You are on page 1of 2

Kuliah Jumaat 2/10/15 @Masjid Rusila

-Allah tetapkan Islam akan menang tetapi mengambil masa yang lama.
-Tujuannya supaya manusia bersabar dan diuji dengan berbagai cubaan
sepanjang perjalanan. Hanya mereka yang melepasi ujian sahaja layak
mendapat kemenangan Allah.
Kisah Nabi Daud, Talut dan Jalut
-Semasa umat Islam diperintah berperang melawan Jalut, mereka telah
merentas perjalanan yang amat jauh untuk ke medan perang.
-Tuhan sesatkan mereka berpusing di tempat yang sama sehingga habis
segala bekalan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka kebuluran.
-Akhirnya berjumpa sebatang sungai. Talut yang memimpin umat Islam telah
berpesan tidak boleh minum lebih dari secedok tangan, tetapi ramai tidak
mempedulikannya dan minum sepuasnya.
-Daripada 80,000 orang, hanya 4000 yang masih patuh dengan arahan Talut.
-Akhirnya Allah campakkan perasaan takut untuk berperang terhadap mereka
yang engkar dan hanya 4000 orang meneruskan perjalanan.
-Takdir tuhan, kemenangan Islam ditetapkan di tangan 4000 orang ini sahaja.
Nabi Daud adalah salah seorang daripadanya. Dia dikurniakan pangkat
menjadi raja kerana berjaya membunuh Jalut.
-Selain itu, tuhan juga menetapkan kemenangan Islam akan berlaku setelah
manusia melihat bahawa mustahil Islam akan menang.
-Inilah kurniaan Allah terhadap mereka yang sabar. Malangnya ada yang
berfikir nak menang cepat supaya boleh laksana Islam cepat.

Kisah perjuangan Nabi Nuh


-Nabi Nuh dipanjangkan usia sehingga berdakwah selama 950 tahun.
-Berbagai generasi manusia telah dilalui Nabi Nuh namun semuanya tidak
beriman.

-Pernah suatu ketika sedang Nabi Nuh berdakwah, datang seorang tua
mengendong cucunya dengan berkata, "Inilah lelaki yang membawa
kejahatan sejak zaman nenek moyang aku. Jangan kamu percayainya." Ini
menunjukkan lamanya perjuangan Nabi Nuh AS.
-Mereka yang melihat situasi ini pasti akan berfikir, mustahil Islam yang
dibawa oleh Nabi Nuh akan diterima.
-Tetapi Allah mentakdirkan sebaliknya. Diperintahkan Nabi Nuh membina
kapal pertama di dunia di atas darat. Semua mengejek Nabi Nuh kerana
mencipta suatu yang pelik.
-Akhirnya berlaku banjir besar yang menenggelamkan semua manusia dan
hidupan kecuali beberapa orang yang berada di atas kapal Nabi Nuh.
-Selepas itu, Allah lahirkan manusia-manusia yang beriman dari zuriat Nabi
Nuh.
-Baginda dikurniakan tiga orang anak yang mejadi baka penduduk dunia iaitu
Sam, Ham dan Yafith.
-Daripada Sam lahirnya keturunan arab, eropah dan bangsa kulit putih
(semetic).
-Daripada Ham lahir keturunan afrika berkulit gelap
-daripada Yafith lahir bangsa Turki serta orang-orang Timur.

You might also like