P. 1
KKP EDU 3106_3

KKP EDU 3106_3

|Views: 2,978|Likes:
Published by Cikgu Oshin
Mengandungi Peranan Guru dalam Merealisasikan Konsep 1Malaysia, BI wajib lulus dalam SPM: Wajar atau tidak, Polarisasi kaum di Universiti
Mengandungi Peranan Guru dalam Merealisasikan Konsep 1Malaysia, BI wajib lulus dalam SPM: Wajar atau tidak, Polarisasi kaum di Universiti

More info:

Published by: Cikgu Oshin on Mar 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/04/2013

pdf

text

original

ABSTRAK Tugasan ini adalah di bawah subjek Budaya Pembelajaran (EDU 3107).

Tugasan ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama dilakukan secara berkumpulan (dua orang) mengkehendaki memilih satu etnik yang terdapat di Malaysia dan mengumpul maklumat mengenai budaya kumpulan etnik tersebut serta membentangkan laporan dalam bentuk grafik. Tugasan ini telah dilaksanakan dan dihantar kepada pensyarah pembimbing. Bahagian kedua pula merupakan tugasan individu yang memerlukan individu memilih satu artikel berkaitan isu pendidikan di Malaysia dan memberi ulasan mengenai kepentingan isu tersebut terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Manakala bahagian ketiga juga dilakukan secara berkumpulan, di mana setiap kumpulan dikehendaki menulis satu esei tidak lebih daripada dua puluh muka surat mengenai peranan guru dalam merealisasikan konsep 1Malaysia melalui sistem pendidkan. Juga cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

1

2.0 Peranan Guru Dalam Merealisasikan Konsep 1Malaysia

2.1 Pendahuluan Menurut Dr Ismail Ibrahim, Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya (Sumber - Dr Ismail Ibrahim). Hal ini kerana 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Di samping itu, 1Malaysia adalah pemangkin kepada usaha mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat (Sumber - Bahagian Dasar Penerbitan Negara). Justeru, gurulah yang berperanan menerapkan nilai perpaduan, patriotisme dan penerimaan antara kaum. Hal ini selari dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, "Guru akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kita dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,´. Beliau turut berkata bahawa "Anak-anak perlu dididik agar menghargai kemajmukan di negara ini dan menerima antara satu sama lain sebagai warganegara,". (http://smksungaipusu.blogspot.com/2009/06/guru-tonggak-

utama-realisasikan.html)

2.2 Konsep dan Definisi Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato¶ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ialah ³Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita,´. Hal ini bermaksud, konsep 1Malaysia menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing2

masing. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum (Bahagian Dasar Penerbitan Negara). Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato¶ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap agar dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Sebetulnya, Konsep 1Malaysia merupakan kesinambungan perjuangan Tun Abdul Razak yang berusaha besungguh-sungguh untuk mencapai perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum (http://www.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view =article&id=1842&Itemid=98). Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, ¶peranan¶ membawa maksud pekerjaan atau tugas manakala, guru pula didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik atau pengasuh. Frasa ¶ peranan guru¶ pula dapatlah diertikan sebagai pekerjaan atau tugas seorang pendidik atau pengasuh. Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia akan memberi kesan secara lansung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Oleh itu, sebagai pendidik adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru agar pendidikan yang adil dapat diberikan kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Oleh itu, dapatlah kita rumuskan disini bahawa klausa µPeranan Guru Dalam Merealisasikan Konsep 1Malaysia¶ membawa maksud pekerjaan atau tugas seorang pendidik atau pengasuh bertindak berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita dengan mengenepikan tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing agar dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

3

2.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan

2.3.1 Penyata Razak Penyata Razak 1956 telah diasaskan oleh Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau mencadangkan supaya satu sistem pendidikan menengah diselaraskan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956) Selain itu, Penyata Razak telah meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta sama kurikulum kebangsaan, bagi semua sekolah sukatan pelajaran dan sistem

peperiksaan yang

(http://kulanzsalleh.com/sejarah-

perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia). Tun Abdul Razak, yang juga merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu mengesyorkan Penyata Razak 1956 lantaran beliau merasa terpanggil untuk mengelakkan perbezaan pendidikan yang ketara antara kaum di mana pada ketika itu, telah wujud sekolah-sekolah vernakular yang kurikulumnya tidak dijalankan secara seragam. Oleh yang demikian, melalui penyeragaman yang dilakukan, masyarakat secara keseluruhannya dapat menerima keadilan peluang pendidikan tanpa mengira faktor kaum dan agama. Secara tidak langsung, perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat dipertingkatkan.

2.3.2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Matlamat utama PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, PIPP telah menggariskan enam teras utama. Walau bagaimanapun dalam perbincangan ini, kami

4

hanya mengupas teras yang pertama yang menekankan pembinaan negara bangsa (http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/dalantu/ppp_bab1_5.pdf). Dalam usaha menyediakan landasan yang kukuh untuk membentuk generasi bangsa Malaysia akan datang, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha untuk

membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa yang pelbagai. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab pekerti dalam kalangan pelajar

(http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/dalantu/ppp_bab1_5.pdf). Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan di sini bahawa pelaksanaan PIPP bertujuan untuk memperbaiki lagi sistem pendidikan yang diamalkan pada waktu ini agar kemajuan yang dicapai dalam bidang pendidikan adalah seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mengkehendaki pembangunan individu secara holistik dari segi intelek, rohani, emosi, sahsiah dan jasmani. Di samping itu, PIPP juga menekankan kesepaduan antara murid dan guru tanpa mengenal kaum dan agama bagi mencapai satu matlamat yang sama. Kejayaan sesebuah sekolah dalam melaksanakan enam teras PIPP menunjukkan bahawa wujudnya hubungan simbiosis yang erat antara guru dan murid kerana mereka memainkan peranan bersama-sama, dalam usaha membina persekitaran sekolah yang mesra budaya.

5

2.4 Peranan Guru 2.4.1 Peranan Guru Melalui Kurikulum Kurikulum adalah proses merencana, memadatkan, menyepadukan,

mentafsirkan isi ataupun maksud, matlamat dan objektif kurikulum. Terbahagi kepada dua bahagian besar, iaitu meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah atau kokurikulum. (Ishak Ramly: 7) Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan kurikulum yang selaras untuk semua sekolah kerajaan di Malaysia, iaitu Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) bagi sekolah rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi sekolah menengah. Matlamat utama penubuhan KBSR dan KBSM ini adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, selaras dengan kehendak FPK (http://kdckdpm06.bravehost. com/kbsr.htm). KBSR digubal berdasarkan prinsip bahawa semua murid berhak untuk menerima pendidikan. Melalui KBSR, guru dapat membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia. Hal ini kerana konsep 1Malaysia seharusnya dipupuk sejak muridmurid di bangku sekolah lagi. Perkara ini turut disokong oleh Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan yang mengatakan bahawa ³Sekolah adalah permulaan di mana kanak-kanak mudah untuk menerima dan melaksanakan segala yang telah dipelajari,´ (Utusan Malaysia, 30 November 2009). Tambahan pula, konsep 1Malaysia sendiri turut menitikberatkan perpaduan. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Antaranya, mentafsir sukatan, iaitu dengan mengkaji sukatan dan mengubah suai sukatan tersebut mengikut kesesuaian budaya pembelajaran murid-murid. Di samping itu, guru perlulah memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih supaya sesuai dengan keperluan, selain merancang pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang diinginkan. Seterusnya, guru
6

