You are on page 1of 9

Pendahuluan

Imaginasi memberi impak yang besar dan kuat didalam hidup seharian kanak-kanak. Jika

kita lihat kebiasaannya kanak-kanak memang suka berkhayal. Mereka kadang-kadang

berimaginasi sambil melakonkan watak-watak yang mereka suka seperti polis, guru, artis dan

sebagainya. Imaginasi kanak-kanak dapat menbantu mereka untuk belajar kerana sesetengah

guru mengunakan imaginasi kanak-kanak semasa mengajar, contoh matapelajaran yang

memerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi adalah sains tentang rasa. Kebanyakan guru akan

menyuruh kanak-kanak untuk membayangkan rasa manis, masam, masim, pahit serta tawar.

Imaginasi diaktifkan secara jelas melalui asosiasi kreatif dengan idea-idea yang lain.

Kunci menuju imaginasi kreatif ialah asosiasi. Asosiasi terbentuk oleh tiga hokum iaitu

kedekatan, kemiripan dan kontras. Kedekatan adalah melibatkan perkara masa silam yang boleh

mengigatkan kita kepada sesuatu. Contohnya, apabila seorang dewasa melihat kasut ketika dia

masih bayi, ia akan mengingatkannya kenangan ketika masa dahulu. Bagi kemiripan ia

melibatkan sesuatu yang sama bentuknya, contoh yang dapat diutarakan disini adalah seperti

apabila seorang kanak-kanak melihat singa ia akan menyebut kucing kerana bentuk kucing dan

singa sama cuma yang membezakannya adalah saiznya. Bagi kontras ia melibatkan sesuatu yang

kita gambarkan, contohnya apabila melihat gambar dianosour kanak-kanak akan mengatakan

ianya adalah raksasa, ini terjadi kerana kanak-kanak melihat cerita karton seperti ultraman dan

sebagainya. Ia memberi pengaruh besar kepada kanak-kanak. Menurut Albert Einstein, imaginasi

lebih penting daripada pengetahuan. Ini mungkin kerana, kanak-kanak yang berimaginasi dapat

menyelesaikan masalah melalui berimaginasi dan penyelesaian masalah ini adalah kemahiran

asas apabila telah dewasa kelak.


Membina imaginasi kanak-kanak.

Imaginasi kanak-kanak dapat dibentuk atau dibina walaupun kita tahu ia tercipta atau

wujud secara semulajadi. Kanak-kanak suka mengambarkan diri mereka sebagai ibubapa,guru-

guru dan sebagainya, mereka suka mengunakan daya imaginasi mereka. Ibubapa boleh

membantu mrmbantu anak-anak melalui bermain bersama-sama mereka. Terdapat dua cara atau

kaedah yang dapat dilakukan oleh ibubapa atau guru-guru dalam membina imaginasi kanak-

kanak. Cara pertama adalah melalui bercerita (Anonymous,1997). Dalam hal ini kanak-kanak

perlu menyambung cerita seterusnya yang diceritakan oleh ibubapa atau guru pada mulanya. Ini

dapat membantu kanak-kanak untuk berimaginasi apa yang berlaku seterusnya didalam cerita

tersebut. Melalui ini juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk berimaginasi.

Cara seterusnya adalah mengayakan pakaian (Anonymous,1997). Ibubapa atau guru

boleh menyuruh kanak-kanak untuk mengayakan pakaian bagi melakonkan perwatakan bagi

pakaian tersebut, contohnya pakaian doktor maka kanak-kanak perlu melakonkan watak doktor.

Untuk membina imaginasi kanak-kanak melalui cara ini kebanyakkan tadika mengunakan tema

pekerjaan, pada minggu tema ini kanak-kanak dikehendaki mengayakan pakaian doktor,guru,

polis dan lain-lain. Disamping itu mereka juga dikehendaki mengayakan watak bagi pakaian

yang dipakai. Melalui cara ini ia dapat membantu kanak-kanak dalam membina atau membentuk

imaginasi mereka.

