You are on page 1of 52

[TERKINI] Senarai Orang Terkaya di

Malaysia 2010
by Admin [ Master G ] on February 17, 2010

in Berita Dunia

[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda13

Ya….yang kaya bertambah kaya. Tahniah diucapkan kepada kalangan yang berjaya
menempatkan diri dalam senarai tokoh dan orang yang terkaya di Malaysia untuk tahun
2010. Seramai 40 orang terkaya di Malaysia telah berjaya mencatatkan  peningkatan daripada
segi nilai kekayaan sebanyak RM156.7 bilion, atau 63 peratus lebih banyak daripada RM96.3
bilion yang dicatatkan pada tahun lalu. Tetapi jumlah keseluruhan masih kurang daripada
RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008.

Seperti dijangka, tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu individu korporat seperti Tan Sri Robert
Kuok, Kuok Group yang baru sahaja melepaskan gelaran dan mahkota “Raja Gula”  dengan
menarik diri daripada bisnes gula di Malaysia yang dipegangnya selama bertahun-tahun.
Beliau masih lagi individu terkaya di Malaysia dengan berjaya mengumpul kekayaan
sejumlah RM42.76 bilion, naik RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion yang dicatatkan pada
tahun lalu.

Hartawan media  dan telekomunikasi iaitu Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan kedua,
dengan mencatatkan kekayaan sejumlah RM27 bilion. IOI Corporation Bhd’s Tan Sri Lee
Shin Chen ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh Tan Sri Teh Hong Piow
dengan RM10.86 bilion.
Genting Group Tan Sri Lim Kok Thay, bernilai RM10.38 bilion, melompat 10anak tangga ke
kedudukan kelima. Hong Leong Group Tan Sri Quek Leng Chan mengambil tempat di
RM7.09 keenam bilion sementara Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary daripada Albukhary
Foundation, bernilai RM6.01 bilion, menetap diri di kedudukan ketujuh.

Senarai 10 Individu atau orang yang terkaya terkaya di Malaysia

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia terkaya bagi tahun ketiga
berturut-turut dalam `Senarai 40 Rakyat Malaysia Paling Kaya 2006' oleh
majalah Malaysian Business.

Pemilik Kerry Group itu melebarkan lagi jurang kekayaannya berbanding


pesaing terdekat, T. Ananda Krishnan, berikutan prestasi kukuh saham-
sahamnya yang disenaraikan di bursa Hong Kong, kata majalah itu dalam
satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, nilai kekayaan Hock Nien adalah sebanyak RM21.53 bilion atau
27 peratus daripada jumlah kekayaan semua 40 individu dalam senarai
berkenaan manakala jumlah harta Ananda ialah kira-kira RM10.97 bilion.

Kata kenyataan itu, selain pertambahan harta Hock Nien, jurang antara
beliau dan Ananda selaku orang kedua terkaya, membesar berikutan
tindakan pemilik Astro All Asia Networks Plc. itu menukar beberapa
syarikatnya menjadi entiti persendirian selain keadaan pasaran saham
tempatan yang lembap.

``Secara keseluruhannya, lebih banyak hartawan yang menyaksikan


kekayaan mereka menyusut tahun ini berikutan prestasi Bursa Malaysia yang
mengecewakan.

``Dalam tahun 2006, disebabkan oleh Hock Nien, kekayaan terkumpul 40


rakyat Malaysia terkaya meningkat sedikit kepada RM79.42 bilion
berbanding RM78.23 bilion tahun lalu,'' kata kenyataan itu.

Tempat ketiga dalam senarai tersebut diduduki oleh pemilik Hong Leong
Group, Tan Sri Quek Leng Chan dan pengasas Genting Group, Tan Sri Lim
Goh Tong yang masing-masing memiliki aset bernilai RM9.9 bilion dan
RM6.15 bilion.

Enam lagi individu ialah peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan
kekayaan lebih RM6.1 bilion; Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation
(RM3.89 bilion); Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary
(RM2.93 bilion); Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting (RM1.61 bilion); Tan Sri
Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (1.53 bilion) dan Tan Sri Kua
Sian Kooi dari Kurnia Asia (RM964 juta).

Menurut kenyataan itu, hanya satu nama baru muncul dalam senarai 10
orang terkaya iaitu Sian Kooi yang menyingkirkan Tan Sri Yeoh Tiong Lay dari
YTL Corp.

Antara muka-muka baru yang berada dalam senarai 40 orang terkaya itu
pula ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tan Sri Tan
Teong Hean yang kedua-dua memegang saham utama dalam Southern Bank
Bhd.

Senarai 40 rakyat Malaysia terkaya adalah berdasarkan kepentingan mereka


dalam syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2006.

Robert Kuok Kekal Orang Terkaya Di Malaysia

Kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan


kekayaan mereka yang terkumpul bernilai RM156.7 bilion semalam atau 63
peratus lebih daripada RM96.3 bilion berikutan pemulihan dalam pasaran
saham, demikian didedahkan hasil satu kaji selidik oleh Malaysian Business.

Bagaimanapun, menurut kenyataan hasil kaji selidik majalah itu yang


dikeluarkan hari ini, kekayaan terkumpul mereka masih kurang daripada
RM171.9 bilion yang direkodkan pada tahun 2008.

Penanda aras FBM KLCI telah meningkat 44.3 peratus sejak kaji selidik
terakhir ketika masyarakat dunia berusaha bangkit semula berikutan krisis
kewangan global.

Senarai penuh 40 orang terkaya dan maklumat mengenai kekayaan mereka


telah diterbitkan dalam majalah itu dalam keluaran 16 Februari. Seperti
tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham
mereka di dalam syarikat yang tersenarai semalam.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hampir separuh daripada senarai yang
tercatat tahun ini melonjak 50 peratus atau lebih.

Ada lebih jutawan tahun ini iaitu 22 orang - lebih lapan orang berbanding
tahun lepas.

Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya
"Raja Gula" tahun lepas, masih mendahului senarai dengan kekayaan
RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun
lalu.

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua


dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga
dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri
Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai
RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau
mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim
Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat
keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki
tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong,
Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group
dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group,
Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk
Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings,
yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

- BERNAMA

** lihat lah di mana orang melayu...hanya seorang je yang tersenarai....dan


di ungguli oleh orang cina dlm orang terkaya dimalaysia.

2.  Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion

3.  Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion

4.  Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion

5.  Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion

6.  Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion

7.  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion

8.  Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion

9.  Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10.  Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

5 Pendatang Baru Dalam Senarai Orang Terkaya di Malaysia

1) Lee Swee Eng dari KNM Group

2) Datuk Shahril saudara Shahriman Syamsuddin

3) Datuk Seri Nazir Razak CIMB Group

4) Ong Leong Huat dari OSK Holdings


5) Syamsuddin dari Sapura

Anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tersenarai dalam 20 orang terkaya
di Malaysia. Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan
dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di
Malaysia.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 dengan
kekayaan sebanyak RM2.8 bilion. Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan
antara 40 orang terkaya di Malaysia.

40 terkaya di Malaysia

Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2009 menunjukkan Tan Sri Robert Kuok
dari Kumpulan Kuokkekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih
AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki
tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya
pada 2006.Tan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih
AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking
yang sama setiap tahun sejak 2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas 40
rakyat Malaysia terkaya dan mereka juga orang terkaya di Asia Tenggara.

Peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia, Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin
Cheng merupakan rakyat Malaysia ketiga terkaya.

Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada


AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan mempunyai nilai harta bersih
AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai
AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh 40
orang terkaya di negara ini. Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai terkaya
Forbes Asia.
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia: 1.(1) Robert Kuok
AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.