pendidikan

dalam kalangan

rakyat

bagi

tujuan

mengeratkan

harus melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah dan akhir sekali melakukan penilaian untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi dengan membuat analisis keputusan yang diperoleh murid-murid. Dalam masa yang sama, guru bertanggungjawab untuk menyemai budaya kecemerlangan ke dalam diri murid-murid, di mana budaya kecemerlangan ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian. Kejayaan yang digapai bersama membuktikan tahap kesepaduan yang tinggi antara murid tanpa. 2.4.2 Melalui Kokurikulum Kokurikulum merujuk kepada aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya (Ab. Alim Abdul Rahim, 2004: 1). Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk bersama-sama bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang direncanakan bagi memberi galakan serta dorongan kepada murid-murid. Di samping itu, guru juga berperanan dalam mewujudkan kerjasama yang erat antara murid tanpa mengira perbezaan kaum melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, badan unit beruniform, bidang persatuan dan kelab serta bidang sukan dan permainan (Ab. Alim Abdul Rahim, 2004: 8). Melalui kokurikulum, murid-murid dilatih untuk membentuk organisasi di mana guru hanya bertindak sebagai penasihat dan pembimbing dalam usaha menggerakkan sesebuah persatuan. Namun demikian, guru perlulah bersikap adil dalam memberi layanan dan keutamaan dalam memegang jawatan. Sekiranya sesebuah sekolah terdiri daripada murid pelbagai bangsa, maka pemilihan ahli jawatankuasa juga perlulah melibatkan murid daripada pelbagai bangsa. Hal ini bagi mengelakkan murid-murid berasa tersinggung sekiranya sesebuah persatuan tersebut hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Selain itu, guru berperanan menggalakkan murid-murid berinteraksi dengan luas tanpa mengira kaum melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan seperti
7

perkhemahan dan pertandingan kawad kaki. Di sini, murid-murid akan belajar erti bekerjasama dan mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba untuk menerima kekuatan dan kelemahan rakan-rakan sekumpulan mereka demi

mempertahankan kumpulan masing-masing. Hal ini bertepatan dengan konsep gagasan 1Malaysia, di mana nilai penerimaan dapat dibentuk secara telus. Pada waktu inilah, guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana di mana murid-murid perlu menghargai siapa jua rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan sentimen perkauman. Perkara yang sama boleh diaplikasikan melalui acara sukan. Pada kebiasaannya, murid-murid akan bersaing mengikut kumpulan tertentu seperti rumah sukan, kelas mahupun peringkat umur. Justeru, peranan guru adalah untuk sentiasa mengingatkan murid-murid supaya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan demi mencapai kejayaan tanpa membezakan warna kulit. Secara tidak langsung, guru juga dapat membentuk disiplin murid-murid dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini penting dalam membimbing murid-murid untuk bekerjasama dalam segala hal, di samping mereka juga akan terdidik untuk mengamalkan toleransi terhadap rakan-rakan mereka. (Sumber ± Mok Soon Sang 2008: 45) Seterusnya, melalui persatuan dan kelab, guru juga berupaya menanam unsur perpaduan ke dalam diri setiap murid. Sebagai contoh Kelab Setia yang merupakan sebuah kelab unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing di samping membentuk pembangunan minda pelajar. Antara objektif penubuhan Kelab Setia ialah melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara serta membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian (http://www.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article &id=1842&Itemid=98). Di samping itu, terdapat juga Kelab Rukun Negara yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Idea tersebut tercetus atas kesedaran untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan meningkatkan
8

penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara. Oleh itu, guru berperanan dalam menggerakkan kelab ini di setiap sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid supaya menjadikan prinsip-prinsip tersebut sebagai pegangan dan budaya hidup seharian (http://kelabrukunnegaraipgkpm Hal ini

.blogspot.com/2010/01/latar-belakang-penubuhan-kelab-rukun.html).

bersesuaian dengan objektif Kelab Rukun Negara yang ingin memperkukuh pengetahuan mengenai falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dalam kalangan murid-murid. Justeru, menjadi tugas guru untuk mendidik murid-murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara untuk melahirkan warga pendidik yang dapat menyumbang ke arah mewujudkan negara bangsa

(http://kelabrukunnegaraipgkpm.blogspot.com/2010/01/objektif-penubuhan-kelab-rukunnegara.html). Sebagai kesimpulannya, di samping peranan guru melalui bidang kurikulum, para guru juga berperanan dalam menggerakkan kokurikulum bagi menggalakkan perpaduan dan pemupukan nilai-nilai murni serta aspirasi yang seiring dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan oleh Perdana Menteri kita. 2.2.3 Melalui Pedagogi dan Pendekatan P&P Dalam usaha mendidik murid-murid memahami konsep perpaduan dan erti toleransi, guru perlulah bijak mengatur strategi berkesan, terutama melalui pedagogi dan pendekatan P&P yang berkesan di dalam kelas. Antara strategi yang boleh diambil ialah pembelajaran kooperatif. Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya. Oleh itu, guru perlu memastikan murid-murid mematuhi prinsip pembelajaran koperatif; iaitu saling bergantungan positif, boleh berinteraksi secara bersemuka, akauntibiliti individu dan melibatkan diri secara adil dan saksama. Melalui cara ini, murid dapat dididik untuk bersikap rendah hati serta menghormati pandangan
9

orang lain tanpa membeza-bezakan latar belakang individu, selaras dengan nilai yang ditekankan dalam konsep 1Malaysia. Di samping itu, guru juga boleh mengaplikasikan strategi pembelajaran kolaboratif. Melalui strategi ini, murid-murid dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran. Murid-murid perlu berbincang dan membentuk organisasi sendiri bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam masa yang sama, aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru kerana guru sekadar membimbing muridmurid ke arah penyelesaian persoalan. Jika timbul persoalan, soalan itu akan dijawab oleh kumpulan itu sendiri melalui perbincangan dan perkongsian idea.

(http://www.teachersrock.net) Di sini, kita dapat lihat bahawa guru berperanan sebagai fasilitator.Hal ini adalah bagi memberi peluang kepada murid supaya belajar untuk membuat keputusan sendiri dengan cara permuafakatan bersama. Secara tidak langsung hubungan antara murid dapat diperkukuh. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah penilaian berasaskan budaya di mana penilaian yang dilakukan perlulah sesuai dengan situasi di dalam kelas tersebut. Hal ini bagi memastikan tidak ada murid yang tecicir daripada arus pendidikan. Selaku guru yang sentiasa menjadi pemerhati suasana di dalam kelas, guru boleh melakukan penilaian dalam aspek-aspek tertentu. Antaranya aspek hubungan sosial. Tujuannya adalah untuk mewujudkan perkembangan hubungan sosial yang dinamis, harmoni dan bertanggungjawab dalam organisasi bilik darjah tanpa mengira latar belakang yang berbeza (Sumber - Mok Soon Sang: ). Kesannya pula adalah murid-murid akan menyedari bahawa mereka mempunyai peluang yang sama untuk meningkatkan keupayaan diri. Dalam masa yang sama, ukhwah antara murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat dijalin dengan baik. Ibrahim Hussin ada menyatakan bahawa ³Apabila nilai perpaduan diterapkan dalam jiwa kanak-kanak semasa di sekolah, maka keharmonian dan nilai akan dapat diperkuatkan di peringkat akar umbi lagi,´

10

2.4.4 Melalui Matapelajaran Sejarah Di sekolah, perpaduan dapat dijana melalui kegiatan-kegiatan kurikulum. Dalam usaha menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotisme bagi tujuan penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan pula menyebabkan mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di sekolah menengah. Pendidikan Sejarah mempunyai peranan besar untuk generasi muda supaya celik sejarah seperti menghargai semangat juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air demi kemakmuran bangsa dan negara. Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanah air dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Sejarah juga membawa murid menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Sebagai contoh, melalui matapelajaran Sejarah guru membawa murid mengenali untuk Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan yang melihat perpaduan sebagai batu asas dan tunggak kemerdekaan Malaysia dengan menjadikan perbezaan budaya, warna kulit, agama dan adat resam sebagai keunikan bangsa Malaysia yang boleh kita banggakan sehingga hari ini. (Marina Munira Abdul Mutalib,Berita Harian, Jumaat 24 Ogos 2007). Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh untuk menerima kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia. Namun, adalah lebih penting untuk seorang guru menerapkan nilai-nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pengajaran sejarah agar murid

mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum dan seterusnya membantu dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. 2.4.5 Melalui Mata Pelajaran Bahasa Melayu Secara konseptual, Bahasa Melayu bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu merupakan teras perpaduan bangsa Malaysia di mana ia berperanan sebagai bahasa perantaraan yang berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.
11

Melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, guru berperanan menerapkan rasa cinta muridmurid terhadap bahasa kebangsaan namun ini bukan bermakna guru mengabaikan kepentingan Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh, guru boleh memberi gambaran sejarah yang telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan telah terbukti sebagai bahasa yang menjadi tulang belakang pembinaan ketamadunan alam Melayu. Ia juga diangkat menjadi bahasa lingua franca sebelum abad ke 13 lagi di seluruh kepulauan Melayu sehingga sebelum kedatangan Barat. Bahasa ini juga menjadi bahasa pengantar kepada perkembangan agama Hindu dan Islam di alam Melayu yang kemudiannya memperlihatkan ia menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan Arab.