1
Kuasa imaginasi

Untuk membentuk kuasa atau kekuatan imaginasi kanak-kanak, ibubapa perlu

memainkan peranan yang penting. Ibubapa haruslah ikut serta dalam permainan kanak-kanak

dan menyokong mereka ketika mereka melakukan aktiviti yang melibatkan imaginasi

(Anonymous,2002). Ibubapa dan guru dapat menyokong kanak-kanak melalui membaca atau

bercerita tentang watak atau jalan cerita sesuatu cerita selepas menceritakan cerita tersebut.

Melalui aktiviti ini kuasa imaginasi kanak-kanak akan meningkat dan mereka akan suka untuk

berimaginasi cerita yang telah diceritakan. Ketika ini kanak-kanak akan mengambarkan salah

satu watak didalam cerita tersebut adalah mereka.

Ibubapa juga dapat menyokong mereka melalui menjadi penonton apabila mereka terlibat

dengan aktiviti lakonan dan sebagainya. Apabila ibubapa menjadi penonton ini dapat memberi

semangat kepada mereka untuk melakonkan watak mereka dengan baik maka mereka akan

mengunakan imaginasi mereka untuk memperbaiki lakonan mereka supaya menjadi lebih baik.

Imaginasi kanak-kanak tidak memerlukan masa yang lama, ia kerana imaginasi mereka terjadi

secara spontan tanpa memerlukan masa yang panjang untuk mereka memikirkan sesuatu

pergerakan. Disamping itu, ibubapa perlu memberi perhatian apabila kanak-kanak menceritakan

sesuatu yang melibatkan imaginasi, ini kerana kanak-kanak juga akan merasakan mereka juga

penting dan mempunyai hak dalam menceritakan sesuatu. Melalui cara ini kanak-kanak dapat

membentuk keyakinan diri. Ia juga membantu kanak-kanak untuk berimaginasi dan mereka

merasakan idea mereka diterima.

2
Imaginasi dapat membantu kanak-kanak

Melalui imaginasi kanak-kanak dapat menerokai dan mengunakan logik didunia.

(Margaret Renkl,2001). Kanak-kanak dapat menerokai persekitaran mereka apabila mereka

berimaginasi, mereka juga akan berimaginasi berdasarkan logik persekitaran ataupun perkara-

perkara yang tidak bertentangan dengan budaya masyarakat mereka. Oleh sebab itu, pemerhatian

ibubapa sangat penting untuk memastikan mereka berimaginasi perkara yang tidak bertentangan

dengan budaya setempat. Kadang-kadang kanak-kanak akan berimaginasi perkara yang mereka

teliti daripada persekitaran mereka. Oleh sebab itu, ibubapa dan guru-guru perlulah menunjukkan

sikap yang baik kepada kanak-kanak. Disamping itu, kanak-kanak juga dapat menyelesaikan

masalah melalui daya imaginasi mereka(Margaret Renkl,2001). Bukan hanya orang dewasa yang

memerlukan cara untuk menyelesaikan masalah bahkan kanak-kanak juga memerlukan

penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi tidak kiralah dalam pembelajaran mahupun

bersama rakan-rakan mereka. Contohnya jika kanak-kanak tersebut mempunyai sebiji kek cawan

dan dia ingin membahagikan kepada 3orang rakannya maka ia akan berimaginasi untuk

membahagikan kek cawan tersebut sama rata.

Kanak-kanak juga meluahkan perasaan mereka melalui imaginasi (Margaret Renkl,2001).

Kadang-kadang kanak-kanak akan melakonkan apa yang mereka tidak puas hati ketika bermain

bersama-sama rakan-rakan. Mereka selalunya akan melakonkan watak mereka sendiri ataupun

orang yang membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Oleh sebab itu, kita

dapat mengetahui jika kanak-kanak tersebut menhadapi masalah yang besar didalam keluar, ini

3
kerana mereka akan bermain dan berimaginasi tentang apa yang berlaku. Oleh sebab itu,

terdapatnya rawatan yang melibatkan kanak-kanak untuk berimaginasi tentang perasaan mereka.

Imaginasi juga dapat membantu apabila mereka dewasa kelak (Margaret Renkl,2001).