4.(5) Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.

5.(4) Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.

6.(6) Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.

10.(9) Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.

12.(12) William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.

13.(26) G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

14.(15) Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.

15.(19) Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.

16.(20) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

17.(17) Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.

18.(-) Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.

19.(21) Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

20.(24) Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.

21.(-) Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.

22.(13) Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.

23.(22) Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

24.(27) Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.

25.(34) Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.
26.(23) Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.

27.(29) Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.

28.(16) Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.

29.(33) Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.

30.(32) Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.

31.(-) Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.

32.(36) Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.

33.(18) Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.

34.(-) Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.

35.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.

36.(31) David Law Tien Seng AS$ 105 juta.

37.(-) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.

38.(-) Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.

39.(-) Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.

40.(28) Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tiga individu yang baru tersenarai di dalam kumpulan terkaya ini ialah anggota Lembaga
Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip
Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34, AS$112
juta).

Manakala empat orang menyertai semula kumpulan ini selepas terkeluar selama setahun atau
lebih. Mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100 juta) dan
Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern Bank
beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini;

Ong Beng Seng, 64 (AS$ 470 juta) Yaw Chee Ming, 50 (AS$ 240 juta) Abdul Hamed
Sepawi, 59 (AS$ 180 juta) Ong Leong Huat, 65 (AS$ 130 juta) Lim Thian Kiat, 51 (AS$ 115
juta) Khoo Kay Peng, 70 (AS$ 110 juta) Nazir Razak, 42 (AS$ 100 juta)

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan tahun lepas.

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai mereka boleh diperolehi di dalam
majalah Forbes Asia terbitan 8 Jun 2009.
Sumber : Forbes

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bahawa seorang ahli muzik yang pernah mengetuai syarikat rakaman
Warner Music (M) Sdn. Bhd., Tony Fernandes kini merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani
kerana kejayaannya mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia.
Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak enam tahun lalu itu, bukannya datang bergolek, kerana
Fernandes, yang mahir bermain keyboard itu, terpaksa melalui ‘ranjau dan duri’, sebelum berjaya membina firma
penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di peringkat antarabangsa pada masa ini.

Kejayaannya itu juga telah mengheret beliau ke dalam kancah kontroversi termasuk dikaitkan dengan Naib
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tokoh korporat T. Ananda Krishnan (seorang hartawan), Tan Sri
Vincent Tan (tokoh korporat), Datuk Mokhzani (anak Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan beberapa orang lain,
tetapi Fernandes mengambil sikap ‘membisu’ kerana tidak mahu kontroversi itu merebak menjadi isu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu ketika menceritakan detik permulaan beliau menceburi industri
penerbangan berkata: “Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu
perniagaan apa yang ingin dijalankan.”

Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada
di London, ketika menonton televisyen.

“Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke
Lapangan Terbang Luton (di London) dan menghabiskan masa selama dua hari di sana.

“Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di
Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia,” katanya ketika ditemui di
Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat
penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah
bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia.

“Saya mengenali Kamarudin menerusi Sheila Majid (Ratu Jazz Malaysia) dan selain itu, Kamarudin juga
merupakan kawan rapat kepada Roslan Aziz (penerbit muzik).

“Saya menyatakan hasrat saya untuk menjadi usahawan dan menubuhkan syarikat penerbangan kepada
Kamarudin.

“Setelah mendengar penjelasan saya itu, Kamarudin bersetuju untuk bersama dan kami kemudian
mengeluarkan wang simpanan masing-masing dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM1 juta sebagai modal
permulaan,” katanya.

Fernandes berkata, beliau masih ingat lagi tarikh keramat itu ialah pada Mei 2001.

Beliau dan Kamarudin menjemput seorang lagi rakan baik mereka dalam industri muzik tanah air iaitu Aziz Bakar
untuk menyertainya.

“Kami kemudian menemui Datuk Pahamin Ab. Rajab, untuk meminta bantuannya bagi mendapatkan lesen
penerbangan.
“Kami meminta bantuan Pahamin kerana beliau sebelum itu banyak membantu industri muzik dalam memerangi
cetak rompak semasa menjadi Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Dalam Negeri,”
katanya.

Menurut Fernandes, Pahamin kemudian mengatur temu janji bagi pihak kami dengan Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

“Dalam pertemuan itu, Tun Mahathir telah memaklumkan bahawa lesen syarikat penerbangan tidak lagi
dikeluarkan dan jika kami berminat, kami diminta mengambil alih mana-mana syarikat penerbangan yang ada
ketika itu.

“Pahaminlah yang telah menukar impian kami menjadi kenyataan,” katanya.

Atas jasanya (Pahamin) itu, Fernandes berkata, beliau telah mempelawa Pahamin menjadi rakan kongsi.

Fernandes dan rakan-rakan kongsinya itu kemudian mengambil alih syarikat penerbangan AirAsia Sdn. Bhd.
daripada DRB-Hicom Bhd. menerusi Tune Air Sdn. Bhd., pada 8 September 2001 untuk diterapkan konsep
tambang murah.

Ketika mengambil alih Tune Air, mereka juga terpaksa mengambil alih hutang tertunggak syarikat tersebut
dengan Malaysia Airlines Bhd., Malaysia Airport Holdings Bhd. dan Petronas yang berjumlah RM20 juta,
katanya.

“Selepas mengambil alih AirAsia, kami diberi tempoh selama enam bulan untuk melunaskan kesemua hutang
yang tertunggak itu.

“Kami telah berbincang bagi mencari jalan bagaimana untuk menjelaskan hutang tersebut kerana kami tidak
mempunyai modal yang mencukupi,” katanya.

Penyelamat

Menurut Fernandes, penyelamat mereka ketika itu adalah kontrak AirAsia dengan Tabung Haji yang diwarisi
daripada DRB-Hicom, yang menjana keuntungan kepada AirAsia.

Beliau berkata, keuntungan daripada kontrak AirAsia itu telah digunakan untuk membayar balik hutang tersebut.

“Kontrak penerbangan jemaah haji yang berbaki dua tahun ketika kami mengambil alih AirAsia telah menjadi
penyelamat, kalau tiada kontrak itu, tak tahulah apa yang mungkin berlaku pada kami ketika itu.

“Kami juga telah meminta seorang lagi rakan kami iaitu, bekas pemain gitar base kumpulan Discovery (Datuk)
Nasser Abdul Kassim yang pernah bermain bersama Fauzi Marzuki dan Goh Boon Hoe untuk menguruskan
kontrak tersebut,’’ katanya.

Nasser kini merupakan Pengarah Rantau Kargo AirAsia, tambah beliau.


Nasser berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang, namun begitu kontrak tersebut tidak dilanjutkan
kerana kerajaan memberikan kontrak itu semula kepada MAS, katanya.

“Kami di AirAsia memang suka berkawan dan kami melantik kawan-kawan daripada pelbagai latar belakang dan
keturunan untuk menjadi rakan kongsi kami. Ternyata formula ini telah membuahkan kejayaan kepada AirAsia,”
katanya.

Fernandes berkata, kejayaan AirAsia bukan sahaja merupakan manifestasi kejayaan negara tetapi merupakan
simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan.

Ketika menceritakan lebih lanjut perkembangan AirAsia, Fernandes berkata: “Baru-baru ini, kami telah melantik
Mark Lankester (adik kepada pelakon Susan Lankester) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Tune Hotels.Com;
Datuk Seri Kalimullah Hassan sebagai Pengerusi AirAsia X; Tengku Zafrul Aziz (bekas Ketua Avenue Securities
Sdn. Bhd.) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Sdn. Bhd. dan penyanyi rock, Jason Lo sebagai Ketua
Eksekutif Tune Talk Sdn. Bhd.”

