You are on page 1of 25

PPPY1282

KAEDAH PENYELIDIKAN

PROPOSAL TENTANG PERSEPSI PENSYARAH UKM TERHADAP PERUBAHAN


SOSIOBUDAYA WANITA (*Perkataaan Proposal tentang perlu dibuang)
 
PENSYARAH:
PROF. MADYA AHMAD SUNAWARI LONG
 
PELAJAR :

JABATAN PENGAJIAN DAKWAH & KEPIMPINAN


 FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2

ISI KANDUNGAN
Perkara Halaman
1.0 PENGENALAN 3
2.0 LATAR BELAKANG 3-4
3.0 MATLAMAT KAJIAN 4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
5.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN 5
6.0 LIMITASI KAJIAN 5
6.1 Limitasi masa 5
6.2 Limitasi bidang kajian 5
6.3 Limitasi lokasi 5
7.0 HIPOTESIS KAJIAN 6
8.0 METODOLOGI KAJIAN 6
8.1 Jenis kajian 6
8.1.1 Kajian lapangan 6
8.1.2 Kajian perpustakaan 6
8.2 Persampelan 6
8.2.1 Skala kajian 6
8.2.2 Kawasan kajian 7
8.2.3 Sampel kajian 7
8.3 Instrumen kajian 7
8.3.1 Soal selidik 7
8.3.2 Kaedah analisis data 7
9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN( LITERATURE REVIEW ) 8-10
10.0 JADUAL KERJA 11
11.0 SUSUNAN BAB 12
12.0 RUJUKAN 13
13.0 LAMPIRAN A 14-25
3

1.0 PENGENALAN

Dahulu wanita dianggap sesuai menjadi suri rumah dan bekerja di dapur sahaja. Bukan
itu sahaja malah apabila diimbas kembali semasa zaman jahiliyyah wanita dahulu
dianggap malang dan kebanyakan menjadi hamba abdi serta hamba untuk memuaskan
hawa nafsu. Era yang semakin membangun peradaban membuka pintu hati wanita
bahawa mereka bukan di bawah takuk peradaban yang lama tetapi turut mengikuti arus
globalisasi sehingga wanita telah banyak mencapai kejayaan bukan sahaja untuk bangsa,
tetapi juga agama serta mengharumkan nama di persada dunia.

Maka wanita dapat memupuk sifat dan nilai berani menghadapi cabaran dunia
dan global pada masa kini. Alam pekerjaan ditempuh dengan baik serta sentiasa
mengambil berat akan hak-haknya sebagai seorang wanita. Bukan itu sahaja, bahkan
timbul juga badan-badan NGO yang membela nasib mereka. Perubahan yang berlaku ini
adalah sejajar dengan perubahan era globalisasi. Kalau dulu kita lihat wanita sentiasa
terpinggir bukan sahaja dari segi pekerjaan tetapi dalam pelbagai aspek juga.Oleh itu,
pembangunan era globalisasi ini telah memberi perubahan kepada sosiobudaya wanita
dalam aspek positif mahupun negatif.

2.0 LATAR BELAKANG/PERMASALAHAN KAJIAN

Pemodenan yang semakin pesat di Malaysia merupakan sesuatu yang boleh


dibanggakan kerana banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat dengan
berlakunya pemodenan. Namun begitu, pemodenan tanpa diimbangi dengan pengisian
aspek spiritual telah mendatangkan banyak kesan positif dan negatif samada kepada
rakyat atau negara itu sendiri.

Masalah yang ingin penulis kaji ialah perubahan sosiobudaya wanita dalam
pelbagai aspek meliputi aspek positif dan negatif. Jika dilihat dari sudut positif wanita
peka terhadap hak- hak mereka dalam tuntutan fasakh, kes penceraian, penderaan dan
lain- lain. Di samping itu, dari aspek emosi pula, penulis melihat seorang ibu tunggal
4

lebih kuat semangat dalam mendidik dan membesarkan anak- anak tanpa bantuan orang
lain. Seterusnya, perubahan sosiobudaya wanita telah menyebabkan gaya hidup mereka
berubah. Misalnya mereka lebih mementingkan imej dan fesyen bersopan dalam
berpakaian.