Selain itu guru juga boleh menekan peri pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa rasmi pula bermaksud bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya. Di sinilah peranan guru sangat penting kerana jika guru berjaya meyakinkan murid tentang kepentingan ini maka murid akan berusaha untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Melalui cara ini, murid akan menggunakan Bahasa Melayu dalam komunikasi mereka dengan tujuan untuk pemantapan terhadap penguasaan Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, Bahasa Melayu akan digunakan dalam kehidupan seharian mereka termasuklah untuk tujuan berinteraksi tidak kira antara kaum mereka atau dengan kaum lain. Seterusnya, akan wujudlah perpaduan dan semangat kekitaan antara murid hasil dari komunikasi dalam bahasa yang sama ini.

2.2.6 Peranan Guru Melalui Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri, hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Selain itu, PSK juga adalah wahana bagi
12

mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. (Sumber http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/sukatan

/pendidikan-sivik/sp psk_kbsm.pdf) Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, guru berperanan dalam menerapkan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik ke dalam diri setiap murid untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat. (Sumber http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/sukatan/pendidikansivik/sp_psk_kbsm.pdf) PSK kepada murid juga tentang bertujuan peranan, hak dan memberi tanggungjawab kesedaran mereka dalam

masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara (Sumber http://www.malaysian-ghostDi samping

research.org/education/files/sukatan/pendidikan-sivik/sp_psk_kbsm.pdf).

itu, melalui mata pelajaran ini juga, guru boleh menyemai nilai integriti, yang turut ditekankan dalam konsep 1Malaysia ke dalam diri setiap murid. Hal ini kerana dalam usaha membangunkan negara, Malaysia memerlukan rakyat yang sanggup

mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. 2.4.7 Melalui Program Anjuran Sekolah Sekolah merupakan institusi pendidikan terpenting yang membantu dalam mewujudkan kemesraan dalam membina hubungan baik antara semua guru dan murid. Guru pula memainkan peranan sebagai medium perantara terbaik yang membentuk kemesraan ini. Untuk tujuan itu, pelbagai aktiviti anjuran sekolah boleh dirancang bagi menjayakannya.

13

Pertama, guru boleh mengadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak yang bertemakan 1Malaysia. Pada waktu ini murid hendaklah dibenarkan untuk memakai pakaian kebudayaan mereka. Ini bukan bermaksud untuk mewujudkan pengasingan antara kaum tapi bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepelbagaian budaya dan kaum yang wujud di Malaysia. Seterusnya, guru boleh membawa murid untuk saliang mengenali antara budaya dan adat kaum masingmasing agar wujud rasa hormat-menghormati terhadap perbezaan budaya dan adat antara mereka. Program ini pernah dilaksanakan oleh sebuah sekolah di Seksyen 2 Bandar Kinrara pada 12 November 2009 dan ternyata semua murid kelihatan gembira dan seronok pada hari yang istimewa ini. (http;//sks2bk.blogspot.com/2009/11/majlissambutan-hari-kanak-kanak.html) Kedua, sepertimana cadangan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perasmian Bengkel Kajian Semula PIPP 2006-2016 pada 20 Julai yang lalu, beliau bercadang untuk mewujudkan Kem 1Malaysia pada setiap tahun. Dalam kem ini, pelbagai aktiviti boleh dijalankan antara guru dan peserta agar lapan nilai konsep 1Malaysia akan dapat disemai dan ditanam kepada kesemua peserta. Selain itu, ianya dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan warga pendidik dan seterusnya dapat mencapai matlamat gagasan 1Malaysia. malaysia.html) Selain itu, program lain seperti program gotong-royong juga boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif semangat kerjasama dan perpaduan ini. Sebagai contoh, pada 30 Julai 2009 yang lalu bertempat di SMK Gedangsa, satu Program Gotong Royong (http://skkgkuantan.blogspot.com/2009/gambar-gambar-kem-1-

Perdana 1Malaysia telah diadakan bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Semua pelajar berbilang kaum terlibat di dalam program ini. Disinilah guru perlu bijak memainkan peranan. Guru seharusnya bertindak proaktif dengan membahagikan kerja pembersihan dengan mencampurkan murid dari pelbagai kaum untuk merapatkan jurang interaksi dan kerjasama antara mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung, objektif perpaduan itu akan dapat dicapai di samping membantu

14

dalam

merealisasikan

1Malaysia

yang

kita

idam-idamkan.

(http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/schools/view/100/ jurnal/10775)

2.5 Ulasan Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Guru perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah menjurus kepada mencapai matlamat ini. Guru berperanan untuk membuktikan bahawa semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Selain itu penerapan nilai murni melalui pendidikan diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Jika guru berjaya merealisasikan konsep µ1 Malaysia¶ sejak murid berada di bangku sekolah lagi, maka tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. ³Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan hasrat ini menjadi kenyataan. Segala ini bermaksud, jika cabaran globalisasi menuntut agar rakyat Malaysia menjadi lebih berpengalaman, lebih berkemahiran, lebih berdisiplin dan lebih mengutamakan kualiti maka tuntutan terhadap golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan jauh lebih hebat.´ (Sedutan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Sempena hari Guru 2005) Melihat kepada ucapan ini, kita akan dapat melihat betapa seorang guru itu memainkan peranan yang cukup besar dimana segala didikannya akan memberi impak yang sangat besar juga kepada diri setiap murid dan juga masa depan negara. Oleh itu, guru perlu
15

sedar bahawa konsep µ1 Malaysia¶ yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya ini perlu dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk

menghadapi sebarang cabaran di masa akan datang. 2.6 Kesimpulan Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. µ1Malaysia¶ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai matlamat 1Malaysia dan guru pula memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Perkara ini adalah selari dengan nilai Budaya Ilmu dalam nilai-nilai aspirasi gagasan 1Malaysia: ´Sesebuah negara hanya akan benar- benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat´ (Sumber: www.1Malaysia.com.my)

Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dan guru sebagai agen perubahan. Guru juga berperanan untuk membentuk komuniti

16

pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio budaya dan seterusnya menjadi sumber inspirasi murid dan negara. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

17

RUJUKAN

Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Oxford Fajar Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Admin SMK Sungai Pasu. (2009). Guru tonggak utama realisasikan 1Malaysia. http://smksungaipusu.blogspot.com/2009/06/guru-tonggakutamarealisasikan.html Diakses pada 13 Februari 2010.

Awang Azman Awang Pawi. (2010, Januari). Satu Malaysia Aspirasi Terhadap Bahasa Kebangsaan. Dewan Bahasa. Muka surat 16 ± 18.

Azman Ismail. (2010, Januari). Bahasa Melayu Asas Kekuatan Satu Malaysia. Dewan Bahasa. Muka surat 12 ± 15.