Fernandes berkata, beliau mengenali Kalimullah semasa makan di sebuah restoran.

Beliau berkata, kesemua mereka itu adalah rakan-rakan rapatnya dan langkah melantik mereka ke dalam
syarikat adalah bertujuan mengembangkan AirAsia.

“Saya sedar, kejayaan besar saya dalam tempoh yang singkat itu telah menimbulkan pelbagai tuduhan
kononnya syarikat kami dimiliki oleh Ananda Krishnan, Vincent Tan, Mokhzani, Khairy dan beberapa orang lain.

“Malah ada yang mendakwa nombor pendaftaran pada pesawat kami bermula dengan ‘AK’ membawa maksud
Ananda Krishnan. Sebenarnya nombor itu telah lama ada pada pesawat kami dan kami warisi nombor itu
daripada syarikat induk terdahulu iaitu DRB-Hicom Bhd.,” katanya.

Sambil menafikan semua desas-desus itu, Fernandes berkata, kejayaan syarikat tersebut adalah hasil kerja
keras seluruh warga kerja AirAsia yang terdiri daripada berbilang kaum, yang bertungkus-lumus membawa
AirAsia ke puncak kejayaannya sekarang.

Mengenai hubungannya dengan Khairy, Fernandes berkata, beliau mengenali Khairy semasa Naib Ketua
Pemuda UMNO itu memperkenalkan program pasukan bola sepak berkonsep realiti, MyTeam pada tahun 2006.

“Saya tertarik dengan konsep itu kerana merasakan ia berpotensi untuk diketengahkan dan kemudian bersetuju
menaja pasukan tersebut, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Fernandes juga bangga kerana kejayaan AirAsia adalah atas sikap berdikari dan tidak bergantung kepada
subsidi kerajaan.

Katanya, tiada yang istimewa dalam AirAsia, sesiapa sahaja mampu melakukannya, jika ada tekad dan azam
yang kuat, di samping sikap tidak mahu mengalah.
Dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya, kakitangan AirAsia kini
meningkat daripada 200 orang kepada 5,000 orang dengan pesawat
meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada
permulaan dan jumlah penumpang daripada 200,000 setahun kepada 18
juta setahun.

Kini Fernandes dan rakan-rakan daripada semua kaum membuktikan


syarikat Malaysia mampu bersaing di pentas global dan mengubah
landskap industri penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu,
‘Now Everyone Can Fly’.

Tony Fernandes
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

TAN Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings
Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992.

Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang
melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang
mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food
Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad
pada 27 Ogos 1999.

Jual saham

Namun, pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam
Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway
Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana Tan Sri Mustapha bercadang
mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.

Aktiviti lain

Selain pembangunan hartanah, MK Land Holdings Berhad juga melibatkan diri dalam
operasi hotel, operasi tempat peranginan, operasi taman tema, perkhidmatan
penyelenggaraan harta dan pelaburan.
Antara subsidiari utama MK Land Holdings Berhad adalah Paramoden Sdn. Bhd., Medan
Prestasi Sdn. Bhd. dan Saujana Triangle Sdn. Bhd.

Tumpuan MK Land Holdings Berhad

Walaupun kebanyakan projek MK Land Holdings Berhad adalah berkos rendah dan
sederhana, ini tidak bermakna projek-projek itu menggadaikan mutu. Projek-projek
perumahan MK Land Holdings Berhad lengkap dengan kemudahan yang terkini dan
berkualiti.

Antara aspirasi MK Land Holdings Berhad adalah bagi menjadi pendahulu pasaran dalam
memberikan produk yang inovatif dan berkualiti di samping mengekalkan khidmat
pelanggan yang baik.

Kepentingan lain

Selain pembinaan dan pembangunan hartanah, kumpulan MK juga mempunyai kepentingan


dalam sektor pendidikan dan juga pembuatan perabot. Secara langsung, Tan Sri Mustapha
mempunyai 23.45 peratus kepentingan dalam MK Land Holdings Berhad dan secara tidak
langsung, beliau memiliki 20.68 peratus kepentingan melalui MKN Holdings Sdn. Bhd.
Projek-projek besar MK Land Holdings Berhad

Di bawah kepimpinan Tan Sri Mustapha, MK Land Holdings Berhad melibatkan diri dalam
banyak projek. projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-
duanya di Petaling Jaya. Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga
Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan
dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, The Curve dan
Cathay Cineleisure.

Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek
perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak
iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Latar belakang

Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah.
Sebelum bergiat cergas dalam dunia perniagaan, beliau pernah berkhidmat sebagai
Penolong Pegawai Daerah. Hobinya adalah membaca.

Penumpuan pada gaya hidup canggih

Semua projek perumahan MK Land Holdings Berhad dilengkapkan dengan infrastruktur


teknologi maklumat dan komunikasi supaya penghuninya menjadi rakyat Malaysia dengan
gaya hidup yang memanfaatkan IT atau e-lifestyle township. Bagi mencapai hasrat ini, MK
Land Holdings Berhad memeterai perjanjian dengan Palette Multimedia Berhad bagi
membekalkan pengurusan dan operasi rangkaian multimedia yang pantas dan juga
membekalkan kandungan dan aplikasi multimedia.

Usahawan yang cintakan kebajikan

Tan Sri Mustapha adalah usahawan dermawan dan suka melibatkan diri dalam kerja-kerja
kebajikan. Contohnya, beliau banyak memberi sumbangan kepada pendidikan orang pekak.
Sumbangannya diiktiraf apabila beliau dianugerahkan anugerah Caring Hearts.

Subsidiari dan syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad

BML Management Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan perkhidmatan penyelenggaraan harta.

Bukit Merah Resort Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel, tempat peranginan dan taman tema
air.
Dominant Star Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan
pelaburan.

Fairview Review Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Golden Precinct Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam penyewaan dan penyelenggaraan hartanah.

MK Land Resources Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah dan pelaburan.

MK Land Ventures Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

MK Development Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pelaburan dan urus niaga hartanah.

Prominent Valley Berhad, subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi padang golf.
Pujaan Pastik Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam operasi hotel.

Segi Objective (M) Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, hotel, tempat peranginan
dan taman tema air.
Sumbangan Berkat Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam menguruskan hotel.
Tema Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah, operasi hotel dan
pelaburan.

Vibrant Leisure Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Zaman Teladan Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pembangunan hartanah.
Markins International (HK) Ltd., syarikat bersekutu MK Land Holdings Berhad dengan 14
peratus kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengedaran bahan makanan.

Melur Unggul Sdn. Bhd., subsidiari MK Land Holdings Berhad dengan 100 peratus
kepentingan. Syarikat ini terlibat dalam pengurusan hartanah.

------------------------------
-----------------------------

TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd.
Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak
Niaga Holdings Berhad.
TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad.

Kerjaya

Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun Malaysia mencapai
kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam yang kemudiannya melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan
kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1981, Tan Sri Rozali
memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA
sebagai Penasihat Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,
pembangunan dan perancangan.

Penglibatan dalam sektor swasta

Pada tahun 1983, Tan Sri Rozali menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus
Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa itu, Tan Sri Rozali adalah perintis
dalam Bank Islam Malaysia Berhad banyak membantu mengembangkan lagi institusi
perbankan Islam itu. Tan Sri Rozali kemudiannya dijemput oleh Bank Rakyat supaya
bertindak sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi
yang mematuhi kehendak Shariah. Kini, Bank Rakyat adalah antara institusi kewangan
pembangunan (IKP) yang berdaya maju dengan menawarkan produk dan perkhidmatan
kewangan Islam yang inovatif.