Selain itu, dari sudut negatif pula, wanita lebih mementingkan status, pangkat dan
kerjaya dalam mencari jodoh. Dalam aspek material pula, wanita kini lebih
mementingkan harta benda seperti wang hantaran yang tinggi juga meniru gaya
berpakaian yang tidak sopan serta menjolokkan mata. Dari segi emosi, wanita lebih
tertekan apabila berhadapan dengan pelbagai situasi antaranya ketika berkerja.
(*Pengenalan dan Latarbelakang Permasalahan Kajian (PK) terlalu ringkas. Dalam PK
sepatutnya mengandungi elemen: Pengenalan PK, sejarah PK, isu-isu semasa berkaitan
PK, data-data dan maklumat menyokong PK dan akhirnya tonjolkan kepentingan PK
dalam konteks penyelidikan dilakukan).

3.0 MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi pensyarah UKM terhadap
perubahan sosiobudaya wanita.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Di antara objektif kajiannya ialah:

a) Untuk menjelaskan tentang perubahan sosiobudaya wanita dalam tuntutan hak-


hak mereka.

b) Untuk mengkaji perubahan sosiobudaya wanita dalam aspek status dan kerjaya.

c) Untuk membuktikan perubahan sosiobudaya wanita dalam aspek metarial.


(*Salah ejaan).
5

d) Untuk menilai tahap emosi wanita dalam perubahan sosiobudaya yang berlaku
pada masa kini.

e) Untuk mengkaji perubahan sosiobudaya yang berlaku terhadap wanita dalam


aspek gaya hidup.

5.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN

5.1 Persepsi

Persepsi merupakan suatu pandangan atau tanggapan yang berbeza antara pelbagai pihak
samada bersifat negatif mahupun positif.

5.2 Perubahan

Perubahan adalah satu titik evolusi yang berlaku secara beransur-ansur dari satu tahap ke
satu tahap yang lain samaada dari sudut perkembangan atau pertumbuhan.

5.3 Sosiobudaya

Sosiobudaya di sini membawa maksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara
hidup dan lain-lain. (*Hanya perlu diberi memberikan defenisi atas terminologi yang
signifikan dalam konteks penyelidikan ini sahaja. Tidak perlu mendefinisikan tajuk).

6.0 LIMITASI KAJIAN (*lebih sesuai digunakan perkataan Skop Kajian kerana
limitasi lebih merujuk kepada halangan dalam penyelidikan. Skop yang diberikan berikut
perlu diberikan alasan munasabh kenapa demikian).

6.1 Limitasi masa

Kajian dijalankan pada 1 Februari hingga 4 April 2009


6

6.2 Limitasi bidang kajian

Kajian yang dilakukan adalah satu kajian ilmiah yang berbentuk kajian lapangan. Skop
kajian adalah tertumpu kepada perubahan sosiobudaya wanita terhadap hak-hak mereka,
perubahan status dan kerjaya mereka pada hari ini, perubahan gaya hidup wanita,
perubahan wanita terhadap kepentingan aspek material dalam hidup dan perubahan emosi
dan tekanan pada wanita hari ini.

6.3 Limitasi lokasi

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

7.0 HIPOTESIS KAJIAN

Perubahan sosiobudaya wanita pada hari ini membawa kesan yang baik dan buruk pada
pembangunan negara seterusnya mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan wanita
yang semakin luas. (*Hipotesis boleh dibina dalam bentuk soalan-soalan yang perlu
dijawab melalui penyelidikan ini. Ia juga boleh dibina dalam bentuk hipotesis utama dan
hipotesis alternatih dan beberapa hipotesis lain).

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Untuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi
kajian perlu digunakan. Justeru, untuk tujuan kajian ini penyelidik akan menggunakan
metodologi:
 
8.1 Jenis kajian

Terdapat dua jenis kajian yang akan penyelidik jalankan iaitu:


7

8.1.1 Kajian Lapangan:

Penyelidik menjalankan kajian lapangan untuk mendapatkan maklumat, gambaran


serta data yang lebih tepat mengenai penyelidikan yang dijalankan ini. (*Perlu
dihuraikan bentuk dan bagaimana kajian lapangan dilakukan).

8.1.2 Kajian kepustakaan:

Penyelidik telah menjalankan kajian perpustakan untuk mencari dan mendapatkan


maklumat yang tepat dan berkaitan dengan kajian kes yang dijalankan. Antara bahan
yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah buku, akhbar, jurnal, majalah dan
internet.

