You are on page 1of 71

Sejarah seni

muzik
islam
PENDAHULUAN
• Nyanyian dan muzik boleh mengubah
sikap ke arah pencapaian peradaban
yang bererti di
• samping mempunyai kekuasaan tersendiri
hingga boleh menukar emosi menjadi
terharu, sedih,pilu, menangis bahkan gila.
Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan
muzik sangat rapathubungannya dengan
jiwa manusia
SENI MUZIK SEBELUM ISLAM
• Diceritakan daripada al-Isfahani bahawa
raja tubba’ yang terakhir iaitu ‘Als ibn Zaid
merupakan orang pertama yang menyanyi
di Yaman. Lagu-lagu sebelum islam di
yaman muncul pada abad ke 19 iaitu
ketika zaman al-Mas’udi yang banyak
terpengaruh dengan petikan-petikan puisi
ibn Khurdadhbih.
SAMBUNGAN…
• Rakyat Yaman pada ketika itu
diperkenalkan dengan dua jenis muzik
iaitu Himyari dan Hanafi. Muzik Himyari
merupakan muzik yang berbentuk klasik.
Antara alat-alat muzik yang digunakan
adalah kebanyakkannya berasal dari arab
selatan. Antaranya ialah seperti mi’zaf dan
kus (dram kawah).
SAMBUNGAN…..
• Hijaz, terdapat bacaan dan nyanyian daripada
mu’allaqat yang terkenal. Pada zaman Banu
‘Amaliq, seniwati-seniwati legenda telah
dipanggil semula bagi memeriahkan lagi bidang
kesenian pada ketika itu.
• Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan
dalam pelbagai bidang. Antara alat-alat muzik
yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa
(alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar
dan duff (rebana).
SAMBUNGAN…..
• Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan
dalam pelbagai bidang. Antara alat-alat muzik
yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa
(alat muzik bertali), qussaba (seruling), mizmar
dan duff (rebana).
• Al-Hira merupakan salah satu lagi pusat
kebudayaan yang terpenting. Walaupun dalam
kejatuhan Bandar Babylon, Mesopotamia masih
lagi aktif dalam bidang kesenian. Ini kerana
diantara seniman-senimannya seperti
Chaldaeans, Aramaeans dan Jews yang masih
lagi aktif dengan kebudayaan bangsa arab
SAMBUNGAN…
• budaya Ghassanid merupakan budaya
yang paling terkenal dikalangan raja-raja
arab dizaman jahiliyyah. Al-Nabigha dan
Hassan ibn Thabit telah memberikan
sumbangan dalam kesenian di mahkamah
Ghassanid yang mana mereka berdua
bukan sahaja ahli muzik dari arab tetapi
karya mereka diminati dan dinyanyi oleh
seniwati-seniwati al-Hira dan Byzantium.
SENI MUZIK PADA ZAMAN
RASULULLAH S.A.W
• Dalam kitab al-Aghani iaitu merupakan
salah satu kitab yang terkenal telah
menceritakan bahawa tiada halangan
yang spesifik keatas muzik pada zaman
permulaan islam.
• Tradisi atau sejarah ada yang
menunjukkan nabi Muhammad s.a.w
bertoleransi dan dapat menerima muzik
yang berbentuk instrumental
SAMBUNGAN…
• Muzik merupakan suatu keperluan kepada
pelawat-pelawat ke tanah suci. Terdapat
banyak muzik yang dimainkan dalam
majlis-majlis tertentu dalam kehidupan
masyarakat jahiliyyah arab. Muzik
dibenarkan jika ianya memberi
kegembiraan dan kepuasan dalam suatu
majlis seperti majlis pertunangan,
perkahwinan, ulangtahun kelahiran dan
upacara perkhatanan.
SENI MUZIK ZAMAN KHALIFAH
AL-RASYIDIN
• Seni muzik pada zaman khulafa’ boleh
dikatakan penggunaannya seakan dihalang dan
diharamkan. Kebanyakkan khalifah kurang
berminat dalam seni muzik
• Pada zaman Abu Bakar (632-634) boleh
dikatakan bahawa muzik adalah suatu yang
malahi iaitu kesukaan atau hiburan yang
diharamkan. Seniwati yang bekerja sebagai
hamba dirumah bangsawan arab mungkin dapat
menuruti larangan ini dan tidak melibatkan diri
dalam bidang seni.
