You are on page 1of 15

BAB 10

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Ekonomi tradisional

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.

1.     Bercucuk tanam 

2.     Menagkap ikan

3.     Menternak binatang

4.     Perlombongan 

5.     Memungut hasil hutan

Ekonomi Tradisional

Sara Diri Mengamalkan ekonomi secukup hidup.


Jenis Ekonomi Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,mentern
Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran barang
sedekah disimpan untuk satu tempoh.
Tanaman makanan Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
Ternakan makanan Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber be
Teknologi kuno/mudah Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti tajak,cangkul,tuga
Air semulajadi Sistem perairan berasaskan  sumber air dari sungai dan hujan.
Tangkapan Ikan tradisi Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
Tenaga manusia dan haiwan Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
Modal/Tenaga kecil Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.
Tiada Pengkhususan Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatka

Ekonomi Dagangan

Maksud ekonomi dagangan

 
Kegiatan untuk ekspot Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan eksp
Skala besar Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
Buruh Upah yg banyak Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih tima
Modal Besar Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
Teknologi Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih tima
Pemasaran meluas Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
Lebihan pengeluaran Melibatkan lebihan pengeluaran.

Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.

1.     Pertanian dagangan  

2.     perlombongan

Jenis tanaman dagangan di Tanah Melayu.

1.     Ubi kayu

2.     Tebu 

3.     Lada hitam 

4.     Gambir

5.     Tembakau 

6.     Kopi

7.     getah

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.

Rangkaian Ekonomi Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian e
kawasan bijih timah dan penanaman getah.
Ekonomi tradisi terpinggir Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan keting
Wujud dwiekonomi Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ek
Ketidakimbangan kemajuan Ekonomi Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseim
di pantai Timur.
Tingkat Industri pelombongan Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk
Kemasukan Buruh/Imigran Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlom

 
Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.

Penyumbang pendapatan British Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah M
Wujud Tanaman Komersial Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sab
hitam,gambir,tembakau dan kopi.
Sistem Kangcu dan lada Hitam Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada
melalui Sistem Kangcu.
Pajakan Tanah kepada org Cina Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara k
Luas Ladang Lada hitam Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gam
Kemasukan Pemodal Eropah dan Cina Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersi
Kekuasaan British dalam Ekonomi Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka m
konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
Wujud Dwiekonomi Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi ko
Tumpuan pertanian Ekspot. British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pem
hitam dan ubi kayu.
Usaha tanaman Getah Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan ekspo

Sistem Kangcu

Johor Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.


Gmbair/lada hitam Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
Cina Pajak Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China. 
Kangkar Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.
Saiz besar Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.
Buruh Cina Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Tanah subur Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
Revolusi industri – permintaan tinggi. Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi ter
industri terutamanya industri kereta. 
Ridley – bawa masuk getah Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura ya
Pameran dan pengagihan getah percuma Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengada
percuma.
Cara penorehan Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh
kering,yang tidak merosakkan pokok.
Harga getah tinggi Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barang
peralatan elektrik.
Modal asing Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama
Tanah Melayu.
Syarikat Perwakilan Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah sep
Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.
Galakan British – sewa tanah, cukai Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menye
rendah. rendah kepada peladang getah.
Kemudahan infrastruktur Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubu
pelabuhan dan pusat pentadbiran.
Pekerja asing Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji
Kopi jatuh. Berlaku kejatuhan harga kopi.
 

Langkah-langkah  British menstabilkan harga getah.

Sekatan Stevenson Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.


Had pengeluaran Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
Kupon had penorehan Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
Peraturan Getah A/B Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
Kuota rendah Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
Premiumtanah naik Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
Sekat melayu Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Sekat getah tanah sawah Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.

Dagang sejak abd ke-9 Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
Dimiliki pembesar Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan
oleh buruh tempatan.
  Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long
Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk
Bandar dan Dato Muda Linggi,di Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
Kaedah mendulang Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang
berhampiran.
Pasarkan ke Cina, India, Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
Jepun.
Membuat alatan. Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan
senjata dan alatan muzik seperti gong.
Buruh Cina dipantau Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah
pembesar. berlaku mulai pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para
pembesar Melayu tempatan.
Dapatkan kebenaran Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para
pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.
Jual semula kpd pembesar. Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula
kepada mereka.
Harga ditentukan pembesar. Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.
Penglibatan Pemodal Eropah Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah
gugat Melayu. mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.
Melayu pajak tanah. Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina
untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya
menyediakan modal.
British minat sebab Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan
keuntungan tinggi. keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat
antarabangsa.
Abad -20 dikuasai Eropah. Pada awal abad  ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh
pelombong dari Eropah.
Modal kecil Cina gagal Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan
bersaing. mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.
Intensif modal. Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
Gubal undang-undang. Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi
mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan
melombong bijih timah.
Cina merosot – British Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot
kuasai. dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan
bijih timah.