Dr Ismail Ibrahim (2009). Menginstitusikan Konsep Satu Malaysia. http://www.scribd.com/pdf/3747855/menginstitusikan-konsep--satu-malaysia. Diakses pada 13 Februari 2010.

Husna Husain. (2009). Gambar-gambar Kem 1Malaysia. http://skkgkuantan. blogspot.com/2009/gambar-gambar-kem-1-malaysia.html Diakses pada 13 Februari 2010.

18

Indirawati Zahid. (2010, Januari). Satu Malaysia, Satu Bahasa. Dewan Bahasa.

Ishak Ramly. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. http://books.google.com/books?id=8zBfe-dLNZQC&printsec=frontcover& dq=Kurikulum+Sekolah&lr=&cd=10#v=onepage&q=&f=false Diakses pada 13 Februari 2010

Juliana. (2009). Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Gagasan 1 Malaysia. http;//sks2bk.blogspot.com/2009/11/majlis-sambutan-hari-kanak-kanak.html Diakses pada 13 Februari 2010.

Kulanz. ( 2009). http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistem-pendidikan-dimalaysia. Diakses pada 13 Februari 2010.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/dalantu/ppp_bab1_5.pdf Diakses pada 13 Februari 2010.

Bahagian Penerbitan Dasar Negara. (2009). http://www.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id= 1842&Itemid=98. Diakses pada 13 Februari 2010.

19

KBSR Secara Menyeluruh. http://kdckdpm06.bravehost.com/kbsr.htm. Diakses pada 13 Februari 2010.

Kelab Rukun Negara. (2010). http://kelabrukunnegaraipgkpm.blogspot.com /2010/01/latar-belakang-penubuhan-kelab-rukun.html Diakses pada 13 Februari 2010.

Kelab Rukun Negara. (2010). http://kelabrukunnegaraipgkpm.blogspot.com /2010/01/objektif- penubuhan-kelab-rukun.html Diakses pada 13 Februari 2010.

Mashitah. (2007, Ogos 15). Bahasa Dimartabatkan Negara Berdaulat. Berita Harian. Muka surat 39.

Mohd Faisal Farish b. Ishak, (2009). Program Gotong-royong Perdana 1Malaysia. http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/schools/view/100/ jurnal/10775. Diakses pada 13 Februari 2010

Mok Soon Sang. (2008). Pengurusan Blik Darjah dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Rozita Hj, Said. (2010, Januari). Bahasa Mempersatukan Bangsa. Dewan Bahasa. Muka surat 20 ± 23.

20

Siti Khairiah Mohd. Zubir. (2010, Januari). Cara Mengajarkan Bahasa Melayu yang Berkesan. Pelita Bahasa. Muka surat 12 ± 14.

Syuhada Choo Abdullah. (2007, Julai 10). Progaram Khas Latih Guru Tangani Masalah Disiplin. Berita Harian. Muka surat 23.

Wikipedia. (2009). http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956 Diakses pada 13 Februari 2010.

21

3.1

Polarisasi Kaum Pelajar di Institusi Pendidikan oleh Jamaliah Bte Hishar @ Azhar

3.1.1 Pendahuluan Pendedahan awal kepada pelajar untuk hidup di dalam persekitaran

kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan mereka mengadaptasi segala permasalahan yang timbul sesama mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di peringkat seawal sekolah rendah. Ini akan menjadi satu batu asas yang amat kukuh buat para pelajar yang melalui sistem satu sekolah untuk mencorak kehidupan bermasyarakat di masa hadapan dengan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Namun, pendidikan di Malaysia seringkali berdepan dengan masalah hubungan etnik antara pelajar. Sebagai buktinya, wujud polarisasi diantara kaum yang serius di alangan pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Hal ini pastinya berpunca dari peringkat akar umbi iaitu di awal persekolahan mereka sehinggalah ke usia remaja. Namun persolannya ialah siapakah yang perlu dipersalahkan? Adakah masalah ini berpunca dari sistem pendidikan di Malaysia atau sikap individu itu sendiri? Apakah adil untuk menyalahkan pelajar jika semenjak pendidikan rendah lagi mereka tidak didedahkan dengan kebudayaan kaum yang lain?

3.1.2 Isi Kandungan Artikel Artikel bertajuk ¶Polarisasi kaum pelajar IPT meningkat¶ dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 April 2001 mengulas tentang gejala polarisasi kaum di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini. Pendedahan tersebut dilakukan oleh Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Husein Onn, Batu Pahat, Prof. Madya Ir. Dr. Amir Hashim dan
22

Menurut Prof Madya Ir. Dr. Amir Hashim, polarisasi itu berlaku apabila pelajar Melayu, Cina dan India hanya bergaul dengan rakan mereka dari kaum mereka sahaja. Punca pergaulan berdasarkan kepada kelompok masing-masing itu pula perlu dicari bagi memastikan gejala itu tidak lagi mendapat tempat di kalangan generasi muda di negara ini. Beliau juga menunjukkan rasa bimbang terhadap perkembangan polarisasi kaum ini dan menyarankan agar ia perlu dibanteras. Setiausaha MCA Bahagian Johor Bahru, Wee Ka Siong pula mencadangkan agar kelab perpaduan perlu ditubuhkan di setiap sekolah rendah, menengah dan universiti sebagai usaha untuk memupuk semangat muhibah di kalangan pelajar berbilang kaum. Menurutnya, melalui cara itu, setiap pelajar dan mahasiswa akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai adat resam dan budaya serta agama yang terdapat di negara ini. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar bahasa Melayu ditukar nama kepada bahasa Malaysia sebagai cara untuk memupuk semangat patriotik seperti diajar pada tahun 1970-an lalu.

3.1.3 Ulasan Artikel Sarjana kebanyakannya menyalahkan sistem pendidikan di Malaysia sebangai punca polarisasi kaum pelajar di Malaysia namun ada segelintir pihak yang menyatakan sikap dan kesedaran dalam diri rakyat Malaysia merupakan punca utama kepada permasalahan ini. Di peringkat pendidikan rendah dan menengah, mereka langsung tidak terdedah dengan bangsa-bangsa lain kerana majoriti orang Cina dan India belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil manakala pelajar Melayu pula di sekolah kebangsaan yang mempunyai sedikit sekali pelajar Cina dan India. Oleh itu, kita boleh katakan ada mahasiswa, sebelum masuk ke universiti, tidak mempunyai latarbelakang mendalam mengenai budaya kaum lain. Dan pada masa yang sama, mereka juga tidak berpeluang mengenali budaya kaum lain di universiti
23

kerana masalah membimbangkan.

polarisasi

kaum di

kampus

sudah

berada

di paras yang

Nasib baik ada pensyarah yang sedar tentang pentingnya integrasi nasional. Maka pensyarah-pensyarah yang sedar ini akan ³memaksa´ pelajar memastikan kumpulan untuk tugasan bagi sesuatu mata pelajaran terdiri daripada pelbagai bangsa. Kalaulah tidak ada pensyarah seperti ini, saya percaya sudah pasti mahasiswa ini tidak mungkin akan mempunyai pengalaman mengenali bangsa-bangsa lain. Namun, usaha ini seperti belum mencukupi untuk merapatkan hubungan antara kaum di universiti. Dasar mewajibkan mahasiswa pelbagai bangsa tinggal sebilik di kolej kediaman harus diperkenalkan semula. Sekurang-kurangnya ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa mengenali dan belajar tentang budaya dan agama bangsa lain. Selain itu, aktivis mahasiswa yang sedar dan ingin mengubah perkara ini, harus memulakan program bagi merapatkan hubungan antara kaum. Menurut Yunus Ali, salah seorang aktivis mahasiswa tahun 70an, di zaman beliau menuntut di universiti, majoriti mahasiswa universiti yang berbilang kaum dan agama pada ketika itu hidup dalam keadaan harmoni. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada ketika itu terdiri daripada pimpinan yang pelbagai bangsa dan agama. Diantara dasar PMUM pada ketika itu adalah mewajibkan setiap mahasiswa yang tinggal dikolej-kolej kediaman agar tinggal bersama bangsa yang berbeza. Dasar ini telah terbukti merapatkan jurang diantara mahasiswa-mahasiswa pelbagai kaum dan agama. Jika Perdana Menteri serius dengan usahanya untuk mewujudkan bangsa Malaysia, mengapa tidak dilaksanakan kembali dasar ini sekurang-kurangnya di IPTA-IPTA seluruh negara?

