You are on page 1of 22

KAJIAN TENTANG

PERKEMBANGANNYA DI
PEKAN BATU 14,
HULU LANGAT, SELANGOR.

 NAMA PELAJAR:RIB’E BIN MOHD PARID


 NO.K/P: 950603-56-5373
 T/T PELAJAR: ___________________________
 NAMA GURU PENILAI: PN NORLIZA BT
MOHAMMAD

 T/T GURU PENILAI:______________________

1
BIL ISI KANDUNGAN M/S
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN
3. OBJEKTIF KAJIAN
4. KAWASAN KAJIAN
5. KAEDAH KAJIAN
6. HASIL KAJIAN
7. RUMUSAN
8. LAMPIRAN
9. RUJUKAN

2
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya
akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dalam masa
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya juga telah berjaya
menyiapkan kerja ini tanpa mengalami sebarang masalah.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Haji
Zamani Bin Ibrahim, pengetua Institut Tahfiz Al-Quran dan cikgu
Norliza selaku guru matapelajaran Geografi Tingkatan 2 Hamzah yang
banyak memberi panduan untuk saya menyiapkan kerja ini .

Sekalung jutaan terima kasih kepada ibu, Puan Baariah Bt


Othman, ayah, Haji Mohd Farid Bin Sheikh Haji Ahmad serta ahli
keluarga lain yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar serta
sokongan mental kepada saya untuk menyiapkan kerja ini.

Tidak lupa juga kepada orang-orang sumber yang banyak


memberikan maklumat terutamanya Penghulu Pekan Bt 14 serta seluruh
penduduk kampung ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih turut
diucapkan kepada rakan –rakan seperjuangan yang lain iaitu, Suffian,
Nazran dan Zaidi dan juga ahli-ahli kelas yang lain kerana sudi
berkongsi maklumat dan tunjuk ajar kepada saya.

3
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 2
maka semua pelajar diwajibkan menjalankan satu kajian berdasarkan
tajuk yang dipilih .

Tajuk kajian yang saya telah pilih ialah Penempatan Dan


Perkembangannya di Pekan Bt 14, Hulu Langat, Selangor.

Saya memilih Pekan Bt 14 sebagai kawasan kajian kerana kawasan


ini merupakan tempat tinggal saya. Dalam kajian ini, saya mendapati
pelbagai aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan tajuk kajian
saya.

Bagi menyiapkan kerja ini, saya telah mengambil masa selama


lapan minggu untuk melengkapkan laporan kajian saya.

4
 Objektif kajian saya ialah mengenalpasti jenis dan pola petempatan
di Pekan Bt 14.
 Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di
Pekan Bt 14.
 Menyenaraikan fungsi-fungsi petempatan di Pekan Bt 14.
 Mengenalpasti masalah perkembangan petempatan penduduk di
Pekan Bt 14.
 Mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah
petempatan di Pekan Bt 14.
 Menerapkan nilai-nilai murni di dalam kajian saya.

5
Kawasan kajian saya ialah Pekan Bt 14. Saya memilih kawasan ini
sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini berhampiran dengan tempat
tinggal saya.

Perjalanan dari pekan ke bandar berhampiran iaitu Bandar Kajang


ialah10 km. Jika berkenderaan, hanya mengambil masa kira-kira 16
minit sahaja. Pekan ini terletak di dalam daerah Hulu Langat yang
bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah
Sepang.

Pekan ini juga menjadi laluan kenderaan dari Pekan Bt 12 ke Pekan


Bt 13. Selain itu, ia juga merupakan laluan bagi kenderaan dari Bandar
Kajang ke Bandar Cheras. Ini membolehkan petempatan di pekan ini
berkembang dengan pesat.

6
Peta Selangor

7
Peta daerah Hulu Langat

8
Peta lakaran kawasan kajian

9
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul
maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Antara kaedah yang yang
digunakan ialah:

 Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan untuk melihat dan mengenalpasti jenis dan
pola petempatan di Pekan Bt 14.
 Soal selidik
Seramai 20 orang responden telah dipilih daripada seluruh
penduduk Pekan Bt 14. Soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang perkembangan petempatan di Pekan Bt 14.
 Rujukan
Saya telah merujuk kepada buku teks, buku rujukan, majalah-
majalah dan Atlas untuk mendapatkan peta. Saya juga melayari internet
untuk mendapatkan maklumat.
 Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kawasan untuk
mendapatkan maklumat yang saya perlukan.

10
JENIS DAN POLA PETEMPATAN

Jenis petempatan di pekan ini ialah petempatan luar bandar.


