You are on page 1of 5

1.

0 Apakah yang dikatakan sebagai alam haiwan dan bagaimana sistem pengkelasan haiwan
dilakukan?

Haiwan merujuk kepada benda hidup yang boleh bergerak. Secara umum, haiwan-haiwan
yang berada di sekeliling boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan. Walau bagaimanapun
haiwan tidak mampu membuat makanannya sendiri sebaliknya, bergantung kepada sumber luar
sebagai makanannyadan tidak mempunyai klorofil. Contohnya sesuatu haiwan memakan sumber
tumbuhan dan haiwan lain. Penyesuaian untuk hidup telah menyebabkan haiwan-haiwan
berlainan dari segi bentuk antara satu sama lain.

Terdapat beberapa ciri-ciri pengkelasan yang dibuat berdasarkan sifat fizikal haiwan tersebut:

i) Berbulu
ii) Berbulu pelepah
iii) Bersisik
iv) Berkepak
v) Bercengkerang
vi) Berkaki

Selain itu, haiwan juga boleh dikelaskan kepada cara pembiakan iaitu:

i) Beranak
ii) Bertelur

Dan, pengkelasan melalui cara pemakanan, iaitu:

i) Karnivor- haiwan yang makan daging


ii) Omnivor- haiwan yang makan daging dan tumbuhan
iii) Herbivor- haiwan yang makan tumbuhan

Pengkelasan juga boleh dilakukan melalui habitatnya, iaitu:

i) Hidup di air
ii) Hidup di darat
iii) Hidup di darat dan air

Pengkelasan haiwan mengikut kaedah sains pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

i) Vertebrata (bertulang belakang)


a. Ikan
b. Amfibia
c. Reptilia
d. Burung
e. Mamalia

ii) Invertebrata (tidak bertulang belakang)


a. Serangga
b. Obor-obor
c. Hydra
d. Mollusca

2.0 Senaraikan ciri-ciri vertebrata

Vertebrata adalah kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Dalam sistem
pengekelasan saintifik, haiwan vertebrata merupakan subfilum dari filum Chordata. Haiwan
vertebrata mempunyai tulang yang terentang dari belakang kepala hingga bahagian ekor,
mempunyai otak yang dilindungi oleh tengkorak, mempunyai kepala, leher, badan dan ekor.
Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas juga
mempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang
melekat pada kerangka.
3.0 Berikan ciri-ciri utama untuk vertebrata dalam kelas berikut serta berikan contoh untuk setiap
kelas:

i) Ikan
a) Hidup di dalam air
b) Badan bersimetri bilateral
c) Mempunyai sisik dan berlendir
d) Mempunyai sirip untuk bergerak
e) Bernafas melalui insang
f) Membiak secara bertelur
g) Berdarah sejuk

Contoh haiwan adalah seperti ikan gapi, ikan kelisa, ikan keli

ii) Amfibia
a. Hidup di darat dan air
b. Mempunyai kulit yang lembap
c. Bertelur didalam air
d. Kaki belakang berotot kuat
e. Mempunyai selaput renang pada kaki
f. Telur tiada cengkerang
g. Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insang
dan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paru
h. Berdarah sejuk
i. Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium)
j. Mempunyai struktur gigi, yaitu gigi maxilla dan gigi palatum
k. Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan atau kelenjar berbintil
( biasanya beracun)
l. Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik
m. Pada mata terdapat membran nictitans yang berfungsi untuk melindungi mata dari
debu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata.
Contoh haiwan adalah seperti katak, kodok

iii) Reptilia
a. Kulit bersisik dan kering
b. Bernafas melalui peparu
c. Bertelur dan telur bercengkerang keras
d. Sesetengah reptilia berkaki empat dan sesetangahnya tidak berkaki (ular)
e. Berdarah sejuk (berubah mengikut suhu persekitaran)
f. Mempunyai jantung 4 ruang (ventrkal kanan dan kiri tidak sempurna
menyebabkan percampuran darah berlaku)
iv) Contoh haiwan adalah seperti ular, buaya, biawak

v) Burung
a. Badan dilitupi bulu pelepah
b. Mempunyai paruh dan sepasang sayap
c. Mempunyai pada kaki
d. Bertelur dan telur dilitupi cengkerang
e. Bernafas melalui paru-paru
f. Berdarah panas
Contoh haiwan adalah seperti burung puyuh, burung bangau, burun hantu

vi) Mamalia
a. Badan dilitupi bulu
b. Mempunyai cuping telinga
c. Mempunyai kelenjar peluh
d. Mamalia betina melahirkan dan menjaga anak kecuali yang primitif
e. Bernafas melalui paru-paru
f. Berdarah panas( suhu badan tetap)
g. Mempunyai jantung empat ruang yang sempurna
h. Mempunyai saraf tunjang
i. Badan dilitupi bulu
j. Mempunyai kelenjar susu

Contoh haiwan adalah seperti orang utan, kucing, anjing, lembu, arnab, gajah

You might also like