P. 1
Sejarah Perkembangan Kegiatan Perikanan

Sejarah Perkembangan Kegiatan Perikanan

|Views: 4,099|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pengajian Sosial SS 2311 di IPG Kampus Dato' Razali Ismail utk PPISMP Kajian Sosial Semester 2/2010
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pengajian Sosial SS 2311 di IPG Kampus Dato' Razali Ismail utk PPISMP Kajian Sosial Semester 2/2010

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Mar 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/01/2015

pdf

text

original

1.0 1.

1

SEJARAH PERIKANAN Sejarah Kegiatan Perikanan Dunia

Aktiviti pertanian merupakan aktiviti sara diri yang telah diwarisi sejak zaman batu lagi. Aktiviti ini berterusan melampaui zaman batu tengah, zaman batu akhir dan zaman gangsa besi. Dengan kewujudan empayar-empayar pemerintahan yang gah seperti tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Hwang Ho, Indus dan lain-lain. Kegiatan penangkapan ikan masih merupakan antara kegiatan yang penting dan menjadi salah satu dari sumber makanan dan protein bagi manusia. Kegiatan penangkapan ikan telah dijalankan oleh masyarakat prasejarah lagi dengan penemuan beberapa alatan memburu hasil laut seperti harpoon yang seakan-akan lembing yang digunakan untuk menangkap ikan. Malah aktiviti ini merupakan antara aktiviti mencari sumber makanan utama kepada masyarakat pada masa itu di samping aktiviti memburu binatang dan memungut hasil hutan. Sewaktu kewujudan tamadun-tamadun peradaban dunia seperti

tamadun Indus, Hwang Ho, Mesopotamia, Rom, Yunani malah tamadun selepas itu, mereka masih menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan hasil laut iaitu menangkap ikan. Malah mereka lebih maju ke hadapan dengan melakukan aktiviti perdagangan hasil laut antara negara sama ada

menggunakan sistem barter ataupun menggunakan matawang yang dihasilkan. Terdapat juga sesetengah negara silam yang menggunakan hasil laut untuk dijadikan sebagai matawang mereka. Sebagai contohnya penggunaan Siput Gerus (Cypraca Moneta) yang digunakan sebagai medium pertukaran di Kedah sejak kurun ke 18, sebelum mata wang diperkenalkan.

Rajah 1.1 Siput Gerus (Cypraca Moneta) yang digunakan sebagai matawang di Kedah pada kurun ke-18

Salah satu sejarah perdagangan dunia yang tertua ialah aktiviti perdagangan ikan kod kering dari daerah Lofoten ke bahagian selatan Eropah, Itali, Sepanyol dan Portugis. Perdagangan ikan ini dimulai pada zaman Viking atau sebelumnya, yang telah berlangsung selama lebih dari 1000 tahun. Namun sehingga kini aktiviti perdaganan ikan kod kering ini masih lagi giat dijalankan sehingga kini dan merupakan antara aktiviti eksport dan import yang terpenting di benua eropah Di India pula, Pandyas, kerajaan Dravidian yang merupakan kerajaan tamil yang tertua di India telah mengamalkan aktiviti perikanan mutiara laut. Pelabuhan Tuticorin merupakan antara tempat perdaganan utama bagi memperdagangkan mutiara laut ini. Paravas, bangsa Tamil yang berpusat di Tuticorin, berkembang menjadi masyarakat yang pesat dan maju akibat aktiviti perdagangan mutiara laut tersebut di samping mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu pelayaran dan perikanan. 1.2 Sejarah Kegiatan Perikanan di Malaysia

Ikan merupakan antara sumber protein yang utama bagi rakyat negara ini. Tidak hairanlah ianya menyumbang 60% daripada keperluan protein negara. Ramai memilih untuk memakan ikan disebabkan rasanya yang amat enak, lebih-lebih lagi ikan segar. Lantaran itu, industri ini telah membuka peluang pekerjaan kepada ramai penduduk untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka, terutama yang tinggal di kawasan tepi pantai mahupun berdekatan sungai dan tasik. Secara umumnya, kawasan laut yang cetek di sekeliling negara kita kaya dengan berbagai-bagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.