SAMBUNGAN…
• Pada zaman umar (643-644), keadaan dan
pandangan beliau terhadap muzik sedikit
berlainan daripada pandangan Abu Bakar. Umar
dikatakan agak boleh menerima seni muzik. Ini
kerana, menurut hadith yang diriwayatkan oleh
Aisyah bahawa umar telah banyak mendengar
lagu yang didendangkan oleh seniwati pada
zaman nabi. ‘Asim iaitu anak kepada umar
adalah seorang yang aktif dalam bidang muzik
pada zaman khalifah al-Nu’man ibn ‘Adi yang
juga merupakan penaung atau ketua kesenian.
SAMBUNGAN…
• Dibawah pemerintahan khalifah uthman pula
(644-656), suatu perubahan yang hebat dari
segi politik dan social masyarakat arab telah
berlaku. Tidak seperti khalifah umar yang sudah
berpuas hati walaupun tinggal ditangga masjid di
madinah, sifat khalifah uthman ternyata berbeza
kerana beliau lebih suka kepada kekayaan
• Dengan adanya dan terbinanya istana-istana
dan rumah-rumah golongan bangsawan ini,
maka muzik dan ahli muzik mendapat tempat
yang tinggi dan istimewa.
SAMBUNGAN….
• Tidak banyak perubahan yang berlaku pada zaman Ali
(656-661). Ini kerana saidina Ali sendiri seorang seniman
dan beliulah orang pertama yang munubuhkan dan
pusat penjagaan yang sebenar kepada kehalusan seni
dan surat-surat dengan membenarkan pengajian dalam
bidang sains, puisi dan muzik
• . Bermula daripada saat itu, masa depan muzik terjamin
dan selepas pemerintahan zaman khalifah al-Rasyidin,
tampuk pemerintahan dikuasai oleh dinasti Umayyah.
Pada zaman ini kesenian dikukuhkan lagi secara
praktikal di mahkamah.
SAMBUNGAN….
• Penutupan atau berakhirnya zaman
khalifah disaksikan dengan pelbagai
pengenalan kepada pelbagai jenis muzik
yang dikenali sebagai ghina al-mutqan.
Ianya adalah merupakan penampilan
istimewa yang menitik beratkan kepada
iqa’ atau rentak melodi lagu yang
bergantung kepada panjang rangkap
sesuatu lagu.
SENI MUZIK ZAMAN UMAYYAH
• Seni muzik zaman Umayyah dapat dilihat
melalui kemunculan kembali lagu-lagu dan
nyanyian-nyanyian yang pernah terkenal pada
zaman Jahiliyyah dahulu kala,
• Pada masa pemerintahan Bani Umayyah,
rancangan muzik mula meresap masuk ke
istana khalifah. Yazid bin Muawiyah adalah
orang pertama yang telah mengadakan majlis
keramaian untuk menikmati lagu-lagu atau
irama muzik.
SAMBUNGAN…
• Telah muncul beberapa orang penyanyi terkenal
seperti Tuis, Ibni Suraij, Gharidz, Ibni Mahraz
dan Ma’bad. Mereka semuanya berketurunan
Arab. Di antara penyanyi terkenal itu,muncul
pula beberapa orang penyanyi wanita seperti
Jamilah dan anak muridnya Hubabah dan
Salamah Alqes iaitu hamba kepada Khalifah
Yazid bin Abdul Malik
• Alat muzik yang wujud ketika itu adalah seperti
seruling, trumpet, gendang, tambor dan alat-alat
yang menggunakan tali seperti gambus
(Mahmood. 1971 : 170-171).
Pemuzik-Pemuzik Di Zaman
Umayyah
• Said bin Misjah, Syureih, al’-Aridh, ibnu
Muhriz, Ibnu Aisyah, Ma’bah, Thuwais, al-
Dallah, Jamilah, Hait, Badrul Fud, Nauum
el-Duha, Azzatul Maila, Hababah,
Salamatul Qass, Balilah dan Lazzatul
Aisyi.