Kejayaan

Beliau pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah,


pembinaan dan juga perbankan. Beliau menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui
beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.
Bhd.

Kejayaan terbesarnya dalam sektor pembangunan hartanah adalah projek perumahan


Puncak Alam di Kuala Selangor. Tan Sri Rozali juga mengasaskan firma guamannya sendiri,
iaitu Rozali Ismail & Co. sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma
guamannya itu selama tujuh tahun dan mengkhususkan kepada kes korporat, hartanah dan
perbankan.

Pada tahun 1989 pula, Tan Sri Rozali mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak
Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang,
Kuantan dan Johor. Antara projek terbesarnya adalah Bandar Baru Puncak Alam dan
Bandar Puncak Perdana. Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. juga melibatkan diri dalam
perniagaan kemudahan awam, juga pada tahun 1989, dengan penubuhan Puncak Niaga (M)
Sdn. Bhd.

Disebabkan pengalamannya yang luas dalam pelbagai bidang, Tan Sri Rozali diberi
kepercayaan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menguruskan loji penapisan air bagi
Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1997, Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.
disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak
Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagi
syarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingan
dan WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn.
Bhd.

Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di
Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan
1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan
Wilayah Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan
penggantian pair air dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas), yang dikuasai oleh Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd.
yang memegang 69.9 peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30
peratus saham dalam Syabas melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Bagi memudahkan perjalanan projek penswastaan itu, Syabas dibeli oleh Puncak
Niaga.Puncak Niaga membeli 700,000 saham Syabas daripada Central Plus (M) Sdn. Bhd.
pada harga RM38 juta. Dengan demikian, 70 peratus saham Syabas dimiliki oleh Puncak
Niaga dan baki 30 peratus saham Syabas dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan
Persekutuan pula memegang satu unit saham emas dalam Syabas. Melalui projek
penswastaan ini, Kerajaan Persekutuan memberi bantuan kewangan sebanyak RM2.9 bilion
kepada Syabas. Dana itu digunakan bagi memenuhi keperluan modal kerja, pembayaran
hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada tiga syarikat rawatan air dan juga bagi
membiayai kerja-kerja modal.

Pengiktirafan dan anugerah

Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999.
Tan Sri Rozali juga adalah Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikat
pelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan
dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan
kumbahan dan kemudahan alam sekitar.
Tan Sri Rozali juga adalah Ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat persendirian. Tan Sri
Rozali juga pernah dan sedang memegang jawatan sebagai Penasihat dan Pengerusi bersama
Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia.

Antara anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dari
Institut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya
kepada institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek Bandar
Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.

Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang
peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini
adalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan
terbaik dalam industri air.
Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik
Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang
keusahawanan dan kepimpinan.

---------------------------------

Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi sebagai hobi. Dia tidak takut
membuat kesalahan dan sentiasa belajar daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko.
HARSUKHLAL Maganlal Kamdar adalah Pengasas dan Pengarah Urusan pasar raya
Kamdar. Harsukhlal juga adalah Presiden Persatuan Gujarati.

Latar belakang

Harsukhlal adalah usahawan yang dilahirkan di Gujerat. Beliau tiba di Malaysia pada tahun
1941 bagi menyertai ayah dan abangnya dari kampung halamannya di Rajkot, iaitu selepas
menamatkan tingkatan lima pada usia 14 tahun. Pada masa itu, bapanya menghendaki
beliau meneruskan pelajaran tetapi beliau ingin bekerja. Walaupun kurang mendapat
pendidikan formal kerana belajar hanya setakat tingkatan lima, beliau banyak mendapat
ilmu daripada sumber-sumber lain seperti pengalaman kerja dan juga pengalamannya
sebagai usahawan.

Mula berniaga

Harsukhlal memulakan perniagaannya dalam bidang import eksport tetapi perniagaannya


itu terpaksa dihentikan apabila Perang Dunia Kedua melanda. Selepas itu, beliau sering
menunggang basikal 20 batu sehingga 30 batu sehari di sekitar Pulau Pinang bagi mencari
peluang-peluang perniagaan.

Menyertai abang…

Usahanya itu kurang membuahkan hasil. Pada tahun 1945, beliau menghentikan usahanya
mencari peluang per-niagaan di sekitar Pulau Pinang dan menyertai abangnya yang
membuka sebuah kedai kain di Ipoh. Harsukhlal menyertai perniagaan abangnya itu buat
seketika sebelum pulang ke India selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Selepas beberapa
lama di India, beliau pergi ke Singapura bagi menyertai perniagaan yang dimiliki oleh
bangsa Punjabi. Perniagaan itu melibatkan import eksport kain, sagu, kekacang, kain guni
dan bermacam barangan lagi. Harsukhlal bekerja di situ selama tiga tahun.

Mencari pendapatan tambahan

Semasa bekerja dengan kedai itu, Harsukhlal berasakan gaji yang diterimanya sebanyak 80
dolar tidak mencukupi. Jadi, bagi menampung pendapatannya, beliau bekerja secara
sambilan dari pukul 5 petang sampai 7 malam di pejabat juruaudit. Di situ, tugas beliau
adalah memeriksa akaun. Beliau dibayar sebanyak 120 dolar.

Permulaan Kamdar

Selepas berhenti dari kedai itu, beliau mula bekerja dengan abangnya, Balvantrai di kedai
dua tingkat di Ipoh. Di situlah ‘Kamdar’ bermula pada tahun 50-an dengan nama asalnya BA
Lalaji yang seterusnya bertukar kepada BH Kamdar & Kamdar. Kedai kedua dibuka di Pulau
Pinang, diikuti dengan kedai di Singapura bagi menguruskan perniagaan pemborongan
tekstil.

Berkembang ke KL

Selepas membuka kedai di Ipoh dan Pulau Pinang, Kamdar terus berkembang ke Kuala
Lumpur. Kedai itu dibuka pada tahun 1973 di No. 431-433, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Namun, empat tahun selepas dibuka, iaitu pada tahun 1977, kedai itu ditutup dan lot rumah
kedai yang kosong itu disewakan kepada orang lain. Harsukhlal tidak bersetuju dengan
keputusan abang-abangnya dan berpendapat pendapatan yang dijana daripada penyewaan
lot kedai itu tidak berbaloi. Malangnya, nasihatnya tidak diendahkan.

Berusaha memperbaiki keadaan

Harsukhlal kemudiannya membuat keputusan pergi sendiri ke Kuala Lumpur pada tahun
1977 dan cuba memperbaiki keadaan. Pada tahun 1980, beliau membuka kedai di Jalan
Chow Kit, iaitu pasar raya 6 tingkat di sebelah pasar raya Batu Road. Kemudian, sebuah lagi
dibuka di sebelah Globe Silk Store.

Pertukaran dalam tumpuan perniagaan

Harsukhlal dan abang-abangnya kemudiannya membuat keputusan beralih daripada


perniagaan borong kepada runcit. Pertukaran dalam tumpuan perniagaan itu adalah
disebabkan terma kredit yang terlalu lama dalam perniagaan borong. Namun, mereka tetap
mempunyai sebuah unit di Pulau Pinang yang mengkhususkan pada perniagaan borong.

