You are on page 1of 31

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM

ANTARABANGSA SELANGOR

NATIONAL LANGUAGE
MPW 1213

AHMAD ZAKI BIN OSMAN


0952037
DEFINISI PUISI
Tulisan berirama, terikat oleh bentuk
lahir yang tertentu dan mengutamakan
keindahan dan imaginasi untuk mencapai
kebenaran.

Ungkapan atau rangkaian kata-kata dalam


sebuah rangkap, disusun berserta dengan
irama, bunyi, rima dan kiasan.
TUJUAN PUISI
Sebagai satu medium untuk meluahkan
perasaraan atau tekanan yang
menghimpit jiwa manusia.

Sebagai satu kaedah untuk berinteraksi


antara satu sama lain.

Sebagai satu medium pembelajaran untuk


meraikan satu-satu majlis.
BENTUK PUISI

P a n t u n
S y a i r
G u r i n d a m
S e l o k a
S a j a k
SAJAK
Puisi moden.

Bebas daripada ikatan tradisi

Berbeza daripada puisi dan syair.

Muncul hasil daripada perubahan sikap,


pemikiran, pandangan, dan beberapa aspek
kehidupan hasil daripada pengaruh Barat.
Sajak boleh dibahagikan kepada dua:

◦ Sajak bebas (Verslibre)

◦ Sajak Konkrit
Sajak Bebas
Sajak ini tidak terikat dengan sebarang
bentuk.

Rentak berubah-ubah dari satu bahagian


ke satu bahagian yang lain.

Jumlah perkataan / suku kata untuk baris-


baris sajak itu tidak diseimbangkan.
Sajak ini tidak mengambil kira soal
keseimbangan jumlah baris, jumlah suku
kata dan juga rima.

Pengucapan sajak lebih kepada peniruan


percakapan yang diperhalusi sehingga
menjadi lebih ekonomis dan puitis.
Sajak Konkrit

Aspekpenglihatan menjadi asas kepada


pembentukan sajak jenis konkrit.

Antara aspek konkrit yang boleh dikenalpasti


ialah:

◦ Bentuk
◦ Tempat
◦ Iklim
CIRI-CIRI SAJAK
1.Tema

Tema merupakan persoalan utama yang hendak disampaikan dalam sajak,


contohnya tema kemanusiaan, kasih sayang dan cinta akan negara.

2.Persoalan

Persoalan pula merupakan perkara sampingan yang hendak disampaikan.


Misalnya, sesebuah sajak akan menyelitkan persoalan kasih sayang,
kemarahan, dan kekecewaan dalam sajak tersebut

3.Bentuk

Jenisbentuk, bilangan rangkap, jumlah baris, jumlah suku kata dalam baris,
jumlah perkataan dalam baris dan rima akhir setiap baris.
4.Gaya Bahasa

i.Perbandingan

(a)Metafora

Perbandingan yang tidak jelas. Penggunaannya secara langsung tanpa


menggunakan perkataan seperti, bak, umpama.
 
(b) Hiperbola

Gaya bahasa yang keterlaluan. Biasanya digunakan untuk memberi penekanan


maksudnya berhubung dengan perasaan dan suasana.
 
c) Personofikasi

Benda yang tidak hidup, peristiwa atau keadaan diberi perbandingan


dengan  manusia.
(d) Simile

Membandingkan sesuatu keadaan, suasana, peristiwa diberi perbandingan


dengan manusia.
 
ii. Penggunaan ayat

Inversi  - Gaya bahasa yang menyongsangkan ayat.


 
iii.Pengulangan

Anafora / Epifora /  Simplok

Memperlihatkan aspek pengulangan perkataan dalam setiap perkataan di awal


ayat( anafora), tengah ayat ( simplok), dan akhir ayat (epifora).
 
iv. Unsur Bunyi

Asonansi   _ pengulangan bunyi vokal ( a,e,i o,u)


Aliterasi     -  pengulangan bunyi konsonan
v. Nada

Nada Melankolik  -   Menggambarkan suasana sedih

Nada Patriotik      -   Menggambarkan penuh perasaan

Nada Sinis           -   Menggambarkan perasaan kurang


senang.

Nada Protes        -    Menggambarkan perasaan menentang

Nada Romantik   -    Menggambarkan perasaan yang


tenang
SAJAK YANG BERMUTU
Isiyang baik
Teknik dan gaya yang baik
Imejan bercampur
Wujudnya klise
Gaya melankolik
Kata-kata bombastik
Metafora yang TIDAK berlebihan
Meletakkan imbuhan pada tempatnya
Bersifat prosaik
PROSES KREATIF SAJAK
Menentukan tema bagi puisi yang hendak dikarang

Memikirkan mesej dan pengajaran yang hendak


disampaikan

Menyenaraikan lakaran bahasa atau medan bahasa bagi


puisi yang hendak dikarang

Memilih bahasa simbolik yang akan digunakan

Menyusun idea keseluruhan yang sesuai


Menentukan Tema
Tema merupakan intipati kepada satu-satu puisi.
Tema menjadi penentu kepada isi, pemilihan
kosa kata, gaya bahasa dan nada.
Perkara yang perlu diambil kira:

◦ Pengalaman
◦ Perkara yang menarik perhatian
◦ Bermakna
◦ Berkesan
Mesej dan Pengajaran

Mesej dan pengajaran tertentu boleh disalurkan kepada


pendengar melalui bahan-bahan puisi.