• BUZUQ MIZMAR RABABAH
RIQQ SAJAT
SENI MUZIK ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYYAH
• Kehebatan dan kemajuan seni muzik ini dapat dilihat melalui
lukisan-lukisan yang terdapat dalam kitab Alpum Al-Lail atau
Hikayat Seribu Satu Malam, yang dihiasi dengan gambar-gambar
sekumpulan ahli muzik yang sedang membuat persembahan
mereka di hadapan khalifah
• kerana kerajaan Abbasiyyah menjadikan syarat kepada semua
rakyatnya supaya mahir dalam bidang muzik dan menyanyi sebagai
salah satu syarat untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya mereka
yang cekap bermain alat-alat muzik dapat diterima menjadi pelayan,
dayang-dayang dan inang pengasuh di istana atau di rumah-rumah
pembesar dan hartawan, oleh sebab itu semua pemuda dan gadis
menjadi kewajipan untuk mereka belajar dan mendalami bidang
muzik.
SAMBUNGAN
• Di antara khalifah Bani Abbas, Harun al-
Rahsyid adalah khalifah yang paling
sukakan lagu-lagu dan muzik.
• Ramai penyanyi terkenal pada zaman
Harun al-Rahsyid, seperti Mansur Zalzal,
Ismail Abu Kasim, Miskin al-Madani.
Tokoh-Tokoh Muzik Zaman
kerajaaan Abbasiyyah
• Oleh sebab penekanan yang diberikan oleh pemerintah
kepada rakyatnya untuk mahir dalam bidang nyanyian
dan muzik, telah melahirkan ramai biduan-biduan yang
terkenal seperti Ma’bad, ibnu Muhriz, Ibnu Misjah, Ibnu
Suraji dan sebagainya. Selain daripada itu terdapat juga
biduanita-biduanita yang terkenal seperti Basbas, iaitu
penyanyi di istana Khalifah al-Mahdi, Zatul-Khal dan
Bazel di istana Khalifah al-Rahshid, manakala Fitna di
istana Jaafar al-Barmaki, Dananir di istana Yahya al-
Barmaki, dan Neam di istana Khalifah al-Maknun.
Manakala al-Kindi dan al-Farabi banyak juga menulis
tentang teori-teori muzik.
SAMBUNGAN
• Pada masa tersebut telah melahirkan senaman al-
Syatibi, yang merupakan seorang pemain biola yang
terkemuka dan selalu memainkan biolanya hingga para
gadis tidak dapat tidur kerana kelunakan gesekan biola
al-Syatibi.
• Al-Farabi juga merupakan seorang tokoh muzik yang
terkemuka pada zaman Abbasiyyah.
• Satu keistimewaan yang tidak biasa dimiliki oleh
ulama’-ulama’ lainnya ada pada al-Farabi ialah dia pakar
dalam ilmu muzik. Dia bukan sahaja pandai dalam teori
tapi juga pandai menyanyi dan memainkan alat-alat
muzik . Dia telah mengarang 5 buah kitab tentang muzik
.
BIOLA
SEJARAH KESENIAN ISLAM
ZAMAN ANDALUS
• Pada masa ini mucul ramai penyanyi yang
terkenal seperti Abu al-Hasan Ali bin Nafe’
atau lebih dikenali dengan gelaran
“Bazriyab
• Pada asalnya beliau adalah seorang
hamba yang dibebaskan oleh Khalifah
Muhammad al-Mahdi. Beliau telah belajar
muzik dan lagu daripada Ishak al-Mausili.
SAMBUNGAN
• Pada masa pemerintahan Amir Abdul Rahman,
seni muzik dan seni suara begitu berkembang
luas di seluruh kawasan di Andalus.
• Ramai di kalangan pembesar yang mahir
memain alat muzik dan menyanyi. Ibrahim al-
Mahdi adalah seorang ahli muzik yang terkenal .
Khalifah al-Wathiq pula pandai memetik
gambus dan beliau telah mencipta sebanyak
seribu lagu. Begitu juga dengan Khalifah Mu’taz
yang mempunyai bakat dalam seni suara dan
muzik .
Alat-alat Muzik Zaman Andalus
• oud dan gitar arab
• Kecapi merupakan satu alat muzik yang
berbentuk gitar yang mempunyai empat alat
bertali. Dan juga merupakan satu alat muzik
yang penting di Eropah pada abad 12 dan
ke 13 kerana ia merupakan salah satu alat
muzik yang terkenal dan amat dihormati
dalam mahkamah-mahkamah Diraja
sepanjang Europe.
THE OUD (GUITAR)
SENI MUZIK
ISLAM
ZAMAN
UTHMANIYYAH
• Kesenian muzik pada masa kerajaan
Uthmaniyyah berkembang maju berkonsepkan
muzik tradisi.
