You are on page 1of 3

KEMUDAHAN CUTI UNTUK GURU

a) Cuti Tanpa Rekod


(Perintah Am Bab C Perkara 41-46 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9
Tahun 1991)

1) Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan pasukan sukarela (seperti


pada LAMPIRAN ‘A’ Perintah Am) tidak melebihi 30 (+2) hari
setahun.

2) Untuk menghadiri latihan/khemah tahunan persatuan/pertubuhan


dalam Malaysia sahaja (seperti pada LAMPIRAN ‘B’ Perintah Am)
tidak melebihi 14 (+2) hari (jika lebih, gunakan Cuti Rehat atau Cuti
Tanpa Gaji).
2.1) Kemudahan yang sama untuk menghadiri kursus anjuran
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kursus
Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber
Manusia.
2.2) Bagi kursus ke luar Negeri, pertimbangan JPA.

3) Untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan/luarbiasa, khemah


latihan tahunan, seminar dan aktiviti sukan pertubuhan/persatuan di
Malaysia.
4) Untuk mengambil peperiksaan (pada hari-hari peperiksaan sahaja).
Tempoh/hari lain kelayakan Cuti Rehat / Tanpa Gaji).
5) Untuk mengambil bahagian dalam sukan/olahraga di peringkat
Negeri/Antarabangsa tidak melebihi 30 hari. Juga bagi ahli
Majlis/Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri/Antarabangsa
itu menghadiri mesyuarat AJK.
6) Untuk anggota lelaki semasa isteri bersalin tidak melebihi 7 hari
(termasuk hari atau tarikh isteri bersalin).
7) Apabila diminta hadir oleh/di mahkamah (termasuk 1 hari untuk pergi
dan 1 hari untuk balik) Pekeliling JPA(S)223/8/3-3.

SK4/(11) bertarikh 26.7.1994

i. Diberi kepada ahli-ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri


persidangan perwakilan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
yang diadakan di dalam negeri dan untuk menghadiri mesyuarat-
mesyuarat agung tahunan/luarbiasa diperingkat Kebangsaan (tanpa
menambah bilangan Hari Cuti Tanpa Rekod yang sudah dibekalkan).
ii. Cuti Tanpa Rekod tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai
Kesatuan Sekerja untuk menjalankan urusan-urusan Kesatuan
Sekerja.
Surat ruj. JPA(S) 177/4/3/Klt.2(60), 25 Januari 1985.
b) Cuti Isteri Bersalin Di Bawah Perenggan 58.2
Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991

1) Kemudahan cuti isteri bersalin sebanyak tujuh hari diberi kepada


pegawai-pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang dia
berkelayakan pada tarikh isterinya bersalin dan bukannya telah
kehabisan semua cuti rehat tahunannya.
2) Pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang dari tujuh hari pada
tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti tanpa rekod sebanyak
baki tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, enam hari cuti tanpa rekod
diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan
satu hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki
sebanyak enam hari.
3) Cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai
bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seseorang pegawai
itu bersalin selepas waktu pejabat.
4) Semua hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh
dalam tempoh cuti ini hendaklah diambilkira; dan
5) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
6) Kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada pegawai
perkhidmatan pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal
persekolahan. Dalam pada itu, pegawai perkhidmatan pendidikan
yang bertugas semasa penggal sekolah juga layak diberi kemudahan
ini.

c) Cuti Bersalin Untuk Guru


1) Cuti Bersalin Bergaji Penuh Bagi Sandaran Terlatih (GST) Yang
Dilantik Ke Jawatan Tetap

Kemudahan cuti bersalin bergaji penuh hanya diperuntukan kepada


guru wanita yang telah dilantik tetap ke dalam perkhidmatan.
Kemudahan ini tidak dipanjangkan kepada anggota sambilan dan
sandaran.

Guru Sandaran Terlatih wanita tidak juga layak mendapat


kemudahan cuti bersalin bergaji penuh mulai tarikh surat rasmi
perlantikan tetap mereka dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
walaupun tarikh perlantikan tetap mereka itu di kebelakangkan.

Apabila peraturan itu dilaksanakan ianya telah menimbulkan pelbagai


masalah. Antaranya ialah mereka tidak layak diberi sebarang cuti dan
dalam tempoh tersebut elaun tidak dibayar kepada mereka. Di
samping itu, tempoh mereka tidak hadir bertugas kerana bersalin
tidak boleh diambil kira bagi tujuan faedah persaraan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam


melalui suratnya JPA(S)/63/51/2Klt.2/(5) bertarikh 12 Ogos 1994
telah bersetuju agar Guru Sandaran Terlatih perempuan yang dilatih
tetap ke dalam perkhidmatan tetap dan tarikh perlantikannya
dibelakangkan adalah layak mendapat kemudahan cuti bersalin
bergaji penuh jika tempoh yang dibelakangkan itu meliputi tempoh
bersalin. Kemudahan cuti ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Oktober
1993.

2) Cuti Bersalin Kepada Cuti Wanita Yang Telah Menggunakan


Kelayakan Lima (5) Kali Kemudahan Cuti Bersalin Bergaji Penuh

Guru wanita yang telah menggunakan kelayakan lima (5) kali


kemudahan Cuti Bersalin dalam tempoh perkhidmatan, sekiranya
bersalin anak ke-enam boleh diberi cuti bergaji penuh jika tempoh
tersebut jatuh dalam cuti penggal sekolah. Selain dari itu, cuti
separuh gaji diperuntukan bagi tempoh 14 hari apabila tempoh cuti
bersalin mereka jatuh dalam waktu persekolahan.

You might also like