Antara nilai murni yang boleh diterapkan dalam mesej


ialah:

◦ Baik hati
◦ Jujur
◦ Amanah
◦ Berkasih sayang
◦ Hormat menghormati
Lakaran Bahasa
Bagi mempercepatkan lagi proses kreatif dan
segi pembentukan baris-baris perkataan dalam
rangkap, penyenaraian lakaran bahasa yang
juga dikenali sebagai medan bahasa bolehlah
dibentuk.

Inibukan sahaja dapat mengurangkan tekanan


dalam penulisan karya sajak bahkan dapat
memberi gambaran yang jelas akan apa yang
hendak disampaikan kepada pendengar.
Bahasa Simbolik
Bahasa simbolik digunakan dalam sajak
bagi menampakkan nilai atau unsur
tersurat / intrinsik dalam sesuatu sajak.

Berdasarkan simbol-simbol inilah kita


dapat mengaitkan makna yang hendak
dibawa dengan hakikat hidup realitinya.
Penyusunan Idea

Setelah kita telah mendapat gambaran


yang jelas tentang apa yang akan
dikarang, proses penyusunan medan
bahasa seiring dengan susunan idea
mengikut bentuk puisi yang akan
dikarang.
GAYA BAHASA

Bentuk sajak adalah bebas tidak seperti


sepupu-spupunya yang lain seperti pantun
dan syair kerana masing-masing terikat
dengan peraturan masing-masing.

Di dalam bersajak kita perlu tahu akan


beberapa aspek yang membentuk
keseluruhan sajak yang baik.
Asonansi Perulangan bunyi vokal

Perulangan bunyi konsonan


Aliterasi biasanya pada awal perkataan yang
Aspek Bunyi berurutan.

Pengulangan atau pertentangan bunyi


Rima yang sama
yang terdapat diawal atau akhir baris.
Diksi
Pemilihan dan susunan perkataan serta
ketepatan, sama dan keistimewaan
perkataan-perkataan itu pabila
digunakan dalam percakapan atau
penulisan.

Metafora
Aspek Kiasan perbandingan yang tidak
Perkataan menggunakan kata-kata perbandingan
yang disebut perumpamaan.

Simile
Bahasa perbandingan peringkat
termudah.

Personifikasi Memberikan sifat-sifat manusia kepada


benda-benda
Hiperbola Penyataan yang berlebih-lebihan.

Aspek Perkataan yang berulang pada satu satu


Perkataan baris.
Pengulangan Pengulangan di awal baris dipanggil
anafora.
Pengulangan di akhir baris dipanggil
efifora
CONTOH-CONTOH SAJAK
Aku Menjadi Lebih Berani 

Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu. 
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.
 
Hati dan rasa mengejarku
aku menjadi lebih berani. Latifah Haji Shebli 
Anak Laut, 
DBP, 2000.  
Maksud 

◦ Penyajak menyatakan  dalam persahabatan yang


lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan
sifat luaran.

◦ Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia


lebih memahami hatinya dan sahabatnya.

◦ Penyajak juga memahami hati wanita yang berani


menghadapi cabaran. 
Ciri-ciri 

◦  Sajak ini berbentuk bebas dan mempunyai


tiga rangkap:

-rangkap pertama mempunyai tujuh baris.


-rangkap kedua lima baris.
-rangkap ketiga mempunyai lima baris. 
Tema dan Persoalan 

◦ Tema sajak ini ialah sifat keberanian seorang


wanita.

◦ Persoalannya pula sesetengah orang tidak


jujur dalam percintaaan dan pengalaman
pahit  yang dilaluinya menjadikan dia lebih
berani. 
Nada 

◦ Sajak ini bernada kecewa. 

◦ Gaya Bahasa 

 Asonansi   : bajuku ungu   ( pengulangan vokal u)


  
 Aliterasi     : tidak setulus hatiku  (pengulangan
konsonan  t)
Nilai

1. Peribadi kawan atau kekasih

Memilih sahabat atau kekasih jangan mengikut keadaan fizikal (


kecantikan dan ketampanan), tetapi yang penting kejujuran.

2. Kemanusiaan

Wanita walaupun bersifat lemah , tetapi akan bangkit


menghadapi cabaran apabila dicabar.

3. Kemasyarakatan

Manusia tidak kira lelaki atau perempuan haruslah berani


menghadapi cabaran yang bakal mendatang.
Bahasa
Kebangsaan

You might also like