• Orang Eropah telah menggariskan muzik
Uthmaniyyah yang menonjol merangkumi empat
perkara iaitu peralatan muzik, Janissary atau
muzik Mehter, penari perempuan dan bentuk
pusingan.
• Pengembara Itali yang bernama Pietro Della
Valle menceritakan dalam tahun 1614 bahawa
sebuah alat muzik dihasilkan daripada 14 atau
15 batang buluh yang mana pemain akan
meniup seruling menggunakan bibir ke kanan
dan ke kiri
• Warisan muzik pada masa kerajaan
Uthmaniyyah di Turki terdiri daripada muzik
timur yang dibawa dari Greek melalui Byzantine,
melepasi Tanah Arab dan kemudian menuju ke
Parsi.
• Lagu popular orang Turki adalah lagu yang
berunsur cinta dan keberanian ataupun
keperwiraan.
• Muzikal tradisi kerajaan Uthmaniyyah ialah bard
iaitu ozan, cogur dan ashik. Unsur-unsur Barat
begitu banyak ditemui dalam muzik Turki iaitu
suatu yang aneh dari muzik
• Negara Turki dan rakyat negara itu menjadi kebiasaan
dengan warisan muzikal dan muzikal begitu berbeza di
antara muzik Turki dengan syair iaitu yang berasal dari
Greek, Bulgaria dan Tanah Arab. Setiap bidang di
negara Turki mempunyai muzik yang tersendiri.
• Setiap bidang mempunyai lagu yang berbeza-beza dan
muzik yang berbeza-beza. Sepertimana orang Turki
menyanyikan diiringi dengan kopuz, penduduk Serbia
meggunakan alat muzik yang diberi nama guslar yang
dimainkan secara berulang-ulang bersama-sama
dengan epik penceritaan diiringi dengan alat muzik gusle
iaitu sebuah alat muzik yang bertali yang berasal dari
Asia Kecil barangkali dalam abad ke-11 Tarian Mewlevis
merupakan tarian yang terkenal pada masa
pemerintahan Uthmaniyyah. Tarian Mewlevis muncul
pada abad ke-13 di Konya pusat pentadbiran kerajaan
Saljuk yang berdasarkan muzik ritual
TARIAN DERVISH VIOLIN
SENI MUZIK
ISLAM
ZAMAN MUGHAL
1. Muzik di India terbahagi kepada dua
iaitu tradisi muzik Hindustan di utara
dan tradisi muzik Karnatak di selatan.
2. Beliau melantik ramai ahli muzik yang
terkenal seperti Tan Sen, Nayak
Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari
Malwa) dan Tantarang Khan.
3. Tan Sen merupakan seorang ahli
muzik istana pada masa
pemerintahan Akbar- mencipta tabla
dan sitar
SITAR TABLA
• Tan Sen banyak mencipta rentak
Raga yang baru seperti Miyan kee
Todi, Miyan kee Malhar, Miyan kee
Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang
dan Dhulia-malhar.
• Terdapat ramai lagi ahli muzik istana
seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior.
• Beliau juga menghasilkan empat buah
buku berkaitan dengan muzik seperti
Sarvado Uday Chandrovidaya, Raga
Mala, Raga Mangaree dan Nartan
ataupun Nidayan.
1. Selepas kemangkatan Sultan Akbar pada
tahun 1605, pemerintahan kerajaan Mughal
di ambil alih oleh anaknya, Jahangir. Beliau
tidak begitu gemar dengan muzik tidak
seperti bapanya.
2. Tidak ada aktiviti muzikal yang diadakan
3. Terdapat juga ahli muzik yang terkenal
pada masa pemerintahan Jahangir seperti
Jahangeerdad Chhatar Khan, Purvezad dan
Khurram-dad Makhu, Haurzard Belaokhan.
1. Terdapat dua buah buku yang
menceritakan tentang muzik ialah Rag
Bibodh yang ditulis oleh Pt.Somnath
dari Rajmundri pada tahun 1609 dan
Sangeet Darpan yang dikarang oleh
Pt. Damodar Mishra pada tahun 1625.
2. Rag Bibodh menceritakan tentang
jenis-jenis rentak Veena dan cara
dimainkan manakala Sangeet Darpan
menceritakan tentang sistem muzik
orang India.
1. Pada abad ke-17, pemerintahan kerajaan
Mughal di ambil alih oleh anak Jahangir
iaitu Shah Jahan
2. Ahli muzik yang terkenal pada masa
pemerintahan beliau ialah Mahapatten,
Jagannath ( telah menerima gelaran
sebagai Kaviraj), Lal Khan dan Dairang
Khan (dikenali sebagai Gunsamudsa).
