You are on page 1of 11

3.

0 JENIS DAN CIRI AKTIVITI PERIKANAN

Sektor perikanan di rantau Asia Pasifik merupakan sektor ekonomi yang penting.
Sektor ini penting kerana sebahagian besar negara-negara Asia Pasifik adalah dikelilingi
oleh lautan yang luas khususnya Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber-sumber
perikanan.
Selain itu, tradisi pemakanan penduduk Asia Pasifik yang menjadikan sumber
perikanan sebagai protien utama untuk melengkapi sumber karbohidrat iaitu beras.
Antara negara Asia Pasifik yang maju dengan sektor perikanan ialah Jepun, China, dan
Thailand. Bagi negara Malaysia, kegiatan perikanan merupakan salah satu sektor yang
penting kepada ekonomi negara, namun begitu kemajuan dalam sektor ini masih ditahap
yang rendah dibandingkan dengan negara Jepun dan Thailand.
Antara negara Asia Pasifik yang menjalankan aktiviti perikanan ialah seperti
Vietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, dan Korea Utara serta negara-negara
Oceania seperti Australia dan New Zealand. Aktiviti perikanan di negara-negara Asia
Pasifik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Perikanan pinggir pantai
Perikanan laut dalam
Perikanan akuakultur

3.1 Perikanan Pinggir Pantai


3.1.1 Lokasi Perikanan

Perikanan pinggir pantai dijalankan di kawasan laut cetek iaitu di kawasan pentas
benua. Perikanan pinggir pantai di Malaysia misalnya dijalankan di kawasan perairan
seperti di Laut China Selatan, Laut Sulu, Selat Melaka, dan Selat Tebrau. Jarak dari
pantai bagi menjalankan aktiviti perikanan pinggir pantai ialah tidak melebihi 32
kilometer dan kedalaman air lautnya kurang daripada 180 meter.
3.1.2 Teknologi atau Peralatan Tangkapan

Kegiatan perikanan pinggir pantai diusahakan oleh nelayan pinggir pantai yang
masih bergantung kepada teknologi tradisional seperti pukat tangkul, pukat tarik, jala,
pompang, bubu, bitol, pancing, kelong dan sebagainya. Nelayan pinggir pantai ini turun
ke laut pada awal pagi dan pulang dengan hasil tangkapan mereka pada waktu petang.
Terdapat pelbagai jenis ikan yang ditangkap seperti tenggiri, parang, bawal, bilis, udang,
ketam, dan sotong.

3.1.3 Skala Pengeluaran

Hasil tangkapan bagi nelayan piggir pantai biasanya kecil dan sedikit. Hasil
tangkapan lebih digunakan untuk keperluan harian keluarga dan selebihnya barulah
dijual. Namun begitu pada masa kini konsep sara diri ini telah berubah, sebahagian
besar hasil tangkapan dijual dan sedikit sahaja digunakan untuk keperluan keluarga.
Hasil jualan tangkapan ikan ini menjadi sumber pendapatan nelayan-nelayan pinggir
pantai.
Modal. Sebahagian besar nelayan pinggir pantai terdiri daripada golongan yang
miskin. Disebabkan faktor tersebut, para nelayan pinggir pantai tidak mempunyai
modal yang cukup untuk mengusahak aktiviti perikanan secara besar-besaran.
Kebanyakkan nelayan pinggir pantai terpaksa bergantung kepada orang t e n g a h
u n t u k m e n e r u s k a n k e g i a t a n p e r i k a n a n . K e a d a a n menyebabkan nelayan
terikat dengan sistem hutang orang tengah. (golongan pemborong atau peraih).
Untuk membantu nelayan-nelayan pinggir pantai yang bermasalah ini,
kerajaan Malaysia telah menyediakan bantuan modal, subsidi bot, dan pukat bagi
membolehkan mereka mengusahakan kegiatan perikanan tanpa bergantung
kepada orang tengah.

3.2 Perikanan Laut Dalam


3.2.1 Lokasi Perikanan
Perikanan laut dalam dijalankan di kawasan perairan antarabangsa
seperti di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Jarak dari pantai bagi
aktiviti perikanan laut dalam ialah melebihi 32 kilometer dan kedalaman laut melebihi
180 meter.

