yang
memberi maklumat semasa saya melakukan kajian ini.

1
Pendahuluan
Saya, Anas bin Shamsudin merupakan murid Tingkatan 2 RK di Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa Kuala Kangsar, Perak. Saya
bersama-sama dua orang rakan sekelas, Muhd Sufi bin Razman dan Muhd
Hazlami bin Abdul Razak telah menjalankan satu kajian tempatan di Kampung
Jerlun, Kuala Kangsar, Perak. Tajuk kajian saya ialah Komposisi Penduduk dan
Kaitannya dengan Jenis Pekerjaan di Kampung Jerlun, Kuala Kangsar, Perak.
Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti taburan penduduk,
komposisi penduduk dan jenis pekerjaan penduduk di Kampung Jerlun.

2
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian Geografi Tempatan ini adalah untuk mengenal pasti
 komposisi penduduk di kawasan kajian dari segi kaum dan jantina
 faktor-faktor yang berkemungkinan mempengaruhi komposisi penduduk
 cara-cara untuk mempertingkatkan taraf hidup penduduk kawasan kajian
 bilangan kenderaan yang lalu lalang di berhampiran Kampung Jerlun

3
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Kampung Jerlun sebagai kawasan kajian saya.
Kampung Jerlun terletak di Kuala Kangsar, Perak. Di sebelah tenggaranya
terletak Pekan Jerlun (rujuk peta). Jarak antara Kg. Jerlun dengan Pekan Kg.
Jerlun ialah 2 km.
Kampung Jerlun terletak di Lembah Sungai Jerlun. Kawasannya yang
rendah dan rata sesuai untuk kegiatan pertanian dan petempatan.
Terdapat juga kawasan tanah tinggi kira-kira 50 m yang dikerumuni
dengan semak samun.

U
Kg Jerlun

Ke Pekan Kuala Ke Pekan


Kangsar Manong

Pekan Jerlun

Sg Jerlun

Petunjuk
Jambatan Sungai Kawasan Kajian

Petempatan Jalan raya

Peta 2.1 Kedudukan Kg. Jerlun dan kawasan sekitarnya

4
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk
mengumpul dan memperoleh maklumat.
Pemerhatian telah dijalankan dari semasa ke semasa terutamanya pada
waktu pagi dan petang. Penduduk Kampung Jerlun keluar untuk bekerja dan
pulang ke rumah pada kedua-dua waktu tersebut. Keadaan ini memudahkan
kami untuk mengenal pasti taburan dan komposisi penduduk di Kampung Jerlun.
Saya telah menemu bual ketua kampung. Encik Ahmad bin Yusof dan 20
orang penduduk kampung yang lain. Borang soal selidik telah disediakan untuk
memudahkan kerja pengumpulan maklumat (rujuk lampiran). Melalui kaedah ini,
maklumat sebenar tentang komposisi jantina dan kaum serta pekerjaan
penduduk dapat diperoleh.

5
HASIL KAJIAN
Taburan penduduk di Kampung Jerlun adalah tidak sekata. Kebanyakan
penduduknya tertumpu di bahagian utara kampung seperti ditunjukkan oleh peta
di bawah.

Petunjuk

50 30 10
Jambatan

Petempatan

Jalan raya

Sungai

Kebun sayur

Pokok getah

Buah-buahan

Peta 4.1 Peta lakar Kampung Jerlun

Jumlah penduduk di Kampung Jerlun adalah lebih kurang 190 orang.


Lebih daripada 50% penduduk kampung terdiri daripada kaum Melayu. Bakinya
adalah kaum Cina dan India. Dari segi jantina, saya mendapati bahawa kaum
perempuan lebih banyak daripada lelaki. Jadual dan rajah (Rajah 4.1 dan 4.2)
menunjukkan komposisi penduduk di kawasan kajian mengikut kaum dan
jantina.

6
Penduduk di Kampung Jerlun melibatkan diri dalam empat sektor ekonomi
utama, iaitu pertanian, perkilangan, perniagaan dan perkhidmatan. Rajah 4.3
menunjukkan jenis pekerjaan 20 orang responden mengikut kaum di Kampung
Jerlun. Berdasarkan graf tersebut, didapati kebanyakan orang Melayu bekerja
dalam sektor pertanian. Seramai 7 orang Melayu daripada 20 responden
melibatkan diri dalam sektor pertanian. Kebanyakan kawasan pertanian dimiliki
oleh orang Melayu. Mereka telah mengusahakan tanah tersebut untuk
penanaman getah, buah-buahan dan sayur-sayuran (Peta 4.1). Penduduk yang
terlibat dalam sector perkilangan pula kebanyakannya ialah kaum India.
Daripada 4 orang pekerja kilang yang ditemu bual, 2 orang daripadanya adalah
orang India.
Penduduk di Kampung Jerlun juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
Mereka mebuka gerai buah-buahan, gerai makanan dan kedai runcit. Pelanggan
mereka majoritinya terdiri daripada penduduk kampung itu. Terdapat juga
segelintir responden yang melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan. 3 orang
daripada 4 responden tersebut berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan
Ulu Kenas manakala yang selebihnya berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di
Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPPK).