Kejayaan

Perniagaan Kamdar terus berkembang pesat dan mereka terus membuka cawangan kedai di
bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan enam buah kedai di Kuala
Lumpur, yang mana empat adalah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kamdar kini mempunyai
18 buah kedai dengan 1,000 orang pekerja. Harsukhlal juga bercadang mengembangkan lagi
perniagaannya hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kemelesetan

Walaupun melalui banyak kemelesetan ekonomi, Kamdar masih kekal sebagai pasar raya
tempatan yang berdaya saing. Pada hari ini, pasar raya Kamdar menawarkan pelbagai jenis
tekstil dan fabrik pada harga yang berpatutan. Kamdar memperoleh kainnya daripada
sumber tempatan dan juga melalui pejabat operasinya di luar negara seperti di India,
Indonesia, Korea dan Emiriyah Arab Bersatu.

Kebajikan

Harsukhlal adalah orang yang pemurah dan menguruskan beberapa rumah anak yatim di
India. Beliau juga membina asrama khusus bagi kanak-kanak perempuan terbiar di Gujarat.
Harsukhlal juga dilaporkan menderma sebanyak RM500,000 kepada mangsa gempa bumi
di Bhuj, India.

Rahsia kejayaan

Beliau tidak menganggap berniaga sebagai kerja tetapi sebagai hobi. Dia tidak takut
membuat kesalahan dan sentiasa belajar daripadanya. Beliau juga berani mengambil risiko.
Perniagaannya juga kekal teguh kerana semangat kekeluargaan yang mantap. Semua ahli
keluarganya bekerja dengan Kamdar. Harsukhlal sentiasa berusaha menambahkan
kepelbagaian produk yang dijual supaya setiap kehendak pelanggan dapat dipenuhi.

Mereka juga sentiasa memastikan segala komitmen kepada pihak bank dipenuhi tepat pada
masanya. Contohnya, mereka memastikan segala hutang dijelaskan dengan sepenuhnya dan
tepat pada masanya. Tidak lupa juga pihak pembekal yang harus dibayar tepat pada
masanya.

Kamdar juga memastikan sewa kedai, iaitu apabila mereka menyewa ruang niaga di pusat
membeli belah dibayar tepat pada masanya. Harsukhlal juga adalah orang yang rajin.
Falsafah
Falsafah perniagaan Kamdar adalah ‘beli murah dan jual murah’. Ini bermakna mereka
sentiasa berusaha menjual dengan harga yang berpatutan.

Kejayaan Kamdar juga adalah kerana syarikat itu mempunyai beberapa peraturan. Pertama,
pengarah syarikat tidak dibenarkan mengambil overdraf daripada pihak syarikat. Kedua,
syarikat tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada orang perseorangan. Ketiga, syarikat
tidak boleh terlalu aktif dalam pasaran saham.

Keempat, wang syarikat tidak boleh dilaburkan dalam sektor hartanah bagi mendapatkan
pendapatan sewa dan juga peningkatan dalam harga. Contohnya, apabila salah seorang
pemegang saham dalam Kamdar ingin membuka perniagaan lain, hartanah yang dibeli bagi
memulakan perniagaan itu perlu dibeli dengan menggunakan wangnya sendiri. Ini kerana
apabila wang syarikat digunakan, syarikat kelak akan kekurangan wang bagi membayar
pembekal dan bank.
----------------------------------

Pada tahun 1990, ketika berusia 36 tahun kedudukannya bertambah baik apabila beliau
dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON.
TAN Sri Nadzmi berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lahir pada 1 Mei 1954. Tan Sri
Nadzmi dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ramai, iaitu 10 orang adik-beradik. Bapanya
adalah pegawai daerah dan kemudian menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Permulaan kerjaya

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Putra Malaysia.


Sebenarnya, cita-cita awalnya adalah mahu menjadi jurutera elektrik, dan kemudian
bertukar kepada juruukur kuantiti.

Selepas itu, beliau pernah bekerja di Petronas sebagai eksekutif pemasaran di bahagian
pemasaran antarabangsa. Atas pelawaan seorang rakan, beliau menyertai HICOM sebagai
Penolong Pengurus Bahagian Projek. Beliau bertanggungjawab mengenal pasti dan
menguruskan pembangunan projek.

Penglibatan Nadzmi dalam pasukan projek kereta nasional yang melahirkan PROTON dan
EON, menyebabkan beliau dilantik sebagai Pengurus Pemasaran Perkhidmatan EON pada
tahun 1984.

Pengurus Besar EON

Pada tahun 1990, ketika berusia 36 tahun kedudukannya bertambah baik apabila beliau
dilantik sebagai Pengarah atau Ketua Pengurus Besar EON.

Sentuhan Nadzmi

Selepas setahun beliau memegang jawatan ini, pencapaian keuntungan EON sebelum cukai
pada tahun itu meningkat daripada RM38 juta ke RM120.6 juta.
Kini Nadzmi turut memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat besar. Antaranya
adalah Pengerusi Eksekutif Mara Holding Sdn. Bhd., Pengerusi R. J. Reynold, Pengerusi
Eksekutif ERL, Pengarah/Pengerusi Len Brothers Rubber Products Industries Berhad, dan
Pengarah SIRIM.

Faktor kejayaan

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaannya adalah perwatakannya yang
sentiasa ceria dan tersenyum, mudah mesra dan senang didekati. Ketika beliau memegang
jawatan di EON, beliau menemui ramai pegawai kanan dan pengerusi syarikat pengeluar
kereta di seluruh dunia dan belajar daripada mereka. Pengalaman dan idea yang banyak
diperolehnya daripada pengalaman ini yang digunakannya bagi mengembangkan EON.

Kepelbagaian
Nadzmi percaya kepada kepelbagaian dalam pengurusan diri. Semasa kecil, beliau seperti
kanak-kanak biasa suka mengumpul setem dan duit syiling. Beliau juga gemar memasak dan
pernah diberi penghargaan sebagai tukang masak terbaik dalam pasukan pengakap yang
dianggotainya ketika bersekolah dahulu. Beliau mahir memasak masakan antarabangsa,
antaranya masakan Itali dan Iran.

Ilmu

Pada awal pembabitannya dalam korporat, beliau mendapat banyak ilmu yang berguna
dalam dunia pengurusan dan perniagaan melalui pergaulan rapatnya dengan mendiang Tan
Sri Loh Boon Siew dan Tan Sri Eric Chia.

Beliau juga yakin pengurusan perlu dilakukan dengan bermatlamat, memerlukan kesabaran
dan usahawan perlu berani mengambil risiko.

-----------------------------------

Lia Farhana, eksekutif muda di sebuah syarikat multinasional yang giat mencari ilmu
berkenaan bidang keusahawanan. Dia ingin menjadi usahawan yang berjaya. Beliau ingin
mengetahui siapakah usahawan berjaya tetapi murah hati membuat kebajikan. Ikuti dialog
ini...
Lia Farhana berdiri sahaja di luar bilik rakannya, Amir Hamzah. Menerusi tingkap di luar
bilik itu, dia melihat buku-buku yang tersusun rapi di sebuah rak kayu berukir. Sedari tadi,
dia tidak henti-henti melihat jam tangannya. Tiba-tiba, Amir Hamzah sudah berdiri di
depannya. Mengapa Lia Farhana begitu beria-ia ingin berjumpa dengan Amir Hamzah?

Amir Hamzah : Sudah lama sampai, Hana?

Lia Farhana : Tidaklah lama sangat.

Amir Hamzah : Silakan masuk (Amir membuka pintu pejabatnya untuk Lia Farhana).

Lia Farhana : Terima kasih.

Amir Hamzah : Ya, semalam Hana kata Hana hendak tahu berkenaan usahawan?

Lia Farhana : Ya, sebenarnya saya sedang buat kertas kerja berkenaan usahawan-usahawan
di Malaysia. Dalam kertas kerja saya nanti, saya ingin memfokuskan pada seorang usahawan
sahaja. Tidak perlu ramai.