Kebanyakan ikan yang ditangkap adalah untuk memenuhi keperluan tempatan.

Walau bagaimanapun, jika terdapat hasil tangkapan lebihan, akan dieksport dalam bentuk ikan kering dan ikan masin yang menjadi produk makanan yang terkenal dalam kalangan penduduk negara dan negara jiran. Sejarah perikanan di Malaysia telah berkembang sejak zaman paleolitik sehinggalah kini. Bukti penemuan alat untuk menangkap ikan dari zaman paleolitik di menunjukkan bahawa aktiviti menangkap ikan merupakan antara aktiviti utama untuk mendapatkan sumber makanan. Setelah itu aktiviti itu diwarisi secara turun temurun sehingga zaman kesultanan melayu Melaka dan kesultanan-kesultanan lain pula. Menurut Haron Daud dalam bukunya bertajuk Sejarah Melayu : Satu Kajian Daripada Aspel Pensejarahan Budaya mengatakan bahawa kegiatan ekonomi sara diri yang giat dijalankan oleh masyarakat melayu Melaka antara lainya ialah aktiviti perikanan iaitu menangkap ikan di laut. Ini disebabkan ikan merupakan sumber makanan dan protein utama bagi orang melayu khususnya dan orang asia amnya. Namun beliau mengakui bahawa aspek perikanan tidak terlalu disentuh dalam manuskrip melayu silam kecuali kegiatan pertanian yang begitu disentuh secara mendalam. Menurut beliau, kebenaran dari penyataan ini dapat diperolehi dari mitos orang kuar Badang yang memakan muntah jin. Badang menjadi perkasa akibat memakan muntah jin setelah beliau berjaya menangkap jin tersebut yang sewaktu itu sedang asyik mencuri ikan dari bubu milik Badang. Ini sekaligus menggambarkan bahawa aktiviti penangkapan ikan merupakan antara aktiviti penting untuk mendapatkan sumber makanan. Di bawah merupakan keratan dari kisah mitos tersebut. Sekali peristiwa, Badang menahan lukah pada suatu hari di dalam sungai. Ketika pagi hari dilihatnya lukahnya hampa, satu pun tiada ada isinya, tetapi sisik ikan dan tulangnya ada lekat pada lukah itu. senantiasa hari demikian juga. Maka sisik ikan itu dibuangkannya kepada sungai itu«.[1] [1] Sejarah Melayu, edisi Shellabear, halaman 34

Dari peristiwa di atas dapat kita simpulkan bahawa orang melayu telah menjalankan aktiviti perikanan semenjak dari zaman pemerintahan kesultanan melayu Melaka lagi. Penggunaan alat menangkap ikan seperti lukah dan pancing adalah antara cara paling awal kepada masyarakat melayu untuk menangkap ikan. Menurut Windstedt [2], orang-orang melayu mahir dalam hal menangkap ikan, tetapi mereka bukanlah pakar menangkap ikan. Mereka hanya menggunakan lukah dan pancing sahaja. Tahap pertumbuhan dan perkembangan kegaitan perikanan ini sukar untuk dikesan. Menurut Tome Pires [3], parameswara (Raja Iskandar Syah) dan pengikut-pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Ia juga dijalankan oleh orang-orang selat di Melaka sejak Parameswara belum tiba ke situ. Ma Huan [4] turut mengatakan bahawa ramai penduduk Melaka

bergantung hidup kepada aktiviti penangkapan ikan. Mereka pergi ke laut menggunakan sampan yang dibuat dari sebatang kayu bulat bertebuk. Manakala Hikayat Raja-Raja Pasai juga menyelitkan bahawa terdapat juga kaum nelayan di Pasai. Ini dapat dibuktikan apabila Raden Galoh Gemerenchang ingi berlabuh di Kuala Jambu Air. Berdasarkan keterangan di atas boleh dikatakan bahawa aktiviti perikanan adalah satu kegiatan tradisi yang penting. Aktiviti ini dijalankan oleh pelbagai lapisan masyarakat dan di setiap tempat. Cara dan alatan yang digunakan pada waktu dahulu masih terdapat pada waktu kini terutama dalam kalangan nelayan yang menangkap ikan secara kecil-kecilan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->