8.2 Persampelan

Kaedah persempelan yang telah penyelidik gunakan dalam menjalankan penyelidikan


ialah persampelan rawak mudah yang meliputi: (*Sepatutnya menggunakan perkataan
akan kerana proposal adalah berkaitan masa depan)

8.2.1 Skala Kajian

Skala kajian yang akan penyelidik gunakan ialah Skala Likert. Iaitu kenyataan
yang menggambarkan sikap kesukaan atau tidak suka responden terhadap objek.
Juga mengenai tahap kecenderungan atau sebaliknya terhadap sesuatu kenyataan.
Penyelidik memilih untuk menggunakan skala jenis ini, kerana digunakan untuk
mengukur penyesuaian diri responden pada suatu keadaan, prasangka,
konservatisme dan sebagainya (*sepatutnya skala digunakan untuk mnegukur
jawapan responden terhadap soalselidik bukan skala kajian)
8

8.2.2 Kawasan kajian

Kawasan yang menjadi pilihan penyelidik untuk menjalankan kajian kes ialah di
Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Kawasan ini dipilih kerana sesuai dengan
permasalahan yang ingin dikaji di mana pengalaman pensyarah dalam melihat
perubahan wanita.

8.2.3 Sampel Kajian

Penyelidik akan mengedarkan borang soal selidik kepada lebih kurang 60 orang
pensyarah yang terdiri dari lelaki dan perempuan. Ini kerana sesuai dengan bidang
kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik iaitu berkaitan dengan perubahan
sosiobudaya wanita. (* Kenapa 60 orang?, Bagaimana mereka dipilih? Adakah
60 mencukupi?)

8.3 Instrumen kajian

Antara instrumen kajian yang akan digunakan oleh penyelidik ialah :

8.3.1 Soal Selidik :


Soal selidik dipilih kerana ia adalah antara langkah yang mudah dan efektif dalam
mengumpulkan data. Selain itu ia juga menjimatkan masa, kos dan tenaga. Jumlah
soalan dalam borang soal selidik ini bilangannya dianggap releven untuk tujuan
kajian ini. Soal selidik yang akan digunakan oleh penyelidik adalah butiran
responden dalam Bahagian A. Manakala soalan dalam Bahagian B  merangkumi
penjelasan bagi objektif kajian. (*Apakah soalan umum soalselidik ini?
Berapakah soalselidk terlibat? Bagaimana ia dibina dan diedar? Apakah skala
digunakan? Siapakah yang akan menjawabnya? Adakah ia diuji terlebih dahulu?
Berapakah akan dipilot studykan? Siapakah terlibat dengan pilot study?)
*Bagaimana dengan kaedah temubual? Ia wajar juga digunakan dan dihuraikan.
Soaln-soalan temubual perlu dilampirkan dalam proposal.
9

8.3.2 Kaedah Analisis Data :


Penyelidik akan menggunakan analisis data secara berkomputer menggunakan
SPSS (Service Package for Science Social) untuk mendapatkan keputusan analisis
yang tepat.

9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN ( LITERATURE REVIEW)

Kajian ini dilakukan dengan berpandukan beberapa sumber yang telah dibuat oleh
penyelidik. Terdapat beberapa sumber yang telah digunakan oleh penyelidik, antaranya
adalah seperti ulasan daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, buku- buku ilmiah,
majalah- majalah serta program yang pernah disertai oleh penyelidik.

Menurut Azran bin Jaffar dalam Berita Harian, Isnin bersamaan 23 Mac 09,
halaman 10, mengulas tentang apa yang dikatakan oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Naib
Ketua Wanita UMNO bahawa wanita jangan bersifat lemah, tetapi hendaklah mempunyai
kepimpinan yang kuat yang dapat membela nasib wanita UMNO dengan lebih agresif
dan terancang. Seterusnya beliau mengatakan bahawa semangat kepimpinan wanita harus
dipulihkan agar hak dan peluang mereka dalam parti dan kerajaan dapat diperjuangkan
dengan baik dan ikhlas. Di sini penyelidik dapat melihat bahawa masyarakat
memartabatkan wanita di dalam tampuk kepimpinan sesebuah organisasi yang mana
kaum lelaki turut menerima kepimpinan wanita itu sendiri.

