You are on page 1of 6

MODUL KESELAMATAN DALAM BENGKEL

KURSUS

KERJA KAYU, LOGAM DAN PAIP (VET3032)

TUGAS

PERATURAN KESELAMATAN DIDALAM BENGKEL

OBJEKTIF

MELALUI PENGETAHUAN LANGKAH KESELAMATAN


BENGKEL YANG AKAN DIPELAJARI , PELAJAR AKAN DAPAT
MEMINIMUMKAN RISIKO KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN
SEMASA MELAKUKAN KERJA AMALI DIDALAM BENGKEL.

PER: PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

TUJUAN :
Peraturan dan langah-langkah keselamatan ditujukkan adalah untuk mengelakan daripada
berlakunya kemalangan yang boleh mendatangkan kecederaan atau maut.Oleh itu setiap pelajar
adalah perlu mengetahui serta mengambil berat tentang aspek-espek keselamatan ini.

PENERANGAN :
Keselamatan didalam bengkel adalah suatu perkara yang amat penting bagi menggelakkan
kemalangan daripada berlaku ketika kerja-kerja didalam bengkel dijalankan. Kemalangan yang
berlaku boleh mengakibatkan kecacatan anggota, kehilangan jiwa, kerosakkan peralatan dan mesin,
kemusnahan harta benda dan boleh mengurangkan produktiviti.
DEFINASI (Keselamatan) :
Ia boleh ditakrifkan sebagai suatu langkah persediaan atau langkah berwaspada pada setiap masa
bagi mengelakan diri, orang awam atau harta benda ditimpa bencana. Malang tidak berbau, sedikit
kecuaian atau kelalaian akan mengundang padah.Pelajar yang sering menghabiskan masa
dibengkel berpeluang terdedah kepada bahaya kemalangan. Oleh itu, pelajar perlulah memastikan
keselamatan diri terjamin bagi memininumkan risiko kecederaan atau kemalangan di dalam bengkel.

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN:
Kemalangan yang sering berlaku di dalam bengkel adalah disebabkan oleh faktor kemanusiaan,
persekitaran tempat kerja dan peralatan atau mesin. Sikap semasa menjalankan kerja-kerja di
bengkel juga boleh mengundang kemalangan. Contohnya bergurau, kurang menumpukan perhatian
terhadap kerja, tidak sihat sewaktu bekerja dan kurang pengetahuan dalam pengendalian peralatan
atau mesin. Oleh sebab itu maka diwujudkan peraturan-peraturan keselamatan dalam bengkel.
Keselamatan terbahagi kepada 6 perkara iaitu:

Keselamatan Am

Keselamatan Diri

Keselamatan Alat Tukang

Keselamatan Jentera dan Mesin

Keselamatan Elektrik

Keselamatan Ketika Mengangkat

Keselamatan Am
a. Berfikir dahulu sebelum bertindak
b. Jangan berlari atau bergurau semasa sedang bekerja
c. Tentukan kedudukan alat pemadam api, jenis alat pemadam api dan cara
menggunakannya.
d. Jangan berjalan dibawah beban yang berat
e. Jangan meletak barang yang berat diatas tangga.
f. Apabila menggunakan tangga pastikan tangga dalam keadaan baik dan selamat.
g. Jangan cuba memberi pertolongan cemas sekiranya tidak tahu cara-caranya.
h. Minta kebenaran daripada pengajar atau juruteknik apabila hendak menjalankan
mesin.
i. Laporkan segala kemalangan walaupun kecil.
j. Jangan membuang sampah dimerata-rata tempat.
k. Tanya pengajar jika menghadapi sebarang masalah didalam bengkel.
l. Jangan merokok di dalam bengkel.

Keselamatan Diri
a.
b.
c.
d.
e.

Rambut mestilah sentiasa pendek dan kemas.


Kuku mestilah pendek bersih dan kemas
Menggunakan jeket semasa kerja-kerja amali dijalankan.
Gunakan safety boot semasa bekerja didalam bengkel.
Gunakan pakaian yang bersesuaian semasa menjalankan kerja.

Keselamatan Alat Tukang


a.
b.
c.
d.
e.

Gunakan alat tukang yang bersesuaian dengan kerja.


Simpan alat tukang di tempat yang selamat.
Gunakan peralatan yang bersempadan.
Jangan menggunakan alt tukang yang telah rosak.
Gunakan tool box apabila membawa peralatan dari satu tempat ke satu tempat
lain
f. Letakkan alat tukang ditempat yang selamat semasa kerja sambil baring.
g. Jangan menggunakan alat yang tiada pemegang.
h. Jangan membawa alat yang tajam didalam apron.
i. Jangan menggunakan tukul yang berkepala longgar.
j. Jangan gunakan pahat yang berkepala cendawan.

Keselamatan Jentera Dan Mesin


a. Pastikan mempunyai pengetahuan mengendalikan mesin semasa menghidupkan
atau mematikan.
b. Pastikan semua alat yang bergerak mempunyai pelindungan keselamatan.
c. Pastikan keselesaan dan kedudukan mesin semasa mengendalikannya.
d. Matikan mesin dengan serta merta jika berlaku sebarang kerosakan.

Keselamatan Alat Elektrik


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Jangan menggunakan kabel yang tidak berpenebat.


Pastikan alat elektrik kering dan bersih.
Jangan menggunakan alat elektrik yang rosak.
Jangan sambugkan wayar punca utama pada soket lampu.
Jangan cuba membaiki alat elektrik sekiranya tidak tahu.
Laporkan sebarang kerosakan elektrik kepada pengajar.

Keselamatan Semasa Mengangkat Barang.


a.
b.
c.
d.

Gunakan otot kaki dan tulang belakang semasa mengangkat barang berat.
Pastikan jumlah berat barang sebelum mengangkatnya.
Pastikan alat pengangkut dalam keadaan baik.
Jangan mengangkat barang melebihi berat badan.

LANGKAH-LANGKAH PENGUATKUASAAN:
Keselamatan perlu dipastikan, maka langkah-langkah penguatkuasaan perlu ditekankan. Oleh itu
beberapa perkara di bawah perlu dititikberatkan supaya keselamatan terjamin.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

Amalkan sikap mengambil berat, bertanggungjawab dikalangan pelajar.


Amalkan setiap langkah-langkah keselamatan pada setiap pekerjaan.
Buangkan nilai-nilai positif dalam diri yang mana boleh mengundang kecelakaan.
Tamankan sikap murni dan bantu membantu dalam apa jua pekerjaan.
Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang di larang
Hormat menghormati diantara satu sama lain.
Tumpukan minat pada setia pekerjaan yang dilakukan.

SIMBOL PAPAN TANDA KESELAMATAN

1. WARNING SIGN

2. CAUTION SIGN

3. DANGER SIGN

4. GANERAL SAFETY SIGN

5. FIRE SAFETY SIGN

You might also like