You are on page 1of 20

http://amirazros.blogspot.

com/

MUKADIMAH

Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera,

“ Terima kasih kerana sudi membaca dan memuat turun artikel ini.
Sememangnya apa yang saya ingin berkongsi bersama adalah untuk
kecemerlangan dalam melahirkan Modal Insan yang berguna pada masa
hadapan. Saya harap artikel ini dapat dijadikan sumber rujukan anda.”

DISEDIAKAN OLEH :

Email: amirazros@yahoo.com

Blog : http://amirazros.blogspot.com/

Facebook: http://facebook.com/amirazros

Laman Web: http://www.wangianpemikat.com/

1
http://amirazros.blogspot.com/

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Pengenalan i

Aktiviti 1 : Teka Silang Kata-Jawab-Jaya, Bijak dan Belajar 1-2

Aktiviti 2 : Tip Top Game 3-4

Aktiviti 3 : Permainan Minda dan Belajar 5-6

Aktiviti 4 : Imbasan S 7

Aktiviti 5 : 1,2,3 Action Game 8-9

Aktiviti 6 : MT Game 10

Pelaksanaan Aktiviti 1 11-12

Pelaksanaan Aktiviti 2 13

Pelaksanaan Aktiviti 3 14-15

Pelaksanaan Aktiviti 4 16

Pelaksanaan Aktiviti 5 17

Pelaksanaan Aktiviti 6 18

2
http://amirazros.blogspot.com/

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1: Teka Silang Kata- Jawab-Jaya, Bijak dan Bergaya!

Objektif

1. Membolehkan pelajar menyenaraikan jawapan yang berkaitan dengan tajuk promosi


bersesuaian dengan soalan yang diberi dengan beberapa huruf diberi sebagai
pembayangnya (clue).

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori kecerdasan Horward Gardner. Teori
kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) memperkenalkan lapan
tahap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap manusia. Sembilan kecerdasan itu ialah verbal-
linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis.

Sistem pendidikan di Malaysia tidak terkecuali mengamalkan disiplin matapelajaran yang


terdiri daripada pengetahuan-pengetahuan berkaitan dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan. Sukatan kurikulum sekolah mengandungi pelbagai aspek kecerdasan
merangkumi verbal-linguistik diaplikasikan dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, perkaitan nombor dan operasi dalam matapelajaran Matematik dan Fizik, perkaitan
ruang dalam matapelajaran Geografi dan Lukisan Kejuruteraan, unsur-unsur ketuhanan dan
hubungan manusia dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, muzik dalam matapelajaran
Pendidikan Muzik, struktur alam dijelaskan dalam matapelajaran-matapelajaran berkaitan Sains,
dan sebagainya.

Ini tidak mengecualikan mata pelajaran khusus kami; Perdagangan. Gabungan unsur-
unsur perniagaan, keusahawanan dan kepenggunaan dalam membantu memperkembangkan
potensi pelajar agar bukan sekadar memahami teori tetapi juga diaplikasikan dalam amalan

3
http://amirazros.blogspot.com/

seharian. Kecerdasan verbal-linguistik digunakan sepenuhnya ketika berkomunikasi dalam sesi


pengajaran dan pembelajaran.

Kecerdasan pelbagai merangkumi kebolehan, keupayaan, bakat, dan kemahiran yang


wujud secara semulajadi yang mampu dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan
suasana persekitaran. Guru sebagai teras pelaksanaan pendidikan memainkan peranan yang
cukup besar dalam melatih, memperkembang meningkatkan darjah kecerdasan seseorang pelajar
seterusnya membantu membina potensi pembangunan diri pelajar. Menyedari hakikat itu, guru
seharusnya bijak memanipulasikan teknologi terkini yang mampu menghubungkait ilmu secara
interaktif dengan melibatkan latih amal dan berfikir. Oleh yang demikian, latihan berbentuk teka
silang kata ini, amat bersesuaian bukan sekadar untuk menguji minda pelajar dan daya ingatan
malah turut meningkatkan kemampuan kecerdasan logik. Ini berdasarkan keperluan untuk
pelajar memikir secara logikal dengan perkaitan pernyataan diberi (soalan) dengan sebab
keperluan bilangan kotak kosong diberi juga perkaitan pembayan atau clue ( beberapa huruf
yang diberi).