3.2.2 Teknologi atau Peralatan Tangkapan

Kegiatan perikanan laut dalam diusahakan oleh nelayan-nelayan yang


terlatih dan bekerja secara khusus kepada sektor ini. Perikanan laut dalam
bergantung sepenuhnya kepada peralatan moden seperti kapal atau bot besar
seberat 200 tan yang dilengkapi dengan radar pengesanan ikan, sistem
telekomunikasi canggih, jentera penarik, pukat tunda, pukat harimau, pukat apollo,
kemudahan dingin beku, dan kemudahan memproses ikan yang ditangkap.
Nelayan biasanya berada di laut lebih daripada seminggu. Bagi nelayan laut
dalam di negara Thailand dan Jepun mereka akan berada di laut dalam tempoh
berbulan-bulan. Pelbagai jenis ikan yang ditangkap seperti tuna, tenggiri, bawal,
merah, ikan paus, dan lain-lain.

3.2.3 Skala pengeluaran

Hasil tangkapan adalah banyak dan secara besar-besaran. Hasil tangkapan


digunakan untuk jualan atau dieksport ke luar negara. Selain itu, hasil
tangkapan juga digunakan dalam industri pengetinan ikan khususnya ikan sardin.
6 Bagi sesetengah nelayan laut dalam, pengkhususan dalam tangkapan ikan
telah dibuat. Misalnya hanya dibenarkan menangkap ikan tuna dan ikan paus
sahaja.

3.2.4 Modal

Modal yang digunakan oleh nelayan laut dalam adalah besar dan
sesetengahnya dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan. Modal yang
besar perlu bagi pembelian bot berkuasa tinggi, pukat yang moden seperti pukat
tunda, sistem telekomunikasi canggih, dan bayaran upah kepada pekerja atau
nelayan secara khusus.
D i n e g a ra Ma l a y si a , l o ka si p e n d a ra ta n i ka n l a u t d a l a m te l a h
dikhususkan di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti di Tanjung Api, (Kuantan
Pahang), Kuala Kemaman (Terengganu), Tok Bali (Kelantan), dan Kuala Perlis
(Perlis).

3.3 Perikanan Akuakultur

Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang
amat penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.
Akuakultur menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah tangkapan ikan di
Malaysia. Akuakultur yang dijalankan negara ini dibahagikan kepada dua jenis
iaitu:
Perikanan air tawar
Perikanan air payau dan air masin (marinkultur)

3.3.1 Lokasi kegiatan

Perikanan air tawar banyak dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam, paya,
dan sawah padi. Manakala marinkultur pula dijalankan di muara sungai, paya
bakau atau paya nipah, pinggir pantai, atau teluk yang terlindung. Kawasan
akuakultur yang popular di Malaysia adalah seperti Pulau Aman di Pulau Pinang,
Sabak Bernam di Selangor, Beluran di Sabah, Mercang dan Kuala Setiu di
Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor.
Jenis-jenis ternakan
Jenis ternakan adalah berbeza mengikut kesesuaian air yang ada.
Jika perikanan air tawar biasanya dipelihara ikan patin, talapia, karp, kelah,
kaloi, udang galah, dan sebagainya. Manakala marinkultur pula menternak ikan
siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau, dan lain-lain lagi.
3.3.2 Teknologi atau Kaedah.

Industri akuakultur menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan,


ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus,
makanan tambahan, rawatan air, clan pengurusan sistematik seperti mengasingkan
ikan mengikut saiz dan umur. Selain itu perikanan akuakultur juga turut
menggunakan alat dingin beku dan bekalan oksigen untuk menjamin ikan
sentiasa hidup ketika berada di pasaran.

3.3.3 Modal

Ternakan akuakultur yang diusahakan oleh pihak swasta biasanya


menggunakan modal yang besar. Contohnya ternakan udang harimau di Rompin,
Pahang yang bertujuan untuk eksport. Manakala ternakan individu pula menggunakan
modal yang sedikit seperti yang diternak oleh nelayan tempatan di pinggir-pinggir pantai
atau muara sungai. Kebanyakan modal individu disalurkan oleh kerajaan secara
pinjaman atau subsidi.

3.3.4 Skala Pengeluaran

Sebahagian besar Skala pengeluaran adalah untuk pasaran di dalam negara dan
luar negara. Penternakan kecilkecilan biasanya berorientasikan pasaran dalam negara
seperti di pasar tani atau pasar malam. Penternakan ini dilakukan secara kecil-kecilan
kerana dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Manakala penternakan yang dijalankan oleh syarikat swasta lebih
berorientasikan eksport ke luar negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan, dan Korea.
Antara ternakan akuakultur yang dieksport ke negara-negara tersebut adalah seperti
udang harimau, ikan siakap dan kerapu.

