P. 1
Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia

Isu-Isu Pendidikan Di Malaysia

3.0

|Views: 5,788|Likes:
Published by Kulanz Salleh
Isu-isu pendidikan semasa dan terkini di Malaysia
Isu-isu pendidikan semasa dan terkini di Malaysia

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Kulanz Salleh on Mar 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial
List Price: $3.99 Buy Now

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

11/18/2014

$3.99

USD

pdf

text

original

ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk

menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana. . • • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan. dan • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. • • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan: • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa. misalnya: • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia. pengisian dan latihan guru. dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan.Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan.

Namun. setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. KPM).8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka . Oleh itu. Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu. setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut. Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. pada tahun 2000 sebanyak 61. Sebagai contoh. peruntukan kewangan. input pendidikan yang meliputi guru. bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010. kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan. kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Kesan globalisasi Selain daripada itu. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. khususnya di pedalaman dan pulau. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan. tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu. isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat.di sekolah luar bandar. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang . Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. khususnya di luar bandar. Implikasinya.

individualistik dan budaya kosmopolitan. Kes-kes bunuh. tabiat merokok di kalangan pelajar. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 – 80 peratus). Keselamatan pelajar Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kejadian ke atas pelajar. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah. atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik.mana mereka lebih mementingkan materialistik. Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60:40 antara sains:sastera. melepak. rogol. bahkan juga lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali. ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. culik. Sebagai contoh. Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik. ragut dan sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan. Ini . Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera sebanyak 40 peratus. gejala vandalisme. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah. tidak termasuk kejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah.

antaranya: • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem. . terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Waktu pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu lewat pulang juga perlu dikaji semula. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas. tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan. • • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya. prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan.tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelas tambahan. • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan. kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah. • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan. keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri. Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad. dan • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

iaitu: sejarah perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia.PENUTUP Perbincangan ini telahpun mengupas tiga persoalan yang dikemukakan. dan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.com untuk mendapatkan artikel lain seperti ini. penulisan berkenaan tiga topik ini sebenarnya telah memberikan banyak manfaat kepada saya sendiri. Ini kerana proses penulisan tugasan melibatkan kajian keperpustakaan. Sebagai kesimpulan. . strategi bagi isu-isu semasa berkaitan Sila lawati http://kulanzsalleh. di samping merujuk kepada sumbersumber relevan secara atas talian (online). Jadi adalah diharapkan pengetahuan yang telah diperoleh sepanjang penyiapan tugasan ini akan dapat saya manfaatkan untuk pengetahuan sendiri dan juga sebagai asas pengetahuan semasa mengajar pelajar-pelajar di sekolah. menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pembangunan Pendidikan 2001–2010. Bhd. Sufean Hussin (2002). Bhd. Bhd. Teori dan Analisis. . Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Education Policy. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Policy Second dition. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.BIBLIOGRAFI Abdullah Sani Yahaya (2003). Sejarah Perkembangan Negara. Fadzilah bt Abdullah (1996). Sheela Abraham. Bandar Baru Sungai Buluh: Pustaka Cipta Sdn. Kuala Lumpur. Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). London. Kementerian Pelajaran Malaysia. Routledge Taylor And Francis Group. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Asas Pentadbiran Pendidikan. Bentong. Kuala Lumpur. (2001). Dasar pendidikan kebangsaan. Open University Press. Kuala Lumpur.K (2002). As Noordeen. Paul Trowler (2003). 1993. Robiah Sidin (1989). Second Edition. Colebatch H. Buckingham. Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Kuala Lumpur.

Bhd. Yahya Don (2005). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur Tengku Anuar (1990). Nurin Enterprise. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. .Tengku Anuar (1990). Nurin Enterprise. Kuala Lumpur. Fajar Bakti. Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Kuala Lumpur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->