Kanak-kanak akan mengunakan pelbagai kemahiran semasa mereka berimaginasi. Contohnya

kemahiran yang digunakan semasa menyelesaikan sesuatu permasalah. Penyelesaian masalah

adalah salah satu asas didalam kehidupan apabila mereka telah dewasa kelak. Kanak-kanak yang

berimaginasi akan mahir didalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh sebab

itu, ibubapa harus mengalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi bukan menghalang mereka

untuk melakukan perkara yang semulajadi yang ada pada mereka.

Melalui imaginasi juga dapat membantu kanak-kanak untuk menjadi seorang yang lebih

kreatif. Walaupun kanak-kanak berimaginasi secara spontan tetapi banyak kajian mendapati

kebanyakkan imaginasi mereka datang daripada pemerhatian mereka terhadap orang dewasa

contohnya guru-guru, ibubapa, jiran dan sebagainya.

Perkaitan diantara pengimejan dan mengambarkan

Terdapat tiga perkaitan diantara pengimejan dan mengambarkan. Pertama adalah

gambaran imej dan mengambarkan (Anna Craft,2002). Gambaran imej mengambarkan adalah

berkaitan diantara satu sama lain. Kanak-kanak selalunya akan meneliti sesuatu perkara dan

kemudiannya mereka akan mengambarkan perkara tersebut dan melakonkan pelakuan tersebut

semula. Contohnya, teori Bandura berkenaan dengan patung bobo. Kedua adalah olfaktori dan

mengambarkan (Anna Craft,2002). Imaginasi yang dibuat oleh kanak-kanak kadang-kadang

melibatkan olfaktori iaitu penelitian melalui cerita sesorang ataupun buku cerita. Kanak-kanak

akan meneliti cerita yang didengan dan kemudiannya mereka akan mengambarkan cerita

4
tersebut. Apabila mereka bermain bersama-sama rakan-rakan yang lain mereka akan melakonkan

cerita yang mereka dengan tersebut.

Yang terakhir adalah imej pendegaran dan mengambarkan(Anna Craft,2002). Imaginasi

ini berkait rapat diantara satu sama lain kerana ia melibatkan pendegaran serta gambaran atau

imaginasi yang dibuat selepas beberapa lama. Contohnya seorang kanak-kanak selalu dimarahi

oleh ibunya maka apabila dia mendengar seseorang memarahi kanak-kanak lain ataupun guru

memarahinya, dia akan mengingati ibunya. Pengimejan dan mengambaran berkait rapat antara

satu sama lain untuk menghasilkan sesuatu imaginasi.

Meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak

kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang

daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

pelbagai jenis alat dan media, contohnya alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan

krayon. Kedua adalah gambar iaitu gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej

yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi

objek alam yang lain. Kanak-kanak meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam

karya lukisan mereka. Ketiga adalah melalui rakaman video dan penggunaan ict guru boleh

menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada kanak-kanak di bilik media atau bilik

pandang dengar. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik

dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada contohnya, penggunaan komputer,

pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan

menyeronokkan.Melalui pengalaman deria juga dapat meningkatkan imaginasi kanak-kanak.

Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat

5
dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu

membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif

dengan alam, alat dan bahan.

Imaginasi kanak-kanak terhad akibat ditakutkan

Kebiasanya ibubapa atau guru akan menakutkan kanak-kanak bagi menghalang mereka

daripada nakal tetapi perihal ini tidak elok diamalkan kerana ia akan menghalang kanak-kanak

daripada berimaginasi. Perkara yang biasa ditakutkan kepada kanak-kanak adalah hantu dan

persekitaran gelap. Takut pada gelap dan hantu bergantung pada imaginasi dan realiti. Jika

ibubapa mendidik kanak-kanak jangan takut gelap dan menerangkan disebabkan tiada lampu,

bukan ada hantu maka kanak-kanak tidak akan takut. Pada usia enam hingga sembilan bulan,

perasaan takut sudah wujud dalam diri kanak-kanak maka ibubapa harus berwaspada dengan

perkataan yang digunakan untuk menakutkan kanak-kanak. Tetapi ketika mencecah usia dua

hingga tiga tahun, kanak-kanak lebih berkeyakinan. Perkara kedua adalah orang asing.