24

3.1.4 Komen Cadangan Datuk Mukhriz Mahathir supaya sistem sekolah vernakular ditamatkan merupakan cadangan yang amat baik. Malah, bukan pertama kali cadangan seumpama itu dikemukakan. Penyata Razak 1956 secara jelas mencadangkan supaya ditubuhkan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada pelajar daripada semua kaum. Dengan menutup sekolah pelbagai aliran, ini akan memberi ruang kepada sekolah kebangsaan yang sedia ada untuk membawa aspirasi cadangan ini. Pelajar daripada semua kaum akan belajar di bawah sistem satu sekolah. Ini bukan sahaja akan membolehkan mereka melalui sukatan pelajaran yang sama, malah turut memberikan pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum. Pendedahan awal untuk mereka hidup di dalam persekitaran kepelbagaian kaum adalah amat penting. Ini akan membolehkan mereka mengadaptasi segala

permasalahan yang timbul sesama mereka dan seterusnya mencapai persefahaman daripadanya di peringkat seawal sekolah rendah. Ini akan menjadi satu batu asas yang amat kukuh buat para pelajar yang melalui sistem satu sekolah untuk mencorak kehidupan bermasyarakat di masa hadapan dengan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia. Namun saya berpandangan, untuk mengukuhkan lagi cadangan Datuk Mukhriz Mahathir, adalah amat besar keperluan untuk Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di dalam sistem ini. Ini termasuklah dengan menamatkan program PPSMI yang ternyata akan merosakkan usaha murni untuk membina kesatuan di kalangan para pelajar di dalam sistem satu sekolah. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang dapat dimanfaatkan sebagai bahasa perpaduan dan kesatuan di antara kaum. Tanpa menidakkan cadangan mewajibkan bahasa lain di dalam sistem satu sekolah untuk diajarkan kepada para pelajar berasaskan kaum mereka. Iaitu Bahasa Mandarin untuk kaum Cina dan Bahasa Tamil untuk kaum India. Sistem sekolah vernakular sememangnya merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada polarisasi kaum yang semakin tampak jelas di Malaysia pada hari
25

ini. Seharusnya para pemimpin yang mewakili kaum-kaum masing-masing harus berasa gusar dengan perkembangan yang cukup mencemaskan ini. Tidak terhad kepada pimpinan di lapangan politik, pimpinan di lapangan ekonomi dan sosial juga harus maju ke hadapan memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini. Pandangan Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arsyad bahawa perlu ada keazaman politik untuk merealisasikan objektif daripada cadangan Datuk Mukhriz Mahathir harus diberi pertimbangan mendalam oleh para pimpinan yang mewakili kaum masing-masing. Sekiranya benar kita semua serius untuk menangani masalah polarisasi kaum hari ini, para pimpinan kaum perlu secara tulus dan telus untuk mencapai persefahaman di dalam hal ini. Sekiranya para pimpinan kaum masing-masing asyik berkeras menuding jari tanpa bersedia duduk semeja secara serius untuk mencapai persefahaman, maka Malaysia sebenarnya sedang menuju fasa akhir kewujudan sesebuah negara selari dengan teori Ibnu Khaldun di dalam Kitab Mukaddimah karangannya. Saya optimis, sekiranya Malaysia masih punya pimpinan yang jujur dan berjiwa besar, masalah polarisasi kaum hari ini akan dapat diselesaikan dalam kadar yang segera. Seperti mana batu asas perpaduan kaum yang dibina oleh pimpinan kita di awal penubuhan Malaysia, kesediaan pimpinan hari ini untuk mengabaikan kepentingan yang bersifat rigid dan individualistik akan berhasil membina batu pengukuh perpaduan di Malaysia. Demi mencapai manfaat yang lebih besar dan berpanjangan di Malaysia, polarisasi kaum harus segera dihapuskan. Langkah awalnya adalah dengan bersetuju secara bersama untuk menamatkan sistem sekolah vernakular ke arah sistem satu sekolah buat semua kaum di Malaysia.

26

3.1.5 Kesimpulan Bagi mengatasi masalah ini maka perancangan yang kukuh, berjangka panjang dan konsisten perlu dimulakan. Rakyat terutama generasi muda harus dididik kembali erti perpaduan. Jika tidak ada pihak yang mahu mengambil inisiatif ke arah itu, maka jangan terkejut jika 100 tahun lagi pun masalah polarisasi kaum yang berlaku di institusi pendidikan dan di Malaysia secara umumnya tidak akan dapat diselesaikan. Apalah yang hendak dibanggakan dengan negara yang telah merdeka lebih 50 tahun jika rakyatnya masih lagi hidup terpisah-pisah dan tidak saling mengenali antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, seperti apa yang berlaku di zaman penjajahan Inggeris.

27

Rujukan

Amin Iskandar. (2007). Realiti Hubungan Kaum di IPTA. http://www.malaysiakini.com/columns/68788

Anuar Ahmad. (2009). Merakyatkan Perpaduan Kebangsaan. http://www. Malay Magazine @ Melayu Moden.html.

Anuar Ahmad. (2009). Pertingkat Kualiti Aliran Kebangsaan. Utusan Malaysia, 3 November 2009.

Berita Harian. (27 Ogos 2007). RM26j bagi Program Perpaduan di Sekolah.

Bernama. (25 Jun 2008). Kerajaan Nafi Malaysia Hadapi Masalah Polarisasi Kaum Yang Semakin Buruk. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=341768

Bernama. (30 Oktober 2009). Pelajar IPT Perlu Elak Isu Polarisasi Kaum. http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/newspolitic.php.html

Tan Sri Lee Lam Thye. (2009). Konsep 1Malaysia Hapus Polarisasi Kaum. Berita Harian, 27 Mei 2009. m/s 29.

28

Utusan Malaysia, (2001). Polarisasi Kaum Pelajar IPT Meningkat. http://skypin.tripod.com/pendik/pendidik43.html

Utusan Malaysia. (17 Ogos 2009). 1Malaysia: Syor Sekolah Satu Aliran.

Utusan Malaysia. (30 November 2009). Perpaduan Melalui Komposisi Kaum, Bahasa. m/s 3.

29

3.2 BI: WAJIB LULUS DALAM SPM. WAJAR ATAU TIDAK? Oleh: Siti Khirnie binti Kasbolah

3.2.1 Pendahuluan Bagi tugasan individu ini, saya telah memilih isu µBI: Wajib lulus dalam SPM. Wajar atau tidak. Sebenarnya, isu ini adalah kesinambungan daripada isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Perkara ini telah ditimbulkan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3.2.2 Kandungan Artikel Bagi isu ini, saya telah memilih sebuah artikel Utusan Malaysia yang bertajuk µSPM: Lulus BI wajib?¶. Artikel tersebut telah dipetik daripada laman web

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=re_04.htm. Dalam artikel tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan beberapa persoalan berhubung kepentingan bahasa Inggeris dalam pendidikan masa kini, sekali gus mengemukakan cadangan supaya subjek tersebut dijadikan syarat untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau telah berkata bahawa, ³Satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini yang tidak melibatkan pengajaran tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi,´. Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa ³Mempelajari bahasa Inggeris tetapi tidak mewajibkan pelajar untuk lulus subjek berkenaan dalam SPM menjadikan standard bahasa Inggeris merosot,´. Justeru, beliau telah mengemukakan soalan ³Adakah ketiadaan syarat yang mewajibkan lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM menjadikan pelajar kurang minat menguasai bahasa Inggeris?´ (Sumber -

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Rencana&pg=re_04.htm). Secara keseluruhannya, isu ini telah mendapat reaksi
30

daripada pelbagai pihak. Hal ini kerana isu ini berkait rapat dengan masa depan rakyat, khususnya kaum Melayu pada masa akan datang, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Seterusnya, jika hal ini berterusan, dikhuatiri perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini akan terjejas lantaran perbezaan tahap pendidikan yang sangat ketara.