9
4.1 Cara-cara untuk meningkatkan taraf hidup penduduk Kampung Jerlun.

Taraf

Kebersihan

Cara-cara
meningkatkan
Peluang Pengangkutan
taraf hidup
penduduk Kg
Pekerjaan Awam
Jerlun

Tahap

Keselamatan
4.1.1 Taraf Kebersihan
11
- Sampah-sampah bertaburan di sekitar kawasan perniagaan. Terdapat juga
penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai. Pengeluaran asap
kenderaan bermotor pula menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Hal ini
berpotensi menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes, banjir lumpur dan juga
penyakit asma. Kerajaan haruslah membuat kempen yang dapat menyedarkan
penduduk tentang akibat pembuangan sampah merata-rata. Selain itu, kerajaan
juga boleh menggalakkan penduduk agar berjalan kaki jika pergi ke destinasi
yang kurang daripada 500m.

4.1.2 Peluang Pekerjaan


- Oleh sebab peluang pekerjaan kurang di Kampung Jerlun ini, terdapat banyak
belia yang menganggur. Malah ada juga yang terjebak dalam kegiatan dadah,
rempit dan seumpamanya. Kerajaan sewajarnya menyediakan peluang pekerjaan
dengan mebina industri atau mebuka sebuah lading.

4.1.3 Tahap keselamatan


- Kejadian pecah masuk sering terjadi di kampung ini. Pembinaan pondok polis
dan bilangan anggota yang sesuai harus disediakan untuk menjamin
keselamatan penduduk.

4.1.4 Pengangkutan Awam


- Bilangan bas awam sebaiknya ditambah sebagai kenderaan penduduk
Kampung Jerlun yang kebanyakannya tidak mempunyai kenderaan untuk ke
bandar. Jadual perjalanan juga haruslah dipatuhi untuk mengelakkan masalah
yang tidak diingini terjadi.
4.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pekerjaan Penduduk
12
Melalui pencapaian dalam pendidikan dan kejayaan dasar kerajaan,
pengenalan kerjaya dengan kaum tidak ketara di kawasan kajian, iaitu sebuah
kawasan perumahan di kawasan bandar. Antara faktor yang mempengaruhi
penglibatan jenis pekerjaan dan komposisi penduduk ialah faktor peluang
pendidikan yang tinggi di kawasan kajian, latar belakang kawasan kajian yang
menyediakan banyak peluang pekerjaan dan kadar upah yang tinggi
mempengaruhi orang datang ke kawasan kajian.
RUMUSAN
13
Saya amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan Kerja Kursus
Geografi ini. Saya dapat memahami keadaan penduduk di Kampung Jerlun
dengan lebih teliti. Penduduk Kampung Jerlun terdiri daripada tiga kaum utama
iaitu, Melayu, Cina dan India.
Kaum perempuan adalah lebih ramai daripada kaum lelaki di Kampung
Jerlun. Penduduk Kampung Jerlun terlibat dalam sektor pertanian, perkhidmatan,
perkilangan dan perniagaan.
Saya berharap agar penduduk di Kampung Jerlun akan terus hidup
bersatu padu untuk membangunkan Kampung Jerlun.
RUJUKAN
14

 Buku rujukan Focus Super Hot PMR Geografi


 Buku teks Geografi Tingkatan 2
LAMPIRAN
Borang Temu Bual
Bil Responden Pekerjaan Isteri/Suami Pekerjaan Keturunan
15
Responden
1. Ahmad Perkhidmatan Rafidah Pertanian Melayu

2. Zainal Pertanian Zainab Perkhidmatan Melayu

3. Aziz Pertanian Aisyah Perniagaan Melayu

4. Siti Perkhidmatan Razlan Perkhidmatan Melayu

5. Daniel Perniagaan Rosnah Pertanian Melayu

6. Jaafar Pertanian Rosiati Pertanian Melayu

7. Shafiq Pertanian Suriana Pertanian Melayu

8. Nazlan Pertanian Yasmin Perniagaan Melayu

9. Aini Pertanian Fikri Perniagaan Melayu

10. Jasni Perkilangan Fazlan Perkhidmatan Melayu

11. Usop Pertanian Marhani Perkhidmatan Melayu

12. Koh Perkilangan Connie Perniagaan Cina

13. Khoo Pertanian Ong Perkhidmatan Cina

14. Jennifer Perkhidmatan Lim Pertanian Cina

15. Goh Perkilangan Ng Perniagaan Cina

16. Jaya Perkilangan Ravendran Perkilangan India

17. Muthu Perniagaan Suraya Perkhidmatan India

18. Balan Pertanian Malini Perniagaan India

19. Peter Perkilangan Mary Pertanian India

20. Sarah Perkhidmatan Mohan Perkhidmatan India


16

You might also like