Disebabkan jarang bertemu atau tidak pernah bertemu. Ada kanak-kanak mengambil masa untuk

mesra dengan orang baru. Pada usia dua tahun, kanak-kanak lelaki akan lebih selesa dengan

rakan sejantinanya begitu juga kanak-kanak perempuan. Kadangkala rasa tidak selesa dengan

jantina lain akan pulih apabila usia masuk akil baligh. Maka ibubapa janganlah menakutkan

mereka dengan orang yang mereka tidak mesra lagi kerana ia akan membantutkan imaginasi

kanak-kanak untuk berimaginasi sebagai orang tersebut.

Perkara yang seterusnya yang selalu ditakuti kepada kanak-kanak yang selalu kita dengan

adalah takut kepada doktor. Ada doktor kurang peka ketika merawat anak. Layan anak dengan

baik seperti orang dewasa. Mungkin bunyinya agak aneh dan remeh, misalnya perlu minta izin

6
untuk membuka baju dan lampin mereka. Tetapi hak mereka perlu juga dihormati. Contohnya,

mengunakan kata-kata lembut. Ibu bapa juga jangan takutkan anak-anak dengan doktor misalnya

ingin memanggil doktor untuk menyuntik mereka jika mereka menangis. Hal ini tidak elok

kerana ia akan menyukarkan komunikasi dengan kanak-kanak itu. Kanak-kanak juga akan

berimaginasi perkara yang selalu didengar iaitu doktor kerjanya hanyalah menyuntik kanak-

kanak, maka ia akan menghalang kanak-kanak untuk berimaginasi dengan lebih meluas lagi.

Kesimpulan

Imaginasi adalah bayangan yang dibuat oleh fikiran dan mempunyai kuasa yang sangat

kuat. Kuasa yang wujud atau membiak dengan unggul satu objek rasa dahulunya diterima, dan

kuasa tersebut disambung ke minda untuk membayangkan sesuatu. Proses imaginasi ini

melibatkan pemikiran dan perkara yang kita lihat atau dengar. Kesimpulan yang dapat dibuat

disini adalah, kanak-kanak memerlukan imaginasi untuk membantu proses pembesaran mereka.

Imaginasi memberi impak yang besar kepada kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan,

oleh yang demikian, ibubapa serta guru-guru perlu memberi galakan dan sokongan kepada

kanak-kanak disamping itu mengawasi imaginasi yang mereka lakukan itu berlandakan budaya

setempat dan tidak bertentangan dengan agama. Dalam hal berimaginasi ibuabapa seharusnya

gembira kerana kanak-kanak yang berfokus akan menjurus kepada perkembangan kreativiti yang

baik. Disamping itu, ibubapa seharusnya membimbing anak-anak dalam mengembangkan dunia

imaginasi mereka. Dalam dunia yang serba moden ini, ibubapa haruslah membantu anak-anak

untuk menerokai pengetahuan melalui pengunaan ICT dan ia seharusnya berlandakan kepada

fakta yang betul.

7
Dalam meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, ibubapa serta guru memainkan

peranan yang sama penting. Kanak-kanak haruslah meneruskan pembelajaran yang dipelajarinya

dirumah. Maka ibubapa tidak seharusnya menghalang kanak-kanak berimaginasi tetapi

mengalakkannya.

Bibliograpi

Anna Craft, 2002,Creativity And Early Years Education A Lifewid Foundation,British, Great

Britain by Book Craft (Bath) Ltd, Midsomer Norton, Hal:85

Anonymous,1997,Developing your child’s Imagination , Academic Research Library, Hal: 34

Anonymous,2002,The Power Of Imagination, Academic Research Library, Hal: 42

Margaret Renkl, 2001, Imagine That,Academic Research Library, Hal: 122

http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2008/07/maksud-ima,html,05/09/09,10:23p.m

http://www.brainquote.com/words/im/imagination176046.html,05/09/09,10:27p.m

You might also like