You are on page 1of 3

Nama

: Mohd Shafik B Mohd Jabbar


No Matrik : 127477

LKM 400 BAHASA MALAYSIA

Karangan bentuk perbincangan


Penghambaan manusia masih wujud pada zaman yang dikatakan moden ini.
Bincangkan

Perhambaan adalah sistem sosial-ekonomi di mana manusia


hamba atau abdi - dirampas atau dinafikan kebebasan dan dipaksa
untuk bekerja.Hamba ditahan bukan atas kerelaan diri sendiri daripada masa
mereka ditangkap, dibeli, atau selepas lahir. Mereka ini dinafikan hak untuk keluar,
hak untuk tidak mahu kerja atau hak untuk menerima bayaran bagi kerja yang
dilakukan. Kerana ini perhambaan adalah satu bentuk gunatenaga yang tidak
adil.Dalam erti kata yang lebih sempit, perkataan hamba merujuk kepada mereka
yang dilayan seperti hak milik orang lain, syarikat atau kerajaan.

Kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya kegiatan pemerdagangan


manusia. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa berusaha mengubah
taraf hidup. Antara cara yang boleh diambil oleh mereka adalah dengan berhijrah ke
negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan. Untuk berhijrah
ke negara yang lebih maju, mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu
Keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagangan orang mendorong kegiatan
ini terus berleluasa. Sikap materialistik menjadi pihak sindiket hilang peri
kemanusiaan. Mereka sanggup mengeksploitasi orang yang memerlukan pekerjaan
dengan memberikan kerja-kerja seperti buruh kasar atau pelacur. Pulangan yang
lumayan menjadikan mereka gelap mata dan seterusnya mengabaikan hak asasi
dan martabat mangsa. Dengan mengeksploitasi mangsa, mereka akan memperoleh
wang yang banyak manakala mangsa terus menderita kerana tidak dilayan dengan
adil. Justeru, masalh ini wajar dipandang serius kerana dapat menimbulkan trauma
kepada mangsa.

Kita tahu bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai


hubungan yang baik dengan negara negara luar seperti Indonesia, Vietnam, Filipina,
Amerika Syarikat dan sebagainya. Apabila dilihat dari segi sudut kepentingan negara
Malaysia maka kerjasama antara negara- negara luar ini sangat penting
terutamanya kepada sektor ekonomi negara ini. Namun hubungan negara ini
dengan negara luar juga telah menyumbang kepada satu masalah sosial yang amat

Nama
: Mohd Shafik B Mohd Jabbar
No Matrik : 127477

LKM 400 BAHASA MALAYSIA

ketara iaitu penghambaan manusia. Kerjasama antara negara ini dengan negara
luar telah menyebabkan warganegara luar diambil bekerja di sini dalam pelbagai
sektor seperti sektor pembinaan, perindustrian dan sebagainya. Lambakan pekerja
asing semakin menjadi-jadi ekoran daripada bayaran gaji mereka lebih rendah jika
dibandingkan dengan pekerja negara ini. Keadaan ini paling ketara jika kita lihat
dalam sektor pembinaan,ramai buruh-buruh kasar adalah warganegara asing.
Terdapat segelintir warganegara asing mempunyai niat yang tidak baik terhadap
masyarakat di negara ini terutamanya terhadap golongan wanita dan kanak-kanak.
Mereka gemar mengambil kesempatan terhadap golongan tersebut kerana mereka
mudah untuk dipujuk rayu, ditipu dan mereka juga adalah golongan lemah.

Selain itu, faktor individu juga merupakan penyebab berlakunya masalah


pemerdagangan manusia. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama akan
menjadi punca terhadap perbuatan ini berlaku. Dalam setiap agama, perbuatanperbuatan yang dianggap terkutuk adalah dilarang seperti memaksa seseorang
untuk aktiviti pelacuran, kes penderaan fizikal dan sebagainya. Individu yang tidak
beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah
sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa.
Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang
tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut
keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undangundang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang
yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang
boleh merosakkan akhlak .

Antara langkah yang perlu diambil untuk membanteras pemerdagangan


manusia ni ialah dengan cara memperketatkan pelbagai aspek termasuk dari segi
kemasukan pelancong asing serta mengawal semua pintu masuk ke sempadan
negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan
manusia kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan
antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai
kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan membanteras pemerdagangan
manusia.

Kesimpulanya, jelaslah,isu pemerdagangan manusia boleh diatasi bukan


sahaja melalui satu pihak sahaja tetapi melibatkan kerjasama daripada semua

Nama
: Mohd Shafik B Mohd Jabbar
No Matrik : 127477

LKM 400 BAHASA MALAYSIA

lapisan masyarakat. Masalah ini perlu dibendung segera agar tidak terus menular
menjadi semakin serius.

You might also like