3. Buku mengenai sistem muzik di India telah
diterbitkan pada masa pemerintahan Shah
Jahan Sangget Parijat yang dikarang oleh
Pt. Ahobal. Kemudian, Sangeet Panjat, Sri
Haridaya Narain Deva menulis dua buah
buku mengenai seni muzik.
1. Buku tersebut berjudul Haridaya Kautuk
dan Haridaya Prakash. Sri Haridaya Narain
memperkenalkan shuddha dan Vikrit swaras
yang mempunyai perbezaan pada panjang
nada dari alat muzik yang bertali.
2. Pada pertengahan abad ke-17,
kegemilangan seni muzik India semakin
merosot. Pemerintah Aurangzeb dan
Mohammad begitu benci dengan
persenbahan muzik dan menghalau semua
ahli muzik dari istana serta memberhentikan
pertunjukan pentas.
3. Walaubagaimana pun terdapat beberapa
buah buku mengenai sejarah muzik dan
teori muzik telah ditulis pada masa ini
• Salah sebuah buku yang terkenal ialah
Rag-darpan (The Mirror of Music) yang
dikarang oleh Fakirullah (Saif Khan).
Buku tersebut adalah terjemahan
kepada Man-Kauthal yang dikarang
oleh Raja Man Singh dari Gwalior
• Dalam muzik India. Thata merupakan
hasil yang dibunyikan dari 12 nada
daripada Octava. Thata adalah
gabungan mana-mana dari tujuh nada
Octava
SAMBUNGAN….
• Terdapat empat alat muzik India yang
dimainkan iaitu Tata Jati (alat muzik bertali),
Vitata Jati (alat muzik bertali), Sushir Jati(alat
tiupan) dan Ghana Jati (alat muzik genderang
• Alat muzik purba India ialah drum dan gong.
Alat muzik tersebut di kenali sebagai
genderang , mridangan di Selatan India yang
dikatakan tidak berapa berkembang.
Mridangan boleh menghasilkan pelbagai
jenis bunyi
SAMBUNGAN…..
• Di sebelah utara, tabla dan dua buah
drum diambil daripada tabla Arab yang
merupakan alat muzik yang terpenting
kepada muzik India hari ini. Alat muzik
bertali seperti biola, petikan gitar
sejenis pancang( sebatang kayu atau
tembaga yang digunakan untuk tunjuk
pada hujung yang ditolak ke dalam).
SERANGGI DRUM ALAT
MUZIK BERTALI
SERULING
SENI MUZIK
ISLAM DI
ALAM MELAYU
1. Sebelum kedatangan Islam, muzik di
Alam Melayu berunsurkan Hindu dan
Buddha.
2. Islam juga memperkenalkan bentuk-
bentuk nyanyian yang mengagungkan
Allah, Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat.
3. Sekarang ini persembahan ini dikenali
sebagai hadrah, rodat, dabus dan dikir
rebana. Kesemuanya dipersembahkan
secara berkumpulan yang diiringi
dengan rebana dan gong
Rodat
1. Rodat merupakan sejenis muzik yang
berasal dari tanah Arab. Perkataan rodat
dipercayai berasal daripada perkataan
Arab yang bermaksud ulang-ulik,
bersahut-sahutan kembali atau yang
menunjukkan berbalas-balas.
2. Rodat juga dipercayai lahir bersama-
sama nazam, maulud, berzanji, zapin,
hasiddah, nasyid dan berhadrah
Hadrah
1. Hadrah berasal dari negara Timur
Tengah
2. Hadrah merupakan paluan gendang
bersertakan nyanyian yang memuji
kemuliaan Tuhan, nasihat kepada
saudara seagama, pujian untuk
pengantin dan sebagainya.
Ghazal
1. muzik ghazal juga berasal dari Tanah Arab
yang dikatakan berkembang pesat di sekitar
abad ke-8. Perkataan ghazal dipinjam
daripada perkataan Arab yang bermaksud
puisi kasih.
2. Dari tanah Arab, ghazal berkembang ke Parsi,
Turki, India dan tempat-tempat lain
termasuklah Malaysia.
3. Ghazal menjadi Dendang Istana dan
merupakan persembahan utama dalam majlis-
majlis keramaian diraja atau di pesta-pesta
negara.
