You are on page 1of 11

FALSAFAH PENDIDIKAN BARU

Pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk mencapai matlamat


wawasan 2020 melalui melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan
untuk mencapai wawasan 2020. Memperkembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi melalui
Pengajaran Efektif, supaya pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang
terkini dan memperkembang sosial serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja
untuk pencapaian taraf negara maju.

UNSUR-UNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN BARU

Pendidikan merupakan langkah yang konkrit- hanya melalui pendidikan


matlamat dan cita-cita Negara dapat dicapai. Ini kerana pendidikan akan
melahirkan generasi yang akan berusaha untuk kemajuan negara. Pendidikan
asas bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan makmur yang
selaras dengan konsep wawasan 2020 dan konsep Satu Malaysia.

mencapai matlamat wawasan 2020- untuk mencapai matlamat wawasan


2020 yang seperti berikut: Sembilan matlamat utama

a) matlamat 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta


menyanjung masa depan yang dikongsi bersama

b) matlamat 2 - melahirkan masyarakat yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya

c)matlamat 3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat


demokrasi yang matang

d) matlamat 4 - membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya

e) matlamat 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan


toleransi

f) matlamat 6 - membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif


serta berdaya cipta
g) matlamat 7 - membentuk masyarakat yang berbudi bahasa dan berbudaya
penyayang

h) matlamat 8 - menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yand adil ekonomi

i) matlamat 9 - membentuk masyarakat yang makmur

melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan untuk mencapai


matlamat 2020- melalui pendidikan dapat melahirhan insan yang berupaya
memupuk keharmonian keluarga, masyarakat dan negara dan juga insane
yang berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan Negara dengan
menggunakan sains dan teknologi serta ICT. Semangat patriotik dan cintakan
Negara dapat disemai dalam diri rakyat melalui pendidikan. Semangat
tersebut dapat mewujudkan rakyat yang sanggup berkorban untuk Negara.

Memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan seimbang


dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi- Penyediaan kurikulum yang
relevan supaya pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang terkini dan
penyediaan sistem penyampaian yang berkesan supaya pelajar memperolehi
ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) . Penyediaan kurikulum yang
menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan Agama, Moral supaya
melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf negara maju,
disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar
dalam semua aspek kehidupan. Pemupukan patriotisme melalui penerapan
dalam semua mata pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat
masyarakat, supaya melahirkan pelajar yang mempunyai semangat bangga
sebagai rakyat Malaysia.
melalui Pengajaran Efektif- Aktiviti pengajaran dapat dilaksanakan secara
sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat permulaan diikuti
dengan peringkat perkembangan konsep, penggunaan ilmu pengetahuan
serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. Di
dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid dan
menarik perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran guru
dengan penuh minat. Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan
dengan cara yang mudah. Isi pelajaran dapat disampaikan langkah demi
langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan.
Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkan supaya murid- murid
menyertai aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang
berinteraksi di dalam kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan
pendapat dalam aktiviti perbincangan.

MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERUPAYA UNTUK MENJAYAKAN


MATLAMAT WAWASAN 2020
KEHENDAK MASYARAKAT

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak


mulia, bertanggungjawab.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
Peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran
yang menjadi matlamat Falsafah pendidikan Malaysia yang akan membantu negara
memperkembangkan ekonomi melalui peningkatan produktiviti dan jumlah tenaga
mahir. Dasawarsa ini, pembangunan modal insan amat ditekankan untuk
memastikan misi kerajaan iaitu Wawasan 2020 terlaksana. Potensi individu dan
pembangunan modal insan ini dapat dikembangkan melalui pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin memiliki masyarakat yang


mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Di samping itu, individu itu juga perlu
berpandangan jauh, berinisiatif dan berkebolehan untuk menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna dan tepat pada masanya. Rakyat yang memiliki
akhlak yang mulia, berdisiplin, sopan santun dan berperwatakan baik juga menjadi
objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu seperti ini akan menjaga
ketenteraman awam dan tidak akan menimbulkan kekecohan. Oleh sebab itu,
negara kita akan sentiasa aman dan harmoni. Individu ini juga sentiasa berpegang
kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melahirkan rakyat yang


bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai warganegara. Setiap
rakyat perlu sedar akan tanggungjawab mereka untuk menjaga perpaduan seperti
mana yang disyorkan dalam konsep ‘satu Malaysia’, keselamatan dan meningkatkan
ekonomi negara.
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan.