Menerusi topik yang dipilih, iaitu Promosi, pelajar dapat melihat segala maklumat yang
berkaitan dengan contoh-contoh yang ada di sekitar, sebagai pengetahuan sedia ada selain
pengetahuan formal yang diperolehi di sekolah melalui sesi pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, teka silang kata ini pastinya dapat dijawab dengan mudah dan jayanya.

4
http://amirazros.blogspot.com/

AKTIVITI 2 : TIP TOP GAME

Jenis Aktiviti

Mencari perkataan tersembunyi

Objektif

Pelajar menerangkan faktor-faktor utama pemilhan media pengiklanan.

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti TIP TOP GAME adalah Teori Kecerdasan
Triarchic Sternberg.

“Teori ini menganggap kecerdasan informasi diterap ke dalam minda dan berubah
mengikut lingkungan keperluannya. Analisis yang dilakukan oleh Sternberg akhirnya muncul
sebagai model kecerdasan berbentuk tiga (triarchic). Bentuk-bentuk yang dinyatakan adalah
analitik, pengalaman dan praktikal. Sternberg mengakui bahawa seseorang tidak semestinya
mempunyai satu kecerdasan sahaja. Terdapat individu yang mempunyai gabungan ketiga-tiga
bentuk kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi. Kecerdasan analitik
adalah kecerdasan yang mengutamakan ciri menganalisis. Ia sebagai satu kecerdasan yang
menunjukkan kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang akademik. Kecerdasan komponen
adalah hasil usaha daripada pelajar dalam menganalisis sesuatu bidang akademik. Ia bukan
satu kecerdasan yang terhasil dari faktor lain yang akan menyebabkan boleh berjaya dalam
bidang tersebut. Sternberg menganggap individu yang tergolong dalam kategori ini biasanya
akan memperolehi kejayaan yang tinggi dalam ujian kecerdasan. Kecerdasan analitik ini
berasaskan hubungan operasi metakomponen, komponen prestasi dan komponen perolehan ilmu
pengetahuan.”

Metakomponen dianggap proses tertinggi yang melibatkan proses pengawalan,


pengawasan dan penilaian kognitif. Metakomponen adalah berguna untuk menganalisis masalah
dan memilih strategi tertentu untuk menyelesaikannya. Ia merupakan proses khas di dalam
minda individu yang digunakan dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan
yang melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda individu berkenaan. Contohnya, ia

5
http://amirazros.blogspot.com/

akan member isyarat untuk bertindak dalam sesuatu keadaan dan menyelesaikan sesuatu masalah
pembelajaran

Aktiviti mencari perkataan tersembunyi mempunyai hubungkait yang rapat dengan teori
tersebut kerana teori ini berkaitan dengan aksi kognitif yang membolehkan pelajar mengingat
maklumat dan informasi dalam jangka masa pendek dan menerima maklumat daripada memori
jangka panjang. Pelajar perlu mengingat terlebih dahulu faktor-faktor yang terdapat didalam
pemilihan media pengiklanan. Kemudian pelajar akan mengaplikasikannya dengan mencari
jawapan tersebut di dalam kotak yang telah disediakan. Pelajar diberi peluang menunjukkan
ketangkasan serta kecerdasan mental mereka bagi menyelesaikan masalah yang telah diberikan.

6
http://amirazros.blogspot.com/

3. PERMAINAN MINDA DAN BELAJAR

JENIS AKTIVITI

Melengkapkan grafik peta minda “7 Peranan Promosi”.

OBJEKTIF

Pelajar dapat menjelaskan peranan-peranan promosi dalam perniagaan.

TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)

Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau
mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian
terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga
kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga
mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa
dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga
bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di
antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-
duanya adalah profesional. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah
kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh
diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika
keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai
(Armstrong, 1994).

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori Kecerdasan Interpersonal dan
Kecerdasan Visual Ruang. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami
perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah
dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang

7
http://amirazros.blogspot.com/

berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Oleh kerana aktiviti ini merupakan
aktiviti berkumpulan, pelajar perlu mempunyai kecerdasan ini agar mereka dapat berbincang dan
bekerjasama untuk menjelaskan peranan promosi dalam perniagaan.