Ulasan keratan akhbar Berita Harian Isnin 23 Mac 09, halaman 10 di dalam
ruangan Ratu. Menurut Hidayah Mohammad menyatakan bahawa wanita kini
mementingkan kecantikan. Bagi mereka lambang kewanitaan adalah berdasarkan
pemilihan warna dan pakaian serta solekan yang memberikan peranan dalam
menonjolkan kriteria wanita. Sehubungan dengan itu, bagi wanita wajah adalah jendela
kecantikan yang mampu menonjolkan keterampilan dirinya. Kini penyelidik dapat lihat
banyak produk yang boleh menyelesaikan masalah kulit wanita agar tampak berseri
namun, penyelidik berpendapat kecantikan bukanlah semata-mata melambangkan
10

keperibadian wanita tetapi mestilah bersesuaian dengan kehendak syarak dan tidak
mendatangkan maksiat.

Ulasan keratan akhbar Utusan Malaysia Selasa 4 mac 09, halaman 27 menyatakan
seramai 46 ahli Badan Kebajikan Angkatan Tentera ( BAKAT ) telah berjaya
menurunkan berat badan dan kadar lemak tubuh dalam program 3G( gemuk, gempal dan
gebu ) kepada 3G( genit, gaya dan gemilang ). Mereka yang berjaya menamatkan
program menurunkan berat badan selama 6 bulan itu telah menerima cenderahati, wang
tunai beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat
dan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ), Puan Seri Rositah Md.Mawi. Di sini penyelidik
dapat lihat bahawa wanita kini mementingkan gaya hidup sihat dan lebih aktif dalam
mengurangkan berat badan dan kadar lemak tubuh untuk mengelakkan penyakit-penyakit
kronik seperti darah tinggi, kencing manis, diabetis, angin ahmar dan sebagainya.

Merujuk buku Islam Hadhari: Pendekatan pembangunan peradaban di dalam bab


pembelaan hak wanita, karya Nik Safiah Karim menyatakan bahawa sejak negara kita
menyusun program- program pembangunan negara, kaum wanita telah diajak ikut serta
dalam proses ini. Mereka diperlukan sebagai sebahagian daripada guna tenaga.
Perangkaan berikut cuba memberi gambaran tentang penglibatan wanita dalam bidang
ekonomi dan manfaat yang telah diperolehi ( Mahmood Zuhdi Ab.Majid et.al 2008:

529 ).

a) Dari segi penglibatan. Mengikut jabatan perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia,


jumlah wanita yang bekerja bagi tahun 2002 dan 2004 adalah seperti berikut. Tahun
2002- 3235.5 juta, tahun 2004- 3588.7 juta. Dianggarkan pada masa hadapan penglibatan
wanita dalam bidang pekerjaan akan memperlihatkan kemajuan yang sama.

b) Begitu juga gambaran tentang perangkaan jenis pekerjaan yang dipegang oleh wanita
dan peratusan daripada jumlah wanita yang bekerja. Antaranya ialah penggubal undang-
undang, di mana jumlah pekerja wanita adalah seramai 5.9 peratus, begitu juga dalam
bidang profesional peratusan jumlah wanita yang terlibat adalh 6.7 peratus. Akan tetapi,
peratusan yang tinggi sebanyak 18.4peratus dalam bidang pekerjaan perkhidmatan,
pekedai dan juru jual ( Mahmood Zuhdi Hj. Ab.Majid et.al 2008: 529 ). Dalam hal ini,
11

penyelidik berpendapat bahawa wanita sanggup memikul tanggungjawab yang tinggi


untuk sama-sama bergabung tenaga dengan kaum lelaki bagi memajukan ekonomi negara
namun wanita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap urusan
rumahtangga.

Menurut Sayid Muhammad Husian Fadhullah dalam bukunya “Dunia


Wanita Dalam Islam”, yang diterjemahkan oleh Muhammad Abdul Qadir Alkaf
berpendapat mengenai keterlibatan wanita kini dalam bidang atau urusan kerjaya adalah
sesuatu sifat yang membawa kepada perkembangan dan pertumbuhan yang baik untuk
wanita. Namun, harus menjaga dan memelihara batas- batas pergaulan semasa
berinteraksi agar dapat menjaga maruah diri, keluarga dan agama. Beliau berpendapat
ada sebahagian wanita dieksploitasi dalam bidang pekerjaan luar untuk menjadikan
sumber tarikan atau pelarisan sesuatu produk. Contohnya menjadikan wanita sebagai
ikon peragaan di majlis- majlis terbuka dengan berpakaian tidak sopan. Selain itu,
gambar- gambar wanita yang tidak sopan dijadikan sebagai pelaris untuk tarikan pembeli
(Muhammad Husian Fadhullah 2000: 22). Oleh itu, penyelidik bersetuju dengan
pendapat pengarang buku ini bahawa pendidikan dan ilmu harus dihiasi pada diri wanita
dan bukanlah kecantikan luaran menjadi penarik kepada kemaksiatan.