Melalui perkembangan potensi diri yang menyeluruh, rakyat akan dapat


memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluan diri sendiri, keluarga,
agama, bangsa dan negara. Di samping itu, rakyat akan berfikiran waras, berjiwa
tenang dan berdaya tahan untuk menghadapai cabaran hidup di era globalisasi ini.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.

Melalui pendidikan dan latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang


mahir, inovatif dan produktif untuk mempertingkatkan produktiviti negara. Rakyat
seperti ini juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara menurut dasar-
dasar yang ditetapkan serta ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
KEHENDAK PELAJAR

Perkembangan potensi individu.

Potensi adalah bakat dan kebolehan semula jadi yang dimiliki oleh seseorang
sejak lahir lagi. Bakat ini adalah kurnian daripada tuhan dan mungkin terpendam.
Bakat yang dimaksudkan meliputi aspek-aspek tertentu seperti rohani, emosi, intelek
dan jasmani. Menyedari hakikat ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengambil
inisiatif untuk memperkembangkan potensi individu melalui proses pendidikan.
Potensi individu ini perlu di gilap, dikembangkan dan dipertingkatkan kerana ia amat
berharga dan berguna untuk pembangunan negara. Pendidikan yang diamalkan di
Malaysia memberi peluang untuk semua pelajar mengembangkan bakat, potensi
dan kebolehan mereka. Sebagai contoh, aktiviti kokurikulum yang diadakan di
sekolah memberi peluang untuk para pelajar menunjukkan sikap kepimpinan yang
ada dalam diri mereka. Di samping itu, aktiviti ini turut memberi ruang untuk pelajar
mempamerkan kebolehan masing-masing dalam bidang-bidang tertentu.

Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Bakat, potensi dan kebolehan individu perlu dikembangkan ke peringkat


paling optimum dan diselaraskan supaya tidak berlaku pertentangan antara satu
sama lain. Perkembangan ini juga perlu merangkumi 4 aspek utama iaitu intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Sekiranya usaha untuk mengembangkan potensi individu
ini mengabaikan salah satu aspek di atas maka, acuan yang ingin dibentuk akan
mengalami kekurangan. Oleh itu, 4 aspek yang dinyatakan di atas perlu diutamakan
dan usaha untuk mengembangkan bakat itu perlulah berterusan, menyeluruh dan
bersepadu.
Insan yang seimbang dan harmonis.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan memfokuskan untuk menghasilkan insan


yang seimbang dan harmonis. Matlamat ini boleh di capai apabila semua potensi
yang ada pada diri individu tersebut telah dikembangkan secara menyeluruh dan
bersepadu. Individu seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki
sahsiah yang baik, sentiasa bersyukur (rohani), bersedia menerima ujian dan
cabaran hidup (emosi), berfikir untuk menyelesaikan masalah (intelek) serta
mengamalkan gaya hidup yang sihat (jasmani). Keseimbangan antara keempat-
empat aspek berkenaan akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara
harmonis dengan diri dan orang lain.

Unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani menjadi asas kepada kewujudan
insan yang seimbang. Seseorang individu perlulah mempunyai kemahiran asas iaitu
membaca, menulis dan mengira. Individu itu juga perlu sentiasa berusaha untuk
memperoleh dan mengembangkan ilmu. Di samping itu, individu itu juga perlu
berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif serta perlu sentiasa berfikir ke hadapan.
Individu itu juga perlu berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain.

Unsur kerohanian merangkumi unsur-unsur seperti keyakinan kepada tuhan,


bersyukur dengan pemberian tuhan, berakhlak mulia dan dan berpegang kepada
nilai-nilai murni. Penerapan ini dirangkumkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang kita guna pada masa kini.