Kegiatan ekonomi utama disini ialah pertanian ,perniagaan dan
perkhidmatan.
Pola petempatan disini ialah pola petempatan berpusat. Bangunan
yang dibina bertumpu pada persimpangan jalan raya serta dibina secara
rapat-rapat. Disini pelbagai kemudahan awam disediakan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN


Antara faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Bt 14
ialah bentuk muka bumi yang berpamah sesuai untuk perkembangan
petempatan. Pembinaan bangunan dan kemudahan lain sesuai dibina
diatas tanah yang rata.
Selain itu, kemudahan prasarana yang terdapat di kawasan ini juga
mempengaruhi perkembangan petempatan disini. Contohnya kemudahan
pendidikan seperti sekolah-sekolah rendah dan menengah turut
disediakan disini. Terdapat juga kemudahan hospital dan bank di
kawasan ini.
Perkembangan petempatan di pekan ini turut dipengaruhi oleh
kegiatan ekonomi kerana terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di
kawasan ini seperti perniagaan, perkhidmatan dan pertanian. Hal ini
telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

11
Pekan Bt 14 juga mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi .
Kawasan ini boleh dihubungkan dengan kawasan lain melaui jalan raya.
Sistem pengangkutan yang cekap menyebabkan perhubungan menjadi
mudah. Bandar Kajang umpamanya boleh dihubungkan dengan Bandar
Cheras melalui jalan raya di pekan ini. Jalan raya ini juga merupakan
antara jalan raya yang boleh menghubungkan Bandar Kajang di negeri
Selangor dengan Bandar Klawang di Negeri Sembilan. Hal ini
menyebabkan kadar mobility yang tinggi sehingga mengakhibatkan
Pekan Bt 14 menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya.

FUNGSI-FUNGSI PETEMPATAN DI PEKAN INI


Antara fungsi-fungsi petempatan di pekan ini ialah sebagai pusat
perniagaan kerana terdapat pelbagai perniagaan yang bertumpu di
kawasan ini. Antaranya ialah kedai runcit, kedai barangan elektronik,
kedai menjual barangan basah, kilang perusahaan kicap, bengkel dan
lain-lain.
Di samping itu, pekan ini juga menjadi pusat riadah kerana terdapat
beberapa kemudahan sukan dan riadah yang pelbagai di kawasan ini
seperti padang bola sepak, gelanggang badminton, gelanggang takraw,
dewan untuk kegiatan riadah dan lain-lain.
Pekan ini juga terkenal sebagai pusat rekreasi kerana terdapat air
terjun, kolam air panas dan hutan lipur berhampiran dengan kawasan ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan
rekreasi di kawasan tersebut seperti chalet, pondok wakaf dan lain-lain
di kawasan ini yang berjaya menarik minat ramai pelancong untuk
berkunjung ke sini.

12
MASALAH PERKEMBANGAN PETEMPATAN DI PEKAN INI
Memandangkan pekan ini menjadi salah satu daripada kawasan
tumpuan penduduk di mukim Hulu Langat, ia mempunyai beberapa
masalah petempatan. Antaranya:
I.Masalah pencemaran udara
Masalah pencemaran alam sekitar di kawasan juga serius kerana
saban hari asap daripada pelbagai jenis kenderaan daripada motorsikal
hinggalah ke lori treler yang melalui kawasan ini mencemarkan kualiti
udara disini. Hal ini mengakhibatkan pelbagai kesan negatif kepada
penduduk di kawasan ini.
ii.Masalah pencemaran air
Pembinaan kawasan perumahan yang semakin bertambah turut
mengakhibatkan kadar hakisan tanah meningkat. Hakisan tanah itu
kemudiannya disalurkan ke sungai iaitu Sungai Hulu Langat yang
mengakhibatkan air sungai itu menjadi keruh dan cetek. Ini ditambah
lagi dengan sikap sesetengah pengusaha kilang yang membuang sisa
toksik dan sisa buangan ke sungai yang sama. Pda masa yang sama, sisa
kumbahan dan sisa buangan dari sistem pembentungan rumah-rumah
yang semakin bertambah turut disalurkan ke sungai tersebut. Hal ini
menjejaskan hidupan akuatik di sungai Hulu Langat serta mencemarkan
sumber air bersih di Pekan Bt 14 dan kawasan sekitarnya.
iii.Banjir kilat
Pekan ini kerap dilanda banjir kilat akhibat sistem perparitannya
yang tidak sistematik. Keadaan parit yang kecil serta dasar sungainya
yang cetek menyebabkan ia tidak mampu menampung air hujan yang
banyak. Ia juga disebabkan oleh faktor geografi kawasan ini sebagai
antara tempat yang paling banyak menerima hujan di negeri Selangor.
Banjir kilat yang berlaku telah membantutkan kegiatan ekonomi
penduduk serta mengakhibatkan kerugian harta benda yang banyak.

13
iv.Kesesakan lalu lintas
Kesesakan lalu lintas di Pekan Bt 14 biasanya berlaku di waktu-
waktu puncak iaitu pada waktu pagi (7.00 pagi sehingga 8.00 pagi) dan
waktu petang (5.30 petang sehingga 7.00 pagi). Hal ini berlaku kerana
orang ramai menggunakan kereta persendirian untuk ke tempat kerja
masing-masing. Ia turut disebabkan oleh kekurangan lampu isyarat serta
kurangnya pengawalan pihak polis trafik ke atas lalu lintas.

LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN


Bagi mengatasi masalah petempatan di Pekan Bt 14, beberapa langkah
yang telah dan sedang dilaksanakan. Di antara langkah tersebut ialah:
i.Kempen Alam Sekitar
Kerajaan telah berusaha mengurangkan kadar pencemaran udara di
kawasan ini dengan mengadakan kempen menggunakan kenderaan
awam seperti bas untuk mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan
dari setiap kenderaan. Selain itu, pembakaran secara terbuka turut
diharamkan kerana ia boleh mencemarkan kualiti udara. Kempen Pokok
Hijau turut dilaksanakan iaitu dengan menanam anak-anak pokok di
rumah, sekolah dan di kawasan-kawasan awam.
ii.Menguatkuasakan Undang-Undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan Undang-
Undang Alam Sekitar 1974 yang melarang pembuangan sebarang sisa
toksik dan sisa buangan ke dalam sungai untuk mengelakkan
pencemaran sungai. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan
didenda membayar RM 100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya. Selain itu, kemudahan sistem rawatan air turut
disediakan untuk mendapatkan bekalan air bersih.Kedua-dua usaha ini
berjaya mengurangkan pencemaran air di Sungai Hulu Langat.

14
iii.Membaiki dan Menaik Taraf Sistem Saliran
Kerja-kerja membaiki sistem saliran telah dijalankan seperti
memperdalamkan sungai, melebarkan parit dan longkang supaya mampu
menampung lebih banyak air serta membersihkan longkang-longkang
daripada sampah-sampah untuk mengelakkan ia tersumbat. Di samping
itu, kolam takungan air yang baru telah dibina untuk menampung air
hujan yang berlebihan yang akan digunakan sebagai bekalan air
simpanan. Benteng batu juga telah dibina di sepanjang sungai untuk
mengelakkan air sungai melimpah.
iv.Melebarkan serta Menaik Taraf Jalan Raya
Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutama di waktu-
waktu puncak kerajaan dengan kerjasama Majlis Daerah Hulu Langat
(MDHL) telah melebarkan jalan raya dikawasan ini. Pada masa yang
sama, MDHL juga merancang untuk membina jalan raya sehala di
hampir semua kawasan bagi mengelakkan kesesakan tersebut di
samping membina lebih banyak lampu isyarat di kawasan persimpangan
jalan. Perbincangan dengan pihak polis juga telah dibuat untuk
menempatkan lebih ramai polis trafik untuk mengawal kesesakan lalu
lintas. Selain itu, kerajaan juga telah memperhebatkan lagi kempen
berkongsi kenderaan yang telah lama diadakan serta menggalakkan para
penduduk untuk menaiki kenderaan awam seperti bas untuk
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya pada satu-satu masa.

Saya berasa bersyukur dan berbangga diatas keprihatinan para


penduduk serta pihak berkuasa di Pekan Bt 14 yang banyak berusaha
untuk mengatasi masalah-masalah yang berlaku di kawasan ini.

15
Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis dan pola
petempatan di Pekan Bt 14 . Saya juga telah mengkaji faktor-faktor
yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian saya. Selain itu
saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang fungsi-
fungsi serta masalah-masalah petempatan di kawasan kajian saya dan
cara mengatasinya. Nilai-nilai murni turut saya terapkan di dalam
kajian saya.
Di dalam masalah petempatan tersebut, saya berpendapat bahawa
ianya boleh diatasi sekiranya semua pihak sama ada kerajaan,
agensi kerajaan ataupun penduduk di kawasan tersebut
bekerjasama untuk mengatasi masalah itu.
Melalui kajian ini, saya juga sedar betapa perlunya amalan
mencintai alam sekitar, menjaga kebersihan persekitaran,
menghargai antara satu sama lain, jujur, bekerjasama,
bertanggungjawab dan sebagainya. Di samping itu, saya juga sedar
bahawa betapa perlunya kita menghargai usaha-usaha kerajaan
untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Pekan Bt 14 khasnya
dan di seluruh Negara amnya.

Akhir kata, saya rasa bersyukur dan berbangga kerana diberi


peluang untuk mengkaji dan mengetahui tentang petempatan dan
perkembangannya di sesuatu tempat.

16
17
18
19
20
Sumber Buku
 Buku teks Geografi Tingkatan Dua,
Chong Mui Sen, Dr Azizan Bin Hj Abu Samah,

21
Tahun 2002, Kuala Lumpur, Sasbadi Sdn Bhd
 Atlas Progresif Baru KBSM, 1991, Petaling Jaya,
Penerbit Fajar Bakti.

Sumber Internet
 http://www.scribd.com/doc/16688761/petempatan-dan-
perkembangan-Hulu-Langat
 http://4.bp.blogspot.com/_B_sMoEOtu5o/SeWVD-
ntZJI/AAAAAAAAADk/BNQnI2hQ-
r0/s320/peta+pangsun999.jpg
 http://www.google.com.my/search?
hl=en&source=hp&q=BORANG+soal+selidik+tentang+petempata
n+dan+perkembangannya&meta=&aq=f&oq=&rlz=1W1GGLL_e
n
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Hulu_Langat
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Geografi
 http://www.itqan.edu.my/main/images/itqan_logo.jpg

22

You might also like