Wilayah di China dan penghijrahan ke Tanah Melayu.

1.     Kwangtung

2.     Kwangsi   

3.     Fukien

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

1.     Sistem Tiket kredit  

2.     Sistem pengambilan kakitangan

3.     Sistem pengambilan rumah kongsi

4.     Kemasukan berkumpulan

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.

Kurang buruh tempatan Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong
British membawa masuk imigran.
British benar masuk British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja
dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Kemiskinan di negara Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India
sendiri. untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.
Melayu tidak tentang Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah
Melayu.
Hubungan tTradisi yg sudah Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah
ada. mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
Peluang kerja. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
Kestabilan Politik. Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke
sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.

 
1.     Sistem Tiket Kredit

Dikumpul dari kg. Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari
kampung-kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.
Ketua bayar wang Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin
kheh.
Buat perjanjian Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan
hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.
Sin Kheh diawasi. Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah
menerima bayaran daripada bakal majikan.
Tiket dibekalkan. Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka
tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
Pemborong buruh. Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh
bertindak sebagai orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan
bayaran tertentu.

2.     Sistem Pengambilan kakitangan

Majikan hantar pegawainya. Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk
mendapatkan tenaga buruh.
Tambang dibiayai majikan. Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai Iring buruh. Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh
tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.

3.     Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Dilakukan Pegawai Di Cina. Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh
sesebuah rumah kongsi.
Pegawai yg biayai Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut
sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
Diserah tuan rumah kongsi . Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan
dibayar dengan kadar tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh
yang dibawanya.

4.     Kemasukan Secara Berkumpulan

Tajaan Charles Brook Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles
Brooke melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
Persetujuan ketua Foochow Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara
– Sarawak. berkumpulan dengan persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles
Brooke.
Sektor pertanian. Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan
sektor pertanian gambir dan lada hitam.
 

Maksud kangani

Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari India.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.

1.     Sistem Buruh Bebas

Sendiri Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan
datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
Atur Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana
kepentingan ekonomi.
Bebas Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang
mereka kehendaki.

2.     Sistem Kontrak

Majikan biaya Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai
balasannya buruh tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu
(antara 1-3 tahun) dengan bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13
sen sehari.

3.     Sistem Kangani

Lesen Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan
dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.
Wang Pendahuluan Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh
tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.
Pengurus agensi Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk
pekerja asing.

Perkembangan mata wang di Tanah Melayu.

 
Mata wang - Melaka Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka dalam kegiatan perdagangan.
Melayu lain. Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas
Kelantan,wang dan kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di
Pahang.
Mata wang Sepanyol Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata
wang perak Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu
dan Negeri-Negeri Selat
Wang Kertas Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai
Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri
Selat. 
Wang Negeri Selat. Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan
hanya sah digunakan untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.
Penjajah tubuh bank Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah
berlaku ekoran pembangunan dan kesempatan ekonomi.
Kemudahan pinjaman. Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk
memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
Dana luar – cepat. Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan
lebih mudah dan cepat.
Bank ejen pembayar Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai
ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport.
Mercantile Bank -Pertama Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di
Tanah Melayu.
Bank Eropah Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu
seperti The Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence
Bank Nederland.
Perkhidmatan utama – org Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala
Eropah. pedagang tempatan hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang
tengah atau komprador.
Bank Tempatan Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala
Lumpur iaitu Kwong Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di
Pulau Pinang.
Bank di Sarawak Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti
Sarawak Chinese Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.
Melayu tubuh bank. Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala
Lumpur dikenali sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

Perkembangan insurans di Tanah Melayu.

Perkembangan Perdagangan Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam


perdagangan antarabangsa.
Jenis Perkhidmatan Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau
lautan,insurans kebakaran ,insurans harta,insurans perniagaan dan
kemalangan,serta insurans nyawa.
Insurans Maritim Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan
dan kapal pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem
pengangkutan utama.
Insurans Kebakaran Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa
kemusnahan misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
Cawangan Insurans Luar. Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan
cawangan atau wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
Syarikat perwakilan Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and
Company di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari
England. 
Syarikat Insurans Tempatan Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat
insurans tempatan berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.
Pengasingan khidmat Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah
insurans dikemaskinikan dengan insurans nyawa diasingkan daripada insurans
kebakaran.
Ordinan Insurans. Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans
kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.

Dasar British Terhadap Pertanian

Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan

Tanaman baru Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat
antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah.
Komersilkan tanaman Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada
hitam.
Tanaman Ladang Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang
dibawa masuk dari China dan India.
Pemilikan tanah Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan
ekonomi.
Lindung tanah Melayu Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh
pemodal dan pelabur asing.

