P. 1
Kerja Kursus Sejarah PMR 2010

Kerja Kursus Sejarah PMR 2010

4.58

|Views: 212,206|Likes:
Published by KiaSakura
Perayaan tradisi pelbgai kaum di Malaysia
Perayaan tradisi pelbgai kaum di Malaysia

More info:

Published by: KiaSakura on Mar 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2013

pdf

text

original

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucap terima kasih kepada Tuan Haji A.Bakar bin A.Rahim, Pengetua MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada kami sepanjang menjalankan tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Cik Sharwanie yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan ini. Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Nor Asmah Bt Hashim yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik Saiful Anuar Bin Sabarudin yang sentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia merangkumi objektik-objektif berikut: a. b. c. d. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti a. Rujukan Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat khabar, majalah, dan bukubuku yang berkaitan. Saya juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang berbangsa Cina bagi mendapat maklumat tentang Tahun Baru Cina
b.

Temu ramah Saya telah menemu ramah Encik Lim Koh Wien yang beralamat di Taman Bunga Negara, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Sebelum kaedah ini dijalankan, kami terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada guru sejarah kami. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang sejarah Tahun Baru Cina.

c.

Pemerhatian Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang berbangsa Cina. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina.

d.

Penyelidikan Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang berkaitan Tahun Baru Cina dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

HASIL KAJIAN

Perayaan Tradisi
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”. Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina. Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang akan berlarutan selama setengah bulan, selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan Tahun Baru Cina selesai. Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang China, Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi dimulakan, orang China dengan pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah dalam sepanjang tahun.

Latar Belakang
Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian” adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa “Nian” pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang. Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir “Nian”, itulah asal usul adat resam menyala mercun sempena Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama, itu berasal daripada kegiatan memuja dewa dan nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada zaman kuno. Tahun Cina dipanggil “Yuanri”, “Yuandan” atau “Tahun Baru” pada zaman kuno. Selepas revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina. Menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya mempunyai sejarah selama seribu tahun. Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk memuja dewa langit telah secara beransur-ansur tidak diamalkan lagi, sedangkan adat resam yang baik termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel tulisan Perkataan “bahagia”, mengukus kuih tahun baru, memasak “Jiaozi”, menyala mercun, tidak tidur pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih sangat popular di kebanyakan tempat di China, khususnya di desa dan sebahagian pekan dan bandar yang kecil. Sebagai tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Amalan orang Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu mengedarkan sampul duit raya kepada kanak-kanak sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi daripada amalan orang Cina. Orang China sangat mementingkan makanan dan pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah disediakan sebelum merayakan Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina datang, orang China memakai baju yang paling cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan makanan ringan, untuk menjamu tetamu di rumah pada bila-bila masa.

Persiapan Sambutan Perayaan
Sebelum merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah menempel kertas merah yang ditulis selamat tahun baru dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, atau menempel bermacam-macam lukisan adat resam yang melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding, mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan datang. Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar dan pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah mempunyai sejarah yang lama, dan juga untuk mengusir hantu dan mendapat nasib baik pada zaman kuno sama seperti menyala mercun, dan beransur-ansur menjadi adat resam Tahun Baru Cina. Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang paling penting dalam perayaan Tahun Baru Cina, malam itu secara umumnya juga dipanggil “Chuxi”. Pada malam itu, anggota keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan tidak tidur sepanjang malam. Apabila fajar menyingsing pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang China memakai baju baru, mengucapkan selamat tahun baru dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga itu, kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk saling mengucapkan selamat tahun baru. Dalam beberapa hari yang kemudian, orang China gembira dalam suasana perayaan yang bahagia dan harmoni. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”. Pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina ialah hari yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Orang Cina mempunyai banyak amalan yang dikatakan membawa tuah baik pada Tahun Baru Cina, antaranya ialah membuka semua pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah bail pada tahun baru. Seterusnya ialah gula-gula dan manisan dihidang dan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Selain itu, setiap sudut di rumah wajib dibersihkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada juga sesetengah orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina mencerminkan peristiwa yang bakal berlangsung sepanjang tahun. Tambahan pula, jika seseorang memakai selipar baru yang dibeli sebelum Tahun Baru Cina, seolah-olah dia memijak kepala orang yang bergosip tentang pemakainya.

Kesan Perayaan
Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah, untuk anggota keluarga berkumpul. Orang yang tinggal di tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada hari perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada. Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Kaum-kaum lain yang tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat atau dijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan kepada industri pelancongan negara kita. Para pelancong yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Tambahan pula, perayaan Tahun Baru Cina meberi peluang perniagaan kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun Baru Cina seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun angpau termasuklah juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

LAMPIRAN

Ini merupakan ang pau yang diberi ketika Tahun Baru Cina

Gambar di atas menunjukkan tarian singa

ELEMEN 3
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa. Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media. Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini bukan sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain. Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa menjadi kegemaran suku kaum lain. Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbgai perayaan, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

RUJUKAN
1. Internet: - ‘Sambutan Tahun Baru Cina’ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php? option=com_content&view=article&id=5745:sambutan-tahun-barucina&catid=322:kebudayaan-di-malaysia 2. Orang Sumber: - Encik Lim Koh Wien, 47 tahun, Taman Bunga Negara, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor. 3. Akhbar: Mingguan Malaysia, 14 Februari 2010, halaman 14, 15

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->