Manakala Kecerdasan Visual Ruang pula merupakan kebolehan untuk berfikir secara
gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan
mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar,
video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf.
melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Ini adalah kerana, aktiviti ini berkaitan
dengan grafik iaitu peta minda maka ianya dapat menarik perhatian dan memudahkan pelajar
untuk memahami topik tentang peranan promosi dalam perniagaan.

8
http://amirazros.blogspot.com/

4. Imbasan S

Jenis Aktiviti

Kad Imbasan jenis-jenis Promosi

Objektif

Pelajar dapat menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi.

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Kecerdasan Visual-Spatial iaitu kebolehan
mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Individu yang mempunyai kecerdasan
ini boleh melukis, menterjemahkan rajah-rajah dan menggunakan peta. Mereka juga adalah peka
terhadap warna, garis bentuk dan ruang. Selain itu, mereka juga berkebolehan menggambarkan
visual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam matriks ruang.

Selain itu, Teori kecerdasan Verbal-Linguistik juga boleh dikaitkan di mana individu
yang mempunyai kecenderungan dalam kecerdasan jenis verbal-linguistik boleh berfikir dan
mampu menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam
bentuk lisan atau penulisan. Mereka akan sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka mampu untuk berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti
mendengar, bertutur, membaca serta menulis.

Jadi bagi aktiviti ini, setelah pelajar memahami jenis-jenis promosi maka pelajar diberi
peluang untuk menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi iaitu Pengiklanan, Promosi
jualan, Jualan terus dan Publisiti. Aktiviti yang dibina ini amat bersesuaian dengan para pelajar
dalam menguji tahap aras 2 bagi kefahaman mereka terhadap apa yang telah dipelajari. Setelah
pelajar memahami sub topik jenis-jenis promosi maka pelajar akan berfikir secara kreatif dan
dapat menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi. Jadi, di sini pelajar dapat membezakan
jenis-jenis promosi dengan jelas seperti apa yang diajar oleh guru.

9
http://amirazros.blogspot.com/

5. 1,2,3 Action Game

Jenis Aktiviti

Simulasi jenis-jenis Promosi

Objektif

Pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu barangan secara kritis
& kreatif.

Teori Kecerdasan

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori Kecerdasan Kejayaan. Teori ini
diperkenalkan oleh Robert J. Sternberg(1996). Apa yang diperkatakan oleh teori ini ialah sesiapa
pun yang mempunyai kecerdasan ini maka ianya dikatakan mempunyai kelakuan yang bijak.
Kelakuan yang bijak ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang individu itu memotivasikan diri,
menterjemahkan fikiran kepada sesuatu tindakan yang sesuai, berorientasikan produk,
menyempurnakan tugasan, mempunyai tindakan susulan serta tidak takut mengambil risiko atau
menghadapi kegagalan.

Terdapat 3 aspek teori ini iaitu analitikal, kreatif dan praktikal. Kecerdasan analitikal
digunakan saat secara sadar mengenali dan memecahkan masalah, merumuskan strategi,
menyusun dan menyampaikan informasi. Kecerdasan kreatif meliputi kemampuan menemukan
dan merumuskan idea serta menyelesaikan masalah. Kecerdasan praktikal pula digunakan untuk
bertahan dalam hidup seperti keberhasilan mengatasi perubahan.

Jadi bagi aktiviti ini, setelah pelajar memahami jenis-jenis promosi maka pelajar diberi
peluang untuk menghasilkan sendiri dan mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi
sesuatu produk. Untuk merancang bagaimana promosi tersebut akan dijalankan, pelajar akan
merancang strategi yang sesuai untuk membina promosi produk yang diberikan. Seterusnya
menyusun perjalanan promosi tersebut dan idea untuk melaksanakannya. Pelajar perlu kreatif
untuk bergfikir untuk menghasilkan promosi yang menarik dan dapat mempengaruhi pengguna
serta memujuk pengguna untuk menggunakan produk tersebut.