Dabus
1. Muzik dabus hampir sama dengan hadrah dan
rodat. Kumpulan muzik dabus berzikir memuji
Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w dan juga
mengiringi tarian biasa
2. Dabus berasal dari perkataan Bugis yang
bermaksud batang besi yang tajam yang
dipegang oleh penari semasa menari. Jumlah
ahli kumpulan muzik dabus terdiri di antara 15-
18 orang yang dibahagikan kepada lapan
orang penari dan 8-10 ahli muzik. Alat-alat
muzik yang digunakan dalam muzik dabus
ialah rebana dan sebiji gong.
3. Bilangan rebana berbeza dari kumpulan ke
kumpulan. Sebilangan kumpulan pula
menambah alat serunai untuk mengiringi
nyanyian syair pada permulaan persembahan.
Sambungan…..
• Lagu-lagu dabus dinyanyikan dalam tiga
bahasa iaitu Melayu,Acheh dan Arab.
Lagu-lagu Arab yang dipetik dari Kitab
Berzanji ialah Finhubsa bisherin dan
Ya’Kulu In’. Seni kata lagu ini tentang
kisah sedih yang berkaitan dengan
keperwiraan mengikut rentak gendang.
Melodi lagu-lagu sedih adalah perlahan
daripada yang berkaitan dengan
keberanian.
Nobat
1. Muzik nobat juga berasal dari istana
kerajaan negara-negara Islam di Timur
Tengah.
2. Muzik nobat dipercayai wujud semenjak
pemerintahan raja Pasai iaitu Sultan
Malik Ul-Salih atau dikenali juga sebagai
Merah Silu. Muzik nobat dari Pasai ini
kemudiannya dibawa ke Semenanjung
Tanah Melayu dan memainkan peranan
penting dalam istiadat di istana kerajaan
Islam Melaka.
1. berfungsi untuk mengiringi istiadat diraja
dan sebagai alat yang dibunyikan untuk
menandakan waktu solat.
2. Terdapat enam alat muzik yang
dimainkan untuk membentuk muzik
nobat iaitu sebatang serunai, sebatang
nafiri, gendang bulat (anak dan ibu),
nahara dan gong.
NAFIRI
Serunai
• serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah
(Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari
sana tersebar ke sebelah timur.
• Serunai dikenali dengan pelbagai nama,
sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di
negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco,
zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di
Syria.
• Alat muzik yang serupa dengan serunai
Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa
Sanskrit dan ada kaitan dengan nagashuaram
di India Selatan.
• Di kepulauan Indonesia, serunai dikenali
dengan beberapa nama seperti sruni di
Jawa, Bali dan Lombok, serunen di Jawa
Timur dan Madura, srune di Aceh dan
serunai di Malaysia dan Sumatera.
• Serunai yang berbentuk conical
mempunyai tujuh lubang di atas dan satu
di bawah. Pemainnya mengulum pipit
dan meniup serunai berterusan tanpa
berhenti untuk menarik nafas.

SERUNAI
Rebab
1. Alat muzik rebab dipercayai berasal dari
daerah Kuristan ,Iran Utara yang terdapat di
seluruh Asia Tenggara. Rebab dikatakan
wujud sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w
dan dimainkan oleh Raja Sulaiman dan
dilengkapkan lagi oleh Abdullah Faryabi .

• Rebab bertali dua didapati di Indonesia dan


dikenali sebagai tro khmer (tro u) di
Kampuchea. Alat yang sama dengan rebab di
Thai ialah so sam sai yang bertali tiga dan dua
variasinya ialah so u so duang dan yang tali
penggeseknya melalui di antara tali alat ini.
Gendang
• gendang yang berbentuk bujur, berbentuk
tong, geduk, gedombak dan rebana
• Gendang bujur menyerupai gendang mridanga
dan gendang Mesir dikenali sebagai gendang
di Indonesia dan Malaysia, klong khaek di
negara Thai dan sam phu di Kampuchea.
• Gendang yang berbentuk tong dikatakan
berasal dari Duhul, Parsi yang dikenali sebagai
klong that di negara Thai dan skor thom di
Kampuchea.
Gedombak
• gedombak pula didapati di negara Thai
yang dikenali sebagai rammana dan di
Kampuchea sebagai titik skor
• Gedombak di Alam Melayu diperbuat
daripada kayu sementara di Timur
Tengah gedombak diperbuat daripada
selut atau logam.

You might also like