3.4 Kaedah dan Alatan Penangkapan


Pukat merupakan salah satu daripada peralatan menangkap ikan secara tradisional
yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Namun begitu secara tidak langsung,
fungsinya kini dipertingkatkan lagi dengan adanya beberapa perubahan dan
pembaharuan yang dilakukan ke atas alat ini. Terdapat beberapa jenis pukat, antaranya
ialah pukat sorong, pukat tunda, dan pukat rinau. Pukat biasanya digunakan oleh para
nelayan kecil dan sederhana. Lazimnya pukat mempunyai lubang-lubang agar besar
antara 4-6 inci.
Pukat digunakan oleh nelayan laut dalam dengan menggunakan bot besar. Nelayan
jenis ini akan pergi memukat pada masa alut tidak bergelora selama 3-5 hari. Hasil
tangkapan adalah ikan yang lebih besar dan tangkapan lebih banyak.

3.4.1 Pukat Tarik

Pukat tarik biasanya digunakan oleh nelayan di Pantai Timur seperti Kelantan,
Terengganu dan Pahang. Ianya berbentuk seperti sebuah bakul yang besar, malahan,
pukat ini juga turut dikenali sebagai Pukat Payung. Pukat ini boleh digunakan dalam
perairan dalam ataupun cetek airnya dan cara menggunakannya sama sahaja
berbanding dengan pukat-pukat yang lain. Biasanya pukat tarik digunakan untuk
mendapatkan ikan yang lebih besar. Ikan-ikan yang biasa ditangkap dengan
menggunakan pukat tarik ialah ikan kembong. Nelayan-nelayan di Pulau Pangkor,
Pulau Ketam, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Pahang dan Terengganu banyak
menggunakan pukat tarik.

3.4.2 Pukat Bakul / Pompang

Pukat bakul berbentuk agak kecil jika dibandingkan dengan pukat-pukat yang
lain. Asalnya pukat jenis ini dibiarkan terbuka disebabkan oleh bingkai yang terdapat di
sekeliling mulutnya. Sekarang ia dibuat daripada benang jaring yang boleh juga
dipanggil sebagai pukat bakul berbingkai.
Ia dipasangkan di dasar laut yang mempunyai permukaan lembut dan rata serta
menghadap ke arah arus yang deras. Pukat bakul atau lebih dikenali sebagai pompang
ini, hanya digunakan pada masa air pasang besar sahaja iaitu kira-kira 7-8 hari setiap
bulan. Pompang di dalam air dipasangkan pada kayu pancang yang mengarah kepada
arus. Ini kerana apabila ikan berenang akan mengikut arus akibat ditolak oleh alurnya
yang kuat. Ikan yang terperangkap dipukat terdiri daripada ikan kekek, ikan baja, udang
dan lain-lain lagi.

3.4.3 Pukat Jerut

Pukat jerut berupa suatu dinding jaring yang panjangnya sehingga beberapa
kilometer, beserta dengan tali pemberat (tali kajar bawah) yang sama panjang atau
lebih panjang daripada tali pelampung (tali kajar atas).
Pukat jerut juga sebidang pukat yang mempunyai beberapa biji gelang yang digantung
pada bahagian bawahnya. Gelang tersebut diperbuat daripada kayu, timah atau benda
berat yang lain seperti tembaga. Hari ini gelang tersebut diperbuat daripada sadur
logam. Logam tahan karat yang berbentuk bujur, bersama mekanisme gelang yang
dapat dibuka. Masyarakat Melayu dahulu lebih suka menggunakan tembaga asli untuk
membuat gelang tersebut.

3.4.4 Pukat Rentang

Pukat rentang biasanya digunakan untuk menangkap ikan di kawasan muara


sungai dan kawasan-kawasan pantai berteluk yang biasanya mempunyai lumpur. Pukat
rentang biasanya digunakan untuk menangkap ikan belanak, ikan baja, ikan duri, ikan
gelama dan sembilang. Nelayan biasanya memancangkan kayu pancang di dalam air
sebanyak 20 batang. Panjangnya kira-kira 3 meter setiap satunya.
Nelayan-nelayan akan berdayung ke kawasan kurungan (lingkungan pukat tersebut)
sambil mengetuk papan dan tin-tin kosong dengan tujuan menakutkan ikan-ikan
tersebut. Ikan-ikan yang berada di dalam ketakutan akan bertempiaran dan pada masa
yang sama akan merempuh pukat-pukat tersebut.
Pukat rentang ini biasanya digunakan oleh nelayan yang menjalankan kegiatan
menangkap ikan secara kecil-kecilan. Namun terdapat juga nelayan yang
menggunakan pukat ini untuk aktiviti menangkap ikan secara komersial dengan
dipermodenkan mengikut kesesuaiannya kemampuan nelayan.