10
http://amirazros.blogspot.com/

Aktiviti yang dibina ini amat bersesuaian dengan para pelajar dalam menguji tahap aras 3
bagi kefahaman dan aplikasi mereka terhadap apa yang dipelajari. Setelah pelajar memahami
sub topik jenis-jenis promosi maka pelajar akan berfikir secara kreatif untuk mencadangkan
promosi yang sesuai bagi produk-produk tertentu. Maka di sini pelajar dapat mengaplikasikan
apa yang diajar oleh guru untuk mereka lebih memahami secara kreatif mengenai sub tajuk ini.

11
http://amirazros.blogspot.com/

6. MT GAME

Jenis aktiviti

Movie maker jenis-jenis Promosi

Objektif

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu
barangan dengan tepat.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori yang berkaitan dengan aktiviti ini adalah Teori Kecerdasan Pelbagai. Teori ini
mengenalpasti kecerdasan bukan hanya dari satu sudut, tetapi merangkumi hampir kesemua
aspek kecerdasan yang ada pada diri manusia. Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner,
1983. Kecerdasan pelbagai di kalangan individu dapat dikenalpasti berdasarkan tarikan individu
tersebut kepada rangsangan yang tertentu.

Terdapat lapan aspek kecerdasan pada diri individu yang telah diperkenalkan oleh Gardner.
Ia terdiri daripada kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematik, visual ruang, kinestetik,
muzik, interpersonal, intrapersonal, dan naturalist . Menurutnya, sesetengah individu
mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam sesetengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam
kecerdasan lainnya. Manakala ada sesetengah individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi
dalam hampir kesemua kecerdasan yang dinyatakan.

Sebagai implikasi kepada aktiviti ini, setelah pelajar faham tentang jenis-jenis promosi maka
pelajar diminta untuk mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi sesuatu produk dengan
menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini
memfokuskan lebih kepada banyak kecerdasan dan memberikan peluang kepada semua individu
untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri masing-masing, maka teori kecerdasan
pelbagai ini dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua
pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka juga mempunyai nilai
dan berkepentingan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

12
http://amirazros.blogspot.com/

AKTIVITI 1: TEKA SILANG KATA-JAWAB-JAYA, BIJAK DAN BELAJAR

Sub Topik Jenis-jenis promosi

Objektif Pelajar dapat menyenaraikan jawapan yang tepat dengan soalan


Pembelajaran dari tajuk promosi. ( Aras 1)

1. Aktiviti ini merupakan aktiviti individu juga boleh dijalankan


dalam kumpulan. Namun memerlukan guru sebagai fasilitator
mahupun wakil pelajar yang dilantik sebagai pembimbing.
2. Terdapat beberapa barisan kotak mewakili perkataan
Cara Menjalankan (jawapan). Perkataan ini pula diwakili petak-petak kecil
Aktiviti dengan setiap kotak perlu diisi dengan satu huruf.
3. Pelajar dikehendaki membaca soalan dan menjawab soalan
yang dikemukakan.
4. Kemudian, pelajar perlu menyesuaikan jawapan dengan
mengisi jawapan dalam petak-petak huruf mengikut ejaan
yang betul.

1. Pelajar dibenarkan menjawab mana-mana soalan dahulu.


2. Jawapan juga boleh diteka dengan melihat pembayang huruf
Cadangan yang disediakan.
penyelesaian 3. Jawapan yang pertama atau yang terdahulu dijawab dapat juga
memberi pembayang (clue) untuk soalan seterusnya yang
belum dijawab.
Refleksi 1. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
berfikir secara logik dengan menjawab soalan berdasarkan

13
http://amirazros.blogspot.com/

penyataan dan pembayang atau clue yang diberi.


2. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kecerdasan verbal-linguistik dengan pelajar
perlu membaca soalan, dan mengeja untuk memastikan
jawapan diberi betul dan tepat.
3. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat pelajar; cemerlang,
sederhana dan lemah.
4. Guru dapat mengenalpasti sejauhmana pelajar dapat menguasai
sub topik yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya di
dalam aktiviti ini.