Menurut Mohammad Hasnawi di dalam bukunya “Suami Isteri Yang Diredhai –


Siri Motivasi Kebahagiaan Rumahtangga” mengatakan harus dinilai dan diteliti kembali
tentang aspek ketrampilan seseorang wanita dalam bekerjaya. Wanita harus berwaspada
terhadap penampilan, solekan dan cara berpakaian supaya tidak keterlaluan sehingga
mengundang syahwat lelaki dan terjerumus ke lembah kemaksiatan( Mohammad
Hasnawi 2007: 45 ). Oleh penyelidik bersetuju dengan pendapat pengarang yang
mengatakan bahawa ketrampilan seseorang yang bekerjaya haruslah besederhana dan
tidak keterlaluan.

Secara keseluruhannya, penyelidik dapat membuat kesimpulan daripada kajian


kepustakaan bahawa perubahan sosiobudaya wanita ini mempunyai kesan positif dan
juga negatif dalam pelbagai aspek. (*Literature Review sepatutnya mengandungi
komentar anda terhadap kekuatan dan kelemahan bahan-bahan penulisan dan
12

penyelidikan sebelum ini. Setiap literature seharusnya ditonjolkan berkait antara satu
sama lain. Literature seharusnya lebih terfokus kepada tajuk kajian. Di akhir review
tonjolkan kekuatan atau peri pentingnya kajian anda perlu dilakukan).

10.0 JADUAL KERJA

    2009    

AKTIVITI PROJEK JAN FEB MAC APR MEI


Ulasan Kepustakaan

         
Pengumpulan Data Sekunder

         
Bengkel Awalan

         
Membentuk Soal Selidik

         
Pembaikian Soal Selidik

         
Kajian Lapangan

         
Memasukkan Data ke Komputer

         
Menganalisa Data

         
Bengkel Pertengahan

         
Menulis Draf Laporan

         
Bengkel Akhir Projek

         
Menulis Laporan Akhir

         
13

(*Penyelidik perlu highlightkan keseluruhan aktivitinya berdasarkan masa


(bulan/minggu/hari) yang dicadangkan dalam penyelidikannya. Penyelidk juga perlu
menyediakan carta alir aktiviti penyelidikannya).

11.0 SUSUNAN BAB


BAB 1            
1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG PERMASALAHAN KAJIAN
3.0 MATLAMAT KAJIAN
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 LIMITASI KAJIAN
6.0 HIPOTESIS KAJIAN
7.0 DEFINISI OPERASI KAJIAN
 BAB 2            
8.0 METODOLOGI KAJIAN
            8.1 Jenis Kajian
            8.2 Persampelan
            8.3 Instrumen Kajian
8.4 Kaedah Analisis Data
9.0 ULASAN KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW)
10.0 JADUAL KERJA
11.0 CADANGAN SOALAN
 BAB 3
12.0 ANALISIS DATA KAJIAN DAN DAPATAN
 BAB 4
13.0 CADANGAN
14.0 PENUTUP
15.0 RUJUKAN
16.0 LAMPIRAN
14

(*Sepatutnya ia dinamakan sebagai Cadangan Laporan Penyelidikan. Tajuk-tajuk


setiap bab yang bakal ditulis seharusnya dikemukakan lebih ditil. Anda boleh
merangkanya berdasarkan objektif yang dirangka. Tajuk utama setiap bab dan sub
bab perlu dikemukakan. Tidak cukup dengan paparan sebegitu ringkas)

12.0 RUJUKAN

. . . 2009. 46 Ahli Bakat berjaya turunkan berta badan. Utusan Malaysia, 24 Mac: 27. (*
ini tidak mengikut Gaya UKM)

Azran Jaffar. 2009. Gerakan politik wanita UMNO jangan lemah. Berita Harian, 23
Mac : 10.