3.2.3 Ulasan Artikel Oleh hal yang demikian, saya telah berusaha untuk mencari kebaikan dan kelemahan cadangan ini berdasarkan pandangan serta ulasan yang telah diberikan oleh beberapa orang tokoh yang memandang serius isu ini. Merujuk kepada artikel µBI wajib SPM: Sediakah kerajaan? ini merupakan kali pertama kita dengar kerajaan secara tulus bertanya kepada rakyat sebelum membentuk satu dasar perdana yang melibatkan rakyat. Petanda baik bagi kita apabila kerajaan mula memikirkan apakah langkah yang setara dengan PPSMI yang telah dimansuhkan, ia bagi menjamin penguasaan bahasa Inggeris generasi masa hadapan (Sumber -

http://2pendidikmy.blogspot.com/2009/06/bi-wajib-lulus-sediakah-kerajaan.html). Sememangnya terdapat banyak kelebihan yang boleh dicapai oleh masyarakat sekiranya langkah ini dilaksanakan dengan jayanya. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia, pada 8 Jun 2009 menyatakan bahawa ³Tanpa penguasaan yang kuat dalam bahasa itu (bahasa Inggeris), adalah sukar untuk para pelajar menyambung pengajian ke luar negara dan menjamin peluang pekerjaan kerana mereka perlu mempunyai kebolehan berinteraksi dengan baik di peringkat antarabangsa,´. Mantan Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa cadangan mengenai isu ini bukanlah didorong oleh faktor politik, melainkan rasa prihatin kerajaan terhadap masa depan anak bangsa (Sumber -

http://www.kcfm.my/forum/showthread.php?t=6).

Menurut Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman pula, beliau juga tidak menolak cadangan menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi berharap agar subjek itu dapat diajar
31

dengan lebih tersusun mengikut tatabahasa yang betul. Beliau berkata, sukatan pelajaran bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan lagi selain penyediaan guru-guru yang berkemahiran dan mampu mengajar subjek itu secara teratur bermula dari darjah satu hingga ke tingkatan lima. "Saya berpendirian anak Malaysia mampu menguasai bahasa Inggeris dengan mudah jika pembelajaran dan pengajaran untuk tempoh 11 tahun ini dilaksanakan dalam bentuk yang teratur mengikut pemahaman yang betul. Jika kaedah ini dapat dilaksanakan, saya yakin bahawa murid dan pelajar negara ini termasuk di kawasan luar bandar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pembelajaran bahasa Inggeris hendaklah diluaskan bidangnya termasuk kesusasteraan Inggeris, bukannya hanya memberi tumpuan kepada bahasa komunikasi seperti sekarang," katanya (Sumber -

http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=183:johortidak-tolak-cadangan-bahasa-inggeris-jadi-syarat-lulus-spm-&catid=1:latestnews&Itemid=50). Sebagai individu yang telah menempuh alam persekolahan selama 11 tahun, sememangnya saya berpendapat bahawa kurikulum bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan sejak sekian lama perlu diperbaiki kerana sepatutnya seseorang individu tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk menguasai bahasa baru melainkan kaedah yang digunakan tidak menepati kehendak pembelajaran bahasa tersebut. Sementara itu Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP) Datuk N Siva Subramaniam mengharapkan supaya tidak ada golongan yang terlalu ³sentimental´ dengan bahasa kebangsaan sehingga tidak nampak akan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. ³Apatah lagi dunia hari ini menuju ke era globalisasi yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan,´ hujah beliau. Jika kita lihat situasi di sekolah sendiri, kebanyakan pelajar bukan Melayu lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sehingga menyebabkan pelajar Melayu kurang berkomunikasi dengan mereka lantaran perasaan rendah diri kerana tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Hal ini sedikit sebanyak boleh menggugat perpaduan antara kaum. Di samping itu, bekas pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, John Doraisamy turut mengakui kewajaran cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk
32

memperkenalkan kembali aliran Bahasa Inggeris di sekolah. Menurut beliau, pengalaman 35 tahun sebagai pendidik membuktikan bahawa penguasaan bahasa yang baik adalah penting untuk membantu pelajar cemerlang di dalam pelajaran. Menurut beliau, ³Ada pelajar yang bijak tetapi tidak cemerlang di universiti kerana hampir semua buku dan rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris yang agak asing bagi mereka. Oleh itu, mereka terpaksa merujuk kepada nota kuliah semata-mata,´. Alangkah ruginya pelajar-pelajar kita. Tidak mampu mencapai kecemerlangan kerana tidak dapat memahami bahasa Inggeris dengan baik, sedangkan masalah ini seharusnya tidak membelenggu negara maju seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, penilaian untuk merealisasikan cadangan itu tidak hanya perlu dilihat dari sudut pelajar malah aspek perguruan. Beliau berkata kepada wartawan Utusan Malaysia, Mohd Rafie Azimie, ³Taburan guru bahasa Inggeris perlu dipastikan seimbang. Guru-guru yang mengajar terutama di luar bandar tidak boleh diambil sekadar tangkap muat tetapi mereka seharusnya fasih dan menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya. Mengajar di bandar dan di luar bandar tidak sama. Di luar bandar, lebih banyak guru pemulihan diperlukan dan itu menuntut cara serta kebolehan mengajar yang tinggi,´ (Sumber ± Utusan Malaysia, 11 Jun 2009). Pada pendapat saya sendiri, pihak kementerian perlu mencari nisbah keseimbangan guru bahasa Inggeris yang mahir dengan bilangan pelajar terlebih dahulu sebelum cadangan sedemikian dilaksanakan supaya para pelajar tidak menjadi µmangsa¶ keadaan. Sementara itu, pakar budaya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Abdullah Hassan tidak bersetuju dengan cadangan mewajibkan bahasa Inggeris lulus dalam SPM. Katanya, cadangan itu jika dilaksanakan bakal menafikan hak para pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris terutama di luar bandar untuk menuntut ilmu ke tahap tertinggi. Menurutnya, buat masa sekarang, mereka yang lemah dalam BI masih berpeluang ke universiti dan di sana mereka mempunyai ruang yang lebih besar untuk memperbaiki penguasaan bahasa itu. Walau bagaimanapun, sekiranya cadangan ini dilaksanakan, hasrat mereka ke
33

universiti akan terbantut. Ia boleh dianggap sebagai sebahagian penafian hak mereka mendapatkan pengajian di peringkat tertinggi (Sumber ± Utusan Malaysia, 11 Jun 2009). Dalam pada itu, isu perpaduan mugkin terheret sama kerana kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu lebih menguasai bahasa Inggeris. Justeru, tidak mustahil pada satu hari nanti, sekiranya cadangan ini diteruskan, peratusan pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT boleh dikira dengan jari. Berdasarkan sumber lain, iaitu dalam ruangan Forum Utusan, 12 Jun 2009, Mohd Azizan Yaakob telah mengutarakan beberapa persoalan. Antaranya dalam hasrat meletakkan bahasa Inggeris sebagai wajib lulus untuk lulus SPM, adakah kerajaan benar-benar bersedia untuk pelaksanaannya? Bersedia dalam konteks perancangan strategik yang melibatkan sumber kewangan, tenaga pengajar, kemudahan peralatan, modul yang berkesan serta menyediakan persekitaran yang sesuai untuk