AKTIVITI 2: TIP TOP GAME:

Sub Topik

14
http://amirazros.blogspot.com/

Faktor-Faktor Utama Pemilihan Media Pengiklanan

Pelajar dapat mennyenaraikan faktor-faktor utama dalam


pemilihan media pengiklanan yang sesuai bagi sesuatu produk atau
Objektif
perkhidmatan. ( Aras 1)
Pembelajaran

1. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil


iaitu diantara 5 hingga 6 orang.
2. Pelajar akan mencari perkataan tersembunyi dari kotak
yang diberikan.
Cara Menjalankan 3. Terdapat 5 jawapan yang perlu dicari dengan menekan
Aktiviti butang klu yang disediakan.
4. Setiap kumpulan diminta mencari kelima-lima jawapan
berdasarkan klu yang diberikan.
5. Pelajar diberikan 5 minit untuk mencari perkataan tersebut.

1. Pelajar akan diberikan jawapan yang betul dari kotak


perkataan tersembunyi yang disediakan.
Cadangan 2. Pelajar yang paling cepat memberikan jawapan akan diberi
markah mengikut perkataan atau jawapan yang ditemui.
Penyelesaian 3. Kumpulan yang berjaya memperolehi semua perkataan
yang tersembunyi tersebut akan di kira pemenang di dalam
aktiviti ini.
1. Aktiviti ini dapat membantu menambah minat pelajar
untuk menguasai sesuatu topik didalam pembelajaran
mereka.
2. Aktiviti TIP TOP GAME ini sesuai untuk pelajar-pelajar
yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang
Refleksi sederhana di dalam pelajaran.
3. Guru boleh menilai sejauh mana tahap kecerdasan yang
ditunjukkan oleh pelajar semasa aktiviti ini dijalankan.
4. Guru boleh melihat sejauhmana pelajar dapat menguasai
topik yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya di
dalam aktiviti ini.

AKTIVITI 3: PERMAINAN MINDA DAN BELAJAR


Sub Topik Peranan promosi

15
http://amirazros.blogspot.com/

Objektif Pelajar dapat menjelaskan cara bagaimana promosi membantu

Pembelajaran perniagaan. (Aras 2)

1. Pelajar dibahagikan 4 atau 5 orang dalam satu kumpulan.


2. Setelah kumpulan dibentuk, ketua kumpulan, pencatat dan
pembentang dilantik.
3. Ketua kumpulan diminta mencabut undi dan setiap kumpulan akan
menerima satu jenis peranan promosi daripada guru.
4. Setelah menerima peranan promosi tersebut, setiap kumpulan
perlu berbincang bagi menjelaskan tentang peranan promosi yang
Cara
mereka terima dan pencatat perlu mencatat setiap hasil
Menjalankan
perbincangan. Masa yang diperuntukan untuk perbincangan
Aktiviti
adalah selama 3 minit.
5. Pembentang akan melekatkan peranan promosi yang mereka
terima pada peta minda di hadapan kelas dan membentangkan
tentang hasil perbincangan mereka. Masa bagi perbentangan
setiap kumpulan adalah 2 minit.
6. Setelah peta minda telah lengkap dilekatkan dengan ketujuh-tujuh
peranan promosi, guru akan membuat kesimpulan tajuk tersebut
Terdapat 7 Peranan Promosi iaitu:
1. Memperkenalkan barangan baru.
2. Memujuk dan mempengaruhi pengguna.
3. Meningkatkan jualan dan keuntungan pengeluar.
Cadangan 4. Mengekalkan pasaran
penyelesaian 5. Meningkatkan imej keluaran dan syarikat
6. Meningkatkan daya saing
7. Memperluaskan pasaran.
Setelah pelajar mengenalpasti ketujuh-tujuh peranan promosi, mereka
perlu menjelaskan secara ringkas bagi setiap peranan tersebut.
Refleksi 1. Pelajar dapat menjelaskan peranan promosi dengan baik kerana
mereka berbincang secara berkumpulan.
2. Pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk
membuat pembentangan.
16
http://amirazros.blogspot.com/

3. Guru dapat mengenalpasti pelajar yang masih belum menguasai


topik ini dan memberikan penerangan agar mereka lebih
memahami topik ini.

AKTIVITI 4: IMBASAN S

Sub Topik Jenis-jenis promosi


Objektif Pelajar dapat menjelaskan perbezaan antara jenis-jenis promosi.