Individu yang lahir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan


mempunyai emosi yang stabil dan matang. Emosi yang stabil dan matang akan
menjadikan seseorang itu tabah dan tidak mudah putus asa. Di samping itu, individu
itu akan mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan yang tinggi.

Unsur jasmani juga penting dalam melahirkan insan yang seimbang dan
berguna kepada negara. Seseorang itu perlu memiliki kesihatan dan kecergasan
fizikal untuk berbakti kepada masyarakat dan negara. Di samping itu, individu itu
juga perlu menggunakan kemahiran fizikal yang ada untuk manfaat semua.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Tuhan adalah perkara yang paling penting dalam diri seseorang. Tuhan
adalah tempat di mana seseorang itu menumpahkan segala taat setia, patuh kepada
suruhan dan meninggalkan segala larangannya. Individu yang tidak mempunyai
pegangan agama atau tiada percaya kepada tuhan tidak akan berjaya dalam
hidupnya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan elemen ini agar individu
yang dihasilkan akan sentiasa :

1. mengakui kewujudan dan kekuasaan tuhan.


2. menyedari bahawa hukum dan kejadian alam adalah ketentuan tuhan
mereka.
3. menyedari bahawa segala tingkah laku dan perbuatan mereka akan
mendapat balasan daripada tuhan mereka.
4. mengamalkan segala ajaran agama yang di anuti dan meninggalkan
segala perkara yang di larang oleh agama mereka.

Oleh itu, insan yang cuba dilahirkan adalah insan yang kuat berpegang
kepada agama dan menyedari bahawa tanggungjawab membangunkan diri sendiri
adalah tuntutan agama mereka.
PERANAN GURU
Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan
matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik
murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman
serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar,
menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini
kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-
murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan
segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan social. Dahulu, pelajaran di sekolah adalah bersifatkan guru dan buku.
Guru hendaklah merujuk kepada buku panduan sekiranya ingin mengajar pelajar.
Pada yang sama, pelajar juga disediakan dengan buku teks supaya P&P dijalankan
secara lancer. Tetapi kini pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan computer.
Guru dikehendaki memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran yang diajar
serata mengetahui teknik pengajarannya. Guru juga hendaklah memiliki sifat yang
penyayang serta bersabar. Melainkan itu, guru juga hendaklah menjadi role model
kepada masyarakat, bangsa dan negara.Guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan
penyelidikan tindakan kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu,
menambah ilmu dan kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan
pengetahuan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Mengikut falsah pendidikan baru
yang dikemukkan,seorang guru berperanan sebagai seorang fasilitator yang mampu
mengurus rutin harian bilih darjah bersertakan menyedia dan menrancang
pembelajaran melalui prasarana IT. Guru dikehendaki menyediakan anak murid
mereka dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam penggunaan alat
teknologi. Guru juga adalah pembentuk akhlak murid. Guru sebagai penyalur
budaya dan ilmu. Selain itu, Guru juga berperanan sebagai agen penyalur budaya
dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks ini, guru cuba memainkan
peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi sesuatu masyarakat.
Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam pembentukkan akhlak
seseorang pelajar. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang pendidik,
pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan
masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional
seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran
pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalah
dan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik
dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Strategik Pembelajaran dan Pengajaran

1. STRATEGI DIREKTIF- Murid diarah mematuhi langkah-langkah pembelajaran yg


diberi oleh guru

2. STRATEGI PEMERHATIAN- Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan


orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran

3. STRATEGI MEDIATIF- Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru berperanan


sebagai ‘mediator’, menggunakan dialog dalam membimbing pemikiran pelajar
kearah memahami konsep atau pengetahuan

4. STRATEGI GENERATIF- Menggalakkan pelajar supaya kreatif melalui aktiviti


sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yg terbuka

5. STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF -Satu proses pembelajaran yg


membantu pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai satu
matlamat khusus

6. STRATEGI KONTEKS LUAR Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah, seperti
menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar, dll yg
berkaitan dengan kandungan pelajaran

7. STRATEGI METAKOGNITIF- Mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg


difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya

8. STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN- Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi


cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis
trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial,
membina scenario dan sebagainya.

You might also like