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu

Elemen utama. Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
Sistem Pemilikan tanah Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu
Melayu. tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
Tiada Rekod Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod
dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
Rekod Bertulis Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan
tanah.
Mudahkan Pentadbiran Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai
dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah
seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian.
Jadikan Cagaran Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
Nilai Komersial tanah Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah
ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.
Ketentuan Cukai Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau
diusahakan.
Permohonan Tanah Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan
sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.
Kebenaran Pejabat Tanah. Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk
mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

 
Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu

Permohonan – Pejabat Tanah Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran
pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.
Kuasa residen Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi
tanah yang diberikan kepada para pemodal.
Kebenaran Pejabat Tanah Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk
mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.
Sistem Wang Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
Urusan dengan wang Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan
perkhidmatan dibayar dengan wang.
Melayu Pinjam Wang Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam
wang.
Melayu  Jual Tanah. Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.

1.     Akta Tanah Simpanan Melayu

2.     Land Order

3.     Land Settlement Order

4.     Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi

AktaTanah Simpanan Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
Melayu.
Jamin eko./politik. Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa
depan.
Elak pindah milik. Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
Kuasa isytihar Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu
sebagai Tanah Simpanan Melayu.
Tak Benar tanam komersial. Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
Padi dan kelapa. Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
Land Order – hak milik di Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah
Sarawak. peribumi Sarawak.
Lindungi drp Cina. Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan
pertanian.
Land Settlement Order. Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak
tanah peribumi.
Warisan dan pemilikan Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
Elak pajakan,pecah.. Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap
tanah warisan.
Pembahagian jenis tanah Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah
campuran,tanah simpanan dan tanah pedalaman.
Imigran - Tanah campuran Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
Warta Hak Pribumi. Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
Peg Daerah – kuasa – Sabah. Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi
Sabah.
Sebelum 1888 tak sah Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang
Eropah sebelum 1888.
Peg Daerah – kuasa – niaga. Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
Tiada Tuntut ganti rugi. Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang
dijual kepada orang asing.

Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.

Lindungi drp ceroboh Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi
pengusaha dari China untuk tujuan pertanian.
Lindung tanah pribumi Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik
masyarakat peribumi.
Pindah milik melalui Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk
pewaarisan. mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.
Bahagi kpd 3 kaw. Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan
tanah pedalaman.
Tanah campuran-imigran. Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran
sahaja.
Kuasa Pegawai Daerah. Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak
milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
Urus niaga tanah Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua
dimaklumkan peribumi.
Berhak ganti rugi Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual
kepada orang asing.

   

Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.

Larang tanam Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah
dikawasan penanaman padi.
Kurang orang Melayu Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam
sektor perusahaan getah berkurangan.
Premium dikenakan – tanah Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
baru
Pembukaan Tanah baru Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama
dilarang. sekali oleh kerajaan British.
Lindungi pemodal Eropah Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah
menerusi Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.
Kuota Rendah Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan
Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.
Melayu tidak minat Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.

 
Elak Libat dlm getah Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
Tak mahu Gantung impot Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti
padi dari Thailand,Indo-China dan myanmar.
Tiada jaminan beras luar. Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku
kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.
Melayu disekat tanam Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah.
getah.
Elak Ancam Getah Eropah. Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah
pengusaha Eropah.

Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.

Tidak beri keutamaan Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.


Keutamaan kpd penjajah. Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas
komprador yang mengaut keuntungan negara.
Galakan kpd Eropah. Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
Tiada insentif kewangan. Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada
pekebun kecil.
Melayu disekat tanam getah. Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak
dibenarkan menanam getah di tanah sawah
Lindungi peladang Eropah. Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa
kejatuhan harga getah.
Kuota Rendah Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang
memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.
Premium tanah naik. Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Kesan-kesan Dasar Ekonomi British

Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Bijih timah Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala


Lumpur,Taiping dan Seremban.
Petroleum Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
Perkembangan Pengangkutan Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
Pertanian Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor
Bahru.
Kedudukan Strategik Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan
strategiknya.
Ada Pelabuhan Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah
menjadikan pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
Pusat Pengumpulan hasil Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir
dan lada hitam.

 
Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.      

Petempatan berbeza Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di


kawasan luar bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india
tinggal di estet
Pekerjaan ikut kaum Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai
petani,kaum India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina
sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
Bahasa berbeza Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu
sama lain.
Tiada kesepaduan kaum Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
Pendidikan Vernakular Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-
masing.

Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

Pendidikan Vernakular Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-
masing.
Guna Bahasa Ibunda Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing
sebagai bahasa penggantar.
Sek. Melayu- Neg.Selat. British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
Sek Melayu – Tlk Belanga.- Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
Pertama
Kemudian - Seberang Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu
Perai,K.Kangsar, Bt Gajah. Gajah di Perak.
Sek .Perempuan 1885 Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat
pada tahun1885.
Kolej Melayu -Elit Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk
golongan elit.
Sek.Melayu-Peringkat Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian
Rendah dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani.
Guru- MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak
bertujuan melatih guru sekolah Melayu.
Ladang- Tamil Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan
ladang.
Bandar – Tamil - Barat Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah
Tamil Vivekananda di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara
India.
Sukatan - India Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta
menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.
Saudagar Cina – tubuh sek. Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung
Hwa (1914) dan sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.
Dialek masing-maing. Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala
guru,buku dan sukatan pelajaran datangya dari China.
Enakmen – daftar sekolah. Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala
aktiviti untuk menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.
Mubaligh Kristian – sek Ingg. Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh
Kristian dan badan sukarela,di Tanah Melayu.
Sek. Ingg – Elit - Bandar Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di
bandar dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.
Sek Ingg. Ikut England Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
Universiti Malaya. Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di
Singapura tetapi agak lewat.
 

Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Kurang maju tumpu bahan Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi
mentah. British memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan
getah.
Barangan diimport Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana
barangan perkilangan tempatan yang sedikit.
Tujuan eksport – kasut Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan
getah. eksport,Syarikat Shum Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk
dieksport ke China.
Kasut Bata - Klang Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
Fung Keong, Kinta Rubber Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber
Works – berasaskan getah Works di Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.
United Engineer – kapal Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek
korek ,kapal kecil dan mesin memproses getah.
Mengetin nanas. Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat
di Johor untuk eksport.
Pemodal Cina Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.

Perkembangan Lombong & Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan
Petanian perkembangan pengangkutan dan perhubungan.
Cepat penghantaran Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari
kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
Jln Keretapi Pertama Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk
menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port
Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan di Tapah
Road dengan Telok Anson.
Perkhidmatan utk Timah Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan
Negeri Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.
1918 Keretapi ke Sempadan Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam
Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
1931 ke Timur Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan
Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.
1923 Sambung ke Singapura Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga
ke Singapura.
Buka tanah baru Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di
kawasan pedalaman untuk penanaman getah.
Pelabur luar datang Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas
terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
Muatan yg banyak Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Jln raya berturap Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut
bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
Sepanjang 2400km jln raya Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang
2400 kilometer.
Kenderaan bertambah Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor
pada tahun 1902.
Hubung Perlis - Singapura Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis
dan Singapura siap dibina.
Mudah hubungan Barat Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan
Timur perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.
Komunikasi – Tel. Telegraf, Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan
pos... perkhidmatan udara diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.
Tambah kecekapan Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat
dijalankan dengan lebih cekap dan cepat.

Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20

Lombong Timah Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.


Cepat penghantaran Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk
dieksport.
Hubungkan dengan kawasan Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di
timah Perak,Selangor dan Negeri Sembilan.
Hubung seluruh Bahagian TM Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.
PembukaanTanah Getah Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.
Pelabur Luar - Getah Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
Muatan Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Luar Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan
kapal berkuasa wap.
Pelabuhan Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke
Eropah.

         

Langkah-langkah British untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak.

Bina Hospital Menubuhkan hospital di bandar seperti di Taiping dan di Kuala Lumpur dalam
usaha mengawal wabak penyakit berjangkit mudah merebak.
Pusat Kesihatan Membina pusat kesihatan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit
yang mudah merebak.
Pusat Kesihatan Kecil Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain,misalnya terdapat 14 buah
pusat kesihatan di Selangor,dua buah di Pahang dan tiga buah di Negeri
Sembilan.
Sabah – bina hospital Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah,iaitu di daerah
Jasselton,Sandakan,Beauford,Kudat dan Tawau.
Sarawak – di Kuching, Sri Di Sarawak,perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching dan pusat
Aman, Sibu perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.
Sumbangan orang Terdapat hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan seperti
Perseorangan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur,yang memberikan perkhidmatan kesihatan
kepada pekerja lombong bijih timah yang terdiri daripada kalangan imigran
China.
Institut Penyelidikan Mendirikan Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur yang membuat
Perubatan penyelidikan untuk mencari punca penyakit dan langkah pencegahan.
Lembaga Sanitary Lembaga Sanitary ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam
terutamanya di bandar-bandar serta mengawasi kebersihan bandar di Kuala
Lumpur.
Jabatan Kesihatan Jabatan Kesihatan telah mengambil alih sebahagian tugas Sanitary Board dan
bertanggungjawab dalam aspek kesihatan.

You might also like