3.4.5 Pukat Sodok

Pukat sodok mempunyai dua cagak kayu yang panjangnya lebih kurang satu
meter dan mempunyai pemegang yang sama panjang, namun hujung kedua-dua cagak
saling bersambung. Cagak ini dilengkung menggunakan sekeping kayu dan dawai yang
berfungsi untuk menarik kedua-dua hujungnya bersama. Sekeping jaring dilekatkan
pada bingkai ini, mendatar di bahagian hujung dan semakin melabuh ke arah
pemegang. Setelah sampai pada penyilang, jaring terus ke bahagian belakang
membentuk satu kocek. Semasa digunakan, kocek ini digantung melalui satu gelung tali
dari pemegang, dan pengguna mengasingkannya dari bahagian pukat utama. Ikan
yang ditangkap ditolak melalui gelung ini ke dalam kocek untuk disimpan di situ.
Biasanya peralatan ini digunakan oleh orang perseorangan di kampung-kampung.

3.4.6 Pukat Sorong

Pukat sorong merupakan sejenis pukat yang berbentuk segitiga. Pukat sorong
digunakan untuk menangkap udang di tepi pantai semasa air mati. Pukat-pukat jenis ini
tergolong dalam pukat yang merupai pukat tunda, sama ada dari segi bentuk ataupun
fungsinya, namun ianya berbeza dari segi proses melabuhkannya di mana pukat
sorong ditolak ke hadapan manakala pukat tunda pula ditarik. Pukat-pukat bakul
dikerjakan dengan tangan untuk menyauk ikan dan hidupan lain di dalam laut. Pada
mulanya pukat jenis ini dibuat daripada papan seperti bakul datar tetapi, selalunya
pukat ini terbuka disebabkan oleh bingkai di sekeliling mulutnya. Pukat sorong yang
asal bersaiz kecil jika dibandingkan dengan pukat sorong yang ada sekarang.
Operasi menyorong boleh dijalankan di waktu siang atau malam mengikut
adanya kumpulan udang. Pada malam bulan gelap kegiatan ini tidak boleh dijalankan di
kawasan air jernih kerana air laut akan mengeluarkan cahaya berkemutih
menyebabkan udang mengetahui datangnya pukat. Untuk mengatasi masalah ini,
nelayan menggunakan lampu yang terang kerana mata udang tidak dapat menahan
cahaya lampu dan menyebabkan udang tersebut tidak dapat melihat pukat yang telah
disorong.
Operasi menyorong pukat tersebut dijalankan oleh dua orang nelayan di
pesisiran pantai. Setelah mengetahui tempat kumpulan udang, dua batang buluh
diturunkan dan kain jaring dipasangkan kepada buluh. Pangkal buluh diikatkan pada
haluan sampan, dan kedua-dua nelayan tadi akan turun ke dalam air yang
kedalamannya yang  biasa ialah di antara 1.2 meter hingga 1.5 meter. Di dalam air,
nelayan akan memegang buluh tersebut supaya buluh itu akan sentiasa berada dalam
keadaan terbuka dan separuh tenggelam. Buluh akan disorong bersama sampan ke
hadapan dan udang-udang akan masuk ke dalam jaring dan seterusnya ke dalam
kandul.