17
http://amirazros.blogspot.com/

Pembelajaran (Aras 2)

1. Aktiviti ini merupakan aktiviti di mana guru akan memilih


pelajar secara rawak.
2. Pelajar yang dipilih dikehendaki membaca soalan yang di
hadapan kad imbasan.
Cara Menjalankan 3. Pelajar diberikan masa 20 saat untuk menjawab soalan
tersebut.
Aktiviti 4. Setelah pelajar menjawab soalan, guru akan mempamerkan
jawapan yang terdapat di belakang kad imbasan.
5. Pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul akan
diberikan soalan seterusnya untuk dijawab.

1. Pelajar membaca dan memahami soalan yang ditujukan dalam


Cadangan kad imbasan.
penyelesaian 2. Pelajar akan jawab soalan yang ditujukan oleh guru.

1. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk


berfikir secara kreatif & kritis.
2. Aktiviti ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai tahap
Refleksi
kebolehan dan pencapaian yang sedehana di dalam pelajaran.
3. Aktiviti ini amat sesuai untuk menguji setakat mana
kefahaman pelajar tentang pelajaran.

Aktiviti 5: 1, 2, 3 Action

Sub Topik Jenis-jenis promosi


Objektif Pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi
sesuatu barangan secara kritis & kreatif. (Aras 3)
Pembelajaran

18
http://amirazros.blogspot.com/

1. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan (4 kumpulan)


2. Setiap kumpulan perlu menghantar wakil kehadapan untuk
memilih produk melalui tayangan power point.
Cara Menjalankan 3. Setelah memilih produk tersebut maka para pelajar perlu
Aktiviti mencadangkan jenis-jenis promosi yang bersesuai dengan satu
lakonan kreatif. (Setiap kumpulan hanya diberi 10 minit
untuk melakukan perbincangan dan 5 minit untuk
menjalankan proses simulasi)
1. Produk Shampu – Melakonkan kebaikan penggunaan shampu
kepada pengguna dengan kreatif.(pengiklanan)
2. Produk Avon – Simulasi proses pembelian produk Avon
Cadangan berdasarkan katalog.
penyelesaian 3. Produk Berjenama (cth: Guest, Bonia)- Simulasi melakukan
Promosi Jualan (Year End sales)
4. Produk Sukan(cth:Nike,Adidas)- Menaja kejohanan sukan
yang akan berlangsung.
1. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
berfikir secara kreatif & kritis.
2. Aktiviti ini sesuai untuk pelajar yang mempunyai tahap
Refleksi kebolehan dan pencapaian yang tinggi di dalam pelajaran
3. Guru dapat mengenalpasti sejauhmana pelajar dapat
menguasai sub topik yang telah dipelajari dan
mengaplikasikannya di dalam aktiviti ini.

AKTIVITI 6: MT GAME

Sub Topik Jenis-jenis promosi


Objektif Pelajar dapat mencadangkan jenis-jenis promosi yang sesuai bagi
sesuatu barangan secara kritis & kreatif. (Aras 3)
Pembelajaran
Cara Menjalankan 1. Pelajar akan ditayangkan gambar jenis-jenis promosi.

19
http://amirazros.blogspot.com/

2. Latihan pengukuhan akan diberikan dengan menyiarkan


gambar 1, kajian kes 1 dan kajian kes 2.
3. Berdasarkan kepada paparan latihan tadi, pelajar diminta untuk
Aktiviti
menjawab soalan yang disediakan. (masa 15 minit
diperuntukkan untuk melakukan latihan berkenaan dan 5 minit
untuk pembentangan)
1. Produk susu lembu – Beli 2 kotak percuma hadiah (jenis
promosi ialah pengiklanan)
2. Kajian Kes 1 – Promosi buah durian, bentuk yang sesuai
Cadangan berikan sampel kepada pelanggan- jualan lansung.
penyelesaian 3. Kajian Kes 2 – Penyelesaian masalah, untuk
memperkembangkan lagi perniagaan perkhidmatan (bank)
dengan menggalakkan pelaburan asing bentuk promosi dengan
kerjasama syarikat penerbangan-publisiti.
1. Pelajar dapat mengeluarkan idea-idea dan cadangan dengan
berfikir secara kreatif & kritis.
Refleksi 2. Tahap kecerdasan pelbagai pelajar dapat diukur dan dinilai.
3. Menerapkan nilai seperti berfikiran rasional, komunikasi serta
menghormati guru.

20

You might also like