Amir Hamzah : Boleh. Tapi Hana hendak tahu usahawan macam mana?

Lia Farhana : Sebenarnya saya berminat hendak mengetahui usahawan yang berjiwa
kebajikan.

Amir Hamzah : Apa maksud Hana?

Lia Farhana : Maksud saya usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-
kerja amal seperti Bill Gates, Pengerusi Microsoft. Adakah usahawan seperti itu di Malaysia?

Amir Hamzah : Oh, begitu. Ada, memang ada usahawan seperti itu di Malaysia.

Lia Farhana : Siapa dia?

Amir Hamzah : Tidak lain tidak bukan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary !

Lia Farhana : Macam pernah dengar. Orang Kedah kah?

Amir Hamzah : Ya, Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.

Lia Farhana : Tetapi daripada namanya, beliau berketurunan Arab. Betul kah, Amir?

Amir Hamzah : Ya, Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil
keputusan menetap di Kedah, ayahnya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.
Memang giat ayahnya berniaga. Seterusnya, bapanya pergi ke Thailand. Pada pertengahan
tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor
Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Lia Farhana : Dia anak sulung kah, Amir? Bukan apa, selalunya anak sulung yang berjaya.

Amir Hamzah : Ya kah? Habis, sekiranya saya anak bongsu, saya tidak boleh berjaya?
(sambil tersenyum). Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai 7 orang adik beradik
dan dia adalah anak yang ketiga. Bukan anak sulung, ya, anak yang ketiga.

Lia Farhana : Oh, begitu…. nampaknya saya pun bolehlah berjaya, ya.

Amir Hamzah : Ya, Insya Allah…. dengan usaha, doa dan tawakal, siapa pun boleh berjaya.
Lihat sahaja pada Tan Sri Syed Mokhtar. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang
serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkannya susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga
mendorongnya bagi memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program
kebajikan di bawah Yayasan Albukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah
kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen
itu.

Lia Farhana : Wah ! Bagus ya ! Semangatnya cukup mengagumkan ! Ceritalah lagi Amir.
Bagaimana dengan alam persekolahannya?

Amir Hamzah : Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi
apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa
saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke
tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor
Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke Tingkatan Lima di Sekolah Saint
Micheal’s.
Lia Farhana : Selepas tingkatan lima?

Amir Hamzah : Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah seorang yang berpendidikan
tinggi, iaitu beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidaklah
bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui
pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Sesungguhnya, ilmu ada di mana-mana.

Lia Farhana : Betul juga. Bill Gates pun tidak pernah ke universiti walaupun ditawarkan
tempat dalam universiti yang berprestij, iaitu Harvard. Oh ya, tadi Amir ada beritahu
keluarga Tan Sri Syed kurang berkemampuan. Jadi, adakah beliau membantu keluarganya?

Amir Hamzah : Ya, sudah tentu. Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang
berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi
menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di sebuah pasar di Jalan Telok Wan
Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula,
ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya bagi membuat simpan kira atau
bookkeeping. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala
haiwan peliharaan bapanya di sebuah pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api
Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Lia Farhana : Tetapi pada masa itu, beliau cuma bantu sikit-sikit. Bila beliau mula giat
berniaga, Amir?

Amir Hamzah : Begini….semuanya bermula pada era 1970-an. Pada tahun 1970-an,
perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak
kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua
binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih
perniagaan bapanya dan membuat keputusan tidak lagi melibatkan diri dalam bidang
penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Lia Farhana : Eh, bagaimana pula Amir? Tadi awak kata beliau tidak lagi menternak haiwan.
Dari mana daging itu datang? Dari langit? (Lia Farhana tersenyum meleret).

Amir Hamzah : Ya lah, dari langit biru (sambil tergelak). Sebenarnya, Beliau pergi dari
pekan ke pekan di sekitar Alor Setar untuk membeli daging yang tidak terjual. Beliau
kemudian membungkus bersama ais dan menjual kembali kepada peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu
menambahkan keyakinannya bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Lia Farhana : Wah ! Rajin ya !

Amir Hamzah : Memang kita perlu rajin sekiranya kita hendak berjaya dalam apa bidang
sekalipun, seperti mahu jadi usahawan, doktor, akauntan perlu rajin. Jangan jadi macam
Mat Jenin.

Lia Farhana : Ada-ada sahaja awak ini. Hendak masuk bab Mat Jenin pulak. Berbalik kepada
bab Tan Sri Syed, apa yang beliau lakukan seterusnya?
Amir Hamzah : Jangan terkejut, Hana. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih
pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit
bagi 4 buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada
pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Lia Farhana : Amir, tadi awak kata ada empat permit. Beliau hanya menggunakan dua
permit. Baki lagi dua permit? Jual pada awak?

Amir Hamzah : Sekiranya jual pada saya, saya pun hendak buka perniagaan pengangkutan.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang
tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali
kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka sebuah syarikat
pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina
sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi
memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud hingga ke hari ini
dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Lia Farhana : 40 buah lori ?!

Amir Hamzah : Ya, betul Lia. Kenapa, tidak percaya kah?

Lia Farhana : Mmm….jangan merajuk pula, Amir. Jangan risau, saya percaya awak (sambil
tersenyum). Sekiranya awak berada di tempat beliau, awak jual permit itu?

Amir Hamzah : Mmm….rasa teringin juga hendak jual. Tetapi, tidak elok pula. Permit itu
sudah diamanahkan kepada kita. Kita harus bertanggungjawab. Saya sokong tindakannya !

Lia Farhana : Baguslah. Awak memang ada sifat usahawan yang berkaliber. Di mana pejabat
pertama Tan Sri Syed?

Amir Hamzah : Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang
pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau
Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat
Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini
dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia
berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama,
Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri Johor.

Lia Farhana : Itu sahaja?

Amir Hamzah :Eh, tidak. Usahawan seperti Tan Sri Syed sentiasa mencari peluang-peluang
baru. Selepas berjaya dengan Syarikat Shah , beliau menubuhkan sebuah syarikat usaha
sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee
adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha
sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan
Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi
nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai, 1976 di pejabatnya di
Jalan Telok Wan Jah.

Lia Farhana : Kenapa semua di Jalan Telok Wan Jah?

Amir Hamzah : Tidak tahulah, mungkin beliau teringat zaman persekolahannya semasa
beliau berniaga di situ. Macam awak juga lah….teringat-ingat pada Cikgu Ridzuan (sambil
tersenyum).

Lia Farhana : Eh, ke situ pula awak. Saya suka Cikgu Ridzuan kerana dia betul-betul mahu
membantu mendidik anak bangsa. Selain beras, apa lagi yang Tan Sri Syed berniaga?

Amir Hamzah : Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya


kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary
Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250juta !

Lia Farhana : Wah ! Banyak ! Amir mintalah sikit daripada beliau (sambil tersenyum).
Bukan kah Amir mahu kumpul duit hendak kahwin?

Amir Hamzah : Ya lah tu…hendak tahu lagi berkenaan Tan Sri Syed?

Lia Farhana : Tentulah hendak, Amir. Ceritalah lagi.

Amir Hamzah : Tan Sri Syed Mokhtar sememangnya orang yang sentiasa dahagakan
kejayaan. Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan
Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan
kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera.
Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di sebuah rumah kedai 4 tingkat di Jalan Pahang
yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil
lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat,
tepung susu dan juga ghee kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubahsuai menjadi
pusat pembungkusan.

Lia Farhana : Pejabat pun boleh jadi pusat pembungkusan?