3.4.7 Bubu

Bubu merupakan sejenis alat menangkap ikan dan termasuk dalam kumpulan
perangkap. Ianya sering digunakan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di persisiran
pantai, lautan ataupun penduduk desa yang tinggal berhampiran dengan sungai.
Walaupun bentuknya yang agak berbeza dengan mana-mana perangkap yang lain
kerana saiznya yang agak kecil, namun ianya mudah dibawa dan senang diletakkan di
tempat yang didapati banyak mempunyai ikan. Terdapat beberapa jenis bubu antaranya
ialah bubu batang, bubu daun, bubu janbul dan bubu sadah. Bubu merupakan salah
satu alat tangkapan tradisional Melayu yang masih kekal dengan bentuk asal dan ianya
masih digunakan sehingga hari ini.
Secara amnya, sebuah bubu dibentuk daripada tapak berbentuk empat segi
bujur yang diperbuat daripada rotan atau buluh mengikut rupa bentuk tertentu. Seluruh
tapak dan rangka ini diliputi dengan kawat mata punai. Di bahagian depannya terdapat
satu pintu masuk yang dipanggil injap yang berbentuk seperti leher kuda. Fungsinya
adalah untuk memerangkap hasil tangkapan dengan membenarkan ikan masuk tetapi
menghalangnya daripada keluar, manakala satu lagi pintu yang boleh dibuka dan
ditutup, berada di bahagian tapak untuk mengeluarkan hasil tangkapan. Pembuat bubu
hanya memerlukan kemahiran meraut dan menganyam buluh. Buluh tersebut perlu
dipotong kecil-kecil secara memanjang dan diraut untuk menjadi bilah yang boleh
dianyam. Bahagian atasnya dibentuk untuk dibuat lingkaran supaya dapat menyokong
buluh-buluh yang akan disatukan dengan pengadangnya.
Sehingga kini masih terdapat penduduk desa menggunakan bubu tradisional
untuk menangkap ikan air tawar khasnya bagi memenuhi keperluan harian. Antara hasil
tangkapan ikan yang biasa diperolehi ialah ikan sepat, keli, haruan, puyu dan ikan air
tawar yang lain yang amat digemari oleh masyarakat desa.
Pada masa ini, bubu telah diubahsuai dan diperbuat daripada bahan-bahan
logam sesuai dengan penggunaannya untuk dilabuhkan di dasar lautan agar tahan
lebih lama. Sungguhpun begitu, pembuatan bubu tradisional ternyata lebih mudah dan
menjimatkan berbanding dengan bubu moden.

3.4.8 Jala

Jala merupakan sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang sehingga kini
masih digunakan walaupun terdapat beberapa alatan tangkapan ikan yang lain yang
sudah tentu lebih canggih dan mudah digunakan oleh para nelayan masa kini. Oleh itu,
penghasilannya masih diteruskan sehingga ke hari ini. Penduduk kampung pendalaman
biasanya menghasilkannya untuk dipasarkan ataupun hanya untuk kegunaan sendiri.
Ianya diperbuat daripada benang-benang kapas atau benang nilon yang agak kasar
bagi menyokong beban berat hasil tangkapan. Ianya menggunakan teknik anyaman
benang menggunakan coban. Dikeliling jala diletakkan cincin besi sebagai pemberat.
Teknik menebar jala dititik beratkan pada zaman dahulu, malah setiap upacara
penebaran jala dilakukan beramai-ramai dan diketuai oleh raja atau sultan. Dalam
setiap perahu terdapat satu kumpulan nelayan iaitu terdiri daripada pendayung,
seorang pengemudi dan seorang lagi penebar jala yang berdiri dihujung haluan dan
akan melakukan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan menebar jala.
Jala tradisional biasanya mempunyai jaring yang lebih kecil, diperbuat daripada
benang kapas yang telah dipintal dan panjangnya dari tengah ke tepi biasanya dua atau
tigalengan panjangnya, manakala bagi panjangnya pula biasanya dua atau tiga belas
panjangnya. Jala tersebut haruslah ditebar dengan cara yang betul agar dapat melebar
dengan lebih luas.

3.4.9 Kelong

Kelong merupakan batang nipung yang dipacak berbaris-baris di dalam dasar


laut dan hujungnya timbul di permukaan. Kelong akan menghadap arus laut untuk
memerangkap ikan ke dalamnya. Kawasan kelong yang telah ditanam cerucuk nibong
ataupun kini digunakan kayu dan besi akan dipasang dengan jala bertujuan untuk
memerangkap ikan setelah dipukul ombak mengikut arus laut.
Kawasan ini akan dibekalkan dengan pencahayaan yang mencukupi pada waktu
malam dengan tujuan untuk menarik ikan masuk ke dalam kelong dan sekaligus
memerangkap ikan tersebut di kawasan jala. Kelong pada kebiasaannya popular di
kawasan pantai barat semenanjung yang berombak sederhana dan tidak mengalami
musim tengkujuh yang ketara.

You might also like