Hidayah Mohammad. 2009. Ratu: Warna dan pakaian lambang kewanitaan. Berita
Harian, 23 Mac: 10

Mohammad Hasnawi. 2007. Suami isteri yang diredhai-siri motivasi kebahagiaan


rumahtangga. Selangor: Jasmin Enterprise.

Nik Safiah Karim. 2008. Pembelaan hak wanita. Dlm. Zalilah Bhahari et.al. (pnyt.).
Islam Hadhari: Pendekatan pembangunan peradaban, hlm. 517-519. Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Sayid Muhammad Husain Fadhullah. 2000. Dunia wanita dalam Islam. Terj. Muhammad
Abdul Qadir Alkaf. Jakarta: PT Lentera basritama.

* Keseluruhannya jumlah rujukan tidak mencapai jumlah yang memuaskan. Sepatutnya


lebih banyak rujukan dalam tajuk ini terutama rujukan premier dibaca oleh
pelajar.
15

13.0 LAMPIRAN A

 
TAJUK KAJIAN: PERSEPSI PENSYARAH UKM TERHADAP PERUBAHAN
SOSIOBUDAYA WANITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


 
Mahasiswa/i,
 
Sukacitanya kami Siti Fatimah Nur binti Shahrani( A119569 ), Rohana binti Abdul Wahab( A119486 ),
Syakirah binti Edrus( A120691 ), Noor Hafizah binti Jujaji( A120734 ) daripada Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia,  Tahun 2 akan menjalankan kajian ini seperti yang tertera di atas.
 
2.         Tujuan kami menjalankan kajian ini adalah untuk menilai persepsi pensyarah terhadap perubahan
sosiobudaya wanita masa kini.
 
3.         Sehubungan dengan itu, anda telah terpilih untuk menjawab soal selidik ini. Segala maklum balas
dan jawapan yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian kami ini. Diharapkan anda dapat
memberikan kerjasama dengan jujur dan ikhlas dalam menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam
borang soal selidik ini. Segala maklumat yang anda berikan adalah RAHSIA.
 
Sekian terima kasih.
 
Yang benar,
__________________
( SITI FATIMAH NUR BINTI SHAHRANI )

Bahagian A
16

Sila isi ruangan berikut:

Jantina : Lelaki Perempuan


Umur : 25-35 36-45 46 ke atas
Status : Bujang Berkahwin
Pekerjaan : Kakitangan kerajaan Kakitangan swasta
Tahap Pendidikan : Ijazah Master PHD
Fakulti : FPI FSSK FEP Lain-lain

Bahagian B

Sila nyatakan tahap persetujuan anda terhadap soalan-soalan yang diberikan

1) Tahap perubahan sosiobudaya wanita terhadap hak-hak wanita

a) Wanita pada hari ini mudah untuk meminta cerai daripada suami (fasakh) sekiranya suami tidak
bertanggungjawab.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

c) Setujukah anda wanita pada hari ini lebih menanggung bebanan nafkah untuk keluarga berbanding
suami.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

d) Wanita lebih peka terhadap hak mereka dalam isu penderaan.


17

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

e) Lelaki pada masa kini tidak melupakan tanggungjawab nafkah terhadap anak-anak selepas bercerai.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

f) Setujukah anda bahawa kebanyakan punca perceraian adalah disebabkan oleh kaum lelaki.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

2) Tahap perubahan wanita terhadap status dan kerjaya

a) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini telah memonopoli peluang pekerjaan terutama dalam sektor
ketiga iaitu sektor perkhidmatan.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju
18

b) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini telah memonopoli peluang pekerjaan terutama dalam sektor
utama.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

c) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini telah memonopoli peluang pekerjaan terutama dalam sektor
kedua.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

d) Wanita pada hari ini layak untuk memegang jawatan CEO atau ketua dalam sesuatu organisasi.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

e) Kedudukan lelaki akan tergugat sekiranya wanita mendominasi tampuk kepimpinan dalam sesuatu
organisasi.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju
19

f) Wanita pada hari ini lebih memilih lelaki yang kaya dalam mencari jodoh.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

g) Wanita pada masa kini sangat mementingkan status dan kerjaya daripada kepentingan keluarga sendiri.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

h) Wajarkah seorang suami menyekat peluang pekerjaan isterinya yang mempunyai kelayakan dalam
sesuatu bidang.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

i) Salah satu faktor keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan perbezaan pendapatan (gaji) antara
suami isteri.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju
20

j) Lelaki tidak serasi bekerjasama dengan majikan wanita.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