pembelajaran. Seterusnya, adakah rakyat, khususnya di luar bandar bersedia menerima cabaran ini? Jawapannya mungkin µya¶ mungkin µtidak¶. Jika begitu keadaannya, kerajaan dan rakyat berada dalam keadaan was-was. Sesuatu dasar yang diputuskan dalam keadaan ragu-ragu dan bercelaru akan timbul masalah besar di kemudian hari. Dalam merancang dasar strategik, kita hendaklah mengelakkan diri daripada memasang perangkap kepada anak bangsa. Kita wajar mampu melihat jauh ke hadapan akan halangan-halangan yang memerangkap anak bangsa kita supaya kita tidak menyesal di kemudian hari (Sumber - http://2pendidikmy.blogspot.com/2009/06/biwajib-lulus-sediakh-kerajaan.html). 3.2.4 Komen Justeru, walaupun secara umumnya, satu Malaysia sedar bahawa bahasa Inggeris adalah subjek maha penting untuk dipadankan dengan lanskap dunia hari ini dicadangkan supaya bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib untuk PMR dan SPM. Bagaimanapun ia bukan syarat wajib lulus bagi SPM. Kedua, bahasa Inggeris wajar diterapkan ke dalam jadual waktu pelajar setiap hari bersekolah dengan pelbagai kaedah seperti public speaking, presentation, report writting, debate dan lain-lain di samping modul teras BI. Kelengkapan alat bantu mengajar dipertingkatkan. Makmal

34

Bahasa diperkembangkan ke sekolah-sekolah seluruh negara dan dilengkapkan dengan alat pandang dengar (audio visual) dan teknologi terbaru. Ketiga, kerajaan menyediakan peruntukan masa tidak kurang empat hingga enam jam sebulan kelas tambahan BI di Makmal Bahasa kepada semua pelajar. Sediakan tenaga pengajar khas dan terlatih di Makmal Bahasa. Jika persediaan sudah sampai ke peringkat ini dan tiada sebuah sekolah yang tertinggal maka kerajaan bolehlah menimbangkan syarat wajib lulus BI bagi SPM. Tidak ada sebab rakyat menolak sebarang dasar jika rakyat mampu dan tidak menjadi beban fikiran dan halangan untuk kejayaan. Sama-samalah kita merenung ke dalam diri, apakah kekuatan dan kelemahan kita dalam menghadapi cabaran mendatang. Semoga jerat yang kita pasang tidak menjerat kaki kita sendiri. 3.2.5 Kesimpulan Kesimpulannya, isu mewajibkan subjek bahasa Inggeris lulus di peringkat SPM, merupakan satu persoalan yang bijak untuk dikupas dan diberi perhatian

memandangkan keperluan penggunaan bahasa tersebut dalam arus kehidupan moden pada hari ini. Sememangnya usaha kerajaan untuk memantapkan lagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di negara ini merupakan satu usaha yang murni. Namun demikian, pada pendapat saya, sebelum keputusan sepakat dicapai, pihak kerajaan perlulah memikirkan sedalam-dalamnya kebaikan dan keburukan sekiranya perkara ini dilaksanakan dengan tidak mengetepikan kebajikan para guru dan murid yang tinggal di kawasan pedalaman. Semoga keputusan yang dicapai akan memberi faedah yang sama rata kepada semua rakyat.

35

RUJUKAN

Aivizanoorwani Shah. (2009). http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=183: johor-tidak-tolak-cadangan-bahasa-inggeris-jadi-syarat-lulus-spm&catid=1:latest-news&Itemid=50 Diakses pada 03 Februari 2010

Azizan

Yaakob.

(2009).

http://2pendidikmy.blogspot.com/2009/06/bi-wajib-lulus-

sediakah-kerajaan.html Diakses pada 03 Februari 2010

Azmi b Hamid. (2009). http://temanteras.wordpress.com/2009/06/09/spm-lulus-bi-tidak-wajar.html Diakses pada 03 Februari 2010

Mohd Mahzan Awang (2009, Jun 11). BI: Bincang secara rasional. Utusan Malaysia.

Mohd. Rafie Azimi. (2009, Jun 11). Teliti semua sudut sebelum wajibkan calon SPM lulus Bahasa Inggeris. Utusan Malaysia.

Rohani Ibrahim (2009, Jun 09). SPM: Beri pandangan isu wajib BI. Utusan Malaysia.

(2009, Jun 09). Wajib lulus Inggeris dalam SPM langkah yang terbaik ± Dr.M. Utusan Malaysia.

36

(2009) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0524&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm Diakses pada 03 Februari 2010

37

4.0

Refleksi 4.1 Jamaliah Bte Hishar @ Azhar

Pada semester kelima Program Ijazah Sarjana Muda ini, kami dikehendaki mengambil kertas Budaya dan Pembelajaran sebagai salah satu matapelajaran wajib dalam kursus ini. Tugasan kerja kursus bagi matapelajaran Budaya dan Pembelajaran pada kali ini merangkumi tiga bahagian berkaitan pembentangan laporan mengenai satu etnik di Malaysia, penulisan ilmiah mengenai ulasan artikel yang berkaitan dengan isu pendidikan di Malaysia dan peranan guru dalam merealisasikan konsep 1Malaysia. Menurusi proses pengumpulan maklumat yang kami lalui telah sedikit sebanyak membantu kami dalam memahami kepelbagaian kaum dan budaya yang wujud di Malaysia. Selain itu kami juga mula merapatkan diri dengan pengetahuan mengenai isu-isu pendidikan disekeliling kita yang secara tidak lansung mengajar kami untuk berfikir secara kritis dalam memahami erti sebenar bidang pendidikan ini. Tambahan lagi, kami juga mula sedar serta faham peranan guru khasnya dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. Sepanjang melakukan tugasan ini, saya berasa sangat gembira kerana mendapat kerjasama yang baik dengan ahli kumpulan saya iaitu Cik Siti Khirnie Binti Kasbolah. Namun ada kalanya kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat kerana buku-buku rujukan adalah terhad dan kebanyakan maklumat yang kami perolehi dari buku-buku tersebut tidak meliputi isu-isu terkini berkaitan pendidikan di Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah ini, kami telah berusaha mencari maklumat dari sumbersumber yang lain seperti dari internet, majalah-majalah dan surat khabar. Selain itu, kami juga berdepan dengan masalah pengurusan masa kerana sepanjang menyiapkan tugasan ini, kami turut berdepan tugasan-tugasan lain. Walaubagaimanapun, pengurusan masa yang baik telah banyak membantu kami menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami berasa gembira kerana sepanjang menyiapkan pembentangan laporan mengenai budaya etnik Melanau kami tidak mempunyai sebarang masalah. Hal ini
38