Amir Hamzah : Sudah pasti, Hana. Kita perlu pandai menggunakan sumber yang kita ada.

Lia Farhana : Tetapi, dari mana beliau dapat susu itu, Amir? Bukan kah beliau tidak
menjalankan kegiatan penternakan lagi?

Amir Hamzah : Cekap betul Hana menangkap, ya. Sebenarnya, apabila beliau mendapat
kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada
tahun 1979. Syarikat itu juga adalah sebuah syarikat usaha sama di antara dirinya yang
memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang
saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan
Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya
dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda.
Lia Farhana : Rugilah beliau jual. Kenapa tidak teruskan sahaja?

Amir Hamzah : Ha….itu kena tanya beliau sendiri. Mungkin beliau ada strategi tersendiri.

Lia Farhana : Strategi apa pula, Amir?

Amir Hamzah : Mungkin beliau jual kerana mahu terlibat dalam perniagaan di peringkat
antarabangsa. Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso
Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan
barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China.

Lia Farhana : Awak buat lawak kah, Amir? Zaman sekarang pun masih ada barter.

Amir Hamzah : Ada lagi, Hana. Cuma bezanya barter zaman sekarang dijalankan secara
besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak
mentah.

Lia Farhana : Mmm….ok lah, saya percaya. Apa lagi yang Tan Sri Syed usahakan? Tentu
menarik.

Amir Hamzah : Memang menarik, Hana. Setelah mengembangkan perniagaannya bermula


daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya
melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat
pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi
membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian
seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada
mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Lia Farhana : Adakah beliau menubuhkan syarikat sendiri?

Amir Hamzah : Ada, Hana. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya
membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian.
Oriental Garments Uniform Division adalah sebuah syarikat usaha sama dengan Oriental
Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Lia Farhana : Oh, begitu. Apa yang berlaku seterusnya?

Amir Hamzah : Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala
Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi
membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama
Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes)
dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran
eksport.

Lia Farhana : Eh, minat pula beliau dengan perniagaan pakaian, ya.

Amir Hamzah : Betul, Hana. Beliau adalah usahawan yang menggunakan strategi
pempelbagaian atau diversification. Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga
bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan
mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar
membeli sebuah kapal buatan Jerman berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang
diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan
Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkannya
terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000
(USD1 juta – USD600,000).

Lia Farhana : Eh, rugi pula?

Amir Hamzah : Begini, Hana. Rugi tidak semestinya kita gagal dalam perniagaan. Apa yang
penting kita perlu mendalami sebab di sebaliknya. Kita perlu belajar daripada kesilapan.

Lia Farhana : Memang sah awak ini ada tokoh jadi usahawan berjaya (sambil tersenyum).

Amir Hamzah : Insya Allah. Hana tolong doakan.

Lia Farhana : Beres ! Mmm….tetapi selepas beliau rugi, Tan Sri Syed tidak patah semangat,
Amir? Saya, mungkin sudah patah semangat.

Amir Hamzah : Pantang pejuang menyerah, Hana. Pada masa yang sama, beliau mula
membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang
tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa buah projek perumahan di bawah syarikat
Bukhary Development.

Lia Farhana : Menarik juga, Amir. Saya ingat saya hendak beli rumah yang dibangunkan
syarikatnya.

Amir Hamzah : Baguslah. Nanti jangan lupa buat house warming.

Lia Farhana : Tidak ada masalah….boleh. Amir, saya pernah mendengar Tan Sri Syed juga
giat dalam pembangunan negeri Johor. Betul kah?

Amir Hamzah : Betul, Hana. Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd.
dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada
harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135
juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Lia Farhana : Wah ! Uruskan pelabuhan pula ?!

Amir Hamzah : Ya. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari
Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Lia Farhana : Cekap betul dia, ya ! Tetapi, pihak Singapura tidak marah kah?
Amir Hamzah : Itu saya tidak pasti pula, Hana.

Lia Farhana : Apa lagi yang beliau lakukan, Amir? Ada terbabit dalam projek penswastaan
lagi?

Amir Hamzah : Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau
menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat usaha sama di antara syarikatnya,
Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta sebuah syarikat Perancis, Oneo. Pegangan
Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Lia Farhana : Mmm….memang beliau usahawan berjaya.

Amir Hamzah : Bukan setakat itu sahaja, Hana. Beliau juga membeli MMC Corporation,
sebuah syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional
Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff
Berhad, sebuah syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM
Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau
memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32
peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu sebuah konglomerat
yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam
Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta
100 peratus kepentingan dalam MPH, sebuah syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Lia Farhana : MPH? Eh, itu kedai buku kegemaran saya. Saya selalu ke situ pada hujung
minggu untuk membaca buku.

Amir Hamzah : Wah ! Rajin awak ya ! Siapa penulis kegemaran Hana?

Lia Farhana : Saya suka membaca karya Puan Ainon Mohd. dan saudara Ashadi Zain.

Amir Hamzah : Boleh pinjam?

Lia Farhana : Boleh….tetapi ceritalah lagi berkenaan Tan Sri Syed. Kenapa tiba-tiba beliau
mengambil alih sebuah rangkaian kedai buku? Sudahlah dia beli 100 peratus kepentingan.

Amir Hamzah : Ini mungkin disebabkan minatnya supaya menggalakkan bidang pendidikan.
Baginya, MPH mampu menjadi wadah bagi menerbitkan dan mengedarkan buku,
termasuklah karya-karya berkenaan Islam serta menyemai tabiat membaca di kalangan
rakyat Malaysia.

Lia Farhana : Oh ya, bercakap berkenaan menggalakkan tabiat membaca, boleh Amir
ceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Yayasan Albukhary?

Amir Hamzah : Sebenarnya, Yayasan Albukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai sebuah
badan kebajikan yang memfokuskan bagi membantu golongan miskin, menyokong
perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara
peradaban. Antara objektif utama Yayasan Albukhary adalah menggalakkan persaudaraan
sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan
kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada
setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga
kini, Yayasan Albukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan,
kebudayaan dan pendidikan.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan
sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran
yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh
beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang
malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed
Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja
kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak
bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping
dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;
banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua
juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang
membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka
berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan
minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang
kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju
dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk
belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu
memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga
biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan
London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak
pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana
yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-
bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke
bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak
ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan
dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu.
Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama
yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke
Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak
tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan
individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-
ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena
kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta
tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap
pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,
kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara
sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak
akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit
yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu
orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya
semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu
yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai
kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung
orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk
orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju
kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan
baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang
lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh
membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak
berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada
cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi
tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan
lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Allah. Allah
beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar
balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan
saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya
lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar
negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak
buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran
mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak
mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya
percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong
kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham
selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula
semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita
bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak
semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti
ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya
pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya
ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan
sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam
semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak
boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama
kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa
merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya
ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain
terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan
psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan
bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah
tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun
kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang
tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak
mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya
pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja
nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya
bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi
lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat
sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli
sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal,
biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang
saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang
saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan
ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Posted by Siti Suraida Jamaludin at 17:48 0 comments

Labels: Prinsip Hidup Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary?

