You are on page 1of 5

HBAE2203_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Mengapakah kajian membentuk dan membuat binaan dikaitkan dengan


benda maujud?
(2)

2. Perkembangan dan penghalusan idea dalam bidang membentuk dan


membuat binaan perlu dilakukan untuk menghasilkan karya yang
berkualiti. Beri DUA cara bagaimana perkembangan dan penghalusan idea
ini dilakukan.
(2)

3. Menjelang abad ke-20, arca tidak dibuat berkonsepkan figura seratus


peratus. Namakan DUA arcawan British yang menukarkan konsep figura
secara dipiuh dan distailisasikan.
(2)

4. Apresiasi arca dilakukan berpandukan empat perkara berikut. Nyatakan


apresiasi yang ke (iii).
(i) Tajuk dan tema yang sesuai
(ii) Alat dan bahan yang sesuai
(iii) _________________________
(iv) Kesesuaian secara keseluruhan
(2)

1…
HBAE2203_SEM SEPT08/F_AH

5. Orang-orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji


“tessellation” dan bentuk geometri pada kertas.
Nyatakan makna “tessallation” di atas.
(2)

6. Apakah itu pedestal? Beri sebab utama pedestal bagi sesuatu arca dibuat.
(2)

7. Siapakah pelopor mobail dan berikan satu contoh karya beliau.


(2)

8. Apakah yang dimaksudkan dengan model statik dan model dinamik?


(2)

9. Topeng dibuat untuk pelbagai fungsi. Terangkan fungsi topeng sebagai


nenek moyang.
(2)

10. Apakah yang dimaksudkan dengan ambient di dalam penghasilan


diorama?
(2)

2…
HBAE2203_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Kreativiti merupakan kriteria penting dalam kajian membentuk dan


membuat binaan.

(a) Nyata dan huraikan LAPAN tahap perkembangan kreativiti


menurut Viktor Lowenfeld. (8)

(b) Huraikan bagaimana tema dan hal subjek berikut penting dalam
kajian membentuk dan membuat binaan?

i. Alam semulajadi dan objek persekitaran


ii. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis
iii. Aliran dan tema sejagat
iv. Keperluan dan pengalaman hidup harian ( 12 )
(Jumlah: 20)

2. Origami merupakan seni lipatan kertas yang bermula pada abad pertama di
China, Sepanyol dan Jepun.

(a) Jelaskan bagaimana origami bermula dan berkembang di Barat. (4)

(b) Nyata dan huraikan EMPAT jenis kertas untuk origami. (8)

3…
HBAE2203_SEM SEPT08/F_AH

(c) Di dalam menghasilkan origami, simbol, arahan dan kaedah


menjadi formula yang penting dikuasai oleh pengkarya. Dengan
menggunakan gambar rajah dan penerangan, tunjukkan LAPAN
simbol, arahan dan kaedah dalam menghasilkan origami. (8)
(Jumlah: 20)

3. (a) Apakah yang dimaksudkan asemblaj? Nyatakan aliran atau isme


yang mempengaruhi gayaan arca tersebut. (4)

(b) Dalam menghasilkan asemblaj, nyata dan huraikan ENAM alatan


yang seringkali digunakan oleh pengarca. (6)

(c) Lakaran idea sangat penting uintuk penghasilan asemblaj yang


berkualiti dan berestetika tinggi. Nyata dan terangkan EMPAT
proses penyediaan lakaran idea untuk sebuah asemblaj yang
berkualiti. ( 10 )

(Jumlah: 20)

4. (a) Apakah yang anda faham mengenai boneka? Beri DUA ciri boneka
yang kreatif. (3)

(b) Beri EMPAT kepentingan boneka di dalam pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Seni Visual. (4)

(c) Nyatakan ENAM alat dan bahan yang digunakan untuk


menghasilkan boneka sarung tangan. (6)

(d) Terangkan TUJUH langkah untuk membuat boneka sarung tangan. (7)
(Jumlah: 20)

4…
HBAE2203_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. “Diorama boleh membentuk suatu fenomena baru di ruang peragaan


kerana seolah-oleh menjadi dunia baru daripada kombinasi imej dua
dimensi dan tiga dimensi”.

(a) Bahaskan dengan kritis pernyataan di atas. (5)

(b) Mengapakah perlu ada proses “trial and error” dalam proses
membuat “thumbnail-print” dalam diorama? (5)

(c) Bandingkan LIMA persamaan dan LIMA perbezaan antara


asemblaj dengan diorama. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2. (a) Beri ENAM sebab mengapakah paper mashe menjadi bahan yang
dominan dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan. (6)

(b) Terangkan LAPAN langkah bagimana menghasilkan topeng


menggunakan paper mashe. (8)

(c) Jelaskan ENAM persembahan hasil kerja topeng yang dikatakan


cemerlang dan berketrampilan. (6)
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like