kerana banyak maklumat mudah didapati dari internet.Namun kami tetap tidak puas hati dengan maklumat yang diperolehi ini kerana ianya tidak menyatakan sejauh mana budaya etnik Melanau ini masih dikekalkan. Oleh itu, kami telah berusaha menjejaki tiga orang guru pelatih yang berasal dari etnik Melanau yang telah mendaftar untuk program PISMP pada Januari 2010 yang lalu. Kami berasa sangat bertuah kerana telah dibantu dan mendapat kerjasama yang baik dari tiga orang guru pelatih ini untuk memberi kami maklumat terkini mengenai budaya etnik mereka melalui temuramah yang telah dijalankan. Selain itu kami juga sangat bertuah kerana kami telah mendapat pendedahan awal mengenai gagasan 1Malaysia melalui seminar yang pernah kami ikuti. Hal ini benar-benar memudahkan kami dalam memahami konsep sebenar 1Malaysia dan seterusnya dapat membantu kami mengulas mengenai peranan guru dalam merealisasikan konsep ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, kami menyedari bahawa pengetahuan tentang etnik dan budaya ini adalah sangat penting. Hal ini kerana, melalui tugasan ini kami didedahkan dengan masalah-masalah hubungan etnik yang tercetus di sekitar kita biarpun secara sedar atau pun tidak. Selain itu, kami juga menyedari bahawa setiap apa yang berlaku disekeliling kita sedikit sebanyak akan memberi kesan positif atau sebaliknya terhadap keharmonian kaum di Malaysia. Kadang-kala timbul pula rasa kesyukuran dalam diri kami kerana mahupun terdapat banyak masalah yang boleh mencetuskan pertelingkahan antara kaum namun, sehingga kini kerajaan Malaysia masih lagi berjaya mengekalkan tahap keamanan negara ini. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai isu yang menyentuh sentimen-sentimen perkauman cuba dibangkitkan sehingga ianya boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini. Saya juga mulai sedar bahawa guru memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu mengekalkan perpaduan yang kita kecapi ini. Kesimpulannya, tugasan ini telah berjaya menbantu kami untuk bersikap lebih matang terutamanya apabila bercakap tentang etnik dan budaya di Malaysia. Selain itu, tugasan ini telah berjaya memupuk pemikiran kritis kami berkaitan isu-isu pendidikan menyentuh tentang kaum-kaum di Malaysia. Sesungguhnya, sangat penting bagi kita untuk bersama-sama mengekalkan keharmonian yang telah dicapai sehingga kini agar
39

ianya tidak akan menganggu proses pembangunan dan kemajuan yang ingin dicapai oleh negara kita.

40

4.2 Siti Khirnie binti Kasbolah Pada semester ini, saya mempelajari subjek Budaya dan Pembelajaran. Pada 1 Februari 2010, saya telah menerima tugasan daripada pensyarah pembimbing, Pn Shakimah bt Che¶ Hasbullah. Tugasan tersebut terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu pembentangan laporan mengenai budaya kumpulan etnik di Malaysia, ulasan artikel mengenai isu pendidikan di Malaysia dan menulis esei mengenai peranan guru dalam merealisasikan konsep 1Malaysia melalui sistem pendidikan. Tugasan pertama dan ketiga mengkehendaki para pelajar bekerja secara berpasangan. Saya telah memilih untuk bekerjasama dengan Jamaliah bt Hishar@Azhar. Bagi tugasan pertama, kami telah memilih etnik Melanau. Etnik Melanau menjadi pilihan kami kerana keunikannya, di samping terdapat beberapa orang pelajar Kampus Perempuan Melayu yang berasal daripada etnik Melanau ini. Oleh itu, di samping mencari sumber maklumat melalui buku dan jaringan internet, kami turut menemu ramah tiga orang pelajar etnik Melanau. Di sinilah terletaknya kekuatan kami berbanding kumpulan lain kerana kami berusaha mencari maklumat daripada orang Melanau itu sendiri. Namun demikian, tidak banyak perkara yang kami peroleh hasil daripada temu ramah tersebut. Hal ini kerana mereka bukan etnik Melanau yang asli kerana masyarakat Melanau di kawasan mereka sendiri telah mengamalkan perkahwinan campur. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, masyarakat Melanau di Sarawak pada masa kini telah mempunyai agama berbanding masyarakat Melanau pada zaman dahulu. Secara tidak langsung, pantang-larang yang menjadi amalan masyarakat Melanau pada zaman dahulu telah ditinggalkan, sesuai dengan kehidupan mereka yang beragama sekarang. Bagi tugasan kedua pula, para pelajar dikehendaki memilih satu artikel berkaitan isu pendidikan dan membuat ulasan mengenai isu tersebut, berdasarkan kajian terhadap pandangan daripada pelbagai pihak dengan menyertakan bukti-bukti tertentu. Cabaran utama bagi tugasan ini ialah kami perlu memastikan supaya isu yang dipilih itu tidak sama dengan orang lain. Saya mengalami kesukaran dalam memilih isu kerana saya sebelum ini saya kurang mengambil tahu tentang isu pendidikan yang timbul. Di
41

sinilah kelemahan saya yang paling utama dalam melaksanakan tugasan ini. Namun akhirnya saya telah memilih isu µBI: Wajib lulus dalam SPM. Wajar atau tidak¶. Dalam menjayakan tugasan kedua ini, saya telah mencari maklumat daripada pelbagai sumber, khususnya daripada surat khabar dan internet. Walau bagaimanapun, saya lebih mempercayai maklumat daripada surat khabar kerana maklumat tersbut telah terbukti kesahihannya. Namun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa maklumat daripada jaringan internet turut membantu dalam membuka mata saya untuk memandang isu ini daripada dua sudut bertentangan, iaitu pro dan kontra. Dalam tugasan kedua ini juga saya dapat mengesan beberapa kekuatan. Antaranya isu yang saya pilih. Walaupun isu ini masih baru diperkatakan, iaitu sekitar bulan Jun tahun 2009, namun ia telah mendapat respon yang pelbagai daripada banyak pihak, terutamanya daripada mereka yang kuat memperjuangkan bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang dapat saya kupas melalui pandangan daripada pelbagai pihak. Selain itu, sumber maklumat mengenai isu ini juga mudah untuk diperoleh kerana ia merupakan isu baru dalam dunia pendidikan dan sesuatu yang serius untuk diberi perhatian. Melalui isu ini juga, saya menyedari isu bahasa ini agak sensitif untuk diperkatakan dan sekiranya timbul lagi isu seumpama ini, kita perlu mengambil tahu dan memandang serius supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Seterusnya, bagi tugasan ketiga, yang mengkehendaki saya dan rakan menulis esei mengenai peranan guru dalam merealisasikan konsep 1Malaysia, saya merasakan bahawa tugasan tersebut merupakan tugasan yang paling mencabar untuk kerja kursus kali ini. Hal ini kerana kami dikehendaki membuat perkaitan mengenai konsep 1Malaysia dengan peranan guru di sekolah dalam beberapa aspek. Antaranya kurikulum, ko-kurikulum, mata pelajaran tertentu dan aktiviti-aktiviti anjuran sekolah. Kelemahan kami dalam tugasan ini ialah kami agak lambat memulakannya kerana terlalu asyik dengan tugasan kedua. Namun demikian, kami bernasib baik kerana kami telah mencari beberapa bahan dan maklumat mengenai tajuk tersebut terlebih dahulu. Oleh itu saya dan rakan dapat memulakan tugasan ini sebaik saja kami membahagikan tugasan. Melalui esei ini pula, saya menyedari bahawa guru memainkan peranan yang
42

sangat penting dalam usaha membantu kerajaan menyemai perpaduan dalam kalangan masyarakat, terutamanya sejak dari bangku sekolah. Hal ini kerana guru merupakan orang kedua yang dekat dengan pelajar selain ibu bapa. Tugasan tersebut dibahagikan mengikut beberapa bahagian. Kekuatan kami di sini ialah kami saling bantu-membantu dalam melengkapkan bahagian esei masingmasing. Hal ini kerana kami menyedari bahawa kedua-dua ahli kumpulan memainkan peranan penting dalam memastikan keberhasilan kertas kerja ini. Di samping itu, kami juga ada meminta pendapat daripada beberapa orang rakan lain bagi tujuan penambahbaikan dan perkongsian idea. Secara keseluruhannya, saya merasa senang bekerjasama dengan Jamaliah. Hal ini kerana dia kaya dengan idea bernas dan senang untuk menerima pandangan orang lain. Selain itu, dia juga akan berusaha menyiapkan tugasannya mengikut perancangan bersama. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa tugasan ini, walaupun mencabar, tetapi banyak memberi faedah dan pengetahuan kepada saya. Melalui tugasan ini juga, saya mula membuka mata dengan memberi perhatian yang lebih terhadap isu-isu pendidikan yang ada di Malaysia. Selain itu, melalui tugasan pertama, saya menyedari kepelbagaian dan keunikan pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia. Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberi satu lagi pengalaman baru yang bermakna dalam hidup saya.

43

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->