 Umur - 53 tahun
 Pendidikan - SPM

 Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

 Kekayaan -RM1,425 juta

 Ke 7 terkaya di Malaysia

 Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan
banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya
berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di
Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya,
bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed
Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946,
bapanya mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak
mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak
menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga
mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu
program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi
menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat
faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila
beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa
saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat
hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke
kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke
tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi.
Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak
bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh
melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan
sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed


Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan
keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual
roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan
memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar
membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin
berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan
pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami


kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke
seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati
begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya
dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang
penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli
daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais
dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di
sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu
menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan


pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah
lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada
pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua
permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan
permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed
membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa
dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras.
Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih
daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di
Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan
Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon
lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai
Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya
mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas
Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama
dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak
Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus
kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16
peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu
memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada


komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary
Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan


Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi
mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada
usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai
empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli
dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung
coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah
pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar
menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat
usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New
Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn.
Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya
dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso


Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar
menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China.
Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau
pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke


pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada
sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian
seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi
membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang
pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari
pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan


menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan
Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments
Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang
berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur
pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi
membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian
berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut
tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek
Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan
Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan
pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah
polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah
kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari
Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami
kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga
USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor
pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan
memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara
Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330
juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta.
Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung
Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan
dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau


menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara
syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.
Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3
sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga
memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan
elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana
perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam
perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings
Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala
18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan
pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu
syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan
membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga
menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama
Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-
kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada
setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya
membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar
Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary
yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu
kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi
warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala
Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di
rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina
12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford
Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju
(MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia
(AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi
menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan
kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga
terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang
bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi
bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi
Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi
menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para
pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan
yang bernilai RM1.67 bilion.

Posted by Siti Suraida Jamaludin at 17:37 1 comments

Labels: Siapakah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary?

11 JULAI 2008

Petua Dapur Bagi Wanita dan Gadis


Assalamualaikum semua ...

Petang ni aku nak kongsi sikit petua yang aku ceduk dari sumber alam maya ni.. selamat
membaca ye...ok..

Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak
kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua
supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam
lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek
moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak
berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada genarasi yang seterusnya.
Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang
kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada
zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan
yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita dan Surirumah.
Selamat mencuba..

Petua menghilangkan bau nasi hangit.


Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang
berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar
kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam
besen berisi air.

Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong dan udang juga petua menambahkan
kesuburan pokok bunga.
Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan
ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok
bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat
mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.

Petua untuk mudah kupas kulit bawang.


Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk
mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit
kemudian baru dikupas.

Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut.


Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak
masak disekeliling balang.

Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras.


Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama
di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut
ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah
yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama
dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih
enak.

Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian.


Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan
getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke
atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang.

Petua mencuci pakaian yang terkena minyak.


Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang
terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali
baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca.


Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan
gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru
dituang air.

Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras.


Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik
ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan
limau nipis.

Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat.


Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi
sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau
sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit
bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan
tetapi juga menjadi garing.
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak


menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun
1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum
mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara
hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke
Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri
Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.
Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed
Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba
kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung
Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini
menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian,
setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga
mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma
sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary
yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini,
seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program
tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar


tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal
bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor
Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke
tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke
kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung
persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint
Micheal’s.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang
berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke
peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang
tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman
secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan
sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan


Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi
menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di
Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang
sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan
menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira.
Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu
menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin
berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak
menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya


mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut.
Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis.
Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri
Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat
keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang
penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-
kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor
Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya
membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali
kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor
Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu
menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia
perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula
kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya
mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat
bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang
digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes
911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah
wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed
Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada
MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka
syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan
Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan
perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud
sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya
yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli
dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada
tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini
dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia
siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan
beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga
Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau
menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina,
iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah
pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam
syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52
peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-
masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang
diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15
Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang


Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan
perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan
sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan
Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas
Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan
Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan
khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu
banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary
(KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan
Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA.
Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan
kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu
dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya
diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat
kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu
Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat
usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus
kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang
saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah
jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan
Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn.
Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan


ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan
Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan
kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman
sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya,
menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang


komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau
kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran
kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera
bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi
membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan
330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat
kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau
membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli daripada
pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan
dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut
dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan
pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha
sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang
Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa
Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang
penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan
hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama
Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut
tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan
Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam


perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan
mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping
bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui
Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal
buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.Kapal
yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras
dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun,
perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau
terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi
sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).Pada masa yang
sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan
hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan
memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary
Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan


Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan
Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port
melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm
Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port
Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung
Pelepas.Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga
mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan
antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen
Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah
penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn.
Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan
Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan
Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49
peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada


harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam
Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus
pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan
utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus
pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan
32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad,
iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan.
Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad,
syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100
peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan
pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan


kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong
perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan
persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-
Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam.
Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian
menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi
menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana
Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini,
Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan
al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang
dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata
ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan


Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang
dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak
memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat
komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan
pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan adalah
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai
RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di
rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-
Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata
negara.Sumbangan dalam bidang pendidikanPada tahun 2000,
Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada
Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang
terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang
membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam
projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi
Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-
Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi
menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat
berbilang agama dan kepercayaan.Penglibatan Yayasan al-Bukhary
dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah.
Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek
kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada
projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya,
Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi
Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi
mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar
bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang
kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia


dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion. --(dipetik dari I Luv
Islam, 8 Julai 2007)
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (lahir 1952; 陳志遠, pinyin: Chén Zhìyuǎn), lebih
dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau adalah
pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes menyenaraikan beliau
dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.

[sunting] Syarikat

Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad dari syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd,
Australia and National Iron & Steel Mills, Singapore. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat
gergasi ini.

Syarikat miliknya, Berjaya Group menjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar
The Sun. Menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan
Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad.

Syarikat Berjaya Air dan Berjaya Hotel merupakan syarikat yang terbabit industri perhotelan,
resort dan kapal terbang kecil. Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancong
dibawa ke pulau Tioman dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat Berjaya Air.
Berjaya Air berasal dari Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989. Kini Berjaya air
membawa penumpang ke pulau Pangkor, Redang, Tioman, Lapangan Terbang Seletar,
Singapura dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.

Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort merupakan resort percutian di Bukit Tinggi,
Pahang, bersebelahan dengan Genting Highland. Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras
2700 kaki dari aras laut di sebelah kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah
Banjaran Titiwangsa dengan tema perkampungan dan senibina Perancis.

Menara Berjaya Times Square terletak di segi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan
Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World,
Border dan pasar raya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini
di Stesen Imbi.

Syarikat DiGi Telecommunication merupakan pengendali telefon bimbit ke-3 penting di


Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular.

MiTV merupakan syarikat televisyen berbayar yang cuba memecahkan monopoli Astro di
Malaysia dan Asia Tenggara. MiTV mendapat status MSC kerana menggunakan teknologi
terkini. Bagaimanapun syarikat ini tidak berjaya. MiTV menggunakan tranmisi yang
disediakan oleh Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTV Networks Sdn Bhd
beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. Pengerusi MiTV ialah Datuk Rosman
Ridzwan.

Informatics Education Ltd memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar di
peringkat sijil dan diploma dalam jurusan komputer, bahasa, perakauan dan lain-lain.
Ditubuhkan sejak 1983 mempunya 113 cawangan di 22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri
Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Bin Othman.[1]

Kilang Inokom Corp Bhd memasang kenderaan Hyundai. Antara model yang dikeluarkan
ialah Inokom Lorimas, Inokom Atos, Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom Santa Fe

You might also like