3) Tahap Perubahan wanita terhadap aspek material.

a) Wanita pada hari lebih mementingkan barangan berjenama berbanding barangan tiruan.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

b) Setujukah anda bahawa wanita pada hari ini mementingkan kadar hantaran yang tinggi.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

c) Salah satu punca lelaki lambat berkahwin adalah kerana permintaan wanita terhadap wang hantaran
yang terlalu tinggi.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju
21

d) Lelaki pada hari ini sanggup membayar wang hantaran yang tinggi supaya dapat berkahwin dengan
wanita yang sukai.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

e) Lelaki pada masa kini lebih suka mengambil kesempatan terhadap wanita yang bekerjaya bagi
menampung keperluan rumahtangga kelak.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

f) Faktor hantaran yang tinggi menyebabkan rumahtangga mereka tidak berkekalan.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

g) Perkahwinan pada masa kini tidak berkekalan kerana perkahwinan yang dibina bukan berdasarkan cinta
tetapi berdasarkan harta.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

4) Tahap perubahan wanita terhadap aspek gaya hidup

a) Sesetengah wanita pada hari ini kurang sopan dalam penampilan berpakaian
22

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

b) Kehidupan sosial wanita pada hari ini lebih mengikut gaya hidup barat..

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

c) Wanita pada masa kini menjadikan artis sebagai model dalam fesyen bertudung walaupun ia tidak
menepati cara berpakaian menurut Islam.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

d) Wanita lebih memberikan perhatian kepada fesyen untuk menjaga imej dan penampilan.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

e) Lelaki lebih suka wanita yang pandai memperagakan fesyen berpakaian mengikut arus perubahan kini
dan moden walaupun tidak menepati syariat.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju
23

5) Tahap perubahan wanita terhadap aspek emosi

a) Wanita yang berkerjaya pada hari ini lebih mengikut emosi apabila menghadapi pelbagai tekanan.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

b) Setujukah anda sekiranya isteri yang bekerjaya mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap suami.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

c) Setujukah anda kebanyakan anak- anak menjadi mangsa akibat tekanan yang dihadapi oleh ibu mereka
yang bekerjaya.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

d) Wanita pada hari ini sering mengabaikan pembelajaran anak-anak kerana sibuk dengan kerjaya.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju
24

e) Wanita pada hari ini lebih banyak mencipta nama dalam pelbagai bidang di persada dunia.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

g) Lelaki sukar menerima arahan daripada majikan wanita kerana keegoan mereka yang tinggi.

( ) Sangat tidak setuju

( ) Tidak setuju

( ) Tidak pasti

( ) Setuju

( ) Sangat setuju

* Segala jasa Tuan/Puan amat penyelidik hargai dan diucapkan jutaaan terima kasih atas segala kerjasama
yang diberikan. Segala maklumat adalah RAHSIA.

*Soalan berbentuk open ended juga perlu dikemukakan bagi mendapat pandangan, komen
atau cadangan yang penyelidik tidak jangkakan melalui soalan dikemukakan secara closed
ended di atas.
*Tajuk-tajuk kecil di celah-celah soalseldik tidak perlu dimasukkan kerana akan menganggu
konsentrasi responden. Ia juga menyebabkan responden terasa mereka akan diuji dalam
aspek-aspek tertentu.

KOMEN UMUM:
1. Perlu juga dimasukkan kerangka teori kajian.
2. Metodologi kajian ditulis dengan lebih ditil kerana ia adalah jantung sebuah proposal
penyelidikan.
3. Penyelidik juga perlu menonjolkan bagaiaman setiap objektif yang dirangka booeh
dicapai melalui penyeldikan ini.
25

4. Setiap perkara yang dikemukan atau ditulis hendaklah diberikan alasan yang
munasabah KENAPA anda berbuat demikian.

5. TERIMA KASIH Atas Kesudian Anda Menjadi Sampel Penulisan Proposal Ini.
Format soalselidik telah diubahsuai bagi disesuaikan untuk penerbitan semula.

You might also like