You are on page 1of 11

NAMA PELAJAR

NOR HIDAYAH BINTI ABDUL HAK (910926-08-6876)


SITI NOR FADHILAH BINTI NORDIN (911122-08-5418)
ZAIHASHRAH BINTI MOHD. FAZIN (911224-08-6198)
SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM (911031-08-6634)

NAMA KELAS

TINGKATAN 6 RENDAH 2

NAMA SEKOLAH

SEK. MEN. KEBANGSAAN SULTAN ABDUL JALIL SHAH,


SEBERANG PERAK,
36000 TELUK INTAN, PERAK.

DISEMAK OLEH

EN. ABDUL KUDDUS B. KAMARUDDIN


HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

1. Untuk mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu
yang menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan.

2. Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu :


(a) kawasan Asia Tengah
(b) kawasan Nusantara

KAWASAN ASIA TENGAH

1. Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan.
Mereke dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang diketengahkan
oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di
Burma, dan Campa di selatan Indo-China

2. Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto
dan Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara
kira-kira pada tahun 2500 SM.

3. Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito
yang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup
berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk
tanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenali
sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

4. Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh


P. Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannya
diperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah dan profesor di Institut
Pengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.

5. Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang.


Geldern menapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapat
di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sunagi Irrawadi, Sungai Salween, Sungai
Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di
kawasan Nusantara.

6. Penghijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada


tahun 1500SM. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan
China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu
Proto.

7. Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat
pemburuan dan pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam
bidang pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannya
bersebaran hampir keseluruh Kepulauan Melayu.

8. Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan


pedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan
mereka yang suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang
menjadi nenek moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan
sebagainya.

9. Kumpulan Melayu Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai


nelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan
sungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan
memburu binatang.

10. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau di


seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu dan
bangsa Indonesia yang ada sekarang.

11. Selain Geldern, terdapat beberapa orang ahli budaya yang turut berpendapat
bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Antara mereka
termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku
bangsa Asia. Beliau mendapati bahwasa wujud persamaan antara adat resam
kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma
(Myanmar). Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa melayu
mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

12. Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajian
tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia
merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

13. Hipotesis pertama ini turut disokong oleh dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah
Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia.

14. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratan
Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang
sama. Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung
Malaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan China
Selatan.
15. Slametmurjana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa
dan berpendapat bahawa bahasa Astronesia yang di dalamnya termasuk bahasa
Melayu adalah dari daratan Asia.

16. Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan.


Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan. Tarikh
penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah bertentangan dengan
kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud
di Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

17. Malah, kalau diteliti dari warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggal
di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan Singapura,
memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelah
timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. Mereka bukan
sahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan anggota badan tetapi juga daripada
segi bahasa dan kebudayaan.

18. Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan.
Artifak ini bukan sahaja ditemui di Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga di
Amerika dan Eopah. Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat
primitif di seluruh dunia. Apatah lagi secara kebetulan Geldern membuat
kajiannya bermula dari Asia Tengah ke Nusantara. Sekiranya beliau memulakan
kajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau akan menghasilkan
kesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu berasal dari Nusantara.

19. Seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu
berasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian bahasa menunjukkan bahawa
bahasa Melayu berasal daripada rumpun Astronesia, bukan daripada rumpun
China-Tibet yang melahirkan bahasa China, Tibet, Siam, Miao, Yiu, dan Burma.
KAWASAN NUSANTARA

1. Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia
Tengah. Para pengkaji yang mendokong hipotesis ini mengemukakan beberapa
tempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang menurunkan bahasa melayu.
Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia, New Guinea, dan Filipina.
Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka.

2. Bukti pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia.
Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapa
orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang
mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut
ialah bahasa Astronesia.

3. Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia


mempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem imbuhan dan
susunan tatabahasa. Sebagai contohmya, kata-kata seperti mata, telinga, dan lima
sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.

4. Penutur bahasa daripada rumpun bahasa Astroneia ini dipercayai berpusat di


pesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dari situlah mereka membawa
mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan
Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

5. Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan


bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk
bahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam
bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagi
bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.

6. Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore Dyen berpendapat bahawa orang


Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia. Gorys
Keraf dalam buku Linguistik Bandingan Historis pula menyatakan bahawa nenek
moyang bahasa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka
menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau, negeri asal nenek
moyang bangsa Austronesia iailah Indonesia dan Filipina.

7. Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal usul bahasa
Melayu adalah dari kawasan Nusantara. Sehubungan dengan itu, seorang sarjana
Inggeris bernama John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yang
terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Hasil daripada
kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah
memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.

8. Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap kebudayaan yang menonjol itu, kedua-
dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu.
Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan tempat asal asal orang
Melayu di Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa Melayu di Sumatera
dalam bahasa Jawa (di pulau Jawa) merupakan bahasa induk kepada bahasa-
bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.

9. Hipotesis kedua ini juga disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil-
fosil di Nusantara menunjukan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan
Melayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukan bahawa
manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.

10. Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukan usia tengkorak


manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang
ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil
yang masing-masing berusia kira-kira 670 000 tahun dan 600 000 tahun
berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di
China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun. Daripada bukti kajian purba, dapat
disimpulkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan
berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara.

11. Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal di
Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut Geografi. Dari zaman Pilosen hingga
Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buah
daratan luas yang telah telah dihuni manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai
Pentas Sunda manakala Daratan Australia dinamai Pentas Sahul.

12. Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau-pulau yang
besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier. Pencairan glasier menyebabkan
Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi
menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil. Pulau Sumatera, Pulau
Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia manakalan Pentas
Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea.

13. Pemisahan antara satu daratan lain ini menyebabkan manusia yang tinggal di situ
berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapat
disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah
ke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan proses
geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara,
bukan berhijrah dari Asia Tengah.
SOALAN

1. Filum mempunyai pengertian sebagai


a. Bahasa yang mempunyai penyimpanan yang sedikit
b. Bahasa yang usianya melebihi 5 000 tahun
c. Bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan
d. Bahasa yang berumur antara 2 500 hingga 5 000 tahun

2. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang betul berhubung dengan
kelompok Melayu Deutro?
i. Mereka pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran
ii. Mereka hidup dalam zaman Batu Baharu
iii. Mereka mengamalkan cara hidup yang berpindah-randah
iv. Merekalah yang menurunkan bangsa Melayu dan bangsa Indonesia
a. i dan iii
b. i dan iv
c. ii dan iii
d. ii dan iv

3. Antara yang berikut, yang manakah benar tentangkeluarga bahasa Nusantara?


i. Dikenal juga sebagai bahasa Heperanesia
ii. Tersebar luas sehingga ke Pulau Easter
iii. Tergolong dalam rumpun bahasa Austroasia
iv. Merupakan keluarga bahasa yang terbesar
a. i dan iv
b. ii dan iii
c. ii dan iv
d. i, ii, dan iv

4. bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu termasuk dalam rumpun bahasa


a. Austronesia
b. Austroasis
c. Melanesia
d. Mikronesia

5. Bangsa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun Austronesia. Semua daerah


yang berikut mempunyai hubungan dengan tempat asal bangsa Austronesia,
kecuali
a. Yunan
b. Jawa
c. Pattani
d. Formosa
6.
Bahasa-bahasa
Austris

China-Tibet Austronesia Austroasis

X Y Nusantara Z

X, Y dan Z dalam rajah di atas tergolong dalam bahasa


a. Hesperanesia
b. Austronesia Barat
c. Austronesia Timur
d. Indonesia

7. Antara yang berikut, yang manakah bahasa yang serumpun dengan Bahasa
Melayu?
i. Tagalog
ii. Cam
iii. Bali
iv. Aceh
a. i, ii, dan iii
b. i, ii, dan iv
c. ii, iii, dan iv
d. i, ii, iii, dan iv

8. Keluarga bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia ialah


a. Melanesia, Mikronesia, Nusantara dan China- Tibet
b. Melanasia, Mikronesia, Nusantara dan Polinesia
c. Austroasis, Melanesia, Mikronesia, dan Nusantara
d. China-Tibet, Polinesia, Melanesia dan Nusantara

9. Penyataan- penyataan yang berikut betul berhubung dengan perkembangan


bahasa Melayu dan penuturnya, kecuali
a. Keluarga bahasa Nusantara, Malenesia, Mikronesia dan Polinesia
tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia
b. Orang Melayu Deutro yang datang ke Asia Tenggara menyebabkan orang
Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman
c. Bahasa Melayu, Aceh, Tagolog, Sulu, Makasar dan Iban tergolong dalam
keluarga bahasa Nusantara
d. Bahasa Jawa kuno menjadi induk kepada bahasa Melayu

10. Keluarga bahasa yang tergolong dalam kelompok bahasa Ocenesia ialah
a. Polinesia, Melanesia, Mikronesia
b. Austronesia, Austroasis, China-Tibet
c. Nusantara, Polinesia, Mikronesia
d. Sumatera, Kalimantan, Jawa

11. Kata Malayapura ditemukan pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera
Barat bermaksud
a. Tempat bersalji
b. Menyeberang
c. Kota Melayu
d. Mengembara

12. Berdasarkan usia, semua bahasa yang berikut termasuk dalam kategori ‘rumpun’
kecuali
a. Austroasis
b. Polinesia
c. Austroasis
d. China-Tibet

13. Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu Purba?


i. Bahasa Melayu purba menurunkan bahasa Melayu Kuno dan
bahasa Melayu induk.
ii. Bahasa Melayu Purba merupakan bentuk bahsa Melayu yang
paling awal
iii. Bahasa Melayu purba dopercayai dituturkan oleh kelompok
Melayu Proto
iv. Bahasa Melayu purba wujud dalam bentuk lisan dan tulisan
a. i dan ii
b. i dan iv
c. ii dan iii
d. iii dan iv
14. Pilih bahasa yang terkategori dalam golongan bahasa Sumatera
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Bugis
iii. Bahasa Madun
iv. Bahasa Nias
a. i dan ii
b. ii dan iii
c. i dan iv
d. iii dan iv

15. Antara yang berikut, yang manakah tidak diketengahkan oleh para penyelidik
sebagai tempat datangnya orang Melayu berdasarkan hipotesis tempat asal bangsa
Melayu adalah dari Asia Tengah?
a. Yunan
b. Assam
c. Campa
d. Annam

SKEMA JAWAPAN
1. b

2. b

3. a

4. a

5. c

6. c

7. d

8. b

9. d

10. a

11. c

12. b

13. a

14. c

15. d

You might also like